Rabu, 15 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tidak pergi kenduri tanpa kain tenun

Posted:

Tidak pergi kenduri tanpa kain tenun

Tidak pergi kenduri tanpa kain tenun

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID


NORAZIAH menunjukkan proses menggulung benang menggunakan rahat dan ruwing.


PERIBAHASA Bugis ada menyebut sadda mappabati' ada, ada mappabati' gau, gau' mappabati tau yang bermaksud bunyi mewujudkan kata, kata menandakan perbuatan, dan perbuatan menunjukkan manusia.

Kata-kata itu secara ringkasnya menerangkan betapa kata dan perbuatan seseorang itulah yang akan menentukan nilai darjatnya dalam kelompok masyarakat.

Mungkin peribahasa itu paling jelas menceritakan tentang kedatangan Orang Besar Bugis, Tok Tuan Keraing Aji ke Kampung Mengkasar di Pekan, Pahang pada tahun 1722 dahulu.

Bersama sanak saudaranya, Keraing Aji nekad meninggalkan Pulau Makasar dan Riau, Indonesia untuk mengelak gawat penaklukan Belanda dan lara peperangan.

Sebagai perantau yang mahu memulakan hidup baru, beliau hanya membawa satu-satunya warisan ilmu yang penuh di dada iaitu kemahiran menenun kain. Sejak itu, bermulalah jejak menapak adat Bugis yang teradun mesra dalam budaya masyarakat tempatan di Inderapura (Pahang).

"Keraing Aji diceritakan sebagai pedagang yang sangat pandai menenun sutera. Dia juga serba tahu mengenai fabrik dan pakaian hingga namanya diangkat sebagai pengasas pembuatan dan corak baru bagi kain samping dan sarung semasa hayatnya di sini.

"Dia telah menurunkan ilmunya kepada kaum wanita dan penduduk sekitar. Semenjak itu, secara turun-temurun, keluarga penenun ini sudah wujud di serata Pekan seperti Pulau Keladi, Benta dan Mukim Langgar," terang Nortipah Abdul Kadir, 66.


NORAZIAH menunjukkan proses menggulung benang menggunakan rahat dan ruwing.


Nortipah sendiri ialah generasi ke-12 Keraing Aji melalui susur galur waris bernama Selema Sulaiman. Lebih istimewa, Tokoh Tenun Pahang yang berpangkat datuk saudara kepada Nortipah itu juga mempunyai kaitan dengan mantan Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

"Selema yang merupakan generasi ketujuh Keraing Aji ialah datuk saudara kepada Allahyarham Tun Abdul Razak," ujar Nortipah, merujuk kepada negarawan kelahiran Pekan itu.

Dalam santun bicaranya, ternyata dalam jiwa warga emas yang dihormati ramai itu tersimpan perasaan bangga. Nortipah dalam usia yang sewajarnya berehat, terus gigih mencurah bakti demi sebuah legasi.

Semangat itu tentunya terbit dalam diri Nortipah lantaran fizikal dan jiwa fabrik Tenun Pahang itu yang sudah meresap kukuh dalam adat budaya masyarakat Melayu tempatan, seterusnya menjadi identiti pelancongan negeri serta khazanah tradisi yang kuat pengaruhnya.

Kualiti tenunan

Nortipah kini memanjangkan jurus kemahiran tenun yang diwarisinya kepada ramai penenun muda yang dahagakan ilmu di Kompleks Budaya Pulau Keladi. Pusat tersebut, hari ini, menjadi mercu keunggulan darjat kain Tenun Pahang Diraja.

Tambahan status 'Diraja' pada nama kain itu telah dikurniakan oleh Putera Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 8 Mei 2006. Pada tahun yang sama, Nortipah telah diberikan penghormatan dengan gelaran Adiguru Kraf Tenun Pahang Diraja.

"Memang kain tenun ini dahulunya 'diketuk' padat di mesin kek (mesin tenun tradisional). Betapa halus dan padatnya kain itu ditenun, hinggakan kalau dijirus air ke atasnya, air itu tidak akan tiris.

"Lain pula dengan hasil tenunan sekarang. Sesetengahnya boleh kita gelarkan sebagai 'ketuk anak menangis'," kata Nortipah tersenyum.

Meminta dijelaskan maksud istilah itu, Nortipah memberitahu, ia merujuk kepada kerja tenunan yang dibuat dengan cepat asalkan siap, seolah-olah kerja 'mengetuk' itu dilakukan ketika si anak penenun sedang menangis meminta perhatian.


SEORANG penenun di Kompleks Budaya Pulau Keladi sibuk menenun kain daripada lembar benang yang diwarna menggunakan teknik ikat.


Mengulas mengenai fungsi pemakaian kain tenun pula, fabrik yang hari ini kerap diperagakan dalam majlis keraian tradisional atau hari raya itu mempunyai peranan besar pada zaman dahulu.

"Ia umpama kain yang melambangkan kemewahan, darjat dan adat Melayu. Antara lain, ia digunakan sebagai pelapik dulang hantaran dalam majlis perkahwinan ataupun sebagai kain yang membaluti tubuh si bayi yang baru lahir mengikut adat istiadat berkaitan.

"Dulu, orang sanggup menolak pelawaan majlis kenduri jika tidak memiliki kain tenun untuk disarungkan. Mereka rasa malu kalau tiada kain tenun. Begitulah hebatnya penangan kain tenun ini," ujarnya.

Corak khas

Tidak lengkap kisah keluarga penenun kalau tidak bertemu kakak kepada Nortipah iaitu Noraziah Abdul Kadir, 68. Ditemui Kosmo! di kediamannya di Peramu Jaya, Noraziah sudi menunjukkan serba sedikit cara menenun kain itu di sebuah bengkel kecil di sebelah rumahnya.

"Mesin kek seperti ini boleh ditemui di kebanyakan rumah keluarga penenun di sekitar Pekan.

"Sama ada untuk menenun kain yang ditempah ataupun mengendalikan kelas bimbingan, golongan wanita tanpa mengira usia menjadikan aktiviti ini suatu pengisian waktu senggang mereka," kata Noraziah sambil menunjukkan 'jentera' tenunan yang dipinjamkan oleh pihak Kraftangan Malaysia di bengkelnya.

Wanita yang mula menenun seawal usia 12 tahun dan mula menerima tempahan pada usia 15 tahun itu ramah bercerita sambil menunjukkan cara menggunakan rahat iaitu alat untuk menggulung benang dari daun ruwing kepada peleting.

"Bahan mentah kain tenunan sekarang ini kebanyakannya diimport dari negara luar. Benang kapas atau sutera serta bahan pewarna juga kami dapatkan dari Terengganu," jelas Noraziah.

Jika pewarnaan benang tenunan pada era kemasyhuran Keraing Aji banyak menggunakan unsur semula jadi seperti daun senduduk, tarum, putik kelapa dan kulit durian, benang kain tenun pada hari ini banyak menggunakan bahan kimia sintetik.

"Mengikut corak asalnya, kain samping lelaki hanyalah berjalur melintang yang menggunakan dua warna. Kini perubahan ragam hias makin ketara mengikut kreativiti penenun dan permintaan pemakainya yang berani mencetus trend sendiri.


DALAM kenduri perkahwinan di Pekan, Pahang ini, keindahan samping Tenun Pahang Diraja menyerlah di antara fabrik lain seperti songket, satin dan renda.


Rata-rata tempahan kain samping hari ini mempamerkan corak pelbagai warna yang terang dan kontra. Jalur corak juga ditenun secara kreatif untuk mendapatkan motif kekotak, berbenang emas atau berbunga colek. Tambah Noraziah, setiap keluarga penenun mempunyai identiti tersendiri dalam penghasilan corak kain tenunan.

"Secara purata, tiga hari diperlukan untuk menghabiskan proses tenunan sehelai samping. Namun, tempoh itu bergantung juga pada kerumitan corak yang hendak dihasilkan," terang Noraziah yang memberitahu harga standard untuk sehelai samping tenun biasa adalah sekitar RM150.

Generasi ke-13

Salah seorang anak Noraziah, Fazirahani Ibrahim, 27, kini mewarisi minat dan skil menenun daripada ibu dan mak ciknya. Mendapat pendedahan awal dalam bidang tenunan melalui tunjuk ajar ibu dan mak ciknya sebelum mengikuti kursus lanjutan di bawah inisiatif Kraftangan Malaysia, Fazirahani seterusnya berkongsi ilmunya dengan ramai penenun pelatih di Pusat Latihan Jangka Pendek Asas Tenunan, Pulau Keladi dan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi.

"Ramai peneneun baru yang pernah mengikuti kelas bimbingan saya termasuklah seorang warga kelainan upaya (OKU) yang benar-benar menunjukkan kesungguhan mempelajari ilmu menenun.

"Kursus itu kerap disertai golongan muda yang bercita-cita menjadikan kemahiran ini sebagai saluran untuk menambah pendapatan," katanya.

Menurut Fazirahani, golongan muda tempatan perlu menyahut prospek ekonomi sara diri daripada kemahiran menenun. Proses dan peluang pembelajaran sentiasa terbuka untuk mereka yang bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan kelangsungan hayat fabrik istimewa Pekan itu.

"Banyak kursus berkaitan kini ditawarkan. Untuk menjadi seorang pakar tenun, seseorang itu perlu menanam minat mendalam, lebih daya tumpuan dan memiliki kesabaran yang tinggi untuk menyerap sebanyak mungkin skil tersebut," ulasnya.

Dalam pada masyarakat hari ini terus memasyhurkan fabrik itu dalam acara keraian tradisi, nama dan jasa Keraing Aji tetap disanjung dan disebut-sebut.

Secara tidak langsung, itulah pengertian peribahasa Bugis tentang penghormatan darjat seorang manusia dalam masyarakat seperti yang dinyatakan pada perenggan mukadimah kisah keluarga penenun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kisah penyanyi legenda Perancis

Posted:

Kisah penyanyi legenda Perancis

Kisah penyanyi legenda Perancis


PENULIS biografi No Regrets: Edith Piaf, Burke, menunjukkan bukunya sempena Festival Penulis Sydney pada Mei lalu.


SEBUAH buku biografi mengenai penyanyi legenda Perancis, Edith Piaf yang diterbitkan baru-baru ini mendedahkan lebih banyak kisah hidupnya sebelum menjadi bintang terkenal.

Pendedahan itu termasuk mengenai rasa kerinduan dirinya untuk berpuisi dan falsafah hidupnya sebagai seorang gadis yang cuba mengatasi kehidupan yang sukar.

Penulis buku itu, Carolyn Burke berkata, buku biografi tersebut yang bertajuk, No Regrets - The Life of Edith Piaf cuba menyingkap lebih dalam mengenai kisah awal kehidupannya sebagai orang miskin.

Seterusnya mengundang penilaian semula masyarakat mengenai seorang penyanyi terkenal awal abad ke-20 itu.

"Kita dapatkan kisah Piaf semasa muda dan tidak dikenali," kata penulis buku kelahiran Australia itu.

Buku tulisan Burke merupakan antara penulisan pertama yang melakarkan lebih daripada 100 pucuk surat yang ditulis oleh Piaf ketika muda kepada salah seorang mentornya, Jacques Bourgeat.

Buku itu ditempatkan di Perpustakaan Kebangsaan Perancis dan hanya kebelakangan ini dibuka untuk penelitian.

"Surat-surat itu menjelaskan mengenai aspek-aspek diri Piaf yang kita tidak pernah tahu.

Plato

"Anda akan lihat kesungguhannya terhadap pendidikan bagi membaiki dirinya. Kita belajar mengenai pembangunan emosi dan spiritual dirinya yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk mempelajari puisi dan falsafah," jelas Burke.

Burke berkata, surat-surat itu mendedahkan mengenai kelembutan Piaf pada usia pertengahan, penulisan puisi Bourgeat yang mengarahkan wanita muda yang kurang pendidikan ekoran kesempitan hidup tentang apa yang perlu dibaca dan bagaimana mahu meningkatkan bahasa Perancis.

"Selain itu, dia turut membaca Baudelaire, Rimbaud dan Plato. Dia juga bersungguh-sungguh untuk mengetahui mengenainya.

"Saya duduk di sana sambil membaca tulisan tangan Piaf. Melihat kesilapan ejaan dan tatabahasa tulisannya. Dia berkata-kata mengenai perkara yang disukainya.

"Adakah saya melakukan yang terbaik? Adakah ini surat yang terbaik? Mentornya cuba membantu Piaf belajar bahasa Perancis dengan baik. Ia sangat penting untuk mengetahui mengenainya," katanya.

Piaf dan Bourgeat saling berkirim surat sejak 25 tahun lalu dan Burke percaya surat-surat itu menyediakan sumber maklumat terbaik untuk diteliti mengenai siapa Piaf.

Piaf mula menulis lirik pendek selepas berjumpa dengan Bourgeat di sebuah kelab malam di Paris. Burke percaya dengan bantuan Bourgeat, Piaf mempunyai keyakinan dan pengalaman dengan bahasa untuk menjadi seorang penulis lirik.

"Sebagai seorang wanita yang tiada pendidikan, tiada latar belakang yang baik dan tiada apa-apa langsung malah keluarganya berasal dari kelas bawahan.

"Bagaimana dia berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk orang lain. Ia sesuatu yang menarik bagi saya," katanya.

Hampir 50 tahun selepas kematian Piaf pada usia 47 tahun, dia masih menjadi satu pengaruh budaya yang mengagumkan. Dia menjadi inspirasi kepada penyanyi seperti Martha Wainwright dan Lady Gaga selain mempunyai peminat setia di seluruh dunia.

Kajian Burke membawanya kepada penemuan beberapa orang peminat seperti pengumpul barangan yang berkaitan dengan Piaf.

Antaranya, pakaian hitam signatur Piaf, rakaman lama lagu nyanyiannya dan beberapa rakaman video peribadi rakan-rakannya.

Dia memahami kesungguhan mereka yang terpesona dengan keindahan bahasa dan kuasa suara Piaf apabila mula-mula mendengar nyanyiannya di radio semasa menjadi pelajar di Paris.

Perang


KUASA suara Piaf masih diingati oleh para peminatnya hingga ke hari ini.


Hasilnya sebuah biografi diterbitkan yang dikritik hebat kerana terlalu baik terhadap Piaf yang terkenal dengan banyak teman lelaki, berkawan dengan gengster dan ketagihan ubat tahan sakit pada akhir tahun hidupnya.

Burke berkata, bukunya itu bukan menutup kesalahan Piaf tapi sudah tiba masanya untuk memberi penilaian yang baik mengenai Piaf.

"Masalahnya ialah rakyat mempunyai banyak tanggapan stereotaip tentang penghibur yang ada khususnya Piaf. Orang beranggapan, 'Oh, kami tahu yang itu ialah - seorang budak miskin terbiar yang memusnahkan diri'.

"Buku saya pula di laluan lain sepenuhnya yang menunjukkan betapa kreatifnya dia dan bagaimana dia membentuk dirinya sebelum ini sebagai legenda," katanya.

Burke cuba menggambarkan pengalaman Piaf dalam Perang Dunia Kedua tentang bagaimana dia membantu melindungi rakan-rakan Yahudi, membantu merancang banduan melarikan diri dan menyanyi beberapa lagu tulisan seorang Yahudi yang bertentangan dengan arahan penjajah Jerman.

Adakala hidupnya seperti rekaan. Bapanya adalah seorang ahli peliuk badan. Ibunya seorang penyanyi yang telah mengabaikan Piaf semasa kecil dan menjadi penagih dadah.

Kehidupan awal kanak-kanak Piaf dibesarkan di rumah keluarga bapanya seumpama rumah pelacuran.

Burke berkata, kebanyakan tulisan mengenai Piaf sebelum ini dibesar-besarkan atau kerana dendam.

"Umpamanya cerita mengenai jual beli ubat. Perkara itu semuanya adalah preskripsi ubat yang diambil untuk menangani sakitnya yang kronik.

"Kesakitan itu terjadi daripada beberapa kejadian kemalangan jalan raya. Apa yang diambilnya mendapat nasihat doktor untuk membolehkannya terus menyanyi," katanya.

Burke ingin mengingatkan dunia dan Perancis bahawa Piaf merupakan seorang penghibur yang mempunyai banyak kreativiti, keberanian dan ketahanan walaupun mengalami keadaan sukar dan masalah peribadi.

"Saya jelaskan bahawa dia seorang yang tegas dan dia akan mengarahkan pengiringnya melakukan perkara seperti yang dikehendakinya.

"Mereka perlu makan makanan yang sama setiap malam selama seminggu jika itu yang dia mahukan. Mereka juga perlu bangun pada awal pukul 4 pagi jika dikejutkannya," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Air terjun nun di dalam hutan

Posted:

Air terjun nun di dalam hutan

Air terjun nun di dalam hutan

Oleh BASIR ABU BAKAR



EKSPEDISI kenderaan pacuan empat roda (4WD) ke air terjun Lata Berembun yang terletak kira-kira 24 kilometer (km) dari bandar Raub, Pahang baru-baru ini benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal seramai 20 peserta media yang terlibat.

Peluang yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan itu bagai pucuk dicita ulam mendatang.

Lata Berembun dianggap sebagai kawasan air terjun yang unik dan mengasyikkan. Ia terbina jauh di dalam hutan.

Ketua ekspedisi, Mohd. Razali Maidin, 35, berkata, Lata Berembun merupakan salah satu daripada tujuh buah air terjun yang terdapat di Gunung Benum.

Tambahnya, sungai di gunung itu mempunyai tujuh tingkat air terjun dengan Lata Berembun berada di lokasi paling bawah.

Namun, walaupun paling bawah, kedudukannya pada ketinggian 914 meter dari paras laut itu menyebabkan suhu airnya sangat dingin.

Untuk sampai ke situ, pengunjung perlu menaiki kenderaan 4WD bagi meredah kawasan berbukit dan menyeberangi sungai.

Jarak dari Kampung Sungai Klau ke Lata Berembun ialah 14 kilometer tetapi masa yang diambil peserta untuk sampai ke sana mungkin berbeza.

Keindahan air terjun Lata Berembun yang mempunyai ketinggian 50 meter kata, Razali pasti menggamit sesiapa saja untuk datang ke lokasi pelancongan itu.

"Asal-usul Lata Berembun mendapat namanya adalah daripada tempias air terjunnya seakan-akan embun pagi yang meliputi kawasan sekitar bukit walaupun pada waktu tengah hari.

"Untuk sampai ke sana perjalanannya tidak mudah sebaliknya cukup mencabar," katanya.

Jelas Razali lagi, untuk ke sana pengunjung tidak boleh menaiki kereta biasa kerana jalannya tidak rata, berlumpur, curam dan terpaksa menyeberang sungai yang dipenuhi batu-batu besar.

Peserta perlu melalui jalan kebun, dusun, kelapa sawit, tanah merah dan hutan.

Sebelum ekspedisi itu bermula, satu taklimat khas disampaikan Razali di dataran Kampung Sungai Klau. Ketika itu juga peserta diminta memakai jaket keselamatan.

Bayaran pakej


LATA BEREMBUN merupakan salah satu daripada tujuh buah air terjun yang terdapat di Gunung Benum.


Tujuan memakai jaket keselamatan itu adalah bagi melindungi diri daripada tercedera jika terhempas kuat ke palang besi dan dinding kenderaan 4WD yang dinaiki ketika melalui laluan jalan balak.

Seorang pemandu kenderaan 4WD, Law Fook Poh, 47, berkata, perjalanan ke Lata Berembun mengambil masa dari 45 minit hingga dua jam.

"Ada dua trek yang digunakan untuk sampai ke situ. Trek pertama adalah laluan biasa yang mengambil masa kira-kira 45 minit.

"Jika anda inginkan lebih cabaran dan keseronokan, trek kedua akan jadi pilihan.

"Trek ini melalui jalan balak yang pertama kali diterokai kira-kira 30 tahun lalu. Ia dipanggil oleh para peminat sukan 4WD sebagai trek hardcore," katanya.

Katanya lagi, jika trek pertama mengambil masa 45 minit, mereka yang menaiki 4WD melalui trek kedua terpaksa berhempas-pulas selama dua hingga tiga jam sebelum sampai ke kawasan pinggir Lata Berembun.

Laluan itu amat mencemaskan. Adakalanya kenderaan yang dinaiki perlu mendaki bukit yang kecuramannya 45 darjah selain menempuh trek kecil yang terletak betul-betul di tepi jurang.

Jika nasib tidak baik, kenderaan terbabit terpaksa ditarik oleh 4WD yang lain untuk keluar daripada perangkap lumpur yang dalam.

Pada masa ini, kemudahan 4WD untuk membawa pelancong ke Lata Berembun disediakan oleh Countryview Recreation Park (Jeram Besu) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Lot 1973 Jeram Besu Mukim Sega, Benta, Pahang.


Kesemua kenderaan pacuan empat roda diubah suai dari segi enjin dan suspensi untuk memudahkannya melalui trek balak.


Countryview Recreation Park memiliki 25 buah kenderaan pacuan empat roda yang menawarkan tambang di antara RM100 hingga RM300 untuk sebuah kenderaan.

Menurut Fook Poh, bayaran pakej itu turut membabitkan kemudahan pelampung dan upah mengawasi keselamatan ketika mandi-manda.

"Pengunjung boleh bertolak ke sana pada pukul 8 pagi dan keluar lewat petang.

"Jika ingin berkhemah dan bermalam di situ, mereka boleh menyewa khemah pada kadar yang berpatutan dengan pihak Countryview Recreation Park," ujarnya.

Selepas menempuh pelbagai laluan yang mencabar, akhirnya peserta rombongan sampai ke destinasi.

Namun, kelibat air terjun masih tidak kelihatan. Hanya kedinginan tempias air terasa menyambut ketibaan peserta.

Untuk ke tapak perkhemahan dan lokasi air terjun, peserta masih perlu berjalan kaki sejauh 200 meter.

Sementara itu, menurut Razali, air terjun paling bawah itu dapat membentuk lingkaran kabus sejauh 500 meter.

Katanya, dengan kedalaman air yang mencecah hingga empat meter, peserta perlu memakai jaket keselamatan ketika mandi walaupun mereka pandai berenang.

"Disebabkan airnya yang dingin, kejadian kaki kejang boleh berlaku dan ini sangat berbahaya.

"Justeru, dengan memakai jaket keselamatan, ia dapat membendung kejadian yang tidak diingini daripada berlaku," katanya.

Sebagai langkah keselamatan, Razali meminta peserta supaya peka dengan kederasan air terjun yang sukar dijangka.

Ini kerana fenomena kepala air deras boleh berlaku pada bila-bila masa. Kejadian itu menyebabkan air tiba-tiba menjadi deras dan dalam hingga mampu meragut nyawa.

"Jika tiba-tiba kelihatan banyak sampah atau daun kering dibawa arus deras semasa mandi, pengunjung mesti naik ke atas kerana ada kemungkinan fenomena kepala air akan melanda," katanya.

Kedinginan air terjun


MEDIA yang mengikuti aktiviti pacuan empat roda ke air terjun Lata Berembun.


Perasaan teruja ketika pertama kali melihat air terjun Lata Berembun sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Ia terlalu indah dan menyamankan.

Sejurus tiba, peserta tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri kedinginan airnya. Seorang demi seorang peserta terjun ke dalam air bagi menyegarkan tubuh yang kepenatan selepas mengharungi perjalanan yang jauh.

Bagi yang tidak mahu mandi, mereka bersantai di gigi air sambil merendam kaki dan menyusun batu-batu sungai.

Kedinginan air terjun terasa hingga ke tulang dan mereka yang mandi pasti menggigil kesejukan.

Selepas 30 minit menikmati kesejukan air terjun, seorang demi seorang peserta naik ke tebing bagi menikmati makan tengah hari sebelum menyambung semula sesi kedua mandi di air terjun itu.

Disebabkan kesuntukan waktu, peserta ekspedisi bertolak pulang awal kerana ada program lain di bandar Raub yang perlu dihadiri.

Untuk perjalanan balik, peserta perlu memegang lebih kemas palang besi dan badan kenderaan 4WD yang dinaiki berbanding semasa datang kerana laluan pulang lebih menjunam.

Keseronokan dan ketakutan yang bercampur menyebabkan ada peserta menjerit sekuat hati tatkala kenderaan menjunam atau menyenget.

Sejurus tiba ke dataran Kampung Sungai Klau, riak kegembiraan dan kepuasan tergambar pada wajah mereka. Ada juga peserta yang bercadang mahu kembali lagi pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Romantik api dan ais Iceland

Posted:

Romantik api dan ais Iceland

Romantik api dan ais Iceland


BLUE Lagoon sering menjadi tumpuan pengunjung yang mahu membelai tubuh.


KESIBUKAN bekerja sering menyebabkan kita tidak mempunyai banyak masa berkualiti untuk bersama insan tersayang.

Kita semua mempunyai komitmen terhadap tugas harian, keluarga dan anak-anak. Keadaan itu terus berlanjutan selama beberapa minggu atau bulan sehingga menyebabkan hubungan dengan semakin renggang.

Kadangkala, ia memerlukan satu percutian ke destinasi yang paling istimewa untuk mengeratkan ikatan kasih bersama insan yang kita kasihi.

Ia merupakan idea di sebalik program realiti televisyen ABC, The Bachelorette yang menjalani penggambaran di Iceland tahun lalu. Masihkah anda ingat kepada watak utamanya, Ali? Dia mencabar dirinya mengharungi kedinginan dan letusan gunung berapi semata-mata mahu menghabiskan masa berkualiti dengan semua peserta lelaki yang cuba bersaing menarik perhatiannya.

Perkara pertama yang perlu anda ketahui mengenai negara itu ialah suhunya yang sejuk. Purata suhu harian tertinggi yang dicatatkan pada bulan Julai ialah 13 darjah Celcius, namun itu adalah alasan yang baik untuk anda menghabiskan masa bersama-sama.

Sejak di bangku sekolah lagi kita telah diuar-uarkan bahawa pihak Viking menamakannya sebagai Iceland kerana ia mempunyai muslihat tersendiri, siapa yang mahu menawan negara yang sangat sejuk sepertinya? Namun cerita-cerita yang didengari sebelum ini sebenarnya tidak benar.

Masyarakat Iceland sendiri tidak pasti bagaimana khabar angin itu bermula atau mengapa ia tersebar dengan begitu meluas. Apa yang pasti, nama Iceland sebenarnya diberikan oleh salah seorang penduduk terawal di pulau itu yang melihat bongkah-bongkah ais terapung melalui lembah berhampiran pantai yang dibentuk oleh glasier.

Letupan gunung berapi selama berhari-hari sekali gus menjejaskan keseluruhan jadual penerbangan dunia pada tahun lalu menjelaskan bahawa negara itu sememangnya sinonim dengan gunung berapi.

Lava purba


ICELAND sinonim dengan gunung berapi.


Iceland juga disebut sebagai pulau api dan ais dan ia merupakan gambaran terbaik mengenainya. Bahkan, negara itu juga terbentuk daripada letusan gunung berapi sejak berjuta-juta tahun dahulu.

Reykjanes, semenanjung Iceland di mana terletaknya lapangan terbang Reykjavik merupakan satu contoh terbaik untuk melihat aliran lava purba. Salah satu tarikan utamanya selain aliran lava keras ialah keindahan bunga lupin Alaska berwarna ungu yang hidup subur.

Kontras warna antara bunga lupin dan aliran lava seakan-akan menonjol jika diabadikan dalam fotografi. Pandangan mata yang paling jauh di sini tertumpu ke kawasan tanah berwarna kelabu, dipecahkan oleh gunung-ganang berbatu lalu membawa anda mendaki bukit sebelum dibawa melihat keindahan tasik firus yang tiba-tiba muncul di tengahnya.

Iceland juga menggunakan sumber alam semula jadinya sebaik mungkin. Air panas mendidih yang mengalir di bawah muka buminya digunakan dengan pelbagai tujuan. Tenaga geoterma menghasilkan kira-kira 24 peratus tenaga di negara itu. Mereka juga menggunakan kolam air panas untuk mandi dan salah satu lokasi terbaik yang ditawarkan di situ ialah Blue Lagoon Spa.

Blue Lagoon merupakan lokasi paling romantik yang sukar ditemui di tempat-tempat lain di seluruh dunia.

Di tengah-tengah aliran lava yang mengalir terdapat kolam air panas yang airnya yang seakan-akan membiru. Ia mengandungi alga, silika dan terdapat mineral putih terang silika yang boleh digunakan sebagai topeng bagi rawatan muka.

Suhu airnya kekal di antara 37 hingga 39 darjah Celcius sepanjang tahun, membolehkan anda menikmati bir jenama Viking dari bar terapung di kolam. Pada musim sejuk pula anda boleh melihat keindahan panorama Northern Lights tatkala berada di dalam air.

Terdapat juga spa yang khusus untuk merawat penyakit kulit, psoriasis. Khasiat airnya yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit telah diperakui sejak bertahun-tahun lamanya.

Keunikan fenomena Northern Lights sememangnya ditunggu-tunggu dan menjadi tarikan pelancong ke Iceland. Sambil duduk beralaskan selimut dan memandang ke langit yang berwarna-warni merupakan kaedah terbaik untuk menikmati suasana romantik pada waktu malam.

Fenomena yang hanya berlaku pada bulan September dan Mac itu membuatkan anda seolah-olah menyaksikan satu pertunjukan cahaya di angkasa dan sangat luar biasa. Waktu siang yang singkat iaitu sekitar lima jam ketika itu membolehkan anda melihat fenomena berkenaan sepuas-puasnya pada waktu malam.

Matahari tidak terbenam


KEPELBAGAIAN bentuk muka bumi dan tarikan pelancongan menjadikan Iceland sebagai salah satu destinasi percutian yang menakjubkan.


Lawatan pada musim sejuk boleh menjadi sangat bermakna kerana jumlah pelancong tidak ramai. Pada masa yang sama membolehkan anda melihat fenomena Northern Lights berulang kali tanpa jemu.

Sementara itu, kejutan istimewa juga boleh dirasai bagi pelancong yang memilih untuk melawat Iceland pada musim panas. Pada musim itu, waktu siangnya agak panjang iaitu di antara 21 dan 24 jam sehari.

Ketika kami melawat Iceland pada bulan Jun lalu, matahari langsung tidak terbenam. Keadaan itu membolehkan pemulihan gangguan ritma harian yang dialami semakin menarik.

Pada mulanya, kami agak hairan mengapa restoran-restoran yang terdapat di sekitarnya ditutup lebih awal tanpa menyedari jarum jam menunjukkan pukul 10.30 malam.

Bagi yang menginap di hotel usah risau, anda masih boleh melelapkan mata kerana semua hotel mempunyai tirai tebal biarpun ketika itu matahari di luar tegak biarpun baru pukul 3 pagi.

Penerbangan Icelanair turut menawarkan penerbangan murah ke seluruh Eropah yang merangkumi persinggahan ke Iceland tanpa sebarang kos tambahan. Persinggahan ke pulau ini tetap berbaloi biarpun untuk tempoh sehari sahaja. Namun anda pasti akan memperoleh lebih banyak pengalaman menarik sekiranya bermalam sehingga dua atau tiga hari lagi.

Sekiranya anda merancang percutian singkat ke Iceland, syarikat pelancongan Salty Tour antara pilihan terbaik.

Sebaik tiba, anda akan dijemput dari lapangan terbang dan dibawa menjelajah sehari suntuk ke kawasan sekitarnya sebelum dihantar ke destinasi terakhir di Blue Lagoon pada penghujung hari.

Memerlukan hotel atau maklumat-maklumat perlancongan? Laman web visiticeland.com mampu menghidangkan pelbagai maklumat berguna yang anda perlukan.

Jadi tunggu apa lagi? Pengembaraan penuh romantik ini pastinya menggamit anda ke Iceland.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pantai putih Teluk Batik

Posted:

Pantai putih Teluk Batik

Pantai putih Teluk Batik

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


POHON-POHON yang rendang di sepanjang hamparan pantai menjadikannya ideal untuk aktiviti berkelah.


WALAUPUN pemanduan dari Kuala Lumpur ke Teluk Batik mengambil masa kira-kira empat jam, warga kota yang mencari detik ketenangan dan riadah bersama keluarga tetap menjadikannya pilihan popular destinasi percutian di negeri Perak.

Keletihan mengharungi perjalanan jauh itu bertukar tenang apabila akhirnya berpeluang untuk bersantai di tepi pantai sambil menikmati hembusan bayu segar dan deruan ombak di pantai berkenaan.

Terletak kira-kira enam kilometer dari bandar Lumut, Teluk Batik sentiasa dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu menikmati keindahan pantainya dan kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan.


MUZIUM SIPUT adalah salah satu daripada lokasi yang wajib dikunjungi.


Menurut sejarah, pada mulanya, ia dikenali sebagai Teluk Batak disebabkan kehadiran kaum Batak yang berasal dari Sumatera di kawasan itu suatu ketika dahulu.

Diceritakan, kaum Batak telah menjadikan kawasan itu sebagai tempat berlindung daripada serangan lanun dan perompak yang bermaharajalela di sekitar laluan Selat Melaka.

Lama-kelamaan, kawasan sekitarnya telah menjadi penempatan kaum Batak di Perak. Namanya terus kekal sebagai Teluk Batak sehinggalah sekitar tahun 70-an, apabila ia diubah secara rasmi kepada Teluk Batik.

Untuk tiba ke sini, pengunjung boleh mengikuti laluan simpang Teluk Muroh yang terletak berhampiran Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kehadiran penunjuk arah yang terpampang di sepanjang laluan nyata memudahkan pemanduan.

Pantai redup


PELBAGAI prasarana baru seperti Dataran Hadhari ini menceriakan kunjungan.


Keunikan Teluk Batik terletak pada hamparan pantainya yang memutih di samping penyediaan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung.

Pohon rhu yang tumbuh meliar di kawasan pantai nyata meredupkan pandangan. Pantainya yang bersih menjadi tarikan untuk pengunjung berkelah, bermandi-manda mahupun menyertai sukan pantai. Antara sukan popular adalah bola tampar pantai dan juga bola sepak pantai.

Pengunjung juga boleh mencuba aktiviti kayak dan menaiki bot untuk bersiar-siar mengelilingi landskap teluk itu.

Selepas puas membasahkan diri di pantai, pengunjung boleh meluangkan masa untuk meninjau gerai kraftangan yang terletak berhampiran. Pelbagai cenderamata seperti kemeja-T, baju batik, pario dan topi dijual pada harga berpatutan.


DERETAN kedai kraftangan dan cenderamata menyambut pengunjung yang mahu membeli-belah.


Jangan lupa membeli pelbagai produk laut seperti sate ikan, sotong dan ikan bilis kering sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang.

Jika perut berasa lapar, usah risau kerana terdapat deretan gerai makanan dan minuman yang menawarkan pelbagai variasi hidangan untuk menyambut selera pengunjung.

Tidak lengkap kunjungan ke Teluk Batik sekiranya tidak melawat Muzium Siput yang terletak berhampiran. Dengan seni bina rumah Melayu tradisional, muzium itu menyimpan lebih 300 spesies siput dan cengkerang yang terdapat di negara ini.

Biarpun dikenakan sedikit bayaran, namun pelbagai maklumat yang dikutip sepanjang lawatan ke muzium itu nyata berbaloi. Secara tidak langsung, kunjungan ke sini dapat mendidik pengunjung menghargai khazanah marin negara.

Pengunjung juga boleh mencuba pengalaman snorkeling ketika melawat Snorkeling Park. Ia merupakan taman tema pertama seumpamanya di Malaysia yang khusus untuk penyelam-penyelam yang mahu melihat keindahan hidupan laut walaupun berada di darat.

Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang ia menawarkan pelbagai pakej yang sesuai untuk pelbagai kumpulan dan peringkat usia.

Bagi pengunjung yang ingin bermalam, Teluk Batik menawarkan pelbagai bilik dan calet yang boleh disewa dengan kadar berpatutan. Antaranya ialah, Teluk Batik Resort, Marina Cove Resort, Crystal Bay Chalet, Impian Chalet dan Chalet Pak Man.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Portal kerajaan digodam penjahat Dragon Force

Posted:

Portal kerajaan digodam penjahat Dragon Force

Portal kerajaan digodam penjahat Dragon Force

Oleh JUNHAIRI ALYASA, FIRDAUS HASSAN dan AIZIM BAHAROM
berita@kosmo.com.my


SEBUAH kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous turut memberi amaran untuk menggodam laman web kerajaan.


KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.

Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.

"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.

"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.

Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.

Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Pengajian Politeknik mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu laporan penuh pembekal perkhidmatan laman webnya.

"Kami mempunyai dua portal iaitu www.politeknik.edu.my dan politeknik.gov.my. Yang telah diserang ialah politeknik.gov.my sementara portal yang satu lagi tidak digodam.

"Buat masa sekarang, memang tiada sebarang kerosakan serius dan semua kerosakan itu sudah dibaiki. Selepas pihak kami mendapat laporan penuh daripada pembekal, kami akan buat laporan terus kepada pihak atasan mengenainya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain itu, sebuah lagi portal milik syarikat Impressions Holidays & Resort Sdn. Bhd. iaitu www.tourmalaysia.com.my turut menjadi mangsa kumpulan sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga kaut untung dipantau

Posted:

Peniaga kaut untung dipantau

Peniaga kaut untung dipantau

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
dan MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
berita@kosmo.com.my


KEBANYAKAN penjual ikan di Pasar Besar Kuantan ini tidak berniaga kerana mendakwa tidak mendapat bekalan semalam.


KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Harga akan memantau harga ikan di pasaran bagi mengelak peniaga mengaut keuntungan secara tidak beretika.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis tersebut akan menyiasat dan mencari bukti peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan sehingga menindas pengguna.

Jelasnya, sekiranya ada peniaga didapati menaikkan harga dan mengaitkannya dengan isu mogok nelayan di tiga buah negeri baru-baru ini, mereka akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

"Sepatutnya kenaikan itu tidak berlaku kerana mogok nelayan laut dalam kelas C2 itu tidak membabitkan ikan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk import sahaja," jelasnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blogger perlu patuhi undang-undang negara

Posted:

Blogger perlu patuhi undang-undang negara

Blogger perlu patuhi undang-undang negara

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.

"Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah sehingga ada pihak mengalami kerugian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Bayar sajalah

Posted:

Bayar sajalah

Bayar sajalah

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


ANSARI kini terlantar di Hospital Melaka akibat jangkitan kuman pada kaki kanannya sambil ditemani isteri, Rahayu. Ansari merupakan bekas jurulatih penjaga gol skuad bola sepak Melaka.


"TOLONG saya." Demikian rayuan bekas jurulatih penjaga gol skuad bola sepak Melaka, Ansari Mustafa, 52, yang masih belum mendapat tunggakan gajinya berjumlah RM24,500 daripada Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA). Untuk menambahkan lagi bebanannya, Ansari kini menderita akibat jangkitan kuman pada kaki kanannya sejak sebulan lalu dan kini mengharapkan MAFA menjelaskan tunggakan gajinya berjumlah RM24,500 bagi membantu membiayai rawatan penyakitnya itu.

Jurulatih penjaga gol pasukan Melaka pada 2005 sehingga 2009 itu berkata, dia dimasukkan ke hospital sejak 12 Mei lalu setelah kaki kanannya mengalami bengkak dan doktor mengesahkan ia akibat jangkitan kuman atau dikenali celulitis. "Seminggu selepas berada di hospital, saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Setiausaha MAFA memberitahu memerlukan wang sebanyak RM1,560 bagi kos pembedahan memandangkan MAFA masih berhutang dengan saya sebanyak RM24,500 iaitu gaji saya yang belum dibayar bermula 2006 sehingga 2009.

"Apabila SMS tidak dibalas, dua hari selepas itu saya sekali lagi menghubungi MAFA, namun wang yang diharapkan langsung tidak diterima sehingga ke hari ini, malah seorang wakil MAFA pun tidak melawat saya untuk bertanya khabar," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam. Menurutnya, dia terpaksa meminjam wang daripada ahli keluarga yang lain bagi membeli mata pisau khas untuk digunakan ketika pembedahan membuang kulit mati pada kaki kanannya itu.

Katanya, dalam hal tersebut, MAFA sepatutnya memahami situasinya yang amat memerlukan wang itu bagi kos merawat penyakitnya itu sehingga terpaksa bergantung kepada pendapatan isteri, Rahayu Hassan, 47, yang bekerja sebagai pembantu klinik. "Wang ini bukanlah untuk digunakan suka-suka, tetapi juga untuk menampung kos ubat-ubatan anak kedua yang menghidapi penyakit ketumbuhan dalam otak," katanya. Ansari mula menyertai pasukan Melaka sebagai penjaga gol pada tahun 1978 dan meneruskan aksi dengan pasukan Kedah pada 1980 sehingga 1981 sebelum mewakili Perak pada 1982.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peluang Kelantan rangkul trofi Liga Super cerah

Posted:

Peluang Kelantan rangkul trofi Liga Super cerah

Peluang Kelantan rangkul trofi Liga Super cerah

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

TIGA mata yang diraih oleh The Red Warriors ketika menumbangkan Perak 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu kelmarin mencerahkan peluang Kelantan mengintai kejuaraan Liga Super buat kali pertama.

Ketua jurulatih, Datuk M. Karathu mengakui kemenangan tersebut cukup penting buat pasukannya untuk terus memacu kedudukan selaku peneraju liga ketika dua pencabar terdekat iaitu Selangor dan Terengganu terus memberikan tekanan.

Beliau berkata, kemenangan malam kelmarin cukup sukar untuk diraih ketika moral pemainnya masih lagi dalam proses pemulihan selepas dikecewakan seteru utama Pantai Timur, Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lalu.

"Peluang untuk menjuarai liga semakin hampir. Jadi ia perlu digunakan sebaik mungkin. Saya tidak mahu memikirkan nasib pasukan lain (Selangor dan Terengganu) yang sedang mengekori rapat daripada belakang.

"Apa yang penting, kita perlu berfikiran positif dan yakin Kelantan mampu menjadi juara liga buat kali pertama musim ini. Bukan senang bagi Terengganu berhadapan Felda United dan tidak mudah juga bagi Selangor menentang Perak di Ipoh," katanya.

Tambahnya, untuk perlawanan terakhir bertemu Sabah nanti, beliau yakin The Red Warriors mampu mengutip mata di Kota Kinabalu meskipun bakal berdepan laluan sukar.

Dalam perkembangan lain, pengendali berpengalaman itu memberitahu, pemainnya telah diberikan cuti rehat selama seminggu selepas mengharungi jadual perlawanan yang begitu padat sejak dua bulan lalu.

"Saya mahu pemain menikmati cuti mereka sepuas-puasnya tanpa memikirkan tentang bola sepak. Saya tiada keraguan tentang komitmen pemain kerana mereka telah berikan yang terbaik sejak dua bulan lalu," ujarnya.

Mengulas mengenai enam tonggaknya yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan, Karathu mengharapkan barisan pemainnya dapat memberikan aksi terbaik sepanjang berada di bawah kendalian ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

"Saya harap mereka tidak mengalami kecederaan, kerana sudah pasti kita akan menggunakan khidmat mereka selepas ini. Norshahrul Idlan Talaha mungkin terpaksa direhatkan selama dua minggu kerana mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan semalam (kelmarin).

"Sebaik sahaja mereka melaporkan diri, kita akan kembali memperkemaskan pasukan termasuk mengekalkan tahap kecergasan. Kita masih ada masa dua minggu merangka persiapan pasukan bagi penentuan juara liga musim ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Disiplin, semangat juang faktor kejayaan negara

Posted:

Disiplin, semangat juang faktor kejayaan negara

Disiplin, semangat juang faktor kejayaan negara


AKSI antara pasukan Malaysia (jersi merah) ketika menentang New Zealand (hitam) pada pembukaan Kejohanan Polo Asia-Australia-Afrika di Kelab Polo Diraja Pahang, Pekan kelmarin.


SEMANGAT serta disiplin yang tinggi menjadi faktor kejayaan skuad negara pada aksi pembukaan Kejohanan Polo Asia-Australia-Afrika menentang New Zealand kelmarin.

Jurulatih negara, Carlos Pando mengaitkan kemenangan 9-8 ke atas New Zealand sebagai pencapaian yang sangat membanggakan dan ia adalah hasil daripada kerja keras serta semangat juang yang tinggi dipamerkan semua pemain.

Kini, Pando ingin melihat pasukan tersebut mengekalkan semangat sama apabila berhadapan ancaman India esok.

India mengalahkan pasukan pilihan Australia 5½-5 pada perlawanan pertama mereka.

"Semua pemain menunjukkan permainan yang baik dan ini menjadi kemenangan hebat untuk Malaysia. Mereka tampil dengan rentak yang sungguh sistematik. Mereka berdisiplin dan memiliki semangat pasukan yang luar biasa sehingga penghujung perlawanan. Ini yang menjadi kebanggaan untuk Malaysia," ujar Pando.

Kemenangan itu dianggap sebagai permulaan yang baik untuk Malaysia dalam usaha mereka memburu tiket untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia Polo FIP di di San Luis, Argentina dari 11 hingga 25 Oktober depan.

"Kerja keras dan latihan kami jelas menampakkan hasil. Kami mungkin tidak menunjukkan aksi yang baik pada perlawanan akhir, tetapi ia menjadi sebahagian daripada persiapan kami untuk menyertai Kelayakan Piala Dunia. Itu adalah permulaan awal bagi menghadapi kejohanan ini sekali gus meraikan kemenangan ke atas New Zealand.

"Banyak lagi cabaran yang harus kami tempuhi selepas ini dan kami berazam untuk menyertai perlawanan seterusnya dengan penuh berkeyakinan. Semangat pasukan ini tinggi dan pemain juga dilihat seronok sewaktu menentang New Zealand," katanya.

Pando yang mula melatih pasukan tersebut sejak Januari lalu juga memuji Huzaini Yunos (handikap 4) atas kehebatannya menyempurnakan penalti.

Huzaini hanya terlepas satu daripada tujuh penalti yang diberikan kepada pasukannya manakala Edham Shaharuddin (handikap 4) juga mempamerkan aksi yang cukup berinspirasi.

"Huzaini telah menunjukkan aksi cemerlang dan banyak membantu rakan-rakan lain dalam melancarkan serangan. Edham pula tidak pernah mengenal erti penat dan terus berjuang dari awal hingga akhir sekali gus membakar semangat pemain lain," jelasnya.

Pando bagaimanapun memberi amaran kepada pemain Malaysia untuk lebih berhati-hati terhadap kehebatan India yang berjaya menewaskan Australia.

"Kita kena berjaga-jaga dengan pemain nombor 3 India (Samir Suhag) yang menyumbangkan empat mata ketika menentang Australia. Dia merupakan pemain yang bijak dan hebat dalam pasukannya. Dia dilihat cukup merbahaya," terang Pando.

Pemain India (handikap 5) yang berusia 36 tahun itu adalah pemain yang paling berpengalaman dan pernah mewakili negaranya sebanyak empat kali pada Piala Dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dunia antik Ipoh Station

Posted:

Dunia antik Ipoh Station

Dunia antik Ipoh Station

Hobi pasangan suami isteri yang gemar mengumpul barangan antik dipamerkan buat pelanggan di kafe mereka.


PERKONGSIAN hobi unik Azlina dan suami diperkembangkan menjadi sebuah kopitiam.


SAMBIL diiringi alunan lagu-lagu biduanita Saloma dan seniwati Normadiah, memori zaman 50-an dan 60-an dijelmakan semula tatkala pelanggan melangkah masuk ke Ipoh Station Antique Cafe.

Perasaan itu bertambah nyata apabila melihat susunan koleksi barangan antik tempatan seperti poster filem, iklan dan majalah melatari dinding premis tersebut.

Menurut pemilik bersama dan juga pasangan suami isteri, Azlan Huzairi Mustafa'I Adnan, 46, dan Nor Azlina Osman, 35, restoran itu adalah cetusan daripada hobi mereka yang gemar mengumpul barang-barang antik.

Kata Azlina, hobi mengumpul barangan antik telah membawa pasangan tersebut menjelajah sehingga ke Pulau Pinang dan Melaka bagi mendapatkan item yang mereka ingini.

"Keseluruhan restoran ini dirias menggunakan barangan antik termasuk meja dan kerusi. Walaupun terdapat beberapa bahagian yang baru, ia masih lagi mengekalkan cita rasa zaman 60-an," kata Azlina.


SUASANA kafe 60-an jelas kelihatan sejurus pengunjung melangkah masuk ke Ipoh Station Antique Cafe.


Filem-filem lama arahan Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapuk dan restoran-restoran lama yang masih mengekalkan rekaan zaman kolonial menjadi inspirasi kepada konsep Ipoh Station.

Lebih signifikan, pembukaan rasmi restoran itu telah disempurnakan oleh pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar tahun lalu.

Menggunakan tema hiasan kafe antik, susunan barang-barang untuk dekorasi Ipoh Station diatur supaya kelihatan mirip kafe di zaman sebelum zaman merdeka.

Suasana di kaunter bayaran dihidupkan secara nortalgik apabila majalah-majalah hiburan lama digantung secara berderet manakala kehadiran sebuah mesin daftar tunai melengkapkan gaya.

Di bahagian berhawa dingin pula, bar olok-olok turut direka termasuk meletakkan sebuah peti sejuk besar, almari dengan susunan botol minuman ringan dan deretan gelas berkaca tebal.

Bukan itu sahaja, kipas siling, lampu dinding, pembesar suara turut didatangkan dalam model lama dan masih berfungsi dengan baik. Malah, sistem pendawaian turut mengikut gaya dahulu iaitu wayar tidak ditanam dalam dinding.


KOLEKSI kamera antik dipamerkan di para-para.


Warna-warna yang digunakan pula lebih kepada rona coklat, krim dan merah pusam bagi membangkitkan suasana lampau.

Koleksi paling lama yang terdapat di dalam restoran yang terletak di kawasan perniagaan Bandar Puchong Utama itu adalah sebuah kipas berjenama General Electronic Company (GEC) yang berusia kira-kira 80 tahun.

Sesungguhnya, restoran tersebut adalah salah satu cara pasangan suami isteri tersebut berkongsi dengan orang ramai hasil koleksi barang-barang antik yang dikumpul mereka selama 10 tahun.

Sesuai dengan konsep antik kafe, Ipoh Station menghidangkan masakan Melayu Perak yang kebanyakan resipi dan cara memasak diajar oleh ibu mertua Azlina.

Menu Melayu Perak


GANTUNGAN majalah lama turut menjadi elemen hiasan dalaman kafe ini.


Harga yang ditawarkan oleh restoran bergaya klasik ini juga amat berpatutan iaitu pada harga di antara RM5 hingga RM6 sehidang bagi pilihan makanan bergoreng sama ada mi atau nasi.

Minuman yang memenuhi selera rakyat Malaysia seperti kopi, Nescafe, Milo, limau ais dan lain-lain pula dijual pada harga di antara harga RM1.70 hingga RM3.80.

"Hidangan yang wajib dicuba setiap pelanggan adalah gulai tempoyak, ikan patin, asam pedas dan sotong petai yang terdapat dalam set tengah hari kami.

"Set tengah hari bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang dengan harga RM8 bagi setiap set," tambah Azlina.

Ipoh Station juga mempunyai hidangan istimewa iaitu nasi goreng ikan rebus dari Ipoh yang berharga RM6 sehidang selain laksa dan mi rebus yang berharga RM6.50 setiap satu.

Menurut Azlina, setiap rempah dan pes cili sentiasa segar dan dibuat sendiri malah seramai lima orang tukang masak telah dilatih olehnya selama sebulan sebelum memulakan kerja bagi memastikan kualiti dan rasa makanan berada dalam standard yang dikehendaki.

"Menariknya, kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada kaum Cina dan selebihnya Melayu. Mereka memenuhi kafe ini khususnya ketika waktu makan tengah hari.

"Rata-rata mereka adalah pelanggan tetap yang akan datang semula untuk makan dan menikmati dekorasi kafe kami," kata Azlina.

Pihak Ipoh Station menyasarkan untuk membuka cawangan baru sekurang-kurangnya tiga buah lagi dengan menggunakan konsep yang sama. Dalam perancangan, mereka mahu menjadikan Ipos Station sebagai bisnes francais. - ADLAN JAAFAR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


INEE Unimap diiktiraf pusat nano Malaysia

Posted:

INEE Unimap diiktiraf pusat nano Malaysia

INEE Unimap diiktiraf pusat nano Malaysia

15/06/2011 7:45pm

KUALA LUMPUR – Institut Kecemerlangan Nano Elektronik Universiti Malaysia Perlis (INEE Unimap), yang ditubuhkan pada 2008, hari ini diiktiraf sebagai satu daripada lima Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut kenyataan Unimap hari ini, menteri kementerian berkenaan, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ketika mengumumkan perkara itu berkata, 17 Pusat Penyelidikan Nano Teknologi disenarai pendek tetapi buat masa ini, hanya lima yang terpilih sebagai Pusat Kecemerlangan dalam penemuan dan penyelidikan bidang nanoteknologi.

"Selepas beberapa tapisan, kita bersetuju dengan pemilihan lima Pusat Kecemerlangan ini (buat masa sekarang) dan tidak menolak kemungkinan akan ada penambahan pada masa akan datang.

"Kesemua lima Pusat Kecemerlangan ini akan memfokuskan kepada bidang kepakaran masing-masing dengan pemantauan berterusan daripada Kementerian dan juga Direktorat Nano Teknologi Kebangsaan (NND)," menurut kenyataan itu.

Empat lagi Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia ialah Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Malaysia dan SIRIM Malaysia Bhd. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program Diploma Sains Akuakultur UMT

Posted:

Program Diploma Sains Akuakultur UMT

Program Diploma Sains Akuakultur UMT

15/06/2011 7:40pm

KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sedang merangka program baru, Diploma Sains Akuakultur bagi melahirkan siswazah yang berkemahiran dalam penternakan ikan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof Dr Noor Mohamed Shazili, berkata, jika mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi, UMT akan menawarkan kursus Diploma Sains Akuakultur yang pertama seumpamanya di negara ini pada 2013.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Program Penggalakan Sains-Bengkel Pembiakan Aruhan Ikan Air Tawar untuk pelajar UMT dan murid sekolah sekitar Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, Diploma Sains Akulkultur membuka peluang pekerjaan yang lebih baik memandangkan banyak industri perikanan di negara ini sekarang berasaskan akuakultur. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 Julai keputusan usaha Syed Hamid

Posted:

12 Julai keputusan usaha Syed Hamid

12 Julai keputusan usaha Syed Hamid

15/06/2011 6:01pm

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 12 Julai sama ada untuk membenarkan permohonan seorang wanita Kristian bagi memanggil bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung rampasan cakera padat (CD) mengenai ajaran Kristian yang mengandungi kalimah "Allah".

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan dari kedua-dua pihak di dalam kamar hari ini.

Pada Ogos tahun lepas, Jill Ireland Lawrence Bill memfailkan permohonan untuk memeriksa balas Syed Hamid mengenai afidavit bersumpah yang difailkan ketika beliau menjadi Menteri Luar bagi tujuan pendengaran permohonan semakan semula kehakiman.

Dalam permohonannya, Ireland, 27, juga mahu memeriksa balas pegawai kastam, Suzanah Muin, yang merampas CD berkenaan.

Beliau mahu memeriksa balas Syed Hamid atas alasan, antara lain, untuk mengetahui kewajaran tindakan bekas menteri itu menghalang pengimportan CD berkenaan, keputusannya bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara ekslusif dalam Islam.

Peguamnya Annou Xavier dan Lim Heng Seng memberitahu pemberita bahawa mereka telah membangkitan tiga soalan mengenai kenapa CD itu menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara, bagaimana ia menyalahi garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bagaimana kalimah Allah boleh menyebabkan kekeliruan memandangkan ia telah digunakan secara meluas oleh bukan Islam di Sabah dan Sarawak sejak abad ke-17.— Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


RM30,329 untuk bergambar bersama Wanita Pertama AS

Posted:

RM30,329 untuk bergambar bersama Wanita Pertama AS

RM30,329 untuk bergambar bersama Wanita Pertama AS


Michelle Obama berucap pada satu majlis amal di Beverly Hills, California kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Wanita Pertama AS, Michelle Obama mengenakan bayaran AS$10,000 (RM30,329) setiap seorang kepada sekumpulan pembida kaya untuk bergambar bersamanya dalam satu majlis makan tengah hari di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh 500 pembida itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu kempen politik suaminya, Presiden Barack Obama menjelang pilihan raya Presiden 2012.

Wanita pertama AS berkenaan dilaporkan berjaya mengumpul sebanyak AS$5 juta (RM15.1 juta) dengan hanya mempamerkan senyumannya dalam sesi bergambar bersama pembida-pembida terbabit.

Obama pula dijadual berucap di Pusat Arsht di Pantai Miami semalam, sebelum menghadiri satu majlis makan malam tertutup di lokasi sama.

Majlis makan malam di sebuah kediaman peribadi itu turut diadakan untuk mengumpul dana kempen politik Obama.

Presiden AS berusia 49 itu mengumumkan hasratnya mentadbir AS untuk penggal kedua pada Februari lalu.

Setiap tetamu dikenakan bayaran sebanyak AS$35,800 (RM108,529) untuk makan malam bersama presiden AS berkenaan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Golongan muda kurang amalkan ajaran Islam

Posted:

Golongan muda kurang amalkan ajaran Islam

Golongan muda kurang amalkan ajaran Islam

JAKARTA - Golongan muda yang beragama Islam di Indonesia dikatakan berpegang teguh kepada nilai-nilai konservatif, tetapi kurang dari segi pemahaman dan amalan Islam sebagaimana sepatutnya.

Tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Institut Kaji Selidik Indonesia dan melibatkan hampir 1,500 responden mendapati 98 peratus daripada mereka tidak mengiktiraf hubungan seks sebelum berkahwin. Sementara 99 peratus tidak menerima amalan homoseksual dan 89 peratus lagi menolak pengambilan minuman beralkohol.

"Rasa tidak setuju mereka terhadap hubungan seks sebelum berkahwin sangat tinggi. Berzina sangat dilarang, manakala menjadi gay atau lesbian pula seakan-akan satu sumpahan. Menyentuh isu-isu ini, kebanyakan remaja Islam Indonesia memiliki pandangan yang konservatif," jelas kaji selidik yang dijalankan bersama Institut Goethe itu.

Namun, hasil kajian mendedahkan hanya 28.7 peratus responden mendirikan sembahyang lima waktu sehari. Hanya 11.7 peratus memahami ayat-ayat al-Quran dan kurang 60 peratus daripada mereka berpuasa di bulan Ramadan.

Kaji selidik yang melibatkan responden berusia di antara 15 hingga 25 tahun itu dijalankan pada November 2010. Indonesia merupakan negara yang memiliki paling ramai penganut Islam dengan lebih 80 peratus warganya yang berjumlah 240 juta orang itu beragama Islam. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lagi bangunan kerajaan Iraq diserang

Posted:

Lagi bangunan kerajaan Iraq diserang

Lagi bangunan kerajaan Iraq diserang


BEBERAPA penduduk tempatan berdiri di hadapan bangunan kerajaan yang diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Baqouba semalam.


BAGHDAD - Sekumpulan penyerang meletupkan dua bom kereta di luar sebuah bangunan pentadbiran di timur Baghdad, Baqouba semalam, sebelum menahan beberapa orang tebusan yang berada di dalam bangunan sama.

Jurucakap majlis daerah Diyala, Samira al-Shibli memberitahu kejadian tembak-menembak berhenti sejam selepas serangan itu berlaku. Sekurang-kurangnya dua orang penyerang masuk ke dalam bangunan dan salah seorang daripada mereka menahan tebusan.

Pegawai tentera Iraq, Kolonel Sabah al-Kuzi menyatakan beberapa orang tentera Iraq dan Amerika Syarikat (AS) kemudian menyerbu masuk dan membunuh dua orang penyerang terbabit.

Pada Mac lalu, sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai seragam tentera dan membawa alat letupan menyerang sebuah pejabat kerajaan di Tikrit. Serangan itu membunuh 56 orang mangsa.

Penahanan tebusan yang berlaku selama lima jam itu berakhir selepas penyerang meletupkan diri mereka sendiri. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved