Jumaat, 24 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Chow Kit Kita komitmen Pik Svonn

Posted:

Chow Kit Kita komitmen Pik Svonn

Chow Kit Kita komitmen Pik Svonn

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my



SANGGUPKAH anda meninggalkan profesion atau kerjaya sedia ada semata-mata mahu melakukan sesuatu yang dapat memenuhi impian anda?

Apatah lagi impian yang dipilih itu tidak membawa apa-apa pulangan atau ganjaran dari segi wang ringgit. Sebaliknya anda perlu bekerja keras siang dan malam, memeras tenaga dan mungkin terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk melaksanakannya.

Bagi kebanyakan orang, mungkin akan berfikir berkali-kali sebelum mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu tanpa pendapatan.

Tetapi lain pula ceritanya kepada wanita muda ini. Dia sanggup melepaskan kerjaya tetapnya sebagai seorang usahawan dalam talian semata-mata mahu melibatkan diri dalam aktiviti komuniti untuk kanak-kanak, remaja dan masyarakat di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Jika beberapa dekad lalu, Jalan Chow Kit cukup sinonim dengan pelbagai konotasi negatif, namun persepsi itu berubah perlahan-lahan. Pelbagai pihak dan individu mengambil inisiatif untuk mengubah sisi hitam Chow Kit. Terbaharu, langkah itu diambil oleh Lew Pik Svonn.

Pik Svonn, 27, bekerja keras menjayakan Projek Chow Kit Kita fasa kedua yang diadakan di sekitar Jalan Chow Kit.

"Saya suka berbakti kepada masyarakat dan saya mahu melakukannya sepenuh hati. Jadi, demi menjayakan sambutan fasa kedua Pesta Chow Kit Kita, saya sanggup meninggalkan kerjaya supaya dapat melakukan kerja ini tanpa gangguan," ujar Pik Svonn.

Memakai gaun bercorak bunga berwarna-warni dengan sekuntum bunga plastik merah di celah telinganya, Svonn tidak dapat merehatkan dirinya walaupun sebentar pada majlis hari terakhir sambutan Projek Chow Kit Kita pada pertengahan Jun lalu.

Dia berlari-lari anak dari hujung jalan ke hujung jalan yang lain sambil menjinjing beg tangan, sebuah beg acara berwarna kuning dan sepinggan makanan. Impiannya hanya satu mahu semua acara yang dirancang berjalan lancar.


JELLENA Khoh salah seorang sukarelawan Chow Kita bermain gitar pada persembahan muzik.


"Saya berhenti kerja empat bulan lalu. Selepas itu saya menggunakan duit tabung sendiri selain duit yang didermakan oleh rakan-rakan untuk memastikan acara ini dapat dilaksanakan. Ia satu pengalaman yang sungguh berharga apabila anda dapat bekerja dengan kanak-kanak dan remaja.

Pik Svonn sebelum ini menjalankan perniagaan dalam talian mengeksport barangan sepenuh masa. "Saya mula mengusahakan perniagaan itu sejak berusia 19 tahun ketika negara berhadapan dengan gawat. Saya terpaksa berniaga untuk menyokong pendidikan memandangkan ibu bapa saya hanya kakitangan awam dan jururawat," kata wanita yang memilih untuk berdikari sejak di bangku sekolah.

Anak bongsu daripada tiga beradik perempuan itu juga mengakui, keputusan untuk berhenti berniaga dan menguruskan Pesta Chow Kit secara sepenuh masa tidak pernah dihalang oleh keluarganya.

Malah kata wanita itu, bapanya setia memberi sokongan moral yang tidak berbelah-bahagi tanpa mempersoalkan dirinya yang turut menggunakan duit tabungan untuk projek tersebut.

"Dia (bapa) tahu saya suka mencuba perkara-perkara baru dan sentiasa sokong apa yang saya lakukan," katanya, anak sejati Kuala Lumpur.

Menurt Svoon, fasa ketigaprogram tersebut bermula pada bulan Ogos ini. "Saya tidak sabar untuk menyambut hasil kerja kanak-kanak di sekitar Jalan Chow Kit ini!" katanya teruja.

Projek Chow Kit Kita adalah sebuah projek pemetaan komuniti yang diadakan di Pusat KL Krash Pad di Jalan Tunku Abdul Rahman secara mingguan. Projek pemetaan komuniti ini menggunakan pelbagai material dan kaedah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat di Jalan Chow Kit.

Bersama-sama pusat Krash pad, Pesta Chow Kit Kita diadakan setiap enam bulan sekali bagi mempamerkan dan mempersembahkan hasil kerja kanak-kanak dalam kalangan komuniti ini kepada umum.

Tema kali ini adalah Kepelbagaian Makanan di Chow Kit iaitu susulan daripada tema sebelumnya Diversiti Etnik dan Agama. Memandangkan tema kali ini berkenaan makanan, Pik Svonn dan pasukannya mempamerkan aneka jenis makanan yang popular di Jalan Chow Kit kepada pengunjung yang melalui kawasan itu. Malah, gambar-gambar makanan itu juga turut dirakam bagi menunjukkan aspek kesenian tema tersebut.


ORANG ramai turut dijamu dengan minuman percuma.


"Melalui tema ini, kami menggalakkan kanak-kanak dan remaja memilih makanan paling popular di sekitar kawasan ini.

"Mereka juga boleh mengambil gambar foto, video, grafiti, mereka kemeja-T, lakonan, tarian, muzik dan sebagainya," kata Pik Svonn yang berganding bahu dengan seorang lelaki muda, Fahmi Redza.

Memiliki keghairahan yang sama iaitu melakukan sesuatu untuk komuniti dan mencungkil bakat kanak-kanak serta remaja, Fahmi, 34, yang bekerja secara bebas mengakui, projek itu sebagai salah satu acara yang bukan sahaja menghiburkan tetapi penuh dengan pelbagai pendedahan kepada golongan tersebut.

Baik kanak-kanak, remaja, sukarelawan yang menjadi fasilitator, penjaga gerai, pemain muzik dan persembahan band serta pihak urus setia semuanya dilihat menggunakan peluang itu dengan baik.

"Saya dapat tahu mengenai projek ini melalui seorang rakan yang kebetulan melakukan kerja-kerja videografi di sini. Sekurang-kurangnya, masa hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah demi remaja di Jalan Chow Kit dan sekitarnya," kata seorang sukarelawan yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Nurtressa Zakariah, 23.

Sama seperti Nurterssa, Ng Yah Tyng, 23, dari Klang juga tidak mahu mensia-siakan cuti hujung minggunya. "Saya bekerja sebagai eksekutif. Memandangkan hujung minggu adalah hari rehat, saya memilih berada di sini. Saya mendapat tahu mengenai projek ini melalui blog Saya Anak Bangsa Malaysia," katanya yang mengikuti blog tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Projek Chow Kit Kita ini disokong oleh Pusat KL kash pad, Asia Media, Pelaka Paint, Cititel Ekspress, Panasonic Malaysia, Feed George, Photo & Print, Vinlin Press dan LLG Pusat Pembangunan Kebudayaan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Cuma 1 sen untuk 1 kilometer

Posted:

Cuma 1 sen untuk 1 kilometer

Cuma 1 sen untuk 1 kilometer

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my



PENGENALAN motosikal menggunakan sumber elektrik dikatakan bermula sejak tahun 1860-an. Ketika itu, sudah ada paten motosikal berasaskan sumber alternatif. Namun begitu, tiada rekod rasmi mengenainya.

Hanya pada tahun 1941, ada rekod mendakwa Earle Williams dari Amerika Syarikat (AS) melakukan pengubahsuaian sebuah motosikal dengan enjin konvensional menjadi motosikal elektrik.

Setahun selepas itu, firma Australia iaitu Socovel mengeluarkan kira-kira 400 unit motosikal elektrik buatan sendiri. Pendorong penciptaan motosikal hijau pada waktu itu dikaitkan dengan senario kenaikan harga minyak global.

Peugeot Motocycles menjadi syarikat pertama melaksanakan pengeluaran skuter elektrik berskala besar-besaran pada tahun 1996. Dikenali sebagai Scoot'elec, ia berjaya mencatat jualan sebanyak 3,500 unit sebelum pengeluarannya dihentikan pada tahun 2006. Model pengganti Scoot'elec dikatakan bakal dilancarkan pada tahun ini.

Tanggal 16 Jun lalu, landskap industri motosikal tempatan mengalami pembaharuan apabila Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) melancarkan model motosikal elektriknya, CTric.

Jentera beroda dua elektrik pertama negara itu berjaya memenuhi standard piawaian motosikal elektrik SIRIM iaitu MS2413. Harus tahu bahawa CTric diuji berdasarkan piawaian ujian Japan Industrial Standard (JIS).

MS2413 yang diperkenalkan pada 7 April lalu merupakan piawaian khusus untuk motosikal elektrik dan tidak membabitkan basikal elektrik. Terdapat tiga bahagian utama terkandung di dalamnya iaitu spesifikasi umum, keselamatan dan ujian prestasi.

Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah CTric perlu memiliki prestasi sama dengan motosikal enjin pembakaran dalaman (combustion engine) dengan kelajuan melebihi 50 kilometer/sejam (km/j). Ia juga perlu berupaya menaiki cerun pada sudut 20 darjah.

Selain itu, harga motosikal elektrik perlu 2.5 sehingga tiga kali ganda harga motosikal berenjin biasa. Faktor itu, akan menyebabkan harga motosikal hijau lebih mahal berbanding motosikal menggunakan petrol sebagai sumber tenaga.


CTric mengguna pakai model Modenas CT.


Jadi Modenas memerlukan formula agar motosikal itu lebih mampu dimiliki. Jawapannya terletak pada penggunaan bateri asid plumbum 12V/20AH berasaskan teknologi Nano Gel, berbanding mengguna pakai bateri lithium ion polimer.

Ini dapat mengurangkan harga motosikal kerana pemilihan bateri asid plumbum 12V/20AH jauh lebih murah berbanding bateri lithium ion polimer. Murah bukannya tidak berkualiti. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.

Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan Modenas, Ahmad Sabandi Othman berkata, walaupun bateri lithium ion polimer memiliki jangka hayat lebih lama dan berprestasi tinggi, ia juga mudah meletup apabila terlebih cas atau sewaktu nyah cas bateri dilakukan.

"Kelemahan kedua-dua jenis bateri ini dan kenderaan elektrik adalah ia tidak dapat bergerak jauh (secara berterusan) berbanding enjin pembakaran dalaman. Motosikal elektrik juga memerlukan masa mengecas yang lama. Paling minimum ialah tiga jam," katanya dalam satu taklimat CTric.

Motosikal CTric dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha di Shah Alam baru-baru ini. Beliau menyatakan ada tiga lagi pembuat tempatan termasuk pengimport motosikal berada dalam proses mendapat kelulusan memasarkan motosikal elektrik mereka.

Berdasarkan model CT

CTric dibina berdasarkan model motosikal petrol Modenas iaitu CT. Malah nama CTric merupakan gabungan model CT dan elektrik. Enjin petrol pada model CT ditukar kepada motor yang digerak menggunakan kuasa elektrik.

Sumber penggerak motosikal seberat 114 kilogram (kg) itu diperoleh menerusi lima unit bateri dengan kapasiti 1,200Wh. Tenaga disalurkan kepada Motor Arus Terus Tanpa Sesentuh berkuasa 3.60kW @ 80km/j. CTric menggunakan transmisi automatik.

Pemilihan model CT sememangnya tepat. Model tersebut merupakan produk paling laris Modenas buat masa ini. Sejak model CT110 dan CT100 diperkenalkan pada November 2009 dan Januari 2010, jualan terkumpul kedua-model itu sudah melebihi 40,000 unit sehingga Mac 2011. Jumlah pendaftaran semua model motosikal Modenas sejak tahun 1996 sehingga April lalu sudah melebihi 1.1 juta unit.


BATERI ditempatkan di bawah tempat duduk dan di belakang roda hadapan.


Ahmad Sabandi berkata, bateri CTric boleh dicas menerusi soket tiga pin seperti yang digunakan di rumah. Apabila bateri sudah dicas penuh, sumber elektrik akan diputuskan secara automatik. Ini membolehkan bateri tersebut memiliki jangka hayat lebih lama.

Dua mode mengecas disediakan. Mode pantas selama 3.5 jam dan lapan jam untuk pengecasan normal. Jarak tunggangan setiap kali caj penuh ialah 60 kilometer (km) dengan tunggangan pada kelajuan purata 30km/j. Had laju CTric mampu mencapai 70km/j.

Kos untuk setiap km ialah satu sen berbanding petrol sebanyak lima sen satu km. Setiap unit bateri memiliki jangka hayat kira-kira dua tahun atau jarak perbatuan 32,000km (mana-mana yang tiba dahulu).

Modenas CTric turut diuji apabila ditenggelami air pada paras ketinggian 25 sentimeter (sm) iaitu lebih 15 sm berbanding standard yang ditetapkan. Jentera itu kemudiannya diuji dalam saluran air sepanjang 500 meter.

Hasilnya, keseluruhan rangkaian kuasa adalah kalis air.

Ketua Eksekutif Modenas, Abd. Halim Ismail memberitahu, model tersebut disasarkan kepada para pengguna di bandar. Pada peringkat awal, pengeluaran sebanyak 700 unit sebulan akan dibuat.

"Sebanyak 500 unit untuk pasaran domestik dan selebihnya untuk tujuan eksport. Eksport pertama sebanyak 100 unit ke Iran akan dilaksanakan menjelang akhir bulan ini," katanya yang memberitahu CTric turut menarik minat beberapa negara lain termasuklah Eropah dan Korea.

Sistem operasi CTric


TERMINAL pengecasan ditempatkan di bahagian kiri kunci penghidup motosikal.


Untuk menghidupkan CTric, kunci harus dimasukkan terlebih dahulu, sebelum tongkat motosikal dinaikkan. Tongkat tersebut dilengkapi alat pengesan (sensor) keselamatan untuk mengelakkan berlaku pergerakan secara tidak sengaja.

Tiga mod disediakan iaitu D untuk tunggangan, N (neutral) dan R bagi mengundur. Pulas pendikit dan jentera akan bergerak. Perbezaannya terletak pada mod R. Jika ingin mengundurkan motosikal, pilih mod R dan anda perlu menekan butang REV sewaktu memulas pendikit.

CTric ditawarkan pada harga RM4,888 seunit, termasuk cukai jalan dan insurans. Menarik bukan? Harganya hampir menyamai beberapa jenama motosikal enjin konvensional yang ada di pasaran sekarang.

Usaha Modenas dalam merealisasi motosikal berasaskan teknologi hijau membuktikan kemampuannya untuk mencetuskan kelainan dalam industri, selain menonjolkan produk negara di persada antarabangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mitsubishi ASX

Posted:

Mitsubishi ASX

Mitsubishi ASX

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@jkosmo.com.my



BAGI mereka yang pernah memandu uji model crossover kompak terbaru Mitsubishi, agak sukar untuk tidak menyukainya. Dikenali sebagai ASX, singkatan kepada Active Smart Crossover, jentera itu menawarkan apa yang berbaloi untuk harga kurang RM140,000 seunit.

ASX melakukan debut di pasaran tempatan pada lewat tahun lalu bersama model Mitsubishi Lancer Sportback. Berbanding Sportback yang menggunakan enjin 2.4 liter, ASX hanya dipasang dengan unit enjin bersesaran 2.0 liter seperti yang ada pada Lancer GT.

Jika harga dan spesifikasi tambahan bukan menjadi perbandingan utama, ASX bersaing dengan model-model seperti Suzuki SX4 Crossover, Renault Koleos, Nissan Dualis (pernah dibawa masuk oleh pihak Naza suatu ketika dahulu) dan Volkswagen Tiguan. Bagi pasaran Malaysia yang agak terhad pilihannya, memang sukar untuk mencari pesaing paling ideal untuk ASX.

Jika di pasaran lain ASX didatangkan dengan pilihan enjin diesel dan pacuan empat roda, Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. (MMM) hanya menawarkan satu varian sahaja. Enjin petrol dengan konfigurasi pacuan dua roda.

Dibina menggunakan platform sedan Mitsubishi Lancer, anda boleh mengharapkan kualiti pemanduan yang rigid dan meyakinkan. Ia terbukti ketika saya memandu uji ASX dalam perjalanan menuju ke Genting Highlands baru-baru ini.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, jentera seberat 1,970 kilogram (kg) itu mampu melayan setiap selekoh dengan baik. Tahap olengan tubuh dan rasa membuang di bahagian belakangnya adalah minimum.

Sukar sekali pemandu akan berasa hilang kawalan. Nampaknya, Active Stability Control (ASC) benar-benar menganalisis pergerakan kenderaan dan memantau masalah gelinciran rodanya.

Enjin MIVEC


UNIT audio Kenwood dengan skrin sentuh yang mudah dioperasi.


ASC berfungsi menguruskan pengeluaran kuasa daripada enjin, pada masa yang sama mengenakan kuasa brek ke atas roda tertentu bagi mengekalkan kestabilan serta kawalan kenderaan.

Kualiti pemanduan itu juga banyak dibantu oleh gabungan suspensi jenis topang MacPherson pada roda hadapan dan multilink untuk roda belakangnya. Pendek kata, menyusuri laluan sebegini dengan ASX sememangnya sesuatu yang boleh anda lakukan sepanjang hari tanpa rasa mahu mengeluh.

Kualiti pemanduan disempurnakan lagi dengan kuasa yang dijana daripada enjin blok aluminium ringan berkuasa 150PS. Prestasi enjin yang diekstrak oleh teknologi pemasaan injap MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control) terbukti lancar dan mengesankan. Kuasa tersebut diagih ke roda hadapan menerusi kotak gear INVECS-III CVT enam kelajuan.

Secara peribadinya, saya gemar bermain dengan paddle shifter yang diperbuat daripada magnesium dan diletakkan di belakang stereng. Maklum balas penukaran gear dapat dilakukan dengan tepat. ini sekali gus dapat menyesuaikan karekteristik pemanduan yang agresif. Namun, pastikan kedudukan gear yang dipilih adalah sesuai dengan kelajuan, kalau tidak mahu mendengar enjin melahu secara berlebihan.

Biarpun dipandu agresif, catatan penggunaan bahan apinya masih boleh diterima, jika dibandingkan dengan keseronokan yang diperolehi. Anggaran penggunaan petrol ASX (gabungan perjalanan di bandar dan lebuh raya) adalah sekitar 7.9 liter bagi setiap 100 kilometer.

Elemen minimalis

Jentera itu turut dilengkapi dengan ciri Hill Start Assist (HSA) yang berfungsi mengelakkannya daripada mengundur jika memulakan pemanduan pada pertengahan laluan berbukit. Apabila tahap kecerunan dikenal pasti, HSA akan mengekalkan kuasa membrek secara automatik sehinggalah pedal minyak ditekan. Jadi, anda tidak perlu menggelabah dan terburu-buru untuk menekan pedal minyak.

Penumpang dialu-alukan dengan barisan tempat duduk yang dibalut dengan kulit berwarna hitam. Ia terbukti selesa biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang lama. Bagi mereka yang berketinggian sederhana, ruang lega kaki dan kepala adalah lebih daripada mencukupi.


PAPAN pemuka ASX cukup ringkas dan ergonomik.


Tipikal Mitsubishi, ia mengetengahkan elemen minimalis ke dalam kabin ASX. Tidak ada butang-butang berlebihan pada papan pemukanya.

Konsol tengah hanya dihuni oleh unit audio jenama Kenwood dengan skrin sentuh yang mudah dioperasi, walaupun paparannya kurang mengujakan. Unit audio itu dipadankan bersama enam pembesar suara yang memberi kualiti bunyi memuaskan.

Tiga tombol kawalan pendingin hawanya ringkas. Pusing sahaja secara manual mengikut kesesuaian suhu yang anda mahukan. Menerusi ciri kawalan suhu automatik, menyejukkan kabin yang dimonopoli tona hitam itu tidak memakan masa terlalu lama.

Stereng tiga jejari itu bagaimana pun nampak kosong, biarpun ia dibalut kemas dengan material kulit. Tidak ada butang kawalan audio di sana. Apa yang ada hanya butang Cruise Control dan diletakkan pada sebelah kanannya.

Boleh dikatakan bahawa ASX tampil pada masa yang sesuai. Ketika pasaran semakin galak menerima segmen yang menggabungkan kelebihan sebuah SUV dan sedan ke dalam satu produk. Penerimaan orang ramai terhadap ASX juga agak baik, kelibat ASX mudah dilihat di mana-mana terutama di Lembah Kelang.

Membuat penilaian tentang penampilan sebuah ASX sememangnya satu perkara subjektif.

Mungkin ada yang tidak suka dengan bahagian hadapannya yang kelihatan begitu besar dan mendatar. Tetapi bagi saya, ia memiliki personaliti yang membuatkan orang ramai terus mahu melihatnya dari jauh atau dekat.

ASX ditawarkan pada harga RM139,980 (dia atas jalan) dengan lima pilihan warna iaitu hitam, putih, merah, biru dan kelabu.

Untuk ketenangan minda, ia hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (yang mana tiba dahulu).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Range Rover Supercharged

Posted:

Range Rover Supercharged

Range Rover Supercharged


RANGE Rover Supercharged menawarkan kualiti pemanduan yang meyakinkan.


LAND Rover (Malaysia) Sdn. Bhd. (Land Rover Malaysia) baru-baru ini memperkenalkan Range Rover 5.0-liter Petrol Supercharged versi tahun 2011 yang disifatkan sebagai SUV (sports utility vehicle) paling berkuasa dan mewah di dunia.

Enjin supercharged LR-V8 bersesaran 5.0 liter dan berkuasa 510bhp itu menawarkan prestasi dan penjimatan terbaik.

Dibangunkan sendiri oleh para jurutera Land Rover, takat 0-100 kilometer sejam (km/j) mampu dicapai hanya dalam tempoh 6.2 saat sahaja.

Lebih menakjubkan adalah emisi CO2 cuma 384g/km, pengurangan sebanyak 7.4 peratus berbanding enjin sebelumnya.

Enjin LR-V8 supercharged bersesaran 5.0-liter itu adalah ringan, amat cekap dan menetapkan penanda aras yang baru bagi aspek penjimatan, kelancaran serta prestasi.

Menjana kuasa sehingga 510bhp dan 625 Nm tork, enjin Supercharged 5.0-liter itu 28 peratus lebih berkuasa berbanding enjin sebelumnya, selain menghasilkan 10 peratus lagi tork.

Range Rover Supercharged 2011 mengekalkan kotak gear automatik ZF 6HP28 yang mengagumkan itu.

Secara dinamiknya, Range Rover Supercharged dilengkapi dengan sistem suspensi yang mengandungi teknologi Adaptive Dynamics. Ia mengawal kenderaan sewaktu mengambil selekoh.

Model Range Rover Supercharged tahun 2011 ditingkatkan lagi menerusi beberapa penambahbaikan ke atas sistem Terrain Response® iaitu Hill Start Assist dan Gradient Acceleration Control (GAC).

HSA mengekalkan tekanan brek yang dibuat oleh pemandu, cukup lama bagi membolehkan kaki beralih daripada pedal brek dan menekan pendikit tanpa membuatkan kereta mengundur ke belakang.


RUANG dalaman yang mewah.


GAC pula dibangunkan untuk memberi perlindungan keselamatan di kawasan cerun yang curam apabila pemandu tidak mengaplikasikan sistem Hill Descent Control (HDC).

Bahagian dalaman Range Rover Supercharged menampilkan kemewahan sebenar dengan penggunaan kemasan kulit Oxford. Sementara aspek hiburan pula ditawarkan oleh sistem bunyi sekeliling harmon/kardon® Logic 7 Hi-Fi dengan 14 unit pembesar suara.

Biarpun dengan semua penambahan itu, harganya kekal RM798,888 (Semenanjung Malaysia) dan RM802,388 (Sabah dan Sarawak), di atas jalan tidak termasuk insurans.

Menurut Ketua Operasi Land Rover Malaysia, Mohd Hanif Tan Abdullah, sebanyak lapan unit Range Rover Supercharged telah dijual. Pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 20 unit jentera tersebut menjelang akhir tahun ini.

Maklumat lanjut mengenai Range Rover Supercharged 2011, sila hubungi 1-300-1300-16 atau layari www.landrover.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


99.99 peratus pelaku iras Anwar

Posted:

99.99 peratus pelaku iras Anwar

99.99 peratus pelaku iras Anwar


BANGUNAN Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat. Dua orang profesor dari kolej itu melakukan analisis terhadap rakaman video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim.


KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memberitahu, pelaku lelaki dalam rakaman video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk T pada 21 Mac lalu adalah 99.99 peratus mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Shafee berkata, pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat yang menjalankan analisis pengenalpastian wajah dengan membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar telah mengesahkan pelaku lelaki dalam video seks itu adalah seiras dengan gambar ketua pembangkang tersebut.

"Laporan pakar bertarikh 4 Jun 2011 mengesahkan terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan foto Anwar melalui analisis pengenalpastian wajah," kata Muhammad Shafee ketika ditemui selepas prosiding mahkamah ditangguhkan seketika di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini semalam.

Mengikut fakta kes yang turut dibacakan di Mahkamah Majistret itu, dua orang pakar forensik digital dari Dartmouth College itu mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah seiras dengan Anwar.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Datuk T mengaku tayang video

Posted:

Datuk T mengaku tayang video

Datuk T mengaku tayang video

Oleh WAZIHA WAHID, NUR AISHAH AMIN dan FIRDAUS HASSAN
waziha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Trio Datuk T yang terlibat dalam pendedahan video seks lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu didenda oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah menayang secara terbuka adegan lucah kepada umum.

Dua daripada trio itu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, 51, dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim, 72, masing-masing didenda RM3,000 dan RM1,500.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, 60, pula didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Shazryl dan Shuaib.

Jika gagal membayar denda tersebut, Shazryl berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala Shuaib dan Abdul Rahim masing-masing bakal dikenakan penjara dua bulan dan sebulan.

Kesemua tertuduh tenang sepanjang prosiding dan tersenyum sebaik hukuman diputuskan.

Majistret Aizatul Akmal Maharani memutuskan demikian terhadap ketiga-tiga tertuduh selepas menerima pengakuan salah serta meneliti fakta kes dan eksibit yang dikemukakan kepada mahkamah.

"Hukuman yang dijatuhkan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kepentingan tertuduh yang perlu seimbang, rayuan dan hujah serta latar belakang masing-masing," kata Aizatul.

Terdahulu, Shazryl dan Shuaib didakwa dengan niat bersama menayangkan bahan lucah iaitu video seks adegan seorang lelaki dan wanita secara terbuka antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru di sini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penjara 55 tahun tipu pampasan tanah

Posted:

Penjara 55 tahun tipu pampasan tanah

Penjara 55 tahun tipu pampasan tanah


ABDUL RAHMAN dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Melaka semalam.


MELAKA - Seorang bekas pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian Jasin dijatuhi hukuman penjara selama 55 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menipu bayaran pampasan tanah berjumlah RM878,661.

Tertuduh, Abdul Rahman Kadir, 52, bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas Hakim Zaharah Hussain memerintahkan kesemua hukuman bagi 11 pertuduhan berjalan serentak.

Dia dituduh memperdaya dua pegawai kewangan kerajaan negeri dengan menyerahkan borang mengandungi penama palsu termasuk adik lelaki, adik ipar dan isterinya bagi menuntut pampasan pengambilan tanah oleh kerajaan negeri untuk projek Perumahan Awam Pulai II dan Pembesaran Jalan Parit Sidang Seman di sini.

Hasil penipuan itu, cek-cek telah dikeluarkan atas nama individu terbabit yang kemudian ditunaikan sebelum dimasukkan ke dalam akaun tertuduh dengan nilai terendah sebanyak RM51,040 dan tertinggi RM127,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Kewangan Seri Negeri, Ayer Keroh di antara 23 Jun 2004 hingga 6 Ogos 2007.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Benam Lebanon 2-1

Posted:

Benam Lebanon 2-1

Benam Lebanon 2-1

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


PENYUDAH kemas daripada penyerang skuad negara Wan Jack Haikal ketika menjaringkan gol kedua pada aksi menentang Lebanon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


MALAYSIA melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi meskipun terpaksa beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir.

Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya meskipun Chadi Atie berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 pada separuh masa kedua.

Aksi skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sokongan padu daripada 10,000 peminat tempatan.

Malaysia mara dengan agregat 2-1 setelah mencatat keputusan seri 0-0 pada aksi pertama di Beirut pada Ahad lalu.

Dengan kejayaan itu, Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada aksi malam tadi, Kim Swee melakukan dua perubahan dengan Affize Faisal Mamat menggantikan Mahali Jasuli yang digantung satu perlawanan manakala Syahrul Azwari Ibrahim menggantikan tempat Izzaq Faris Ramlan.

Jurulatih Lebanon, Samir Saad pula hanya menukar seorang pemain iaitu Jad Noureddine yang diturunkan untuk mengambil alih posisi Hassan Chaito.

Malaysia tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit kelapan menerusi rembatan Irfan dari dalam kotak penalti selepas berlaku keadaan kelam-kabut berpunca daripada sepakan sudut Wan Zack Haikal.

Di sebalik penguasaan penuh Malaysia, Lebanon hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-36 tetapi rembatan kaki kiri pemain sayap, Mohamad Haidar sekadar menggegar palang gol.

Malaysia terus selesa apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-40 hasil penyudah kemas Wan Zack selepas menerima lorongan baik Gary Steven Robbat dari bahagian tengah.

Namun malang menimpa Gary Steven apabila dia dibuang padang pada minit ke-50 selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lebanon.

Akibatnya, Lebanon berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-63 menerusi Chadi untuk menjadikan kedudukan 2-1 tetapi Malaysia kental bertahan sehingga wisel penamat.

Kim Swee yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas perlawanan itu menjelaskan:"Ini membuktikan walaupun kita beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir, pemain telah menunjukkan kesungguhan tinggi. Tapi ini baru permulaan, banyak lagi rintangan perlu diharungi pada peringkat kumpulan nanti," kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan.

Samir pula berkata: "Kami cuba cari gol penyamaan tetapi pemain Malaysia beraksi dengan semangat yang cukup tinggi disebabkan mereka mendapat sokongan padu penyokong."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesaka tidak akan tunduk

Posted:

Pesaka tidak akan tunduk

Pesaka tidak akan tunduk

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my

PERSEKUTUAN Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) tidak akan tunduk dengan desakan syarikat Harian Inovatif Sdn. Bhd. (HISB) agar pertubuhan itu menyelesaikan hutang berjumlah RM1.2 juta sebelum 30 Jun ini.

Presiden Pesaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya enggan menjelaskan bayaran berkenaan kerana perbelanjaan itu tidak dapat disahkan jawatankuasa Pesaka.

"Memang benar syarikat ini dilantik Pesaka untuk menganjurkan kejohanan berkenaan, namun tiada sesiapa di Pesaka yang dapat mengesahkan syarikat ini boleh berbelanja sebanyak itu.

"Pesaka tak ada duit nak bayar sehingga RM1.2 juta, jika RM20,000 atau RM30,000 bolehlah kami bayar. Namun jika ada duit pun, kami tak akan bayar kerana tiada pengesahan yang diperoleh daripada jawatankuasa," katanya di Melaka semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai kata dua HISB kepada Pesaka untuk menyelesaikan hutang berjumlah RM1.2 juta sebelum 30 Jun ini atau harta serta akaun pertubuhan itu dibekukan.

Tuntutan tersebut dibuat ekoran pertubuhan itu gagal membayar semula kos untuk menganjurkan Kejuaraan Silat Sedunia ke-13 yang berlangsung di Stadium Tetutup Sukpa, Kuantan, Pahang pada 21 hingga 27 Oktober 2007.

Mohd. Ali berkata, pihaknya tiada halangan sekiranya HISB membawa pertikaian itu ke mahkamah kerana berpendapat mahkamah akan memberi keputusan yang adil.

"Mahkamah tempat mencari keadilan, apa yang nak ditakutkan. Kami akan hantar wakil untuk jawab di mahkamah, biar mahkamah yang putuskan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pei Tty-Ee Hui mara

Posted:

Pei Tty-Ee Hui mara

Pei Tty-Ee Hui mara


PEI TTY (kanan) dan Eei Hui melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia semalam.


MESKIPUN masih belum cergas sepenuhnya, pemain beregu wanita negara, Wong Pei Tty tetap mampu mempamerkan persembahan bertenaga pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia 2011.

Buktinya, Pei Tty yang berpasangan dengan Chin Ee Hui berjaya mara ke peringkat suku akhir kejohanan tersebut.

Kejayaan itu hadir selepas Pei Tty-Ee Hui mencatatkan kemenangan ke atas beregu Kanada, Nicole Grether-Charmaine Reid 17-21, 21-18, 21-13 pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta, semalam.

Biarpun tewas pada set pertama, Pei Tty-Ee Hui kembali bangkit untuk memenangi dua set berikutnya dan itu merupakan tanda-tanda positif terhadap prestasi pasangan tersebut.

Malah, semangat juang tinggi yang dipamerkan beregu wanita negara itu dilihat sebagai tonik terbaik bagi merealisasikan impian mereka memburu kejuaraan pertama tahun ini.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik yang dilakarkan Pei Tty-Ee Hui tahun ini adalah mara ke final Terbuka Australia April lalu sebelum tewas di tangan gandingan Jepun, Shizuka Matsuo-Mami Naito.

Nasib Pei Tty-Ee Hui terus malang apabila terkandas pada peringkat suku akhir Terbuka India sebelum tersingkir seawal pusingan kedua Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia.

Pada Piala Sudirman pula menyaksikan Pei Tty-Ee Hui sekadar mencatatkan satu kemenangan daripada tiga perlawanan.

Pada aksi peringkat suku akhir hari ini, Pei Tty-Ee Hui bakal berdepan cabaran Marissa Vita-Melati Nadya dari Indonesia.

Beregu wanita Indonesia itu mara ke peringkat suku akhir selepas menundukkan Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin dari Taiwan 21-19, 23-21 pada pusingan kedua semalam.

Berdasarkan rekod pertemuan di antara Pei Tty-Ee Hui dengan Vita-Nadya, beregu Indonesia tersebut jelas memiliki kelebihan apabila merekodkan satu kemenangan daripada satu perlawanan.

Sementara itu, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan halangan sukar untuk menundukkan Wong Wing Ki dari Hong Kong 21-17, 21-12 untuk mara ke peringkat suku akhir.

Aksi suku akhir hari ini bakal menyaksikan Chong Wei turun menentang pemenang di antara perseorangan Vietnam, Tien Minh Nguyen dengan Wang Zhengming dari China.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Barang kemas RM24.1 juta milik Eva Peron ditemui

Posted:

Barang kemas RM24.1 juta milik Eva Peron ditemui

Barang kemas RM24.1 juta milik Eva Peron ditemui


SEBAHAGIAN barang kemas milik Eva Peron yang ditemui semula dipamerkan polis di Milan, Itali kelmarin.


MILAN – Sejumlah barang kemas bernilai lebih £5 juta (RM24.1 juta) yang pernah dimiliki Wanita Pertama Argentina, Eva Peron ditemui semula oleh polis Itali.

Pendedahan itu dibuat polis dalam satu sidang akhbar kelmarin di sini.

Semua barang kemas itu, termasuk sebuah tiara bernilai £3.5 juta (RM16.9 juta) yang dihadiahkan kepada Eva oleh keluarga diraja Belanda, dua bentuk cincin dan sepasang anting-anting ditemui di sebuah hotel di sini dalam satu serbuan pihak berkuasa.

Barang kemas itu dicuri sekumpulan penjenayah Serbia daripada sebuah butik di bandar Valencia, Sepanyol pada Disember 2009.

Pada tahun lalu, polis Sepanyol menangkap enam anggota geng penjenayah berkenaan tetapi gagal menemui barang kemas berkenaan.

Namun, hasil soal siasat terhadap tahanan-tahanan tersebut, polis Sepanyol memberikan maklumat mengenai seorang konconya kepada polis di sini, Itali.

Selepas membuat intipan selama beberapa bulan, penjenayah berkenaan ditangkap di sebuah hotel di sini dengan polis turut menemui semula barang kemas tersebut.

Eva yang merupakan isteri bekas Presiden Argentina Juan Peron lebih dikenali dengan gelaran Evita.

Wanita itu menjalani kehidupan penuh mewah dan glamor yang kemudian diadaptasikan ke layar perak menerusi filem berjudul, Evita dengan wataknya dilakonkan oleh Madonna.

Peron memerintah Argentina pada awal 1950-an sebelum hidup dalam buangan pada 1955, tiga tahun selepas Eva meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat kanser. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas bintang filem lucah bankrap

Posted:

Bekas bintang filem lucah bankrap

Bekas bintang filem lucah bankrap


WAJAH terkini Patricia Kluge.


ABERMARLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas penari gelek, bintang filem lucah dan model bogel yang dikenali sebagai janda 'terkaya dalam sejarah' selepas dia bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang bilionair, telah bertindak mengisytiharkan dirinya muflis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan, Patricia Kluge memperoleh bayaran penyelesaian perceraian berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) selepas dia bercerai dengan suaminya yang merupakan taikun media AS, John Kluge pada tahun 1990.

Pada tahun, 1980-an, Patricia menganjurkan parti-parti mewah untuk golongan diraja, tokoh korporat, selebriti dan tokoh sasterawan di rumahnya.

Patricia yang kini berusia 62 tahun bagaimanapun memohon perintah perlindungan muflis bersama suami ketiganya, William Moses baru-baru ini.

Model berkenaan yang dilahirkan di Baghdad dan pernah membintangi sebuah filem lucah, The Nine Ages Of Nakedness, mengisytiharkan dirinya muflis selepas asetnya merosot selain mengalami kerugian besar dalam perniagaan membuat wain miliknya.

Menurut kertas permohonan muflis yang difailkan di sebuah mahkamah AS, dia dan suaminya, William Moses yang menetap di sini, negeri Virginia, memiliki hutang berjumlah AS$50 juta (RM151.9 juta). - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaddafi ulangi tak takut mati

Posted:

Gaddafi ulangi tak takut mati

Gaddafi ulangi tak takut mati



TRIPOLI - Pemimpin Libya Muammar Gaddafi (gambar) kelmarin menyampaikan ucapan audio menyatakan beliau tidak takut untuk mati walaupun keadaannya kini ibarat telur di hujung tanduk.

Pemimpin veteran berusia 69 tahun itu turut menegaskan bahawa perang terhadap 'tentera salib' Barat akan berterusan.

"Kami akan memberikan tentangan dan perang akan berterusan sehingga ke akhirnya sehingga anda semua dihapuskan (Barat). Namun kami tidak akan tewas," kata Gaddafi dalam mesej yang disiarkan stesen televisyen Libya bagi memperingati seorang rakannya, Khuwildi Hemidi yang kehilangan beberapa anggota keluarga selepas kediamannya di bom jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Isnin lalu.

"Tiada lagi sebarang persetujuan selepas anda membunuh anak cucu kami, keadaan kami kini getir ibarat telur di hujung tanduk. Anda (Barat) pulang ke tempat anda," tambah Gaddafi.

NATO mengakui jet-jet pejuangnya pada Isnin lalu mengebom bandar Sorman di barat Tripoli tetapi menegaskan bahawa serangan tersebut bertujuan untuk memusnahkan sasaran ketenteraan.

Jurucakap pemerintah Libya, Mussa Ibrahim berkata, 15 orang termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu yang dikutuk sebagai "perbuatan bacul pengganas yang tidak mempunyai justifikasi,".

Mussa memberitahu, serangan tersebut disasarkan di kediaman milik Khuwildi yang merupakan sahabat karib Gaddafi.

NATO menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya pada April lalu untuk melindungi orang awam daripada menjadi mangsa keganasan tentera Gaddafi.

Rakyat negara Afrika Utara yang kaya dengan hasil minyak itu bangkit menentang Gaddafi pada pertengahan Februari lalu kerana menuntut pembaharuan politik dan ekonomi selain menuntut pemimpin tersebut meletakkan jawatan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Misi tawan tujuh gunung berjaya

Posted:

Misi tawan tujuh gunung berjaya

Misi tawan tujuh gunung berjaya

24/06/2011 8:57pm

KUALA LUMPUR – Dua pendaki Persatuan Kembara Negara berjaya menamatkan misi mereka untuk menawan tujuh puncak tertinggi dunia apabila mereka berjaya sampai ke puncak gunung McKinley di Alaska, Amerika Syarikat hari ini.

Menurut kenyataan persatuan itu kedua-dua pendaki berkenaan, Ahmad Fakhri Abu Samah dan Ahmad Reduan Rozali sampai di puncak gunung McKinley pada ketinggian 6,198 meter dari aras laut.

Menurut kenyataan itu, mereka merupakan pendaki yang pertama dari Malaysia dan Asia berjaya melaksanakan misi menawan puncak tertinggi di setiap benua.

Gunung McKinley merupakan gunung yang terakhir dalam siri menawan tujuh puncak tertinggi dunia itu.

Mereka memulakan "program seven summit" itu pada 2005 dan telah menawan puncak Gunung Kosciuszko di Australia bagi kawasan Oceana, gunung Kilimanjaro di Tanzania bagi benua Afrika (2006), Gunung Everest bagi benua Asia (2007), Gunung Elbrus di Russia bagi benua Eropah, Gunung Vinson Massif bagi benua Antartika (2010), Gunung Aconcagua di Argentina bagi benua Amerika Selatan (Mac 2011) sebelum gunung McKinley bagi benua Amerika Utara. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ADUN risau buaya mengganas

Posted:

Menunggu bulan menjadi jingga

SUASANA di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur pada pagi Khamis, 16 Jun lalu sedikit berbeza berbanding hari-hari lain. Tepat pukul 1 pagi, orang ramai yang terdiri daripada berbilang kaum mula berkumpul dengan satu tujuan iaitu untuk melihat sendiri fenomena gerhana bulan penuh berlaku. Lagi...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Remaja 14 tahun maut kemalangan

Posted:

Remaja 14 tahun maut kemalangan

Remaja 14 tahun maut kemalangan

24/06/2011 7:02pm

IPOH — Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Km 55.6 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah malam tadi.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, R. Loranas, 14, berasal dari Jalan Pahang, Tapah, terbunuh dalam kejadian pada pukul 11 malam itu.

Wan Abdullah berkata, kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa cuba memotong sebuah kereta di hadapan lalu bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan. Beliau berkata akibat kejadian itu mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Seorang lagi penunggang yang terbabit dalam kejadian itu hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Hadir bukan sebagai ganti

Posted:

Hadir bukan sebagai ganti

Hadir bukan sebagai ganti

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my



MASYARAKAT kita secara umumnya sering berpendapat bahawa anak-anak yang berasal daripada keluarga berantakan biasanya menjadi mangsa dera bapa atau ibu tiri jika ibu atau bapa mereka berkahwin lain.

Ada yang berpendapat, kasih sayang yang diterima oleh seorang anak daripada ibu atau ayah kandungnya tidak sama dengan ibu atau bapa tiri.

Pandangan tersebut bukanlah dakwaan kosong semata-mata kerana sentimen orang ramai juga banyak dipengaruhi laporan yang kerap disiar di media massa.

Salah satu daripada kes yang boleh dikaitkan dengan perkara itu adalah kejadian yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah Sahari tahun lalu.

Arwah yang ketika itu hanya berusia tiga tahun meninggal dunia selepas didera oleh lelaki yang didakwa sebagai ayah tirinya di padang permainan yang terletak di kawasan perumahan di Ulu Yam lama, Batang Kali.

Awal tahun ini, satu lagi kes penderaan kanak-kanak oleh seorang lelaki yang juga teman lelaki kepada ibu bayi tersebut di Ampang.

Hooi Wai Chew, 34, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Law Hong Jun dengan meninggalkan bayi itu dalam kereta dari pukul 2 pagi hingga 12 tengah hari keesokannya.

Tanggungjawab

Namun begitu, kes-kes seperti itu sebenarnya langsung tidak memalitkan keburukan kepada imej mereka yang bergelar bapa tiri di negara ini.

Ramai lelaki, baik seorang bapa kandung ataupun bapa tiri, tidak semuanya berperangai sadis dan tidak tahu menjalankan tanggungjawab seorang ayah atau penjaga.

Bagi pelakon terkenal, Aaron Aziz, 35, yang dibesarkan oleh bapa tiri, menyifatkan insan bernama Abdullah Daud, 53, ialah individu yang bertanggungjawab mengajarnya segala perkara berkaitan agama, asal-usul dan tanggungjawab.

"Perkara yang arwah ayah kandung saya tidak sempat ajar, berkenaan agama, kehidupan dan bagaimana menjadi seorang lelaki, bapa tiri sayalah insan yang melakukannya.

"Peranannya umpama memasang semua aplikasi yang diperlukan oleh seorang anak," kata Aaron ketika ditemui di sebuah majlis di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Bagi Aaron, ayah tirinya seorang yang sangat kuat agama dan tiap kali memberi tunjuk ajar, dia seperti memberi syarahan.


AARON yang dibesarkan oleh bapa tiri memanfaatkan didikan bapa tirinya itu terhadap perkembangan anak-anaknya. (Dari kiri atas, ikut jam: Aaron, isterinya Diyana, Dwi Ariana dan Danish.


Pada mulanya, pelakon yang berasal dari Singapura itu mengakui kurang menyukai kehadiran seorang lelaki yang bergelar ayah tiri.

Namun begitu selepas melihat kesabarannya menerima seorang wanita yang mempunyai empat orang anak membuatkan hati Aaron berubah.

"Sehingga kini, ayah tiri saya tidak memiliki anak sendiri dan kami tidak pernah bertanyakan hal tersebut kerana baginya kami adalah anak mereka," ujar Aaron yang tinggal bersama ayah tiri sejak usia 13 tahun.

Memetik antara ajaran ayah tirinya, walaupun kedengaran biasa bagi orang lain, adalah tiada makna jika mempunyai segala-galanya di dunia tetapi tiada tanggungjawab dan kasih sayang.

Memori

Tambah Aaron, memori dengan ayah kandungnya terlalu sedikit berbanding dengan insan yang bernama Abdullah itu.

"Saya cuma diingatkan tentang arwah ayah kandung apabila emak saya bercakap mengenai nasihat dan tegurannya," tambah Aaron.

Pengalaman membesar oleh ayah tirinya banyak membentuk gaya Aaron dalam mendidik anak-anaknya sendiri. Dia disifatkan sebagai seorang yang tegas namun penyayang kepada mereka.

"Alhamdulillah, sehingga sekarang saya tidak perlu menggunakan kaedah hukuman kepada anak-anak tetapi hanya perlu bertindak seperti pegawai polis sahaja.

"Tidak perlu untuk ambil tali pinggang untuk menakutkan mereka. Cukup hanya mendengar ton suara saya yang berlainan," tambahnya yang sudah lapan tahun mendirikan rumahtangga selama lapan tahun.

Aaron dan isterinya, Diyana Halik, dikurnia seramai tiga orang anak iaitu Danish Anarqi, 7, Dwi Ariana, 5, dan Dahlia Anissa, 1.

Teguran

Bagi pegawai pemasaran di sebuah rangkaian butik yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Siti Azliyana Azmi, 23, dia dan adiknya, Siti Fatin Azmiera Azmi, 19, sudah hampir 20 tahun tinggal bersama bapa tiri.

"Saya sudah tinggal dengan bapa tiri sejak umur tiga tahun dan dia banyak mengajar kami supaya menjadi wanita yang baik.

"Ayah (tiri) mahu kami sentiasa dipandang hormat oleh orang lain dan sangat mengambil berat mengenai kami.

"Jika kami adik-beradik didapati pulang ke rumah terlalu lewat, ayah pasti akan memarahi kami," kata Azliyana ketika ditemui di Puchong.

Bukan itu sahaja, menurut Azliyana, insan yang bernama Noor Badrol Akram, 51, itu pasti akan menegurnya jika dia kelihatan berpakaian kurang sopan di matanya.

"Bukan mahu memaksa kami, tetapi sekurang-kurangnya dia mahu kami berpakaian sopan dan menghormati pandangan orang sekeliling," ujar Azliyana yang masih menjaga hubungan baik dengan bapa kandungnya.


AZLIYANA (kiri) tidak kekok meneruskan kehidupan bersama bapa tirinya, Badrol (kanan) di samping ibunya, Norlyn.


Perkara paling penting, Noor Badrol mahu mereka menjaga nama baik keluarga, terutamanya ibu mereka, Norlyn Hamid, 50.

Hasil perkongsian hidup ibunya dengan Noor Badrol, telah dikurniakan dengan seorang anak, Tia Nellisa, 15, yang kini rapat dengan Azliyana dan Fatin umpama adik-beradik kandung.

Ketika kali pertama berjumpa, Azliyana menyatakan bahawa bapa tirinya yang lebih selesa dipanggil sebagai daddy itu kelihatan sangat senang menerima mereka berdua.

"Mungkin disebabkan sikap saya yang suka bercakap dan Fatin yang sewaktu kecil amat manja kepadanya dengan sering meminta didukung. Mungkin itu membantunya meredakan tekanan apabila pulang dari tempat kerja.

"Dia tidak pernah menunjukkan perasaan seperti tidak mahu atau malas mahu menjaga kami dua beradik," tambah Azliyana.

Menurut Noor Badrol, dia tidak terkejut ketika mula-mula mengetahui wanita yang mahu dikahwininya itu mempunyai dua orang anak.

"Cuma, saya berasa sedikit takut ketika mula-mula memikirkan akan menjaga dua orang anak tetapi apabila berjumpa dan melihat mereka seperti sudah memiliki ayah, saya terus menjadi sayang kepada mereka," katanya ringkas kepada Kosmo!.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bakat chef Daisy dari Pantai Timur

Posted:

Bakat chef Daisy dari Pantai Timur

Bakat chef Daisy dari Pantai Timur

Oleh FAUZI MOHD.
rencana@kosmo.com.my


PARA peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Pantai Timur bergambar beramai-ramai.


SUASANA pagi di pekarangan pasar raya Giant Kuala Terengganu, Terengganu Sabtu lalu tiba-tiba menjadi riuh dengan telatah 30 peserta yang mengambil bahagian pada acara Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011.

Cuaca panas di negeri pantai timur itu sedikitpun tidak dihiraukan oleh orang ramai dan para peserta yang tampil dengan resipi ciptaan masing-masing. Seawal pukul 10 pagi orang ramai mula beratur di kaunter minyak jagung Daisy untuk menebus minyak jagung dengan isipadu 500ml secara percuma. Syaratnya, mereka perlu membawa dua keping kepala akhbar Kosmo!.

Bagaimanapun, penebusan itu terhad untuk 200 pengunjung terawal sahaja. Program anjuran Kosmo! dengan kerjasama minyak jagung Daisy dan Tupperware itu memilih Kuala Terengganu sebagai lokasi pertama bagi cabaran sulung tahun ini.

Tujuan utama program itu adalah untuk mencungkil bakat-bakat usahawan kecil dalam pembuatan kek dan biskut.

Selain itu, kerjasama yang terjalin antara rakan penganjur dan penaja bertujuan untuk berkongsi dengan masyarakat Pantai Timur khususnya mengenai teknik penggunaan minyak jagung Daisy dalam pembuatan kek dan biskut.

Dalam tempoh masa 45 minit, yang ditetapkan oleh para juri yang diketuai duta minyak jagung Daisy, Chef Liza Zainol, 30 peserta bertungkus-lumus menyiapkan dekorasi pada kek dan biskut masing-masing mengikut tema yang ditetapkan iaitu seni dan kebudayaan.

Dalam pertandingan itu, setiap peserta perlu menggunakan jenama minyak jagung Daisy dalam resipi kek dan biskut mereka.

Produk yang menggunakan 100 peratus minyak jagung asli dan bebas kolesterol itu diperkaya dengan vitamin E, omega 6 dan poli lembut.

Bagi chef muda syarikat pembuat kek, Ziq Bakery & Cake, Mohd. Nawawi Alias, 24, yang mempertaruhkan resipi Kek Lapis Khazanah Tradisional berjaya memikat hati para juri untuk dinobatkan sebagai juara kategori kek.

Kata Mohd. Nawawi, kelebihan yang dimiliki peserta lain yang rata-ratanya wanita begitu sengit buatnya apatah lagi dia baru tiga tahun bekerja dalam bidang tersebut.

"Walaupun ada yang berkata, idea orang lelaki lebih kreatif jika diasah dengan baik, tetapi orang yang banyak memberi tunjuk ajar adalah wanita iaitu majikan saya sendiri.

"Jika selama ini, ramai pelanggan memuji kek keluaran Ziq Bakery, rasanya tidak salah pada kali ini sekiranya produk yang saya hasilkan dinilai oleh juri profesional," katanya kepada Kosmo!.

Mengasah bakat

Mohd. Nawawi bersama pemenang kategori biskut, Mohamad Suhasman Mohamad Rozi, 23, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM300. Lebih istimewa, kesemua 30 peserta bertanding turut mendapat saguhati wang tunai RM100 serta hadiah daripada Daisy dan Tupperware.


Dari kiri, Pengarang Rencana Kosmo!, Najibah Hassan, Mohd. Nawawi, Chef Liza, Mohd. Suhasman, Stella dan Cecelia pada majlis penyampaian hadiah kepada para peserta Cabaran Caisy Sehebat Chef 2011 di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.


Mohamad Suhasman pula mengakui, pengalaman membuat biskut sejak berusia 12 tahun daripada ibunya memberi keyakinan kepada anak muda yang berasal dari Tumpat, Kelantan itu untuk mempertaruhkan resipi biskut garlic creamy Daisy.

Kata pembantu tukang masak di Dewan Makan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Kelantan itu, kunjungan ke Kuala Terengganu adalah semata-mata untuk mengasah kebolehan yang ada padanya ke peringkat lebih tinggi.

"Kalau saya tidak datang ke sini pun, biskut yang saya hasilkan sentiasa mendapat sambutan khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun.

"Walaupun jauh dan cuti hujung minggu yang singkat, sampai juga saya ke sini kerana mahu membuktikan saya bukan sekadar jaguh kampung dan ingin bergerak lebih jauh dalam bidang ini," katanya.

Bagi peserta yang membawa resipi vitato sesame cake, Chef Johana Ibrahim, 38, kalah atau menang bukan ukuran kerana panduan yang diperoleh dalam pembuatan kek yang diusahakannya Terengganu.

"Sebelum menyertai pertandingan, saya mencuba sebanyak 10 kali menggunakan minyak jagung Daisy dalam pembuatan kek kerana sebelum ini saya menggunakan mentega.

"Ia merupakan alternatif untuk mengganti marjerin kerana sukatannya lebih tepat dan yang pasti menjimatkan," ujar pemilik Galeri Kek Manjalera, di Seberang Takir, Kuala Terengganu itu sejak tiga tahun lalu.

Bagi peserta dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu, Yusmaliza Naim, 32, berkata, walaupun penglibatannya dalam pembuatan kek sudah menjangkau 12 tahun, pertandingan itu memberinya lebih ruang untuk mempelajari banyak perkara.

Kata usahawan program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, petua dan tip daripada pihak Daisy akan digunakan untuk menghasilkan kek yang berkhasiat.

"Apa yang perlu kami pelajari ialah hidangan bukan sekadar cantik dan menarik, malah ia perlu berkhasiat.

"Paling meminati makanan ini adalah kanak-kanak. Sehubungan itu, khasiat pemakanan perlu diambil kira," ujarnya.

Chef Liza turut melakukan demonstrasi membuat biskut semperit istimewa Daisy dan kek hitam manis untuk dirasa oleh pengunjung.

Bagi menggamatkan suasana, persembahan dua artis remaja, Mila Akademi Fantasia (AF5) dan penyanyi, Sabhi Saddi berjaya memukau pelanggan Giant Kuala Terengganu pada hari berkenaan. Acara tersebut turut dimeriahkan oleh persembahan gamelan daripada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Pengiklanan Kosmo!, Stella Abdullah dan Pengurus Jenama Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Cecilia Lee.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Filosofi label Replay

Posted:

Filosofi label Replay

Filosofi label Replay


MESKIPUN sudah beradatiga dekad dalam pasaran jenama Replay tetap mempunyai penggemar tersendiri.


KREATIF dan bersifat lasak di luar, pencinta fesyen Replay semakin berkembang seiring dengan usia jenama itu yang sudah menjangkau lebih 30 tahun.

Dengan mengumpulkan peminat dari segenap negara dan budaya, Replay dikenali bukan hanya kerana baju-T dan jean yang dihasilkannya, tetapi juga aksesori, kasut, haruman dan pakaian kanak-kanak.

Memastikan jenama itu sentiasa selari dengan cita rasa peminatnya, kembara dan pembacaan menjadi dua elemen yang menjadi kunci filosofi yang sentiasa membuka minda pereka jenama itu.

Mula membuat debut label pada tahun 1978 oleh Claudio Buziol, sejak itu Replay terus berkembang sehingga mempunyai lebih 220 butik di seluruh dunia pada tahun 2009.

Mengimbau hasil kerja Replay yang masih diingati sehingga kini termasuklah denim jean dinamakan double-ring yang berjaya memukau orang ramai.

Penghasilan jean tersebut berjaya mencecah sehingga satu juta helai dalam tempoh dua tahun pada tahun 1989.

Tiga tahun selepas itu, Replay terus berkembang dengan menubuhkan cabang baru diberi nama The Replay & Sons yang didekasikan khas untuk pakaian si kecil.

Pada tahun 1994, menjadi titik tolak kepada fenomena Replay apabila ia melebarkan sayap ke Asia dan Asia Barat.

Tidak pernah berkompromi dengan hasil rekaan, kualiti fabrik dan kerja tangan, setiap musim Replay menghasilkan lebih 1,300 item untuk memenuhi almari pencinta fesyen.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved