Jumaat, 9 September 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Trend beli kupon

Posted:

Trend beli kupon <i>online</i>

Trend beli kupon online

Oleh ADLAN JAAFAR

SEBELUM ini, Chai Ying Huei, hanya menggunakan kupon-kupon cara lama iaitu keratan-keratan kecil yang dikeluarkan oleh pihak peniaga khususnya yang berkaitan bisnes restoran.

Meskipun, nilai potongan harga terlalu rendah. Ia sudah cukup buat wanita yang berusia 31 tahun itu mencuba promosi makanan yang diminatinya.

Namun, kira-kira dua bulan lalu, dia diperkenalkan dengan gaya terbaharu yang menawarkan potongan harga lebih 50 peratus. Tertarik dengan konsep tersebut, Ying Huei mula menjadikan konsep berbelanja dengan kupon sebagai gaya hidup.

"Dalam sebulan, saya akan membelanjakan di antara RM200 hingga RM300 untuk membeli kupon. Paling kerap adalah pembelian makanan dan barang kecantikan.

"Antara laman web yang menjadi perhatian saya untuk membeli kupon adalah Groupon (groupon.my), MilkADeal (milkadeal.com) dan Everyday (everyday.com.my). Kesemuanya mempunyai promosi yang berbeza tetapi dengan kaedah yang sama," ujar pegawai pemasaran kandungan, Primework Sdn. Bhd. itu.

Ying Huei berkata, untuk membeli kupon-kupon di talian Internet, beberapa perkara perlu diambil perhatian walaupun paparan harga sangat murah.

"Perkara paling penting adalah kita mesti mengetahui dahulu harga sebenar sesuatu promosi atau produk. Kemudian, bandingkan dengan harga selepas potongan.


LAMAN web diskaun everyday.com.my pasti mempunyai antara muka yang memudahkan pengguna.


"Pemilihan barang pula mesti berdasarkan kepada kemahuan dan keperluan. Jika melihat kepada harga potongan memang sangat murah," terangnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Ying Huei, perkara yang terkandung dalam terma dan syarat perlu diteliti.

"Setiap kali mahu membeli tawaran kupon, pastikan dahulu tempoh sah laku kupon kerana seseorang boleh mengalami kerugian jika terlepas tarikh.

"Periksa juga sama ada promosi yang dibeli itu memerlukan anda melakukan tempahan awal atau tidak bagi merancang perjalanan.

"Amat rugi jika anda datang untuk menggunakan kupon tetapi tidak boleh menggunakannya secara terus (walk-in). Masa penggunaan kupon juga perlu diteliti kerana sesetengah hanya boleh ditebus pada hujung minggu," jelasnya.

Bagaimanapun, Ying Huei dan seorang lagi pengguna kupon, Alvin Liew, 27, bersetuju bahawa diskaun yang ditawarkan dalam laman-laman web itu sangat menjimatkan.

"Saya baru sahaja memperbaharui cat kereta dengan harga yang sangat murah berbanding harga sebenar. Sekali-sekala dengan kupon yang dibeli, saya boleh belanja ahli keluarga makan," ujar Alvin.

Berbeza pula dengan Anfaal Nawawi dari Pulau Pinang. Dia sebelum ini bekerja sebagai perancang strategi di salah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) dan pada masa yang sama sangat gemar menulis blog, melayari Internet serta membaca blog kepunyaan orang lain.

"Melalui perkongsian pautan dalam blog, saya menemui laman web Everyday yang membuat tawaran pembelian kupon-kupon dengan potongan yang tinggi.

"Pada mulanya, saya agak was-was juga tetapi selepas bertanya pada rakan-rakan, ia terbukti benar," ujar wanita berusia 28 tahun itu.

"Bagi saya, tawaran yang ada di Everyday sangat menyenangkan seperti baru-baru ini saya dapat mengecat semula kereta pada harga yang murah dengan kupon," ujarnya.

Anfaal meletakkan jawatan dan bekerja di laman web tersebut kerana tertarik dengan gaya hidup berbelanja dengan kupon serta potensi perniagaan yang menggunakan medium Internet itu.

Falsafah lima T

Berbelanja pada harga yang sangat rendah dengan menggunakan kupon yang dibeli melalui Internet boleh dianggap sebagai gaya hidup terbaharu di Malaysia terutamanya bagi penduduk bandar.

Menggunakan teknik yang pasti memberikan keuntungan kepada para pengguna dan pihak peniaga. Laman web Everyday mempunyai beberapa kaedah bagi memastikan matlamat tersebut dicapai.


INDUSTRI melibatkan pembelian kupon diskaun secara dalam talian cepat berkembang dan terus mempunyai prospek pasaran dan permintaan.


Bermula sebagai sebuah laman web yang menyediakan panduan aktiviti dan ekspo jualan murah, Ketua Pegawai Eksekutif Integrated Methods Sdn. Bhd. (Integrated Methods), Edwin Wang, 32, berkata, perniagaan tersebut hanya bermula pada April lalu.

Integrated Methods merupakan syarikat tempatan yang mengendali operasi everyday.com.my selepas menerima idea dan suntikan modal daripada sebuah syarikat Korea, Ticketmonster.

"Pada peringkat awal, ia sangat perlahan terutamanya pada bulan pertama tetapi menjelang akhir Julai lalu, jumlah hasil menjangkau sehingga RM1.5 juta," ujarnya ketika ditemui di ibu pejabatnya yang terletak di Boulevard Office, Mid Valley.

Menurut Edwin, catatan jualan kupon tertinggi adalah bufet Hotel Grand Millenium iaitu sebanyak 10,000 keping yang dijual dalam masa 25 jam pada bulan Mei lalu.

"Strategi pemasaran kami adalah menggunakan falsafah lima T iaitu topik, cakap (talking), alat (tool), ambil bahagian (taking part) dan kesan (tracking).

"Kami di everyday.com.my akan mencipta topik melalui tawaran potongan harga yang murah dan orang ramai terutamanya kaum wanita akan bercerita mengenainya.


KONSEP berbelanja dengan kupon bakal mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia. - Gambar hiasan


"Kelompok sasaran kami ialah kaum wanita kerana mereka suka berbelanja dan setiap wanita pasti mempunyai rakan lelaki ataupun suami.

"Laman web kami pula direka supaya kedua-dua pihak (pembeli dan peniaga) dapat memberi maklum balas berkenaan produk. Di pangkalan data kami terdapat lebih 500,000 orang yang berdaftar dengan laman web kami," terang Edwin mengenai operasi syarikatnya.

Daripada jumlah itu, mereka mempunyai di antara 30,000 hingga 40,000 orang yang aktif membeli kupon sekurang-kurangnya sekeping.

Melalui laman web Everyday, pekerja-pekerja di bahagian jualan akan berunding dengan pemilik kedai bagi mendapatkan potongan harga terendah sekurang-kurang 50 peratus.

Pihak pekedai pula akan dijanjikan kehadiran pelanggan baharu dengan jumlah tertentu. Selepas perjanjian dibuat, tawaran harga kupon yang dipersetujui akan disiar di laman web.

Pada masa yang terhad iaitu di antara empat hingga lima hari, tawaran dibuka sehingga angka pembeli kupon mencapai sasaran atau had yang ditetapkan. Jika tidak, ia akan terbatal seterusnya wang pengguna dipulangkan.

Tambah Edwin, pihak mereka akan memastikan setiap hari akan ada sekurang-kurangnya lima tawaran baharu di laman web Everyday.

Tradisi gusti minyak

Posted:

Tradisi gusti minyak

Tradisi gusti minyak


PESERTA perlu menjatuhkan lawan masing-masing sebelum diumumkan sebagai pemenang.


DI sebuah perkampungan Gornje Ljubinje, selatan Kosovo, sekelompok etnik Islam mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan budaya dan identiti mereka.

Walaupun acara berkhatan dalam kalangan kanak-kanak lelaki diadakan pada setiap tahun tetapi, namun sekali dalam lima tahun acara berkhatan di kampung itu akan dianjurkan secara besar-besaran.

Festival untuk acara tersebut akan diadakan selama empat hari berturut-turut. Walaupun, tiada satu catatan sahih sejak bila ia mula diadakan tetapi, penduduk di Gornje Ljubinje menyatakan festival tersebut sudah dimulakan sejak ratusan tahun lalu.


DUA orang peserta gusti minyak sempat menari sambil mengikut alunan muzik di hadapan penonton.


Menurut salah seorang penduduk di situ Arif Kurtishi, selain untuk memeriahkan perkampungan, festival tersebut juga diadakan bertujuan bagi mengumpul derma membantu keluarga miskin yang tidak mampu untuk mengadakan majlis berkhatan bagi anak lelaki mereka.

Ujar Arif, salah satu acara yang paling menarik perhatian dan ditunggu-tunggu ramai ialah gusti minyak yang merupakan pertarungan dalam kalangan lelaki muda.


PELBAGAI makanan tradisi juga akan dihidangkan untuk tetamu dalam festival berkhatan itu.


Para pemuda yang menyertai pertandingan tersebut akan berlawan tanpa memakai baju dengan setiap badan mereka akan dilumurkan dengan minyak. Bertarung satu lawan satu, peserta perlu menjatuhkan lawan mereka untuk diisytiharkan pemenang.

Selain acara gusti minyak, beberapa acara lain sepanjang pesta itu termasuklah persembahan muzik tradisional, tarian dan perlawanan tarik tali.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Saya tidak jual anugerah - Datuk Undang Naning

Posted:

Saya tidak jual anugerah - Datuk Undang Naning

Saya tidak jual anugerah - Datuk Undang Naning

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my

ABDUL LATIF memegang buku perlembagaan Tambo Alam Naning di Balai Rasmi Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka semalam.


ALOR GAJAH - "Saya tidak pernah jual sebarang anugerah termasuk anugerah Datuk."

Demikian tegas Datuk Undang Wilayah Naning ke-19, Datuk Abdul Latif Hashim mengenai isu penjualan anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning.

Menurutnya, dia sebagai Datuk Undang Wilayah Naning yang sah tidak pernah menjual anugerah darjah kebesaran atau melantik wakil untuk menjual anugerah berkenaan.

"Kami juga tidak merancang mengadakan majlis penganugerahan darjah kebesaran pada 20 Oktober ini kerana majlis seperti itu telah diadakan Mei lalu dan hanya akan diadakan sekali lagi pada Mei tahun depan.

"Oleh itu, jangan percaya jika ada yang mengatakan dia mewakili Datuk Undang Naning dan meminta bayaran bagi pengurniaan anugerah," katanya ketika ditemui di Balai Rasmi Undang Naning di sini semalam.

Kosmo! Selasa lalu melaporkan kebimbangan seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 50-an, yang khuatir ditipu apabila diminta membayar sejumlah wang RM50,000 oleh seorang individu bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka.

Amin telah membayar RM5,000 sebagai wang pendahuluan dan suspek memberi jaminan gelaran itu akan disampaikan jika baki wang berkenaan dijelaskan secara berperingkat-peringkat menjelang istiadat di Alor Gajah pada 20 Oktober depan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Faezah Elai, Heykal kini suami isteri

Posted:

Faezah Elai, Heykal kini suami isteri

Faezah Elai, Heykal kini suami isteri


FAEZAH menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 daripada Heykal di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Aktres dan model terkenal, Faezah Elai dan pengarah drama, Mohammad Heykal Mohd. Hanifah sah bergelar suami isteri apabila mereka selamat diijabkabulkan di dewan Kondominium Platino, Gelugor di sini semalam.

Faezah, 29, dan Mohammad Heykal, 38, dinikahkan oleh Jurunikah Kawasan A, Timur Laut, Abdullah Yahya kira-kira pukul 3.35 petang sambil disaksikan lebih 300 ahli keluarga terdekat.

Pelakon tersebut yang ditemui sejurus selesai majlis akad nikah, melahirkan rasa syukur kerana semua yang dirancang berjalan dengan baik dan kini sudah bergelar isteri kepada Mohammad Heykal selepas hampir setahun menjalin hubungan cinta.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Amaran jerebu semakin buruk

Posted:

Amaran jerebu semakin buruk

Amaran jerebu semakin buruk


GAMBAR kiri panorama Kuala Lumpur sebelum jerebu melanda manakala kanan, ibu negara tenggelam akibat fenomena tersebut semalam.


KUALA LUMPUR - Kawasan Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila ia terus meningkat kepada 105 pada pukul 5 petang berbanding 101 pada pukul 11 pagi dan 98 pada pukul 7 pagi semalam.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nilai merupakan satu-satunya kawasan yang berada pada tahap IPU tidak sihat manakala sebanyak 34 kawasan di seluruh negara berada pada tahap IPU sederhana dan 14 lagi pada tahap IPU baik.

IPU pada tahap di antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, IPU sederhana (51-100), IPU tidak sihat (101-200), IPU sangat tidak sihat (201-300) dan IPU berbahaya (lebih 301).

Semalam Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjangkakan keadaan berjerebu berterusan beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Varian petrol diperkenalkan, diesel pada suku keempat

Posted:

Varian petrol diperkenalkan, diesel pada suku keempat

Varian petrol diperkenalkan, diesel pada suku keempat

Oleh SHAWKATH AZDE

SETELAH mendapat hak pengedaran tunggal kenderaan Chevrolet di negara ini, Naza Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest) memikul tanggungjawab penting untuk membangunkan jenama dari Amerika Syarikat (AS) itu.

Nama Chevrolet bukannya asing di Malaysia. Ia sudah berada dalam pasaran sejak tahun 2003 lagi. Namun, perjalanan dan sambutan terhadapnya kurang memberangsangkan. Lihat sahaja statistik jualannya. Sejak diperkenalkan sehingga November 2009, kira-kira 15,000 unit sahaja yang terjual.

Kemuraman jenama itu banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran. Di samping ketiadaan model menarik, sekali gus gagal menambat hati pengguna. Harus diakui, sebelum kemunculan model sedan Cruze dan SUV Captiva, Chevrolet di Malaysia tidak memiliki model yang cukup kuat, kecuali model hatchback Aveo. Jadi, bagaimana mahu bersaing dengan jentera-jentera berjenama Jepun?

Namun, itu semua sudah tinggal sejarah. Tumpuan sekarang ialah apa yang perlu dilakukan bagi meningkatkan semula kepercayaan pengguna dan bakal pembeli. Aspek promosi dilihat menjadi modus operandi utama Naza Quest demi menghidupkan semula jenama Chevrolet.

Jika diperhatikan, strategi anak syarikat Kumpulan Naza itu bukanlah terlalu luar biasa. Mereka hanya giat menaja acara-acara terkemuka menggunakan kenderaan Chevrolet. Lihat sahaja Jelajah 1Malaysia, Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia 2011 dan Persidangan serta Pameran Peralatan Pasukan Polis Awam & Khas 2011, semuanya menggunakan kenderaan Chevrolet.

Selain menaja, rangkaian pusat servis 3S (jualan, servis dan alat ganti) turut giat dibangunkan. Sehingga kini, Naza Quest sudah memiliki sebanyak 18 pusat servis 3S di seluruh negara. Sebanyak sepuluh lagi pusat 3S akan didirikan sebelum akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Naza Quest, Datuk Maruan Mohd. Said menyatakan kos mendirikan setiap premis adalah di antara RM2 juta hingga RM3 juta. Tumpuan turut diberikan pada negeri Sabah dan Sarawak.

Model naik taraf

Baru-baru ini, Naza Quest memperkenalkan model naik taraf Captiva. Hanya varian petrol sahaja diperkenalkan. Maruan memberitahu, varian diesel akan diperkenalkan menjelang suku keempat tahun ini.


DARI kiri: Ketua Pegawai Operasi Naza Quest, Datuk Maruan Mohd. Said; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin; Pengarah Projek Khas Kumpulan Naza, Abdul Hamid Ismail dan Pengarah Perhubungan Korporat Kumpulan Naza, Zakaria Ismail pada majlis pelancaran model baru Chevrolet Captiva di Naza Quest Jalan Ampang baru-baru ini.


Captiva dilengkapi unit pembekal kuasa baharu, enjin petrol empat silinder sebaris 2.4 L ECOTEC. Enjin bersesaran 2,384cc itu dilengkapi aci sesondol atas berkembar (DOHC) dan sistem Double Continuously Variable Cam-Phasing (Double CVC).

Dengan semua penambahan ini, pastinya kuasa maksimum ditingkatkan kepada 123kW berbanding 100kW pada model sebelumnya. Begitu juga dengan tork maksimumnya telah dilonjakkan kepada 225Nm daripada 220Nm.

Jentera yang diimport (CBU) dari Thailand itu dipasang dengan transmisi automatik Tiptronic enam kelajuan dengan ciri Driver Shift Control (DSC).

Rekaan menarik

Bahagian hadapan Captiva menerima solekan baharu. Ini termasuk pengenaan bampar baru dan dua gril yang lebih besar. Di antara kedua-dua gril berkenaan, terpampang lambang tali leher kupu-kupu (bow tie) berwarna kuning keemasan. Sementara bonetnya memiliki rekaan yang lebih tajam.

Turut dikenakan ialah lampu depan projektor prisma dan lampu kabus baru. Bagi cermin sisi pula, bahagian bawahnya dilengkapi dengan lampu isyarat membelok LED.

Bahagian belakang tidak mengalami pembaharuan ketara. Perbezaan cuma dapat dilihat pada lampu belakang dan penggunaan warna krom pada ekzos berkembarnya itu.


BAHAGIAN belakang yang tidak menerima perubahan kosmetik ketara.


Untuk rekaan dalaman, perubahan paling ketara membabitkan integrasi butang kawalan pada stereng Captiva. Bahagian kanan stereng dilengkapi butang kawalan sistem pendingin hawa dan fungsi cruise control. Sebelah kiri pula butang kawalan sistem audio. Konsol tengah jentera itu turut menerima susun atur yang lebih kemas.

Captiva didatangkan dengan dua jenis konfigurasi tempat duduk. Anda boleh memilih sama ada kapasiti lima atau tujuh orang penumpang. Kali ini, material kulit digunakan untuk membalut tempat duduknya. Susun atur tempat duduknya juga lebih mesra pengguna. Tempat duduk barisan ketiga dilengkapi saluran pendingin hawa untuk keselesaan semua.

Model SUV itu mendahului kelas tersendiri dengan teknologi Hill Start Assist. Ciri tersebut membantu mengelakkan Captiva daripada mengundur sewaktu brek dilepaskan ketika mendaki kawasan curam. Turut ditambah ialah Hill Descent Control yang membantunya mengekalkan kelajuan sewaktu menuruni bukit.

Aspek keselamatan tidak dipandang ringan. Captiva sarat dengan ciri-ciri keselamatan. Antaranya, dua beg udara pada barisan hadapan dan bahagian tepi, empat brek cakera ABS, EBD, Traction Control, ESP, ARP dan Self-Levelizer.

Ditawarkan pada harga RM153,888 seunit (termasuk duti import, cukai jualan dan aksesori), Captiva didatangkan dalam enam warna pilihan iaitu coklat, putih, hitam, kelabu, perak dan merah.

Naza Quest percaya model Captiva bakal menerajui jualan Chevrolet pada tahun ini. Hasrat mereka ialah meningkatkan jualan sehingga tiga kali ganda. Sasaran itu bukan mudah, tetapi tidak juga mustahil.

Mazda BT-50 (Fighter) baru!

Posted:

Mazda BT-50 (Fighter) baru!

Mazda BT-50 (Fighter) baru!

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


RUPA bentuk trak pikap Mazda yang lari daripada kebiasaan.


LEBIH kurang 10 tahun lalu, pasaran pikap tempatan mula berkembang. Terima kasih kepada Ford kerana mereka berjaya mempopularkannya melalui model Ranger. Sejak dari itu, saingan bagi merebut pelanggan semakin sengit.

Mitsubishi memperkenalkan Storm, Toyota dengan Hilux dan Mazda menerusi Fighter.

Pikap ialah kenderaan dwikegunaan. Oleh kerana itu, ia begitu popular dalam kalangan usahawan berkeluarga. Pada hari biasa mereka boleh memunggah stok kedai atau perkakasan rumah. Pada hujung minggu pula, pikap boleh digunakan untuk membawa keluarga makan-makan atau ke pusat beli belah.

Harganya pula sangat berbaloi jika dibandingkan dengan kereta sedan. Pada laras harga RM90,000 anda boleh membeli Honda City, Proton Inspira atau pun pikap. Apa yang pasti, mereka yang inginkan kelainan, ruang penumpang dan kargo besar pastinya akan memilih pikap, pakej yang tidak ada pada kereta sedan.

Harus tahu bahawa Toyota Hilux ialah kenderaan jenama asing kedua terlaris di Malaysia. Jika dahulu, rekabentuk pikap condong kepada rugged dan imej itu masih lagi dipegang oleh kebanyakan pengeluar.

Walau bagaimanapun ia langsung berbeza bagi model Triton. Entah kenapa Mitsubishi menggunakan konsep rekaan yang lembut dan lari jauh daripada sifir pengeluar lain. Bahkan, ia langsung berbeza dengan model Storm yang nampak tegap dan lasak.


RUANG kabin BT-50 yang tidak jauh beza dengan model sedan.


Semakin kucar-kacir

Sifir Mitsubishi ternyata betul apabila Triton menjadi model pikap kedua terlaris selepas Hilux. Jika anda dalam pasaran ini, sama ada anda akan memilih Hilux atau Triton, kedua model itu begitu popular walaupun Nissan mempunyai Navara dan Isuzu menawarkan model D-Max.

Jika ditanya pendapat saya mengenai antara Hilux dan Triton, jawapannya ialah pilihlah Triton jika anda ingin membawa keluarga. Hilux pula jika anda memerlukan kenderaan untuk bekerja 24/7. Triton selesa untuk membawa keluarga, manakala Hilux pula ternyata tahan lasak.

Tetapi andainya Mazda membawa masuk model terbaharu BT-50 atau lebih dikenali sebagai Fighter untuk pasaran tempatan, ternyata senarai pendek anda akan menjadi lebih kucar-kacir. Model itu berkonsepkan Active Lifestyle Vehicle, suatu yang agak sinonim dengan Triton dan berbeza langsung daripada Hilux yang kelihatan gagah perkasa.

Mazda mempamerkan kepada umum model baru BT-50 pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Australia 2010. Dengan konsep kenderaan gaya hidup aktif, BT-50 dirancang supaya menonjol.

Untuk pasaran ASEAN, BT-50 disasarkan untuk kegunaan bisnes dengan keselesaan seperti sebuah kereta penumpang. Bagi pasaran Australia dan Eropah pula, pikap itu disasarkan kepada golongan yang aktif dengan aktiviti luar.

Hasil daripada konsep dan sasaran pelbagai pasaran, maka lahirlah sebuah pikap dengan rekabentuk ekspresif, selesa, ruang kabin berkualiti tinggi dan pemanduan yang lancar dengan ciri-ciri kereta penumpang. Tidak dilupakan, DNA Mazda iaitu pemanduan sporty dan responsif.

Konsep rekaan BT-50 adalah berasaskan kepada Sophisticated Beast. Menurut Ryo Yanasigawa, Ketua Pereka BT-50, pikap itu berdasarkan gambar seekor singa yang gagah seolah-olah menunggu untuk membaham mangsanya.


INILAH hasil daripada konsep Active Lifestyle Vehicle yang digunakan oleh Mazda.


Pada bahagian dalaman, pasukan pereka mahukan rekaan sporty bagi melengkapi rekaan luarannya. Di samping ruang yang selesa bagi menyaingi standard kereta penumpang Mazda. Kokpitnya direka fokus untuk pemandu yang menikmati pemanduan.

Ciri-ciri pemanduan sporty seperti itu adalah suatu yang asing untuk kenderaan pikap. Papan pemukanya pula mempunyai rekaan asimetrik untuk mendapatkan ruang optimal pada kedua-dua belah sisi dan ini memberi faedah kepada penumpang.

Dengan perkembangan terbaharu Mazda ini, nampaknya pola pasaran pikap semakin berpecah dua. Pada suatu sisi ada kem yang terdiri daripada Toyota Hilux, Isuzu D-Max dan Nissan Navara dengan imej utilitarian yang menekankan aspek kebolehgunaan, ciri tradisi pikap.

Sementara satu lagi sisi yang dahulunya mempunyai seorang ahli tunggal iaitu Mitsubishi Triton kini mempunyai rakan baharu, tidak lain tidak bukan ialah Mazda BT-50. Kedua model itu masih mempunyai ciri-ciri pikap seperti tahan lasak dan sebagainya.

Cuma ia ingin berseronok. Tiada salah dengan itu, asyik terlampau serius boleh membuatkan kita jadi tertekan. Apa salahnya membuat sesuatu di luar kebiasaan dan lari daripada sifir lazim. Mazda BT-50 adalah generasi baru kenderaan pikap.

CBR250R tampak hebat

Posted:

CBR250R tampak hebat

CBR250R tampak hebat

Oleh SHAWKATH AZDE


CBR250R sesuai untuk semua jenis pengalaman penunggang.


ENAM bulan lalu, senario segmen motosikal berkuasa tinggi kategori 250cc diramal berubah dengan kehadiran model terbaharu Honda. Apa lagi kalau bukan Honda CBR250R yang diimport dari Thailand oleh pihak Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew).

Tidak keterlaluan dikatakan CBR250R ialah satu-satunya sportbike yang masih jarang kelihatan menderum di jalan raya. Jujur dikatakan, saya sendiri pun tercari-cari kelibat motosikal itu. Hanya sekali sahaja terserempak iaitu di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) menghala ke Damansara Utama, Selangor.

Untuk mengetahui apa sebabnya, saya menghubungi hampir kesemua pengedar pusat 4S Boon Siew Honda di sekitar kawasan ibu negara dan Selangor.

Apa yang dapat dirumuskan ialah senarai menunggu untuk mendapatkan model itu agak panjang, sekitar satu hingga tiga bulan. Purata pengedar cuma diberikan satu unit atau dua unit sahaja. Mungkin berdasarkan tempahan pelanggan.

Pelancaran CBR250R mengambil tempat di Litar Antarabangsa Sepang pada 17 Februari lalu. Dua varian diperkenalkan iaitu standard dan Combined ABS.

Turut dikenali sebagai Honda MC41, ia dilengkapi enjin silinder tunggal empat lejang DOHC dengan sistem penyejukan cecair. Enjin bersesaran 249cc itu dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan dan menggunakan khidmat suntikan terus bahan api.

Ia didakwa berupaya menjana 26 kuasa kuda pada 8,500rpm. Tork maksimum pula 23Nm pada 7,000rpm. Kelajuannya? Mampu mencapai lebih 150 kilometer/sejam (km/j).


SISTEM brek ABS diaplikasikan pada roda hadapan dan belakang.


Brek ABS

Baru-baru ini, saya berpeluang menguji varian Combined ABS. Maksud Combined ABS ialah kombinasi sistem brek antikunci (ABS) yang diaplikasi pada roda hadapan dan belakang. Fungsinya mengelakkan tayar daripada tergelincir atau brek terkunci apabila brek mengejut dibuat.

CBR250R dilengkapi dua set brek cakera. Bahagian depan berukuran 296 milimeter (mm) dengan angkup dua omboh. Cakera belakang pula bersaiz 220mm dengan angkup satu omboh.

Apabila brek belakang dipijak, sistem ABS akan berfungsi. Ia menggerakkan satu omboh pada brek depan dan brek belakang secara serentak. Kelancaran brek ABS memang dapat dirasa dengan ketara.

Untuk menghidupkan CBR250R, masukkan kunci dan tekan butang Engine Start. Dua lampu kecil berwarna oren akan menyala (untuk varian Combined ABS). Lampu itu ialah ABS dan Engine Check yang ditempatkan di bahagian kiri meter laju. Anda perlu menunggu sehingga lampu Engine Check terpadam sendiri.

Tempoh menunggu kira-kira tiga atau empat saat. Kemudian barulah tekan butang penghidup enjin. Untuk lampu ABS, jangan bimbang ia akan padam secara automatik sejurus sahaja klac ditarik dan gear dimasukkan sebelum motosikal bergerak. Enjin mudah dihidupkan dan tidak pula terasa semput.

Langkah sahaja kaki dan duduk atas pelana, posisi badan akan berada dalam keadaan menegak. Kedua-dua tangan mudah mencapai hendal tanpa perlu menganjak ke hadapan.

Sewaktu menunggang, lengan tidak berasa lenguh. Tempat duduknya cukup selesa dan membuatkan saya seperti melekat pada jentera ini. Ternyata CBR250R mengambil kira semua jenis pengalaman penunggang.

Paparan panel instrumen harus diberi pujian. Ia mengabungkan konsep analog dan digital. Takometernya terdiri daripada meter analog berlatar belakang warna biru hitam. Jarum petunjuk berwarna oren memudahkan lagi penglihatan. Sementara paparan meter laju dalam bentuk digital berwarna biru yang menunjukkan suhu enjin, jam, jarak perjalanan dan status semasa minyak petrol.


KONSEP digital dan analog digabungkan pada meter.


Teknologi Pro-Link

Menempuh kesesakan jalan raya tidaklah terlalu sukar. Jentera seberat 165 kilogram itu lincah apabila bermain di barisan kereta. Keseronokan tunggangan dirasai sewaktu mengambil selekoh pada kelajuan munasabah. Ia seimbang dan menawarkan keyakinan ketika menunggang.

Keseimbangan bukan hanya disokong padanan tayar depan dan belakang yang masing-masing bersaiz 110/70 dan 140/70 pada sport rim 17 inci. Ia berkait rapat dengan sistem suspensi jenis pro-link pada roda belakangnya. Pro-Link ialah komponen yang menghubungkan spring pada swing arm. Komponen standard bagi semua jentera superbike Honda.

Perkara yang kurang menarik ialah sistem ekzosnya. Mufler sememangnya besar dan bersegi tiga, tetapi bunyinya lembut dan kurang padat. Ramai yang berpandangan sama. Mungkin ada pengguna yang mahukan sportbike dengan bunyi lembut. Citarasa manusia sememangnya berbeza.

Model itu didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu merah, perak dan hitam metalik. Harga varian standard, RM18,799 seunit, manakala Combined ABS RM21,799 sebuah. Sasaran pelanggannya ialah pengguna bandar dan mereka yang mahu mula menunggang jentera berkuasa tinggi.

CBR250R bukan sahaja membuka lembaran baru dalam segmen 250cc. Ia sebenarnya menggantikan tempat model CBR150R versi kaburator dan ketiadaan CBR150R versi suntikan.

Boon Siew perlu memastikan penawaran, promosi dan pemasaran CBR250R lebih giat diadakan dan berjalan lancar. Mengapa? Mudah sahaja. CBR ialah model ikonik Honda.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Kami tak terlibat’

Posted:

'Kami tak terlibat'

'Kami tak terlibat'

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

AZIZ SAPIAN (berdiri tengah) ketika meraikan pemain skuad Johor pada majlis rumah terbukanya di Pulai Perdana, Johor Bahru semalam.


PEMAIN kami tidak terlibat dalam kegiatan mengatur keputusan perlawanan.

Demikian tegas Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) semalam yang yakin bahawa skuad Johor tidak terbabit dengan gejala rasuah meskipun seorang bookie ditahan polis dipercayai terbabit dalam mengendalikan pertaruhan pada perlawanan Piala Malaysia ketika aksi menentang Kedah di Stadium Larkin, Selasa lalu.

Naib Presiden 1 PBNJ, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, meskipun terkejut dengan perkara tersebut, beliau yakin skuad Johor bebas daripada gejala negatif itu.

Katanya, ini berdasarkan pihaknya sentiasa memantau aktiviti para pemain dan pengurusan yang dilakukan dengan kerjasama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Di peringkat dalaman, kita telah mengambil langkah-langkah awal dalam menangani masalah rasuah termasuk mengadakan ceramah berkaitan rasuah kepada pasukan ini.

"Selain itu, kita sering memantau dan mengawal aktiviti serta para pemain tahu karier mereka akan musnah jika terbabit dengan rasuah," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya di Pulai Perdana, Johor Bahru semalam.

Turut hadir jurulatih Johor, Azmi Mohamed dan para pemain skuad berkenaan.

Akhbar semalam melaporkan, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun ketika sedang sibuk mengatur pertaruhan membabitkan perlawanan Johor dan Kedah menerusi telefon di tempat duduk utama di stadium berkenaan.

Penahanan kira-kira pada pukul 10.50 malam itu dilakukan hasil maklumat dan intipan sepasukan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor.

Polis turut merampas dua telefon bimbit dan kertas catatan pertaruhan yang memaparkan jumlah pertaruhan membabitkan kedua-dua pasukan itu.

Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya berkata, isu bookie tersebut tidak mengganggu tumpuan skuad Johor pada perlawanan menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

"Walaupun kalah kepada Kedah Selasa lalu, komitmen dan semangat skuad Johor tetap tinggi dan kita akan memberikan aksi terbaik di Perak nanti," katanya.

Dalam pada itu, Azmi turut percaya para pemainnya tidak terbabit dengan aktiviti rasuah atau mengatur perlawanan.

Jelasnya, pihak pengurusan telah mengambil langkah sepatutnya dalam menangani isu tersebut dan ketika ini semangat skuad Johor tetap tinggi untuk beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

"Saya lihat komitmen, semangat juang para pemain adalah tinggi dan mereka tidak tertekan untuk menghadapi perlawanan menentang Perak malam esok (hari ini).

"Meskipun Perak tanpa lima tonggak utama yang digantung lima perlawanan, kami tetap berhati-hati kerana pemain simpanan yang diturunkan pasti memberikan aksi terbaik agar terus mendapat kepercayaan untuk beraksi," katanya.

Kelantan hormati Johor FC

Posted:

Kelantan hormati Johor FC

Kelantan hormati Johor FC

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


KARATHU (kanan) mengingatkan para pemainnya agar berhati-hati dengan ancaman Johor FC.


MESKIPUN dilabel sebagai pasukan pilihan, juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan tetap merendah diri.

Mereka tidak mahu mengambil mudah pertemuan dengan Johor FC dalam aksi kedua peringkat Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu mahu barisan pemainnya meneruskan rentak cemerlang seperti yang dipamerkan ketika menumbangkan Sarawak 2-0 dalam aksi pembukaan minggu lalu.

"Kejayaan menumbangkan Sarawak dalam perlawanan pembukaan itu merupakan permulaan yang baik buat Kelantan, jadi saya harap kita dapat meraih tiga mata dalam pertemuan malam esok (malam ini).

"Walaupun kita pernah menumbangkan mereka dalam saingan Piala FA dan liga lalu, namun saya tidak akan mengambil mudah pertemuan kali ini.

"Saya tahu Johor FC merupakan sebuah pasukan yang baik dan sukar untuk dikalahkan," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, dia yakin Johor FC akan berjuang habis- habisan seterusnya mencipta kejutan untuk menumbangkan skuad The Red

Warriors.

Karathu berkata, para pemainnya sudah bersiap sedia dan tidak sabar untuk turun beraksi dalam perlawanan tersebut yang merupakan aksi pertama di gelanggang sendiri.

"Kita akan menurunkan barisan terkuat dalam pertemuan ini. Saya berharap para pemain dapat memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki dengan menjaringkan gol bagi memastikan kita meraih kemenangan," ujarnya.

Dalam pada itu, jurulatih yang kaya dengan pengala- man itu memberitahu, kemenangan dalam perlawanan ini cukup penting buatnya untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan seterusnya.

"Kemenangan dalam perlawanan malam ini akan mencerahkan peluang buat The Red Warriors mengumpul mata maksimum dan melangkah ke saingan sete- rusnya," ujarnya.

Irfan waspada ancaman PKNS

Posted:

Irfan waspada ancaman PKNS

Irfan waspada ancaman PKNS

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


IRFAN (kiri) mengingatkan para pemainnya agar jangan leka berdepan dengan Selangor PKNS malam ini.


KELEBIHAN selaku tuan rumah masih belum mampu memberi kelegaan kepada pengendali Terengganu, Irfan Bakti apabila menanti kunjungan Selangor PKNS pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia malam ini.

Sebaliknya Irfan mengakui, pertembungan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu pasti menjanjikan kesukaran berdasarkan reputasi lawan selaku juara Liga Premier.

Kata Irfan, pengalaman PKNS mendominasi saingan Liga Perdana tidak boleh diperlekehkan, sekalipun skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan pada aksi pertama Selasa lalu.

"Kami tidak boleh leka dengan PKNS kerana mereka hadir sebagai juara Liga Premier. Lagipun, pasukan ini baru sahaja mengalami kekalahan dan saya menjangkakan, mereka pasti bangkit di Kuala Terengganu," jelas Irfan kepada Kosmo! semalam.

Tambah jurulatih kelahiran Kelantan ini, kekuatan PKNS sudah pasti terletak di bahagian tengahnya terutama posisi sayap seperti yang dibuktikan ketika menentang Negeri Sembilan sebelum ini.

Justeru katanya, kombinasi dan keserasian Joseph Kalang, Resha- fiq Alwi dan Ashaari Shamsuddin di bahagian tengah begitu ditagih dalam misi juara Piala FA itu mengutip tiga mata di hadapan penyokong sendiri.

"Satu-satunya berita baik yang kami peroleh ialah kehadiran semula Ismail Faruqi selepas tidak disenaraikan pada pertemuan menentang Sime Darby tempoh hari.

"Dengan kehadiran Ismail, ia akan memberi lebih banyak pelu- ang kepada saya untuk menyusun strategi bagi membolehkan gandingan Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi menjaringkan gol," katanya.

Pada perlawanan pembukaan Kumpulan B lalu, Terengganu menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila menang mudah 3-0 ke atas pendatang baharu, Sime Darby.

Dalam pada itu, Irfan yang memburu kejuaraan sulungnya di pentas Piala Malaysia turut mengharapkan sokongan padu daripada penyokong Peteh dalam misi merealisasikan hajat persatuan memburu gelaran kedua musim ini.

"Kami berjaya menduduki tempat kedua dalam Liga Super, muncul juara Piala FA dan kini, kami bersaing untuk mencari tempat ke pusingan kedua Piala Malaysia.

"Besar impian saya untuk melihat Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam esok (malam ini) dipenuhi penyokong-penyokong Terengganu," ujarnya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Enak burger Kaizer Xpress

Posted:

Enak burger Kaizer Xpress

Enak burger Kaizer Xpress

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

BURGER halal dan premis yang selesa menjadi kelebihan Kaizer Xpress.


RENTETAN sambutan menggalakkan yang diterima daripada masyarakat, restoran makanan segera Kaizer Roasters & Burger yang terkenal di Melaka melebarkan sayapnya dengan membuka outlet ketiga di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memilih lokasi perniagaan di pusat beli-belah Mid Valley, outlet yang diberi nama Kaizer Xpress itu menyajikan pelbagai menu segera yang mampu memenuhi cita rasa pelanggan.

Variasi burger ayam, daging dan ikan serta lasagna antara menu utama yang boleh dinikmati di outlet yang mula beroperasi sejak empat bulan lalu.

Pemiliknya, Abdul Halim Alias, 38, berkata, pembukaan outlet itu dilakukan lantaran menyedari potensi cerah dalam perniagaan makanan segera terutama yang diusahakan oleh golongan Bumiputera.

"Jenama Kaizer Roaster mula diperkenalkan sejak tiga tahun lalu di Melaka dengan hidangan signatur ayam panggang yang lazat.

"Alhamdulillah, sejak itu nama produk kami terus menjadi sebutan di kalangan masyarakat. Justeru, saya tidak mahu ketinggalan untuk terus memasarkan jenama Kaizer di sekitar kawasan Lembah Klang melalui kios ini," ujar Abdul Halim ketika ditemui Kosmo!.


ABDUL HALIM mahu jenama Kaizer Xpress dikenali di seluruh negara.


Mula ditubuhkan sejak tiga tahun lalu, Kaizer Roasters & Burger merupakan syarikat Bumiputera yang dimiliki oleh Kaizer Gourmet Worldwide (M) Sdn. Bhd.

Outlet sulung restoran tersebut mula dibuka di pusat beli-belah Jusco Melaka pada tahun 2009 diikuti cawangan kedua di Dataran Pahlawan, Melaka.

Tambah Abdul Halim, pihaknya turut mempunyai perancangan untuk memfrancaiskan produk mereka bagi meluaskan lagi pasaran untuk jenama makanan segera Kaizer Xpress.

"Bagi golongan belia atau lepasan siswazah yang berminat menceburi bidang perniagaan makanan segera, peluang ini terbuka kepada mereka. Apa yang penting, ia tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan bisnes ini.

"Namun demikian, kami masih dalam proses memohon lesen francais untuk melaksanakan perancangan yang telah dibuat," jelasnya sambil memberitahu bahan-bahan mentah yang digunakan seperti bekalan daging, roti dan sebagainya diproses sendiri dan dijamin halal.


OUTLET Kaizer Xpress kini sudah berkembang ke Lembah Klang.


Selain itu, Abdul Halim turut melahirkan harapan untuk mengembangkan lagi jenama Kaizer Xpress ke seluruh negara dan bercadang untuk menjalin kerjasama dengan universiti tempatan.

Sudah pun mempunyai kelompok pelanggan sendiri, produk Kaizer Xpress berkualiti, lazat dan dijual pada harga berpatutan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.kaizer.com.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Persiapan ulang tahun 9/11

Posted:

Persiapan ulang tahun 9/11

Persiapan ulang tahun 9/11

BEBERAPA pekerja mengubah kedudukan lampu dalam ujian persembahan cahaya di New York kelmarin.


NEW YORK - Beberapa ujian dilakukan oleh sekumpulan pakar cahaya di tapak bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) bagi membuat persembahan sempena dengan ulang tahun kesepuluh serangan pengganas yang berlaku di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ujian itu dilakukan menjelang sambutan ulang tahun serangan tersebut yang akan disambut pada Ahad ini.

Dalam serangan pengganas itu, bangunan WTC runtuh akibat dirempuh oleh dua pesawat yang dirampas pengganas sehingga mengakibatkan 2,753 orang terbunuh pada 11 September 2001.

Serangan itu kemudian dikenali sebagai 9/11.

Seorang penerbit teater yang mengendalikan acara persembahan cahaya itu, Michael Ahern berkata, apabila lampu tersebut bercahaya, ia akan memberikan suasana yang amat indah.

Sementara itu, kebimbangan rakyat Amerika Syarikat (AS) berhubung satu serangan pengganas semakin berkurangan.

Maklumat didedahkan dalam satu tinjauan pendapat yang disiarkan semalam.

Seramai 36 peratus responden menyatakan mereka berasa amat bimbang bahawa akan berlaku satu serangan pengganas.

Serangan pengganas itu didakwa dirancang oleh bekas Ketua Al-Qaeda, Osama Bin Laden sehingga dia menjadi orang paling dikehendaki oleh AS.

Namun, Osama mati ditembak anggota komando AS di bandar Abbottabad, Pakistan di sebuah rumah persembunyian pada 2 Mei lalu semasa berusia 54 tahun. - Agensi

Gaddafi jual 20 peratus simpanan emas

Posted:

Gaddafi jual 20 peratus simpanan emas

Gaddafi jual 20 peratus simpanan emas


GADDAFI


TRIPOLI - Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah menjual lebih 20 peratus simpanan emas negara berkenaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM2.9 bilion) pada hari-hari terakhir pemerintahan rejimnya, kata Gabenor Bank Negara Libya, Qassem Azzoz semalam.

Qassem berkata, sekitar 29 tan emas dijual kepada peniaga-peniaga tempatan selepas rejim Gaddafi mengalami kesempitan wang tunai.

"Semua emas itu dijual untuk pembayaran gaji dan mewujudkan kecairan terutamanya di Tripoli," kata Qassem.

Menurut beberapa pegawai bank pusat, sejumlah emas tersebut dipercayai dibawa keluar ke negara jiran iaitu Tunisia.

Menurut Qassem, susulan penjualan jongkong-jongkong berkenaan, aset keseluruhan bank pusat Libya kini berbaki AS$115 bilion (RM344.1 bilion) dengan AS$90 bilion (RM269.3 bilion) disimpan di luar negara.

Sementara itu, pemangku Menteri Kesihatan Libya, Naji Barakat berkata, sekurang-kurangnya 30,000 orang terbunuh manakala 50,000 lagi cedera dalam perang saudara sepanjang enam bulan di Libya

Lebih 4,000 orang lagi katanya, masih hilang sama ada telah terkorban atau menjadi tawanan di tiga bandar yang menjadi kubu kuat Gaddafi.

Libya memiliki penduduk seramai lebih enam juta orang. - AFP

CEO Yahoo dipecat menerusi telefon

Posted:

CEO Yahoo dipecat menerusi telefon

CEO Yahoo dipecat menerusi telefon

SUNNYVALE, Amerika Syarikat (AS) - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yahoo, Carol Bartz (gambar) diberitahu dia dipecat hanya melalui telefon.

Pendedahan itu dibuat oleh Carol apabila dia memberitahu kakitangan firma Internet itu pada Selasa lepas bahawa dia telah dipecat melalui telefon.

Dia menghantar e-mel kepada kakitangan-kakitangan Yahoo dengan menggunakan komputer tablet iPad bagi memberitahu mengenai pemecatannya.

E-mel itu diperolehi sebuah blog teknologi, All Things D. Dia dipecat oleh Pengerusi Yahoo, Roy Bostock.

Pemecatan wanita berusia 63 tahun itu dibuat setelah para pemegang saham dan ahli lembaga pengarah kecewa kerana dia gagal memulihkan pendapatan syarikat yang terus merosot.

Untuk mengisi kekosongan tersebut, ahli-ahli lembaga pengarah Yahoo menamakan ketua pegawai kewangan syarikat itu, Tim Morse sebagai pemangku CEO.

Yahoo yang beribu pejabat di sini, negeri California dilaporkan sedang mencari pengganti untuk jawatan tersebut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lorong bas Hentian Putra ditutup

Posted:

Lorong bas Hentian Putra ditutup

Lorong bas Hentian Putra ditutup

09/09/2011 7:48pm

KUALA LUMPUR - Semua bas ekspres tidak dibenarkan memasuki lorong bas dalam Bangunan Hentian Putra bermula semalam sehingga 31 Oktober ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaiki lantai di dalam bangunan itu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Stapa dalam satu kenyataan berkata, berikutan itu semua bas akan berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang di tiga tapak alternatif yang disediakan di luar bangunan itu.

"Pemandu bas ekspres dikehendaki menggunakan petak yang disediakan untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja dan tidak dibenarkan menggunakannya sebagai tempat meletak bas," katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya mengelak daripada menggunakan jalan atau meletakkan kenderaan di sekitar bangunan itu sepanjang tempoh penutupan bagi mengelak kesesakan. - Bernama

6 motosikal dibakar

Posted:

6 motosikal dibakar

6 motosikal dibakar

09/09/2011 7:43pm

SEBERANG JAYA - Enam buah motosikal yang diletak di tempat parkir berbumbung di Flat D20 Gerbang Tuna di sini terbakar pagi tadi dipercayai akibat perbuatan khianat.

Tiga daripadanya musnah manakala tiga lagi hanya mengalami kerosakan kecil dalam kejadian kira-kira 4 pagi.

K. Tinesh Kumar, 23, berkata, beliau sekeluarga yang tinggal di tingkat tiga flat berkenaan hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi siren kenderaan bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian.

"Saya terus bangun sebelum turun ke bawah dan terkejut apabila mendapati motosikal saya hangus terbakar," katanya.

Katanya, sebelum kejadian adiknya Vijitra, 16, dikatakan terdengar bunyi seperti orang membalingkan sesuatu objek tetapi tidak mengendahkannya. - Bernama

Wanita dituduh pecah amanah

Posted:

Wanita dituduh pecah amanah

Wanita dituduh pecah amanah

09/09/2011 7:09pm

JOHOR BAHARU - Seorang wanita bekas pengarah syarikat pengangkutan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga tuduhan pecah amanah dengan memasukkan cek syarikat ke dalam akaun sendiri tiga tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Hasnah Zaliha Salleh, 38, sebagai pengarah Syarikat Neet Freighters Sdn Bhd, didakwa melakukan pecah amanah melibatkan 26 keping cek CIMB bernilai RM82,835 yang dimasukkan ke dalam akaun Public Bank miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Neet Freighters Sdn Bhd di Jalan Persisiran Perling di sini antara 19 Januari dan 4 November 2008.

Bagi pertuduhan kedua, Hasnah Zaliha didakwa melakukan kesalahan yang serupa melibatkan enam keping cek CIMB bernilai RM13,637.50 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank miliknya antara 10 Februari dan 25 Jun 2008.

Bagi kesalahan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan serupa melibatkan empat keping cek CIMB yang kesemuanya bernilai RM16,488 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik syarikatnya, Sharul Enterprise, antara 18 Mac dan 28 Oktober 2008.

Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anwar Abdul Raof manakala Hasnah Zaliha diwakili peguam Fairoz Elyas Majeed. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Bersihkah Zon V anda?

Posted:

Bersihkah Zon V anda?

Bersihkah Zon V anda?

Oleh NURUL IZZA ROSLY

TANYALAH apa sahaja mengenai kecantikan, fesyen, kosmetik kepada anak gadis zaman sekarang ini, pasti lancar sahaja mulut mungil mereka menjawab mengenai trend, fesyen dan jenama terkini yang sesuai dengan jiwa remaja mereka.

Jangan terperanjat jika mendapati mereka mempunyai pengetahuan lebih luas daripada anda selaku ibu.

Namun, di sebalik keghairahan mereka terhadap penjagaan dan penampilan diri, masih ramai di antara mereka masih kurang menitikberatkan mengenai penjagaan dan kebersihan zon wanita atau Zon V.

Penjagaan Zon V adalah amat penting dalam kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan seseorang wanita.

"Jika aspek kesihatan wanita ini diabaikan, jangkitan dan penyakit mungkin terjadi. Ini boleh menjejaskan kesihatan dan juga keyakinan diri. Anda harus kerap memeriksa Zon V anda untuk memastikan ia sihat. Kita selaku wanita perlu selalu mengawasi tubuh masing-masing," kata Pakar Sakit Puan, Dr. Premitha Damodaran.

Tambahnya, simptom seperti bau atau bendalir yang kurang menyenangkan, haid tidak teratur atau pendarahan antara kitaran haid adalah tanda amaran.


PENGGUNAAN liner setiap hari adalah untuk mengekalkan kekeringan dan kesegaran Zon V sepanjang masa.


"Jika ia berlaku, anda sepatutnya segera berjumpa dengan doktor untuk menentukan sama ada rawatan diperlukan. Jangan ambil mudah atau terlalu membersihkan Zon V anda. Sentiasa peka dan jangan gunakan produk cucian atau wangian yang boleh merosakkan keseimbangan semula jadi Zon V anda," ujarnya.

Jelas Premitha, minyak dan bendalir yang berada secara semula jadi dalam Zon V membantu melindungi dan memelihara kesihatan.

Oleh yang demikian, pembersihan yang melampau akan menghapuskan perlindungan tersebut dan menjadikan Zon V mudah mendapat jangkitan.

"Apa yang diperlukan untuk mengekalkan kebersihan Zon V? Anda hanya perlu membersihkannya menggunakan air suam (bukan air panas) dan sabun lembut di sekeliling Zon V jika perlu.

"Lindungi Zon V anda dengan membenarkan ia bernafas dengan memakai seluar dalam kain kapas dan tukar tuala wanita atau tampon secara kerap ketika haid," jelasnya.

Selain itu, gunakan liner setiap hari untuk mengekalkan kekeringan dan kesegaran Zon V sepanjang masa tetapi pastikan anda menukarnya sekurang-kurangnya setiap empat jam!

Premitha memberitahu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan pada persekitaran Zon V iaitu pengambilan antibiotik, kehamilan, pil hormon, perubahan hormon, diabetes, stres, hubungan seks, bertukar-tukar pasangan, cuaca panas dan lembap serta penggunaan pencuci vagina.


PENGGUNAAN seluar dalam dengan fabrik kapas memberi keselesaan pada Zon V.


Katanya, pengeluaran cecair vagina yang normal biasanya berwarna putih, tiada bau, tidak gatal, basah, cair dan banyak ketika ovulasi atau pekat pada waktu lain.

"Pengeluaran cecair yang tidak normal tidak semestinya kerana jangkitan tetapi, mungkin disebabkan kerengsaan daripada penggunaan cecair pencuci vagina, garam mandian, air laut, peluh dan kelembapan, alergi kepada kondom lateks, terlupa mengeluarkan tampon dan kekeringan vagina.

"Setiap wanita pasti ada satu episod jangkitan kulat sepanjang kehidupan mereka. Ia bukan penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks tetapi, 12 hingga 15 peratus pasangan mungkin mengalami kegatalan," ujarnya.

Menurutnya, jangkitan kulat pada vagina berlaku kerana beberapa perkara seperti pengambilan antibiotik, diabetes, kehamilan, pengambilan alkohol berlebihan, pil perancang kehamilan, perubahan hormon, penggunaan steroid, kemerosotan sistem imunisasi, cecair pembersih vagina, berpakaian ketat, perubahan jenama pad atau tampon, cuaca yang lembap dan stres.

"Sebanyak 50 peratus daripada jangkitan vagina disebabkan oleh bakteria vaginosis (BV). BV berlaku kerana pertumbuhan lampau bakteria tertentu seperti gardnerella vaginalis pada vagina.


DARI KIRI: Nabila Yasmin Mohd. Razib, Yen Sher Leen dan Winnie Nelson merupakan pemenang peraduan Kotex Fresh Face Girl.


"BV akan menjangkiti mereka yang mengadakan hubungan seks secara kerap dan bertukar-tukar pasangan seks," jelasnya sambil memberitahu BV tidak boleh berjangkit melalui tandas duduk, tempat tidur atau kolam renang.

Buat masa ini BV tidak menunjukkan simptom cuma seseorang itu mengeluarkan cecair kelabu keputihan dengan berbau hanyir terutamanya selepas hubungan seks, sakit ketika membuang air kecil dan kegatalan pada kawasan keliling vagina.

Bagi mengelakkan jangkitan, Premitha menyarankan wanita memastikan kawasan alat kelamin bersih dan kering, elakkan penggunaan sabun yang menyebabkan iritasi, penyembur vagina, pencuci vagina, syampu rambut, menukar tampon dan pad dengan kerap serta memakai pakaian dalam yang tidak memerangkap kelembapan.

Selain itu, seseorang perlu menukar pakaian yang kering segera selepas berenang, mengambil antibiotik apabila disarankan doktor sahaja dan jika menghidap diabetes, seseorang itu perlu mengawal paras gula dalam darah.

Premitha menasihatkan kepada mereka yang dijangkiti supaya mengelakkan aktiviti seks sehingga sembuh sepenuhnya, merawat jangkitan, menggunakan kondom, mengelap alat kelamin dari bahagian depan hingga ke belakang dan mengurangkan pengambilan roti, gula dan alkohol.

"Sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Tidak semestinya seseorang yang aktif seks akan mendapat jangkitan pada vagina.

"Anda tidak perlu membasuh secara berlebih-lebihan kawasan vagina anda kerana ia mempunyai sistem pembersihannya sendiri," pesannya.

Psoriasis kulit kepala datangkan aib

Posted:

Psoriasis kulit kepala datangkan aib

Psoriasis kulit kepala datangkan aib

Oleh NURUL IZZA ROSLY


PENYAKIT psoriasis boleh dirawat dengan kemajuan dunia perubatan masa kini.


PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit yang menjejaskan dua hingga tiga peratus populasi manusia di seluruh dunia.

Separuh daripada dua pertiga daripada pesakit menghidap psoriasis mengalami penyakit psoriasis kulit kepala. Psoriasis kulit kepala ini mungkin menyerang keseluruhan kulit kepala atau menjejaskan bahagian tertentu di kepala.

Seseorang yang menghidap psoriasis menunjukkan tanda-tanda seperti beberapa tompok kemerah-merahan serta bersisik putih berwarna perak selain mempunyai kulit kepala yang mengelupas persis kelemumur.

Jika keadaan ini dibiarkan lama tanpa rawatan, kemungkinan ia merebak ke bahagian dahi, leher atau di belakang telinga adalah tinggi.

Di Malaysia sahaja, ia menyerang satu hingga dua peratus daripada jumlah populasi rakyat negara ini.

Begitupun, pengamal perubatan masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar psoriasis kulit kepala, tetapi ia dikaitkan dengan genetik. Ia juga boleh berlaku kerana perubahan musim, kecederaan pada kulit, stres, alahan pada sesetengah ubat, alkohol dan tabiat merokok.

Walaupun ia tidak berjangkit, ia cukup membuatkan seseorang itu terganggu dengan simptom-simptom seperti pengelupasan berlebihan yang sering disalah anggap sebagai kelemumur teruk oleh sesetengah pesakit.

Pada masa yang sama, ia menyebabkan kegatalan kulit kepala hingga menyebabkan seseorang itu berasa malu seterusnya mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengalami psoriasis kulit kepala lebih gemar bersendirian yang akhirnya menyebabkan kemurungan. Lebih teruk, sesetengah pesakit psoriasis mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

"Psoriasis kulit kepala merupakan penyakit kronik tetapi ia boleh dirawat dengan rawatan perubatan efektif.

"Namun begitu, banyak salah tanggapan tentang penyakit ini hinggakan ramai pesakit lambat mendapatkan rawatan kerana menganggap ia kelemumur biasa.


PERUBAHAN tekstur dan warna pada permukaan kulit seperti ini perlu dipandang serius. - Gambar hiasan


"Ada di antara mereka mendapati rawatan sedia ada tidak berkesan sementara ada yang lain menyifatkan ia sebagai beban," kata Perunding Dermatologi dari Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Gleneagles, Dr. Steven Chow.

Hidup terbatas

Tambah Steven, gaya hidup pesakit psoriasis terbatas kerana beberapa aspek.

"Pesakit perlu memakai topi, menjauhi penggunaan produk rawatan rambut atau pewarna rambut, menahan diri melakukan aktiviti fizikal seperti berenang, mengelakkan diri memakai baju berwarna gelap supaya keruping kulit yang jatuh di baju tidak ketara kelihatan.

"Penghidap penyakit ini menderita dalam diam. Ada pula yang menganggap mereka akan hidup selama-lamanya dengan penyakit itu. Tanggapan itu ternyata tidak benar kerana ia boleh dirawat," ujarnya sambil memberitahu psoriasis dialami oleh golongan lelaki dan wanita.

Sementara itu, penghidap psoriasis, Patricia Tang, 30 memberitahu, dirinya mula menghidap psoriasis sejak berumur 18 tahun ketika menuntut di kolej.

Bermula di bahagian paha, Patricia mendapati keadaannya seperti luka dan bersisik. Dia kemudian menyedari keadaan yang sama juga berlaku di belakang telinga.

"Sejak lima tahun lalu, ia merebak ke bahagian kaki, tangan dan kulit kepala.

"Ia sedikit sebanyak membataskan aktiviti sosial saya. Hendak keluar perlu pakai baju lengan panjang, seluar atau skirt panjang. Tipulah jika saya tidak malu," luahnya.

Tambah Patricia, psoriasis juga turut mengganggunya dari aspek emosi iaitu sering berasa rendah diri.

"Aktiviti saya terbatas. Tidak dapat berenang, tidak boleh pakai baju berwarna hitam selain perlu memakai seluar panjang selalu.


PENERANGAN tentang psoriasis dan perubatan terkini disampaikan oleh (dari kiri) Steven, John Koo, dan Pengurus Negara LEO Pharma, Tan Keng Aun.


"Bagi meneruskan kehidupan seperti biasa, saya perlu berfikiran positif dan dalam masa yang sama berkongsi maklumat mengenai penyakit ini kerana ramai orang tidak tahu mengenai psoriasis," katanya sambil memberitahu kulitnya akan berasa gatal-gatal apabila stres walaupun baru sahaja membasuh rambut.

Penyelesaian terbaharu

Dalam pada itu, bagi menyelesaikan masalah psoriasis kulit kepala, satu ubat alternatif rumusan calcipotriol/betamethasone dipropionate yang mula diperkenalkan baru-baru ini di Malaysia.

Menurut Naib Pengerusi Jabatan Dermatologi, Universiti California, Pusat Perubatan San Francisco, Profesor John. Y. M. Koo, ubat tersebut sangat efektif, cepat bertindak, tidak comot, tidak melekit, senang dibasuh serta tidak mengambil masa yang lama untuk digunakan.

"Ia merupakan gel jenih tanpa bau dan terbukti secara klinikal bagi mengurangkan kemerahan, pengelupasan kegatalan selepas seminggu digunakan.

"Bagi kesan yang optimum, seseorang pesakit itu perlu menggunakannya setiap hari selama empat minggu," ujarnya.

Ubat gel khas untuk psoriasis kulit kepala ini dibangunkan oleh syarikat penghasilan ubatan dermatologi, LEO Pharma boleh didapati di negara ini dengan saranan daripada doktor berharga RM90 bagi 15 gram.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved