Jumaat, 11 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Rasa, tekstur kopi berbeza

Posted:

Rasa, tekstur kopi berbeza

Rasa, tekstur kopi berbeza

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

SEBAIK tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah, peserta Cabaran Pendakian Barista Gunung Kinabalu (CPBGK) 2014 kelihatan cukup teruja untuk melaksanakan misi mereka yang akan bermula pada keesokan hari.

Sementara menunggu kenderaan yang membawa mereka ke Taman Negara Kinabalu (TNK), Kundasang tiba, ada peserta yang mengambil kesempatan untuk menurunkan tanda tangan, doa dan kata-kata semangat ke atas selembar kain rentang bertulis #Pray for MH370 yang turut dibawa sama ke puncak tertinggi di Kepulauan Melayu itu.

Perjalanan selama tiga jam menuju ke taman negara tersebut diiringi dengan keindahan hutan tropika dan landskap semula jadi yang berbukit bukau. Ketibaan semua barista kira-kira pukul 5 petang disapa deru angin dingin dan kabus putih yang meliputi ruang udara.

Barista adalah panggilan kepada pembuat kopi khusus seperti espresso. Panggilan barista berasal daripada bahasa Itali itu sudah lazim digunakan di kebanyakan kafe di Malaysia.

Peserta wanita, Aslinda Asrimon, 32, yang teruja menceritakan pengalamannya berkata, tiada siapa sangka dia akan berjaya mendaki Gunung Kinabalu apatah lagi menawan puncak tertinggi di Malaysia itu.

"Ya, saya memang ada terfikir untuk berputus asa semasa mendaki gunung ini walhal jarak pendakian tinggal lagi 70 meter (m). Namun, ia bukan disebabkan keletihan atau kecederaan fizikal tetapi saya mengalami mabuk ketinggian.


KEBIASAANNYA, mesin pemanas air dengan suhu ideal digunakan oleh barista untuk menghasilkan minuman kopi.


"Saya cuba mengawal pernafasan, berselawat dan mendorong diri sendiri untuk meneruskan pendakian biarpun saya menjadi orang kelima terakhir yang tiba di puncak," tutur Aslinda yang sebelum ini tidak pernah meminati aktiviti lasak.

Tambahnya, suhu sejuk serendah 3.2 darjah Celsius yang mencengkam hingga ke tulang ketika berada di Laban Rata membuatkan dia memakai pakaian sebanyak tiga lapis.

Laban Rata ialah lokasi penginapan yang terletak pada ketinggian 3,272 meter atas paras laut, yang menawarkan pendaki tempat untuk bermalam yang dilengkapi sistem pemanasan haba dan makanan serta minuman sebelum dan selepas mendaki gunung.

Lakar rekod

Jarak antara titik mula pendakian di Timpohon ke Laban Rata sekitar enam kilometer (km) dan secara puratanya memakan masa selama enam hingga tujuh jam.

Sambung Aslinda, selepas mendapatkan rehat secukupnya di Laban Rata, dia dan peserta lain bersiap-siap untuk meneruskan pendakian ke puncak atau Low's Peak pada pukul 2.30 pagi.

Dalam pada itu, barista bertauliah, Khairul Imran Adnan, 32, menerangkan dengan lebih lanjut tentang rekod yang ingin dilakar oleh Gloria Jean's Coffees (GJC) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dalam sesi cupping atau pencawanan tertinggi di Malaysia ke dalam Malaysia Book of Records.


PEMANDANGAN ke pintu masuk Taman Negara Kibabalu yang berlatar belakang Gunung Kinabalu.


"Kami membawa tiga jenis kopi iaitu espresso blend, hazelnut praline dan dark night ke puncak gunung untuk menguji perbezaan aroma dan setiap kopi dalam keadaan deria bau dan rasa yang terhad.

"Kesemua kopi tersebut didapati rasanya kurang pahit, manis dan pekat.

"Ini kerana ketinggian altitud menyebabkan kepekaan deria rasa berkurangan dan tidak hairanlah kopi yang dihasilkan ketika di puncak rasa berbeza berbanding menikmatinya di kawasan yang lebih rendah," jelas Eksekutif Operasi di Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. itu. Syarikat tersebut merupakan francaisi induk bagi jenama GJC di Malaysia dan Brunei.

Menurut beliau, cabaran bagi peserta CPBGK 2014 adalah untuk melakukan sesi cupping secara manual dengan mengenal pasti suhu air, kuantiti serbuk kopi yang diperlukan dan teknik penyediaan yang bersesuaian bagi mendapatkan aroma kopi persis minuman yang dihasilkan sebelum ini.

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan PNS Malaysia dan Brunei merangkap ketua ekspedisi CPBGK 2014, Che Ishak Che Khalib, 39, memberitahu, pihaknya mengadakan ujian saringan terlebih dulu menerusi latihan mendaki bagi mengenalpasti tahap stamina mereka.

Bimbingan

"Sebanyak 60 permohonan diterima tetapi hanya 31 orang yang layak mengikuti ekspedisi ini dan mereka tidak pernah gagal menghadiri latihan yang diadakan pada setiap dua minggu sekali selama lima bulan berturut-turut.


KHAIRUL IMRAN (tengah) dan dua orang barista bertauliah lain melakukan sesi cupping minuman Gloria Jean's Coffees di puncak Gunung Kinabalu.


"Antara persiapan lain termasuklah mengadakan bengkel motivasi dan sesi percambahan fikiran bagi memastikan peserta bukan sahaja bersedia daripada segi fizikal malah juga mental," jelasnya yang terpaksa membahagikan masa antara tugasan, keluarga, latihan mendaki dan pengajian peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia, cawangan Kuala Lumpur.

Ekspedisi tersebut mendapat bimbingan daripada syarikat pengurusan majlis, Equip Management Enterprise yang bertanggungjawab memantau segala pengurusan dan persiapan peralatan mendaki termasuk latihan fizikal dipenuhi. Selain itu, syarikat terbabit turut memastikan tahap kecergasan semua barista berada pada keadaan baik.

Memerang bantu nelayan tangkap ikan

Posted:

Memerang bantu nelayan tangkap ikan

Memerang bantu nelayan tangkap ikan


NELAYAN ini mempunyai kemahiran melatih memerang untuk tujuan menangkap ikan di sungai.


MEMERANG merupakan haiwan berdarah panas yang tinggal berdekatan air dan ikan merupakan sumber makanan utamanya.

Kecekapan dan kelincahan haiwan yang tergolong dalam keluarga Mustelidae itu menangkap ikan digunakan sepenuhnya oleh nelayan-nelayan di Sundarbans, selatan Bangladesh untuk membantu kerjaya mereka sejak berabad lamanya.

Mamalia tersebut dilatih untuk mengejar ikan-ikan di dalam sungai agar bergerak ke arah jala yang diletakkan bersebelahan bot.

"Tugas kami bergantung kepada memerang," kata Shashudhar Biswas, seorang nelayan dalam lingkungan usia 50-an yang mahir melatih memerang.

Menurutnya, memerang merupakan haiwan istimewa kerana dapat melihat ikan di celah-celah tumbuhan di dalam air. Kelebihan tersebut membolehkan para nelayan memperoleh hasil tangkapan yang lumayan.

Ujarnya, waktu menangkap ikan selalunya dilakukan pada waktu malam dengan hasil tangkapan sekitar empat hingga 12 kilogram.

Hasil tangkapan itu membolehkan setiap keluarga meraih pendapatan sekitar RM250 sebulan.

Namun kebelakangan ini, hasil tangkapan mereka berkurangan secara drastik.

Menurut Profesor Zoologi di Universiti Jahangirnagar Dhaka, Mohammed Mostafa Feeroz, populasi ikan di kawasan tersebut semakin berkurangan disebabkan ikan tidak dapat membiak.

"Mendapan, pencemaran minyak dan penggunaan racun perosak di sawah padi serta tangkapan secara berlebihan merupakan punca utama masalah ini," katanya.

Sekiranya situasi tersebut berterusan, ia dikhuatiri akan menyebabkan tradisi menangkap ikan menggunakan memerang di kawasan tersebut akan terhapus.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


25 pendaki ikuti program konservasi Gunung Irau

Posted:

25 pendaki ikuti program konservasi Gunung Irau

25 pendaki ikuti program konservasi Gunung Irau

SEBAHAGIAN daripada 25 peserta yang mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands, Pahang anjuran Alam Adventure baru-baru ini.


MENDAKI. Kira-kira 25 orang peserta pelbagai latar belakang mengikuti aktiviti konservasi di Gunung Irau, Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

Aktiviti tersebut dianjurkan oleh pengendali program rekreasi, Alam Adventure yang turut disertai jurulatih terlatih dan berpengalaman.

Aktiviti itu bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar di samping menawan puncak Irau yang berketinggian 2,110 meter dari paras laut.

Gunung Irau dikenali sebagai Mossy Forest kerana sepanjang perjalanan sejauh 2.35 kilometer ke puncak, peserta dapat melihat keindahan hutan berlumut yang cantik di samping dapat mengenal pasti beberapa spesies tumbuh-tumbuhan.

100 jemaah bersolat hajat mohon hujan di Parit Buntar

Posted:

100 jemaah bersolat hajat mohon hujan di Parit Buntar

100 jemaah bersolat hajat mohon hujan di Parit Buntar


TERMIZI (kanan) mengimamkan solat sunat hajat bersama 100 jemaah lain di Dataran Pekan Rabu, Batu 5, Parit Buntar, Perak baru-baru ini.


MOHON HUJAN. Lebih 100 orang jemaah hadir menunaikan solat sunat hajat bagi memohon hujan di Dataran Pekan Rabu, Batu 5, Parit Buntar, Perak, baru-baru ini.

Program solat sunat hajat dan solat sunat Istiqa memohon hujan itu diadakan dengan kerjasama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kerian serta Masjid Mahayuddin dekat Parit Buntar.

Pengarah (IADA) Kerian, Zahimi Hassan berkata, paras air utama di Kolam Bukit Nerah telah mencapai tahap kritikal. Berikutan itu, beberapa kawasan tananam padi di Kerian telah terganggu akibat kekurangan air dan ia menyebabkan pertumbuhan anak-anak padi bermasalah.

Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu diimamkan oleh Pegawai Tadbir Agama Kerian, Termizi Shaari.

Ganasan, Nadarajan mahu cipta rekod MBR

Posted:

Ganasan, Nadarajan mahu cipta rekod MBR

Ganasan, Nadarajan mahu cipta rekod MBR


ESWARAN (tengah) menyerahkan sijil MBR kepada Nadarajan (bertopi) dan Ganasan yang membuat percubaan untuk rekod baharu jarak terpanjang menunggang motosikal secara duo di Puchong, Selangor kelmarin.


CATAT REKOD. Dua orang penunggang motosikal kuasa tinggi, T. Ganasan dan P. Nadarajan memulakan penjelajahan selama lima hari di Semenanjung Malaysia bagi mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Penjelajahan yang membabitkan laluan sejauh 5,000 kilometer (km) itu dilepaskan oleh Pengerusi Eksekutif ABN Media Group Sdn. Bhd. (Kumpulan ABN), Tan Sri K.K Eswaran di Puchong, Selangor kelmarin.

Menurut Nadarajan, penjelajahan mereka itu untuk mencipta rekod baharu bagi jarak terpanjang menunggang motosikal secara duo.

"Perjalanan sejauh 5,000 km yang mengambil masa selama lima hari bukan senang terutamanya dalam berdepan cuaca hujan," katanya.

Penjelajahan dengan menggunakan motosikal kuasa tinggi Honda Goldwing berkuasa 1800cc itu akan berakhir di Klang, Selangor.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Misi mencari MH370 diperhebat

Posted:

Misi mencari MH370 diperhebat

Misi mencari MH370 diperhebat

SEORANG penyelam diturunkan dari sebuah helikopter untuk mencari serpihan pesawat MH370 di Lautan Hindi semalam.


PERTH - Sebanyak 12 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 13 kapal dikerahkan semalam untuk mencari lokasi sebenar sumber isyarat getaran dikesan yang mungkin berkaitan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi tatkala misi mencari masuk hari ke-35.

Misi mencari pesawat itu yang hilang secara misteri pada 8 Mac lepas, diperhebat susulan pesawat Australia AP-3C Orion mengesan isyarat getaran semasa melakukan pencarian dari udara di kawasan berdekatan kapal tentera Australia (ADV) Ocean Shield semalam.

Pengesanan isyarat terbaharu itu menjadikan sebanyak tujuh isyarat telah dikesan perakam data penerbangan daripada kotak hitam pesawat sejak Jumaat lepas.

Kotak hitam itu merakamkan data dalam kokpit dan mungkin dapat memberikan jawapan mengenai apa sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dapat hadiah kereta mewah BMW

Posted:

Dapat hadiah kereta mewah BMW

Dapat hadiah kereta mewah BMW

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


INILAH contoh model BMW yang akan dihadiahkan oleh Rozita kepada anaknya.


KUALA LUMPUR – Anak sulung pelakon jelita Rozita Che Wan mungkin antara pelajar bertuah di negara ini kerana dia bakal memandu kereta BMW mewah sebagai hadiah bagi kecemerlangannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Rozita menghadiahkan anaknya Ammar Effendy, 18, dengan sebuah kereta BMW 6 Series G Power Modified berharga RM700,000 yang menjadi kegilaan golongan berada.

Sekiranya Rozita membayar deposit sebanyak RM100,000, dia akan membayar kira-kira RM7,000 sebulan selama sembilan tahun.

Beliau turut mengirimkan kepada Kosmo! gambar kereta yang akan dibelikan untuk anaknya itu dalam masa terdekat.

Ammar, bekas pelajar Yayasan Saad Melaka memperoleh 9A dalam peperiksaan SPM yang diumumkan pada 20 Mac lalu.

Dia akan melanjutkan pelajaran di University of Nottingham cawangan Semenyih, Selangor pada Mei depan dalam jurusan pengurusan perniagaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada keistimewaan untuk BOC

Posted:

Tiada keistimewaan untuk BOC

Tiada keistimewaan untuk BOC

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


AHMAD ZAHID menunjukkan kenyataan media berkenaan isu pemegang pasport BOC di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Pemegang pasport Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC) perlu menunggu selama 17 tahun jika mahu mendapat semula identiti sebagai rakyat Malaysia.

Mereka juga perlu lulus dalam ujian kemahiran bahasa Melayu sebagai syarat permohonan bagi mendapatkan kerakyatan semula.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemegang pasport BOC perlu melalui proses yang sama sebagaimana warganegara asing yang mahu memohon kerakyatan Malaysia.

Beliau berkata, sehingga 11 April lalu, hanya tiga pemegang pasport BOC dari negara ini dibenarkan pulang dan bukannya lebih 1,000 seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Suzuki Assemblers teroka segmen baharu

Posted:

Suzuki Assemblers teroka segmen baharu

Suzuki Assemblers teroka segmen baharu

Oleh SHAWKATH AZDE

SETELAH sekian lama memerhati dari kepompong usangnya, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Assemblers) akhirnya berjaya mengumpulkan keberaniannya untuk meneroka kelas motosikal berkuasa tinggi Malaysia.

Apa yang pasti, perjalanan Suzuki Assemblers bukannya mudah kerana jenama Jepun itu perlu berdepan dengan persaingan sengit daripada pengeluar-pengeluar senegaranya.

Itu belum mengambil kira saingan daripada motosikal jenama Eropah yang sedikit demi sedikit berjaya memikat hati pengguna tempatan sejak beberapa tahun lalu.

Kekuatan yang memacu keberanian Suzuki Assemblers untuk menceburi liga motosikal berkuasa tinggi adalah disebabkan pertumbuhan positif industri motosikal tempatan sejak beberapa tahun lalu. Itu kenyataan Pengarah Urusan Suzuki Assemblers, Toru Kobayashi.

Memetik katanya, tahun lalu sahaja, statistik pendaftaran motosikal bagi kategori 251cc ke atas adalah sebanyak 13,912 unit. Volum itu mencerminkan rekod pertumbuhan sebanyak 50 peratus berbanding catatan tahun sebelumnya.

Model ikon

Ekoran perkembangan positif itu, Suzuki Assemblers membawa masuk empat buah jentera berkuasa tinggi ke pasaran tempatan.

Model itu ialah Hayabusa (GSX1300RA), GSX1250FA, GSX-R1000 dan V-Strom 1000. Senarai model itu nyata bukan nama calang-calang dalam dunia motosikal berkuasa tinggi.

Sebenarnya, Suzuki Assemblers menggunakan bantuan DRB-HICOM Auto Solutions Sdn. Bhd. (DHAS) untuk mengimport model-model berkenaan ke Malaysia.

Jika diperhatikan senarai model itu, secara amnya itulah jentera-jentera Suzuki yang memiliki populariti kukuh di persada antarabangsa.


MODEL Hayabusa masih mengekalkan rekaan asal tanpa pembaharuan kosmetik yang signifikan.


Siapa yang tidak mengenali kehebatan Hayabusa. Malah ia turut diawasi rapat oleh pesaing-pesaing senegaranya sehingga ada yang mahu meletakkan produk untuk mencabar Hayabusa.

Diberi jolokan Raja Jalan, model yang dilancarkan ke pasaran domestik mewarisi pelbagai pembaharuan signifikan sejak Hayabusa diperkenalkan kira-kira 15 tahun lalu.

Ia masih dinobatkan sebagai motosikal produksi terpantas dunia. Model itu masih menerajui senarai sebagai model jualan terkumpul terbaik dalam kelas tersendiri di peringkat global.

Untuk pasaran Malaysia, model itu diberi beberapa penambahbaikan seperti aplikasi angkup brek yang lebih ringan untuk maklum balas memberhentikan pergerakan roda lebih baik. Selain itu, kawalan jentera ditingkatkan dengan padanan sistem brek antikunci.

Bagi penggemar jentera sport tourer moden, Suzuki Assemblers menyediakan model GSX1250FA sebagai alternatif kepada model-model Jepun sedia ada dalam pasaran. Model itu dicipta untuk aktiviti kembara jarak jauh dengan hamburan kuasa berprestasi.

Jentera yang didatangkan dengan penghadang angin kompak dan fairing membantu meningkatkan faktor aerodinamik sewaktu tunggangan.

Tempat duduknya boleh diselaras ketinggian sebanyak 20 milimeter untuk mereka yang inginkan posisi kedudukan lebih tinggi. Instrumen meter pula membekalkan paparan komprehensif sewaktu tunggangan.

Bagi menikmati kek pasaran sportsbike, Suzuki Assemblers menyandarkan kepercayaan itu kepada model GSX-R1000. Lebih popular dengan panggilan Gixxer, jentera satu liter itu ada kelebihan tersendiri dan pernah memenangi perlumbaan World Endurance Championship sebanyak 10 kali dalam tempoh 12 tahun lalu.

Model sports itu didatangkan bersama sistem suspensi BPF (Big Piston Front Forks) yang menawarkan maklum balas responsif sewaktu tunggangan kelajuan tinggi manakala sistem brek cakera pula dilengkapi angkup monoblok keluaran Brembo.


Suzuki V-Strom 1000 didatangkan dengan dua mod cengkaman yang boleh ditetapkan mengikut selera penunggang.


Perkenal dua model baharu

Bagi peminat aktiviti kembara lasak dan sport, Suzuki V-Strom 1000 mungkin mampu memenuhi keperluan anda. Model edisi 2014 itu ialah motosikal baharu yang direka semula sepenuhnya berbanding varian-varian sebelum ini.

Jentera itu didatangkan dengan mod kawalan cengkaman dua tetapan. Tahap pertama menyalurkan kawalan minimum manakala pilihan kedua memastikan campur tangan elektronik optimum jika berlaku sebarang gelinciran.

Pasukan jurutera Suzuki turut memadankan sistem brek antikunci pada kedua-dua roda motosikal itu. Sistem suspensi V-Strom 1000 boleh diselaras untuk menepati selera penunggang.

Tidak cukup dengan itu, Suzuki Assemblers juga mengumumkan rancangan untuk menambah koleksi motosikal berkuasa tinggi ke pasaran domestik tidak lama lagi.

Kobayashi berkata, pihaknya akan membawa masuk model motosikal berkapasiti 750cc tidak lama lagi dan akan melancarkan jentera bersesaran 650cc awal tahun hadapan.

"Kami mengunjurkan penghantaran sebanyak 300 unit motosikal berkuasa tinggi kepada pelanggan tempatan dalam tempoh 12 bulan akan datang," katanya pada majlis pelancaran motosikal berkuasa tinggi di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi menyempurnakan proses pemilikan dan servis selepas jualan, Suzuki Assemblers telah melantik 10 pengedar di seluruh negara untuk membolehkan para pelanggan menikmati pengalaman pemilikan terbaik.

Vespa LXV 150 3V

Posted:

Vespa LXV 150 3V

Vespa LXV 150 3V

Oleh SHAWKATH AZDE


VESPA LXV 150 3V mempamerkan rekaan klasik namun didatangkan bersama beberapa teknologi termaju seiring dengan cita rasa semasa golongan profesional muda.


SETELAH hampir empat tahun melihat kelibat Vespa LX 150 mundar-mandir di jalan raya, senario itu bakal berubah ekoran ketibaan model LXV 150 3V. Vespa baharu itu dilancarkan secara rasminya dua hari lalu di Petaling Jaya, Selangor.

LXV 150 3V menggamit memori rekaan klasik Vespa era 1960-an dengan pelbagai perincian binaan termasuk solekan komponen krom, penghadang angin unik, lampu utama berbentuk bulat dan pelana berasingan yang dibaluti material kulit.

Model buatan Vietnam itu tetap menerima sentuhan teknologi termaju termasuk sistem pancitan bahan api yang membantu anda jimat belanja pembelian bahan api hampir 30 peratus jika berbanding dengan Vespa versi karburator.

Rangkaian kuasa LXV 150 3V sebenarnya dibangunkan menerusi fasiliti pengeluaran Vespa di Pontedera, Itali. Hasil kajian dan kepakaran milik jurutera Vespa berjaya mengurangkan kesan geseran dan meningkatkan kadar pengaliran bendalir dalam bahagian enjin.

Sebelum ini, Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira) selaku pengedar rasmi model itu di negara ini hanya menawarkan model LX 150 sebelum diikuti varian edisi terhad, LX150 Apple Edition.


INSTRUMEN meter model LXV 150 3V masih menggunakan paparan analog untuk mengukur kadar kelajuan dan baki bekalan minyak petrol.


Sambutan terhadap Vespa moden sememangnya positif apabila anak syarikat Kumpulan Naza itu berjaya merekodkan jualan terkumpul sebanyak 2,000 unit bagi tempoh tiga tahun sejak 2011.

Naib Presiden Naza Two Wheels Division, Nik Daniel Nik Mahmood menjelaskan, syarikat itu berhasrat menjual sebanyak 2,000 unit Vespa bagi tahun ini. Katanya, Naza Premira sudah menjual sebanyak 500 unit dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Naza Premira turut berhasrat untuk membawa masuk tiga model Vespa baharu bagi tahun ini. Satu sumber memberitahu, tiga model berkenaan ialah Vespa Primavera, Vespa LT dan Vespa 946. Sama ada benar atau tidak, sama-sama kita nantikan sahaja pengumuman daripada Naza Premira.

SUV kompak jimat petrol

Posted:

SUV kompak jimat petrol

SUV kompak jimat petrol

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


LAMPU hadapan dengan LED satu garisan memberikan imej serba baharu pada Tucson ini.


HYUNDAI Tucson pertama kali diperkenalkan di peringkat global pada tahun 2004. Model ini dibina menggunakan platform asas Hyundai Elantra.

Generasi kedua dilancarkan pada tahun 2009 dengan rekaan lebih menarik. Pada tahun lalu di pameran Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS2013) Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Tucson versi yang dipertingkatkan.

Kali ini, penulis memandu uji Tucson varian 2.0 Executive Plus. Sekilas pandang Tucson yang dikelaskan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) nampak bergaya namun ruang kabin kenderaan itu sebenarnya sempit. Pun begitu, sentuhan dalaman rona hitam memberi Tucson aura eksklusif.

Antara aksesori yang ditawarkan dalam moden ini ialah skrin paparan dengan GPS, bumbung panoramik yang boleh buka, sistem tanpa kunci dan butang on/off enjin.

Setiap butang yang ada pada bahagian kokpit SUV kompak ini juga mudah untuk dicapai oleh penulis semasa pemanduan.

Material yang digunakan di permukaan juga bukan daripada jenis plastik murahan sekali gus menjadi penyejuk hati memandangkan harga model ini mencecah RM146,000 seunit.

Penumpang di bahagian belakang mungkin berasa kurang selesa kerana bumbung Tucson agak rendah manakala tingkap kecil mengehadkan pemandangan.

Bercerita perihal pandu uji, penulis kali ini mendera Tucson dengan memandu dari ibu negara ke Johor Bahru. Pemanduan melalaui lebuh raya Plus selama empat jam sebelum keluar di Plaza Tol Skudai bukan satu cabaran besar buat Tucson. Malah, pemanduan konsisten itu hanya menggunakan petrol dalam lingkungan RM40 namun tol yang perlu dibayar ialah sebanyak RM41.30.

Semasa di Johor Bahru, penulis mengambil peluang untuk ke Tanjung Piai melalui Pekan Nanas dan Pontian. Perjalanan melalui jalan ini agak beralun kerana kawasan tersebut merupakan tanah gambut.


TEMPAT duduk belakang Tucson ini cukup selesa untuk tiga orang penumpang.


Tucson yang dilengkapi sistem suspensi Macpherson Strut Side Load Coil (SLC) banyak membatu kawalan pemanduan. Serapan hentakan dan body roll ketika melalui jalan berselekoh juga minimum berbanding model sebelum ini.

Pun begitu, cubaan melanggar lubang jalan kampung agak mengecewakan, mungkin jurutera di Korea beranggapan jalan kampung di negara ini seindah permukaan lebuh raya.

Tahap kawalan stereng yang menggunakan teknologi Motor Driven Power Steering (MDPS) juga sederhana tetapi selesa.

Menggunakan enjin aluminium jenis Nu 2.0 liter MPi dengan enam kelajuan tidak mengecewakan. Kuasa sebanyak 164 bhp pada 6200 rpm dan 197 Nm pada 4600 rpm sudah cukup untuk menjadi pelesit rempit di jalan raya.

Sekadar info, Tucson yang dipandu uji ini menggunakan rim bersaiz 17 inci dengan tayar 225/60 jenama Kumho.

Hyundai mendakwa Tucson mampu bergerak sehingga 11.5 kilometer (km) untuk setiap liter petrol atau 18 sen untuk setiap kilometer.

Tucson menawarkan jaminan lima tahun atau 300,000km. Tetapi itu bukan berita gembira kerana seperti biasa Hyundai masih menderita akibat susut nilai melampau untuk model terpakai.

Namun, semua faktor itu boleh ditolak ke tepi sementelah Tucson dilengkapi enam beg udara. Kadangkala faktor keselamatan perlu diberi perhatian lebih berbanding isu estetik dan nilai jualan unit terpakai.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Saya masih lagi Presiden FAM'

Posted:

'Saya masih lagi Presiden FAM'

'Saya masih lagi Presiden FAM'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SULTAN AHMAD SHAH (kiri) melihat Proton Perdana yang dibeli baginda di Istana Hinggap Pahang, Kuala Lumpur semalam.


SULTAN Ahmad Shah belum membuat keputusan sama ada baginda akan mempertahan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau melepaskan tugasnya yang disandang sejak 30 tahun lalu.

Bagaimanapun, Sultan Ahmad Shah dijangka membuat keputusan pada Mesyuarat Exco FAM yang dijadualkan berlangsung 19 April ini.

"Dalam dunia ini, semua benda saling bersaing dan saya tidak terkecuali dalam hal ini tetapi saya juga tidak mahu cakap lebih mengenai perkara ini.

"Saya mengabdikan diri saya kepada Allah S.W.T dan (jika) nak cabar saya, ini adalah negara bebas. Saya tiada apa-apa untuk menentang mereka. Kepada mereka yang mahu mencabar saya... silakan.

"Pendirian saya mengenai hal ini akan terjawab pada (Mesyuarat Exco FAM) 19 April ini," titahnya kepada pemberita di Istana Hinggap Pahang di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, Sultan Ahmad Shah menerima penajaan dua buah kereta daripada Kumpulan DRB Hicom Berhad - sebuah kereta Proton Preve dan sebuah Proton Persona untuk kegunaan FAM.

Penajaan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB Hicom Berhad, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil.

Pada majlis berkenaan, Mohd. Khamil turut menyerahkan sebuah bas kepada baginda untuk kegunaan Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah - sebuah rumah kebajikan untuk anak-anak yatim yang terletak di Kuantan, Pahang.

Pada 2 April lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, tiga pencalonan untuk jawatan presiden diterima tetapi tidak mendedahkan nama calon berkenaan atau persatuan yang mengemukakan pencalonan tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua nama besar disebut-sebut untuk mencabar kedudukan Sultan Ahmad Shah ialah Tengku Mahkota Pahang yang juga Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Apa yang saya tahu, (ada) perjumpaan (Mesyuarat Exco FAM) pada 19 April ini. Macam mana saya nak tahu (senarai calon) Kongres FAM? Setiausaha Agung FAM tidak keluarkan lagi (senarai pencalonan).

"Kita tunggulah dulu. Sabar... saya tidak terburu-buru dalam perkara ini. Saya masih lagi Presiden FAM buat masa ini. Jika kamu tanya sama sama ada saya akan bertanding atau tidak, saya masih lagi presiden.

"Sabarlah, banyak artikel yang menyebut pasal saya. Sesetengah (laporan) elok, sesetengah tidak. Tipikal media dan ada yang mengkritik saya tetapi saya tidak rasa apa-apa.

"Mereka boleh kata apa sahaja yang mereka suka mengenai saya. Saya hanya memerhatikan sahaja," titahnya.

FAM akan mengadakan pemilihan bagi penggal 2014 hingga 2018 sempena Kongres ke-50 badan induk bola sepak negara itu pada 25 Mei depan.

PPBN agenda nasional negara

Posted:

PPBN agenda nasional negara

PPBN agenda nasional negara

Oleh LUQMAN HAKIM AB RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my


Najib (empat dari kiri) membaca buku PPBN Fasa 1 sambil diberi penerangan oleh Khairy Jamaluddin selepas merasmikan PPBN dan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang semalam.




Sebahagian pelatih cukup teruja pada majlis perasmian PPBN dan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari semalam.


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) sebagai projek berstatus nasional yang seharusnya mendapat sokongan semua pihak.

Najib berkata, PPBN bukan sahaja projek Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan, malah ia merupakan agenda nasional yang perlu dicapai seiring dengan sasaran yang digariskan.

"Kita mahu komitmen semua pihak, ibu bapa galak anak-anak bersukan, guru besar dan pengetua perlu lebih rajin dan minat bersukan.

"Mutu dan kemahiran bola sepak negara takkan meningkat dengan sendiri jika tiada komitmen yang tinggi untuk lihat sukan ini berjaya ke peringkat yang tertinggi," kata Najib pada majlis pelancaran PPBN dan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Kuantan, Pahang semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam majlis tersebut, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk menjayakan PPBN.

Secara peribadi, Najib optimis skuad bola sepak negara mampu beraksi di pentas berprestij - Piala Dunia dengan penerapan pelan yang sistematik dan tersusun.

"Semangat sahaja tak cukup, ia mesti disusuli dengan perancangan yang menyeluruh mencakupi segala keperluan untuk berjaya sehingga ke persada dunia.

"Cita-cita peribadi saya mahu melihat Malaysia layak ke Piala Dunia, ia bukan sesuatu yang mustahil, boleh jadi kenyataan. Jadi pelancaran PPBN ini adalah tepat pada masanya," ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan para pemain negara tidak terlibat dengan bookie.

"Budak-budak ini perlu memiliki nilai, jangan sampai ada pihak seperti bookie merosakkan semangat yang mereka miliki dan penyakit ini perlu dihapuskan," tambahnya.

Bermulanya transformasi sukan bola sepak

Posted:

Bermulanya transformasi sukan bola sepak

Bermulanya transformasi sukan bola sepak


NAJIB beramah mesra dengan Pengarah Program PPBN, Lim Teong Kim semalam. Turut kelihatan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (kiri).


PELAN Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) memerlukan masa untuk mencapai sasaran ditetapkan kerana ia merupakan rangka jangka panjang yang bertujuan membangunkan kembali sukan bola sepak di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perubahan yang dilakukan demi memastikan bola sepak negara berada di kemuncak kegemilangan dan kecemerlangan.

"Melalui pelancaran PPBN oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini (semalam), saya rasa tiada lagi alasan untuk kita membangunkan mutu bola sepak negara dan Perdana Menteri juga telah menyatakan bahawa pelan ini berstatus nasional.

"Dengan peruntukan tambahan RM10 juta seperti diumumkan Perdana Menteri, saya yakin ia akan membantu kita mencapai banyak sasaran terutama dalam aspek pengurusan dan pembangunan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran PPBN dan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di Gambang, Kuantan semalam.

Khairy Jamaluddin berkata, pelan pembangunan yang dilancarkan itu merupakan fasa pertama yang tempohnya bermula tahun ini hingga 2020.

Katanya, pada tempoh akhir fasa itu nanti, landskap program pembangunan bola sepak negara dijangka berubah dengan penambahbaikan seperti penerapan falsafah atau DNA permainan bola sepak negara secara menyeluruh di setiap peringkat.

Beliau menjelaskan, PPBN turut mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memastikan kejayaan pelan tersebut.

"Saya sudah bentangkan PPBN kepada Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan mendapat perkenan daripada baginda," katanya.

Menjelang tahun 2020, jumlah bakat muda di pusat latihan akan meningkat kepada 51,125 pemain daripada 5,454 pemain tahun ini dan bilangan Akademi Tunas ditambah secara berperingkat kepada 150 menjelang tahun 2020 berbanding 14 sedia ada.

Bilangan Pusat Latihan Daerah untuk program bola sepak di sekolah menengah juga akan ditambah menjadi 150 berbanding 44 sedia ada dan penambahan jurulatih berlesen daripada 387 orang tahun ini kepada 2,472 orang pada 2020.

Selain itu, Khairy Jamaluddin berkata, bilangan pertandingan juga akan ditambah daripada 16 kali tahun ini kepada 37 kali pada 2020.

"Akademi Bola Sepak Negara akan menempatkan 500 pemain terbaik lelaki berusia 13 hingga 17 tahun dari seluruh negara.

"Akademi ini akan mempunyai kemudahan yang setaraf dengan sekolah berasrama penuh lain bagi menampung program pembelajaran setempat semua pemain," tambahnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Keperluan memberi nafkah

Posted:

Keperluan memberi nafkah

Keperluan memberi nafkah

SEBAGAI ketua keluarga, seorang lelaki bertanggungjawab menyediakan nafkah asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal buat isteri dan anak-anak. - Gambar hiasan


BEBERAPA minggu yang lepas, kita membincangkan mengenai kewajipan suami dan isteri dalam perkahwinan. Minggu ini kita akan memfokuskan kepada satu tajuk yang sangat penting dalam kewajipan berumah tangga.

Ia berkenaan memberi nafkah keluarga demi menjaga kelangsungan kehidupan dan juga mengelakkan daripada berlakunya darar iaitu kemudaratan disebabkan kesempitan hidup.

Oleh sebab itu, tanggungjawab memberi nafkah diletakkan di atas bahu ketua keluarga iaitu suami atau bapa sebagai tanggungjawab asasi.

Al-Quran telah meletakkan secara jelas tanggungjawab ini ke atas suami atau bapa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

"Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).

"Kemudian jika kedua-duanya iaitu suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan yang telah dicapai oleh mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa jua yang kamu lakukan."

Walaupun ayat di atas lebih menjurus tentang hubungan kekeluargaan selepas berlaku perceraian, apa yang menarik untuk dijadikan pengajaran ialah sikap tanggungjawab melengkapi keperluan anak, ibu dan juga kebajikan bapa tersebut adalah sangat dituntut walaupun telah berpisah.

Ibu juga berperanan untuk memastikan anak tersebut berterusan mendapat penyusuan daripadanya demi kelangsungan hidupnya dan tidak menyusahkan bapa untuk mengupah orang lain atau memaksanya mengeluarkan belanja di luar kemampuannya.

Nafkah anak

Begitu juga pihak bapa tidak boleh menyusahkan si ibu yang telah menyusukan anaknya atau melarang melihat anaknya selepas penyusuan.

Walaupun begitu, tanggungjawabnya memberi nafkah anak adalah berterusan sehingga anak tersebut mencapai umur tertentu dan boleh berdikari mencari rezekinya sendiri.

Bagi anak perempuan, tanggungjawab nafkah berterusan sehingga anak tersebut berkahwin. Jika bapa telah tiada tanggungjawab ini hendaklah dipikul oleh waris untuk memastikan kebajikan anak tersebut terpelihara sehingga mencapai umur tertentu.

Masih terdapat dalam kalangan masyarakat umum yang tidak memahami tentang makna nafkah. Nafkah merujuk kepada keperluan asas iaitu makan minum, pakaian, tempat tinggal dan juga khidmat pembantu rumah jika ada keperluan dan berkemampuan.

GOLONGAN wanita boleh menuntut hak nafkah mereka dan anak-anak di mahkamah syariah dari semasa ke semasa. - Gambar hiasan


Namun, keperluan tersebut hendaklah juga melihat kepada status sosial isteri dalam masyarakat. Ini bermakna keperluan tersebut hendaklah sempurna.

Sebagai contoh, keperluan kepada tempat tinggal hendaklah bersesuaian dengan status isteri dari segi keperluan yang ada dalam rumah tersebut seperti peralatan rumah dan apa-apa jua keperluan lain yang bersangkutan dengan keadaan dalam rumah tersebut seperti akses kepada bilik air dan juga mempunyai tempat untuk privasi.

Ini untuk mengelakkan sikap sambil lewa dan sikap acuh tidak acuh dalam memenuhi keperluan pasangan dalam perkahwinan.

Oleh kerana tanggungjawab nafkah ini adalah sangat penting dan asasi, tuntutan nafkah boleh dibuat walaupun tanpa kebenaran suami melalui perintah mahkamah.

Di dalam riwayat daripada Saidatina Aisyah r.a bahawa Hindun bt. Utbah telah berjumpa dengan Rasululullah SAW dan berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian (suaminya) adalah seorang yang kedekut. Dia tidak memberi belanja yang cukup untuk saya dan anak-anak kami kecuali jika saya ambil dengan tidak diketahuinya."

Rasulullah SAW menjawab: "Ambillah sekadar yang cukup untuk keperluan kamu dan anak-anak kamu dengan cara yang baik."

Tuntutan nafkah

Undang-undang keluarga Islam negeri-negeri mempunyai peruntukan yang jelas terhadap tuntutan nafkah isteri. Seorang wanita yang telah berkahwin boleh memohon di mahkamah syariah dari semasa ke semasa untuk mendapatkan nafkah mengikut hak yang diperuntukkan dalam undang-undang Islam.

Diperuntukkan juga bahawa isteri tidak berhak mendapat nafkah jika ia tidak taat kepada suami dan suami boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapat perintah nusyuz. Kemudian, suami tidak lagi perlu untuk membayar nafkah kepada isteri selepas mendapat perintah mahkamah.

Perintah pembayaran nafkah yang dibuat oleh mahkamah syariah boleh dikuatkuasakan dengan membuat attachment of earnings orders iaitu mendapatkan perintah yang diserahkan kepada majikan untuk membuat pemotongan gaji suami.

Jika suami tidak berupaya membayar nafkah disebabkan kecacatan fizikal dan tidak mempunyai harta, isteri bolehlah memohon perintah tersebut dipindahkan kepada keluarga lelaki sebelah suami iaitu waris lelaki yang berhak mendapat harta pusaka.

Pameran pertahanan serantau terbesar

Posted:

Pameran pertahanan serantau terbesar

Pameran pertahanan serantau terbesar

Oleh ZAKI SALLEH


SALAH sebuah kenderaan perisai yang akan dipamerkan pada DSA 2014.


KUALA LUMPUR sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama empat hari bermula 14 April ini.

Sebagai pameran pertahanan dan keselamatan antara lima terbesar di dunia dan paling besar di Asia, DSA 2014 telah mengesahkan penyertaan sebanyak 1,000 syarikat pertahanan tempatan dan antarabangsa dari 50 buah negara.

Dengan keluasan tapak pameran kira-kira 41,000 meter persegi, edisi penganjuran DSA kali ke-14 ini merupakan yang terbesar selepas kali pertama DSA dianjurkan pada 1988.

Seramai 27,000 pelawat dijangka hadir merangkumi pegawai atasan Kementerian Pertahanan dari seluruh Asia termasuk ketua-ketua angkatan tentera serta pentadbir yang bertanggungjawab terhadap industri pertahanan dan perolehan teknologi terkini.

DIJANGKA seramai 27,000 pengunjung bakal memeriahkan DSA 2014.


Pameran tersebut menyaksikan sebanyak 27 Kumpulan Pavilion Negara termasuk Malaysia menyertainya dan Turki menjadi pavilion luar negara terbesar dengan penyertaan 50 buah syarikat.

Pavilion Malaysia pula seluas 1,700 meter persegi dengan penyertaan syarikat seperti DRB Hicom Defence Technologies (Deftech), Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd., Nadi Defence dan SME Ordnance.

Pavilion negara lain seperti Austria, Brazil, Bulgaria, China, Perancis, Jerman, Indonesia, Pakistan, Poland, Rusia, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Penganjuran DSA turut disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Ia dianggap sebagai sebahagian saluran perolehan di rantau sebelah sini dan akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam rangkaian bekalan global bagi pengilang alat-alat pertahanan serantau.

Perolehan

Sebagai perbandingan, DSA pada tahun 2012 menyaksikan beberapa perjanjian perolehan utama dan kontrak bernilai lebih RM4.76 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dimeterai.

Jumlah perolehan tertinggi pula direkodkan pada edisi DSA 2010 iaitu berjumlah RM10.35 bilion, antaranya pembelian 12 buah helikopter Eurocopter EC725 dan kenderaan perisai AV8.

DSA 2014 melibatkan pameran statik peralatan dan teknologi pertahanan, sistem persenjataan dan penyelesaian keselamatan generik terkini termasuk beberapa kelengkapan perang milik ATM.

Beberapa acara lain turut diadakan termasuk Persidangan Meja Bulat Panglima Tentera Darat, forum Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Bahan Letupan serta bantuan kemanusiaan bencana.

Isu berkaitan keselamatan siber yang pernah melanda beberapa negara kuasa besar akan menjadi satu daripada fokus utama perbincangan dalam DSA kali ini.

Berbeza dengan penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA), DSA mempunyai signifikan tersendiri kerana melibatkan pameran sistem pertahanan sepenuhnya ketiga-tiga cabang tentera darat, laut dan udara.


PAMERAN DSA telah meletakkan Kuala Lumpur dalam peta industri pertahanan global. - Gambar hiasan


LIMA pula hanya terhad kepada pameran pertahanan dan teknologi seumpamanya bagi segmen aeroangkasa dan maritim termasuk sektor komersial.

Penting

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, industri pertahanan tempatan memainkan peranan cukup penting yang menyokong keperluan ATM.

Katanya, hampir kebanyakan aset ketenteraan negara dibekalkan oleh syarikat tempatan seperti bahan letupan, kenderaan, sistem komunikasi dan sistem elektronik termaju.

"Secara tidak langsung, DSA telah mengukuhkan lagi pelbagai cabang dalam industri pertahanan negara sejak dua dekad lalu termasuk industri hilirannya selain menyumbang terhadap sumber tenaga manusia berkemahiran tinggi," ujar beliau.

Antara yang dijangka menjadi tarikan pada DSA kali ini ialah penyerahan kumpulan pertama kenderaan perisai beroda buatan tempatan iaitu AV8 oleh Deftech kepada Tentera Darat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Isyarat kotak hitam kelima dikesan pesawat Australia

Posted:

Isyarat kotak hitam kelima dikesan pesawat Australia

Isyarat kotak hitam kelima dikesan pesawat Australia

AFP
GAMBAR bertarikh 7 April ini menunjukkan tiga kru kapal HMAS Perth menggunakan teropong ketika misi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.




Reuters
PESAWAT AP-3C Orion mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia di Pearce selepas menyertai misi mencari MH370 kelmarin.


PERTH - Satu lagi isyarat detik baharu dipercayai daripada kotak hitam Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi berjaya dikesan oleh sebuah pesawat peninjau AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia semalam.

Isyarat itu merupakan yang kelima dikesan pasukan mencari sekali gus memberi harapan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu semakin hampir ditemui.

Ketua Penyelaras Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston memberitahu, isyarat terbaharu itu dikesan di kawasan yang sama di mana empat lagi isyarat di kesan sebelum ini.

Katanya, isyarat terbaharu itu dikesan oleh pesawat peninjau AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia pada tengah hari semalam.

"Pesawat mengesan isyarat tersebut melalui berpuluh-puluh alat pengesan bunyi yang dijatuhkan di permukaan air di satu lokasi di kawasan carian.

"Isyarat yang diperoleh oleh pesawat ini perlu dianalisis terlebih dahulu tetapi data menunjukkan ia berpotensi dikeluarkan dari alat buatan manusia," kata Houston.

Tambahnya, sebuah kapal milik Australia, HMAS Ocean Shield yang membawa alat pengesan kotak hitam, towed pinger locator kini memfokuskan carian di satu lagi lokasi di Lautan Hindi kira-kira 2,280 kilometer dari barat laut Perth.

Kapal HMAS Ocean Shield pada Selasa lalu mengesan dua isyarat dipercayai daripada kotak hitam MH370 di lokasi berkenaan.

Isyarat berkenaan kali pertama dikesan pada Sabtu lalu oleh kapal HMAS Ocean Shield sebelum sekali lagi dikesan pada Selasa lalu.

Isyarat baharu itu juga memberi harapan bahawa bateri di kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan rakaman suara kokpit pesawat MH370 masih lagi bertahan.

Kapal HMAS Ocean Shield mengesan isyarat itu di lokasi penerbangan MH370 diramalkan berakhir oleh penganalisis selepas pesawat Boeing 777-200 tersebut kehabisan minyak.

"Saya berpendapat kita kini mencari di kawasan yang betul tetapi saya tidak boleh membuat sebarang pengesahan sehingga kita menjumpai bangkai atau serpihan pesawat ini," tambah Houston.

Menurutnya, sebuah kapal selam kawalan jauh, Bluefin-21 mungkin diturunkan di lokasi isyarat itu dikesan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi mengesan bangkai pesawat berkenaan.

"Saya berharap dengan lebih banyak isyarat dikesan kita mampu mengecilkan kawasan carian.

"Saya menjangkakan dalam tempoh beberapa hari lagi kita mampu mengesan sesuatu di dasar lautan yang mengesahkan bahawa ia adalah pesawat MH370," katanya.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 kru terhempas di selatan Lautan Hindi selepas berpatah balik dari laluan penerbangan asal ke Beijing, China. - Agensi

Pesawat Jet Airways 'hilang' 30 minit

Posted:

Pesawat Jet Airways 'hilang' 30 minit

Pesawat Jet Airways 'hilang' 30 minit

NEW DELHI - Komunikasi antara sebuah pesawat Jet Airways dari India dengan menara kawalan trafik udara hilang selama 30 minit ketika berada di ruang udara Jerman pada bulan lalu selepas juruterbang menanggalkan fon kepala mereka, lapor akhbar semalam.

Pesawat itu yang dalam penerbangan dari London, Britain menuju ke Mumbai dilaporkan tidak menjawab panggilan radio dari menara kawalan selama 30 minit ketika terbang di ruang udara Jerman.

Kejadian yang berlaku pada 13 Mac lalu menyebabkan pihak berkuasa Jerman membuat aduan kepada India.

"Kejadian itu mencetuskan panik di menara kawalan trafik udara Jerman kerana situasi itu menyamai tragedi yang berlaku pada pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS)," kata seorang pegawai yang dipetik akhbar Indian Express.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu dipercayai terhempas di Lautan Hindi selepas terputus hubungan dengan menara kawalan pada 8 Mac lalu.

Seorang jurucakap Jet Airways berkata, komunikasi itu terputus selepas kru pesawat Boeing 777-300ER terlupa untuk meningkatkan bunyi pembesar suara selepas membuka fon kepala mereka.

Tambah jurucakap itu lagi, dua juruterbang pesawat berkenaan digantung selama dua minggu akibat insiden berkenaan.

Pihak berkuasa penerbangan awam India juga mengarahkan satu siasatan dijalankan berhubung tindakan juruterbang tersebut. - dpa

Jokowi gagal tepati ramalan

Posted:

Jokowi gagal tepati ramalan

Jokowi gagal tepati ramalan


SEORANG wanita membuang undi di Jakarta kelmarin. - AFP


JAKARTA - Pembangkang terbesar Indonesia, Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) gagal menepati ramalan untuk mencatat kemenangan besar walaupun mendahului dalam keputusan awal pilihan raya (Pemilu) umum negara itu.

Prestasi lemah tersebut berlaku di sebalik populariti calonnya, Gabenor Jakarta, Joko Widodo yang menjadi pilihan utama untuk memenangi pilihan raya Presiden, Julai depan.

Keputusan awal Pemilu semalam menunjukkan PDI-P memperoleh hampir 20 peratus undi.

Beberapa penganalisis politik berkata, Joko atau lebih popular sebagai Jokowi di Indonesia, perlu mendahului dengan 27 peratus undi bagi memudahkan laluannya memenangi pilihan raya Presiden beberapa bulan lagi.

"PDI-P gagal menggunakan populariti Jokowi sepanjang kempen Pemilu kali ini," kata Pengarah Eksekutif Institut Pol-Tracking, Hanta Yuda.

"Parti itu tidak sepenuhnya mengeskploitasi populariti Jokowi semasa berkempen di seluruh Indonesia dan menerusi iklan televisyen selain gagal menangkis komen-komen negatif parti lawan," tambahnya.

Keputusan awal kiraan undi menunjukkan Parti Golkar berada di kedudukan kedua apabila memperoleh 15 peratus undi, diikuti oleh Parti Gerindra di tempat ketiga dengan 12 peratus undi.


GABENOR Jakarta, Joko Widodo (kiri) dan isterinya, Iriana Widodo (kanan) berjalan pulang ke kediaman mereka selepas membuang undi pada pilihan raya umum Indonesia di Jakarta kelmarin. - AFP


Kedua-dua parti politik tersebut masing-masing mencalonkan ahli perniagaan, Aburizal Bakrie dan bekas jeneral, Prabowo Subianto untuk bertanding pada pilihan raya Presiden kali ini.

Sesebuah parti politik Indonesia perlu memenangi 20 peratus kerusi di Dewan Perwakilan atau 25 peratus undi keseluruhan Pemilu untuk mencalonkan wakil mereka pada pilihan raya Presiden.

Jika gagal, satu gabungan dengan sebuah atau lebih banyak parti politik perlu dibentuk bagi tujuan tersebut.

"Syukur kepada Tuhan, rakyat memilih PDI-P sebagai pemenang Pemilu," kata Jokowi.

"Saya fikir sukar untuk PDI-P bergerak sendiri. Kami perlu bekerjasama dengan parti politik yang sehaluan dan PDI-P terbuka untuk berbuat demikian," jelasnya.

Dalam pada itu, kira-kira 6,607 calon daripada 12 parti politik bertanding pada pilihan raya kali ini untuk merebut 560 kerusi Dewan Perwakilan.

Widodo yang merupakan seorang bekas pengusaha perabot merupakan muka baharu dalam senario politik Indonesia tetapi ramai penduduk menyokong gayanya yang sederhana, tidak sombong dan sanggup menziarahi dan bergaul dengan golongan miskin.

Keputusan rasmi Pemilu akan hanya diumumkan bulan depan tetapi pengiraan awal yang diumumkan beberapa organisasi kaji selidik dianggap boleh diguna pakai.

Indonesia yang memiliki seramai 240 juta penduduk merupakan negara demokrasi ketiga terbesar di dunia selepas India dan Amerika Syarikat.

Negara tersebut juga memiliki penduduk Islam paling ramai di dunia. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Wanita peneraju Standards Malaysia

Posted:

Wanita peneraju Standards Malaysia

Wanita peneraju Standards Malaysia

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

WANITA berusia 53 tahun ini gemar membaca pelbagai genre buku yang tersusun rapi di dalam pejabatnya untuk menambah pengetahuan.


BERGELAR Ketua Pengarah Jabatan Standards Malaysia (Standards Malaysia), Fadilah Baharin, 53, membuktikan bahawa wanita juga mampu menjadi pemimpin yang baik dalam menerajui sesuatu organisasi.

Malah, kejayaan beliau sebagai wanita pertama yang dilantik untuk mewakili Malaysia dalam Majlis Tertinggi International Organization for Standardization (ISO Council) bagi sesi 2013-2015 merupakan satu pencapaian yang membanggakan negara.

Justeru, sukar untuk menafikan keupayaan anak kelahiran Alor Gajah, Melaka itu dalam melaksanakan setiap amanah yang terpikul di bahunya. Ia perlu dicontohi bukan sahaja kaum Hawa tetapi juga kaum Adam di luar sana.

Peluang menyusuri liku-liku kehidupan yang dilalui Fadilah dalam satu temu bual eksklusif di pejabatnya yang terletak di Cyberjaya pertengahan Mac lalu, membuka ruang untuk mengenali figura hebat ini.

Istimewa

Merupakan anak ketiga daripada lima beradik, Fadilah sering dianggap ibunya, Allahyarhamah Minah Mokhtar sebagai seorang anak yang istimewa sejak kecil.

Sifat ingin tahu dan keberanian yang dimiliki membuatkan Fadilah rajin bertanya jika ada sesuatu yang membelenggu fikirannya.

Menurut beliau, perwatakannya itu sebenarnya dipengaruhi dengan corak kehidupan ketika dibesarkan di Singapura kerana mengikut ayahnya, Allahyarham Baharin Mohamad yang bertugas sebagai anggota polis.

"Persekitaran di sana amat berbeza. Radius kehidupan saya disekelilingi orang-orang Cina. Tanpa ada pilihan, kami perlu bercakap dalam bahasa Inggeris untuk sebarang komunikasi kerana tidak ada yang faham jika saya bertutur dalam bahasa Melayu.


BEKAS survivor kanser payudara ini berjaya membuktikan kemampuannya mengemudi sebuah organisasi tinggi seperti Standards Malaysia.


"Di rumah juga, kami lebih senang berbahasa Inggeris dalam kalangan ahli keluarga kecuali emak. Kadang-kadang bila bercakap dengan emak ibarat seperti perbualan ayam dan itik.

"Saya cakap 'orang putih' emak balas dalam bahasa Melayu. Memang kelakar bila difikirkan. Tetapi lama-kelamaan ia jadi satu kebiasaan buat kami sekeluarga," imbau Fadilah yang memanggil emak dan ayahnya sebagai Mommy dan Daddy kerana mengikut suasana di kota itu.

Tambah beliau, sejak dari tadika hingga darjah lima, semua rakan-rakannya terdiri daripada kaum Cina dan hubungan mereka sangat baik. Kawan Melayu pula, boleh dikira dengan jari.

Oleh itu, apabila pulang ke Malaysia pada usia 12 tahun, Fadilah mengalami satu tekanan yang hebat kerana perubahan budaya, persekolahan dan persekitaran hidup yang jelas berbeza.

"Di Singapura, saya telah pun menduduki Primary School Leave Examination (PSLE) yang membolehkan saya terus melanjutkan persekolahan ke peringkat menengah. Namun, di Malaysia selepas penilaian darjah lima, kita perlu menghabiskan pelajaran darjah enam sebelum ke sekolah menengah.

"Keadaan ini yang membuatkan saya tertekan dan kecewa kerana perlu mengulangi apa yang telah dipelajari. Kemudian, di kampung saya masih lagi berkawan dengan pelajar Cina hingga makan di restoran mereka menyebabkan saya dipandang serong oleh masyarakat," cerita Fadilah yang melalui pelbagai transformasi terutama budaya pada awal usianya.

Namun, bertitik tolak dari situlah Fadilah akhirnya menerima nasihat dari seorang guru bernama Long Chai Kok yang memujuknya agar kembali menjalani kehidupan asas sebagai seorang Muslim.

"Sejak itu, saya belajar bagaimana bergaul dengan orang, menanggapi perbezaan dan berkelakuan baik dengan masyarakat pelbagai kaum," kata Fadilah yang mengakui sering diejek rakan kerana tidak fasih berbahasa Melayu.

Atlet harapan

Sewaktu belajar di Sekolah Menengah Inggeris Alor Gajah dari tingkatan satu hingga tiga, Fadilah sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Beliau merupakan atlet harapan yang terlibat dalam sukan olahraga, hoki dan pertandingan debat hingga mewakili sekolah, zon dan negeri.

Malah, beliau juga pernah bergelar kapten pasukan hoki sekolahnya. Begitu juga apabila menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Sains Melaka, Fadilah tetap aktif dalam pelbagai aktiviti.

Ketika di tingkatan empat, Fadilah merupakan pelajar kumpulan kedua di sekolah tersebut. Jadi, beliau dan rakan-rakan mencipta banyak perkara baharu seperti aktiviti walkaton untuk mengumpul duit dari orang kampung, maraton dan sebagainya.


KEBANGGAAN negara. Fadilah (tiga dari kanan) sewaktu dilantik mewakili Malaysia dalam Majlis Tertinggi ISO Council di San Diego, California, Amerika Syarikat pada tahun 2012.


"Walaupun aktif, tetapi Alhamdulillah, ia tidak menjejaskan pencapaian akademik saya. Ini anugerah Allah buat saya yang amat disyukuri," jelasnya.

Sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan, Fadilah telah dihantar melanjutkan pengajian di peringkat A-Level di Kolej Devon, Barnstaple, England pada tahun 1981.

Kemudian, beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kesihatan & Fizik Alam Sekitar (fokus dalam perlindungan radiasi) di Universiti Salford, England selama tiga tahun.

Sebaik tamat pengajian, Fadilah nyaris-nyaris tidak mahu pulang ke Malaysia kerana mendapat tawaran bekerja di sana. Bagaimanapun, pesanan emak dan juga kata-kata daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu bergelar Menteri Pelajaran melembutkan hati Fadilah.

"Saya masih ingat emak menangis dalam telefon menyuruh saya pulang selepas mendapat segulung ijazah. Kemudian, amanat Tun kepada pelajar ketika datang ke London yang berbunyi, You are very selected to come here. So, if you love your country, please come back and serve meruntun jiwa saya.

"Hakikatnya ketika itu, kumpulan pelajar yang sama dengan saya semuanya pulang ke Malaysia dan berkhidmat untuk negara," ujar Fadilah yang merupakan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1984, Fadilah terpaksa menganggur selama tujuh bulan sebelum dipanggil bertugas sebagai pegawai penyelidik di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom yang ditubuhkan pada tahun 1985.

Tugas

Antara tugas yang dilakukan ialah mencipta peraturan pertama pengawalan mengenai standard asas keselamatan bagi penggunaan nuklear yang dikuatkuasakan pada tahun 1987.

Selepas itu, Fadilah dipinjamkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) yang kini dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada tahun 1989 untuk membangunkan satu entiti baharu yang dinamakan Pusat Maklumat Sains dan Teknologi (MASTIC).

Malah, beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab mencipta Laporan Indikator Sains & Teknologi Malaysia yang masih digunakan hingga sekarang serta menghasilkan klasifikasi baharu terhadap Definisi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

"Saya bersyukur kerana sepanjang kehidupan ini, saya selalu mencipta sesuatu yang baharu. Saya percaya apa jua kerja yang diberikan, perlu diambil sebagai satu amanah untuk dilaksanakan sebaik mungkin.

"Tidak perlu kita canangkan kepada khalayak tetapi orang akan nampak sendiri hasilnya. Di mana sahaja kita pergi, kita harus menjadi ejen pengubah yang membawa ke arah kebaikan," tegas Fadilah sekali gus memperlihatkan kewibawaannya sebagai pemimpin.

Badan tetap standard piawaian Malaysia

Posted:

Badan tetap standard piawaian Malaysia

Badan tetap standard piawaian Malaysia


FADILAH (dua dari kanan) menyampaikan Sijil Akreditasi Makmal ISO IEC 17025 kepada Universiti Teknologi Petronas di Perak baru-baru ini.


DITUBUHKAN pada 28 Ogos 1996, Jabatan Standards Malaysia (Standards Malaysia) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (Mosti) serta merupakan Badan Standard dan Akreditasi Kebangsaan.

Ia bertanggungjawab membangunkan standard untuk kegunaan industri melibatkan aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

Badan penguatkuasa boleh merujuk standard tersebut dalam peraturan atau undang-undang, contohnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk pensijilan kelulusan sesuatu produk.

Melalui aktiviti standardisasi dan perkhidmatan akreditasi yang berwibawa, Standards Malaysia memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan bagi peningkatan daya saing global.

"Peranan kami adalah untuk memastikan pengguna atau organisasi mendapat kualiti yang baik bagi setiap barangan mahupun perkhidmatan yang digunakan. Contohnya, produk halal atau barangan elektrik.

"Selain itu, kami juga membantu memudahkan perdagangan dalam negeri dan antarabangsa dengan mengurangkan halangan perdagangan antarabangsa demi memajukan ekonomi negara serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat dunia," ujar Ketua Pengarah Standards Malaysia, Fadilah Baharin.

Sepanjang 18 tahun ditubuhkan, Standards Malaysia telah berjaya membangunkan lebih daripada 6,300 Malaysian Standard (MS) dan menawarkan perkhidmatan akreditasi untuk menyumbang secara positif kepada ekonomi, masyarakat, alam sekitar dan kesejahteraan negara.

Menurut Fadilah, antara cabaran yang dihadapi ialah untuk memperkasakan budaya kualiti dalam kalangan warga jabatan di samping menjalin kerjasama dengan pihak lain terutama penguat kuasa bagi mempromosi dan menyelaraskan MS ini.

"Setakat ini, terdapat 438 standard yang telah dimandatori oleh penguat kuasa seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan , Jabatan Pengangkutan Jalan dan sebagainya.

"Saya berharap jumlah ini akan bertambah seiring dengan peningkatan kesedaran rakyat dan industri terhadap kepentingan standard dan kualiti," kata beliau sambil memberitahu pihaknya telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti Program Speak Up, Program Kesedaran Standard dan Jelajah Sekolah dalam usaha menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Bengkel mewarna batik sendiri

Posted:

Bengkel mewarna batik sendiri

Bengkel mewarna batik sendiri

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


DUA orang pelancong yang menyertai bengkel mewarna batik ini menunjukkan hasil kreativiti mereka.


KELOPAK demi kelopak bunga raya siap dicantingnya menggunakan bahan campuran lilin dan damar yang sentiasa dipanaskan di dalam periuk. Setiap lekukan dicoret sempurna tanpa getaran atau menampakkan kecacatan pada hasil seni batik tersebut.

Kecekapan Mohammad Nabil Iqbal, 25, menghasilkan corak batik berjaya memukau setiap pengunjung yang datang di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia mula mencanting batik sejak empat tahun lalu di Khaidani Batik, Selayang dan sejak itu berkongsi minat tersebut dengan orang ramai.

"Saya bekerja sebagai seorang pereka batik di C Work Design yang dibuka sejak dua tahun lalu. Kedai ini menjual pelbagai hasil batik dengan kebanyakan corak bermotifkan fauna.

"Selain menjual pelbagai bahan pameran batik, C Work Design turut menawarkan bengkel mewarna batik sendiri kepada pengunjung," jelasnya ketika ditemui di ruang legar Kompleks Pasar Seni berkenaan.

Harga bagi menyertai bengkel tersebut ialah RM20 merangkumi alatan mewarna batik dan kain hasil kreatif masing-masing untuk dibawa pulang.

Pengunjung juga akan diajar oleh Mohammad Nabil cara-cara untuk memilih warna dan menghasilkan tona yang berbeza.

Dalam pada itu, rakan sekerjanya, Fariha Mohd. Alias, 25, memberitahu, kebiasaanya kedai tersebut dikunjungi oleh pelancong dari luar negara seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.


ORANG ramai teruja menyaksikan kehebatan Mohammad Nabil mencanting batik termasuk dua peminat cilik ini.


Rebutan

Antara jenis batik yang menjadi rebutan mereka ialah batik bermotifkan haiwan seperti burung hantu dan anak gajah.

"Pengunjung lebih tertarik dengan corak burung hantu bermata bulat dan badan yang berwarna-warni.

"Walaupun corak batik ini lebih moden, kami tetap menyelitkan latar belakang pemandangan di kampung untuk menggambarkan suasana tradisi di Malaysia," jelasnya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Ahmad Wijaya, 27, leka meneliti kehalusan seni batik dicanting Mohammad Nabil.

Pemuda dari Medan, Indonesia itu mengambil peluang meneliti corak yang dihasilkan oleh Muhammad Nabil untuk membezakannya dengan batik di negaranya.

Berdasarkan pemerhatiannya, Ahmad Wijaya memberitahu, corak batik Jawa di Indonesia tidak jauh berbeza berbanding Malaysia iaitu masih menggunakan motif bunga dan haiwan.

"Beza antara kedua-dua jenis batik ini ialah batik Indonesia banyak menggunakan warna coklat dengan corak bunga lebih kecil dan padat," jelasnya yang datang ke negara ini untuk menziarahi adiknya yang menuntut di salah sebuah institusi pengajian swasta di ibu negara.


SALAH seorang pengunjung menyertai aktiviti mewarna batik yang diadakan di Pasar Seni, Kuala Lumpur.


Demonstrasi

Pengurus Kompleks Pasar Seni, Sheong Wai Mun berkata, demonstrasi batik itu adalah yang pertama kali dianjurkan pihaknya.

"Sebelum ini, kami tidak pernah menganjurkan demonstrasi batik dan ini merupakan aktiviti julung kalinya bagi menarik minat orang ramai untuk mengenal batik Malaysia.

"Selain batik, kami turut menganjurkan beberapa aktiviti seni lain seperti seni pembuatan barangan piuter dan jualan buku Art for Grab," katanya.

Pasar Seni merupakan kompleks penjualan pelbagai hasil seni dan kraftangan Malaysia. Antara yang dijual termasuklah batik, piuter, keris, hasil anyaman dan pelbagai buah tangan menarik yang melambangkan budaya di Malaysia

Bangunan Annexe yang merupakan sebahagian daripada kompleks tersebut pula menjadi antara pusat kegiatan seni paling aktif di Kuala Lumpur dan menarik lebih ramai pengunjung dari luar negara.

Kawasan di dalam bangunan tersebut dikategorikan mengikut lorong iaitu Lorong Melayu, Lorong Cina dan Lorong India.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved