Ahad, 13 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Diperlakukantanpa belas ihsan

Posted:

Diperlakukantanpa belas ihsan

Diperlakukantanpa belas ihsan

KECEDERAAN fizikal akibat penderaan menyebabkan mangsanya bertarung dengan maut.


PAGI itu seperti biasa Siti Ahmad, 44, (bukan nama sebenar) bersiap untuk ke tempat kerja. Dia yang bertugas sebagai pembantu klinik di ibu negara itu terpaksa menempatkan anak perempuan tunggalnya, Hafizah Razi, 19, (bukan nama sebenar) di sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

Hafizah yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) itu hanya diambilnya pulang ke rumah seminggu sekali.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat kesan lebam di beberapa tubuh anak kesayangannya itu.

Setelah didesak berkali-kali barulah pihak pusat jagaan itu memberitahu kejadian berlaku kerana Hafizah seorang yang lasak dan sukar diuruskan.

"Saya dapati ada kesan luka seakan-akan dipukul di beberapa anggota badan Hafizah iaitu di lengan, muka dan mulut.

"Sebagai ibu, saya tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih dan kecewa apabila tidak diberitahu punca sebenar," luahnya tentang kejadian yang berlaku pada Disember tahun lalu itu.

Kekecewaannya bertambah apabila pusat berkenaan cuba lepas tangan, malah menyalahkan Siti kerana terlalu banyak kerenah.

Demi mendapatkan pembelaan sewajarnya, Siti nekad mengadukan perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab selain meragui status pusat jagaan, pekerja dan cara mereka mengendalikan penghuni-penghuni di situ.

KEADAAN Hafizah kini bertambah baik sejak ditempatkan di pusat jagaan OKU di bawah pengawasan JKM.


Dia berharap pihak pengurusannya perlu dikenakan hukuman yang setimpal jika terbukti bersalah agar menjadi pengajaran.

Susulan kejadian tersebut, pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) mencadangkan Hafizah dihantar ke sebuah pusat jagaan baharu di Serendah, Selangor. Siti kemudian mendaftarkan anaknya ke situ pada pertengahan Januari lalu.

Walaupun jaraknya jauh dari tempat tinggal, Siti mendapati kualiti jagaan di pusat itu adalah terjamin selain percaya Hafizah lebih disayangi di sana.

Sebenarnya, kes-kes penderaan seperti ini bukanlah isu terpencil kerana kerap kali berlaku termasuklah penganiayaan oleh ahli keluarga sendiri.

Terdapat kes anak-anak kecil didera dari segi fizikal, mental mahupun emosi oleh si durjana yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan apabila memperlakukan kanak-kanak ini sedemikian rupa.

Emosi

"Saya disepak, ditumbuk bertubi-tubi ketika tinggal bersama ayah tiri sewaktu berumur tujuh tahun. Dia seorang yang panas baran menyebabkan saya menjadi tempat melepaskan kemarahannya.

"Dua tahun saya menanggung sengsara. Keadaan bertambah teruk jika saya cuba melawan hingga tubuh tidak berdaya lagi menanggung kesakitan," ujar Ahmad Mohamad, 13, yang kematian bapanya sejak berumur lima tahun akibat kemalangan jalan raya.

Ibunya yang tidak sanggup melihat Ahmad menanggung penderitaan dan penyiksaan kemudian nekad menuntut cerai. Kini, kehidupan mereka dua beranak semakin ceria. Ibunya sanggup bekerja sebagai operator pengeluaran sejak beberapa bulan lalu bagi menampung kehidupan.

"Kami berpindah dari Kuala Lumpur dan menetap di Seremban. Kehidupan kini lebih tenang dan bahagia berbanding dahulu," akhirinya yang mahu melupakan sejarah hitam itu.

Bagi aktivis sosial, Zainuriah Abdul Rahman, beliau sendiri berpengalaman selama 25 tahun berdampingan dengan kanak-kanak mangsa dera termasuk remaja. Beliau turut mengendalikan sebuah pertubuhan yang terlibat dalam kerja sosial iaitu eYHY Network (enabling the young helping the young) termasuk menganjurkan program-program kerohanian khusus kepada kanak-kanak dan remaja ini.

"Kami menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak dan remaja daripada semua lapisan masyarakat yang kurang bernasib baik. Ia bertujuan menyemai nilai-nilai murni selain saling bekerjasama antara satu sama lain tidak kira apa jua latar belakang mereka.


SITI (kiri) mendapati petugas di pusat jagaan baharu itu menjaga Hafizah dengan sempurna.


"Di sini, kami bukan sekadar mengadakan sesi kaunseling semata-mata tetapi lebih kepada pendedahan awal seperti bengkel seni kreatif, masakan dan reka cipta bagi mengisi masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah," ujarnya.

Konsep psikologi minda ini adalah untuk mengembalikan keyakinan diri dalam jiwa kanak-kanak dan remaja itu serta bagaimana menghadapi cabaran.

"Paling utama kita memberi penekanan bahawa setiap kanak-kanak dan remaja itu adalah istimewa dan penting.

"Mereka memerlukan semangat, keyakinan diri dan unsur-unsur ini akhirnya akan membuat diri mereka merasa tidak diabai, sebaliknya dihargai," ujarnya yang turut menyifatkan pendera sebagai insan tidak mempunyai hati dan perasaan.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Arfan Sulaiman, berkata, kes penderaan biasanya dilakukan oleh pendera yang kaki botol atau akibat tekanan sehingga bertindak luar kawalan.

Katanya, kebanyakan mangsa-mangsa dera pula seperti kanak-kanak hiperaktif, bayi atau kanak-kanak cacat serta anak-anak yang menjadi perebutan hak jagaan oleh ibu bapa selain anak tidak sah taraf.

"Ini adalah kes-kes atau perlakuan penderaan yang dilaporkan dan disiasat JKM," ujarnya.

Tambah beliau, bagi tahun 2011, JKM merekodkan sebanyak 3,248 kes, tahun 2012 sebanyak 3,832 kes manakala tahun 2013 jumlah kes penderaan berkurang iaitu hanya 1,847 kes di seluruh negara.

Mengikut rekod JKM pada tahun 2013, Arfan memberitahu, Selangor mencatatkan jumlah kes penderaan yang paling tinggi iaitu 576 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 409 kes, manakala Kedah sebanyak 221 kes.

"Kes penderaan yang melibatkan golongan kanak-kanak perempuan dicatatkan paling tinggi pada tahun 2012 iaitu sejumlah 2,544 orang berbanding 2,175 pada tahun 2011 dan 1,202 orang pada tahun 2013.

"Di samping itu, peringkat umur kanak-kanak yang didera terbahagi kepada lima iaitu di bawah tiga tahun, empat hingga enam tahun, tujuh hingga 12 tahun dan 13 hingga 18 tahun.

"Umur 13 hingga 18 tahun merupakan jumlah paling ramai menjadi mangsa penderaan," katanya dan memberitahu bahawa kebanyakan kes dera dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa.


JKM sentiasa memantau operasi pusat jagaan persendirian seperti Pusat Jagaan Old Star Home di Serendah, Selangor ini yang menjadi kediaman baharu Hafizah.


Dakwa

Arfan turut menjelaskan, JKM akan menyiasat setiap aduan yang diterima. Katanya, pegawai pelindung JKM akan dihantar ke tempat kejadian atau lokasi yang dikenal pasti bagi menjalankan siasatan. Mereka akan membawa kanak-kanak yang disyaki didera menjalani pemeriksaan di hospital.

"Jika didapati ada unsur-unsur penderaan, pegawai kami akan membuat aduan dan membawa kes ini ke mahkamah," ujarnya.

Tambah Arfan lagi, JKM sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Kementerian Pelajaran dan agensi kerajaan berkaitan.

Dalam pada itu, Penasihat Syariah Brainy Bunch Islamic Montessori, Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki berkata, apa yang berlaku menunjukkan segelintir masyarakat kita pada hari ini mempunyai penyakit jiwa yang kronik.

"Mereka semakin hilang nilai-nilai kemanusiaan dan diganti dengan sifat tidak berperikemanusiaan dan didorong oleh nafsu sehingga tergamak menganiaya kaum yang lemah.

"Tahap pengetahuan ilmu agama yang rendah juga menjadikan mereka tersasar daripada panduan hidup yang sebenar. Mereka lupa bahawa Allah SWT memerhatikan gerak-geri dan tindak-tanduk kita di bumi ini," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Jelas Isfadiah, menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan al-Quran, hadis, pendapat serta pengalaman para ulama.

"Institusi keibubapaan perlu memainkan peranan penting dan bertanggungjawab mendidik dan melindungi anak-anak agar mereka tidak berasa diabaikan," tuturnya.

Emosi mangsa dera sangat sensitif

Posted:

Emosi mangsa dera sangat sensitif

Emosi mangsa dera sangat sensitif


KESAN luka di bahagian paha seorang kanak-kanak akibat penderaan. - Gambar hiasan.


KES-kes penderaan terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak sering mendapat perhatian masyarakat. Kanak-kanak mangsa dera akan mengalami kesan fizikal, mental, emosi, tingkah laku, kerohanian, dan kesan sampingan lain. Keadaan menjadi lebih tragis apabila penderaan itu berakhir dengan kematian.

Menurut Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie Bina Bahagia Services, Suzana Ghazali, kebanyakan mangsa dera bersikap menyendiri, mudah ketakutan apabila mendengar suara yang tegas atau keras. Mereka juga sensitif dengan peralatan tertentu yang biasa digunakan ketika dipukul atau didera.

"Mangsa perlu diberi keyakinan untuk meneruskan kehidupan dan menjadi lebih berani agar tidak terus dibuli atau didera.


MANGSA dera menunjukkan kesan lebam di dahi.


"Selain itu, mangsa perlu dilayan dengan baik oleh insan sekeliling agar mereka percaya bahawa kasih sayang itu masih wujud kasih," ujarnya.

Tambah Suzana, paling utama, ibu bapa atau pengasuh perlu faham bahawa tidak ada istilah mudah dalam menjaga atau membimbing anak. Menjadi ibu bapa adalah satu amanah dan tanggungjawab yang berat dan harus lebih bersabar dalam melayani kerenah anak-anak.

"Kajian membuktikan anak-anak yang bermasalah adalah berpunca apabila mereka dibiarkan sendiri dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa. Ia membuatkan mereka memberontak hanya untuk mendapat perhatian daripada insan yang mereka sayangi," katanya.

Tempoh masa yang diambil untuk mangsa dera benar-benar pulih bergantung kepada individu itu sendiri dan tahap penderaan yang dialami.

Jika mereka menerima rawatan dan terapi sekurang-kurangnya dalam masa enam bulan, peratusan untuk pulih seperti seperti kanak-kanak normal yang lain adalah tinggi.

Ritual sangoma jana pendapatan

Posted:

Ritual sangoma jana pendapatan

Ritual sangoma jana pendapatan


KHIDMAT bomoh tradisional kini digantikan sangoma moden.


SEORANG nenek, Mahlasela Matcheke kelihatan sedang menjalankan ritual perubatannya di atas lantai berjubin putih bersih di kediamannya di Pekan Soweto, Johannesburg.

Bilik yang digunakannya untuk bertemu pesakit pula dikelilingi rak dan di situ tersusunnya balang-balang kaca mengandungi serbuk dan akar berwarna.

Setiap balang tersebut dilabel dengan teliti dan isi kandungannya sedia untuk ditentukan kepada pelanggan berdasarkan penyakit selepas menjalani pemeriksaan fizikal menggunakan tulang, cengkerang laut, buah dadu dan duit syiling.

Matcheke adalah pengamal sangoma atau bomoh. Bezanya, beliau berpenampilan kemas berbanding sangoma tradisional yang memegang sebatang kayu dalam keadaan rambut kusut masai.

Jika dahulu sangoma beroperasi dalam pondok buruk yang terletak jauh di luar bandar, namun pusat rawatan sangoma kini bercambah di kawasan bandar bagi memudahkan pelanggan.

Graduan sains sosial, Nokulinda Mkhize, 28, misalnya telah mengamalkan sangoma selama lima tahun. Dia memberi perkhidmatan secara bersemuka atau menerusi medium internet Skype.


SANGOMA hari ini berpenampilan lebih kemas seperti pegawai perubatan di klinik atau hospital.


Mengiklankan

Bukan itu sahaja, aplikasi Twitter Mkhize iaitu @noksangoma mempunyai hampir 7,000 pengikut. Dia turut mengiklankan perkhidmatannya itu di laman web lengkap dengan biografi dan beberapa keratan akhbar hasil tulisannya.

"Cara ini membolehkan saya bebas untuk memberi perkhidmatan selain memperlihatkan saya sebagai seorang wanita muda bekerjaya," katanya sambil menambah keputusan untuk menjadi sangoma disifatkan sebagai takdirnya.

Sebenarnya, sangoma telah memainkan peranan penting di Afrika Selatan selama beberapa dekad. Selain memberi khidmat nasihat tentang penyakit, sangoma dipercayai boleh berhubung dengan orang mati.

Bagi pengamal baharu, mereka harus melalui proses yang panjang. Mereka belajar menggunakan herba dan bahan lain sebelum layak untuk memulakan amalan tersebut.

Difahamkan, majoriti rakyat Afrika Selatan masih percayakan khidmat sangoma dengan puluhan ribu pengamal perubatan ini beroperasi di seluruh negara.

Pakar ekonomi bandar, Myles Mander menganggarkan pendapatan perniagaan berasaskan rawatan tradisional mencecah hampir tiga bilion rand (RM1 bilion) setiap tahun.

"Perubatan ini masih mendapat permintaan besar dan ia ada di setiap pekan atau bandar dan tidak akan pupus," kata Mander sambil memberitahu perubatan alternatif lebih dipercayai berbanding rawatan di klinik yang lebih mahal.

Secara tidak langsung, ia menyebabkan perubatan tradisional sangoma diiktiraf kerana peranannya dalam masyarakat di negara berkenaan.

Bermula tahun lalu, mahkamah di sana juga memutuskan bahawa memo atau sijil sakit yang dikeluarkan oleh sangoma adalah sah dan perlu diterima oleh majikan.


KEPERCAYAAN rakyat terhadap sangoma menyaksikan puluhan ribu pengamal perubatan itu beroperasi di Afrika Selatan.


Sijil sakit

Sebelum ini, pekerja-pekerja akan mendapatkan khidmat pengamal perubatan sangoma sebelum berjumpa doktor di klinik untuk membeli sijil sakit.

Beberapa pengamal perubatan sangoma juga telah menerima latihan dalam bidang onkologi pediatrik asas dan pengurusan dalam merawat batuk kering dan HIV/AIDS.

Banyak rangkaian farmasi telah menjual herba yang sudah dibungkus kemas dan ada juga yang dijual di beberapa kedai ubat ternama di pusat beli-belah di sekitar Johannesburg.

Seorang doktor perubatan di bandar itu yang tidak mahu dikenali kerana khuatir kehilangan lesennya berkata, beliau sendiri menggunakan herba sangoma bahkan turut menyarankan kepada pesakit-pesakitnya.

"Saya dapati pengamal sangoma melakukan kerja atau merawat dengan bagus. Ada kalanya saya cadangkan pesakit cuba rawatan ini sekiranya rawatan perubatan di klinik tidak berkesan," ujarnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lima sekawan rahsia rakan lemas

Posted:

Lima sekawan rahsia rakan lemas

Lima sekawan rahsia rakan lemas

Oleh AIMUNI TUAN LAH
berita@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba menarik mayat Wai Hong yang ditemui lemas di Sungai Ketil, Kampung Kerinting, Gua Musang semalam.


GUA MUSANG - Tindakan lima sekawan murid tahun enam yang bersepakat merahsiakan kejadian rakan mereka yang lemas ketika mandi bersama di Sungai Ketil, Kampung Kerinting di sini petang kelmarin tidak berpanjangan apabila salah seorang daripada mereka akhirnya menceritakan peristiwa itu kepada ibu mangsa.

Rakan mangsa lemas itu bertindak membocorkan kejadian yang menimpa Lim Wai Hong, 12, pada pukul 8 pagi semalam iaitu selepas 15 jam insiden tersebut berlaku.

Kanak-kanak terbabit dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Gua Musang dipercayai merahsiakan insiden rakannya yang lemas di sungai itu pada pukul 5 petang kelmarin kerana bimbang dimarahi oleh keluarga masing-masing.

Menurut bapa mangsa, Lim Kian Guan, 59, salah seorang daripada rakan anaknya yang berasa gelisah dan tidak sedap hati kerana merahsiakan kejadian itu telah menceritakan perkara tersebut kepada isterinya, Yong Kong Kap, 41, pada pukul 8 pagi semalam.

Bagaimanapun, sebelum itu, kata Kian Guan, isterinya mengesyaki sesuatu berlaku ke atas anak tunggal mereka apabila mangsa didapati tidak pulang ke rumah di di Taman Tropika di sini selepas keluar menemui rakan berdekatan sekolah pada pukul 3 petang kelmarin.

Malah, katanya, Wai Hong juga tidak menjawab beberapa panggilan telefon isterinya yang bimbang terhadap keselamatan anaknya itu.

"Selepas pulang dari tempat kerja pada pukul 5 petang, isteri saya memaklumkan anak kami masih tidak pulang ke rumah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga penagih dadah ditemui lemas di lombong

Posted:

Tiga penagih dadah ditemui lemas di lombong

Tiga penagih dadah ditemui lemas di lombong


ANGGOTA bomba mengangkat mayat salah seorang penagih dadah yang ditemui lemas di sebuah lombong di Batu Caves semalam.


KUALA LUMPUR - Cubaan tiga lelaki dipercayai penagih dadah melarikan diri daripada diserbu polis dengan terjun ke dalam sebuah lombong di sini kelmarin berakhir tragedi apabila mereka ditemui lemas.

Kejadian berlaku di sebuah lombong berhampiran Bulatan Batu Caves, Selangor dekat sini lewat petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail memberitahu, dua daripada mangsa ditemui sekumpulan pemancing kira-kira pukul 6 petang semalam.

"Seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti pula timbul kira-kira dua jam selepas itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, pihaknya terpaksa menggunakan kayak untuk kerja-kerja mengangkat mayat kerana mereka telah hanyut jauh ke tebing seberang sebelum operasi tersebut selesai dalam tempoh 20 minit.

"Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa merupakan warga tempatan dan dipercayai telah mati lebih 24 jam berdasarkan keadaan mangsa yang kembung semasa diangkat sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bincang pihak urus kotak hitam

Posted:

Bincang pihak urus kotak hitam

Bincang pihak urus kotak hitam

Oleh NURUL ANUAR KARI
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang berbincang dengan pihak berwajib dan pakar-pakar penerbangan mengenai siapakah pihak yang berhak menguruskan kotak hitam Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang selepas ia ditemui kelak.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan pakar-pakar terlibat juga akan melihat kepada undang-undang domestik dan antarabangsa berhubung isu tersebut.

Menurut beliau, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) kini berada di United Kingdom untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

"Siapa yang berhak ke atas kotak hitam itu dan menyiasat data di dalamnya, kita akan umumkan selepas ia ditemui, buat masa ini Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston sedang berusaha mengesahkan isyarat yang dikesan di Lautan Hindi itu dahulu.

"Kita juga sedang membuat persediaan untuk menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kementerian, panel pakar-pakar dan Suruhanjaya Diraja yang akan diumumkan tidak lama lagi bagi menyiasat kandungan data dalam kotak hitam tersebut," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan persiapan Persidangan dan Pameran Ke-14 Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 14 hingga 17 April ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM bagi amaran keras

Posted:

FAM bagi amaran keras

FAM bagi amaran keras

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

HAMIDIN menegaskan bahawa FAM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati bersalah kerana meniru akaun rasmi Facebook dan Twitter badan induk bola sepak negara.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini serius memantau penglibatan beberapa kumpulan atau individu dalam laman sosial yang didakwa meniru akaun rasmi Facebook dan Twitter milik badan induk itu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memaklumkan bahawa pihaknya sedang bekerja keras untuk mengesan kumpulan atau individu yang tidak bertanggungjawab itu dengan menyebarkan maklumat salah sehingga menjejaskan imej FAM.

Jelas Hamidin, FAM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menyaman pihak yang terlibat dengan perkara tersebut.

"Kami akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu laman sosial Facebook dan Twitter FAM yang ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"FAM memandang serius dalam hal ini. Ini kerana pihak yang berkenaan telah menyampaikan maklumat yang tidak benar sehingga mengelirukan ramai pihak terutama peminat bola sepak tempatan.

"Maklumat yang mereka salurkan itu telah menyebabkan imej FAM tercalar. Lebih memburukkan keadaan, ada sesetengah mereka mengeluarkan status di laman sosial dalam bentuk provokasi," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Hamidin memberitahu, pihaknya sudah dapat mengesan perkara tersebut sejak minggu lalu.

Pihak yang terlibat dilihat cuba 'menghidupkan' kenyataan-kenyataan berbentuk negatif termasuk sentimen kenegerian, sekali gus menyebabkan berlaku provokasi antara peminat dan penyokong bola sepak tempatan.

"Kami memandang serius dengan apa yang berlaku ketika ini. FAM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat.

"Tindakan saman akan diambil jika ada yang didapati bersalah melakukan perkara tidak bertanggungjawab ini," tegasnya.

Akaun rasmi Facebook milik FAM ialah Football Association of Malaysia Official manakala Twitter (Bolasepak Malaysia @FA_Malaysia).

Tok Gajah gah terajui Liga Super

Posted:

Tok Gajah gah terajui Liga Super

Tok Gajah gah terajui Liga Super

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
dan AHMAD FADZLY MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

JARINGAN rangkaian dua penyerang - Matias Conti dan Mohd. Azammuddin Akil meletakkan Pahang kekal sebagai peneraju Liga Super selepas menewaskan T-Team 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu berjaya mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut dengan mengumpul 25 mata selain mengekalkan rekod bersih di gelanggang sendiri.

Gol pertama Tok Gajah diperoleh melalui Conti yang menguis bola masuk ke dalam gawang T-Team seawal minit ketiga selepas tendangan percuma Mohd. Hafiz Kamal terkena palang.

Jaringan itu meletakkan Conti sebagai penjaring terbanyak Tok Gajah dengan lima gol bersama-sama rakan sepasukannya, Dickson Nwakaeme yang tidak bermain malam tadi akibat kecederaan.

Stadium Darul Makmur terus bergema dengan sorakan ribuan penyokong tuan rumah apabila Azamuddin menanduk masuk bola ke gawang T-Team yang tidak dikawal kemas oleh penjaga gol, Mohd. Shahril Saari pada minit ke-57.

Di Stadium Shah Alam, Selangor menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila menewaskan Perak 1-0.

Penyerang import berbisa, Paulo Rangel sekali lagi menjadi watak pemusnah Perak apabila meledak gol kemenangan Selangor pada minit kelapan.

Gol itu terhasil apabila Rangel berjaya melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti bagi menewaskan penjaga gol Perak, Razi Effendi Suhit.

Namun, Gergasi Merah ditimpa masalah apabila pemain import baharu, Evaldo Silva Dos Santos dilayangkan kad merah pada minit ke-45 gara-gara menanduk kepala pemain tengah Perak, Kyaw Zayar Win.

Bersambung babak kedua, Selangor tidak memperlahankan rentak permainan biarpun kehilangan khidmat Dos Santos.

Skuad Gergasi Merah hampir menggandakan jaringan apabila Rangel melepaskan sepakan voli tetapi percubaan tepat itu tersasar ke kiri gawang Perak.

Malang buat Perak apabila Raffi Nagorgani pula dilayangkan kad merah pada minit ke-66.

Rangel berpeluang menambah jaringan pada minit ke-80, namun percubaannya melepasi pintu gol Perak.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, nasib malang terus menimpa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila tewas 0-2 kepada Kelantan.

Gol-gol Kelantan diperoleh menerusi jaringan kapten, Mohd. Badhri Radzi pada minit ke-45 dan Francis Forkey Doe (83).

Masters milik Zulmazran, Li Jane

Posted:

Masters milik Zulmazran, Li Jane

Masters milik Zulmazran, Li Jane


ZULMAZRAN (kanan) dan Li Jane menjuarai kategori Masters lelaki dan wanita Kejohanan Boling Kebangsaan ke-38 di Sunway Megalanes, Petaling Jaya semalam.


DUA pemain elit negara - Zulmazran Zulkifli dan Sin Li Jane mempamerkan balingan cemerlang untuk muncul juara kategori Masters lelaki dan wanita pada Kejohanan Boling Kebangsaan ke-38 di Sunway Megalanes, Petaling Jaya, Selangor semalam.

Zulmazran yang layak secara automatik ke final selepas muncul peserta terbaik dalam pusingan awal step ladder pada sesi pagi, diberikan tentangan sengit oleh pemain pelapis negara, Isaac Russell Paul sebelum menang tipis dengan kiraan 224 berbalas 223 jatuhan pin.

Terdahulu, Isaac mara ke final selepas melakar kejutan ke atas seorang lagi pemain elit negara, Timmy Tan dengan kiraan 247 berbalas 176 jatuhan pin dalam saingan separuh akhir step ladder.

Zulmazran yang pernah meraih kejuaraan sama pada edisi 2001, mengakui lawannya memberikan aksi terbaik sehingga memaksa dia mengerah segala pengalaman yang dimilikinya.

"Saya sudah menjangkakan akan bertemu Isaac pada aksi final memandangkan dia beraksi cemerlang ketika menentang Timmy kerana jumlah balingannya mesti mencecah 200 jatuhan pin ke atas.

"Alhamdulillah, saya dapat bertahan walaupun membuat balingan yang salah pada beberapa balingan awal, sebelum kembali bangkit pada penghujung permainan," kata anak jati Selangor itu.

Terdahulu, dalam aksi final Masters wanita, Li Jane mengalahkan rakan sepelatih, Esther Cheah dengan catatan 213 berbalas 208 jatuhan pin.

Kejayaan itu sekali gus memastikan gelaran ketiga yang dirangkul Li Jane selepas meraih kejuaraan sama pada edisi 2010 dan 2012.

Esther sebelum itu mara ke final selepas menang 218 berbalas 201 jatuhan pin ke atas Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamalidon dalam aksi separuh akhir step ladder.

"Saya berharap kemenangan ini akan memberi motivasi kepada saya untuk beraksi cemerlang dalam beberapa kejohanan selepas ini seperti Terbuka Malaysia bulan depan dan Terbuka Singapura pada Jun," kata Li Jane yang turut mengintai slot ke Sukan Asia di Korea Selatan, September depan.

Kemenangan tersebut membolehkan Zulmazran dan Li Jane masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM3,000 serta trofi yang disampaikan oleh Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Datuk Dr. PS Nathan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kerajaan komited tingkatkan taraf hidup masyarakat India

Posted:

Kerajaan komited tingkatkan taraf hidup masyarakat India

Kerajaan komited tingkatkan taraf hidup masyarakat India

13/04/2014 10:13pm

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi komitmen kerajaan untuk terus menumpukan usaha bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India berdasarkan pendekatan inklusif ke arah memastikan kualiti hidup lebih baik bagi generasi sekarang dan akan datang.

Perdana Menteri berkata, perjalanan bersama kerajaan dan masyarakat India berdasarkan pendekatan 'nambikei' atau kepercayaan telah membuahkan hasil yang positif.

"Ia telah membawa perubahan sebenar ke arah meningkatkan taraf hidup mereka," kata beliau dalam perutusan yang dipaparkan dalam laman Facebook beliau sempena sambutan Tahun Baru India dan Vaisakhi 2014.

Najib menarik perhatian bahawa April menandakan bermulanya tahun baru bagi kebanyakan masyarakat India di Malaysia dengan masyarakat Tamil menyambut "Chitirai Putthandu" manakala kaum Malayali meraikan 'Vishu'.

Masyarakat Sikh pula menyambut 'Vaisakhi' bagi memperingati kelahiran 'Khalsa'. - Bernama

Pura-pura pengsan selamatkan lelaki daripada dibaham beruang

Posted:

Pura-pura pengsan selamatkan lelaki daripada dibaham beruang

Pura-pura pengsan selamatkan lelaki daripada dibaham beruang

13/04/2014 8:03pm

KOTA BHARU - Tindakan seorang lelaki berpura-pura pengsan selepas kepalanya dibaham seekor beruang, membolehkannya menyelamatkan diri daripada haiwan itu walaupun cedera parah.

Mohd Sulaiman Jusof, 58, berkata, beliau terserempak dengan dua ekor beruang bersama seekor anak beruang sedang mengorek tanah ketika mencari buah kerdas di hutan Bukit Hitam, Felda Tenang, Hulu Besut kira-kira 10 pagi semalam.

"Saya tidak mengendahkan kehadiran beruang itu, namun seekor daripadanya terus menerkam sehingga menyebabkan saya jatuh.

"Ketika itu, tiada apa yang saya ingat...hanya mati, kerana beruang itu menggigit kepala saya. Saya kemudian berpura-pura pengsan.

"Akhirnya beruang itu melepaskan gigitannya apabila melihat saya tidak bergerak atau melawan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini, hari ini. - Bernama

Tindakan tegas terhadap penjawat awam bocor rahsia kerajaan

Posted:

Tindakan tegas terhadap penjawat awam bocor rahsia kerajaan

Tindakan tegas terhadap penjawat awam bocor rahsia kerajaan

13/04/2014 9:55pm

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat daripada jawatan mengikut Surat Pekeliling Am dan Arahan Keselamatan Kerajaan.

Justeru itu, beliau mengingatkan semua penjawat awam bahawa mereka bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kerajaan di agensi masing-masing bagi menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Maka, usaha perlu dipergiatkan untuk memastikan tidak berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan.

"Penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan boleh dipecat, bergantung kepada rahsia yang dibocor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Ironman 70.3 Putrajaya di sini, hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tiada lagi isyarat kotak hitam

Posted:

Tiada lagi isyarat kotak hitam

Tiada lagi isyarat kotak hitam

DUA pesawat Ilyushin IL-76 milik China yang menyertai misi mencari pesawat MH370 berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, Perth semalam. - AFP


PERTH - Memasuki hari ke-36 misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Blue Fin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam telah kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.

Dua isyarat getaran akustik dikesan pada Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis lalu disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, bagi misi mencari semalam, kapal Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda.

Menurutnya, AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama kapal Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo.

"Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas," menurut JACC dalam kenyataan semalam.

Pihak JACC berkata, sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi semalam, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi.

Kawasan pencarian bertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth, katanya.

"Berdasarkan ramalan cuaca hari ini (semalam), tiupan angin dari arah tenggara selaju 10 knot dan hujan sekejap-sekejap, ombak setinggi satu meter dan jarak penglihatan lima kilometer dalam keadaan hujan," kata JACC.

Menurut JACC, tiada sebarang objek yang diambil dari kawasan pencarian mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

Pada Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC, Angus Houston berkata, Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.

Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat asal iaitu 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.

Sejak Jumaat minggu lepas, pasukan mencari mengesan enam isyarat, dua daripadanya dikesan kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April lalu manakala kapal Ocean Shield mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April lepas.

Kotak hitam merekodkan data perbualan di kokpit dan data penerbangan mungkin memberikan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan sebelum beralih ke selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit milik United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. - Bernama

Paip minyak bocor punca bekalan air terjejas

Posted:

Paip minyak bocor punca bekalan air terjejas

Paip minyak bocor punca bekalan air terjejas


DUA penduduk mengangkat kotak mengandungi botol-botol air minuman yang dibeli dari sebuah pasar raya di Lanzhou, China kelmarin. - AFP


BEIJING - Sebatang paip minyak yang bocor telah menyebabkan tahap bahan kimia benzena yang mudah terbakar meningkat dengan banyak dalam saluran paip air bersih di bandar Lanzhou, China.

Kebocoran itu sekali gus telah mencemarkan sumber bekalan air bersih di bandar tersebut.

Menurut agensi berita Xinhua semalam, paip minyak itu dikendalikan Perbadanan Petroleum Kebangsaan China milik kerajaan negara ini.

Pihak perbandaran Lanzhou menyatakan, ia kini memantau tahap kandungan benzena di dalam paip air bagi memastikan keselamatan penduduk awam.

Ekoran tindakan pihak berkuasa memutuskan bekalan air di bandar itu, penduduk sanggup beratur di kedai-kedai untuk membeli botol air minuman sejak kelmarin.

Sebanyak 2.4 juta penduduk di bandar Lanzhou, barat laut China terjejas kerana mereka tidak mendapat bekalan air bersih. - AP

Kenderaan robotik boleh bergerak sedalam 4,500 meter

Posted:

Kenderaan robotik boleh bergerak sedalam 4,500 meter

Kenderaan robotik boleh bergerak sedalam 4,500 meter


GAMBAR fail menunjukkan Kenderaan Dalam Air Automatik, Blue Fin 21 diangkat ke atas kapal Ocean Shield milik Australia pada 1 April lalu.


PERTH - Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat iaitu Blue Fin 21 boleh bergerak sedalam 4,500 meter ke dalam Lautan Hindi.

Ia yang merupakan kenderaan robotik akan dihantar ke dasar Lautan Hindi selepas para pegawai yang terlibat mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu tidak lagi menemui isyarat getaran yang pernah dikesan sebelum ini.

Isyarat getaran yang sebelum ini dikesan beberapa kapal pencari pesawat MH370 itu dikesan datang dari kedalaman 4,500 meter di selatan Lautan Hindi.

Kawasan pencarian kotak hitam MH370 itu terletak sejauh 2,300 kilometer dari timur laut Perth.

Kenderaan robotik itu akan mengambil masa enam minggu hingga dua bulan untuk mencari di zon kawasan pencarian pesawat MH370 itu.

Sebanyak 10 buah pesawat dan 14 buah kapal terlibat dalam misi mencari kapal terbang MH370 itu semalam. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fasa peralihan status Misha Omar

Posted:

Fasa peralihan status Misha Omar

Fasa peralihan status Misha Omar

BUKAN sekali, tetapi dua kali hasratnya terhalang. Mungkin ketika itu apa yang direncanakan belum padan dengan apa yang tertulis oleh-Nya.

Sebagai insan yang begitu kerdil, penyanyi Misha Omar, hanya mampu tunduk dan akur dengan ketentuan yang ditetapkan ke atas dirinya.

Jika diimbas kembali laluan liku yang diredahnya, kali pertama, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu terpaksa melupakan hasratnya berkahwin pada September 2013 atas faktor urusan peribadi dan kerjaya.

Perkara yang sama berulang kembali apabila majlis yang dirancang pada Februari lalu ditunda sekali lagi sebagai tanda penghormatan kerana ahli keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah ayahnya pada November lalu.

Belum cukup dengan itu, tatkala jiwanya masih lara dengan apa yang berlaku, pelantun lagu Angin Syurga itu sekali lagi diuji.

Dituduh berstatus janda di saat diri bersedia melangkahkan kaki ke gerbang rumah tangga, Misha hanya mampu tunduk menekup muka. Entah dari mana angin jahat yang datang, ketika itu, statusnya gasak menjadi bualan mulut.

Biarpun badai melanda, pemilik nama sebenar Samihah @ Aisah Omar itu masih utuh teras dirinya. Dia tidak cepat melatah.

Buktinya, sewaktu pertemuan Sensasi Bintang bersama bakal mempelai itu di sebuah kafe di Shah Alam baru-baru ini, jambangan lega mekar dari wajahnya.

Masih diri Misha yang sama, cuma pada sua kali ini, Misha yang turut ditemani tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, 32, nampak lebih teruja.

Mungkin juga aura bakal pengantin itu itu semakin deras alirannya. Gambaran diri yang dipamer Misha juga menunjukkan wanita itu kini semakin kuat. Kuat daripada segi persediaan mental dan fizikal untuk melangkah ke alam baharu.

Apatah lagi memikirkan tanggal 2 Mei yang bakal melakar sejarah hidupnya itu semakin hampir detiknya, wajah mereka turut terbias rasa teruja.

"Sebelum ini, ada sahaja cabaran. Macam-macam ujian yang datang. Itulah orang kata, mungkin belum tiba masanya lagi.

"Alhamdulillah, sekarang ini saya dapat rasakan mungkin jalan itu sudah dibuka untuk kami. Segalanya dipermudahkan," tutur penyanyi yang kini sedang sibuk melayangkan kad perkahwinannya kepada tetamu undangan.


MISHA perlu banyak belajar untuk berdikari selepas berkahwin kerana dia tidak boleh lagi bergantung harap kepada kakaknya, Mimie terutama dalam menguruskan tugas seharian.


Dalam ke sana ke mari menyiapkan persiapan perkahwinan, terbit bayangan pada dirinya mengenai perubahan kehidupan yang bakal ditempuhinya nanti.

Berasingan daripada kakak

Bukan gusar, bukan takut. Tapi bagi anak keempat daripada tujuh beradik itu, katanya, tanggungjawab yang digalas, akan semakin berat.

Cuma mungkin, katanya, dia perlu lebih berdikari. Bukan lagi bergantung harap kepada kakak yang banyak membantunya dalam menguruskan dirinya selama ini.

"Itulah kadang-kadang terfikir macam mana (kehidupan) lepas ini. Macam sekarang ini, Mimie banyak tolong saya sejak awal pembabitan saya dalam bidang seni. Kalau ada dia, semua benda dia yang banyak uruskan.

"Kalau saya tak sempat nak hantar atau ambil Adam (anak angkat) dari sekolah, dia yang akan tolong. Lepas ini saya kena belajar urus sendiri, sebab nanti kami duduk berasingan," katanya yang merancang untuk tinggal di sebuah kediaman baharu di Cheras, Kuala Lumpur selepas berkahwin.

Membayangkan kehidupan bertahun-tahun lamanya bersama Mimie, Misha akui ia bukan satu fasa yang mudah untuknya melangkahkan kaki.

Jauh di sudut hati Misha, ada rasa sedih yang menjentik hiba. Mana tidaknya, di saat dia mahu membentuk penyatuan bersama insan yang disayanginya, ada perpisahan yang perlu dirasai.

Sungguhpun perpisahan itu hanya berbentuk secara zahir, ia sudah cukup meruntun hatinya walau sedar rohaninya, ikatan itu tidak pernah akan putus.

"Dia sudah lama menjaga saya. Kakaklah yang banyak bantu saya. Susah senang kami bersama. Ada duit bersama, tak ada duit pun kami bersama-sama," ada getar pada bicara Misha kali ini.

Barangkali sebak apabila mengenangkan bakal tinggal berjauhan dengan insan yang banyak menjadi teman untuk berkongsi kisah tawa dan duka.

Kata Misha, lebih membuatkan dirinya berada dalam fasa dilema apabila perkara sama turut akan dilalui oleh anak angkatnya, Muhammad Adam Emir yang kini sudah berusia lapan tahun.

Cerita Misha, dia bagai tidak sanggup untuk memisahkan dua hati antara Adam dan Kyra Arissa Abdullah yang merupakan anak angkat kepada kakaknya.

"Adam dan Kyra ini sudah macam adik-beradik. Mereka sama-sama membesar depan mata saya.

"Tak tahu nak cakap macam mana apabila mereka terpaksa juga berpisah. Lepas ini, Adam akan ikut saya. Kyra pula dengan Mimie.

"Rasa macam tak sanggup nak pisahkan mereka. Itulah kawan Adam bermain dan bergaduh bersama-sama," cerita Misha yang kini berusia 32 tahun.

Lebih meruntun dirinya, apabila menurut Misha, Adam dan Kyra juga seperti faham dengan apa yang bakal mereka tempuhi.

"Apabila saya beritahu yang mereka akan hidup berasingan, nampak muka Adam bersedih. Sekarang ini saya perhatikan mereka banyak meluangkan masa bersama," kongsinya.

BIAR badai melanda, pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta ini bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan daripada bakal suaminya, Firos.


Dalam diasak perasaan yang berbaur, penyanyi Dedebu Cinta itu masih boleh dikira beruntung dek kerana mempunyai bakal teman hidup yang sentiasa berada di belakangnya.

Bagi Misha, dia juga bertuah apabila Firos sentiasa meletakkan kepercayaan terhadap dirinya.

"Tak perlu sangat nak jaga Misha. Saya tengok sekarang ini pun dia dah pandai jaga diri," seloroh Firos yang dari tadi lebih banyak berdiam sewaktu Misha berbicara.

Ditanya mengenai persediaan dirinya untuk bergelar suami kepada Misha, Firos memberitahu dirinya sudah lama bersedia.

"Sudah lama saya bersedia, sekarang tinggal tunggu nak praktikkan (peranan suami) sahaja," katanya yang akan sentiasa menyokong kerjaya Misha.

Berkongsi kisah perancangannya selepas berkahwin, Firos memberitahu, momen untuk berbulan madu itu terpaksa ditangguhkan dulu.

"Masing-masing sibuk dengan kerja. Kami tak sempat kalau nak terus berbulan madu lepas berkahwin. Lagipun cuti tak panjang.

"Cuma dia (Misha) beritahu saya, dia tak pernah pergi ke negara orang putih. Itu yang saya ada terfikir nak bawa dia pergi New York waktu musim luruh. Saya nak tengok dia pakai long boot," kongsinya berseloroh.

Lagu untuk MH370

Posted:

Lagu untuk MH370

Lagu untuk MH370


DARI kiri: Encik Mimpi, Aepul Drama Band, Ronnie HyperAct dan Nomad bergabung suara dalam lagu berjudul Hikmah Atas Segalanya.


SELURUH rakyat Malaysia masih meletakkan harapan agar kehilangan penerbangan MH370 milik syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu berjaya ditemui.

Dalam kesedihan mengenangkan nasib yang menimpa penumpang dan ahli keluarga, apa yang hanya mampu dititipkan ialah doa dan harapan.

Bagi penggiat seni hiburan, mereka juga memiliki cara tersendiri untuk melahirkan rasa sedih dan simpati dengan tragedi yang berlaku lebih sebulan lalu.

Seperti pelantun lagu Rindukanlah, Encik Mimpi, perasaan yang menyelubungi diri masyarakat di negara ini diterjemah menerusi penghasilan sebuah lagu khas yang ditujukan untuk insiden MH370.

Naskhah yang diberi judul Hikmah Atas Segalanya itu turut dialunkan dengan gabungan tiga suara lain iaitu, Nomad, Aepul Drama Band dan Ronnie HyperAct.

Menyentuh mengenai karya asal berkenaan, ujar penyanyi berumur 26 tahun itu, lagu tersebut sebenarnya dihasilkan beberapa tahun yang lalu.

"Melodi lagu itu saya hasilkan pada 2011 lagi. Cuma liriknya belum ada. Jadi, apabila kebetulan berlaku insiden MH370 itu, saya terus buat liriknya pula," jelas penyanyi yang memperkenalkan dirinya sebagai Encik Mimpi.

Bermula daripada situ, dia kemudian memuat naik lagu tersebut ke laman sosial YouTube kira-kira tiga minggu yang lalu.

Bagaimanapun, ujarnya, idea untuk berkolaborasi dengan tiga penyanyi lain itu tercetus selepas dia memaklumkan kepada pihak pengurusannya, Indigital Sdn. Bhd. mengenai sambutan awal yang diterima di laman sosial.

"Mereka (pihak pengurusan) kemudian mencadangkan kepada saya untuk menyanyi bersama tiga rakan artis yang dicadangkannya iaitu Nomad, Aepul dan Ronnie," katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan penampilan muka bertopeng itu memberitahu, secara dasarnya, lagu tersebut lebih bersifat umum kerana berkonsepkan lagu ketuhanan.

"Lagu ini memang khas ditujukan untuk MH370, tetapi kalau kita hayati lirik lagunya, ia boleh dimainkan pada bila-bila masa.

"Ia berkisahkan pengharapan, pengorbanan dan kasih sayang yang banyak berkait rapat dengan isu-isu lain seperti pergolakan di Palestin," ujarnya yang memberitahu, lagu tersebut berentak pop balada.

Dalam pada itu, kata Encik Mimpi, penghasilan naskhah tersebut juga secara tidak langsung merupakan sebahagian daripada tanda keprihatinan yang mampu dilakukannya sebagai rakyat Malaysia.

"Jika ingin memberikan bantuan dari segi fizikal untuk pergi mencari ke laut sana memang tidak mampu. Jadi, sebagai penyanyi, ini sahaja yang mampu saya sumbangkan menerusi lagu.

"Sekurang-kurangnya ia menjadi tanda peringatan dan kenangan buat kita semua yang masih lagi bersedih dengan apa yang berlaku," tuturnya yang memberitahu lagu tersebut berdurasi kira-kira empat minit.

Sebelum ini, komposer terkenal LY dan Baiduri antara individu terawal yang mengambil inisiatif untuk menciptakan sebuah lagu khas yang didedikasikan buat insiden kehilangan pesawat MH370.

Lagu berjudul Singkapkan Doa Kami itu dinyanyikan oleh bintang Akademi Fantasia 6, Riz Zaizizi.

Selain itu, penyanyi Awi Rafael juga ada menghasilkan sebuah lagu berjudul Jangan Takut yang mengisahkan tentang kesedihan dan pengharapan agar segala dugaan yang mendatang dapat dihadapi dengan tabah.

Lia impi watak cacat

Posted:

Lia impi watak cacat

Lia impi watak cacat

LIA mahu kehadirannya dalam industri hiburan dikenali atas dasar bakat yang dimilikinya.


DIA bak sebidang kain putih yang sudah dilakar, namun masih tidak berwarna. Mungkin itu analogi diri yang boleh dikaitkan dengan si empunya nama, Lia Natalia.

Lakaran karier seninya masih boleh dianggap belum ada warna walaupun sudah menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak empat tahun lalu.

Sungguhpun namanya bukan yang sering meniti di bibir peminat industri hiburan tanah air, anak kelahiran Tawau, Sabah itu masih ada sisi yang boleh dibanggakannya.

Melihat sahaja kepada jumlah angka kelibatnya di kaca televisyen, dia sudah ada deretan naskhah tertulis kemas dalam porfolionya. Bukan satu, bukan dua, tapi lebih daripada itu. Cuma bintangnya tidak begitu terang berbanding pelakon lain yang sezaman dengannya.

Katanya, biar malap, yang penting masih ada cahaya, bukan terus terpadam.

"Saya sebenarnya banyak berlakon dalam drama dan ditawarkan watak pembantu. Saya akui saya tidak popular seperti artis lain. Syukurlah, rezeki itu sentiasa ada.

"Lagipun, sasaran saya dalam industri bukan kejar populariti tetapi saya berlakon atas dasar minat dan bakat yang ingin saya ketengahkan," tutur Lia yang merupakan bekas peserta Pilih Kasih musim kedua.

Berkongsi kisah diri, kata Lia, dia sendiri sedar perjalanannya untuk bergelar anak seni bukan mudah. Ada ranjau yang perlu ditempuhinya. Apatah lagi mengenangkan usianya yang masih hijau, banyak yang perlu dipelajarinya.

"Saya bergerak sendiri. Tak ada orang yang uruskan. Kalau ingin dikenangkan waktu awal-awal dahulu, saya sendiri pernah kena tipu apabila produksi tak bayar gaji.

"Tapi, itu semua jadi pengalaman yang banyak mengajar saya untuk terus dalam industri ini," tutur si pemilik nama sebenar Alia Afiqah Abden itu.

Biarpun begitu, pelakon berusia 22 tahun itu merasakan timbangan rezekinya semakin berisi pada tahun ini.

"Banyak juga tayangan drama lakonan saya ditayangkan dalam jangka masa yang serentak.

"Contohnya sekarang ini, drama yang sedang dimainkan ialah Perempuan Dalam Pasungan dan Aku Isterinya," kongsi pelakon filem yang terlibat dalam filem Azura itu.

Bercerita mengenai watak lakonannya, ujar Lia, dia kerap ditawarkan watak-watak yang mempamerkan sisi baik.

"Selalunya saya pegang watak perempuan yang sopan santun dan lemah lembut. Karakter wanita baik seperti watak ustazah.

"Tetapi, sebenarnya karakter saya jauh berbeza. Di luar tabir, saya seorang kasar," ceritanya.

Tambah Lia, apa pun watak yang diberikan, dia akan menerimanya jika difikirkan bersesuaian dan mampu dilakukan.

"Apa yang penting, saya pastikan setiap watak itu dijayakan dengan terbaik agar mesej yang nak diberikan itu sampai," katanya.

Kongsi Lia lagi, dia sendiri pernah mengalami kecederaan sewaktu ingin melakonkan sesuatu babak yang melibatkan aksi kekerasan.

"Pernah sekali tengkuk saya lebam semasa melakonkan adegan dipukul dalam drama Perempuan Dalam Pasungan.

"Itu belum lagi watak ditampar. Memang betul-betul saya ditampar. Tapi saya tak kisah, saya anggap itu satu cabaran. Bagi saya apabila buat secara betul lakonan nampak lebih semula jadi. Setakat ini tidaklah sampai saya sakit teruk kerana berlakon," ujarnya.

Kongsi pelakon drama Jin dan Sudin itu juga, jika diberi peluang, dia mengimpikan untuk memegang watak sebagai wanita cacat.

"Mungkin kalau ada rezeki saya teringin nak bawa watak yang lebih mencabar seperti menjadi orang cacat.

"Bagi saya, bukan mudah untuk membawakan watak seperti itu sebab secara fizikal kita tidak seperti mereka. Jadi untuk menghayati watak itu pasti sukar.

"Perkara yang mencabar itulah yang saya ingin lakukan untuk tengok dan nilai kemampuan diri," tutup pelakon yang pernah membintangi drama Kitab Cinta itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Berselera makan ubat nyamuk

Posted:

Berselera makan ubat nyamuk

Berselera makan ubat nyamuk

ADIT mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk lingkaran dalam masa sehari.


KANAK-KANAK menyukai makanan manis seperti kek, coklat ataupun aiskrim tetapi berbeza bagi Abdillah Syarif, 7, yang tidak berminat langsung menjamah makanan tersebut.

Kanak-kanak dari daerah Polewali Mandar, Sulawesi Barat, Indonesia itu sebaliknya lebih menggemari ubat nyamuk sebagai makanan hariannya.

Menurut ibunya, Nurlina, Abdillah yang dipanggil Adit mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk lingkaran dalam masa sehari. Katanya, Adit makan ubat nyamuk sejak berumur lapan bulan lagi.

"Ketika itu dia masih belum pandai berjalan dan hanya boleh merangkak. Dia mulai mendekati ubat nyamuk dan memakannya tanpa disedari sesiapa," ujarnya.

Adit pula mengakui dia menggemari racun penghalau serangga itu kerana rasanya enak.

"Saya sangat sukakan rasanya yang manis dan berlemak," ujarnya.

Keganjilan tabiat pemakanan Adit sangat merunsingkan ibu bapanya.

Nurlina memberitahu, dia telah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk Adit namun tidak berhasil malah ketagihan anaknya itu semakin menjadi-jadi.

Malah, disebabkan selera pelik Adit itu, mereka terpaksa mengelak daripada menggunakan ubat nyamuk di rumah.

Kunyah kaca

Bagaimanapun, usaha itu turut menemui jalan buntu kerana Adit akan mendapatkan bekalan ubat nyamuk dari rumah jiran atau mencurinya dari kedai berhampiran.

"Adit akan menjadi tidak selesa dan cepat marah jika sehari tidak makan ubat nyamuk. Dia akan makan secara senyap-senyap kerana takut kena marah dengan kami," ujar Nurlina.

Wanita ini percaya selera ganjil anaknya itu mungkin dipengaruhi oleh tabiatnya sendiri yang gemar menghidu asap ubat nyamuk ketika mengandungkan Adit.

Sementara itu, di Indiana, Amerika Syarikat (AS), seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Natalie Hayhurst menjadikan batu-bata sebagai makanan hariannya.

Menurut ibunya, Collen, 34, Natalie juga menggemari mentol lampu, botol plastik, kayu dan tin minuman.

Katanya, dia perlu memantau Natalie hampir setiap masa kerana bimbang anaknya itu akan memakan benda yang membahayakan nyawanya.

"Pernah sekali saya menidurkan Natalie sebelum menyambung semula kerja di dapur. Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba meluru ke arah saya dengan mulut berdarah.


NATALIE menggemari batu-bata, mentol dan botol plastik.


Pencernaan

"Saya sangat terkejut kerana rupa-rupanya dia telah memakan kaca mentol lampu di bilik tidur," ceritanya.

Akibat kejadian itu, Natalie terpaksa dimasukkan ke hospital bagi mengeluarkan serpihan kaca berkenaan. Sejak itu, Natalie sentiasa diperhatikan Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew.

Katanya, anak Natalie juga berselera makan batu-bata seolah-olah objek itu biskut cip coklat. Hal ini membingungkan ramai pakar perubatan.

Ini kerana individu yang mempunyai tabiat pemakanan pelik itu tidak pula mengalami sebarang komplikasi kesihatan.

Lebih mengelirukan, mereka juga tidak pernah sakit perut selain memiliki sistem pencernaan yang masih berfungsi dengan baik.

Dalam kes Adit dan Natalie, pakar pediatrik di Jabatan Kesihatan Polewali Mandar, Dr. Harjo Boko, berpendapat, kanak-kanak itu berkemungkinan menghidap penyakit kelainan pola pemakanan yang dikenali sebagai Pica.

Menurutnya, penyakit itu disebabkan oleh kekurangan zat besi dan anemia yang akan mencetuskan keinginan luar biasa.

"Golongan ini perlu mendapatkan sokongan daripada masyarakat sekeliling bagi membantu mengurangkan keinginan terhadap 'makanan' tersebut," katanya.

Sementara itu, pakar perubatan di Hospital San Francisco, AS, George Krucik berkata, pesakit Pica selalunya suka menjamah makanan yang tidak biasa dimakan manusia normal.

Jelasnya, ia sering berlaku kepada kanak-kanak yang berusia satu tahun ke atas.

"Pada usia ini, mereka cenderung memasukkan benda yang berada di sekeliling ke dalam mulut.

"Ia akan menjadi normal dalam tempoh tertentu jika tidak dipantau atau dikawal ibu bapa," terangnya sambil menambah, belum ada rawatan khusus untuk penyakit ganjil itu buat masa ini.

Pakar psikologi klinikal, Dr. Jordana Mansbacher pula menyifatkan amalan memakan batu atau tanah sebagai tidak sihat kerana ia berupaya mencetuskan jangkitan kuman.

Katanya, batu juga boleh merosakkan tisu dalam badan sekali gus mengakibatkan pendarahan.

Orang bujang mudah jadi gemuk, terkena serangan jantung

Posted:

Orang bujang mudah jadi gemuk, terkena serangan jantung

Orang bujang mudah jadi gemuk, terkena serangan jantung


INDIVIDU yang masih belum berumah tangga dikatakan kurang bermotivasi untuk menjalani gaya hidup sihat.


SELAIN memberi kebaikan dari segi psikologi, perkahwinan turut bermanfaat kepada kesihatan dengan menurunkan risiko serangan jantung.

Satu penyelidikan membabitkan 3.5 juta orang dewasa di Amerika Syarikat menunjukkan mereka yang berkahwin mempunyai peluang sakit jantung lebih rendah dibandingkan dengan individu yang bercerai atau tiada pasangan hidup.

"Risiko penyakit jantung dalam kalangan orang yang telah berkahwin adalah 5 peratus lebih rendah.

"Mereka lebih bermotivasi untuk menjalani gaya hidup sihat berbanding individu yang masih belum mendirikan rumah tangga," kata ketua penyelidik, Carlos Alviar.

Hasil kajian juga mendapati individu yang tidak mempunyai pasangan cenderung mengalami masalah obesiti dan menghidap penyakit lain seperti diabetes serta darah tinggi.

"Kami turut mendapati jumlah perokok terbanyak terdiri daripada kolompok individu yang telah bercerai," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved