Rabu, 29 Jun 2011

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Ujian sukar dalam belantara

Posted:

Ujian sukar dalam belantara

Ujian sukar dalam belantara

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my



SELEPAS sarapan dan membawa sebotol dua air mineral dalam beg masing-masing, peserta Kumpulan 2 pagi itu bagai tidak sabar dan teruja ingin memulakan misi Kembara Duga di hutan belantara Taman Negara Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan.

Seramai 36 peserta Perajurit Muda pasukan Askar Wataniah dari Kem Rejimen 515 Askar Wataniah begitu bersemangat apabila mengetahui bahawa kumpulan sebelum mereka berjaya menamatkan misi dengan penuh cabaran.

Kumpulan 1 itu terdiri daripada pelatih dari kem Rejimen 502 Askar Wataniah, Bahagian Teknologi Persenjataan (Stride) Batu Arang dan Stride Kajang seramai 30 orang. Kumpulan itu diterajui Sarjan Sapawi Hamdan Mohd. Nor dan Sarjan Junaidi Mamat.

Ramai yang begitu teruja mahu untuk menempuhi misi berkenaan kerana rata-rata peserta termasuk penulis dan rakan dari Platun Media, kali pertama menjejakkan kaki ke taman negara tersebut.

Selesai taklimat ringkas dari Ketua Program, Mejar Mohd. Yusoff Sadri, dan kata-kata semangat daripada Staf Sarjan Mohd. Yusuff Musa, kira-kira pukul 9 pagi kesemua peserta memulakan cabaran yang dipanggil Canopy Walk dengan melalui jambatan gantung sejauh kira-kira 50 meter dan tinggi lebih kurang 25 meter.

Kemudian perjalanan merentas hutan (jungle tracking) di belantara itu benar-benar menakjubkan apatah lagi peserta dapat melihat keindahan flora dan fauna yang terpelihara untuk tatapan untuk generasi akan datang.

Kira-kira dua jam meredah hutan, tidak dinafikan fizikal dan mental peserta mula tercabar. Riuh rendah suara dan keriangan mereka mula bertukar perasaan serius, letih dan cemas ketika merentasi lebih lima bukit-bukau di Pertang.

Dalam kembara itu, pelbagai aksi peserta mencuit hati rakan sekumpulan apabila ada dalam kalangan mereka yang panik dan terkejut akibat 'serangan' pacat di kaki mereka.

Walau apa jua rintangan yang menanti, kesemua peserta meneruskannya atas dasar semangat berpasukan walaupun keletihan. Seorang wartawan Bernama, Nurqalbi Mohd. Reda, 28, dari Platun Media yang mengalami kecederaan pangkal buku lali juga tidak patah semangat demi menyempurnakan misi berkenaan.

"Misi ini memang mencabar fizikal dan mental, lepas turun bukit curam kita daki pula bukit yang tinggi. Biar apa pun, kita harung juga sampai tamat.

"Buddy, lepas dua jam, kita harung bukit ini memang nalla (bermakna besar mengikut dialek Utara)," kata rakan sekhemah penulis, Mohamad Naim Firdaus Abd. Aziz.

Meskipun letih, Mohamad Naim yang bertindak selaku jurugambar, yakin menyempurnakan misi berkenaan sambil tidak melepaskan peluang merakamkan keindahan hutan, aksi para peserta dan juga bekas tapak kaki harimau menerusi kamera digital Canon 1D Mark V yang begitu lasak.

Riak sungai


PENGALAMAN menaiki trak tentera untuk ke Taman Negara Kuala Koh begitu mengujakan.


Apabila terdengar bunyi air sungai semakin hampir dan jelas, kesemua peserta kembali bersemangat meneruskan perjalanan untuk tiba di check point pertama berehat dan menunggu makan tengah hari di Sentri Kelah.

Sejurus selesai makan dan berehat kira-kira satu jam lebih, pengembaraan diteruskan semula. Mental dan fizikal peserta sekali lagi diuji apabila dikehendaki berpatah balik dan mendaki beberapa buah bukit untuk ke check point kedua.

Perjalanan kali ini benar-benar menguji kekentalan semangat para peserta selepas sejam lebih berjalan. Ada beberapa peserta hampir putus asa untuk meneruskan perjalanan berikutan mengalami keletihan dan kesakitan di pangkal buku lali.

Bukan sekali dua kaki peserta terpelecok malah ada yang beberapa kali tersadung tunggul-tunggul kecil. Saat berjalan terhoyong-hayang dan kesakitan di kaki, ketika itu kelibat Medic, Koperal Mohd. Saifuddin Mohamed, Koperal Razal Aziz dan Prebet Noriyana Md. Shah memainkan peranan membantu peserta yang memerlukan rawatan.

Rasa penat bukan kepalang berbanding perjalanan pagi membuatkan pakaian peserta habis lencun dek peluh. Hanya mental dan gerak berpasukan menjadi tonik terbaik bagi meneruskan langkah.

Jeram Sinar

Tanpa beralah pada kepenatan dan kesakitan, kesemua peserta akhirnya berjaya dan selamat tiba di check point kedua di Jeram Sinar. Perasaan puas dan bangga segera dirasai kerana itulah laluan yang mencabar sebelum meneruskan aktiviti terakhir iaitu Rubber Floating sejauh dua kilometer (km).

Rubber Floating adalah aktiviti air yang memerlukan peserta berbaring di atas tiub pelampung besar dan menyusuri Sungai Kuala Koh hingga di check point terakhir.

"Inilah saat yang ditunggu kerana kita tidak perlu berjalan. Cuma relaks dalam pelampung ini. Walaupun nampak mudah, aspek keselamatan tetap diutamakan.

"Pengalaman merasai Rubber Floating ini memang menyeronokkan setelah penat mengharungi halangan hutan belantara," ujar seorang peserta yang juga pensyarah muzik, Yasmin Malik.


BERGAMBAR kenang-kenangan selepas menamatkan Program Kembara Duga Askar Wataniah.


Akhirnya, kesemua peserta tiba di check point terakhir kira-kira pukul 4.15 petang selepas tujuh jam mengharungi misi berkenaan. Tatkala berjaya menamatkannya semua peserta sekali lagi bersorak kegembiraan sebagai tanda berjaya menamtkan misi tanpa ada seorang pun ahli kumpulan terkecuali.

Aktiviti hari ketiga Kembara Duga itu dianggap paling mencabar selepas hari sebelumnya kumpulan penulis melakukan aktiviti merentas hutan ke Bumbun dan Pertang.

Pengalaman bermakna

Selain aktiviti berkenaan, peserta juga berpeluang melakukan aksi terbang keluang (flying fox), menikmati makan malam barbeku dan mengunjungi perkampungan Orang Asli di sekitar taman negara tersebut.

Salah salah seorang peserta, Ahmad Syah Ejaz Ismail, 23, berkata, penyertaannya bersama rakan-rakan dalam program berkenaan memberi pengalaman yang bermakna dari aspek mental dan fizikal.

"Ia sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama rakan kumpulan dalam membentuk kerja berpasukan dan membina semangat yang kental," katanya.

Seorang lagi peserta, Zuhaira Zainuddin, 34, berkata, dia berasa bangga dapat mengikuti program yang diatur untuk pasukan Wataniah.

"Walaupun bukan seorang tentera tetap, saya berasa amat teruja dan amat berminat sekiranya diberi peluang sebegini pada masa akan datang," katanya.

Kehadiran kesemua peserta menerusi perjalanan sejauh lebih 500km dan mengambil masa kira-kira tujuh jam dari Kuala Lumpur ke taman negara itu pada 2 hingga 5 Jun lalu merupakan aktiviti yang dirancang oleh pihak kementerian di bawah Program Kembara Duga Askar Wataniah, Kementerian Pertahanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berkunjung ke ‘tanduk’ Borneo

Posted:

Berkunjung ke 'tanduk' Borneo

Berkunjung ke 'tanduk' Borneo


TITIAN di tepi pantai ini merupakan laluan khas buat pengunjung yang mahu menghayati keistimewaan landskap semula jadi.


AKHIRNYA, sampai juga hajat penulis untuk menjejakkan kaki ke Tanjung Simpang Mengayau di Kudat, Sabah. Gambaran pemandangan alam semula jadi yang sering dilihat di laman web, blog, akhbar dan Internet kini di depan mata.

Walaupun dilahirkan di Negeri Di Bawah Bayu, penulis sendiri belum pernah sampai ke daerah Kudat sebelum ini, apatah lagi menyaksikan keindahan Tanjung Simpang Mengayau yang sangat menakjubkan.

Justeru, dalam perjalanan melawat saudara-mara pada tahun lalu, destinasi ini menjadi agenda wajib.

Untuk ke destinasi ini, pemanduan selama empat jam dari Kota Kinabalu diperlukan. Tempoh itu terasa berbaloi kerana perjalanan tersebut menyajikan pemandangan yang menarik.

Cuma cuaca panas terik ada ketikanya membuatkan tekak terasa perit dan kekeringan.

Terkenal dengan jolokan nama The Tip Of Borneo atau Penghujung Barat Laut Kepulauan Borneo, pemandangan mempesona yang sentiasa menjadi buah mulut selain lambakan gambar di Internet itu ternyata mampu memanggil sesiapa sahaja untuk bertandang, terutamanya para pencinta alam.

Subhanallah. Itulah ungkapan pertama penulis ketika tiba di tanjung di Semenanjung Kudat, kira-kira 215 kilometer (km) dari Kota Kinabalu.

Mula-mula penulis dan rombongan singgah di kawasan pantai sebelum beralih ke dataran. Berbanding di kawasan dataran, pengunjung boleh menjalankan pelbagai aktiviti di pantai seperti berenang, snorkeling, barbeku dan beriadah mahupun sekadar berbaring untuk sesi istirehat di bawah redup pokok.

Setelah puas melakukan pelbagai aksi untuk rakaman gambar, kami terus ke dataran kerana kami ingin tahu juga pelbagai pilihan aktiviti lain.


LAUT ini pernah menjadi laluan pedagang China yang datang ke Borneo menggunakan tongkang.


Lokasi 'tanduk'

Sebenarnya Tanjung Simpang Mengayau ini merupakan kawasan paling hujung kepulauan Boneo bahagian utara. Ia terletak pada 'tanduk' seperti yang terlihat pada peta negeri Sabah.

Dari dataran, anda akan nampak pandangan luas lautan Sulu dan Laut China Selatan, selain beberapa pulau termasuk Pulau Bangi dan sebuah pulau lagi yang menempatkan rumah api.

Rumah api itu terletak di Pulau Kalampunian yang khabarnya memiliki hamparan pantai tercantik di Kudat. Kejernihan laut dan pasir pantainya yang memutih pasti membuatkan sesiapa saja terpanggil untuk bermandi-manda.

Selain itu, jika anda berpeluang ke pantai anda akan melihat pelbagai bentuk formasi batu semula jadi, monumen berupa bongkah batu bulat dan beberapa tempat tinggalan sejarah.

Diterjemahkan sebagai 'simpang yang berpanjangan', Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi Laut China Selatan.

Menariknya, ia tempat pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu yang pernah satu ketika dulu menjadi laluan pedagang China ke Borneo menggunakan tongkang.

Difahamkan, banyak tongkang yang karam kini menjadi tukun di dasar laut lantas membentuk habitat ideal bagi hidupan laut.

Peperangan

Dalam bahasa kaum Rungus, Kudat, Tanjung Simpang Mengayau dikenali dengan nama Tanjung Sampang Mangazo.

'Tanjung' bermaksud hujung, 'sampang' adalah simpang dan 'mangazo' pula bermakna peperangan.

Bagi kaum Rungus, tempat itu mempunyai makna tersendiri yang menyaksikan peristiwa penting dalam kisah keturunan mereka.

Menurut catatan sejarah, kawasan itu adalah tapak pertempuran pahlawan Rungus dengan lanun yang sering menyerang perkampungan mereka sekitar abad ke-18 dan 19.

Justeru, mereka menggunakan tanjung tersebut sebagai lokasi pertahanan untuk melindungi kampung mereka. Tanjung tersebut juga begitu strategik sebagai tempat pemantauan kapal asing yang melewati perairan atau yang mahu mendarat di pantainya.

Merakam kenangan


PELUANG bergambar beramai-ramai sememangnya sesuatu yang wajib dirakam oleh seorang pengembara.


Untuk sampai di titik penghujung barat laut di pulau ketiga terbesar di dunia itu, pengunjung terpaksa berjalan kaki kira-kira 200 meter dari tempat letak kereta untuk ke pancang bendera raksasa dan replika bumi.

Ini membolehkan pengunjung merakamkan gambar kenangan seterusnya ke batuan singkapan granit. Walaupun terpaksa berjalan, segala tenaga yang digunakan pasti berbaloi kerana kedatangan itu disambut elemen alam yang memukau.

Elemen itu termasuklah pecahan batuan pasir yang membentuk landskap unik seperti formasi pusaran dan tetingkat.

Bagi yang meminati seni fotografi, inilah masanya untuk merakam pelbagai keindahan dan panorama yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Selain Tanjung Simpang Mengayau, pengunjung yang datang ke sana juga berpeluang melawat lokasi menarik. Antaranya adalah ladang madu lebah di Kampung Gombizau, kilang gong di Kampung Sumangkap dan rumah panjang kaum Rungus.

Justeru, bagi yang mahukan percutian menarik, masa yang diluangkan di Tanjung Simpang Mengayau pasti tidak akan sia-sia kerana setiap detik adalah saat yang menyeronokkan.

Jangan lupa untuk turun ke kawasan batuan paling hujung di tanjung. Walaupun terdapat papan tanda amaran mengenai tindakan tersebut, anda akan berasa rugi jika tidak berbuat demikian. Begitupun, sikap berhati-hati perlu diutamakan agar anda selamat ketika melangkahkan kaki di kawasan itu.

Jika anda sekadar ingin tahu, sebenarnya kawasan tersebut terdapat banyak formasi batuan yang luar biasa formasinya. Pastinya ia suatu pemandangan istimewa untuk dirakamkan dengan lensa kamera seterusnya ditunjukkan kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak pernah sampai ke destinasi itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Serang ayah enggan ceraikan ibu

Posted:

Serang ayah enggan ceraikan ibu

Serang ayah enggan ceraikan ibu

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my


SEORANG pembantu kantin menunjukkan kerusi dan meja yang rosak akibat pergaduhan anak dengan bapa di Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Pekarangan kantin Mahkamah Syariah Pasir Mas di sini, kecoh semalam apabila seorang anak bergelut dengan bapanya setelah tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya yang enggan menceraikan isterinya selepas permohonan dibuat di mahkamah tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, lelaki berusia sekitar 50-an itu sedang minum di kantin terbabit sebelum didatangi anak lelakinya dan berlaku pertengkaran antara mereka sehingga menyebabkan berlaku pergelutan di antara mereka berdua.

Menurut peniaga kantin terbabit, Fadzilah Ismail, 52, pada mulanya kedua-dua beranak itu berbincang mengenai masalah mereka namun ia bertukar tegang apabila lelaki berusia 50-an terbabit mempersoalkan tindakan anaknya yang terlalu menyebelahi ibu.

Maka bermulalah pertelingkahan antara mereka dengan si anak mengambil jag air dan menyimbah ke arah bapanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wardina beri blogger tempoh 14 hari

Posted:

Wardina beri blogger tempoh 14 hari

Wardina beri blogger tempoh 14 hari

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my


WARDINA (kanan) menafikan dakwaan bahawa dia telah menyertai PKR sambil diperhatikan Muhammad Hanif pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

"Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

"Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung)," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petronas bayar RM594.6 bilion

Posted:

Petronas bayar RM594.6 bilion

Petronas bayar RM594.6 bilion

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Petronas telah membuat pembayaran RM594.6 bilion kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dalam bentuk dividen, cukai, duti eksport dan perolehan petroleum semenjak penubuhannya sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac lepas.

Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata, RM65.7 bilion adalah pembayaran bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun ini.

Sehingga Jun 2011 pula, Najib berkata, jumlah sumbangan Petronas kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) adalah sebanyak RM3 bilion dan dilaburkan dalam pelbagai instrumen kewangan.

"Dana ini adalah aktif dan saiz dana KWAN kini berjumlah RM5.43 bilion," katanya dalam jawapan bertulis kepada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat di sini semalam.

Nurul Izzah ingin tahu mengenai jumlah sumbangan Petronas kepada KWAN dan kesediaan kerajaan menetapkan 30 peratus keuntungan tahunan Petronas ke dalam sebuah tabung pendidikan kebangsaan untuk pemberian biasiswa.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal tetap optimis

Posted:

Rajagobal tetap optimis

Rajagobal tetap optimis

Oleh HELMI TALKAH
helmi@kosmo.com.my


SAFIQ (dua dari kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pertama Malaysia ketika menentang Taiwan pada pusingan pertamam Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 2-1.


MESKIPUN sekadar mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Taiwan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 malam tadi, jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap optimis mengenai peluang skuad kebangsaan untuk mara ke pusingan kedua.

Menurut Rajagobal, kemenangan itu tetap dilihat sebagai satu kelebihan buat skuad Harimau Malaya kerana mereka bakal berkunjung ke tempat lawan bagi menghadapi aksi kedua pada Ahad ini.

"Menang tetap menang. Kita bukannya seri ataupun tewas kepada Taiwan. Jadi saya percaya ia mampu memberi kelebihan buat kami (skuad kebangsaan) apabila menghadapi Taiwan pada aksi kedua nanti.

"Biarpun kita beraksi di tempat lawan, kita perlu yakin bahawa kita masih mampu mencatat kemenangan. Jika pemain-pemain memiliki tahap keyakinan seperti itu, tidak mustahil kejayaan memihak kepada kita," kata Rajagobal kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, dua jaringan masih-masing satu daripada kapten, Safiq Rahim pada minit ke-27 dan tonggak pertahanan, Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak (ke-54) sudah cukup untuk memberi bekalan buat anak-anak buah Rajagobal sebelum berkunjung ke Taiwan.

Begitupun, kelekaan barisan pertahanan skuad kebangsaan dihukum apabila Chen Po Liang menjaringkan gol bagi merapatkan jurang buat Taiwan pada minit ke-75.

Kesilapan itu telah menghadirkan kebimbangan kepada Rajagobal yang tidak mahu ia berulang lagi ketika aksi kedua nanti.

"Kita tidak sepatutnya melepaskan gol mudah kepada Taiwan begitu sahaja. Apa yang saya dapat lihat ialah barisan pertahanan kita 'tidur' dan hilang tumpuan.

"Justeru, saya akan melakukan sesuatu bagi mengatasi kelemahan tersebut sebelum aksi kedua nanti," jelas Rajagobal.

Sementara itu, jurulatih Taiwan, Lo Chih-Tsung yakin anak-anak buahnya akan kembali bangkit pada aksi kedua nanti.

Jelas Chih-Tsung, pasukan itu sebenarnya menampilkan corak permainan secara menyerang tetapi apabila beraksi di Malaysia, mereka perlu berhati-hati dan lebih banyak bertahan.

"Pada aksi kedua nanti, saya yakin kami akan kembali kepada corak permainan asal kami. Kami akan menerapkan corak permainan secara menyerang.

"Kami perlu mencari gol dalam usaha untuk mara ke pusingan kedua. Saya yakin kami masih memiliki peluang yang cerah untuk ke pusingan berikutnya," jelas Chih-Tsung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cabaran menanti PSM

Posted:

Cabaran menanti PSM

Cabaran menanti PSM

Oleh NORZASRUDIN
MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


RAZALI (dua dari kiri) melihat trofi Kejohanan Piala Dunia Istaf Pertama 2011 sambil diperhatikan oleh Ahmad (dua dari kanan) dan Abdul Halim (kiri) di Putrajaya semalam.


PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) berdepan cabaran besar pada Kejohanan Piala Dunia Istaf Pertama 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 21 hingga 24 Julai ini.

Selain membuktikan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia mampu menjadi penganjur yang baik, PSM juga perlu melakar sejarah menjadi pasukan pertama yang bergelar juara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, semua negara mempunyai peluang yang sama rata untuk bergelar juara dan tidak ada sebab skuad negara gagal melakukannya.

"Menerusi kejohanan ini, sukan sepak takraw akan diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi dan tidak ada lagi negara yang akan mendomi- nasi acara ini.

"Dengan pengenalan format baharu dan pengenalan sistem ranking, juara baharu akan muncul, sekali gus memberi peluang kepada semua negara untuk menjadi juara.

"Pembaharuan yang dilakukan ini bakal menjadikan sukan ini lebih kompetitif dan berdaya saing.

"Jadi, ini adalah satu caba- ran yang besar buat PSM kerana mereka perlu menjadi pasukan pertama bergelar juara," kata Razali selepas Majlis Penyerahan Trofi Piala Dunia Istaf Pertama 2011 di Putrajaya semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penganjur merangkap Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail dan Ketua Pengarah Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Abdul Halim Kader.

Menurut Razali, sejarah baharu dalam sukan sepak takraw bakal tercipta dan ke- jayaan skuad negara dianggap sebagai satu 'batu lonca- tan' untuk berada pada satu peringkat yang lebih tinggi.

Lebih menarik, kejohanan ini akan mendapat liputan meluas daripada media cetak dan elektronik dan diang- garkan seramai 750 juta orang akan menonton termasuk di Eropah.

Sementara itu, Ahmad melahirkan rasa bangganya apabila Malaysia diberi penghormatan untuk menganjurkan kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan itu.

"Sebanyak 36 pasukan dari 24 negara bakal beraksi dan jumlah ini telah mengatasi penyertaan pada mana-mana kejohanan sebelum ini, sekali gus melakar sejarah baru.

"Mengenai cabaran untuk Malaysia menjadi juara sulung, saya serahkan seratus peratus perkara ini kepada para pemain dan jurulatih kerana mereka lebih mengetahui.

"Bagaimanapun, saya yakin peluang skuad negara untuk mencipta sejarah menjadi juara sulung sangat cerah berdasarkan prestasi semasa dan perubahan format yang dilakukan Istaf."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemanah UPM bolot 17 emas

Posted:

Pemanah UPM bolot 17 emas

Pemanah UPM bolot 17 emas

Oleh FARHANA HANIM
MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


KETUA Pusat Sukan UPM, Hamzah Ismail (belakang, enam dari kiri) bergambar bersama barisan pemanah universiti itu di Lapang Sasar UPM, Serdang semalam.


BARISAN pemanah Universiti Putra Malaysia (UPM) nyata terlalu unggul apabila membolot 17 pingat emas pada Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (Masum) 2011.

Selain 17 emas, UPM turut membawa pulang lima perak dan enam gangsa.

Pencapaian tersebut membolehkan UPM dinobat selaku juara keseluruhan acara memanah yang berakhir di Lapang Sasar UPM semalam.

Pada hari terakhir, UPM berjaya memperoleh lima emas mene- rusi acara Olimpik berpasukan recurve lelaki dan wanita dan juga Olimpik berpasukan compound lelaki.

Dalam acara individu, UPM meraih dua pingat emas menerusi Olimpik perseorangan compound lelaki oleh Mohd. Kaharuddin Ashah dan juga Olimpik perseorangan recurve wanita yang diraih Noor Aziera Taip.

"Dengan menurunkan beberapa pemanah yang pernah mewakili negara, kami yakin mampu memungut banyak pingat tanpa mengira warna," kata jurulatih pasukan memanah UPM, Siti Aisah Sudin semalam.

Siti Aisah berkata, walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran pingat, namun beliau yakin barisan pemanah UPM mampu mempamerkan aksi cemerlang.

"Saya harus akui kami berdepan tugas sukar ketika menentang pemanah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA).

"Mujurlah pemanah-pemanah UPM dapat fokus bagi merangkul pingat dalam acara masing-masing," jelasnya.

Bagi acara ping pong yang diadakan di Dewan Putra, Kolej Serumpun UPM, UiTM muncul juara berpasukan lelaki selepas membenam UM 3-1 pada aksi final.

Pingat gangsa diraih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kemenangan 3-2 ke atas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Terdahulu, UM berjaya meraih emas dalam saingan berpasukan wanita selepas menewaskan UiTM 2-0.

Universiti Sains Malaysia (USM) pula meraih gangsa selepas menyingkirkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tanam meranti di Tanarimba

Posted:

Tanam meranti di Tanarimba

Tanam meranti di Tanarimba

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


HOI MING (kiri) menanam salah satu daripada 26 pokok meranti di Tanarimba.


SEKALI-SEKALA dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi tentu sekali dapat melahirkan perasaan mendamaikan di dalam jiwa.

Bagaimanapun, kehijauan alam semula jadi dunia yang menjadi khazanah berharga kini dihimpit pemanasan global yang mungkin satu hari nanti tidak dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan.

Menyedari kepentingan itu, Dimension Data (Malaysia) Sdn. Bhd. menjalin kerjasama bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dalam menjejak alam semula jadi serta menanam 26 pokok meranti melalui program Go For Green di Tanarimba Janda Baik, Pahang baru-baru ini.

Pengarah Urusan Dimension Data, Chong Hoi Ming berkata, program berkenaan merupakan tanggungjawab sosial syarikat dalam memberi sumbangan terhadap pemuliharaan alam sekitar.

"Sudah menjadi sebahagian daripada budaya Dimension Data memulihara alam sekitar kerana kami terlibat secara langsung dalam teknologi hijau. Bagaimanapun, program ini diharap dapat memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dalam kalangan pekerja.

"Kami juga berharap program yang diadakan ini dapat memberi kesan jangka panjang terhadap alam sekitar dan generasi akan datang untuk merasai kehijauan khazanah dunia ini," katanya.

Program yang diadakan bersempena ulang tahun ke-26 syarikat itu melibatkan 103 peserta merangkumi pihak pengurusan, pekerja, pelanggan dan MNS.

Dimension Data turut menyerahkan sumbangan bernilai RM15,000 kepada Pengarah Eksekutif MNS, Clliford Clement untuk melaksanakan pelbagai aktiviti penyelidikan dan kajian mengenai pemuliharaan alam sekitar.

Dalam pada itu, Clifford menjelaskan, pokok meranti dipilih dalam program itu kerana keupayaan sebatang pokok tersebut mampu meresap dan memerangkap sehingga 25 kilogram karbon dioksida.


SEBANYAK 103 peserta menyertai program Go For Green di Tanarimba Janda Baik baru-baru ini.


"Justeru, ia dapat membantu dalam memulihara alam sekitar terutamanya sewaktu dunia berdepan dengan pemanasan global," katanya.

Sementara itu, salah seorang peserta, Lim Ju-Lian, 26, berkata, melalui program berkenaan dia memperoleh pengalaman baharu apabila dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

"Rutin harian agak sibuk, apabila dapat bersama-sama menyertai program ini ia memberi kesempatan untuk mendekatkan lagi diri dengan alam semula jadi.

"Dalam pada itu, kita juga dapat mengenali dengan lebih rapat rakan sepejabat yang jarang ditemui kerana kesibukan tugas masing-masing," kata Perunding Perkhidmatan Profesional Dimension Data itu.

Bagi Elmy Nasiruddin, 36, pula, program berkenaan dapat memberi pendedahan mengenai kepentingan ekosistem kepada manusia.

"Walaupun, sumbangan menanam pokok meranti kecil tetapi, ia dapat membantu dalam memulihara alam sekitar yang dilanda kepanasan global.

"Kita juga dapat meningkatkan pemahaman mengenai alam sekitar dan mengenali rakan-rakan pejabat dengan lebih dekat lagi apabila dapat bersama-sama menjejak alam di Tanarimba Janda Baik ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jualan amal di stesen kereta api

Posted:

Jualan amal di stesen kereta api

Jualan amal di stesen kereta api

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


KTM turut menjalankan kutipan di dalam gerabak sepanjang perjalanan ke Stesen Kereta Api Ipoh.


SUASANA hujung minggu lalu di Stesen Kereta Api Ipoh yang menyimpan sejarah pembinaan berusia 76 tahun itu sangat berbeza daripada hari-hari biasa.

Dalam kesibukan penumpang menunggu ketibaan gerabak kereta api yang akan membawa mereka ke destinasi pilihan, di siar kaki stesen, sekumpulan sukarelawan sedang giat menarik perhatian khalayak.

Berlatarbelakangkan seni bina kolonial, celoteh deejay bertugas yang diselang-seli dengan dendangan muzik berjaya mencuri perhatian orang ramai yang rata-ratanya sibuk dengan urusan masing-masing.

Berdekatan kanopi yang menempatkan deejay bertugas, pelbagai pakaian terpakai digantung dan ada juga yang ditempatkan di dalam kolam mandi plastik untuk kanak-kanak yang diubah fungsi menjadi ruang longgokan.

Selain itu, barang-barang terpakai lain seperti buku, pinggan-mangkuk malah tudung berwarna-warni turut menjadi pilihan kepada mereka yang berminat untuk membeli.

Pakaian yang masih berada dalam keadaan elok itu dijual pada harga serendah RM2 manakala buku-buku termasuk hasil karya penulis terkenal boleh dibeli pada harga RM5 sahaja.

Bonanza Amal

Keadaan meriah itu adalah sebahagian daripada usaha Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (IRM) dalam menganjurkan program Bonanza Amal Barangan Terpakai 1Malaysia dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Semua barang terpakai yang dijual semula itu merupakan hasil sumbangan orang ramai. Semua aktiviti pengumpulan dan derma telah diadakan selama tiga minggu di stesen-stesen komuter.

Kemudian, barang-barang tersebut disaring oleh para sukarelawan bagi memastikan hanya barangan yang masih dalam keadaan baik dijual.

Program jualan amal itu bertujuan untuk mencari dana bagi membantu penduduk Malaysia yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Presiden IRM, Zawahir Abdullah, kutipan daripada jualan yang dibuat di Ipoh itu nanti akan disalur kepada keluarga miskin yang telah dikenal pasti di Bagan Serai pada 9 Julai ini.

"Seramai 200 orang yang telah terpilih terdiri daripada ibu tunggal, warga emas yang miskin, OKU (orang kelainan upaya) dan sumbangan berbentuk barang-barang makanan.


PARA sukarelawan IRM terlibat dalam jualan program Bonanza Amal bagi mengumpul dana membantu rakyat Malaysia yang tidak bernasib baik.


Bagi memastikan bantuan disalur kepada pihak yang benar-benar layak, pihak IRM mendapat senarai nama-nama individu yang dikategorikan miskin dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dengan senarai yang ada, sukarelawan IRM akan melakukan pemeriksaan dan meninjau keadaan dan rumah individu yang berada di dalam senarai bagi melihat keperluan mereka.

"Dari situ, kami akan menyaring orang yang berkelayakan untuk menerima bantuan," ujar Zawahir ketika sidang akhbar Bonanza Amal di Bilik VIP Stesen Kereta Api Ipoh.

Sasar

Bagi tahun ini, IRM menyasarkan jumlah dana yang terkumpul sebanyak RM10,000 dan bagi program Bonanza Amal di Ipoh sahaja mereka berharap dapat mengumpulkan hasil dana sejumlah RM3,000,

Jualan amal Bonanza 1Malaysia di Ipoh juga turut dihadiri oleh Pengerusi IRM cawangan Perak, Ahmad Najib Ahmad dan Pengurus Pemasaran KTM Intercity, Mohd. Noordin Kimi serta kakitangan KTMB dan sukarelawan IRM.

Sebagai rakan kerjasama, KTMB sentiasa peka dalam membantu golongan yang memerlukan dengan menghulurkan bantuan seperti menyediakan tempat acara jualan amal dijalankan.

Menurut Noordin, KTMB turut mengadakan sebuah tabung yang dipanggil charity-drive dengan tujuan mengutip derma di dalam gerabak sepanjang perjalanan kereta api.

"Wang derma itu nanti akan diserahkan kepada IRM untuk diagih-agih kepada rakyat Malaysia yang memerlukan," tambah Noordin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Eksekutif bank curi RM59.4 juta

Posted:

Eksekutif bank curi RM59.4 juta

Eksekutif bank curi RM59.4 juta


GARY FOSTER didakwa membeli sebuah rumah mewah di Englewood Cliffs, New Jersey.


QUEENS - Seorang bekas eksekutif kumpulan perbankan Citigroup, Gary Foster didapati menggelapkan wang sebanyak AS$19.5 juta (RM59.4 juta) dalam tempoh 18 bulan dan menggunakan wang itu untuk membeli sebuah banglo berharga AS$3 juta (RM9.1 juta), membayar AS$1.93 juta (RM5.8 juta) untuk sebuah apartmen dan beberapa kereta mewah.

Sebuah akhbar melaporkan Foster, 35, turut didakwa menggaji seorang pemandu untuk memandu kereta Maserati GranTurismo dan sebuah BMW 550i miliknya selain telah menempah sebuah kereta Ferrari apabila dia ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Ahad lalu.

Sumber-sumber berkata, Foster ditahan semasa dia turun dari sebuah pesawat dari Bangkok di Lapangan Terbang Kennedy, New York

"Defendan menggunakan pengetahuannya tentang operasi Citigroup untuk menggelapkan wang dari dalam bank," kata seorang pendakwa raya, Loretta Lynch semasa mengumumkan dakwaan menipu terhadap Foster yang berkhidmat dengan Citigroup selama 12 tahun sebelum dia meletak jawatan pada Januari lalu.

Foster memperoleh pendapatan AS$100,000 (RM304,700) setahun sebagai pembantu naib presiden di sebuah pejabat perbendaharaan dan kewangan Citigroup di sini yang menguruskan pelaburan bank tersebut.

Pihak berkuasa bagaimanapun mendakwa mulai Mei 2009 hingga Disember tahun lalu, Foster memindahkan AS$19.2 juta daripada beberapa akaun dalaman Citigroup ke dalam akaun peribadinya di bank Chase.

Dia didakwa cuba menutup penipuan itu dengan mewujudkan kontrak pelaburan palsu supaya pemindahan wang itu dilihat tidak melanggar peraturan syarikat. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Remaja jadi penggodam diikat jamin

Posted:

Remaja jadi penggodam diikat jamin

Remaja jadi penggodam diikat jamin


RYAN CLEARY bersama ibunya keluar dari Mahkamah Mahkota Southwark Crown Court, Britain semalam.


WICKFORD - Seorang penggodam yang didakwa menggodam sistem komputer Agensi Jenayah Terancang Serius Britain (Soca) pulang ke rumahnya semalam selepas ibunya berjanji tidak akan membenarkan dia melayari Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Penggodam tersebut, Ryan Cleary, yang didakwa orang penting dalam kumpulan penggodam antarabangsa, LulzSec, bertemu semula dengan ibunya, Rita selepas dia dibenarkan ikat jamin oleh hakim sebuah mahkamah setelah tujuh hari ditahan reman polis.

Remaja berusia 19 tahun yang gemar menyendiri itu ditangkap dalam operasi bersama polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di rumah ibunya di sini, England pada Isnin lalu kerana disyaki mensabotaj beberapa organisasi kerajaan termasuk Soca.

"Saya berasa amat lega kerana dapat membawa anak saya pulang. Sepanjang tujuh hari dia ditahan, ia merupakan hari paling panjang dalam hidup kami," kata Rita.

"Dia memberitahu saya bahawa dia mungkin gila berada dalam tahanan," tambahnya.

Cleary yang diperintahkan memakai penanda elektronik, berdepan lima dakwaan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Jenayah Britain.

Kumpulan LulzSec pula dikaitkan dengan serangan siber ke atas beberapa laman web termasuk Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan syarikat permainan komputer Sony serta Nintendo.

- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rihanna jatuh di atas pentas

Posted:

Rihanna jatuh di atas pentas

Rihanna jatuh di atas pentas


RIHANNA terjatuh di atas pentas di Edmonton, Kanada pada Rabu lalu.


MONTREAL - Penyanyi terkenal, Rihanna terjatuh dalam keadaan memalukan ketika dia membuat persembahan di Edmonton, Kanada pada minggu lalu.

Penyanyi dari Barbados ketika itu sedang menyanyikan lagi Love The Way You Lie semasa dia terjatuh kerana memakai kasut tinggi di hadapan 16,000 peminatnya.

Namun, dia yang berusia 23 tahun itu kembali bangun untuk menghiburkan peminatnya seperti seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pemuda UMNO bantu bawa pulang kanak-kanak

Posted:

Pemuda UMNO bantu bawa pulang kanak-kanak

Pemuda UMNO bantu bawa pulang kanak-kanak

29/06/2011 8:30pm

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan masalah yang dihadapi seorang bapa yang anaknya dilarikan oleh bekas isterinya yang berasal dari Batam, Indonesia kira-kira dua tahun lalu, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO berjanji untuk bekerjasama dengan Interpol bagi mengatasi masalah tersebut.

Pengerusi biro berkenaan, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata Tan Eng Keong, 31, telah mendapat hak penjagaan anaknya Tan Xin Ru, 8, daripada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas berlaku perceraian dengan isterinya Pau Moi Moi, 30.

Beliau berkata, pihaknya akan meminta pihak Indonesia agar memberi kerjasama memohon Moi Moi menyerahkan kembali anaknya kepada Eng Keong.

"Biro Aduan telah mendapat laporan dan sekarang ini kita akan membantu Tan untuk mendapatkan kembali anaknya semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis nafi sita tapak ceramah

Posted:

Polis nafi sita tapak ceramah

Polis nafi sita tapak ceramah

29/06/2011 8:28pm

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan bahawa mereka telah menyita tapak ceramah yang dijadualkan diadakan di Gombak malam ini dipercayai berhubung perhimpunan haram 9 Julai, seperti yang dilaporkan di blog berita online.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, setahu beliau kunci dewan masyarakat Kampung Wira Damai tempat ceramah itu akan diadakan dipegang oleh ketua kampung tersebut.

"Polis hanya membuat kawalan dan membuat garisan kuning di kawasan tersebut bagi melarang orang ramai memasukinya," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kanak-kanak lemas dalam tali air

Posted:

Kanak-kanak lemas dalam tali air

Kanak-kanak lemas dalam tali air

29/06/2011 7:47pm

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air berdekatan rumahnya semasa menunggang basikal di Kampung Parit Buaya dekat sini, petang semalam.

Mohd. Fahmi Kamarudin, 5, menunggang basikal seorang diri kira-kira pukul 7.00 petang dipercayai terjatuh ke dalam tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Azlina Ahmad, 39, berkata, anak bongsunya itu dilihat bermain bola bersama anak sulungnya di perkarangan rumah mereka apabila dia masuk ke dalam rumah.

"Bagaimanapun apabila melihat Mohd. Arif (anak sulung) masuk ke rumah seorang diri, sayapun bertanya kepada Arif mengenai Mohd. Fahmi. Arif tiba-tiba lari keluar dan menaiki basikal untuk mencari Fahmi. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Terlupa jadi wanita feminin

Posted:

Terlupa jadi wanita feminin

Terlupa jadi wanita feminin



JIKA sebelum ini, kelibat pelakon Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim kelihatan ayu berambut panjang dan feminin, namun demi ingin menjayakan watak yang diberi, Diana sanggup memejam mata dan menahan perasaan apabila dia harus bertukar wajah.

Tiada lagi rambut panjang kesayangannya, atau pakaian feminin yang selalu melekat di badannya. Kali ini, Diana harus berubah secara total demi sebuah karier.

Sam, watak tomboi yang dilakonkan oleh Diana di dalam filem terbaru 321 Cinta, memerlukan dia memotong rambut yang sebelum ini panjang dari paras pinggang ke potongan pendek seperti lelaki.

"Memang sayang mahu potong rambut panjang saya itu terus pendek begitu. Memang terasa perbezaan setelah berambut pendek.

"Pernah suatu hari, adik saya berasa takut mahu tidur bersama saya kerana saya kelihatan seperti seorang lelaki," ujar Diana sambil ketawa dan memberitahu dia sering tidur bersama adiknya.

Tambahnya: "Saya tidak pernah memotong rambut saya begitu pendek seumur hidup.

Pelbagai fesyen rambut lelaki digayakan termasuk gaya spike dan itu juga kali pertama rambut saya digayakan seperti itu.

Diana berkata lagi, pada mulanya, dia tidak mengetahui yang dirinya perlu memotong rambut sebegitu kerana pada asalnya dia hanya mahu memakai rambut palsu yang telah disediakan.

Namun, kerana mahukan impak yang lebih mendalam, pengarah Azhari Zain mahu pelakon utamanya itu berambut pendek seperti lelaki dan kelihatan seperti tomboi.

Apa yang pasti, setelah berambut pendek, Diana sendiri berasa watak Sam lebih dekat dengan dirinya. Selain itu, selama sebulan Diana dilayan seperti lelaki di set penggambaran oleh semua krew, pelakon dan penggarapnya sendiri.


SEPANJANG tiga tahun menjadi pelakon, Diana Amir pertama kali melakonkan watak tomboi menerusi filem 321 Cinta.


Bagaimanapun, dia tidak mengambil kisah tentang perkara tersebut kerana itu merupakan salah satu perencah untuk dirinya larut di dalam watak yang diberi.

Tambahnya, sepanjang penggambaran filem tersebut juga, Diana akan berpakaian dan berkelakuan seperti tomboi bukan sahaja dalam lokasi penggambaran tapi juga di alam realiti.

"Saya tidak kisah kerana saya mahu watak tersebut memberi kesan dengan sebaik mungkin. Jadi, saya ikut sahaja apa yang dimahukan. Saya juga suka watak tersebut kerana Sam merupakan seorang yang sangat bersahaja.

"Dan sebenarnya, saya suka dengan pengorbanan yang telah lakukan kerana ia dapat memenuhi permintaan watak itu sendiri. Mungkin jika saya memakai rambut palsu, saya kurang menjiwai watak Sam," bicaranya yang pertama kali melakonkan watak seperti ini sepanjang kariernya sebagai pelakon selama tiga tahun.

Cerita Diana, sebelum ini sememangnya dia tidak pernah berperwatakan seperti tomboi.

Justeru, apabila menerima tawaran menjadi Sam di dalam filem tersebut, dia berusaha mencari watak-watak di dalam filem tempatan mahupun luar untuk dijadikan rujukan.

Tetapi secara jujur kata Diana, dia dapat menjiwai watak tersebut melalui pergaulan dengan seorang temannya yang merupakan seorang tomboi. Melalui temannya itulah dia belajar dan cuba melepaskan semua pengetahuannya tentang dunia dan perwatakan tomboi ke dalam watak Sam.

"Saya berterus-terang dengannya dengan mengatakan ingin meminta pertolongan daripada dia supaya dapat mengajar saya cara-cara untuk menjadi seperti dirinya. Jadi, saya pernah keluar bersama rakan saya tersebut dengan berpakaian seperti tomboi dan mengikut caranya.

"Selain itu, saya juga ada mengikuti kelas lakonan untuk belajar perwatakan termasuklah dari segi pertuturan, kelakuan, gaya, cara berjalan dan banyak lagi yang dipelajari," katanya yang mengaku segala yang dilakukannya itu merupakan sesuatu yang bertentangan dengan perwatakan sebenar dirinya.

Lucunya, tambah Diana lagi, oleh kerana terlalu menjiwai watak tersebut, dia hampir terlupa karakter lemah lembut sebagai perempuan walaupun selepas habis waktu penggambaran.


SELAMA sebulan, Diana dilayan seperti lelaki di set penggambaran filem 321 Cinta.


Seronok

Setiap apa yang dilakukan pasti punya cabaran yang mendatang. Sebagai pelakon, Diana tidak terlepas dari bersemuka dengan cabaran-cabaran yang berlainan setiap kali membawa watak yang berbeza.

Namun, kali ini, Diana mengganggap cabaran yang dilaluinya ini sebagai pengalaman yang mengujakan. Ujarnya, banyak pengalaman baru yang membuatkan dirinya tidak sabar untuk melakonkan watak Sam setelah tawaran diterima.

"Di dalam filem itu, banyak perkara yang menarik sehingga saya tidak anggap yang susah itu cabaran tapi sebagai suatu perkara yang menyeronokkan. Lagi susah, lagi teruja untuk saya lakukan," bicara Diana yang turut memberitahu keluarganya juga banyak memberi sokongan untuk membantunya menjayakan watak tersebut.

Terbaharu Diana juga teruja untuk menantikan respons terhadap filem terkininya, 7 Petala Cinta. Jika dalam filem Aku Masih Dara, watak yang dipegang Diana berpakaian seksi, 321 Cinta pula memerlukan dia menjadi tomboi.

Namun, menerusi 7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang juga digarap oleh Azahari Zain memerlukan dirinya berubah menjadi gadis naif.

Memegang watak sebagai Hilma Aqila yang juga watak sulung Diana sebagai gadis bertudung adalah watak yang sangat berbeza dari Sam di dalam 321 Cinta.

"Selain memakai tudung, saya perlu sopan dari segi pertuturan, kelakuan serta perlu mengaji dan sebagainya.

"Saya sangat seronok dan memang menantikan tawaran sebegini kerana sebelum ini saya pernah melakonkan watak gadis liar dan biarlah ia menjadi satu-satunya watak liar yang pernah saya lakonkan," ujarnya yang turut bergandingan bersama Fizo Omar, Aeril Zafrel dan pelakon baharu Shima Anuar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Panic sudah ramal

Posted:

Panic sudah ramal

Panic sudah ramal

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


PERJUANGAN Panic akhirnya berakhir pada minggu lalu.


TIDAK menduga sehingga mampu berada di kelompok lima terbaik dalam rancangan realiti tarian Showdown 2011, Panic, sebenarnya sudah meramal akan penyingkiran mereka pada minggu lalu.

Kata wakil kumpulan Panic: "Harapan utama kami untuk tersenarai sebagai kumpulan tujuh terbaik sudah tercapai, menjadi krew lima teratas pun sebenarnya di luar dugaan."

Tambah mereka, penyingkiran pada minggu lalu sudah dijangka memandangkan kekurangan mereka sendiri mempamerkan persembahan yang berkualiti berdasarkan tema yang dipilih.

"Tema Magic bukan sesuatu yang senang untuk dikoreografkan menjadi persembahan tarian apatah lagi jika tidak punyai masa yang cukup untuk berlatih," maklumnya yang berdepan dengan kekangan masa berlatih dek undangan persembahan dan bengkel tarian.

Selain itu, masalah penggunaan peralatan magis yang dibekalkan untuk persembahan juga menjadi halangan untuk menampilkan taring satu-satunya kumpulan yang terdiri daripada semua wanita itu.

"Peralatan pertunjukan magis yang diberikan kepada kami kurang serasi untuk direalisasikan dalam persembahan tarian dan disebabkan itulah perjalanan persembahan kami sedikit terganggu," ujarnya tentang kumpulannya itu yang diberikan lagu Check It Out nyanyian Will.I.am bersama Nicki Minaj.

Bagaimanapun, tema Magic tidak menjadi halangan bagi kumpulan Elecoldxhot (ECX) yang sentiasa berada dalam kelompok teratas pada setiap minggu.

Berpandukan lagu populat Rihanna, S&M ditambah magis lampu kelip-kelip merah dan gerakan tari serta koreografi yang sempurna, ECX akhirnya terselamat daripada tersenarai dalam kalangan empat kumpulan terbawah.

Bounce Stepperz (BOS) yang mempertaruhkan bakat kombinasi tarian tradisional dan moden menerusi lagu Raise Your Glass oleh Pink pula mendapat komen positif daripada ahli silap mata Anslem Roy Eric yang diundang menjadi juri jemputan.

Begitu pun, kegagalan untuk tampil versatil pada pusingan battle pertama bertemu Rokusteps (RKS) meletakkan pasukan itu di tangga dua terbawah untuk berentap dalam pusingan battle tambahan menentang Panic.

Dua lagi pasukan HMC Phlow (HMC) dan Rokusteps yang masing-masing mempersembahkan teknik tarian tersendiri menerusi lagu Pause (Pittbull) dan Dirty Dancer (Enrique Iglesias) terselamat daripada penyingkiran minggu lalu apabila memenangi pusingan battle pertama.

Kini hanya tinggal empat lagi pasukan dan satu lagi penyingkiran untuk berentap di pusingan akhir pada 6 Julai nanti.

Kumpulan mana yang bakal tersingkir pada minggu depan? Adakah Bounce Stepperz, Rokusteps, HMC Phlow atau Elecoldxhot?

Sama-sama kita nantikan keupayaan masing-masing dalam pusingan akhir penyingkiran bertemakan Show Me Watcha' Got pada malam ini, pukul 9.30 malam secara langsung dari i-City Shah Alam, Selangor di saluran 8TV.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mirren kunjungi pantai bogel

Posted:

Mirren kunjungi pantai bogel

Mirren kunjungi pantai bogel


HELEN MIRREN


PELAKON veteran Helen Mirren mengakui telah mengunjungi pantai yang membenarkan para pengunjungnya berbogel dan mengakui ia merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Aktres berusia 65 tahun itu menegaskan bahawa berbogel di kawasan awam merupakan suatu kebebasan.

"Sudah tiga kali saya mengunjungi pantai yang membenarkan pengunjungnya berbogel dan ia sangat menyeronokkan," ujarnya.

Tambah Mirren: "Ia (berbogel di pantai) merupakan suatu pengalaman semula jadi dan secara langsung menukar pemikiran saya tentang bogel dan seksualiti.

Dalam pada itu, biarpun sudah banyak kali berbogel dalam filem-filem lakonannya, Mirren mengakui tidak selesa dengan bentuk badannya.

Katanya: "Apa yang sebenarnya, saya tidak yakin dengan bentuk tubuh saya. Tubuh (supermodel) Naomi Campbell hebat, tapi tubuh saya tidak menyamai Naomi."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved