Selasa, 30 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Wanita pertama serah barang kemas

Posted:

Wanita pertama serah barang kemas

Wanita pertama serah barang kemas

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my

JARUM jam menunjukkan hampir pukul 3 petang. Sejak dari tengah hari, Siti Rahmah Kassim yang ketika itu berusia 29 tahun kelihatan sibuk menguruskan kehadiran ratusan peserta rombongan yang berkumpul di kawasan padang berhampiran pekan Rembau.

Biarpun agak keletihan, wanita itu tetap meneruskan tugas-tugasnya. Selaku penganjur, dia mahu semuanya berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Lapan buah bas yang ditempah khas juga sudah sedia di satu sudut. Kunjungan mereka ke Kuala Lumpur pada petang 30 Ogos 1957 itu bukan untuk bersuka ria, sebaliknya mahu menyaksikan satu peristiwa paling penting dalam sejarah negara.

Siti Rahmah sememangnya sudah lama menantikan tarikh keramat 31 Ogos 1957 itu. Perjuangannya bukan bemula sehari dua, tetapi sejak 1945 lagi melalui Persatuan Melayu Negeri Sembilan dan UMNO.

Dalam ceramahnya, dia banyak memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan wanita tentang kepentingan perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah.

Kini berusia 86 tahun, dia merupakan orang pertama menyerahkan barangan kemas bagi membantu rombongan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London untuk menuntut kemerdekaan.

Liputan meluas

Kisah Siti Rahmah dipukul oleh ibunya sehingga bajunya berlumuran darah kerana memberi gelang perkahwinan pemberian ayahnya pada sebuah majlis yang berlangsung di Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir Melaka juga mendapat liputan luas akhbar-akhbar di Tanah Melayu.

Lamunannya terhenti, tindakan sekumpulan peserta lelaki yang tiba-tiba turun dari bas menarik perhatiannya.

Rupa-rupanya, di dalam bas itu bukan sekadar peserta tetapi ada beberapa anggota polis cawangan khas British ditugaskan untuk menggagalkan rombongan berkenaan.

"Mereka cuba menakut-nakutkan segelintir peserta bahawa orang putih akan menjatuhkan bom menggunakan kapal terbang ketika Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka di Stadium Merdeka.

"Tidak hairanlah, ada peserta yang terpengaruh dan mahu pulang ke rumah, namun saya berjaya memujuk mereka kembali. Itu semua taktik jahat orang putih dalam usaha mengagalkan kemerdekaan negara," cerita anak kelahiran Batu Hampar, Negeri Sembilan itu.

Selepas melalui perjalanan panjang dan berliku-liku, rombongan dari Rembau itu akhirnya tiba di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur ketika malam menjelma.

Siti Rahmah berkata, ibu negara seakan-akan berubah wajah dengan kehadiran ribuan orang ramai dan kenderaan yang datang dari segenap pelosok tanah air.

"Menjelang malam, suasana di sekitar Kuala Lumpur penuh meriah diterangi lampu jalan. Semua orang berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor sambil membawa sepanduk dan bendera Persekutuan.

"Bangunan Sultan Abdul Samad kelihatan begitu gah diterangi lampu- yang berwarna-warni. Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri," ujar bekas Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Bahagian Terentang (Rembau) itu.

Laungan Merdeka

Katanya, tepat pukul 11.55 malam, Tunku Abdul Rahman diiringi 30 ahli Perikatan bermotosikal dan polis pengiring pun tiba.

Ujarnya, Tunku telah disambut oleh Datuk Abdul Razak Hussein dan beberapa pemimpin daripada ketiga-tiga parti Perikatan yang mengiringinya ke pentas di tengah padang. Suasana yang sebelum itu riuh-rendah bertukar sunyi sepi, masing-masing tidak sabar menanti detik 12 malam yang menandakan tarikh kemerdekaan negara.

"Tepat pukul 12 malam, jam di menara berbunyi. Secara spontan laungan Merdeka berkumandang daripada ribuan rakyat jelata yang memenuhi segenap penjuru padang," jelasnya.

Ibu kepada enam cahaya mata itu berkata, saat yang tidak dapat dilupakan ialah ketika bendera Union Jack mula diturunkan dan lagu God Save The Queen dimainkan buat kali terakhir sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu.

Katanya, ketika itu air matanya mencurah-curah. Dia bagaikan tidak percaya Tanah Melayu akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan selepas hampir 170 tahun dijajah British.

Pada malam itu juga, buat pertama kalinya lagu kebangsaan, Negaraku, diperdengarkan kepada umum. Ketika bendera Persekutuan Tanah Melayu yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang dikibarkan, semua orang memberikan tabik hormat.

"Saya lihat wajah Tunku begitu berseri-seri selepas upacara malam itu, begitu juga dengan wajah-wajah rakyat jelata yang hadir.

"Masing-masing kelihatan begitu beremosi. Saya juga tidak terkecuali, ternyata perjuangan saya selama ini menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kemerdekaan telah berbalas," ujarnya yang kini bergelar Datuk dan memegang jawatan Pengerusi Tetap Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Sembilan.


PADA usia 86 tahun Siti Rahmah masih cergas dan mampu menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi Tetap Perkim Negeri Sembilan.


Episod kemerdekaan negara tidak terhenti begitu sahaja. Keesokannya, kira-kira 20,000 rakyat jelata berkumpul di Stadium Merdeka untuk menantikan pengisytiharan kemerdekaan negara secara rasmi.

"Malam itu saya dan suami menginap di rumah seorang kenalan lama di ibu kota. Tepat pukul 5.30 pagi, kami sudah berada di pekarangan stadium sambil menantikan upacara bersejarah yang bakal diadakan.

"Ketika itu terbit kebimbangan mengenai kisah serangan bom seperti didakwa oleh polis-polis cawangan khas British benar-benar terjadi, bagaimanapun dari mula hingga akhir majlis berjalan lancar," jelasnya.

Menurut Siti Rahmah, upacara penuh simbolik di hadapan tetamu-tetamu kehormat seperti wakil kerajaan British dan wakil Raja-Raja Melayu jelas menandakan penjajahan British telah berakhir.

"Di atas pentas, saya melihat Tunku begitu segak dengan pakaian berwarna hitam Muskat ketika membaca watikah kemerdekaan. Ia diikuti laungan kemerdekaan sebanyak tujuh kali.

"Saat itu tiada kata-kata yang mampu diucapkan. Saya hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah di atas apa yang berlaku.

"Biarpun negara kini telah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun, tidak bermakna perjuangan saya telah selesai. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan," ujar serikandi terbilang itu.

Kalimuthu rindu saat bersama Tunku

Posted:

Kalimuthu rindu saat bersama Tunku

Kalimuthu rindu saat bersama Tunku


KENANGAN Kalimuthu bergambar bersama kereta rasmi Tunku Abdul Rahman (gambar kecil).


SEPERTI biasa, R. Kalimuthu bangun lebih awal berbanding penghuni-penghuni lain di sekitar Residensi yang terletak di Jalan Datuk Onn, Kuala Lumpur. Ketika itu jalan tersebut dikenali sebagai Jalan Brockman.

Sebagai salah seorang pemandu peribadi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang ketika itu Ketua Menteri Tanah Melayu, sudah menjadi rutinnya menghantar anak-anak Tunku ke sekolah atau membeli pelbagai barangan basah di pasar berhampiran.

Bagaimanapun, pada 30 Ogos 1957, Kalimuthu mempunyai tugas yang lebih berat dan mencabar berbanding rutin sebelumnya.

Dia diarahkan bertugas untuk membawa Tunku menghadiri upacara pengistiharan kemerdekaan negara yang bakal diadakan di Padang Kelab Selangor menjelang tengah malam.

"Tidak hairanlah, hari itu saya begitu bersemangat bekerja. Pagi-pagi lagi saya sudah bangun membasuh kenderaan rasmi Tunku dan memastikan ia berada di dalam keadaan baik," kata anak kelahiran Kampung Paya Rumput, Melaka itu.

Sekitar pukul 11 malam, 30 unit ahli Perikatan bermotosikal dan pasukan polis pengiring telah tiba di Residensi. Kehadiran mereka adalah untuk mengiringi kenderaan Tunku sehingga ke Padang Kelab Selangor.

Kalimuthu yang kini menumpang di rumah salah seorang anaknya di Jinjang Selatan, Kuala Lumpur berkata, Tunku yang segak berbaju Melayu pada malam itu kelihatan begitu ceria sepanjang perjalanan.

Katanya, biarpun laluan di sekitar ibu negara ketika itu agak sesak dengan kehadiran orang ramai dan pelbagai jenis kenderaan, namun konvoi yang dinaiki tetap berjalan lancar.

Perasaan sebak

"Sebaik tiba, saya terkejut melihat ribuan rakyat jelata telah memenuhi sekitar Padang Kelab Selangor dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

"Kesemua mereka bersorak. Sebaik melihat kenderaan dan kelibat Tunku, laungan Merdeka tiba-tiba bergema di sekitarnya," ceritanya.

Selepas menurunkan Tunku yang disambut beberapa pemimpin masyarakat, dia mula meletakkan kenderaan di kawasan yang dikhaskan untuk tetamu-tetamu kehormat yang telah tiba lebih awal.

Biarpun sekadar melihat dari jauh, Kalimuthu tetap berbangga kerana menjadi salah seorang individu penting dalam sejarah negara pada malam itu.

"Sebaik melihat bendera Union Jack diturunkan, perasaan saya tiba-tiba menjadi sebak.

"Siapa sangka, Tanah Melayu akhirnya mencapai kemerdekaan yang diidam-idamkan setiap rakyat jelatanya," ujarnya yang kini uzur akibat sakit tua.

Keesokannya, 31 Ogos 1957, sekali lagi dia diarahkan untuk membawa Tunku ke Stadium Merdeka.

Pagi itu, Tunku kelihatan segak dengan pakaian khas yang sering dipakai oleh pembesar-pembesar Melayu dan kerabat diraja Kedah.

Katanya, stadium yang baru siap itu bergema dengan laungan kemerdekaan sebaik Tunku selesai membaca watikah kemerdekaannya di atas pentas.

"Saya juga tidak melepaskan peluang menjerit laungan Merdeka bersama-sama Tunku pada pagi itu," jelasnya.

Kalimuthu mula mengenali Tunku ketika bertugas sebagai penghantar surat di Persatuan Bola Sepak Selangor.

Ketika itu Tunku bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaya.

"Tunku menawarkan saya bekerja sebagai pemandu sambilan. Hanya selepas tahun 1957, barulah saya bekerja secara rasmi dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan," jelasnya.

Dikurniakan 14 cahaya mata, 27 cucu dan 11 cicit hasil perkahwinan daripada dua orang isteri, Suppamah (meninggal dunia) dan S. Thenam, Kalimutuhu berkata, dia berkhidmat sebagai pemandu Tunku selama lebih 40 tahun sebelum bersara pada tahun 1990.

Katanya, sepanjang tempoh itu dia begitu menghormati Tunku yang disifatkan seorang negarawan yang ulung dan tiada tolak bandingnya.

"Rutin hariannya begitu sibuk dengan pelbagai urusan dan mesyuarat di seluruh negara. Bagaimanapun, dia tetap mempunyai masa untuk bersama keluarga atau bermain golf yang menjadi sukan kegemarannya," katanya.

Menyifatkan Tunku sebagai seorang majikan yang berdedikasi dan sentiasa menjaga kebajikan para pekerja, Kalimuthu berkata, dia sentiasa merindui kenangan bersama Tunku suatu ketika dahulu.

"Saya antara insan bertuah yang dapat berdamping dengan Tunku sepanjang usianya. Semua kenangan itu akan sentiasa terpahat dalam memori saya," katanya.

Tiada istilah raya ketika berperang

Posted:

Tiada istilah raya ketika berperang

Tiada istilah raya ketika berperang

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


MOHD. AZIM ABD. RAHMAN TUNKU MUKMINAH bergambar dengan bingkai gambar yang memaparkan foto-foto kenangan bersama Tunku Abdul Rahman.


PADA pagi Jumaat lebih 60 tahun lalu, Datuk Tunku Mukminah Tunku Muhammad Jiwa sedang bersiap-siap untuk ke sekolah.

Tiba-tiba, beliau dikejutkan dengan berita peperangan yang meletus di tanah tumpah darahnya, negeri Kedah. Sejak hari tersebut, sesi persekolahannya tergantung dan beliau hanya tinggal di rumah menanti perang tamat.

"Setiap petang Mak Ungku duduk di pekarangan rumah yang terletak di Jalan Langgar dan sering melihat keluarga mengusung mayat yang kebanyakannya keturunan India.

"Ketika itu penyakit berjangkit seperti malaria cepat menular dan ia membawa maut jika tidak dirawat," kenang Tunku Mukminah ketika ditemui di kediamannya di Subang Jaya.

Lebih mesra dipanggil sebagai Mak Ungku, anak saudara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra itu berkata, keganasan Jepun tidak pernah memilih darjat atau darah keturunan seseorang.

Rumah Almarhum ayah beliau pernah menjadi mangsa apabila digeledah dan diperiksa manakala nyawa ayahnya berada dalam keadaan terancam disebabkan tindakan askar Jepun seramai empat orang itu.

Bagaimanapun, Almarhum ayah Tunku Mukminah bernasib baik kerana ketua askar tersebut mengetahui hal berkenaan. Dia sempat menyelamatkan Almarhum daripada sebarang tindakan kejam.

"Lalu, ketua mereka memerintahkan askar-askarnya itu menjalani hukuman seppuku (ritual membunuh diri dengan memotong perut) di hadapan Almarhum (ayah)," ujar Tunku Mukminah kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tambah beliau, disebabkan menyaksikan kejadian tersebut di depan mata, ayahnya mengalami demam panas mengejut dan berpanjangan.

Melalui pemerhatian Tunku Mukminah, ketika zaman Jepun selama empat tahun, rakyat sentiasa hidup dalam ketakutan dan tidak pernah menyambut sebarang hari perayaan terutamanya Aidilfitri.

"Apabila terdengar bunyi pesawat terbang melewati kawasan, orang kampung cepat-cepat menghadang lampu pelita supaya tidak dikesan," ujarnya yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham Syed Hussain Syed Mansor.

Ditikam Jepun

Tambah beliau, rakyat hanya sibuk mencari makanan untuk meneruskan hidup dan sentiasa takut tatkala terpandang kelibat tentera Jepun. Jika tidak menghormati mereka, padahnya akan diseksa.

Menurut Tunku Mukminah, ayahnya juga pernah hampir ditikam kerana tidak tunduk kepada Jepun ketika berjalan di bandar tetapi terselamat apabila seorang Benggali berteriak memberitahu bahawa ayahnya seorang putera raja.

Makanan juga amat susah walaupun Tunku Mukminah bernasib baik kerana dapat menjamah nasi tetapi sepanjang tempoh tersebut dia tidak pernah merasai kemanisan gula.

"Kesannya, sehingga kini Mak Ungku minum kopi tanpa gula," kata Tunku Mukminah yang kini berusia 79 tahun.

Suasana perayaan Aidilfitri hanya kembali terasa selepas Jepun menyerah kalah dan lama-kelamaan sambutan hari raya semakin meriah.

Imbas Tunku Mukminah, Perdana Menteri Pertama Malaysia sangat suka berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga dan mengadakan jamuan.

"Almarhum Tunku pasti memasak sendiri juadah jika jamuan kecil-kecilan untuk keluarga diadakan," kata Tunku Mukminah yang amat rapat dengan Tunku Abdul Rahman.

Kata Tunku Mukminah, makanan kegemaran bapa kemerdekaan itu ialah puding Yorkshire dan daging lembu panggang selain menggemari hidangan itik golek masakannya.

"Sifat Almarhum adalah apabila makan hidangan Inggeris, dia akan mengamalkan cara menjamu selera gaya tulen Eropah iaitu siap dengan etika susunan sudu, garfu dan pisau. Jika lauk-pauk Melayu pula, dia akan makan dengan tertib Melayu yang sopan.

Wanita yang kini aktif dengan aktiviti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Pandu Puteri itu memberitahu, Almarhum meminati penyanyi adik-beradik Hamzah Dolmat dan Kamariah Nor. Setiap kali Almarhum menganjurkan keramaian pasti Almarhum memanggil kedua-dua penyanyi itu.

Komunis

Lain pula pengalaman yang dilalui oleh seorang pesara polis yang kini tinggal di Padang Temu, Melaka, Ibrahim Abu. Dia adalah antara penduduk di Tanah Melayu yang dikerah menganggotai khidmat negara (NSSC) pada tahun 1950 hingga 1951.

Kemudian, pada tahun 1962, dia mengambil keputusan untuk menjadikan polis sebagai pekerjaan tetap sehingga pencen pada tahun 1992.

Sepanjang tempoh itu, dia melihat sendiri peristiwa-peristiwa berdarah disebabkan komunis malah kebanyakan mangsa terdiri daripada anggota pasukannya.

Antara tugasnya ketika menjadi NSSC adalah mengiring, mengawal dan memeriksa penduduk Kampung Baru yang bekerja sebagai pembalak kerana dikhuatiri mereka menjadi tali barut komunis dengan memberi bekalan makanan.

Kekhuatiran pihak berkuasa terbukti benar apabila Ibrahim menyaksikan seramai enam orang pengiring diserang hendap ketika perjalanan mengiringi penduduk kampung ke hutan.

Kejadian yang berlaku pada tahun 1951 di Rompin, Pahang itu telah mengorbankan kesemua anggota NSSC apabila troli besi yang dinaiki mereka meletup.

"Selain itu, banyak lagi perbuatan komunis yang cuba menyusahkan penduduk seperti mencuri rel kereta api sehingga tren tergelincir di Johor Bahru manakala di Air Kuning, Perak pula seramai 16 orang NSSC telah dihantar ke hutan untuk menyiasat sebuah lori balak terbakar.

"Namun, kesemuanya telah diserang dan 12 orang daripada mereka telah mati dalam serangan itu manakala empat orang lagi terselamat disebabkan sempat menyorok dalam tayar," ujar Ibrahim yang kini berumur 80 tahun.

Bunuh komunis

Malah, dia juga pernah menembak mati seorang komunis ketika bertugas di Cawangan Khas E3F dalam Operasi Beruang pada tahun 1980-an.

Operasi Beruang mendapat nama kerana pasukannya pernah menyerang sebuah kawasan di sebatang pokok yang menjadi tempat Letter Dump. Ia merujuk kepada tempat rahsia buat anggota komunis berhubung. Operasi itu mendapat nama sempena keadaan pokok tersebut yang sering menjadi tempat beruang mencakar-cakar kuku.

"Saya berjaya menembak mati seorang pengganas komunis selepas menunggu berjam-jam lamanya kerana yakin dengan maklumat yang diperoleh daripada ahli komunis yang belot.

"Selain itu, saya pernah bertugas di Sarawak dan menentang anggota gerila berhaluan kiri yang dipanggil Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) pada tahun 1960-an," ujarnya.

Bercerita tentang sambutan hari raya ketika berkhidmat sebagai anggota polis, Ibrahim kerap mendapat giliran berkawal di pos kawalan hutan (fort) pada hari kebesaran Islam itu.

Kawalan menjadi memuncak sejak kes pembunuhan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada tahun 1974 dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pada 1975. Kedua-duanya dipercayai ditembak oleh penjahat komunis.

"Ketika bertugas pada musim raya, sudah pasti saya sedih apabila terdengar takbir raya pada pagi Syawal. Namun, tugas harus diutamakan kerana fort wajib dikawal seperti hari-hari biasa," katanya yang kali terakhir bertugas mengawal Fort Tapong di Perak.

Sebelum bersara daripada dunia polis, dia telah dianugerahkan Pingat Pangku Negara (PPN) oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail pada tahun 1988.

Kesan keamanan

Bagi penyanyi yang mendapat gelaran Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau, 70, cara menyambut dan persediaan raya zaman sebelum merdeka sangat berbeza dengan sekarang.

Namun, itu adalah lambang kepada kemodenan dan kemajuan yang dikecapi kesan daripada kemerdekaan yang telah dicapai.

Menurut M. Daud, dahulu umat Islam akan membayar zakat fitrah dengan menyerahkan sendiri sebungkus beras sama seperti kadar bayaran satu gantang Baghdad makanan asasi.

Jadi, katanya, di tempat pembayaran zakat, terdapat bungkusan diperbuat daripada daun mengkuang yang dipanggil bajam. Dalamnya terisi beras seberat satu gantang.

Bajam disusun sehingga pada ketinggian tertentu yang boleh dicapai manusia bermula awal bulan Ramadan sehingga pagi raya.

Apabila penduduk kampung datang untuk membayar fitrah, mereka secara perseorangan akan membeli beras dalam bajam dan amil akan menyorong bungkusan sebelum akad terima zakat dibuat.

"Bagaimanapun, ketika penghujung tahun 1960-an dan awal 1970-an, bajam sudah tidak kelihatan manakala bayaran zakat menggunakan resit pula," katanya.

Tambah M. Daud, ketika zaman dia kanak-kanak, televisyen merupakan barang mewah yang hanya boleh dimiliki oleh orang berada.

Ketika menonton hari kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957, dia dan penduduk kampung beramai-ramai menonton di rumah keluarga kaya di kampungnya.

Tambah M. Daud, untuk mendapatkan pengumuman tarikh raya pula kadangkala memakan masa yang panjang untuk diketahui berbanding zaman sekarang.

"Pengumuman hanya diketahui oleh mereka yang mendengar pengumuman daripada radio. Orang yang mendengar itu pula akan menyebarkan berita tersebut ke serata kampung.

"Pada zaman itu terdapat sejenis gendang dipanggil kentong yang berfungsi untuk mengejutkan orang bangun bersahur. Dengan alat itu juga pengumuman dibuat sambil berteriak 'Raya!'," ujar penyanyi yang berasal dari Bagan Datoh, Perak itu.

Hebahan itu akan disambut oleh penduduk kampung lain dengan memberitahu berita kemunculan anak bulan Syawal itu ke bahagian kampung lain.

Tambahnya, berita tersebut sampai ke pengetahuan penduduk kampung sangat lewat iaitu antara pukul 10 hingga 11 malam terutama kepada mereka yang tinggal jauh di pedalaman.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Laman web persiapan Aidilfitri

Posted:

Laman web persiapan Aidilfitri

Laman web persiapan Aidilfitri

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

SABAN tahun, sambutan dan persediaan menyambut hari raya semakin berubah seiring dengan kemajuan teknologi dan infrastruktur negara.

Dahulu, semua kelengkapan raya seperti biskut, lauk-pauk dan pakaian baru disediakan sendiri oleh ibu bapa.

Namun, apabila Malaysia melangkah ke dekad 90-an, orang ramai mula membeli biskut dan baju raya yang sudah siap sedia. Ia kesan daripada pembangunan yang pesat sehingga menuntut kaum ibu turut bekerja.

Sejak beberapa tahun lalu, kaedah membeli barang-barang persediaan untuk hari raya semakin mudah dan pantas apabila ibu bapa atau orang muda hanya perlu melayari Internet.

Bagi tujuan itu, sebuah laman web perdagangan yang baru beroperasi pada bulan Jun lalu, disini.my memperkenalkan sebuah ikon untuk festival.

Ikon tersebut dibuat khas untuk pembeli dalam talian melihat semua barang persediaan hari raya serta memberi publisiti kepada penjual memperkenalkan produk mereka secukupnya.

Menurut Pengurus Kanan, Juasa Holdings Sdn. Bhd., Faisal Mokhtar, 44, ikon tersebut direka untuk memudahkan pembeli dalam talian mencari barang-barang perayaan 'di hujung jari mereka'.

"Urusan perniagaan masih sama. Cuma, pengenalan ikon tersebut memudahkan pelanggan selain memberi promosi tambahan kepada pihak penjual dalam tempoh yang singkat," ujar Faisal ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara barang-barang yang tersenarai ialah baju Melayu, baju kurung, kebaya, biskut raya, hamper dan kasut. Malah, lampu hiasan turut berada dalam senarai.

Ikon tersebut akan diubah berdasarkan kepada perayaan yang disambut termasuk menjual barang-barang untuk pelajar ke sekolah pada bulan Disember.

Sistem


DENGAN hanya melayari Internet di ruang tamu rumah, pelanggan boleh membeli baju raya, kuih raya atau hamper raya dengan menekan satu klik.


Kata Faisal, sistem untuk ikon festival itu dapat direka kerana ia adalah standard aturcara yang diguna pakai oleh laman web perdagangan www.disini.my.

Setiap barang akan mendapat paparan laman yang menunjukkan pelbagai maklumat mengenainya termasuk gambar produk berkenaan.

Selepas 30 hari, satu e-mel pemberitahuan akan dihantar sebagai peringatan bahawa paparan iklan barang jualan akan dipadamkan.

"Penjual boleh memberi maklum balas dalam tempoh tujuh hari bagi membolehkan iklan itu terus berada dalam laman web disini.my.

"Proses tersebut akan berterusan sehingga penjual tidak mahu barang mereka diiklankan," terang Faisal yang merupakan individu yang menjadi perancang laman web tersebut.

Mengulas mengenai pemilihan barang-barang, ujarnya, sistem yang terdapat pada disini.my akan mengesan setiap perkataan yang berkait dengan sesuatu perayaan menerusi maklumat yang diberi penjual.

Sebagai contoh, bagi perayaan hari raya, semua perkataan yang berkaitan seperti raya, Aidilfitri, kurma, Ramadan dan puasa akan ditarik masuk ke dalam senarai ikon untuk festival.

"Jadi, penjual akan mendapat iklan tambahan bagi barangan yang dijual secara bermusim itu," kata Faisal lagi.

Kira-kira 400 patah perkataan boleh ditaip oleh penjual bagi mempromosi barangan mereka selain gambar-gambar yang oleh dimuat naik sehingga lima keping.

Laman web urus niaga itu telah dibangunkan bermula awal tahun 2011 dan merupakan sebuah platform kepada peniaga dengan menyediakan tapak untuk mengiklankan produk.

Ujar Faisal, disini.my merupakan laman web termurah dengan bayaran keahlian RM30 untuk enam bulan, manakala RM60 bagi langganan selama setahun.

Keahlian atau lebih dikenali sebagai e-kedai membolehkan penjual menjual lebih barang berbanding dua buah item yang dibenarkan bagi bukan ahli.

Banyak pilihan

Sementara itu, salah seorang pembeli dalam talian yang aktif, Sharifah Ivy Nor Adila Syed Azmi, 33, mengakui ikon festival yang berada dalam laman sesawang disini.my memudahkan pembelian.


SELAIN ke kedai atau bazar jualan, pengguna kini boleh mendapatkan pelbagai jenis biskut raya melalui Internet. – Gambar hiasan


Katanya, kebanyakan laman perdagangan yang ada susah untuk dilayari kerana satu laman hanya boleh melihat satu barang yang dijual.

Jika mahu melihat barang lain, pelayar Internet perlu melakukan beberapa langkah daripada menutup laman sedia ada sehingga membuka kembali laman yang baharu.

"Jadi, pengenalan ikon untuk festival tersebut sangat memudahkan pelayar-pelayar Internet untuk melihat barang yang boleh dibeli sempena sambutan raya," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia yang sudah lebih dua tahun menggunakan medium Internet sebagai 'pasar raya' berpendapat laman sosial dan blog lebih mudah dilayari.

"Secara peribadi, saya lebih suka membeli-belah menggunakan Facebook kerana setiap kemaskini oleh pekedai boleh dilihat dengan senang apabila melayari Internet," ujar ibu kepada dua orang anak itu.

Namun begitu, menurut Ivy Nor Adila, laman perdagangan amat berguna apabila melibatkan perniagaan hartanah kerana pelbagai maklumat yang terpapar dalam laman tersebut.

Info-info seperti harga dan lokasi hartanah memainkan peranan penting kerana harganya sentiasa berubah mengikut masa dan tempat.

"Tahun lalu, saya dan suami baru sahaja membeli sebidang tanah selepas melakukan perbandingan hartanah melalui laman perdagangan," kata Ivy Nor Adila berkongsi tip.

Tambahnya, suaminya lebih suka membeli-belah di laman perdagangan berbanding dirinya kerana pelbagai barang boleh diperoleh menerusi kaedah tersebut.

Rindu Aidilfirti anak Palestin

Posted:

Rindu Aidilfirti anak Palestin

Rindu Aidilfirti anak Palestin


ANTARA juadah tradisi Arab dan Palestin yang dihidangkan semasa majlis iftar.


WARGA Palestin yang berada di negara ini sama ada bekerja atau menuntut ilmu dilihat mudah menyesuaikan diri bersama masyarakat majmuk Malaysia. Sebagai orang Islam, mereka juga berkongsi banyak persamaan dengan ummah di sini.

Oleh itu bagi kira-kira 1,000 anggota masyarakat Palestin di Malaysia, yang kebanyakannya penuntut dan berkhidmat dalam jurusan akademik, berpuasa semasa Ramadan dan meraikan 1 Syawal tidak menjadi masalah kepada mereka.

Muslim Abu-Umar, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, berkongsi cerita bahawa mereka juga mempunyai bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah dan keperluan lain bagi Syawal di Palestin.

"Seperti di Palestin, kami mempunyai pilihan juadah yang banyak dan kami suka dengan juadah-juadah yang terdapat di bazar Ramadan di Malaysia," katanya.

Rakyat Palestin juga lazim berbuka puasa secara berkumpulan. Sebab itulah, keakraban dengan rakan-rakan di Malaysia sewaktu iftar membuatkan mereka berasa selesa walaupun berada di negara asing.

Muslim memberitahu, selain Aidilfitri, rakyat Palestin juga menyambut Hari Raya Aidiladha dengan lebih meriah.

"Dalam kedua-dua perayaan itu, kami tiada ketupat dan rendang seperti di Malaysia tetapi menghidangkan juadah tradisi sendiri seperti mahashi," katanya.

Mahashi adalah hidangan roti yang berintikan sayur-sayuran seperti terung, labu kecil, kentang dan lobak merah dan dedaun seperti daun anggur serta kubis.

Ia memerlukan masa dan kesabaran untuk disediakan dan lazimnya disediakan sehari lebih awal sebelum dimasak dan dihidangkan dalam acara makan besar.

"Kami juga mengunjungi sabahat handai dan keluarga semasa sambutan. Tetapi, tidak banyak rumah terbuka seperti di sini. Di Malaysia, kami warga Palestin akan menganjurkan majlis rumah terbuka pertubuhan kebudayaan ini semasa 1 Syawal," ujarnya.

Begitupun merindui kampung halamannya, Muslim menyedari hakikat dan takdirnya. Dia tidak dapat pulang ke tanah air sempena Syawal ini berikutan keadaan yang tidak menentu di Palestin.

Pulang ke tanah air

Bagi Saad Adeeb, 26, walaupun berada jauh daripada keluarganya, dia mempunyai rakan-rakan Palestin di sini dan rakyat Malaysia yang mesra untuk menemaninya.

"Saya mempunyai ramai rakan Melayu yang menjemput saya ke rumah-rumah terbuka mereka sempena Aidilfitri," katanya yang menggemari nasi goreng ayam.

Saad juga menyatakan kekagumannya selepas melawat beberapa negeri seperti Pahang, Kedah, Kelantan dan Johor yang menyebabkannya lebih tertarik kepada negara ini.

Walaupun perbezaan budaya wujud antara warga Malaysia dan Palestin, Saad menunjukkan bahawa persaudaraan menerusi Islam telah membantunya mengatasi jurang itu.

Sebagai penuntut dalam bidang komunikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Saad tiba di Malaysia pada tahun 2006 dan sejak itu dia belum pernah pulang ke Palestin.

"Saya mahu pulang, tetapi ia bukan mudah kerana larangan perjalanan yang dikenakan oleh pihak Israel. Tugas saya di sini adalah belajar dengan gigih demi masa depan keluarga dan maruah negara saya," katanya.

Terkenang abang

Arafat Shabana, 27, seorang penuntut kejuruteraan di IIUM pula berharap dapat bersua semula dengan abangnya yang meringkok di penjara Israel selama lebih 20 tahun kerana dikatakan berjuang bagi Palestin.

"Saya sangat merinduinya. Dia dipenjarakan sejak saya berusia tujuh tahun," kata Arafat.

Arafat yang kematian ayahnya lapan tahun lalu percaya bahawa abangnya tidak bersalah dan berharap dia segera dibebaskan dan seterusnya bersatu semula dengan keluarga.

Apabila beliau menjejakkan kaki di Malaysia buat pertama kali empat tahun lepas, Arafat mengakui berasa seperti orang asing. Namun, perlahan-lahan dia dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di negara baharu.

Setiap Ramadan, Arafat berdoa kepada Allah agar abangnya dibebaskan, dan semua warga Palestin dan ummah di seluruh dunia dapat hidup aman serta harmoni.

Sementara itu, bagi Hassan Imran, 20, sepucuk surat tawaran daripada UIAM untuk pengajian ijazah berkembar sains politik dan ekonomi pada 2009 telah membawa beliau ke Malaysia.

UIAM mempunyai masyarakat penuntut Palestin yang aktif memainkan peranan dalam menyebarkan kisah kesengsaraan yang diharungi masyarakat Palestin akibat kekejaman regim Israel.

Hassan yang menyukai nasi goreng kampung dan nasi goreng kunyit berharap untuk belajar setinggi yang mungkin dan kembali ke tanah airnya dengan segulung ijazah.

Bagi seorang penuntut lain, Yassar Al-Shareef, 17, keinginan untuk belajar bahasa Inggeris di Elite Language Centre di Kuala Lumpur telah membawanya ke Malaysia dua bulan lalu.

"Saya mahu belajar bahasa Inggeris di sini kerana Malaysia adalah negara Islam yang membuka pintu dengan ikhlas kepada kami," ujarnya.

Walaupun ini kali pertama dia berada jauh dari tanah air, namun azam yang kuat dan sokongan daripada keluarganya menjadi azimat untuk menamatkan pengajiannya.

Beliau mengakui amat merindui keluarganya di kampung halaman. Pada masa yang sama, Yassar berbangga berpeluang belajar di Malaysia yang maju dan kaya dengan kepelbagaian budaya. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


RM45 juta ganti peralatan usang di HKL

Posted:

RM45 juta ganti peralatan usang di HKL

RM45 juta ganti peralatan usang di HKL

TIONG LAI (kiri) menyampaikan sumbangan kuih raya kepada petugas Jabatan Kecemasan HKL di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menggantikan kelengkapan perubatan yang usang di beberapa unit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebaik sahaja permohonan peruntukan RM45 juta diluluskan kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, antara unit terbabit ialah Unit Rawatan Rapi dan Unit Penjagaan Koronari.

"Permohonan peruntukan itu sudah dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas melawat warga HKL sempena sambutan Aidilfitri di sini semalam.

Selain itu, Tiong Lai berkata, HKL kini dalam proses naik taraf meliputi antaranya pembinaan tempat letak kereta bertingkat dan blok baru bernilai RM600 juta bagi Hospital Ibu dan Anak.

"Blok baru Hospital Ibu dan Anak ini akan dibina tahun depan. Sekarang ini kita dah ambil tender dan kita juga akan tempatkan 400 buah katil tambahan untuk blok ini," katanya.

Selain itu, HKL juga bakal mempunyai pusat jagaan harian iaitu Ambulatory Care Centre (ACC) bernilai kira-kira RM90 juta yang menempatkan semua pakar bagi pesakit mendapatkan rawatan harian, rujukan dan susulan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rumah terbuka Aidilfitri Agong, PM meriah

Posted:

Rumah terbuka Aidilfitri Agong, PM meriah

Rumah terbuka Aidilfitri Agong, PM meriah


NAJIB dan Rosmah menyambut kehadiran orang ramai ke rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR – Hari Raya Aidilfitri disambut di seluruh negara semalam dalam suasana penuh meriah tetapi sederhana.

Seperti amalan selama ini, rumah-rumah terbuka yang diadakan menyediakan pelbagai juadah seperti ketupat dan lemang serta pelbagai jenis kuih raya.

Di Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah mengadakan rumah terbuka dalam dua sesi.

Sesi rumah terbuka untuk orang kenamaan pada sebelah pagi dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta menteri Kabinet dan diplomat asing.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali turut menghadiri rumah terbuka itu.

Bagi sesi untuk orang ramai yang bermula pada pukul 11.40 pagi hingga 1 petang, Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menerima lebih 20,000 rakyat berbilang kaum daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah meluangkan masa berdiri di hadapan 'rumah kaca' bersalaman dengan orang ramai dan memberi duit raya kepada kanak-kanak.

Orang ramai kemudiannya diberi cenderahati berupa kuih raya sebelum ke khemah khas untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Penggal Seri Paduka berdua sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual berakhir Disember ini.

Sementara itu, pada sebelah tengah hari di Putrajaya, lebih 100,000 orang menyerikan sambutan rumah terbuka Perdana Menteri dan jemaah menteri di Seri Perdana.

Mereka yang hadir terdiri daripada diplomat asing, pemimpin parti-parti politik, pelancong asing dan warga tempatan yang disajikan dengan pelbagai juadah serta dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang melambangkan semangat 1Malaysia.

Majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu berakhir pada pukul 6 petang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Pakai purdah sembunyi syabu

Posted:

Pakai purdah sembunyi syabu

Pakai purdah sembunyi syabu

Oleh NOR SHAFAWATI YUP dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
berita@kosmo.com.my


NORDIN (dua dari kiri) menunjukkan bengkung yang dipakai di badan untuk menyembunyikan syabu.


SHAH ALAM – Sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan syabu antarabangsa semakin kreatif dengan taktik-taktik terbaharu untuk mengelirukan pihak berkuasa bagi membawa masuk barang haram itu ke negara ini.

Selain menggunakan taktik kreatif seperti menjadikan syabu sebagai replika kepala harimau, memasukkan dadah dalam omboh enjin kereta, mi segera, ubi kayu atau pencuci rambut, kini ada dalam kalangan kurier dadah terbabit berlagak seperti seorang alim dengan wanita berpakaian purdah manakala lelaki memakai jubah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, taktik pemakaian purdah dan jubah bagi membawa syabu dikesan ekoran penahanan beberapa orang kurier dadah yang kemudian didapati menyembunyikan dadah dalam bengkung yang dipakai di badan.

"Ada warga Iran dikesan menyimpan syabu dalam bengkung di sebalik penampilan memakai jubah manakala bagi wanita memakai purdah menyembunyikan dadah di badan mereka," kata beliau ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pada awal tahun ini, menurut beliau, polis menahan tiga wanita Iran berpurdah yang kemudian dikesan menyembunyikan sejumlah dadah syabu di badannya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Sepanjang tahun lepas dan tahun ini, polis mencatatkan sebanyak 23 kes dadah disembunyikan dalam bagasi, menelan dadah (5), menyimpan di dalam silinder besi (2), menyimpan di dalam sabun mandi (1), menyembunyikan di dalam peket mi segera (2) dan menyimpan di dalam ubi kayu (20).

Semua rampasan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan LCCT.

Mengulas mengenai tangkapan di KLIA, Nordin memberitahu, jumlah tangkapan warga asing membawa dadah meningkat secara mendadak pada setiap tahun.

"Pada tahun lalu sebanyak 164 orang ditahan termasuk 27 wanita dan tujuh kanak-kanak.

"Daripada jumlah tangkapan itu, rakyat Iran paling ramai ditahan dengan 114 orang lelaki dan 16 orang wanita," kata beliau.

Baki tangkapan itu membabitkan rakyat India, Pakistan, Turki, Bulgaria, Thailand, Nigeria, Kenya, Togo dan Indonesia.

Bersama-sama dengan tangkapan itu, polis merampas sebanyak 154.21 kilogram syabu yang kesemuanya bernilai RM37 juta.

Sehingga Jun tahun ini, Nordin berkata, polis berjaya mengesan sebanyak 56 kes penyeludupan dadah jenis syabu di KLIA dengan 43 tangkapan.

"Jumlah terbesar warga asing yang ditangkap ialah 32 rakyat Iran termasuk 16 wanita," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sains Sukan penentu kejayaan

Posted:

Sains Sukan penentu kejayaan

Sains Sukan penentu kejayaan

BIDANG Sains dan Perubatan Sukan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pembangunan serta kejayaan sukan di sesebuah negara.

Dalam kalangan negara maju dan pesat membangun, pengetahuan dalam dua bidang ini sudah lama dipraktikkan dalam arena sukan mereka.

Ia bukan saja penting kepada atlet sukan itu sendiri, malah turut merupakan asas utama kepada jurulatih dalam mengatur hala tuju sistem latihan yang sempurna kepada atlet.

Justeru, dalam usaha mencari kaedah tepat untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kemampuan atlet Malaysia , Institut Sukan Negara (ISN) akan mengadakan satu persidangan Sains dan Perubatan Sukan Antarabangsa (SMSS) 2011 pada 28 hingga 30 September depan.

Ikuti temubual wartawan sukan Kosmo!, SHAHRIL NIZAM ABDULLAH dengan Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz mengenai misi dan visi persidangan antarabangsa kelima ini yang dijadualkan berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur.

Kosmo!: Terima kasih Datuk kerana sudi meluangkan masa. Pertama sekali apakah tujuan utama persidangan ini diadakan?

DATUK DR. RAMLAN: Sebenarnya persidangan ini dibuat bagi mempromosikan peranan sebenar ISN dalam pembangunan sukan di negara ini khususnya dalam bidang Sains dan Perubatan Sukan kepada semua pihak, terutamanya kepada paksi kami di universiti-universiti negara ini dan juga kepada rakan-rakan kongsi kami.

Namun, apa yang lebih utama ialah persidangan ini mampu menjadi satu platform kepada pengamal-pengamal bidang sains perubatan sukan di Malaysia untuk bertukar fikiran, pengalaman dan merasai semangat berpasukan kerana tidak ramai golongan yang menceburi bidang ini di negara kita. Dengan kata lain, persidangan ini juga adalah satu mekanisme dalam menyatupadukan komuniti ini di Malaysia.

Menjemput pakar-pakar luar negara sebagai penceramah pula sebenarnya hanya untuk mendapat pengetahuan dan perkembangan baru dalam bidang sains perubatan sukan ini, serta melihat sama ada kita sudah bersedia atau tidak mengaplikasikannya di negara kita kerana ada sesetengah perkembangannya masih perlu dikaji kesesuaiannya dengan perkembangan sukan di Malaysia.

Ia juga akan mengukuhkan lagi hubungan dan kaitan di antara para pengamal, jurulatih, pakar-pakar, pengkaji, pelajar dan peminat sukan dalam disiplin sains perubatan dan teknologi serta menyediakan infomasi dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam pembangunan eko sistem sukan.


KEPAKARAN yang dimiliki ahli fisioterapi amat penting dalam mencari kaedah yang sesuai bagi proses meningkatkan prestasi atlet secara keseluruhannya.


BOLEH jelaskan apakah peranan Sains dan Perubatan Sukan sebenarnya?

IA satu bidang atau kajian yang berkaitan dengan prestasi atlet. Walaupun ia hanya salah satu cabang dalam bidang kajian, namun isu atau fokus sebenarnya ialah mengenai pencarian cara dan maklumat untuk meningkatkan prestasi atlet. Sebagai contoh, memberi sokongan dan perubatan sukan kepada atlet dengan menumpukan terhadap pembangunan mental, ketahanan fizikal dan juga pemakanan mereka. Ia satu sokongan penting yang harus diaplikasikan kepada atlet dengan kadar segera dan tidak perlu menunggu sehingga lima atau enam tahun untuk melakukannya.

Jadi, bidang ini akan memberi peluang kepada kita mencari kaedah-kaedah tertentu dan sainstifik dalam membantu atlet meningkatkan prestasi mereka atau perkembangan-perkembangan lain yang berkaitan.

JELAS sekali Sains dan Perubatan Sukan adalah satu bidang yang penting dalam pembangunan sukan di sesebuah negara?

SUDAH tentu ia amat penting. Sesuatu kejayaan atau pencapaian yang dicipta oleh seseorang atlet itu bukan hanya bergantung kepada kemahiran dan bakatnya sahaja, malah ia turut melibatkan proses penjagaan fizikal seperti stamina dan kecergasan mereka serta aspek kekuatan mental seperti psikologi dan sosiologi. Malah ia bukan saja fokus kepada atlet sahaja, malah turut melibatkan proses kajian terhadap jurulatih sendiri.

Jika kita lihat Institut Sukan Australia (AIS), bukan bidang sains dan perubatan sukan sahaja di bawah mereka, tetapi jurulatih juga di bawah kendalian mereka. Begitu juga Institut Sukan Hong Kong yang mana negara mereka telah pun memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Mereka telah mendahului kita sekarang ini kerana sistem mereka di landasan yang betul.

Jadi, di sini kita boleh lihat ada perkaitan atau kesinambungan di antara jurulatih dengan proses-proses kajian Sains dan Perubatan Sukan ini kerana ia juga penting untuk menyalurkan dan menyerap amalan sains sukan tersebut kepada jurulatih kerana kejurulatihan sendiri ialah satu daripada sains sukan. Ia bukan saja mengenai teknik dan kemahiran sahaja.


KEJAYAAN seseorang atlet itu bukan hanya bergantung kepada kemahiran sahaja, namun turut melibatkan proses penjagaan fizikal dan mental atlet itu sendiri.


MENARIK sekali. Baiklah, mengenai persidangan ini nanti, siapakah penceramah yang akan hadir?

KITA menjemput speaker dari luar dan dalam negara. Antara speaker luar negara yang akan hadir ialah Prof. Ron Maughan dari Universiti Loughborough, United Kingdom, Dr. Aaron Coutts dari Universiti Teknologi Sydney, Australia dan Dr. Shona Halson dari AIS, Canberra, Australia.

Manakala speaker tempatan pula ialah Assoc. Prof. Dr. Teoh Heng Teong, penasihat bagi Fitness Concept Malaysia dan juga Tan Sri Dr. M. Jegathesan yang akan memberi ucapan pada hari pembukaan nanti.

SIAPA yang boleh menghadiri persidangan ini?

SMSS 2011 terbuka kepada semua masyarakat yang meminati bidang sukan di luar sana. Dan ia juga terbuka kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam arena sukan seperti jurulatih, atlet, pakar-pakar atau juga pelajar-pelajar di dalam dan luar negara.

Yuran penyertaan kepada pelajar tempatan ialah RM250, bagi peserta tempatan pula ialah RM500 manakala bagi pelajar antarabangsa pula ialah AS$250 dan peserta antarabangsa AS$450.

APAKAH faedah persidangan SMSS 2011 ini kepada sukan negara?

JIKA persidangan seperti ini dapat diadakan selalu, sekurang-kurangnya setiap tahun, jadi faedah dapat disumbangkan kepada eko-sistem sukan kita sendiri, termasuk kepada stakeholder dapat memberi sumbangan kepada budaya baru dalam sukan seperti debat, perbincangan, kompromi dan cara-cara menyelesaikan sesuatu permasalahan itu dengan lebih teratur dan saintifik.

Malah, persidangan ini juga mampu menjana pendapatan kepada negara dari segi industri sukan. ISN menyokong seratus peratus konsep industri sukan yang perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana ia satu sektor penting dalam pembangunan sukan buat masa ini. Dengan adanya kesedaran yang wujud dalam persidangan ini, ia bakal menarik minat orang luar untuk datang menggunakan kepakaran dan perkhidmatan yang ditawarkan hasil daripada impak positif dalam persidangan seperti ini.


BIDANG Sains dan Perubatan Sukan bakal memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kecemerlangan seseorang atlet pada masa hadapan.


AKHIR sekali, boleh Datuk jelaskan mengenai akta ISN?

AKTA ini sebenarnya bukan satu pemisahan dengan Majlis Sukan Negara (MSN), tetapi ia adalah usaha untuk ISN kembali semula ke tujuan asal penubuhannya. Dalam dokumen daripada pakar-pakar dari Jerman yang dibentangkan pada 1985, konsep asal MSN ini dilahirkan pada 1972 dengan menubuhkan satu unit sahaja iaitu unit perubatan dan penyelidikan di Kementerian Budaya dan Sukan ketika itu.

Jadi, konsep asal MSN pada masa itu adalah sama seperti ISN ketika ini iaitu menjalankan penyelidikan sains sukan. Namun pada 1994, fungsi ISN dihidupkan kembali dan ditambah dua unit lagi iaitu unit kejurulatihan dan juga unit sumber maklumat. Maka lengkaplah ISN sebagai sebuah institut.

Oleh itu kami, harus mencari jalan yang baik untuk kembali semula menjalankan fungsi sebenar kami seperti tujuan asal dan tiada pertindihan dengan MSN. Kita kena percaya apa yang ada pada rang undang-undang itu amat relevan bukan saja hari ini, malah juga pada masa depan.

Apa pun, akta ini tujuannya ialah untuk memberi pengupayaan kepada ISN bagi menjalankan tugas seperti yang perlu dijalankan. Itu saja.

Chong Wei terus ‘dihantui’ Lin Dan

Posted:

Chong Wei terus 'dihantui' Lin Dan

Chong Wei terus 'dihantui' Lin Dan

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


DATUK Misbun Sidek (kanan) antara watak penting yang telah membantu Chong Wei untuk menawan dunia.


APA lagi yang kurang dengan Datuk Lee Chong Wei jika hendak dibandingkan dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China.

Meskipun bergelar pemain No. 1 dunia, namun impian jaguh badminton utama negara ini untuk merangkul kejuaraan pada Kejohanan Dunia buat kali pertama masih belum mampu dicapai.

Bagi Lin Dan, kesemua gelaran berprestij dunia sudah berada dalam genggamannya.

Sebagai rekod, bintang sensasi China itu telah merangkul empat kejuaraan dunia iaitu pada edisi 2006 di Madrid, 2007 (Kuala Lumpur), 2009 (Hyderabad) dan 2011 di London.

Lin Dan juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

Sebaliknya, Chong Wei masih kempunan bergelar juara dunia sekalipun mahkota Seluruh England berjaya diraihnya bagi edisi 2010 dan 2011.

Terdahulu, Chong Wei disebut-sebut bakal mengakhiri kemarau gelaran dunia apabila turun beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 di Arena Tertutup Wembley, London baru-baru ini.

Dengan empat gelaran dalam kejohanan bertaraf Siri Super dan satu Grand Prix (GP) Emas tahun ini, Chong Wei dikatakan berada di landasan terbaik untuk menambah koleksi kejuaraan pada Kejohanan Dunia.

Chong Wei membuktikan kehebatannya apabila muncul juara pada Terbuka Malaysia, Seluruh England, Terbuka India, Terbuka Indonesia dan GP Emas Terbuka Malaysia.

Bagaimanapun, tuah ternyata tidak menyebelahi Chong Wei pada penampilan kali keenamnya di bumi London itu baru-baru ini.

Biarpun diletakkan selaku pemain pilihan pertama kejohanan, pemain berusia 29 tahun itu sekali lagi dibayangi kehandalan Lin Dan.

Buktinya, dia tewas di tangan Lin Dan dalam pertarungan tiga set 22-20, 14-21, 21-23 pada perlawanan akhir.

Ekoran daripada kekalahan tersebut, ramai yang beranggapan masih ada jurang pemisah di antara Chong Wei dengan Lin Dan.

Meskipun rekod kemenangan memihak kepada jaguh China itu, namun Chong Wei masih mampu mencatatkan lapan kemenangan daripada 24 pertemuan.

Justeru, timbul persoalan mengapa Chong Wei kadangkala dilihat sukar mengekalkan konsistensi setiap kali turun berdepan dengan Lin Dan?

Jika ranking dunia menjadi ukuran, kelebihan ternyata milik Chong Wei berbanding Lin Dan yang tampil selaku pemain No. 2 dunia.

Bagaimanapun, kedudukan ranking bukan ukuran untuk menentukan siapa lebih hebat kerana situasi yang dialami Chong Wei itu sudah cukup bagi menceritakan segala-galanya.


LIN DAN, satu-satunya pemain yang sering kali menyekat impian Chong Wei untuk bergelar juara dunia.


Peluang untuk Chong Wei merangkul kejuaraan dunia kini tampak sukar apabila kejohanan tersebut hanya akan kembali mewarnai kalendar sukan badminton dunia pada 2013.

Ini kerana tahun depan tidak dilangsungkan Kejohanan Dunia kerana London akan menjadi tuan rumah temasya Sukan Olimpik 2012.

Ketika itu nanti, Chong Wei semakin dimamah usia. Kudratnya pasti sudah tidak sama seperti sekarang.

Sebelum kembali memburu gelaran dunia dua tahun akan datang, Chong Wei masih ada misi penting yang harus dilaksanakan pada temasya Olimpik 2012.

Mampukah Chong Wei menghadiahkan emas sulung Olimpik buat kontinjen Malaysia selepas dia hanya mampu menyumbang pingat perak pada temasya 2008. Namun segala-galanya masih lagi samar.

Tidak ada jaminan yang mampu diberikan Chong Wei kepada kira-kira 27 juta rakyat Malaysia yang masih menanti emas sulung Sukan Olimpik.

Bukan mahu memperkecilkan kemampuan Chong Wei tetapi berdasarkan prestasi semasa pemain kelahiran Pulau Pinang ini, semuanya dilihat belum terjamin.

Mahu atau tidak, atas kertas Chong Wei diramal sekali lagi membuat perhitungan dengan Lin Dan di London tahun depan.

Justeru, ada segelintir pihak yang meramalkan agak sukar bagi Chong Wei merangkul pingat emas Sukan Olimpik selagi dia masih gagal mencari formula terbaik untuk menumbangkan Lin Dan.


CHONG WEI masih belum putus harapan untuk memburu gelaran dunia meskipun usianya semakin meningkat.


Bagaimanapun, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia, Datuk James Selvaraj (gambar kecil) ada pandangannya yang tersendiri.

Bagi James, meskipun Chong Wei gagal membawa gelaran dunia, ia bukan bermakna segala-galanya sudah berakhir buat jaguh perseorangan negara ini.

"Kegagalan tersebut seharusnya dijadikan pengajaran berguna buat Chong Wei bagi memperkemaskan semula rentaknya menjelang Sukan Olimpik 2012.

"Nasihat saya kepada Chong Wei, dia perlu kuatkan semula semangatnya.

"Dia perlu tanamkan tekad dalam hati dia bahawa dia akan membalas dendam ke atas Lin Dan yang telah menewaskannya pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia pada Sukan Olimpik nanti.

"Segala-galanya kini terpulang kepada Chong Wei. Jika dia mahu memenangi pingat emas Sukan Olimpik, dia perlu bekerja keras bermula dari sekarang, namun sekiranya dia tidak mahu, saya tidak boleh kata apa-apa.

"Saya bersama jurulatih (Rashid Sidek dan Tey Seu Bock) hanya boleh membuat perancangan untuk mempersiapkannya bagi menghadapi Sukan Olimpik. Selebihnya, ia bergantung kepada Chong Wei sendiri," kata James kepada Kosmo! baru-baru ini.

Meskipun mengakui bahawa faktor usia mampu menjadi penghalang buat Chong Wei memenangi pingat emas

Awas amukan Kelantan

Posted:

Awas amukan Kelantan

Awas amukan Kelantan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


KARATHU, arkitek yang meneruskan kecemerlangan Kelantan dalam saingan bola sepak tempatan musim ini.


SELEPAS juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super diketahui, kancah bola sepak negara kini beralih pula ke saingan paling berprestij iaitu Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya pada 6 September ini.

Sebanyak 10 pasukan negeri dan enam kelab yang dibahagikan kepada empat kumpulan akan berentap sesama sendiri untuk memastikan siapa yang layak dinobatkan selaku juara baharu musim ini.

Pada edisi lalu, The Red War- riors yang dipimpin bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan 2009, B. Sathianathan menjulang kejuaraan tersebut buat kali pertama sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1921.

Kejayaan tersebut menyaksikan Kelantan menamatkan kemarau panjang selama 89 tahun untuk dinobatkan sebagai juara baharu selepas gagal melakukannya dalam saingan terdahulu.

Diundi dalam Kumpulan C bersama Felda United, Johor FC dan naib juara Liga Premier Sarawak, skuad bimbingan Datuk M. Karathu dijangka tidak berdepan laluan sukar untuk menempah slot ke pusingan suku akhir.

Tetapi semuanya terpulang kepada aksi yang ditunjukkan dalam saingan peringkat kumpulan pada edisi kali ini.

Jika prestasi semasa diambil kira serta senarai pemain yang dimiliki, juara bertahan itu dilihat mempunyai peluang yang cukup cerah.

Namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku, secara logiknya pasukan yang kurang melakukan kesilapan serta bijak memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh maka peluang untuk dinobatkan sebagai pemenang seterusnya mara ke peringkat suku akhir adalah cerah.

Begitupun, dalam saingan suku akhir nanti, The Red War- riors bakal berdepan laluan sukar apabila mereka berkemungkinan bertemu naib juara musim lalu, Negeri Sembi- lan atau musuh tradisi, Terengganu yang juga juara Piala FA musim ini.

Kedua-dua pasukan tersebut menjadi pilihan untuk muncul juara atau naib juara kumpulan, seterusnya menjadi lawan Kelantan di peringkat seterusnya selain dua pasukan berstatus kelab iaitu PKNS dan Sime Darby FC.

Untuk saingan kali ini, skuad bimbingan M. Karathu tampil dengan menggalas tugas berat iaitu mempertahankan kejuaraan selain meneruskan kecemerlangan yang dicipta ketika di bawah kendalian B. Sathianathan pada musim lalu.

Menyedari bakal berdepan dengan laluan mencabar untuk saingan kali ini, The Red Warriors tidak mengambil mudah setiap per- juangan mereka, sebaliknya menggunakan tempoh rehat selama sebulan sempena bulan Ramadan yang dimiliki sebaik mungkin dengan mengatur beberapa perlawanan persahabatan dalam usaha untuk memantapkan lagi jentera pasukan.

Jika 18 tahun lalu, Karathu hanya berjaya membawa Kelantan layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas dikece- wakan Kedah, musim 2011 merupakan tahun yang terbaik buat beliau untuk menebus kekecewaan tersebut dengan membawa The Red Warriors ke puncak kejayaan musim ini selepas meraih kejuaraan Piala Sumbangsih dan Liga Super.

Seandainya berjaya melaksanakan tugas tersebut, Karathu akan menjadi jurulatih pertama yang berjaya membawa Kelantan menjulang tiga kejuaraan dalam satu musim selepas Piala Sumbangsih dan Liga Super sekali gus memahat namanya dalam lipatan sejarah bola sepak negeri Kelantan.

Empat kemenangan yang dilakar dalam aksi perlawanan persahabatan di Lembah Kelang iaitu bertemu Kuala Lumpur, PDRM dan Selangor serta satu aksi di Kota Bharu menentang T-Team dilihat sebagai petanda awal bahawa Kelantan sudah bersedia sepe- nuhnya untuk mempertahankan kejuaraan musim ini.

Dalam perlawanan pertama menentang Kuala Lumpur, barisan bimbingan M. Kara- thu mempamerkan kegarangan apabila membelasah skuad warga kota 5-0 menerusi jaringan kapten pasukan, Mohd. Badri Radzhi, Nurul Azuwan Roya, Solihin Kanasian Abdullah serta dua penggempur pinjaman, Azamuddin Akil dan R. Surendran.


KELANTAN kini memburu gelaran ketiga dalam saingan liga tempatan selepas memegang status sebagai juara Liga Super dan Piala Sumbangsih musim ini.


Pada aksi kedua menentang PDRM, The Red Warriors hanya berjaya melakar keme- nangan tipis 1-0 menerusi jaringan Mohd. Nizab Ayub.

Bertemu seteru utama, Selangor pada perlawanan ketiga, Kelantan ternyata tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara 32 kali Piala Malaysia itu menerusi jaringan Azammud- din Akil.

Aksi keempat bertemu T-Team, Kelantan terus mempamerkan watak sebagai juara apabila membenam skuad bimbingan Yunus Alif 3-1 hasil jaringan Mohd. Badri Radzhi dan Azzamuddin Akil dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Berdasarkan ramuan pemain yang miliki oleh The Red Warriors musim ini, ditambah pula dengan kemasukkan dua penyerang pinjaman dari Pahang iaitu Azammuddin Akhil dan R. Surenderan, ia dilihat memantapkan lagi kekuatan pasukan menghadapi cabaran Piala Malaysia musim ini.

Kemasukan dua pemain tersebut dilihat memberikan ilham buat M. Karathu untuk menyediakan ramuan terbaik dalam memantapkan lagi jentera serangan The Red Warriors yang sebelum ini mengharapkan sentuhan berbisa penggempur sensasi kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Aksi yang ditampilkan oleh dua pemain tersebut dalam perlawanan persahabatan sebelum ini menampakkan petanda positif apabila dua tonggak Pahang itu tidak mempunyai masalah untuk membentuk keserasian bersama pemain-pemain lain yang ada dalam pasukan.

Ketika sedang rancak mengadakan persiapan untuk menghadapi saingan kali ini, juara bertahan Piala Malaysia itu mendapat perkhabaran yang kurang enak apabila bakal kehilangan beberapa tonggak utama seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Izuan Solahuddin, Zairul Fitree Ishak dan penyerang pinjaman, R. Surenderan.

Khairul Fahmi dan Mohd. Izuan Solahuddin menggalas misi negara bersama skuad Olimpik, manakala Zairul Fitree serta penyerang pinjaman R. Surenderan dilaporkan mengalami kecederaan dan berkemungkinan terlepas beberapa aksi awal.

Namun itu bukan masalah besar buat Karathu selaku jurulatih yang kaya dengan pengalaman.

Rangkaian pilihan pemain yang dimiliki, mampu memberikan kelebihan dalam menyusun strategi untuk mengekang asakan lawan.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Khairul Fahmi itu bakal diisi seorang penjaga gol yang tidak kurang hebatnya, Mohd. Shahrizan Ismail.

Kredibiliti pemain yang pernah menyarung jersi pasukan ternama sebelum ini seperti Selangor dan Terengganu tidak perlu diper- tikaian.

Meskipun jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama, anak jati kelahiran Jalan Bayam, Kota Bharu ini mampu membuktikan sesuatu seandainya diberikan peluang.

Buktinya, sepanjang aksinya dalam tiga perlawanan iaitu dua dalam Liga Super dan satu Piala FA, penjaga gol berusia 32 tahun ini berjaya menutup gawang Kelantan daripada dibolosi.

Ketiadaan Zairul Fitri dilihat membuka pe- luang kepada seorang lagi tonggak pertaha- nan, Muhammad Abdul Aziz Ismail untuk membuktikan kemampuan seterusnya membentuk gandingan mantap dengan Mohd. Daudsu Jamaluddin, Mohd. Farisham Ismail, S. Subramaniam serta Mohd. Rizal Fahmi Rosid.

Di bahagian tengah, Kelantan pasti mengharapkan sentuhan Muhd. Badri Radzi, Mohd. Shakir serta dua pemain sayap lincah, S. Chanturu bersama gandingannya Nurul Azu- wan Roya bagi memastikan barisan serangan tidak berdepan masalah untuk mendapatkan bola.

Posisi serangan untuk saingan kali ini menyaksikan Kelantan mendapat tonik baru de- ngan kemasukan penyerang pinjaman dari Pahang, Azamuddin atau mesra dengan panggilan Alexs.


BADRI (kiri), komander padang yang banyak merencanakan rentak Kelantan.


Kehadiran pemain tersebut membuka peluang kepada Karathu untuk membuat pilihan siapakah yang layak untuk digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha bagi mengetuai jentera serangan The Red Warriors.

Tiga gol yang dijaringkan dalam empat perlawanan oleh anak jati Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang itu membuktikan bahawa dia sudah bersedia untuk menggalas tugas se- laku penggempur utama The Red Warriors untuk aksi Piala Malaysia musim ini sekiranya diberikan peluang untuk beraksi.

Ketika Kelantan dilihat mempunyai barisan ampuh untuk menggalas cabaran pada edisi kali ini, pengendalinya, M. Karathu tidak mahu mendabik dada dengan barisan pemain yang dimilikinya.

Dengan rendah diri Karathu tidak mahu terlalu yakin sebaliknya mahu barisan pemainnya mempamerkan aksi terbaik sepanjang saingan Piala Malaysia musim ini kerana pada saingan peringkat kalah mati, apa sahaja boleh berlaku.

Tanpa berselindung, bekas pengendali Perak itu tidak menganggap pasukannya akan mendapat laluan mudah bagi mencari tiket ke suku akhir biarpun diundi bersama pasukan kurang ternama seperti Johor FC, Felda United dan Sarawak.

Bagaimanapun, cabaran kuat mungkin dari Johor FC dan Felda United yang disifatkan- nya mempunyai ramai pemain yang berpe- ngalaman dan sudah masak dengan kancah saingan bola sepak tempatan.

"Kami tidak pernah berdepan pasukan Sarawak musim ini kerana mereka adalah dari- pada Liga Premier, jadi saya tidak begitu mengetahui kekuatan Sarawak," katanya.

Tambahnya, berdasarkan empat perlawanan yang dilalui, Kelantan dilihat tidak mempunyai masalah untuk membentuk gandingan mantap dalam saingan kali ini.

"Walaupun kita berjaya meraih kemenangan dalam semua perlawanan persahabatan, namun masih ada beberapa kekurangan yang perlu diatasi terutamanya tahap kecergasan. Saya harap tempoh yang ada ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk mengatasi kekurangan ini.

"Bagi saya kemenangan itu tidak penting. Kita mahu lihat corak permainan dan prestasi setiap pemain sebelum aksi pertama yang akan bermula 6 September ini," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis selesaikan kes bunuh pengawal

Posted:

Polis selesaikan kes bunuh pengawal

Polis selesaikan kes bunuh pengawal

30/08/2011 5:39pm

KUALA LUMPUR – Polis percaya dapat menyelesaikan kes pembunuhan seorang pengawal keselamatan dalam cubaan pecah kereta ekoran penahanan dua suspek yang melarikan diri ke Dungun, Terengganu, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, suspek berusia 24 dan 32 tahun, yang mempunyai rekod jenayah lampau, diberkas pada pukul 7.30 malam semalam di bandar itu.

Katanya, kedua-dua suspek mengaku menikam mangsa, Shariff Din, 47, dalam satu kejadian cubaan pecah kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jinjang di sini, pada pukul 3.15 pagi, Sabtu lalu.

"Ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek itu didapati positif dadah," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Aidilfitri bersama pegawai dan anggota di Balai Polis Jinjang hari ini.

Zakaria berkata, polis berjaya menjejak kedua-dua suspek itu selepas menahan empat orang termasuk seorang wanita sebelum itu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun, katanya, polis belum menemui senjata yang digunakan oleh suspek dalam kes pembunuhan itu. – Bernama

Bantuan kewangan ISTF kepada pelajar

Posted:

Bantuan kewangan ISTF kepada pelajar

Bantuan kewangan ISTF kepada pelajar

30/08/2011 5:36pm

KUALA LUMPUR – Tabung Amanah dan Biasiswa India (ISTF) menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar Malaysia keturunan India yang layak untuk mengikuti pengajian di universiti, kolej dan politeknik di negara ini bagi tahun akademik 2011-2012.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, dalam kenyataan hari ini, berkata, bantuan kewangan itu hanya sebagai pelengkap dan tidak meliputi kos penuh pengajian.

Borong permohonan boleh diperolehi di Bahagian Pendidikan, suruhanjaya itu, di No 2, Jalan Taman Duta off Jalan duta, di sini, atau muat turun dari laman web pendidikannya di alamat www.indianhighcommision.com.my/education.php.

Kenyataan itu menyebut calon yang pernah menerima bantuan kewangan ISTF sebelum ini dan masih mengikuti pengajian yang sama, turut layak untuk memohon semula bantuan kewangan tersebut.

"Mereka perlu mengemukakan borang permohonan ISTF bersama keputusan pengajian terkini dan bukti pengajian masing-masing," menurut kenyataan itu.

Tarikh tutup permohonan ialah 25 September ini. – Bernama

Ops Sikap: 13 kematian di Johor

Posted:

Ops Sikap: 13 kematian di Johor

Ops Sikap: 13 kematian di Johor

30/08/2011 3:03pm

JOHOR BAHRU – Johor mencatatkan 13 kematian di jalan raya sepanjang pelaksanaan Ops Sikap ke-24 sehingga semalam, dengan lima daripadanya berlaku di jalan negeri.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sepanjang tempoh itu sebanyak 1,361 kes kemalangan dilaporkan.

"Sebanyak 12 kemalangan maut berlaku menyebabkan 13 kematian di mana empat kemalangan itu berlaku di jalan negeri yang melibatkan lima kematian," katanya ketika ditemui pada rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannya, di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 420 anggota dan pegawai polis ditugaskan di 46 kawasan yang dikenal pasti sebagai kerap berlaku kemalangan.

Bagi tempoh itu juga sebanyak 5,644 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, katanya. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Budak selamat dilanggar kereta api

Posted:

Budak selamat dilanggar kereta api

Budak selamat dilanggar kereta api

IMEJ CCTV menunjukkan budak lelaki (dalam bulatan) dihimpit sebuah kereta api ekspres.


SYDNEY, Australia – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun selamat selepas dia dilanggar tren ekspres dalam insiden yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen kereta api di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki berkenaan dirakam berada cuma beberapa sentimeter dari tren itu ketika dia cuba melintas landasan di stesen berkenaan baru-baru ini.

Ketika tren tersebut tiba, mangsa hilang daripada lensa CCTV. Dia dipercayai terjatuh akibat berlanggar dengan gerabak tren tersebut.

Namun, tidak lama kemudian, dia muncul semula dalam skrin CCTV dan dilihat cuba memanjat platform stesen.

Mangsa mengalami patah kaki dan siku dengan banyak bahagian di tubuhnya calar, tetapi bernasib baik kerana masih hidup. – Agensi

Fesyen rambut serupa untuk jimat elektrik

Posted:

Fesyen rambut serupa untuk jimat elektrik

Fesyen rambut serupa untuk jimat elektrik

TOKYO – Sebuah firma di Jepun memperkenalkan langkah penjimatan tenaga unik dengan mengarahkan 2,700 kakitangannya mendapatkan potongan rambut serupa, lapor sebuah akhbar semalam.

Firma Maeda Corporation yang beribu pejabat di sini mahu pekerja lelakinya memiliki rambut pendek di belah tepi, manakala staf wanita pula diminta berambut pendek dan 'comel'.

Langkah tersebut diharap dapat memendekkan masa penggunaan pengering rambut dalam kalangan kakitangan firma berkenaan, sekali gus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

"Syarikat kami sangat berminat untuk melindungi alam sekitar. Jadi, kami menggalakkan staf kami mengamalkan banyak amalan yang mesra alam sekitar," kata jurucakap firma berkenaan, Chizuru Inoue.

"Kami belum pasti mengenai bukti kajian. Tetapi kami percaya mereka yang berambut pendek tidak perlu menggunakan pengering rambut terlalu lama berbanding orang berambut panjang," tambahnya.

Jepun mengalami kekurangan tenaga yang serius selepas penutupan loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang bocor akibat gempa bumi dan tsunami pada Mac lalu.

Loji tersebut menyalurkan tenaga elektrik ke bahagian timur laut Jepun. – Agensi

Lelaki Cuba bangga miliki 24 jari

Posted:

Lelaki Cuba bangga miliki 24 jari

Lelaki Cuba bangga miliki 24 jari


YOANDRI HERNANDEZ GARRIDO menunjukkan dua belah tangannya yang memiliki 12 jari.


BARACOA, Cuba – Mereka memanggilnya 24. Seorang lelaki di sini, Yoandri Hernandez Garrido mendapat nama gelaran tersebut kerana enam jari yang terdapat pada setiap tangan dan kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun sedar dia berbeza dengan orang lain, lelaki berusia 37 tahun itu memberitahu, dia menganggap dirinya bertuah kerana memiliki jari-jari ekstra.

"Jari-jari ini kurniaan Tuhan kerana dengannya, saya mudah memanjat pokok kelapa dan memetik buahnya untuk mencari rezeki," kata Garrido.

"Terima kasih kepada 24 jari saya, saya dapat menyara hidup. Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap," tambahnya.

Selain memetik buah kelapa, Hernandez turut menerima bayaran sehingga AS$10 (RM29.80) daripada pelancong yang mahu bergambar dengannya.

Penduduk Cuba rata-rata menerima gaji cuma AS$20 (RM59.60) sebulan. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved