Jumaat, 26 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ketupat palas tahan 4 bulan

Posted:

Ketupat palas tahan 4 bulan

Ketupat palas tahan 4 bulan

Oleh TOREK SULONG
rencana@kosmo.com.my

LAZIMNYA, apabila Aidilfitri semakin hampir tukang masak tersohor di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh, Kelantan perlu bersengkang mata untuk menyiapkan ketupat palas yang ditempah oleh para pelanggannya.

Namun, Rahaizura Mohd. Shafie, 39, tidak bersendirian. Dia dibantu tujuh pekerja yang terdiri daripada kalangan jiran-jirannya. Mereka tidak menang tangan membuka daun palas dan membungkus ketupat tersebut kerana tempahan untuk Ramadan dan Syawal meningkat berganda-ganda berbanding bulan-bulan yang lain.

Rahaizura yang berpengalaman membuat ketupat palas secara komersial sejak sedekad lalu adakalanya menerima tempahan gulai kawah.

Menurutnya, setiap hari pada bulan-bulan yang lain beliau memerlukan 10 kilogram (kg) beras pulut, 3 kg gula, 1.5kg santan pekat yang diperah sendiri serta lebih 500 gram kacang untuk menghasilkan ketupat palas.

"Sepanjang bulan puasa hingga hari raya, saya terpaksa meningkatkan penghasilan sekali ganda iaitu 20 kg beras pulut untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 1,500 biji ketupat sehari," katanya.

Rahaizura berkata, dia menerima tempahan menerusi talian khas yang sentiasa diingati oleh pelanggan tetapnya, selain dijual ke seluruh pasar tani di Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata, ketupat yang dihasilkannya tahan sehingga empat bulan jika disimpan dalam peti ais beku.


Langkah kedua melibatkan proses membentuk rupa bentuk ketupat tiga bucu yang kemas.


"Ia boleh direbus atau terus digoreng. Percayalah, ia tidak akan basi dan masih enak dinikmati dalam tempoh 120 hari. Saya akan memastikan penggunaan santan kelapa pekat yang diperah sendiri adalah berkualiti bagi memberi ketahanan kepada ketupat, tanpa menggunakan bahan pengawet," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah masakan tradisional yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkus atau anyamannya. Rasanya lemak dan manis.

Bentuk kipas

Palas atau Licuala sp. adalah pokok palma tropika yang tumbuh di pelbagai habitat. Spesies pokok itu ditemui di Asia Selatan hingga ke barat daya Pasifik. Kebanyakan spesies Licuala ditemui di hutan hujan dataran rendah teduh yang memerlukan cahaya dan suhu yang berubah-ubah.

Ia dikenali dengan daunnya yang berbentuk kipas yang sering mempunyai pola membelah yang menarik.

Palas adalah tumbuhan dalam kumpulan rumpai tetapi berasal daripada keluarga palma. Di negara ini terdapat pelbagai banyak jenis pokok palas seperti palas Bintulu (Licuala Bintuluensis); palas Borneo (Licuala Cordata); palas Sarawak atau nama saintifiknya Licuala Orbicularis yang bernilai dalam dunia seni taman.


RAHAIZURA menunjukkan ketupat yang dihasilkan di bengkelnya di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh, Kelantan.


Pokok palas duri atau nama saintifiknya Licuala sapinosa roxb adalah spesies yang biasa digunakan untuk pembungkusan makanan khususnya ketupat pulut atau palas.

Menjelaskan lebih lanjut, Rahaizura atau lebih mesra dengan panggilan Zura berkata, ketupat palas berbeza daripada ketupat nasi. Perbezaan itu ketara dari segi bentuk, saiz, jenis daun yang digunakan untuk membalut, teknik membungkus dan jenis berasnya.

"Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun bentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Berbeza dengan ketupat palas ia berbentuk tiga segi.

"Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras iaitu beras yang menjadi makanan harian," katanya.

Jantina ketupat

Menurut Zura, teknik membungkus ketupat palas menggunakan daun palas juga perlu betul agar ia nampak kemas dan membezakan jantinanya ketupat tersebut.

Ketupat palas jantan lazimnya mempunyai isi atau pulut lebih di bahagian akhir balutan. Ikatan dan balutannya juga lebih kemas berbanding ketupat palas betina dengan saiznya yang kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih di bahagian ikatan atau balutan.


KELONGSONG daun pucuk palas yang sudah diproses.


Menurutnya, cara masakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus atau direbus secara terus. Ia akan lebih beraroma sekiranya kayu digunakan sebagai bahan pembakar semasa merebus.

Rahaizura berkata, pada tahun ini ketupat palas dijual pada harga RM50 untuk 100 biji memandangkan semua kos termasuk bahan api, beras dan gula meningkat.

Norma Adam, 40, yang berpengalaman membungkus ketupat lebih 12 tahun lalu di kampung yang sama berkata, cara membuka daun palas perlu dilakukan dengan kaedah tertentu seperti yang diajar oleh nenek moyang dahulu.

Beliau berkata, selepas daun palas dibersihkan, ia dibuka secara berhati-hati supaya daunnya tidak terkoyak. Daunnya kemudian digulung sehingga lentur dan lembut bagi memudahkan kerja-kerja membungkus pulut.

"Buat bentuk kon dan lipatkan daun dalam bentuk tiga segi. Sarang ketupat yang siap kemudiannya dirungkai semula untuk diisi dengan pulut. Kemahiran ini seharusnya dipelajari oleh generasi masa kini supaya penghasilan makanan tradisi ini tidak luput ditelan zaman dan keasliannya tetap terjamin," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Jadi pemandu yang bertimbang rasa

Posted:

Jadi pemandu yang bertimbang rasa

Jadi pemandu yang bertimbang rasa

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my

KALAU diizinkan Tuhan, umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Selasa depan. Selepas sebulan berpuasa, pastinya semua orang mahu menyambut hari penuh bahagia itu bersama mereka yang tersayang di kampung halaman.

Sudah menjadi amalan pada setiap tahun, kebanyakan daripada kita akan pulang ke kampung. Sama ada memandu atau menaiki kenderaan awam, kota-kota besar terutama Kuala Lumpur akan ditinggalkan sepi untuk beberapa ketika.

Sementara bandar-bandar seperti Kota Bharu, Kuantan, Ipoh atau Seremban akan berubah wajah menjadi sangat sesak dengan kenderaan. Jumlah kenderaan bertambah berlipat kali ganda.

Sesaknya tidak ubah seperti di lebuh raya Persekutuan ketika orang ramai hendak pulang untuk berbuka puasa. Maklumlah, ramai yang hendak menayangkan kereta baharu mereka kepada orang kampung.

Baiklah, semua persiapan raya telah dibuat. Baju Melayu dan baju kurung sudah diambil dari kedai jahit. Kuih-kuih raya dan kerepek untuk hidangan tetamu di pagi Syawal pula telah siap dibeli serta diletakkan di dalam kereta.

Tetapi, adakah kenderaan anda sudah bersedia untuk menempuh perjalanan yang jauh dan panjang itu? Bagaimana pula dengan persediaan anda sendiri sebagai seorang pemandu? Sudah bersedia dari segi fizikal dan mentalnya? Semua ini penting kerana selain masalah kenderaan, sikap pemandu merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan.

Rancang perjalanan

Sebagaimana yang biasa dibuat, kita akan sibuk pergi ke bengkel untuk membolehkan kereta diservis. Bagi mereka yang memang tidak pernah tertinggal membuat penyelenggaraan secara berkala, besar kemungkinan kenderaan berada dalam keadaan yang memuaskan. Namun, ambillah sedikit masa untuk membuat pemeriksaan ringkas.


PIHAK polis akan menjalankan operasi bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang lalu lintas.


Bagi anda yang bakal berjalan jauh seperti ke negeri Utara atau Pantai Timur, pastikan perjalanan ke kampung dirancang. Ambil perhatian terhadap jadual waktu perjalanan yang diumumkan oleh pengendali lebuh raya seperti Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Berhad (PLUS). Jadual waktu itu cukup kritikal dalam memastikan perjalanan di lebuh raya dapat dilakukan dengan lancar dan selamat.

Anda mahu memulakan perjalanan selepas berbuka? Janganlah makan sehingga tidak ingat dunia. Ia hanya akan membuatkan mata berat ketika memegang stereng. Jika mengantuk, ambil masa untuk berehat di R&R. Setelah tubuh kembali segar, mulakan semula perjalanan.

Jangan berhenti di tepi jalan

Masih segar dalam ingatan, saya terpaksa menempuh kesesakan teruk dalam tempoh yang lama di lebuh raya Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menuju ke Kuantan pada menjelang hari raya tahun lepas.

Situasi ini memang menghairankan kerana lebuh raya Karak jarang sekali menjadi terlalu sesak. Selepas melepasi azab itu, barulah tahu bahawa tiada apa yang berlaku sebenarnya.

Tiada kemalangan atau sebagainya. Tetapi kesesakan itu berlaku kerana banyak kereta berhenti di tepi jalan. Antaranya untuk merokok dan pengguna jalan raya yang lain memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku! Ini sememangnya situasi yang tidak perlu ditempuh jika kita semua tidak berhenti sesuka hati di tepi jalan.

Sebagai seorang yang gemar memandu pada waktu malam, saya sentiasa berdepan dengan pemandu-pemandu yang tidak bertimbang rasa.

Memasang lampu tinggi sepanjang perjalanan memang menyakitkan hati orang yang memandu di hadapan dan bertentangan dengan anda. Sakit hati makin bertambah jika lampu itu mengalahkan lampu sorot stadium. Silap-silap, sampai rumah boleh jadi sakit kepala.

Jadi, sila peka dengan persekitaran anda. Rendahkan lampu jika ada kenderaan di hadapan dan di laluan bertentangan. Ini juga merupakan salah satu tanda anda menghormati pengguna jalan raya yang lain.

Pandu di lorong yang betul

Kita mempunyai kecenderungan yang berbeza ketika memandu. Ada yang gemar memandu laju dan ramai juga bersikap sebaliknya. Itu tidak salah jika anda berada di lorong yang betul.


MENERIMA surat saman daripada pihak berkuasa pastinya bukan pengalaman indah ketika balik beraya.


Jangan sekali-kali memandu perlahan di lorong laju. Mungkin perkara ini kedengaran remeh, tetapi tidak sedikit yang bersikap sedemikian. Memandu perlahan di lorong laju bukan sahaja melambatkan perjalanan orang lain, malah tidak mustahil boleh menyebabkan kemalangan kerana pemandu di belakang tidak tahu kelajuan sebenar kenderaan anda.

Pasti ramai antara kita yang akan melalui lebuh raya bertol. Di sini, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesesakan di tol.

Pertama, gunakan kad Touch N Go atau Smart Tag untuk melancarkan perjalanan. Pembayaran tol secara manual hanya melambatkan perjalanan.

Sila pastikan juga anda tidak memotong barisan ketika hendak membayar tol. Perbuatan sebegitu memang tidak beradab dan mementingkan diri sendiri.

Lorong Kecemasan

Lorong kecemasan adalah untuk hal-hal kecemasan seperti sakit tenat dan sebagainya. Jadi, hal anda untuk bermain mercun dengan anak saudara di kampung atau hendak merasa rendang yang dibuat ibu untuk hari raya esok bukan kecemasan.

Menggunakan lorong kecemasan hanya akan menyebabkan kesesakan apabila kenderaan mula mencelah-celah untuk memasuki ke laluan utama kerana lorong kecemasan itu sudah tiba di penghujungnya.

Satu lagi perkara yang harus diambil kira ialah tahu kemampuan dan kekangan kenderaan anda. Maksudnya, pandulah kereta secara selamat. Jangan pandu Myvi mengalahkan BMW 5 Series lajunya.

Walaupun pihak berkuasa akan melaksanakan operasi sepanjang cuti hari raya ini, ia tidak akan mampu mengurangkan kadar kemalangan jika kita sebagai pemandu tidak mengambil langkah berhati-hati di jalan raya.

Akhir kata, patuhi semua undang-undang lalu lintas. Jadilah pemandu berhemah dan bertimbang rasa. Selamat menyambut hari raya dengan gembira!

Focus Sport TDCi

Posted:

Focus Sport TDCi

Focus Sport TDCi

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my


CUBA pandu. Anda mungkin menyukai jentera ini.


JIKA masuk ke dalam sidang media selepas sesebuah kereta dilancarkan, anda akan dapat mengetahui paten soalan yang bakal ditanya. Soalan-soalan itu juga secara langsung boleh dikaitkan dengan meja mana wartawan tersebut bertugas.

Kalau wartawan ekonomi, soalan kegemaran mereka pastinya berkaitan dengan angka. Misalnya, berapa sasaran jualan, penguasaan pasaran, perancangan untuk program pemasangan tempatan (CKD), isu panggilan semula di pasaran global (jika ada) dan soalan-soalan yang berkaitan dengannya.

Wartawan pemotoran pula, soalan mereka jauh berbeza. Selain soalan berapa banyak diskaun boleh diperoleh kalau kereta itu dibeli, mereka juga gemar bertanya mengenai aspek teknikal. Ada kalanya soalan yang dikemukakan itu terlalu terperinci, sehinggakan panel merasakan tempoh soal jawab tersebut cukup lama.

Satu ketika dahulu, sekiranya pelancaran kereta itu melibatkan pengeluar Eropah ada satu soalan wajib yang akan ditanya. Soalannya ialah bila dan kenapa mereka masih belum membawa masuk kereta dengan pilihan enjin diesel.

Kalau diikutkan, jawapan yang bakal diterima sudah dapat diagak. Namun, ia tetap ditanya kerana mereka (wartawan pemotoran) mengharapkan ada berita baik mengenainya. Namun, sehingga ke hari ini nyata tidak banyak yang berubah. Akhirnya, soalan itu tidak lagi ditanya.

Berbeza dengan pengeluar dari Jepun yang gemar mengaplikasikan teknologi hibrid dan elektrik, pembuat kereta Eropah memilih teknologi diesel untuk mendapatkan penjimatan serta mengurangkan pengeluaran gas berbahaya daripada ekzos kenderaan.


KEDUDUKAN semua butang kawalan adalah ergonomik.


Enjin diesel mereka cukup maju. Namun, kemajuan itu turut datang dengan kekangan tersendiri. Enjin-enjin itu tidak boleh menelan minyak diesel bersulfur tinggi sebagaimana yang ditawarkan di stesen-stesen minyak di seluruh negara kita.

Diesel Euro 2M

Malaysia sememangnya ketinggalan dari aspek penggunaan minyak diesel berkualiti tinggi. Ketika orang lain sudah menggunakan diesel dengan piawaian Euro 5, kita masih menjual diesel yang tahapnya cuma Euro 2M. Ibaratnya, satu berkualiti seperti air sungai di Ulu Yam dan satu lagi kotor macam air sungai Kelang.

Kadar sulfur yang tinggi dalam diesel Euro 2M memang tidak sesuai untuk enjin diesel moden. Sebab itulah pengeluar seperti Mercedes-Benz dan Volkswagen masih menunggu masa terbaik untuk memperkenalkan jentera diesel mereka di sini.

Kekangan itu bagaimanapun tidak menghalang beberapa jenama misalnya BMW dan Ford untuk menawarkan jentera diesel mereka untuk pengguna tempatan.

Ketika BMW hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berpoket tebal, Ford tampil dengan model diesel yang diangkat daripada model hot hatch popularnya, Focus. Harganya juga lebih munasabah, masih boleh dimiliki oleh orang kebanyakan.

Ford Focus Sport TDCi, itulah kereta yang saya pandu uji hingga ke Jitra, Kedah baru-baru ini. Sepanjang tiga hari memandunya, banyak perkara yang disenangi mengenainya. Mungkin kedengaran keterlaluan, tetapi memandu jentera itu sebenarnya amat menyeronokkan.


GABUNGAN paparan meter digital dan analog yang informatif.


Keterujaan tersebut banyak disumbang oleh kuasa yang dialirkan oleh unit enjin diesel 2.0 liter ke roda hadapannya. Kuasa tork berjumlah 320Nm itu boleh dicapai ketika jarum rpm hanya mencecah 2,000 rpm! Maksudnya, sebaik sahaja pedal minyak ditekan, Focus Sport TDCi seperti sudah tidak sabar-sabar untuk meluncur ke hadapan.

Itulah antara kelebihan utama enjin diesel, anda akan berasa kereta seperti begitu ringan kerana kuasa torknya yang banyak. Ini membuatkan tugas untuk memulakan perjalanan di lampu isyarat dan memotong kenderaan semakin senang.

Kuasa enjin diagih dengan bijak oleh kotak gear Powershift enam kelajuan automatik buatan Getrag. Pertukaran gear dapat dilakukan dengan pantas dan tepat, sehinggakan mode manual seakan-akan tidak berguna lagi.

Kombinasi itu menghasilkan tahap penggunaan bahan api yang cukup bagus. Untuk satu tangki penuh, saya mampu mencapai perbatuan hampir 1,000 kilometer. Kalau dipandu lebih perlahan, saya yakin angka yang lebih besar tidak sukar untuk dicapai.

Anda bercakap tentang sebuah Ford Focus, jadi tidak perlulah ragu-ragu mengenai kualiti pengendaliannya. Ini model yang mempunyai nama besar dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC). Maka, sudah pasti kerangka tubuhnya cukup rigid sebelum dipadankan dengan suspensi yang memastikan keempat-empat tayarnya melekat di atas jalan raya ketika selekoh diambil dalam kelajuan tinggi.

Bagi saya, ruang kabin Focus Sport TDCi memerlukan proses ubah suai. Papan pemuka dengan corong pendingin hawa berbentuk lonjong dan set audio dalam perumah berwarna perak itu jelas membosankan.

Dari aspek luaran pula, tiada apa yang berbeza dengan Focus berenjin petrol, kecuali pelekat dan emblem TDCi yang dilekatkan padanya. Rekaan hatchback itu kekal kemas dan ringkas.

Di sebalik bunyi enjinnya yang seperti trak pikap, Focus Sport TDCi menawarkan penjimatan, kuasa dan pengandalian mengagumkan. Apa lagi yang anda mahukan?

Suzuki Swift GLX lebih dinamik

Posted:

Suzuki Swift GLX lebih dinamik

Suzuki Swift GLX lebih dinamik


SWIFT sememangnya berjaya mempopularkan semula nama Suzuki di Malaysia.


MODEL Suzuki paling popular di pasaran tempatan, Suzuki Swift baru-baru ini menerima penambahbaikan. Inisiatif itu dibuat bagi memberi nafas baru kepada Swift yang sudah agak lama berada dalam pasaran.

Swift yang dijana oleh enjin bersesaran 1.5 liter itu sememangnya menjadi pilihan buat penggemar kereta kompak. Ia bukan sekadar kompak, malah menawarkan kualiti pemanduan mengagumkan yang sememangnya sinonim dengan jenama Suzuki.

Jentera tersebut diedar dan dipasang tempatan (CKD) oleh pihak Suzuki Malaysia Automobile (Suzuki Malaysia). Buat masa ini, Suzuki Malaysia turut mengedarkan model-model seperti Grand Vitara, SX4 Crossover dan Alto.

Swift menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan jualan Suzuki pada tahun ini. Mewakili 67 peratus daripada jualan keseluruhan, Swift sememangnya mempunyai peminatnya tersendiri apabila sebanyak 2,730 unit berjaya dijual dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.


DI sebalik penutup ini, tersimpan enjin bersesaran 1.5 yang berkuasa dan menjimatkan bahan api.


"Semua kenderaan Suzuki berpegang kepada falsafah Way Of Life dan visi jenamanya. Ia menawarkan keseronokan memandu dan rasa bangga untuk memilikinya.

"Walaupun terpaksa bersaing dalam pasaran mencabar, Suzuki Malaysia akan terus meningkatkan tahap kepuasan pelanggan menerusi pelbagai aktiviti demi menambah keyakinan pelanggan terhadap jenama ini di Malaysia," jelas Pengarah Urusan Suzuki Malaysia, Ibrahim Maidin.

Diberi nama Suzuki GLX, model itu tampil bersama enam ciri tambahan. Antaranya, gril radiator baru dengan perumah lampu kabus berwarna perak dan skirting sisi sporty. Selain lampu belakang baru, spoiler penuh gaya, bampar belakang dan penutup enjin.

Swift ditawarkan pada harga RMRM75,788 seunit bersama insurans. Anda diberi lima warna pilihan iaitu biru, perak, merah, hitam dan putih.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


836,408 layak kaedah Ujrah

Posted:

836,408 layak kaedah Ujrah

836,408 layak kaedah Ujrah

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my

PEMINJAM PTPTN kini boleh menukar pinjaman pelajaran mereka berlandaskan kaedah Ujrah yang hanya mengenakan bayaran upah satu peratus. – Gambar hiasan


GOMBAK – Seramai 836,408 daripada kesemua 1.4 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) layak ditawarkan pertukaran pembiayaan pendidikan berlandaskan kaedah Ujrah.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said (gambar kecil) berkata, baki selebihnya tidak layak kerana terlibat dengan tindakan saman, melanggar perjanjian terdahulu atau sudah menyelesaikan keseluruhan pinjaman.

Menurut beliau, sehingga 14 Ogos lalu, seramai 429,942 peminjam yang layak telah mengemaskini maklumat masing-masing manakala seramai 376,466 belum berbuat demikian.

"PTPTN amat berharap semua peminjam terlibat dapat mengambil peluang keemasan ini bagi menyelesaikan urusan pertukaran dalam tempoh yang ditetapkan.

"Peminjam yang gagal memberikan maklum balas sehingga 30 September ini, mereka akan kekal dengan kos pentadbiran tiga peratus atau lima peratus," katanya selepas program Merdeka Raya PTPTN di Plaza Tol Gombak semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Jamal Abdillah derma beras satu treler

Posted:

Jamal Abdillah derma beras satu treler

Jamal Abdillah derma beras satu treler


JAMAL menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh semalam.


IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

"Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.

"Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kuala Lumpur mula lengang

Posted:

Kuala Lumpur mula lengang

Kuala Lumpur mula lengang

Oleh SUHANA VERU
berita@kosmo.com.my


RAJA NONG CHIK menyampaikan cenderahati kepada warga kota di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Lebih sejuta warga kota beransur meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman semalam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada Selasa depan.

Kebanyakan mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bercuti panjang kerana Aidilfitri kali ini serentak dengan cuti persekolahan penggal kedua.

Semalam adalah hari terakhir persekolahan sebelum bercuti selama seminggu sehingga 4 September ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Harapan Fid pada Aidilfitri

Posted:

Harapan Fid pada Aidilfitri

Harapan Fid pada Aidilfitri

FID sentiasa mengharapkan takdir hidupnya akan menjadi lebih indah selepas ini.


FID tidak pernah minta dirinya menjadi sedemikian rupa. Katanya, sejak zaman kanak-kanaknya, dia memang seorang yang lembut.

"Sejak kecil saya memang lembut, saya suka buat hal sendiri dan sememangnya saya tak suka keluar, lebih gemar menghabiskan masa di rumah saja," kata Fid atau nama glamornya, Firsya.

Namun tersemat rasa kecewanya dengan tanggapan negatif sesetengah masyarakat terhadap golongan mak nyah atau pondan sepertinya.

Katanya dengan kenyataan bernas: "Janganlah hin++a kami, kami tak pernah menyakiti hati orang lain tetapi sebenarnya orang yang banyak menyakiti hati kami."

Menyorot bagaimana dia memutuskan untuk mentransformasikan dirinya menjadi seorang wanita, Fid memberitahu, itu semua atas kehendak dirinya sendiri.

"Ia bukan kerana bapa saya, tapi atas pilihan saya sendiri," ujarnya yang menginap di sebuah bilik di rumah kedai di sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur.

Berpeluang menemubualnya secara eksklusif, penulis berkesempatan melontarkan pertanyaan sama ada dia secara total melakukan sebarang perubahan fizikal terhadap dirinya.

Pertanyaan itu disambut dengan pengakuan jujur dan ikhlas daripadanya.

Lantas ujarnya : "Saya tak buat sebarang perubahan fizikal dan saya hanya mengambil vitamin C untuk menjaga kecantikan kulit."

Sememangnya, penulis harus akui kebenaran itu. Selain mengenakan mekap pada skala sederhana, Fid tampak ayu dan penuh pesona. Ia sukar dinafikan oleh sesiapa pun saat pertama kali bersua dengannya.

Persepsi masyarakat

Bahang Aidilfitri yang kian terasa mendorong penulis bertanya tentang sambutan Aidilftrinya pada tahun ini.

"Saya beraya di rumah famili saya, macam biasa dan macam orang lain juga," jawabnya.


SUKAR untuk menebak hati golongan mak nyah kerana mereka lebih suka menyendiri dan mengasingkan diri daripada masyarakat yang tidak memahami mereka.


Meskipun persepsi masyarakat melihat pada sisi negatif tentang mereka yang tinggal di kawasan yang didiaminya, Fid menegaskan, dia menjalani ibadah puasa seperti yang dituntut oleh agama.

"Saya berpuasa macam biasa," ujarnya bersungguh-sungguh kepada penulis ketika ditemui baru-baru ini.

Sampai bila Fid harus melalui titian hidupnya di Lorong Haji Taib itu?

Adakah dia akan berubah dan kembali kepada jati dirinya yang asal?

Persoalan-persoalan itu ditujukan kepadanya. Dia tidak menolak untuk menjawabnya sebaliknya berkata dengan penuh iltizam.

"Ya, pada satu masa, saya akan keluar juga dari Chow Kit, saya menyimpan cita-cita untuk membuka satu bisnes dan mahu membina satu kehidupan yang baru.

"Insya-Allah, mana tahu satu hari nanti Tuhan akan buka pintu hati saya untuk berubah, insya-Allah saya akan berubah," ujar Fid yang menyerahkan segala-galanya kepada Maha Pencipta.

Kisah-kisah sebegini membuatkan kita merenung sejenak. Sesungguhnya, tatkala Allah menciptakan seseorang manusia itu, Dia telah menganugerahkan setiap insannya dengan keunikan dan fungsi masing-masing.

Ada yang diciptakan-Nya memiliki kelebihan luar biasa. Tidak kurang juga yang dianugerahkan dengan kelemahan yang begitu ketara. Sebagai makhluk-Nya, kita tidak boleh mengeluh apatah lagi memburuk-burukan kejadian Allah.

Justeru, tidak seharusnya masyarakat terus menghukum sebaliknya harus memberi ruang kepada insan seperti Fid mencari solusi hidup.

Berpanduan

Seperti kata Fid dengan penuh harapan: "Walaupun kami mak nyah, kami hamba Tuhan juga, Dia tidak pernah membeza-bezakan hamba-Nya, Tuhan Maha Adil dan Dia punya pertimbangan-Nya sendiri."


KAWASAN Chow Kit yang hiruk-pikuk pada waktu siang akan berubah wajah pada malam hari.


Memetik kenyataan Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang mengulas mengenai isu anak muda yang melibatkan diri dalam kancah mak nyah, beliau berkata:

"Mereka ni macam orang sesat dan perlu diberi panduan, bila orang beri arah jalan yang salah, jadi salahlah haluan mereka, jika diberi laluan yang betul, maka sampailah mereka ke destinasi yang hendak ditujui," katanya.

Pendakwah bebas, Hashim Awaludin turut sependapat dengan Mahmood Zuhdi.

Sambil mengakui hakikat kelemahan institusi kekeluargaan, Hashim menambah, masyarakat sekeliling telah menambah lagi tekanan yang dihadapi oleh golongan bermasalah itu.

"Kenapa orang kita perlu menyalahkan mereka dan kenapa mereka tidak bertindak mendekati dan memahami mereka? Tidak keterlaluan saya katakan bahawa golongan itu adalah mangsa kepada keburukan masyarakat itu sendiri.

"Sudah tiba masanya kita membantu mereka yang sudah tergelincir kerana memarahi dan mempersendakan mereka bukan cara yang betul," katanya.

Aidilfitri bersama Godiva

Posted:

Aidilfitri bersama Godiva

Aidilfitri bersama Godiva


HAMPER Jubilee, Impression dan Jewel De Nile pasti menceriakan Aidilfitri anda.


SEMPENA Aidilfitri, coklat terkemuka Godiva menyediakan tiga hamper yang dipenuhi pelbagai jenis coklat.

Tiga hamper tersebut ialah Jubilee, Impression dan Jewel De Nile.

Bagi pembeli hamper Jubilee, anda akan memperoleh 16 bar coklat susu Carre, coklat susu Pretzel, 10 biji coklat Gem dalam tin dan 18 biji coklat Gem dalam balang.

Pada harga RM499, anda juga akan mendapat satu bar coklat susu bersama Praline Nougatine serta pes coklat dengan kacang hazel.

Hamper Impression pula menawarkan 16 bar coklat susu Carre, satu kotak coklat susu Pretzel, 10 biji coklat Gem dalam tin, 18 biji coklat Gem dalam balang dan 36 keping biskut dalam satu kotak.

Selain itu, pes coklat dengan tiga rasa iaitu kacang hazel, buah-buahan dan kacang gajus serta coklat gelap berperisa raspberi berbentuk tablet akan turut digabungkan dalam Impression.

Dijual pada harga RM699, ia turut mengandungi satu bar coklat gelap serta satu bar coklat susu bersama Praline Nougatine.

Melengkapi hamper Ramadan tahun ini, anda juga boleh memilih untuk membeli Jewel De Nile yang diisi dengan 11 jenis coklat berbeza oleh Godiva.

Jewel De Nile menawarkan 36 bar coklat Carre pelbagai jenis, satu kotak coklat susu Pretzel, 10 biji coklat Gem dalam tin, 18 biji coklat Gem dalam balang dan 36 keping biskut dalam satu kotak.

Pes coklat juga didatangkan dengan perisa berbeza terdiri daripada kacang hazel, buah-buahan dan badam serta buah-buahan dan kacang gajus.

Pada harga RM999, anda juga akan mendapat coklat gelap berperisa rasberi berbentuk keping, bar coklat pelbagai jenis serta satu bar coklat susu bersama Praline Nougatine.

Persiapan awal sambut Syawal

Posted:

Persiapan awal sambut Syawal

Persiapan awal sambut Syawal

PERSIAPAN awal untuk menyambut Aidilfitri dapat mengelakkan kekecewaan.


BENARKAH ada orang yang suka bertangguh untuk melakukan sesuatu dan menunggu hingga saat-saat akhir kerana seronok berdepan dengan cabaran? Itulah sikap orang kita terutama ketika mahu membayar saman trafik atau menukar kad pengenalan mahupun memulangkan buku di perpustakaan.

Tetapi lain pula ceritanya apabila membuat persiapan menyambut perayaan kerana ramai yang membuat persiapan awal mungkin kerana kesibukan tugas, kesuntukan masa terluang atau faktor wang.

Keadaan itu jelas dilihat di pusat bandar Kuala Lumpur kira-kira seminggu sebelum Ramadan. Berpusu-pusu individu dan mereka yang berkeluarga memenuhi kedai kecil dan pusat perniagaan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di Kuala Lumpur.

Kebanyakan barang yang dijual menawarkan potongan harga yang tinggi sehingga mencecah 70 peratus.

"Inilah yang menguntungkan, barang baharu dan harganya murah. Lebih murah daripada barang-barang yang dijual di Seremban dan banyak pilihan," jelas seorang ibu yang baru saja selesai berbelanja hampir RM500 untuk membeli pakaian hari raya anak lelaki tunggal dan anak saudaranya.

Faktor harga


ORANG RAMAI membanjiri Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mencari keperluan Aidilfitri.


Rohanee Longluwa, 42, warga Thailand yang telah lama bekerja di Malaysia dan berkahwin dengan warga tempatan serta mempunyai keluarga di sini berkata, keluarganya membuat persiapan awal untuk Aidilfitri tahun ini.

Rohanee dan keluarganya menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau berniaga makanan Thai setiap hari bermula dari pukul 2 petang hingga lewat malam.

Rohanee menutup perniagaannya sehari bagi memastikan beliau dapat berbelanja sehari suntuk di Kuala Lumpur.

Bila ditanya kenapa membuat persediaan Syawal sebelum puasa bermula, beliau menjawab: "Tak larat saya hendak datang membeli-belah dalam keadaan berpuasa nanti. Sudahlah penat berpuasa, anak lelaki kecil saya pula akan sibuk mengajak makan dan minum, susah saya dibuatnya."

Rohanee yang berasal dari Yala, Thailand akan menyambut Aidilfitri di Malaysia kali ini.

Sementara itu Mazlina Mohd. dari Terengganu bersama suami dan anak perempuannya turut ditemui membeli-belah di Kuala Lumpur.

"Kami datang dari Terengganu, ambil bas ikut rombongan ke Kuala Lumpur untuk berbelanja. Kami tinggal dua hari di Kuala Lumpur. Lepas beli barang untuk hari raya, kami akan pulang ke Terengganu," kata Mazlina.

Bila ditanya sama ada beliau biasa berjalan sejauh itu untuk berbelanja, Mazlina sambil tersenyum mengakui beliau kerap melakukannya sebelum ini.

"Kami lebih suka membeli-belah di Kuala Lumpur kerana lebih banyak pilihan. Kami biasanya mengambil cuti sebelum bulan puasa bermula untuk membeli keperluan hari raya bersama," katanya.

Antara sebab barang keperluan yang dijual di Jalan TAR diminati ialah faktor harga.

"Di sini harga barang-barang kecil macam pin, sepit rambut dan tudung pun lebih murah. Ada yang dijual secara pukal, pasal itulah ia lebih murah," kata Kamilah Hussin dari selatan Thailand.

Beliau datang dari Seremban menaiki KTM Komuter bersama sepupunya.


KEBANYAKAN barang yang dijual di Jalan Tuanku Abdul Rahman menawarkan potongan sehingga 70 peratus. - Gambar hiasan


"Nampaknya ramai yang membeli hari ini. Semasa kami turun di stesen Bank Negara, ramai yang turun dan berjalan bersama-sama ke Jalan TAR," katanya.

Koc balik ke Seremban juga agak sesak. "Kalau balik pejabat pun, tak sesak macam minggu sebelum Ramadan," katanya.

Persiapan awal untuk sambutan lebaran memang selalu dibuat oleh kaum ibu memandangkan ada yang bimbang kesuntukan masa, bajet tidak mencukupi atau kecewa tempahan tidak diterima, terutama apabila melibatkan penempahan sama ada baju ataupun kuih-muih.

Tengku Elisa Bustaman yang baru pulang ke Malaysia selepas bertugas dalam tempoh yang lama di luar negara berkata, beliau sudah siap menempah baju dan mengambilnya sebelum pulang ke Malaysia.

"Saya sudah mengambil baju-baju saya sebelum meninggalkan Dubai, beberapa minggu lepas. Saya dah tahu mesti tak sempat nak membeli mahupun menempah bila dah balik ke Malaysia. Persediaan lain saya belum fikirkan lagi kerana penat mengemas kotak-kotak yang dibawa balik pun belum hilang," kata ibu kepada empat anak itu yang sudah beberapa tahun merantau.

Tengku Elisa berkata, juadah kering untuk Aidilfitri nanti hanya akan dibeli setelah menjamah contohnya.

Kedai bakeri

"Kalau sedap dan memadai dengan keperluan keluarga, saya akan membelinya di dalam kuantiti yang lebih besar kemudian. Saya membeli biskut yang sudah siap dijual di kedai-kedai bakeri saja," katanya.

Pembekal kuih raya, Nurani Awa berkata, beliau hanya menerima tempahan sehingga hujung minggu pertama Ramadan.

"Saya bimbang tak sempat hendak menyiapkan kuih jika lewat mengambil tempahan. Kalau pelanggan dah tempah, takkan tak siap pula untuk hari raya. Di mana mereka hendak cari alternatifnya," katanya.

Membuat persediaan awal sememangnya sesuatu yang baik, selain dapat mengelakkan seseorang itu daripada kehampaan kerana keinginannya tidak kesampaian, sambutan Aidilfitri yang dirancang akan lebih menjimatkan.

Perancangan yang baik dan sistematik sememangnya dituntut dalam kehidupan agar segala yang ingin dilakukan berjalan lancar tanpa sebarang unsur negatif. Sebaiknya, berbelanjalah mengikut kemampuan dan tanpa pembaziran. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safiq ke Eropah

Posted:

Safiq ke Eropah

Safiq ke Eropah

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

SAFIQ (kiri) bakal menyarung jersi Cardiff City dalam Liga Divisyen 2 England.


KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.

Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.

"Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.

"Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).

"Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti," kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.

"Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.

"Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya)," jelas Safiq.

Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.

Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.

Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.

Program latihan bukan punca

Posted:

Program latihan bukan punca

Program latihan bukan punca


REXY (tengah) mempertahankan bahawa program latihannya bukan punca kekalahan anak didiknya, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada Kejohanan Badminton Dunia di London baru-baru ini.


KETUA jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky menafikan laporan kononnya program latihannya menjadi punca kemerosotan beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada suku akhir Kejohanan Dunia di London, dua minggu lepas.

Sebaliknya, beliau menggesa pihak yang melemparkan dakwaan tersebut supaya melihat semula tahap kekuatan fizikal dan stamina pasangan itu yang agak rendah berbanding beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong.

"Mereka (Koo dan Tan) sudah diberitahu agar bermain bersifat serangan semasa menentang pasangan Korea Selatan itu.

"Tetapi mereka tidak dapat menyaingi kepantasan lawan mereka itu.

"Kedua-dua faktor itu bukankah melibatkan kekuatan fizikal pemain, jadi mengapa pula program latihan saya yang dipersalahkan," katanya semalam.

Justeru, Rexy, bekas pakar beregu Indonesia mempersoalkan sama ada pihak yang bertanggungjawab memantau tahap kekuatan fizikal dan stamina kedua-dua pemain tersebut, menjalankan tugas dengan baik atau sebaliknya.

Kelmarin sebuah akhbar nasional melaporkan bahawa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyalahkan program latihan Rexy atas kekalahan beregu itu pada Kejohanan Dunia yang lalu.

Menurut laporan itu, BAM membuat kesimpulan tersebut setelah mendengar penerangan Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Aziz yang dikatakan membuat penilaian saintifik ke atas corak permainan beregu tersebut.

Kien Keat-Boon Heong dikatakan menunjukkan corak permainan yang kurang memuaskan berbanding kejohanan yang sama tahun lepas, khususnya ketika menentang pasangan Korea selatan itu pada perlawanan suku akhir.

Beregu utama negara itu tewas 17-21, 13-21 kepada lawan mereka itu.

Rexy berkata, beliau sudah mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang ada padanya kepada anak didiknya itu sepanjang mereka berada di bawah bimbingannya.

"Tetapi adakah mereka mampu melakukan apa yang saya suruh jika ia tidak seiiring dengan kekuatan fizikal mereka?" soal pemenang pingat emas Olimpik 1996 itu yang berpasangan dengan Ricky Subagja.

Sementara itu, Dr. Ramlan berkata, hasil kajian yang dibentangkan kepada beberapa wakil BAM termasuk presiden, Datuk Mohd. Nadzmi Salleh itu sebenarnya bukan untuk pengetahuan umum.

"Laporan itu akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan BAM untuk penelitian mereka sebelum sebarang tindakan diambil," katanya.

FAM tunggu jawapan AFC

Posted:

FAM tunggu jawapan AFC

FAM tunggu jawapan AFC


SKUAD Olimpik negara dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA di Indonesia penghujung tahun ini.


MALAYSIA masih menunggu jawapan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung penangguhan perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 antara skuad negara menentang Syria pada 23 November depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya telah mengutuskan surat kepada Syria dan memaklumkan kepada AFC, namun masih belum menerima jawapan rasmi dari negara Teluk itu.

Malaysia sebelum ini memohon penangguhan agar perlawanan tersebut dilewatkan sehari kepada 24 November bagi memberi laluan kepada Sukan SEA di Indonesia yang akan berlangsung pada 11 hingga 22 November.

"Kita sudah memaklumkan kedudukan yang sebenarnya kepada Syria.

"Bagaimanapun, secara lisan saya difahamkan yang pihak Syria ada memberi bayangan kepada pihak AFC bahawa mereka akan memenuhi permintaan Malaysia," katanya semalam.

Terdahulu, skuad Olimpik kendalian Ong Kim Swee diberi tanggungjawab untuk memikul kedua-dua tugasan iaitu saingan Sukan SEA dan kelayakan Olimpik kumpulan zon Asia.

Pada Sukan SEA nanti acara bola sepak akan bermula pada 7 November dan perlawanan akhir 22 November.

Mengikut jadual asal, Malaysia akan berdepan Syria (23 November) dan diikuti Bahrain pada 27 November.

Azzuddin berkata, penundaan sehari itu memadai kerana mengikut peraturan pertandingan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pemain mesti mempunyai 48 jam rehat selepas perlawanan antarabangsa.

"Jadual dalam kumpulan ini (Kumpulan C) telah diaturkan lebih awal, kita tidak boleh meminta penundaan yang panjang oleh kerana ia ada hubung kait dengan dua perlawanan yang lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azzuddin berkata, pihaknya telah memberi jawapan kepada Australia yang FAM akan menerima undangan mereka dalam perlawanan persahabatan pada 7 Oktober depan.

"Kita telah menerima undangan dari Australia itu dua hari yang lalu dan saya telah berbincang dengan jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan juga pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal.

Katanya, perlawanan persahabatan ini merupakan satu penghormatan kerana Australia merupakan salah satu pasukan dalam 16 kumpulan terbaik Asia bagi saingan Piala Dunia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


80 mesin judi berkomputer dirampas

Posted:

80 mesin judi berkomputer dirampas

80 mesin judi berkomputer dirampas

26/08/2011 8:32pm

MELAKA - Sebanyak 80 buah mesin judi berkomputer berjaya dirampas dengan nilai rampasan dianggar sebanyak RM160,000 dalam operasi sejak 25 Julai hingga Rabu lepas, di Melaka.

Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Chuah Ghee Lye berkata, sebanyak 20 serbuan dilakukan ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan mesin judi berkomputer di negeri Melaka.

"Seramai 21 orang pekerja serta 14 pelanggan turut ditahan," katanya pada satu persidangan media di sini hari ini.

Beliau juga berkata, polis telah berjaya menyelesaikan 10 kes melibatkan kecurian kompresor penghawa dingin di sekitar daerah Melaka Tengah dengan tertangkapnya lima lelaki rakyat tempatan di Bachang. - Bernama

2 peniaga kedai dobi ditahan

Posted:

2 peniaga kedai dobi ditahan

2 peniaga kedai dobi ditahan

26/08/2011 6:38pm

KAJANG - Polis menahan dua peniaga kedai dobi yang menyimpan 44 gelen ubat batuk yang mengandungi dadah kodin dan peralatan untuk menghasilkan dadah tersebut di sebuah rumah di Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, anggota polis menyerbu premis berkenaan kira-kira 4 petang selepas menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah di kawasan perumahan berkenaan serta merampas barang kes bernilai kira-kira RM22,000.

"Ketika serbuan dibuat pintu rumah berkunci dan anggota polis terpaksa memecahkan pintu rumah itu. Kedua-dua lelaki itu sedang bersiap sedia untuk membawa ubat-ubat keluar daripada premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Gadis lari ikut teman lelaki Nepal

Posted:

Gadis lari ikut teman lelaki Nepal

Gadis lari ikut teman lelaki Nepal

26/08/2011 5:16pm

PADANG SERAI - Seorang gadis berusia 21 tahun dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini bertindak lari dari rumah keluarganya untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Nepal pulang ke Kathmandu.

Gadis berkenaan Norshahira Mohd. Rasul dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos lalu dengan alasan menemui seorang temannya di Sungai Petani.

Setelah gagal menjejak anaknya, bapa gadis berkenaan Mohd. Rasul Kassim membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan sehari selepas itu.

Ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini, Mohd. Rasul yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, berkata mereka amat risau kerana menurut maklumat daripada polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira mengikut lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos lepas.

Mohd. Rasul berkata, sejak Aidilfitri tahun lalu setelah dia mengetahui Norshahira, yang pernah bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Kawasan Industri Padang Meha di sini, menjalin perhubungan dengan lelaki Nepal, juga pekerja di kilang yang sama, dia telah menasihat dan menghalang anaknya daripada meneruskan perhubungan itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pengasas Apple letak jawatan sebab kesihatan

Posted:

Pengasas Apple letak jawatan sebab kesihatan

Pengasas Apple letak jawatan sebab kesihatan


[kiri] Steve Jobs [kanan] Tim Cook


SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Steve Jobs, 56, mengumumkan peletakan jawatannya kelmarin dengan menyatakan dia tidak lagi mampu melakukan tugasnya.

Namun, dia berkata akan meneruskan peranan kepimpinan dalam syarikat yang diasaskannya 35 tahun di garaj rumahnya.

Keputusan itu dibuat mungkin disebabkan keadaan kesihatan Jobs yang menyebabkan dia terpaksa bercuti sakit sejak Januari lalu.

Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook dinamakan sebagai CEO yang baharu.

Dalam sepucuk surat kepada Lembaga Pengarah Apple dan komuniti syarikat itu, Jobs berkata, dia akan memberitahu mereka jika berasakan tidak mampu lagi melaksanakan tugasnya sebagai CEO.

Syarikat Apple menyatakan Jobs mencadangkan Cook dinamakan sebagai pemimpin bahru syarikat tersebut.

Menurut syarikat itu, Jobs dilantik menjadi pengerusi lembaga Apple dan Cook menjadi salah seorang anggotanya.

Syarikat Apple terkenal di dunia menerusi gajet iPhone, iPad dan iPod dan iTunes.

Pada Januari lalu, Jobs mengambil cuti sakit yang merupakan cuti sakit buat kali ketiga dalam tempoh beberapa tahun.

Sebelum ini dia berjaya mengharungi penyakit kanser pankreas dan menerima pemindahan hati.

Jobs dianggap sebagai legenda Lembah Silikon di Amerika Syarikat.

Enam maut di Gaza

Posted:

Enam maut di Gaza

Enam maut di Gaza

BANDAR GAZA - Satu siri serangan udara tentera Israel di Gaza telah menyebabkan enam orang maut dalam tempoh 24 jam dan 30 lagi cedera, kata seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan semalam.

Jurucakap itu, Adham Abu Selmiya berkata, lima orang terbunuh dalam satu siri serangan menjelang subuh manakala seorang lagi maut pada waktu pagi.

Daripada enam orang mati itu, dua daripadanya ialah pejuang Jihad Islam.

Dalam tempoh 24 jam itu juga, para pejuang Palestin bertindak melancarkan 19 serangan roket ke selatan Israel menyebabkan seorang bayi cedera, kata tentera Israel. - AFP

Ibu berusia 44 tahun miliki 18 anak

Posted:

Ibu berusia 44 tahun miliki 18 anak

Ibu berusia 44 tahun miliki 18 anak


KELLY BATES dan suaminya, Gil bergambar bersama 18 orang anak mereka.


LAKE CITY, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Kelly Bates mahu memiliki dua lagi cahaya mata lelaki walaupun dia dan suaminya telah memiliki 18 orang anak, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelly yang merupakan seorang suri rumah tinggal bersama suaminya, Gil dan 18 anak mereka di sebuah rumah di sini, negeri Tennessee.

Suami Kelly yang berusia 46 tahun merupakan seorang pekerja pemotong dan pemeliharaan pokok.

Ketika ditanya semasa diwawancara dalam program berita ABC News yang disiarkan kelmarin mengenai hasratnya untuk memiliki lebih ramai anak, Kelly yang berusia 44 tahun itu berkata, dia berasa lebih normal apabila mengandung.


KELLY BATES dan suaminya.


"Saya juga akan gembira jika dapat mendukung bayi," katanya yang melahirkan anak pada setiap tahun.

Anak-anak pasangan tersebut ialah Zach, 22, Michaella, 21, Erin, 20, Lawson, 19, Nathan, 18, Alyssa, 16, Tori, 15, Trace, 14, Carlin, 13, Josie, 12, Katie, 10, Jackson, 9, Warden, 8, Isaiah, 6, Addallee, 5, Ellie, 4, Callie, 2, dan akhir sekali, Judson yang berusia 11 bulan.

Menurut Kelly, memiliki keluarga besar tidak semestinya memerlukan belanja yang besar.

Keluarga itu kini tinggal di sebuah rumah berkeluasan 371.6 meter persegi yang memiliki lima bilik tidur.

Bagi memastikan pakaian anak-anaknya kekal bersih, Kelly memiliki lima buah mesin basuh dan tiga mesin pengering serta ampaian yang dapat menyidai beratus-ratus baju, seluar dan juga pakaian dalam.

Keluarga berkenaan menaiki dua buah van untuk ke sesuatu destinasi.

Sebuah van itu dapat membawa 15 penumpang manakala van kedua memiliki 7 tempat duduk.

Mereka akan keluar membeli barangan dapur setiap dua hari dan membelanjakan lebih AS$250 (RM747) setiap kali berbuat demikian. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Mahabbah Nabi kunci kekuatan

Posted:

Mahabbah Nabi kunci kekuatan

Mahabbah Nabi kunci kekuatan

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN

SEJAK kecil, Husna Muhammad Shukor, 16, sudah didedahkan dengan pelbagai bahan bacaan ilmiah berteraskan Islam terutama kitab-kitab thurath lama yang dipelajari oleh kedua-dua ibu bapanya. Bapanya, Muhammad Shukor Shabudin, 47, yang bertugas sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan dan ibunya, Yusmawati Kamaluddin, 45, seorang guru agama di sebuah sekolah rendah sering membawa Husna bersama dalam pengajian kitab-kitab tersebut.

Antaranya seperti pengajian kitab Sahih Bukhari, Riyadh al-Solihin, al-Hikam Atoi'llah, al-Hikam Abi Madyan dan sebagainya. Bertunjangkan kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), pembacaan kitab-kitab berkenaan tanpa disedari telah menyuntik semangat Husna untuk menjadi ahli ilmu bagi menyambung tugas Ulama dalam menyebarkan dakwah. Kemuncak pembelajarannya, anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu berjaya mengkhatamkan pembacaan kitab Sahih Bukhari selama 20 hari dalam 40 majlis ilmu walaupun terpaksa menempuh dugaan yang hebat sepanjang tempoh itu.


[kiri] AISYAH [kanan] HUSNA


Baginya, peluang yang sudah tidak dipedulikan kebanyakan manusia zaman ini tidak mungkin dilepaskan walaupun dia terpaksa merangkak untuk menadah kitab di depan gurunya. "Saya perlu kuatkan semangat untuk terus berada di sini kerana menjadi penyangga Islam yang berilmu sememangnya adalah cita-cita saya. "Bukan mahu memuji, tetapi belajar di Darul Quran wal Hadis (DaQwaH) ternyata memberi saya satu kelainan berbanding sekolah pondok lain kerana semua ilmu yang diajar mempunyai sanad atau rantaian yang sampai kepada empunya sanad, Rasulullah SAW," demikian ungkapan tulus yang lahir dari bibir Husna Muhammad Shukor. Pelajar yang lebih mesra dengan panggilan Husna itu berjaya menamatkan pembacaan kitab Sahih Bukhari baru-baru ini.


[kiri]HABIBULLAH [kanan] MUHAMMAD AMNAN


Sambil membelek kitab yang dikenali seantero dunia Islam itu, Husna tertunduk malu. Sesekali dia menyilangkan jari pada kedua-dua tangannya untuk menyusun bait-bait kata saat ditemu bual di Pusat Ilmu Hadis yang terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya baru-baru ini. "Ilmu hadis merupakan ilmu yang paling mulia berbanding ilmu lain. Melaluinya, kita dapat menguasai ilmu-ilmu lain seperti tafsir, al-Quran, Nahu, Lughah (bahasa) Tasawuf dan banyak lagi.

"Tetapi apa yang penting, ilmu hadis mampu mendekatkan diri seseorang dengan Rasulullah SAW kerana melaluinya sahaja kita dapat mendengar kalam yang diucapkan oleh Baginda," ceritanya. Bagaimanapun pelajar kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu tidak menafikan kesukaran dalam memperoleh ilmu yang berharga itu. Berbicara lanjut, Husna memberitahu, ketajaman akal dan kekuatan otak merupakan kunci utama untuk menghafal sanad dan matan (teks) hadis tersebut. Anak ketiga daripada tujuh beradik itu memperuntukkan lebih 12 jam sehari hanya untuk membaca hadis dan mengulang-ulang sehingga ia sebati dalam jiwanya.

Solat tahajud


PUSAT pengajian ilmu, al-Quran dan hadis Bayt al-Hikmah di Ampang Jaya menjadi medan para pelajar DaQwaH menuntut ilmu.


"Selepas solat Subuh, saya akan mula menghafal sebelum berhenti solat sunat Duha. Ia diteruskan sehingga petang. Selain hadis, saya dan rakan-rakan diwajibkan menghafal kesemua ayat al-Quran sebagai syarat untuk menamatkan pengajian. "Selepas Isyak, kami akan menghadiri kuliah agama oleh Tuan Guru, al-Musnid Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki. Jika terdaya, saya akan melakukan solat tahajud pula kerana ia bagus untuk penuntut ilmu mendapatkan makrifat," terangnya. Husna dan 35 penuntut DaQwaH yang lain berjaya menerima ijazah khusus Sahih Bukhari sempena majlis pengkhataman kitab tersebut dan sambutan Israk Mikraj 1432 Hijrah di Masjid Negara yang berlangsung pada penghujung bulan Jun lalu.


PEMBACAAN kitab berkaitan hadis seperti Sahih Bukhari harus dijadikan amalan agar seseorang itu sentiasa merasakan dekat dengan Nabi SAW.


Pembacaan hadis tersebut dikhatamkan selepas ia dibaca selama 20 hari menerusi 40 kelas pengajian di DaQwah. Pembacaan tersebut bermula pada 1 Rejab lalu dan ia dihadiri lebih 3,000 jemaah.

Majlis yang dirasmikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh itu turut mengundang ulama hadith yang unggul dari Syria iaitu al-Musnid Dr. Muhammad Taufiq ibn Taisir al-Makhzumi al-Hasani dan ulama Iraq, al-Musnid Sheikh Abdul Majid Rasyid al-Jailani. Pertubuhan bukan kerajaan Yayasan Sofa (YS) bertindak sebagai penganjur bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Masjid Negara. Turut berkongsi pengalaman pada hari tersebut ialah rakan sekelas Husna, Aisyah al-Humaira Muhammad Fuad, 13. Katanya, semangatnya berkobar-kobar sebaik mendengar sabdaan Nabi SAW yang lebih kurang maksudnya: "Wahai umat Muhammad! Jika engkau tahu apa yang aku tahu, nescaya engkau akan banyak menangis daripada ketawa."

Suntik keinsafan


PERTEMBUNGAN dua ulama dari Asia Barat dan Malaysia, Sheikh Muhammad Fuad (kanan) menerangkan sesuatu kepada Muhammad Taufiq.


Ternyata hadith tersebut berjaya menyuntik keinsafan dalam diri Aisyah untuk terus berusaha menjadi penuntut ilmu terutama ilmu-ilmu agama yang dipandang mulia di sisi Allah. "Saya bersyukur dapat mengkhatamkan kesemua 7,563 hadis yang terkumpul di dalam kitab Sahih Bukhari yang masyhur dalam dunia Islam. "Pada zaman serba moden hari ini, mempelajari hadis dan al-Quran memang dipandang sepi oleh masyarakat tetapi ia merupakan satu tugas yang amat mulia di sisi Allah. Jika kita sentiasa memuliakan ilmu, nescaya Allah akan muliakan kita," tutur anak sulung daripada lapan beradik tersebut. Tambahnya, antara halangan yang sering dihadapi ketika membaca hadis ialah rasa mengantuk, jemu dan tidak faham kerana kitab itu menggunakan bahasa Arab sepenuhnya.

"Bagaimanapun, dengan tunjuk ajar dan huraian yang diberikan oleh tuan guru, Alhamdulillah semua cabaran itu dapat diatasi," kata dengan penuh semangat. Dua lagi pelajar lelaki yang turut menerima ijazah pada hari tersebut, Habibullah Amir Zuhairy, 14, dan Muhammad Amnan Hassan, 17, turut berkongsi pandangan mengenai majlis tersebut. "Kami sangat berbangga apabila menerima ijazah kerana berjaya menamatkan pembacaan kitab Sahih Bukhari ini. Tambahan pula, majlis seumpama ini amat jarang dilakukan," kata Muhammad Amnan.


MAKAM Imam Bukhari yang terletak di Khartang, Samarkand, Uzbekistan.


Sementara itu, pengasas YS, Sheikh Muhammad Fuad yang juga merupakan Pengerusi Aqidah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam ucapannya memberitahu, Imam Bukhari menghafaz hadis ketika berusia 10 tahun atau kurang daripada umur tersebut. Beliau sangat mementingkan disiplin dan keutamaan ilmu ketika menitipkan hadis di dalam sahihnya. "Beliau (Imam Bukhari) akan bangun sekurang-kurangnya 20 kali pada waktu malam setiap kali mendapat ilham terhadap sesuatu hadis yang dihimpunkan untuk ditulis," kata Sheikh Muhammad Fuad dalam ucapan pembukaannya pada malam tersebut. Hakikatnya, melalui pembacaan hadis, seseorang itu pasti akan mengucapkan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW apabila nama Baginda disebut. Jadi, tidak hairanlah jika ulama Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) sepakat mengatakan bahawa ahli hadis adalah golongan manusia yang paling banyak berselawat ke atas Nabi SAW.

Tradisi pembacaan kitab amalan ulama silam

Posted:

Tradisi pembacaan kitab amalan ulama silam

Tradisi pembacaan kitab amalan ulama silam


YUSRI


MELALUI penganjuran program ilmu seperti pembacaan kitab Sahih Bukhari ini, ia secara tidak langsung menyebarkan wangian mahabbah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Pensyarah Kuliyah Undang Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad berkata, majlis yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk menghidupkan amalan Ulama terdahulu yang begitu mengharapkan keberkatan dalam hidup terutamanya daripada Rasulullah SAW.

Ujarnya, jika diperhalusi, kesenian yang ditampilkan oleh Imam Bukhari atau nama sebenarnya Muhammad ibn Ismail al Bukhari r.a begitu menakjubkan. Beliau sanggup bersengkang mata dan berpenat lelah untuk mengumpul hadis-hadis dari seluruh pelosok dunia Islam sebelum dibahagi-bahagikan mengikut bab-bab tertentu.

"Lihat sahaja bagaimana Imam Bukhari memulakan kitab beliau dengan meletakkan bab wahyu dan ilmu sebelum diakhiri dengan bab berkaitan akidah. Jika kita renungkan, Ia amat tersusun dan meliputi segala ilmu yang ada seperti tafsir, haji, tasauf, fiqah dan sebagainya.

"Di samping itu, kita meyakini bahawa melalui pembacaan hadis Rasulullah SAW boleh menyebabkan Allah menurunkan rahmatnya di tempat tersebut. Justeru, ramai ulama pada zaman salafusoleh menjadikan amalan ini sebagai pintu pelepasan terhadap musibah dan bala yang mereka hadapi," kata Yusri yang juga merupakan Yang Dipertua (YDP) Yayasan Sofa.

Tambahnya, kemuncak majlis pada malam itu ialah apabila Sheikh Muhammad Fuad berkenan untuk mengijazahkan periwayatan sanad Sahih Bukhari dengan kaedah imlak (hafalan) kepada jemaah yang hadir.

Menurut Yusri, ia terlalu istimewa kerana Sheikh Muhammad Fuad membacakan kesemua lebih nama 25 perawi hadis sehingga sampai kepada Rasulullah SAW tanpa melihat kepada kitab dan ia didapati melalui hafalannya sahaja.

"Ia sesuatu yang berharga dan sukar didapati pada zaman ini. Pada majlis itu juga, Ulama Syria, al-Musnid Dr. Muhammad Taufiq ibn Taisir al-Makhzumi turut mengiktiraf Sheikh Muhammad Fuad sebagai salah seorang gurunya," jelasnya.

Ujar Yusri, pembacaan sanad melalui kaedah imlak merupakan tradisi para Ulama setiap kali mereka mengadakan majlis pengkhataman pembacaan kitab Sahih Bukhari bersama anak-anak murid mereka.

Ziarah dengan Aidilfitri

Posted:

Ziarah dengan Aidilfitri

Ziarah dengan Aidilfitri

Sewajarnya, sikap lebih mengutamakan tayangan cerita di televisyen berbanding ziarah perlu ditangani kerana Aidilfitri tidak akan bererti tanpa adanya ziarah.

AIDILFITRI bakal disambut tidak lama lagi. Pastinya segala persiapan telah disediakan. Bukan saja persiapan individu atau keluarga malah, persiapan oleh stesen-stesen penyiaran yang sudah mempromosikan pelbagai cerita menarik untuk tayangan sepanjang Aidilfitri ini.

Tanpa disedari, pelbagai cerita menarik itu menjadi faktor penyumbang kepada makin kurangnya berlaku ziarah ketika Aidilfitri yang menjadi amalan tradisi nenek moyang kita.

Sewajarnya, sikap lebih mengutamakan tayangan cerita di televisyen berbanding ziarah perlu ditangani kerana Aidilfitri tidak akan bererti tanpa adanya ziarah.

Hari bersua muka

Aidilfitri bukan sekadar hari kemenangan selepas sebulan berpuasa tetapi, adalah hari untuk berkumpul dengan semua ahli keluarga dan sanak saudara. Malah, dalam dunia penuh sibuk hari ini, ramai yang hanya dapat balik ke kampung sekali setahun iaitu ketika Aidilfitri.

Kesannya, ramai yang tidak mengenali ahli keluarga sendiri. Dengan adanya ziarah, barulah kita dapat bersua muka dan berjumpa dengan seluruh ahli keluarga.

Hari beramah mesra



Aidilfitri juga adalah hari untuk beramah mesra. Hampir seluruh ahli masyarakat hari ini terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Ziarah ketika Aidilfitri memberikan kita kesempatan untuk beramah mesra dengan ramai orang kerana fitrah kehidupan seorang manusia, takkan mungkin dapat hidup bersendirian.

Hari menghubung silaturahim

Ziarah juga sebagai satu cara untuk menghubung silatur rahim, mengeratkan hubungan yang sedia ada dan mewujudkan hubungan yang baharu.

Amalan berkunjung ke setiap rumah di segenap pelosok kampung secara berjemaah menjadi tradisi wajib selepas solat sunat Aidilfitri.

Hari bermaaf-maafan

Ramai yang arif dan maklum, Aidilfitri adalah hari untuk kita bermaaf-maafan. Perlu difahami, memohon maaf bukan terhad kepada ahli keluarga di dalam rumah yang sama atau mereka yang ada hubungan darah dengan kita sahaja. Sebaliknya kita perlu memohon maaf daripada sanak saudara lainnya termasuk jiran tetangga dan sahabat handai.

Terhad kepada jemputan

Namanya sahaja rumah terbuka tetapi ditetapkan senarai jemputan tertentu yang diundang. Ia jelas sekali berlawanan dengan amalan ziarah yang terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa perlu ada undangan atau jemputan khusus.

Penyediaan makanan

Pelbagai jenis juadah disediakan pada acara rumah terbuka tetapi, ada pengkhususan pula untuk kategori jemputan, orang penting dan orang kebanyakan.

Konsep ini menyalahi konsep sebenar Aidilfitri iaitu sebaiknya hidangan makanan disediakan buat mereka yang tidak berkemampuan. Untuk menjadikan Aidilfitri hari yang luar biasa dan membahagiakan semua, berziarahlah!

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved