Jumaat, 8 Julai 2011

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Berlumba dengan setengah liter petrol

Posted:

Berlumba dengan setengah liter petrol

Berlumba dengan setengah liter petrol

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my



KALI ini mereka diberikan sebuah enjin bersesaran 660cc, transmisi manual lima kelajuan dan wang berjumlah RM17,500 untuk membina sebuah kereta lumba.

Tempoh masa yang diberikan adalah selama lima bulan. Hanya setengah liter minyak petrol Petronas Primax 95 diberikan untuk perlumbaan Perodua Eco-Challenge 2011 (PEC 2011).

Setiap pasukan perlu memerah otak dan tenaga bagi menghasilkan sebuah jentera yang lengkap sifatnya untuk berlumba. Binaan jentera perlu menepati standard teknikal dan piawaian oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua).

Senario itu nyata berbeza dengan dua kejohanan sama sebelum ini. PEC 2009 dan 2010 masing-masing menyaksikan setiap pasukan diberi sebuah Perodua Myvi 1.3L dan Perodua Viva 1.0L beserta wang berjumlah RM10,000. Ketika itu, satu liter petrol digunakan untuk perlumbaan.

Tahun ini, kejohanan diadakan di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC) di Air Keroh, Melaka. Litar sepanjang 1.7 kilometer (km) menyaksikan pasukan Politeknik Ungku Omar (PUO) muncul juara PEC 2011 bagi kategori Jarak Paling Jauh.

Catatan jarak rasmi ialah 24.07 km dengan setengah liter petrol Petronas Primax 95. Harus diingat, PUO sebenarnya merupakan juara bagi kategori manual Jarak Paling Jauh PEC 2009.

Ketua pasukannya, Mohd. Azmi Ibrahim berkata, keseluruhan projek menyiapkan jentera dilakukan dalam tempoh tiga bulan sahaja. Suntikan modal terpaksa diberikan sehingga kos menghasilkan jentera mencecah RM30,000.

"Teknik pemanduan yang bagus menyumbang peratusan terbesar untuk memenangi pertandingan kali ini. Nisbah kejayaan kereta dan pemandu ialah 40:60," katanya yang juga merupakan seorang pensyarah di politeknik berkenaan.

Kaedah momentum


PASUKAN PUO menjuarai PEC 2011.


Jujur saya katakan, jentera pasukan PUO bukanlah secantik mana. Warnanya kelabu. Rupa keretanya macam paruh burung penguin gergasi. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan 13 pasukan lain.

Namun, kereta paruh penguin itulah yang membantu PUO membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan sebuah trofi. Ia mampu menewaskan pesaing lain. Jadi, cantik tidak semestinya hebat.

Pemandu pasukan PUO, Shahriman Che Rodi berkata, kaedah pergerakan momentum digunakan sewaktu perlumbaan. Apa yang dimaksudkannya ialah jentera digerakkan pada kelajuan ideal dan kemudian enjin kereta dimatikan.

"Apabila pergerakan kenderaan semakin perlahan, saya akan menghidupkan semula enjin dan memandu seperti biasa. Brek tidak digunakan sewaktu mengambil selekoh," katanya yang juga merupakan salah seorang pensyarah kejuruteraan sivil di PUO.

Juara kategori transmisi automatik tahun 2009, USM berjaya menempatkan diri di tempat ketiga dengan jarak 17.4 km. Mereka membawa pulang hadiah RM5,000. Selain itu, pasukan USM turut memenangi tempat kedua bagi kategori kejuruteraan PEC 2011 dengan hadiah RM10,000.

Tempat kedua kategori Jarak Paling Jauh menjadi milik Universiti Selangor (Unisel) dengan jarak 19.1 km. Pasukan dengan kenderaan putih oren itu antara rekaan jentera yang menarik. Mereka menerima hadiah RM10,000 dan sebuah trofi.

Cabaran PEC 2011


KERETA lumba UKM mirip model Lotus Elise.


Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, PEC kali ini mencabar penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi mengetengahkan idea inovatif, kejuruteraan, kerja berkumpulan dan organisasi serta amalan pemanduan baik.

"Perjanjian kami mengenai jentera perlumbaan ialah rekabentuk kereta terpulang pada pihak institut. Jika mereka mahu menjalin kerjasama dengan Perodua, kami mengalu-alukannya," katanya pada sidang media PEC 2011.

Rancangan PEC akan datang adalah untuk melibatkan fakulti lain, (selain fakulti kejuruteraan) dan mahu lebih banyak universiti mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyatakan hasrat mahu memasukkan PEC dalam kalendar Tourism Negeri Melaka.

Ketika para pemandu melintasi barisan penonton untuk ke jentera perlumbaan, mereka diiringi laungan semangat daripada pasukan dan para penonton. Paling mencuit hati ialah rata-rata penonton bersatu hati memberi sokongan kepada pemandu wanita dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tinggi benar semangat kesukanan mereka yang hadir.

Sewaktu perlumbaan, jentera pasukan UTM menghadapi kesukaran menghidupkan enjin ekoran masalah teknikal. Jentera berjaya dihidupkan selepas pesaing lain sudah mendahului litar dengan kira-kira lima pusingan.

Sungguhpun begitu, mereka masih mampu menjadi juara kategori kejuruteraan dan pemenang tempat ketiga bagi kategori rekabentuk/penyertaan PEC 2011.

Pada hari perlumbaan, pelbagai aktiviti turut diadakan menerusi satu karnival mini. Antaranya, pameran model Myvi baharu, cabaran membuka tayar dan permainan snake & ladder. Bagi menghangatkan suasana, satu konsert kecil diadakan. Antara artis yang membuat persembahan ialah Ella dan Salma Mentor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMW Toyota labur RM30j

Posted:

UMW Toyota labur RM30j

UMW Toyota labur RM30j


SISTEM Topas membolehkan alat-alat ganti di gudang dikendalikan dengan lebih cekap.


UMW Toyota Motor baru-baru ini melancarkan rancangan pengembangan kemudahan pusat pengedaran alat ganti yang terletak di Sungai Buloh, Selangor sebagai usaha menampung peningkatan permintaan alat ganti tulen Toyota dan produk minyak pelincir.

Presiden UMW Toyota Motor (UMW Toyota), Ismet Suki berkata, rancangan pengembangan tersebut membabitkan pelaburan berjumlah RM30 juta.

Langkah tersebut membolehkan pihaknya menyimpan lebih banyak komponen dan alat ganti, sekali gus memendekkan masa penghantaran barangan ke cawangan pusat servis Toyota serta para pengedar alat gantinya.

"Kemudahan ini mewarisi tujuh teknik penstoran efisien Toyota. Ia dilengkapi dengan sistem kod bar elektronik untuk mengendalikan barangan dengan lebih efisien dan tepat.

"Gudang ini juga mengguna pakai perisian Toyota Parts Automated System (Topas). Sistem sama yang digunakan di Toyota Motor Corporation bagi tujuan tempahan komponen, penerimaan, invois dan kawalan inventori," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan Kumpulan Toyota Motor Corporation Japan, Katsutada Masumoto, Naib Pengerusi UMW Toyota, Takashi Hibi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Datuk Syed Hisham Syed Wazir dan Naib Presiden Eksekutif Toyota Motor Asia Pacific, Shingo Sasaki.

Mengulas mengenai perniagaan alat ganti, Ismet memberitahu, portfolio perniagaan UMW Toyota itu merekodkan jualan sebanyak RM456 juta pada tahun 2010, peningkatan sebanyak 16 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Meskipun pengeluaran Toyota terjejas ekoran gempa bumi dan tsunami pada Mac lalu, penghantaran bekalan dari Jepun berjaya dipulihkan lebih awal daripada jangkaan asal. Kami optimis berupaya mencapai jangkaan jualan alat ganti kira-kira RM500 juta tahun ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua model S-Class lebih berkuasa

Posted:

Dua model S-Class lebih berkuasa

Dua model S-Class lebih berkuasa



SELEPAS sukses menerusi pengeluaran dan penjualan siri S-Class V221 selama lima tahun di negara ini, Mercedes-Benz Malaysia kini memperkenalkan pula generasi terbaharu S 350 L dan S 500 L BlueEFFICIENCY, masing-masing dengan enjin BlueDIRECT V6 dan V8.

Model Mercedes Benz S350 L BlueEFFICIENCY mampu menjana kuasa kuda sebanyak 306 @ 6,500rpm dan kuasa kilas maksimum ialah 370Nm @ 3500-5250rpm. Ia berupaya memecut dari 0 km kepada 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 6.9 saat sahaja. Kelajuan maksimumnya ialah 250 km/j dan dihadkan secara elektronik.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Car, Mercedes-Benz Malaysia, Kai Schlickum berkata, model sebelum ini hanya berupaya menghasilkan sebanyak 272hp dan tork 350Nm.

"Enjin terbaharu S350 L BlueEFFICIENCY hanya menggunakan sebanyak 7.6 liter petrol untuk setiap 100 kilometer (km). Pengurangan sebanyak 2.4 liter berbanding model sebelumnya.

"Ini menjadikannya jentera paling ekonomikal dalam kelasnya. Kadar emisi karbon dioksida pula telah diturunkan sebanyak 23.5 peratus kepada 179 gram setiap km," katanya pada majlis pelancaran kedua-dua model itu baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengurus Pengurusan Produk Mercedes-Benz Malaysia, Michael Chew.

Untuk model S 500 L BlueEFFICIENCY pula, ia didatangkan dengan enjin turbo kembar V8 yang dapat menghasilkan 435hp. Tork maksimum ialah 700Nm. Peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding model sebelumnya.

"Model ini menggunakan 9.3 liter petrol untuk 100 km. Pecutan dari 0 km kepada 100 km/j hanya mengambil masa lima saat. Kelajuan maksimum ditetapkan pada 250 km/j. Kadar emisi pula sebanyak 219 gram setiap km," jelas Schlickum.

Kamera infra merah


SKRIN lapan inci ini ditawarkan menerusi pakej hiburan barisan tempat duduk belakang.


Menyentuh mengenai aspek keselamatan, Schlickum memberitahu, model S-Class kini dilengkapi dengan kamera baru dan radar sistem pembantu pemandu, Speed Limit Assist, Attention Assist Drowsiness Detection dan Adaptive Highbeam Assist.

Kedua-dua model tersebut turut dilengkapi dengan ciri Night View Assist Plus menerusi kamera infra merah yang berupaya mengesan pejalan kaki pada waktu malam.

"Sejak diperkenalkan pada tahun 1951, Mercedes-Benz sudah menjual sebanyak 3.3 juta unit siri S-Class. Untuk pasaran tempatan, S-Class merupakan peneraju pasaran dengan mewakili 53 peratus pegangan dalam segmen tersebut.

"Pesaing terdekat kami ialah model 7 series BMW," akui Schlickum. Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya sudah menerima tempahan awal kira-kira 10 unit model S-Class, namun tidak memberikan pecahan model berkenaan.

Tahun lalu Mercedes-Benz Malaysia merekodkan jualan sebanyak 5,003 unit kenderaan, meliputi semua model dalam pasaran tempatan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 250 sehingga 300 unit merupakan model S-Class.

Sewaktu membentangkan produk S-Class, Chew menjelaskan semua model S 500 L BlueEFFICIENCY dilengkapi dengan pakej AMG Sport. Ia didatangkan sebagai pakej standard.

Antaranya termasuklah rim aloi bersaiz 20 inci, kit badan AMG, cakera depan lebih besar, pedal tahan karat sport dengan stad getah dan karpet lantai kereta AMG.

Kedua-dua model CKD berkenaan dipasang di kilang Mercedes-Benz yang terletak di Pekan, Pahang. Mercedes-Benz S 350 L BlueEFFICIENCY dan S 500 L BlueEFFICIENCY ditawarkan pada harga RM840,888 dan RM1,056,888 seunit.

Maklumat lanjut, sila layari laman www.mercedes-benz.com.my.

– SHAWKATH AZDE

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kawalan elak ancaman pengacau

Posted:

Kawalan elak ancaman pengacau

Kawalan elak ancaman pengacau


ANGGOTA polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan berkawal dan menutup jalan di hadapan Dataran Merdeka semalam.


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar kecil) berkata, polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan di ibu kota mulai semalam menjelang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus dikekalkan.

"Sekatan-sekatan jalan di tempat-tempat tertentu terpaksa diadakan untuk mengelakkan kumpulan-kumpulan pengacau memasuki bandar raya," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, tindakan itu juga ekoran penemuan senjata sebelum ini yang meningkatkan kebimbangan bahawa ada pihak yang berniat menimbulkan huru-hara.

"Maklumat juga menunjukkan mereka merancang untuk berdemonstrasi dan berarak di beberapa lokasi di dalam bandar raya ini," kata beliau.

Ismail mendedahkan kumpulan-kumpulan itu turut merancang menggunakan masjid-masjid di sekitar bandar raya untuk berhimpun.

"Mereka telah bergerak masuk ke Kuala Lumpur secara persendirian dan kumpulan kecil untuk mengelak dikesan dan ditahan polis," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Melayu jangan bermusuhan

Posted:

Melayu jangan bermusuhan

Melayu jangan bermusuhan


SULTAN SHARAFUDDIN bersalaman dengan orang ramai selepas merasmikan Masjid As-Salam, Hulu Selangor semalam.


HULU SELANGOR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bertitah bahawa baginda akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di Selangor.

Baginda bertitah, sebagai ketua negeri Selangor, baginda tidak akan membiarkan adanya anasir yang akan merosakkan bangsa dan agama.

"Di sini, beta ingin menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya hendaklah bersatu-padu dan janganlah berbalah-balahan antara satu sama lain disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.

"Kita orang Melayu bersatu dengan satu agama iaitu agama Islam," titah baginda ketika merasmikan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa di sini.

Sultan Selangor bertitah, baginda akan berasa sedih jika rakyat Melayu di negeri Selangor berpecah-belah disebabkan pendapat politik yang berlainan.

Baginda turut mengingatkan orang Melayu supaya tidak terlalu mengikut emosi dan cepat terpengaruh dengan hasutan-hasutan yang tidak memberi keuntungan serta manfaat kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa dan agama.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM lancar projek MRT-SBK

Posted:

PM lancar projek MRT-SBK

PM lancar projek MRT-SBK


NAJIB melihat pelan laluan tren yang menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang pada majlis pelancaran MRT di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Projek prasarana terbesar, My Rapid Transit (MRT) bagi laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) bermula semalam dengan jangkaan kapasiti yang bakal memberi nikmat kepada lebih 400,000 pengguna sehari apabila siap pada 2016.

Projek membabitkan laluan sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Najib pada majlis perasmian itu menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa projek itu dilancarkan secara melulu.

Sebaliknya, beliau memberi jaminan bahawa pertimbangan yang amat teliti telah dibuat dengan kajian pertama dimulakan sejak 1998 dan diteruskan antara 2006 dan 2010.

"Projek ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu walaupun dibawa ke pengetahuan umum kebelakangan ini apabila memerlukan maklum balas dan pandangan rakyat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran itu di sini semalam.

Serentak dengan pelancaran itu, kerja-kerja pembersihan tanah bagi projek itu juga bermula dan dijangka siap pada 2016.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Stadium bola di Belanda runtuh

Posted:

Stadium bola di Belanda runtuh

Stadium bola di Belanda runtuh


BEBERAPA kakitangan perubatan melihat bumbung stadium bola sepak kelab FC Twente yang runtuh di Enschede, Belanda semalam.


ENSCHEDE - Seorang lelaki mati manakala 10 yang lain cedera akibat dihempap sebahagian bumbung sebuah stadium bola sepak yang runtuh di Belanda semalam.

Datuk Bandar Enchede, Peter den Qudsten berkata, kejadian berlaku ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan ke atas stadium bola sepak FC Twente.

Menurutnya, secara keseluruhan seramai 14 orang cedera apabila bumbung bahagian selatan stadium berkenaan tiba-tiba runtuh dengan dua daripada mereka parah.

Mangsa yang maut dan cedera katanya, terdiri daripada pekerja binaan di lokasi kejadian.

Setakat semalam, beberapa ekor anjing pengesan dan kamera digunakan untuk mencari jika terdapat mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan itu.

"Punca kejadian masih disiasat," kata Qudsten.

Menurutnya, kerja pembinaan dilakukan untuk meningkatkan kapasiti stadium itu kepada 30,000 orang berbanding 24,000 orang sekarang dengan menambah barisan tempat duduk dan membina beberapa tingkat baharu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Facebook lancar panggilan video

Posted:

Facebook lancar panggilan video

Facebook lancar panggilan video


MARK ZUCKERBERG (kiri) melihat perbualan video Facebook di ibu pejabat parti itu di Palo Alto, California kelmarin.


NEW YORK Amerika Syarikat (AS) - Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video.

Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype.

Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna.

Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.

Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.

Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kapten MU ada 10 kekasih gelap

Posted:

Kapten MU ada 10 kekasih gelap

Kapten MU ada 10 kekasih gelap

LONDON - Seorang penari lucah, seorang model bogel dan seorang penyanyi pop merupakan sebahagian daripada 10 wanita yang menjalin hubungan sulit dengan kapten kelab bola sepak Manchester United (MU), Rio Ferdinand, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama sekurang-kurangnya 10 wanita yang didakwa kekasih gelap Ferdinand itu didedahkan di Mahkamah Tinggi London kelmarin semasa perbicaraan kes saman ganti rugi bintang MU berkenaan terhadap sebuah akhbar mingguan tempatan kerana menyiarkan berita hubungan sulitnya dengan seorang pereka dalaman, Carly Storey.

Ferdinand, 32, yang turut mewakili pasukan England telah berkahwin dengan Rebecca Ellison pada 2007 dan mereka kini mempunyai 3 anak.

Pemain pertahanan MU itu cuma menuntut ganti rugi berjumlah £50,000 (RM240,527) terhadap akhbar berkenaan kerana melanggar hak peribadinya dengan menyiarkan laporan tersebut walaupun dia memperoleh pendapatan dianggarkan jutaan pound.

Namun, peguam defendan, Gavin Millar memberitahu mahkamah bahawa pendedahan memalukan itu perlu dibuat demi menjaga kepentingan awam dan untuk mendedahkan sikap sebenar Ferdinand yang sebelum ini dilabel pemain bersih daripada sebarang skandal.

"Dia (Ferdinand) telah mengabui mata orang awam selama beberapa tahun," kata peguam tersebut.

Antara wanita yang didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Ferdinand termasuk dua model Israel, Lilach Yafe dan Tslil Sela masing-masing berusia 29 dan 22 tahun, model Brazil, Tatiane Rosalino, 26, model bogel, Holly McGuire, 33, dan penari lucah berusia 22 tahun, Coralie Robinson serta pramugari syarikat Virgin, Lauren Alcorn. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Komunikasi seks ibu bapa dan anak

Posted:

Komunikasi seks ibu bapa dan anak

Komunikasi seks ibu bapa dan anak

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my



MUNGKIN sudah menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat kita, perbincangan mengenai seks dan perhubungan intim merupakan satu topik yang cuba dielakkan daripada menjadi perbualan dalam sebuah keluarga.

Kebanyakan ibu bapa mempunyai alasan tersendiri dan antara yang popular adalah anak-anak terlalu mentah untuk mengetahui mengenai seks walaupun hakikat sebenarnya mereka (ibu bapa) tidak tahu apa harus diperkatakan.

Apa yang pasti ibu bapa menjadikan alasan ia bertentangan dengan adat dan budaya serta kurang manis untuk dibincangkan secara terbuka.

Mereka lebih suka berdiam diri dan menyerahkan kepada anak-anak mempelajarinya sendiri.

Akhirnya anak-anak akan menjadikan cerita-cerita yang dijaja oleh rakan sebagai rujukan sedangkan informasi yang diperoleh itu mungkin tidak betul.

Tahukah anda bahawa alam remaja merupakan fasa kritikal dalam hidup setiap orang yang memerlukan ibu bapa sentiasa bersama anak-anak. Ini termasuk dalam berbicara mengenai pelbagai perubahan diri yang dihadapi baik dari segi perubahan fizikal tubuh badan dan emosi?

Pada saat inilah anda selaku ibu, seseorang wanita bertanggungjawab memainkan peranan memberikan panduan yang sepatutnya.

Ya. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi, tidak salah dan ruginya untuk anda mencuba.

Malah, ada ibu bapa yang berfikiran terbuka kini pun masih ragu-ragu dan teragak-agak apabila diminta berbicara mengenai seks di hadapan anak remaja mereka.

Hilangkan kekok ibu dan anak

Bagi merungkai permasalahan komunikasi terlarang itu, syarikat farmaseutikal, Bayer Healthcare telah mengadakan bengkel khas khusus untuk wanita sahaja bagi membantu para ibu dan anak perempuan mereka mengatasi rasa kekok berbicara mengenai seks.

Jangan salah sangka, bengkel itu bukan mengajar mengenai seks tetapi, ia membekalkan informasi dan tip mengenai bagaimana untuk memulakan dan mengawal perbincangan tentang seks serta perhubungan.


PERUBAHAN emosi dan fizikal akan dilalui oleh gadis yang menempuh alam dewasa.


Malah, ia turut menyentuh mengenai isu kesihatan wanita, kepentingan menjaga alat sulit dan kesihatan reproduktif selain pada masa yang sama menjelaskan peranan merancang kehamilan apabila menyentuh mengenai isu kehamilan tidak dirancang.

"Transformasi daripada seorang gadis remaja menjadi wanita dewasa merupakan sesuatu yang amat mengagumkan. Namun, jika anak gadis anda tidak tahu apa yang bakal ditempuhinya, tidak bersedia untuk melalui perubahan fizikal dan hormon yang berlaku, ia akan menimbulkan kekeliruan selain dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan.

"Sebagai seorang gadis yang mahu melangkah ke alam dewasa, dia perlu memahami perubahan fizikal dan hormon yang bakal ditempuhinya," kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Premitha Damodaran yang mengupas topik mengenai Fahami Tubuh Anda pada bengkel tersebut.

Premitha juga menegaskan bahawa pendidikan tidak terhenti dengan mengetahui mengenai kitaran haid dan reproduktif sahaja.

"Ibu perlu memainkan peranan utama sebagai rakan dan tempat mengadu yang boleh membimbing anak perempuan mereka mengharungi langkah pertama menjadi seorang wanita.

"Anak-anak perempuan anda bakal menjadi seorang gadis remaja yang secara biologinya mampu untuk melahirkan anak. Ia adalah saat yang genting untuk mereka dibekalkan dengan pengetahuan tentang kesihatan reproduktif, seks selamat dan kontrasepsi," ujarnya.

Jangan biar anak seorang diri

Tambah wanita itu lagi, apabila dibekalkan dengan informasi yang sepatutnya, anak-anak gadis sedikit sebanyak sudah bersedia dengan implikasi yang bakal dilalui di samping melindungi diri mereka daripada insiden yang tidak dijangka.

"Jangan sesekali malu bertanya mengenai alam dewasa kepada ibu dan bagi ibu pula, jangan mengelak daripada berbicara mengenai topik ini kerana andalah orang yang paling berhak untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada anak gadis anda.

"Ia melibatkan perubahan fizikal tubuh badan dan emosi serta keadaannya berbeza di antara individu dengan individu yang lain. Jadi, ibu perlu berada di sisi anak masing-masing dan jangan membiarkan mereka menghadapinya seorang diri," jelasnya.

Selain itu, perubahan emosi juga berlaku dan ia disebabkan perubahan hormon. Ketika ini anak gadis anda merasai stres, cepat marah, terlalu sensitif dan semua ini bermula pada usia 11 tahun sehingga haid mereka datang menjengah.

"Jangan sesekali menjadikan budaya sebagai alasan untuk tidak berkomunikasi dengan anak-anak remaja anda mengenai topik-topik tabu yang kononnya menjadi pantang larang masyarakat Timur.


ANAK-ANAK cenderung mendapatkan maklumat mengenai seks melalui rakan sebaya.


"Peranan ibu terhadap anak perempuan sangat diperlukan untuk berkomunikasi mengenai topik-topik intim seperti seks, perhubungan dan kontrasepsi," kata Perunding Psikologi Klinikal, Sunway Medical Centre, Paul Jambunathan.

Tambahnya, komunikasi terbuka terbuka adalah penting dan ibu perlu menjadi sumber utama untuk mendapatkan maklumat mengenai kesihatan seksual, kehamilan dan perancangan keluarga.

Anak-anak perempuan perlu tahu bahawa mereka boleh bergantung kepada sokongan ibu mereka dalam setiap keadaan.

"Memberikan ruang kepada anak-anak muda kita berbicara dengan ibu mereka tentang seks dan perhubungan tidak bermakna kita menggalakkan mereka untuk mula melakukan hubungan seks," ujarnya.

Sebaliknya, ia adalah cara terbaik untuk melindungi mereka daripada kejadian yang tidak diingini dan memberi kuasa kepada mereka untuk membuat pilihan bijak serta bertanggungjawab dalam kehidupan mereka.

"Dalam masyarakat India, apabila anak gadis mereka datang haid pertama, mereka akan meraikannya dengan meriah untuk menguar-uarkan bahawa anak mereka subur dan mampu melahirkan zuriat," kata Paul.

Komunikasi mengenai topik-topik tabu boleh melibatkan anak lelaki kerana akan datang mereka akan menjadi suami kepada seorang wanita dan bakal ayah kepada anak-anak.

"Mulai hari ini, tanyalah apa sahaja kepada ibu anda. Sumber yang paling selamat adalah daripada ibu dan bukannya rakan kerana dikhuatiri mereka memberikan informasi yang salah.

"Tiada apa yang perlu dimalukan. Kedua-duanya perempuan jadi ia seharusnya lebih mudah," tegasnya.

Kisah haid pertama

Berkongsi pengalamannya bersama peserta bengkel, pelakon, model dan pengacara berbakat, Julie Woon juga menghadapi masalah komunikasi yang sama.

"Saya amat rapat dengan ibu kerana dialah penyokong dan teman baik saya. Kami seringkali berborak tentang apa sahaja.

"Walaupun mengamalkan komunikasi terbuka, kami sebenarnya tidak pernah berbincang mengenai topik-topik yang dianggap tabu ketika saya menjangkau fasa awal remaja dan awal dewasa walaupun ketika itu sudah ada perasaan terhadap lelaki," katanya yang menyifatkan ibunya sebagai konservatif dalam hal tersebut.

Menceritakan detik haid pertamanya, Julia memberitahu dia mengetahui mengenai haid melalui cerita daripada rakan-rakannya.

"Ketika itu usia saya 15 tahun dan ibu tiada di rumah. Seharian saya sakit perut dan terperuk di dalam bilik kerana kedatangan haid kali pertama.

"Apabila meminta ayah membelikan pil merah jambu yang boleh melegakan senggugut di farmasi, dia membawa pulang pil demam untuk kanak-kanak yang mempunyai warna yang sama," ujarnya sambil ketawa.

Katanya, walaupun tidak berbicara mengenai topik larangan itu, ibunya punya cara tersendiri dengan menggunting artikel-artikel kesihatan yang berkaitan supaya dia membacanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kebolehan peserta Daisy Zon Utara

Posted:

Kebolehan peserta Daisy Zon Utara

Kebolehan peserta Daisy Zon Utara

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my


NATRAH (dua dari kini) menerima hadiah kejuaraan kategori biskut Zon Utara oleh Chef Liza (dari kiri), Stella dan Zamri pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Sabtu lalu.


SEPERTI tidak sabar untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam membuat kek dan biskut, seramai 30 peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Utara tiba empat jam lebih awal sedangkan pertandingan hanya bermula pada pukul 3 petang Sabtu lalu.

Malah, ada peserta sudah bersedia dengan kelengkapan masing-masing sambil menunggu di pekarangan tingkat satu pusat beli-belah Star Parade, Alor Setar, Kedah seawal pukul 9 pagi.

Rata-rata peserta yang berentap pada pertandingan bagi Zon Utara itu datang dari sekitar Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 3 petang, setiap peserta bagi kategori kek dan biskut mengambil tempat masing-masing dan mula menunjukkan kebolehan masing-masing.

Untuk pertandingan peringkat zon itu, semua peserta dibenarkan menyediakan kek dan biskut lebih awal di rumah tetapi perlu membuat dekorasi sajian di lokasi pertandingan.

Untuk Zon Utara peserta menghias hidangan mereka selama 45 minit mengikut tema Flora.

Peserta ibu dan anak

Setiap peserta juga perlu menggunakan minyak jagung Daisy sebagai salah satu bahan wajib dalam resipi kek dan biskut mereka.

Produk yang menggunakan 100 peratus minyak jagung asli dan bebas kolesterol itu diperkaya dengan vitamin E, omega 6 dan poli lembut.

Selain gubahan biskut alam flora Daisy dan biskut brokoli Daisy, antara yang menarik perhatian ialah kek Jagung Daisy resipi dan dekorasi milik seorang suri rumah, Maizum Ibrahim, 63. Peserta dari Balik Pulau, Pulau Pinang itu mempertaruhkan kek gulung yang dihias seakan-akan jagung.

Menurut Maizum, kek Jagung Daisy ciptaannya adalah kek bahulu gulung perisa jagung yang menggunakan minyak jagung Daisy.

"Kek ini dihias seperti jagung menggunakan krim jagung berwarna kuning," katanya yang mencuba sebanyak lima kali untuk pertandingan itu.

Menariknya dalam pertandingan itu, Maizum turut ditemani anak perempuannya, Sophia Ismail, 45, yang menyertai kategori biskut.

Sophia mempertaruhkan biskut Seri Pala Daisy pada cabaran berkenaan memandangkan buah pala terkenal di Pulau Pinang.

Katanya, serbuk pala dengan campuran gula dan ditambah dengan minyak jagung Daisy akan menjadikan biskut lebih rangup bila dimakan.

"Rasanya memang unik kerana menggunakan serbuk buah pala dan itu adalah keistimewaan biskut ini," jelasnya.

Pesaing muda

Bagi peserta lelaki termuda, Abdul Wafriy Abdul Wahab, 23, dari Permatang Pauh, Pulau Pinang berkata, cabaran kali ini adalah sangat sengit kerana rata-rata peserta mempunyai pengalaman menyertai pertandingan lain sebelum ini.


FEEDA yang lebih dikenali sebagai Gadis Pantene kini turut bergelar penyanyi mendendangkan lagu Ku Mohon Padamu.


"Ini kali pertama saya masuk pertandingan biskut dan saya rasa amat kerdil jika dibandingkan dengan kebolehan peserta lain yang mempunyai kemahiran tersendiri.

"Tengok sahaja mereka buat dekorasi dan cara menghias biskut dan kek, saya sudah rasa gugup kerana saya masih dalam proses belajar," katanya yang bekerja di bahagian makanan Barat di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Abdul Wafrij mempertaruhkan biskut Bakul Seri Daisy yang menggunakan kelapa parut kering, buah-buahan campuran dan badam.

Mentor yang banyak memberi tunjuk ajar dalam penghasilan biskut tersebut adalah ibunya, Rosna Ismail, 48, yang turut hadir pada pertandingan tersebut.

Seorang lagi peserta muda bagi kategori kek, Hasniza Haris, 25, memberitahu, dia menyertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Utara kerana mahu menimba pengalaman daripada peserta-peserta lain.

"Saya memang minat buat kek dan hari ini saya mahu belajar daripada peserta-peserta lain mengenai resipi-resipi kek terkini.

"Nampak semua hebat-hebat belaka, hiasan mereka memang kreatif dan unik," katanya dari Arau, Perlis.

Menurut Hasniza, dia mempertaruhkan kek Coklat Kukus yang lembab dengan menggunakan minyak jagung Daisy.

"Walaupun tidak menang, saya tetap puas hati kerana dapat bertanding bersama peserta-peserta lain yang hebat-hebat belaka," katanya sambil memberitahu telah mencuba sebanyak enam kali untuk membuat kek itu dengan kos lebih RM300.

Sementara itu, seorang pengusaha biskut dan kek, Izawaty Kamarudin, 38, pula mencuba nasibnya pada pertandingan tersebut dengan biksut tat nanas yang dibentuk seperti bunga daisy sebelum digubah menjadi sejambak bunga di dalam pasu.

"Rasanya memang lazat kerana saya gunakan minyak jagung Daisy dan untuk dekorasinya saya hanya guna pasu bunga dan kertas berwarna yang mana bunga itu adalah biskutnya sendiri," jelasnya yang datang dari Kuala Nerang, Kedah.

Pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Utara, seorang jururawat, Natrah Ismail, 59, dan pembantu doktor, Faisal Baharom, 36, dinobatkan sebagai juara pertandingan selepas biskut dan kek yang dipertaruhkan memikat hati para juri yang diketuai duta minyak jagung Daisy, Chef Liza Zainol.

Kejayaan Natrah diraih menerusi biskut Kana Daisy yang berjaya mendapat 308 markah, sementara Faisal pula mengungguli kategori kek dengan mempertaruhkan kek Flora Daisy Cassava dengan markah 314.


NATRAH (duduk dua dari kiri) dan Faisal (duduk tengah) diraikan sebagai pemenang Zon Utara bagi kategori kek dan biskut.


Kedua-dua peserta dilihat mengalirkan air mata sebaik nama mereka diumumkan sebagai pemenang oleh pengacara cabaran yang juga hos Selamat Pagi Malaysia RTM, Tazneem Faisal Meerangkutty.

Hadiah berupa wang tunai RM300 dan hamper disampaikan oleh Pengurus Iklan Kosmo!, Stella Abdullah, Chef Liza Zainol dan turut hadir Penolong Pengarang Rencana Kosmo!, Zamri Rambli.

Peserta yang tidak bernasih baik tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing turut mendapat sagu hati wang tunai RM100 serta hadiah daripada Daisy dan Tupperware.

Natrah dan Faisal terpilih untuk melangkah ke peringkat akhir Cabaran Daisy Sehebat Chef yang akan diadakan pada 17 Julai ini di Plaza Shah Alam, Selangor. Untuk peringkat akhir pemenang akan pulang dengan wang tunai RM5,000 dan barangan Tupperware bernilai RM5,000 bagi juara.

Pada cabaran Zon Utara tersebut juga, peserta dan pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis Rafidah Ibrahim atau Feeda dan Nubhan selain persembahan kebudayaan daripada Starmoon Dance Group.

Selain itu seramai 42 pengunjung turut berpeluang menyertai pertandingan menghias kek cawan dan mereka mendapat cenderamata berupa buku resipi dan botol comel minyak jagung Daisy daripada penganjur.

Cabaran Daisy Sehebat Chef itu diadakan Kosmo! dengan kerjasama minyak jagung Daisy dan Tupperware.

Cabaran selepas ini akan berlangsung di Giant, Tampoi, Johor pada 10 Julai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Atasi panas baran

Posted:

Atasi panas baran

Atasi panas baran

DALAM satu kes konsultasi dua minggu yang lalu, saya bersemuka dengan sepasang suami isteri yang sudah setahun berkahwin tetapi, baru enam bulan tinggal sebumbung. Sebelum itu mereka merupakan pengantin jarak jauh. Sadisnya, sepanjang tempoh enam bulan tinggal bersama, si isteri telah memecahkan tiga buah peti televisyen lantaran, marah dan mengamuk kepada suami.

Apabila ditanya, si isteri mengakui dia mempunyai sikap panas baran dan sikap tersebut diwarisi daripada ayahnya. Malah tiga saudaranya yang lain juga bersikap panas baran dan dia tidak boleh membuang sikap tersebut.

Perlu difahami, panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri.

Rasulullah mencadangkan dua tindakan bagi mengatasi panas baran iaitu dengan cara mengubah posisi atau cara duduk dan berwuduk. Kedua-dua saranan itu terdapat dalam sabda baginda yang bermaksud: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring."(hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk."(hadis Riwayat Abi Daud).

Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri.

Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.

Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran yang ternyata memberikan kesan buruk kepada perhubungan.

1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan

Jika anda tahu pasangan anda mempunyai sikap panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan.

Bagi anda yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan baran anda, segera jauhkan diri anda daripada keadaan tersebut dan carilah masa yang sesuai untuk bertenang.

2. Mendiamkan diri ketika marah

Panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan. Cara terbaik untuk mengurangkan sikap panas baran anda adalah dengan mendiamkan diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Apabila anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah, secara tidak langsung anda berusaha menghilangkan sikap panas baran anda sedikit demi sedikit.

3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.

Jika sebelum ini anda terbiasa memekik atau bertindak garang ketika marah, usahakan untuk meluahkan rasa marah anda secara positif dan terhormat agar anda lebih dihormati.

Perlahankan suara, bercakap menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan orang lain dan elakkan daripada bertindak secara fizikal.

4. Luah pada masa dan tempat sesuai

Emosi marah yang tidak terkawal juga berpunca daripada perasaan yang dipendam. Ledakannya ibarat gunung berapi pendam yang mungkin meletus bila-bila masa tanpa amaran.

Lantas, sentiasa luahkan emosi malah apa jua masalah yang anda alami bertepatan pada masa dan tempatnya. Tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan anda seterusnya mengurangkan sikap panas baran anda.

5. Bawa bertenang

Anda perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam menghadapi apa juga keadaan dan situasi yang menggugat kesabaran anda. Praktikkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.

Jika anda Muslim, beristighfarlah kerana dengan beristighfar anda akan tahu anda adalah hamba-Nya dan jika Allah mampu mengampunkan hamba-Nya, kenapa tidak anda? Memaafkan orang lain dapat mengelakkan panas baran.

6. Senyum

Nampak macam satu perkara mudah tetapi percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan. Praktikkan untuk sentiasa melakarkan senyuman tanpa mengira masa dan keadaan.

Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menjadi satu penawar kepada kemarahan dan sikap panas baran anda.

Untuk Muslim, saya menyarankan anda untuk sentiasa mengamalkan zikir-zikir bagi mengingati Allah. Ucapkanlah zikir Sayidatina Fatimah iaitu "Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar." Sentiasa lafazkan zikir ini, insya-Allah akan dapat membantu meringankan tekanan hidup anda sekali gus mengelakkan sikap panas baran anda berleluasa.

Ingatlah! Tiada satu faedah pun daripada sikap panas baran. Yang ada hanyalah keburukan yang memusnahkan perkahwinan, persahabatan, kerjaya dan kesihatan anda.

Ingatlah! Segala cadangan disebutkan tadi tidak akan berhasil jika anda tidak melakukan satu perkara paling penting iaitu berubah!

Hanya jika anda mahukan perubahan, barulah perubahan tersebut akan berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


22 tan ekor lembu Argentina dirampas

Posted:

22 tan ekor lembu Argentina dirampas

22 tan ekor lembu Argentina dirampas

08/07/2011 9:16pm

PELABUHAN KLANG — Kastam Selangor mematahkan cubaan membawa masuk 22,750 kilogram ekor lembu beku bernilai RM342,150 menerusi Pelabuhan Utara, di sini semalam.

Pemangku Pengarah Kastam Selangor, Mohd. Pudzi Man berkata, ekor lembu itu ditemui dalam sebuah kontena yang diikrar sebagai lobak merah dan dipercayai dibawa dari Argentina.

Walaupun pengimportan ekor lembu tidak dikenakan cukai namun ia disyaki tidak mempunyai permit import dari Jabatan Veterinar dan juga sijil halal katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mohd. Pudzi berkata, pihaknya sedang mengesan pengimport terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 (semakan 1980). — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyelia tadika kena perketat keselamatan

Posted:

Penyelia tadika kena perketat keselamatan

Penyelia tadika kena perketat keselamatan

08/07/2011 9:16pm

KUALA TERENGGANU — Penyelia setiap Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) diarah supaya mengambil langkah keselamatan yang lebih ketat bagi menghalang kejadian yang tidak diingini, seperti insiden lelaki kurang siuman menawan sebuah Tadika di Muar, Johor semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, antara langkah yang perlu dibuat ialah setiap Tadika hendaklah menyediakan sistem perhubungan yang cepat dengan polis dan pihak pasukan keselamatan yang lain.

Beliau berkata, setiap Tadika hendaklah mempunyai nombor telefon polis atau pihak berkuasa yang lain supaya senang dihubungi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Guru-guru Tadika pula harus lebih berwaspada dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa jika disyaki tempat mereka diceroboh," katanya demikian selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan pemimpin Rukun Tetangga dan pemimpin masyarakat seluruh Terengganu di sini hari ini.

Mengulas kejadian 30 murid dan empat guru Tadika ditawan oleh lelaki kurang siuman yang menggunakan parang dan tukul itu, beliau berkata kejadian yang berlaku itu tidak dijangka.

— LAGI TADIKA-KESELAMATAN 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU "Jika ada orang kurang siuman berbuat demikian, sukar bagi kita untuk menghalang," katanya.

Sementara itu, Koh berkata kini terdapat sebanyak 5,277 buah Rukun Tetangga melibatkan 130,000 anggota jawatankuasa.

"Setiap hari ada saja Rukun Tetangga baru ditubuhkan. Kita sasarkan setiap tahun 300 buah Rukun Tetangga ditubuhkan di setiap negeri, tetapi ia telah melebihi kepada 500 buah," katanya.

Beliau berkata, peranan Rukun Tetangga yang bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis sangat penting demi menjaga keamanan di sesuatu kawasan kediaman. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tol Lebuh Raya Senai Desaru mula Ahad

Posted:

Tol Lebuh Raya Senai Desaru mula Ahad

Tol Lebuh Raya Senai Desaru mula Ahad

08/07/2011 8:55pm

KUALA LUMPUR — Pengguna Lebuhraya Senai Desaru (SDE) akan dikenakan bayaran tol bermula pukul 12.01 tengah malam esok.

Ketua Kewangan dan Perkhidmatan Korporat Senai Desaru Expressway Berhad, Jamal Abdul Nasir Taharim berkata, kewujudan lebuh raya itu memendekkan tempoh perjalanan dari Senai ke Desaru kepada hanya 45 minit.

"Perjalanan dari Senai ke Desaru lebih cepat dan selesa berbanding laluan sedia menggunakan Jalan Persekutuan 3 dan J92 yang mengambil masa hampir dua jam," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

SDE dibuka kepada umum 10 Jun lepas dan pengguna menikmati perjalanan tanpa dikenakan tol selama sebulan sehingga 10 Julai ini. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bersatu jadi Mizz Noh

Posted:

Bersatu jadi Mizz Noh

Bersatu jadi Mizz Noh



MEREKA dari latar belakang yang berbeza, namun takdir telah mempertemukan kedua-duanya. Sejak itu, Noh atau nama sebenarnya Mohammed Noh Salleh, 27, sudah terkena panahan asmara Mizz Nina, 31.

Bekerjasama untuk single mereka yang berjudul Kurnia pada bulan Disember 2009, hubungan yang pada mulanya sekadar rakan sekerja itu lantas berputik menjadi pasangan kekasih sekitar bulan Januari 2010.

Dibajai kasih dan sayang, cinta mereka itu mekar subur sehinggalah tiba detik penyatuan jiwa, hati dan nurani mereka menjalani akad nikah pada Jumaat lepas.

Jelas sekali, hubungan cinta yang disirami kemesraan selama setahun lima bulan itu akhirnya menjadi ikatan perkahwinan sekali gus melengkapkan mereka sebagai suami isteri dengan panggilan baharu iaitu Mizz Noh.

Sebuah cinta pasti ada faktor penyebabnya tidak terkecuali pasangan Mizz Noh ini. Saat diajukan soalan kenapa memilih Noh sebagai teman hidupnya, anak bongsu kepada Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad, Tan Sri Azman Hashim itu memberitahu, sifat humor dan rendah diri Noh melengkapkan dirinya yang tenang dan pemalu.

Bagi Noh pula, dia menganggap isterinya itu sebagai wanita sempurna. "Dia cool dan tidak berdrama. Sebab itu kenapa saya cintakan Nina," tutur Noh bersahaja tetapi penuh bermakna.

Berpeluang bersua dengan pasangan pengantin pada majlis resepsi khusus untuk para media dan sahabat handai kelmarin di Hotel DoubleTree by Hilton, The Intermark, Kuala Lumpur, jelas terpancar sinar bahagia di wajah mereka yang sudah kira-kira enam hari bergelar suami isteri.

Menariknya, majlis resepsi itu agak santai dan unik dengan tema Jepun yang disuntik elemen Melayu kontemporari. Nina muncul penuh elegan dengan sepersalinan baju ala kimono manakala Noh pula segak dengan sepersalinan baju Melayu ala Jepun.

Pakaian pasangan pengantin yang direka pereka terkenal tanah air, Micheal Ong itu bagaimanapun masih menerapkan ciri-ciri kemelayuan.

Suasana dalam dewan begitu meriah dengan pepohon sakura dan tanglung-tanglung yang menjadikan perkahwinan pasangan itu nyata begitu unik sekali.


KOSTUM unik Noh dan Nina yang menggabungkan elemen fesyen Jepun dan Melayu kontemporari.


Lebih unik, para tetamu yang hadir tidak disediakan meja bebas, yang menyebabkan mereka bebas bergerak dan bersantai bersama menikmati juadah yang terdiri daripada makanan Melayu dan Jepun.

Minat anime

Ilham mengadakan majlis sebegitu dikatakan timbul apabila Nina dan Noh mempunyai minat yang sama dan satu terhadap anime (animasi Jepun). Persamaan itu menyebabkan mereka itu saling jatuh cinta.

"Kami sangat sukakan anime, gemar mendengar muzik Jepun dan sangat berselera menikmati sushi. Sebab itu mengapa tema Jepun ini dipilih sebagai majlis resepsi buat para media dan sahabat handai," ungkap Nina kepada media selepas majlis resepsi tersebut.

Balas Noh pula: "Kami memang mahu buat majlis resepsi untuk media dan kawan-kawan secara fun. Tidak mahu mereka tertekan dengan majlis yang begitu formal."

Selepas ini, Nina dan Noh bakal terbang ke Miri, Sarawak bagi melaksanakan majlis resepsi di sebelah keluarga Noh yang bakal diadakan di Eastwood Golf Resort pada 15 Julai nanti dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman.

Menurut Noh, sebelum mengadakan majlis resepsi pada 15 Julai depan di Miri itu, satu majlis doa selamat sempena perkahwinannya serta hari jadi Nina yang jatuh pada tarikh yang sama iaitu 1 Julai lalu dan sambutan kelahiran anak buah Noh bakal diadakan di kediaman keluarganya.

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti tidak lengkap jika tidak menyentuh tentang lokasi bulan madu. Pasangan Mizz Noh juga tidak terkecuali. Mereka merancang untuk berbulan madu selama dua minggu bermula 17 Julai ini di United Kingdom, Rom, Itali dan Kepulauan Maldives.

Selepas berbulan madu, Nina dan Noh masing-masing bakal sibuk di studio untuk rakaman lagu. Nina bakal keluar dengan lagu single berjudul Take Over manakala Noh pula bakal sibuk menyiapkan album penuh Hujan.

Bercerita mengenai Take Over, ia merupakan single terbaharu penyanyi R&B itu selepas berjaya dengan single terdahulunya, What Waiting For, kolaborasi bersama Colby O'Donis.

"Take Over adalah single terbaharu Nina bersama artis Flo Rida. Ia sudah ke udara di stesen-stesen radio tetapi klip videonya bakal disiapkan menjelang bulan Ogos ini," katanya mengenai kolaborasinya bersama Flo Rida yang pernah bekerjasama dengan ramai penyanyi tersohor global seperti Justin Timberlake, Madonna, Katy Perry dan Lady Gaga.

Bagi Noh pula, album terbaharu Hujan dikatakan lewat dihasilkan kerana dia begitu sibuk menguruskan majlis resepsinya bersama Nina sejak tujuh bulan yang lalu.

Rancak bercerita mengenai majlis resepsi, bulan madu dan rakaman album, tiada sebarang rancangan memiliki anak yang terpacul di bibir Noh mahupun Nina.

Cincin cinta

Ditebak persoalan tentang anak, Noh dan Nina mengakui merancang ingin memiliki anak selepas masing-masing selesai menjalani rakaman lagu dan album. Namun, mereka menerima seadanya andai rezeki anak dikurniakan Tuhan lebih awal.


SIKAP Nina yang sentiasa tenang dan tidak berdrama menyebabkan Noh jatuh cinta kepadanya.


"Kalau boleh kami ingin fokus pada lagu dan album dahulu sebelum memikirkan anak. Tetapi, jika kami dikurniakan anak dalam masa terdekat ini, kami menerimanya," kata Nina yang merancang memiliki tiga orang anak manakala Noh hanya menginginkan dua orang anak sahaja.

Seperkara yang menarik tentang pasangan Mizz Noh adalah apabila melihat cincin masing-masing yang tersarung di jari manis. Ada beberapa perkataan indah yang terselit di situ. Cincin yang tersarung di jari Nina tertera perkataan Nina Love Noh dan begitu juga sebaliknya pada cincin di jari Noh tertera pula perkataan Noh Love Nina.

Tidak gah dan terlalu mencuri pandangan, cincin Nina dikatakan dipilih sendiri oleh Noh. Kata Nina, dia sangat sukakan cincin pemberian Noh itu kerana ia ringkas dan boleh dipakai sentiasa.

"Noh yang pilih sendiri cincin ini tetapi saya suka. Saya tidak mahu yang gah sebab susah hendak buat kerja. Saya juga boleh memakainya setiap hari," kata Nina yang merancang untuk memasak makanan kegemaran Noh buat pertama kalinya menjadi isteri kepada lelaki itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wu Chun tinggalkan Fahrenheit

Posted:

Wu Chun tinggalkan Fahrenheit

Wu Chun tinggalkan Fahrenheit

ANGGOTA kumpulan Fahrenheit, Wu Chun dikatakan meminta separuh daripada gaji keseluruhan yang diraih kumpulannya itu sebagai syarat untuk memperbaharui kontraknya.

Seorang lagi anggota kumpulan itu, Aaron Yan pula dilaporkan hampir membelasah seorang peminat selepas diasak soalan berkaitan kehidupan peribadinya.

Kumpulan pop Taiwan itu menjadi bualan utama apabila terdapat khabar angin yang mengatakan Wu Chun bakal keluar dari Fahrenheit.

Menurut seorang jurucakap kumpulan itu, syarikat rakaman yang menaungi Fahrenheit iaitu HIM International (HIM) telah bersetuju memberi pelepasan untuk Wu Chun menjadi seorang penyanyi solo selepas gagal memenuhi permintaan Wu Chun itu.

Membidas kenyataan itu, Wu Chun menjelaskan pihak HIM sebenarnya yang cuba mengasaknya berkenaan tawaran tersebut apabila perbincangan mengenai statusnya memperbaharui kontrak dilakukan.

Wu Chun menyatakan bahawa dia terpaksa berfikir berulang kali berkenaan tawaran itu dan akhirnya memutuskan untuk menolaknya.

Bagaimanapun, HIM menolak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung terma kontrak Wu Chun dan syarikat rakaman itu.

Berikutan itu, khabar angin tersebar mendakwa kumpulan peminat Fahrenheit turut juga sudah berpecah.

Pada hari Sabtu lalu, selepas sebuah majlis di Wuxi, seorang peminat yang berang dikatakan mengacukan sebuah pemetik api dan menyimbah air kepada Aaron sambil memekik memintanya meninggalkan band Fahrenheit.

Aaron yang bengang terhadap tindakan itu cuba membelasah peminat tersebut sebelum dihalang oleh pasukan keselamatan.

Sebagai respons terhadap insiden itu, HIM mengulas: "Ia tetap akan terjadi tetapi kemungkinan kali ini berlaku kerana perubahan dalam kumpulan Fahrenheit yang mengundang tekanan emosi kepada peminat.

"Namun kami percaya tiada sebarang niat jahat terlibat sama."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rezeki Imam Muda Hassan

Posted:

Rezeki Imam Muda Hassan

Rezeki Imam Muda Hassan

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


HASSAN menganugerahkan kemenangannya kepada ibu dan arwah ayahnya.


HANYA dengan perbezaan lima markah, pensyarah Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, berjaya melayakkan dirinya sebagai juara Imam Muda musim kedua (IM2) yang berlangsung Jumaat lalu di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur.

Kemenangan anak kelahiran Lumut, Perak itu dikhabarkan berpihak kepada Hassan kerana pemuda itu mempunyai suara yang sedap ketika bertaranum selain banyak menyimpan senyum dan mendapat markah ujian teori yang tinggi saban minggu.

Penghuraian kemenangan itu dijawab tenang oleh Mudir (Pengetua) Imam Muda 2, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, saat kemenangan Hassan disoal para media ketika sidang akhbar usai malam kemuncak Iman Muda 2.

Katanya, keputusan kemenangan Hassan yang dinilai para juri juga adalah telus tanpa sebarang pakatan.

"Penilaian pertandingan ini adalah telus daripada setiap juri. Tiada pakatan yang wujud dalam pertandingan Imam Muda 2.. Kedua-duanya mempamerkan persembahan yang mantap di malam kemucak Imam Muda 2 tetapi kelebihan lima markah berpihak kepada Hassan.

"Hassan juga mempunyai kelebihan pada ujian teori yang konsisten setiap minggu. Hassan juga pernah dinobatkan sebagai pelajar contoh sebanyak dua kali sepanjang 10 minggu program dijalankan," katanya bagi mengulas mengenai kemenangan Hassan.

Bagi Hassan sendiri, dia tidak menyangka kemenangan pada malam itu berpihak kepadanya. Menurutnya, ia ibarat mimpi yang menjadi nyata. Bahkan ujian tazkirah, hafalan ayat al-Quran dan sesi soal jawab sangat mencabar baginya.

"Kemenangan ini bukan untuk saya seorang tetapi juga buat ibu dan arwah ayah. Saya sangat bersyukur dan tidak menyangka dengan kemenangan ini. Kemuncak malam IM2 sangat mencabar apabila kami berdua perlu bertazkirah, berselang seli menghafal ayat al-Quran dan menjawab soalan yang diberikan," kata Hassan yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Al-Quran dan Hadith), Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Ditebak dengan soalan peserta paling beremosi kerana sering mengalirkan air mata, menurut Hassan, sejak ayahnya meninggal dunia dia terlalu rapat dengan ibunya. Selama tiga bulan tidak bertemu ibu dan mengetahui akan dunia luar, jiwanya menjadi tidak keruan. Maknya juga banyak mengharapkan yang terbaik buat dirinya.

Sementara itu, kekalahan Nazrul tidak bermakna diri anak kelahiran Segamat, Johor itu tidak hebat tetapi nasib tidak menyebelahinya. Nazrul turut dipuji pengetua Hassan kerana mempunyai kelebihan tersendiri. Katanya, pemenang tempat kedua Imam Muda 2 itu mempunyai jiwa pendidik dan pandai berkata-kata.


SERAMAI sepuluh peserta Imam Muda termasuk pemenangnya Mohd. Hassan Adli Yahaya (lima dari kiri) bebas berkhidmat untuk masyarakat selepas ini.


"Beralih pada Nazrul, walaupun dia tidak menang tidak bermakna dia tidak hebat. Nazrul mempunyai kelebihan tersendiri. Dia berjiwa pendidik dan sangat pandai bercakap," kata Hassan.

Ditanya mengenai perancangan kedua-dua Imam Muda itu selepas ini, menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, sepuluh peserta Imam Muda termasuk pemenang bebas berkhidmat untuk masyarakat.

"Apa yang pasti, sebaik mereka habis Imam Muda 2 ini, semuanya sudah bersedia memikul tanggungjawab membimbing masyarakat. Objektif utama program Imam Muda juga bagi mengetengahkan golongan belia yang mempunyai ilmu agama untuk berdakwah," katanya.

Juara Imam Muda 2 mendapat tajaan penuh biasiswa pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah oleh Yayasan Al-Madinah, sebuah kereta Proton Exora tajaan Proton Edar, pakej haji dan umrah tajaan Salamfone, wang tunai sebanyak RM30,000 berserta iPad tajaan Astro, wang tunai sebanyak RM25,000 berserta telefon bimbit tajaan Bank Islam, baucar perabot Jati bernilai RM15,000 oleh Jatimas, sebuah Macbook tajaan Infotech Quest Sdn. Bhd., pakej percutian ke Vietnam tajaan Hiraq Marketing, sebuah kamera digital tajaan Brother In Racing dan sebuah trofi serta dua sijil penghargaan dan pentauliahan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Selain Hassan dan Nazrul, lapan lagi peserta Imam Muda 2 yang bertanding adalah Ali Khairudin Abdul Marif, 26, Wan Najdi Wan Mohd. Noh, 20, Mohd. Fakhrruzi Husin, 27, Ammar Wan Harun, 27, Mohd. Azlan Zulkarnain, 25, Abdul fattah Riddzwan, 21, Mujahid Suhaimi, 20, dan Zulfadli Awang, 24.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved