Sabtu, 18 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Makanan untuk orang sakit

Posted:

Makanan untuk orang sakit

Makanan untuk orang sakit



MENYEDIAKAN sebanyak 10,400 hidangan kepada ribuan pesakit yang berbeza latar belakang kesihatan pada setiap waktu makan bukan cabaran yang kecil.

Apatah lagi jika penyediaan tersebut perlu mematuhi kualiti yang ditetapkan dan pada masa yang sama ia enak dan sihat untuk dinikmati oleh pesakit.

Jurnal baru-baru ini berpeluang memasuki dapur Hospital Kuala Lumpur (HKL), iaitu hospital yang mempunyai jumlah pesakit paling ramai di Asia Tenggara, untuk melihat lebih dekat bagaimana penyediaan makanan dilakukan di hospital yang berusia 149 tahun itu.

Bermula seawal pukul 6 pagi, 40 kakitangan Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) sudah turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Sebelum itu, data pesakit dikemas kini untuk memastikan hidangan yang bakal diagihkan nanti mencukupi.

"Terdapat dua jenis kelompok diet yang perlu disediakan setiap kali waktu makan bermula dengan sarapan sehingga makan malam.

"Kami menyediakan hidangan diet normal untuk semua pesakit yang tidak mempunyai masalah berkaitan pemakanan dengan tiada modifikasi dilakukan tetapi penyediaannya lebih mengutamakan cara yang lebih sihat.

"Tidak hairanlah jika pesakit mendapati rasa makanan tersebut sama dengan makanan di luar hospital," ujar Ketua jabatan berkenaan, Ridzoni Sulaiman.

Jelasnya lagi, pesakit yang mempunyai penyakit berkaitan makanan seperti diabetes, darah tinggi, pesakit renal atau buah pinggang, tinggi kolesterol, mereka akan dihidangkan dengan makanan yang disediakan mengikut diet terapeutik.

"Beberapa modifikasi perlu dilakukan dalam penyediaan makanan bagi diet terapeutik untuk disesuaikan dengan keadaan penyakit pesakit seperti kandungan garam dikurangkan, tiada penggunaan bahan perasa dan santan digantikan dengan susu rendah lemak.

"Selain itu, JDS juga menyediakan diet vegetarian untuk pengamal sayur-sayuran dan diet kanak-kanak untuk pesakit cilik di sini," katanya yang turut menyediakan pilihan makanan pedas atau biasa kepada semua pesakit kecuali kepada mereka yang menjalani diet terapeutik.

Dengan adanya seleksi pilihan makanan terdiri daripada lapan menu berbeza untuk kitaran lapan hari, JDS turut menawarkan pilihan menu kepada pesakit yang menghuni kelas satu di mana mereka boleh memilih untuk menikmati hidangan biasa atau hidangan ala Barat.

"Bukan itu sahaja, mereka turut diberi keistimewaan untuk memilih menu alakad seperti tomyam, sup ayam dan mi goreng mamak.

Cincang makanan

"Bagaimanapun, prosedur penyediaan makanan sihat masih dikekalkan untuk memastikan ia tidak mendatangkan kesan kepada perawatan pesakit," jelas Ridzoni.

Bagi sebilangan kecil pesakit yang tidak boleh makan makanan biasa seperti pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), bekalan makanan buat mereka turut disediakan.

"Kami menyediakan produk susu khas yang lengkap dengan semua zat dan nutrien yang diperlukan pesakit.

"Untuk pesakit kanser usus pula, JDS akan menyediakan diet lembut yang telah diubahsuai daripada diet normal mereka.

"Biasanya, mereka akan mengambil makanan yang dicincang atau dikisar sebelum boleh mengambil makanan pejal," katanya.


AMALAN kawalan penyediaan makanan penting untuk memastikan makanan bersih dan selamat dimakan.


Bermula daripada bekalan makanan basah dan kering yang diterima pada pukul 9.30 pagi, kakitangan JDS sudah mula sibuk.

Ada yang menimbang barang, ada yang mencuci sayur dan ada yang memotong buah. Setiap orang mempunyai tugas masing-masing.

Menurut Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Hamizal Amir Nordin, boleh dikatakan hampir semua kakitangan di dapur HKL sudah arif dengan jumlah garam atau gula yang perlu dimasukkan ke dalam masakan.

Bagaimanapun, setiap makanan akan diuji rasa terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada pesakit.

Hamizal ialah antara orang yang bertanggungjawab menentukan sama ada makanan tersebut mencapai kualiti yang ditetapkan atau tidak.

"Kualiti makanan ditetapkan berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama ( KPI ) di mana makanan yang dihidangkan kepada pesakit perlu bebas daripada pencemaran bahan asing.

Ayam tanpa kulit

"Selain itu, kajian kepuasan pelanggan terhadap penerimaan makanan di hospital perlu melebihi 80 peratus.

"Di HKL, kami mengamalkan tiga jenis kawalan iaitu kawalan amalan anggota pengendali makanan, kawalan operasi dan kawalan rasa.

"Uji rasa untuk hidangan diet normal dan terapeutik wajib dijalankan setiap kali waktu makan oleh pegawai bertugas.

"Ini penting untuk memastikan makanan dimasak mengikut rasa yang sepatutnya dan memberi peluang kepada kita untuk melakukan pembetulan segera sebelum makanan dihidang kepada pesakit," jelas Hamizal yang memberitahu tahap kepuasan pelanggan terhadap makanan yang disediakan oleh hospital itu pada tahun lalu secara keseluruhannya ialah 84.7 peratus.

Tidak hanya meletakkan rasa sebagai penanda aras, kebersihan dan keselamatan makanan adalah perkara yang tidak boleh dipandang mudah.

Kata Hamizal, bermula daripada penerimaan bahan mentah, prapenyediaan, memasak sehinggalah menghidang ke katil pesakit, setiap langkah yang diambil perlu dilakukan dengan cermat dan teliti.


AYAM tanpa kulit dipilih untuk memastikan pesakit mendapat makanan yang sihat.


"Setiap bahan mentah, sama ada sayur, ikan atau ayam, akan dibasuh dengan garam, tepung atau asam jawa sebelum dibilas sebanyak tiga kali.

"Selepas itu, barulah ia dipotong," katanya yang hanya menerima ayam tanpa kulit daripada pembekal.

Ramadan

Berkongsi pengalaman dengan seorang kakitangan JDS, Hishamuddin Shamsudin, 32, banyak maklumat yang dipelajarinya sepanjang lima tahun berkhidmat di dapur HKL.

"Sebelum ini saya adalah chef di atas kapal milik Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) yang setiap hari belayar mengelilingi dunia.

"Namun, kesibukan di atas kapal serta sering berjauhan daripada keluarga menyebabkan saya ingin pulang di tanah air.

"Sebelum ini saya pernah bekerja sehari di HKL tetapi saya berhenti kerana beranggapan ia kurang menarik. Namun, kini ia adalah kerjaya yang sangat menyeronokkan.

"Di sini, saya belajar untuk memasak dengan cara yang lebih sihat walaupun menggunakan bahan alternatif. Rasanya masih juga enak," katanya.

Antara cabaran yang dihadapi oleh Hishamuddin semasa tahun pertama kerjayanya di HKL ialah memasak pada bulan Ramadan.

"Memasak untuk ribuan pesakit ketika berpuasa memang mencabar, risau juga tentang kualiti rasanya tetapi dengan bantuan rakan-rakan yang bukan beragama Islam, kerja memasak lebih mudah.

"Secara peribadinya, kecur air liur juga bila aroma rempah kari ayam mamak yang sedang ditumis memenuhi ruang dapur," katanya yang berasal dari Utara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuda belang lelaki bujang

Posted:

Kuda belang lelaki bujang

Kuda belang lelaki bujang

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my


SET sofa berwarna coklat terang dan krim mengalu-alukan kedatangan tetamu.


MERAH hati dan coklat dipilih sebagai warna utama untuk sebahagian besar barang perhiasan di kediaman berkembar ini.

Rumah dua tingkat bercat hitam dan ungu pada bahagian luarnya ini terletak di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Saat pintu utama yang diperbuat daripada kayu nyatuh dibuka, tetamu disambut oleh hiasan ringkas tetapi mewah yang berkonsepkan Victoria moden.

Kelihatan juga sebuah set sofa dengan kemasan fabrik berwarna coklat terang dan krim. Ia menjadi perabot kegemaran pemiliknya khususnya pada hujung minggu kerana masa lebih banyak dihabiskan dengan menonton televisyen.

Warna bumi

Menurut si pemilik yang hanya ingin dikenali sebagai Feroz, 30, warna bumi itu mampu membangkitkan suasana alam semula jadi yang menyegarkan.

Antara barangan yang menonjolkan warna tersebut ialah sofa, karpet, set meja makan serta hiasan kabinet, dapur dan kemasan di ketiga-tiga bilik tidur.

"Kebanyakan fabrik perabot, kertas dinding dan aksesori di sini berwarna merah hati, coklat dan ungu gelap.

"Warna ini mudah disuaipadankan dengan perabot dan hiasan lain," kata Feroz.

Jejaka bujang yang tinggal bersama rakan-rakannya ini mengubahsuai rumah tersebut dengan bajet RM40,000 empat tahun lalu demi memenuhi cita rasa jiwa mudanya. Rumah itu dihadiahkan oleh ibu pemilik pada tahun 2007.

Tingkat bawah kediaman ini menempatkan ruang tamu, ruang makan, dapur dan sebuah bilik air dengan tab mandi.

Biarpun tidak sarat perabot, ia tetap nampak mewah dan eksklusif.

Pemilik ternyata bijak memilih kombinasi set perabot dan fabriknya, karpet serta lampu gantung.

"Saya tidak menyukai suasana yang berserabut. Jadi, meminimumkan penggunaan aksesori di ruang bawah ini adalah penyelesaiannya," kata Feroz.

Ruang makan menempatkan set meja makan lapan kerusi. Di situ juga diletakkan sebuah kabinet dengan cermin besar sekali gus memberi bayangan ruang yang lebih luas selain menyerlahkan barang perhiasan yang tersusun di atasnya.

Feroz yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan juga bijak berbelanja. Dia membeli hampir kesemua perabot serta perhiasan lain semasa potongan jualan murah diadakan.

Kuda belang


RUANG dapur kekal bersih dan tersusun kerana jarang digunakan.


"Ada perabot saya yang dibeli dengan harga diskaun sehingga 80 peratus.

"Selain itu, terdapat juga perabot terpakai yang saya beli seperti meja sisi dan beberapa buah lampu meja yang diperoleh secara percuma," jelasnya kepada Jurnal.

Barangan di bahagian dapur nampak tersusun, sesuai dengan gaya hidup bujang pemiliknya. Alasan jarang ke dapur membuatkan ruang tersebut lebih kemas dan bersih.

Menurut Feroz, meja ala bistro yang ada di bahagian itu membantu menjimatkan penggunaan ruang.

Sementara itu, saat mendaki tangga untuk menjengah ke tingkat atas, pandangan mata disambut oleh lukisan cat minyak seekor kuda belang.

Kata Feroz, lukisan tersebut menggambarkan kekuatan dan ketenangan serta memberikan inspirasi kepadanya.

"Saya sibuk bekerja, jadi gambar yang dibeli ketika bercuti di Bali, Indonesia ini kadang-kadang membantu menimbulkan mood yang bagus," katanya.

Bilik tidur utama yang luas menjadi tempat Feroz merehatkan tubuh setelah penat bekerja.

Tidak sekadar bilik tidur semata-mata, ia turut dilengkapi peralatan gimnasium seperti treadmill dan kerusi urut.

"Saya jarang beriadah, jadi kemudahan gimnasium di dalam bilik tidur memudahkan saya untuk bersenam," katanya yang sempat memberi perhatian pada landskap di luar kediaman.

Biarpun sibuk bekerja, Feroz masih mempunyai waktu untuk bersantai di laman rumah yang memiliki unsur air dan lantai kayu.

Beliau mengabadikan konsep Bali yang ringkas namun idea kreatif dalam menyusun atur elemen landskap tersebut menjadi pelengkap kepada gaya keseluruhan kediaman itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Dia’ berkenan rumah Mok Nab saja

Posted:

'Dia' berkenan rumah Mok Nab saja

'Dia' berkenan rumah Mok Nab saja


PAKAR paranormal Ong Q-Leng dari Pulau Pinang ini dikatakan insan yang berjaya menghalau makhluk halus daripada terus menghantui hidup Mok Nab.


BERKALI-KALI mulut wanita tua itu melafaz kalimah syukur. Sungguhpun tidurnya tidak lagi lena di atas tilam kerana habis punah dibakar api misteri, namun dia berasa sedikit lega kerana sudah tidak dihantui gangguan api itu lagi.

Disember tahun lalu, rumah Mok Nab atau Zainab Sulaiman, 73, di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu, Kelantan tiba-tiba menjadi perhatian berikutan kewujudan api misteri yang membakar lebih seratus helai pakaian milik Zainab serta menantu dan dua cucunya, selain tilam dan langsir.

Serentak dengan itu, rumahnya ibarat pesta apabila dikunjungi orang sama ada untuk menyaksikan atau membantu Zainab memadam api yang tidak henti-henti mengganggu dari pukul 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Ini bukan cerita rekaan. Wartawan yang sedang membuat liputan pernah menyaksikan sendiri api itu muncul secara tiba-tiba dan menyambar sehelai kain batik yang diletakkan di atas katil di dalam bilik di belakang rumah.

Macam-macam bomoh datang membantu termasuk bomoh Melayu, pengamal perubatan Islam Darul Syifa', bomoh Siam dan penangkap hantu dari Pulau Pinang.

Kisahnya yang tersebar menerusi Internet turut menarik perhatian sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat dan pengkaji paranormal dari Australia, Paul Cropper.

Setelah kira-kira sebulan diganggu api misteri itu, ia berakhir dengan satu timbunan pakaian setinggi paras pinggang terpaksa dibaiki atau dibuang kerana musnah.

Kerugiannya kata Zainab, tidak terhitung kerana dia sendiri tidak terkira berapa banyak kain dan pakaian yang terbakar.

"Untuk empat tilam yang terbakar, saya masih simpan kekabunya di dalam bilik walaupun ada antaranya yang ada kesan terbakar.

"Kekabu itu tidak dibuang sebaliknya dimuatkan penuh ke dalam lima beg plastik hitam besar. Saya sayang kekabu itu. Kekabu mahal sekarang. Saya harap ia boleh dibuat tilam baru nanti," katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Zainab berkata semasa gangguan api itu berlaku, dia bersama menantu, Rafeah Zakaria, 38, serta dua cucunya, Wan Nurfatihah, 13 dan Wan Nurfatini, 11 tidak boleh melakukan kerja lain.

Rezeki 'benda'

"Kadang-kadang api menyala di ruang tamu. Apabila kami berkejar memadamkan kebakaran itu, kelihatan pula api menyala di dapur dan bilik.

"Mujurlah ada jiran datang membantu. Kadang-kadang sampai 10 jiran datang tolong padamkan kebakaran," katanya.

Sangkaannya, selepas selesai menunaikan solat hajat Januari lalu dan menjumpai sekeping wang kertas RM10 yang tertulis 'Selamat Tinggal Semua' menandakan gangguan berakhir, tetapi serangan api masih berterusan selepas itu sehinggalah menjelang Februari.

Zainab menganggap segala barangannya yang musnah sebagai sudah menjadi rezeki 'benda' itu.

"Dah benda itu hendak, rezeki dialah. Kita tak boleh buat apa pun sebab kita tak nampak dia. Saya rasa dia nak bakar kain saja, tak sampai nak bakar rumah.

"Mungkin 'benda' itu pun kesian, kalau bakar rumah mana pula saya nak duduk," katanya yang tenang namun masih gemar berjenaka.

Zainab yang tinggal di rumah tersebut sejak 32 tahun lalu berkata, kemunculan api seperti itu tidak pernah berlaku di rumahnya malah dikatakan pertama kali terjadi di kampung berkenaan.

"Jiran-jiran pun tidak pernah mendapat gangguan macam itu. Mungkin 'benda' itu berkenan dengan rumah saya saja," katanya.

Ditanya apakah kemungkinan puncanya, Zainab berkata dia sendiri tidak tahu.


NOT RM10 yang bertulis 'Selamat tinggal semua' ini didakwa ditinggalkan oleh entiti yang mengganggu Mok Nab Januari lalu. Beranggapan masalahnya akan berakhir, duit kertas ini rupa-rupanya bukanlah penamat kemunculan api misteri itu.


"Nak kata ada orang dengki atau bencikan saya, dah tua-tua macam ini ada orang dengkikah?

"Kenapa sekarang? Kalau tengah umur 20-an dulu, mungkinlah agaknya," katanya yang sempat menunjukkan gambar mudanya.

Didatangi oleh pelbagai pengamal perubatan mistik, Zainab berkata kebanyakan mereka membantunya secara sukarela. Namun, Zainab pernah mengeluarkan sebanyak RM2,500 untuk seorang bomoh sahaja.

"Ramai yang membantu secara sukarela termasuk pakar paranormal dari Pulau Pinang, Ong Q-Leng, 36, yang sehingga sekarang mempunyai hubungan yang baik dengan saya. Dia bagus, mesra dan sangat memahami kita sebagai orang Islam.

"Sehingga ke hari ini, boleh dikatakan seminggu dua kali dia bertanya khabar saya. Baru-baru ini saya dan keluarga menemuinya di Pulau Pinang.

"Dia jamu saya dan keluarga makanan laut. Dia panggil saya kakak. Rasa muda pula," ujar Zainab tertawa.

Zainab sedar, ada orang yang mungkin menganggap dia cuba meraih publisiti atau mereka-reka cerita, tetapi Zainab tahu ramai yang menjadi mata saksinya.

Bahkan ada jiran yang mempertahankannya jika ada orang lain yang mempertikaikan kesahihan gangguan itu di kedai kopi.

"Saya sebenarnya tidak mahu bercakap tentang hal ini lagi. Tidak mahu bising-bising. Takut orang salah anggap.

"Awak sendiri tengok, masih banyak kain atau pakaian yang terbakar yang disimpan. Mana yang masih boleh dipakai, tidak dibuang. Mana yang boleh dibaiki saya jahit atau tampal.

"Takkanlah saya bakar lepas itu saya nak menyusahkan diri macam ini," katanya sambil menunjukkan beberapa selimut dan kain yang bertampal dan berjahit.

Enggan pindah


BIARPUN diganggu, Mok Nab memberitahu penulis, dia dan keluarganya tidak akan meninggalkan rumah tersebut.


"Sepuluh bulan sebelum gangguan api lagi, keluarga kami setiap hari hilang duit, sampai saya terpaksa catat. Duit syiling pun diambilnya. Ada yang 'benda' itu pulangkan dan ada yang tidak.

"Lepas itu, kain baju pula digunting dan dikoyak, tapi saya masih sabar. Bila sampai api muncul, saya rasa ia semakin melampau.

"Sebenarnya, selepas gangguan api berakhir pada Februari lalu, masih ada gangguan lain berlaku pada bulan April iaitu buku cucu saya kena koyak sampai separuh buku sehingga saya kena beli buku baru untuknya.

"Saya rasa hendak menangis, apatah lagi cucu saya dimarahi gurunya tidak pandai jaga buku. Saya terpaksa pergi jumpa gurunya, mujurlah guru memahami.

"Tapi saya tak pernah beritahu wartawan bila wartawan tanya kalau ada gangguan lagi," dedahnya sambil memberitahu sudah tidak menerima apa-apa gangguan sejak April lalu.

Zainab memberitahu, walaupun dia diganggu dengan gangguan seperti itu, dia dan keluarganya tidak pernah terlintas untuk meninggalkan rumah itu.

"Ramai yang datang berasa hairan kenapa saya tak tinggalkan rumah itu. Ada yang menangis-nangis pujuk saya.

"Ada anak yang ajak tinggal bersama mereka. Tetapi saya hanya bersabar mendepani gangguan ini. Lagipun, saya risau ayam, itik tak berjaga nanti," katanya.

Ditanya adakah gangguan yang terjadi di rumahnya membuatkan ada orang yang menyifatkan rumahnya menyeramkan, Zainab berkata:

"Ya. Ada saudara yang takut hendak datang ke rumah saya. Daripada apa yang saya tengok, jiran-jiran tidak pula nampak takut, tetapi tidak tahulah kalau di luar pengetahuan saya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Usahawan beras maut ditembak

Posted:

Usahawan beras maut ditembak

Usahawan beras maut ditembak

18/06/2011 5:15pm

BUTTERWORTH – Seorang usahawan beras terkenal di sini maut selepas ditembak ketika sedang membuka pagar rumahnya di Taman Puyu di sini kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Zulkifli Alias berkata kejadian itu berlaku ketika usahawan itu, Ooi Chong Tian,58, yang baru pulang selepas minum bersama beberapa rakannya, sedang membuka pagar rumah untuk memasukkan keretanya.

Katanya difahamkan sebuah kereta dipercayai jenis Proton Wira warna hitam dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang mengekori Ooi sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

"Satu daripada tembakan mengenai kepala dan satu lagi mengenai leher dan kereta berkenaan memecut laju sebaik melihat mangsa rebah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata anak mangsa yang mendengar bunyi tembakan keluar untuk melihat dan mendapati bapanya dalam keadaan parah lalu menghantarnya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

"Bagaimanapun mangsa mati ketika sedang menerima rawatan di HSJ," katanya.

Zulkifli berkata pihaknya sedang menyiasat motif dan identiti suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan dan menurutnya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan agar menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Graduan OUM perlu sentiasa tuntut ilmu

Posted:

Graduan OUM perlu sentiasa tuntut ilmu

Graduan OUM perlu sentiasa tuntut ilmu

18/06/2011 5:14pm

KUALA LUMPUR – Graduan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dinasihatkan supaya terus dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu walaupun selepas berjaya mengenggam segulung skrol masing-masing.

Canselor OUM, Tun Jeanne Abdullah, berkata semua graduan perlu sentiasa mengingati bahawa proses pembelajaran tidak terhenti selepas menerima ijazah malah proses itu perlu diteruskan demi membentuk seorang insan yang lebih baik.

"Menerusi ilmu dan kemahiran, pelajar juga boleh mencapai kehidupan yang lebih baik," katanya pada majlis Konvokesyen OUM ke-10 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Katanya OUM sentiasa menyokong proses pembelajaran sepanjang hayat kerana ia boleh meningkatkan tahap profesionalisme di samping membuka banyak peluang pekerjaan yang menawarkan ganjaran yang lebih baik.

Sejumlah 4,367 graduan akan menerima skrol masing-masing pada konvokesyen tiga hari itu.

Sesi pertama konvokesyen hari ini menyaksikan 850 graduan menerima ijazah masing-masing iaitu Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Teknologi Maklumat, Sarjana dalam Pengurusan Projek, Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan kepujian dalam kejuruteraan perisian dan Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dengan kepujian. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dadah: Pegawai kanan polis ditahan

Posted:

Dadah: Pegawai kanan polis ditahan

Dadah: Pegawai kanan polis ditahan

18/06/2011 4:05pm

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sekitar Kuala Lumpur ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dua minggu lepas.

"Sekarang ini mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini tidak ada sebarang rampasan dadah dibuat.

Noor Rashid berkata penangkapan mereka juga membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terlibat dengan jenayah.

"Pegangan saya adalah undang-undang ini sama sahaja tidak kira anggota polis tak mengira siapa sahaja, siapa yang langgar undang-undang kita akan ambil tindakan tegas," katanya.

Beliau turut menasihatkan semua ketua polis peringkat negeri negeri dan daerah agar memantau pegawai dan anggota di bawah jagaan mereka bagi memastikan kejadian berulang.

"Ia perlu dibuat supaya tindakan dari awal boleh dibuat sekiranya mereka ini terlibat dengan sebarang kes jenayah," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pergaduhan di acara berprestij

Posted:

Pergaduhan di acara berprestij

Pergaduhan di acara berprestij


SEORANG lelaki memegang botol arak (kiri) dalam detik-detik cemas pergaduhan yang berlaku dalam majlis Royal Ascot di bandar Ascot, Britain kelmarin.


LONDON - Selama 300 tahun, acara perlumbaan kuda paling berprestij di Britain, Royal Ascot di bandar Ascot, Berkshire, Britain berlangsung dengan aman kecuali tahun ini apabila ia dicemari pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki bertatu dan seorang wanita selebriti, lapor sebuah akhbar semalam.

Banyak kerusi rosak dan serpihan kaca bertaburan di lokasi kejadian di sini dengan seorang lelaki dilihat cuba untuk memukul lelaki lain dengan sebotol arak.

Insiden itu berlaku selepas sekumpulan lapan lelaki memulakan pergaduhan tersebut di laman berhampiran sebuah bar di trek lumba kuda berkenaan.

Para penonton yang ketakutan bergegas melarikan diri untuk mengelak daripada terkena pukulan.

Lelaki-lelaki berkenaan yang mabuk dan disokong teman wanita masing-masing, mengambil kerusi dan botol arak untuk dijadikan senjata.

Dalam kejadian yang berlaku kelmarin, majlis itu sepatutnya dipenuhi dengan kelakuan yang penuh bersopan santun kerana ia berlangsung pada Hari Wanita.

Pada hari tersebut, golongan lelaki perlu menunjukkan kelakuan yang budiman di depan wanita.

Punca pergaduhan masih tidak dapat dipastikan tetapi dua orang ditahan pihak berkuasa kerana terbabit dalam kekacauan itu.

Royal Ascot merupakan pertandingan lumba kuda kegemaran ketua negara Britain, Ratu Elizabeth II tetapi acara berkenaan yang sebelum kini dihadiri lelaki-lelaki budiman, kini dicemari dengan pergaduhan.

Ia merupakan acara yang dihadiri dengan lelaki berpakaian sut manakala wanita memperagakan pebagai jenis fesyen yang tidak menjolok mata.

Namun, sejak akhir-akhir ini, standard tinggi tetamu perlumbaan itu mula dikritik seperti yang pernah dinyatakan oleh pengulas perlumbaan, Sir Peter O'Sullevan.

Dia menyatakan bahawa kadangkala tetamu-tetamu di ruang utama dilihat menunjukkan tatu pada tubuh mereka.

Menurutnya, perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia tidak menghormati Ratu Elizabeth. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program realiti tiada sambutan

Posted:

Program realiti tiada sambutan

Program realiti tiada sambutan


KATIE PRICE (tengah) menunggu kehadiran peserta untuk diuji bakat di London baru-baru ini.


LONDON - Selebriti Britain, Katie Price malu besar apabila tidak ramai peserta hadir untuk uji bakat program realiti televisyen terbaharunya di sebuah pusat beli- belah di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Menjangkakan beratus-ratus orang akan hadir dalam uji bakat program realiti televisyen pencarian model, Discovered By Katie Price, pembantu-pembantunya bertindak meletakkan sejumlah penghadang bagi mengelakkan kesesakan.

Namun, ramalan mereka nyata meleset apabila cuma sekumpulan kecil peserta hadir untuk sesi uji bakat tersebut baru-baru ini.

Wajah Price yang pernah mencipta nama sebagai model glamor, merah padam apabila pihak penganjur merayu orang ramai yang lalu lalang supaya turut mencuba nasib untuk program realiti berkenaan.

"Keadaan pada hari itu teruk. Price berada di pentas sambil berpeluk tubuh manakala wajahnya merah padam seperti baru lepas kena tampar," kata sumber.

"Pembantu-pembantunya merayu kepada pengunjung pusat beli- belah berkenaan supaya menyertai sesi uji bakat itu walaupun menyedari mereka langsung tidak layak menjadi seorang model," tambahnya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lady Gaga tidak serik tiru Madonna

Posted:

Lady Gaga tidak serik tiru Madonna

Lady Gaga tidak serik tiru Madonna


LAMAN YouTube di Internet menunjukkan Lady Gaga beraksi seperti Madonna dalam klip video berjudul Edge of Glory.


LOS ANGELES - Bintang pop, Lady Gaga dikatakan lebih banyak menciplak gaya ikon pop 80-an, Madonna dalam muzik video terbarunya, Edge of Glory, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas dikritik kerana meniru gaya Madonna menerusi muzik video lagu Born This Way, penyanyi berusia 25 tahun itu nampaknya tidak serik dan sekali lagi menciplak gaya Ratu Pop tersebut.

Menonjolkan imej seksi serta gaya tarian penuh provokatif, Edge of Glory diramal meletup, sekali gus mengungguli carta pop Amerika Syarikat (AS).

Namun, sama ada imej baru Lady Gaga itu dapat diterima peminat Madonna, hanya masa dapat menentukannya.

Penampilan Lady Gaga dalam muzik video tersebut mirip aksi Madonna dalam filem Who's That Girl yang ditayangkan pada 1987.

Malah, gaya tariannya pula mengingatkan peminat kepada filem muzikal popular 1983, Flash Dance.

Muzik video terbaru Lady Gaga itu yang disiarkan kelmarin di AS dilihat langsung tidak menonjol kecuali pakaiannya yang diambil daripada koleksi terbaru pereka fesyen terkenal, Gianni Versace. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Seksi, sensasi Miley Cyrus

Posted:

Seksi, sensasi Miley Cyrus

Seksi, sensasi Miley Cyrus


IMEJ seksi mula menguasai Miley sejak usianya mencecah 18 tahun.


SELEPAS menghilangkan diri tanpa berita terbaharunya di laman sosial Twitter sejak bulan lepas, Miley Cyrus kini kembali aktif.

Menulis di Twitter miliknya pada 11 Jun lepas, kata Miley: "Sekadar tidak mahu kalian (peminat) semua fikir aku sudah melupakan kalian.

"Aku pulang ke rumah untuk beberapa minggu sebelum kembali sibuk dengan konsert jelajah, jadi aku tak Tweet dengan kerap. Aku sedang menikmati privasi diri sebanyak mungkin. Aku sayang kalian semua."

Sebelum ini, kali terakhir Miley 'muncul' di Twitter rasminya adalah pada 29 Mei lepas iaitu selepas berakhirnya siri konsert jelajahnya The Gypsy Heart Tour di Amerika Latin.

Tweet Miley itu berbunyi: "Sangat seronok kembali ke konsert jelajah. Manila dan Australia, kini aku datang!"

Laporan E!News menyebut Miley terbang dari Los Angeles ke Manila, Filipina pada Selasa lepas untuk mengadakan konsertnya yang telah berlangsung di situ, semalam.

Dari situ, dia dijadualkan terbang ke Australia untuk memulakan siri konsert jelajahnya di pulau terbesar di dunia itu bermula di Brisbane Selasa ini.

Menurut sumber E!News, teman lelaki Miley, aktor kelahiran Australia Liam Hemsworth yang mengikuti Miley sepanjang konsert jelajahnya berangsung di Amerika Latin, selain turut pulang bersamanya di Los Angeles, kali ini tidak turut serta bersama Miley ke Manila.

Hemsworth khabarnya ketika ini sedang menjalani penggambaran filem terbaharu lakonannya, The Hunger Games di Carolina Utara, Amerika Syarikat.

Itu secebis kisah terkini figura yang mula mencipta nama menerusi siri TV popular, Hannah Montana itu.

Setidak-tidaknya kesibukan dirinya dengan konsert jelajah dunianya itu merupakan sesuatu yang positif selepas siri kontroversi yang dicetuskan Miley, khususnya berkaitan isu fesyen pakaian seksi yang digayakannya sejak usianya mencecah 18 tahun kini.

Selepas muncul 'hangat' dengan berbikini di pantai Brazil baru-baru ini, selain sengaja menonjolkan bra yang dipakainya menerusi foto-foto yang tertera dalam telefon bimbitnya, 'kenyataan fesyen' Miley menerusi filem terbaharu lakonannya, So Undercover ternyata tidak turun darjah kehangatan suhunya.


FIGURA popular ini menafikan dia gemarkan publisiti murahan.


Dijadualkan untuk tayangan di pawagam menjelang Oktober ini, menerusi filem yang turut dilakonkan aktor Jeremy Piven itu, Miley muncul dengan imej yang baharu yang sudah tentu seksi dan hangat - seluar pendek jingga dan bra berwarna merah membaluti bahagian atas tubuhnya!

Sebenarnya, karakter lakonannya dalam filem itu adalah sebagai seorang penyiasat persendirian yang diupah untuk menyamar sebagai seorang pelajar kolej, justeru adakah imejnya yang begitu seksi merupakan sesuatu yang perlu?

Dalam kes Miley, sudah pasti ia suatu keperluan utama. Malah, untuk babak dia berpakaian lengkap dalam filem itu, keseksian Miley tetap terserlah pada tahap hangat dengan menyarungkan skirt mini yang sangat singkat, baju ketat dan sudah tentu kasut tumit tinggi!

Jadi, adakah Miley sengaja mencipta kontroversi dengan memanipulasi industri fesyen bagi memastikan namanya berterusan menjadi judul utama berita, sekaligus melebarkan popularitinya ke tahap maksima?

Miley menafikannya! Malah, dia menyelar dan menganggap spekulasi itu sebagai suatu tanggapan yang salah terhadap dirinya.

"Banyak perkara tentang saya telah direka dan menyebabkan ramai yang fikir saya sengaja mencipta kontroversi untuk menarik perhatian umum terhadap diri ini," ujarnya pada sidang akhbar di Manila, kelmarin sepertimana yang dilaporkan oleh Mb.com.ph.

Penyanyi yang popular di seluruh dunia antaranya menerusi lagu The Climb dan Party in the USA itu menegaskan, pendiriannya dalam menjalani kehidupan banyak dipengaruhi nasihat yang telah diberikan oleh bapanya, penyanyi country Billy Ray Cyrus.

Ujar Miley: "Bapa pernah berkata, setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan ini, jika ia berpunca daripada perasaan cinta, kejayaan pasti akan berjaya dicapai tidak kira apa jua yang berlaku."

Undang-undang

Bukan sekadar menafikan dia menyukai publisiti murahan, malah Miley melabelkan gosip dan spekulasi negatif yang melanda selebriti seperti dirinya sebagai 'bahagian paling teruk dalam industri hiburan'.

Miley juga sempat memberi amaran kepada selebriti lain tentang bahaya media rangkaian sosial seperti Twitter. "Ia bergantung kepada seseorang selebriti untuk menetapkan batasan dan sejauh mana dia mahu masyarakat umum mengetahui tentang kehidupan peribadinya menerusi platform seperti Twitter."

Tambahnya: "Berhenti mengunakannya (media rangkaian sosial), jika kamu mahukan privasi. Baca berulang kali apa yang ditulis bagi memastikan supaya kamu boleh mempertahankan apa yang telah kamu tulis itu. Apabila tulisan kamu itu dibaca umum, ia sudah tidak boleh ditarik semula."

Figura yang memiliki ketinggian 1.65 meter (5 kaki 5 inci) itu turut mengingatkan media dan orang ramai bahawa golongan selebriti berhak untuk dihormati apabila berkaitan dengan privasi.


MILEY mesra di samping kekasihnya, Liam.


Miley menegaskan ia sesuatu yang 'salah dari segi undang-undang' jika selebriti berterusan diganggu privasinya biarpun selepas medreka melahirkan perasaan kurang selesa mereka terhadap gangguan tersebut.

"Saya tidak suka dengan jurugambar yang bersembunyi dalam semak semata-mata mahu mengambil saya sedang berbikini di tepi pantai. Undang-undang harus dipatuhi, jika ada yang melanggar undang-undang itu, mereka akan mendapat susah," ujarnya lagi.

Biarpun seringkali timbul pertelingkahan antara Miley dan media dari masa ke masa, Miley mengakui itu semua tidak menyebabkan karier seninya tergugat. Katanya: "Sebagai artis, kerja saya ialah mencipta dan saya gembira melakukannya. Jadi, perkara-perkara negatif itu boleh tolak ke tepi."

Dalam pada itu, Miley mengakui jika dia tidak menjadi artis, sudah pasti bidang yang dipilih sebagai karier adalah fotografi dan fesyen. "Saya merakam foto semua tempat yang saya pergi. Fesyen pula, saya menggemari citarasa 1970-an, stail hippie," luahnya.

Miley dalam pada itu menafikan dia telah mengecewakan ibu bapanya terhadap citarasanya dalam berfesyen, tetapi tidak menolak kenyataan bahawa dia telah mengecewakan ibu dan bapanya itu dalam perkara-perkara lain.

"Tipulah kalau ada yang kata dia tidak pernah mengecewakan ibu bapanya," tuturnya.

Apabila ditanya apakah impiannya semasa kecil, ringkas tetapi padat Miley menjawab: "Ini (artis)...sentiasa ini."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

APM, di antara telus dan syok sendiri

Posted:

APM, di antara telus dan syok sendiri

APM, di antara telus dan syok sendiri

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


AMIN (enam dari kiri) dan Didie (empat dari kiri) pada sidang akhbar majlis Anugerah Planet 2011 di Hard Rock Cafe baru-baru ini.


SELEPAS tidak berlangsung pada tahun lalu, Anugerah Planet Muzik (APM) yang merupakan majlis untuk mengiktiraf karya seni muzik serumpun dari Malaysia, Indonesia dan Singapura kembali lagi pada tahun ini.

Kali ini, APM bakal diadakan di Max Pavilion Singapore Expo, Singapura pada 15 Julai depan meskipun ramai yang menyangka majlis anugerah yang mula diadakan pada tahun 2000 itu telah berkubur.

Alasan pihak penganjur, APM yang sepatutnya diadakan di Malaysia pada tahun lalu kerana mengikut giliran penganjuran gagal diadakan disebabkan kekurangan bajet dan masa yang tidak mencukupi untuk persiapan.

Justeru, atas alasan yang diberikan itu jelas menunjukkan APM semakin hilang prestijnya kerana ia hanyalah sebuah majlis anugerah yang diadakan jika pihak penganjur iaitu Beyond Events Sdn. Bhd. mempunyai cukup wang dan masa, bermakna ia bukan acara wajib setiap tahun.

Pada sidang akhbar APM 2011 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini telah timbul keraguan apabila merujuk kepada senarai calon-calon yang tersenarai di peringkat akhir.

"Segala urusan mengenai pencalonan adalah di luar bidang kuasa kami, kerana ia dipilih oleh panel hakim yang dilantik.

"Malaysia dan Indonesia diwakili oleh empat orang juri manakala Singapura pula empat orang juri untuk menilai setiap album yang dihantar untuk pencalonan," kata Amin.

Keraguan tetap timbul apabila dua penyanyi hebat Malaysia, Yuna dan Mizz Nina tidak masuk senarai akhir, sedangkan umum mengetahui di tahap manakah mutu dan kualiti album kedua-dua mereka.

"Yuna dan Mizz Nina tidak menghantar album mereka untuk dicalonkan dalam APM 2011. Kami tidak mengehadkan mana-mana penyanyi untuk menghantar penyertaan, malah kami turut membuka peluang sama rata kepada semua penyanyi yang bernaung di bawah syarikat rakaman mahupun bergerak secara indie," jelas Amin.

Buat pertama kalinya APM yang cukup sinonim dengan Aznil Nawawi wakil pengacara dari Malaysia, namun kali ini tugas Aznil bakal diambil alih oleh pelakon dan pengacara Didie Alias, yang kali ini bakal digandingkan bersama pengacara Singapura Fiza O dan Adi Rahman.

"Saya tidak sangka akan dipilih menjadi pengacara anugerah besar seperti ini sedangkan dalam negara sendiri pun saya hanya mengacarakan program televisyen sahaja dan majlis makan malam sahaja.

"Pertama kali diberitahu akan menjadi pengacara APM oleh Amin, saya terus terbayang wajah Aznil. Gembira saya bukan kepalang, hampir seminggu jugalah saya rasa macam saya bermimpi. Orang sudah beri peluang, saya akan gunakan sebaik mungkin," ulas Didie.

Barisan penyanyi yang akan membuat persembahan pada malam APM 2011 dari Malaysi ialah Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah, Ana Raffali, Faizal Tahir, Ajai, Amanda Imani, Hafiz, Atila dan Loq. Wakil dari Indonesia pula ialah Melly Goeslow, Rossa, Afgan, dan Sandy Sandhoro. Singapurapula menampilkan Sleeq, Hady Mirza dan Sezairi Sezali.

Secara keseluruhan terdapat 16 kategori yang dipertandingkan dan satu Anugerah Khas Planet Muzik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cut Tari buru kepercayaan

Posted:

Cut Tari buru kepercayaan

Cut Tari buru kepercayaan


CUT TARI


TAHUN ini, genap 20 tahun Cut Tari menjadi anak seni, khususnya dalam bidang pengacaraan.

Sempena ulang tahun ke-20 pembabitannya dalam dunia seni, ibu seorang cahaya mata ini masih belum mahu berhenti, walaupun sedang berhadapan dengan kontroversi kes video porno bersama Ariel Peterpan.

"Selagi saya mampu bertahan, saya tidak akan ke mana-mana. Saya masih mahu berkarya.

"Malah yang paling penting sekarang adalah satu pekerjaan yang tidak mudah untuk saya lakukan iaitu mengembalikan kepercayaan masyarakat kepada saya," azam Cut yang mengadakan sebuah majlis sederhana sempena ulang tahun ke-20nya dalam dunia seni di sebuah kafe di kawasan Jakarta Selatan.

Acara itu pula hanya dihadiri oleh sahabat terdekat seperti Meisya Siregar, Indra Herlambang, Fenita dan Arie Untung, Winky Wiryawan, Oka Antara, Richard Kevin dan Sania. Cut Tari buru kepercayaan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved