Sabtu, 3 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Rahsia pulau berbentuk nangka

Posted:

Rahsia pulau berbentuk nangka

Rahsia pulau berbentuk nangka

RIMBUNAN pohon yang tumbuh menghijau kelihatan melambai-lambai tatkala desiran angin pantai menghembus perlahan ke arah Pulau Nangka di perairan Selat Melaka.

Pulau berbatu yang terletak kira-kira 4 kilometer dari Pulau Besar, Melaka itu dikenali dalam kalangan orang awam disebabkan keindahan semula jadi yang dimilikinya. Selain air laut yang jernih, pasir-pasir halus berwarna putih turut menyelimuti seluruh pesisiran pantainya.

Namun begitu, sejak beberapa bulan lalu, pulau yang tidak berpenghuni itu mula menjadi tumpuan berikutan dakwaan ia menyimpan harta karun bernilai berbilion ringgit, milik sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud Shah.

Dokumentasi

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Universiti Malaysia Perlis, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, dokumentasi yang terdapat dalam sejarah Malaysia menunjukkan Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri selepas dikejar oleh Portugis.

"Saya rasa ada benarnya dakwaan sesetengah pihak bahawa wujud harta karun di pulau tersebut memandangkan pada waktu itu, Sultan Mahmud melarikan diri ke beberapa kawasan seperti Bertam, Batu Hampar dan Pagoh.

"Dalam usaha untuk menyelamatkan hartanya daripada dirampas oleh pihak Portugis, tidak mustahil Sultan Mahmud ada menyimpan sebahagian daripada harta-hartanya di beberapa tempat dan salah satu daripada longgokan harta tersebut berkemungkinan ada di pulau tersebut," ujarnya kepada Jurnal.


GAMBAR sebahagian pekerja yang menjalankan operasi memburu harta karun yang dirakam baru-baru ini.


Namun begitu, ujar Ramlah, peristiwa yang berlaku pada tahun 1511 itu telah berlalu kira-kira 800 tahun. Jika benar harta karun wujud di pulau tersebut, usaha untuk mencari galinya mungkin mengambil masa yang agak lama kerana ia telah tertimbun jauh ke dasar pulau.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Negeri Melaka, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kewujudan harta karun tersebut tidak dapat disangkal lagi selepas pihaknya melihat beberapa keping foto daripada pihak tertentu yang pernah memasuki gua yang ada di pulau tersebut.

"Setelah meneliti rakaman foto individu yang pernah masuk ke kawasan tersebut, dan mengkaji sejarah Kesultanan Melayu Melaka, saya percaya harta karun itu benar-benar wujud.

"Tetapi, harta tersebut amat sukar untuk diperoleh walaupun pelbagai usaha mencari dijalankan sejak 30 tahun lalu," katanya.

Ujarnya, hal tersebut berkemungkinan disebabkan kekangan perkakasan yang digunakan memandangkan operasi pencarian di kawasan berbatu itu memerlukan peralatan moden yang berteknologi tinggi.

Operasi mencari harta karun Sultan Mahmud diperluaskan sejak empat bulan lalu dengan pelantikan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd., yang dipertanggungjawabkan untuk mencari gali harta tersebut.

Menurut Pengarah Urusannya, Mohammad Foad Khushairy Mohd. Said, pihaknya mula menjejakkan kaki ke pulau tersebut pada bulan Julai 2012 setelah diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan untuk menjalankan misi tersebut.

"Pada waktu itu, kami hanya menjalankan penyelidikan mengenai harta karun seperti yang digembar-gemburkan umum.

"Namun, selepas menemui beberapa petanda yang menunjukkan kewujudan harta karun di pulau itu seperti ukiran batu berbentuk bulan sabit, kami yakin dakwaan tersebut benar," ujarnya.


BATU di permukaan pulau diimbas menggunakan mesin pengimbas sebelum ditebuk dengan mesin penggerudi.


Pulau batu

Bukan itu sahaja, tambah Foad, di permukaan batu tersebut, turut tertera perkataan seperti nama manusia, iaitu Muhammad bin Abdullah dan Almahdi selain penemuan lakaran orang Islam menunaikan solat dan batu berbentuk buah nangka.

Penelitian awal mendapati, kesemua batu tersebut diperbuat daripada batu kuarza sebelum dicantum pada batu laut.

Jelasnya, keseluruhan operasi yang dijalankan sejak awal tahun lalu itu menelan belanja kira-kira RM1 juta yang meliputi penyediaan peralatan, tenaga kerja dan logistik.

"Dalam usaha mengesan harta karun tersebut, kami menggunakan alat pengimbas bumi berteknologi tinggi. Hasil imbasan tersebut, kami yakin wujud harta karun dan artifak di pulau ini.

"Jadi, untuk mendapatkan barangan tersebut, kami terpaksa membuat pintu baharu bagi menembusi ruang bawah kawasan ini dan membolehkan kami masuk ke dalam bilik-bilik yang terdapat di sini," ujarnya.

Tambah Foad, hasil daripada imbasan awal yang dijalankan, pulau tersebut didapati mempunyai 20 buah bilik. Kesemua bilik tersebut dipercayai dibina pada zaman kemuncak Kesultanan Melayu Melaka.

Disebabkan dinding batu jenis berlian kuari itu mempunyai ketebalan sehingga 5 meter, selain berketinggian 8 meter dari puncak bukit, syarikat tersebut terpaksa mengambil masa selama hampir dua tahun bagi menjalankan kerja-kerja penebukan lubang.

Sebelum ditebuk, kesemua dinding diimbas menggunakan mesin pengimbas khas bagi mengenal pasti lorong-lorong yang boleh ditembus masuk.

"Pada mulanya kami hanya menggunakan seramai 23 tenaga kerja yang pakar dalam melakukan kerja-kerja menebuk bongkah konkrit.

"Namun, disebabkan struktur batu yang dibina terlalu kukuh dan padat, kami mengalami kesukaran untuk menebuk dinding tersebut sehingga terpaksa menambah bilangan tenaga kerja seramai 17 orang lagi pada Isnin lalu," ujarnya.


LUBANG gua yang menjadi laluan utama ke ruang yang menempatkan harta karun.


Artifak

Usaha keras yang dilakukan selama hampir empat bulan itu membuahkan hasil sekali gus membuktikan kewujudan harta karun di pulau tersebut apabila dua keping syiling berjaya ditemui pada malam Khamis lalu.

Kedua-dua artifak itu ditemui dengan diameter 6 sentimeter berbentuk bulat dan berwarna kuning.

"Salah satu daripada artifak tersebut dipercayai daripada zaman kerajaan Majapahit berdasarkan lima barisan huruf yang tertera di permukaannya manakala artifak kedua bertulis kalimah Allah dalam tulisan jawi.

"Artifak tersebut ditemui dalam keadaan berpasir di dalam tiub penggerudi ketika salah seorang pekerja kami menggerudi dinding batu," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, syiling tersebut akan dihantar ke makmal dan Jabatan Wasiran Negara bagi memastikan keasliannya.

"Prosedur tersebut dilaksanakan bagi memastikan sama ada medal tersebut diperbuat daripada emas atau tembaga selain mengetahui usianya.

"Selain itu, ujian itu perlu bagi memastikan artifak tersebut memang benar berasal dari zaman Kesultanan Melayu Melaka," katanya.

Tambah Idris, jika kesemua harta di Pulau Nangka berjaya ditemui dan dibawa keluar, ia akan diserahkan mengikut Akta Warisan Negara.

Namun jika harta tersebut ditemui, tetapi gagal dibawa keluar, pihaknya akan menjadikan pulau tersebut sebagai produk pelancongan baharu negeri Melaka.

Audri gemar melancong

Posted:

Audri gemar melancong

Audri gemar melancong

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR


WANITA ini lebih gemar membelanjakan wang untuk melancong berbanding membeli-belah.


TUBUH kecil dan langsing seakan-akan menyembunyikan umur sebenar wanita kelahiran Johor Bahru yang juga tulang belakang kepada produk kosmetik berasaskan mineral asli 100 peratus, Ronasutra.

Pengarah Produk dan Pembangunan Jenama syarikat itu, Audri Zin, 38, mempunyai cara tersendiri untuk mengelakkan diri daripada dimamah usia.

"Rajin bersenam dan mengambil makanan tambahan merupakan rahsia saya kelihatan seperti awet muda.

"Kalau diikutkan, saya suka makan. Boleh dikatakan kesemua jenis masakan akan saya cuba. Untuk itu saya perlu rajin bersenam bagi membakar kalori yang berlebihan.

"Saya juga tidak pernah lupa untuk mengambil makanan tambahan supaya tubuh mendapat kesemua nutrisi yang diperlukan," ujarnya yang ditemani suami, Firdaus Mohamed, 38.

Bercerita mengenai hobi, ibu kepada dua orang anak ini memberitahu, dia gemar melancong dan menonton wayang bersama keluarga."Melancong banyak memberikan pengalaman baharu khususnya selepas melihat budaya dan cara hidup masyarakat di sesebuah tempat.

"Setakat ini, hampir kesemua negara Eropah sudah saya jejaki. Kini, saya bercita-cita untuk melawat negara-negara di benua Afrika pula," jelasnya yang menyifatkan dirinya sebagai workaholic atau seorang yang gila bekerja.

Jika kebanyakan wanita suka menghabiskan lebihan perbelanjaan dengan membeli-belah tetapi tidak bagi Audri.

"Saya lebih gemar membelanjakan wang tersebut dengan pergi melancong.

MELANCONG memberikan pengalaman baharu buat Audri dan suami tentang budaya sesebuah tempat.


"Saya berpendapat melancong untuk melihat tempat orang lebih penting daripada membeli-belah.

"Secara purata, setiap tiga bulan sekali saya akan melancong ke luar negara. Rakan-rakan juga sudah faham akan hobi mengembara saya," kata lulusan undang-undang daripada Universiti Manchester, United Kingdom (UK) ini.

Beritahu Audri, dia bercita-cita untuk memenuhi masa terluang dengan melancong apabila perniagaannya berada pada tahap yang memuaskan kelak.

Gila bekerja

"Saya seorang yang gila bekerja. Malah, saya sanggup bekerja selama 24 jam sehari kalau ada produk baharu yang hendak dihasilkan.

"Ini kerana saya terlibat dalam projek penyelidikan dan pembangunan produk selain mahu menjaga kualiti produk berkenaan," jelasnya.

Ujar Audri, dia dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan bahasa Inggeris.

"Ayah dahulu seorang pengetua sekolah dan sangat tegas mendidik kami dengan menggalakkan kami membaca dan bercakap dalam bahasa Inggeris di rumah.

"Malah, kami akan didenda dan tidak mendapat duit poket sekiranya kami tidak bertutur dalam bahasa antarabangsa itu," tambahnya sambil memberitahu, ibunya juga pernah dimarahi ayahnya sekiranya tidak bercakap dalam bahasa itu dengan anak-anak.

Beritahu Audri, ketegasan ayahnya yang mementingkan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris sememangnya banyak kebaikannya.

"Sebenarnya apabila kita fasih berbahasa Inggeris, ia sangat membantu dalam bidang pekerjaan.

"Kita juga akan berasa lebih yakin untuk bercakap dan berurusan dengan orang lain," katanya yang turut menjadikan bahasa itu sebagai medium komunikasi bersama suami dan anak-anaknya di rumah.


PRODUK kosmetik Ronasutra menggunakan 100 peratus mineral asli dan diformulakan untuk merawat semua jenis kulit wajah bermasalah.


Bercerita mengenai perniagaannya, Audri berkata, idea untuk menghasilkan bedak muka mineral dan bebas bahan kimia jenama Ronasutra itu timbul selepas melihat kulit wajah adiknya yang sedang belajar di UK pulih daripada masalah jerawat hasil pemakaian produk kosmetik mineral.

"Melihatkan kulit wajahnya yang berubah menjadi cantik itu saya mendapat ilham untuk memasarkan produk kosmetik mineral ini.

"Saya mencipta formula sendiri untuk Ronasutra iaitu dengan mengadunnya dengan lebih banyak bahan mineral bagi merawat kulit wajah bermasalah," ujarnya.

Katanya, sejak tahun 2007 hingga 2010, dia mencari, mencuba dan memperbaik formula bedak muka Ronasutra untuk mendapatkan hasil terbaik, termasuk mengujinya pada wajahnya sendiri.

Produk keluaran tempatan yang dijual pada harga bermula dari RM38 hingga RM58 itu mengambil kira keperluan pengguna beragama Islam apabila ia dijamin halal.

"Sejak zaman universiti lagi, saya sangat meminati barangan kosmetik terutama bedak muka dan bedak asas hinggakan banyak duit poket saya habis digunakan untuk membeli bermacam-macam jenama bedak muka.

"Saya juga pernah mendapat latihan profesional dalam bidang formulasi kosmetik di beberapa negara seperti India, Belanda, Itali dan Jepun," jelasnya yang merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa pada masa depan.

Pertanian bidang beri pulangan lumayan

Posted:

Pertanian bidang beri pulangan lumayan

Pertanian bidang beri pulangan lumayan

Oleh HAFIZ ABBAS


MUHYIDDIN (dua dari kanan) melawat gerai pameran pada program Pemerkasaan Ekonomi Melayu dan Bumiputera Menerusi Keusahawanan di Pusat Bimbingan Usahawan Pagoh, Pagoh, Johor semalam. Turut kelihatan Ismail Sabri (tiga dari kiri).


RAKYAT di negara ini perlu melihat bidang pertanian bukan sebagai sektor tradisi sahaja, sebaliknya dalam skop yang lebih besar.

Pertanian merupakan satu bidang perniagaan yang amat luas dan mampu memberi pulangan lumayan jika dilakukan dengan penuh komited serta bersungguh-sungguh.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika diperhatikan kini, hasil pertanian yang dikeluarkan di dalam negara bukan sahaja boleh dipasarkan secara domestik, malah sehingga ke pasaran antarabangsa.

Menurutnya, kerajaan telah berusaha sedaya upaya dalam membantu rakyat menceburi bidang pertanian dengan mengambil pelbagai langkah signifikan.

"Antara langkah yang diambil ialah memudahkan pinjaman dibuat oleh usahawan tani menerusi beberapa institusi kewangan dan pembangunan usahawan.

"Salah satu institusi yang dilihat efektif ialah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang mana peminjam boleh membuat pinjaman maksimum RM100,000 tanpa cagaran dan penjamin untuk mengembangkan lagi perniagaan termasuk pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Pemerkasaan Ekonomi Melayu dan Bumiputera menerusi Keusahawanan di pekarangan Pusat Bimbingan Usahawan Pagoh di Pagoh, Johor semalam.

Pada program tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh hadir bagi merasmikannya.

Ismail Sabri memberitahu, sejak tahun 1998, TEKUN telah memberi pinjaman kepada 287,375 peniaga dengan jumlah wang mencecah RM3 bilion dan ia menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk merealisasikan hasrat melahirkan ramai usahawan termasuk dalam sektor pertanian.

Katanya, kerajaan turut mengambil langkah proaktif dengan menyediakan tapak perniagaan agrobazar di luar negara bagi memastikan hasil pertanian Malaysia dapat dipasarkan dengan lebih meluas.

"Sebelum ini, hasil pertanian kita hanya berada di pasar raya besar orang lain, namun sekarang, kita akan memiliki outlet sendiri di luar negara iaitu agrobazar yang pertama kita bakal dibuka di Singapura pada awal Jun ini.

"Outlet kedua pula dijangka dibuka di Acheh dalam bulan Jun sebelum mengembangkan sayap ke Guang Zhou, China dan Hong Kong," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meminta usahawan tani menjadi lebih kreatif dalam memasarkan produk mereka bagi mengurangkan persaingan sesama sendiri.

"Kita perlu menghasilkan sesuatu produk yang lebih kreatif dan cuba mengelak daripada menghasilkan produk yang sama. Sebagai contoh, kita hanya membuat cili sos dan tidak buat produk lain.

"Akhirnya, kita terpaksa bersaing sesama sendiri dan situasi ini amat merugikan kita," katanya.

Dari segi pengeluaran pula, beliau meminta usahawan tani berupaya untuk memenuhi permintaan dengan menghasilkan produk berkualiti serta bermutu selain cara pembungkusan yang menarik.

Sementara itu, Muhyiddin pula berkata, usaha untuk melahirkan usahawan bumiputera termasuk dalam bidang pertanian amat dititikberatkan oleh kerajaan bagi mencapai sasaran 30 peratus golongan itu menjelang tahun 2020.

"Sehingga kini, difahamkan kita sudah mencapai sasaran hampir 24 peratus.

"Dalam tempoh enam tahun akan datang, kita percaya ia boleh dicapai dengan menyediakan latihan yang tepat kepada golongan ini," ujar beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


BuraqLube tawarkan teknologi nano lindungi enjin

Posted:

BuraqLube tawarkan teknologi nano lindungi enjin

BuraqLube tawarkan teknologi nano lindungi enjin

Oleh SHAWKATH AZDE dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


MOHD. FADHIL menjelaskan kelebihan teknologi nano dalam minyak enjin BuraqLube Premier Semi Synthetic di ibu negara baru-baru ini.


SEJURUS sahaja anda menghidupkan enjin kenderaan, sebahagian besar komponen dalam unit rangkaian kuasa akan bergesel antara satu sama lain. Geseran yang berlaku ekoran pergerakan hampir setiap komponen itu mengakibatkan kehausan dan kerosakan pada enjin kenderaan.

Kesen geseran akan mengundang beberapa masalah lain termasuk kehilangan kuasa sebenar sesebuah kenderaan dan berlakunya pembaziran penggunaan minyak petrol. Dua senario itu bakal membebankan pemilik kenderaan dengan tambahan kos perbelanjaan khususnya untuk ke bengkel bagi menggantikan komponen rosak seperti omboh, aci engkol dan galas utama (main bearing).

Lazimnya, kesan geseran komponen enjin dikurangkan dengan adanya bendalir enjin. Terdapat pelbagai jenama minyak enjin sedia ada dalam pasaran domestik.


BURAQLUBE Supply menganjurkan bengkel pengenalan produk bersama pengedar tempatan dalam usaha membolehkan pengetahuan produk disalurkan dengan tepat kepada para pengguna.


Apa yang sering disalahertikan ialah minyak enjin jenama popular adalah terbaik untuk digunakan. Sebenarnya, semua minyak enjin adalah dirumus mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh badan antarabangsa bagi sesuatu minyak enjin iaitu American Petroleum Intitute (API). Perbezaan antara setiap produk itu bergantung pada umumnya kepada jenis minyak asas dan aditif yang digunakan dalam penghasilan sesuatu minyak pelincir.

Dua hari lalu, BuraqLube Supply Sdn. Bhd. (BuraqLube Supply) tampil mengejutkan pasaran Malaysia dengan pelancaran minyak enjin terbaharu yang dicipta melalui teknologi tinggi bagi memastikan pengguna menikmati perlindungan enjin terbaik bagi kenderaan masing-masing.

Dikenali sebagai BuraqLube Premier Semi Synthetic, minyak enjin keluaran anak syarikat IPTB Sdn. Bhd. itu dicipta berasaskan teknologi nano yang meletakkannya selangkah di hadapan beberapa produk bendalir enjin lain di Malaysia. BuraqLube Premier Semi Synthetic dengan teknologi nano memberi perlindungan yang lebih efisien apabila berlaku geseran jika dibandingkan dengan produk lain.

BuraqLube Premier Semi Synthetic dengan kadar kelikatan 10w-40 dan tahap prestasi terkini SN/CF itu memudahkan pengguna menghidupkan enjin kenderaan pada awal pagi hari atau ketika cuaca dingin. Bukan itu sahaja, bendalir BuraqLube Premier Semi Synthetic juga mampu menyaluti setiap ruangan enjin yang terpencil untuk melancarkan operasi keseluruhan unit enjin.

Pengurus Besar BuraqLube Supply, Mohd. Hamidi Abu Bakar berkata, kelebihan teknologi nano dalam BuraqLube Premier Semi Synthetic memberi manfaat penjimatan dengan meminimumkan kesan geseran komponen dalam enjin. Katanya, apabila geseran dikurangkan, ia juga akan mengurangkan kesan bunyi enjin yang adakalanya menjengkelkan pemilik kenderaan. Kedua-dua kelebihan itu akan membantu enjin beroperasi dengan lebih lancar dan efisien sekali gus menjimatkan penggunaan minyak petrol.


KEGAGALAN menggunakan produk minyak enjin berkualiti pastinya mendatangkan masalah pada enjin dalam jangka masa panjang.


"Manfaat lain yang dinikmati dengan penggunaan minyak enjin baharu ini ialah ia memanjangkan jangka hayat enjin dengan mengurangkan kadar kehausan komponen dan ini membantu mengurangkan kos perbelanjaan menyelenggara sesebuah kereta," katanya dalam satu temu bual khas di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas kelebihan BuraqLube Premier Semi Synthetic, Mohd. Hamidi berkata, apabila enjin petrol beroperasi dalam keadaan efisien, tindak balas seterusnya adalah ia membantu mengurangkan kadar pembebasan emisi yang memudaratkan hasil dari pembakaran, ke udara sekali gus membantu mengurangkan pencemaran udara.

Pengurus Kanan BuraqLube Supply, Mohd. Fadhil Kamaruddin pula berkata, BuraqLube Premier Semi Synthetic merupakan minyak enjin semi sintetik pertama keluaran syarikat itu selepas dua tahun pembabitan dalam penghasilan rangkaian bendalir di peringkat domestik.

Katanya, sebelum ini, BuraqLube Supply menawarkan rangkaian minyak enjin kereta jenis mineral dan produk bendalir motosikal dua lejang serta empat lejang bagi memenuhi keperluan penduduk luar bandar.

BuraqLube Premier Semi Synthetic dikelaskan sebagai minyak enjin berkualiti tinggi dan ia memenuhi standard piawaian API (American Petroleum Institute). Anda boleh memiliki bendalir pek empat liter itu pada harga jualan RM98 sebotol.

Bagi membolehkan orang ramai mendapatkan minyak pelincir BuraqLube Premier Semi Synthetic, BuraqLube Supply menggunakan sebanyak 200 buah stesen minyak BuraqOil sebagai platform pemasaran. Orang ramai juga boleh mendapatkan produk berkualiti itu daripada 500 buah bengkel yang terdapat di seluruh negara.

Anda juga boleh mendapatkan BuraqLube Premier Semi Synthetic melalui pembelian secara dalam talian dengan mengunjungi laman web www.buraqlube.com.my. Kaedah ini memudahkan orang ramai mendapatkan minyak enjin BuraqLube walaupun di mana mereka berada.

Almera pakej Nismo hanya pada rupa

Posted:

Almera pakej Nismo hanya pada rupa

Almera pakej Nismo hanya pada rupa

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


NISSAN Almera dengan pakej prestasi kelihatan lengkap.


PADA Pameran Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) November lalu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan Almera Nismo Performance Package.

Susulan itu, penulis baru-baru ini dipelawa pihak ETCM untuk membuat pandu uji model Nissan Almera dengan Nismo Performance Package.

Sekilas pandang, paras luaran Nissan Almera dengan pakej talaan Nismo ini nampak lebih garang berbanding Impul. Aerokit Nismo menggunakan kombinasi warna badan dan gelap di bahagian splitter di samping garisan merah.

Penggunaan sistem suspensi Nismo berjaya merendahkan kereta ini sebanyak 30 milimeter di samping kelihatan lebih tegap dan stabil.

Selain suspensi, sistem peredam Nismo juga menghasilkan bunyi yang sedikit garang namun ekzos yang sedikit bising itu ia tidak menjejaskan pemanduan.

Bagi penulis bunyi ekzos agak baik dan memberi sedikit mod memandu sebuah sedan yang sudah diubah suai. Bahagian kabin Almera ini tiada beza dengan Almera standard varian tertinggi kecuali ditambah dengan sistem audio dengan paparan LCD.

Bagi melakukan pandu uji kali ini, penulis memandu ke Alor Gajah, Melaka melalui lebuhraya Sungei Besi, Port Dickson dan melalui Kuala Linggi ke Alor Gajah.

Tidak ada beza kuasa yang dihasilkan malah ia masih sama seperti Almera versi standard iaitu 101PS tetapi tork lebih cepat dengan menggunakan sistem peredam Nismo.

Sistem peredam Nismo ini menyuntik sedikit keyakinan ketika memotong kenderaan. Pun begitu, RPM yang tinggi akhirnya menyebabkan penggunaan petrol meningkat.


PAPAN pemuka Almera varian tertinggi ini tidak menerima sentuhan aksesori Nismo.


Melalui jalan lama dari Port Dickson ke Kuala Linggi memberikan penulis merasai jalan berliku. Penggunaan suspensi Nismo ini memberikan pemanduan lebih stabil ketika melalui selekoh tajam.

Namun itu banyak disokong tayar Continental Max Contact MC5 bersaiz 295/50R dengan rim bersaiz 16 inci.

Namun ETCM menawarkan setiap barangan ini dijual secara 'ala-carte'. Ia bermaksud pemilik Nissan Almera boleh membeli aksesori ini secara pakej atau satu persatu mengikut kehendak pembeli.

Tawaran ETCM ini sedikit sebanyak memberikan satu kebaikan kepada pembeli yang minat untuk modifikasi tanpa perlu menjejaskan waranti yang diberikan oleh pengeluar kenderaan.

Menurut senarai harga yang dikeluarkan ETCM, harga aksesori boleh diperoleh dengan harga bermula RM1,600 hingga RM3,600.

Penulis berpendapat, melabur sebanyak RM13,000 semata-mata untuk aksesori tanpa ada penambahan kuasa yang signifikan merupakan satu pelaburan kurang bijak.

Isuzu perkenal ELF serba baharu

Posted:

Isuzu perkenal ELF serba baharu

Isuzu perkenal ELF serba baharu

ISUZU telah mengambil langkah ke hadapan dengan memperkenalkan trak komersil berikutan pengenalan keenam generasi N-Siri trak serba baharu yang dikenali sebagai ELF.


SEBAHAGIAN daripada lapan model Isuzu ELF yang dilancarkan.


PENGEDAR kenderaan komersial, Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. (Isuzu) baru-baru ini melancarkan trak baharu yang mencapai standard keselamatan Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE).

Dikenali sebagai Isuzu ELF, trak baharu itu menawarkan pelbagai ciri-ciri terbaik untuk pemilik dan pemandu terutamanya dari segi keselamatan.

Sejarah model ELF bermula dengan pembangunan projek trak itu dengan menggunakan kod 700P. Pelbagai ujian mengikut kesesuaian cuaca dan situasi yang mencabar telah dilakukan.

Di Jepun, Isuzu ELF sebelum ini pernah dinobatkan sebagai trak paling laris selama 12 tahun berturut-turut.

Majlis pelancaran Isuzu ELF diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Antara model yang memasuki pasaran komersial tempatan ialah NQR75ULL dengan varian NQR PRO, NQR75UKL (NQR PRO), NPR75UKH (NPR 150), NPR75UHH (NPR 150), NPR71UKH (NPR PRO) dan NPR71UHH (NPR PRO) yang menggunakan enam tayar.

Dua model lagi NLR85UEE dengan varian NLR 130 dan NLR55UEE (NPR PRO) menggunakan empat tayar.

Varian NQR PRO, NPR 150 dan NLR 130 menggunakan model enjin baharu. NQR PRO dan NPR 150 menggunakan model enjin 4HK1-TC manakala NLR 130 menggunakan model enjin 4JJ1-TC.

Tiga model yang diperkenalkan seperti NLR 4 roda yang datang dengan Kenderaan Berat Kasar (GVW) sebanyak 4.8 tan, NPR 6 roda yang mempunyai GVW 5 tan dan baru 6 roda model NQR yang datang dengan GVW sebanyak 8.5 tan.

Varian NQR PRO dan NPR 150 Isuzu ELF itu dilengkapi enjin dengan kapasiti 5,193cc, menjana kuasa maksimum 150PS dan 404Nm tork.

Isuzu mencipta ELF dengan tujuan untuk memberikan penjimatan bahan api yang optimum di samping itu kuasa dan tork yang dihasilkan untuk membantu pengendali trak ini mengerahkan kuasa dengan muatan yang dibawa.

Selain enjin berprestasi tinggi Isuzu ELF menggunakan transmisi enam kelajuan Isuzu (MYY6S).

Dalam usaha untuk memenuhi keperluan yang berbeza-beza pelanggan individu, terdapat tidak kurang daripada sembilan konfigurasi yang berlainan.

Walaupun produk Isuzu mendapat kepercayaan dari segi ketahanan, kebolehpercayaan dan kecekapan, generasi terbaru ini tetap ditambah baik demi kepuasan pelanggan.

Generasi keenam ELF menerima peningkatan yang ketara ke atas generasi sebelumnya di bahagian-bahagian yang sama bagi meningkatkan ciri-ciri seperti keselesaan dan ruang serta prestasi enjin dan keselamatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Kimitoshi Kurokawa, pihaknya percaya dengan ciri-ciri yang telah dipertingkatkan, kualiti yang sangat baik dan pelbagai muatan yang diperkenalkan dapat memberikan satu tambah nilai kepada pelanggan.

"Isuzu ELF serba baru akan terus menguasai carta jualan dan kekal sebagai trak ringan pilihan di negara ini.

"Dengan pengenalan Isuzu ELF baharu Isuzu Malaysia menjangkakan untuk terus menguasai 44 peratus daripada pasaran trak ringan tahun ini dengan jualan dijangka mencapai 6,500 unit untuk tahun ini," katanya.

Tambahnya, Isuzu masih menjual model sedia ada N-Siri tetapi model berkenaan akan digantikan secara beransur-ansur oleh barisan model ELF.

Harga yang ditawarkan bagi Isuzu ELF baharu ini bermula daripada RM96,035 hingga RM108,775.

Model terbaharu Isuzu itu boleh didapati di semua pengedar Isuzu di seluruh negara. Untuk mencari maklumat tambahan berkaitan trak Isuzu boleh melayari laman web www.isuzu.net.my.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Diberkas ketika sabung 66 ekor ayam

Posted:

Diberkas ketika sabung 66 ekor ayam

Diberkas ketika sabung 66 ekor ayam

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN kaki judi dibawa menaiki trak polis di Kampung Pasir, Rantau malam kelmarin.


SEREMBAN - Kegiatan judi sabung ayam semakin menular di negara ini dan terbaharu seramai 92 tahi judi diberkas ketika mereka sedang asyik menyabung 66 ekor unggas itu malam kelmarin.

Kesemua mereka ditahan ketika seronok menyabung ayam berkenaan di sebuah gelanggang berkeluasan 30 meter persegi.

Ia terletak di bekas tapak ladang ternakan ayam yang kini ditanam kelapa sawit di Kampung Pasir, Rantau di sini.

Ketika ditahan, mereka yang terdiri daripada 89 lelaki dan tiga wanita turut membawa sama isteri serta anak-anak masing dan sesetengah daripada mereka berniaga makanan di kawasan tersebut.

Selain empat penganjur warga tempatan dan dua kakitangan awam, turut ditahan ialah 11 warga asing dari Indonesia, Sri Lanka dan Thailand.

Semua mereka berusia antara 25 hingga 65 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan tersebut, wang tunai berjumlah RM6,535, 66 ekor ayam dan 15 taji turut dirampas.

Serbuan dilakukan sekitar pukul 11 malam oleh lapan pegawai dan 32 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan Ibu Pejabat Daerah Seremban.

Kosmo! Ahad difahamkan, gelanggang sabung ayam itu dibina beberapa bulan lalu dan jaraknya sekitar satu kilometer dari jalan utama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Budak maut digilis jengkaut bapa

Posted:

Budak maut digilis jengkaut bapa

Budak maut digilis jengkaut bapa


INILAH jengkaut yang meragut nyawa Muhammad Harris Salihin ketika dia mahu mengambil patung permainan (gambar kecil) di bawah jengkaut bapanya di Felcra Tratak Batu, Pasir Putih kelmarin.


PASIR PUTEH - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut apabila kepalanya digilis jengkaut yang dipandu bapanya ketika dia mahu mengambil patung permainan yang terpelanting di bawah tayar jentera berkenaan.

Kejadian malang itu menimpa Muhammad Harris Salihin Roemi ketika dia bermain dengan saudara sebayanya di halaman rumah baharu bapanya di Felcra Teratak Batu dekat sini pada pukul 4 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, kejadian malang itu berlaku ketika Roemi Mahat, 31, mengundurkan jengkaut yang dipinjam daripada majikannya untuk membersihkan halaman rumah.

Bagaimanapun, dia yang bekerja sebagai pemandu jengkaut tidak menyedari anaknya itu sedang mengambil patung permainan berkenaan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk bedah siasat.

"Berdasarkan maklumat awal yang kita dapat, kanak-kanak itu digilis jengkaut yang dikendalikan bapanya sendiri yang mengundurkan kenderaan selepas membuang pasir," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bekas kontraktor maut ditikam

Posted:

Bekas kontraktor maut ditikam

Bekas kontraktor maut ditikam

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
berita@kosmo.com.my

JEMPOL - Enam penyamun yang bersenjatakan parang bertindak kejam menikam mati seorang lelaki selepas memecah masuk rumah mangsa di Taman Sri Mahsan dekat sini semalam.

Mangsa, G. Ravindran (gambar), 57, yang merupakan bekas kontraktor disahkan mati ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah pada pukul 7 pagi kira-kira empat jam selepas kejadian pukul 3 pagi itu.

Adik ipar mangsa, V. Guna, 48, berkata, ketika kumpulan penjenayah tersebut masuk ke dalam rumah, Ravindran yang masih belum tidur berada di dalam sebuah bilik di belakang rumah berkenaan sambil menggunakan komputer miliknya.

"Apabila terdengar bunyi bising di dapur, dia (Ravindran) keluar dari bilik sebelum terserempak dengan penjenayah tersebut yang memakai topeng.

"Dia merayu kepada mereka supaya tidak mencederakan ahli keluarganya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Gagal sambar tiket final

Posted:

Gagal sambar tiket final

Gagal sambar tiket final

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my

BARISAN pemain Malaysia jelas kecewa apabila tewas kepada Kanada pada aksi separuh akhir Cabaran Juara-Juara 1 di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan semalam.


MALAYSIA gagal mencipta sejarah mara ke final buat pertama kali dalam Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 apabila tewas kepada Kanada 4-5 menerusi penentuan pukulan penalti pada saingan separuh akhir di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan semalam.

Sebelum berlanjutan hingga penentuan pukulan penalti, kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat 70 minit perlawanan sebenar.

Masih segar dengan kejayaan menewaskan New Zealand 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti Khamis lalu, anak-anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dilihat menampilkan persembahan bertenaga sebaik wisel permulaan dibunyikan.

Hasilnya, penyerang berbisa, Faizal Saari meledak gol pembukaan Malaysia seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti.

Kem Malaysia dan ribuan penyokong tempatan terus berpesta apabila Ismail Abu menambah gol kedua pada minit ke-15 hasil gol padang.

Bagaimanapun, Kanada berjaya merapatkan jurang apabila memperoleh gol pertama menerusi kapten, Sott Tupper menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-20.

Kanada memperoleh peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan menerusi dua pukulan sudut penalti, masing-masing pada minit ke-40 dan 43, namun gagal menghasilkan sebarang gol.

Begitupun, Tupper sekali lagi menjadi watak pemusnah apabila menjaringkan gol kedua Kanada menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

Malaysia cemas seketika apabila Kanada memperoleh dua pukulan sudut penalti pada minit-minit akhir perlawanan, namun gagal menyudahkannya dengan baik.

Pada penentuan pukulan penalti, Malaysia dilihat berpeluang mematikan langkah Kanada lebih awal apabila Faizal dan Faiz Helmi Jali masing-masing menyudahkan tugas mereka.

Bagaimanapun, tiga pukulan penalti terakhir yang diambil Mohd. Firhan Ashaari, Muhammad Shahril Saabah dan Fitri Saari gagal menemui sasaran, sekali gus menyaksikan kedudukan ketika itu terikat 2-2 selepas penjaga gol, S. Kumar turut menafikan percubaan tiga pemain Kanada.

Dalam penentuan pukulan penalti sudden death, Faizal dan Fitri berjaya menambah dua lagi gol buat Malaysia manakala percubaan Faiz dinafikan penjaga gol lawan.

'Saya bukannya bomoh'

Posted:

'Saya bukannya bomoh'

'Saya bukannya bomoh'

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


ZAINOL FADZI (dua dari kiri) menyerahkan bola kepada Weigang sebagai simbolik pelantikannya sebagai Penasihat Teknikal Perak pada sidang akhbar di Ipoh semalam.


TEKA-TEKI kehadiran Karl-Heinz Weigang ke Ipoh, Perak semalam terjawab apabila beliau dilantik sebagai Penasihat Teknikal skuad The Bos Gaurus.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pihaknya akan merujuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai bidang tugas bekas pengendali Perak itu.

"Apa yang menjadi isu ialah sama ada Weigang boleh berada di bangku simpanan bersama barisan kejurulatihan untuk memberi pandangan serta nasihat.

"Itu kami sedang menunggu pengesahan daripada FAM. Jika ada persefahaman lain dicapai selepas ini, kami akan maklumkan," katanya dalam sidang akhbar ketika memperkenalkan Weigang sebagai Penasihat Teknikal Perak di Ipoh semalam.

Turut hadir, pengurus Perak, Datuk Azhar Ahmad dan Setiausaha Kehormat PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin.

Zainol Fadzi berkata, pada dasarnya Weigang dijemput oleh PAFA untuk memberikan khidmat nasihat daripada aspek teknikal dan taktikal kepada The Bos Gaurus.

"Sama ada Weigang akan menjadi Penasihat Teknikal atau pun dilantik menjadi ketua jurulatih akan diketahui selepas perbincangan antara PAFA dan FAM pada Isnin ini.

"Saya tidak boleh umum sesuatu yang belum pasti, bimbang di luar syarat yang telah ditetapkan FAM.

"Nampak seperti Weigang akan menggantikan (ketua jurulatih) Abu Bakar (Fadzim) tetapi (saya) tidak boleh dinyatakan sekarang.

Mengulas lanjut, Zainol Fadzi memberitahu, kehadiran Weigang yang pernah mengendalikan Perak pada musim 1997 hingga 2001 menunjukkan kesungguhan PAFA untuk melakukan transformasi seperti diharapkan oleh peminat serta penyokong The Bos Gaurus.

"Namun, keputusan itu bukanlah atas desakan peminat atau penyokong tetapi kerana keperluan pasukan dan langkah ini tepat pada masanya.

"Kehadiran Weigang diharapkan mampu mengembalikan semula keyakinan penyokong terhadap pasukan," jelas beliau.

Dalam pada itu, Weigang menyifatkan tindakan beliau kembali ke arena bola sepak tempatan kerana masih ada 'sesuatu' belum diselesaikan.

"Keutamaan saya adalah memastikan Perak tidak tersingkir ke Liga Premier. Bagaimanapun, saya ingin ingatkan bahawa saya bukannya bomoh.

"Saya percaya saya dijemput untuk membantu Perak kerana pengetahuan, pengalaman serta rekod cemerlang saya.

"Namun, saya tidak boleh melakukannya secara bersendirian, semua pihak termasuklah penyokong perlu membantu," ujar beliau.

Segala spekulasi sudah terjawab

Posted:

Segala spekulasi sudah terjawab

Segala spekulasi sudah terjawab

Oleh MUHAMMAD
ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


SOON HUAT mendapat kepercayaan BAM untuk mengisi slot selaku pemain perseorangan keempat negara pada kempen Piala Thomas kali ini.


SPEKULASI mengenai senarai penuh skuad Piala Thomas negara akhirnya terjawab. Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain muda, Goh Soon Huat akan mengisi slot perseorangan keempat.

Pemilihan Soon Huat itu akhirnya melengkapkan kuota pemain perseorangan negara pada kempen Piala Thomas kali ini yang diketuai pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng dan Liew Daren.

Menurut Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, keputusan itu dibuat berdasarkan prestasi semasa Soon Huat yang turut mengungguli sesi pemilihan sebelum ini.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada prinsip ketelusan dan pemain yang terbaik ketika ini (Soon Huat) akan terpilih (mewakili skuad Piala Thomas megara).

"Kita bagi peluang dan ruang beberapa kali kepada pemain-pemain lain. Kalau mereka tak boleh bermain dan apabila kalah, itu bukan salah BAM.

"Mengikut laporan semasa, tahap dia (Soon Huat) telah meningkat. Saya rasa dia telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berada pada tahap sekarang," katanya pada sidang akhbar di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor semalam.

Sebagai rekod, Soon Huat berjaya menewaskan ketiga-tiga pemain profesional negara - Mohd. Arif Abdul Latif, Tan Chun Seang dan Misbun Ramdan Misbun yang menjadi pencabarnya pada sesi pemilihan.

"Saya layak mendapatnya (slot perseorangan keempat) berdasarkan sesi pemilihan sebelum ini. Sekarang fokus saya terarah kepada kempen Piala Thomas.

"Saya akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada rakan-rakan sepasukan dan jika saya diturunkan, saya akan buat yang terbaik," jelas Soon Huat.

BAM turut mengesahkan slot keenam pemain beregu negara menjadi milik jaguh beregu campuran, Chan Peng Soon, sekali gus mengetepikan dua pesaingnya - Ow Yao Han dan Koo Kien Keat.

Lima lagi pemain beregu ialah Tan Boon Heong, Tan Wee Kiong, Hoon Thien How, Goh V. Shem dan Lim Khim Wah.

Skuad negara diundi dalam Kumpulan C bersama-sama naib juara edisi 2012, Korea Selatan, Jerman dan tuan rumah, India pada kempen Piala Thomas yang akan berlangsung di New Delhi bermula 18 hingga 25 Mei ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


MAS minta media tidak dedah jumlah pampasan

Posted:

MAS minta media tidak dedah jumlah pampasan

MAS minta media tidak dedah jumlah pampasan

03/05/2014 10:12pm

KUALA LUMPUR - Penerbangan Malaysia (MAS) meminta pihak media agar tidak mendedahkan jumlah pampasan yang diberikan kepada keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang bagi mengelak kemungkinan berlaku ancaman keselamatan.

Naib Presiden Kanan Komunikasi Strategik MAS, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, anggota keluarga penumpang turut membuat permintaan yang sama.

"MAS tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai jumlah pampasan seperti yang diperoleh media dan kami percaya ia diperoleh dari sumber lain.

"Oleh itu MAS memohon kerjasama media agar menarik balik segala artikel yang diterbitkan menyatakan jumlah pampasan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, jumlah itu hanya akan diberitahu kepada keluarga penumpang dan dilakukan para kaunselor MAS dan adalah penting pihak media menghormati keselamatan dan privasi keluarga penumpang. - Bernama

Anggota PBTM layak mohon bantuan rumah

Posted:

Anggota PBTM layak mohon bantuan rumah

Anggota PBTM layak mohon bantuan rumah

03/05/2014 7:39pm

KEMAMAN - Anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) layak memohon bantuan kerajaan bagi membina rumah baharu atau membaik pulih rumah yang sedia ada.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malayhsia (ATM), Datuk Mohd. Noor Daud berkata, di bawah program yang sama, ATM turut membaik pulih sebanyak empat unit rumah bekas tentera di seluruh negara.

"Di bawah program itu, kerajaan melalui Kementerian Pertahanan telah meluluskan sebanyak RM45,000 bagi membina setiap unit rumah baharu dan RM11,000 bagi membaik pulih rumah yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PBTM cawangan Kemaman di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan setiap anggota tentera yang telah bersara melalui pelbagai bantuan. - Bernama

Polis mula siasat perhimpunan bantah GST - KPN

Posted:

Polis mula siasat perhimpunan bantah GST - KPN

Polis mula siasat perhimpunan bantah GST - KPN

03/05/2014 7:28pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menyiasat perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di sini Khamis lalu, yang didakwa melanggar beberapa syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan meliputi, antaranya, tidak memberi notis sebelum mengadakan perhimpunan serta membawa kanak-kanak, bom asap, suar dan senjata tajam seperti pisau.

Bercakap pada sidang media selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras hari ini, beliau berkata pihaknya juga masih mengesan individu yang mengasari petugas media melalui rakaman gambar pada perhimpunan itu.

Dalam kejadian itu, tiga jurukamera dikasari sekumpulan peserta berpakaian serba hitam dan menutup muka.

Dua daripada mereka ditumbuk dan disepak manakala seorang lagi terkena balingan kayu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Imej mangsa feri karam didedah

Posted:

Imej mangsa feri karam didedah

Imej mangsa feri karam didedah



SEOUL - Satu rakaman telefon bimbit berkamera yang memaparkan sekumpulan pelajar berada di atas feri Sewol beberapa minit sebelum ia terbalik dan karam menunjukkan mereka bergelak ketawa dan berjenaka tentang kapal Titanic yang karam di Lautan Atlantik.

Klip video itu dirakam oleh seorang pelajar berusia 17 tahun yang mayatnya kemudian ditemui bersama telefon bimbitnya di dalam feri tersebut.

"Tolong, selamatkan saya," kata seorang pelajar lelaki secara berjenaka manakala seorang pelajar lain menyatakan klip video tersebut menyeronokkan untuk dimuat naik ke laman perkongsian sosial Facebook.


AP - RAKAMAN video itu juga menunjukkan seorang pelajar (dalam bulatan) berbual dengan rakannya.


"Suasana kini seperti di atas kapal Titanic," kata seorang lagi rakan mereka ketika feri Sewol mula senget.

Perakam waktu dalam telefon bimbitnya menunjukkan pelajar berkenaan, Park Su-Hyeon mula merakam klip video itu pada pukul 8.52 pagi pada 16 April lalu, beberapa minit sebelum kru Sewol menghantar isyarat kecemasan pertama.

Rakaman itu diserahkan kepada media Korea Selatan oleh bapa mangsa.

Wajah pelajar-pelajar terbabit pula dikaburkan untuk menyembunyikan identiti mereka.

Ketika rakaman itu dilakukan, kedengaran arahan melalui pembesar suara yang meminta para penumpang supaya berada di lokasi mereka.

Feri itu karam di luar pantai Jindo, Korea Selatan.

AP - DALAM rakaman video telefon bimbit Su-Hyeon, beberapa pelajar sekolah yang merupakan rakannya bergurau beberapa minit sebelum feri itu karam.


Dalam pada itu, kapten feri berkenaan, Lee joon-seok bersama 14 krunya telah ditangkap dengan mereka turut dikecam kerana menangguhkan arahan meninggalkan feri sehingga kenderaan laut itu terlampau senget yang menyebabkan hampir mustahil untuk para penumpang menyelamatkan diri.

Feri itu membawa 476 orang dengan 325 daripada mereka terdiri daripada pelajar sebuah sekolah tinggi yang menganjurkan lawatan sambil belajar ke pulau peranginan Jeju, di selatan negara itu.

Setakat semalam, angka kematian rasmi tragedi tersebut adalah seramai 226 orang manakala 76 mangsa masih hilang. - AFP

200 orang cedera nahas tren bawah tanah di Seoul

Posted:

200 orang cedera nahas tren bawah tanah di Seoul

200 orang cedera nahas tren bawah tanah di Seoul


AP
GAMBAR menunjukkan dua buah tren yang terlibat dalam perlanggaran di stesen bawah tanah Sangwangsimni, Seoul semalam.


SEOUL - Sebanyak 200 orang cedera selepas sebuah tren bawah tanah bertembung dengan tren lain di Seoul semalam.

Kejadian itu menambah satu lagi episod malang yang berlaku ke atas Korea Selatan hanya dalam tempoh dua minggu.

Bagaimanapun, tiada orang yang terbunuh apabila tren berkenaan merempuh tren lain di sebuah stesen bawah tanah.

Korea Selatan pada masa ini masih berkabung ekoran kemalangan feri pada 16 April lalu yang menyebabkan 226 daripada 476 orang mati manakala 76 mangsa masih hilang.

Dalam nahas tren pada waktu tengah hari semalam itu, kebanyakan penumpang mengalami luka ringan manakala seorang mengalami pendarahan otak.

Seorang pegawai kecemasan di stesen Sangwangsimni di timur Seoul berkata, seorang lagi mangsa mengalami keretakan tulang.

Menurut seorang pegawai Metro Seoul, Chung Soo-young, nahas itu disebabkan oleh kegagalan isyarat dikeluarkan menyebabkan tren tersebut merempuh sebuah tren lain.

"Saya tercampak mungkin dua atau tiga meter. Ia seperti kita tiba-tiba tersadung ketika kita berlari terlalu laju," kata seorang pekerja yang menaiki tren itu , Lee Dong-hyeon, 26.

Kira-kira 4.5 juta penumpang menggunakan tren di Seoul pada setiap hari. - Reuters

Seorang anggota polis Mesir maut

Posted:

Seorang anggota polis Mesir maut

Seorang anggota polis Mesir maut


REUTERS
BEBERAPA anggota keselamatan memeriksa lokasi serangan bom dekat sebuah mahkamah di daerah Heliopolis, Kaherah semalam.


KAHERAH - Seorang anggota polis dan tentera terbunuh dalam satu letupan bom di sini semalam, beberapa jam sebelum kempen pilihan raya Presiden bermula yang dijangka akan dimenangi oleh bekas ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

Sejak kebelakangan ini, kumpulan militan melancarkan gelombang serangan dengan menjadikan pasukan keselamatan sebagai sasaran sejak Al-Sisi menumbangkan Presiden Mohammed Morsi pada Julai lalu.

Pihak tentera Mesir menubuhkan sebuah kerajaan sementara yang menggunakan kekerasan untuk mematahkan penentangan yang dilancarkan para pengikut Morsi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menyokongnya.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hany Abdel Latif berkata, sebutir bom itu meletup di pondok polis dekat sebuah bangunan mahkamah di daerah Heliopolis, utara bandar raya ini yang menyebabkan seorang anggota polis terbunuh manakala empat lagi cedera.

Kementerian berkenaan kemudian memberitahu bahawa bom tersebut telah disembunyikan di dalam sebuah lampu isyarat di lokasi kejadian. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Empayar seni dan famili Ricky

Posted:

Empayar seni dan famili Ricky

Empayar seni dan famili Ricky

KEHIDUPAN solo Ricky kini tidak lagi dihimpit kesunyian dengan kehadiran dua anak kembarnya ini.


PERNAH menggegar dunia menerusi lagu Livin La Vida Loca dan The Cup of Life pada Piala Dunia 1998, penyanyi antarabangsa Ricky Martin kini tampil dengan sebuah lagi lagu untuk Piala Dunia FIFA 2014 berjudul Vida.

Bezanya, penyanyi kelahiran Puerto Rico itu pada tahun 1998 dan 2014 jelas pada faktor usianya. Kini usia Ricky atau nama sebenarnya Enrique Ricky Martín Morales sudah mencecah 42 tahun. Berbanding ketika dia beraksi menyanyikan lagu The Cup of Life, Ricky pada waktu itu baru berusia 27 tahun.

Namun, lontaran vokalnya tetap mengalir hebat dan sarat penghayatan. Malah, wajah dan sosok tubuhnya tidak sekali dimamah usia.

Cuma, harus diakui lenggok tariannya tidak lagi selincah dahulu saat lagu Vida didendangkan kepada media-media dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura baru-baru ini.

Klip video Vida ternyata berjaya mengumpan jiwa dan mengubat penantian sebelum kami menemu bual Ricky melalui aplikasi Skype pada hari itu.

Video berdurasi tiga setengah minit itu sebahagian besar menunjukkan penampilan Ricky menyanyi, menari, dan berpesta dengan beberapa temannya. Klip itu juga menunjukkan sekilas beberapa remaja, orang tua, dan anak-anak yang sedang bermain bola sepak.

Turut sama pada majlis memperkenalkan lagu tersebut ialah penyanyi Alif Satar (Malaysia), Judika (Indonesia) dan Sezairi (Singapura).

Tiga penyanyi itu mendapat kesempatan untuk berkolaborasi dengan Ricky Martin dalam lagu Vida versi Asia, biarpun rakaman lagu dilakukan secara terpisah.

Senang berkolaborasi

Sedetik kemudian, talian Skype yang menghubungkan Ricky di Sydney, Australia, dihubungkan, ungkap Ricky: "Saya berharap dapat berada di sana bersama anda semua. Tetapi apakan daya, saya terpaksa berada di Australia untuk rakaman album baharu yang bakal dipasarkan pertengahan tahun ini dan juga merakamkan video promosi untuk pertandingan The Voice Australia."

Bicara penyanyi, penulis lagu dan pelakon itu juga, dia sudah berada di sana (Australia) selama tiga bulan dan selepas ini dia akan bertolak ke Miami, Amerika Syarikat untuk mengadakan persembahan di sana.

Berasa seperti kembali ke era 1998, Ricky mengakui tertarik dengan tawaran Sony Music yang mengajaknya berkolaborasi bersama tiga penyanyi Asia menyanyikan lagu untuk Piala Dunia FIFA 2014 versi Asia.

"Beberapa bulan lalu, saya dihubungi Sony untuk rakaman ini. Sungguh menyenangkan dapat berkerja sama kembali dalam projek Piala Dunia. Ia mengembalikan memori saya menyanyikan lagu The Cup of Life pada tahun 1998.

"Saya tertarik dengan lagu Vida kerana ia memiliki unsur tropika dengan adanya sentuhan Caribbean dalam susunan muziknya, serta terdapat sentuhan Afrika.

"Lagu ini catchy dan mampu menembus batas setiap budaya di seluruh dunia. Apatah lagi dapat berkolaborasi dengan penyanyi Asia seperti Alif, Judika dan Sezairi," tuturnya merendah diri.

Bagi Ricky, keindahan daripada muzik itu tidak hanya terletak pada muzik itu sendiri, tetapi juga kesempatannya untuk dinikmati secara universal.

Sejak terjun dalam industri muzik dahulu, Ricky memilih keutamaan bahawa muzik dan lagu yang dibawakan itu selayaknya dapat menyatukan budaya dari mana-mana belahan dunia.

Vida yang muziknya dihasilkan oleh Salaam Remi, pemuzik yang terkenal dan handal dalam menangani muzik The Fugees, Amy Winehouse dan Nas sudah dirakam dalam pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Indonesia, Malaysia dan Sepanyol.

Sama seperti The Cup of Life yang kaya dengan nuansa Latin, Vida turut dirakam dalam jalur muzik hampir serupa. Ia seperti cukup sinonim dengan Ricky.

"Lagu Vida versi Asia turut masuk dalam album Piala Dunia 2014, One Love, One Rhythm. Album itu juga mengandungi lagu kolaborasi saya bersama Pitbull, Jennifer Lopez & Claudia Leitte (We Are One Ola-Ole).

Anak kembar

Bagaimanapun, pihak media sedikit hampa apabila pihak pengurusan Ricky tidak membenarkan pihak media bertanya tentang soalan peribadi bintang terkenal itu.

Akur dengan permintaan mereka, soalan mengenai Vida sahaja yang dapat diutarakan kepada pemenang anugerah Grammy itu.

Tetap mahu menyorot tentang kehidupan peribadinya, sebenarnya pada usia melewati 40-an, Ricky masih belum berumah tangga.

Bagaimanapun kehidupan sunyi Ricky terisi dengan dua cahaya mata angkat kembar bernama Valentino, 6, dan Matteo, 6.

Matteo dan Valentino dilahirkan menerusi ibu tumpang (identiti wanita berkenaan dirahsiakan) dan Ricky memperoleh kembar tersebut pada Ogos 2008.

Terbaharu, Ricky dilihat bersama-sama anak angkat kembarnya di Sydney sempena lawatannya ke sana. Ternyata, meskipun sibuk, Ricky tampak begitu menyayangi mereka dan tidak kelihatan kekok mengasuh pasangan kembar itu.

Sebagai anak kepada penyanyi popular, Matteo dan Valentino juga nampak cukup bergaya. Malah, tata rias rambut Matteo dan Valentino juga seperti bapa angkat mereka.

Begitupun, Ricky tidak mahu terlalu memanjakan anak-anaknya. Dia kelihatan membiarkan anak-anaknya itu menarik beg pakaian mereka sendiri.

Memetik ulasan Ricky dalam satu temu bual bersama Ellen DeGeneres baru-baru ini, penyanyi bertubuh sasa itu memberitahu, kedua-dua anak kembarnya itu fasih bertutur dalam tiga buah bahasa.

"Matteo dan Valentino belajar bercakap bahasa Inggeris daripada saya, manakala bahasa Sepanyol menerusi ibu bapa mereka," jelasnya.

Malah, Ricky juga memberitahu, dia menghantar kedua kanak-kanak itu di sebuah sekolah Perancis di New York, sekali gus membuatkan mereka turut fasih berbicara dalam bahasa Perancis.

Ternyata, sikap Ricky yang cintakan pelbagai budaya itu turut diturunkan kepada anak kembarnya.

Menerusi autobiografi yang ditulis Ricky berjudul Me, ia mendedahkan bagaimana kehidupan dirinya berubah selepas bergelar bapa kepada dua cahaya mata kembar itu.

Antara kata-kata Ricky mengenai anak-anaknya dalam buku tersebut adalah:

"Matteo dan Valentino ialah anak-anak saya. Kehadiran mereka mengubah hidup saya. Dan sejak mereka ada baru saya sedar, kemampuan saya dalam melakukan semua perkara termasuk menjadi bapa kepada mereka."

Anuar Zain tak pilih bulu

Posted:

Anuar Zain tak pilih bulu

Anuar Zain tak pilih bulu

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


ANUAR mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar selfie bersama peminatnya.


LELAKI bernama Anuar Zain seharusnya menjadi ikon kepada setiap artis. Pada usia 44 tahun apa yang tidak dimiliki oleh pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain itu. Kehebatan, kemasyhuran, kekayaan, dan juga dipuja peminat-peminatnya. Dia seharusnya boleh mendabik dada dengan kejayaan yang dikecapinya.

Namun, Anuar bukan seperti itu. Dia sedar sebagai seorang selebriti yang diagungkan, sikap rendah diri, bersyukur dan bersederhana adalah kunci untuk hidup bahagia.

Kehidupan adalah sebuah kelangsungan. Bukan untuk kepentingan diri mencipta ego, memilih 'bulu', meraih pangkat atau darjat. Disebabkan itu, Anuar sentiasa melayani peminat-peminat mahupun media dengan sama rata. Perkara itu diaplikasikan Anuar menerusi persembahan Terindah...Anuar Zain sempena Minggu Setiausaha yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Usai melantunkan lagu Ketulusan Hati, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu turun ke pentas merapati setiap meja peminatnya tidak kira yang membeli tiket pada harga RM1,380 mahupun RM480 untuk merakamkan gambar 'selfie'. Dengan menggunakan telefon pintar miliknya, Anuar juga menggunakan monopod (peralatan 'selfie') dan ia adalah kejutan yang dimaksudkannya dalam sidang akhbar terdahulu mengenai persembahan minggu setiausaha yang akan dilakukannya.

Sedetik kemudian, Anuar memanggil pula teman-teman media untuk merakamkan gambar 'selfie'.

"Terima kasih kerana berada di sini hari ini. Anda (peminat-peminatnya) boleh berada di mana-mana sahaja tetapi anda memilih untuk bersama saya. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berjumpa dengan saya pada hari ini. Saya harap anda semua suka dengan makanan yang dihidangkan. Kepada semua rakan media terima kasih kerana memberi sokongan padu terhadap Terindah...Anuar Zain sehingga ramai yang datang pada hari ini," getus Anuar pada hari itu.

Biarpun tidak mempunyai laman sosial Twitter mahupun Instagram, pelantun lagu Sedetik Lebih itu memaklumkan foto yang diambilnya itu boleh didapati menerusi #anuarzain dan #terindahanuarzain termasuk mengunjungi Facebook Anuar Zain Network.

Tolak negatif

Penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka itu pernah mengaku, untuk kekal dan terus menyanyi sampai ke saat ini, dia harus mempunyai strategi ampuh. Dia juga memutuskan menjadi seorang yang kekal menyimpan privasi dan pemilih dalam banyak perkara.

"Macam dalam soal media sosial, saya tiada Twitter, Instagram dan cuma ada satu akaun rasmi Facebook, Anuar Zain Network yang baru dibuka tahun lalu. Itu pun diuruskan oleh pihak pengurusan saya.

Saya selesa begini dan masih tidak berhajat mengikuti gaya hidup sebegitu," ujarnya yang melihat media sosial lebih banyak mengundang negatif berbanding positif menerusi satu petikan artikel Kosmo! keluaran 22 September 2013 yang ditulis oleh Tengku Suzana Raja Hamat.

Anuar sememangnya berada dalam kelas tersendiri. Mengusung pesona seorang bintang. Mungkin bukan seperti sesetengah artis yang menggunakan laman sosial secara kerap sehingga mampu mengundang negatif pada diri sendiri dan khalayak yang melihatnya.

Turut hadir pada persembahan minggu setiausaha pada hari itu ialah kakak Anuar iaitu Ziana dan suami, penyanyi Adibah Noor serta rakan duet lagu Kain Pelikat, Ellina Abd. Razak.

Sambil bergurau Anuar turut mengajak Ellina berduet bersamanya menyanyikan lagu tersebut.

Persembahan eksklusif

Seperti persembahan minggu setiausahanya yang lalu, kerlipan lampu kamera setiap masa memenuhi segenap ruang dewan dan Anuar tetap dipeluk apabila dia menghampiri peminat-peminatnya.

Biarpun, persembahan Anuar dilakukan dengan ciri standard dan eksklusif seorang bintang namun, 700 tetamu yang hadir menonton persembahan minggu setiausaha Terindah...Anuar Zain pada hari itu dapat merasai rasa akrab dan mesra yang diberi penyanyi itu.

Majlis yang dianjurkan syarikat Anuar sendiri iaitu Anuar Zain Network Sdn. Bhd. itu sememangnya diatur menerusi citarasa Anuar sendiri.

Daripada hidangan makanan seperti kek coklat yang merupakan makanan kegemaran Anuar sendiri, sehinggalah tata rias dewan dan pentas serta pilihan barangan untuk 'goodies bag' para tetamu pada hari itu.

Berkongsi momen persembahan Anuar pada hari itu, Anuar muncul secara mengejut di pintu utama (bukan di atas pentas) kira-kira pukul 2 petang. Mengalunkan lagu Keabadian Cinta, tetamu yang setia menunggu sejak pukul 12 tengah hari lagi bangun untuk melihat dan merakamkan wajah penyanyi kesayangan mereka menerusi kamera masing-masing.

Persembahan Anuar diteruskan dengan lagu permintaan daripada peminat iaitu Pernahkah dan kemudiannya dia menyanyikan lagu Bila Resah dengan susunan muzik yang baharu dan lebih segar.

Selaut kepuasan terpancar di wajah peminat-peminat tatkala Anuar mengalunkan lagu-lagu popularnya seperti Ajari Aku, Sedetik Lebih dan Lelaki Ini.

Anuar turut menyanyikan lagu baharunya, Kembali Padamu Illahi.

"Lagu ini ditulis oleh Dalilah Tamrin yang telah meninggal akibat penyakit kanser. Ketika hayatnya, dia mahukan saya menyanyikan lagu ini dalam persembahan saya," ungkap Anuar.

Saya tak makan orang! - Ogy

Posted:

Saya tak makan orang! - Ogy

Saya tak makan orang! - Ogy

oleh HARYATI KARIM

KATA Ogy, setiap individu biarlah cantik dengan memiliki ilmu.


EBUT sahaja nama Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy, pasti khalayak sudah terbayang kelantangan dirinya dalam memberi pendapat sebagai juri program realiti TV, selain keberkesanan mutu lakonannya di layar kaca mahupun layar perak.

Berpengalaman selama 40 tahun sebagai anak seni, pelakon, pengarah, pengacara dan penerbit terkenal itu meluahkan rasa kecewanya apabila melihat kualiti lakonan yang diberikan oleh golongan pelakon baharu.

"Saya juga menonton program di TV jika ada masa terluang. Ramai pelakon baharu yang cantik tetapi tidak ada ilmu lakonan.

"Semua orang suka lihat orang yang cantik tetapi biarlah cantik dengan ilmu. Amat berbeza istilah seorang pelakon dan aktor atau aktres.

"Pelakon merupakan orang yang boleh berlakon tetapi aktor atau aktres berlakon dengan penuh penghayatan dan pengisian," ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar program Fenomena Impak Kecantikan Eksplorasi Dirimu di Hotel Summit, USJ, Selangor, baru-baru ini.

Tambah Ogy, 51, dia juga berasa hairan apabila ramai pelakon baharu berasa takut apabila bergandingan dengannya dalam drama mahupun filem.

"Janganlah takut dengan saya, sebab saya bukannya makan orang (ketawa). Tidak ada orang boleh jadi hebat dalam sekelip mata.

"Apa yang saya miliki hari ini, hasil daripada ilmu yang saya pelajari sepanjang 40 tahun bergelar anak seni.

"Jika mereka salah, jangan malu bertanya kerana saya juga tidak kisah untuk memberikan ilmu yang saya ada kepada pelakon generasi baharu

"Bagi saya, jika takut dengan saya bermakna mereka tidak bersedia sepenuhnya kerana saya sentiasa bersedia apabila tiba di set penggambaran," tuturnya.

Disebabkan itu menerusi syarikatnya Ogy Ventures & Network, Ogy telah menganjurkan bengkel lakonan untuk mereka yang ingin bergelar pelakon mahupun membina keyakinan diri.

"Alhamdulillah, salah satu azam saya tahun ini telah tercapai iaitu menganjurkan bengkel lakonan di bawah kendalian saya sepenuhnya.

"Bayarannya RM100 untuk setiap sesi asas yang akan diadakan pada 3, 10 dan 17 Mei ini di Dewan Seri Temuan, Damansara Perdana, Selangor. Terbuka kepada semua, tidak had umur. Setakat ini sambutan amat menggalakkan," ujarnya yang pernah menjadi guru lakonan untuk beberapa orang pelakon terkenal termasuk Lisa Surihani.

Sambungnya, jika ada peserta daripada bengkel lakonannya yang berpotensi tinggi mereka akan ditawarkan menjadi artis di bawah naungannya.

"Sebenarnya sudah banyak bengkel lakonan yang saya adakan sebelum ini. Apa yang saya lihat selepas bengkel lakonan berakhir, peserta tidak tahu ke mana hala tuju mereka untuk bergelar pelakon.

"Sebagai orang yang berpengalaman, saya akan mengambil mereka yang berpotensi menjadi artis di bawah syarikat pengurusan saya dan kembangkan bakat mereka dalam bidang seni. Sesiapa yang berminat boleh hubungi talian 017-7396 882 atau e-mel ke ianzfaris.ovn@gmail.com," tuturnya.

Beri motivasi

Dalam pada itu, Ogy, juga masih aktif sebagai pelakon, namun dia cukup selektif dalam memilih karya yang ditawarkan kepadanya.

"Memang saya akui, sekarang ini saya cukup selektif apabila tawaran datang kepada saya.

"Jika skripnya menarik dan memberi kepuasan kepada saya, barulah saya akan terima," katanya yang bakal muncul dalam telefilem, Seteguh Kasih Ibu, Seligar dan Malaikat Yang Tersembunyi.

Terbaharu, ibu kepada Nur Aminah Aishah, 7, itu juga sibuk dengan program motivasi Fenomena Impak Kecantikan Eksplorasi Dirimu kerjasama antara syarikatnya dan juga produk kecantikan Cosmoderm yang bakal berlangsung pada Jun depan.

"Saya bukanlah pakar motivasi tetapi menggunakan ilmu seni dan pengalaman yang dimiliki, saya mencipta modul untuk memberi motivasi kepada peserta.

"Seni cukup luas bukan hanya untuk menjadi pelakon atau penyanyi tetapi seni digunakan untuk meningkatkan potensi diri serta membuang aura negatif supaya kita lebih berjaya dalam hidup," terangnya.

Program Fenomena Impak Kecantikan Eksplorasi Dirimu itu mengenakan bayaran RM500 kepada peserta untuk program selama dua hari.

Bagi mereka yang berminat boleh hubungi talian 03-5879 6150/016-210 4287 atau layari laman web www.cosmoderm.com.my.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved