Isnin, 26 Mei 2014

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ceti haram pikat tahi judi bola

Posted:

Ceti haram pikat tahi judi bola

Ceti haram pikat tahi judi bola

Oleh LILY YEAN dan NORAINI HASSAN BASRI
berita@kosmo.com.my

KEJOHANAN Piala Dunia 2014 di Brazil turut menarik perhatian ceti haram dengan menawarkan pinjaman kepada kaki judi.


KUALA LUMPUR - Ketika kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 di Brazil hanya tinggal 16 hari sahaja lagi, kumpulan ah long atau ceti haram dijangka membuat tawaran pinjaman wang secara agresif kepada tahi judi bagi mengaut keuntungan secara besar-besaran dua hari sebelum bermulanya temasya tersebut.

Bagi kumpulan ceti haram itu, peluang empat tahun sekali itu perlu digunakan sepenuhnya dengan menyasarkan golongan yang berusia antara 30 hingga 50 tahun sebagai peminjam selain ada yang sanggup menjadikan pelajar sekolah menengah sebagai sasaran mereka.

Pengerusi Biro Aduan Parti Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong ketika mendedahkan perkara itu memberitahu, jumlah peminjam akan meningkat sehingga 50 peratus setiap kali menjelang perlawanan Bola Sepak Piala Dunia berbanding hari-hari biasa.

"Ah long akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan faedah yang tinggi ke atas kaki judi yang sanggup menuruti syarat-syarat yang dikenakan.

"Bagi pihak peminjam pula, mereka rela mengambil risiko demi mendapatkan wang segera untuk memenuhi tuntutan nafsu judi mereka walaupun menyedari bahawa tindakan itu bakal akan membawa padah untuk jangka masa panjang," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata Wilson, berdasarkan rekod pihaknya pada tahun 2010, sebanyak lapan kes kaki judi dilaporkan gagal menjelaskan hutang mereka kira-kira RM2 juta dengan RM15,000 daripada pinjaman itu dibuat oleh golongan pelajar.


IKLAN pinjaman wang daripada ah long kini semakin berleluasa dalam usaha mereka untuk menarik kaki judi membuat pinjaman dengan mereka. - Gambar hiasan


"Pinjaman yang diberikan kepada golongan pelajar menerusi orang tengah atau 'runner' adalah antara RM200 hingga RM1,000 dan kebiasaannya wang itu akan diminta daripada ibu bapa peminjam apabila mangsa gagal melunaskan hutang tersebut.

"Bagi pinjaman individu pula, jumlah tertinggi yang direkodkan adalah sebanyak RM1 juta yang mana peminjam sanggup mencagarkan hartanahnya demi mendapatkan wang untuk berjudi," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis mati dirempuh perompak

Posted:

Polis mati dirempuh perompak

Polis mati dirempuh perompak

KEADAAN Toyota Wish yang ditemui terbakar di Kampung Ara Kuda, Tasek Gelugor semalam.


BAGAN SERAI - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang mahu berkahwin pada Ahad ini terbunuh apabila motosikal ditungganginya sengaja dirempuh sebuah kereta penjenayah di Jalan Alor Pongsu-Selama dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.15 tengah hari itu, Lans Koperal Mohd. Azuan Abdullah (gambar kecil), 25, mati di tempat kejadian selepas tercampak kira-kira 30 meter ke dalam semak.

Sebelum itu, mangsa bersama seorang lagi rakan anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian berselisih dengan sebuah kenderaan Toyota Wish yang dinaiki tiga lelaki dipercayai penjenayah di Kampung Batu 8 dekat sini.


MOTOSIKAL yang ditunggangi Mohd. Azuan tercampak ke dalam parit selepas dirempuh kereta penjenayah di Jalan Alor Pongsu-Selama, Bagan Serai semalam.


Ketiga-tiga penjenayah itu dipercayai baru menyamun sebuah van rokok di pusat bandar Parit Buntar iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.

Rakan mangsa, Lans Koperal Mohd. Safaruddin Khairul Ashaari, 25, berkata, selepas mendapat maklumat mengenai kenderaan penjenayah itu, dia dan Mohd. Azuan mengejar Toyota Wish itu sehingga ke kawasan Kampung Matang Jelutong di Jalan Alor Pongsu-Selama.

"Semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta tiba-tiba merempuh Mohd. Azuan dari arah belakang.

"Akibat rempuhan itu menyebabkan motosikal mangsa terhumban ke dalam parit manakala Mohd. Azuan sendiri tercampak di dalam semak melepasi parit tempat motosikal mangsa terhumban," cerita Mohd. Safaruddin ketika ditemui di Hospital Parit Buntar di sini semalam.

Kata Mohd. Safaruddin lagi, rakannya yang mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan lain maut di tempat kejadian.

Bagaimanapun, Mohd. Safaruddin tidak cedera.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bajet 2015 dibentang 10 Oktober

Posted:

Bajet 2015 dibentang 10 Oktober

Bajet 2015 dibentang 10 Oktober

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my


NAJIB (tengah) menyampaikan ucapan pada mesyuarat Majlis Perundingan Bajet 2015 di Kementerian Kewangan, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Bajet 2015 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitahu, Bajet 2015 penting memandangkan ia merupakan belanjawan akhir Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang menyediakan peruntukan untuk program dan projek berbaki dalam tempoh rancangan pembangunan terbabit.

Perdana Menteri berkata, bajet itu juga akan menentukan kelancaran RMK-11, sekali gus memastikan kejayaan rancangan transformasi kerajaan yang ingin menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sehubungan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menambah, kerajaan sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima segala pandangan sebagai input melalui mesyuarat Majlis Perundingan Bajet 2015.

"Setiap isu dan cadangan yang dikemukakan daripada setiap pelosok masyarakat termasuk pertubuhan industri dan badan bukan kerajaan akan diberi pertimbangan sewajarnya sebagai input penyediaan Bajet 2015 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Pemilihan perlu lebih terbukahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm MUNGKIN sudah tiba masanya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meniru sistem latihan skuad Jepun yang memberi tumpuan untuk menjalin kerjasama dengan kelab-kelab tempatan mereka dalam melahirkan pemain bertaraf dunia.Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI<br>ikhsan.azmi@kosmo.com.mySKUAD negara menamatkan kempen Piala Thomas 2014 di tempat kedua selepas tewas 2-3 kepada Jepun pada perlawanan akhir di Stadium Siri Fort New Delhi, India kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0527/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Misi pembaharuan FAMhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm BUANG yang keruh, ambil yang jernih. Demikian nasihat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Datuk Mokhtar Ahmad ( gambar kecil ) kepada barisan kepimpinan badan induk bola sepak negara itu bagi penggal 2014-2018.Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI<br>fazli.yadi@kosmo.com.myTENGKU Abdullah (dua dari kanan) akan menerajui FAM untuk penggal 2014-2018. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0527/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Khairul mahu sekat kemaraan Idhamhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm KHAIRUL IKHWAN AJIS sudah cukup bersedia untuk mengekang hasrat Khairul Idham Pawi daripada meraih gelaran hatrik kelas Wira pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Melaka pada 31 mei dan 1 Jun ini.KHAIRUL tidak rela pencabarnya menguasai saingan di Melaka hujung minggu ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0527/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm 'Jangan ulangi kesilapan'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm SEGALA-GALANYA kini terletak di tangan Felda United jika mahu menempah pentas final Piala FA menjelang aksi separuh akhir kedua berdepan juara bertahan, Kelantan di Stadium Shah Alam pada Jumaat ini.Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE<br>hidayat.azmie@kosmo.com.myIRFAN mengingatkan barisan pemainnya agar mengurangkan kesilapan pada aksi menentang Kelantan pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Shah Alam Sabtu ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0527/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Kelantan kini alih fokus ke Piala FAhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm KEKALAHAN 0-1 Kelantan kepada T-Team pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, Kuala Terengganu Sabtu lalu tidak menjejaskan tumpuan The Red Warriors menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala FA 2014 menentang Felda United di Stadium Shah Alam hujung minggu ini.Oleh YATIMIN ABDULLAH<br>sukan@kosmo.com.myBADHRI (kanan) mahu pastikan Kelantan melepasi halangan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA Sabtu ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0527/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm 'Kembali bangkit tebus kecewa'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm ADA mesej penting dari Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong terhadap skuad badminton negara yang gagal membawa pulang Piala Thomas selepas dikecewakan Jepun kelmarin.Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE<br>hidayat.azmie@kosmo.com.myLiew Daren belum fikir mahu gantung rakethttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm NEW DELHI - Pemain perseorangan negara, Liew Daren menegaskan, dia akan meneruskan kariernya dalam sukan badminton untuk menjadi lebih baik.Chong Wei umum beraksi pada 2016http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm TERNYATA pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei masih belum berpuas hati selagi tidak berjaya mendakap trofi Piala Thomas.Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI<br>ikhsan.azmi@kosmo.com.mySukma platform kukuh perpaduanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru setiap kontinjen dari seluruh negara termasuk Brunei yang bertanding pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Perlis untuk menyemarakkan semangat kesukanan dengan aman, damai dan tenteram.KONTINJEN Perlis membuat perarakan sebagai tuan rumah pada majlis perasmian pembukaan Sukma 2014 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar malam tadi. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0527/Kosmo//su_09.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm Air mata kegembiraanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_10.htm PEMAIN Sarawak, Sanjay Singh Chal hanya mampu mengalirkan air mata kegembiraan sejurus mengesahkan pingat emas menjadi miliknya dalam acara skuasy perseorangan lelaki temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014.SANJAY (kiri) tunduk sujud setelah merangkul pingat emas menewaskan Syafiq pada perlawanan akhir skuasy individu di Kangar semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0527/Kosmo//su_10.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_10.htm Bale buat keputusan tepathttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_11.htm LONDON - Pemain sayap Real Madrid, Gareth Bale yakin kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara membuktikan bahawa dia membuat keputusan yang tepat untuk berpindah ke kelab gergasi Sepanyol itu.BALE (dua dari kiri) menjulang trofi Liga Juara-Juara dalam satu majlis untuk meraikan kejayaan itu di Stadium Santiago Bernabeu, Sepanyol kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0527/Kosmo//su_11.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_11.htm Lahm terbayang trofi Piala Duniahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_12.htm BERLIN - Kapten Jerman, Philipp Lahm yakin skuad The Team mampu menamatkan kemarau selama 24 tahun pada pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil bulan depan.LAHM (kiri) yakin Jerman mampu menjulang trofi Piala Dunia 2014 di Brazil bulan depan. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0527/Kosmo//su_12.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_12.htm Mercedes 'bergelora'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_13.htm MONTE CARLO - Mercedes AMG Petronas mencatat kemenangan keenam berturut-turut musim ini selepas menjuarai perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Monaco kelmarin.ROSBERG (kanan) dan Hamilton tidak sehaluan selepas menamatkan GP Monaco di Litar Monte Carlo kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2014/0527/Kosmo//su_13.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_13.htm
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Perpustakaan, buku masih rerlevan

Posted:

Perpustakaan, buku masih rerlevan

Perpustakaan, buku masih rerlevan

PERPUSTAKAAN desa turut memainkan peranan membantu menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat.- Gambar hiasan.


"NAK dapat maklumat tu? Alah Google aje," kata seorang rakan apabila ditanyakan maklumat yang penulis ingini.

Jika tiga dekad lalu pencapaian internet menjadi sesuatu yang asing bagi kita namun kini ia berada di hujung jari.

Lihat sahaja di sekeliling kita, baik kanak-kanak sehinggalah warga emas, rata-rata mempunyai gajet di tangan seperti telefon bimbit atau tablet canggih.

Dunia tanpa sempadan. Itulah ungkapan paling tepat dalam melayari internet ketika ini. Antara pertanyaan yang seringkali diucapkan terutama golongan muda ialah masih relevankah pencarian maklumat menerusi bahan rujukan buku?

Sesetengah pendapat mengatakan pencarian sebegitu sudah ketinggalan zaman malah, perpustakaan awam tidak lebih sebagai tempat menyimpan buku. Selain itu, leceh untuk ke sana bagi mencari bahan rujukan apatah lagi bahan yang ada begitu terhad dan tidak terkini.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Bharu, Kelantan, Tuan Nurul Nadia Tuan Asri, 23, berkata, aplikasi pencarian maklumat melalui internet sememangnya menjadi pilihan utamanya kerana ia menjimatkan masa.

"Kebergantungan kepada buku sebagai sumber rujukan semakin berkurangan kerana aplikasi internet jauh lebih cepat dan mesra pengguna.

"Kita cuma perlu taip sahaja rujukan yang dikehendaki di pautan berkenaan dan semua maklumat akan diperoleh. Ia seperti buku bergerak," katanya yang sedang mengikuti jurusan kewangan.

Sumber rujukan buku yang agak terhad di perpustakaan dan tidak terkini juga menjadi faktor pelajar lebih cenderung menggunakan internet.


PERANAN perpustakaan dan buku sebagai sumber rujukan masih relevan pada zaman internet ini. - Gambar hiasan.


Pengurusan masa

Seorang guru, Rozita Nasir, 30, pula berkata, dengan adanya sistem carian maklumat melalui internet pelbagai bahan berguna dapat diperoleh untuk kegunaan pelajar.

"Sebagai guru, pengurusan masa yang amat penting dan kecanggihan teknologi maklumat pada hari membantu tugas-tugas guru.

"Bukan kita menafikan kepentingan buku sebagai sumber rujukan tetapi transformasi positif dalam teknologi semasa boleh dimanfaatkan," kata guru Pendidikan Seni sejak empat tahun lalu.

Bagaimanapun, pendidik perlu bijak memilih maklumat bersesuaian dengan keperluan semasa dalam pendidikan, katanya.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Ruslan Hassan bagaimanapun, melihat perkembangan teknologi itu tidak menggugat peranan buku sebagai sumber rujukan malah menjadi nilai tambah.

"Tidak semua maklumat yang didapati dalam aplikasi carian maklumat tepat terutama untuk membuat kajian ilmiah.

"Buku adalah sumber rujukan terjamin sedangkan terdapat banyak maklumat dalam internet boleh diedit oleh sesiapa," katanya.

Lebih penting, jelas beliau, usaha menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bentuk dan kaedah pembacaan.

"Saya percaya, usaha mencari maklumat melalui pembacaan buku memerlukan tumpuan dan ketekunan sehingga dapat menjadikan pembaca lebih matang, kritis dan menghargai bahan yang dibaca.

"Cuma yang menjadi kebimbangan ialah apabila pelajar mendapatkan sepenuhnya maklumat daripada internet akan mewujudkan budaya plagiat sekali gus membantutkan perkembangan ilmu," tambahnya.


PENGGUNAAN tablet membantu memudahkan pencarian maklumat di internet.


Diseimbangkan

Kedua-dua kaedah itu harus diseimbangkan dan pengguna perlu bijak mengguna teknologi terkini dalam memartabatkan ilmu.

Namun, beliau tidak menafikan perkembangan pantas teknologi maklumat turut membantu memartabatkan buku sebagai bahan rujukan seperti sistem e-Book.

Sehingga kini, peranan perpustakaan dan buku sebagai rujukan masih relevan kepada masyarakat terutama pelajar.

Di Kelantan terdapat tujuh cawangan perpustakaan negeri dan tiga perpustakaan desa yang terletak di Ciku, Gua Musang; Salor, Kota Bharu dan Dabong, Kuala Krai selain 34 perpustakaan desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Menurut Laporan Ekonomi 2013/2014 Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2014, rekod bilangan pengguna internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang tahun 2015 berbanding 18 juta orang pada tahun 2012.

Laporan itu juga menyebut bahawa rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan akhbar dengan penggunaan internet yang meluas untuk rangkaian sosial.

Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial.

Seramai 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari internet untuk mengakses Facebook. - Bernama

Kulinari autentik Bumi Kenyalang

Posted:

Kulinari autentik Bumi Kenyalang

Kulinari autentik Bumi Kenyalang

Oleh HAFIZ AHMAD


CEF SANNY bersama juadah unik dan menyelerakan yang dibawa khas dari Bumi Kenyalang.


USIANYA baru sahaja mencecah 24 tahun, namun pencapaiannya memiliki produk selendang dan tudung menggunakan label sendiri iaitu Sincerely By Us (SBU) adalah suatu kejayaan yang boleh dibanggakan buat gadis muda bernama Noor Inora Putri Noorzainy.

Dia yang lebih mesra dipanggil Nora ini menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan sahaja semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2011.

Modal permulaannya hanyalah RM500 sebelum berkembang sehingga berjaya memiliki dua buah butik yang terletak di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam dan Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Anak kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Noorzainy Md. Noor ini meminati bidang perniagaan dan berazam untuk meluaskan empayar SBU yang diasaskannya.

Buktinya, butik SBU Shah Alam akan berpindah lokasi ke bangunan kedai tiga tingkat berhampiran butik lama serta dalam perancangan untuk membuka cawangannya di Johor.

Diminati

SBU mempunyai pengikutnya tersendiri di laman sosial Facebook dan Instagram yang melebihi 100,000 pengikut.

Nora memulakan perniagaan tudung jenis selendang dan tudung bawal yang dipasarkan di Facebook dan dijual kepada rakan-rakan.

Faktor kelainan yang ada pada tudungnya menyebabkan ia menjadi bualan dan semakin dikenali ramai sehingga sekarang.

Jelasnya, untuk berjaya dalam perniagaan, dia berpegang kepada prinsip tidak meniru sesiapa, sebaliknya memperkenalkan trend ada gaya tersendiri.

"Dengan memperkenalkan ketulenan produk, pelanggan akan lebih mengingati dan menggemari produk yang dikeluarkan," ujar beliau.

Tudung dan selendang SBU menggunakan kain chiffon crepe yang tidak terlalu nipis atau tebal sesuai untuk Muslimah menutup aurat dengan sempurna.

Kain tersebut juga tidak perlu digosok dan sangat mudah dibentuk atau digayakan mengikut kesesuaian penggayanya.


BUBUR pedas mudah didapati di Sarawak terutamanya pada bulan Ramadan.


Eksklusif

SBU juga turut tampil dengan pelbagai corak tersendiri dan sentiasa menghasilkan rekaan terbaharu untuk tatapan pelanggannya.

"Selain digemari pelanggan, SBU juga mahu memastikan setiap barangan yang dijual di butik adalah eksklusif dan terjaga," jelasnya yang bakal menamatkan zaman bujangnya penghujung tahun ini.

Selain menghasilkan tudung dengan label sendiri, SBU juga turut menjadi vendor beberapa produk yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan.

Setiap produk vendor yang dijual hanya terdapat di SBU dan tiada di tempat lain.

"Sekiranya pelanggan berminat, mereka perlu membelinya di butik SBU sahaja.

"Dengan cara ini, saya dapat memastikan SBU sentiasa menjual dan menghasilkan produk-produk eksklusif sahaja," katanya.

SBU juga memastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu milik.

Setiap tudung bawal dan selendang misalnya berharga antara RM20 hingga RM30 manakala bagi pakaian dan produk vendor yang dijual tidak melebihi RM100.

Butik-butik SBU menyediakan pelbagai produk seperti tudung, selendang, pakaian (skirt, jubah, baju, baju-T), kasut, produk penjagaan rambut dan biskut raya sempena menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama nanti.

Nora memberitahu bahawa sempena Aidilfitri nanti, SBU juga akan memperkenalkan beberapa rekaan tudung yang menarik pada setiap minggu bulan Ramadan.

"Saya mahu menjadikan butik SBU sebagai pusat sehenti yang memenuhi semua keperluan pelanggan tanpa mereka perlu pergi ke tempat lain untuk mencari barang yang dikehendaki.

"Jadi, SBU akan menyediakan pelbagai barangan bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk kemudahan pelanggan," jelasnya.

Nora mahu luaskan empayar SBU

Posted:

Nora mahu luaskan empayar SBU

Nora mahu luaskan empayar SBU

Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN


PAKAIAN yang dijual di butik SBU boleh dipakai untuk semua wanita yang bersaiz S hingga XXL.


USIANYA baru sahaja mencecah 24 tahun, namun pencapaiannya memiliki produk selendang dan tudung menggunakan label sendiri iaitu Sincerely By Us (SBU) adalah suatu kejayaan yang boleh dibanggakan buat gadis muda bernama Noor Inora Putri Noorzainy.

Dia yang lebih mesra dipanggil Nora ini menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan sahaja semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2011.

Modal permulaannya hanyalah RM500 sebelum berkembang sehingga berjaya memiliki dua buah butik yang terletak di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam dan Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Anak kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Noorzainy Md. Noor ini meminati bidang perniagaan dan berazam untuk meluaskan empayar SBU yang diasaskannya.

Buktinya, butik SBU Shah Alam akan berpindah lokasi ke bangunan kedai tiga tingkat berhampiran butik lama serta dalam perancangan untuk membuka cawangannya di Johor.

NOOR INORA PUTRI mengasaskan jenama Sincerely By Us ketika masih bergelar pelajar.


Diminati

SBU mempunyai pengikutnya tersendiri di laman sosial Facebook dan Instagram yang melebihi 100,000 pengikut.

Nora memulakan perniagaan tudung jenis selendang dan tudung bawal yang dipasarkan di Facebook dan dijual kepada rakan-rakan.

Faktor kelainan yang ada pada tudungnya menyebabkan ia menjadi bualan dan semakin dikenali ramai sehingga sekarang.

Jelasnya, untuk berjaya dalam perniagaan, dia berpegang kepada prinsip tidak meniru sesiapa, sebaliknya memperkenalkan trend ada gaya tersendiri.

"Dengan memperkenalkan ketulenan produk, pelanggan akan lebih mengingati dan menggemari produk yang dikeluarkan," ujar beliau.

Tudung dan selendang SBU menggunakan kain chiffon crepe yang tidak terlalu nipis atau tebal sesuai untuk Muslimah menutup aurat dengan sempurna.

Kain tersebut juga tidak perlu digosok dan sangat mudah dibentuk atau digayakan mengikut kesesuaian penggayanya.

PRODUK vendor yang dijual merupakan barangan eksklusif dan hanya terdapat di butik SBU.


Eksklusif

SBU juga turut tampil dengan pelbagai corak tersendiri dan sentiasa menghasilkan rekaan terbaharu untuk tatapan pelanggannya.

"Selain digemari pelanggan, SBU juga mahu memastikan setiap barangan yang dijual di butik adalah eksklusif dan terjaga," jelasnya yang bakal menamatkan zaman bujangnya penghujung tahun ini.

Selain menghasilkan tudung dengan label sendiri, SBU juga turut menjadi vendor beberapa produk yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan.

Setiap produk vendor yang dijual hanya terdapat di SBU dan tiada di tempat lain.

"Sekiranya pelanggan berminat, mereka perlu membelinya di butik SBU sahaja.

"Dengan cara ini, saya dapat memastikan SBU sentiasa menjual dan menghasilkan produk-produk eksklusif sahaja," katanya.

SBU juga memastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu milik.

Setiap tudung bawal dan selendang misalnya berharga antara RM20 hingga RM30 manakala bagi pakaian dan produk vendor yang dijual tidak melebihi RM100.

Butik-butik SBU menyediakan pelbagai produk seperti tudung, selendang, pakaian (skirt, jubah, baju, baju-T), kasut, produk penjagaan rambut dan biskut raya sempena menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama nanti.

Nora memberitahu bahawa sempena Aidilfitri nanti, SBU juga akan memperkenalkan beberapa rekaan tudung yang menarik pada setiap minggu bulan Ramadan.

"Saya mahu menjadikan butik SBU sebagai pusat sehenti yang memenuhi semua keperluan pelanggan tanpa mereka perlu pergi ke tempat lain untuk mencari barang yang dikehendaki.

"Jadi, SBU akan menyediakan pelbagai barangan bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk kemudahan pelanggan," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Siri serangan bom gegar Selatan Thai

Posted:

[unable to retrieve full-text content]NARATHIWAT, Thailand - Sekurang-kurangnya tiga maut dan 55 lagi cedera dalam beberapa siri serangan bom di beberapa lokasi di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat kelmarin.

Pegawai PM Turki tendang penunjuk perasaan dipecat

Posted:

Pegawai PM Turki tendang penunjuk perasaan dipecat

Pegawai PM Turki tendang penunjuk perasaan dipecat


GAMBAR bertarikh 13 Mei ini menunjukkan Yerkel (kanan) menendang seorang penunjuk perasaan di Soma.


ANKARA - Seorang pembantu Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mencetuskan kemarahan kerana menendang seorang penunjuk perasaan telah dipecat, menurut satu laporan kelmarin.

Pengawai tersebut, Yusuf Yerkel dikecam banyak pihak selepas gambarnya yang lengkap memakai kot dan bertali leher menendang beberapa kali seorang penunjuk perasaan tersebar di internet.

Gambar tersebut menyemarakkan lagi kemarahan terhadap kerajaan ekoran tragedi letupan di sebuah lombong arang batu di Soma pada 13 Mei lalu yang menyebabkan seramai 301 orang maut.

Penunjuk perasaan itu menyertai bantahan berhubung kejadian letupan tersebut berikutan ciri-ciri keselamatan di lombong-lombong arang baru di Turki diabaikan.

Selepas kejadian itu, Yerkel diberi cuti sakit selama tujuh hari akibat kecederaan kaki selepas menyepak lelaki berkenaan.

Yerkel kemudiannya memohon maaf atas kejadian tersebut dan memberitahu bahawa beliau kesal kerana gagal mengawal emosi.

"Saya memohon maaf kerana tidak dapat mengawal perasaan selepas dihujani provokasi, penghinaan dan serangan oleh kumpulan penunjuk perasaan," katanya.

Bagaimanapun, agensi berita Anatolia kelmarin melaporkan bahawa Yerkel yang bertugas sebagai ketua staf di pejabat Erdogan selama tiga tahun telah dipecat Rabu lalu. - AFP

Kanak-kanak tersepit celah dinding diselamatkan

Posted:

Kanak-kanak tersepit celah dinding diselamatkan

Kanak-kanak tersepit celah dinding diselamatkan


SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun tersepit di celah dinding di antara dua buah bangunan di bandar Bijie dalam wilayah Guizhou, China.


GUIZHOU, China - Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di antara celahan dinding dua buah bangunan selepas terjatuh dari kediamannya ketika bermain di bandar Bijie baru-baru ini, lapor akhbar New York Daily kelmarin.

Ahli keluarga kanak-kanak yang berusia lima tahun itu terpaksa meminta pertolongan daripada anggota bomba ekoran gagal mencapainya melalui sebuah lubang.

Aksi kejadian terbabit telah dirakam oleh seorang penduduk setempat menggunakan telefon bimbit dan kemudiannya memuat naik rakaman terbabit ke laman perkongsian video YouTube.

Berdasarkan rakaman video, beberapa anggota bomba terpaksa menebuk dinding bilik air rumah seorang jiran bagi membentuk satu lubang untuk mencapai kanak-kanak terbabit.

Pasukan bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus tersekat pada celahan dinding seluas 20 sentimeter itu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Toyota Wish dipercayai rempuh polis ditemui terbakar di Ara Kuda

Posted:

Toyota Wish dipercayai rempuh polis ditemui terbakar di Ara Kuda

Toyota Wish dipercayai rempuh polis ditemui terbakar di Ara Kuda

26/05/2014 10:29pm

TASEK GELUGOR - Sebuah kereta Toyota Wish dipercayai milik penyamun yang merempuh dua anggota polis di Batu 10 menghala Alor Pongsu, di Perak ditemui terbakar dalam kebun pisang di Ara Kuda di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kereta berwarna kelabu itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira 5.30 petang.

"Kami mendapat maklumat daripada polis Kedah memaklumkan sebuah kereta yang dipercayai milik kumpulan penyamun terbabit masuk ke kawasan SPU dan pasukan polis di sini menjalankan Ops Tutup.

"Kira-Kira pukul 5.30 petang, polis dapat panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan sebuah kereta jenis Toyota Wish sedang terbakar dalam sebuah kebun.

"Nombor pendaftaran kenderaan itu ditanggalkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, usaha mengesan pemilik kereta itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kami minta orang ramai atau saksi yang melihat bagaimana kereta itu berada di kawasan berkenaan dan terbakar supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada 1 tengah hari tadi, seorang anggota polis maut manakala rakannya parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan penyamun di Batu 10 menghala Alor Pongsu, Perak.

Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dua anggota polis itu dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Wish dengan nombor pendaftaran WRV 5308 iaitu satu daripada dua kenderaan dinaiki penjenayah yang baru sahaja merompak sebuah van rokok. - Bernama

Pasukan STING PDRM rampas 16 kilogram heroin, tahan 25 suspek

Posted:

Pasukan STING PDRM rampas 16 kilogram heroin, tahan 25 suspek

Pasukan STING PDRM rampas 16 kilogram heroin, tahan 25 suspek

26/05/2014 9:18pm

JOHOR BAHRU - Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket rangkaian pengedaran dadah melibatkan rampasan 16 kilogram heroin di bandar raya ini malam tadi.

Menurut laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis turut memberkas 25 suspek.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu melalui laman Twitter rasmi beliau, turut mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan itu.

Difahamkan operasi itu, yang bermula 7.30 malam dan berakhir 12 tengah malam tadi, diadakan di beberapa lokasi sekitar bandar raya Johor Bahru.

Satu sidang akhbar berhubung kes itu akan dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim esok di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada pukul tiga petang. - Bernama

Gores dan menang, lapan lelaki ditahan

Posted:

Gores dan menang, lapan lelaki ditahan

Gores dan menang, lapan lelaki ditahan

26/05/2014 9:15pm

KOTA BHARU - Polis menahan lapan lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan sindiket penipuan gores dan menang yang semakin berleluasa sekitar bandar ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya mengesan kegiatan sindiket itu sejak awal tahun ini.

"Setakat ini kita telah menahan 13 individu, termasuk lapan yang ditahan semalam. Suspek yang ditahan berumur antara 20 dan 30-an dan kami dapati mereka menyasarkan pelanggan pusat beli-belah sebagai mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu hari ini.

Azham berkata, turut diterima aduan berhubung ugutan yang didakwa dilakukan anggota sindiket itu.

"Modus operandi mereka adalah menawarkan pelanggan satu kad untuk digores dan apabila digores, mangsa diminta ke pejabat mereka untuk menuntut hadiah yang dimenangi.

"Apabila tiba di pejabat, mangsa akan diminta membayar sejumlah wang bagi menebus hadiah terbabit," katanya sambil menambah kesemua suspek kini ditahan reman tiga hari mulai semalam untuk siasatan lanjut. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cinta kawan atas kawan

Posted:

Cinta kawan atas kawan

Cinta kawan atas kawan

SIAPA cakap cinta jodoh yang diaturkan atau dalam bahasa Inggerisnya, matchmaking tidak kekal lama? Buktinya ada pada perjalanan kisah cinta pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales dan Kim Jones yang selamat menjadi pasangan suami isteri 1 Mei lalu.

Masih dalam buaian musim bulan madu, jelas Jericho atau lebih mesra disapa Echo, selepas termeterai ikatan suami isteri matlamat hidupnya sudah hampir sempurna.

"Bagaikan magis! Ada seseorang yang akan sentiasa bersama berkongsi saat suka dan duka serta menjadikan setiap hari sangat bermakna.

"Hidup selepas berkahwin adalah satu perjuangan baharu. Banyak kisah rumah tangga daripada keluarga dan teman rapat yang dijadikan inspirasi.

"Perkahwinan sejujurnya mendorong saya ke arah perkara yang lebih menarik, menjadikan saya lebih kuat sekali gus melengkapkan saya dalam banyak hal," jelasnya yang ditemui pada majlis pelancaran drama Kusinero Cinta di Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkongsi sasaran asal untuk berumah tangga, kata Echo dia mengimpikan untuk berkahwin pada usia 25 tahun namun tersasar hingga meletakkan matlamat baharu iaitu berkahwin pada umur 29 tahun.

Akhirnya, kedua-dua matlamat itu pudar setelah beberapa siri kisah cintanya tumpas di tengah jalan. Sehinggalah dia bertemu dengan Kim Jones dan mendirikan rumah tangga bersama gadis kelahiran Adelaide, Australia itu awal Mei lalu ketika Echo berusia 34 tahun.

JERICHO ROSALES dan isterinya, Kim Jones kini sedang melalui fasa bahagia sebagai pengantin baharu selepas bernikah pada awal Mei lalu.


Bulan madu

Echo atau nama sebenarnya Jericho Vibar Rosales bagaimanapun menegaskan perkahwinan sama sekali tidak akan menjejaskan reputasi atau popularitinya.

"Status solo atau sudah berkahwin bukan penentu jatuh bangun karier seseorang artis. Saya percaya apabila kita bijak memilih produk, pandai membina hubungan luar dan pastikan sistem sokongan kukuh rasanya itu sudah cukup.

"Mujur saya dipertemukan dengan Kim yang sentiasa menyokong karier saya. Dia saya sifatkan seorang yang kelakar dan berfikiran terbuka," katanya.

Akui pelakon yang popular menerusi drama Pangako Sa Yo itu, selepas berkahwin mereka masih belum mempunyai waktu untuk berbulan madu.

Masing-masing masih memberikan sepenuh tumpuan untuk kerjaya yang masih berbaki namun tetap merancang untuk berbulan madu pada bulan Ogos nanti.

"Kami belum ada bulan madu rasmi lagi selepas berkahwin, mungkin secara berperingkat-peringkat. Tahun ini kami merancang untuk melancong ke negara Eropah menjelang bulan Ogos.

"Begitu juga anak, kami memberikan tempoh dua tahun dahulu untuk bersama dalam ikatan suami isteri kemudiannya baru merancang untuk mempunyai cahaya mata sebab saya tahu ketika ini keadaan belum lagi stabil dan ada banyak urusan yang belum diselesaikan," ujarnya.

Malaysia rumah kedua

Echo dan Kim mula berkenalan sekitar bulan Mac tahun 2011 selepas dipertemukan oleh sahabat mereka, Effie Go yang merupakan jurusolek kedua-dua artis itu.

Sepadan personaliti membenarkan hubungan kimia yang terbentuk antara Echo dan Kim berkembang mekar hingga bercambah menjadi bibit-bibit cinta.

KUSINERO CINTA menggabungkan Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan Jericho dengan harapan mereka mampu menarik perhatian penonton dari luar negara.


Ditanya adakah mungkin Kim bakal terjun ke bidang lakonan pula selepas sukses dalam dunia peragaan dan pengacaraan, jawab Echo isterinya selesa dengan landskap hidupnya sekarang.

"Kadangkala dia temankan saya ke set penggambaran dan mengikuti beberapa bengkel lakonan tapi dia lebih selesa menjadi pengacara," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Echo berganding bersama Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah untuk drama bersiri 60 episod berjudul Kusinero Cinta yang akan mula disiarkan pada 26 Mei ini.

Menerusi drama itu, Echo menjayakan peranan Fredo iaitu seorang jejaka yang tiba di Manila untuk mencapai cita-cita menjadi seorang cef. Satu insiden telah mengeratkan hubungannya dengan seorang gadis dari Malaysia bernama Edrinna.

Selain Kusinero Cinta, Echo terlebih dahulu membintangi filem Bilut yang menjalani penggambaran sekitar tahun 2006.

"Malaysia sekarang ibarat rumah kedua saya dan penerimaan di sini sangat luar biasa. Untuk saya terus berlakon di Malaysia rasanya bukan satu yang mustahil.

"Bagaimanapun hati saya masih di Manila kerana di situ ada keluarga saya," katanya yang berulang-alik lebih enam kali sepanjang terbabit dengan penggambaran drama tersebut.

Izreen tunggu keputusan mahkamah

Posted:

Izreen tunggu keputusan mahkamah

Izreen tunggu keputusan mahkamah

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

IZREEN enggan komen tentang status terkini dirinya.


MINGGU lalu kecoh tentang pelakon Izreen Azminda, 29, yang didakwa telah diceraikan suaminya, Muhamad Riza Baharuddin, 31, di set penggambaran sebuah drama di Pulau Pinang.

Muhamad Riza dikatakan bertindak melafazkan cerai talak selepas berlaku pertengkaran antaranya dan Izreen, malah pelakon itu juga didakwa telah mengesahkan berita perceraian tersebut.

Muhamad Riza dalam kenyataan balas kepada sebuah portal hiburan bagaimanapun menafikan bahawa dia dan pelakon drama bersiri Juvana itu telah bercerai. Dia sebaliknya menegaskan, tidak berlaku sebarang lafaz talak pada tarikh 16 Mei di lokasi penggambaran tersebut.

Bagaimanapun, Muhamad Riza mengesahkan bahawa dia telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu dan masih menunggu tarikh untuk sebutan kes.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar, 10 bulan.

Kosmo! berkesempatan bertemu dengan Izreen ketika acara karpet merah Anugerah Bintang Popular 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini mendapatkan komen lanjut. Ikuti temu bual berikut.

Kosmo!: Izreen terlebih dahulu mengesahkan dakwaan anda diceraikan suami (Muhamad Riza) dalam sebuah akhbar minggu lalu, namun dia menafikannya itu. Apakah komen anda?

IZREEN AZMINDA: Buat masa ini, saya tidak mahu komen lanjut tentang perkara ini, beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut undang-undang yang betul dan sampai satu masa saya akan beritahu cerita sebenar.

Apakah status terkini anda?

Saya tidak mahu menjawab lagi mengenai status saya sekarang sebab saya perlu tunggu keputusan mahkamah. Kemudian saya akan beritahu.

Betulkah dakwaan bahawa anda dan suami bergaduh di set penggambaran di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu?

Kami ada berbincang pada malam kejadian dan saya tidak mahu komen lebih-lebih sebab nanti akan ada banyak kenyataan negatif diperkatakan dan saya tidak mahu ia berpanjangan.

IZREEN dan Muhammad Riza berkahwin pada30 Ogos 2012.


Adakah benar suami anda melafazkan cerai di lokasi kejadian?

Saya tidak mahu komen.

Sudah berapa lama masalah rumah tangga anda berlaku?

Kami sudah tidak tinggal sebumbung selama sebulan tapi selainnya saya tidak mahu komen lebih.

Ada pihak yang menyebarkan cerita ini terlebih dahulu, adakah anda akan mengambil tindakan kepada pihak terbabit?

Saya perlu selesaikan urusan saya dan barulah saya akan fikirkan hal itu kemudian.

Selepas keluar berita berkenaan, adakah suami anda masih menghubungi anda untuk mendapatkan penjelasan?

Kami tetap akan berhubung sebab anak dan buat sementara waktu saya tidak mahu berbincang apa-apa lagi berkaitan perkara ini. Kami sudah berbincang dan akan memberikan kata putus apabila sudah ada keputusan muktamad.

Anak anda sekarang dijaga siapa?

Saya sendiri.

Bilakah kes mahkamah itu akan dibicarakan?

Saya akan maklumkan kemudian.

Siti bagi tempoh sebulan

Posted:

Siti bagi tempoh sebulan

Siti bagi tempoh sebulan

Oleh IZWAN MOHD. ISA

SITI NURHALIZA


SELEPAS Rozita Che Wan, Datuk Siti Nurhaliza pula menjadi mangsa. Menerusi akaun Instagramnya, penyanyi nombor satu negara itu telah memuat naik sebuah iklan ubat kurus yang menggunakan dua gambarnya sebagai testimoni.

Menerusi gambar yang dimuat naik, Siti menyatakan rasa kurang senang dengan tindakan pihak pengiklan tersebut memanipulasikan gambar-gambarnya semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Lebih memburukkan keadaan, gambar tersebut digunakan tanpa kebenaran selain telah disunting untuk menonjolkan keberkesanan produk tersebut. Selain itu, terdapat testimoni palsu yang ditulis bukan berdasarkan pengalaman Siti menggunakan produk tersebut.

Ketika bertemu dengannya selepas mengadakan persembahan pada acara Majlis Makan Malam Amal Kecemerlangan 5A anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 13 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Siti mengakui sedar tentang iklan tersebut ketika melayari akaun Facebooknya minggu lalu.

"Saya sedar tentang kewujudan testimoni palsu pil kurus itu menerusi akaun Facebook saya. Waktu itu, saya agak terkejut kerana saya tidak pernah mengambil produk atau suplemen untuk menurunkan berat bandan.

"Tambahan pula, gambar yang diguna oleh pengiklan itu telah disunting bagi menampakkan tubuh saya supaya kelihatan sedikit berisi. Sekali pandang, kita dapat meneka bahawa gambar tersebut telah disunting," jelasnya.

Menurut Siti, beliau enggan memanjangkan perkara berkenaan. Namun jika pengiklan itu enggan mengeluarkan gambarnya daripada laman sosial, tindakan undang-undang bakal diambil.

"Setelah menyedari testimoni palsu itu, saya telah memberi peringatan kepada pengiklan tersebut menerusi akaun Instagram saya.

"Jika ia tidak diturunkan dalam masa sebulan, saya akan merujuk kepada pihak berkuasa bagi menghentikan pengiklan itu daripada terus menggunakan gambar saya tanpa kebenaran," kata Siti sambil memberitahu, dia lebih gemar melakukan senaman secara kerap berbanding mengambil ubat kurus untuk menurunkan berat badan.

INILAH iklan testimoni yang tersebar di Instagram menyaksikan 'transformasi' berat badan Siti.


Nilai eksklusif

Sementara itu, bercakap tentang objektif penganjuran majlis makan malam amal tersebut, ia bertujuan mengumpul dana bagi menjalankan program pendidikan bagi mencapai matlamat keputusan 100 seratus peratus 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah itu.

Justeru, ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam majlis amal ini, Siti memberitahu, beliau tidak kisah jika ada yang mengatakan beliau tidak menjaga nilai eksklusifnya sebagai penyanyi popular.

Tutur Siti, setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dan beliau tidak pernah terfikir untuk meletakkan sebarang standard bagi dirinya sebagai penyanyi.

"Sejujurnya, saya tidak pernah meletakkan sebarang batas terhadap kerjaya saya. Jika ada orang mengatakan bahawa saya tidak menjaga nilai eksklusif sebagai penyanyi, itu hak mereka.

"Bagi saya, jika saya mampu untuk menghulurkan bantuan, saya akan membantu seadanya," jelasnya yang menyifatkan majlis amal seperti ini dapat dijadikan platform terbaik untuk mendekatkan diri dengan peminatnya.

Melanjutkan perbualan, Siti menyatakan rasa gembira kerana persembahannya pada malam tersebut mendapat sambutan hangat daripada beberapa syarikat gergasi dan peminat setianya.

"Lagipun, majlis sebegini mampu mendekatkan saya dan peminat menerusi gaya persembahan yang lebih santai," ujarnya mengakhiri bicara.

Pada malam itu, Siti menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu-lagu seperti Jaga Dia Untukku, Cindai, Aku Cinta Padamu dan Lebih Indah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Mohd. Asrul berdarah perwira

Posted:

Mohd. Asrul berdarah perwira

Mohd. Asrul berdarah perwira

BERGELAR cicit saudara kepada seorang perwira negara, Leftenan Muda Adnan Saidi yang terkorban dalam pertempuran di Bukit Chandu, Singapura demi mempertahankan tanah air, menggamit rasa syahdu dalam diri Mohd. Asrul Halim Ahmad.

Meskipun tidak berpeluang bersua muka dengan moyang saudaranya itu, Mohd. Asrul Halim dapat merasakan darah pejuang mengalir dalam dirinya.

Apatah lagi, apabila ramai yang mendakwa wajah lelaki berusia 30 tahun itu sangat mirip dengan Leftenan Muda Adnan apabila gambar mereka digandingkan.

Ironinya, di sebalik persamaan wajah tersebut, ada kisah yang mungkin menjadi penyebabnya.

Menurut Mohd. Asrul, sewaktu ibu mengandungkannya, bapanya begitu berminat mengumpulkan gambar-gambar lama Leftenan Muda Adnan sejak beliau kecil hinggalah dewasa.

"Koleksi gambar tersebut kemudian disimpan dalam sebuah album yang turut menceritakan kisah perjuangan beliau. Mungkin disebabkan itulah muka saya ada iras dengannya," kata Mohd. Asrul ketika ditemui Kosmo! di Kampung Sungai Merab Tengah, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Bagaimanapun, album tersebut tiada dalam simpanan mereka kerana telah diberi kepada wakil sebuah agensi media dari Singapura yang mahu meminjamnya sebagai rujukan ketika mengunjungi keluarganya pada tahun 1994.

Malangnya, album berkenaan yang sepatutnya menjadi warisan berharga kepada keturunan Leftenan Muda Adnan itu tidak dipulangkan hingga kini.


LEFTENAN MUDA ADNAN


Waris

Dilahirkan pada 29 Mac 1984, Mohd. Asrul merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Ayahnya, Ahmad Abdullah, 55, merupakan cucu kepada Fatimah Saidi iaitu kakak kepada Leftenan Muda Adnan.

Selain Fatimah, Leftenan Muda Adnan mempunyai empat adik lelaki iaitu Ahmad, Hashim, Amarullah dan Dahlan. Dua adiknya, Ahmad dan Amarullah juga merupakan anggota tentera.

Namun, Ahmad terkorban dalam pertempuran selepas memasuki tentera laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia.

Bagi Mohd. Asrul, dia mula mengetahui sejarah Leftenan Muda Adnan pada usia 10 tahun. Ketika itu, keluarganya sering menceritakan kisah moyang saudaranya yang sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir semata-mata untuk mempertahankan Bukit Chandu.

Kemudian, ketika berada di sekolah menengah (tingkatan dua), dia ada terbaca buku sejarah yang termasuk dalam sukatan pelajaran tentang keberanian Leftenan Muda Adnan sekali gus melonjakkan semangatnya untuk bergelar askar apabila dewasa kelak.

"Apabila mengetahui susur galur keturunan yang mempunyai darah perwira, saya turut memasang cita-cita untuk menjadi anggota tentera. Namun, impian tersebut terpaksa saya lupakan lantaran nenek sebelah ayah tidak mengizinkan.

"Selepas arwah nenek meninggal pada tahun 2011, memang saya ada cuba memohon untuk memasuki tentera tetapi gagal kerana sudah melebihi usia yang ditetapkan," jelasnya yang berusia 27 tahun ketika membuat permohonan tersebut.


KEBERANIAN dan semangat juang Askar Melayu dalam menentang penjajah perlu diserap oleh generasi muda masa kini.


Meskipun agak kecewa kerana cita-citanya tidak tercapai, Mohd. Asrul tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan. Sebaliknya bapa kepada dua orang cahaya mata ini yakin dengan setiap ketentuan Allah.

"Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya reda dan menerimanya dengan hati terbuka. Apa yang penting, usai solat lima waktu, saya tidak pernah lupa menghadiahkan al-Fatihah khusus buat moyang saudara saya itu.

"Malah, setiap tahun keluarga kami akan membuat majlis tahlil dan doa selamat untuk arwah Leftenan Muda Adnan yang jenazahnya tidak dapat disemadikan mengikut syarak kerana mayatnya tidak ditemui selepas pertempuran berdarah itu," tuturnya yang bekerja di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai juruukur hak milik.

Kenangan

Dalam pada itu, Ahmad mengakui apabila terkenangkan pengorbanan datuk saudara bersama anggota pasukan askar Melayu ketika itu, hatinya bergetar.

Marah, geram, sedih dan sayu bercampur-baur dalam dirinya. Namun, sebagai umat Islam, dia tetap akur dengan qada dan qadar Allah.

"Rasa marah saya pada tentera Jepun sukar untuk padam dalam jiwa. Walaupun sudah 72 tahun peristiwa ini berlaku, ia seperti terbayang-bayang di fikiran bagaimana suasana pertempuran yang dihadapi Leftenan Muda Adnan.


MOHD. ASRUL bersama isteri dan anak-anak bangga kerana mempunyai hubungan darah dengan pejuang negara, Leftenan Muda Adnan.


"Doa saya, moga roh beliau tenang di alam sana dan dihimpunkan bersama para syuhada meskipun matinya tanpa kubur sebagai tanda," ungkap Ahmad yang memakai gelang peluru mortar sebagai lambang semangat cucu seorang perwira.

Tambah Ahmad, beliau juga bersyukur kerana jasa dan pengorbanan Leftenan Muda Adnan masih dihargai oleh pihak kerajaan.

"Ini termasuklah menamakan sebuah sekolah di Kajang dan kereta perisai tentera sempena nama Leftenan Muda Adnan," ujarnya.

Kepada mereka yang mahu menyusuri perjuangan Leftenan Muda Adnan, bolehlah mengunjungi Memorial Reflections di Bukit Chandu, Singapura yang mengabadikan banyak sejarah Perang Dunia Kedua di sana.

Fosil dinosaur terbesar

Posted:

Fosil dinosaur terbesar

Fosil dinosaur terbesar


ORANG ramai menyaksikan fosil dinosaur berupa tulang kaki besar berukuran 2.4 meter.


AHLI paleontologi di wilayah Pantagonia, kawasan pedalaman Argentina telah menemui fosil dinosaur yang disifatkan terbesar pernah dijumpai setakat ini.

Penemuan fosil yang tersorok di celah-celah gunung itu dijangka mampu memberi penjelasan tentang kehidupan prasejarah.

Mahkluk yang dipercayai spesies baharu Titanosaur itu digambarkan mempunyai leher panjang, sauropod berekor panjang, berjalan menggunakan empat kaki dan hidup pada zaman batu kapur kira-kira 90 juta tahun dahulu.

Penyelidik mengatakan dinosaur yang memakan tumbuh-tumbuhan itu mempunyai berat badan bersamaan 14 ekor gajah Afrika atau kira-kira 100 tan dan menjangkau sehingga 40 meter panjang.

Rekod mahkluk terbesar sebelum ini dipegang juga di Argentina ialah Argentinosaurus yang dianggarkan berukuran 36.6 meter panjang.

Tulang paha fosil Titanosaur baharu tersebut nampak lebih besar dan panjang berbanding seorang ahli paleontologi yang berbaring di sisinya.

Tulang-tulang sekurang-kurangnya tujuh ekor dinosaur termasuk beberapa ekor dipercayai berusia muda telah ditemui di tapak berkenaan.

"Ini penemuan yang paling lengkap bagi jenis dinosaur gergasi di dunia bahkan satu penemuan bersejarah bagi sains," kata Jose Luis, salah seorang daripada lapan ahli sains yang mengambil bahagian dalam kajian itu.

Fosil tersebut ditemui secara tidak sengaja pada tahun 2011 oleh seorang pekerja ladang di kawasan pedalaman di wilayah Pantagonia di Chubut iaitu 1,300 kilometer di selatan Buenos Aires.

Fosil pertama yang ditemui pekerja tersebut ialah tulang kaki besar berukuran 2.4 meter.

Gambaran jelas

Hasil maklumat tersebut, penggalian mula dilancarkan pada Januari tahun lalu yang kemudiannya membawa kepada penemuan tulang ekor yang lengkap, batang tubuh dan leher.

Menerusi fosil tersebut, ia akan memberi gambaran jelas tentang rupa keseluruhan haiwan itu sama seperti semasa ia hidup.

Carballido, 36, yang merupakan sebahagian daripada pasukan penyelidik Argentina dan Sepanyol memberitahu, kumpulan tersebut telah menemui 10 vertebra batang tubuh, 40 tulang ekor, bahagian leher dan kaki yang lengkap.


DINOSAUR dipercayai spesies baharu Titanosaur ini digambarkan berleher panjang, sauropod berekor panjang dan mempunyai empat kaki.


"Sehingga kini, apa yang diketahui di seluruh dunia tentang sauropod adalah daripada penemuan pecahan-pecahan fosil.

"Setakat ini, kita hanya dapat mengeluarkan kira-kira 20 peratus fosil dari tapak itu dan percaya lebih banyak tulang belum lagi ditemui," kata ahli paleontologi dari Muzium Egido Feruglio di selatan bandar Trelew yang menyifatkan penemuan itu sebagai luar biasa.

Pada masa sama, para penyelidik juga menemui apa yang mereka percaya adalah sisipan otot yang secara tidak langsung akan membantu mereka membina semula bentuk otot mahkluk itu sekali gus mengenal pasti jumlah tenaga yang diperlukan untuk memindahkannya.

Selain tinggalan rangka, cetakan fosil daun dan batang turut ditemui dan ia dijangka boleh membantu penyelidik membina semula ekosistem pada masa itu.

"Kita akan dapat melakukan pembinaan semula dengan sangat tepat dan menjawab banyak persoalan," kata Carballido.

Keputusan pertama

Setakat ini, spesies baharu itu masih kekal tidak dinamakan dan ahli saintis menganggarkan mereka akan menerbitkan keputusan pertama pada tahun depan.

"Kajian itu akan dilakukan dalam beberapa peringkat. Pertamanya, kami akan membentangkan spesies baharu dan ciri-ciri karakternya," kata Carballido sambil menambah, kajian mengenai perincian biologi haiwan dan cara ia membesar turut dilaksanakan.

Sementara itu, Pakar Antropologi dan Fosil di Muzium Sejarah Semula Jadi London, Paul Barret mengingatkan bahawa dakwaan dinosaur tersebut adalah terbesar pernah ditemui masih perlu disahkan.

"Ini satu penemuan inspirasi baharu daripada dinosaur yang benar-benar besar.

"Bagaimanapun, kita perlu tahu lebih lanjut mengenai saiz keseluruhan, nisbah rangka dan menggunakan beberapa kaedah berbeza untuk menyiasat kemungkinan lebarnya sebelum memutuskan ia dinosaur terbesar," kata Barret. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved