Sabtu, 3 September 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pasar Chow Kit macam-macam ada

Posted:

Pasar Chow Kit macam-macam ada

Pasar Chow Kit macam-macam ada

Oleh KUMARA SABAPHATY
kumara.sabapatty@kosmo.com.my

DI sebalik kemunculan pasar raya berhawa dingin seperti Tesco dan Giant, bandar raya Kuala Lumpur masih memiliki beberapa pasar basah tradisional seperti Pasar Pudu dan Pasar Keramat.

Namun, hanya ada satu pasar yang dianggap sebagai dapur Kuala Lumpur kerana kepelbagaian barangan dan sejarahnya iaitu Pasar Chow Kit. Penjaja, pengusaha restoran, suri rumah, orang biasa mahupun individu bergelar Tan Sri dan kerabat diraja pernah singgah di pasar ini.

'Ha meh tengok ikan bang', 'Ayam… ayammm…', 'Haa kak, sayur kak….', dan 'ya bos… buah bos…'. Hingar-bingar dan riuh-rendah suara peniaga untuk menarik pelanggan itu adalah sesuatu yang unik di sini.

Suasana di lorong sempit Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Bot sekitar pukul 6 petang pula lebih menarik.

Berpuluh-puluh lori tiga tan bergilir-gilir memasuki kedua-dua lorong berkenaan untuk memunggah dan menurunkan barangan segar seperti daging dan sayur-sayuran.

"Tepi tepi, sayur sayur sayur," teriak beberapa pekerja yang menolak laju troli yang digunakan untuk menghantar barangan segar tadi kepada peniaga sayur kampung.

Pasar Chow Kit dikatakan menawarkan pilihan sayur kampung yang paling lengkap di bandar raya ini.

Sebutkan saja nama daun turi, daun selon, serai, pandan, ubi kayu, daun limau dan ulam-ulaman, semuanya ada di sini dan ia segar-segar. Ubi kentang kecil Indonesia dan petai dari kawasan pedalaman Thailand turut boleh ditemui.


PENIAGA dan orang ramai memilih sayur kampung dari lori yang baru tiba.


Bekas lombong

Pasar Chow Kit yang didirikan di atas tanah bekas lombong ini dibahagikan kepada beberapa segmen iaitu bahagian basah yang menjual ikan, ayam dan daging, buah-buahan, sayur kampung, makanan dan pakaian.

Terdapat kira-kira 1,400 peniaga di sini, sebahagian besar adalah peniaga turun-temurun yang mencari rezeki di tapak niaga yang sama sejak sebelum merdeka lagi.

Salah seorang peniaga lama di situ ialah Soieb Yusof, 64. "Saya mengikut ibu bapa saya menjual daun turi dan ubi kayu sejak pasar ini dibina pada 56 tahun lalu," kenang beliau yang pada masa itu baru berumur lapan tahun.

Menurut Soieb, peniaga dulu-dulu sekadar menyusun beberapa keping papan di atas tanah dan melapiknya dengan surat khabar lama sebelum meletakkan barang-barang di atasnya.

"Kami duduk di bawah dan menjual ikan, sayur dan buah-buahan. Pada masa itu peniaga terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

"Tetapi sekarang anak peniaga India khususnya tidak mewarisi perniagaan ibu bapa mereka," katanya.

Pasar Chow Kit mencapai kemuncak populariti pada tahun 1970-an dengan pelanggan datang dari negeri sejauh Perak dan Negeri Sembilan. Ada juga yang datang dari Pulau Pinang, imbau Soieb.

Pada pendapat beliau, keistimewaan pasar berkenaan terletak pada kepelbagaian barangan basah dan kering yang dijual. Malah, tambah beliau, ada barang yang sukar dilihat di tempat lain tetapi boleh diperoleh di sini.

"40 tahun lalu semua barangan sangat murah. Bayangkan segelas teh, kopi serta roti canai hanya berharga 15 sen hingga 30 sen.

Murah

"Kita dengan mudah boleh melihat kelibat pekerja mamak menjerit sambil membawa gelas-gelas yang diisi kopi dan teh serta bungkusan roti canai yang siap diisi dengan lauk kari ikan. Ia sungguh sedap.

"Selain itu, sayur-sayuran tidak ditimbang sebaliknya dijual 10 sen seikat, ikan 50 sen selonggok manakala daging RM2.40 sekilogram.

"Waktu itu suasana pasar sangat meriah. Kami sesama peniaga saling bersaing menawarkan sayur, ikan dan daging sampaikan ada peniaga yang membaling ikan dan sayur antara satu sama lain kerana tidak berpuas hati.

"Namun, insiden seperti itu tidak berlarutan. Mereka akan kembali berniaga seperti biasa keesokan harinya kerana sedar di sinilah sumber rezeki mereka," cerita Soieb sambil menambah, pada tahun 1970-an juga, lantai pasar diratakan dengan simen konkrit manakala meja niaga turut disediakan.

Seorang peniaga sayur-sayuran, Abdul Majid Ahmad, 61, menyebut konsert penyanyi Sudirman sebagai detik yang paling diingatinya sepanjang berniaga di situ.


PUCUK ubi dan nangka muda mudah diperoleh di sini.


Sudirman yang polular dengan lagu Chow Kit Road mengadakan konsert percuma itu pada 15 April 1986. Konsert jalanan itu berjaya menarik kehadiran 100,000 penonton.

"Jalan Chow Kit termasuk pasar ini pada era Sudirman merupakan gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman," kata beliau.

Majid juga tidak dapat melupakan peristiwa gerai beliau dikunjungi Tan Sri P. Ramlee.

"Saya seperti biasa menyusun sayur-sayuran di gerai apabila tiba-tiba P. Ramlee datang berdiri di hadapan saya diiringi dua pengawal peribadinya. Dia membeli daun turi dan ulam-ulaman.

"Seniman itu tersenyum lebar sambil bertanya khabar dan beredar dari situ selepas membeli barang yang dikehendaki," ujarnya.

Lebih tua daripada negara Malaysia, Pasar Chow Kit seperti juga Kuala Lumpur telah melalui masa gemilang dan suram. Semasa dibuka pada tahun 1955 oleh Sultan Selangor, pasar itu dan kawasan sekitarnya merupakan pusat beli-belah dan hiburan utama di ibu negara.

Empat puluh tahun kemudian ia terkenal kerana aktiviti liarnya berbanding fungsinya sebagai sebuah pasar basah.

Jika anda berada di tengah-tengah Pasar Chow Kit, berlaga bahu dengan warga asing terutamanya rakyat Indonesia merupakan perkara biasa. Lagu-lagu dangdut yang berkumandang dari kedai kaset adakalanya membuatkan pengunjung berasa berjalan di kota Jakarta.

Suatu ketika Chow Kit khususnya Lorong Haji Taib dicemari dengan kehadiran ramai penagih dadah. Pelacur dan pondan pula terang-terangan tawar-menawar dengan pelanggan.

"Kami tidak lagi menikmati bisnes seperti zaman ibu saya pada tahun 1970-an dan 1980-an sejak warga asing menjaja di sini. Barang yang sentiasa habis dijual setiap hari kini terpaksa disimpan dalam peti ais kerana pelanggan kurang.

"Ini ditambah dengan keadaan pasar yang tiada sebarang penambahbaikan sehingga sekarang, namun kami menerima khabar berita bahawa pasar ini akan dimodenkan seperti Pasar Seni.

"Kami mengalu-alukannya cuma mahu ia bermanfaat kepada peniaga tempatan, bukannya warga asing," kata peniaga ikan, Tung Chee Meng, 30.

Hantu stesen bawah tanah

Posted:

Hantu stesen bawah tanah

Hantu stesen bawah tanah


STESEN Underground London merupakan stesen kereta api bawah tanah tertua di dunia.


JIKA berkunjung ke London, tidak lengkap kunjungan tersebut sekiranya tidak menaiki kereta api bawah tanah yang dikenali sebagai London Underground atau The Tube.

Menarik tentang The Underground di kota dengan populasi 7.7 penduduk ini, sistem laluan kereta api bawah tanah tersebut merupakan jaringan tertua dan tersibuk di dunia.

Mempunyai 268 stesen di sepanjang 400 kilometer landasan, ia merupakan sistem metro terpanjang di dunia.

Tidak hairanlah, pada tahun 2007 sahaja, lebih satu bilion perjalanan penumpang direkodkan.

Mula dibuka pada tahun 1863, The Underground menyimpan banyak kisah misteri sepanjang 148 tahun ia beroperasi.

Aktiviti paranormal dikatakan berlaku hampir di setiap stesen sehingga ada stesen yang dikenali sebagai stesen berhantu seperti Hyde Park Corner berhampiran Taman Hyde, London.

Tanpa wajah

Seperti kebanyakan stesen bawah tanah lain, ramai pengguna pernah terserempak dengan jelmaan hantu di sini, terutamanya pekerja di stesen berkenaan.

"Kami pernah melihat bayangan hitam dan jelmaan roh di ruang penempahan tiket. Ia muncul secara tiba-tiba dan suasana ketika itu memang menyeramkan.


KEADAAN di dalam sebuah daripada koc kereta api bawah tanah di London.


"Pernah juga eskalator berfungsi sendiri sedangkan tidak ada sesiapa di kawasan tersebut," ujar pekerja Underground London, Sheila Parker. Dia mengakui ada beberapa pekerja yang pernah terserempak dengan entiti menakutkan tidak lagi datang bekerja di situ.

Di Stesen Beantree, lain pula ceritanya. Pada tahun 1992, seorang pekerja yang sedang bekerja sendirian di tingkat bawah mendengar pintu pejabatnya berdetar seperti ditiup angin kuat, sedangkan pintu tersebut mempunyai pemberat di bahagian atas dan akan tertutup secara automatik apabila dibuka.

Dengan perasaan gementar, dia naik ke tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku dan mencari rakannya.

Namun, tiada sesiapa di tingkat atas. "Saya rasa seperti diperhatikan. Apabila saya menoleh ke belakang, saya melihat kelibat wanita berambut perang tanpa wajah berdiri di muka saya.

"Apabila saya bercerita dengan rakan-rakan sekerja, rupa-rupanya mereka juga pernah terserempak dengan wanita tanpa wajah itu," kata pekerja tersebut.

Hantu berambut perang yang ditemui di Beantree sebenarnya turut ditemui di stesen lain.

Menurut cerita seorang rakyat Malaysia yang pernah menuntut selama tujuh tahun di Kota London, dia pernah terserempak dengan jelmaan wanita berambut perang memakai gaun panjang pada waktu malam di stesen Underground London.

"Saya dan rakan pernah terserempak dengannya di platform Stesen Aldwych. Menurut cerita orang tempatan, jelmaan wanita tersebut sering dilihat sama ada oleh penumpang mahupun pekerja pembersih di stesen berkenaan. Namun, wanita ini berwajah cantik.


TIDAK semua orang berani untuk berada di dalam tren seorang diri pada waktu malam.


Bunuh diri

"Mereka percaya, itu adalah jelamaan roh pelakon teater Royal Strand. Sebelum ini, stesen ini adalah tempat pementasan teater," kata Mohd. Noor Yusuf, 32.

Stesen bawah tanah di jaringan Piccadilly Line, di antara Stesen Holborn dan Covent Garden ini bagaimanapun ditutup pada tahun 1994 dan kereta api hanya melintasinya.

Mohd. Noor menambah, tidak jauh dari situ, di antara Tottenham Court Road dan Holborn di jaringan Central Line, kelibat seorang lelaki bertopi tinggi dengan sebatang cerut dikatakan sering menghantui stesen berkenaan.

"Dengar cerita, kelibat lelaki itu mula dilihat sejak tahun 1950-an lagi. Kata orang, lelaki itu ialah William Terriss yang mati dibunuh di stesen tersebut pada tahun 1890-an," katanya.

Selain kelibat lelaki dan wanita, kisah misteri suara tangisan bayi di bekas Stesen Farringdon di Metropolitan Line juga sering diperkatakan.

"Suara tangisan menyayat hati itu biasanya kedengaran bergema di dinding terowong. Katanya ia milik seorang remaja penjual topi yang terbunuh di dalam terowong ini," kata Mohd. Noor yang pernah mendengar cerita bahawa ramai orang menjadikan terowong Underground London sebagai lokasi untuk membunuh diri.

Jelas Mohd. Noor, jika datang ke London, kalau menaiki kereta api bawah tanah dan terlihat platform gelap yang tiada manusia di dalamnya, itu merupakan bekas stesen yang telah ditutup dan dikenali sebagai stesen hantu.

"Sepanjang 400 kilometer landasan ini, ada lebih kurang 40 stesen hantu dan masing-masing ada cerita di sebaliknya.

"Sejauh mana benar cerita yang disampaikan, saya sendiri kurang pasti," ujarnya.

Kewujudan aktiviti paranormal yang aktif di kawasan stesen Underground London memang sudah lama disedari malah ia juga pernah didokumentarikan dalam The History Channel.

Namun atas fungsinya sebagai nadi pengangkutan utama di kota London, ramai yang tidak mahu terlalu memikirkannya. – SITI NOR AFZAN KASIMAN

Kisah srikandi pengawal kampung

Posted:

Kisah srikandi pengawal kampung

Kisah srikandi pengawal kampung

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


SEMASA zaman mudanya, Azizah mengawal kampungnya dengan senapang di tangan.


HARI Kemerdekaan yang baru tiba menggamit memori dua wanita warga emas bekas anggota Home Guard di Kampung Manjor, Kuala Krai, Kelantan.

Sementara tugas sebagai suri rumah tidak diabaikan, mereka masih sempat mengangkat senapang Lee enfield .303 rifle demi mempertahankan kesejahteraan kampung daripada ancaman komunis.

Home Guard atau pengawal kampung ialah pasukan di peringkat kampung yang ditubuhkan kerajaanbagi mengekang pengaruh komunis semasa era Darurat yang bermula dari tahun 1948 hingga 1960. Ia melibatkan pengawal lelaki dan wanita.

Daripada 12 orang anggota Home Guard wanita di Kampung Manjor, hanya dua orang kini yang masihhidup iaitu Azizah Musa, 71, dan Sofiah Yusof, 70.

Azizah memberitahu, Home Guard wanita biasanya melakukan kawalan dan rondaan di sekitar kampung pada waktusiang khususnya semasa kaumlelaki pergi bekerja atau menunaikan solat Jumaat di masjid.Home Guard lelaki selalunya berkawal pada waktu malam.

"Tetapi adakalanya kami perlu berjaga malam juga terutamanya jikasuami tiada di rumah disebabkanada urusan.

"Saya teringat bagaimana saya berkawal sampai tertidur dengan senapang di atas tangga depan rumah.

"Sebagai ahli Home Guard kita kena pantas bertindak. Itu yang kadang-kadang perlu bersedia dengan senapang di depan rumah," kata Azizah kepada Jurnal.


SOFIAH mahu generasi muda kini menghargai kemerdekaan negara yang dicapai dengan susah payah orang terdahulu.


Azizah turut menunjukkan kad anggota Home Guard yang masih disimpannya yang bertarikh 29 Jun 1953.

Jelas Azizah, Home Guard wanita di kampungnya dipilih oleh penghulu kampung dalam kalangan isteri kepada Home Guard lelaki.

"Semasa mula-mula diberikan senapang untuk dicuba, saya tiada sedikit pun rasa takut, bahkanbersemangatuntuk menyelamatkan kampung daripada komunis," katanya.

Sementara itu, Sofiah berkata, Home Guard wanita di kampungnya dilatih menggunakan senapang oleh pihak polis di Padang Tembak, Kota Bharu.

"Setiap kali mendengar tembakan menghampiri kampung, sayaamat cemas. Saya akan segera mengambil senapang manakaladua orang anak saya masuk ke dalam lubang persembunyian di dalam rumah.

"Tetapi komunis tidak pernah memasuki kampung kami. Saya pernah mendengar cerita, komunis yang ingin menyerah diri lebih rela menyerah di kampung lain kerana takut dengan Home Guard wanita di kampung ini," ujarnya yang mendakwa Kampung Manjor sahaja yang mempunyai Home Guard wanita di Malaysia.

Sofiah sempat berpesan kepada generasi muda hari ini agar mensyukuri keamanan yang diperoleh kini.

"Hargailah keamanan dan kesenangan yang dinikmati sekarang kerana betapa sukarnya hidup dalam belenggu ketakutan dan kesusahan sebelum negara mencapai kemerdekaan," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


‘Saya terdengar dua das tembakan’

Posted:

'Saya terdengar dua das tembakan'

'Saya terdengar dua das tembakan'

Daripada khairulanuar yahaya

KESAN tembakan pada cermin tepi tempat duduk belakang kenderaan pacuan tempat roda yang dinaiki Noramfaizul.


MOGADISHU – "Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami. Hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima," demikian kata wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.

Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air hari ini.


NORAMFAIZUL yang dalam keadaan nazak selepas ditembak sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal sejauh kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran.

"Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Baju, kasut raya jadi hadiah terakhir

Posted:

Baju, kasut raya jadi hadiah terakhir

Baju, kasut raya jadi hadiah terakhir

Oleh RADIAH SAORI dan JULIA ISMAIL
berita@kosmo.com.my


norazrina memeluk Mohd. Irfan dan Mohd. Naufal sambil diperhatikan Naemah setelah tiba di rumah bapa mertuanya di Taman Serdang Raya, Serdang semalam.


JOHOR BAHRU – Baju dan kasut raya yang dibeli jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, 39, pada awal Ramadan lalu menjadi hadiah terakhir paling bermakna buat isteri dan anak-anaknya sebelum dia meninggal dunia akibat terkena tembakan curi ketika membuat liputan di Mogadishu, Somalia kelmarin.

Isteri Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, berkata, baju dan kasut untuk dia dan dua orang anak mereka, Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3, akan disimpan sebagai kenangan.

Meskipun sedih dengan pemergian suami, Norazrina tetap reda dan menganggap ia qada dan qadar Tuhan.

"Yang pergi tetap pergi. Saya akan pikul amanah untuk membesarkan anak-anak kami sebaik mungkin," katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Sentosa di sini semalam.

Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah agensi kerajaan itu menjelaskan, arwah pernah berpesan supaya dia menerima ketentuan dan reda dengan segala yang berlaku sekiranya terjadi sesuatu ke atas dirinya.

"Dia tidak pernah membantah arahan tugasan di mana- mana," katanya.

Noramfaizul dilaporkan terkena tembakan kelmarin sewaktu membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.

Kejadian berlaku ketika Noramfaizul bersama rakan media elektronik lain berada di dalam kenderaan pacuan empat roda menuju ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Somalia lebih buruk berbanding Gaza

Posted:

Somalia lebih buruk berbanding Gaza

Somalia lebih buruk berbanding Gaza


Rohana dan anaknya, Adjah Naqkiah melihat gambar Aji Saregar di rumah mereka di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 27, yang cedera selepas menjadi mangsa tembak curi di Mogadishu, Somalia kelmarin menyifatkan keadaan di sana lebih buruk berbanding konflik di Gaza, Palestin.

Menurut ibunya, Rohana Jamil, 50, sejak berangkat ke Somalia pada 28 Ogos lalu, Aji akan menghubungi ayahnya, Mazlan Mohd. Sam, 52, pada pukul 5 petang setiap hari bagi memaklumkan keadaannya di sana.

Katanya, Aji juga sering meminta ahli keluarga mendoakan keselamatan dia dan sukarelawan lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana di Somalia.

"Setiap kali dia telefon, dia akan memberitahu keadaan di Somalia lebih dahsyat berbanding konflik di Gaza. Itu yang membuatkan kami sentiasa bimbang.

"Apabila dia tidak telefon seperti biasa semalam (kelmarin), saya semakin risau," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bukit Kempas di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Jerman pasukan pertama layak

Posted:

Jerman pasukan pertama layak

Jerman pasukan pertama layak

GELSENKIRCHEN, Jerman – Jurulatih Jerman, Joachim Loew tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira selepas skuad bimbingannya itu menjadi pasukan pertama berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2012.

Jerman mengesahkan slot ke Poland-Ukraine selepas mencatat kemenangan 6-2 ke atas Austria awal pagi semalam.

Kemenangan itu adalah yang kelapan berturut-turut, sekali gus membolehkan skuad bimbingan memimpin kedudukan teratas dalam Kumpulan A dengan mengumpul 24 mata, 11 mata di depan Turki.

"Kami telah melayakkan diri ke pusingan awal tanpa mempersia-siakan peluang," kata Loew yang akan berkunjung ke Poland untuk menghadapi satu aksi persahabatan esok.


LOEW (tiga dari kiri) tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya selepas Jerman menjadi pasukan pertama layak ke pusingan akhir Euro 2012.


Jerman akan melengkapkan saingan dalam Kumpulan A bertemu Belgium dan Turki pada aksi kelayakan bulan depan.

"Kami perlu memberi tumpuan pada beberapa perlawanan selepas ini.

"Kami menjaringkan banyak gol dalam aksi kelayakan dan kurang dibolosi.

"Tetapi jika kamu melancarkan serangan seperti mana yang kami lakukan, kamu boleh terima hakikat bahawa kamu tidak akan dibolosi banyak gol.

"Kami memboloskan dua gol pada perlawanan ini tetapi saya fikir kami hanya memberikan Austria dua peluang itu. Tetapi saya hanya memberi fokus pada jaringan yang kami lakukan.

"Itu adalah falsafah kami untuk melancarkan serangan dan kami bekerja keras setiap masa untuk memastikan pasukan ini berada pada situasi terbaik.

"Ini adalah cara yang perlu kamu lakukan sekiranya kamu mahu menjadi antara pasukan terbaik di dunia."

Pada perlawanan tersebut, tuan rumah mendahului dengan 3-0 selepas bermain 28 minit hasil jaringan Miroslav Klose, Mesut Ozil and Lukas Podolski.

Dua gol Austria diperoleh menerusi Marko Arnautovic dan Martin Harnik sebelum Ozil, Andre Schurrle serta Mario Gotze melengkapkan kemenangan besar Jerman.

Sentuhan ajaib Rooney

Posted:

Sentuhan ajaib Rooney

Sentuhan ajaib Rooney


ROONEY (tengah) meraikan kejayaannya menjaringkan gol kedua England bersama Walcott (kiri) dan Ashley.


SOFIA – Wayne Rooney meneruskan sentuhan ajaibnya apabila meledakkan dua gol untuk membantu England menewaskan Bulgaria 3-0 pada aksi kela- yakan Euro 2012 awal pagi semalam.

Kedua-dua gol tersebut hadir pada separuh masa pertama sebelum pemain pertahanan England, Ga- ry Cahill yang membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan menambah gol ketiga.

"Sangat penting untuk memena- ngi perlawanan ini di sini (England). Kami beraksi dengan baik dan dari awal lagi kami telah bersedia," kata jurulatih England, Fabio Capello.

Pada perlawanan tersebut, England membuka jaringan pada minit ke-13 apabila pemain pertahanan Bolton Wanderers, Cahill yang menjadi sasaran Arsenal dan Tot- tenham Hotspur musim ini, bijak menyempurnakan hantaran Gareth Barry.

"Ia seperti minggu (perpindahan) tidak masuk akal. Selepas ta- rikh perpindahan ditutup, saya akan kekal (di Bolton), saya akan bekerja keras untuk kelab dan negara saya," kata Cahill

Peledak berbisa England, Rooney yang menjadi nadi untuk Manchester United musim ini, menjadikan kedudukan 2-0 menerusi tandukan hasil hantaran pemain sayap, Stewart Downing pada minit ke-21.

Selepas itu, giliran Theo Walcott membantu Rooney menyumbat gol kedua pada masa kecederaan babak pertama.

Selepas enam perlawanan, England kekal selaku pendahulu Kumpulan G dengan 14 mata, tiga di hadapan Montenegro yang tewas 1-2 kepada Wales dan Bulgaria kekal keempat (lima mata).

Sementara itu, England dijangka akan membuat aduan rasmi selepas beberapa pemain kulit hitam pasukan itu, Chris Smalling, Ashley Cole, Ashley Young dan Walcott menjadi mangsa ejekan penonton. – Reuters

Dzeko terbaik di England

Posted:

Dzeko terbaik di England

Dzeko terbaik di England

LONDON – Penyerang Manchester City, Edin Dzeko telah dinobatkan selaku pemain terbaik Liga Perdana England untuk bulan Ogos selepas beraksi cemerlang pada awal musim ini.

Dzeko, 25, telah menjaringkan enam gol dalam tiga aksi awal City, termasuk empat gol ketika menewaskan Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane minggu lepas.

Pemain kebangsaan Bosnia dan Herzego- vina itu memulakan kariernya di England dengan hambar selepas berhijrah dari Wolfs- burg dengan harga £27 juta (RM131.4 juta) pada Januari tahun lalu.

Namun dia mula mendapat rentak sebe- narnya apabila mengetuai jentera serangan City pada awal musim ini.

Alex Ferguson pula menerima pengikti- rafan ke-26 sebagai pengurus terbaik bulanan selepas membimbing Manchester United mencatat kejayaan ke atas West Brom dan Tottenham, serta membelasah Arsenal 8-2.

Pengurus berusia 69 tahun itu kini mema- suki ulang tahun ke-25 di Old Trafford dan telah memulakan saingan musim ini dengan baik dalam misi menghadiahkan gelaran Liga Perdana England ke-13. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penunggang maut dirempuh bas

Posted:

Penunggang maut dirempuh bas

Penunggang maut dirempuh bas

03/09/2011 4:41pm

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Ubi di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mangsa, Hoi Chien Teck, 34, dari Kampung Sungai Soi, di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas terperosok di bawah bas itu.

Sebelum kejadian, lelaki itu dipercayai baru sahaja selesai membaiki motosikalnya di sebuah bengkel berhampiran tempat kejadian sebelum menghala ke Jalan Gambut di sini.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata, mangsa kemudian cuba melintas jalan dengan motosikalnya tanpa menyedari kehadiran bas yang sedang dalam perjalanan dari Maran ke Terminal Makmur itu.

Mohd Jasmani berkata pemandu dan penumpang bas seramai 20 orang berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sudah merekodkan keterangan pemandu berusia 59 tahun itu untuk membantu siasatan.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Pemergian Noramfaizul kehilangan besar

Posted:

Pemergian Noramfaizul kehilangan besar

Pemergian Noramfaizul kehilangan besar

03/09/2011 4:38pm

KUALA LUMPUR - Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan curi ketika menjalankan tugas di Mogadishu, Somalia semalam, merupakan seorang insan yang disenangi kenalan kerana sikap peramah, tidak lokek dengan senyuman dan dedikasi terhadap kerja.

Rakan setugasnya menyifatkan pemergian Noramfaizul, sebagai satu kehilangan besar kepada bidang kewartawanan negara.

Ketua Jurukamera BernamaTV Ahmad Azmai Awang berkata, Allahyarham yang dikenalinya sejak 1995 adalah seorang yang mudah didekati, tidak suka menyombong diri dan tegas dengan pendirian kerjanya.

"Sebelum ini sudah banyak misi kemanusiaan yang disertainya iaitu di Gaza, Palestin, Pakistan dan New Zealand. Saya tidak sangka misi kali ini beliau pergi buat selama-lamanya," katanya yang berkhidmat di BernamaTV selama 11 tahun.

Dilahirkan pada 14 Nov, 1971 di Gombak, Selangor, Noramfaizul, 39 ialah anak sulung daripada enam beradik, dan merupakan anak lelaki tunggal.

Allahyarham menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia dan Sekolah Menengah Agama Rawang sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Agama Klang, dan meneruskan pengajian di Guan Institute, Pudu.

Azmai berkata, beliau teringat kata-kata arwah yang beriya-iya mahu membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran Somalia.

"Allahyarham kata, "Aku bukan pergi untuk main-main, tetapi aku mahu pergi berjuang untuk negara." Sebagai kawan, Allahyarham tidak lokek untuk menegur jika ada yang tidak betul pada pandangannya.

"Allahyarham memang seorang yang periang dan tidak pernah muram," kata Azmai yang tinggal serumah dengan arwah selama empat tahun mulai 1998.

Noramfaizul, meninggalkan isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki — Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tulang kuda, pedati 3,000 tahun ditemui

Posted:

Tulang kuda, pedati 3,000 tahun ditemui

Tulang kuda, pedati 3,000 tahun ditemui

LIMA pedati kayu dan 12 rangka tulang kuda ditemui di dalam sebuah makam di Luoyang, China.


LUOYANG, China – Beberapa ahli arkeologi telah menemui rangka tulang kuda dan pedati kayu di sebuah makam Dinasti Zhou di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Usia rangka tulang kuda dan pedati itu dipercayai hampir 3,000 tahun.

Sebanyak lima pedati kayu dan 12 rangka tulang ditemui di dalam makam tersebut.

Ahli-ahli arkeologi percaya makam itu milik seorang pegawai terkenal pada zaman itu. – Agensi

Polis sembunyi dalam belukar untuk tangkap pemandu laju

Posted:

Polis sembunyi dalam belukar untuk tangkap pemandu laju

Polis sembunyi dalam belukar untuk tangkap pemandu laju


GAMBAR dalam bulatan menunjukkan lokasi persembunyian anggota-anggota polis di Dollar, Scotland pada 17 Ogos lalu.


DOLLAR, Scotland – Beberapa anggota polis bersembunyi di dalam belukar di sini untuk menahan pemandu yang memandu kereta dengan laju, lapor sebuah akhbar semalam.

Taktik itu tidak menyalahi undang-undang kerana mereka tidak menggunakan alat pengesan kelajuan yang perlu dilihat orang ramai.

Anggota-anggota polis itu akan menahan kereta yang dipandu laju dengan serta-merta di lokasi tersebut.

Perbuatan anggota-anggota polis itu dirakamkan oleh seorang penduduk tempatan, Mike Day.

Namun, beberapa pengkritik berkata, tindakan polis itu akan menyebabkan pemandu menekan brek dengan tiba-tiba kerana mereka melihat anggota-anggota polis tersebut keluar dari belukar.

– Agensi

Menara untuk pengunjung tak takut gayat

Posted:

Menara untuk pengunjung tak takut gayat

Menara untuk pengunjung tak takut gayat


BEBERAPA orang berdiri di atas lantai kaca di Menara Blackpool, Britain baru-baru ini.


BLACKPOOL, Britain – Sebuah menara berusia 118 tahun diubah suai apabila kaca diletakkan di lantai untuk membolehkan para pengunjung melihat pemandangan bangunan di bawah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Menara Blackpool itu mempunyai ruang yang dikenali sebagai Skywalk pada ketinggian 115.82 meter.

Para pengunjung perlu menaiki lif untuk tiba di lantai seberat 4.15 tan.

Kaca itu turut diletakkan di bahagian bumbung. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Antara selesa dan sederhana

Posted:

Antara selesa dan sederhana

Antara selesa dan sederhana

MENGUMPULKAN empat figura yang cukup tersohor dan punya integriti tersendiri untuk sesi fotografi sempena Aidilfitri ini membawa aura kasih sayang yang tinggi dalam setiap gerak dan bicara mereka.

Sofea Jane, Datin Paduka Umie Aida, Vanidah Imran dan Erra Fazira, sengaja disatukan bukan sekadar mahu berkongsi gemilang Syawal, tetapi mahu menggali kisah kehidupan dan persahabatan yang terjalin umpama adik-beradik.

Senda tawa, nasihat, bertukar persepsi dan saling berkongsi ideologi yang sama membuat fotografi yang berlangsung di kediaman Umie Aida pada hari itu penuh dengan suasana harmoni.

"Saya tidak punya ramai kawan, mereka inilah kawan rapat saya. Pada saya seorang kawan yang baik adalah kawan yang menyokong antara satu sama lain dan boleh dipercayai," ujar Erra tentang jalinan persahabatan mereka. Berbeza dengan Umie, dia mengaku mempunyai ramai kawan, namun katanya: "Saya akan mula menjauhkan diri daripada kawan saya apabila mereka mula menjadi hipokrit. Ini kerana antara kelompok kami berempat, kami akan melontar pandangan biar ia menyakitkan hati secara depan, bukan bercakap di belakang. Bagi Vanidah, menariknya hubungan mereka adalah kerana suami masing-masing juga akrab antara satu sama lain.

Mentafsirkan mereka kini berada dalam zon selesa, masing-masing lebih senang memilih predikat mereka menjalani sebuah kehidupan yang sederhana tetapi kaya dengan seribu rahmat yang hadir selepas penat lelah sejak zaman remaja berhempas-pulas mencapai kedudukan kini.

Habuan Erra Fazira

ERRA FAZIRA, namanya harum satu Malaysia sejak lebih 10 tahun lalu. Melihat perjalanan dia sebagai anak seni, boleh dikategori dia sebagai wanita yang cukup berjaya. Malah kini barangkali pada usia melebihi 30 tahun dengan keseimbangan hidup, boleh dikatakan dia sukses menempatkan dirinya dalam kelas tersendiri.

Lama isteri kepada Engku Emran dan ibu Aleesya ini terdiam apabila disogok dia kini sedang duduk dalam zon selesa. Namun kemudian Erra membalas definisi tersebut dengan berkata: "Saya seorang wanita yang berdikari. Sejak usia 18 tahun saya sudah giat bekerja termasuk menjual kerepek. Kemudian, saya masuk ke lapangan seni.

"Sebenarnya saya tidak pernah merancang tentang apa yang saya lakukan, tapi saya jalani pekerjaan saya dengan ikhlas dan jujur. Orang yang banyak mengajar saya tentang merancang dalam dunia ini adalah Rosyam Nor. Mungkin kerana saya jujur dan bekerja kuat, pada detik ini saya sudah boleh berada dalam zon selesa. Tetapi saya adalah orang yang sangat suka bekerja dan kalau tidak bekerja saya akan sakit."

Bagaimanapun dia tidak menafikan, hasil susah payah dahulu membuat dia kini meraih hasilnya dan menjadi sedikit selektif agar dia punya ruang untuk diri sendiri dan berkumpul dengan teman untuk berkongsi dilema dan aktiviti pada masa senggang.

Bercerita tentang sambutan Aidilfitri, Erra yang terbabit dengan dua telemovie raya termasuk Pontianak Beraya di Kampung Batu memberitahu dia menikmati Syawal dengan cara yang cukup sederhana. Malah kata Erra, sambutan rayanya jauh daripada kehidupan bak selebriti.

Dia yang berlepas ke Milan pada hari raya kelima selama seminggu untuk mencari fabrik untuk himpunan koleksi miliknya memberitahu: "Sambutan dan gaya raya saya sangat santai. Tiada yang berlebihan termasuk juadah yang masih lagi merupakan ketupat, lemang dan rendang. Saya juga senang memakai baju kurung dari jenis kain kapas berbanding baju yang glamor."

Rezeki anak Vanidah

SATU hal yang selalu membuat aktres Vanidah Imran bersyukur tentang kehidupannya adalah dia tidak pernah mengabaikan anaknya walau sibuk berlakon. Bersama suami yang juga aktor, pengarah dan pemuzik, Rashidi Ishak, dia bergilir menjaga dan mendidik dua buah cinta mereka, Mikhail dan Maryam. Biar pernah sepi selama dua tahun setengah untuk memberi fokus terhadap anak-anaknya, rezeki Vanidah tetap murah dan sempat diiktiraf sebagai Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia melalui lakonan daripada filem Red Kebaya.

"Itu yang selalu membuat saya bersyukur. Saya kira inilah yang dikatakan zon selesa buat saya apabila saya tidak mengabaikan anak-anak, dalam masa yang sama saya melakukan hal yang saya cinta iaitu berlakon," katanya yang juga menganggap zon selesa dirinya apabila di dalam rumah tangga, suami tidak pernah menghalang hobi dan memberi kepercayaan antara satu sama lain.

Kini Vanidah yang jarang berlakon juga selesa dengan rutin baharunya sebagai hos rancangan Nona dan pelajar. Baginya, segala yang dihadapi kini sudah tertulis dan dia yakin dengan jalan yang ditentukan Allah S.W.T buatnya.

Berkongsi sedikit tentang sambutan Syawal, aktres ini hanya menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur dan sentiasa pulang ke kediaman ibunya untuk menikmati juadah raya kegemaran mereka, kurma kambing.

Famili tunjang Sofea Jane

CUKUP melekat dengan sosok Zaleha, watak yang dimainkan dalam filem Perempuan, Isteri Dan ... lebih 10 tahun lalu, Sofea hanya ketawa besar saat diberitahu dia masih unggul dalam kelasnya yang tersendiri. Pembawakan diri dan kredibiliti lakonannya membuat dia disegani. Ironi, wanita ini adalah seorang yang cukup peramah dan mudah didekati, jika tahu memetik 'suis' yang betul untuk mengajak dia bersembang.

Ujarnya, dia sangat konfiden, selesa dan gembira dengan kehidupannya sekarang. Sokongan keluarga dan perjalanan karier yang masih berada dalam termometer panas menjadikan dia sangat menyenangi kehidupannya kini.

"Pada masa kini, saya hanya mahu pastikan kehidupan mendatang anak-anak saya baik. Saya sangat bertuah kerana mempunyai keluarga yang amat menyokong apa yang saya lakukan," katanya yang suka untuk berfikiran positif dalam semua segi.

Ditanya tentang karier, Sofea yang bakal muncul dengan filem Hanyut memberitahu dia kini boleh menjadi selektif terhadap apa yang dia mahukan. Paling penting, dia tidak akan menolak sesuatu tawaran itu apabila watak yang ditawarkan tidak klise dan memberi mesej atau impak yang cukup berkesan.

"Saya memegang filosofi suami setiap kali ingin menerima tawaran iaitu orang akan suka mengingat perkara yang buruk tentang kita, maka pastikan setiap kali melakukan sesuatu, ia harus baik dan memberi impak," katanya yang gemar menjalani penggambaran di kawasan pedalaman kerana dapat bergaul dengan penduduk setempat dan mengingatkan diri tentang asal usul dan kesederhanaan hidup.

Berkongsi tentang sambutan Syawalnya pada tahun ini, aktres jelita ini memberitahu mereka sekeluarga bercuti ke Pulau Pinang selepas meraikan 1 Syawal di kediaman mereka di Kuala Lumpur. Signifikan memilih negeri yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara itu pula kata Sofea kerana dia dan anak-anak begitu mengemari arkitektur bangunan yang belum tercemar sehingga berada dalam senarai Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kesederhaan Umie Aida

SIBUK sepanjang Ramadan dengan penggambaran filem terbaharunya, Azazil, Datin Paduka Umie Aida enggan mendedahkan isi filem tersebut. Cukup katanya dia terbabit dengan filem tersebut untuk melepaskan gian kerana watak yang ditawarkan terlalu rugi untuk dilepaskan.

Justeru saat ditebak dia kini berada dalam zon selesa selepas bernikah dengan Datuk Paduka Khairuddin, Umie menjawab dia dan suami hidup dalam keadaan sederhana biar mampu bermewah dengan kesenangan yang dimiliki.

"Saya juga masih suka bekerja dan mencari duit sendiri. Namun saya akui, jika waktu solo dulu saya bekerja mencari duit untuk anak-anak, kini tanggungjawab tersebut dipikul suami, tetapi saya memang jenis yang suka bekerja dan sayangkan pekerjaan saya, jadi saya akan terus melakukannya kerana suami tidak pernah melarang," katanya yang mendefinisikan zon selesa terbaik buatnya kini adalah mempunyai kualiti masa yang banyak dengan anak-anak berbanding dahulu.

Menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur pada hari raya pertama dan pulang ke kampung suaminya di Pulau Pinang selama empat hari, tahun ini kata Umie, dia sudah tidak begitu kekok berhari raya bersama mertua dan sanak saudara sebelah suaminya kerana sudah mempunyai pengalaman pada tahun lalu.

Sementara itu bercakap tentang satu kecintaannya terhadap sukan, Umie memberi kategori terhadap diri sendiri sebagai seorang yang obses terhadap kesihatan dan ekstrem terhadap sukan.

"Apabila saya berpeluh, itu adalah satu nikmat bagi diri saya," katanya yang padat dengan jadual bersukan termasuk bermain badminton, kelas kecergasan dan memanjat.

Getaran raya Adira, Farah Asyikin

Posted:

Getaran raya Adira, Farah Asyikin

Getaran raya Adira, Farah Asyikin


FARAH ASYIKIN dan Adira masing-masing memiliki nostalgia raya yang manis untuk dikenang.


DUA nama berbeza, membawa haluan menerusi laluan berbeza, namun yang pasti kedua-dua figura ini teguh mengukir nama di laman seni dengan cara yang sama iaitu menerusi program realiti televisyen. Sama ada Adira apalagi Farah Asyikin, masing-masing mempunyai pedoman tersendiri untuk mencorak karier di kanvas yang sudah ditempuhi beberapa tahun terkebelakang.

Siti Adira Suhaimi atau lebih mesra dengan panggilan pentas Adira, 20, membikin fenomena tersendiri melalui Akademi Fantasia musim kelapan bersama single pertama Ku Ada Kamu.

Ia sekali gus melayakkan pemenang tempat kedua Akademi Fantasia musim itu bertanding bersama barisan bintang ternama tanah air dalam anugerah paling berprestij, Anugerah Juara Lagu 2010. Walau tidak membuahkan hasil yang lumayan, Adira cukup berpuas hati dengan pencapaian yang diraih.

Beralih sedikit ke arah sisi sambutan raya gadis kelahiran Kundasang, Sabah itu, katanya persiapan raya tahun ini dilangsaikan awal-awal lagi sebelum menjelang bulan Ramadan.

"Ini tahun kedua saya bergelar artis, sebenarnya tiada beza sangat jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu cuma orang ramai lebih mengenali saya jika berjumpa di luar," tutur pelantun lagu Ilusi yang menjadi runut bunyi drama bersiri Awan Dania itu.

Ditanya pula juadah pilihannya tatkala hari raya, Adira menjawab lemang dan ketupat palas menjadi idaman kalbu.

"Tiada banyak bezanya antara raya di Sabah dan Semenanjung kerana apa yang ada di sini (Kuala Lumpur), sama juga di sana," cerita gadis berbangsa Kadazan Dusun itu lagi.

Malah, tidak takut dengan bahaya bermain mercun walau diberi pilihan antara bahan letupan tersebut ataupun bunga api, figura itu juga sebenarnya suka akan bunyi yang kuat.

"Bila main mercun, mood untuk raya itu secara automatiknya akan datang. Lagipun, jarang dapat kita rasai peluang untuk bermain mercun melainkan tibanya hari raya," kata gadis yang memilih lagu Balik Kampung sebagai siulannya sepanjang perjalanan pulang ke Sabah baru-baru ini.

Sementara itu, bagi pemenang tempat ketiga rancangan realiti Malaysia Idol 2, Farah Asyikin Zulkifli atau mesra disapa Farah, kini dia sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya yang berjudul Kembali Lagi Di Sisimu yang mana ia merupakan lagu yang telah dirakam 11 tahun lalu.

Namun, atas permintaan peminat, lagu tersebut dirakam semula dan diolah serta diberi nafas baru yang lebih matang dan mengikut peredaran muzik kini.


FARAH dan Adira ceria sambut raya kali ini.


"Ia perlu dinyanyikan semula oleh kerana 11 tahun yang lalu vokal saya juga berbeza. Jadi ia perlu dirakamkan semula dan kerana ada permintaan tinggi daripada peminat, kami keluarkan semula.

"Selain itu, Farah juga ada merakam lagu raya bersama Meet Uncle Hussin (MUH). Ini kali pertama Farah bekerjasama dengan MUH dan Farah suka bekerjasama dengan Taja kerana dia faham apa yang sesuai dengan Farah atau artis-artis yang bekerjasama dengan MUH," ujarnya.

Menyambut Aidilfitri di rumah ibu bapanya yang bertempat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur menjadi lokasi penumpuan seluruh keluarga, dia memberitahu tahun ini juga merupakan tahun yang agak sibuk bagi Farah memandangkan dia sedang giat membuat penampilan semula setelah senyap selama beberapa tahun.

Bercerita mengenai nostalgia hari raya, Farah merasakan suasana paling bermakna semasa raya ialah ketika sambutan raya pertama bersama keluarga dan sanak saudara yang berkumpul.

Ini kerana ujar Farah, bersalaman dengan ibu bapa selepas menunaikan solat Aidilfitri dirasakan momen paling istimewa kerana bukan setiap waktu perkara seperti itu berlaku.

"Saya memiliki keluarga yang besar dan apabila tiba hari raya pasti riuh-rendah. Pernah semasa saya kecil dahulu, semasa di kampung, saya dan saudara mara yang sebaya pergi berjalan pusing satu kampung untuk beraya di rumah jiran-jiran.

"Walaupun tidak kenal, kami hanya pergi beraya untuk mendapatkan duit raya. Saya rasa itu biasa dilakukan semasa waktu kecil dahulu," ketawa Farah ketika menceritakan kenangan manisnya ketika beraya.

Ceritanya lagi, pengalaman baju berlubang semasa bermain bunga api telah menjadi kebiasaan dan itu dianggap kenangan pada hari raya.

Nostalgia raya Zizan Nin

Posted:

Nostalgia raya Zizan Nin

Nostalgia raya Zizan Nin

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

SEMENJAK membuat kemunculan pertama di kaca televisyen sebagai pelakon iklan komersial sekitar tahun 2002, kini Zizan Nin boleh dikatakan sudah mampu berdiri sebaris dengan pelakon lelaki popular yang lain.

Sudah bergelar anak seni selama sembilan tahun, ternyata pelakon yang kini mencecah usia 37 tahun itu sering menjadi pilihan pengarah dan sudah tampil dengan puluhan drama serta telefilem.

Lebih menarik lagi, pada tahun lalu bakat seninya itu lebih teruji apabila membuat kemunculan sulung dalam pentas teater menerusi pementasan Tun Mahathir dan membawakan watak Perdana Menteri Malaysia keempat sewaktu muda.

Kemudian, pada tahun ini pula dia sekali lagi diuji dengan peranan yang cukup mencabar menerusi filem kenegaraan berjudul Tanda Putera yang diarahkan oleh pengarah berkaliber, Datin Paduka Shuhaimi Baba.

"Pada bulan puasa yang lalu saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Tanda Putera di samping Rusdi Ramli. Dalam filem berkenaan saya memegang watak sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

"Walaupun sebelum ini saya pernah memegang watak seorang tokoh yang penting, namun saya menganggap watak sebagai Tun Dr. Ismail ini memberikan cabaran yang lebih besar," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Zizan, antara cabaran paling besar yang terpaksa dilaluinya adalah membiasakan menggunakan tangan kiri sewaktu menulis, menghisap paip dan bermain golf memandangkan bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan adalah seorang kidal.

"Apabila ditawarkan untuk berlakon dalam filem ini, bagi saya ia merupakan satu penghormatan yang cukup besar. Namun, saya tetap memberikan yang terbaik agar watak tersebut dapat memberi kesan kepada penonton," ujarnya.

Ditanya mengenai pengalaman ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, ternyata Zizan mempunyai cerita yang cukup menarik ketika menyambutnya di luar negara suatu ketika dahulu.

Pastinya umum sudah mengetahui bahawa sebelum bergelar seorang pelakon popular, Zizan sememangnya pernah menuntut di Universiti De Monfort, Leicester, England dalam bidang pengurusan perbankan selama dua tahun.

"Apa yang saya ingat kejadian itu berlaku sekitar tahun 1997 ketika saya menuntut di luar negara. Pada masa itu, saya bersama rakan-rakan dari Malaysia yang lain sedang sibuk memasak juadah pada pagi hari raya.

"Boleh dikatakan agak banyak juga juadah yang kami sediakan bagi mengubat kerinduan tidak dapat berhari raya di kampung halaman. Namun, secara tiba-tiba dapur tempat kami memasak itu terbakar sehingga kelam-kabut kami dibuatnya," ujar Zizan.

Tambah pelakon itu lagi, kalau diingatkan kembali kejadian yang berlaku itu adakalanya dia akan ketawa sendirian. Bagaimanapun, menyambut hari raya di luar negara juga sebenarnya adalah pengalaman yang cukup bermakna.

Jelasnya, biarpun sambutannya tidaklah semeriah seperti sambutan di negara sendiri, tetapi suasana hari raya itu tetap dirasai apabila dapat berkumpul beramai-ramai bersama pelajar Malaysia yang lain sambil mendengar lagu-lagu raya.

"Walaupun kerinduan untuk menyambut lebaran bersama keluarga sedikit terubat, namun apa yang menyedihkan saya dan rakan-rakan masih perlu menghadiri kelas dan membuat pembentangan ketika umat Islam di Malaysia masih meraikannya," ujarnya.

Mengenai sambutan Aidilfitri pada tahun ini, pelakon berkenaan memberitahu, dia akan beraya di rumah keluarga mertuanya di Kuala Lumpur pada hari raya pertama dan pulang ke kampungnya di Sungai Besar, Selangor pada keesokan harinya.

Jenama sendiri

Sepanjang bulan puasa yang lalu, Zizan memberitahu bahawa dia langsung tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seni selepas tamat menjalani penggambaran filem Tanda Putera.

Menurut pelakon yang pernah diiktiraf sebagai Pelakon Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke-20 menerusi filem Cinta Terakhir, dia lebih banyak meluangkan masa melakukan amal ibadat memandangkan pada tahun lalu dia sibuk dengan latihan pementasan teater Tun Mahathir.

"Sambutan puasa dan raya tahun ini juga cukup bermakna kerana buat julung-julung kalinya saya memperkenalkan pakaian baju Melayu yang menggunakan jenama saya sendiri iaitu Zizanin.

"Setakat ini, baju Melayu tersebut diletakkan di butik rakan, K-Maria yang terletak di Kota Damansara. Namun, saya tidaklah menjahit baju-baju itu, sebaliknya saya hanya memilih kain-kain yang bersesuaian," jelasnya.

Menurut Zizan lagi, selain baju Melayu dia juga sebenarnya mempunyai perancangan yang lebih besar iaitu mahu menghasilkan kemeja yang turut menggunakan jenamanya sendiri dalam tempoh terdekat ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved