Khamis, 8 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Korban di perairan Pulau Jindo

Posted:

Korban di perairan Pulau Jindo

Korban di perairan Pulau Jindo

MENAIKI feri dari Pelabuhan Incheon ke Pulau Jeju, Korea Selatan menjadi rutin harian bagi Eun-su Choi. Mengikut perkiraannya, dia telah menaiki feri Sewol yang dimiliki syarikat Chonghaejin Marine Co. Ltd sebanyak ratusan kali.

Pemandu lori itu juga mengetahui setiap selok belok bahagian dalam feri yang menyediakan tiga dek utama untuk para penumpang. Namun, kejadian yang berlaku pada 16 April lalu masih segar diingatannya.

Su Choi merupakan salah seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi feri yang membawa seramai 476 penumpang itu. Feri tersebut karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Jeju.

Cerita Su Choi, selepas sarapan pagi di kafeteria feri, dia kemudiannya naik ke dek terbuka bahagian atas untuk merokok.

Katanya, feri itu secara tiba-tiba senget dan perlahan-lahan tenggelam. "Kontena-kontena yang berada di atas feri jatuh ke dalam laut. Ketika itu, saya menyedari bahawa feri akan terbalik," ujarnya dalam satu laporan yang disiarkan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kejadian yang berlaku di luar pantai Pulau Jindo telah meragut 260 nyawa, manakala 40 penumpang lagi masih hilang. Ia antara tragedi terburuk dalam sejarah pengangkutan air di negara itu.

Kebanyakan penumpang yang masih hilang terdiri daripada pelajar Sekolah Tinggi, Ansan. Seramai 325 orang pelajar termasuk guru sekolah itu dalam lawatan ke Pulau Jeju. Namun, hanya 70 daripada mereka yang terselamat.

Ketika kejadian, Su Choi berpegang pada bahagian susur tangan di dek feri dan cuba untuk menyelamatkan beberapa orang pelajar berhampiran kafeteria yang telah menggelongsor jatuh ke laut. Dia dan rakannya cuba menggunakan hos kebakaran untuk menarik pelajar itu tetapi gagal.

Setakat ini, pihak Kementerian Lautan dan Perikanan Korea Selatan dengan bantuan penyelam terlatih giat menjalankan misi mencari mayat yang hilang.


PASUKAN penyelamat giat menjalankan misi pencarian mayat mangsa sehingga ke hari ini.


Ada antara mayat yang dijumpai kira-kira sejauh empat kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Feri Sewol seberat 6,825 tan yang dibina di Jepun pada 1994 merupakan antara pengangkutan utama pelancong dari jeti di Incheon ke Pulau Jeju.

Pulau tersebut yang terkenal dengan gelaran Hawaii Korea Selatan merupakan antara kawasan pelancongan popular. Dianggarkan seramai 10 juta pelancong telah berkunjung ke pulau tersebut pada tahun lalu.

Lebihan muatan

Menurut laporan media Associated Press baru-baru ini, feri Sewol telah membawa lebihan muatan kargo dalam 246 kali pelayaran sejak 13 bulan lalu. Oleh itu, tragedi yang berlaku itu dipercayai berpunca daripada faktor tersebut.

Data, rakaman video dan gambar menunjukkan bahawa feri tersebut berpusing 60 darjah sebelum tenggelam ketika kejadian pukul 9 pagi itu. Feri tersebut tenggelam perlahan-lahan dan karam sepenuhnya pada pukul 10.25 pagi.

Dalam tempoh satu jam setengah itu, pihak berkuasa sempat menyelamatkan seramai 82 penumpang menggunakan bot dan helikopter.

Ketika feri tersebut mula karam, seorang penumpang kanak-kanak yang juga pelajar Sekolah Tinggi Danwon sempat membuat panggilan kecemasan di dalam feri Sewol.

Kanak-kanak itu membuat panggilan dengan suara menggigil ketakutan ketika bercakap dengan operator tiga minit selepas feri itu membuat pusingan.

Semasa kejadian, kru feri mengarahkan pelajar dan guru sekolah agar tidak keluar dari kabin kerana faktor keselamatan.

Dalam tempoh tiga minggu, anggota penyelamat telah bertungkus-lumus menyelam sehingga kedalaman 40 meter dalam misi pencarian.

Sementara itu, Ketua Operasi Menyelamat, Kepten Jin-hwang dari Tentera Laut Korea Selatan yang ditemui semasa hari ke-10 pencarian berpendapat operasi mencari mangsa akan memakan tempoh yang panjang.


UNIT Penyelamat Kapal Korea Selatan cuba memasuki ruang kabin feri untuk mencari mangsa yang terperangkap.


Jelasnya, usaha menarik keluar mayat merupakan tugas yang sukar kerana penyelam tidak mampu berada di dalam feri yang karam itu tempoh lebih 10 minit. Faktor tekanan merupakan antara kesukaran yang dihadapi oleh penyelam.

Kebanyakan ahli keluarga mangsa masih tidak dapat menerima kenyataan berhubung tragedi berkenaan. Sejak hari pertama kejadian mereka ditempatkan di sebuah gimnasium di Jindo dan memantau perkembangan operasi.

Dalam pada itu, rasa marah juga tidak dapat dipendam ribuan rakyat Korea Selatan dan mereka menyalahkan kecuaian kerajaan sehingga menyebabkan ratusan nyawa terkorban.

Rasa simpati masyarakat kepada keluarga mangsa pula diluahkan di atas kertas berwarna kuning yang ditampal di tempat-tempat awam.

Salah satu nota kecil yang ditampal misalnya berbunyi: "Kerajaan tidak seharusnya duduk bermesyuarat tatkala masih ramai lagi mangsa yang tidak ditemui. Mereka sepatutnya menghantar ramai lagi kru untuk meneruskan pencarian," luah seorang lelaki, Han Ji-soon.

Kerajaan lambat bertindak

Seluruh pelosok Seoul kini dipenuhi dengan nota dan reben berwarna kuning yang digantung. Selain doa untuk mangsa, penduduk bandar itu juga menulis kata-kata semangat yang berharap mangsa akan ditemui segera.

Selain masyarakat, ibu bapa dan waris mangsa turut menyelar kerajaan kerana lambat bertindak menyebabkan banyak nyawa terkorban. Tindakan itu juga telah menyebabkan pelbagai implikasi lain yang mengganggu usaha pencarian.

Susulan tragedi tersebut menyebabkan Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won bertindak meletak jawatan pada 27 April lalu selepas menyalahkan rasuah sebagai punca feri Sewol karam.


PENYELAM terpaksa menyelam sehingga kedalaman 40 meter dalam misi pencarian mayat mangsa tragedi.


Hong-Won mengaku beliau gagal mengendalikan dengan baik operasi menyelamat.

"Saya memohon maaf kerana gagal menghalang kemalangan ini daripada berlaku dan gagal mengambil tindak balas sewajarnya kemudian.

"Saya percaya sebagai Perdana Menteri, saya perlu memikul tanggungjawab ini dan meletak jawatan," tambah Hong-Won.

Dalam pada itu, permohonan maaf disuarakan oleh Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye yang bertemu ahli keluarga mangsa-mangsa Ahad lalu dan bersumpah akan mengenakan tindakan dan hukuman berat kepada pesalah yang menyebabkan feri tersebut karam.

Malangnya, kebanyakan keluarga mangsa menolak permohonan maaf beliau.

Kemarahan pihak keluarga dan masyarakat semakin membuak-buak apabila kapten dan 14 kru meninggalkan feri tersebut ketika ratusan penumpang masih terperangkap.

Kesedihan yang melampau pula menyebabkan Pengetua Sekolah Tinggi Danwon, Kang Min Kyu, 52 bertindak membunuh diri dua hari selepas kejadian feri karam itu.

Dalam nota yang beliau tinggalkan, Min Kyu melahirkan rasa kesal kerana terselamat dalam tragedi itu manakala guru dan pelajar lain pula meninggal dunia.

Mayatnya ditemui tergantung dengan tali pinggang di sebatang pokok di tengah-tengah bandar Jindo.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


USIM anjur projek kemasyarakatan di Alma

Posted:

USIM anjur projek kemasyarakatan di Alma

USIM anjur projek kemasyarakatan di Alma

SEBAHAGIAN pelajar USIM bergambar kenangan semasa mengadakan program kemasyarakatan di SKPK Alma di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.


BERBAKTI. Seramai 91 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama dua pensyarah melawat Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma (SKPK Alma) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Penyelaras program, Nurul Husna Najinah Hussin berkata, lawatan itu merupakan projek kemasyarakatan anjuran pelajar tahun tiga Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat USIM.

Menurut beliau, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program sehari itu ialah gotong-royong, melukis mural, kuiz dan permainan.

Hadir sama pada program tersebut ialah Guru Besar SKPK Alma, Hassan Basri dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Wan Roha Wan Ibrahim.

Perjumpaan semula 50 bekas pelajar SKGS'59

Posted:

Perjumpaan semula 50 bekas pelajar SKGS'59

Perjumpaan semula 50 bekas pelajar SKGS'59


SEBAHAGIAN daripada bekas pelajar SKGS'59 bergambar bersama selepas majlis pertemuan semula di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 50 orang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Gombak Setia tahun 1959 (SKGS'59), Selangor mengadakan perjumpaan semula baru-baru ini.

Pengerusi majlis, Saadiah Amiruddin berkata, majlis pertemuan yang julung-julung kali diadakan itu berlangsung di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

"Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sejak ada yang terpisah hampir 43 tahun," katanya.

Ujarnya, pertemuan itu sebagai platform bagi mengumpulkan lebih ramai bekas penuntut SKGS yang lahir pada tahun 1959.

PBTM jalin kerjasama dengan Kosmo! untuk tabung pahlawan

Posted:

PBTM jalin kerjasama dengan Kosmo! untuk tabung pahlawan

PBTM jalin kerjasama dengan Kosmo! untuk tabung pahlawan


MOHD. ANWAR (tujuh dari kanan) bersama kepimpinan PBTM bergambar dengan staf Kosmo! termasuk Mohd. Nor (lima dari kiri) di pejabat Kosmo!, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur kelmarin.


LAWATAN. Seramai 20 anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) mengadakan lawatan ke pejabat Kosmo! di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur kelmarin.

Bendahari PBTM, Mejar (B) Abu Kassim Jadi berkata, lawatan tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dengan akhbar Kosmo! sempena pelancaran Tabung Pahlawan 2014.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri majlis pelancaran tersebut yang dijadualkan pada 8 Ogos ini.

Turut hadir sempena lawatan itu ialah Presiden PBTM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

Sementara itu, Penolong Pengarang 1 Kosmo!, Mohd. Nor Ab. Samad memberi taklimat mengenai operasi akhbar Kosmo!.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kadar tol lebuh raya disusun semula

Posted:

Kadar tol lebuh raya disusun semula

Kadar tol lebuh raya disusun semula

FADILLAH (kiri) menyatakan sesuatu ketika melawat tapak pembinaan kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Subang semalam.


SUBANG - Beberapa syarikat konsesi lebuh raya telah mengemukakan maklum balas dan cadangan kepada kerajaan berhubung penstrukturan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Katanya, maklum balas itu yang diperoleh hasil pertemuan pihaknya dengan syarikat konsesi terbabit sebelum ini, akan dibincangkan lebih lanjut dalam satu mesyuarat bersama pihak berkaitan.

"Kita akan bentangkan maklum balas daripada syarikat konsesi ini dalam mesyuarat pada 12 Mei di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi, Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Kementerian Kewangan serta kementerian lain yang terlibat.

"Mesyuarat ini adalah untuk melihat cadangan timbal balas daripada syarikat konsesi.

"Itu sahaja perkembangan yang boleh saya berikan untuk masa ini," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi penguatkuasaan bersepadu di tapak projek pembinaan Kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Teroka tanah haram rugikan Perak

Posted:

Teroka tanah haram rugikan Perak

Teroka tanah haram rugikan Perak

Oleh SOPI SAMAILE, FIRDAUS HASSAN dan MOHD. AFIQ ZULKIFLI
berita@kosmo.com.my

IPOH - Para peneroka haram yang dipercayai didalangi oleh sindiket tertentu kini dilihat semakin berleluasa meneroka tanah milik kerajaan Perak untuk diusahakan dengan projek-projek pertanian serta penternakan menerusi gerakan terancang di seluruh negeri ini.

Apa yang mengejutkan, tindakan mereka itu bukan sekadar meneroka tanah semata-mata, malah kegiatan tersebut didakwa turut melibatkan kegiatan kumpulan kongsi gelap yang menyokong pengusaha-pengusaha berkenaan dari belakang.

Satu sumber memberitahu, akibat perbuatan tersebut, kerajaan negeri telah mengalami kerugian dianggarkan lebih RM60 juta setiap tahun kerana gagal mengutip cukai mahupun premium tanah yang diteroka secara haram itu.

"Malah, ada dalam kalangan pengusaha terbabit yang begitu berani sehingga memonopoli sesebuah kawasan yang diteroka melibatkan tanah seluas hingga 80 hektar.

"Menariknya, hasil pertanian dan ternakan mereka bukan hanya untuk pasaran dalam negara, malah ia juga untuk dieksport keluar negara seperti Singapura," katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut sumber tersebut, para peneroka tanah terbabit mampu meraih keuntungan sehingga ratusan ribu ringgit setiap tahun hasil daripada projek pertanian atau ternakan yang mereka usahakan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ruangan kaum dalam borang kekal

Posted:

Ruangan kaum dalam borang kekal

Ruangan kaum dalam borang kekal

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

TAIPING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan telah memutuskan untuk menghapuskan ruangan maklumat kaum dalam borang kerajaan ketika melakukan urusan rasmi.

Beliau berkata, Kabinet ada berbincang berhubung perkara tersebut tetapi keputusannya adalah untuk mengekalkan amalan dan dasar yang sedia ada.

"Saya hendak nyatakan bahawa tidak ada perubahan dasar kerajaan mengenai borang permohonan rasmi kerajaan yang mana ruang kaum itu masih kekal.

"Kabinet tidak membuat keputusan memansuhkan keperluan mengisi ruang tersebut dengan kategori kaum," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


City selangkah jadi juara

Posted:

City selangkah jadi juara

City selangkah jadi juara

DZEKO (kiri) menjaringkan satu daripada dua golnya ketika membantu City menewaskan Villa 4-0 di laman sendiri kelmarin.


MANCHESTER - Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini berkata, pasukan bimbingannya semakin menghampiri kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

Keyakinan Pellegrini itu hadir selepas kejayaan City menewaskan Aston Villa 4-0 di Stadium Etihad, awal pagi semalam.

Kini, The Citizens hanya perlu mengutip satu mata untuk ditabal sebagai juara baharu liga ketika menentang West Ham United pada aksi terakhir di venue yang sama pada Ahad ini.

Dalam aksi itu, Edin Dzeko meledak dua gol disusuli pemain gantian, Stevan Jovetic dan Yaya Toure masing-masing menjaringkan satu gol.

"Sekarang, baru kita boleh bercakap mengenai (kejuaraan) liga kerana jika kami menang pada aksi akan datang (menentang West Ham), City akan menjadi juara.

"Saya fikir ia akan menjadi satu aksi yang cukup penting kerana bukan sekadar gelaran liga tetapi cara memenangi liga musim ini dengan penuh bergaya.

"Saya turut fikir bahawa kami memiliki gaya permainan tersendiri.

"Malah, saya fikir bahawa City adalah salah satu pasukan yang cukup menarik. Kami telah menjaringkan banyak gol dan sentiasa menambah jaringan dalam perlawanan.

"Pada pendapat saya, sikap itu sangat penting untuk memenangi kejuaraan liga pada musim ini.

"Saya berharap kami dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini ketika menentang West Ham dan saya sangat gembira kerana dapat membimbing kelab ini dengan persembahan menghiburkan," ujarnya. - AFP

Tingkatkan aspek keselamatan

Posted:

Tingkatkan aspek keselamatan

Tingkatkan aspek keselamatan

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


IMBAS... Pihak polis terpaksa campur tangan bagi mengawal keadaan di luar Stadium Tan Sri Datuk Hassan yunos di Larkin minggu lalu ekoran kekecohan penonton sebaik aksi separuh akhir pertama Piala FA antara Johor DT dengan Pahang berakhir.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang bakal menjadi tuan rumah untuk pusingan kedua separuh akhir Piala FA menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) pada 31 Mei ini perlu membuat kajian terperinci mengenai tahap keselamatan bagi mengelak hukuman yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, insiden kekecohan di Larkin pada 6 Mei lalu melibatkan perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Johor DT dan Pahang wajar dijadikan iktibar untuk menambah baik tahap keselamatan.

Menurutnya, amaran daripada FAM untuk mengenakan tindakan tegas termasuk menghukum pasukan dengan beraksi dalam stadium kosong sekiranya insiden kekecohan melibatkan penyokong fanatik sehingga mengganggu kesejahteraan sesuatu perlawanan di negara ini perlu diberi perhatian serius oleh setiap pasukan.

"Saya telah menghubungi Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin (Mohd. Amin) dua hari lepas dan saya telah minta FAM mengambil langkah yang drastik dan tegas kerana banyak insiden yang melibatkan penyokong yang tidak dapat dikawal.

"Saya difahamkan PBNP juga sedang mengkaji saranan daripada FAM. Mesti ada sesuatu tindakan daripada FAM yang tegas untuk mengawal situasi," katanya ketika menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Yayasan Pendidikan Titiwangsa di ibu negara semalam.

Dalam pada itu, Khairy turut mengulangi pendiriannya untuk tidak menyokong usaha menaturalisasikan pemain atau atlet dari luar yang didakwa mampu meningkatkan mutu sukan di negara ini.

"Saya tak sokong. Secara dasarnya kita tidak sokong naturalisasi pemain-pemain ataupun atlet kebangsaan," ujarnya ringkas.

Isu naturalisasi kembali timbul apabila penyerang import Selangor, Paolo Rangel menerusi laman sosial Instagram

melahirkan rasa gembira apabila namanya dikaitkan dengan Harimau Malaya malah, cukup berbangga sekiranya beliau dan keluarga diberikan status kewarnegaraan Malaysia.

Bagaimanapun, beliau juga sedar bahawa isu naturalisasi cukup sensitif di negara ini kerana sesetengah pemerhati bola sepak tempatan menganggap proses berkenaan memperlihatkan bagaimana usaha pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi tidak begitu berjaya.

'Isu ITC bukan salah kami'

Posted:

'Isu ITC bukan salah kami'

'Isu ITC bukan salah kami'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin tanpa berselindung mengakui kecewa selepas pihaknya dikatakan menjadi punca mengapa Kelantan gagal mendaftarkan penyerang baharu dari Ghana, Prince Tagoe.

Hamidin memberitahu, dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn. Bhd. (TRW), Kevin Ramalingam yang mengatakan kesilapan teknikal daripada FAM menyebabkan pemain tersebut gagal didaftarkan bersama skuad Kelantan.

Kontrak Tagoe, 28, terpaksa dibatalkan selepas Persatuan Bola Sepak kelantan (KAFA) gagal mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada kelab lamanya, Club Africain.

Tambah Hamidin, mereka telah mengikuti prosedur biasa untuk mendapatkan ITC Tagoe dari bekas majikannya itu.

"Saya menafikan FAM menjadi punca utama mengapa Kelantan gagal mendapatkan ITC untuk Tagoe. Kami sudah menghantar permohonan itu tetapi ia ditolak oleh kelab lamanya dan Persatuan Bola Sepak Tunisia.

"Jadi, FAM tidak buat silap. Kami telah melakukan yang terbaik untuk membantu Kelantan tetapi malangnya, permohonan itu ditolak.

"Kevin ada bertemu dengan saya hari ini (semalam) dan beliau telah meminta maaf mengenai kenyataan tersebut.

"Saya berharap isu ini tidak perlu disensasikan oleh mana-mana pihak kerana sebagai badan persatuan induk di negara ini, FAM akan sedaya utama untuk menghulurkan bantuan dan kepentingan pasukan negara sendiri," katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, KAFA kempunan untuk menggunakan khidmat Tagoe bagi pusingan kedua Liga Super selepas gagal mendapatkan ITC pemain itu.

Sebelum ini, Kevin mendakwa mereka boleh mendapat ITC sementara daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya FAM menangguhkan dulu kes itu dan tidak menerima penolakan permohonan daripada Tunisia FA.

Jika masih gagal untuk mendapatkan ITC Tagoe, Kevin tidak menolak kemungkinan bahawa mereka terpaksa menamatkan kontrak Tagoe, 28, lebih awal selepas kemelut mendapatkan ITC itu timbul berikutan tuntutan gaji tertunggak pemain dengan Club Africain sejumlah hampir RM1 juta.

Dalam perkembangan sama, Hamidin berkata, mereka sudah menerima permohonan KAFA untuk mendaftarkan semula pemain pertahanan Obinna Nwaneri yang ditamatkan pendaftaran pada tempoh perpindahan pemain kedua April lalu bagi mengisi tempat Tagoe.

"Kelantan sudah membuat permohonan rasmi untuk mendaftarkan semula Obinna memandangkan pemain itu masih mempunyai ITC. Perkara ini akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh FAM dalam masa terdekat ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pekap bela kebajikan anak-anak Pahang

Posted:

Pekap bela kebajikan anak-anak Pahang

Pekap bela kebajikan anak-anak Pahang

Oleh ZAKI SALLEH

ANTARA matlamat penubuhan Pekap ialah menjaga kebajikan anak-anak Pahang di Lembah Klang.


ANAK-ANAK kelahiran Pahang Darul Makmur yang tinggal di ibu kota cukup bertuah kerana mempunyai sebuah keluarga yang menjaga kebajikan mereka di sana. Keluarga dimaksudkan ialah Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang Di Ibu Kota (Pekap).

Berstatus sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pekap yang ditubuhkan 48 tahun lalu menjadi platform membentuk jaringan persahabatan dan silaturahim antara masyarakat kelahiran negeri Pahang di Lembah Klang termasuklah di Putrajaya dan Shah Alam.

Persatuan yang dinaungi Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah itu tidak pernah berhenti menjalankan pelbagai program dalam memastikan kebajikan ahli-ahlinya.

Pekap turut dianggotai nama besar kelahiran Pahang antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Penasihat. Turut merupakan ahli persatuan seumur hidup ialah penyanyi No. 1 tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

"Pekap mengambil berat kebajikan ahli-ahlinya selain menyediakan pelbagai ganjaran dan kemudahan kepada mereka termasuk ahli keluarga," ujar Naib Pengerusi Pekap, Datuk Mustaffa Mat Yassin.

Jelas beliau, Pekap ketika ini mempunyai keahlian seramai 3,080 orang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat usia.

Katanya, sejak ditubuhkan pada tahun 1966, Pekap terus komited menyediakan pelbagai bentuk sokongan dan bantuan kepada anak kelahiran negeri itu yang merantau ke ibu kota agar kehidupan mereka terbela.

"Antaranya, khairat kematian sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 selain sumbangan RM300 sekali setahun jika ada ahli-ahli yang dimasukkan ke wad.

"Ganjaran wang tunai turut diberi untuk anak-anak cemerlang dalam pendidikan, sagu hati kepada ahli yang ingin menunaikan haji serta bantuan bencana alam mengikut jumlah tertentu," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Inisiatif yang diperkenalkan itu bukan sekadar untuk menjaga kebajikan, tetapi membentuk sebuah kumpulan teras yang baik serta mempunyai sikap kenegerian yang positif.

Ahli baharu

Dalam pada itu, Mustaffa memberitahu, Pekap sedang giat mengemaskini maklumat ahli-ahlinya bagi tujuan memudahkan urusan perhubungan seperti hebahan program yang dirancang.

Jelas beliau, ada dalam kalangan ahli-ahli Pekap yang telah bertukar alamat, manakala waris pula boleh mengemas kini maklumat bagi pihak ahli yang telah meninggal dunia.

Ahli-ahli dan waris boleh berhubung terus ke pejabat Pekap di Setiawangsa, Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan tersebut.

Mustaffa berkata, Pekap turut mengalu-alukan anak-anak Pahang di ibu kota agar berdaftar sebagai ahli Pekap untuk mengambil peluang melibatkan diri dalam pelbagai program yang dianjurkan.

"Kita tidak mempunyai data berapa ramai anak Pahang yang berada di ibu kota, namun pintu Pekap sentiasa terbuka kepada ahli-ahli baharu tanpa mengira latar belakang.

"Pendaftaran boleh dibuat di pejabat Pekap. Penyertaan lebih ramai anak-anak Pahang di ibu kota pasti menyemarakkan lagi ukhwah sekali gus mengukuhkan lagi fungsi Pekap," ujar beliau.

Latih anak istimewa berdikari

Posted:

Latih anak istimewa berdikari

Latih anak istimewa berdikari

SHAHRULANOOR ISHAK


KANAK-KANAK di CVC diajar kemahiran memasak dan boleh menyediakan makanan sendiri.


KANAK-KANAK yang dilahirkan menghidap CADS iaitu palsi serebrum (CP), autism, attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), Sindrom Down, disleksia dan lembam boleh hidup berdikari tanpa bantuan orang dewasa.

Bagi menjamin mereka menjalani hidup berdikari pada masa hadapan tanpa bantuan orang dewasa terutama ibu bapa, kanak-kanak istimewa tersebut perlu dilatih dengan pelbagai kemahiran sejak kecil.

Kemahiran seperti pengurusan diri, membaca, menulis, pertuturan dan memahami maksud percakapan semasa berkomunikasi merupakan antara yang perlu dipersiapkan kepada kanak-kanak tersebut.

Latihan

Sekiranya dilatih secara berterusan, kanak-kanak ini juga berupaya melakukan pelbagai tugas yang lebih rumit seperti mengemas rumah, memasak, menggosok pakaian dengan cekap.

Buktinya, kanak-kanak istimewa yang diberi latihan vokasional di Pusat Vokasional CADS (CVC), Taman Melawati, Kuala Lumpur mampu melakukan semua tugas tersebut tanpa memerlukan bantuan orang dewasa.

Presiden CADS, Mohamed Hanifah Mohd. Salih berkata, pihaknya menyediakan pendidikan secara holistik kepada kanak-kanak istimewa tersebut termasuk kemahiran sosial, emosi dan kerohanian.

"Malah, anak saya sendiri yang menghidap Sindrom Down turut dilatih di CVC dan kini mampu menguruskan diri sendiri serta menyediakan makanan seperti nasi goreng semasa berada di rumah.

"Selain itu, kanak-kanak istimewa dalam kategori CADS juga dilatih menguasai kemahiran asas di Pusat Pengembangan CADS (CDC) di Bukit Antarabangsa sebelum mengikuti latihan yang lebih maju di CVC," katanya.

Mohamed Hanifah berkata demikian pada majlis pelancaran kempen Hulurkan Harapan, tajaan Procter and Gamble Malaysia (P&G) Open Minds dan rangkaian pasar raya Mydin di premis CVC, di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi kempen bermula 5 April lalu hingga 31 Mei ini, setiap pengguna yang membuat pembelian minimum RM10 terhadap produk P&G di pasar raya Mydin di seluruh negara berpeluang menyalur dana kepada CVC dan CDC.


KANAK-KANAK istimewa ini berhak mendapat kasih sayang serta menjalani hidup seperti kanak-kanak normal.


Sejak program P&G Open Minds diperkenalkan pada tahun 1999 menerusi CVC dan CDC, lebih 10,000 kanak-kanak CADS dilatih secara komprehensif oleh guru-guru berpengalaman dalam bidang pendidikan khas.

Kedua-dua CVC dan CDC yang pada masa ini melatih 30 kanak-kanak istimewa kini ditadbir oleh golongan ibu bapa sejak tahun lalu.

Dalam pada itu, Pengetua CVC, Azura Abdul Aziz pula berkata, kanak-kanak seawal usia lima tahun diajar mengikut standard silibus Sijil Kemahiran Malaysia yang disesuaikan dengan daya intelek mereka.

"Selain asas vokasional seperti pengetahuan komputer dan keusahawanan, mereka juga diberi latihan terapi serta bimbingan fardu ain bagi kanak-kanak Islam," ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia/Singapura, Nicolas de la Giroday berkata, pihaknya sentiasa mencari jalan terbaik bagi mendapatkan dana untuk memberi manfaat kepada kanak-kanak istimewa tersebut.

"Kempen kali ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa dengan penjagaan dan latihan, kanak-kanak istimewa boleh diajar kemahiran hidup yang berguna untuk mereka membesar," katanya.

Kutipan

Sementara itu, Pengarah Sumber Manusia Mydin, Datin Wira Dr. Siti Hawa Mohd. pula berkata, pihaknya turut komited untuk membantu kutipan dana tersebut menerusi rangkaian pasar raya itu di seluruh negara.

"Ini merupakan tahun kedua kerjasama Mydin dan P&G Malaysia untuk membantu memberi yang terbaik kepada kanak-kanak CADS," ujarnya.

Turut terlibat dan menjadi duta bagi kempen tersebut ialah Cef selebriti, cef Ammar Al Ali yang turut mengajar kemahiran memasak terhadap kanak-kanak berkenaan.

Menurut Ammar, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tidak wajar berasa malu kerana kanak-kanak tersebut mampu melakukan pelbagai tugas sekiranya dilatih dengan penuh kesabaran.

"Ibu bapa wajib bersyukur jika dikurnia anak istimewa. Perkara yang wajar kita lakukan ialah memastikan mereka mendapat hak untuk belajar menjalani hidup seperti biasa," katanya.

Fungsi Penasihat Syariah

Posted:

Fungsi Penasihat Syariah

Fungsi Penasihat Syariah


BANK Negara menetapkan syarat berhubung perbankan Islam yang perlu dipatuhi institusi kewangan.


BAGAIMANAKAH kita dapat memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mematuhi syariah?

Perbankan Islam hanya menawarkan produk dan perkhidmatan yang telah disahkan patuh syariah.

Hal ini kadangkala menjadi tanda tanya masyarakat sejauh manakah proses sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan itu boleh dianggap sebagai mematuhi syariah?

Dalam aspek pematuhan ini, setiap institusi perbankan Islam wajib melantik serta mewujudkan Jawatankuasa Penasihat Syariah selaku badan berkuasa penting bagi pematuhan tersebut.

Jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam memasti dan mengekalkan keyakinan pasaran terhadap institusi kewangan Islam.

Ia ditubuhkan di setiap peringkat perbankan, manakala di peringkat Bank Negara pula wujud sebuah Majlis Jawatankuasa Syariah.

Maka, setiap produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang dirancang harus mendapatkan kelulusan daripada dua peringkat tertinggi ini sebelum dapat ditawarkan kepada para pelanggan.

Siapakah ahli dalam Jawatankuasa Penasihat Syariah?

Jawatankuasa Penasihat Syariah di peringkat perbankan ini diberikan mandat dalam memastikan perjalanan operasi perbankan Islam selaras dengan prinsip-prinsip syariah.

Bidang kuasanya ialah memberi nasihat kepada pihak pengurusan dalam semua perkara berhubung pembangunan produk patuh syariah yang komprehensif dan bertindak sebagai pusat rujukan dalam semua isu berkaitan syariah.

Jawatankuasa Penasihat Syariah di peringkat perbankan terdiri daripada para ulama Islam dan juga pakar kewangan Islam.

Pihak pengurusan bank akan melantik mereka untuk setiap tempoh dua tahun. Melalui mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah inilah ahli akan bersidang serta membuat kajian dan memberi panduan mengenai isu-isu berkaitan perbankan Islam.

Di samping kewujudan Jawatankuasa Penasihat Syariah di peringkat perbankan, para penasihat akan memberi nasihat mengenai semua aspek syariah berkaitan dengan produk berkenaan, termasuk dokumentasi, penstrukturan dan pelaburan.

Penasihat Syariah perlu memenuhi syarat minimum tertentu untuk layak didaftarkan dengan Bank Negara.

Justeru, apabila satu-satu produk dan perkhidmatan itu dilabel sebagai patuh syariah, para pelanggan boleh yakin bahawa produk dan perkhidmatan itu telahpun mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Penasihat Syariah di peringkat perbankan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Hari kritikal menanti, ketika Thailand rancang pilihan raya

Posted:

Hari kritikal menanti, ketika Thailand rancang pilihan raya

Hari kritikal menanti, ketika Thailand rancang pilihan raya

08/05/2014 10:33pm

BANGKOK - Hari-hari mendatang akan menjadi kritikal bagi menentukan proses pilihan raya umum Thailand berikutan penyingkiran bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat dengan kerajaan sementara pada Rabu ini bagi membincangkan mengenai pilihan raya umum baharu yang dirancang diadakan pada 20 Julai ini.

Bagaimanapun, bermula hari ini hingga Rabu ini terdapat beberapa acara besar yang boleh mempengaruhi proses pilihan raya itu.

Setakat pukul 1.20 pagi ini, rumah seorang hakim Mahkamah Perlembagaan di sini terkena serangan bom tangan malam tadi, yang banyak dispekulasikan sebagai tindak balas terhadap penyingkiran Yingluck.

Terdapat kebimbangan mengenai banyaknya keganasan yang bakal tercetus.

Perhimpunan besar yang dirancang kumpulan antikerajaan Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) dan Baju Merah pro-kerajaan. - Bernama

India bantah data WHO paparkan kualiti udara Delhi paling tercemar di dunia

Posted:

India bantah data WHO paparkan kualiti udara Delhi paling tercemar di dunia

India bantah data WHO paparkan kualiti udara Delhi paling tercemar di dunia

08/05/2014 10:29pm

NEW DELHI - Pusat pemantauan udara India hari ini telah menolak paparan data yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan kualiti udara bandar raya New Delhi paling tercemar di dunia dan mendakwa penemuan data itu bersifat berat sebelah serta mengelirukan.

Menurut satu kajian melibatkan sejumlah 1,600 bandar dari 91 buah negara yang dikeluarkan oleh WHO, Delhi dilaporkan memiliki purata kepekatan zarah kecil bawaan udara tahunan yang kurang daripada 2.5 mikrometer diameter (PM 2.5), iaitu bacaan 153.

Angka itu adalah hampir tiga kali ganda lebih tinggi bacaan di Beijing iaitu 56 walaupun reputasi ibu negara China itu terletak dengan keadaan kabus yang 10 kali ganda berbanding London.

"Kami memiliki data berhubung New Delhi dan ia tidak berat sebelah," kata Gufran Beig daripada Sistem Penyelidikan dan Ramalan Cuaca Kualiti Udara (SAFAR).

"Data itu diambil kira dari 10 stesen pemantauan kualiti udara yang terletak di sekitar ibu negara melalui cara yang tidak berat sebelah. Ia juga tidak mengelirukan," kata Beig.

Pertubuhan WHO menggunakan data bandar raya New Delhi yang diperolehi dari tahun 2010 hingga 2013 melibatkan lima buah stesen pemantauan dari kawasan perumahan dan lain-lain lagi.

Sementara itu, data dari China pula adalah dari tahun 2010, iaitu kali terakhir data diperolehi berikutan pihak berkuasa menerima tekanan agar telus dalam mendedahkan maklumat.

"Kini pihak kami sedang meneliti data bagi tahun 2011 hingga 2014 dan data berkenaan yang diperoleh dari Kedutaan Amerika Syarikat di Beijing. Ini akan membantu untuk membuat perbandingan yang lebih tepat," ujar Beig.

Partikel PM 2.5 merupakan zarah yang mudah masuk ke dalam badan manusia dan boleh mengganggu fungsi paru-paru.

Zarah-zarah tersebut turut dikaitkan dengan peningkatan kadar penyakit bronkitis kronik, kanser paru-paru dan penyakit jantung. - AFP

Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Teluk Tempoyak

Posted:

Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Teluk Tempoyak

Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Teluk Tempoyak

08/05/2014 10:19pm

GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di perairan Teluk Tempoyak, Batu Maung dekat sini hari ini.

Mayat Lim Khong Hock, 58, ditemui lengkap berpakaian oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada 12.15 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, hasil siasatan mendapati identiti lelaki itu sepadan dengan lelaki yang dilapor hilang selepas keluar dari rumahnya, petang semalam.

"Laporan kehilangan Lim dibuat anaknya di Balai Polis Seberang Jaya pada pukul 10.40 pagi ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, Lim yang tinggal di Seberang Jaya bersama anak lelakinya itu dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar bersendirian untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta berhampiran rumahnya kira-kira 6.30 petang semalam.

Polis percaya mayat Lim dihanyutkan lebih 12 jam dan pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal.

Mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Yingluck disingkir jadi PM

Posted:

Yingluck disingkir jadi PM

Yingluck disingkir jadi PM

YINGLUCK berjabat tangan dengan para penyokongnya di Pejabat Setiausaha Tetap Pertahanan di Bangkok semalam.


BANGKOK - Penyingkiran Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam menjadikan keadaan politik di negara ini terus tidak menentu.

Dekri mengenai pilihan raya umum belum dikeluarkan, manakala kumpulan penyokong dan penentang kerajaan merancang untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran dalam tempoh terdekat bagi mengukur sokongan yang diterima mereka.

Mahkamah Perlembagaan mendapati Yingluck bersalah terhadap tuduhan menyalahguna kuasa dengan tindakannya menukar ketua Majlis Keselamatan Negara (NSC), Thawil Pliensri pada tahun 2011.

"Yingluck tidak boleh lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sementara," kata mahkamah itu.

Mahkamah tersebut berkata keputusan menukar ketua NSC itu dibuat dengan tergesa-gesa, tidak telus, tidak beretika, bukan kerana kepentingan negara dan melanggar perlembagaan.

Keputusan itu juga bermakna sembilan daripada 25 menteri Kabinet yang terbabit membuat keputusan berkenaan turut hilang jawatan masing-masing, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sementara, Kittirat Na Ranong, dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar sementara, Surapong Tovichakchaikul.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Pongthep Thepkarnchana berkata kabinet, meluluskan pencalonan Niwatthamrong Boonsongpaisan yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan sementara untuk menggantikan Yingluck.

Beratus-ratus penyokong Yingluck berkumpul di hadapan pejabat sementara beliau untuk memberi sokongan dan galakan selepas beliau disingkirkan mahkamah daripada jawatannya.

Dalam reaksi pertamanya mengenai keputusan mahkamah itu, Yingluck berkata, beliau akan terus bersama rakyat dan berkhidmat kepada mereka tanpa mengira jawatan yang disandang.

"Saya bangga kerana telah menjadi Perdana Menteri. Setiap minit, setiap hari dalam tempoh dua tahun, sembilan bulan dan dua hari itu merupakan saat-saat yang amat membanggakan bagi saya kerana dapat bertugas sebagai Perdana Menteri yang dipilih rakyat," kata Yingluck pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen kerajaan.

Yingluck enggan mengulas secara langsung tentang keputusan Mahkamah Perlembagaan semalam dan hanya berkata beliau sedang menunggu keputusan rasmi daripada mahkamah.

Yingluck menghadapi satu lagi kes mahkamah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan mengenakan terhadapnya tuduhan mengabaikan tanggungjawab berhubung skim subsidi padi yang berhutang berbilion-bilion baht kepada petani, yang didakwa para pengkritik sebagai penuh dengan amalan rasuah.

Perkembangan terbaharu ini menaikkan semangat kumpulan 'Baju Merah', gelaran yang diberi kepada penyokong kerajaan.

Kumpulan Baju Merah dijadual mengadakan perhimpunan mulai semalam sehingga 9 Mei ini di stesen TV Asia Update di Latprao, Bangkok, untuk mengadakan raptai penuh sebelum mengadakan perhimpunan secara besar-besaran yang dijadualkan pada 10 Mei depan di Aksa Road di kawasan Phuthamonthon, tidak jauh dari sini.

Kumpulan penentang kerajaan, yang bernaung di bawah Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) juga merancang mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di ibu negara Thailand ini pada 14 Mei depan.

Keputusan mahkamah itu bagaimanapun tidak memberi kemenangan penuh kepada kumpulan penentang kerajaan kerana majoriti anggota kabinet masih kekal dengan jawatan masing-masing dan tidak digantikan seluruhnya seperti yang dituntut kumpulan berkenaan selama ini.

Dalam pada itu, isu pilihan raya umum, yang ingin diadakan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 20 Julai depan masih tertangguh kerana Dekri Diraja yang memerintahkan pilihan raya diadakan, masih belum dikeluarkan.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Pongthep Thepkarnchana berkata, beliau sedang menunggu pengesahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai mesyuarat yang akan diadakan Jumaat ini untuk membincangkan prkara berkaitan pilihan raya itu.

Deraf Dekri Pilihan Raya itu sepatutnya dibentangkan pada mesyuarat mingguan kabinet semalam.

Parti pemerintah, Pheu Thai, mahu pilihan raya umum diadakan lebih cepat memandangkan ia masih mendapat sokongan di kawasan utara negara ini, manakala pembangkang pula mempunyai kekuatan di Bangkok dan selatan Bangkok.

Pheu Thai menjadi pilihan ramai untuk mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum itu kelak. - Bernama

Serangan di Hat Yai angkara gerila pemisah

Posted:

Serangan di Hat Yai angkara gerila pemisah

Serangan di Hat Yai angkara gerila pemisah


BEBERAPA anggota keselamatan memeriksa lokasi bom kereta di Hat Yai, Selatan Thailand kelmarin.


HAT YAI - Pihak polis di selatan Thailand hari ini mengesahkan dua serangan bom di bandar Hat Yai petang kelmarin dilakukan empat anggota kumpulan pemisah.

Ketua Polis Wilayah Songkhla, Mejar Jeneral Akapop Prasitwattanachai berkata, ia berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan pergerakan suspek.

Katanya kumpulan berkenaan juga ada kaitan dengan kejadian letupan bom di Dannok Sadao pada hujung tahun lepas dan menjadi rangkaian yang bergerak di tiga wilayah di selatan.

"Rakaman itu menunjukkan suspek satu serangan itu membawa kereta yang telah dipasang bom ke tempat letak kereta di Balai Polis Hat Yai pada pukul 1.04 tengah hari dan suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal rakannya yang sedang menunggu di luar.

"Lebih kurang 50 minit kemudian, bom itu meletup," katanya ketika menjelaskan insiden berkenaan hari ini sebelum mempengerusikan mesyuarat bersama anggota keselamatan bagi membincangkan perkara itu.

Akapop berkata, satu lagi serangan berlaku di hadapan sebuah kedai runcit menggunakan motosikal yang dipasang bom.

Katanya, kereta dan motosikal itu merupakan kenderaan curi.

"Kereta itu adalah kereta yang dicuri selepas pemiliknya dibunuh di kawasan daerah Saiburi, Pattani pada 9 April lepas manakala motosikal itu dicuri di daerah Maelan, Pattani," katanya.

Wang hadiah 100,000 baht (RM10,028.15) ditawarkan kepada sesiapa yang boleh membantu polis mengesan kesemua suspek.

Dalam pada itu, antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan mengenai perisikan dan siasatan serta tindakan kawalan keselamatan khasnya di zon ekonomi dan pelancongan.

Akapop berkata pihak polis, tentera dan sukarelawan bekerjasama meningkatkan kawalan keselamatan di bandar utama seperti di Muang Songkhla, Hat Yai dan Sadao bagi memastikan keselamatan rakyat dan pelancong terjamin.

- Bernama

'Puting beliung' api di Chilicothe

Posted:

'Puting beliung' api di Chilicothe

'Puting beliung' api di Chilicothe


GAMBAR puting beliung api berjaya dirakamkan Copelin di Chilicothe, Missouri pada Sabtu lalu.


CHILICOTHE, Missouri - Satu kejadian yang kadangkala dikenali sebagai 'api syaitan', lapor portal berita KMBC.com kelmarin.

Gambar 'api syaitan' itu merupakan puting beliung api berlaku apabila seorang petani membakar kawasan tanamannya pada Sabtu lalu.

Seorang pemandu, Janae Copelin sempat merakamkan gambar tersebut dan menyiarkannya di laman bergambar Instagram.

Ketika kejadian, Copelin memandu sebuah kereta di sebuah lebuh raya.

Puting beliung itu berlaku apabila terdapat angin kencang. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Makan 12 biji kapsul sehari

Posted:

Makan 12 biji kapsul sehari

Makan 12 biji kapsul sehari

MELANGKAH masuk ke studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini, Adeline Tsen, pelakon Cina berwajah eksotik dan bertubuh langsing.

Bezanya, bekas atlet hoki dan bola jaring itu dulu dan kini jelas pada bentuk tubuh badannya yang sangat ramping.

Empat tahun lalu menerusi drama bersiri Hotel Mania, tubuh badan Adeline nampak berisi.

Namun, menerusi penampilannya dalam drama popular Bukan Kerana Aku Tak Cinta, tubuhnya tampil kurus dan seksi dari pandangan mata.

Bukan menjalani sebarang pembedahan atau rejim senaman ketat, rahsia kurus Adeline itu adalah berpunca daripada makanan kesihatan berasaskan buah beri.

Mengakui gembira dan teruja dengan tubuh badan sebegitu, kongsi Adeline, rakannya memperkenalkannya dengan sejenis tablet kesihatan berasaskan buah beri.

"Dulu saya selalu ke gimnasium tetapi selepas bersenam, badan jadi penat dan perut rasa lapar. Maka, saya makan dengan banyaknya. Jadi, berat badan saya tidak berkurangan walaupun ke gimnasium.

"Sebelum ini juga, saya mengalami masalah gastrik yang agak teruk. Mujur rakan memperkenalkan saya dengan satu tablet kesihatan yang berasaskan buah beri.

"Selepas mengamalkannya selama tiga bulan, berat badan saya turun sehingga 13 kilogram. Malah, masalah gastrik saya juga berkurangan," ungkapnya mengenai berat badannya yang mencecah 65 kilogram sebelum mengamalkan tablet tersebut.

Tidak terburu-buru mengambil tablet kesihatan itu, Adeline terlebih dahulu meminta pandangan doktor dan dia mendapat pelepasan untuk mengambil tablet itu sebanyak 12 biji setiap hari.

Tiada masalah menelan tablet sebanyak 12 biji sehari, lantun Adeline, rasa tablet itu manis dan ia dimakan dengan cara mengemam atau mengulum seperti gula-gula.

Mengulas lebih lanjut, kata Adeline, buah beri juga mempunyai banyak khasiat. Selain dapat membuang toksin dalam badan ia juga mengandungi kandungan gula yang rendah dan mampu mencegah penggunanya daripada penyakit kencing manis.

PELAKON jelita ini begitu berhati-hati dalam menjaga kesihatan tubuhnya.


Seksi

Impak daripada tubuh badan yang langsing, ada yang beranggapan Adeline kini semakin berani menggayakan pakaian seksi sehingga menampakkan susuk badannya.

Tidak menolak, Adeline mengakui suka mengenakan pakaian mengikut badan dan selesa menggayakan pakaian seperti itu.

Bagaimanapun, pakaian yang digayakan masih tidak terlalu menjolok mata.

"Namun, jika saya berpakaian biasapun orang tetap cakap saya seksi. Mungkin cara saya menggayakannya.

"Dulu, semasa saya masih menjadi model, ada jurugambar yang memberitahu, saya kelihatan seksi daripada raut wajah yang dimiliki. Mereka kata wajah saya eksotik dan menggoda," jelasnya sambil menguntum senyuman.

Bakal menerima ijazah perakaunan di majlis konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 11 Mei ini, Adeline juga berhasrat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang lakonan pula di Akademi New York pada bulan Julai nanti.

Sedar namanya kini semakin dikenali menerusi watak Irene dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta, pelakon berketurunan Cina Kadazan itu mahu mengasah lagi bakat lakonannya untuk mengukuhkan namanya sebagai pelakon berbakat.

Bagaimanapun, sebelum ke sana ada beberapa buah drama dan filem akan diselesaikan Adeline terlebih dahulu.

"Ada yang cakap kenapa hendak sambung belajar ketika tawaran datang tak putus-putus tetapi saya mahu pertingkatkan lagi mutu lakonan saya. Namun begitu, sebelum ke New York, saya akan selesaikan beberapa penggambaran drama dan filem.

"Hujung bulan Mei ini saya akan ke Istanbul, Turki selama dua minggu untuk menjalani penggambaran drama slot Akasia, TV3 yang berjudul Rindu Awak 200 Peratus di samping Zul Ariffin dan Aida Jebat. Drama itu akan disiarkan pada bulan Ramadan tahun ini," ceritanya.

ADELINE kini popular dengan drama bersiri, Kerana Aku Tak Cinta.


Dipukul Nabila Huda

Menyambung bicara, Adeline juga teruja kerana berpeluang berlakon di samping pelakon idamannya iaitu Nabila Huda dalam filem terbitan Pencil Pictures Sdn. Bhd.

Mengakui seorang yang penakut untuk menonton cerita-cerita seram, namun Adeline terpaksa menonton cerita genre tersebut sebagai rujukan untuk watak terbaharunya dalam filem itu.

"Dalam filem itu Nabila bawa watak perempuan psiko yang membunuh ramai orang termasuk kawan baiknya sendiri iaitu saya. Sebelum saya dibunuh, Nabila memukul saya sehingga lebam dan parah," kongsinya mengenai filem berjudul Gamatisme itu.

Tidak kisah dipukul oleh Nabila, Adeline mengakui momentum lakonan anak kepada legenda rock Amy Search itu kuat dan mampu diserap olehnya ketika berlakon.

"Selalunya jika kita berlakon di samping pelakon yang bagus, kita dapat serap energi lakonannya dan turut dapat beri lakonan yang bagus," katanya lagi.

Sering membawa watak antagonis dalam dramanya sebelum ini, Adeline mengakui takut dibenci orang. Malah, akuinya lagi, dia pernah dipanggil kucing siam kerana watak antagonis yang dibawanya menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

"Pada mulanya saya agak risau dengan maklum balas orang ramai melalui watak Irene yang saya bawa dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

"Ramai yang memanggil saya kucing siam kerana lakonan jahat dan menggoda dalam drama itu. Namun, akhirnya saya rasa berbaloi membawa watak Irene kerana watak itulah membuatkan nama saya naik dan dikenali ramai," jelasnya.

Zain Saidin enggan padam gambar

Posted:

Zain Saidin enggan padam gambar

Zain Saidin enggan padam gambar

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

ZAIN mendedahkan yang Che Ta berharap agar bayi dalam kandungannya itu adalah perempuan.


TIGA hari lalu, pelakon Zain Saidin dan isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta telah berkongsi gambar romantis mereka di laman sosial Instagram masing-masing iaitu @rozitachewan1 dan @therealzainsaidin.

Bagaimanapun, ada segelintir pengikut Che Ta dan Zain di laman Instagram yang kurang senang melihat gambar tersebut kerana ia memaparkan pasangan popular itu terbaring romantis di atas katil yang dipenuhi kelopak bunga ros ketika bercuti di Koh Samui, Thailand.

Antara kritikan yang ditulis, gambar mesra suami isteri tidak wajar dikongsikan kepada umum.

Pada masa yang sama, ada juga segelintir pengikut yang menyukai gambar tersebut dan mengatakan tiada masalah untuk pasangan itu memuat naik gambar romantis kerana mereka 'halal' untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Kosmo! terpanggil untuk mendapatkan reaksi Zain berhubung perkara tersebut kerana gambar di Instagram Che Ta itu mendapat komen sehingga 358 orang setakat petang semalam.

Zain yang ditemui pada majlis pelancaran rancangan Oh My English! musim ketiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Serdang, Selangor, menjawab mengenai kontroversi gambar tersebut.

Kosmo!: Ramai yang kurang senang apabila kalian memuat naik gambar romantis di atas katil di laman sosial Instagram. Komen?

ZAIN: Sejak dulu lagi, apa sahaja gambar yang Che Ta kongsikan di laman Instagramnya pasti mencetuskan kontroversi, sedangkan kami sekadar teruja ingin berkongsi gambar percutian kami.

Bagaimanakah penerimaan anda dan juga Che Ta berhubung komen negatif yang dilemparkan? Adakah Che Ta terganggu dengan komen-komen tersebut?

Tidak, dia seperti biasa. Kami juga tidak berbincang langsung mengenainya.

Adakah kalian akan memadamkan gambar romantis di atas katil itu?

Selagi ia tidak mengganggu dan mendatangkan mudarat, gambar tersebut tidak akan dipadamkan.

Mungkin selepas ini anda akan lebih berhati-hati memuat naik gambar seperti itu?

Saya tetap akan memuat naik gambar romantis bersamanya, asalkan gambar tersebut tidak menunjukkan bahagian yang melampau.

Boleh kongsikan mengenai percutian di Koh Samui?

Memandangkan Che Ta mengandung tiga bulan, percutian kami tidak melibatkan aktiviti lasak. Kami buat aktiviti yang dia larat sahaja.

Bagaimanakah keadaan Che Ta sekarang?

Ketika ini dia cepat penat. Ya lah, setelah 16 tahun dia kembali mengandung, mungkin disebabkan itu dia berasa cepat penat. Mood dia juga tidak menentu.

Adakah anda tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan Che Ta?

Memang saya berdebar untuk tahu jantina bayi kami. Sebabnya, Che Ta sangat berharap dapat anak perempuan. Saya tidak mahu dia kecewa seandainya bayi yang dikandungnya itu lelaki.

Sudah buat sebarang persiapan untuk kehadiran bayi?

Selagi belum tahu jantina, kami tidak mahu membuat sebarang persiapan. Bagaimanapun, ketika berkahwin pada 11 Disember tahun lalu, kami ada menerima hadiah katil bayi. Kemungkinan kami akan beli sebahagian barang-barang bayi nanti di luar negara.

Bagaimanakah perasaan anda apabila dapat kembali menjadi Mr. Henry Middleton dalam Oh My English! musim ketiga?

Saya gembira kerana sekali lagi beraksi dalam Oh My English! musim ketiga. Walaupun banyak tawaran lain yang datang tetapi tahun ini fokus hanya pada Oh My English! kerana penggambaran masih berlangsung dan terpaksa mengekalkan warna rambut perang.

Jika mereka sanggup terima warna rambut perang ini, saya terima tawaran untuk berlakon sebarang drama mahupun telefilem yang lain. Sebabnya, saya malas hendak menukar berkali-kali warna rambut saya.

Intipati Malaysia ke Hollywood

Posted:

Intipati Malaysia ke Hollywood

Intipati Malaysia ke Hollywood

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


BARISAN peserta yang bakal membawa nama negara untuk bersaing di gelanggang WCOPA ke-7 yang bakal berlansung dari 11 hingga 20 Julai depan di Hollywood, California, Amerika Syarikat.


WORLDSTARS, Road To Hollywood telah memasuki tahun ketujuh penyertaan Malaysia untuk bertanding pada World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood, Cali- fornia, Amerika Syarikat.

Jika tahun terdahulu, Malaysia berjaya menggondol 127 pingat emas, 94 perak dan 38 gangsa sepanjang tujuh tahun menyertai acara itu, tahun ini pula pasukan negara mempertaruhkan bakat baharu yang dicungkil sepanjang tempoh dua bulan.

Empat wakil pasukan Malaysia yang telah terpilih daripada setiap kategori untuk ke Hollywood pada tahun ini adalah Nurul Aina Abdul Ghani, Muhammad Alif Kadim bagi kategori vokal, Cak Lempong Fusion (instrumental) dan Zeppo (tarian).

Mereka akan membawa nama negara untuk berentap dengan lebih 50 pasukan dari seluruh dunia di Hollywood pada 11 hingga 20 Julai depan.

Lebih 150 penggiat seni dari Hollywood, Nashville dan New York akan hadir untuk mengadili dan memberi seminar kepada 5,000 wakil peserta antarabangsa yang bakal terbabit sepanjang tempoh itu.

Selain mengharumkan nama negara melalui pingat yang diraih menerusi WCOPA, peserta terbabit juga memburu peluang untuk memenangi tawaran biasiswa bernilai RM500,000 bagi melanjutkan pela- jaran dalam bidang seni persemba- han di luar negara.

Menerusi saringan peringkat akhir, Nurul Aina dan Muhammad Alif berjaya menumpaskan 13 orang peserta solo dan tiga pasukan berkumpulan dalam kategori vokal termasuk juara One In A Million musim kedua, Ayu Damit.

Menjelaskan faktor kemenangan yang tidak terjangka itu, kata Nurul Aina, pemilihannya untuk ke Holly- wood selepas saringan peringkat akhir itu satu magis baginya.

"Daripada langkah pertama sampai sekarang saya tidak pernah menjangkakan untuk berada di sini, malah untuk layak bertanding ke Hollywood sebenarnya satu mimpi memandangkan saya antara peserta yang paling kurang pengalaman.

AYU DAMIT telah mencuba sebaik mungkin, namun rezeki tidak berpihak kepadanya.


"Syukur Alhamdulillah, persembahan saya pada peringkat akhir ini berjaya menambat hati juri untuk memilih saya. Insya-Allah, saya akan mengharumkan nama Malaysia di mana dunia," ujarnya yang ditemui usai saringan peringkat akhir Worldstars, Road To Hollywood di Unitar, Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Nurul Aina mempersembahkan dua buah lagu iaitu Listen (Beyonce) pada pusingan pertama dan Gemilang (Jaclyn Victor) untuk pusingan kedua pada peringkat tersebut.

Sementara itu, kumpulan dari Negeri Sembilan, Cak Lempong Fusion berjaya mencuri tumpuan menerusi persembahan penuh bertenaga dalam kedua-dua pusingan pertama dan kedua pada saringan akhir itu.

Cak Lempong Fusion yang lincah bermain instrumen cak lempong dan gendang itu mempersembahkan medley kontemporari Bumble- bee dan Welcome To Bali serta medley tradisional, Dua, Endang Pak Wan dan Piring Lambung, sekali gus menewaskan lima peserta lain dalam kategori sama.

Aksi luar biasa campuran gerak tari tradisional dan moden meletakkan kumpulan Zeppo yang terdiri daripada anak muda berusia antara 11 hingga 15 tahun sebagai juara kategori tarian dan mengalahkan lima peserta lain.

Bagaimanapun, dua peserta akhir tersenarai sebagai peserta simpanan untuk ke Hollywood dalam kategori vokal dan tarian, masing-masing kumpulan vokal Momento yang terdiri daripada empat lelaki dan penari solo, Fahezul Azri.

Pusingan akhir itu diadili oleh lima orang juri terdiri daripada Deja Moss, Dayang Mariana Abang Bolhasan, Wilson Tan, Yazid Zaka- ria dan Rosnan Nordin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli menjelaskan, penyertaan dalam kategori peragaan pada tahun ini direhatkan seketika memandangkan kurang penyertaan daripada peserta yang benar-benar berbakat.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved