Sabtu, 16 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


200 tahun tidak henti berbuah

Posted:

200 tahun tidak henti berbuah

200 tahun tidak henti berbuah

Durian Segamat mempunyai bentuk dan rasa yang berlainan berbanding durian di tempat-tempat lain.



JAM di tangan menunjukkan pukul 6.30 pagi. Titisan embun jantan belum lagi kering, kabut pagi juga masih menyelubungi hening sisa subuh di Kampung Gelang Chin-Chin, Segamat, Johor. Sungguhpun tanah belum cerah, Abdullah Md. Isa, 58, sudah bersedia dengan sebuah raga rotan yang disandang di bahunya. Memulakan perjalanan dengan langkah kanan, Abdullah terus menuju ke deretan pokok durian yang terdapat di sekeliling rumahnya. Sambil berjalan, matanya sempat mendongak ke pucuk pokok yang kelihatan sayup dari bawah. Tatkala telinganya menangkap bunyi durian gugur, dia berlari anak ke tepi semak. Dengan tangan yang bersarung, buah tadi dipungut dan dibelek sebelum dimasukkan ke dalam raga. Selesai mengelilingi perdu pokok yang paling tinggi itu, dia berpindah ke kawasan lain.


SEBATANG durian saka yang mencecah usia ratusan tahun boleh menghasilkan sebanyak 1,500 biji buah semusim.


Usai kerja memungut dan memastikan tiada durian yang tertinggal, Abdullah menyandang raga rotan yang sarat dengan isi menghala ke rumahnya. "Setiap kali musim durian, inilah rutin harian saya. Waktu awal pagi dan petang diluangkan untuk meninjau pokok-pokok durian ini. "Kalau ada buah yang gugur, saya akan kutip dan simpan. Bolehlah menjamu anak cucu yang balik kampung hujung minggu nanti," katanya yang mesra disapa dengan panggilan Pak Lah. Bagi sesetengah orang, pengalaman mengutip buah durian bukan suatu yang pelik apatah lagi jika dibesarkan dalam suasana kampung. Namun, bagi penulis dan jurugambar, Mohd. Naim Aziz, menunggu durian gugur dalam persekitaran desa yang dilatari Bukit Gelang Chin-Chin, ia sudah pasti menyuntik kelainan dan keterujaan.


KETIKA musim durian, pekan Segamat meriah dengan kedatangan lori-lori dari negeri lain yang ingin mendapatkan bekalan durian kampung.


"Ada 10 batang pokok durian yang ada di sekitar rumah ini, termasuk pokok besar di seberang paya itu. Semua pokok durian tua usianya melebihi 130 tahun. "Dek kerana umurnya yang mencecah ratusan tahun itu, kebanyakan penduduk menggelarkannya durian saka," jelas Pak Lah sambil membersihkan daun-daun kering yang melekat pada buah durian dengan dibantu isterinya, Rafiah Mustapa, 57. Menurut Rafiah yang merupakan anak jati Kampung Gelang Chin-chin, pokok-pokok durian tersebut ditanam oleh datuknya. "Kalau ditanya usia sebenar pokok ini, saya kurang pasti kerana ia sudah ada sebelum saya lahir lagi," katanya.

Dahan dipucuk


KEENAKAN durian kampung terletak pada rasanya yang lembut dan padat.


Pokok durian saka yang dimaksudkan pasangan suami isteri ini memang kelihatan berbeza daripada pokok durian yang biasa dilihat. Untuk mengetahui pokok itu sama ada tua atau muda, Pak Lah memberitahu, pokok durian yang masih muda mempunyai kanopi yang berbentuk seperti kon sementara bagi pokok matang, kanopinya berbentuk bulat dan merendang di bahagian pucuknya. Ditanam menggunakan biji, pokok durian saka lebih tinggi berbanding durian kacuk atau durian kahwin yang lebih rendang. Pokoknya tinggi menjulang malah boleh mencecah ketinggian 50 meter iaitu hampir sama dengan bangunan 13 tingkat. Durian seperti ini banyak ditemui di kampung-kampung di daerah Segamat.

Sesetengah pokok durian saka membesar dengan perdu yang dikukuhkan dan akar keras berselirat. Ada juga yang gah dengan banir sebesar tiga pemeluk orang dewasa. Kalau diperhatikan, dahan durian saka ini juga lebih panjang. Apa yang lebih menarik, ia hanya terdapat di bahagian pucuk. "Dalam setahun ada dua musim durian yang utama iaitu di antara bulan Jun sehingga Ogos dan November hingga Januari. "Bagi pokok yang mempunyai dahan yang panjang, jika musim menjadi, sebatang pokok saka boleh menghasilkan 1,000 hingga 1,500 biji durian. "Kalau musim kurang menjadi, hasilnya boleh menurun kepada hanya 100 atau 200 biji sepokok," jelas Rafiah.


MENIKMATI durian saka yang baru gugur dalam persekitaran kampung sudah tentu memberi keterujaan kepada penggemar raja buah.


Datang dengan saiz dan bentuk yang pelbagai, buah durian boleh mencapai ukuran sehingga 18 sentimeter (sm) lebar dan 20 hingga 32 sm panjang. Kulitnya yang berduri tajam pula biasanya berwarna hijau, hijau keperangan hingga kuning keperangan. Pada permukaan kulit, terdapat empat hingga lima garisan pangsa yang sering dijadikan panduan untuk mengopek buah durian. "Sebiji durian boleh menempatkan di antara empat hingga enam pangsa. Satu pangsa boleh mengisi di antara satu hingga lima ulas durian di dalamnya," ujar Pak Lah. Menikmati durian yang baru gugur dari pokok memang cukup mengasyikkan. Isinya tebal berwarna oren kekuningan dan hadir dengan aroma unik.

Seni rasa

Tekstur isinya lebih halus manakala rasanya cukup berlemak, tidak begitu manis dan ada rasa pahit di hujungnya. "Durian kampung mempunyai rasa yang tersendiri. Setiap pokok tidak akan memberi rasa yang sama.

"Malah, dalam sebatang pokok pun, kita masih berpeluang menikmati rasa durian yang berlainan," jelas Pak Lah. Pendapatnya itu disokong oleh seorang peraih durian, Sahad Dinan, 64. "Durian kampung terutamanya saka mempunyai pelbagai rasa, berbeza dengan durian kahwin yang hanya mempunyai satu rasa. "Senang kata, kalau anda beli durian D24 di mana-mana pun, rasanya adalah sama tetapi jika beli durian kampung, mungkin sebiji rasanya manis, sebiji rasanya pahit," katanya.


SEGAMAT sememangnya terkenal dengan durian kampung malah baka durian terbaik dikatakan datang dari daerah ini.


Berpengalaman dalam jual beli durian selama 44 tahun, Sahad sudah boleh kenal rasa dan bau berdasarkan warna kulit, saiz dan bau yang terbit daripada buah tersebut. Malah, dia juga tahu pokok mana yang menghasilkan durian itu. "Saya akan rasa dahulu buah durian sebelum membeliya daripada penduduk. "Jika rasanya bagus, saya akan kenal pasti buah dan lokasi pokok bagi memudahkan saya membelinya lagi pada musim yang akan datang," katanya. Setiap kali musim durian, Sahad akan berada di pondok jualannya yang terletak di Jalan Segamat-Kuantan untuk membeli durian dan menjualnya kepada pengguna di laluan sibuk itu. "Untuk musim yang kurang menjadi, setiap hari saya akan membeli kira-kira satu tan durian daripada penduduk tempatan. "Kalau musim menjadi, biasanya tiga hingga empat tan durian dapat dijual sehari," katanya yang meletakkan rasa durian yang manis, lemak dan pahit sebagai rasa durian kampung yang terbaik.

Laris


SELAIN enak dimakan, durian juga dapat memberi pulangan kepada penduduk kampung.


Sementara itu, menurut seorang penduduk, Aziz Ali, 76, dia memiliki pokok durian berumur lebih 200 tahun yang ditanam oleh moyangnya. "Walaupun pokok itu sudah lebih 200 tahun, ia masih lebat berbuah.

"Cuma kali ini musim durian kurang menjadi, buah pun kurang, mungkin juga ia berkait dengan faktor umur. "Begitupun, pokok yang lebih muda masih berbuah seperti biasa," katanya yang menjual duriannya kepada Sahad untuk mengelakkan lambakan. Selain Sahad, seorang lagi peraih durian, Desa Sharif, 66, menyifatkan durian kampung dari Segamat adalah antara durian terbaik. Desa yang sudah hampir 20 tahun menjadi peraih durian memberitahu dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap buah itu setiap kali musimnya tiba.

"Setiap hari urus niaga durian boleh mencecah lima tan. Kebanyakan durian yang dijual di sini adalah durian kampung dan ia didapati dari kampung sekitar daerah ini," katanya. Selain pasaran tempatan, durian saka Seamat juga laris di Kuala Lumpur dan Kuantan malah ada peraih dari Kemaman yang membeli durian daripadanya. "Setiap hari, sepanjang musim durian, kira-kira dua bulan, saya dan tujuh pekerja akan berkampung di sini. "Seawal pukul 6 pagi sudah ada orang datang untuk menjual dan membeli durian," katanya ketika ditemui di gerainya di Jalan Buloh Kasap. Selain rasanya yang sedap, durian mempunyai khasiat pemakanan yang lebih tinggi berbanding kebanyakan buah-buahan yang diimport. Dalam beberapa kajian yang dijalankan oleh penyelidik tempatan, durian mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium, serta vitamin A dan C yang lebih tinggi berbanding epal, pir dan anggur. Selain itu, ia juga kaya dengan pitonutrien dan antioksidan yang dapat menurunkan kadar kolesterol, membersihkan darah serta mengelakkan jangkitan kulat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Eksport durian sejuk beku ke China

Posted:

Eksport durian sejuk beku ke China

Eksport durian sejuk beku ke China


DURIAN sejuk beku mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.


SEGAMAT memang terkenal dengan durian kampungnya hingga mampu menggamit ramai pelancong asing berkunjung ke daerah di Johor itu. "Selain memenuhi permintaan pasaran tempatan, kami juga pernah menerima kunjungan pelancong dari Korea dan Singapura, yang ingin menikmati keenakan buah durian dalam suasana kampung," kata Ketua Kampung Gelang Chin-chin, Salleh Mohammad. Selain dijadikan produk pelancongan agro, durian tempatan turut dieksport ke luar negara seperti ke Australia, China dan Korea.

Dengan menggunakan kaedah sejuk beku, eksport buah durian ke China bermula bulan ini dijangka bernilai hampir RM4 juta merangkumi penghantaran empat kontena seminggu yang akan diuruskan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Menurut Ketua Pengarahnya, Ahmad Ishak, buah tersebut akan dieksport pada bulan Julai hingga September kerana ketika itu pengeluaran buah durian memuncak dan sesuai untuk dieksport.

"Setakat ini, Malaysia mengeluarkan sejumlah 300,000 tan metrik buah durian dengan nilai kasar RM1.3 bilion setahun, namun masih tidak mencukupi untuk tujuan eksport. "Durian tempatan juga diakui lebih sedap berbanding durian dari negara lain oleh pegawai tertinggi republik itu termasuk Perdana Menterinya, Wen Jiabao. "Mereka memberi surat rasmi pada 11 Mei lalu membenarkan kita mengeksport durian ke China," kata Ahmad kepada Jurnal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Besarkan anak dalam kereta

Posted:

Besarkan anak dalam kereta

Besarkan anak dalam kereta

Susunan SITI NOR AFZAN KASIMAN


KELUARGA pengembara ini bukan sahaja menjadikan kereta vintaj buatan tahun 1928 sebagai kenderaan utama malah kenderaan yang boleh diubah menjadi khemah itu turut menjadi tempat tinggal mereka.


PADA mulanya, pasangan suami isteri ini hanya ingin mengembara dari Buenos Aires, Argentina ke Alaska, Amerika Syarikat (AS) dengan memandu sebuah kereta vintaj model Graham-Paige tahun 1928 yang telah diubah suai. Bagaimanapun, sejak meninggalkan rumah, kerjaya dan keluarga pada tahun 2001, hingga sekarang mereka masih berada di atas jalan malah tujuan perjalanan mereka terus bertambah. "Bukan perkara mudah untuk meninggalkan semua yang anda miliki dan mengembara ke bumi asing yang anda tidak boleh menjangkakan apa pun daripadanya. "Namun, sebaik sahaja kami memasuki kereta ini, kami sudah bersedia untuk mengubah corak kehidupan kami demi satu matlamat," kata Herman, 43, yang tiba di Subang Jaya, Selangor, Rabu lalu. Apa yang lebih menarik tentang pasangan ini, mereka bukan sahaja mengembara berdua, tetapi turut mengangkut empat anak mereka berumur di antara dua hingga sembilan tahun.

Bukan gila


HERMAN berkongsi pelbagai pengalaman luar biasa keluarganya sepanjang 11 tahun pengembaraan melalui buku Sparks Your Dream.


"Walaupun mereka lahir di negara yang berbeza, anak-anak saya tetap warganegara Argentina. "Anak pertama, Nahuel Pampa, lahir sembilan tahun lalu di AS, anak kedua, Lucas Tehue, 6, lahir di Argentina, anak ketiga, Paloma Huya, 3, lahir di Kanada manakala anak keempat kami yang diberi nama Marco Wallaby dilahirkan di Australia," ujar Herman. Sebelum ke Semenanjung Malaysia, Herman dan isterinya, Candelaria Zapp, 41, serta empat anak mereka baru sahaja menyudahkan pengembaraan mereka di Filipina, Sabah dan Sarawak.

"Kami hanya kumpulan pengembara di negara asing. Selepas berjaya menakluk Alaska, kami meneruskan perjalanan ke seluruh Amerika. "Kini kami telah menjejakkan kaki ke beberapa negara Asia seperti Korea Selatan, Jepun, Filipina, Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia," jelas pasangan ini lagi. Sepanjang pengembaraan ini, mereka berenam menjadikan kereta vintaj itu sebagai kenderaan utama. Kenderaan lama yang boleh diubah suai menjadi khemah itu sering menarik minat orang ramai untuk mendekati keluarga ini setiap kali mereka berhenti berehat. "Ramai yang bertanya bagaimana kereta lama ini boleh mengelilingi dunia. Hakikatnya, pada usia 83 tahun, ada masanya kereta ini meragam juga. "Apabila kami berdepan dengan kesulitan di jalan, ada sahaja orang yang akan datang memberi pertolongan. "Malah, ada masanya kami benar-benar bertemu dengan orang yang tepat," ujar Herman ketika ditemui dalam satu majlis anjuran Malaysia and Singapore Vintage Cars Register di Subang Jaya, Selangor.

Pulang


UNTUK menyeberang sungai, macam-macam cara dilakukan oleh Herman demi memastikan kereta vintaj ini boleh sampai ke daratan.


Sementara itu, menurut Candelaria, rejim pengembaraan dari satu negara ke satu negara lain itu memberi peluang kepada anak-anaknya belajar mengenai dunia secara langsung. Sungguhpun begitu, pasangan suami isteri ini tidak mengabaikan pendidikan formal untuk anak-anak mereka. "Masuk sahaja usia enam tahun, kami akan daftarkan mereka dalam program persekolahan di rumah," katanya. Impian pengembaraan yang dianggap pelik dengan menaiki kenderaan lama dan membawa enam anak bersama ini juga pernah dicop sebagai kerja gila, namun pendirian Herman dan isterinya tidak pernah goyah. "Siapa yang gila? Orang yang memiliki impian atau orang yang tidak pernah mempunyai impian?

"Apabila saya meletakkan risiko terhadap kehidupan saya demi mencapai satu keinginan, saya dapat merasakan saya lebih bertenaga untuk meneruskan hidup demi memenuhi keinginan tersebut. "Saya lebih rela mati dalam usaha untuk hidup daripada mati tanpa merasai kenikmatan hidup. "Semua orang mempunyai matlamat masing-masing, terpulang kepada mereka untuk hanya memasang matlamat atau berusaha memenuhi matlamat tersebut. "Biarpun terpaksa menempuh pelbagai kesukaran namun ketahuilah ia juga bukan perkara yang mustahil untuk dilakukan," ujar Candelaria.

Mungkin ramai yang beranggapan corak pengembaraan yang dilakukan oleh keluarga ini bukan cara yang paling ideal. Jika disebut soal wang, keselesaan dan pembesaraan sempurna anak-anak, mungkin ramai yang berpendapat, mustahil keluarga ini dapat menjalani kehidupan seperti manusia normal apabila mereka memilih gaya hidup sebegitu. Namun, apabila anda membaca buku Sparks Your Dream yang merupakan catatan perjalanan keluarga ini, banyak kemungkinan yang dianggap tidak masuk akal sebenarnya bukan sukar untuk dilakukan. Dengan menempuh pelbagai pengalaman luar biasa, pasti anda akan percaya bahawa keluarga ini mempunyai kereta yang sempurna. Mereka juga memiliki semua sumber demi kelangsungan hidup sebagai kumpulan pengembara bajet. Dari Malaysia, enam sekeluarga ini akan meneruskan perjalanan ke Thailand. Mereka merancang untuk mengembara ke banyak tempat lain sebelum pulang ke Argentina.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Cara baharu pindah buah pinggang

Posted:

Cara baharu pindah buah pinggang

Cara baharu pindah buah pinggang

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


PCMC adalah hospital kedua di Asia Tenggara yang berjaya melakukan pemindahan buah pinggang daripada kumpulan darah yang berbeza.


KUALA LUMPUR – Kumpulan darah yang lain antara penderma dan pesakit bukan lagi penghalang kepada pembedahan pemindahan buah pinggang. Ini terbukti apabila buat pertama kali dalam sejarah negara, dua pesakit buah pinggang kronik berjaya melakukan pemindahan organ tersebut bulan lalu daripada isteri masing-masing selaku penderma walaupun mereka bukan dalam kumpulan darah yang sama.

Kejayaan yang memberi harapan baru kepada hampir 14,000 pesakit buah pinggang itu dilakukan oleh sepasukan pakar Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) di sini menerusi pembedahan yang dikenali sebagai 'ABO Incompatible Transplant,' dengan bakos kira-kira RM150,000 setiap seorang. Dalam pembedahan itu, dua pesakit lelaki, Lee Leong Kim, 55, dan warga Filipina, Geland Reyes Gonzalodo, 32. yang mempunyai darah kumpulan O Positif menerima buah pinggang daripada isteri masing-masing yang mempunyai kumpulan darah B Positif. Perunding dan Ketua Jabatan Nephrologi PCMC, Datuk Dr. Tan Si Yen berkata, masalah yang dikenali sebagai ketidakserasian ABO kini dapat diatasi menerusi kaedah membuang antibodi dalam darah sebelum pemindahan organ dilakukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kren hempap stesen KTMB

Posted:

Kren hempap stesen KTMB

Kren hempap stesen KTMB


KREN serta besi tiang papan iklan gergasi jatuh merentangi landasan di stesen KTMB Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melalui Stesen Kuala Lumpur di Jalan Sultan Hishamuddin semalam mengalami gangguan berikutan insiden kren terbalik di platform stesen itu.

Kejadian pukul 12.44 malam kelmarin itu melibatkan kren seberat 60 tan yang sedang melakukan kerja menanggalkan iklan dan tiang berhampiran platform empat stesen itu.

"Kren ini gagal menstabilkan kedudukan lalu jatuh melintang ke atas bumbung dan kabel elektrifikasi di platform empat, tiga dan dua menyebabkan kesemua platform berkenaan tidak boleh dilalui dan hanya platform satu yang boleh digunakan," kata KTMB dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tiada sebarang kemalangan jiwa termasuk pengendali kren dilaporkan tetapi kerja-kerja pengalihan struktur, pembersihan dan pemasangan semula kabel-kabel rosak akan dilakukan sehingga Isnin ini.

KTMB turut menyediakan perkhidmatan bas untuk memindahkan penumpang yang menaiki komuter dari Stesen Bank Negara ke KL Sentral dan KL Sentral ke Bank Negara sebelum perjalanan diteruskan seperti biasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Astro perlu atasi gangguan siaran sewaktu hujan

Posted:

Astro perlu atasi gangguan siaran sewaktu hujan

Astro perlu atasi gangguan siaran sewaktu hujan

KUALA LUMPUR - Atasi segera gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang, tegas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada rangkaian televisyen berbayar Astro.

Beliau berkata, rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan. Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.

"Hal ini sedang dikaji oleh Astro dan mereka perlu segera atasinya. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton,'' katanya selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang Jaya di Kelab Darul Ehsan di sini semalam. Rais berkata, antara aspek perundangan yang boleh diambil ialah menilai semula bayaran lesen penyiaran bagi syarikat tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pilihan elemen kediaman bergaya

Posted:

Pilihan elemen kediaman bergaya

Pilihan elemen kediaman bergaya

Oleh RAHANA MD


KONSEP kediaman boleh dilengkapkan dengan pilihan kertas dinding yang pelbagai warna dan corak.




SET meja makan dan kabinet dapur yang berimej kontemporari ini pasti disukai golongan surirumah moden.




REKA bentuk kabinet dapur mencerminkan cita rasa pemilik rumah.


KESIBUKAN bekerja sering membataskan kebanyakan orang untuk meninjau dan menjamu mata terlebih dahulu barangan perhiasan rumah sebelum membuat keputusan membelinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pekerja dibayar bonus RM208,079 seorang

Posted:

Pekerja dibayar bonus RM208,079 seorang

Pekerja dibayar bonus RM208,079 seorang


SEBUAH kedai rangkaian sukan Sports Direct yang terdapat di Britain.


LONDON – Seramai 2,000 kakitangan sebuah rangkaian kedai menjual pelbagai barang sukan, Sports Direct bakal mendapat bonus berjumlah AS$70,643 (RM212,458.83) setiap seorang dalam bentuk saham, lapor sebuah akhbar semalam. Bonus tersebut diberikan selepas kedai rangkaian barangan sukan terbesar Britain itu mencatat keuntungan besar selama dua tahun berturut-turut, Kedai itu, Sports Direct diasaskan oleh bekas jurulatih skuasy, Mike Ashley 29 tahun lalu.

Ia berjaya mencapai sasaran jualannya dengan keuntungan meningkat sebanyak 25 peratus pada tahun ini. Jumlah itu dipercayai saham terbesar yang pernah diberikan kepada pekerja kedai di Britain. Purata gaji tahunan kakitangan di kedai tersebut cuma AS$32,219 (RM96,898.65). Ashley mula membuka kedai itu di Maidenhead, Berkshire pada 1982.

Kira-kira 29 tahun kemudian, dia menguasai perniagaan runcit sukan di United Kingdom. Bonus itu layak diterima oleh pekerja yang sudah bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun. Namun, kakitangan kedai itu perlu menunggu sehingga Julai tahun depan jika mahu menebus saham tersebut. Kedai peruncitan Sports Direct kini merupakan syarikat senaraian awam di bursa saham dengan pendapatan tahunan AS$2.41 bilion (RM6.31 bilion) manakala Ashley memegang 71 peratus saham menjadikannya salah seorang lelaki paling kaya di Britain. Ashley juga pemilik kelab bola sepak Newcastle United. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

30 negara tak iktiraf Libya pimpinan Gaddafi

Posted:

30 negara tak iktiraf Libya pimpinan Gaddafi

30 negara tak iktiraf Libya pimpinan Gaddafi


PARA penyokong Muammar Gaddafi berhimpun di bandar Al-Ajaylat, 80 kilometer ke barat Tripoli, Libya kelmarin.


ISTANBUL – Lebih 30 buah negara mengisytiharkan bahawa rejim pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tidak sah. Negara-negara itu termasuk Amerika Syarikat (AS) membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Kumpulan Hubungan dengan Libya berlangsung semalam. Kenyataan itu menyatakan rejim Gaddafi tidak lagi memiliki autoriti yang sah di Libya.

Kumpulan itu akan berurusan dengan Majlis Peralihan Kebangsaan yang merupakan kumpulan pembangkang utama Libya sebagai pihak berkuasa pentadbiran yang sah di negara itu sehingga kerajaan sementara dibentuk. Sementara itu, serangan tentera ke atas rejim pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akan ditingkatkan, kata Setiausaha Luar Britain, William Hague semalam.

Menurutnya, Abdul Elah Al-Khatib yang merupakan Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menyerahkan syarat-syarat untuk Gaddafi melepaskan jawatannya. Beliau berkata, Abdul Elah telah memainkan peranan penting dalam berurusan dengan kumpulan tertentu di Libya. Pergolakan bagi menuntut peletakan jawatan Gaddafi sebagai pemimpin Libya bermula sejak Februari lalu. Gaddafi memerintah Libya sejak 1969 melalui satu rampasan kuasa tentera ke atas pemerintah negara itu, Raja Idris yang ketika itu berada di luar negara. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengasas Playboy tak sangka putus tunang

Posted:

Pengasas Playboy tak sangka putus tunang

Pengasas Playboy tak sangka putus tunang


GAMBAR fail Hugh Hefner dengan bekastunangnya, Crystal Harris.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner yang berusia 85 tahun mengaku dia tidak menyedar Crystal Harris yang berusia 25 tahun tidak gembira semasa mereka bertunang walaupun dia berpengalaman luas dalam soal memikat wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam satu program bual bicara AS, Hefner memberitahu hos program televisyen berkenaan, Piers Morgan bahawa dia tidak menyangka Crystal yang juga model Playboy akan meninggalkannya lima hari sebelum mereka dijadualkan berkahwin.

"Ketika hari perkahwinan kami kian menjelang, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena tetapi saya langsung tidak menyangka hubungan kami akan berakhir," kata Hefner.

Perpisahan tersebut menyebabkan satu program televisyen terbitan Hefner dinamakan semula sebagai Runaway Bride atau 'pengantin yang lari' manakala slogan sama turut digunakan untuk satu edisi majalah Playboy.

Hefner yang terkenal sebagai seorang kasanova pernah menjalin hubungan cinta dengan ramai wanita termasuk selebriti Bridget Marquardt, Holly Madison dan Kendra Wilkinson tetapi tiada satu pun hubungan tersebut dapat bertahan lama.

Dia yang dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah AS$43 juta (RM129 juta), mengasaskan majalah bogel Playboy di bandar Chicago pada tahun 1953.- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tindakan jika tidak kosongkan tangki septik

Posted:

Tindakan jika tidak kosongkan tangki septik

Tindakan jika tidak kosongkan tangki septik

16/07/2011 8:01pm

TEMERLOH - Kerajaan mungkin mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemilik rumah dan premis yang tidak mengosongkan tangki septik mereka sehingga menyebabkan masalah pencemaran sumber air.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata, ini kerana daripada 1.3 juta rumah dan premis yang mempunyai tangki septik di Semenanjung Malaysia, hanya 60,000 sahaja yang mengosongkan tangki mereka setiap

tahun.

Pemilik premis harus mengosongkan tangki septik mereka sekurang-kurangnya tiga tahun sekali bagi mengelakkan limpahan kotoran dan najis, katanya kepada pemberita, selepas merasmikan Kempen Pengosongan Tangki Septik Individu Daerah Termerloh, di sini hari ini.

Noriah bagaimanapun berkata, langkah itu hanya dilaksanakan selepas kerajaan mempertimbangkan kaedah lain bagi menggalakkan pemilik kediaman dan premis mengosongkan tangki septik masing-masing mengikut jadual.

"Air kumbahan yang mengalir keluar akan mencemari longkang, parit dan seterusnya mengalir ke sungai yang menjadi sumber minuman selain menimbulkan bau busuk dan boleh mengancam keselamatan orang ramai," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

29 pelajar cemerlang terima insentif Maybank

Posted:

29 pelajar cemerlang terima insentif Maybank

29 pelajar cemerlang terima insentif Maybank

16/07/2011 7:57pm

GEORGE TOWN - Seramai 29 pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ara di Bayan Lepas di sini menerima insentif antara RM150 hingga RM250 setiap seorang daripada Malayan Banking Berhad (Maybank) hari ini.

Pelajar berkenaan menerima insentif tersebut atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas.

Sekolah itu adalah satu daripada dua sekolah di negeri ini yang dijadikan anak angkat oleh Maybank di bawah program Pintar bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Selepas majlis penyampaian insentif itu, Pengarah Wilayah Maybank, Goay Yeap Siang, berkata, sekolah itu dan pelajarnya memberi sambutan baik terhadap pelbagai program ke arah meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

Sejak beberapa tahun lepas, Maybank telah menaja kelas tuisyen, mengadakan latihan untuk guru dan menganjurkan kelas motivasi untuk merangsang pelajar memperbaiki pencapaian akademik masing-masing, katanya.

Beliau berkata, Maybank telah memperuntukkan lebih RM300,000 untuk menjayakan program itu sejak 2007. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lada mahu penerbangan ke Langkawi ditambah

Posted:

Lada mahu penerbangan ke Langkawi ditambah

Lada mahu penerbangan ke Langkawi ditambah

16/07/2011 7:50pm

LANGKAWI - Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) akan berusaha untuk menambah bilangan penerbangan sewa khas ke Langkawi bagi meningkatkan kehadiran pelancong ke pulau peranginan itu.

Timbalan Pengurus Besar (Pembanguan dan Perancangan) Lada, Hanafi Ahmad berkata usaha itu akan diadakan dengan kerjasama agensi-agensi pelancongan tempatan.

"Kita berharap kerjasama itu akan menghasilkan kejayaan," katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan 300 pelancong Hong Kong menerusi penerbangan sewa khas pertama Cathay Pacific di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di sini hari ini.

Hanafi berkata, syarikat penerbangan itu akan mengadakan lapan penerbangan mulai hari ini hingga 17 Ogos depan.

"Dalam tempoh itu syarikat penerbangan Cathay Pacific akan membawa seramai 2,400 pelancong ke Langkawi," katanya.

Mengikut rekod, seramai 19,238 orang pelancong Hong Kong melawat Langkawi tahun lepas. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Penaklukan Watson

Posted:

Penaklukan Watson

Penaklukan Watson



EMMA CHARLOTTE DUERRE WATSON atau Emma Watson, pertama kali menjadi salah seorang penghuni lapangan seni sewaktu dia berusia sembilan tahun. Waktu itu tidak ada orang yang mengenal kanak-kanak dengan rambut separa ketak dan terlihat begitu bijak dalam filem yang diadaptasi daripada novel terkenal, Harry Potter.

Ironi, pada waktu siri sulung Harry Potter, Harry Potter and the Philosopher's Stone diterbitkan, tak ada siapa yang menyangka ia akan menjadi fenomena seperti sekarang. Kini, dengan memasuki tahun terakhir saga fenomena yang telah berusia 11 tahun, Watson telah membina reputasi dan empayarnya yang tersendiri.

Dengan hanya terbabit dalam saga tersebut, Watson telah menang pelbagai anugerah termasuk untuk kategori Aktres Terbaik. Menerusi watak Hermione Granger, satu-satunya 'bunga' ahli sihir bersama dua kumbang iaitu, Daniel Radcliffe dan Rupert Grint, Watson juga telah menjadi salah seorang pelakon remaja paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaan mencecah RM1 billion. Semua yang berlaku kepada diri anak pasangan peguam ini tidak ubah seperti satu sihir.

Bercerita tentang penglibatannya sebagai seorang pelakon, kata Watson yang terkenal dengan kebijaksanaan dan mempunyai nilai fesyen yang tinggi, dia begitu terdesak menginginkan watak Hermione bukan kerana mahu jadi orang popular. Sebaliknya dia merupakan seorang peminat tegar novel tulisan J.K Rowling tersebut.

"Sewaktu kecil, bapa saya adalah orang yang setia membaca novel tersebut kepada saya sebelum tidur. Novel itu juga menjadi peneman saya di alam kereta sebagai teman kala bosan. Secara tak langsung, Harry Potter telah lama hidup dalam diri saya.

"Kemudian, sewaktu saya berusia sembilan tahun, saya ingat lagi, produksi mereka datang ke sekolah saya iaitu Dragon School dan minta guru mengumpulkan sekitar 20 orang pelajar termasuk saya untuk diuji bakat.

"Mereka merakamkan gambar saya di gim sekolah, namun tidak mempunyai sebarang signal bahawa mereka akan mengambil saya sehingga tiga minggu kemudian saya dipanggil ke sesi uji bakat sebenar," cerita Watson tentang pembabitan awalnya dengan filem tersebut.

Dia kemudian harus menjalani lapan sesi uji bakat dan hampir berputus asa selepas terpandang seorang pelakon perempuan yang sudah terkenal dan nampak serasi dengan salah pelakon lelaki lain (bukan Radcliffe). Namun bagai satu magis, dengan kesungguhannya untuk merebut watak idaman tersebut, ia akhirnya menjadi milik dia dan kini watak Hermione telah membesar bersama kemashyuran yang ditempa aktres kelahiran Paris itu.

"Sejak pertama kali diuji bakat, saya tahu watak idaman ribuan gadis yang menjalani uji bakat sama itu bakal menjadi milik saya. Dan kini, selepas 11 tahun, dengan lapan saga kesemuanya, saya masih belum mahu berhenti menjadi Hermione.

"Saya boleh beri jaminan, saya masih setia untuk menjadi Hermione untuk tempoh 10 atau 30 tahun lagi," katanya penuh semangat.

Menyentuh tentang imbuhan luar biasa yang diterima menerusi pembabitannya dalam filem tersebut, Watson mengaku dia kini boleh bermewah terhadap hasil kerja kerasnya selama ini.


BARISAN pelakon dan produksi Harry Potter mengakhiri saga fenomena tersebut dengan penuh emosi.


Malah beritahu Watson, hasil duit yang diperoleh daripada filem sulung Harry Potter dahulu, dia belanjakan untuk membeli kereta buat diri sendiri, membeli sebuah komputer riba dan membawa keluarganya bercuti untuk membalas jasa baik keluarga yang menjadi tulang belakangnya selama ini.

"Kalau boleh dikira, saya mungkin tak perlu bekerja lagi untuk masa hadapan hanya dengan hasil yang saya perolehi daripada saga ini," akuinya jujur.

Namun apabila sekali kaki sudah terpasak di bumi lakonan, sukar untuk dia 'cuci tangan'.

Walaupun pada usia sembilan tahun dia pernah memberi jawapan tidak mungkin mejadi pelakon seumur hidup, kini kenyataan itu berubah.

Watson hari ini bukan sekadar dikenali sebagai gadis sihir, sebaliknya kredibilitinya mula teruji dalam filem-filem genre lain yang menampakkan sosok kematangannya.

Ulat buku

Ketokohannya sebagai seorang aktres banyak dibantu oleh kecerdikan dia mengurus diri. Memasuki sekolah lakonan seawal usia lima tahun, duduk di dalam sebuah produksi mega dan menjadi salah seorang aktres Hollywood termahal pada usia baru mencecah 21 tahun, perjalanan hidup Watson sudah dilihat lengkap.

Namun bagi Watson sendiri, kehidupannya tidak lengkap kecuali dia dapat menyudahkan pengajiannya. Mengaku di luar dunia Potterworld (gelaran yang diberi kepada saga Harry Potter) dia seorang gadis naif dan ulat buku. Dia suka belajar dan tidak mahu berhenti belajar.

"Banyak orang bertanya mengapa saya perlu belajar lagi sedangkan saya sudah popular dan kaya dengan hasil sebagai seorang pelakon.

"Mereka semua tak tahu tentang bahagia menjadi seorang pelajar dan mempunyai teman-teman di luar dunia glamor. Sebagai seorang yang telah banyak tertinggal pelajaran, ia (belajar) amat bermakna buat saya," ujarnya mengenai pendiriannya untuk tidak meninggalkan alam 'sekolah'.

Selain terkenal cenderung belajar, satu lagi ciri khas Watson yang dikesan semakin hebat adalah tentang dunia fesyen. Telah berkolaborasi dengan banyak pemilik busana fesyen tersohor malah dia juga mempunyai label fesyen sendiri, Watson memberitahu, dia tidak gemar membazir membeli pakaian berjenama terkenal.

"Secara jujur, saya tidak selalu membeli pakaian berjenama mewah, tetapi saya akui mempunyai beberapa koleksi jenama mewah.

"Saya adalah perempuan tipikal yang akan meminjam atau menyewa sesuatu yang saya suka untuk dipakai ke mana-mana acara istimewa dan memulangkan ia semula pada masanya, macam Cinderella," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amal Hattan, Heliza untuk YBIM

Posted:

Amal Hattan, Heliza untuk YBIM

Amal Hattan, Heliza untuk YBIM

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


HATTAN dan Heliza bergabung membantu anak yatim.


YAYASAN Bina Insan Malaysia (YBIM) adalah antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwujudkan dengan matlamat untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, ibu tunggal atau fakir miskin. Biarpun pada mulanya tumpuan YBIM untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di sekitar Selangor sahaja, kini pertubuhan tersebut meluaskan skop tumpuan kepada golongan miskin bandar dan anak-anak muda di peringkat sekolah dan universiti.

Pengerusi dan Pemegang Amanah YBIM, Noor Firdaus Hilmi Mohd. Hashim berkata, matlamat mereka adalah mahu membantu kerajaan membantu golongan yang kurang bernasib baik menerusi kaedah yang tersendiri. "Bantuan yang diberikan bukan bersandarkan kepada wang ringgit semata-mata, sebaliknya bantuan adalah berdasarkan kepada memberi latihan, motivasi, keusahawanan serta skil dan teknikal," ujarnya mengenai pertubuhan yang telah ditubuhkan sejak tahun 2001 itu.

Namun begitu, sama seperti pertubuhan kebajikan yang lain, YBIM juga turut giat menjalankan pelbagai aktiviti menarik sebagai langkah untuk mengumpulkan dana yang mencukupi bagi membantu mereka yang memerlukan. Pada 17 Julai ini, pertubuhan berkenaan bakal menganjurkan satu Majlis Pelancaran YBIM dan Majlis Makan Malam Amal yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula pukul 7 malam. Majlis tersebut dimeriahkan oleh dua orang penyanyi iaitu Hattan dan Heliza serta disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ujar Noor Firdaus, Hattan dipilih kerana lagu-lagu popular yang dinyanyikan oleh penyanyi itu lebih menjurus ke arah kebaikan, manakala pemilihan Heliza pula kerana penampilannya yang cukup sopan sebagai seorang wanita muslimah. Sementara itu, Hattan yang ditemui pada sidang akhbar itu meluahkan rasa teruja dan bangga apabila diundang oleh pihak YBIM untuk turut terbabit dengan penganjuran aktiviti amal tersebut. Jelas penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Rendang Tak Berbuah itu lagi, sebagai seorang artis dia tidak keberatan jika diminta oleh mana-mana pihak untuk menjayakan sebarang aktiviti amal sebagai salah satu amal jariah yang dapat dilakukan.

"Sebenarnya saya cukup tertarik dengan pendekatan yang dilakukan oleh pertubuhan ini dalam usaha mereka untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik di negara ini," ujarnya yang akan menyanyi 10 buah lagu pada majlis tersebut. Selain itu, Heliza yang turut diundang pada oleh pihak YBIM meluahkan rasa bangganya apabila dapat bergandingan dengan penyanyi sehebat Hattan untuk berada di pentas yang sama menjayakan majlis tersebut. "Ini merupakan salah satu cara untuk saya menyumbang kepada golongan yang memerlukan menerusi majlis ini. Malah, dapat membuat persembahan bersama Hattan suatu yang sangat menggembirakan memandangkan dia adalah penyanyi yang cukup saya kagumi," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Abdee bayangkan Marshanda

Posted:

Abdee bayangkan Marshanda

Abdee bayangkan Marshanda

ABDEE NEGARA atau lebih akrab dipanggil Abdee Slank kini mencuba masuk ke dalam genre pop. Pilihannya pula bukan calang-calang, Marshanda. Malah dia mengaku sewaktu membuat lagu berjudul Cinta Yang Kembali, dia membayangkan Marshanda. "Ini pertama kali saya membikin lagu mellow dan membayangkan Marshanda dalam liriknya. Ternyata dia juga mampu menulis lirik dengan baik dan ia terhasil begitu sahaja selepas itu," ujar Abdee.

Selain lagu tersebut, terdapat tiga buah lagu lain juga kolaborasi mereka berdua yang akan segera dipasarkan. Ditanya mengapa memilih Marshanda, Abdee memberitahu dia suka dengan karakter vokal penyanyi itu yang boleh menyanyi dalam paduan genre pop, rock dan country dengan baik. Ini bukan kali pertama mereka berkolaborasi, sebaliknya mereka pernah terbabit dalam satu projek sempena ulang tahun Marshanda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved