Rabu, 6 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Dulu bekas lombong kini kolam ikan

Posted:

Dulu bekas lombong kini kolam ikan

Dulu bekas lombong kini kolam ikan

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my



MUSIBAH yang menimpa pengusaha ladang agro Iron Lake Agro Farm, Abu Bakar Awang, 54, pada Oktober tahun lalu membuatkannya tidak dapat tidur lena hampir tiga bulan. Dalam kejadian tersebut, lebih 60 ekor kambing jenis boer dan jamnapari hilang.

Akibat kejadian itu, Abu Bakar yang lebih selesa dipanggil Pak Abu terpaksa menanggung kerugian sekitar RM40,000. Ketika itu hanya tinggal kira-kira 60 ekor kambing sahaja dan kandang yang sebelum ini penuh, nampak kosong.

Ia amat menyedihkan kerana usahanya dalam bidang itu sejak tahun 2003 seperti sia-sia.

Bagi menyedapkan hati, bekas jurulatih ternakan dan pertanian di Pusat Latihan Belia Dusun Tua di Hulu Langat, Selangor selama lima tahun dari 1976 hingga 1981, meletakkan baki kambing yang ada di satu tempat supaya kambing nampak banyak dan penuh di dalam kandang.

Kandang kambing dengan keluasan 3.65 meter x enam meter itu terletak berhampiran sebuah kolam bekas lombong bijih besi iaitu di ladang agro Iron Lake Agro Farm di A1, Jalan Lombong, di Kampung Banggol Besi, Pendang, Kedah.

Selepas tiga bulan menenangkan fikiran dan menerima kejadian hitam itu sebagai ketentuan Allah, Pak Abu kembali bersemangat. Kali ini, dia bangkit semula untuk mencapai impian bergelar seorang pengusaha ladang agro berjaya.

Elak kambing hilang

Beliau kemudian mengusahakan kolam memancing dengan nama Iron Lake Fishing Centre Agro Farm berdekatan kandang ternakannya. Apabila kawasan meriah dengan kunjungan pemancing ia dapat mengelakkan kejadian kambing dicuri berulang lagi.

"Kolam seluas kira-kira 0.4 hektar yang merupakan bekas lombong bijih besi itu sudah lama ditinggalkan dan ketika itu saya dapat idea untuk membersihkannya bagi dijadikan kolam memancing," ujarnya.

Beliau mula mengusahakan kolam pancing dengan membersihkan bahan buangan seperti kayu dan besi buruk yang tenggelam di dasar kolam serta menyediakan sebanyak 20 pondok untuk kegunaan pemancing.


ABU BAKAR (kiri) memberi ubat cacing kepada anak kambing peliharaannya di pusat memancing Iron Lake Agro Farm di Kampung Banggol Besi, Pendang.


"Sekarang semuanya sudah lengkap iaitu dengan kemudahan pondok rehat, surau, tandas dan juga gerai makan," jelasnya.

Menurut Pak Abu, operasi kolam memancing itu semakin popular bukan sahaja dalam kalangan penduduk Pendang tetapi, juga daerah lain seperti Alor Setar, Jitra, Sungai Petani dan Kuala Nerang.

"Saya tidak sangka kolam memancing yang dibuka hanya untuk mengelakkan kambing dicuri menjadi lebih maju, inilah hikmah di sebaliknya," jelasnya.

Kolam pancing itu dibuka kepada orang ramai bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam dengan bayaran RM23 untuk satu joran dalam masa tiga jam.

"Kami benarkan semua jenis umpan seperti dedak, roti dan lain-lain kecuali organ dalaman ayam kerana ia berbau busuk dan boleh mencemarkan kualiti air di sini," jelasnya.

Selain itu, ujar Pak Abu, beliau juga akan mengadakan pertandingan memancing pada setiap hari Sabtu dengan tawaran hadiah pertama antara RM500 hingga RM1,000.

Tarikan kolam

Menyentuh tentang keistimewaan kolam pancing miliknya, Pak Abu berkata, kolamnya mempunyai kedalaman sehingga sembilan meter selain ikan yang dikatakan tidak berbau.

"Kaki pancing memang sukakan kolam yang dalam kerana boleh layan tarik ikan lebih lama berbanding kolam buatan sendiri yang tidak terlalu dalam," katanya.

Ramai yang datang memuji ikan di lombong itu seperti ikan rohu, patin, patin mekong, keli dan likoh tidak hanyir seperti ikan di kolam pancing lain.

"Ada juga yang kata isi ikan rohu di sini lemak manis seperti ikan terubuk dan kebiasaannya ikan jenis ini dibakar kerana banyak tulang.

"Ikan-ikan di sini tidak hanyir mungkin disebabkan airnya lain berbanding kolam baharu buatan sendiri memandangkan kolam ini kolam lama iaitu bekas lombong bijih besi sejak lebih berpuluh tahun yang lalu," ceritanya.

Beliau membeli stok ikan di beberapa kolam ternakan ikan di sekitar Ipoh, Taiping dan Gopeng di Perak dan akan memasukkan sehingga 500 kilogram ikan daripada pelbagai jenis ke dalam kolam pada setiap minggu.


PENGUNJUNG menggunakan pondok yang disediakan untuk berteduh sementara menunggu umpan dijamah ikan di Iron Lake Agro Farm.


"Air di kolam ini juga dialirkan 24 jam menggunakan pam air bagi memastikan kualiti air sentiasa terjaga sesuai untuk ikan-ikan hidup," ujarnya.

Selain itu, kata bapa kepada tiga orang anak tersebut, suasana persekitaran kampung dengan angin sepoi-sepoi bahasa juga mampu menenangkan fikiran para pemancing di situ.

"Ada yang membawa keluarga berkelah sambil memancing di sini yang mana suasana di sini amat sesuai untuk berkelah kerana persekitarannya yang damai dengan pemandangan pokok kelapa, buluh merimbun dan sawah padi.

"Ada pemancing yang menjadikan kolam pancing ini seperti rumah keduanya dan sampai ke sini pukul 10 pagi dan pulang hanya pada sebelah malam," katanya sambil tersenyum.

Malah, menurut Pak Abu, ada seorang pemancing yang boleh dikatakan hampir setiap minggu berkunjung ke kolam berkenaan. Menariknya pengunjung setia kolam Iron Lake Fishing Centre Agro Farm itu turut menawarkan khidmat nasihat dan mengajar cara membuat umpan serta memancing dengan betul secara percuma.

"Saya gelarkan dia sifu kerana sesiapa sahaja yang datang ke kolam pancing ini dan tidak tahu cara membuat umpan dan memancing dengan betul, boleh berguru dengannya secara percuma," ujar Pak Abu lagi.

Mengenai perancangan masa hadapan, dia masih mengumpul modal untuk membina sebuah rumah tumpangan berkonsepkan homestay untuk penginapan para pemancing dan pelancong yang mahu merasai suasana di ladang agro berkenaan.

"Saya juga akan menanam lebih banyak pokok buah-buahan seperti manggis dan rambutan bagi mewujudkan suasana lebih redup," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Cari ketenangan kawasan berbukit

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MENIKMATI keindahan alam semula jadi dalam suasana kedamaian desa dan kedinginan angin bukit yang menyegarkan, mungkin sukar dikecapi serentak di sesetengah kawasan pelancongan.

Pesona kota masa depan China

Posted:

[unable to retrieve full-text content]PELUANG menjejakkan kaki di Shenzhen, yang terletak di wilayah Guangdong, selatan China memang saya nantikan sejak sekian lama. Tempoh penerbangan selama empat jam dari Kuala Lumpur membuatkan perasaan bertambah tidak sabar.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 ditubuhkan

Posted:

Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 ditubuhkan

Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 ditubuhkan


AHLI jawatankuasa Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 bergambar di Bangi baru-baru ini.


SEDIA BERKHIDMAT. Sebuah sekretariat telah ditubuhkan bagi memastikan kelancaran perjalanan Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-39 baru-baru ini.

Sekretariat di bawah kelolaan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) itu diwujudkan untuk merangka perancangan pesta konvokesyen tersebut.

Majlis penubuhannya telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Othman A. Karim di kampus universiti itu di Bangi.

Pada majlis itu, watikah pelantikan telah diserahkan kepada ahli jawatankuasa sekretariat selain logo dan laman web rasmi konvokesyen turut dilancarkan.

Othman berharap konvokesyen pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bank Islam bina 12 buah rumah untuk warga emas

Posted:

Bank Islam bina 12 buah rumah untuk warga emas

Bank Islam bina 12 buah rumah untuk warga emas


ZUKRI (belakang dua dari kanan) bergambar bersama warga emas yang menerima rumah di bawah Projek Bantuan Rumah Bank Islam di Kulim, Kedah baru-baru ini.


BANTU. Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah membina 12 buah rumah untuk didiami oleh 12 warga emas di Rumah Cahaya Sungai Tengas, Kulim, Kedah baru-baru ini.

Majlis penyerahan kunci rumah berkenaan telah diadakan di pekarangan rumah kebajikan itu yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat.

Menurut Zukri, Bank Islam telah memperuntukkan RM360,000 menerusi dana zakat perniagaannya untuk membina rumah berkenaan yang turut dilengkapi dengan perabot.

Katanya, pembinaan rumah di bawah Projek Bantuan Rumah Bank Islam itu merupakan salah satu aktiviti di bawah program tanggungjawab sosial bank berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival KKBB dapat sambutan

Posted:

Karnival KKBB dapat sambutan

Karnival KKBB dapat sambutan


BEBERAPA pengunjung tertarik melihat demonstrasi membuat kek pada Karnival Mesra Komuniti di George Town baru-baru ini.


KONGSI MAKLUMAT. Karnival Mesra Komuniti anjuran Kolej Komuniti Bayan Baru (KKBB), Pulau Pinang baru-baru ini mencapai matlamatnya apabila dihadiri lebih 2,000 pengunjung.

Karnival yang berlangsung di Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra di Air Itam itu telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri Pulau Pinang, Datuk Muhamad Yusoff Wazir.

Menurut pegawai penyelarasnya, Mohd. Zairulniza Jalaudin, karnival tersebut bertujuan mendekatkan orang ramai khususnya masyarakat setempat serta menghebahkan program-program pengajian yang ditawarkan kolej itu.

"KKBB menyediakan pelbagai program kemahiran kepada para belia secara sepenuh masa dan juga kepada orang ramai menerusi kelas kemahiran sambilan seperti masakan, jahitan, pemasangan elektrik dan kelas komputer," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mati ditembak penganalisis jenayah

Posted:

Mati ditembak penganalisis jenayah

Mati ditembak penganalisis jenayah

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my


ANGGOTA polis mengusung mayat seorang lelaki yang mati ditembak di Seksyen 25, Shah Alam kelmarin.


SHAH ALAM – Pertelingkahan dua rakan serumah berakhir tragedi apabila salah seorangnya maut terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim kelmarin.

Kejadian pukul 9.53 malam di Blok E Flat Valencia, Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini itu berlaku apabila dua lelaki berusia 21 dan 42 tahun yang tinggal serumah di tingkat tiga bangunan bertengkar.

Difahamkan, pertelingkahan tercetus apabila lelaki berusia 21 tahun yang ingin berpindah berang selepas mendapati pintu biliknya telah dirosakkan rakannya.


Kamal


Lelaki berusia 42 tahun itu bekerja sebagai operator kilang manakala rakannya merupakan buruh binaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, si mati yang gagal mengawal emosinya bertindak mengambil parang sebelum mengamuk menyebabkan rakannya melarikan diri.

Katanya, pengadu kemudian pergi semula ke rumahnya sambil ditemani tiga anggota polis untuk mengambil barang-barangnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelakar lihat cek RM1 juta

Posted:

Kelakar lihat cek RM1 juta

Kelakar lihat cek RM1 juta

Oleh WAZIHA WAHID
dan NORHAYATI YAHAYA
berita@kosmo.com.my


PATHMANABHAN (dua dari kiri) bersama tiga pekerjanya yang didakwa membunuh Sosilawati dan tiga rakan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Seorang rakan karib jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya semalam memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini yang wanita itu pernah menerima cek berjumlah RM1 juta daripada bekas peguam, N. Pathmanabhan.

Junaidah Ismail, 52, memberitahu, cek tersebut ditunjukkan Sosilawati kepadanya selepas Allahyarham mengambilnya daripada Pathmanabhan ketika mereka bertemu di hadapan pejabat bekas peguam itu di Banting pada pukul 5.30 petang 3 Ogos 2010.

Selepas itu, jutawan tersebut mengajaknya untuk makan di Pelabuhan Klang untuk meraikan hari lahirnya dengan menaiki kereta yang dipandu Kamaruddin Shamsuddin.

Katanya, Sosilawati bertemu dengan Pathmanabhan selama lima minit dan ada perbualan di antara mereka. Ketika itu, dia dan Kamaruddin tunggu di dalam kereta.

"Wati (Sosilawati) suruh saya tengok dan berkata 'aku dapat payment' dan semasa saya nak pulangkan cek itu kepadanya, saya nampak cek itu cek tunda.

"Saya tanya kenapa tarikh September sedangkan ini bulan Ogos tetapi dia (Sosilawati) kata tidak apa, sebab mereka dah bincang sebelum ini. Cek itu adalah atas nama Southern Symphony Sdn. Bhd. syarikat milik Sosilawati," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahmad Kamil tergesa-gesa, bercakap cepat - Isteri

Posted:

Ahmad Kamil tergesa-gesa, bercakap cepat - Isteri

Ahmad Kamil tergesa-gesa, bercakap cepat - Isteri

SHAH ALAM - Peguam Datuk Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil Abdul Karim berada dalam keadaan tergesa-gesa, bercakap cepat dan tersekat-sekat ketika menghubungi isterinya, Sabrina Adnan pada 30 Ogos tahun lalu.

Sabrina, 32, yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 berkata, sikap suaminya itu pelik kerana dia tidak bertanya mengenai anak-anak dan tidak menjawab soalan yang ditanya.

"Suami menghubungi saya pada pukul 4 petang memberitahu yang dia tidak dapat berbuka puasa bersama. Hampir empat jam kemudian, dia hubungi saya lagi dan dia bercakap dalam keadaan tergesa-gesa mengatakan tidak balik selama tiga hari," katanya di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff sama ada dia ada bertanya apa-apa, Sabrina yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) menjawab, ada.

"Dia kata ada masalah, Kak Wati (Sosilawati) tengah menangis dan dia mahu tolong. Dia kata Kamal (Kamaruddin Shamsuddin) ugut hendak sebarkan gambar yang tidak senonoh tetapi bila saya tanya dia ke mana dia tidak jawab," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Gelaran juara Liga Super 2011

Posted:

Gelaran juara Liga Super 2011

Gelaran juara Liga Super 2011

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


MAMPUKAH barisan pemain Selangor mengucup trofi Liga Super buat kali ketiga berturut-turut musim ini?


SAINGAN Liga Super 2011 akan menutup tirainya malam ini. Sejak edisi sulung Liga Super diperkenalkan pada 2004, belum pernah berlaku, penentuan juara terpaksa dibuat sehingga perlawanan terakhir. Namun malam ini bakal menentukan siapakah yang lebih layak bergelar juara dan majlis penyerahan trofi akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Jumaat ini.

Salah satu daripada pasukan – Selangor, Kelantan atau Terengganu – bakal dinobatkan selaku juara Liga Super 2011 se- terusnya menempah tiket layak beraksi pada Piala AFC 2012.

Kelebihan kini tampak memihak kepada pendahulu liga, Kelantan yang hanya perlu seri ketika bertemu Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini. Jika mencatat keputusan seri atau menang, skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu sah bergelar juara buat kali pertama tanpa perlu mengetahui dua keputusan perlawanan membabitkan Selangor dan Terengganu. Namun andai Kelantan tewas, peluang untuk bergelar juara menjadi milik Selangor dengan syarat skuad kendalian K. Devan itu berjaya mencatat tiga mata penuh ketika berdepan Perak di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Ia sekali gus bakal menjadi sejarah tersendiri buat Selangor apabila muncul juara Liga Super buat tiga musim berturut-turut. Mengambil kira segala kemungkinan boleh berlaku, Terengganu turut berpeluang untuk dinobatkan sebagai juara berganda musim ini setelah skuad bimbingan Irfan Bakti itu berjaya menjulang Piala FA 2011 pada 11 Jun lalu. Terengganu hanya akan dapat menjuarai Liga Super jika mereka menang besar ke atas Felda United sambil mengharapkan Kelantan dan Selangor tewas.

Sementara itu, pasukan di tangga ke-12 dan 13 iaitu Kuala Lumpur dan Pahang 'merebut' satu lagi slot untuk mengiringi Perlis ke saingan Liga Premier musim depan. Kuala Lumpur yang memiliki 23 mata berdepan T-Team di Kuala Terengganu, manakala Pahang dengan 22 mata menanti kunjungan Kedah di Kuantan. Sejarah pasti tercipta andai Pahang turun ke Liga Premier 2012 kerana skuad Tok Gajah itu belum pernah sekalipun diturunkan ke saingan Divisyen Dua sejak Liga Semi-Pro diperkenalkan pada 1989.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hanya selangkah buru mahkota

Posted:

Hanya selangkah buru mahkota

Hanya selangkah buru mahkota

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


BARISAN pemain Kelantan begitu bersemangat memburu gelaran sulung Liga Super.


MENCARI satu mata keramat. Itu misi yang mahu dilaksanakan Kelantan dalam pemburuan mereka menjulang trofi Liga Super musim ini.

Andai berjaya meraih sekurang-kurangnya satu mata ketika menentang Sabah di Stadium Likas malam ini, Kelantan bakal ditabalkan selaku juara baharu Liga Super yang mula diperkenalkan pada 2004.

Dengan dua pencabar terdekat Kelantan, Selangor dan Terengganu turut memburu status yang sama, skuad The Red Warriors itu tampak memiliki sedikit kelebihan.

Keputusan seri ketika menentang Sabah sudah memadai buat Kelantan untuk dijulang sebagai juara.

Jika itu berlaku, Selangor yang akan menentang Perak di Ipoh, perlu menang dengan meledak lebih daripada 12 gol tanpa membiarkan gawang mereka dibolosi untuk memintas kedudukan Kelantan pada perlawanan terakhir tersebut.

Terengganu pula perlu mengatasi Felda United sekurang-kurangnya dengan tujuh gol tanpa bolos sambil mengharapkan Kelantan dan Selangor tumbang bagi membolehkan mereka meraih kejuaraan berganda musim ini.

Biarpun perkiraan itu dilihat sebagai suatu yang sukar buat Selangor dan Terengganu mencabar kedudukan Kelantan, namun barisan pemain The Red Warriors tidak perlu meletakkan risiko terhadap keputusan melibatkan kedua-dua pasukan tersebut.

"Sabah merupakan pasukan yang baik. Pada aksi di Kota Bharu sebelum ini, mereka beraksi dengan baik dan berjaya mengikat Kelantan.

"Walaupun berada agak bawah dalam carta liga, saya percaya mereka akan beraksi dengan lebih baik di di depan penyokong sendiri.

"Bagaimanapun, saya opti- mis dengan keupayaan pasu- kan Kelantan dan kita pasti ke sana untuk memenangi perlawanan.

"Ramai yang anggap satu mata sudah cukup tetapi saya tidak mahu fikir tentang itu kerana kita sentiasa turun untuk menang," kata Karathu ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, tiada persiapan istimewa dilakukan bagi menghadapi Sabah, namun beliau yakin Kelantan tidak mempunyai masalah untuk mencapai kemenangan sekiranya para pemain mengikut arahan selain mengekalkan disiplin serta sentiasa bekerja keras untuk memburu gol.

Kehadiran semula lima tonggak yang menyarung jersi kebangsaan jelas membuatkan Karathu mampu tersenyum kerana Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, Shakir Shaari, Farisham Ismail dan Khairul Fahmi Che Mat berada dalam senarai perancangannya untuk turun menentang Sabah.

"Memang mereka adalah senjata kita yang sangat penting dan kesemua mereka ada dalam senarai saya.

"Namun kita akan memantau dari segi tahap kecergasan dan kecederaan untuk memastikan mereka dalam kesebelasan malam esok (malam ini).

"Pemain-pemain saya sudah beberapa kali beraksi dalam perlawanan besar dan penting, saya harap mereka mampu mencari ketenangan dan tidak terlalu tertekan.

"Tekanan yang melampau mampu 'membunuh' kita dan saya tidak mahu perkara itu berlaku," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Irfan: Yang terbaik bergelar juara

Posted:

Irfan: Yang terbaik bergelar juara

Irfan: Yang terbaik bergelar juara

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

NADA penuh realistik disuarakan pengendali Terengganu, Irfan Bakti tatkala anak-anak buahnya berdepan misi penuh mustahil menentang Felda United bagi memburu gelaran sulung Liga Super malam ini.

Atas kertas, juara Piala FA itu perlu melakar kemenangan besar ke atas Felda United di Stadium MBPJ, Kelana Jaya sambil mengharapkan dua pasukan pilihan, Kelantan dan Selangor tumbang di gelanggang lawan.

Terengganu kini menghuni tangga ketiga dengan 51 mata, sedangkan Kelantan yang turut memburu gelaran sulung selesa dengan 53 mata, sambil Selangor mengekori rapat dengan 51 mata.

Kelantan hanya perlu mencatat keputusan seri menentang Sabah di Likas, namun Irfan dengan penuh yakin menjelaskan bahawa laluan berliku pasti dihadapi skuad Datuk M. Karathu itu di Likas.

"Memang sukar tetapi kami masih ada 90 minit. Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak seperti mana yang kalian saksikan pada final Piala FA lalu.

"Jadi, mengapa perlu kami mengharapkan kepada tuah, kerana keputusan tetap muktamad bahawa hanya pasukan terbaik boleh bergelar juara liga," katanya kepada Kosmo! semalam.

Namun sikap rendah diri tetap menjadi agenda Irfan bagi memasti- kan kesemua pemainnya tidak hilang fokus kepada pertemuan menentang Felda United malam ini.

Katanya, sasaran utama Terengganu adalah mencari tiga mata penuh, sambil mengharapkan jentera tengah dan serangan pasukannya mampu menjaringkan sebanyak mungkin gol.

"Sejujurnya, kami tidak ingin mengetahui keputusan bagi perlawanan Kelantan mahupun Selangor kerana misi kami hanya mahu mencari kemenangan.

"Sebaik wisel permainan ditiupkan, barulah kita tahu siapa pemenang mutlak dan tidak kira siapa yang menang, juara tetap juara," ujarnya.

Mengulas mengenai prestasi pemain, jurulatih kelahiran Kelantan itu mengakui bahawa beliau berdepan sedikit dilema, terutamanya mengenai tahap kecergasan beberapa tonggak utamanya yang beraksi dalam skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, demi membuktikan kemampuan pasukan, Irfan sedia mencorak percaturan dan menurunkan trio kebangsaan, Sharbi- nee Allawee, Helmi Rameli dan Abdul Hadi Yahya untuk menentang Felda United malam ini.

"Mereka mungkin keletihan tetapi perlawanan ini penting dan khidmat mereka bertiga begitu diharapkan untuk kami mencatat kemenangan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bola jaring: Malaysia jadi budak belasahan

Posted:

Bola jaring: Malaysia jadi budak belasahan

Bola jaring: Malaysia jadi budak belasahan

06/07/2011 8:54pm

SINGAPURA – Malaysia menduduki tempat tercorot Kumpulan D setelah dibelasah England 95-22 pada dalam perlawanan akhir kumpulan pada Kejohanan Bola Jaring Sedunia 2011 di Stadium Tertutup di sini, hari ini.

England, yang kalah pada saingan separuh akhir pada edisi lepas di Auckland, New Zealand pada 2007, dengan mudah layak ke suku akhir apabila mendahului 49-10 pada separuh masa.

Louisa Brownfield muncul penjaring terbanyak England pada babak pertama dengan menghasilkan 29 mata sebelum direhatkan bagi menghadapi perlawanan suku akhir Jumaat ini.

Norashikin Kamal Zaman muncul penjaring terbanyak Malaysia dengan lapan mata, manakala ketua pasukan S. Aruna menyumbang enam mata.

Dalam kempen kali ini, Malaysia gagal memenangi sebarang perlawanan peringkat kumpulan apabila kalah 40-62 kepada Barbados dan 35-66 kepada Malawi. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tujuh atlet elit dipilih jadi duta Maxis

Posted:

Tujuh atlet elit dipilih jadi duta Maxis

Tujuh atlet elit dipilih jadi duta Maxis

06/07/2011 8:52pm

KUALA LUMPUR – Tujuh atlet bertaraf Olimpik negara dipilih untuk menjadi duta sukan Maxis dalam usaha untuk memupuk semangat atlet negara meneruskan komitmen mereka bagi mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.

Antara atlet yang dipilih untuk menjadi duta sukan Maxis ialah pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei; beregu nombor satu negara, Tan Boon Heong/Koo Kien Keat; pemain skuasy kebangsaan, Azlan Iskandar; pelumba basikal nombor satu dunia, Azizulhasni Awang; serta penerjun negara, Pendelela Rinong dan Leong Mun Yee.

Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, sebagai dorongan atas usaha atlet, Maxis akan memberi gaji bulanan kepada tujuh atlet terbabit sebanyak RM2 juta selama 18 bulan mengikut kontrak perjanjian antara atlet dan Maxis.

"Bagi meneruskan komitmen, duta sukan Maxis akan menerima gaji bulanan tambahan sekiranya berjaya mengekalkan kedudukan pada ranking dunia.

"Maxis juga akan memberi bonus khas kepada setiap pemenang pingat emas, perak atau gangsa di temasya Sukan Olimpik London pada 2012 nanti," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani kontrak menjadi Duta Sukan Maxis di sini hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis tahan suami bomoh warga Thai

Posted:

Polis tahan suami bomoh warga Thai

Polis tahan suami bomoh warga Thai

06/07/2011 8:29pm

KUALA TERENGGANU - Polis berjaya menahan suami kepada seorang bomoh warga Thailand yang dikenali sebagai Kak Yah atau Kak Mah yang sedang diburu polis berhubung kematian seorang lelaki ketika mendapatkan rawatan di rumah pasangan itu di Pulau Rusa, Marang bulan lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Norhisham Mustapha, 33, ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu di sebuah rumah di Rantau Panjang, Kelantan kira-kira 10 malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, ketika serbuan dilakukan, isteri Norhisham juga merupakan suspek utama tidak berada di rumah berkenaan.

"Kita percaya bomoh tersebut masih bersembunyi di sempadan Malaysia-Thailand," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Menurut Manoharan, kejayaan memberkas suami bomoh berkenaan adalah ekoran tindakan pihak polis mengedar gambar pasangan suami isteri itu sejak tiga minggu lalu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kabinet Thai belum diputuskan

Posted:

Kabinet Thai belum diputuskan

Kabinet Thai belum diputuskan


Reuters
BAKAL Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menjawab soalan wartawan di ibu pejabat parti Pheu Thai di Bangkok semalam.


BANGKOK - Bakal Perdana Menteri baharu Thailand, Yingluck Shinawatra semalam menyatakan masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai pembentukan kabinet ketika proses melobi jawatan menteri bermula.

Pada masa yang sama, para pelabur melahirkan kebimbangan dasar populis beliau akan menyebabkan inflasi dan kadar faedah di negara itu meningkat.

Pemilihan barisan menteri kabinet oleh Yingluck perlu mengambil kira kebimbangan mengenai unsur kronisme. Selain kekhuatiran pengkritik tentang kepulangan abang Yingluck iaitu bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra selepas kemenangan majoriti parti mereka, Parti Pheu Thai pada pilihan raya umum Ahad lalu.

"Buat masa ini tiada rundingan diadakan mengenai pembentukan kabinet," kata Yingluck dalam satu sidang akhbar di sini.

Menurut pengiraan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya semalam, parti Pheu Thai memenangi 265 daripada 500 kerusi Parlimen dan membolehkannya memerintah bersendirian.

Namun, Yingluck yang bakal dilantik sebagai perdana menteri wanita pertama Thailand menyatakan, beliau akan membentuk sebuah kerajaan campuran bersama lima buah parti bagi menguasai 299 kerusi di Parlimen.

"Kami tidak akan menyisihkan sesiapa dalam pembentukan kabinet sama ada beliau orang dalam atau orang luar," kata Yingluck.

Kabinet yang didominasi menteri pro-Thaksin bagaimanapun boleh melemahkan usaha Yingluck ke arah perdamaian selepas Thailand dilanda krisis politik sejak enam tahun lalu.

"Ujian paling penting dan mencabar yang perlu dipikul Yingluck adalah untuk melenyapkan prasangka yang wujud disebabkan oleh perbezaan politik," kata kolumnis sebuah akhbar tempatan, Avudh Panananda.

Sementara itu, rancangan Yingluck untuk melaksanakan program berbentuk populis seperti yang pernah dilakukan oleh Thaksin turut dibimbangi boleh meningkatkan perbelanjaan awam dan inflasi.

Rancangan beliau yang melibatkan peluasan laluan kereta api, pembelian kereta api laju hinggalah kenaikan gaji dan faedah lain bertujuan meningkatkan kuasa beli penduduk di kawasan pedalaman yang rata-ratanya menyokong parti Pheu Thai. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bot flotila Perancis belayar ke Gaza

Posted:

Bot flotila Perancis belayar ke Gaza

Bot flotila Perancis belayar ke Gaza


AFP
GAMBAR fail pada 25 Jun 2011 menunjukkan bot Perancis Dignite - Al Karama.


ATHENS - Sebuah bot Perancis berjaya menyelinap keluar dari perairan Greece semalam dalam percubaan untuk mematahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza, sekali gus menghidupkan semula kempen antarabangsa yang tergendala.

Bot yang dikenali sebagai Dignite - Al Karama setakat ini merupakan satu-satunya bot daripada flotila yang melibatkan kira-kira 11 buah kapal kumpulan aktivis pro-Palestin yang berjaya belayar keluar dari Greece, selepas pihak berkuasa negara itu menghalang kapal-kapal lain daripada keluar dari pelabuhan Piraues, Athens.

Bot sepanjang 19 meter itu dinaiki lapan penumpang. Ia dijangka berada di perairan Gaza dalam masa sehari dua lagi, jelas seorang jurucakap kempen flotila Gaza, Jean-Claude Lefort.

Menurutnya, bot Dignite dapat membolosi kawalan pihak berkuasa Greece kerana ia tidak dapat dikesan berikutan bot berkenaan bukan berada di Piraeus tetapi di tempat lain.

Terdahulu, pihak berkuasa Greece menyatakan, ia menguatkuasakan larangan belayar ke atas flotila ke Gaza demi keselamatan sejumlah aktivis pro-Palestin di atas kapal-kapal berkenaan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sakit mental punca askar marin mengamuk

Posted:

Sakit mental punca askar marin mengamuk

Sakit mental punca askar marin mengamuk

SEOUL - Seorang askar marin Korea Selatan memberitahu dia berang kerana dipulau, selain mempunyai tanda-tanda sakit mental sebelum dia membunuh empat rakan sekerjanya di sebuah pangkalan barisan hadapan, kata beberapa pegawai tentera semalam.

Askar marin berusia 19 tahun berpangkat koperal itu yang dikenali sebagai Kim, turut mencederakan seorang askar marin lain kelmarin apabila dia melepaskan tembakan di pangkalan tentera Pulau Ganghwa di selatan sempadan maritim dengan Korea Utara.

Ketua penyiasat insiden berkenaan, Kwon Yeong-jae memberitahu wartawan bahawa Kim mengalami masalah psikologi sambil merujuk kepada sekeping nota yang menunjukkan Kim kecewa dengan hidupnya.

Menurut pegawai berkenaan, Kim cuba untuk membunuh diri dengan meletupkan sebutir bom tangan selepas dia mengamuk, tetapi percubaannya gagal.

Insiden tembakan rambang itu merupakan yang terburuk pernah dialami tentera Korea Selatan sejak 2005, apabila seorang askar membaling sebutir bom tangan dan melepaskan tembakan rambang yang meragut lapan nyawa askar dan mencederakan beberapa yang lain. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fara amatur teater

Posted:

Fara amatur teater

Fara amatur teater



UMUM mengenali Fara Fauzana sebagai penyampai radio, pengacara dan pelakon drama serta filem. Namun, ramai yang tidak tahu kehebatan sebenar Farah adalah di pentas teater. Sejak sekolah lagi, Farah Fauzana Md. Fadzil, 30, atau nama komersialnya Fafau sudah terlibat dengan pementasan teater. Minatnya itu diteruskan apabila dia mengambil subjek elektif teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Namun, langkah ke dunia teater tidak kesampaian apabila rezekinya lebih ke arah penyampai radio. Lama benar minatnya itu dipendamkan sahaja di benak hatinya. Namun, semuanya menjadi kenyataan saat dirinya dilamar penerbit teater Siti Rohayah Attan penghujung Mei lalu. "Walaupun pernah berlakon drama dan filem tetapi berlakon teater adalah sangat berbeza. Saya memang suka teater dan pernah terlibat dalam teater semasa di sekolah lagi.

"Sehingga semasa di UiTM pun saya sanggup ambil subjek tambahan teater. Memang saya teringin benar berlakon teater selepas habis belajar dan jadikannya sebagai kerjaya tetapi saya tidak begitu yakin kerana suara saya serak dan kuat. Alhamdulillah rezeki saya ada dalam bidang teater. Saya dapat tawaran berlakon teater Mak Dara Nyonya pada akhir bulan Mei lalu. Penerbit teater iaitu Siti Rohayah atau Kak Roy menghubungi saya dan bertanyakan sama ada saya minat untuk berlakon teater.

"Saya yang ketika itu sedang melawat adik belajar di Amerika Syarikat terus bersetuju tanpa berfikir panjang," katanya ketika ditemui semasa sidang media teater Mak Dara Nyonya yang berlangsung di Hotel Quality, Kuala Lumpur. Fara juga dikatakan bersetuju berlakon teater Mak Dara Nyonya disebabkan watak yang dilakonkan di dalam teater tersebut terlalu berbeza dengan watak sebenarnya. "Saya setuju kerana watak yang bakal saya lakonkan adalah sangat berbeza dengan diri sendiri. Saya mahu mencabar diri melakonkan watak yang berbeza. Saya kena melontar dialog dalam bahasa Indonesia dan menggedik di atas pentas. Jujurnya saya tidak pandai menggedik, nasib baik pelakon-pelakon yang lebih senior di dalam teater seperti Norzizi, Sarimah dan Misha banyak memberi tunjuk ajar," katanya yang bakal menghasilkan program realiti TV sendiri.

Menjadi tanda tanya apabila Fara dikatakan telah melarikan diri semasa sesi latihan pertama teater Mak Dara Nyonya. Apabila diajukan soalan tersebut kepadanya, Fara mengaku melarikan diri disebabkan gentar dan takut dengan pelakon teater hebat Juhara Ayob. "Hari pertama latihan apabila nampak Juhara saya terus keluar. Dengan tiba-tiba saya jadi tertekan sebab semua orang tahu Juhara sangat hebat di pentas teater," katanya yang kemudiannya banyak menerima sokongan dan tunjuk ajar daripada Juhara dan pelakon-pelakon lain.

Program realiti


PERTAMA kali berlakon teater, Fara teruja kerana dapat berkongsi mengembangkan bakat lakonannya.


Menyentuh mengenai rancangannya untuk menerbitkan program realiti sendiri, Fara tidak mahu lagi menjaja perkara tersebut sebelum ia benar-benar terhasil. Fara juga tidak mahu mengulas lanjut saat ditanya sama ada program realiti milik syarikatnya iaitu Fafau Entertainment itu nanti menyerupai program Akademi Fantasia, Mentor atau program-program realiti lain yang sedia ada. Apa yang jelas, kata Fara program realiti itu nanti akan disiarkan di stesen Astro.

"Bukan Fara tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai program realiti Fara, cuma ia belum sesuai lagi kerana buat masa ini ia masih dalam perancangan. "Tunggu masa sesuai dan program itu benar-benar sudah terhasil, maka Fara akan umumkan. InsyaAllah program realiti TV terbitan Fafau Entertainment itu nanti akan disiarkan pada hujung tahun ini di Astro," katanya yang bersyukur kerana rezeki datang tidak putus-putus sejak dia meninggalkan Melodi.

Kata Fara, masanya pada setiap hujung minggu juga kini dapat diisikan dengan aktiviti bersama keluarga, menerima tawaran pengacaraan majlis, berteater dan juga berniaga pakaian bersama rakan baiknya, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 27, yang kini sudahpun bergelar penyampai radio Hot FM. "Kalau dulu, Nana terpaksa menjaga perniagaan pakaian kami seorang diri disebabkan saya terlalu sibuk. Kini, kami sama-sama boleh menjalankan perniagaan pakaian secara dalam talian. "Antara yang dijual adalah baju raya, baju T Fara dan Nana, jaket dan sebagainya," katanya mengenai perniagaan secara dalam talian yang dijual menerusi laman web www.faranana.com atau http://www.facebook.com/pages/ Faranana. Farah juga memberitahu bakal muncul dengan program baharu bersama Nana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cinta lokasi Shia, Megan

Posted:

Cinta lokasi Shia, Megan

Cinta lokasi Shia, Megan



BIARPUN sudah tidak lagi bersama dalam siri filem Transformers, namun pelakon Shia LaBeouf telah membuat pendedahan mengejut apabila secara jujur mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Megan Fox. Dalam pendedahan yang dibuat menerusi majalah terkenal Details, Shia menyatakan hubungan cinta tersebut terjalin ketika hubungan Megan dan kekasihnya Austin Green yang kini suaminya mengalami masalah.

"Memang ia adalah sebuah cinta lokasi kerana kami sentiasa bersama selama enam bulan ketika menjalani penggambaran filem Transformers. Namun, ianya berakhir setelah tamat penggambaran.

"Saya sendiri tidak pasti bagaimana saya boleh jatuh cinta dengannya ketika itu. Namun, disebabkan itu juga penonton dapat melihat keserasian kami berdua menerusi filem tersebut," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia mengetahui Megan masih lagi kekasih Austin atau sebaliknya ketika mereka menjalinkan hubungan percintaan, Shia mengatakan dia tidak ambil tahu mengenainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertarungan kualiti dan populariti

Posted:

Pertarungan kualiti dan populariti

Pertarungan kualiti dan populariti

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


BERSEDIA! Empat grup yang sudah bersedia untuk bertarung pada malam ini dan merebut gelaran juara terbaharu Showdown 2011.


UNDIAN jadi penentu juara Showdown 2011 dan sekali lagi faktor populariti sesebuah krew yang berentap bakal menyaingi kualiti dan bakat yang sedia ada. Format tetap sejak pertama kali rancangan realiti tarian itu diperkenalkan tahun lalu, seratus peratus keputusan pasukan mana bakal dinobatkan juara bergantung sepenuhnya kepada hasil undian menerusi SMS (khidmat pesanan ringkas). Meniti perjalanan ke peringkat akhir pada Rabu ini, sedikit kejutan diselitkan. Tiada penyingkiran krew pada minggu akhir sekali gus menjadikan empat kumpulan teratas semuanya layak ke final.

Menurut juri tetap, Joe Flizzow: "Keputusan untuk membawa kesemua empat krew ke peringkat akhir dibuat pada saat akhir setelah semua krew memperlihatkan pencapaian yang sangat membanggakan." Ujarnya lagi, setiap pasukan ada kelebihan masing-masing untuk melengkapkan alasan bahawa kesemuanya layak bertanding di peringkat akhir. "Bounce Stepperz (BOS) ada kelebihan pada elemen tradisional mereka, HMC Phlow (HMC) dan Elecoldxhot (ECX) pula mengekalkan kreativiti mereka untuk menterjemahkan muzik dan tarian dalam persembahan dengan versatil.

"Rokusteps (RKS) pula seolah-olah mentransformasi menjadi sebuah pasukan B-Boy yang cukup lengkap," tambahnya yang menjadi juri mingguan tetap bersama Maple Loo dan juri undangan Pat Ibrahim pada minggu lalu. Pada minggu lalu juga setiap pasukan diberi peluang menyerlahkan warna masing-masing menerusi tema Show Me Whatcha Got. BOS tampil lengkap berserta busana elemen tradisional menerusi pembuka panggung wayang kulit dan tarian zapin moden bersama iringan lagu Timang Burung dan Zapin Budi.

Lagu Where Them Girls At oleh David Guetta menampilkan Flo Rida & Nicki Minaj dan Sexy Chicks (David Guetta menampilkan Akon) pula dipilih BOS untuk kolaborasi bersama krew RKS. Bagi persembahan solo RKS pula, kostum ala zombi mengiringi lagu She's My Sin nyanyian Nightwish. HMC yang bergabung dengan pasukan ECX tetap mempertaruhkan unsur dramatik dan teatrikal dalam persembahan yang diiringi lagu E.T. (Katy Perry dan Kanye West). Persembahan solo HMC memilih lagu Building Steam with A Grain of Salt (DJ Shadow), Dancing Box (Modeselektor) dan Outta Your Mind (Lil Jon feat LMFAO) manakala ECX pula mempertaruhkan medley Gonna Fly Now (Orchesral), Technologic (Daft Punk) dan I Can't Give You Anything (The Stylistics) demi meraih undi peminat.

Bagaimanapun, keputusan undian pada minggu lalu berpihak kepada HMC yang diikuti oleh BOS, ECX dan tempat terakhir RKS. Sementara itu, BOS turut membidas tindakan krew RKS yang cuba menjatuhkan konsep tradisional yang dipegang BOS dalam siaran Diaries From The Streets Showdown 2011 sehari sebelum siaran langsung Showdown 2011 minggu lalu. Dalam kenyataan itu, RKS dikatakan cuba 'menjatuhkan' pasukan lawan dan kecaman terhadap unsur tradisional yang diselitkan dalam persembahan BOS menjadi topik utama.

"Kami sedikit berkecil hati dan terkilan apabila orang Melayu sanggup menindas budaya sendiri, tapi kami tetap berpegang pada tunjang kami dan menjadikan kata-kata itu sebagai pedoman," kata mereka. Bagi RKS pula, permohonan maaf atas keterlanjuran kata menjadi solusi menjelang pertarungan akhir. "Kami sudah jadi seperti adik-beradik, tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak dan diharapkan semua kekusutan dapat dileraikan," bicara RKS membela diri. Oleh itu, jangan lepaskan peluang menyaksikan pertarungan empat kumpulan merebut gelaran juara Showdown 2011 dan merangkul hadiah wang tunai bernilai RM50,000 pada hari Rabu ini, pukul 9.30 malam dan disiarkan secara langsung dari i-City, Shah Alam, Selangor di saluran 8TV.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved