Ahad, 25 Mei 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


SKBB juara hoki MSSWP

Posted:

SKBB juara hoki MSSWP

SKBB juara hoki MSSWP

PEMAIN pasukan hoki SKBB bergambar selepas muncul juara kategori lelaki dan perempuan bawah 12 Tahun pada kejohanan hoki MSSWP di Stadium Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERENTAP. Pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya (SKBB), Bangsar muncul juara kategori lelaki dan perempuan bawah 12 Tahun pada kejohanan hoki Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) di Stadium Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebanyak lapan pasukan hoki lelaki dan perempuan sekitar Wilayah Persekutuan berentap dalam kejohanan tersebut.

Jurulatih pasukan hoki SKBB, Gurdip Singh berkata, kejayaan itu menjadi pembakar semangat bagi sekolah itu menghadapi enam lagi pertandingan hoki peringkat negeri pada tahun ini.

"Selepas dua tahun berturut-turut menjadi naib johan MSSWP, akhirnya kami berjaya muncul juara hasil daripada latihan berterusan dan semangat juang pemain yang tinggi," katanya.

100 pelajar cemerlang Labuan diraikan

Posted:

100 pelajar cemerlang Labuan diraikan

100 pelajar cemerlang Labuan diraikan


ROZMAN (barisan kedua empat dari kiri) bergambar dengan 100 pelajar sekolah rendah dan menengah Labuan yang mendapat keputusan cemerlang di Auditorium Sekolah Antarabangsa Labuan baru-baru ini.


CEMERLANG. Seramai 100 pelajar sekolah rendah dan menengah di Labuan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) 2013 di Auditorium Sekolah Antarabangsa Labuan baru-baru ini.

Majlis anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Labuan itu adalah sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan atas kejayaan cemerlang pelajar dalam peperiksaan awam pada tahun lalu.

Ia dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang turut dihadiri Pengarah JPN Labuan, Mistirine Radin.

Pada majlis itu, semua pelajar cemerlang menerima wang tunai dan plak serta sijil penghargaan sumbangan Kementerian Wilayah Persekutuan, Labuan Financial Services Authority dan Pejabat Ahli Parlimen Labuan.

Pegawai tadbir IPTA sertai program khidmat komuniti

Posted:

Pegawai tadbir IPTA sertai program khidmat komuniti

Pegawai tadbir IPTA sertai program khidmat komuniti


PARA pegawai tadbir daripada institusi pengajian tinggi awam bergambar selepas menyertai program Khidmat Masyarakat di Kampung Mercang, Marang, Terengganu baru-baru ini.


BERBAKTI. Seramai 50 orang pegawai tadbir yang mewakili lima buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini menyertai Program Khidmat Masyarakat di Kampung Mercang, Marang, Terengganu baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Perlis.

Program itu anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (Masti) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UniSZA (Kemudi).

Pengerusi Persatuan Pentadbir UiTM, Nor Hashimah Rahmat berkata, pegawai tadbir di IPTA memainkan peranan besar dalam pembangunan sektor pentadbiran di universiti dan komuniti setempat di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Dalam hal ini, Masti mengambil langkah untuk memberi sumbangan kepada masyarakat melalui program bersama komuniti setempat termasuk menanam kelapa pandan di pesisir pantai Mercang," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Jepun kuasa baharu badminton

Posted:

Jepun kuasa baharu badminton

Jepun kuasa baharu badminton

JURULATIH Jepun, Park Joo Bong (tengah) menjulang Piala Thomas selepas skuad bimbingannya muncul juara ekoran kemenangan 3-2 ke atas Malaysia pada perlawanan akhir semalam.


NEW DELHI - Jepun muncul kuasa baharu sukan badminton dunia apabila mengejutkan Malaysia 3-2 di pentas final Piala Thomas 2014 di Stadium Siri Fort, New Delhi, India malam tadi.

Lebih manis, ia merupakan kali pertama Jepun mendakap trofi Piala Thomas dalam penampilan sulung mereka di pentas final sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1949.

Jurulatih Jepun, Park Joo Bong juga pastinya individu yang paling gembira dengan kejayaan Negara Matahari Terbit melakar sejarah ekoran tidak pernah mendakap trofi paling berprestij berkenaan sepanjang kariernya bersama Korea Selatan sebelum ini.

Percaturan Joo Bong menurunkan pemain perseorangan keempat, Takuma Ueda berbanding Sho Sasaki juga ternyata berbaloi apabila Ueda tenang menyumbang mata kemenangan Jepun selepas menewaskan kapten negara, Liew Daren dengan keputusan rubber set 21-12, 18-21 dan 21-17.

Kekalahan itu juga menyaksikan Malaysia terus kempunan mendakap trofi Piala Thomas selepas kali terakhir muncul juara pada 1992 di Kuala Lumpur.

Terdahulu, pemain perseorangan pertama negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mudah menjinakkan Kenichi Tago dengan kemenangan straight set 21-12 dan 21-16.

Hasrat pasangan 'bidan terjun' negara, Hoo Thien How-Tan Boon Heong bagi mengejutkan pasangan No. 3 dunia, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa ternyata gagal biarpun berjaya mengheret perlawanan ke rubber set sebelum tumpas 21-12, 17-21 dan 19-21.

Ketangkasan bekas juara remaja dunia, Kento Momota juga gagal ditandingi pemain perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng apabila menang straight set 21-15 dan 21-17.

Impian negara kembali menyala apabila pasangan beregu kedua, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menyamakan kedudukan 2-2 apabila menang rubber set 19-21, 21-17 dan 21-12.

Tatkala harapan seluruh rakyat Malaysia terjurus ke arah Daren, pemain itu gagal beraksi dengan baik apabila tumpas mudah pada set pertama sebelum kembali bangkit pada set kedua.

Namun, Daren gagal menyerap tekanan apabila sering membuat kesilapan mudah pada set penentuan sebelum tewas.

Ia merupakan kekalahan ketiga Daren pada kejohanan kali ini apabila tewas kepada pemain India, R.M.V Gurusaidutt dan Lukas Schmidt dari Jerman di peringkat kumpulan sebelum ini.

Ketika bertemu Denmark dan Indonesia di peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum ini, Daren tidak sempat beraksi apabila Malaysia menang 3-1 dan 3-0 sebelum melangkah ke pentas final.

Azizulhasni kembali gegar trek

Posted:

Azizulhasni kembali gegar trek

Azizulhasni kembali gegar trek

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

PELUMBA trek sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang menamatkan kemarau emas acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2014 semalam.

Selepas kali terakhir muncul juara berganda pada 2008 dan 2009, pelumba yang turut dikenali sebagai Pocketrocketman itu, membuktikan dirinya masih berbisa dengan menewaskan pelumba Jepun, Seiichiro Kanagawa

Pada saingan bagi acara pecut elit lelaki yang berlangsung di Saryarka Velodrome Astana, Kazakhstan itu, pelumba kelahiran Terengganu itu mencatat masa 0.139 saat.

Meskipun mendapat amaran kerana kayuhannya terlalu laju ketika memintas lawan, keadaan tersebut langsung tidak merencatkan persembahan Olimpian negara itu untuk mencipta kemenangan.

Dalam pada itu, pelumba remaja, Muhammad Firdaus Mohd. Zonis meneruskan rentak bergaya apabila meraih emas kedua.

Kali ini, pelumba dari Klang, Selangor itu meraih emas dalam acara pecut remaja lelaki apabila menewaskan pelumba Korea Selatan, Jung Jeahee dengan perbezaan 0.101saat.

"Saya akui, saingan kali ini lebih sengit. Memang sukar namun saya kuatkan semangat untuk menang. Alhamdulilah, apa yang saya sasarkan menjadi kenyataan.

"Saya akan cuba mendapatkan pingat dalam acara keirin remaja pula selepas ini. Sekiranya bertuah, saya mencipta rekod menjadi pelumba remaja pertama yang merangkul enam emas dalam kategori junior.

"Untuk sekali lagi, emas yang saya peroleh hari ini (semalam) khas untuk jurulatih saya, Junaidi Mohd. Nasir dan ibu bapa yang telah banyak mendoakan kekjayaan saya," kata Firdaus.

Saingan kategori wanita pula menyaksikan gandingan Fatehah Mustapa dan Jupha Som Net terpaksa berputih mata apabila gagal meraih gangsa dalam acara pecut berpasukan wanita elit.

Harapan meraih sebutir pingat dalam acara tersebut musnah apabila kedua pelumba berpengalaman negara itu tumpas kepada gandingan Jepun, Maeda Kayono dan Ishii Takako.

Bagaimanapun, Fatehah berjaya mengubati kekecewaan apabila meraih gangsa dalam aksi kelayakan masa elit wanita dengan mencatat 19.855saat di belakang juara, Lee Wai Sze dari Hong Kong.

Tengku Abdullah menang

Posted:

Tengku Abdullah menang

Tengku Abdullah menang

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


BARISAN kepimpinan baharu FAM bergambar kenangan dengan Sultan Ahmad Shah (tengah depan) selepas selesai Kongres FAM di Shah Alam semalam.


TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2014-2018 selepas mendapat mandat daripada para perwakilan badan induk bola sepak negara itu pada Kongress FAM ke-50 di Hotel Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam semalam.

Pemilihan itu berkuat kuasa sejurus penyandangnya, Sultan Ahmad Shah mengambil keputusan menarik diri untuk bertanding bagi memberikan laluan kepada Tengku Abdullah dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertanding merebut jawatan presiden.

Seperti yang diramalkan, Tengku Abdullah mendapat kepercayaan penuh daripada ahli-ahli gabungan FAM yang menyaksikan baginda meraih 27 undi berbanding 12 undi yang diperoleh pencabarnya Tunku Ismail iaitu Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Pada proses undian pusingan pertama, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail yang tidak hadir pada kongres tersebut mendapat 15 undi.

Apabila proses pengundian pusingan kedua dilangsungkan, jumlah undi untuk Tengku Abdullah terus meningkat apabila meraih 27 undi berbanding Tunku Ismail yang sekadar mendapat 12 undi.

Menurut artikel 39.2 perlembagaan FAM, bagi pemilihan jawatan Presiden, dua pertiga undian akan direkodkan dan disahkan dan jika kurang daripada dua pertiga, undian pusingan kedua akan dijalankan.

"Jumlah 39 undi memerlukan calon meraih 26 undi untuk memperoleh majoriti dua pertiga. Oleh itu, kita adakan undian sekali lagi untuk jawatan Presiden sahaja," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Pada proses pengundian pusingan kedua itu, undian untuk Tengku Abdullah terus meningkat apabila mendapat tambahan tiga lagi undi daripada para perwakilan yang hadir.

Bagi dua jawatan Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal yang dianggap sebagai calon popular untuk memenangi jawatan tersebut menerima kejutan besar apabila ahli-ahli perwakilan FAM memilih Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Mokhtar Ahmad sebagai Timbalan Presiden baharu.

Subahan yang sebelum ini penyandang jawatan Naib Presiden, tewas tipis satu undi kepada Mokhtar yang meraih 26 undi manakala Afandi kekal sebagai Timbalan Presiden I selepas meraih 27 undi.

Kekalahan Subahan itu dianggap sebagai kejutan besar dalam Kongres FAM ke-50 kali ini memandangkan beliau memiliki pengalaman luas ketika berada dalam barisan kepimpinan FAM sebelum ini, selain dilantik sebagai pengurus pasukan Harimau Malaya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pelumba Moto3 maut kemalangan

Posted:

Pelumba Moto3 maut kemalangan

Pelumba Moto3 maut kemalangan

JENAZAH Husni Aizat yang terbunuh dalam kemalangan semalam dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.


JOHOR BAHRU - Malaysia kehilangan seorang bakat muda dalam sukan motosikal dengan pemergian bekas pelumba Moto3, Husni Aizat Abdul Malik yang maut dalam kemalangan di Jalan Tanjung Buai, Teluk Sangat, Kota Tinggi dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun yang dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Felda Air Tawar 1 terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabas semasa melalui selekoh di jalan itu sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Husni Aizat yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Pasir Gudang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Boikot produk coklat Cadbury

Posted:

Boikot produk coklat Cadbury

Boikot produk coklat Cadbury

KUALA LUMPUR - Pengguna beragama Islam digesa memboikot semua produk keluaran Cadbury Confectionery Malaysia. Sdn. Bhd. (Cadbury) selepas dua produknya iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Prof. Madya Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, tindakan boikot itu perlu dilakukan sebagai satu pengajaran kepada syarikat terbabit supaya lebih sensitif dan menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

Tegas beliau, tindakan boikot kesemua produk keluaran Cadbury itu perlu dilakukan sehinggalah Cadbury dapat memberi jaminan bahawa bukan sahaja dua produk tersebut, malah semua produknya bebas daripada DNA babi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bas masuk gaung, hajat beli-belah tak kesampaian

Posted:

Bas masuk gaung, hajat beli-belah tak kesampaian

Bas masuk gaung, hajat beli-belah tak kesampaian

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN penumpang bas yang menunggu bantuan perubatan tiba selepas bas dinaiki menjunam ke dalam gaung. - Muhamad Iqbal Rosl


KANGAR – Kegembiraan 44 peserta rombongan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membeli-belah di Wang Kelian dekat sini bertukar ngeri apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter hanya kira-kira dua kilometer dari destinasi yang mahu dituju.

Kejadian pada pukul 9.40 pagi semalam itu berlaku ketika bas persiaran itu melalui laluan berbukit di Kilometer 37, Jalan Wang Kelian-Padang Besar. Bas yang membawa 33 wanita, enam lelaki, lima kanak-kanak serta seorang pemandu bas itu terjatuh ke dalam gaung itu dengan kesemua tayarnya di atas.

Kemalangan itu menyebabkan penumpang wanita dan pemandu bas itu cedera.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Saintis dakwa 'ping' bukan dari MH370

Posted:

Saintis dakwa 'ping' bukan dari MH370

Saintis dakwa 'ping' bukan dari MH370

AFP
SEORANG anggota tentera, Matthew Tranter-EDwards melutut di depan Bluefin-21 di atas kapal Ocean Shield di dermaga Pangkalan Armada Barat, Perth pada 5 Mei lalu.


SYDNEY - Beberapa saintis dasar laut menyatakan empat isyarat berdesing atau 'ping' yang dikesan menerusi peralatan pinger milik tentera Amerika Syarikat (AS) bukan datang dari kotak hitam sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di selatan Lautan Hindi, lapor akhbar The Courier Mail semalam.

Menurut para saintis itu, signal yang dikesan itu juga mengandungi frekuensi yang silap dan ia datang dari sumber buatan manusia yang sebelum ini tidak dapat dikesan di dalam lautan tersebut.

"Sejurus selepas menyaksikan perbezaan jarak empat 'ping' dan frekuensi tersebut, saya mengetahui ia bukan milik pesawat itu," kata salah seorang saintis tersebut.

Menurut saintis tersebut, pengakuan mereka itu disokong dengan kegagalan kenderaan dalam laut autonomi yang dikenali sebagai Bluefin-21 menemui sebarang serpihan pesawat berkenaan.

Peralatan Bluefin-21 itu boleh menyelam pada kedalaman sehingga 4,500 meter dan diletakkan di atas kapal Ocean Shield milik Australia.

Ia akan digantikan dengan sebuah kenderaan dalam air yang baharu apabila kapal tersebut kembali ke Perth, Australia pada minggu depan.

Para saintis itu juga menyatakan, 'ping' yang berfrekuensi 33.3 kilohertz yang dikesan itu amat berbeza dengan gelombang 37.5 kilohertz yang dikeluarkan kotak hitam tersebut.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac lalu.

Ketika hilang, pesawat tersebut sepatutnya menghubungi sebuah menara kawalan trafik udara di bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Pesawat itu dilaporkan berpatah balik ke utara Semenanjung Malaysia dan berdasarkan data satelit, kerajaan Malaysia merumuskan, ia hilang di selatan Lautan Hindi.

Kerja-kerja mencari pesawat itu yang melibatkan kapal China dan Australia kemudian dilakukan di selatan Lautan Hindi. - Agensi

Junta tentera Thai bubarkan Senat

Posted:

Junta tentera Thai bubarkan Senat

Junta tentera Thai bubarkan Senat


SEJUMLAH penunjuk perasaan yang menentang rampasan kuasa berarak ketika anggota-anggota polis dan askar membuat sekatan di sebatang jalan raya di Bangkok semalam.


BANGKOK - Junta tentera Thailand semalam mengharamkan Dewan Senat menyebabkan kuasa untuk membuat semua undang-undang kini terletak pada tangan jeneral-jeneral tentera.

"Dewan Senat dibubarkan. Tanggungjawab untuk membuat sebarang undang-undang yang memerlukan kelulusan Parlimen dan Dewan Senat akan dibuat oleh pemimpin tentera," kata satu pengumuman di televisyen.

Dewan Senat mempunyai 150 anggota dengan separuh daripadanya dipilih pengundi menerusi pilihan raya.

Pengumuman tentang pembubaran itu dibuat Jurucakap Majlis Mengekalkan Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NPOMC), Kolonel Winthai Suwaree.

Pembubaran itu sekali gus menamatkan spekulasi bahawa dewan tersebut akan memilih Perdana Menteri baharu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha yang mengisytiharkan rampasan kuasa pada Khamis lalu kini memegang jawatan Pemangku Perdana Menteri.

Sejak memegang jawatan itu, Prayuth telah memanggil 190 ahli politik dan akademik untuk melaporkan diri kepada pihak berkuasa.

Antara yang menyerah diri adalah bekas Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan yang disingkirkan menerusi rampasan kuasa.

Niwattumrong sebelum ini menjadi Perdana Menteri menggantikan Yingluck Shinawatra yang disingkirkan menerusi Mahkamah Perlembagaan selepas beliau didapati bersalah menukarkan seorang pegawai tinggi kerajaan.

Yingluck merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan tentera pada tahun 2006.

Turut berada dalam senarai 190 orang yang ditahan itu ialah ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban yang mengetuai tunjuk perasaan antikerajaan selama tujuh bulan di Bangkok.

Yingluck turut ditahan selama seminggu di sebuah pangkalan tentera sejak Jumaat lalu.

Menurut Penolong Jurucakap Tentera Thailand, Kolonel Weerachon Sukondhapatipak, semua pemimpin dilayan dengan baik dan mereka ditahan supaya satu kompromi politik dapat dicapai.

"Ia merupakan satu usaha untuk setiap orang yang terlibat dalam konflik itu bertenang dan mempunyai masa untuk berfikir (mencapai kompromi politik," katanya. - Agensi

AS gantung bantuan ketenteraan Thailand

Posted:

AS gantung bantuan ketenteraan Thailand

AS gantung bantuan ketenteraan Thailand

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) kelmarin menggantung bantuan ketenteraan kepada Thailand yang bernilai AS$3.5 juta (RM11.24 juta).

Tindakan itu dilakukan selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa dengan menggulingkan Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf berkata, Washington turut mengkaji semula bantuan lain kepada Thailand.

"Kami telah pun menggantung kira-kira AS$3.5 juta dalam bentuk dana dan latihan kepada tentera Thai," katanya kepada pemberita.

Harf juga berkata, pihaknya sedang mengkaji peruntukan untuk badan-badan antarabangsa termasuk pakatan ASEAN yang disertai Thailand bagi mengetahui jumlah wang yang disalurkan ke negara itu.

Menurutnya, AS mendesak pemulihan pemerintahan awam dilakukan dengan segera di Thailand. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


DAP kekal kerusi Parlimen Bukit Gelugor

Posted:

DAP kekal kerusi Parlimen Bukit Gelugor

DAP kekal kerusi Parlimen Bukit Gelugor

25/05/2014 9:31pm

GEORGE TOWN - Parti DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu, Ramkarpal Singh Deo memperoleh majoriti undi sebanyak 37,659 undi.

Ramkarpal, 38, yang merupakan seorang peguam dan anak ketiga mendiang Karpal Singh memperoleh 41,242 undi, menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Huan Cheng Huan (Parti Cinta Malaysia) dan dua calon bebas, Muhamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohd. Zan.

Cheng Guan, Muhamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek masing-masing memperoleh 3,539 undi, 799 undi dan 225 undi.

Kemenangan Ramkarpal dalam PRK itu diumumkan oleh Pegawai Pilihanraya Negeri, Anuar Yahya di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sri Pinang, di sini kira-kira pukul 9.05 malam tadi - KOSMO!

Selfie, hashtag, dan tweet muncul dalam Kamus Dewan

Posted:

Selfie, hashtag, dan tweet muncul dalam Kamus Dewan

Selfie, hashtag, dan tweet muncul dalam Kamus Dewan

25/05/2014 8:29pm

KUALA LUMPUR - Perkataan popular yang lahir seiring perkembangan teknologi seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, ia selari dengan peranan kamus iaitu merakam penggunaan kata secara meluas oleh masyarakat.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perkataan itu akan diberi tanda 'bp' iaitu bahasa percakapan yang dilabel pada perkataan yang belum diterima sebagai bahasa standard.

"Pengguna kamus perlu membaca bahagian pendahuluan yang menjelaskan cara penggunaan kamus, termasuk bahagian dilabel 'bp', supaya tidak ada salah anggap bahawa semua kata di dalam kamus adalah perkataan baku," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, kemasukan perkataan itu juga berdasarkan ilmu leksikografi atau perkamusan memasukkan kosa kata yang digunakan secara meluas, disertai penjelasan konteksnya sama ada rasmi atau tidak rasmi. - Bernama

Tiga hektar hutan di lereng Bukit Besar musnah terbakar

Posted:

Tiga hektar hutan di lereng Bukit Besar musnah terbakar

Tiga hektar hutan di lereng Bukit Besar musnah terbakar

25/05/2014 8:25pm

KUALA TERENGGANU - Kira-kira tiga hektar kawasan hutan di lereng Bukit Besar di sini musnah dalam kebakaran yang dipercayai bermula Khamis lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kamerul Bieza Mohd Kassim berkata, setakat ini pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak namun memerlukan sekurang-kurangnya lima hari lagi untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran itu.

"Usaha memadam api agak mencabar kerana lokasi kebakaran yang berlaku pada ketinggian melebihi 40 meter selain tiada punca air yang memaksa kami mengambil air kira-kira 300 meter di kaki bukit," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Menurutnya operasi pemadaman dilakukan tanpa henti bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan lain memandangkan keadaan cuaca yang panas dan kering.

"Tidak kira waktu siang atau malam kita sentiasa melakukan operasi pemadaman kerana bimbang akan memberi kesan kepada penduduk yang berhampiran dan kita meletakkan beberapa anggota di kawasan berhampiran rumah penduduk dan sekolah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Panggil saya Sein Qudsi

Posted:

Panggil saya Sein Qudsi

Panggil saya Sein Qudsi

MEMINATI filem sejak di bangku sekolah rendah, Sein mengakui dia memasuki bidang nyanyian dan lakonan terlebih dahulu sebagai langkah awal untuk berjinak-jinak dengan dunia hiburan. Dia menganggap zaman menyanyi bersama MOB dan Ruffedge sebagai zaman 'cuba-cuba'.


JALAN kehidupan setiap manusia dan segala macam kehidupan atau ciptaan yang berkembang serta bergerak pasti ada evolusi tersendiri. Berbunyi mudah namun catatan dalam ranjau yang dilalui ada ketika tidak terduga.

Lelaki dengan nama Syed Hussein Syed Mustafa itu juga punya catatan evolusi. Dahulu dia penyanyi. Sempat menganggotai dua kumpulan vokal suara MOB dan Ruffedge, dia kemudian terevolusi oleh persekitaran, usia dan kematangan. Nyanyian seperti hilang dalam kamus karier apabila lakonan pula mengambil tempat.

Sejak lima tahun lepas, landskap kariernya berubah. Daripada seorang pelakon biasa dia mahukan sesuatu yang lebih, sesuatu yang mengisi obsesi dan kemahuannya sejak kecil. Pernah hampir setahun berdiam diri, Sein kemudian membuka buku baharu. Dia kembali ke perut industri dengan haluan berbeza apabila muncul sebagai pembikin filem.

Gila tonton VHS

"Saya tak anggap kehadiran saya sebagai pembikin filem ini satu evolusi atau transformasi. Sebenarnya ia bukan berubah tetapi inilah hakikat saya. Macam orang nampak orang yang mencangkul tanah, lazimnya orang itu terus dianggap sebagai pekebun atau petani, tapi mungkin orang itu ada benda lain yang dicari.

"Macam saya pula, dari dahulu lagi saya ada dunia filem saya sendiri. Sejak umur lapan tahun lagi saya sudah gila tengok filem. Masa sekolah rendah, saya sanggup kayuh basikal beberapa kilometer dan berulang-alik ke kedai sewa video, cari filem. Ketika itu filem masih dalam bentuk VHS. Nak beli tak berduit, guna pun duit saku sekolah, jadi sewa sahaja.

"Setiap malam kerja saya tengok filem, selalu bangun lambat sehingga ponteng sekolah pasal filem. Tapi bila masuk sekolah menengah, saya mula berkawan dan masa itulah saya sertai MOB, bersama-sama dengan Shaheizy Sam, kemudian dengan Ruffedge pula. Bagi saya, zaman itu ialah zaman cuba-cuba. Minat saya masih terhadap filem tapi belum nampak jalan," cerita Sein mengenai perjalanannya.

Di ruang kerja yang dinamakan Camewerk Studios, milik bersama dua rakan sealiran, Aqasha dan Zain Hamid itu, Sein bercerita hampir terlondeh kesemuanya. Dia hanyut dalam kisah kembaranya ke London bersama isteri dan anak-anak untuk mendalami ilmu perfileman, tentang penghijrahan dalaman yang dilalui, tentang rakan-rakan dalam industri serta cita-cita yang sedang diusahakan.

Korek duit simpanan

"Belajar ilmu filem memaksa saya berjimat. Langsung tak usik duit berlakon drama terakhir waktu itu, dapat cek saya akan simpan. Bila rasa duit sudah cukup, barulah saya tunaikan cek-cek bayaran lakonan, korek semua duit simpanan. Tengok duit lebih RM100,000 dalam tangan, rasa macam boleh beli apa sahaja, tapi bila tukar kepada mata wang pound sterling, dapatlah beberapa puluh ribu sahaja. Dengan itu kami sekeluarga terbang ke London, duduk sana dan belajar.

"Orang dengar macam seronok tapi saya dapat dua benda, satu belajar ilmu filem dan satu lagi belajar untuk terus hidup.

"Ilmu kehidupan akan beri efek kepada 'barang' yang kita buat selain ilmu filem," tuturnya merangkumkan proses pembelajaran dan keputusan yang telah diambil sebelum bergelar pengarah dengan filem pertamanya berjudul Langgar.

Untuk pengarah yang baru pertama kali mengarahkan filem, jumlah kutipan Langgar sebanyak RM1.6 juta semasa ditayangkan di pawagam pada tahun lepas tidaklah suatu catatan yang memalukan.

"Tolak campur dengan pulangan di Astro First, rasanya Langgar itu sudah cukup okey untuk saya. Kalau lebih baik daripada itu mungkin akan memudaratkan saya. Mungkin saya akan jadi sombong, kalau kutipannya buruk daripada jumlah itu, tetap akan memudaratkan saya juga, jadi itulah yang terbaik pada waktu itu," katanya yang dalam proses praproduksi untuk filem terbaharu berjudul Bangunan terbitan bersama Suar Channel.

Dijayakan bersama Aqasha, Zain dan Khir Rahman, filem berkenaan terhasil daripada penemuan luar biasa yang dilalui bersama dua rakannya itu.

"Asalnya kami tengah buat kajian untuk sebuah filem lain, ia hasil penemuan istimewa kami bertiga dan kami sepakat untuk jadikan ia sebuah filem," jelas Sein.

Bangunan hanya dilakonkan oleh Sein, Aqasha dan Khir sahaja, tiada pelakon lain mahupun pelakon wanita.

"Ia sebuah filem genre misteri berkisar sejarah hidup kami bertiga. Ia bukan fiksyen tetapi realiti," kata Sein yang juga sedang mempersiapkan diri untuk memulakan pengarahan filem Penculikan Amar Affendi terbitan bersama KRU Studios sekitar Ogos nanti.

Filem bukan drama

Sebagai seorang pelakon, bapa anak tiga itu sudah terbiasa benar dengan lakonan drama televisyen, namun apabila memilih pengarahan sebagai fokus, Sein belum berminat untuk menghasilkan drama.

"Buat filem dengan dengan drama sangat lain. Kecintaan saya lebih kepada filem. Bagi saya sinema atau filem ada magis," ungkapnya.

Filem juga mengubah kaca matanya terhadap makna kehidupan yang dicari-cari selama ini.

"Saya buat filem bukan untuk membuktikan apa-apa, sekarang ialah fasa bikin filem. Saya dan rakan-rakan yang lain percaya kami di sini kerana bakat yang diasah dengan ilmu. Kami mahu praktikkan dan percaya ada tanggungjawab yang harus dilakukan," katanya mudah.

Mengajak Sein bercakap soal skeptikal segelintir penonton terhadap filem tempatan, khususnya filem Melayu, dia tidak mahu pendapat penonton filem di Malaysia dipandang rendah.

"Mereka ada ilusi tapi tak tahu apa yang mereka suka. Pengarah kena tahu dan faham hal itu, tahu ilusi penonton tetapi penceritaan harus daripada pengarah sendiri dan beri cerita yang penonton suka," lontar Sein.

Jika industri perfileman tempatan dilihat semakin goyah ekoran kemerosotan jumlah kutipan tiket di pawagam, Sein memberi satu konotasi.

Dia percaya naiknya sesebuah empayar hasil daripada kejatuhan sesebuah empayar yang lain. Sein mengaitkan falsafah itu dengan situasi perfileman tempatan yang dikatakan sedang berdepan zaman susut keyakinan peminat.

"Kalau filem tempatan sekarang tengah berdepan zaman kejatuhan, sekarang jugalah zaman kebangkitan itu sedang bermula," kata Sein yang tidak menjadikan pandangan sesetengah individu yang tidak menonton filem Melayu sebagai suatu kesalahan.

Katanya: "Kalau filem itu bagus, orang akan bercakap. Apabila orang mula bercakap, orang yang tidak mahu menonton filem Melayu akan rasa hendak tengok filem Melayu. Jadi tak salah pun kalau ada orang tak suka filem Melayu, saya sendiri pun tak suka dan tak tengok filem Hindustan. Bagi saya filem Hindustan ialah ilusi kegembiraan orang India."

Jauh menyelongkar dan mendapatkan gambaran yang jelas tentang lensa filem daripada pengarah filem generasi baharu itu, di hujung perbualan, lelaki yang pernah dikenali sebagai Sein Ruffedge ini membuat satu permintaan: "Tolong letak nama saya sebagai sebagai Sein Qudsi. Cukuplah, jangan panggil saya Sein Ruffedge lagi, saya kini mewakili diri saya, sebagai pelakon, penulis skrip dan pembikin filem, saya bukan Ruffedge lagi, panggil saya Sein Qudsi."

Ungkap Sein, Qudsi dipilih kerana itu nama leluhur keluarganya.

Saya diberi makan tempe dan tauhu - Tegar

Posted:

Saya diberi makan tempe dan tauhu - Tegar

Saya diberi makan tempe dan tauhu - Tegar


PENGARAH Urusan Media Asia Production, Nasir Deraman (dua dari kiri) bersama Tegar sewaktu majlis pelancaran album keduanya berjudul Kemana Kasih Sayang di Kuala Lumpur.


KALI terakhir penyanyi Tegar bertandang ke Kuala Lumpur ialah sekitar September tahun lalu. Ketika itu, kehadirannya ke negara ini adalah untuk melancarkan album mininya yang berjudul Tegar dan Sahabat.

Baru-baru ini, sekali lagi penyanyi berumur 13 tahun itu berkunjung ke ibu negara bagi melancarkan album keduanya pula berjudul Kemana Kasih Sayang.

Bezanya, penyanyi kelahiran Subang, Jawa Barat, Indonesia itu ditemani oleh seorang pengurus baharu. Dia tidak lagi diiringi pengurus lamanya.

"Saya sudah tidak lagi bersama dia (pengurus lama). Ada masalah," jawab Tegar saat ditebak pertanyaan mengenai ke mana pergi pengurus lamanya, Alfas dan Wawan sewaktu sesi sidang media berlangsung.

Lebih mengejutkan apabila Tegar turut mendedahkan bahawa sepanjang bawah kendalian pengurus lamanya itu, dia seolah-olah dibiarkan menjalani kehidupan seperti orang susah, sungguhpun ketika itu kedudukan kewangannya sudah jauh berubah baik.

"Saya asyik diberi makan tempe dan tauhu sahaja. Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Semua perbelanjaan saya dikawal," katanya yang memberitahu berasa tidak selesa dengan cara pengurus lamanya itu.

Menurut Tegar, tindakan tersebut dilakukan bekas pengurusnya dengan alasan tidak mahu dia lupa asal usul dirinya.

Lebih menyedihkan apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu memberitahu hubungan bersama keluarganya turut dibataskan.

"Keinginan saya untuk berjumpa dengan keluarga di kampung juga dihalang. Sedangkan saya lakukan kerja ini untuk keluarga saya, saya mahu menyara mereka," tutur Tegar yang kini bersama pengurus baharunya, Arif Dollah sejak dua bulan lalu.

Bukan itu sahaja, pengurus lama Tegar juga dipercayai terlibat dalam penyelewengan kewangan penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, perkara tersebut masih lagi di peringkat rundingan agar dapat diselesaikan secara baik tanpa mahu melibatkan tindakan undang-undang.

"Mereka tetap berjasa kepada saya kerana pada awal pembabitan saya dalam bidang seni ini, mereka yang bersusah-payah," katanya yang kini berasa lebih gembira berada di bawah seliaan pengurus baharu.

Menganggap apa yang berlaku itu sebagai salah satu cabaran dalam dunia seni, Tegar menjadikan ia sebagai satu pengalaman yang mampu mengajar dirinya pada masa akan datang.

Apa yang lebih penting, penyanyi yang sinonim dengan alat muzik ukulele itu bersyukur apabila matlamatnya untuk membantu keluarga sudah tercapai dalam tempoh dua tahun penglibatannya dalam seni suara.

"Saya berasa seronok apabila impian untuk membantu ahli keluarga yang susah di kampung tercapai.

"Sudah tercapai memberikan ibu rumah batu, belikan tanah sawah untuk mereka dan kirimkan wang untuk keperluan keluarga," katanya yang memberitahu dia kini sudah memiliki dua buah motosikal motorcross.

Menyentuh mengenai hal pelajaran, menurut Tegar dia menjalani proses pembelajaran secara peribadi di rumah.

"Jadual nyanyian agak padat. Jadi akan ada guru yang datang ke rumah sekurang-kurangnya sepuluh kali dalam tempoh sebulan.

"Setiap enam bulan juga akan ada ujian," katanya yang mahu kerjaya dan pelajaran bergerak seiring.

Bercerita mengenai album keduanya itu, menurut Tegar, pengisian tema lagu yang dimuatkan dalam album itu masih lagi berkisar mengenai kisah kehidupannya pada masa lalu.

"Terdapat tujuh buah lagu di dalamnya. Lagu yang dijangka menjadi hit ialah lagu yang berjudul Kemana Kasih Sayang.

"Lagu itu menceritakan saat perpisahan kedua ibu bapa sehingga saya menjadi mangsa keadaan apabila dibesarkan dengan kurang kasih sayang," katanya mengakhiri bicara.

Kena cetak rompak sebelum dipasarkan

Posted:

Kena cetak rompak sebelum dipasarkan

Kena cetak rompak sebelum dipasarkan

WINGS mahu tindakan undang-undang diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab mencetak rompak album mereka, Menakluk Kosmos.


JANJI yang tertunda sejak 12 tahun lalu tertunai sudah. Rockers yang berpadu atas sayap-sayap yang dinamakan Wings akhirnya menamatkan penantian peminat apabila album ke-17 mereka, Menakluk Kosmos yang diuar-uarkan sejak lebih setahun lepas berjaya dilancarkan.

Sayangnya, saat yang diidamkan itu bertukar menjadi detik yang membungkam rasa. Emosi tegang 'empat penakluk kosmos' iaitu Joe, Awie, Eddie dan Black mudah menular. Majlis yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur itu mendung, suasananya semuram cuaca yang melatari pusat bandar raya.

Dari awal lagi, ada sesuatu telah dikesan dan bau-bauan yang dihidu itu segera dibasuh dengan kepastian. Usai meleraikan keterujaan mendengar beberapa buah melodi dan rentak baharu Wings daripada sebuah diskografi terbitan KRU Music, Joe dan Awie masing-masing menunjukkan bisul yang sedang bernanah dalam jiwa.

"Saya kesal, tersangat kesal, sedih dan kecewa apabila album kami sepenuh kematangan selama lebih 25 tahun dalam arus muzik ini telah dicetak rompak. Lebih menyedihkan lagi album itu dicetak rompak sebelum sempat dilancarkan dan dipasarkan," jelas Joe serius.

Gitaris utama Wings itu masih sempat berfikir secara rasional. Tidak mahu menyalah sesiapa atas kebocoran album mereka ke pasaran, sebagai ketua kumpulan Wings, Joe berharap pihak KRU mengambil langkah serius dan segera menangani masalah itu. Norman Abd. Halim selaku orang kuat KRU juga tidak kelihatan sepanjang majlis.

"Saya belum bertemu dengan Norman, dia sudah maklum dengan perkara ini. Tapi hari ini Norman tidak dapat hadir kerana berada di Perancis sempena Festival Filem Cannes. Kami (Wings) mahukan penjelasan.

"Saya bukan menolak penjualan lagu secara digital menerusi iTunes atau mana-mana aplikasi muat turun lagu dalam internet, tapi cetak rompak ini ada kaitan dengan penjualan lagu secara digital. Lagipun ia berlaku sebelum album fizikal masuk pasaran, ini pertama kali berlaku dalam sejarah Wings, setakat cetak rompak lepas album terjual, biasa," tambah Joe sambil menzahirkan kepuasannya terhadap kualiti pembikinan album studio Wings yang ke-17 itu.

Apalah ertinya kepuasan sekiranya penat-lelah selama ini berbalas dengan pencerobohan. Keras dan sebak, itu pula kenyataan yang terluah daripada bibir si vokalis, Awie.

"Apa guna pelaburan beribu-ribu ringgit jika ini hasilnya, KRU sebagai pihak yang paling bertanggungjawab terhadap isu ini harus segera ambil tindakan tegas," kata Awie sambil menghempas sekeping album lengkap dengan judul berbunyi The New Best Hits Wings Koleksi Terbaik 2014 ke meja.

"Kalau inilah hasilnya, rasa seperti usaha kami selama ini sia-sia. Perasaan kena cetak rompak sebelum album masuk pasaran berbeza dengan cetak rompak biasa. Apa lagi yang nak dibanggakan. Ini bukan sahaja muat turun percuma tapi siap ada CD lagi. CD ini dihantar oleh seorang ahli kelab Sayap-Sayap Wings di Kuantan. Ini kerja pihak yang sangat tidak amanah, tidak bertanggungjawab," kata Awie.

Wings membuat laporan polis berhubung cetak rompak terhadap album mereka itu di Balai Polis Taman Melawati pada Selasa, sehari selepas majlis pelancaran, Isnin lalu.

Seperti Joe, Awie turut tidak bersetuju apabila beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos sudah pun memasuki pasaran digital kira-kira sebulan sebelum album fizikal dilancarkan.

"Saya memang tak setuju tetapi itu strategi promosi dan pemasaran KRU, kami ikutkan. Faktor itu juga antara sebab kami sertai KRU sebelum ini," jelas Awie yang dalam masa yang sama lega kerana album yang menyasarkan lagu Ingatkan Dia sebagai single pertama itu antara album terbaik yang pernah Wings hasilkan.

Mengandungi 10 buah lagu termasuk Menakluk Kosmos, Peti Pandora Mu, Bisa Yang Tertunda, Raja Segala Duri, Komplikasi Pramaya dan Gurindam Mahsyar, album edaran Sony Music Malaysia itu boleh didapati di pasaran bermula 22 Mei lalu.

"Setakat ini kami sudah menjalani penggambaran video klip untuk lagu Ingatkan Dia" ujar Joe lagi.

Lagu-lagu lain termasuklah Adoney Dari Paran, Segitiga Piramida dan Penanti.

Apa yang berlaku kepada Wings ini mengingatkan kita kepada cetak rompak yang berlaku terhadap filem KL Gangster 2. Sesuatu yang lebih meragukan Wings, bukan sahaja tiga buah lagu terbaharu daripada album mereka iaitu Peti Pandora Mu, Bisa Yang Tertunda dan Ingatkan Dia sahaja bocor sebelum masanya, sebuah lagi lagu yang sepatutnya tersimpan kemas oleh syarikat rakaman juga sudah turut terkena nasib yang sama.

"Lebih pelik apabila lagu Hey Lihat Sini yang tidak terkandung dalam album tetapi lagu itu untuk runut bunyi sebuah filem KRU akan datang, lagu itu pun kena cetak rompak. Macam mana perkara itu boleh berlaku?" tutup Awie serius tetapi berseloroh.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved