Jumaat, 30 Mei 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


1,214 graduan UiTM Perlis terima ijazah, diploma

Posted:

1,214 graduan UiTM Perlis terima ijazah, diploma

1,214 graduan UiTM Perlis terima ijazah, diploma


SEBAHAGIAN daripada penerima Anugerah Naib Canselor bergambar pada Istiadat
Konvokesyen ke-80 UiTM Cawangan Arau, Perlis baru-baru ini.


TAHNIAH. Seramai 1,214 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis menerima ijazah dan diploma masing-masing daripada Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub di Dewan Sri Semarak, Arau, Perlis baru-baru ini.

Menurut Rektor UiTM Perlis, Prof. Datuk Ahmad Redzuan Abd. Rahman, daripada jumlah itu seramai 500 graduan menerima ijazah sarjana muda dan 714 menerima diploma.

Konvokesyen kali ini turut mencatat sejarah kerana 13 orang graduan menerima hadiah Alumni UiTM Perlis yang pertama kali diadakan.

Selain itu, konvokesyen kali ini turut meriah dengan program Fiesta Harumanis, aktiviti promosi program Edu-Tourism UiTM Perlis, jualan dan pameran hasil pertanian dari Unit Ladang UiTM Perlis, aktiviti mewarna kanak-kanak dan lawatan sekitar kampus dengan menaiki trem.

KRT Kampung Semera anjur program kejiranan

Posted:

KRT Kampung Semera anjur program kejiranan

KRT Kampung Semera anjur program kejiranan


KUMPULAN Belia Kampung Semera menunjukkan bakat tarian poco-poco pada program Sayang-Sayang Jiranku Sayang di Sadong Jaya, Kota Samarahan, Sarawak baru-baru ini.


SAYANG JIRAN. Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Semera, Sadong Jaya, Sarawak menganjurkan program Sayang-Sayang Jiranku Sayang dalam memupuk semangat kejiranan dalam penduduk kampung tersebut baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo berkata, penganjuran program seumpama itu dilihat mampu memupuk nilai dan budaya hidup bermasyarakat dalam kalangan penduduk kampung.

"Kita perlu menyemai rasa kasih sayang dan perasaan hormat menghormati sesama jiran kerana ia adalah kunci utama kepada keharmonian hidup bermasyarakat," katanya di Dewan Masyarakat Sadong Jaya.

WP Kuala Lumpur juara bola jaring Maksak

Posted:

WP Kuala Lumpur juara bola jaring Maksak

WP Kuala Lumpur juara bola jaring Maksak


PEMAIN pasukan Wilayah Persekutuan Lumpur (kanan) dan Selangor bergambar pada majlis penyampaian hadiah kejohanan bola jaring Maksak di Dome Kompleks Tun Abdul Razak, Pulau Pinang baru-baru ini.


JUARA. Pasukan bola jaring Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur berjaya bergelar juara Kejohanan Piala Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) selepas menewaskan pasukan Selangor di Dome Kompleks Tun Abdul Razak, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kemenangan tersebut sekali gus menamatkan penantian tiga tahun berturut-turut pasukan WP Kuala Lumpur yang sebelum ini terpaksa berpuas hati mendapat tempat kedua di pentas final.

Pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meraih kejuaraan tersebut selepas menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan tipis 28-27.

Tempat ketiga dimiliki oleh Kedah dan keempat pula oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Calicivirus mudah menjangkiti kucing

Posted:

Calicivirus mudah menjangkiti kucing

Calicivirus mudah menjangkiti kucing

FELINE calicivirus (FCV) menjangkiti kucing di seluruh dunia dan menyebabkan penyakit kepada semua baka kucing.

Sekurang-kurangnya terdapat 40 jenis Calicivirus. Kekuatan jangkitan bergantung kepada jenis virus yang menjangkiti kucing.

Tanda-tanda biasa jangkitan ialah masalah pada sistem pernafasan yang melibatkan hidung dan tekak. Lazimnya, FCV menyebabkan kucing kerap bersin, hidung tersumbat dan konjunktivitis. Konjunktivitis ialah radang pada membran lapisan kelopak mata.

Lelehan cecair juga keluar dari hidung atau mata. Cecair yang keluar mungkin bernanah atau mengandungi nanah.

Kucing yang dijangkiti calicivirus sering mendapat masalah gusi dan mulut seperti ulser di lidah, lelangit, gusi, bibir dan hidung.

Simptom-simptom lain boleh dikenal pasti pada kucing yang dijangkiti calicivirus termasuk hilang selera makan, lesu, demam, kelenjar membengkak dan juling.

Dalam sesetengah kes, kucing hanya menunjukkan simptom yang sedikit dan tidak ketara. Malah ada yang memperlihatkan tanda-tanda lebih besar seperti demam teruk, kesukaran bernafas, penghasilan mukosa atau lendiran berwarna kuning kehijauan, kemurungan, demam kuning dan kerosakan teruk pada organ dalaman.

Zarah virus

Kadar kematian selepas jangkitan sekitar 67 peratus dan amat sukar untuk veterinar merawat jangkitan tersebut.

Calicivirus sangat mudah berjangkit dan kucing dijangkiti boleh menyebarkan zarah virus dalam air liur atau rembesan lendir daripada hidung atau mata.

Jika kucing yang dijangkiti bersin, maka zarah virus boleh tersebar beberapa meter ke udara sekali gus menjangkiti kucing-kucing lain di sekitarnya.


KUCING yang dijangkiti Calicivirus sering mendapat masalah gusi dan mulut seperti ulser di lidah, lelangit, gusi, bibir dan hidung.


Kucing lain yang sihat boleh mendapat jangkitan melalui sentuhan dengan kucing yang dijangkiti atau pendedahan alam sekitar termasuk objek tercemar dengan rembesan.

Sehubungan itu, jangan sesekali menempatkan kucing yang dijangkiti berhampiran kucing yang sihat. Sebaik-baiknya asingkan bekas makanan, minuman, kotak sampah dan lain-lain. Calicivirus mampu bertahan sehingga seminggu dalam persekitaran tercemar malah lebih lama terutamanya di lokasi sejuk dan lembab.

Selain sentuhan terus antara kucing, manusia juga boleh menjadi faktor jangkitan terhadap kucing. Ini kerana sentuhan pada objek tercemar atau kucing yang dijangkiti juga boleh menyebarkan virus kepada kucing lain.

Tempoh inkubasi calicivirus mengambil masa antara dua hingga enam hari selepas jangkitan. Ketika itu kucing akan mula menunjukkan gejala.

Tempoh jangkitan adakalanya mengambil masa antara 14 hingga 21 hari. Rawatan mungkin diperlukan untuk jangka masa yang agak panjang dan kos rawatan serta ubatan bergantung pada tahap jangkitan.

Cecair yang keluar daripada tubuh kucing yang mengandungi virus akan dikeluarkan daripada badan kucing yang dijangkiti dalam masa dua hingga tiga minggu. Dalam tempoh ini, kucing mula menunjukkan tanda-tanda penyusutan berat badan, hilang selera makan dan sebagainya.

Penghidap calicivirus mungkin sembuh tapi haiwan tersebut menjadi pembawa virus ini seumur hidup dan menyebarkannya kepada kucing-kucing lain di persekitarannya. Kucing yang bunting boleh menurunkan jangkitan kepada anak-anak yang dikandung.

Jika kucing kerap selesema, sukar bernafas, keluar lendir pekat dari hidung, mulut atau mata, ada baiknya ia segera asingkan dan bawa ke klinik untuk pemeriksaan veterinar.

Jika veterinar mengesyaki kucing dijangkiti virus ini, mereka akan melakukan ujian terhadap sampel cecair kucing dengan menggunakan kaedah reaksi rantai polimerase (PCR).

Bagi kes calicivirus ini, rawatan yang ada memang agak rumit, namun ia belum tentu menyembuhkan. Sesetengah kes yang kronik, kucing mungkin tidak mampu bertahan dan akhirnya mati.

Langkah pencegahan terbaik ialah dengan suntikan vaksin dan penjagaan kebersihan rumah serta kawasan sekitar.

Pelanggan setia dirai tonton X-Men

Posted:

Pelanggan setia dirai tonton X-Men

Pelanggan setia dirai tonton X-Men


SAMSUNG Malaysia menghadiahkan lebih 3,600 tiket prebiu filem X-Men: Days of Future Past kepada pengguna aplikasi Galaxy Life di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka baru-baru ini.


PENGGUNA setia Samsung pasti bertambah teruja apabila jenama barangan elektronik terkemuka itu menghadiahkan ganjaran menarik sebagai penghargaan terhadap kesetiaan pelanggan. Bagi pengguna peranti Samsung Galaxy yang tertanya-tanya cara untuk mendapatkan ganjaran tersebut, anda harus segera memuat turun aplikasi Galaxy Life ke telefon pintar masing-masing.

Aplikasi tersebut memberikan tawaran istimewa secara harian, mingguan dan bulanan. Baru-baru ini, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung Malaysia) melalui Galaxy Life telah menjadikan pengguna Samsung Galaxy sebagai antara kumpulan pertama menonton filem adiwira X-Men: Days of Future Past sebelum ia ditayangkan secara rasmi di Malaysia.

Timbalan Presiden Teknologi Maklumat dan Perniagaan Mobil, Samsung Malaysia, Ng Long Shang berkata, pengguna peranti Samsung Galaxy berpeluang menikmati pelabagai kejutan istimewa sejak aplikasi Galaxy Life dilancarkan.


SAMSUNG Malaysia terus menawarkan ganjaran istimewa kepada para pengguna perantinya.


"Antara kejutan yang diberikan termasuk minuman Sturbucks, aiskrim Baskin Robbins dan tiket wayang dari Golden Screen Cinema (GSC).

"Sudah tentu kami akan memberikan lebih banyak ganjaran eksklusif dan menakjubkan kepada pengguna pada masa akan datang," jelasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehubungan itu, Samsung Malaysia telah menawarkan lebih 3,600 tiket prebiu buat pengguna Galaxy Life. Mereka boleh menebus tiket tersebut di empat lokasi yang disenaraikan iaitu GSC Pavilion dan Mid Valley, Kuala Lumpur; Gurney Plaza, Pulau Pinang dan AEON Bandaraya, Melaka.

Filem yang ditayangkan tersebut merupakan francais X-Men yang kelapan yang diadaptasi daripada komik Marvel karya asal Stan Lee sebagai penulis dan artis Jack Kirby pada tahun 1963.

Filem terbaharu itu mengisahkan tentang pasukan adiwira yang menggelarkan diri mereka The X-Men telah menghantar Wolverine atau Logan ke masa lalu dalam usaha mengubah sejarah bagi menghalang peristiwa yang menyebabkan kemusnahan kepada manusia dan makhluk mutan.

Berjayakah Logan mencapai misi mustahil tersebut? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kesudahan filem bernilai AS$200 juta (RM643 juta) itu di pawagam berhampiran anda.

Kejutan Hari Ibu Sukarelawan GSST

Posted:

Kejutan Hari Ibu Sukarelawan GSST

Kejutan Hari Ibu Sukarelawan GSST

Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN


PARA penghuni ditatang dengan penuh kasih sayang oleh para sukarelawan GSST yang menjalankan tugasan lapangan kesukarelaan.


PELUH menitik tidak berhenti, bahang yang dirasa jelas kelihatan pada kulit muka yang merah seperti dibakar apabila bersesak di ruang tamu yang sempit di Pusat Jagaan Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) Nur.

Lot rumah banglo yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur itu menetapkan kira-kira 60 orang penghuni yang rata-ratanya tidak mempunyai keluarga, anak yatim, dibuang keluarga, dan majoritinya mempunyai kelainan upaya mental.

Kipas siling di ruang tamu yang juga tempat tidur beberapa orang penghuni tidak berupaya untuk memberikan pengudaraan yang baik memandangkan ruangnya yang sesak dipenuhi katil dan manusia.

Menurut tuan rumah yang juga penyelia pusat tersebut, Norma Adlan, 48, penghuni di rumah tersebut bertambah dari hari ke hari.

Wanita yang sepenuhnya menjaga para penghuni pusat tersebut berasa bertanggungjawab untuk membela nasib beberapa orang yang dibuang keluarga.

"Sekurang-kurangnya di samping membuat kebajikan, saya boleh mengisi masa terluang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

"Saya juga boleh mengelakkan sesetengah penghuni yang tidak mempunyai tempat tinggal hidup menjadi gelandangan," katanya.

Rumah banglo yang disewa Norma pada harga RM3,000 sebulan mempunyai empat buah bilik. Tiga buah bilik dijadikan penginapan penghuni manakala satu bilik lagi dikongsi oleh Norma dan empat anaknya untuk berehat dan tidur.

Sesak

Penghuni yang ramai menyebabkan Norma terpaksa menempatkan beberapa buah katil untuk dijadikan tempat tidur insan-insan istimewa itu.

Jelas Norma, kira-kira 20 orang sahaja penghuni yang merupakan insan normal manakala yang lainnya mengalami kelainan upaya mental.

Ketika para wartawan menemu bual Norma, salah seorang daripadanya telah dipeluk daripada seorang remaja lelaki, yang juga merupakan penghuni di rumah tersebut.

Rakan-rakannya yang lain pula ada yang merampas buku dan pen yang sedang dipegang rakan-rakan wartawan.

Ujar Norma, situasi tersebut sudah menjadi biasa bagi dirinya. Adakalanya wanita ini akan berjaga pada waktu malam untuk memastikan para penghuni tidak melakukan perbuatan di luar kawalan.


NAIB Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan (tengah) turut menceriakan para penghuni pusat tersebut.


Selain menggunakan duit sendiri, Norma juga turut menerima bantuan daripada masyarakat setempat selain terdapat beberapa orang ahli keluarga penghuni yang menghulurkan bantuan.

Walau bagaimanapun, ketidakselesaan ini tidak mematahkan semangat para peserta kursus Train the Trainers yang mendapat tugasan mengejut bersempena hari ibu.

Kursus yang bertujuan melatih sukarelawan Puteri UMNO seluruh negara yang dikenali sebagai Global Support Super Team (GSST) telah memautkan ikatan kasih antara para sukarelawan dan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas dan OKU Nur.

Kejutan

Bertepatan dengan sambutan Hari Ibu, tugasan mengejut yang diberikan memerlukan peserta untuk mencari satu tempat yang sesuai untuk mengadakan sambutan Hari Ibu.

Pada 9 Mei lalu, para peserta telah bersepakat untuk mengadakan sambutan tersebut di Pusat Jagaan Warga Emas dan OKU Nur.

Program yang diberi nama We Love You Mum adalah projek pertama kendalian sepenuhnya GSST bertujuan memberi pendedahan awal tentang kesukarelaan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Antarabangsa Puteri UMNO, Nor Hazreena Mohamad Hashim berkata, tugasan tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk mempraktikkan ilmu yang diperoleh semasa menjalani kursus di Janda Baik, Pahang.

"Semasa rombongan kami sampai sekitar pukul 2 petang, para penghuni sudah sedia menunggu di hadapan pintu pagar.

"Mereka kelihatan begitu teruja menyambut kedatangan kami. Raut wajah mereka menunjukkan betapa mereka mahukan perhatian," katanya yang juga selaku pengarah program tersebut.

GSST turut memberikan hadiah berupa bunga dan kek sebagai hadiah bersempena Hari Ibu. Selain itu mereka juga turut memberikan sumbangan lampin pakai buang kepada Norma untuk meringankan beban wanita tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Budak dibunuh kerana dendam

Posted:

Budak dibunuh kerana dendam

Budak dibunuh kerana dendam

Oleh NUR AISHAH AMIN dan MALINDA MALIK
berita@kosmo.com.my

ANGGOTA polis memeriksa mayat Siti Soffea yang ditemui mati di stesen komuter di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields kelmarin.


KUALA LUMPUR – Dendam dipercayai menjadi punca seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dengan kepalanya dipenggal di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter di Jalan Tun Sambanthan di sini malam kelmarin.

Satu sumber berkata, sebelum dibunuh mangsa Siti Soffea Emelda, dua tahun enam bulan, dilarikan daripada jagaan ibunya yang bertemu rakan-rakan di Kompleks Kota Raya.

Semasa ibu mangsa pergi ke tandas pada pukul 4 petang, kanak-kanak itu yang dijaga rakan-rakannya, hilang sebelum mangsa kemudian ditemui sudah mati dalam keadaan mengerikan di tebing Sungai Klang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

'Tolong cari tangan saya' – Izani

Posted:

'Tolong cari tangan saya' – Izani

'Tolong cari tangan saya' – Izani

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my


IZANI selamat menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan semalam.


KOTA BHARU – "Tolong carikan tangan saya." Itulah ungkapan pertama seorang tukang paip di rumah ibu saudaranya setelah berlari satu kilometer untuk mendapatkan pertolongan apabila pergelangan tangan kanannya putus ditetak dua lelaki malam kelmarin.

Dalam kejadian pada malam Rabu lalu, Izani Ghazali, 43, yang berlumuran darah berlari dalam kesakitan setelah tangannya putus ditetak dalam kejadian di Kampung Bukit Temalong, Gunung, Bachok.

Bagaimanapun polis menemui semula tangannya itu dalam semak di tempat kejadian pada malam sama dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian supaya dapat disambung semula.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua amah Fasha Sandha kena jel

Posted:

Dua amah Fasha Sandha kena jel

Dua amah Fasha Sandha kena jel

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


FASHA SANDHA dan suaminya Rizal Ashram.


KUALA LUMPUR – Dua pembantu rumah kepada pelakon Fasha Sandha dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang Jaya semalam kerana mencuri wang milik suami artis berkenaan, Rizal Ashram Ramli di rumah mereka di sini.

Majistret Zulyana Zolkapli membuat keputusan tersebut selepas kedua-dua warga Indonesia itu, Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Sehubungan itu, kedua-dua warga Indonesia itu diarah menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 13 Mac lepas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


EcoSport tepati citarasa tempatan

Posted:

EcoSport tepati citarasa tempatan

EcoSport tepati citarasa tempatan

Oleh WAN AZHAR WAN ABDULLAH
garaj@kosmo.com.my

AWAL tahun ini, penulis bersama beberapa pengamal media lain menerima jemputan daripada pengeluar kereta tersohor Amerika Syarikat, Ford Motor Co. (Ford Motor) untuk menyertai satu sesi pembentangan produk dan pandu uji salah sebuah model terbaharunya di Thailand.

Model itu ialah Ford EcoSport dan ia dikatakan bakal menjengah pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Secara jujur, penulis bukan berkecimpung secara langsung dalam bidang permotoran namun diberi peluang untuk menilai dan merasai apa kehebatan sebenar kereta terbaharu keluaran Ford Motor daripada perspektif seorang pemandu kebanyakan seperti anda.

Sudah menjadi lumrah sebilangan besar pembeli tempatan cepat tergoda dengan kecantikan reka bentuk sesebuah kereta sehinggakan ia dikatakan sebagai antara ukuran penting yang mempengaruhi trend pembelian kenderaan di Malaysia.

Begitu juga dengan penulis, faktor reka bentuk juga diambil kira sepanjang pengalaman ketika membeli kereta pertama sehinggalah jentera ketiga. Bukan itu sahaja, rata-rata pengguna muda juga lebih gemari kereta bersaiz kompak dan tampil bersama imej sporty serta moden kontemporari.

Faktor kosmetik yang mampu paut pada hati pembeli ada pada model Ford EcoSport. Itulah tafsiran pertama penulis sejurus sahaja memandangnya ketika memasuki pekarangan Hotel Sheraton di Hua Hin, Thailand. Kenderaan crossover segmen B kompak itu pantas menarik perhatian penulis dan beberapa pengamal media lain.


KADAR pencahayaan malam harus diberi pujian kerana ia cukup terang.


Lebih praktikal

Ford EcoSport menampilkan binaan ergonomik yang diperlukan kebanyakan pemandu khususnya di Malaysia. Kelebihan jarak ketinggian antara tanah dan casis memberikannya kelebihan untuk meredah situasi banjir kilat atau lopak air yang lazimnya melanda ibu kota setiap kali musim tengkujuh.

Secara kasar, Ford EcoSport mampu mengharungi paras air setinggi lutut seorang lelaki normal. Bagaimanapun, anda tidak menggalakkan berbuat demikian kerana ia agak merbahaya.

Jika berada dalam keadaan memaksa, kenderaan itu masih mampu mendaki bahu jalan dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Apabila berada dalam duduk pemandu, didapati kenderaan itu tidak setinggi model-model SUV lain khasnya produk keluaran negara Korea Selatan dan tidak keterlaluan dikatakan ia hampir sama seperti sebuah kereta sedan. Untuk menghidupkannya, tekan sahaja butang pemula enjin. Anda tidak perlu menggunakan kunci untuk membuka pintu kenderaan.

Selain mudah dan sporty, ciri itu amat berguna khasnya pada waktu malam ketika anda berada dalam situasi cemas, tergesa-gesa, sedang memikul anak kecil atau membawa banyak barang.

Ketika memandu SUV itu di kawasan sekitar Hua Hin, penulis mendapati pengendaliannya lebih mirip kepada sebuah kereta dan amat sesuai juga untuk para pemandu wanita. Sterengnya ringan ketika pemanduan perlahan tetapi bertindak responsif apabila memandu laju atau menakluki kawasan selekoh tajam.


BAGI anda yang sedang merancang pembelian sebuah crossover praktikal, nantikan sahaja ketibaan Ford EcoSport ke Malaysia tidak lama lagi.


Ford EcoSport didatangkan dengan transmisi automatik tetapi anda perlu berusaha sedikit untuk memijak pedal minyak jika mahu memecut laju.

Pemandu juga boleh memilih transmisi sequential untuk memberi lebih kuasa pecutan apabila memandu di lebuh raya atau jalan persekutuan.

Satu ciri menarik tentang Ford EcoSport adalah kenderaan itu sememangnya senyap dan tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa ia hampir kalis bunyi.

Keselesaan pemanduan

Sewaktu melalui kawasan bandar Hua Hin, penulis tidak mendengar sebarang bunyi bingit lalu lintas di luar dan membuatkan anda seakan-akan berada dalam dunia sendiri iaitu dunia Ford EcoSport.


FORD EcoSport menawarkan ruang kargo yang cukup luas sehingga mampu menempatkan sebuah mesin basuh tanpa sebarang masalah.


SUV itu dilengkapi tayar ganti yang diletakkan di hud belakang secara menegak dan bukannya pada bahagian bawah kenderaan untuk memudahkan operasi menukar tayar. Apabila memandu Ford EcoSport di kawasan pedalaman, kenderaan ini mampu menyerap hentakan dan lubang dengan amat baik malah penulis tidak memperlahankan kelajuan semasa merentas mana-mana bonggol atau lubang di sepanjang laluan tersebut.

Ruang papan pemuka tidak banyak berbeza daripada kereta Fod Fiesta tetapi tempat duduknya nyata lebih selesa jika dibandingkan dengan kereta kompak itu.

Ford EcoSport dilengkapi sistem audio kawalan suara supaya pemandu dapat memberi tumpuan penuh pada pemanduan. Pemandu boleh membuat atau menjawab panggilan telefon dan mengawal muzik melalui suara. Penulis berpendapat selain dijadikan kenderaan harian, Ford EcoSport selesa untuk destinasi percutian hujung minggu.

Kenderaan ini cukup sesuai untuk melakukan perjalanan ke kawasan Pantai Timur yang memiliki keadaan jalan raya yang agak mencabar. Mereka yang kerap melakukan perjalanan ke kawasan itu tentu arif dengan situasi jalan yang berlekuk di sana sini terutamanya selepas melintasi bandar Lipis.

Berkenaan harga, penulis percaya kenderaan Crossover ini akan dijual pada harga lebih tinggi daripada model Fiesta tetapi lebih berpatutan berbanding beberapa SUV popular di negara ini.

Satu lagi faktor yang perlu diambil-kira adalah penjimatan petrol. Kenderaan ini dilengkapi enjin EcoBoost bersesaran satu liter mampu mencapai jarak 18.9 kilometer dengan setiap liter petrol. Ia juga didatangkan dengan enam beg udara untuk pemandu dan penumpang, sistem ABS dan serta sensor belakang.

Naza Italia memperkenalkan Ferrari California T

Posted:

Naza Italia memperkenalkan Ferrari California T

Naza Italia memperkenalkan Ferrari California T

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
afifihafiz.nor@kosmo.com.my


CALIFORNIA T boleh kelihatan sebagai coupe dan konvertibel.


NAZA Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia), pengedar rasmi kenderaan Ferrari di Malaysia telah melancarkan model terbaharu, Ferrari California T baru-baru ini.

Model itu didatangkan bersama unit enjin V8 turbo berkembar yang diperbaharui dan mampu mengurangkan kadar pembebasan emisi karbon dan penggunaan bahan bakar secara drastik tanpa menjejaskan faktor prestasi enjin.

Ferrari California T merupakan salah satu model Ferrari yang melambangkan ciri elegan, sporty dan eksklusif sejak tahun 1950-an lagi.

Menurut Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, generasi terkini California adalah lebih cepat dengan enjin yang lebih berprestasi dan cekap yang memaksimumkan ekonomi bahan api sambil mengekalkan bunyi enjin signatur Ferrari.


RUANG dalaman California T ini menggunakan kombinasi dua tona warna yang menaikkan imej eksklusif kereta ini.


California T yang menggunakan enjin berkapasiti 3,855cc V8 turbo mampu menghasilkan kuasa maksimum 560hp pada 7,500rpm serta tork maksimum 755Nm pada gear ketujuh.

Ferrari mendakwa California T mencatat masa pecutan dari titik pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 3.6 saat dengan kecekapan bahan api yang cemerlang. Kelajuan maksimum yang diberitahu ialah 316km/j.

Bagi menghasilkan enjin California T ini, sepasukan jurutera pakar dari Maranello, Itali telah bertanggungjawab menghasilkan enjin Ferrari berkualiti dengan tahap responsif, prestasi dan pecutan mengagumkan pada setiap kelajuan yang dikehendaki.

Ferrari California T ini menggunakan rim bersaiz 19 inci dengan tayar 245/40 untuk depan dan 285/40 di bahagian belakang.


ENJIN dengan suntikan turbo ini memberikan kuasa sepatutnya kepada California T.


Antara ciri-ciri menarik yang ada pada California T seperti ESC dengan sistem F1-Trac.

Selain ruang kabin California T yang dinaik taraf menggunakan semi-aniline leather, model ini juga berkeupayaan untuk bertukar dari coupe kepada konvertibel dengan membuka bumbung kereta dalam masa hanya 14 saat sahaja.

Kepada sesiapa yang berkenan dengan model California T kini sedia dikunjungi di bilik pameran Naza Italia dengan harga pengenalan RM888,800, tidak termasuk duti dan opsyen personal.

Ferrari juga menawarkan program lanjutan waranti tujuh tahun pertama yang meliputi semua penyenggaraan biasa California T.


NAIB Presiden Kanan Bahagian Pelaburan Strategik Korporat Naza World, Datuk Maruan Mohd. Said (kanan) bergambar bersama Pengarah Urusan Ferrari Far East, Giuseppe Cattaneo.


Program penyenggaraan yang ditawarkan ini adalah servis eksklusif khas buat pemilik Ferrari bagi memastikan kereta anda kekal dalam prestasi terbaik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ferrari dan NAZA Italia sila layari laman web www.kualalumpur.ferraridealers.com dan www.facebook.com/nazaitalia.

Ducati umum Monster 821

Posted:

Ducati umum Monster 821

Ducati umum Monster 821

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my


DUCATI Monster 821 kelihatan tidak jauh berbeza dengan model Monster 1200.


SELEPAS enam bulan mempersembahkan model Monster 1200 sempena Pameran Motosikal Antarabangsa (EICMA) di Milan, Itali pada November lalu, Ducati Motor Holding S.p.A (Ducati) meneruskan momentum mengukuhkan keluarga Monster apabila menampilkan satu lagi varian terbaharu ke pasaran dunia iaitu Ducati Monster 821.

Jentera dalam kategori naked itu masih mewarisi konsep binaan asas sebuah Monster yang diamalkan sejak 20 tahun lalu iaitu menawarkan elemen versaliti pada masa sama menjayakan faktor keseronokan tunggangan dengan penuh bergaya.

Sejarah dua dekad

Sepanjang tempoh dua dekad itu, Ducati berjaya mengagihkan lebih 290,000 unit motosikal keluaran fasiliti pemasangan di Itali dan Thailand kepada pengguna akhir di serata dunia.

Siri Monster memainkan peranan signifikan khususnya dalam meneruskan survival jenama motosikal eksotik Itali itu dan membantu menambah wang ke dalam akaun syarikat.

Kemunculan Monster 821 menandakan komitmen Ducati untuk terus menawarkan model-model asas dan peringkat pertengahan demi memenuhi keperluan pelbagai lapisan penunggang motosikal.

Pendekatan itu amat penting memandangkan Ducati menerima saingan hebat daripada pengeluar-pengeluar motosikal Jepun.

Ducati Monster 821 memperlihatkan banyak persamaan seperti model Monster 1200. Perkara itu ketara ekoran perkongsian pelbagai komponen utama antaranya, casis, tangki minyak, pelana dan sistem ekzos kembar. Alat-alat itu membolehkan kedua-dua motosikal memiliki ergonomik binaan tunggangan yang hampir sama. Bagaimanapun, Ducati tidak memberikan komponen lengan ayun tunggal pada Monster 821.

Kemunculan model Monster 821 dilihat sebagai pengisi vakum antara model Monster 1200 dan Monster 796 (atau model 795 di beberapa negara Asia Tenggara). Kuasa untuk menggerakkan roda belakang Monster 821 datangnya daripada unit rangkaian kuasa V-Twin Testastretta 11° dengan sistem penyejukan cecair.

Enjin berkapasiti 821cc itu ditala untuk menghasilkan kuasa impresif pada julat pusingan enjin rendah hingga peringkat sederhana tinggi. Ada yang mendakwa enjin itu bukannya baharu tetapi diambil daripada model Ducati Hyperstrada dan Hypermotard.


SISTEM ekzos kembar menjadikan model baharu ini kelihatan lebih menawan dalam siri Ducati Monster.


Motosikal seberat 179.5 kilogram itu dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 112hp dan kuasa kilas setinggi 89.34Nm.

Mula dijual Julai ini

Seperti dua model Hyper sebelum ini, pasukan juruteknik Ducati tetap memastikan Monster 821 sarat dengan pelbagai aplikasi teknologi keselamatan yang boleh diubah dengan menggunakan butang kawalan sedia ada pada bahagian hendal.

Objektif mengadun teknologi itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan pada sebuah motosikal berkuasa tinggi selain menampung keperluan para pengguna yang baharu menjinakkan diri dalam dunia tunggangan.

Pengguna kini memiliki lapan pilihan tetapan untuk mengubah kadar kekuatan cengkaman tayar atas tar bagi mengelakkan terjadinya gelinciran khususnya pada permukaan licin atau tunggangan dalam kawasan bandar. Selain itu, Monster 821 juga dilengkapi tiga mod pemetaan enjin.

Tidak cukup dengan itu, model itu dipasang dengan sistem brek antikunci (ABS) yang untuk membolehkan penunggang membrek dengan lebih selamat. Pengguna diberikan opsyen mengubah tetapan sistem ABS Ducati dengan menekan butang.

Sistem brek ABS dihubungkan dengan sistem brek cakera pada kedua-dua roda jentera. Kesemua kepingan cakera itu dipasang dengan angkup jenama Brembo. Rim 17 inci yang diperbuat daripada aluminium tuangan dibaluti dengan tayar jenis Pirelli Diablo Rosso berukuran 120/70 (hadapan) dan 180/60 (belakang).

Bagaimanapun, sehingga kini, Ducati masih belum mengeluarkan spesifikasi lengkap model Monster 821. Apa yang diumumkan hanyalah kebolehdapatan dua varian Monster 821 iaitu Monster 821 Dark dan Monster 821.

Ducati Monster 821 Dark didatangkan dengan casis dan rim berwarna hitam dijual pada harga £8,795 (RM47,358) seunit manakala Monster 821 pula mengekalkan warna tradisi casis merah dan rim hitam dikenakan harga £8,995 (RM48,435) sebuah. Model itu akan memasuki pasaran Eropah mulai Julai ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pahang musnahkan Johor DT

Posted:

Pahang musnahkan Johor DT

Pahang musnahkan Johor DT

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my

FAIZOL (kanan) muncul wira Pahang selepas menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Johor DT di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.


PASUKAN berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) rebah di kaki Tok Gajah apabila tewas 0-1 pada aksi separuh akhir kedua kempen Piala FA 2014 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Pahang melangkah bergaya ke final dengan kelebihan agregat 2-1 selepas terikat seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hasan Yunos Larkin, Johor Bahru pada 5 Mei lalu.

Peluang beraksi di gelanggang sendiri malam tadi dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak buah Zainal Abidin Hassan itu yang tampil dengan aksi mantap di hadapan lebih 32,000 penyokong fanatik mereka.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Mohd. Faizol Hussain pada minit ke-81, sekali gus mengesahkan Pahang ke final.

Pahang bakal bertemu pemenang antara Kelantan dengan Felda United yang akan turun membuat perhitungan di Stadium Shah Alam malam ini.

Final dijadualkan berlangsung pada 7 Jun nanti sementara tempatnya akan ditentukan kemudian.

Kali terakhir pasukan Pahang menjulang Piala FA ialah pada tahun 2006.

Pada perlawanan malam tadi, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan pantas dan memiliki peluang sama rata untuk menghasilkan jaringan.

Namun, penyudah yang kurang kemas menafikan mereka untuk memecah kebuntuan.

Tok Gajah mendapat peluang terbaik untuk membuka jaringan menerusi R. Gopinathan pada minit keenam, namun percubaannya tersasar.

Skuad Harimau Selatan turut memperoleh peluang untuk melakukan jaringan menerusi penyerang import, Luciano Gabriel Figueroa namun tandukannya hasil sepakan sudut daripada Safiq Rahim pada minit ke-14 mudah dibaca penjaga gol Pahang, Mohd. Khairul Azhan Khalid.

Kedudukan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, jurulatih Johor DT, Bojan Hodak melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan Safee Sali bagi menggantikan Amirul Hadi Zainal, namun perubahan tersebut tidak membawa kelebihan kepada pasukan pelawat.

Gol yang dinanti-natikan akhirnya hadir pada minit ke-81 dan Mohd. Faizol mudah menyempurnakannya menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti yang terus menerjah di penjuru kiri gawang lawan.

Selepas itu, Pahang terus bertahan bagi memastikan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Felda mahu pastikan Kelantan merana

Posted:

Felda mahu pastikan Kelantan merana

Felda mahu pastikan Kelantan merana

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


IRFAN berharap agar pemainnya selesaikan urusan dengan Kelantan dalam tempoh 90 minit.


PASUKAN berstatus kelab, Felda United hanya selangkah untuk mara ke pentas final Piala FA buat kali pertama ketika melayan kunjungan juara bertahan, Kelantan dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam ini.

Atas kertas, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim memiliki kelebihan berdasarkan peraturan gol di tempat lawan apabila berjaya mengikat The Red Warriors seri 3-3 di Kota Bharu awal bulan ini.

Justeru, beliau optimis skuad kendaliannya mampu menjinakkan Kelantan sekali gus mara ke pentas final buat kali pertama, selain percaya pemenang malam ini juga bakal ditentukan dalam tempoh 90 minit masa sebenar permainan.

"Kami memiliki kelebihan dua gol di tempat lawan, jadi saya optimis perlawanan ini tidak akan diheret ke masa tambahan.

"Keputusan seri 1-1 dan 2-2 mungkin boleh berlaku (malam ini), tetapi agak mustahil perlawanan itu bakal berakhir dengan keputusan seri 3-3 sehingga memaksa perlawanan dilanjutkan mahupun ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

"Jadi, saya berharap para pemain mampu menamatkan cabaran Kelantan dalam tempoh 90 minit masa sebenar perlawanan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Irfan juga kekal tenang dan mahu barisan pemain The Settlers beraksi tanpa sebarang tekanan biarpun menjangkakan serangan bertali-arus yang bakal dilancarkan pasukan pelawat malam ini.

"Sudah tentu Kelantan akan menyerang habis-habisan bagi memburu gol awal.

"Cuma harus diingat, kami juga tidak akan bertahan sepanjang masa.

"Justeru, saya harap pemain dapat memburu gol awal sekali gus mengurangkan sebarang tekanan untuk mara ke final," katanya.

Irfan berkata, ketiadaan dua tonggak utama The Settlers, Shahrulnizam Mustapha dan Zah Rahan Krangar ekoran kecederaan lutut dan penggantungan kad kuning kedua juga tidak menjejaskan percaturan beliau kali ini.

"Saya masih memiliki pemain berkualiti seperti Shukor Adan yang mampu menguasai jentera tengah dengan berkesan.

"Soal sama ada bertemu Pahang mahupun Johor Darul Takzim juga bukan menjadi keutamaan kami buat masa ini, sebaliknya kami harus menewaskan Kelantan terlebih dahulu sebelum mencongak siapa lawan di final kelak," jelas beliau.

Ammar raja pecut Sukma

Posted:

Ammar raja pecut Sukma

Ammar raja pecut Sukma


AMMAR meraikan kejayaan selepas menjuarai acara 100 meter lelaki dengan catatan masa 10.61 saat di Kangar semalam.


ATLET Terengganu, Harith Ammar Mohd. Sobri sekali lagi mengesahkan status selaku raja pecut yang diraih dua tahun lalu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di trek balapan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar semalam.

Ammar membuktikan keupayaan itu dengan catatan masa terpantas 10.61 saat meninggalkan pemenang pingat perak, G. Aravinthevar dari Perak (10.82s) dan atlet Pahang, Muhamad Amirul Mukmin Mohd. Yusmiza (10.89s).

Atlet pecut yang dibimbing jurulatih pecut kebangsaan, Tan Kok Lim itu mengakui berkeyakinan tinggi mampu menjuarai perlumbaan tumpuan ramai itu.

"Saya memang yakin dapat menang dari mula saingan lagi, bukan kerana pelari lain tidak dapat beri saingan. Saya tak fikir semua itu.

"Apa yang saya fikir ialah mahu menang. Saya hanya fikir mengenai diri sendiri dan keazaman itu banyak membantu saya untuk menang.

"Saya sangat berpuas hati lebih-lebih lagi ini adalah penyertaan Sukma saya yang terakhir. Jadi kemenangan ini sangat bermakna kepada saya," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan semalam.

Lebih manis, catatan masa 10.61s itu merupakan rekod peribadi terbaiknya selepas hanya mampu melakar 10.84s pada tahun lalu.

Turut mengiringi kejayaan Ammar ialah pelari pecut Pulau Pinang, Zaidatul Husniah Zulkifli yang menjuarai acara 100 meter wanita dengan catatan masa 12.15s.

Husniah yang juga pemenang acara itu pada Sukma 2012 di Pahang mendapat tentangan sengit daripada atlet Perak, Noor Erwan Syafiqah Mohd. Sabri yang meraih perak dengan rekod 12.20s.

Lebih menggembirakan, kembar Husniah, Zaidatul Husna Zulkifli berjaya memenangi pingat gangsa dengan catatan masa 12.33s.

"Saya agak terkilan tidak dapat pecahkan rekod terbaik saya kerana saingan kali ini sengit dan angin kuat tetapi apa yang penting emas menjadi milik saya.

"Kejayaan ini untuk ibu, ayah dan kakak (Husna) yang sentiasa memberikan semangat kepada saya. Ini adalah emas kedua untuk Pulau Pinang dalam acara olahraga," kata Husniah yang juga atlet elit kebangsaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Bekal hidangan untuk 60 majlis perkahwinan

Posted:

Bekal hidangan untuk 60 majlis perkahwinan

Bekal hidangan untuk 60 majlis perkahwinan

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

DARI jauh kelihatan kepulan asap berwarna putih meresap ke udara dan melepaskan haruman bauan kulit kayu manis, bunga cengkih, lada hitam, bunga lawang dan jintan. Mungkin juga diletakkan serai yang dititik pangkalnya.

Bahan-bahan itu 'dikayuh' menggunakan 'pendayung' sehingga berwarna keemasan. Selesai kerja menumis, sedikit demi sedikit rencah utama iaitu ayam, daging dan sotong dimasukkan ke dalam kawah oleh chef Mohd. Aslah Alias, 42.

Di penjuru lain pula kelihatan beberapa orang wanita berusia 40-an sedang memotong bahan-bahan hiasan seperti timun dan cili merah besar.

Mengetuai aktiviti itu ialah ibu Mohd. Aslah, Ramlah Arshad, 68, yang mempunyai kepakaran dalam bidang masakan sejak lima dekad lalu.

Kerja-kerja memasak itu merupakan aktiviti rutin bagi perniagaan keluarga di bawah jenama Katerer Sri Angsana (Sri Angsana).

Setiap hujung minggu, seawal pukul 3 pagi hingga subuh, anak-anak Ramlah yang seramai tujuh orang akan sibuk menyediakan sajian buat para tetamu di majlis perkahwinan.

Menurut Mohd. Aslah, tahap disiplin tinggi diperlukan dari setiap ahli keluarga yang terlibat kerana menu akan dihantar ke lokasi majlis perkahwinan tepat pada pukul 8.30 pagi.

Bagaimanapun, anak keempat itu memberitahu bahawa kuantiti sajian pada musim cuti sekolah atau sebarang perayaan tidak seperti hari-hari biasa.

Kebiasaannya, Sri Angsana menyediakan hidangan untuk 20,000 tetamu bagi 20 majlis perkahwinan pada hujung minggu. Namun, jumlah tempahan meningkat kepada 30 majlis perkahwinan setiap Sabtu dan Ahad semasa cuti sekolah.


JASMIN menggunakan pembesar suara semasa memberikan arahan kepada kakitangannya.


Rezeki

Ujarnya, tempahan tersebut merupakan rezeki yang tidak mampu ditolak walaupun terpaksa berhempas pulas untuk disediakan.

"Kami tidak sampai hati menolak permintaan pelanggan, apatah lagi sajian ini adalah untuk tetamu yang hadir bagi meraikan hari yang istimewa.

"Ada juga pelanggan meminta kami menghantar makanan jauh dari tempat memasak sehingga sanggup membayar duit minyak, tol dan menanggung sebarang risiko sewaktu penghantaran," jelasnya ketika ditemui di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

Tepat pada waktu penghantaran, bekas demi bekas dinaikkan ke dalam lori yang sedia menunggu di hadapan dapur masak.

Dengan menggunakan pembesar suara, anak sulung Ramlah, Jasmin, 48, memberikan arahan kepada pekerja supaya hidangan dimasukkan ke dalam lori mengikut pakej tempahan dan memastikan ia sampai ke destinasi yang betul.

Jasmin berkata, mereka turut menyediakan pasukan bantuan sebagai bersiap siaga jika perkara yang tidak diingini berlaku sebarang seperti tersalah hantar jenis hidangan ke rumah pengantin atau makanan rosak.

Mengulas lanjut tentang pakej hidangan, Jasmin berkata, sehingga kini Sri Angsana menyediakan empat pakej katering dengan jumlah pesanan juadah minimum untuk 1,000 orang tetamu.

Harga setiap pakej bermula daripada RM8.80 hingga RM15.80 untuk setiap orang.

Antara juadah wajib yang disediakan ialah nasi beriani, nasi putih, ayam masak merah, daging hitam, dalca sayur, jelatah nanas dan acar buah.

Sehingga hujung tahun ini, Sri Angsana menawarkan sajian daging kambing golek pada separuh harga, iaitu RM500 seekor kepada pelanggan terawal yang membuat tempahan.


TEPAT pukul 8.30 pagi, lori Sri Angsana akan bertolak menuju ke lokasi majlis perkahwinan.


Sepadan dengan harganya, bakal pengantin baharu yang memilih pakej bernilai RM12.80 dan RM15.80 untuk setiap tetamu akan diberikan kek dua tingkat dilengkapi kemudahan meja deejay, sistem audio atau dua set kanopi untuk tetamu utama. Selain itu, mereka juga boleh memilih sepasang persalinan.

Pasangan terawal berkesempatan memilih pakaian baju pengantin koleksi terbaharu rekaan daripada Dwen Raha. Selain pakaian, aksesori seperti kasut, rantai, subang, tiara, tengkolok dan keris turut disediakan.

Pakej itu juga merangkumi set pelamin dengan konsep kain yang dilengkapi dengan barang-barang perhiasan dan laluan pintu gerbang untuk pasangan pengantin.

Cabaran

Menceritakan permulaan Sri Angsana dalam dunia katering, Jasmin berkata, orang tuanya sebenarnya merupakan tukang masak dan mempunyai sebuah kedai makan yang dikenali sebagai Restoran Kita di Jalan Tunku Abdul Rahman pada era 70-an.

Bagaimanapun, restoran tersebut terpaksa ditutup selepas ayahnya meninggal dunia kerana tenaga kerja tidak mencukupi, juga memandangkan adik-beradiknya pada ketika itu masih kecil.

Beberapa tahun kemudian, ibunya kembali membuka sebuah kedai makan baharu dengan nama Restoran Sri Angsana dan mula melibatkan diri dalam dunia katering pada tahun 1996.

Walaubagaimanapun, pada ketika itu Sri Angsana hanya mengambil tempahan untuk kira-kira tiga majlis perkahwinan sahaja.

"Masa itu kami menyediakan sajian di ruang belakang rumah yang terletak di Kampung Pandan.

"Pengalaman itu merupakan antara cabaran buat kami sekeluarga kerana memasak di kawasan yang terhad dan dikelilingi jiran tetangga bukanlah perkara mudah. Ada jiran yang merungut waktu tidur mereka terganggu dengan bunyi tukangan sudip dan periuk belanga seawal jam 3 pagi," ujarnya tersenyum mengimbau kisah silam.

Pada tahun 2007, Sri Angsana mula dikenali ramai dan berjaya memiliki bangunan penyediaan makanan dan pejabat urusan sendiri yang terletak di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

RAMLAH (kanan) menurunkan ilmu masakan kepada anak keempatnya, Mohd. Aslah.


Perniagaan keluarga

Mengulas lanjut tentang kualiti juadah, Ramlah berkata, segala ilmu masakan dan resipi telah diturunkan kepada anak-anaknya.

Namun beliau memberitahu, resipi-resipi tersebut telah diolah oleh Mohd. Aslah mengikut kesesuaian memandangkan beliau pernah menjadi chef di hotel-hotel terkemuka seperti Hotel Hilton dan Hotel Nikko Kuala Lumpur.

Ciri-ciri baharu hidangan Sri Angsana mengambil kira jenis ramuan yang digunakan agar juadah yang dihasilkan tahan lebih lama dan menjimatkan masa.

"Zaman saya dahulu, bahan-bahan masakan disediakan menggunakan kaedah tradisional seperti batu giling, jemuran, jeruk dan sebagainya.

"Namun, pada hari ini banyak kemudahan untuk memudahkan kerja di dapur yang disediakan seperti perkakas elektrik dan bahan-bahan yang sedia digunakan seperti santan segar," jelasnya yang masih lincah membuat kerja-kerja dapur.

Ujarnya lagi, rempah-ratus yang digunakan dalam masakan Sri Angsana dibeli khas dari Johor bagi memberikan rasa asli nasi beriani.

Selain itu, bagi menangani masalah daging ayam yang dikhuatiri tidak elok dimasak, Sri Angsana menggunakan ayam siap dimasak daripada rangkaian Rasamas.

Dalam pada itu, bagi menjaga kualiti makanan, Sri Angsana juga mengadakan sesi ujian makanan yang dibuka kepada orang ramai pada setiap hujung minggu.

Setiap komen dan kritikan diterima dengan hati yang terbuka bagi memenuhi cita rasa pelanggan dan meningkatkan lagi mutu hidangan serta perkhidmatan yang disediakan perniagaan keluarga berkenaan.

Turut melihat kredibiliti Sri Angsana dalam menyediakan makanan adalah Institut Profesional Baitulmal. Menurut Mohd. Aslah, pusat pengajian tersebut telah menghantar beberapa orang pelajar ke Sri Angsana untuk sesi praktikal dalam bidang penyajian.

Dia yang berbesar hati menerima kedatangan pelajar itu menganggap perkongsian ilmu yang dibuat merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat kepada masyarakat.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari di laman angsanacaterer.blogspot.com atau menghubungi di talian 03-9202 3276.

Larian solidariti kesaksamaan wanita

Posted:

Larian solidariti kesaksamaan wanita

Larian solidariti kesaksamaan wanita

Oleh MOHD. SHAZWAN YUSOP


ROHANI (tengah) ceria bergambar bersama peserta sebelum memulakan cabaran Purple Walk 2014.


SEAWAL pukul 6.30 pagi, Nik Nor Azma Zakaria, 26, telah berada di pekarangan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur untuk menyertai acara Purple Walk 2014.

Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu ialah bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan pada 8 Mac setiap tahun. Ia juga merupakan penganjuran kedua larian tersebut ekoran kejayaan yang dicapai pada acara 1 million Women Purple Walk di Putrajaya tahun lalu.

"Hari ini merupakan hari yang istimewa buat semua wanita di seluruh negara. Sebagai wanita saya tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama meraikan hari bersejarah ini," katanya ketika ditemui Kosmo! pada acara tersebut.

Dia yang datang bersama rakan sekerjanya dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, turut memaklumkan bahawa penganjuran acara tersebut bukan sahaja dapat menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan wanita dan keluarga mereka, malah mampu menyatukan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Menurut seorang peserta lelaki, Muhammad Ashtar Rahim, 26, dia turut sama menyertai acara tersebut adalah untuk memberi sokongan moral kepada rakan-rakan wanitanya.

"Walaupun acara ini bertujuan meraikan kaum wanita, namun langkah penganjur membuka penyertaan kepada lelaki pada tahun ini sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada kami untuk lebih menghargai pengorbanan kaum Hawa khususnya ibu dan isteri demi kesejahteraan keluarga mereka," katanya.

Program yang turut berlangsung serentak di seluruh negara kecuali di Kedah dan Perlis itu, berjaya menggamit kehadiran lebih 10,000 peserta daripada segenap lapisan masyarakat dan usia.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, KPWKM telah merancang untuk mengadakan acara Purple Walk pada 25 Mac lalu. Namun, ia ditunda sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang telah hilang pada 8 Mac lalu.


LEBIH 10,000 peserta menyertai acara Purple Walk 2014 yang berlangsung di Dataran Merdeka baru-baru ini.


Sumbangan

Katanya, tema Hari Wanita Kebangsaan tahun ini iaitu Kesaksamaan Wanita, Kemajuan Untuk Semua dilihat bertepatan memandangkan separuh daripada penduduk negara ini adalah wanita yang turut memacu dan menggerak agenda pembangunan negara.

Justeru, beliau melihat acara Purple Walk 2014 dapat menyuntik semangat kepada golongan wanita di Malaysia untuk terus menyumbang tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara.

Para peserta Purple Walk 2014 dengan penuh semangat dan ragam telah berjalan sejauh dua kilometer melalui beberapa jalan utama di ibu negara iaitu Jalan Raja Laut, Jalan Esfahan dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Bagi terus menggamatkan suasana, KPWKM turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung termasuk senamrobik, tarian poco-poco, pertandingan senyum selfie dan pertandingan mewarna serta cabutan bertuah.

Selain itu, 30 ruang pameran agensi kerajaan dan swasta turut dibuka pada hari berkenaan.

Penganjuran kali ini juga dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun; Ketua Setiausaha, Datuk Seri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Hukum mencela orang lain

Posted:

Hukum mencela orang lain

Hukum mencela orang lain


AJARAN Islam tidak membenarkan umatnya merendahkan kaum atau sesuatu puak.


SOALAN: Assalamualaikum Ustaz. Sejak akhir-akhir ini saya lihat ramai individu dan segelintir pihak yang gemar memperlekehkan orang lain. Malah, mereka tanpa rasa bersalah turut mencela para ulama yang muktabar secara terbuka di media massa dan sosial. Apa pandangan ustaz mengenai sikap sebegini?

JAWAPAN: Waalaikumsalam. Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Mencela seorang Muslim adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekufuran."(Hadis Riwayat Muslim).

Sikap suka mencela orang lain seperti mana yang terkandung di dalam hadis adalah jelas menunjukkan bahawa ia sangat dilarang dalam Islam kerana ia menggambarkan sikap keji yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 58 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."

Di dalam ayat ini, Allah Taala menggambarkan bahawa orang yang menyakiti mukmin lain tidak kira dengan lidah atau tangannya, sebenarnya telah memikul satu dosa yang sangat besar. Islam melarang umatnya memburuk-burukkan orang lain kerana ia sikap yang akan mengundang perpecahan dalam masyarakat.

Perpecahan

Percayalah. Kalau kita mengkaji sejarah lalu, kita akan dapati perpecahan dalam kalangan umat Islam bermula dengan lidah iaitu dari sikap suka mencela dan mengeji golongan lain.

Pandangan dan pendirian Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas.

Islam tidak membenarkan seseorang Muslim menyakiti perasaan saudara sesama muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapan atau di belakangnya.

Dalam riwayat Imam Muslim ada menyebut: "Sesungguhnya ada seorang bertanya Nabi SAW, orang Islam manakah yang lebih baik?

"Maka Baginda SAW menjawab, orang-orang Islam yang terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya."

Pada hari ini kita melihat suasana umat Islam yang semakin runcing dengan perpecahan. Lebih dahsyat, masing-masing ingin mempertahankan pendirian mereka.

Lalu, terus mencela golongan yang tidak sependapat dengannya. Seharusnya kita kembali mengingati firman Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 11:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

Kesimpulannya, saya menyeru umat Islam agar berdiri di atas landasan Islam yang teguh, di samping memperkukuhkan akhlak yang terpuji seperti mana akhlak Baginda Rasulullah SAW.

Mencela orang lain sebenarnya adalah mencela diri sendiri. Hormati dan jagalah maruah saudaramu. Seandainya Rasulullah SAW masih hidup, pasti Baginda akan merasa tersangat kasihan melihat keadaan umatnya pada zaman ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


'Ping' didakwa bukan dari MH370

Posted:

'Ping' didakwa bukan dari MH370

'Ping' didakwa bukan dari MH370

GAMBAR fail pada 13 April lalu menunjukkan seorang pembantu juruterbang pesawat P-3K2-Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand membantu mengesan objek dalam operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi.- REUTERS


WASHINTON - Bunyi isyarat akustik ping yang didengar dalam operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang dipercayai berasal daripada sumber buatan manusia yang lain, kata seorang pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) kepada saluran televisyen CNN kelmarin.

Pegawai berkenaan, Michael Dean berkata, beliau sangsi tentang bunyi ping yang menjadi asas pencarian pesawat Boeing 777-200 milik MAS yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada Mac 8 lalu.

Dean memberitahu, isyarat ping itu mungkin dipancarkan oleh kapal yang mencari penerbangan tersebut.

Namun, satu kenyataan rasmi Tentera Laut AS menolak kenyataan Dean yang disifatkan sebagai spekulasi dan terlalu awal.

Dean juga sebelum ini memberitahu CNN bahawa jika isyarat ping itu berasal daripada pesawat MH370, pasukan-pasukan mencari pasti menemui pesawat hilang tersebut.

Beliau juga mengesahkan bahawa negara-negara lain turut mencapai rumusan yang sama.

Dalam pada itu, Australia semalam menolak sebahagian besar Lautan Hindi sebagai lokasi terakhir persemadian pesawat MH370 selepas usaha mencari di dasar laut gagal menemui serpihan pesawat hilang itu. - Agensi

Lebih 2 bilion penduduk dunia gemuk atau obes

Posted:

Lebih 2 bilion penduduk dunia gemuk atau obes

Lebih 2 bilion penduduk dunia gemuk atau obes


GAMBAR fail 19 Ogos 2009 menunjukkan seorang wanita obes berjalan kaki di Maryland, Amerika Syarikat.- AFP


LONDON - Hampir satu pertiga penduduk dunia gemuk manakala tiada negara berjaya mengekang kadar obesiti sejak tiga dekad lalu, menurut satu laporan analisis global terbaharu.

Analisis berkenaan mendapati lebih dua bilion orang di seluruh dunia kini memiliki berat badan berlebihan atau obes.

Kadar obesiti tertinggi direkodkan Asia Barat dan Afrika Utara apabila hampir 60 peratus lelaki dan 65 peratus wanita di rantau berkenaan berada dalam kategori gemuk.

Amerika Syarikat (AS) memiliki 13 peratus populasi gemuk dunia yang merupakan kadar tertinggi berbanding mana-mana negara di dunia.

China dan India pula menyumbang kira-kira 15 peratus populasi gemuk global.

"Situasi ini agak membimbangkan," kata tenaga pengajar Institut Metrik Kesihatan dan Penilaian Universiti Washington, yang mengetuai kaji selidik itu, Christopher Murray.

Beliau dan beberapa penyelidik lain menganalisis lebih 1,700 kajian melibatkan 188 negara dari tahun 1980 hingga 2013.

"Kami mendapati, tiada satu negara pun mencatat penurunan kadar obesiti yang signifikan, sekali gus menunjukkan cabaran ini amat sukar," katanya.

Menurut Murray, terdapat kaitan kukuh antara pendapatan dan obesiti dengan kekayaan menyumbang pada penambahan berat badan seseorang.

Laporan terbaharu itu dibiayai oleh Yayasan Bill & Melinda gates dan disiarkan secara dalam talian oleh Jurnal Lancet semalam. - AP

10 tahun pin, jarum dalam badan

Posted:

10 tahun pin, jarum dalam badan

10 tahun pin, jarum dalam badan


Alatan Hsia bersama sekeping gambar ujian X-ray yang menunjukkan terdapat beberapa jarum di dalam paru-parunya.


JARUD BANNER, China - Seorang wanita yang mengalami sakit luar biasa sejak 10 tahun lalu mendapati dalam badannya mempunyai sembilan pin dan jarum selepas menjalani ujian X-ray, lapor akhbar MailOnline semalam.

Beberapa doktor yang memeriksa Alatan Hsia mendapati pin dan jarum berkenaan terdapat pada bahagian paru-paru, hati, kaki dan berhampiran dengan jantung.

Dalam pada itu, wanita itu yang merupakan penggembala lembu berkata, dia pernah melalui situasi perkahwinan yang teruk sebelum ini.

"Bekas suaminya saya, Chung Hsiao selalu memukul saya. Pada akhir tahun 2002, saya ke rumah ibu bapa saya untuk mengelak daripada dia.

"Pada suatu hari, apabila saya berada di sana dan kedua orang tua saya keluar, dia datang dan memukul saya. Dia menjerit: "Jika kamu tidak pulang ke rumah, saya akan membunuh kamu. Saya dipukul hingga koma," jelasnya.

Apabila Hsia tersedar daripada koma lima hari selepas itu, ibu bapanya memberitahu yang mereka menemui sembilan jarum di sisinya ketika kejadian berlaku.

"Saya percaya selepas memasukkan sedikit jarum ke dalam badan saya, dia kemudian melarikan diri dan membiarkan selebihnya di atas lantai," katanya lagi.

Bagaimanapun, wanita itu kini memerlukan kos sebanyak £17,000 (RM91,372) untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan pin dan jarum-jarum tersebut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved