Ahad, 11 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Proses pembersihan sekitar sejam

Posted:

Proses pembersihan sekitar sejam

Proses pembersihan sekitar sejam

ESAKAN tangis memecah keheningan pagi Subuh itu cuba tidak diendah walau hatinya sebak, mata berkaca mengumpul takungan air mata melihat kepiluan ahli keluarga yang baru kehilangan orang tersayang sebentar tadi.

Dikuatkan hatinya dengan kalimah suci lantas dicapai sarung tangan rona keputihan bagi meneruskan tanggungjawabnya dengan cermat dan profesional.

"Saya meminta izin kepada puan dan tuan untuk membersihkan jenazah," perlahan Ivanna Izzati Mohammad Derapi, 24, menutur sambil diangguk lemah tanda setuju daripada wakil keluarga.

Hampir tiga tahun bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Klang membuatkan gadis berasal dari Bentong, Pahang itu terus tabah berdepan situasi yang perlu dilaluinya saban hari.

Gadis yang disapa sebagai Ivanna itu berasa pilu ketika berdepan pesakit yang cukup rapat dan mesra dengannya memandangkan makan dan minum dijaga rapi sepanjang hayat si mati.

"Ajal maut itu ketentuan-Nya. Tugas pembersihan ini kami anggap sebagai satu penghormatan terakhir kepada mereka," luah Ivanna.

Prosedur tetap

Tanggungjawab membersihkan jenazah merupakan salah satu prosedur tetap yang perlu dilakukan oleh semua jururawat KPJ bertugas. Ia dilakukan sebelum jenazah diserahkan kepada ahli keluarga bagi proses pengebumian mengikut tuntutan agama.

Namun, wujud kekeliruan apabila ada keluarga yang menyangka prosedur pembersihan itu adalah seperti memandikan jenazah bagi umat Islam.


JURURAWAT melakukan pembersihan mayat dalam tempoh masa yang ditetapkan.


Situasi itu timbul mungkin kerana mereka melihat jenazah dibungkus dengan kain putih yang disediakan oleh pihak hospital.

Pernah jururawat bertugas ditegur ketika membersihkan jenazah disebabkan tidak mengikut syariat agama ketika memandikan jenazah secara tertib.

"Perlu dijelaskan, kami tidak melakukan proses-proses tersebut. Tugas kami hanya membersihkan jenazah sebelum diserahkan kepada ahli keluarga," jelas Ivanna ketika ditemui di hospital swasta itu yang terletak di Bandar Baru Klang, Klang baru-baru ini.

Mengikut budi bicara pihak hospital, mereka akan membantu waris mencari badan pengurusan jenazah atau masjid berdekatan jika tidak berkesempatan berbuat demikian.

Ia dilakukan khusus bagi kematian mengejut seperti kemalangan. Memahami keadaan emosi keluarga yang tidak stabil, pertolongan kecil sedemikian dapat meringankan beban mereka.

Menjelaskan kerja-kerja pembersihan jenazah, Ivanna memberitahu, ia akan dilakukan selepas menerima pengesahan kematian daripada doktor.

Doktor akan melakukan bedah siasat sebelum memberi kebenaran kepada jururawat untuk melakukan tugas-tugas pembersihan. Ia dilakukan bagi merekodkan masa kematian si mati mengikut prosedur biasa di kebanyakan hospital awam dan swasta.

"Selepas itu, dua orang jururawat yang bertugas pada masa kejadian akan melakukan pembersihan di katil atau bilik si mati," ujarnya.

Prosedur itu perlu dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi satu jam yang dimulakan dengan membersihkan tubuh dengan air suam. Tempoh masa itu bertujuan untuk memastikan faktor kebersihan jenazah.

Jenazah akan dilap dengan cermat tanpa meninggalkan kesan kotoran ketara yang terdapat pada fizikal luaran jenazah. Ketika proses itu berjalan, hanya dua atau tiga orang ahli keluarga sahaja dibenarkan berada dalam bilik tersebut. Selebihnya berada di bilik menunggu.

SYEFRIE (kiri) dan Ivanna sentiasa bersedia dengan sebarang cabaran menggalas tanggungjawab seorang jururawat profesional.


Ahli keluarga juga dibenarkan untuk turut serta dalam proses pembersihan tersebut yang dikawal selia oleh jururawat.

Bagi menjaga aib si mati, katil akan ditutup rapat dengan kain rentang. Selain itu, pihak hospital juga tidak menggalakkan mengambil gambar atau merakam video sepanjang kerja pembersihan itu berlangsung.

"Tetapi kami menghormati permintaan keluarga jika mereka mahu lebih masa bersama si mati," kata Ivanna sambil diperhatikan rakan sejawatnya, Shefrie Hezrin Azizan, 30, ketika menunjukkan demonstrasi pembersihan jenazah.

Selepas siap dibersihkan, jenazah seterusnya akan dibalut dengan kain putih sebelum dialihkan ke troli. Proses pemindahan memerlukan kaedah yang cekap dan pantas di samping tambahan tenaga seorang lagi jururawat.

Jika jumlah kakitangan tidak mencukupi, bantuan dari luar seperti pengawal keselamatan akan diminta untuk turut serta.

Penyimpanan terhad

Proses tersebut adakalanya merumitkan memandangkan jumlah jururawat lelaki yang tidak ramai. Mahu atau tidak, ia perlu dilaksanakan oleh jururawat wanita yang bertugas.

Disebabkan itu juga, mereka tidak boleh memilih untuk membersihkan mayat wanita atau lelaki. Ia perlu dilaksanakan dengan profesional tanpa sebarang alasan.

"Ada juga saya meminta jururawat wanita untuk membersihkan mayat sejenis mereka. Bukan kerana segan tetapi lebih manis dilakukan oleh wanita sendiri," seloroh Shefrie.

Terdapat 98 orang jururawat di KPJ Klang dengan pecahan 93 orang perempuan dan lima orang lelaki. Seramai tiga hingga empat jururawat bertugas bagi satu syif bekerja.

Menurut Pengurus Jururawat, Ridzwani Shariff, ahli keluarga yang masih mencari badan pengurusan jenazah, jenazah yang telah dibersihkan akan diletak di bilik mayat buat sementara waktu.

Memandangkan ruang penyimpanan yang terhad, kebenaran menyimpan jenazah di peti sejuk tidak melebihi tiga jam. Namun, ia bergantung kepada situasi pihak keluarga si mati.

"KPJ Klang hanya mempunyai dua tempat penyimpanan sahaja," kata Ridzwani, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu lagi.


DOKTOR akan melakukan bedah siasat jika diperlukan sebelum memberi pengesahan kematian untuk tindakan jururawat membersihkan mayat.


Ruang pada bahagian atas dikhaskan untuk jenazah Islam manakala penganut agama lain diletakkan di bawahnya. Suhu bilik mayat mencatat suhu antara dua hingga lapan darjah Celcius.

Berkongsi pengalaman berdepan emosi keluarga, Shefrie berkata, mereka dilatih untuk memberi layanan yang baik dari segi psikologi bagi menenangkan perasaan hiba waris jenazah.

Bagi ahli keluarga yang tidak dapat menahan emosi, mereka akan dibawa ke bilik menunggu dan akan ditenangkan oleh jururawat. Ia juga bagi mengelakkan gangguan kepada pesakit lain yang berada di sekitar mereka.

Konsultasi dan kaunseling akan diberikan jika keadaan memerlukan terutama jika melibatkan kematian sakit kronik atau kemalangan.

Menurut jejaka yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu, jururawat perlu kental emosi dan mental ketika berdepan situasi berkenaan.

"Tunjukkan rasa simpati dan bayangkan jika kita yang berada di tempat mereka," jelasnya.

Hak pampasan mangsa perang

Posted:

Hak pampasan mangsa perang

Hak pampasan mangsa perang

TIGA pelajar ini bersiap sedia untuk menaikkan bendera Indonesia dalam satu majlis memperingati mangsa perang di Sulawesi, baru-baru ini.


KEJADIAN bapanya ditangkap tentera Belanda, tujuh dekad lalu masih jelas diingatan Abdul Khalik. Masih terngiang-ngiang di telinga lelaki berusia 75 tahun itu saat bapanya meminta dia segera pulang ke rumah.

Bapanya bersama lapan yang lain dimuatkan seperti binatang ke dalam sebuah trak sebelum dibawa keluar dari kampung. Ada yang melambaikan tangan seolah-olah sebagai tanda selamat tinggal.

Keesokan harinya, bapanya ditembak mati oleh tentera Belanda. Dia antara ribuan pejuang yang terkorban semasa menuntut kemerdekaan dalam tragedi berdarah yang berlaku di Sulawesi antara tahun 1946 hingga 1947.

Operasi pembersihan tentera Belanda ini sebagai tindakan balas terhadap pemberontakan rakyat Indonesia di wilayah tersebut.

Ia merupakan salah satu episod hitam ketika perang kemerdekaan yang menyaksikan ribuan pejuang tempatan mati dibunuh.

Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya kerajaan Belanda pada tahun lalu secara rasmi memohon maaf di atas tragedi tersebut. Pemimpin negara itu juga berjanji akan membayar pampasan kepada waris yang masih hidup.

Berjaya

Ekoran itu, beberapa balu mangsa kejadian di Sulawesi tersebut berjaya menerima pampasan. Begitu juga balu yang kehilangan suami ketika pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1947 di Rawagede, sebuah pulau utama di Jawa.

Kejayaan tersebut telah membuka satu lembaran baharu dalam episod hitam itu. Bagaimanapun, masih banyak perkara yang perlu dilakukan oleh Belanda manakala waris pula diberi tempoh dua tahun untuk menuntut pampasan.

Abdul Khalik dan beberapa waris lain kini mendesak agar anak-anak mangsa turut diberi pampasan. Tuntutan mereka itu akan didengar di Mahkamah The Hague, Belanda pada Ogos depan.


SEGELINTIR waris perang sahaja yang baru menerima pampasan daripada pihak Belanda.


"Ini tidak adil. Sepatutnya semua mangsa tragedi sama ada yang ditangkap, dipenjara dan ditembak wajar mendapat pampasan serupa," kata Abdul Khalik. Katanya, wang pampasan tersebut akan dikongsikan bersama 32 orang cucu dan seorang cicitnya.

Hak sama turut dituntut seorang lagi mangsa, Shariah Paturusi, 82. Dia kehilangan bapa dan abangnya dalam tragedi berkenaan dan mahukan keadilan dari Belanda.

Sementara itu, bekas kapten tentera Belanda, Raymond Westerling yang mengetuai operasi pembersihan di Sulawesi tersebut berkata, waktu itu tentera Belanda akan mengelilingi kampung untuk mencari suspek yang disyaki musuh sebelum dibunuh tanpa perbicaraan.

Operasi tersebut terbukti sangat kontroversi apabila Westerling telah dilucutkan jawatannya pada tahun 1948, walaupun beliau tidak pernah menghadiri perbicaraan terhadap kesalahan jenayah perang.

Terdapat percanggahan terhadap jumlah mangsa yang terkorban. Ada yang mendakwa hampir 40,000 orang walaupun kajian-kajian sejarah mendapati antara 3,000 hingga 4,000 yang menjadi mangsa.

Masa suntuk

Liesbeth Zegveld, peguam hak asasi manusia Belanda yang sebelum ini berjaya memenangi pampasan bagi balu Indonesia akan mewakili anak-anak mangsa pula.

Dia berharap proses tuntutan tersebut akan berjaya, walaupun masa semakin suntuk kerana kebanyakan mereka telah berumur.

"Kerajaan akan cuba membayar walaupun sedikit, namun tuntutan-tuntutan ini memerlukan masa," katanya.

Bagaimanapun, kerajaan Belanda dalam satu kenyataan meminta agar Jakarta dan Mahkamah The Hague menggariskan kejadian tersebut sebagai sebahagian daripada sejarah yang dikongsi bersama.

Hubungan diplomatik kedua-dua negara pula umumnya baik dan tempoh kolonial Belanda merupakan era silam yang perlu diketahui golongan muda di Indonesia. Namun, generasi tuanya masih lagi menyimpan kemarahan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pasukan CR8 Penang juara pertandingan lego

Posted:

Pasukan CR8 Penang juara pertandingan lego

Pasukan CR8 Penang juara pertandingan lego

PENGARAH Urusan Sasbadi, Law King Hui (berdiri tiga dari kiri) dan Mohd. Anuar (berdiri tengah) bergambar dengan pasukan CR8 Penang yang menjadi johan dan naib johan pertandingan FLL di Universiti UCSI, Jalan Menara Gading, Kuala Lumpur baru-baru ini.


JUARA. Dua pasukan CR8 Penang masing-masing merangkul pingat emas dan perak dalam pertandingan First Lego League (FLL) 2014 yang diadakan di Universiti UCSI, Jalan Menara Gading, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kejohanan FLL 2014 anjuran Sasbadi Sdn. Bhd. merupakan program yang diadakan bagi memupuk minat golongan muda dalam bidang sains dan teknologi.

Sebanyak 81 pasukan yang terdiri pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara menyertai pertandingan itu.

Majlis itu dirasmikan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan, Mohd. Anuar Abdul Hamid.

Konvensyen dan Karnival Komuniti 1Malaysia meriah

Posted:

Konvensyen dan Karnival Komuniti 1Malaysia meriah

Konvensyen dan Karnival Komuniti 1Malaysia meriah


PESERTA pertandingan Mr. Wonderful 2014 memberi aksi menarik pada Konvensyen dan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Sarawak 2014 di Lawas baru-baru ini.


MERIAH. Konvensyen dan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Sarawak 2014 yang berlangsung di Taman Awam Lawas, Lawas, Sarawak mendapat sambutan daripada orang ramai baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Zaini Mohammad berkata, program selama tiga hari itu merupakan anjuran Jabatan Penerangan.

"Konvensyen dan Karnival Komuniti 1Malaysia merupakan aktiviti tahunan jabatan dan pada tahun ini Lawas dipilih menjadi tuan rumah," katanya.

Ujar Zaini, acara paling mencuri tumpuan adalah pertandingan Mr. Wonderful 2014 selain persembahan nyanyian dan sketsa.

50,000 hadir Malam Cinta Rasul

Posted:

50,000 hadir Malam Cinta Rasul

50,000 hadir Malam Cinta Rasul


HABIB SYECH (tiga dari kiri) dan Habib Ali Zaenal (empat dari kiri) memimpin selawat memuji junjungan besar Rasulullah pada program Malam Cinta Rasul di Kuantan, Pahang baru-baru ini.


SELAWAT. Kira-kira 50,000 umat Islam hadir pada program Malam Cinta Rasul yang julung-julung kali diadakan di Zon Timur di padang Majlis Perbandaran Kuantan 1, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Alunan qasidah dan selawat memuji junjungan besar, Nabi Muhammad pada program itu dipimpin tokoh agama terkenal nusantara, Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan tazkirah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.

"Hubungan antara umat Islam juga dapat diperkukuhkan apabila berhimpun bersama untuk berselawat ke atas junjungan Rasulullah," kata Adnan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Modal penceroboh haram diragui

Posted:

Modal penceroboh haram diragui

Modal penceroboh haram diragui

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

INILAH sebuah kandang babi yang terdapat di Kampar, Perak.


IPOH - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak mendedahkan ahli-ahli perniagaan dari sebuah negara jiran menjadi dalang membekalkan modal bagi kegiatan pencerobohan tanah haram secara berleluasa di negeri ini.

Sumber PTG memberitahu, ahli-ahli perniagaan terbabit bertindak memberikan modal kepada tauke-tauke tempatan untuk mengusahakan tanah tersebut hingga mencecah jutaan ringgit.

Kata sumber itu lagi, tauke-tauke tempatan memerlukan kewangan besar untuk meneroka tanah misalnya untuk dijadikan ladang kelapa sawit dan ladang ternakan.

"Kita percaya dengan penglibatan ahli-ahli perniagaan dari negara jiran ini untuk menyalurkan modal kepada syarikat tempatan itu.

"Syarikat tempatan itu kecil sahaja tapi macam mana mereka ada modal yang besar bagi menjalankan aktiviti haram itu," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Terima padah akibat curi kereta

Posted:

Terima padah akibat curi kereta

Terima padah akibat curi kereta

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my


BEGINILAH keadaan kereta Toyota Vios disyaki dicuri pasangan suami isteri selepas terbabit kemalangan di Jalan Paya Kemunting, Jitra, Kedah kelmarin.


ALOR SETAR – Niat jahat sepasang suami isteri muda mencuri sebuah kereta jenis Toyota Vios mendapat balasan setimpal apabila kereta tersebut remuk terlanggar sebatang pokok sena yang terletak di bahu kanan jalan raya ketika mereka mahu melarikan kenderaan itu kelmarin.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 9.30 pagi di Jalan Paya Kemunting, Jitra di sini selepas mereka mencuri kereta milik seorang peniaga kedai runcit di Kuala Kedah pada pukul 8.30 pagi.

Jarak antara tempat kemalangan itu berlaku dan lokasi kereta itu dicuri adalah kira-kira 30 kilometer.

Lelaki berusia 24 tahun itu terselamat walaupun mengalami kecederaan parah di kepala dan leher manakala isterinya yang berusia 26 tahun cedera ringan di bahu akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, pasangan tersebut difahamkan mahu melarikan kereta yang dicuri itu ke rumah mereka di Kampung Baru, Asun, Jitra di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kukuh dana Sekretariat ASEAN

Posted:

Kukuh dana Sekretariat ASEAN

Kukuh dana Sekretariat ASEAN


NAJIB (empat dari kanan) bergambar bersama ketua-ketua negara ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-24 di Nay Pyi Taw, Myanmar semalam.


NAY PYI TAW (MYANMAR) - Malaysia mencadangkan supaya dana Sekretariat ASEAN diperkukuhkan seiring dengan pengisytiharan institusi tersebut sebagai sebuah komuniti mulai tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada pendapat Malaysia, Sekretariat ASEAN kini tidak dibiayai dengan jumlah dana yang mencukupi untuk menjadikannya sebuah komuniti.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau membentangkan cadangan tersebut ketika menghadiri sidang pleno sidang kemuncak itu.

"Adalah penting dana untuk aktiviti, perbelanjaan operasi dan skim perkhidmatan Sekretariat ASEAN dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai tenaga kerja yang berwibawa," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Man. City juara

Posted:

Man. City juara

Man. City juara

KAPTEN Man. City, Kompany menjulang trofi Liga Perdana England selepas muncul juara hasil kemenangan 2-0 ke atas West Ham United pada aksi penutup tirai di Stadium Etihad semalam.


LONDON – Manchester City mengesahkan reputasi mereka selaku juara Liga Perdana England musim ini selepas menewaskan West Ham United pada aksi terakhir liga di Stadium Etihad semalam.

City hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan kedudukan mereka selaku juara meskipun pencabar terdekat, Liverpool meraih kemenangan pada perlawanan terakhr menentang Newcastle United di Anfield.

City bukan sahaja memiliki kelebihan mata sebelum aksi terakhir itu bermula, tetapi juga memiliki kelebihan dari segi jumlah jaringan berbanding Liverpool.

Pada aksi semalam, City yang pernah muncul juara pada musim 2012, tampil dengan kelas tersendiri untuk meranapkan hajat West Ham, namun terpaksa menunggu setengah jam untuk memecah kebuntuan.

Gol yang dicari-cari City hadir pada minit ke-39 menerusi jaringan Samir Nasri sebelum kapten, Vincent Kompany menambah jaringan pada minit ke-49.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus mengesahkan gelaran juara liga musim ini menjadi milik City.

Liverpool yang kali terakhir muncul juara 24 tahun lalu, terpaksa bekerja keras untuk menyekat Newcastle sebelum meraih kemenangan 2-1.

Begitu pun, Newcastle terlebih dahulu membuka jaringan menerusi jaringan sendiri pertahanan Liverpool, Martin Skrtel pada minit ke-20 sebelum Daniel Agger dan Daniel Sturridge memastikan kemenangan The Reds pada minit ke-63 dan 65.

Kemenangan tersebut tidak cukup buat Liverpool untuk bergelar juara selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1990.

Norwich, Fulham dan Cardiff City yang menghuni tangga terbawah liga diturunkan pangkat ke Liga Kejuaraan musim depan.

Dua pasukan dari Liga Kejuaraan, Leicester dan Burnley dinaikkan pangkat ke Liga Super manakala satu lagi pasukan akan ditentukan menerusi playoff. – Agensi

'PKNS tiada watak pembunuh'

Posted:

'PKNS tiada watak pembunuh'

'PKNS tiada watak pembunuh'

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


PROMORAC (kiri) dan Wleh kurang menyengat pada aksi menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.


KETUA jurulatih Selangor PKNS, Wan Jamak Wan Hassan mengakui ketumpulan jentera serangan skuad bimbingannya membawa padah apabila tumpas 0-2 kepada Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Shah, Alam malam kelmarin.

Lebih mengecewakan, kegagalan penyerang import The Red Ants, Karlo Primorac memanfaatkan peluang keemasan apabila sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada separuh masa pertama.

Bagi Wan Jamak, masalah tersebut menyebabkan skuad bimbingannya gagal memungut tiga mata penuh dalam lapan perlawanan liga berturut-turut biarpun mempunyai dua penyerang terbaik musim lalu, Primorac dan Patrick Ronaldinho Wleh.

"Rentak permainan kami okay tetapi saya risau dengan satu masalah sahaja iaitu tiada 'watak pembunuh' di depan gawang lawan.

"Sejak dulu lagi saya beritahu mengenai masalah ini. Memang kami ada Primorac dan Patrick (Ronaldinho) tetapi mereka gagal tunjuk taring sebenar.

"Kalau sudah ada peluang 80 peratus menjaringkan gol gagal diterjemahkan dengan baik, apatah lagi kalau peluang itu 50-50 (kegagalan Primorac menjaringkan sepakan penalti).

"Kalau ikutkan pasukan lain, sudah lama mereka tukar pemain tetapi kami masih meneruskan kepercayaan kepada mereka (Primorac dan Ronaldinho). Saya sangat kecewa kerana mereka gagal membuktikannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada aksi tersebut, dua gol The Red Warriors daripada Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (43) dan Francis Forkey Doe pada minit ke-88 memusnahkan impian PKNS untuk mencatatkan kemenangan pertama sejak menewaskan T-Team 3-1 pada 14 Mac lalu.

Kekalahan itu menyaksikan PKNS kini menghuni tangga ketiga tercorot liga dengan 14 mata, satu mata di hadapan Perak dan dua mata mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bagaimanapun, bekas pengendali Kedah itu tetap optimis skuad bimbingannya mampu mengelak daripada terjerumus ke saingan Liga Premier dan terus kekal dalam kempen Liga Super pada musim depan.

"Sudah pasti saya risau dengan kedudukan liga ketika ini tetapi saya optimis kami akan terus berada dalam Liga Super 2015.

"Cuma apa yang saya perlu buat sekarang ini ialah mencari formula baharu menangani masalah tiada 'watak pembunuh' ketika ini.

"Saya akan berbincang dengan semua pemain dari hati-hati mengenai keadaan ini. Mungkin juga saya akan mula mengadakan latihan tambahan untuk menyelamatkan keadaan kami," jelasnya

'Jangan leka walau sesaat'

Posted:

'Jangan leka walau sesaat'

'Jangan leka walau sesaat'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SEGALA-GALANYA kini terletak di tangan skuad Gergasi Merah, Selangor jika berhasrat untuk mendakap trofi Liga Super musim ini.

Skuad kendalian Mehmet Durakovic kini kembali memintas kedudukan selaku pendahulu Liga Super dengan 31 mata hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas pencabar terdekat, Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.

Jika berjaya memenangi kesemua baki tujuh perlawanan liga selepas ini, tidak ada lagi mana-mana pasukan yang mampu mengecewakan Gergasi Merah yang kali terakhir muncul juara Liga Super pada musim 2010.

Ini kerana selepas 15 perlawanan, skuad Pahang kini ketinggalan tiga mata di belakang Selangor manakala Terengganu pula mengekori rapat di tangga ketiga liga dengan 25 mata.

Namun kapten skuad Merah Kuning, Mohd. Bunyamin Omar enggan rakan-rakan sepasukannya terlalu selesa dengan kedudukan semasa di singgahsana liga ketika ini memandangkan apa jua kemungkinan boleh berlaku jika mereka tersilap langkah.

"Kami tidak lagi boleh leka walau sesaat jika mahu mendakap trofi Liga Super musim ini.

"Apa juga kemungkinan boleh berlaku dalam bola sepak jika kami terlalu awal memasang impian untuk muncul juara liga musim ini.

"Jadi, kami harus kekal fokus berdepan perlawanan demi perlawanan selepas ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Bunyamin memberitahu, setiap baki perlawanan wajib diibaratkan sebagai aksi final bermula ketika berdepan Sime Darby di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

"Saya harap 'lautan Merah Kuning' (penyokong) akan membanjiri stadium sekali gus menyemarakkan semangat juang kami dalam usaha membawa pulang tiga mata berharga dalam setiap baki perlawanan selepas ini.

"Saya juga gembira apabila kekal cergas dan tidak dibelenggu sebarang masalah kecederaan, jadi saya harap situasi positif ini kekal sehingga saingan musim ini berakhir," jelas Bunyamin.

Untuk rekod, Selangor muncul naib juara Liga Super musim lalu dengan 40 mata, tiga mata di belakang Lions XII yang muncul juara.

Meskipun sekali lagi layak ke saingan Piala AFC musim ini, cabaran Selangor sekadar terkandas di peringkat kumpulan selain turut ditunjukkan jalan keluar oleh Sarawak pada pusingan kedua kempen Piala FA.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Malaysia minta kurangkan ketegangan isu Laut China Selatan

Posted:

Malaysia minta kurangkan ketegangan isu Laut China Selatan

Malaysia minta kurangkan ketegangan isu Laut China Selatan

11/05/2014 8:45pm

NAY PYI TAW - Malaysia menegaskan pentingnya semua pihak yang terlibat dalam isu pertikaian maritim di Laut China Selatan bertindak mengurangkan ketegangan dalam usaha mencari penyelesaian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penyelesaian itu perlu dicapai melalui kaedah rundingan dalam suasana kondusif.

Semasa bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Ke-24 ASEAN di sini, Najib berkata isu ketegangan di perairan itu telah dibincangkan dengan mendalam oleh semua 10 negara anggota ASEAN pada sidang kemuncak itu yang berakhir hari ini.

"Segala semangat dan prinsip undang-undang antarabangsa adalah asas kepada kita dalam mencari penyelesaian," jelas beliau.

Dalam hal ini, Najib berkata adalah penting bagi semua pihak untuk menterjemahkan Kod Tata Laku (COC) di Laut China Selatan.

Menurutnya, ASEAN juga akan terus menggesa supaya COC dilaksanakan sepenuhnya tahun depan. - Bernama

Pelantikan Dr. Jemilah ketuai WHS, jadi ikon generasi muda Malaysia

Posted:

Pelantikan Dr. Jemilah ketuai WHS, jadi ikon generasi muda Malaysia

Pelantikan Dr. Jemilah ketuai WHS, jadi ikon generasi muda Malaysia

11/05/2014 8:43pm

BEAUFORT - Pelantikan Tan Sri Dr Jemilah Mahmood mengetuai Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia (WHS) pada 2016, akan menjadi ikon dan ikutan kepada generasi muda melatih diri mencapai kemajuan khususnya dalam kerja-kerja amal.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun melahirkan penghargaan atas pelantikan itu yang membuktikan bahawa golongan wanita di negara ini mempunyai kewibawaan di peringkat antarabangsa menerusi sumbangan kerja-kerja amal dan kemanusiaan.

"Pengiktirafan itu menyuntik semangat kaum wanita di negara ini untuk mencapai tahap kemajuan yang lebih tinggi bersesuaian matlamat kerajaan yang menyasarkan 55 peratus wanita bekerjaya menjelang tahun depan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Azizah berkata, penglibatan Dr. Jemilah itu merupakan titik permulaan kepada wanita di negara ini untuk melalui evolusi yang memberangsangkan bagi mencapai kemajuan bertaraf antarabangsa.

"Ini merupakan pengiktirafan yang amat sesuai dengan orangnya kerana beliau merupakan pekerja sosial yang cukup dikenali di Malaysia malah di peringkat antarabangsa," katanya.

Dr. Jemilah, 54, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Teach For Malaysia, dilantik mengetuai Sekretariat WHS di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat pada Khamis lepas.

Beliau akan memainkan peranan penting dalam membuat persiapan sidang kemuncak itu yang julung-julung kali dianjurkan oleh PBB di Istanbul, Turki pada 2016.

Dr Jemilah bekas Presiden MERCY Malaysia, bekas felo kanan Khazanah Nasional Berhad dan felo penyelidik pelawat kanan di Institut Dasar Global King's College London. - Bernama

Sambut Hari Ibu 'harus' bagi umat Islam - Mufti Kelantan

Posted:

Sambut Hari Ibu 'harus' bagi umat Islam - Mufti Kelantan

Sambut Hari Ibu 'harus' bagi umat Islam - Mufti Kelantan

11/05/2014 8:39pm

KUALA LUMPUR - Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.

"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?.

"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu.

"Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'.

Sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada hari ini.

Mohamad Shukri berkata Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah.

Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya.

"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh," katanya.

Mohamad Shukri berkata walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu. "Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? ujar Baginda: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu". - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penentang Bashar mengaku kalah

Posted:

Penentang Bashar mengaku kalah

Penentang Bashar mengaku kalah

SEBAHAGIAN penduduk kembali ke Kota Lama, di bandar Homs, Syria kelmarin.


HOMS - Ratusan penduduk Syria kembali semula ke Kota Lama di Homs sejak kelmarin dengan berjalan di celah-celah runtuhan bangunan dan kediaman mereka selepas kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad bersetuju untuk meninggalkan bandar itu menerusi satu perjanjian.

Setiap bangunan di kota tersebut mengandungi lubang peluru dan bedilan meriam selepas ia menjadi lokasi pertempuran hampir dua tahun.

Kota Lama itu dikepung hampir dua tahun dalam peperangan saudara yang meletus di Syria sejak Mac 2011.

Ramai orang yang kembali ke kota itu berada dalam keadaan penuh emosi kerana mereka hampir tidak dapat mengenal pasti lagi tempat tinggal masing-masing yang dipenuhi lubang-lubang akibat tembakan senjata api dan meriam serta sebahagian lagi mengalami kemusnahan teruk.

"Suami saya pergi ke rumah kami dan mendapati ia telah musnah. Dia datang semula ke rumah itu untuk mengambil barang-barang kami," kata Rima Battah, 37, di daerah Hamidiyeh, Bandar Lama.

Puluhan keluarga turut melakukan perbuatan yang sama dengan suami Rima.

Mereka mengambil barang-barang yang masih boleh digunakan di rumah masing-masing yang musnah akibat konflik di Syria.

"Kami sebelum ini mempunyai apartmen baharu tetapi kini semuanya telah musnah," kata seorang wanita.

Gabenor Homs, Talal Barazi memberitahu agensi berita SANA, kawasan Kota Lama kini selamat dan bebas daripada senjata api dan kumpulan penentang.

Menurutnya, keadaan itu berlaku disebabkan pengorbanan yang dilakukan anggota-anggota tentera Syria untuk membebaskan kota tersebut daripada golongan penentang.

Stesen televisyen kerajaan menunjukkan kebanjiran penduduk ke Kota Lama dan mereka mengucapkan terima kasih kepada tentera dan Bashar kerana berjaya mewujudkan situasi selamat.

Sebelum ini, Bashar mengumumkan pilihan raya Presiden akan diadakan pada 3 Jun depan.

Syria dilanda konflik sejak Mac 2011 selepas sebahagian penduduk bangkit menentang pemerintahan Bashar yang dianggap tidak demokratik dan korup.

Lebih 150,000 orang dilaporkan terbunuh dalam peperangan saudara itu. - Agensi

Kekasih penumpang MH370 terima ancaman bunuh

Posted:

Kekasih penumpang MH370 terima ancaman bunuh

Kekasih penumpang MH370 terima ancaman bunuh

NEW YORK - Seorang kekasih kepada penumpang sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu telah menerima ancaman bunuh, lapor portal berita NBC News semalam.

Ancaman bunuh itu diterima oleh Sarah Bajc yang merupakan kekasih kepada warga Amerika Syarikat (AS), Philip Wood, 50, iaitu penumpang pesawat MAS tersebut.

Bajc menerima ancaman itu dalam bentuk mesej menerusi telefon bimbit yang menyatakan: "Saya akan datang dan giliran anda dibunuh."

Ancaman itu diterima beberapa minggu selepas pesawat MH370 itu hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bajc turut menerima gambar-gambar pornografi dan panggilan yang dianggap 'menyeramkan' diterima dari nombor yang berpangkalan di China.

Menurutnya, apartmennya juga telah diceroboh sebanyak dua kali di Beijing.

"Sesiapa yang datang menceroboh itu tidak begitu berhati-hati kerana saya merupakan seorang yang cerewet berhubung penyusunan barang-barang dengan teratur dan kemas.

"Justeru, ia menjadi sesuatu yang amat jelas apabila saya melihat beberapa barang telah dialihkan (dari kedudukan asal).

"Pengemas rumah saya pergi keluar ke bandar raya. Justeru, perbuatan mengalihkan barang itu bukan dilakukan olehnya. Saya pula pulang ke rumah sebelum anak lelaki saya.

"Kata laluan peti deposit saya telah dibetulkan semula kerana ia berlaku setiap kali anda cuba memasukkan kod yang salah sebanyak tiga kali, " katanya.

Bajc berkata, kali terakhir rumahnya diceroboh adalah dua minggu lalu.

"Jiran saya melihat dua orang meninggalkan apartmen saya," katanya.

Bajc merupakan antara 350 keluarga yang meminta supaya data radar asal dari pesawat MH370 didedahkan untuk dibuat analisis oleh pihak yang bebas.

Dalam sepucuk surat kepada para pemimpin di Malaysia, China dan Australia, waris-waris keluarga MH370 mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa membuat kepastian bahawa pesawat Boeing 777 milik MAS itu terhempas di selatan Lautan Hindi.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sebanyak 153 penumpang adalah warga China.

Sebelum pesawat itu hilang, Bajc sedang melakukan persediaan untuk berpindah dari Beijing ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama Wood yang bekerja dengan syarikat komputer IBM di Malaysia.

Menurut Bajc, panggilan-panggilan telefon itu tidak lagi diterimanya selepas seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan menyiasat kejadian tersebut.

Setakat ini, tiada serpihan pesawat itu yang ditemui dalam operasi mencari di selatan Lautan Hindi. - Agensi

Lelaki AS berumur 111 tahun paling tua di dunia

Posted:

Lelaki AS berumur 111 tahun paling tua di dunia

Lelaki AS berumur 111 tahun paling tua di dunia


IMICH memegang sijil Guinness World Records yang mengiktirafnya sebagai lelaki paling tua di dunia di apartmennya di Upper West Side, Manhattan kelmarin.


NEW YORK - Lelaki paling tua di dunia yang masih hidup ialah Alexander Imich yang berusia 111 tahun, menurut Kumpulan Penyelidikan Gerontologi Torrance, California kelmarin.

Imich dilahirkan di Poland pada 4 Februari 1903 dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1950-an.

Dia berumur 111 tahun pada 4 Februari lalu dan kini tinggal di sebuah apartmen di Upper West Side Manhattan, New York.

Namun, dia gagal mengatasi manusia paling tua yang masih hidup di dunia iaitu, Misao Okawa yang merupakan seorang wanita dari Jepun yang berusia 116 tahun.

Dia tidak pernah minum arak, kerap makan ayam, ikan dan coklat.

Imich juga mengekalkan gaya hidup sihat semasa muda apabila dia melakukan aktiviti berenang dan gimnastik.

Dia pernah menjadi penyunting untuk buku Incredible Tales of the Paranorma pada tahun 1995 ketika berumur 92 tahun.

Menurutnya, dia pernah menjadi profesor kimia di Poland sebelum berhijrah ke AS pada tahun 1951 bersama isterinya, Wela.

Mereka kemudian tinggal di Waterbury, Connecticut.

Selepas isterinya meninggal dunia pada tahun 1986, dia berpindah ke New York.

Namun, pasangan itu tidak mempunyai anak.

Menurutnya, ketiadaan anak mungkin menyebabkan umurnya panjang. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Ancaman sawan 25 minit

Posted:

Ancaman sawan 25 minit

Ancaman sawan 25 minit

DISEBABKAN penyakit tersebut, pergerakan Dandy sentiasa diperhatikan Rebecca.


SEJAK dia selamat dikeluarkan daripada perut ibunya lima tahun lalu, Neve Dandy tidak pernah menyambut hari jadinya apatah lagi menghadiri majlis sambutan hari jadi kanak-kanak lain.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang berasal dari Windsor, sebuah kawasan perumahan kecil di Berkshire, England ini juga tidak boleh bergembira atau ketawa berlebihan kerana dia boleh terkena sawan yang membawa maut.

Oleh sebab penyakit ini akan menyerangnya pada bila-bila masa sahaja, ahli keluarga Dandy terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara tersebut dapat dielakkan.

Disebabkan penyakit itu juga, Dandy yang disahkan menghidap sindrom Dravet sejak berusia 18 bulan jarang bermain dengan abang-abangnya selain tidak dibenarkan berenang.

Ini bagi mengelakkan Dandy daripada mengalami sindrom kematian mengejut akibat sawan yang berlarutan sehingga satu jam setengah, berpunca daripada kekurangan aliran oksigen dalam jantung.

Berjaga-jaga

Menurut ibunya, Rebecca, penyakit itu mula disedarinya semasa Dandy berusia empat bulan.

"Ketika itu saya dan suami sedang menghadiri satu upacara di gereja. Dandy tiba-tiba menggoyangkan lengan suami saya sebelum seluruh badannya menjadi kaku selama 25 minit.

"Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, saya membawanya ke hospital. Tetapi selepas melakukan pemeriksaan, doktor yang merawatnya masih tidak dapat mengenal pasti jenis penyakit yang menyerang Dandy," katanya.

Hanya pada umur 18 bulan, doktor mengesahkan Dandy menghidap sindrom Dravet iaitu satu bentuk epilepsi atau sawan yang berlaku ke atas seorang bagi setiap 500 orang kanak-kanak.

SEMUA makanan yang dimakan akan dipantau ibunya.


Ujar Rebecca, walaupun Dandy tidak dapat menikmati keseronokan zaman kanak-kanaknya, namun, anak perempuannya itu tidak pernah sekali pun memberontak. Bahkan dia sentiasa tersenyum dan mendengar kata walaupun segala keseronokan yang sedang dinikmati dihalang.

"Kehidupan saya dan suami tidak ubah seperti pada zaman perang. Ini kerana kami perlu berjaga-jaga hampir setiap saat bagi memastikan Dandy sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Tiada siapa tahu perasaan saya apabila mempunyai anak yang menderita penyakit berbahaya. Setiap pagi, saya sangat bersyukur apabila dapat mendengar suara Dandy menyapa mesra saya," katanya.

Ujar Rebecca, disebabkan penyakit tersebut, dia terpaksa mengehadkan pergerakan Dandy memandangkan kuman-kuman yang berada di persekitaran boleh menjadi punca Dandy terkena sawan.

"Saya rasa sangat sukar untuk melarang anak saya daripada bergembira. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa memberi amaran hampir setiap hari kepada abang-abangnya supaya jangan membiarkan Dandy tertawa riang," katanya.

Penyakit yang dialami menyebabkan Dandy sangat sensitif terhadap alam sekitar termasuk tidak boleh terdedah kepada angin. Jika tidak, sawan itu akan menyerang.

Pantang

Bukan itu sahaja, Dandy juga terpaksa mengenakan kaca mata hitam apabila keluar dari rumah.

"Dia tidak dapat mengawal suhu badannya , jadi saya tidak boleh membiarkannya memakai pakaian ketat lebih-lebih lagi pada musim sejuk atau panas," ujarnya.

Walaupun pada mulanya doktor memberitahu penyakit tersebut tiada rawatan khusus, namun, kesihatan Dandy beransur pulih selepas dia diberikan diet khas.

"Dahulu kami bergantung kepada ubat antiepilepsi sahaja setiap kali berlaku sawan.

"Namun selepas berkongsi maklumat dengan ibu bapa yang mempunyai anak dengan sindrom Dravet, saya mula mengawal setiap makanan yang masuk ke dalam mulut Dandy," ujarnya.

Jelasnya, hampir 75 peratus daripada makanan anaknya merupakan lemak daripada minyak sayuran manakala selebihnya makanan berasaskan protein seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selepas diberi rawatan yang diperlukan, Dandy kini mampu hidup normal. Jika dahulu dia terpaksa dikejarkan ke hospital sebanyak lebih 60 kali setahun, namun kini, dia hanya ke hospital kira-kira dua kali setahun, bergantung kepada penyakitnya.

Manusia suka bergosip waktu pagi

Posted:

Manusia suka bergosip waktu pagi

Manusia suka bergosip waktu pagi


RASA letih dan lemah pada waktu pagi mendorong seseorang bercakap tentang hal orang lain.


KAJIAN oleh seorang pakar psikologi daripada Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati, seseorang cenderung untuk bergosip dan berbohong pada waktu pagi.

Menurut Maryan Kouchaki, rasa letih dan lemah pada waktu pagi menyebabkan orang hilang semangat untuk memulakan aktiviti harian. Sebaliknya mereka lebih gemar bersantai, menyebabkan mereka mudah berbohong dan bergosip.

"Setiap pagi otak manusia akan ligat berfikir tentang aktiviti harian seperti jenis makanan yang akan diambil ketika sarapan dan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang hari.

"Malangnya apabila perkara tersebut sudah penuh dalam fikiran, ia secara automatik mengikis kemampuan seseorang untuk bersikap normal malah gagal melakukan aktiviti-aktiviti yang dirancang," ujarnya.

Sikap kurang produktif itu menyebabkan mereka lebih gemar melepak dengan rakan-rakan sebelum perbualan mereka terarah kepada gosip.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cinta kulinari Nik Michael

Posted:

Cinta kulinari Nik Michael

Cinta kulinari Nik Michael

BERJALAN melintasi gelanggang badminton yang biasanya menjadi ruang riadah kakitangan di Sri Pentas, Bandar Utama, Nik Michael Imran, 24, sempat menendang sebiji bola lusuh yang ditinggalkan tersadai di situ.

Dia berlari-lari mengejar bola tersebut dan beraksi ibarat sedang berada di padang futsal padahal ada urusan fotografi hendak disegerakan.

Tanpa topi koki, apron atau jaket putih yang biasanya menjadi uniform rasmi para chef di dapur, jika tidak mengenalinya sebagai Chef Nik Michael Imran, tukang masak selebriti itu juga tidak lebih daripada seorang personaliti televisyen biasa yang gemar ketawa.

"Saya ada banyak misi lagi, banyak lagi yang perlu saya pelajari. Memasak atau bidang kulinari akan sentiasa jadi kecintaan saya, tapi pada masa yang sama, saya juga nak buat benda lain. Macam buat pengacaraan program dan sudah tentunya, saya perlu menghabiskan pengajian saya di Universiti Multimedia," katanya yang kini mengusahakan restoran sendiri, PickNik di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Pada rembang petang tempoh hari, cuaca panas terik. Hujan yang biasanya turun menjelang petang sedikit merisaukan apabila fotografi ini dilakukan di kawasan tidak berbumbung. Nik yang masih menuntut dalam bidang perniagaan itu bagaimanapun menunjukkan reaksi biasa-biasa sahaja, tidak terlalu hendak cepat atau merungut kepanasan.

Mungkin kepanasan sudah terlalu biasa buatnya. Bukan kerana saban hari di dapur menyediakan masakan untuk pelanggan, dia bahkan pernah bergelar pengacara program berjudul Remaja Ekstrem, yang sering masuk hutan dan meredah laut demi tuntutan sebagai pengacara.

"Sekarang saya cuba untuk mengurangkan program masakan yang melibatkan saya sebagai tukang masak solo. Program macam Dapur Panas sudah masuk musim ketiga. Saya mahu fokus dengan restoran dan habis belajar nanti, saya mahu ke Perancis untuk dalami pengajian dalam bidang masakan. Saya mahu ambil diploma kulinari pula," katanya yang pernah menyertai MasterChef Malaysia musim pertama.

Dikritik Chef Wan

Februari lalu, nama chef muda itu memanas gara-gara satu kritikan yang dihamburkan oleh Datuk Chef Wan mengenai kualiti program masakan di Malaysia. Soal kredibiliti, pengalaman cetek yang dihalalkan stesen televisyen yang sewenang-wenangnya memilih sesiapa sahaja sebagai chef disebut oleh Chef Wan. Wajah jambu juga menjadi isu bagi ikon dunia masakan tempatan itu dengan merujuk kepada Nik menerusi program Dapur Panas.

Mengulas lanjut soal kredibiliti, jejaka berdarah kacukan Melayu-Australia itu sekadar bersahaja. Wajah jambu hanyalah satu kelebihan buatnya namun usaha dan pembelajaran harus jadi asas jika mahu diterima ramai.

"Saya teringatkan kisah Nigella Lawson yang mencapai populariti dalam bidang kulinari biarpun dia bukannya mendapat pendidikan formal dalam bidang kulinari. Jadi, soal cukup kredibiliti atau tidak, itu subjektif asalkan penonton gemar lakukan.

Suka belacan

"Kalau ada orang mempertikaikan saya, maknanya orang itu belum mengenali saya.

"Saya masih dalam proses belajar walaupun sebelum ini saya ada belajar memasak dan belajar juga daripada ayah saya, tetapi itu tak bermakna saya cukup bagus. Saya buka restoran dengan bapa saya, itu juga tak bermakna saya dah habis belajar untuk jadi lebih baik. Di restoran saya, ada tukang masak yang lebih tinggi jawatannya daripada saya.

MASIH meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan, pemilik restoran PickNik ini bercita-cita mahu mendalami bidang kulinari di Perancis.


"Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, jika tanpa kehadiran saya pun, program kulinari tempatan berjalan macam biasa juga. Sekarang, bidang kulinari sudah diterima, ia jadi sesuatu yang orang suka," katanya yang selesa jika diminati wanita kerana handal di dapur.

Tambahnya berseloroh: "Kalau itu yang gadis-gadis suka, saya akan tambah bermotivasi. Sekarang orang sudah tidak kisah bermenantukan tukang masak. Tapi, kalau sudah berkahwin, lebih enak rasanya kalau dapat makan hasil tangan isteri. Jika sudah seharian di restoran, takkanlah balik rumah pun saya yang kena memasak lagi. Sekarang, dalam peti sejuk rumah saya tiada apa-apa yang boleh dimasak.

"Jadi tukang masak juga, buat saya lebih menghargai kerja tukang masak di restoran. Bila memesan makanan di mana-mana restoran, saya lebih suka pesan menu yang ringkas-ringkas."

Mengakui menggemari segala jenis masakan Melayu termasuklah masak lemak sambal tempoyak, belacan atau ulam-ulaman seperti petai, pemuda berdarah kacukan itu bangga menjadi lelaki Melayu.

Namun dalam agenda kulinari, secara peribadinya chef yang pernah menjadi hos program Tea Twist di saluran Asian Food Channel (AFC) itu lebih terarah kepada masakan barat.

"Saya boleh katakan, masakan Itali dan Perancis sebagai kepakaran saya. Umumnya, masakan Itali dan Perancis ialah asas kepada masakan barat.

"Dalam bidang kulinari juga, saya mahu beri pendedahan kepada masyarakat Malaysia tentang asas penyediaan masakan barat. Saya tiada falsafah tertentu, tapi perkara paling penting dalam masakan Barat ialah teknik dan cara-cara penyediaannya bukan hanya kepada resipi yang nampak genius. Macam kalau masakan Melayu, kita kembali kepada asas contohnya macam mana hendak sediakan kerisik," lenturnya bersemangat.

Jejak bapa

Seronok bercerita tentang dunia kulinari yang menjadi sebahagian daripada hidupnya, anak pertama daripada enam beradik itu juga mengakui, cinta dan kekagumannya terhadap dunia masakan berpunca daripada bapanya, Datuk Nik Ezar Nik Bolia, juga seorang chef.

"Saya memang kagum sangat dengan dia, tapi sekarang saya sudah boleh tidak bersetuju dengan cara ayah. Macam dalam penyediaan menu baharu di restoran, pilihan dia tidak salah, tapi pendapat kami selalu bercanggah. Mungkin sebab saya bukan jenis chef yang ikut cara lama.

"Tapi, seronoknya, kami adik beradik memang pandai bab makan. Adik bongsu saya yang berusia lima tahun cukup handal bab memesan makanan di restoran," kongsinya sambil ketawa.

Semakin dikenali dengan gaya tersendiri, Nik bagaimanapun mengakui dia masih mencari rentak untuk mencorak sisi karakternya di kaca televisyen. Mungkin itu sebab mengapa Nik masih belum berani menerima tawaran lakonan yang sudah mula memujuk penglibatannya sejak kebelakangan ini.

"Di belakang kamera, saya masih seorang gila-gila, tapi dalam televisyen, saya lebih sopan. Masih takut-takut hendak jadi diri sendiri. Perkara itu berlaku secara natural sebab asalnya saya yang pemalu depan kamera," katanya yang kini bertindak sebagai juri untuk sebuah program masakan di 8TV yang berjudul Kang-Cheong Kitchen.

Kecoh, riuh-rendah dan mendebarkan, program yang ke udara setiap Rabu pukul 9.30 bermula 2 April lalu itu disifatkan Nik sebagai satu program yang harus dibanggakan.

Selepas Hello Bro…Tolong Masak dan Dapur Panas, Nik meraih satu lagi kepercayaan sebagai juri pula.

"Untuk program seperti Kang-Cheong Kitchen, kalaupun bukan sebagai juri, dipanggil sebagai peserta pun saya sanggup. Dalam program itu, kita boleh lihat karakter setiap peserta yang bertanding, sama ada dia ada bakat memasak atau tidak.

"Konsep program itu sangat menarik, lagipun ia bukan sebuah program yang mengambil konsep program dari luar, ia seronok dan terhasil dari pasukan produksi yang cukup kreatif," katanya yang semakin melakar nama sebagai chef selebriti muda dan berpengaruh ketika ini.

Wali Band sedar diri

Posted:

Wali Band sedar diri

Wali Band sedar diri

WALI memilih negara ini untuk melancarkan album ke-4 berjudul Doain Ya Penonton sebagai hadiah buat peminat di Malaysia.


NAMA kumpulan muzik dari Indonesia, Wali Band sememangnya sudah dikenali umum. Terkenal menerusi lagu-lagu berunsurkan nasihat dan ketuhanan, band yang dianggotai oleh empat orang itu juga memiliki variasi kelompok peminatnya tersendiri.

Daripada kanak-kanak sehinggalah kepada orang dewasa, band yang popular menerusi lagu Cari Jodoh itu dilihat bagaikan ada auranya tersendiri.

Biarpun ada ratusan band baharu yang muncul di Indonesia, kumpulan yang selesa digelar band kampung itu masih mampu berdiri sehingga kini.

Bukan sahaja di negaranya sendiri, nama Wali Band turut meniti di bibir peminat di Malaysia dan Singapura.

Jika dilihat daripada segi rangka masa, tempoh 15 tahun bertapak dalam industri hiburan, nyata sudah membuatkan kumpulan yang dibarisi oleh empat sahabat, Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (pemain dram) dan Ovie (pemain keyboard) itu, sudah boleh dianggap matang.

"Kami sebenarnya tak pernah anggap yang kami ini semua sebagai sebuah band, tetapi kami lebih kepada sebuah keluarga.

"Syukur sehingga kini kami masih diterima umum. Semoga perjuangan yang kami bawa untuk menyampaikan mesej-mesej berguna menerusi karya lagu ini mendapat sokongan daripada semua pihak," ujar Fannk.

Melihat kepada suasana industri hiburan antara dua buah negara, Malaysia-Indonesia, celah Apoy, dia mengakui ramai yang dari seberang cuba membina nama di negara ini.


WALI Band yang dianggotai Ovie (dari kiri), Faank, Apoy dan Tomi sudah bertapak dalam industri muzik selama 15 tahun dengan membawakan lagu-lagu berunsurkan nasihat dan ketuhanan.


Biarpun begitu, katanya, Wali Band masih lagi sedar kedudukan dirinya sebagai 'orang luar.'

"Kami juga harus sedar diri. Datang ke sini (Malaysia) pun atas jemputan yang kami terima. Jika tiada permintaan daripada peminat di Malaysia, kami mungkin tak ke sini.

"Sungguhpun mempunyai ramai peminat di negara ini, Wali tidak pernah terfikir untuk menjadikan Malaysia seperti rumah sendiri.

"Sekalipun peminat kami ramai di sini, kami tidak pernah lagi terfikir nak berkampung di sini untuk mengembangkan muzik.

"Kami juga kena menghormati band-band yang ada di Malaysia yang mencari rezeki seperti kami," jelas Apoy ketika ditemui baru-baru ini sewaktu bertandang ke Kuala Lumpur sempena pelancaran album baharu mereka berjudul Doain Ya Penonton.

Bercerita mengenai album ke empat mereka itu, Fannk menyifatkan karya terbaharu mereka cukup istimewa apabila memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama untuk menyaksikan majlis pelancaran album berkenaan.

"Atas sambutan yang memberangsangkan di sini, kami telah bersetuju untuk memilih Malaysia bagi melancarkan album baharu kami itu.

"Ia juga sebagai tanda pengiktirafan dan terima kasih kami kepada peminat-peminat di Malaysia yang banyak memberi sokongan selama ini," tuturnya yang mengakui pemilihan lokasi juga berdasarkan permintaan daripada peminat sendiri.

Tambah Apoy, dia yakin peminat di Indonesia tidak akan berkecil hati dengan tindakan mereka melancarkan album di negara jiran.

"Tak mungkin timbul isu berkecil hati ini kerana kami akan buat persembahan besar di Indonesia nanti," katanya yang menaruhkan Jamin Rasaku sebagai lagu hit dalam album itu.

Album yang mengandungi 11 buah lagu itu mengetengahkan rangkaian lagu bergenre dangdut selain penghasilan lirik lagu yang mengaplikasikan penggunaan bahasa Melayu yang mudah difahami oleh negara jiran termasuk Malaysia sendiri.

Misi penjajahan Pita Hati

Posted:

Misi penjajahan Pita Hati

Misi penjajahan Pita Hati

KUMPULAN Pita Hati (dari kiri) Zahar, Yasin, Ilham, Masrin dan Hidayat.


NAMA Pita Hati itu simbolik kepada perjuangan suara hati mereka. Lama menunggu, dua tahun setelah menzahirkan sebuah EP pada tahun 2012, kini sebuah pita lengkap tentang hati dan ideologi lima kepala anak muda itu juga sudahpun dilancarkan secara rasminya untuk mengisi pendengaran peminat muzik.

Tanpa mendengar keseluruhan isi bunyi, matlamat pemberian judul Fonetik Anak Candal kepada album pertama yang akan membawa jenama mereka itu mudah ditebak. Diksi yang hanya ditemui dalam pengajian bahasa Melayu itu terpampang kemas pada kulit album pertama mereka. Diksi itu membayangkan sebuah hasil yang mengandungi citra sastera tinggi yang sedang menunggu untuk dinilai menerusi lirik dalam melodi mereka.

"Kami main muzik dengan jiwa. Misi kami ialah mahu perkayakan lagi budaya dalam muzik kami. Ia semacam satu evolusi juga. Macam dulu semasa zaman pop yeh yeh, disko dan 1970-an, ketika itu ciri-ciri Melayu sangat kuat dalam lagu-lagu," kata Ilham, sang vokalis yang juga merupakan anak sulung komposer ternama, Datuk M. Nasir.

Selain Ilham, Pita Hati turut dianggotai dua lagi anak M. Nasir iaitu Yasin dan Hidayat. Masing-masing bermain drum dan gitar. Dua lagi anggota yang menyatu menyempurnakan Pita Hati sebagai sebuah band ialah Zahar yang juga bermain gitar dan Masrin di posisi bass.

"Masa mula-mula dahulu, Pita Hati hanyalah saya dan Yasin. Zahar dan Masrin pula dari kumpulan lain, kemudian Hidayat akhirnya menyertai kami, maka jadilah Pita Hati," kata Ilham.

Sudah adat membesar bernaungkan legasi muzik M. Nasir, sama ada Ilham, Yasin atau Hidayat, tiga beradik itu tidak dapat mengelak daripada persoalan klise, adakah muzik mereka dibayangi muzik si bapa yang sudah merentasi nusantara.

Ditanya lagi persoalan yang sudah didengari mereka sejak memperkenalkan EP Bintang Biru Kristal Salju dua tahun lalu, tiga beradik itu sudah dapat mengagak.


ILHAM anak sulung M. Nasir yang bertindak sebagai vokalis bahkan perintis yang menggerakkan muzik Pita Hati.


"Setakat ini masih belum ada yang mendakwa muzik kami sebagai bayangan muzik M. Nasir.

"Kalau itu juga yang mahu didakwa, saya anggap hal itu tidak adil kepada dua lagi anggota kami (Masrin dan Zahar). Misi kami, harap bayang kami akan lebih besar daripada bayang dia (M. Nasir)," jawab Ilham (ketawa).

Album sudah pun dilancarkan, selain misi untuk menyebarkan ideologi muzik yang masih berlagu dalam rentak rock itu, Pita Hati yang kini mempertaruhkan 10 buah lagu itu ada agenda yang lebih padu.

"Kami dalam rencana membawa Fonetik Anak Candal menjelajah ke seluruh Malaysia. Tidak hanya untuk peminat muzik di bandar, kami mahu album ini masuk ke pendengaran peminat muzik di luar bandar," kata Masrin pula.

Menamakan misi itu sebagai Merapah Fonetik Anak Tanah Semenanjung 2014, jelajah lunak yang mengalunkan tajuk-tajuk seperti Krisendo Slendro, Nafas, Cahaya Dalam Buta, Hati-Hati Ahmad, Olivia, Burung Dalam Kaca dan Akhirnya Kita Sendiri itu telah bermula sejak awal Mei lagi. Mereka telah disaksikan peminat di Kulim Kedah, George Town pada 2 Mei, Pulau Pinang (3 Mei), Khizanat, Ipoh (9 Mei) dan Black Box, Publika, Kuala Lumpur (10 Mei).

Lagu-lagu lain yang turut dimainkan dalam misi menjajah pancaindera khalayak itu termasuklah Bicara Dan Susunkata, Melayar serta lagu daripada EP seperti Bintang Biru Kristal Salju yang turut dimasukkan dalam album pertama mereka.

Akan datang, Pita Hati akan berada di Dungun, Terengganu pada 16 Mei, Kuantan (18 Mei), Subang Jaya (31 Mei), Aliwal Street, Singapura (31 Mei) dan Alor Setar (13 Jun). Siri jelajah itu akan berakhir pada kunjungan mereka ke Taman Botani, Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang pada 14 Jun nanti.

"Kami sedang bersedia untuk mendekati peminat muzik bukan hanya tertumpu kepada satu-satu kelompok khalayak sahaja," jelas Hidayat pula.

Celah Ilham, mereka yakin ada pendengar setia yang mengikuti perkembangan kumpulan itu dari semasa ke semasa.

"Kami juga beruntung sebab dapat bekerjasama dengan penganjur-penganjur setempat. Mereka turut mendapat pulangan hasil jualan tiket dan kami pula dapat bertemu pendengar," tambah Ilham.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved