Selasa, 28 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ukur jari pada bola sendiri

Posted:

Ukur jari pada bola sendiri

Ukur jari pada bola sendiri

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my



LELAKI itu kelihatan seperti menunggu kehadiran seseorang di premisnya yang terletak di tingkat dua pusat beli-belah Endah Parade, Bandar Baru Sri Petaling, Selangor. Sesekali matanya melirik ke arah jam tangan yang dipakainya.

"Sudah pukul 3.30 petang, kejap lagi sampailah," getusnya di dalam hati.

Sambil menunggu, Nor Azmi Ismail, 43, memerhatikan persekitaran ruang premisnya, My Pro Shop yang baru beroperasi pada Mei lalu.

Dia sendiri tidak menyangka minat yang mendalam terhadap sukan boling sejak usia 17 tahun membolehkannya bergelar usahawan dalam bidang yang jarang-jarang dikuasai oleh kaum Melayu itu.

Satu ketika dahulu, dia pernah bekerja dalam bidang pembinaan, namun disebabkan komitmen terhadap keluarga memaksanya untuk berhenti kerja.

Cintanya kembali bertaut terhadap boling, tetapi bukan sebagai atlet profesional sebaliknya pembantu kedai dan penebuk lubang bola boling (driller) di beberapa premis boling di ibu negara.

Bekerja di bawah driller berpengalaman, pemain dan jurulatih boling negara seperti Alex Lew dan Ben Heng menyebabkan dia bertekad untuk membuka perniagaan sendiri pada tahun 2007 di Cosmic Bowl Mid Valley.

Sejak itu, rutinnya agak padat. Hampir saban hari dan minggu jadualnya dipenuhi temu janji bersama pelanggan. Menguruskan dua premis My Pro Shop serentak di dua lokasi yang berasingan nyata sedikit memenatkan.

Ibarat kata pepatah, alah bisa tegal biasa, anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu rela melakukannya. Lagipun dia sudah berpengalaman hampir sedekad dalam bidang itu dan mempunyai pelanggan setia yang sentiasa menagih khidmat dan kepakarannya.

Pintu yang tiba-tiba terbuka bagaimanapun mematikan lamunannya. Pelanggan yang ditunggu-tunggunya hadir seperti yang dijanjikan.

Tanpa berlengah, Nor Azmi bersama seorang kakitangannya, Azrul Azidi Alias, 26, memulakan tugas. Ukuran jari pelanggan diambil menggunakan peralatan khas, dikenali sebagai ball fitter untuk menentukan jarak antara jari, sudut lubang dan kedalaman lubang jari pada bola.

Kesemua maklumat itu kemudiannya ditandakan pada bola, sebelum ia ditimbang dengan menggunakan penimbang khas untuk menentukan side weight, single weight, thumb weight, top weight dan sebagainya.

Selepas semua bacaan diambil dikira, barulah proses terakhir dilakukan iaitu menebuk bola dengan mesin.

"Lazimnya, beginilah proses menebuk bola boling. Saya akan bertanyakan beberapa maklumat penting pelanggan seperti berat badan, tangan mana yang digunakan, teknik balingan serta kondisi permainan mereka.


Ball fitter digunakan untuk mendapatkan ukuran jari yang tepat.


"Selepas itu, barulah saya mencadangkan jenis bola yang sesuai berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan," katanya sambil menambah kebanyakan bola boling diimport dari negara seperti Amerika Syarikat, Mexico, China dan Korea Selatan.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, pengiraan dan ukuran perlu dilakukan dengan teliti kerana setiap bola dan pemain mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain.

Material bola

Ceritanya, walaupun setiap bola kelihatan hampir sama pada pandangan mata kasar, namun ia dibezakan melalui pemberat dan material yang digunakan semasa proses pembuatannya.

"Misalnya, bola bagi balingan straight mempunyai permukaan yang lebih licin dan berkilat, beratnya pula sekitar lima hingga tujuh kilogram dan materialnya lebih lembut untuk memberi lebih impak terhadap pin. Kedudukan lubang pada jari pula adalah berdasarkan cengkaman konvensional.

"Begitu juga dengan bola untuk balingan spinner atau balingan hooked, berat, saiz, kedalaman lubang jari dan sudut yang berbeza antara satu sama lain," jelasnya.

Nor Azmi berkata, terdapat dua jenis material yang digunakan pada bola boling iaitu jenis polister dan reaktif dan digunakan mengikut kesesuaian dan keadaan gelanggang.

"Penggunaan bola polister digunakan bagi peringkat permulaan manakala bola reaktif pula sering digunakan di peringkat lebih tinggi seperti entry level sehingga ke high performance.

"Umumnya, bola reaktif memberikan impak yang lebih baik berbanding bola polister, namun ia juga bergantung kepada kemahiran pemain, keadaan gelanggang dan aksesori yang digunakan," ujarnya.

Beliau memberitahu setiap bola dijual pada harga di antara RM200 hingga RM800 bergantung kepada jenis dan jenamanya.

Seorang pelanggan tetap Nor Azmi, Zanilatun Kamariah Zakaria, 36, mengakui pemilihan dan penggunaan bola yang sesuai penting dalam mendapatkan mata tertinggi dalam setiap permainan.


AZMI yang pernah bekerja sebagai penebuk bola boling akhirnya nekad untuk mengusahakan bisnes kedai bolingnya sendiri sejak empat tahun.


"Dulu saya juga agak kabur mengenainya. Apabila sudah lama berjinak-jinak di dalam sukan ini barulah saya tahu mengenai berat bola, jenis bola, teknik balingan dan keadaan gelanggang penting untuk mendapatkan balingan yang sempurna.

"Jika tidak, ia bukan sahaja merosakkan permainan, malah berkemungkinan menyebabkan kecederaan pada jari atau tangan," katanya yang menetap di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor.

Kakitangan sebuah bank tempatan itu memberitahu, kehadiran driller profesional seperti Nor Azmi memudahkan pemain boling amatur sepertinya mendapatkan tip dan ciri-ciri bola yang dikehendaki.

"Selain mendapatkan perkhidmatan menebuk lubang bola, premisnya juga menawarkan perkhidmatan lain seperti mengilat bola di samping menjual pelbagai aksesori berkaitan.

"Apa yang pasti, sekarang terdapat pelbagai pilihan jenama dan jenis bola di pasaran. Setidak-tidaknya perkembangan ini dapat membantu pemain meningkat tahap permainan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gunakan lidah, bibir dan suara serentak

Posted:

Gunakan lidah, bibir dan suara serentak

Gunakan lidah, bibir dan suara serentak

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my


SHAWN kini mampu menghasilkan lebih 50 bunyi menggunakan mulutnya.


BUNYI-BUNYIAN yang terhasil daripada mulut remaja bernama Shawn Lee ini menerbitkan seribu satu persoalan tentang bagaimana anak muda itu mampu mengeluarkan bunyi-bunyi yang mustahil dilakukan manusia.

Penerima Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-18 itu kini mampu menghasilkan lebih 50 bunyi dengan mulutnya.

Dia yang juga pernah muncul dalam drama bersiri Hikayat Putera Shazlan gemar melakukan bunyi binatang dengan bunyi cengkerik menjadi bunyi kegemarannya.

Bunyi gajah, kucing, itik dan anjing menyalak antara bunyi-bunyi binatang yang mampu ditiru oleh Shawn selain bunyi alatan muzik seperti trompet, perangkat dram dan keyboard elektrik.

Jika seorang penyanyi perlu belajar teknik vokal dengan betul, beatboxer pula tidak memerlukan latihan spesifik bagi meningkatkan kemahiran mereka.

Menurut penuntut tahun kedua Institut Kejuruteraan Audio (SAE), Subang Jaya, Selangor itu, dia banyak belajar menerusi internet dan bertukar-tukar pendapat dengan beatboxer lain ketika mengadakan persembahan atau pun pertandingan.

Tidak meletakkan bakat sebagai sandaran utama memacu kerjaya sebagai seorang beatboxer, malah Shawn mengakui setiap orang sebenarnya berkebolehan melakukan beatboxing.

"Hanya satu peratus bakat yang diperlukan bagi menjadi seorang beatboxer, selebihnya terletak kepada usaha masing-masing. Sesiapa sahaja boleh menjadi beatboxer kerana mulut manusia mampu menghasilkan pelbagai bunyi.

"Bagi melakukan beatboxing, seseorang itu perlu menggunakan lidah, bibir serta suara secara serentak, jika tidak serentak ia tidak akan menjadi," jelas remaja berusia 19 tahun itu.

Eksperimen spontan

Mula bereksperimen dengan beatboxing pada usia 14 tahun, Shawn melakukannya secara spontan ketika mendengar radio dan tidak mengetahui akan kewujudan istilah beatboxing.

Hanya selepas melihat beberapa video berkenaan beatboxing di YouTube, dia mula tertarik dengan aktiviti tersebut dan memuatkan video-video aksinya di laman YouTube miliknya.

Tuah menyebelahi Shawn apabila penganjur kepada Kejohanan Dunia Beatboxing menghantar jemputan kepadanya bagi menyertai kejohanan itu pada tahun 2009 setelah melihat keistimewaan Shawn sebagai beatboxer.


PADA usia muda, Shawn sudah mula membina nama di peringkat antarabangsa.


Tanpa berfikir panjang, Shawn terbang ke Berlin, Jerman bagi menyertai pertandingan tersebut dan sebagai pendatang baharu dalam dunia beatboxing, acara itu menjadi medan penting buat dirinya mengasah kebolehan bagi bergelar beatboxer terulung.

Percubaan pertama kalinya itu nyata membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapat tempat kesembilan daripada 45 peserta yang hadir mewakili 40 negara.

Tingkat keyakinan Shawn berganda apabila dia menjuarai Pertandingan Beatboxing Malaysia AND1 pada tahun yang sama sekali gus meletakkan Shawn dalam kelompok beatboxer tempatan yang perlu digeruni.

Kolaborasi unik

Dengan gelaran tersebut, Shawn sudah boleh berbangga kerana selama lebih tiga tahun berkecimpung secara serius dalam dunia beatboxing, dia sudah bekerjasama dengan barisan artis-artis ternama tanah air.

Nama seperti Diana Danielle, Suki dan Altimet merupakan antara selebriti yang pernah berkongsi pentas dengannya melakukan persembahan gabungan nyanyian serta beatboxing yang ternyata menarik perhatian penonton.

"Ada orang mengatakan beatboxing sesuai untuk genre hip hop sahaja tetapi, apabila saya berkolaborasi bersama artis-artis genre lain, saya sedar beatboxing tidak terhad kepada hip hop sahaja.

"Saya suka mencuba sesuatu yang baharu dan setakat ini saya telah membuat persembahan diiringi muzik jazz dan hasilnya amat mengagumkan.

"Gabungan beatboxing dengan instrumen muzik lain serta penyanyi mampu membuatkan satu persembahan itu kelihatan seperti sebuah grup yang memerlukan lima orang bagi menjayakannya," lancar sahaja tutur Shawn yang mengidamkan kolaborasi bersama David Guetta dan Black Eyed Peas pada masa akan datang.

Kini setelah namanya mula mekar dalam lapangan beatboxing, satu persatu jemputan diterimanya malah, magis bakat beatboxing itu turut membolehkannya menerima undangan menjayakan persembahan di luar negara.

Australia, Brunei, Vietnam, Singapura dan Taiwan merupakan antara destinasi yang pernah menerima kunjungan Shawn dan rata-rata jemputan tersebut meminta Shawn mengisi slot persembahan bagi konsert-konsert yang diadakan.


SHAWN (kiri) pernah mendapat tempat kesembilan daripada 45 peserta pada Kejohanan Dunia Beatboxing pada tahun 2009.


Namun, masalah yang sering dihadapi Shawn ialah dia mudah diserang sakit tekak apabila menaiki pesawat dan perkara itu mengganggu kelancaran persembahannya.

"Perkara paling ditakuti seorang beatboxer ialah mengalami sakit tekak pada hari persembahan.

"Saya sering berdepan masalah itu jika menjayakan persembahan di luar negara namun, ia tidaklah teruk hingga membuatkan saya perlu membatalkan persembahan," ucap Shawn jujur.

Violin dan beatboxing

Sementara itu, pemain violin ternama tanah air, Dennis Lau kini menjadi individu yang sering kelihatan mengiringi persembahan Shawn.

Walaupun jejaka berusia 26 tahun itu telah kukuh dalam industri muzik tanah air sebagai pemuzik, produser serta komposer, dia tidak segan bergandingan dengan Shawn yang masih hijau dalam industri tempatan.

"Kami telah berkolaborasi selama hampir tiga tahun dan sepanjang penglibatan saya bersama Shawn, banyak perkara dapat saya pelajari.

"Tidak mudah bagi melihat seorang beatboxer membuat persembahan bersama biola dan kami merupakan pelopor kepada gabungan tersebut.

"Jika seorang pemain dram diibaratkan sebagai tulang belakang bagi sesuatu persembahan, keunikan dimiliki Shawn ialah dia mampu melakukan bunyi dram tersebut dan dalam masa yang sama menjadi tumpuan utama persembahan itu," ujar komposer kepada lagu Mahkota nyanyian Syafinaz itu.

Gabungan beatboxing serta nyanyian jarang sekali dipertontonkan di Malaysia, namun persembahan seumpama itu telah menjadi kebiasaan di negara-negara Barat.

Juara program realiti TV, One In A Million musim pertama, Suki Low melihat kerjasama beatboxing bersama penyanyi perlu diperluaskan di Malaysia kerana ia mampu menjadikan persembahan tampak segar.

Pentas Festival Muzik Asia pada April lalu menjadi landasan pertama buat Suki dan Shawn melakukan persembahan bersama.

"Sebagai seorang pemuzik, Shawn boleh dikategorikan sebagai individu kreatif yang sering tampil dengan idea baharu.

"Dalam usia yang masih muda, dia cepat menyesuaikan diri serta mampu menjadikan setiap kolaborasi sebuah persembahan unik dan bertenaga," kata Suki lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Hasil inovasi dimartabat APICTA

Posted:

Hasil inovasi dimartabat APICTA

Hasil inovasi dimartabat APICTA

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my



SABAN tahun, semakin banyak inovasi kreatif yang dibangunkan untuk memudahkan lagi kehidupan seharian manusia.

Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak terkecuali dalam merasai tempias pembangunan inovasi. Kemajuannya secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan sesebuah negara.

Pada masa yang sama, ia turut melahirkan lebih ramai cerdik pandai dalam industri ICT sekali gus mengembangkan lagi modal insan negara.

Bagaimanapun, agak sukar bagi usahawan dan pelajar ICT itu memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka dengan lebih menyeluruh terutamanya bagi yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini.

Justeru itu, sejak 11 tahun lalu, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah menganjurkan Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) untuk dijadikan platform terbaik kepada mereka.

APICTA yang mempertandingkan pelbagai kategori pada peringkat domestik dan antarabangsa dapat membantu penerima anugerah memperkenalkan produk ataupun perkhidmatan mereka di dalam negara malah berpeluang menembusi pasaran secara global.

Peluang perniagaan

Ia terbukti apabila sebuah syarikat pembangun, Free Alliance yang memenangi anugerah kategori Penyelidikan dan Pembangunan Terbaik peringkat domestik serta antarabangsa pada tahun lalu, berjaya menembusi beberapa pasaran luar negara.

Free Alliance yang membangunkan Rangkaian Pengesan Tanpa Wayar nuRF dan Sistem Pintar Tanpa Wayar turut merangkul kategori Start-up Terbaik peringkat domestik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fairuz Mohd. Azrul, berkata, kemenangan yang diperoleh melalui APICTA telah membuka peluang untuk mempromosi produk inovasi dan perkhidmatan syarikatnya dengan lebih meluas.

"Pengiktirafan tersebut telah memberi keyakinan kepada pelanggan-pelanggan untuk berurus niaga dengan Free Alliance yang baru ditubuhkan pada tahun 2008.

"Apabila memenangi anugerah tersebut, kami bukan sahaja mendapat pelanggan domestik tetapi berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan banyak lagi," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Sistem yang dibangunkan Free Alliance itu menggunakan protokol komunikasi dan algoritma tanpa wayar dalam mengesan peranti tanpa wayar bergerak serta perayauan.

Ia juga dapat membenarkan penggabungan data seperti suhu, pergerakan, kelembapan, pengiraan rekod inventori dan lokasi rangkaian tanpa wayar beroperasi dengan lancar melalui hab pusat pemprosesan.

Fairuz menambah, sistem itu boleh diaplikasi dalam pelbagai sektor termasuk perubatan, ketenteraan, swasta, pertanian dan banyak lagi.


PARA pemenang APICTA tahun lalu diraikan dalam majlis yang penuh gemilang.


Tambahnya, penyelidikan dan pembangunan juga telah dilakukan sepenuhnya oleh tenaga tempatan malah bahan dan teknologinya juga adalah hasil kerja anak Malaysia.

"Kami sangat berbangga kerana produk yang dibangunkan oleh anak tempatan dan menggunakan bahan negara mendapat pengiktirafan secara global," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Teknikal BSmart Technology Sdn. Bhd., Patrick Gan, berpendapat pengamal industri ICT perlu merebut peluang dalam menyertai APICTA.

"Apabila memenangi anugerah ini, peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa lebih cerah terutamanya di rantau Asia Tenggara.

"Selain daripada itu, kita juga dapat mempelajari dan mengetahui sesuatu budaya luar apabila perlu membuat kajian serta penyelidikan untuk membentang kertas kerja pada peringkat antarabangsa," katanya.

BSmart Technology Sdn. Bhd. telah memenangi kategori e-Logistik Terbaik peringkat domestik melalui projek Perkhidmatan Pemantauan Kargo Elektronik BSMART (b'eCMS).

Pendedahan berguna

Pasukan University College of Technology and Innovation (UCTI) yang dianggotai empat pelajar juga sependapat bahawa APICTA mampu memberi pendedahan kepada mereka untuk mendekati pengamal industri ICT dengan lebih dekat.

Pasukan yang diwakili Tan Jit Ren, 20, Wong Mun Choong, 23, Ker Jia Chiun, 19, dan Chan Wai Lun, 21, membangunkan projek Global Knowledge Reactor (GKR) merangkul kategori Projek Pelajar Terbaik.

Wai Lun memberitahu, dia dan rakan-rakan lain dapat mengetahui dengan lebih dekat mengenai industri ICT tempatan serta antarabangsa apabila menyertai APICTA.

Katanya, ia merupakan satu pengalaman tidak ternilai kepada mereka kerana bukan sahaja projek tersebut mendapat pendedahan malah ada pihak yang ingin memasarkannya.

"Projek yang mengambil masa lima bulan untuk disiapkan ini dibangunkan bagi memberi kemudahan pembelajaran secara elektronik.

"Ia membenarkan guru dan pelajar merasai pengalaman pembelajaran secara elektronik terutamanya yang berada di kawasan terpencil," katanya.

Prospek pemasaran


Inovasi Global Knoeledge Reactor mampu membantu proses pembelajaran di kawasan terpencil. – Gambar hiasan


Sementara itu, Naib Presiden MDeC Niran Noor, berkata, anugerah APICTA adalah satu platform untuk para usahawan mengetengahkan produk dan perkhidmatan menerusi aplikasi ICT yang inovatif.

"Menerusi anugerah ini, bakal pemenang-pemenang akan menerima pengiktirafan bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di peringkat antarabangsa kelak.

"Selain menggalakkan pembangunan industri ICT, anugerah APICTA juga mewujudkan peluang pemasaran bagi produk keluaran tempatan dan sekali gus membantu dalam usul kerajaan untuk menuju ke arah negara berpendapatan ekonomi tinggi," ulasnya.

Pada tahun ini, penganjuran yang mendapat kerjasama Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) itu akan mengetengahkan tema merangsang kreativiti dan kecemerlangan dalam ICT.

Kategori baharu turut diperkenalkan pada APICTA tahun ini iaitu kelestarian terbaik dan maklumat teknologi hijau.

Kesedaran mengenai alam sekitar secara global telah mencetuskan pengenalan kategori baharu ini dengan harapan ia dapat mempromosi aplikasi produk atau perkhidmatan ICT dalam melestarikan isu berkenaan.

Anugerah pada tahun lalu, mencatatkan penyertaan sebanyak 538 dalam 18 kategori manakala tarikh tutup penyertaan pada tahun ini adalah pada 16 Julai ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai kategori dipertandingkan dan syarat penyertaan boleh melayari laman web www.mscmalaysia.my/apicta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malang si emperor sesat

Posted:

Malang si emperor sesat

Malang si emperor sesat


PASANGAN penguin jantan dan betina akan meninggalkan anak mereka selepas berusia lima bulan.


IA bagaikan sebuah jalan cerita filem animasi Disney apabila seekor penguin spesies emperor terkandas di pulau New Zealand baru-baru ini sehingga mengakibatkan ia menjadi perhatian pengunjung pulau berkenaan.

Spesies terbesar penguin yang rindukan kampung halamannya itu telah melalui perjalanan penuh berliku sejauh 3,219 kilometer dari Antartik sebelum hilang arah dan terkandas di sebuah pantai di New Zealand.

Lebih menyedihkan, ia telah tersalah anggap pasir memutih di pulau berkenaan adalah salji dan memakannya sehingga memudaratkan dirinya.

Berikutan itu, pegawai kehidupan liar terpaksa mengambil langkah drastik dengan membawa penguin malang itu ke Zoo Wellington untuk menjalani pembedahan mengeluarkan pasir dan ranting kayu di tekaknya.

Penguin emperor yang terkandas itu kelihatan sihat apabila menjejakkan kaki di Pulau Peka Peka berdekatan kepulauan utara New Zealand.

Bahkan, kemunculan penguin tersebut merupakan kali pertama dicatatkan di negara yang terkenal dengan jolokan kiwi itu sejak 44 tahun lalu.

Bagaimanapun, saban hari ia menjadi semakin lemah dan kadangkala terjatuh ke permukaan pasir sehingga menimbulkan kebimbangan penguin tersebut akan mati jika tidak diberi perhatian rapi.

"Ia tidak akan dapat hidup di pantai ini jika kami meninggalkannya begitu sahaja," kata Pengurus Program Jabatan Pemuliharaan New Zealand, Peter Simpson.

Kebiasaannya, penguin akan makan salji untuk penghidratan di Antartik. Suhu juga agak tinggi sehingga mencecah 50 darjah jauh berbeza berbanding suhu Antartik yang biasa dialami penguin berkenaan.

Simpson berkata, burung berkenaan mengalami hidrasi dan kepenatan akibat cuaca panas.

"Hari ini ia tidak menunjukkan banyak pergerakan mungkin akibat terlalu banyak makan pasir dan keadaannya juga tidak begitu baik," kata pakar penguin dari Universiti Massey, John Cockram.


PASUKAN veterinar dari Zoo Wellington sedang menjalankan pembedahan ke atas penguin emperor itu.


Pengurus Zoo Sains Veterinar, Lisa Argilla berkata, tekak burung berkenaan telah dilalukan dengan air untuk menghilangkan cebisan-cebisan kayu dan pasir tetapi, ia kelihatan masih tersumbat dan pembedahan telah dijadualkan.

"Saya berharap ia hanya kayu hanyut yang boleh dicapai dan dikeluarkan dengan segera," katanya kepada akhbar Dominion Post.

Penguin yang dianggarkan berusia 10 bulan itu mungkin lahir ketika musim sejuk dan telah mencari sotong ataupun kril sebelum sesat. Pakar juga masih belum menentukan jantina penguin malang itu.

"Ia merupakan penguin yang masih kecil, berenang dan keluar mencari makanan. Ia telah tersilap langkah sehingga tersesat," kata Penolong Kurator Seaworld, San Diego, Amerika Syarikat (AS), Lauren DuBois.

Katanya lagi, selepas enam bulan menetas, anak spesies penguin emperor akan menuju ke lautan dan menghabiskan masa selama empat tahun di dalam air tanpa pulang ke daratan.

"Burung-burung ini akan mengembara agak jauh," katanya dan ia tidak ganjil apabila ia berada di perairan berdekatan New Zealand.


PENGUIN emperor ini tersesat di Pantai Peka Peka sehingga menarik perhatian orang ramai.


"Apa yang ganjil mengenai penguin ini adalah ia telah pergi ke darat dan menyebabkan menjadi perhatian ramai. Apa sahaja yang melebihi 32 darjah Celsius akan menyebabkan tekanan kepada penguin ini," ujarnya lagi.

Masa depan burung tersesat tersebut masih menjadi tanda tanya kerana New Zealand tidak mempunyai zoo yang mempunyai kelengkapan penjagaan penguin emperor untuk jangka masa panjang.

Spesies penguin itu boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 122 sentimeter dan berat 34 kilogram.

DuBois berkata, Seaworld sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diminta berbuat demikian untuk menyelamatkan penguin berkenaan.

Penguin tersebut akan beransur pulih secara berperingkat dan akan dilepaskan semula ke dalam lautan.

Selain daripada itu, perhatian perlu diberikan mengenai jangkitan. Penguin tersebut mungkin dijangkiti penyakit ketika berenang dalam cuaca panas.

Jurucakap Zoo Wellington, Kate Baker, pula memberitahu, burung yang sakit biasanya memerlukan proses pemulihan kira-kira satu atau dua bulan sebelum dilepaskan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Galaxy S II, peranti paling ringan

Posted:

Galaxy S II, peranti paling ringan

Galaxy S II, peranti paling ringan


SKRIN Amoled memberi paparan imej dan jernih.


NIPIS, ringan dan pantas adalah elemen penting yang terdapat model terkini, Samsung Galaxy S II yang dilancarkan baru-baru ini.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, Samsung Galaxy S II adalah skrin peranti telefon paling jelas yang terdapat di pasaran.

"Melalui skrin Amoled bersaiz 109.22 milimeter, ia memberi paparan imej yang jelas dan jernih. Ia sesuai dengan penggunaan rakaman kamera gambar dan video lapan megapiksel.

"Skrinnya mampu memaparkan imej sehingga 1080p menjadikan paparan visual nampak hidup serta mempunyai kedalaman.

"Selain paparan yang jelas, Samsung Galaxy S II turut mempunyai daya kuasa dan keupayaan yang lebih laju," ulas Jae Hoon dalam majlis pelancaran gajet itu.

Generasi kedua Galaxy S II itu dilengkapi dengan kelajuan pemproses 1.2 gigahertz (GHz) Dual Core yang paling pantas dalam kategori telefon pintar Android.

Penggunaan platform Android 2.3 Gingerbread turut membolehkan penguna mendapat keupayaan membuka lebih daripada satu aplikasi tanpa sebarang masalah.



Ia juga tidak akan memperlahankan mana-mana aplikasi, jadi anda boleh menonton filem kegemaran sambil melayari Internet.

Galaxy S II bukan sahaja mampu berfungsi sebagai peranti yang hebat bagi golongan pekerja tetapi, mampu menjadi pernyataan gaya bagi golongan remaja.

Saiznya lebih nipis iaitu hanya 8.49 milimeter dan berat seringan 116 gram sahaja.

Di Korea, Samsung Galaxy S II terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa tiga hari pertama jualan dan hampir 1 juta unit dalam masa kurang sebulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Lebih 100 meriahkan pelancaran IKIP Gym

Posted:

Lebih 100 meriahkan pelancaran IKIP Gym

Lebih 100 meriahkan pelancaran IKIP Gym


WAN ADNAN (tengah) bersama kakitangan IKIP Training di IKIP Gym, Kuantan baru-baru ini.


CERGAS. Majlis pelancaran Institut Kemajuan Islam Pahang (IKIP) Gym di kampus utama IKIP Training Sdn. Bhd. di Kubang Buaya, Kuantan dihadiri lebih 100 ahli-ahlinya, kakitangan IKIP Training dan beberapa badan bukan kerajaan baru-baru ini.

Pelancaran gim yang diuruskan IKIP Training itu bertujuan menggalakkan para belia untuk bersenam sekali gus melahirkan generasi yang sihat mental dan fizikal.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IKIP Training, Datuk Ahmad Munawar Abd. Jalil berkata, penglibatan belia melalui aktiviti kecergasan dan rekreasi seperti itu dilihat mampu membendung gejala sosial yang merugikan negara.

Majlis pelancaran program tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Saariah Saad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Majlis persandingan 1Malaysia mencuit hati

Posted:

Majlis persandingan 1Malaysia mencuit hati

Majlis persandingan 1Malaysia mencuit hati


ROSLAN (tengah) berbual dengan Imura (lima dari kiri) yang berpakaian Kimono sempena Hari Kokurikulum di SMK Kampung Selamat, Tasek Gelugor, baru-baru ini.


KENALI BUDAYA. Majlis Persandingan 1Malaysia yang diadakan sempena sambutan Hari Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Selamat Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini berjaya mencuit hati para pengunjung.

Pada majlis itu, tiga pasangan pengantin Melayu, Cina dan India yang merupakan pelajar sekolah tersebut bersanding dalam majlis perkahwinan olok-olok.

Acara yang disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin itu turut dimeriahkan dengan kehadiran enam wanita dan kanak-kanak dari Jepun diketuai Imura Mariko yang mengenakan pakaian tradisional dari negara matahari terbit itu.

Pengetua sekolah itu, Arsun Jasin berkata, majlis itu bertujuan memperkenalkan para pelajar mengenai budaya pelbagai kaum di Malaysia menerusi majlis perkahwinan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

LZS terima zakat perniagaan RM520,883

Posted:

LZS terima zakat perniagaan RM520,883

LZS terima zakat perniagaan RM520,883


MOHAMAD ADZIB (enam dari kanan) bersama anak-anak asnaf yang berjaya dalam SPM di Shah Alam baru-baru ini.


ZAKAT. Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada 19 buah syarikat korporat yang melibatkan jumlah RM520,883.

Antara syarikat tersebut ialah Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang mengeluarkan zakat sebanyak RM175,047, Jalur Cahaya Sdn. Bhd. (RM60,000) dan SRT-AEON Security Services Sdn. Bhd. (RM50,000).

Penyerahan zakat itu diterima oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid pada satu majlis di Shah Alambaru-baru ini.

Pada majlis yang sama, seramai 45 orang anak-anak asnaf yang memperoleh minimum 7A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu menerima anugerah masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Empat jutawan Malaysia pemurah

Posted:

Empat jutawan Malaysia pemurah

Empat jutawan Malaysia pemurah



KUALA LUMPUR - Empat rakyat Malaysia iaitu Datuk Vijay Eswaran dari Kumpulan Ql, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya, pengasas IJM Corporation, Koon Yew Yin dan arkitek terkemuka Hijjas Kasturi adalah antara 48 orang yang dinamakan sebagai Wira Dermawan Forbes Asia.

Senarai itu disusun oleh Forbes setiap tahun dengan tujuan memperkenalkan tokoh-tokoh terkemuka di rantau Asia.

Mereka disenaraikan bersama-sama jutawan Asia terkemuka yang lain seperti aktor Jackie Chan dari Hong Kong dan Vivek Oberoi dari India serta arkitek Tadao Ando dari Jepun.

Senarai tahunan itu memperkenalkan dermawan yang belum pernah ditonjolkan oleh Forbes Asia sebelum ini.

Vijay, Pengerusi Eksekutif dan pengasas bersama Kumpulan QI, terpilih kerana sumbangan meluas bernilai jutaan dolar bagi pelbagai tujuan di seluruh dunia termasuk inisiatif program kesihatan awam, pendidikan dan kebudayaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsert Sweet Charity, Blues Gang ditunda gara-gara demonstrasi haram

Posted:

Konsert Sweet Charity, Blues Gang ditunda gara-gara demonstrasi haram

Konsert Sweet Charity, Blues Gang ditunda gara-gara demonstrasi haram



KUALA LUMPUR - Konsert dua kumpulan rock legenda tempatan iaitu Sweet Charity dan Blues Gang di Stadium Merdeka di sini ditunda ke tarikh 1 Oktober gara-gara demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini.

Pengurus Eksekutif Netzah Productions Sdn. Bhd., Shirazdeen Karim berkata, penangguhan konsert berkenaan adalah bagi tujuan keselamatan.

Keputusan itu adalah hasil rundingan pihaknya bersama pihak berkuasa yang mahu penganjur menangguhkan sementara konsert tersebut.

"Kita bimbangkan keselamatan penonton yang kemungkinan akan datang berkeluarga ke konsert itu dan ingin mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RapidPenang lancar bas khas mengenang P. Ramlee

Posted:

RapidPenang lancar bas khas mengenang P. Ramlee

RapidPenang lancar bas khas mengenang P. Ramlee


MELISSA (kiri) dan Nithi (tengah) bergambar bersama bas RapidPenang yang dihias dengan wajah P. Ramlee di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Syarikat pengangkutan awam Rapid Penang Sdn. Bhd. (RapidPenang) semalam memperkenalkan sebuah bas khas berlatar belakang wajah Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Dekorasi dalam bas yang digunakan bagi laluan dari Komtar ke Batu Feringghi itu pula dihias dengan poster filem-filem lakonan seniman tersebut seperti Sarjan Hassan, Anakku Sazali, Penarik Becha, Ibu Mertua Ku dan Bujang Lapok.

Pengurus Kanan Komunikasi Kreatif RapidPenang, Melissa Sandhu berkata, ia merupakan penghargaan syarikat berkenaan dalam mengabadikan ingatan kepada seniman agung kelahiran Pulau Mutiara itu.

"Ia juga pendekatan kreatif RapidPenang bagi mempromosi Pertandingan Nyanyian Lagu Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee anjuran Paradise Sandy Beach Resort pada bulan September ini.

"Pusingan awal pertandingan bermula Julai ini dengan kemuncaknya pada 17 September dan ia akan diadili seniman veteran antaranya Tan Sri Jins Shamsuddin dan Datuk Aziz Sattar," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Varieti haruman Teacher’s Perfume

Posted:

Varieti haruman Teacher's Perfume

Varieti haruman Teacher's Perfume

Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my


JAMALUDIN positif dengan perkembangan dan peluang bisnes wangian hari ini.


KEWUJUDAN jenama minyak wangi tanpa alkohol yang dijual dalam bentuk botol roll-on di negara ini boleh diumpamakan bak cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam beberapa tahun sahaja, pelbagai jenama minyak wangi sudah menembusi pasaran sehinggakan ada kalanya mampu memberi kesan terhadap pasaran minyak wangi yang dijual dalam bentuk semburan.

Menyedari peluang pasaran minyak wangi roll-on itu, syarikat Minda Sarjana Enterprise dengan jenama wangian Teacher's Perfume tampil menawarkan lebih banyak pilihan kepada orang ramai.

Beroperasi di Simpang Ampat Tasek, Pulau Pinang, enam set wangian khusus disediakan kepada pengguna lelaki dan wanita.

Menurut pengasasnya, Jamaludin Hashim, jenama Teacher's Perfume kini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar haruman secara roll-on selain faktor saiznya yang kecil serta mudah dibawa.

Bermula dengan jualan kecil-kecilan dalam kalangan rakan sekerja sejak lima tahun lalu, nama Teacher's Perfume kini sebaris dengan wangian lain yang diinspirasikan daripada jenama popular.

Jamaludin yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Pulau Pinang memberitahu, nama Teacher's Perfume diabadikan kepada produk tersebut sebagai penghargaan kepada golongan pendidik sepertinya.

Ternyata keputusan Jamaludin untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan minyak wangi secara serius tepat apabila sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Buktinya, sejak ia dilancarkan pada Disember tahun lalu, minyak wangi jenama Teacher's Perfume sudah menembusi pasaran seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Mulanya, hanya empat set wangian yang dikhususkan kepada pengguna lelaki dan wanita diperkenalkan.

"Kesemuanya diinspirasikan daripada produk haruman berjenama terkenal seperti Dunhill, Hugo Boss, Lancome dan Calvin Klien.

"Sejak bulan lalu, syarikat memperkenalkan dua lagi set terbaharu sebagai pilihan kepada pelanggan yang menjadikan kesemua enam pilihan haruman bagi kedua-dua set lelaki dan wanita," ujarnya.

Mengulas mengenai set terbaharu itu, Jamaludin berkata, setiap satu mengandungi empat botol wangian berbeza haruman dengan kapasiti empat mililiter sama seperti empat set terawal yang diperkenalkan pada Disember tahun lalu.

Jelasnya, bagi kotak berwarna oren yang dikhaskan kepada wanita, ia mengandungi haruman Stella dari Jennifer Lopez, Amore (Cacharel), Burbarella (Burberry) dan Cool Water inspirasi Davidoff.

Untuk kotak berwarna coklat yang dikhaskan kepada lelaki pula, ia mengandungi wangian Issey Miyaki dari Issey Miyaki, Escape Men (Calvin Klien), CK1 (Calvin Klien) dan Tuxedo inspirasi Giorgio Armani.

"Dua set terbaharu ini sebagai tambahan pilihan kepada pelanggan yang juga hadiah terbaharu kepada penggemar wangian jenama Teacher's Perfume," katanya.

Menurut Jamaludin, pihaknya tidak bimbang dengan persaingan kerana minyak wangi keluarannya mempunyai kekuatan tersendiri.

Malah kata Jamaludin, rata-rata pelanggannya juga berpuas hati dengan wangian keluaran syarikatnya kerana ia mampu bertahan di antara dua hingga tiga hari.

Dengan 60 stokis di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, Teacher's Perfume bakal memperluaskan lagi pasaran apabila menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 200 stokis menjelang hujung tahun ini.

Pelanggan hanya perlu berbelanja sebanyak RM192 untuk mendapatkan enam set wangian Teacher's Perfume untuk melayakkan mereka menjadi stokis.

"Orang ramai yang berminat juga boleh menghubungi Jamaludin di talian 012-5407 782 atau 019-4619 393 atau melayari laman blog syarikatnya di http://teachers-perfume.blogspot.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kanser tidak halang Noraini berkarya

Posted:

Kanser tidak halang Noraini berkarya

Kanser tidak halang Noraini berkarya

Oleh NIZHA PERIASWAMYnizha.periswamy@kosmo.com.my


NORAINI mahu berkongsi ilmu jahitan yang dimilikinya dengan para pembaca.


BAGI sesiapa yang baru didiagnosis dengan penyakit kanser dan saat berperang dengan penyakit itu, putus asa mungkin perkataan yang sering kali muncul dalam kotak fikiran.

Namun, enggan melihat kanser usus sebagai penyakit yang menghalang dirinya daripada melakukan perkara yang diminati iaitu kerja tangan, Noraini Margono berusaha berkongsi ilmunya kepada penggemar bidang yang sama.

Selagi direstui dengan umur yang panjang oleh Allah, kata Noraini, dia mahu berkongsi kemahirannya melalui penulisan buku.

Komitmen tersebut telah menyaksikan Noraini berjaya menghasilkan empat jilid penulisan yang dikompilasi di bawah empat buah buku, Cara Mudah Menjahit.

"Alhamdulillah, Allah beri saya peluang untuk berkongsi lebih banyak pengetahuan. Selepas buku pertama yang dikeluarkan pada tahun 2006, saya mengeluarkan dua lagi buku iaitu buku resipi memasak dan buku menjahit tudung," katanya merujuk kepada buku terbaharu beliau, Cara Mudah Menjahit Tudung.

Keghairahannya menulis membolehkan peminat tulisan Noraini dihadiahkan dengan sebuah lagi buku panduan menjahit iaitu menjahit kain cadar, sarung kusyen dan sebagainya.

"Skrip telah disediakan. Sekarang saya kena buat kerja praktikal dan mengambil foto. Ia akan mengambil masa kerana kita perlu menunjukkan realiti jahitan secara langkah demi langkah dalam buku itu nanti. Saya berharap ia dapat dikeluarkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi," kata wanita yang sudah berusia 55 tahun itu.

Noraini ditemui pada majlis promosi Mutiara Minda bersama MPH yang diadakan di gedung buku MPH, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Pada majlis promosi tersebut, Noraini bersama anak lelaki dan seorang lagi pembantu mendemonstrasi cara-cara menjahit langsir secara mudah dan cepat.

"Cara seumpama ini menunjukkan bahawa seseorang boleh mengikut panduan dalam buku untuk menjahit langsir," ujarnya.

Ibu kepada enam orang anak itu juga sedang menyediakan Sijil Modular Kebangsaan pendidikan kemahiran menjahit langsir dan jahitan dalaman untuk Kolej Komuniti.

"Saya juga akan melatih pensyarah dari Kolej Komuniti di akademi jahitan saya di Taman Kampung Utama, Johor Bahru," katanya yang sudah 30 tahun menimba pengalaman dalam bidang jahitan.

Jelasnya, tawaran itu mungkin disebabkan keistimewaan buku jahitan langsir yang amat mudah difahami dan diterima baik oleh pembaca.

Buku tersebut juga mendapat respons yang baik daripada pembaca dan terus menjadi inspirasi Noraini untuk mengeluarkan lebih banyak buku, termasuk masakan.

"Saya berpendapat di Malaysia amat kurang buku berkaitan jahitan khususnya jahitan langsir.

"Semasa didiagnosis dengan penyakit kanser, saya mahu membuat sesuatu yang baik sebelum Allah mengambil nyawa saya. Oleh itu, saya daripada seorang penjahit biasa, mengambil langkah untuk menjadi penulis dan menghasilkan buku ini.

"Pada awalnya, ahli keluarga berasa tidak selesa dengan keputusan saya memandangkan keadaan diri saya yang tidak sihat. Mereka bimbang jika ini memberikan tekanan kepada diri saya.

"Tetapi, setelah buku ini berjaya dan pembedahan pertama saya juga berjaya, mereka menerima dan menyokong usaha saya," katanya penuh bersemangat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Richard Gere bertafakur di candi Borobudur

Posted:

Richard Gere bertafakur di candi Borobudur

Richard Gere bertafakur di candi Borobudur


RICHARD GERE tunduk di hadapan seorang sami di candi Borobudur di Magelang, Pulau Jawa semalam.


BOROBUDUR, Indonesia - Pelakon filem terkenal, Richard Gere bertafakur di candi Borobudur di Pulau Jawa semalam.

Dia kemudian membuat lawatan ke keseluruhan candi tersebut bersama isteri dan seorang anak lelakinya.

"Pada waktu pagi dia berada di puncak candi itu dan bertafakur selama 20 minit. Dia juga membuat lawatan selama 45 minit untuk melihat keistimewaan setiap pelosok candi tersebut," kata pengurus candi berkenaan, Purnomo Siswo Prasetyo.

Menurut Purnomo, Gere kagum dengan struktur candi itu yang terletak di antara dua gunung berapi kira-kira 40 kilometer ke barat laut Yogyakarta.

Salah satu puncak Gunung Merapi telah menyebabkan lebih 320 orang terkorban apabila ia meletus pada tahun lalu.

Gere, 61, yang telah memeluk agama Buddha tiba di Indonesia semalam dalam satu lawatan yang dianggapnya sebagai perjalanan spiritual.

Candi itu dibiarkan tanpa dijaga selepas agama Islam disebarkan di Pulau Jawa pada abad ke-14.

Dia juga bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta dan memberitahu media tempatan bahawa dia menimbang untuk membuat filem mengenai sejarah candi tersebut.

Dia sekeluarga bercuti ke Pulau Bali hari ini.

Pada minggu lalu, Gere telah melawat kuil Jogye di Seoul, selatan Korea.

Antara filem lakonan pelakon terkenal itu ialah An Officer and a Gentleman, Pretty Woman dan Chicago. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tentera laut Israel diarah sekat flotilia ke Gaza

Posted:

Tentera laut Israel diarah sekat flotilia ke Gaza

Tentera laut Israel diarah sekat flotilia ke Gaza


BEBERAPA aktivis Amerika Syarikat di Athens, Greece semalam melaungkan slogan kemanusiaan semasa menyokong misi bantuan ke Gaza.


BAITULMUQADDIS - Kabinet keselamatan Israel semalam meluluskan rancangan untuk menghalang bantuan misi kemanusiaan antarabangsa dari menceroboh sekatan di Genting Gaza.

"Kementerian Pertahanan Israel (IDF) diberi kuasa untuk melakukan halangan melalui cara yang ditentukan tetapi ia akan mengelakkan daripada berlaku kecelakaan," lapor sebuah website, Ynet.

Stesen radio awam Israel juga melaporkan berita yang sama itu.

Menurut laporan tersebut, kementerian itu juga meluluskan pelan operasi tentera laut untuk mengambil alih kapal yang memasuki Gaza dan berniat untuk memecahkan sekatan yang dilakukan rejim Zionis.

Laporan radio juga menyebut, kementerian itu bercadang untuk menyemak semula ancaman mereka untuk menghukum wartawan asing yang terlibat di dalam misi tersebut dengan mengharamkan kemasukan mereka ke Israel sehingga 10 tahun.

Kira-kira 350 aktivis pro-Palestin dari 22 buah negara dijangka menyertai rombongan flotilia yang mengandungi kira-kira 10 buah kapal ke Gaza dengan membawa misi bantuan dari Greece. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penganggur cari makan di jalanan

Posted:

Penganggur cari makan di jalanan

Penganggur cari makan di jalanan


SEORANG penghibur, Rodrigo Gonsalez yang memakai kostum seperti penyanyi legenda, Elvis Presley menunggu pelancong bergambar dengannya di Las Vegas pada Khamis lalu.


LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Kegawatan ekonomi yang melanda bandar negeri Nevada memaksa puluhan lelaki dan wanita di sini mencari rezeki dengan melakukan persembahan di jalanan.

Mereka berada di jalan-jalan raya di pusat bandar ini dengan berpakaian seperti selebriti, watak filem popular dan hero kartun.

Sejak setahun lalu, penghibur jalanan itu memakai kostum watak-watak popular seperti Elvis Presley, Homer Simpson, Mad Hatters dan Batman berkeliaran di bandar ini yang popular sebagai kota perjudian dan pelacuran AS.

Para penghibur itu menawarkan peluang kepada pelancong untuk bergambar dengan mereka dan dikenakan sedikit bayaran.

"Pekerjaan ini dapat membantu saya membayar bil dan memberi kenangan manis kepada pelancong," kata seorang penghibur jalanan, Luis Reyes yang bergambar bersama pelancong di pusat bandar ini dengan memakai kostum penyanyi kumpulan rock Kiss, Gene Simmons.

Seorang jurucakap polis, Bill Cassell berkata, penghibur jalanan itu mula berkembang pesat di sini sejak tahun lalu.

Menurutnya, mereka mencuri tumpuan rakyat AS pada bulan lalu selepas seorang lelaki berpakaian Batman terbabit dalam satu pergaduhan dengan seorang pelancong berhampiran sebuah kasino di sini.

Tiada laporan polis dibuat, kata Cassell tetapi rakaman pergaduhan itu yang disiarkan di laman perkongsian video, telah mempopularkan penghibur jalanan di sini. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ubi Vitato beri pendapatan lumayan

Posted:

Ubi Vitato beri pendapatan lumayan

Ubi Vitato beri pendapatan lumayan

28/06/2011 5:29pm

BESUT – Para peserta mini estet ubi Vitato di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pelagat mampu memperoleh pendapatan bersih melebihi RM2,000 sehingga RM15,000 sebulan, bergantung kepada keluasan tanah yang diusahakan dengan tanaman itu.

Pengurus Besar PPK Pelagat Zakaria Ibrahim berkata kini terdapat seramai 50 peserta yang menyertai mini estet ubi Vitato PPK Pelagat yang membabitkan kawasan seluas 38.4 hektar.

"Ubi Vitato boleh mengeluarkan hasil dalam masa tiga bulan selepas ditanam.

Harga ubi Vitato kini adalah RM1 sekilogram di peringkat ladang manakala di pasaran antara RM1.50 hingga RM2 sekilogram," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Beliau berkata musim pertama tanaman tahun ini telah mula dituai seminggu lepas dan setakat ini pengeluaran mencapai 15 metrik tan sehektar.

"Habis musim ini, kita akan menanam untuk musim kedua pula," katanya.

Zakaria berkata tanaman ubi Vitato akan dijadikan tanaman utama bagi menggantikan tanaman tembakau, dan mini estet tanaman itu mula diperkenalkan kepada para peserta tahun lepas selepas tanaman tembakau dihentikan.

Selain itu, katanya peserta juga akan menanam jagung sebagai tanaman sampingan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diesel dan petrol subsidi dirampas

Posted:

Diesel dan petrol subsidi dirampas

Diesel dan petrol subsidi dirampas

28/06/2011 3:29pm

BUKIT MERTAJAM – Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Pulau Pinang menahan lima lelaki dan merampas 61,110 lieter diesel dan petrol subsidi bernilai RM200,000 di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, M. Guna Selan berkata, rampasan dilakukan di dua lokasi iaitu Bukit Tengah di sini dan Simpang Ampat di Nibong Tebal kira-kira pukul 6 pagi tadi oleh 10 pegawai penguatkuasa.

"Kita melakukan intipan dan pemantauan sejak seminggu lepas selepas mendapati berlaku aktiviti mencurigakan ekoran banyak lori minyak keluar masuk di dua kawasan berkenaan setiap hari," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lima lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun yang ditahan itu bekerja di dua stor yang diserbu itu.

Katanya empat lori tangki dan sebuah lori yang diubah suai dan digunakan untuk membeli minyak diesel serta petrol di Seberang Perai Tengah (SPT) turut disita.

"Kita percaya sindiket berkenaan menjadikan dua stor terbabit sebagai tempat transit minyak yang dibeli di sekitar SPT sebelum diseludup ke sempadan," katanya.

Guna Selan berkata siasatan awal juga mendapati sindiket berkenaan baru beroperasi di dua tempat yang diserbu itu sejak beberapa bulan lepas.

Katanya kes itu disiasat menurut Akta Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau tiga tahun penjara untuk individu atau kedua-duanya manakala syarikat pula didenda tidak melebihi RM250,000. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mtex Langkawi terpaksa dibatalkan

Posted:

Mtex Langkawi terpaksa dibatalkan

Mtex Langkawi terpaksa dibatalkan

28/06/2011 3:28pm

LANGKAWI – Penganjuran Ekspo Pelancongan Malaysia (Mtex) 2011 yang dirancang oleh Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) untuk diadakan di sini mulai 25 hingga 28 September ini terpaksa dibatalkan berikutan faktor kewangan.

Pengerusi bersama Mtex, Pishol Ishak berkata, pembatalan itu dibuat kerana tidak mendapat kerjasama beberapa pihak seperti syarikat penerbangan yang mengenakan tambang tinggi kepada agensi-agensi pelancongan negara-negara yang mengambil bahagian, walaupun setelah beberapa rundingan dibuat.

"Selain itu, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tidak dapat memberi bantuan dan kerjasama bagi menjayakan program ini. Pihak agensi itu tidak mempunyai bajet (peruntukan) untuk program ini," katanya di sini hari ini.

Pishol, yang juga Pengerusi Matta Kedah, berkata Exco Matta yang bermesyuarat pada 25 Jun lepas di Kuala Lumpur membuat keputusan membatalkannya dan kemungkinan mengadakannya di Kuala Lumpur tahun depan.

Matta sebelum ini memilih Langkawi sebagai tuan rumah Mtex untuk tiga tahun berturut-turut mulai tahun ini, bagi memajukan industri pelancongan dan meningkatkan kehadiran pelancong ke pulau peranginan ini dan Malaysia.

Matta pernah dua kali mengadakan Mtex, yang pertama di Melaka pada April 2007 dan kemudian di Kuala Lumpur pada Mei 2008 dengan kedua-dua acara mendapat sambutan yang baik. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Penantian tujuh tahun berakhir

Posted:

Penantian tujuh tahun berakhir

Penantian tujuh tahun berakhir


NING BAIZURA juga tidak sabar menanti bulan Disember untuk mengadakan konsert penuh daripadanya.


PARA peminat Ning Baizura pasti akan tertanya-tanya tentang pemilihan nama Dewa sebagai judul untuk album terkininya itu yang sudah mula berada di pasaran sejak bulan lalu.

Menurut penyanyi yang sudah 18 tahun berkecimpung dalam dunia seni itu, dia tidaklah mahu terlalu mengagung-agungkan perkataan tersebut, sebaliknya ia mempunyai maksud yang tersendiri.

"Perkataan dewa dalam bahasa Sanskrit bermaksud cahaya. Jadi apa yang ingin ditampilkan menerusi album ini adalah ia menceritakan cahaya kepada kerjaya dan kehidupan saya selamai bergelar anak seni.

"Menariknya tentang album ini juga, setiap lagu yang terkandung di dalamnya adalah mengenai kisah perjalanan hidup saya dan ia hanya akan dilancarkan pada bulan Julai walaupun sudah berada di pasaran," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ning, untuk album baharunya itu terdapat lapan buah lagu yang kesemuanya adalah lagu-lagu baharu iaitu Raksasa, Sampai, Mama Papa, Bila, Pencarian, Propaganda, Alhamdulillah dan Aku Bukan Dewa.

Ujarnya, dia juga sangat gembira kerana mendapat peluang sepenuhnya untuk menentukan konsep album, pemilihan lagu dan susunan muzik di samping Audi Mok yang bertindak sebagai penerbit album secara keseluruhannya.

Tambahnya, beberapa orang komposer dan penulis lirik tempatan turut terbabit menyumbangkan lagu-lagu untuk album berkenaan seperti Ad Samad, Nurfatimah dan Pam Yuen dan Audi Mok.

Namun begitu, biarpun puas dengan sambutan baik yang diterima oleh peminat, Ning memberitahu bahawa dia mengambil masa sehingga dua tahun bagi menghasilkan album baharunya itu.

"Memang tempoh tersebut dilihat cukup lama untuk menghasilkan sebuah album.

"Namun saya berhadapan dengan masalah kewangan sehingga terpaksa mengumpul modal sedikit demi sedikit untuk kos menerbitkannya.

"Lagipun kos untuk menerbitkan sesebuah album itu bukannya murah, apatah lagi saya menggunakan khidmat Audi Mok sebagai penerbit yang tentunya bukan murah. Namun saya tetap berpuas hati dengan album terbaharu saya ini," ujarnya.

Menurut Ning, biarpun album Dewa mengandungi pelbagai konsep seperti balada, pop, elektro dan dance, namun vokal soprano yang menjadi kelebihannya itu masih lagi diberi penekanan.

Sementara itu, Ning menjelaskan kini dia sudah pun menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Universal Music selepas mengikat kontrak dengan syarikat tersebut pada bulan April yang lalu.

Ujarnya, untuk album tersebut dia telah bersetuju agar pihak Universal Music bertindak sebagai pengedar dan pada masa yang sama akan menguruskan segala bentuk promosi.


MEMILIH judul album bernama Dewa, ia mempunyai signifikan tersendiri tentang perjalanan kariernya.


"Pada awal persetujuan dicapai, mereka bertindak sebagai pengedar sahaja kerana album ini adalah hak milik syarikat saya sendiri iaitu HappeNing (M) Sdn. Bhd. Namun kemudian mereka berminat untuk menjalankan kerja-kerja promosi untuk album ini.

"Sudah tentu saya sangat bersyukur dan ia suatu perkara yang cukup menggembirakan buat diri saya kerana untuk menjalankan kerja-kerja promosi sudah tentunya akan membabitkan kos yang banyak," ujarnya.

Jelasnya lagi, biarpun sudah 18 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian dan berhadapan cabaran dengan kelahiran artis-artis baharu ketika ini, dia rasa terharu kerana masih ada lagi pihak yang percaya dengan kemampuannya.

Blogger

Tidak dinafikan pada era teknologi hari ini, Internet merupakan salah satu medium yang paling penting dan berkesan untuk berkomunikasi dan mendapat sumber maklumat yang pantas.

Menyedari hakikat tersebut, Ning berkata dia kini akan menggunakan peluang yang ada iaitu dengan mewujudkan satu blog istimewa yang boleh dilayari menerusi laman web www.ning-baizura.com.

"Boleh dikatakan saya adalah antara blogger baharu buat masa ini dan blog tersebut juga baru sahaja dihasilkan beberapa bulan yang lalu. Menerusinya, saya akan sentiasa mengemaskini setiap aktiviti mengenai kerjaya saya.

"Lagipun saya merasakan ini adalah salah satu langkah yang cukup berkesan untuk berkongsi sebarang maklumat bersama-sama peminat dan saya sendiri akan memperuntukkan sedikit masa agar dapat mengemaskinikannya," ujarnya.

Menurutnya lagi, kemudahan yang ada ini seharusnya digunakan dengan sebaiknya oleh artis-artis tempatan yang lain memandangkan penggunaan internet ketika ini yang semakin bertambah saban hari.

Ujarnya, ia juga dilihat sebagai satu cara untuk mendekatkan diri dengan peminat yang banyak memberikan sokongan dan mampu untuk mengeratkan lagi hubungan antara artis dan peminat.

Suami berhenti kerja


DARI kiri: Suami Ning, Omar Sharif, Shuib, DJ Lin, Siti Sarah dan Ning bergambar bersama pada majlis meraikan media oleh pihak Universal Music dan Radio Suria FM, minggu lalu.


Semenjak mendirikan rumah tangga dengan Omar Sharif Christopher Layton Dalton pada tahun 2008, ternyata kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri nampak begitu bahagia.

Tidak seperti kebanyakan artis lain yang sering berhadapan dengan masalah rumah tangga, sememangnya agak jarang kedengaran mengenai kisah-kisah kontroversi yang membabitkan hubungan mereka.

Malah, ke mana sahaja penyanyi itu pergi sama ada membuat persembahan atau menghadiri sebarang acara, ternyata dia sering ditemani oleh suami tercinta yang sentiasa berada di sisi.

"Kini apa yang membuatkan saya lebih terharu apabila suami sanggup berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan menguruskan kerjaya saya secara sepenuh masa.

"Sebelum ini suami saya bekerja sebagai seorang konsultan pemasaran di syarikat minyak dan gas. Jadi, apa yang dilakukan ini sememangnya masih lagi agak baharu buat dirinya," jelasnya yang turut ditemani suami ketika hadir pada majlis malam media anjuran Universal Music.

Ujarnya lagi, biarpun ia merupakan bidang yang sangat baharu buat Omar, namun suaminya itu masih lagi cuba untuk membiasakan diri dan yakin dia akan dapat menguruskan kerjayanya dengan sebaik mungkin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pencarian bakat K-Pop Malaysia

Posted:

Pencarian bakat K-Pop Malaysia

Pencarian bakat K-Pop Malaysia

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


JEHAN MISKIN bertanggungjawab mencari bakat dalam bidang tarian dan nyanyian berkonsepkan K-Pop.


SELEPAS ledakan drama dan filem Korea mencipta fenomena sendiri dalam masyarakat tempatan kini muncul pula genre baharu muzik pop Korea atau lebih dikenali dengan jenama K-Pop.

Selaras dengan penangan hebat ini, Astro Hitz (saluran 705) melalui kerjasama Organisasi Pelancongan Korea menerbitkan sebuah rancangan baharu pencarian bakat K-Pop Hitz Talent Show.

Menerusi rancangan berdurasi sejam ini, peminat setia K-Pop bukan sahaja boleh menonton, malah mencuba nasib serta mengasah bakat mereka dalam dunia K-Pop melalui uji bakat yang telah bermula 18 Jun lalu sehingga 9 Julai nanti.

Sebanyak empat sesi uji bakat akan dijalankan setiap hari Sabtu bermula 18 Jun lalu di Wangsa Walk, Berjaya Times Square (25 Jun), The Curve (2 Julai) dan SACC Mall, Shah Alam (9 Julai).

Manakala, setiap peserta sama ada secara solo mahupun berkumpulan tidak melebihi lima orang boleh memilih untuk mencuba peluang menari atau menyanyi lagu-lagu bintang terkenal Korea dalam setiap sesi uji bakat yang dijalankan bermula 9 pagi itu.

Pada sesi uji bakat, pengacara Jehan Miskin akan mencari aksi tarian atau nyanyian K-Pop terbaik sekitar Lembah Klang dengan menaiki van khas yang dihiasi logo K-Pop.

Kata Jehan: "Rancangan ini dibuat dalam tempoh yang singkat dan kelainannya terdapat pada van pelbagai fungsi yang turut menjadi pentas setiap kali sesi uji bakat berlangsung."

Setiap peserta akan diberikan tempoh masa lima minit untuk menunjukkan gaya K-Pop masing-masing dan dua peserta terbaik setiap lokasi akan dipilih oleh juri hiburan profesional.

Menurut Pengurus Saluran Astro Hitz, Cheong Cheng-Vei, markah akan dikira berdasarkan kreativiti, gaya persembahan, kemahiran dan vokal (nyanyian).

"Had umur setiap peserta pula mestilah 18 tahun ke atas dan setiap peserta solo mahupun berkumpulan perlu menunjukkan hanya satu bakat sama ada nyanyian atau tarian," katanya ketika majlis pelancaran K-Pop Hitz Talent Show di Menara Hap Seng baru-baru ini.

Empat minggu, empat lokasi, namun hanya lapan peserta terbaik akan terpilih untuk mara ke pusingan akhir yang berlangsung di Dragonfly, Kuala Lumpur pada 15 Julai nanti.

Juara akan membawa pulang hadiah percutian ke Korea selama 4 hari 3 malam selain berpeluang membuat persembahan secara langsung di Lotte World Theme Park, Korea.

Saksikan K-Pop Hitz Talent Show pada setiap hari Khamis pukul 3.30 petang bermula 23 Jun hingga 4 Ogos di Astro Hitz (saluran 705) dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.astro.com.my atau www.facebook.com/astrohitz.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kangana pilih komedi

Posted:

Kangana pilih komedi

Kangana pilih komedi


KANGANA


PERTAMA kali menceburi industri perfileman, Kangana Ranaut dilihat terlalu serius dalam lakonannya, namun aktres itu kini mula menjinak-jinakkan diri dalam genre komedi pula.

"Saya lebih suka komedi berbanding watak serius. Genre ini amat digemari penonton di India," katanya.

"Saya juga suka ketawa walaupun saya mengalami hari-hari yang menyedihkan. Saya akan keluar bersama teman-teman yang boleh buat saya tertawa," tambahnya lagi yang amat menggemari filem Jane Bhi Do Yaaron .

Menurut Kangana, melalui komedi, pelakon dapat mengenali potensi diri sebenar selain dapat melakonkan pelbagai watak dan seterusnya dapat memberi kelainan dan imej versatil dalam bidang lakonan.

"Saya tidak pasti betapa kelakarnya saya. Kawan-kawan saya lebih bijak menilai. Tetapi yang pasti saya boleh ketawa walaupun hanya pada perkara-perkara kecil. Saya juga berharap saya dapat mencungkil potensi sebenar diri saya dalam genre ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved