Sabtu, 4 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Layar kaca popularkan silat

Posted:

Layar kaca popularkan silat

Layar kaca popularkan silat

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamdi@kosmo.com.my


JAK Othman menunjukkan aksi bertarung pendekar Melayu.


DUNIA persilatan Melayu sememangnya bertuah kerana memiliki lelaki ini. Dia handal bersilat dan dalam masa yang sama pandai mengarah filem dan dokumentari.

Gabungan kedua-dua portfolio itu membolehkan Jak Othman, 49, memperkenalkan silat ke mata dunia menggunakan kuasa layar kaca.

Kepercayaan Jak kepada 'kuasa' itu bertitik tolak daripada kejayaan siri dokumentari sulungnya yang berkaitan seni bela diri pada tahun 1994 iaitu Mahaguru.

Menurut Jak, siri dokumentari yang disiarkan sehingga empat musim di TV3 itu mendapat sambutan hebat sehingga mampu mengumpul sebanyak tiga juta penonton.

"Jumlah itu memang tidak dijangka bagi sebuah rancangan dokumentari berkaitan seni bela diri. Bagaimanapun, siri itu bukan tertumpu kepada silat sahaja tetapi turut mengandungi episod yang memaparkan seni bela diri yang lain.

"Pada mulanya impian saya adalah untuk mengkomersialkan seni bela diri yang ada di negara ini," katanya.

Jak meninggalkan negara ini pada tahun 2004 untuk bekerja dalam bidang perfileman komersial di Australia.

Namun, dia tidak lama di Negara Kanggaru itu. Selepas empat tahun bekerja di Sydney, dia pulang ke Malaysia.

Selepas kembali, Jak mendapati populariti seni silat dalam kalangan orang Melayu sendiri mula jatuh.

Sebagai seorang pejuang seni bela diri itu, Jak nekad ingin menyemarakkan kembali seni silat.

"Saya nekad untuk mempopularkan semula silat dengan medium yang pernah digunakan sebelum ini iaitu program televisyen.

"Dengan bantuan daripada pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), saya berjaya mendapatkan dana sebanyak RM150,000 untuk menghasilkan dokumentari Inside Silat," kata lelaki yang belajar ilmu silat sejak berusia lima tahun ini.

Rakaman

Dokumentari itu disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2008 dan menggondol Anugerah Dokumentari Kebudayaan Terbaik dan Anugerah Suntingan Terbaik menerusi Festival Dokumentari Malaysia 2009.

Tidak sekadar berpuas hati dengan kejayaan lalu, Jak pada tahun ini sekali lagi ingin merakamkan momen aksi silat menerusi buah tangan terbarunya berjudul Clash of The Hulubalang (Pertembungan Hulubalang).

Menurutnya, dokumentari yang dijangka tamat penggambaran pada penghujung Jun ini turut memaparkan sejarah, keunikan dan falsafah setiap pertubuhan silat terbabit.

"Sebanyak lapan pertubuhan silat terpilih untuk dimuatkan dalam dokumentari itu pada setiap episod termasuklah Persatuan Seni Silat Serimau Hitam.

"Seni silat lain ialah Gayung Pattani, Silat Cekak Malaysia, Gayung Pusaka, Anggerik Desa, Gayung Malaysia dan Silat Lincah serta pasukan 1Malaysia," katanya lagi

Rakaman dokumentari itu dijangka ditayangkan di RTM dan beberapa stesen televisyen antarabangsa mulai bulan Ogos depan.

Jak turut memberitahu, dokumentari tersebut bakal ditayangkan di negara Arab dan peluang untuk menarik lebih ramai golongan tersebut meminati silat adalah cerah.


BERDASARKAN pengalamannya sebelum ini, dokumentari silat sering mendapat sambutan penonton.


"Pihak Spacetoons International yang mempunyai lebih 30 saluran televisyen di negara Arab telah mengesahkan untuk membeli dokumentari itu.

"Saya gembira kerana syarikat itu menawarkan khidmatnya kepada kira-kira 300 juta penonton.

"Ini merupakan peluang yang baik untuk memperkenalkan silat kepada mereka," kata Jak yang turut mencari pasaran di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea.

Menurut Jak, dokumentari itu bakal disiarkan dalam bahasa Inggeris dan membawakan seorang guru silat dari Australia sebagai pengacara rancangan 11 episod itu.

Pendekar mat saleh

Pengacara dokumentari Clash of the Hulubalang, Ed Chard bukan calang-calang orang. Dia bukan setakat pengacara Inggeris biasa, sebaliknya mempunyai pengalaman luas dalam bidang silat.

Berasa bertuah kerana diberi kepercayaan kali kedua setelah mengendalikan dokumentari Inside Silat bersama Jak, Ed berkata penglibatannya itu turut menambah ilmu persilatannya.

"Saya bertuah kerana dipilih menjadi pengacara kali kedua dalam dokumentari berkaitan silat.

"Saya boleh menimba lebih banyak gaya persilatan dan bertemu dengan pelbagai guru silat di Malaysia.

"Walaupun saya sudah lama mempelajari silat, tetapi ilmunya masih banyak yang perlu dicari," kata anak kelahiran London, England itu kepada Jurnal.

Ed merupakan seorang guru silat di Australia. Dia menjadi jurulatih kepada pelajar silat di sana melalui Persekutuan Harimau Berantai Pancak Silat Australia yang ditubuhkan oleh Jak.

Dia tidak berniat untuk menerima apa-apa anugerah daripada kecintaannya itu terhadap seni silat.

Bagi Ed, kesempatan menjadi medium untuk masyarakat mengenali silat adalah satu tanggungjawab yang besar.

"Kenangan menghasilkan dokumentari Inside Silat pasti terpahat sampai bila-bila. Saya suka memegang tanggungjawab ini, apatah lagi apabila ramai yang menerimanya.


SENI bela diri Melayu bakal dipertontonkan kepada lebih 300 juta masyarakat Arab.


"Ketika bersiar-siar di negara ini, saya pernah ditahan oleh seseorang yang tidak dikenali.

"Katanya, dia sangat menyukai dokumentari tersebut. Bagi saya, itu lebih penting kerana ada orang yang mengingatinya," kata Ed yang menggemari masakan rendang.

Kru-kru yang dipilih Jak juga bukan kru biasa. Mereka seramai sembilan orang dan terdiri daripada kru teknikal yang membantunya sepanjang penggambaran yang bermula 29 April lalu.

Iskandar Isa, 35, dan Azizul Farmy Rostam, 37, merupakan tulang belakang penggambaran dokumentari itu. Mereka bertindak sebagai pengarah seni dan penolong pengarah seni.

Menurut mereka, peluang yang diberikan untuk bekerja dalam produksi yang memaparkan latar bersifat epik seperti itu menuntut kesabaran yang tinggi.

"Peralatan props yang digunakan harus bertepatan dengan tema dokumentari ini iaitu silat Melayu. Justeru, kami sedaya upaya menyediakan suasana yang akan menimbulkan suasana itu.

"Tidak sukar bekerja dengan produksi ini kerana Jak tahu apa yang diperlukan dalam setiap episod dokumentari ini," kata mereka.

Seorang jurulatih silat daripada Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Mohamad Wahab, 38, yang menyokong usaha mendokumentasikan aksi-aksi seni silat berpendapat dokumentari itu mampu mempopularkan seni bela diri itu.

"Strategi ini sekurang-kurangnya boleh dijadikan bahan warisan kerana ia tidak akan lenyap dan boleh sentiasa diulang tayang kepada khalayak.

"Ia boleh popularkan kembali seni silat kerana ramai antara kita yang lebih mengagungkan seni bela diri asing," katanya.

Seramai lima orang anak murid Mohamad turut menjalani penggambaran dokumentari tersebut yang berlangsung di Gurun, Kedah dan di Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peramal nasib Luna Maya

Posted:

Peramal nasib Luna Maya

Peramal nasib Luna Maya

Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK
sofiatul.wanchik@kosmo.com.my


JAMES bersama Luna Maya (kanan). Kad nombor tiga yang dipilih Luna adalah petanda kepada musibah yang dihadapi selebriti itu.


NAMANYA James Antonius Tahir. Dia beragama Islam dan tinggal di Jakarta, Indonesia. Untuk kesesuaian konsep dan sinonim dengan kerjayanya kini iaitu seorang peramal masa depan, dia menggunakan nama James Ramal. Nama itu kedengaran lebih kuat dan meyakinkan.

Penulis bertemu lelaki berusia 40 tahun ini di ibu kota negara jiran itu sehari selepas perlawanan bola sepak Manchester United melawan Barcelona. Dia hadir dengan memakai baju putih tanpa kad di tangan.

Membuka sejarah penglibatannya dalam bidang paranormal dan kemudian menjadi seorang penilik nasib selebriti negara itu, Luna Maya dan Ariel Peter Pan, kata James semuanya bermula atas dasar minat sewaktu kecil.

Kemudian, minat itu dilanjutkan pada tahun 1991 apabila seorang kenalan meminta James meramalkan nasib cintanya.

Ternyata hanya dengan naluri, tebakan bahawa kenalannya bakal bersatu semula dengan sang bekas kekasih terbukti. Itu pembakar semangat buat James meneruskan cita-cita zaman ciliknya.

"Kali kedua, saya ulangi lagi pada tahun 1994. Kali ini saya menggunakan kad kerana saya tidak mahu dituduh syirik. Saya memberitahu bahawa kekasih teman saya curang dengan wanita lain.

"Dia pada awalnya tidak percaya tetapi kemudian mendapat tahu kesahihannya," ujar James yang hingga kini tidak pernah dimarahi teman atau selebriti atas ramalan tepatnya.

"Saya berhenti seketika kerana takut dituduh syirik. Hanya pada tahun 2007, saya mencuba kembali bakat saya.

"Sewaktu di Kemang, Jakarta, saya meramal nasib tiga wanita yang saya baru kenali. Ramalan saya bahawa seorang daripada mereka akan putus cinta, seorang lagi mendapat kereta baharu dan yang ketiga mendapat kekasih baharu.

"Kebetulan, seminggu selepas itu, tebakan itu benar belaka," ketawa dia bercerita.

Kejadian tersebut membuatkan nama James dikenali ramai hingga ia sampai ke pengetahuan ramai selebriti Indonesia.

Ujar James, hingga sekarang sekitar 80 peratus artis meminta khidmatnya untuk mendapatkan ramalan, antaranya Sandra Dewi, Pasha Ungu, Onci Ungu, Irwansyah, Miller dan Randy Panggalila.

Malah, nama James pernah menjadi tajuk utama dalam majalah-majalah ternama Indonesia.

Nasib Luna

"Saya bertemu Luna Maya ketika saya sedang minum-minum bersama Onci (Ungu) yang merupakan teman baik saya. Luna kemudian meminta saya meramalkan masa depannya.

"Ternyata setelah diramal, dia mengambil kad yang tertulis nombor tiga, itu nombor yang tidak bagus.

"Saya memberitahu Luna bahawa dia akan berdepan dengan satu musibah besar yang akan menghancurkan namanya.

"Ramalan itu dilakukan pada tahun 2007 dan terbukti pada tahun lalu, Luna dikaitkan dengan kes video lucah bersama Ariel Peter Pan," ujar James yang menganggap ramalan itu dilakukan berdasar logik akal.


JAMES RAMAL (kiri) pernah meramal bahawa Pasha Ungu bakal berdepan dengan masalah rumah tangga dalam perkahwinan pertamanya.


Dia meneruskan bicaranya. "Saya turut meramalkan bahawa Ariel akan masuk penjara. Di mana dia kini? Benar, kan? Cuma satu ramalan saya yang masih belum terbukti iaitu Cut Tari bakal bercerai dengan suaminya.

"Kalau penilik nasib yang lain tidak berani berkata begitu, tetapi saya memberitahu kerana itu ramalan saya dan mahu berlaku jujur," katanya lagi.

Tegas James, kalau mengikut pengalamannya, menilik nasib dan meramal masa depan individu lain adalah sama seperti membuat ramalan cuaca. Ada panas, hujan, mendung malah ribut.

"Saya membuat ramalan mengikut logik. Ada rumusan yang saya gunakan. Kata dagang saya adalah 'logik tanpa mantera'.

"Saya mahu mengeluarkan sebuah buku tentang ramalan saya tetapi belum terlaksana kerana masih mencari penaja," ujarnya yang menganggap kerjaya peramal nasib memberinya kehidupan yang baik.

"Awalnya hanya untuk suka-suka tetapi kini sudah menjadi bisnes. Dulu, saya berbisnes di Kemang tetapi sekarang sudah bergerak sebagai peramal nasib peribadi," ujar James yang mengenakan harga mengikut jam untuk ramalannya.

Satu hal yang cuba dielak oleh James adalah meramal kematian. Sebolehnya dia enggan membuat prediksi musibah yang sebegitu.

"Saya pernah secara tidak sengaja meramal satu kematian dan kebetulan terjadi. Saya jadi panik. Kini, kalau pelanggan saya akan berdepan dengan kehilangan berbentuk kematian, saya akan kata bahawa mereka bakal bertemu berita duka, itu sahaja," ujarnya.

Menghabiskan bicaranya tentang sebuah prediksi, James berkata dia juga gagal membuat ramalan terhadap dirinya sendiri atau perlawanan bola sepak.

Dia sempat meramal bahawa pasukan bola sepak yang diminatinya, Manchester United akan menundukkan Barcelona. Tebakan itu salah apabila Barcelona membelasah Manchester 3-1 dalam Liga Juara-Juara baru-baru ini.

"Ini mungkin kerana idealisme saya terhadap Manchester dan bukan ramalan, ya? Pasti saya mahu pasukan saya yang menang," katanya ketawa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Unta pun naik kapal terbang

Posted:

Unta pun naik kapal terbang

Unta pun naik kapal terbang

Oleh MAHATHIR JAMIL
mahathir.jamil@kosmo.com.my


IKAN lumba-lumba dan singa laut antara haiwan hidup yang menggunakan perkhidmatan MASkargo.


PADA 2 Februari 2011, sekumpulan unta dari Adelaide, Australia diterbangkan ke Malaysia. Penerbangan MH6174 itu membawa 26 ekor unta seberat kira-kira 45,000 kilogram.

Kargo itu diangkut menggunakan pesawat B747-400F yang berlepas dari Adelaide pada pukul 9.45 malam waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.05 pagi.

Perkhidmatan mengangkut haiwan hidup bukanlah sesuatu yang baru buat Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd. (MASkargo) tetapi kumpulan 26 ekor unta itu adalah perkhidmatan pertama seumpamanya.

Destinasi

Haiwan hidup yang telah diterbangkan oleh MASkargo meliputi haiwan liar iaitu singa dan harimau, haiwan ternakan seperti kuda, kambing dan lembu, hidupan air seperti ikan yu dan reptilia seperti ular.

Kebanyakan penghantaran haiwan itu adalah untuk tujuan pameran, pertandingan, serta ternakan di ladang dan zoo di Malaysia.

Pengurus Komunikasi Korporat MASkargo, Anita Khushairy berkata, penerbangan sewa khas dari Adelaide baru-baru ini membuktikan komitmen MASkargo untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.

"Kami menawarkan khidmat penghantaran haiwan liar dan ternakan yang sukar dibawa melalui jalan darat dan laut.

"Selain itu, perkhidmatan ini bagi mewujudkan kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh MASkargo seterusnya menjadi syarikat kargo terkemuka di dunia," ujar Anita.

Menurutnya lagi, sama seperti perkhidmatan yang lain, MASkargo menawarkan perkhidmatan menghantar haiwan hidup ke lebih 100 destinasi termasuk bandar-bandar utama dunia seperti Jakarta, Sydney, Dubai, Tokyo, Amsterdam, New York dan Tashkent.

Ujar beliau, caj perkhidmatan yang dikenakan bergantung kepada jenis barangan yang dihantar, ruang, jumlah berat keseluruhan dan jarak negara asal barangan tersebut.

Mengulas mengenai proses menghantar haiwan hidup, Anita berkata, setelah tempahan dilakukan, MASkargo akan merancang dan mengaturkan pasukan sokongan di stesen selain memastikan peralatan berada dalam keadaan yang baik.


HAIWAN yang hendak dihantar ke sesuatu destinasi diletakkan di dalam kandang khas sebelum dimuatkan ke dalam perut pesawat.


Setelah itu, haiwan yang tiba dari ladang atau pusat kuarantin akan menjalani proses kemasukan ke dalam kandang.

"Kebiasaannya, proses ini mengambil masa selama 10 jam sebelum pelepasan. Kandang ini kemudian dimuatkan ke dalam kabin kargo lebih kurang tiga jam sebelum pelepasan.

"Semasa aktiviti muatan dijalankan, kami akan mengawasi suhu bahagian kabin kargo supaya berada dalam keadaan yang sejuk untuk mengelakkan haiwan daripada mengalami tekanan.

"Semasa tempoh penerbangan, kami juga perlu mengawasi suhu kabin dengan mengawalnya kepada darjah tertentu," ujarnya.

Jelas Anita lagi, anggaran muatan penerbangan sewa khas penuh seperti itu bergantung kepada saiz dan berat barangan.

Suhu

Sebagai contoh, katanya, untuk kambing dan biri-biri, dianggarkan sebanyak 2,200 ekor sekali muatan manakala kerbau, lembu dan unta 150 ekor sekali muatan.

Selain daripada penghantaran melalui udara, Anita berkata, MASkargo turut menyediakan kemudahan Animal Hotel bagi mengendalikan haiwan hidup.

Menurutnya, Animal Hotel adalah satu-satunya pusat hentian setempat di rantau ini yang mengendalikan proses transit sementara haiwan.

Bukan sekadar menjadi pusat rehat sementara bagi pengurusan penghantaran haiwan, pusat itu turut menyediakan pelbagai kemudahan lain bagi memastikan haiwan yang dihantar berada dalam keadaan baik.

Perkhidmatan itu disediakan melalui Pusat Kargo (ACC) di KLIA.

"Animal Hotel mempunyai kemudahan khas iaitu bilik sementara yang besar, lima buah kandang serta dua gelanggang kuda yang dikhaskan untuk memberikan kuda latihan sebelum dihantar kepada pemilik atau pihak yang bertanggungjawab.

"Bagi haiwan liar yang menggunakan khidmat ACC seperti harimau, beruang, gajah dan singa, haiwan berkenaan akan diiringi doktor haiwan. Ini bagi menjamin kesihatan dan keselamatannya.

"Sejak beroperasi kira-kira enam tahun lalu, pelbagai jenis haiwan telah menggunakan perkhidmatan Animal Hotel sama ada untuk dieksport, import atau sebagai tempat persinggahan sementara," cerita Anita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bayi maut tersedak susu soya

Posted:

Bayi maut tersedak susu soya

Bayi maut tersedak susu soya

Oleh ATIKAH DALI
dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my


ZULAZMI memangku mayat anaknya keluar dari bilik mayat di PPUM, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu soya pada saluran pernafasan ketika berada di rumah pengasuhnya di Kerinchi di sini kelmarin.

Rania Batrisya Zulazmi disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut laporan bedah siasat yang dikeluarkan hospital berkenaan, kematian Rania adalah disebabkan oleh saluran pernafasannya tersekat dengan susu tersebut.

Rania dibawa ke PPUM oleh pengasuhnya, seorang wanita berusia 60 tahun kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin selepas mendapati bayi itu berada dalam keadaan lemah dengan tangan dan kakinya sejuk.

Bayi malang itu bagaimanapun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian.

Difahamkan, anak tunggal kepada pasangan Radiana Rais, 37, dan Zulazmi Jamaludin, 41, itu diberi sejenis susu soya tetapi makanan itu tersekat pada saluran pernafasannya disyaki semasa bayi itu tidur.

Nenek mangsa, Ramlah Baba, 63, ketika ditemui di rumah mayat PPUM memberitahu, dia terkejut dengan kejadian menimpa cucunya yang sebelum ini disifatkan sebagai penyeri keluarga.

"Walaupun Rania (Batrisya) baru berusia enam bulan, dia nampak pintar dan pandai mengambil hati.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gara-gara elak bangkai kucing

Posted:

Gara-gara elak bangkai kucing

Gara-gara elak bangkai kucing

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com


ANGGOTA polis memeriksa mayat salah seorang mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Seremban kelmarin.


SEREMBAN - Dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang cuba mengelak bangkai seekor kucing di atas jalan di Jalan Lenggeng-Mantin di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11.40 malam itu, Amran Ahmad, 36, dan rakannya, Zainal Abidin Nordin, 46, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha Ego dan Modenas Kriss dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Lenggeng menghala ke rumah mereka di Mantin.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang dipandu seorang lelaki terbabas dan merempuh kedua-dua mangsa yang menunggang di laluan bertentangan.

"Ekoran rempuhan itu, kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan manakala Mitsubishi Storm tersebut terbalik.

"Kita percaya ketika kejadian, Mitsubishi Storm tersebut terbabas apabila cuba menggelak bangkai seekor kucing di atas jalan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Amran dan Zainal Abidin yang bertugas di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu pacuan empat roda tersebut pula hanya mengalami cedera ringan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Subsidi Malaysia antara terbesar dunia

Posted:

Subsidi Malaysia antara terbesar dunia

Subsidi Malaysia antara terbesar dunia


TUANKU MIZAN (kiri) dan Tuanku Nur Zahirah (kanan) diiringi Najib (belakang, kanan) tiba pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan merasionalisasi subsidi bukanlah langkah menghapuskan subsidi tetapi memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan sasar dan sektor yang benar-benar layak lagi memerlukan.

Perdana Menteri berkata, subsidi di Malaysia adalah antara terbesar di dunia meliputi keperluan seharian rakyat seperti gula dan beras. Ini tidak termasuk subsidi tidak langsung meliputi perkhidmatan kesihatan dan pelajaran.

"Dalam mengurus negara, kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah matlamat tertinggi," katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda di Istana Negara semalam.

Najib berkata, suatu keputusan yang tampak popular tidak semestinya menjadi satu tindakan terbaik untuk tempoh yang lebih lama. Untuk itu, dalam mengurus ekonomi negara adalah penting 'kita mengukur baju di badan sendiri'.

Bagi kepentingan ramai dan negara, sebuah kerajaan bertanggungjawab akan mencipta penyelesaian dan membuat pilihan mengutamakan masalah rakyat bukan sahaja untuk jangka masa pendek dan pertengahan tetapi juga untuk jangka masa panjang, katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Jangan hukum kami’

Posted:

'Jangan hukum kami'

'Jangan hukum kami'

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


FATIMAH berharap agar hukuman terhadap mereka tidak terlalu berat sehingga boleh menjejaskan karier mereka.


ATLET pecut wanita negara, Siti Fatimah Mohammad merayu agar hanya dikenakan hukuman ringan ekoran tindakannya melarikan diri ketika diminta menjalani ujian antidoping oleh Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil pada 24 Mei lalu.

Fatimah berkata, dia mewakili dua lagi rakan yang lain iaitu Siti Zubaidah Adabi dan Yee Yi Ling yang turut terlibat dengan tindakan sama berharap hukuman yang bakal mereka hadapi tidak terlalu berat kerana mereka masih mahu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

"Jika kami benar-benar didapati bersalah, kami terima segala keputusan tetapi jauh di sudut hati kami semua, kami sebenarnya masih mahu meneruskan karier kami sebagai atlet olahraga negara.

"Diharapkan hukuman yang bakal kami terima itu nanti tidaklah terlalu berat sehingga boleh menjejaskan karier kami.

"Pada tahun ini, ada beberapa pertandingan yang bakal kami sertai seperti Sukan Universiti Dunia di China (Ogos) dan Sukan SEA 2011 di Indonesia (November). Kini kami memang sedang melakukan persiapan untuk menghadapinya," kata Fatimah ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Fatimah, Siti Zubaidah dan Yi Ling kini bakal berdepan dengan tindakan penggantungan sekiranya didapati bersalah ekoran tindakan mereka melarikan diri bersama-sama tiga lagi atlet pecut pada hari pertama diarahkan oleh ISN untuk menjalani ujian antidoping pada 24 Mei lalu.

Bagaimanapun, Fatimah, Siti Zubaidah dan Yi Ling kemudiannya menyerah diri dan telah menjalankan ujian tersebut pada hari berikutnya.

Ketiga-tiga mereka kini boleh menarik nafas lega selepas Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz mengesahkan Rabu lalu bahawa keputusan yang diperoleh ke atas tiga atlet terbabit disahkan bebas daripada sebarang penggunaan bahan-bahan terlarang.

Bagaimanapun, tindakan mereka melarikan diri pada hari pertama ujian tersebut dijalankan sebenarnya adalah satu kesalahan dan hukuman boleh dikenakan jika didapati bersalah.

Namun ketiga-tiga atlet terbabit tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana tindakan mereka itu didakwa dipengaruhi oleh arahan ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed Othman yang sehingga ke hari ini masih belum tampil memberi penjelasan.

Tiga lagi rakan mereka iaitu Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Siti Sarah Abdul Kadir dan Mohd. Noor Imran Hadi sehingga ke hari ini masih masih gagal menjalani ujian antidoping tersebut dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) mengesahkan bahawa mereka kini berada di Bulgaria.

Sementara itu, Siti Zubaidah pula seolah-olah sudah bersedia dengan sebarang keputusan yang bakal menimpanya apabila mengatakan bahawa dirinya menerima apa-apa sahaja keputusan yang dibuat baik Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun KOAM sendiri.

"Apa jua keputusan yang bakal dibuat, saya terima seadanya. Saya tidak mahu komen lanjut berhubung isu ini," kata Siti Zubaidah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kim Swee intai kekuatan lawan

Posted:

Kim Swee intai kekuatan lawan

Kim Swee intai kekuatan lawan

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


KETUA Jurulatih, Ong Kim Swee (kiri) sudah tahu apa yang perlu dilakukannya selepas melihat sendiri persiapan skuad Lebanon yang akan menjadi lawan pasukan negara pada pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012.


"BUKAN lawan yang mudah." Demikian rumusan dibuat juru- latih skuad bola sepak Olimpik negara, Ong Kim Swee setelah 'mengintai' corak permainan pasukan Lebanon ketika aksi persa- habatan menentang skuad Olimpik Turki di Istanbul, Turki pada Rabu lalu.

Biarpun Lebanon tewas 0-3 kepada Turki pada perlawanan tersebut, Kim Swee tetap menganggap pasukan itu memiliki aspek teknikal yang lebih baik daripada skuad bimbingannya.

Namun ia bukan bermakna Kim Swee sudah pun mengaku kalah sebelum Malaysia turun bertemu Lebanon pada pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 di Beirut (19 Jun) dan di Kuala Lumpur pada 23 Jun ini.

"Kita tak boleh banding Lebanon dengan Turki. Tetapi bagi saya, Lebanon sebuah pasukan yang cukup baik, terutamanya di jentera tengah dan serangan. Mereka menggunakan formasi 3-4-3.

"Walaupun tewas kepada Turki, saya lihat pemain Lebanon berani melakukan larian pantas dan menggelecek lawan, manakala pemain pertahanan mereka memiliki fizikal yang cukup besar.

"Satu gol mereka dibolosi mene- rusi sepakan sudut dan dua lagi gol menerusi hantaran lintang. Jadi saya dapati kelemahan mereka adalah di bahagian sayap," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pengendali berusia 41 tahun itu tiba di tanah air malam kelmarin setelah sempat 'mengintip' sesi latihan skuad Lebanon dari dalam kereta sehari sebelum perlawanan disusuli aksi penuh pasukan itu ketika menentang Turki.

"Apa yang penting, saya dapat lihat sendiri di depan mata corak permainan Lebanon. Jadi dari situ saya kini sudah boleh mengatur strategi terbaik untuk menghadapi mereka, terutamanya di Beirut nanti.

"Mungkin jika saya tak lakukan intipan ini, kita akan turun dengan sikap memandang mudah dan jika pada separuh masa pertama baru kita nak sedar, segalanya sudah terlambat.

"Jadi untuk mengatasi Lebanon, saya memerlukan pemain yang boleh bekerja dan berdisiplin tinggi ketika perlawanan. Lebanon boleh menjaringkan gol dan mereka juga boleh dibolosi," tegas Kim Swee.

Skuad Olimpik kebangsaan akan terbang ke Phnom Penh esok untuk aksi persahabatan menentang Kemboja (Selasa ini) dan bertemu Qatar di Doha pada 13 Jun, disusuli latihan di sana sebelum ke Beirut.

"Bertemu Kemboja, kita akan main seolah-olah bertemu Lebanon di laman sendiri, manakala bertemu Qatar, kita akan guna corak seperti bertemu Lebanon di tempat lawan," jelas Kim Swee.

Kapten skuad Olimpik yang juga penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat serta bek kiri Tereng- ganu, Zubir Azmi tidak dilepaskan untuk aksi Liga Super, Isnin ini tetapi mereka akan diberi pelepa- san beraksi pada final Piala FA, Sabtu depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skuad Rajagobal ikat Hong Kong

Posted:

Skuad Rajagobal ikat Hong Kong

Skuad Rajagobal ikat Hong Kong


SKUAD bimbingan Rajagobal (kanan) berjaya mengikat Hong Kong pada aksi persahabatan di Stadium Siu Sai Wan, Hong Kong semalam.


HASRAT Hong Kong untuk membalas dendam kekalahan terhadap Malaysia tidak kesampaian apabila kedua-dua pasu- kan seri 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Siu Sai Wan, Hong Kong malam tadi, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam pada 9 Februari lalu, skuad kebangsaan bimbingan K. Rajagobal berjaya mene- waskan Hong Kong 2-0 hasil jaringan Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal.

Namun pada aksi malam tadi, Hong Kong terlebih dahulu membuka tirai jari- ngan pada minit ke-60 menerusi penyudah Chan Siu Ki.

Malaysia hanya memerlukan enam minit untuk menyamakan kedudukan hasil jari- ngan penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya yang masuk sebagai pemain gantian pada penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga wisel penamat.

Hanya lima pemain ketika Malaysia menundukkan Hong Kong di Shah Alam kekal dalam kesebelasan utama malam tadi.

Mereka ialah ketua pasukan, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Radzak, Asraruddin Putra Omar, S. Kunanlan dan Safee Sali.

Baki enam pemain dalam kesebelasan Malaysia malam tadi ialah penjaga gol, Shar- binee Allawee Ramli, Hisyamudin Shaari, Helmi Remeli, Amar Rohidan, Amirulhadi Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha.

Manakala Hong Kong tampil dengan skuad berbeza apabila hanya tiga pemain dalam kesebelasan ketika aksi di Shah Alam iaitu Wong Chin Hung, Lo Kwan Yee dan Lam Ka Wai berada dalam kesebelasan kali ini.

Lima tonggak utama skuad kebangsaan iaitu penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, K. Guru- samy dan Ahmad Fakri Saarani tidak ke Hong Kong kerana sedang menjalani latihan pusat bersama skuad Olimpik negara.

Pada aksi persahabatan seterusnya, Malaysia akan bertemu Myanmar pada 18 Jun ini di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


RM50,000 rebut hadiah Shell Fuelsave

Posted:

RM50,000 rebut hadiah Shell Fuelsave

RM50,000 rebut hadiah Shell Fuelsave


AZMAN (tiga dari kanan) bergambar bersama barisan selebriti dan wartawan yang menyertai Cabaran Shell FuelSave di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ORANG ramai berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM50,000 dengan menyertai Cabaran Shell FuelSave 2011 yang berlangsung di seluruh negara sejak 21 Mei lalu.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Azman Ismail berkata, cabaran itu yang dulunya dikenali sebagai Cabaran 1 Liter Shell merupakan salah satu komitmen Shell dalam mendidik pengguna kenderaan untuk menggunakan minyak dengan lebih berhemah dan efisien.

"Pengguna semakin prihatin dengan tabiat berbelanja mereka dan kos penggunaan petrol adalah sebahagian daripadanya. Sehubungan itu, kami menganjurkan Cabaran Shell Fuelsave 2011 untuk melihat tabiat pemandu boleh memandu dengan setangki penuh Shell FuelSave," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Cabaran Shell Fuelsave 2011 di Stesen Shell Sentral Star di Lebuh Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir ialah duta Shell FuelSave, Fahrin Ahmad.

Tambah Azman, Shell FullSave 95 merupakan penjana gaya hidup dan dapat membantu pengguna berjimat.

"Misi kami adalah untuk membantu pemandu-pemandu menjimatkan 10 peratus daripada penggunaan petrol mereka dengan produk kami di samping petua-petua penjimatan," ujarnya.

Beliau berkata, orang ramai yang mahu menyertai cabaran itu perlu berusia 24 tahun ke atas dan mempunyai pengalaman memandu selama lima tahun.

Katanya, semua peserta yang ingin mendaftar boleh berkunjung ke Pameran Bergerak Shell FuelSave dengan lokasi terakhir di Sunway Carnival, Pulau Pinang sehingga 5 Jun 2011.

"Peserta-peserta perlu menjawab beberapa soalan dan sesi temuduga untuk mara ke peringkat seterusnya iaitu membabitkan ujian di jalan raya.

"Selepas itu mereka dikehendaki memandu kenderaan masing-masing mengikut laluan yang telah ditetapkan dengan menggunakan setangki penuh minyak Shell FullSave 95. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jarak paling jauh yang mampu dicatatkan," jelasnya yang memberitahu pendaftaran juga boleh dilakukan secara talian di www.shell.com.my/fulsave.

Sebagai simbolik pelancarannya, beberapa selebriti tanah air seperti Kenchana Devi, pemenang tempat kedua Malaysian Idol, Dina dan juruhebah Mix.FM, Hisham Hamzah dan wakil-wakil media turut berpeluang menyertai Cabaran Shell Fuelsave 2011 yang diadakan.

Kesemua peserta diberi kenderaan dan memandu sejauh 92 kilometer yang membabitkan beberapa laluan di sekitar Kuala Lumpur untuk menguji sendiri formula Penjimatan Petrol Shell, Shell FullSave 95.

Tempat pertama dimenangi oleh pasukan Dina yang mencatatkan 25.28 kilometer per liter (km/l), tempat kedua oleh pasukan Hisham (24.7 km/l) dan ketiga, pasukan Kenchana (22.7 km/l).

Sementara itu, Fahrin berkata, tahun ini merupakan tahun ketiganya dilantik sebagai duta Shell Fuelsave.

"Saya seronok kerana bukan sahaja dapat bertemu peminat-peminat, pada masa yang sama dapat membantu pengguna di Malaysia bagaimana menjimatkan petrol dan memperbaiki gaya pemanduan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


E. coli bakteria paling bahaya

Posted:

E. coli bakteria paling bahaya

E. coli bakteria paling bahaya


GAMBAR menunjukkan bakteria E.coli baharu yang dilihat menerusi mikroskop di Institut Penyelidikan Jangkitan di Brunswick, Jerman.


BERLIN/LONDON - Dilaporkan lebih 1,600 orang mangsa telah dijangkiti oleh bakteria E. coli yang telah membunuh sekurang-kurangnya 17 orang dan mungkin menjadi wabak paling bahaya setakat ini dalam sejarah manusia.

Jerman dikatakan menjadi pusat kepada wabak tersebut. Dengan punca sebenar masih kekal misteri, para pengguna di seluruh dunia kini berada dalam kebimbangan.

Dianggarkan seramai 1,624 orang di negara Eropah seperti Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat (AS) dikatakan sudah jatuh sakit, kemungkinan selepas memakan salad dan sayur-sayuran yang tercemar dari Jerman.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan ia merupakan bakteria E. coli yang baharu.

Angka kematian juga dijangka meningkat apabila Jerman mengemaskini jumlah pesakit.

Bakteria E. coli normal yang menjadi punca kepada masalah keracunan makanan sebenarnya tidak terlalu berbahaya.

Namun, bakteria jenis E. coli yang menyerang di Eropah mempunyai kemampuan untuk kekal pada dinding usus manusia dan mengeluarkan toksin yang dikenali sebagai Shiga (STEC).

Ia kemudian akan mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut.

Seorang pakar, Robert Tauxe dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS yang telah bekerjasama dengan pegawai kesihatan Jerman sejak minggu lalu mengakui E. coli itu sebagai jenis yang paling berbahaya jika dinilai daripada jumlah kematian.

Di Berlin, Canselor Jerman, Angela Markel telah mengarahkan satu satu pasukan khas untuk mengesan punca E. coli ditubuhkan.

Para saintis juga bertungkus-lumus mengenal pasti punca pencemaran, sama ada tahap kebersihan yang teruk di ladang, transit atau di kedai di Jerman sebagai punca kewujudan bakteria baharu itu.

Mengulangi amaran supaya rakyatnya tidak memakan sayur-sayuran mentah, para pegawai kesihatan Jerman menyatakan mereka telah merekodkan 199 kes terbaharu wabak tersebut dalam tempoh dua hari.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti kepada 1,733 orang.

Wabak itu juga membuatkan hubungan perdagangan antara negara Eropah menjadi tegang.

Rusia mengundang kritikan daripada Kesatuan Eropah (EU) selepas mengharamkan import sayur-sayuran mentah dari Eropah dengan mendakwa Belgium gagal menangani krisis tersebut.

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa bakteria itu berpunca daripada timun yang tercemar dari Sepanyol sebelum puncanya yang sebenar dari Jerman diketahui. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guna papan iklan minta pekerjaan

Posted:

Guna papan iklan minta pekerjaan

Guna papan iklan minta pekerjaan


FEILIM MAC AN IOMAIRE berdiri di depan papan iklan yang mempromosikan dirinya yang meminta pekerjaan di sebatang jalan raya di Dublin, Ireland kelmarin.


DUBLIN - Seorang penganggur, Feilim Mac An Iomaire kini memperoleh puluhan tawaran temu duga selepas dia membelanjakan £1,700 (RM8,379) untuk memasang papan iklan besar di sini yang mengandungi mesej meminta diberikan pekerjaan bagi mengelak dirinya berhijrah lagi.

Lulusan Universiti National Ireland di Galway itu menjadi perbualan ramai di laman Twiter dan Facebook selepas papan iklan tersebut dipasang di sini.

Dia kembali ke Ireland pada Ogos 2010 selepas setahun bekerja di Australia sebagai ejen pelancongan dan penyelaras majlis di sebuah hostel di Sydney.

Namun, dia kecewa kerana gagal mendapat pekerjaan disebabkan kadar pengangguran yang tinggi di Ireland iaitu hampir 15 peratus.

Dia tinggal bersama ibu bapanya dan mendapat bantuan kebajikan £160 (RM788) seminggu.

Perasaan kecewanya itu kemudian bertukar menjadi sumber inspirasi untuknya menghasilkan papan iklan tersebut.

Pada April lalu, dia membeli beberapa gambar dari sebuah agensi Indonesia, mencari pelukis pereka grafik dan jurugambar tanpa dikenakan sebarang bayaran dan berbincang dengan sebuah agensi pengiklan terbesar untuk medapatkan ruang memasang papan iklannya.

Papan iklan itu di sebatang jalan raya di sini telah menarik perhatian ramai kerana dianggap sebagai idea pemasaran diri yang terbaik.

Dia kini berharap akan memperoleh pekerjaan menjelang akhir bulan ini selepas menerima puluhan tawaran temu duga. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Presiden Yemen cedera dalam serangan meriam

Posted:

Presiden Yemen cedera dalam serangan meriam

Presiden Yemen cedera dalam serangan meriam


KEBAKARAN dilihat berlaku pada sebuah bangunan semasa pertempuran berlaku antara kabilah Sheik Sadiq al-Ahmar dengan pasukan keselamatan Yemen di Sanaa lewat malam kelmarin.


SANAA - Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh semalam cedera selepas satu siri serangan meriam mengenai sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan istana presiden.

Turut cedera ialah Perdana Menteri Yemen, Ali Mohammed Mujawar dan beberapa pegawai pemerintah yang lain. Serangan ke atas masjid itu berlaku ketika kebangkitan rakyat terus mengorbankan orang awam dan membawa negara itu ke kancah perang saudara.

Dalam kejadian sama, empat orang pegawai elit Penjaga Republikan terbunuh apabila dua bedilan meriam mengenai masjid.

Satu sumber rapat Ali memberitahu, Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Rashad al-Alimi kini dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan yang serius.

Serangan tersebut didakwa dilakukan oleh kabilah yang setia kepada Sheikh Sadiq al-Ahmar, pemimpin yang pengikutnya sering bertempur dengan tentera pemerintah di utara Sanaa sejak Selasa lalu.

"Kabilah Ahmar telah melampaui batas," tegas jurucakap Kongres Rakyat Awam Yemen, Tareq al-Shami.

Semalam, tentera Yemen telah menyerang kabilah tersebut dan melepaskan tembakan meriam ke arah rumah Sheikh Hamid al-Ahmar, pemimpin sebuah parti pembangkang terbesar di Yemen yang juga adik Sheikh Sadiq.

Sejak bulan Februari lalu, Ali berdepan protes di seluruh negara bagi menuntut beliau meletakkan jawatan selepas 32 tahun pemerintahannya.

Kebangkitan rakyat Yemen itu berlaku disebabkan kejayaan penduduk Mesir dan Tunisia yang menunjuk perasaan sehingga menyebabkan kedua-dua presiden di negara berkenaan, Hosni Mubarak serta Zine El Abiden Ben Ali yang sudah lama memerintah meletakkan jawatan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bayi 6 bulan maut tersedak makanan

Posted:

Bayi 6 bulan maut tersedak makanan

Bayi 6 bulan maut tersedak makanan

04/06/2011 7:05pm

KUALA LUMPUR — Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia semalam akibat tersedak, sehari selepas mengalami muntah selepas diberi makan oleh ibunya di rumah mereka di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supritendan Aida Abdul Hamid berkata, laporan bedah siasat mendapati bayi itu mati akibat tersedak susu bercampur makanan.

Bayi malang itu, Rania Batrisyia Zulazmi, meninggal dunia kira-kira 3.30 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 bersaudara maut kemalangan

Posted:

3 bersaudara maut kemalangan

3 bersaudara maut kemalangan

04/06/2011 6:52pm

MACHANG — Tiga bersaudara terbunuh selepas kereta Proton Wira yang dinaiki mereka bertembung dengan kereta pacuan empat roda di Kampung Kemuning di sini, hari ini.

Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Jajahan Machang Mohd Fauzi Che Omar berkata, Norazura Mohd Shaari, 18 dan adiknya Norakilah Najihah, 14, serta sepupu mereka, Norhasmalinda Halim, 24, maut di tempat kejadian.

"Mereka dalam perjalanan dari Gua Musang untuk menghadiri majlis kenduri di Bachok ketika kejadian itu berlaku pada pukul 9.20 pagi tadi," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian, kereta yang dipandu oleh Norhasmalinda bertembung dengan kereta pacuan empat ronda yang cuba memotong sebuah kenderaan lain.

Mayat Norhasmalinda dikeluarkan oleh orang ramai sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian manakala Norazura dan Norakilah tersepit di tempat duduk depan dan belakang. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Remaja lemas dalam kolam ikan

Posted:

Remaja lemas dalam kolam ikan

Remaja lemas dalam kolam ikan

04/06/2011 5:17pm

KAMPAR — Seorang remaja lelaki mati lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan ketika sedang memancing di kolam berkenaan di Mambang Diawam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Choo Mun Kit, 16, yang berasal dari Taman Ros, Kampar di sini ditemui pada pukul 10.45 pagi tadi oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bukan lagi seorang adiwira

Posted:

Bukan lagi seorang adiwira

Bukan lagi seorang adiwira



BRANDON ROUTH. Itu satu nama yang cukup sinonim dengan adiwira tersohor bernama Superman.

Biarpun hanya muncul menerusi sebuah filem Superman iaitu Superman Returns yang mana dia tidak akan kembali menyarung kostum adiwira gagah itu untuk filem Superman terbaharu, Man Of Steel, namun Routh sesungguhnya telah berjaya meninggalkan impaknya yang tersendiri dalam menghidupkan karakter Superman.

Meninggalkan kenangan berlakon sebagai Superman kira-kira lima tahun lalu itu, pada tahun ini Routh,32, bakal muncul di layar perak menerusi karakter adaptasi komik yang sudah terjual sebanyak 56 juta hasil kreativiti pencipta komik Itali, Tiziano Sclavi iaitu Dylan Dog.

Menerusi versi filemnya yang diberi judul Dylan Dog: Dead of Night, Routh kali ini bukan memikul peranan sebagai adiwira tetapi sekadar manusia biasa yang terpaksa berhadapan dengan entiti-entiti luar biasa atau dalam istilah tepatnya, paranormal yang termasuklah puntianak dan serigala jadian.

Dylan Dog merupakan seorang detektif yang menyiasat tentang kejadian-kejadian paranormal yang mana karakternya sebagai hero agak kompleks, bersifat gelap dan ada kekurangan.

Ia nyata agak berlawanan dengan karakter adiwira Superman lakonannya sebelum ini.

Namun disebabkan Routh jelas memiliki kesemua personaliti yang dimiliki oleh Dylan Dog, terutama warna rambutnya yang hitam pekat, dia menjadi pilihan yang tepat untuk karakter itu.

"Saya mengambil masa yang agak lama untuk memahami dan mengkaji watak Dylan, tapi ia sesuatu yang bagus buat saya," katanya.

Tambah Routh: "Dylan merupakan seorang antihero. Dia tidak semestinya mahu menjadi seorang hero, namun dia pasti akan menjadi seorang daripada mereka.

"Ini kerana di sudut hati yang paling dalam, perwatakan lucunya dan adakalanya agak negatif sebenarnya membayangkan keghairahan dan semangat dirinya

"Apa yang menarik tentang Dylan adalah dua sisinya yang berbeza. Bila menghadapi tekanan atau berada dalam keadaan yang memaksa dia akan menunjukkan wajah cekal."

Tambahnya: "Namun, apabila dia dalam situasi biasa tanpa sebarang cabaran di depan mata, dia akan menjadi lebih relaks dan selesa dan adakalanya sedikit emosional."

Zombi

Memahami bagaimana filem itu nanti mampu menonjol di sebalik lambakan filem-filem dari genre yang sama, Routh menegaskan: "Apa yang lain tentang filem ini ialah isi kandungannya dan bagaimana ceritanya dipersembahkan, terutamanya hubungan antara Dylan dan rakan baiknya, Marcus.

Gandingan Routh dalam filem ini iaitu Sam Huntington diberi tanggungjawab melakonkan watak Marcus iaitu pembantu bawahan Dylan.

Namun, Marcus mati dibunuh dan bertukar menjadi zombi yang menjadi cabaran terhadap hubungannya dengan Dylan.


BRANDON Routh dan Anita Briem dalam satu babak cemas filem Dylan Dog: Dead of Night.


Lakonan Huntington sebagai Marcus dan hubungannya dengan Dylan menyuntik elemen emosi kepada jalan cerita filem ini.

Hubungan tersebut bercambah impak daripada persahabatan bertahun-tahun lamanya dan selepas berpengalaman bekerjasama dalam filem Superman Returns sebelum ini, yang mana Huntington membawakan watak Jimmy Olsen.

Mengulas tentang jalinan persahabatannya dengan Routh kata Huntington: "Brandon dan saya sudah lama bersahabat dan dia menelefon saya.

"Katanya, 'Hei kawan, saya baru dapat tawaran satu watak untuk filem baharu, dan saya rasa kamu akan nampak hebat untuk watak ini dan filem itu berjudul Dead of Night.

"Saya lantas menjawab, 'Aku pun baru saja pergi uji bakat sebuah filem tiga bulan lepas tapi belum ada berita. Apa cerita?' Dia jawab, 'Kita akan bersama-sama bekerjasama dalam filem ini."

Tambahnya: "Marcus menghidupkan cerita ini. Dialah rakan setugas Dylan dan seolah-olah adiknya sendiri. Pada permulaan cerita, dia begitu beria-ia mahu menjadi rakan kongsi Dylan."

Selepas bergandingan dalam Supermas Returns, Routh sememangnya mahu bekerjasama lagi dengan Huntington, jadi dia telah melobi pengarah Dylan Dog: Dead of Night iaitu Kevin Munroe agar mengambil Huntington berlakon sebagai Marcus.

"Apabila saya baca sahaja skrip filem ini, orang pertama yang muncul di fikiran adalah Sam (Huntington). Saya yakin dia sesuai membawakan watak Marcus kerana personalitinya," beritahu Routh pula tentang Huntinton.

Menurutnya lagi: "Saya terkejut kerana penulis skrip filem ini (Joshua Oppenheimer dan Thomas Dean Donnelly) langsung tidak mengenali Sam.

"Saya terus berbincang dengan Kevin apabila mendapat tahu dia terlibat sama dalam filem ini dan saya bertanya kepadanya jika dia boleh menawarkan Sam watak tersebut.

"Kebetulan Kevin juga mempunyai pendapat serupa. Kata Kevin, 'oleh kerana kalian bersahabat, jadi saya tidak pernah bertanya bimbang kalian tidak selesa'."

Di samping dua watak penting yang serasi lakonan Routh dan Huntington itu, barisan tenaga lakonan Dylan Dog: Dead of Night diperkuatkan oleh Peter Stromare, Taye Diggs, Anita Briem dan ahli gusti terkenal, Kurt Angle.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ke mana hala tuju Salma

Posted:

Ke mana hala tuju Salma

Ke mana hala tuju Salma

Oleh ALIF ABU BAKAR
hiburan@kosmo.com.my


ERRA berbangga dengan kejayaan Salma.


SELEPAS lima musim Mentor diperkenalkan, majoriti peserta yang menjuarai pertandingan itu tidak menyerlah dan menyinar dalam industri.

Juara musim pertama, Pija hanya terkenal dengan singlenya, Luka sahaja sedangkan vokal yang dimiliki Pija begitu jarang ditemui dalam industri muzik tempatan. Begitu juga dengan Fiq dan Mohd. yang tenggelam timbul serta terkapai-kapai mencari tapak bagi membina keutuhan dalam industri.

Satu-satunya juara Mentor yang berjaya mengelak badi itu ialah Black yang begitu bersinar di dalam industri.

Bagaimana pula dengan nasib Salma Abdul Asis selepas dia dinobatkan juara Mentor 5 baru-baru ini? Adakah wanita berusia 21 tahun itu akan menerima tempias badi tiga juara yang tidak bernasib baik atau dapat menceduk sedikit tuah Black untuk terus menyinar dalam kancah seni?

Walaupun ibu tunggal kepada anak perempuan bernama Puteri Nurul Huda itu mendapat sokongan padu sepanjang pertandingan tersebut berlangsung, namun apakah percaturan nasibnya akan cerah selepas ini.

Mencatatkan markah keseluruhan sebanyak 85 markah pada malam itu, Salma boleh dikatakan menang bergaya apabila meninggalkan dua pesaingnya, Shiha yang mencatatkan 63 markah dan Iqa yang ketinggalan jauh dengan 56 markah.

Tidak dinafikan persembahan bertenaga Salma menyampaikan lagu Listen nyanyian asal Beyonce cukup memukau.

Begitu juga hebatnya persembahan Salma yang berduet bersama Jaclyn Victor untuk lagu-lagu Cinta dan Rindu.

Erra Fazira selaku mentor kepada pendatang baru dari Sabah itu yakin anak didiknya itu mampu pergi jauh dalam bidang seni suara namun 'kuasa' yang dimilikinya terhadap Salma telah pun berakhir selepas program tersebut melabuhkan tirai.

"Salma terikat dengan kontrak bersama TV3, jadi apa-apa perancangan selepas ini akan ditentukan oleh mereka. Saya selaku mentor telah menjalankan tugas saya sebaik mungkin tetapi itu tidak bermakna saya tidak akan lagi membimbing Salma.

"Sekiranya dia mempunyai sebarang masalah dan inginkan pertolongan, saya sentiasa terbuka untuk memberi tunjuk ajar," luah Erra jujur pada sidang akhbar selepas konsert akhir Mentor 5 tamat.

Agak janggal apabila mengetahui Shiha telahpun ditawarkan sebagai artis rakaman Monkey Bone dan Iqa pula akan terus berada dalam pengawasan mentornya, Edry di bawah bumbung KRU Records sedangkan Salma selaku juara belum menerima tawaran daripada mana-mana pihak lagi.

Adakah soal pakej menjadi ukuran buat syarikat rakaman menimbang tara wajarkah Salma diambil sebagai artis rakaman mereka walaupun jelas bakat dimilikinya bukan calang-calang atau gusar dengan kredibiliti Salma untuk terus bertapak dalam industri muzik tanah air?

Masyarakat mungkin mampu melaung-laungkan nama Salma ketika ini dan menyifatkannya sebagai penyanyi wanita baru yang bakal menggugat kedudukan penyanyi-penyanyi wanita sedia ada namun harus diingat kuasa hakikat terletak di tangan mereka yang mencorakkan Salma dan bertanggungjawab mencari dahan buat Salma berpaut agar mampu bertahan lama dalam industri.

"Pengalaman menyanyi di majlis-majlis orang kahwin sebelum ini banyak mendidik saya agar bersabar jika hendak berjaya dan hari ini saya telah buktikan yang saya boleh mencapai cita-cita saya untuk bergelar seorang penyanyi," tutur Salma penuh optimis.

Sekiranya Salma nekad mahu berada pada kedudukan tertinggi dalam industri, dia perlu bekerja keras dan mempunyai sekumpulan individu yang berupaya membawa namanya sebaris dengan nama-nama yang ada hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syahrini nafi bedah muka

Posted:

Syahrini nafi bedah muka

Syahrini nafi bedah muka


TIDAK habis-habis dilanda gosip negatif, kali ini Syahrini ditohmah membuat pembedahan plastik pada wajahnya.


SEPANJANG bulan Mei yang lalu, nama penyanyi Syahrini begitu panas termasuk kerana gambar sensasi yang disebarkan secara meluas di Internet.

Belum surut kisah tersebut, kini, memasuki bulan Jun, nama Syahrini kembali meledak atas tuduhan dia membuat pembedahan plastik pada wajahnya, sekali gus menambah satu lagi cerita negatif tentang dirinya.

Namun mantan pacar Anang Hermasyah itu menafikan dakwaan tersebut. Dia sebaliknya berkata bahawa perubahan wajah dari zaman sekolah sehingga dia dewasa kini disebabkan gaya solekan, selain bagaimana dia menjaga dan mengekalkan penjagaan wajahnya.

"Ini wajah saya yang asli. Memang benar saya lebih suka wajah saya waktu zaman sekolah dulu kerana bebas solekan.

"Tetapi wajah sekarang selalu tebal solekan, namun saya masih suka juga. Bukan kerana pembedahan plastik, tapi bagaimana saya merawat wajah saya kini," katanya.

Malah saat ditanya bagaimana dia berhadapan dengan gosip yang semakin bertubi-tubi, Syahrini yang senang dipanggil Rini pasrah dan memberitahu dia menerima gosip-gosip tersebut dengan ikhlas.

"Saya tak kisah, saya terima semua berita itu dengan ikhlas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved