Selasa, 8 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jaga dan rawat kucing terbiar

Posted:

Jaga dan rawat kucing terbiar

Jaga dan rawat kucing terbiar

BANGSAL berdindingkan jaring dan beratap zink yang dicat berwarna merah jambu itu mencuri perhatian pengunjung yang singgah ke situ.

Bahagian tembok bangsal yang dilukis gambar kucing, pokok bunga, rumah dan tertulis 1Meow 1Senyuman itu menjadi tarikan kepada Pusat Jagaan Kucing Omiey Home.

Bangsal berkeluasan empat meter persegi dengan ketinggian 2 meter dan berbumbungkan atap zink itu merupakan kediaman kepada 150 ekor kucing di pusat jagaan itu.

Sesekali kedengaran bunyi pergaduhan antara penghuni di bangsal tersebut sekali gus menggambarkan ketidakselesaan mereka yang tinggal di dalamnya.

"Kami memahami keadaan kucing-kucing di dalam sangkar ini yang tidak selesa kerana terlalu padat, namun ini saja pilihan yang ada," kata pemilik Pusat Jagaan Kucing Omiey Home, Melissa Ridz, 38.

Menurut Melissa, pihaknya telah mengambil beberapa pendekatan bagi mengurangkan masalah ketidakselesaan kucing di dalam sangkar tersebut.

Antaranya, memasang kipas bagi mengurangkan panas dan memasang kanvas ditepi jaring bagi mengelak tempias air hujan.

Kepada Nor Lailawati Othman, 29, Pusat Jagaan Kucing Omiey Home itu banyak membantu menyelesaikan masalahnya.

Kakitangan swasta yang tinggal di kawasan perumahan bertingkat di Bangi, Selangor itu bersyukur kerana pusat jagaan haiwan itu sanggup menerima kucing jalanan yang datang menumpang teduh di rumahnya. Memandangkan dia menyewa bersama beberapa rakan serumahnya, Nor Lailawati tidak dapat memelihara haiwan tersebut meskipun dia begitu teringin membelanya.

"Selepas merawat kucing tersebut yang menghadapi masalah kurap di telinga kanan dan selesema, saya menghantar kucing tersebut ke pusat jagaan tersebut," katanya ketika ditemui.

Pusat Jagaan Kucing Omiey Home, Kampung Melayu Kepong, Kuala Lumpur ditubuhkan sejak lima tahun lalu itu menawarkan khidmat menjaga dan merawat kucing-kucing terbiar secara percuma.


BANGSAL ini mampu menampung sebanyak 150 ekor kucing pada satu-satu masa.


Caj

Menurut Melissa pusat jagaan yang menempatkan kira-kira 150 ekor kucing itu menerima kucing-kucing terbiar yang dijumpai oleh orang ramai.

Namun bagi individu yang ingin menghantar kucing peliharaan mereka ke pusat tersebut, pihaknya akan mengenakan caj sebanyak RM50 untuk seekor kucing.

"Kami perlu mengenakan bayaran tersebut untuk membeli makanan, ubat-ubatan dan membayar gaji tujuh orang pekerja di pusat jagaan ini yang kosnya hampir RM2,000 sehari atau sekitar RM60,000 sebulan.

"Sepanjang mengendalikan pusat ini, tiada lagi individu yang merungut mengenai bayaran yang dikenakan," jelas beliau bahawa pihaknya juga menerima bantuan daripada orang ramai.

Menurut bekas graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, idea untuk menubuhkan pusat jagaan tersebut tercetus selepas mendapati terlalu banyak kucing terbiar.

Berbekalkan dana permulaan RM10,000, Melissa mengambil inisiatif menubuhkan pusat jagaan tersebut yang bermatlamat menjaga dan merawat kucing terbiar sebelum diserahkan kepada individu yang berminat.

"Kami akan cuba merawat kucing-kucing ini terlebih dulu sekiranya berpenyakit. Selepas kucing-kucing tersebut sembuh, kami bawa ke Uptown, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur untuk diberi kepada individu yang berminat mengambil kucing tersebut secara percuma.

"Selain itu, kami turut bekerjasama dengan kelab-kelab kucing di negara ini untuk menganjurkan program pengambilan kucing angkat," katanya berpengalaman memelihara kucing sejak kecil.

Terima sumbangan

Pusat Jagaan Kucing Omiey merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2010. Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu ragu-ragu untuk menghantar kucing atau menyalurkan sumbangan.


MUHAMMAD REDZUAN (kanan) melayan orang ramai yang menghantar kucing dari Pusat Penjagaan Omiey Home.


"Saya harap orang ramai tidak perlu bimbang dengan pusat jagaan ini. Kerja-kerja yang dilakukan ini semua disebabkan atas rasa tanggungjawab dan prihatin kami terhadap kucing bukannya untuk menjana keuntungan," kata Melissa. Pusat tersebut turut menerima sumbangan dalam bentuk makanan, pasir, sangkar dan surat khabar lama.

Menurut Melissa, dia juga tidak lari daripada berdepan dengan cabaran dalam menguruskan pusat tersebut. Antaranya, termasuklah rungutan penduduk sekitar mengenai masalah bau busuk daripada pusat tersebut. Sebagai alternatif, pihaknya telah membina tembok setinggi empat meter dan menambah bilangan pekerja di pusat tersebut.

Sementara itu, menurut salah seorang pekerja di pusat tersebut, Muhammad Redzuan Ibrahim, 31, dia telah bekerja di Omiey Home lebih empat tahun sejak masih menuntut di universiti.

Ujar bekas graduan Universiti Malaya dalam jurusan Sains Komputer itu, dia pada mulanya hanya ingin mencari wang saku untuk menampung kos sara hidup, namun tidak menyangka kerja tersebut terus kekal hingga kini.

"Saya rasa kerja ini sesuai dengan jiwa saya dan ia merupakan salah satu faktor saya masih kekal kerja di sini walaupun selepas tamat pengajian.

"Saya ada juga mencari kerja-kerja lain, namun masih belum ada rezeki. Walaupun gaji tidak besar, namun saya anggap ia sebagai satu pekerjaan yang mulia kerana dapat membantu kucing-kucing ini," katanya merupakan salah seorang pencinta kucing. Setiap hari Muhammad Redzuan bersama dua rakannya mula bekerja seawal pukul 8.30 pagi dan pulang pada pukul 8 malam.

Perkara pertama yang mereka lakukan ialah memastikan makanan dan air dalam sangkar kucing sentiasa cukup. "Kucing-kucing di sini sentiasa cukup makan dan minum, malahan disediakan kipas bagi memastikan keadaannya selesa terutama ketika cuaca panas," katanya.


SEBAHAGIAN daripada makanan yang didermakan kepada Pusat Jagaan Kucing Omiey Home.


Selepas tugas memberi makan selesai, mereka bertiga akan membersihkan sangkar dan rumah kucing bagi memastikan najis dan lebihan makanan yang telah rosak dibuang.

Ia merupakan rutin wajib yang perlu dilakukan setiap hari agar sangkar sentiasa dalam keadaan bersih.

"Pusat ini sentiasa dikunjungi oleh orang ramai untuk melawat kucing-kucing ini terutama pada hujung minggu, sebab itulah kami perlu pastikan ia bersih," katanya.

Ujar anak kelahiran Umbai, Melaka itu selain memberi makan dan mencuci sangkar, mereka juga perlu memberi ubat kepada kucing-kucing yang sakit mengikut jadual.

Antara masalah yang dihadapi oleh kucing-kucing yang terdapat di pusat itu ialah selesema dan kurap.

"Kucing-kucing yang sakit akan diletakkan dalam sebuah sangkar khas. Selepas kucing-kucing ini sembuh, kami akan asingkan ke dalam sangkar-sangkar yang lebih kecil sebelum diberikan kepada orang ramai," katanya.

Gelombang baharu acapella

Posted:

Gelombang baharu acapella

Gelombang baharu acapella


THE SOIL membuat persembahan pada Anugerah Muzik Afrika Channel O.


BERIRAMA merdu dan harmoni, nyanyian vokal trio, The Soil dari Afrika Selatan memukau halwa telinga pendengar. Walaupun ahli kumpulan itu tidak boleh membaca nota muzik, mereka mempunyai keazaman untuk mencipta kemasyhuran seperti rakan senegara, Ladysmith Black Mambazo.

The Soil yang merupakan generasi baharu acapella tersebut membawa muzik gabungan santai hip-hop, jiwa, jazz dan afropop buat kali pertama pada Festival Antarabangsa Jazz ke-12 di Cape Town.

Tiada instrumen, tiada pelajaran muzik, hanya tiga suara dan inspirasi daripada muzik jazz tempatan, kerana hanya itu 'senjata' yang dimiliki sewaktu zaman kanak-kanak di Soweto, kawasan pinggir bandar terkenal bekas penempatan kulit hitam di Johannesburg.

"Membesar di Soweto, anda bukan sahaja sukar untuk mencari sebuah rumah yang memiliki piano, malah jarang sekali melihat sesebuah rumah itu memiliki satu set drum. Anda hanya menggunakan apa yang ada," kata Buhle Mda, 26, yang merupakan anggota wanita tunggal kumpulan The Soil.

Keunikan kumpulan ini terletak pada Luphindo 'Master P' Ngxanga, 27, yang disifatkan sebagai kotak suara manusia. Beliau mengeluarkan irama dan muzik melalui mulut sambil bermain gitar udara atau gitar bass.

Bertenaga

Adik lelaki Luphindo, Ntsika, 25, berganding dengan Buhle sebagai penyanyi vokal sekali gus melengkapkan padanan trio itu. Mereka mengetengahkan muzik moden dengan pengaruh tradisional.

The Soil kelihatan bertenaga dan bergaya, jauh berbeza daripada penduduk Soweto yang lain. Mereka menulis lirik bersama dalam bahasa Inggeris dan Xhosa, menceritakan tentang kehidupan di sebuah negara yang kebanyakan remajanya di bawah umur 25 tahun dan tidak bekerja.

"Satu peratus adalah fantasi dan 99 peratus adalah realiti. Kami menyanyi tentang kehidupan seharian dan kehidupan di Afrika Selatan. Anda terdedah dengan politik, cinta dan perkara lain.

"Kami juga menyanyi tentang kemiskinan dan bagaimana ia mencengkam masyarakat. Kami membawa harapan daripada cerita-cerita sedih itu," kata Buhle.

Kadangkala mereka mendendangkan lagu bertemakan cinta dan menyelitkan jenaka dalam lirik lagu tersebut. Lagu yang dihasilkan adalah ilham daripada pengalaman peribadi mereka bertiga.


THE SOIL dianggotai oleh Buhle Mda (tengah), Luphindo Ngxanga (kanan) dan Ntsika Fana Ngxanga.


Muzik yang dibawa membuatkan ramai orang menggemari mereka dan sudah pergi jauh dalam masa yang singkat. The Soil disambut dengan sorakan meriah di Teater Apollo di New York, Amerika Syarikat (AS) dan di Festival Antarabangsa Edinburgh, England tahun lalu.

Kejayaan yang dituai pada hari ini merupakan usaha yang berterusan sejak sedekad lalu, perjalanan karier mereka bermula di kelab muzik sekolah.

"Kami mengadakan sesi muzik yang berbentuk puisi. Ada masanya ia kelihatan seperti rap, tetapi semua sesi itu lebih kepada muzikal," kata Ntsika.

Platinum berkembar

Pada tahun 2005, mereka mula menjadikan muzik lebih serius dan menghasilkan himpunan 10 buah lagu. Hampir sedekad kemudian mereka berjaya menghasilkan sebuah album platinum berkembar yang dijual lebih daripada 100,000 unit.

The Soil juga mempunyai sokongan ratusan ribu peminat dan merupakan tarikan utama dalam salah satu festival jazz terbesar di benua Afrika.

Mereka sudah sekian lama memasang impian untuk membuat persembahan di beberapa lokasi berprestij di Afrika Selatan. Impian besar itu akhirnya terlaksana apabila mereka dijemput untuk menyanyi sempena Festival Jazz Cape Town.

Berlarutan selama dua hari, festival itu dimeriahkan lebih daripada 40 penyertaan dari seluruh dunia termasuk penyanyi terkenal AS, Erykah Badu.

Satu impian yang tinggal adalah untuk melakukan persembahan bersama pengasas Ladysmith Black Mambazo, Joseph Shabalala, 73, yang telah memenangi pelbagai anugerah Grammy kerana ingin mencontohi pencapaian beliau.

"Muziknya dan semua ahli Mambazo menjadi pengaruh terbesar dalam muzik kami dan perkara asas dalam muzik kami adalah acapella. Kami bersepakat memilih untuk berpegang kepadanya.

"Perkara yang kami suka mengenai Mambazo ialah prinsip mereka untuk terus kekal dengan aliran muzik ini dan mereka tidak pernah malu untuk mempersembahkan nyanyian di luar Zulu, tetapi masih mampu menyentuh hati orang ramai melalui cara yang berbeza," sambung Buhle. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Reka, susun, program sendiri

Posted:

Reka, susun, program sendiri

Reka, susun, program sendiri

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

SATU persatu aksesori dari kotak yang terletak di atas meja itu disuai padan untuk dicantumkan menjadi robot yang diimaginasikannya. Sekejap-sekejap dia mengerling ke meja sebelah untuk melihat hasil robot rekaan rakannya.

Barangkali kanak-kanak cilik itu ingin membandingkan robot siapa yang kelihatan lebih gah. Walaupun robot yang dihasilkan belum sempurna sifat, Muhammad Andrian Nazriel Khairul Nazman, 10, sudah mengalih tumpuannya pada paparan skrin komputer di hadapannya pula.

Dia nampak tekun menyusun kod program menggunakan satu perisian khas. Sekilas pandang, apa yang dilakukannya tidak ubah seperti pengatur cara komputer yang berpengalaman memprogramkan aplikasi komputer.

Walhal, perkara tersebut cuma perkara asas yang dipelajari menerusi sistem pembangunan produk keluaran Lego yang dikenali sebagai Lego Mindstorm EV3.

"Kem ini menyeronokkan kerana dapat belajar cara-cara pengekodan manakala bahagian paling susah semestinya mengatur cara program untuk robot.

"Lebih banyak program baharu dan pagar sesat untuk robot yang diajar. Saya boleh reka robot ikut kehendak sendiri dan masukkan urutan perintah mengikut atur cara yang saya mahu," katanya yang kali kedua mengikuti Kem Pengenalan Robot anjuran Cyberview Sdn. Bhd. dengan kerjasama Terato Tech. Sdn. Bhd. (Terato) itu.

Muhammad Andrian Nazriel merupakan pelajar tahun empat di Sekolah Rendah Cyberjaya, Selangor yang bercita-cita menjadi saintis. Kanak-kanak itu turut merancang untuk mengikuti kelas intensif Lego Mindstorm EV3 yang akan dijalankan pada setiap minggu sebanyak 20 sesi bermula Mei ini.

Teruja

Selain 14 kanak-kanak itu, ibu bapa juga tidak terkecuali melahirkan rasa teruja dengan pengisian program tersebut. Ia disifatkan cukup berbeza berbanding yang mereka bayangkan sebelum menghantar anak masing-masing.

Ibu kepada peserta, Yang Marjaniah Ab. Ghani, 37, berkata, dia mengetahui tentang penganjuran kem tersebut melalui laman sosial Facebook dan bertanya kepada anaknya, Muahammad Harith Ezral, 11, terlebih dahulu sama ada berminat atau tidak untuk menyertainya.


SEBAHAGIAN pelajar menunjukkan rekaan robot masing-masing yang pelbagai bentuk dan saiz.


"Anak saya memang meminati permainan Lego dan seorang yang 'gila' gajet dan kem seumpama ini pasti mengembirakannya. Jadi, saya ambil peluang ini untuk memberi pendedahan dengan aktiviti kegemarannya.

"Saya agak terkejut apabila mengetahui kem ini merupakan kem robotik kerana pada mulanya menyangkakan ia cuma pameran biasa seperti di Legoland, Nusajaya, Johor. Kalau anak saya menyukai, saya harap dia boleh pergi lebih jauh," katanya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor.

Kem Pengenalan Robot itu diadakan pada 27 hingga 29 Mac lalu di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Ia terbuka kepada peserta berumur antara 10 hingga 14 tahun dan rata-rata peserta menetap di sekitar Lembah Klang.

Kemahiran

Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM240 seorang termasuk makan minum kecuali penginapan. Ibu bapa juga perlu mengambil dan menghantar anak mereka sepanjang tiga hari tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi ibu peserta, Uma Devi Thiagarajah, 47, menghantar anaknya kerana tertarik dengan aktiviti yang dijalankan selain baru diperkenalkan di negara ini.

"Saya fikir apa salahnya kalau mencuba, lagipun anak ketiga saya memang sukakan robot.

"Anak saya memang menunjukkan minat terhadap kelas ini kerana dia sendiri mengingatkan saya agar tidak terlewat menghantarnya ke kem pada keesokan harinya," ujar Uma Devi dalam nada gembira.

Beberapa peserta mengakui ingin memiliki set Lego Mindstorms EV3 mereka sendiri kerana ia lebih menyeronokkan berbanding permainan pada aplikasi telefon pintar dan tablet.

Generasi ketiga

Ketua Lego di Terato, Daniel Tsen memberitahu, Lego Mindstorms EV3 adalah generasi ketiga Lego Robotics dan baru sahaja dilancarkan pada September tahun lepas. EV bermaksud Evolusi dan nombor 3 merujuk kepada versi ketiga yang lahir selepas generasi NXT.

"Bagi tujuan pembelajaran, kami menggunakan Siri Pendidikan Lego yang sedikit berbeza berbanding yang biasa dijumpai di kedai-kedai permainan kanak-kanak. Robot-robot ini sesuai untuk pelbagai kegunaan.

"Selain menjadi permainan, ia boleh dijadikan hobi atau lebih serius sebagai perkakas prototaip. Setiap set asas bernilai RM2,100 dan didatangkan bersama set tambahan yang bernilai RM570.

"Jadi, satu set lengkap berharga RM2,670. Jika ditambah dengan transformer dan bateri boleh dicas semula, semuanya bernilai RM3,260," jelasnya selepas menunjukkan demonstrasi robotik ketika ditemui Kosmo! di kem tersebut baru-baru ini.


SEORANG peserta, Fuad Darwish Mohd. Fadzil, 11, menunjukkan robot rekaannya.


Kreativiti

Para peserta diajar mengenai aspek perkakasan dan perisian robot selama tiga hari kem berlangsung. Mereka turut dijelaskan tentang fungsi asas robot dan kegunaan setiap bahagiannya.

Semua pelajar berpeluang bermain dengan motor, sensor malah menggunakan perkakas Bluetooth untuk mengawal pergerakan robot masing-masing. Dari sudut pendidikan, mereka dapat belajar beberapa konsep mudah dalam robotik seperti pusingan, sudut dan logik ringkas seperti IF-ELSE yang sinonim dalam pengaturcaraan komputer.

Jelas Daniel, para pelajar diberi tugasan-tugasan seperti melintasi pagar sesat, mengikut laluan tertentu dan menggunakan sensor warna bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk bergerak dari titik mula ke akhir.

"Mereka berjaya menyelesaikannya dengan pendekatan logik. Paling menarik apabila para pelajar berjaya mengawal kelajuan robot mereka pada setiap pusingan untuk mencecah garisan penamat sepantas mungkin.

"Semua kemahiran asas ini membolehkan mereka untuk bekerja dengan kelajuan, ketepatan dan kekangan setiap sistem. Sememangnya ia berbeza daripada biasa kerana kami memasukkan empat disiplin ke dalam satu.

"Lego menamakannya sebagai STEM yang merujuk kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik," katanya.

Pupuk rasa cinta kepada flora dan fauna

Posted:

Pupuk rasa cinta kepada flora dan fauna

Pupuk rasa cinta kepada flora dan fauna

Oleh HAFIZ AHMAD


NORLAILA (kanan) memberi penerangan yang jelas dan menarik kepada peserta program.


KESEDARAN mengenai alam sekitar perlu dipupuk pada usia kanak-kanak lagi. Pengetahuan tersebut akan mewujudkan rasa cinta terhadap flora dan fauna yang berada dipersekitaran mereka. Ia sekali gus melahirkan generasi yang mengambil peka mengenai hal-hal pemeliharaan dan pemuliharaan alam.

Sedar pentingnya subjek tersebut, Pusat Interpretasi Alam Sekitar (EIC) mengadakan program, Junior Arborist yang mendidik anak-anak kecil mengenai kepentingan pokok-pokok dalam kehidupan seharian.

Diadakan di Taman Botani, Putrajaya, seramai lebih 16 kanak-kanak menyertai program tersebut yang diserikan dengan pelbagai aktiviti berkaitan alam sekitar seperti pengenalan jenis-jenis daun, penghasilan seni daun dan penerangan jenis pokok-pokok.

Mereka dibawa mengelilingi Taman Botani sambil diberi penerangan oleh pegawai program EIC iaitu Norlaila Ahmad Fahmi dan Sashikala Manikam. Sepanjang perjalanan tersebut, mereka diperkenalkan dengan jenis-jenis pokok yang terdapat di dalam taman yang mempunyai lebih 700 spesies tumbuhan itu.

"Di samping diberi penerangan, peserta diberikan sebuah beg. Beg tersebut mengandungi peralatan untuk aktiviti secara praktikal yang melibatkan permainan pengenalan warna dan bentuk.

"Untuk permainan tersebut, peserta ditugaskan mencari tumbuh-tumbuhan menyerupai lukisan daun dan warna yang diberikan," kata Norlaila.

Peserta juga akan menghasilkan hasil seni berteraskan alam sekitar menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ditemui sepanjang aktiviti tersebut.

Selain itu, mereka juga akan diajar menekap daun-daun di atas sekeping kertas untuk mendapatkan urat-urat dan serat helaian daun tersebut.

"Melalui tekapan itu, kami akan menerangkan kepada mereka bahawa setiap daun mempunyai struktur yang berbeza mengikut jenis-jenis pokok," jelasnya lagi.

Bagi Zaszima Abu Samah, aktiviti yang diadakan EIC tersebut sangat bermanfaat kerana ia memberikan galakan dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk memelihara alam sekitar.

PROGRAM yang diadakan EIC boleh dijadikan sebagai aktiviti riadah yang bermanfaat kepada kanak-kanak.


Teruja

"Melalui program sebegini, mereka dapat melihat dan merasai sendiri tumbuhan-tumbuhan. Malah, mereka mendapat informasi berguna mengenai fauna dan flora," ujarnya yang membawa seorang anak, Awwal Zasfika Farouq Affandi, 6.

Kata Zaszima, anaknya memberika respons yang baik sepanjang program tersebut dan sedia untuk menyertainya pada masa akan datang.

"Dia sangat teruja dan gembira ketika mengikuti setiap aktiviti-aktiviti dalam program pendidikan tersebut. Malah, tidak sabar untuk turut serta dalam program yang bakal dianjurkan kelak," kongsi Nurzuhaila.

Diletakkan dibawah seliaan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), dan disokong oleh Sepang Goldcoast, EIC banyak mengadakan program-program yang memberi fokus kepada tumbuh-tumbuhan.

"Kami mempunyai perancangan untuk membuat lebih kerap aktiviti melibatkan kanak-kanak kerana ia akan memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada mereka," kata Norlaila.

UM cipta alat pantau keretakan

Posted:

UM cipta alat pantau keretakan

UM cipta alat pantau keretakan


SISTEM FBG mampu memberi bantuan kepada jurutera untuk memantau keadaan cerucuk sepanjang masa kerja pembinaan.


PEMBANGUNAN sektor pembinaan dan kerja awam adalah salah satu projek utama dan merupakan strategi kerajaan untuk merangsangkan ekonomi negara.

Selesai pembinaan, kerja pemeliharaan dan penyelenggaraan merupakan satu tugas yang penting untuk menjamin kekukuhan dan keselamatan bangunan. Walaupun wujud peraturan dan protokol keselamatan yang ketat serta wajib terutamanya untuk semua bangunan tinggi tetapi pemantauan daripada kerajaan dalam aspek ini bukan kerja mudah.

Ia bergantung kepada kemampuan dan kerjasama pemilik dan pengurus premis tersebut. Namun, kita sentiasa mendengar kes-kes retakan pada dinding dan tiang dalam bangunan walaupun baru selesai dibina.

Ada kalanya, tahap keretakan adalah sangat merbahaya dan bangunan tersebut tidak selamat untuk didiami mahu pun diguna untuk sebarang aktiviti.

Oleh yang demikian, kerja pemulihan untuk memperbaiki struktur bangunan amat diperlukan untuk meningkatkan keyakinan kepada pengguna dan penghuni tetapi kosnya amat tinggi.

Sistem pemantauan sepanjang masa seperti sensor gentian optik (Optical Fiber Sensor) adalah salah satu cara penyelesaian yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan jurutera dan pakar penganalisis.

Kebanyakan keretakan dinding yang sering kedengaran adalah disebabkan ketidakstabilan cerucuk (pile) yang merupakan tulang struktur bangunan.

Kejadian seperti ketenggelaman tanah boleh mengakibatkan anjakan cerucuk. Pada kebiasaannya, perubahan posisi terhadap cerucuk adalah secara beransur tetapi memberi impak besar untuk jangka masa panjang kepada struktur bangunan.

Sehubungan itu, penyelidik dari Pusat Penyelidikan Fotonik, Jabatan Fizik, Universiti Malaya (UM) telah mencipta sensor penempatan optik yang dibina daripada Fiber Bragg Grating (FBG). Ia mampu memberi bantuan kepada jurutera dalam urusan pemantauan keadaan cerucuk sepanjang masa kerja pembinaan.

FBG berfungsi sebagai sensor terikan dalam ciptaan tersebut. Slab konkrit digunakan sebagai tapak bangunan, biasanya dibina pada awal pembinaan.

"Ia dipasang pada transducer di sudut cerun dengan kolum atau pile bangunan. Apabila, kejadian mendapan tanah berlaku, terikan akan berlaku pada transducer dan FBG di atasnya," ujar salah seorang penyelidik, Dr. Lim Kok Sing.

Tahap terikan boleh diukur dalam bentuk perubahan panjang gelombang FBG tersebut di sistem pembacaan spektrum pantulan daripada FBG.

Cara ini amat murah dan cepat. Pakar penganalisis mampu mengkaji bacaan dan ukuran di pejabat sendiri walaupun jauh dari tapak pembangunan tersebut pada bila-bila masa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Niat berpesta liar tersekat

Posted:

Niat berpesta liar tersekat

Niat berpesta liar tersekat

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
dan IKHWAN HAZWAN HAMIDUN
berita@kosmo.com.my

INILAH poster utama yang tersebar di internet berkaitan parti separuh bogel di Ampang, Kuala Lumpur Jumaat ini.


KUALA LUMPUR – Hasrat sebuah premis iaitu The Pool untuk menganjurkan parti separuh bogel pada 11 April ini tidak kesampaian apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan premis tersebut ditutup tujuh hari mulai semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Shah Jaszle mengaku Farah kekasih

Posted:

Shah Jaszle mengaku Farah kekasih

Shah Jaszle mengaku Farah kekasih

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


DARI KIRI: Shah Jaszle, Farah Nurizzati, Mohd. Radzi


SHAH ALAM – Pelakon Shah Jaszle didakwa memaklumkan kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bahawa dia dan perempuan yang ditangkap khalwat di sebuah apartmen pada Mei tahun lalu merupakan pasangan kekasih yang belum bernikah.

Pegawai tersebut, Mohd. Radzi Saliman, 30, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini semalam, Shah Jaszle ketika ditemui dalam sebuah bilik sedang berada di atas katil dengan berselimut dan hanya memakai seluar pendek.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis tumpas sindiket curi pacuan empat roda

Posted:

Polis tumpas sindiket curi pacuan empat roda

Polis tumpas sindiket curi pacuan empat roda

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri dan melerai kenderaan mewah yang dipercayai bergiat aktif sejak beberapa bulan lalu dalam satu serbuan di sebuah gudang di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini Jumaat lalu.

Dengan tertumpasnya kumpulan itu, polis percaya dapat menyelesaikan sejumlah 17 kes kecurian kenderaan membabitkan kerugian kira-kira RM2 juta.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rooney cetus panik

Posted:

Rooney cetus panik

Rooney cetus panik

ROONEY (kiri) direhatkan ketika United membelasah Newcastle 4-0 pada aksi Liga Perdana England, Sabtu lalu.


MUNICH - Penyerang berbisa Manchester United, Wayne Rooney bergelut dengan masa untuk cergas sepenuhnya menjelang aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Allianz Arena awal pagi esok.

Ketika ini, kedua-dua pasukan berpeluang untuk melayakkan diri ke kelompok empat pasukan terbaik selepas terikat dengan agregat 1-1 pada aksi suku akhir pertama di Old Trafford minggu lalu.

Jurulatih Bayern, Pep Guardiola sebelum ini menganggap aksi suku akhir kedua itu sebagai misi hidup dan mati pasukannya dalam misi mempertahankan trofi yang dimenangi musim lalu.

United pula belum pasti dapat menggunakan khidmat Rooney yang mengalami kecederaan pada ibu jari kakinya dan direhatkan ketika membelasah Newcastle United 4-0 pada aksi Liga Perdana England, Sabtu lalu.

Bergandingan bersama Robin van Persie, penyerang England berusia 28 tahun itu telah meledakkan 17 gol bersama United sepanjang musim ini, dua daripada jaringan itu diperoleh dalam kempen Liga Juara-Juara.

"Jika Rooney tidak dapat beraksi, sudah tentu ia merupakan satu kehilangan yang cukup besar buat United.

"Rooney merupakan tonggak utama United dan mampu menjaringkan gol pada saat-saat genting," kata pemain pertahanan Bayern, Jerome Boateng.

Boateng berkata, dia percaya anak-anak buah David Moyes akan tampil dengan corak permainan bertahan dalam perlawanan tersebut.

"Seperti aksi suku akhir pertama tempoh hari, saya percaya United lebih gemar melakukan serangan kilat dan bergantung kepada set-piece.

"Jadi, kami memerlukan lebih banyak ruang untuk memecah kebuntuan selain mencuba nasib menerusi percubaan jarak jauh," kata Boateng.

Atas kertas, skuad The Bavarians hanya perlu mencatat keputusan seri tanpa jaringan untuk mara ke separuh akhir hasil kelebihan gol di tempat lawan.

Bagaimanapun, tonggak utama Bayern, Dante enggan mengambil mudah kelebihan yang dimiliki pasukan itu menjelang aksi genting tersebut. - AFP

Kelantan 'pulang awal'

Posted:

Kelantan 'pulang awal'

Kelantan 'pulang awal'

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


DOE (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Yangon United pada aksi Kumpulan G kempen Piala AFC 2014 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.


NASIB pengendali Kelantan, Steve Darby ibarat telur dihujung tanduk selepas skuad kendaliannya tumpas 2-3 kepada wakil Myanmar, Yangon United pada aksi Kumpulan G kempen Piala AFC 2014 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Kekalahan tersebut merupakan rekod terburuk Kelantan dalam saingan Piala AFC sepanjang tiga musim lalu apabila tersingkir di peringkat kumpulan sejak menyertainya pada 2012.

Bagaimanapun, tuan rumah yang turun dengan misi wajib menang pada perlawanan tersebut dikejutkan dengan kehilangan khidmat peledak berbisanya, Mohamad Ghaddar selepas pemain berkenaan mengalami kecederaan.

Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal pelawat pada minit ke-24 menerusi tonggak import, Cezar Augusto Hermenegildo yang tidak dikawal.

Dia bertindak tenang untuk memperdayakan penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan kembali memperkemaskan rentak dan peluang terbaik mereka menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-34, namun rembatan tonggak pertahanan kiri, Zairul Fitree Ishak sekadar melintasi gawang gol Yangon United.

Pemain sayap, Tengku Hasbullah Raja Hassan terlepas peluang untuk menjaringkan gol apabila rembatan jarak dekatnya diselamatkan oleh pengaja gawang pelawat Pyae Phyo Oo pada minit ke-39.

Kelantan berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi deretan peluang yang diperoleh gagal diterjemahkan oleh jentera serangan, sekali gus menyaksikan keputusan tersebut kekal berpihak kepada pelawat.

Kelantan tampil dengan aksi bertenaga pada babak kedua dan akhirnya memperoleh jaringan penyamaan menerusi pemain gantian, Mohd. Khairul Izuan Rosli yang melepaskan rembatan mengelirukan, sekali gus melepasi jangkauan Phyo Oo untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria yang bertindak secara solo untuk memperdayakan empat pemain pelawat meledakkan jaringan kedua Kelantan pada ke-54 seterusnya menggamatkan suasana di Stadium Sultan Muhammad IV.

Sepuluh minit kemudian, pasukan pelawat kembali mengikat kedudukan 2-2 menerusi penyerang import, Emerson Reis Luiz yang bijak memanfaatkan situasi salah faham di barisan pertahanan tuan rumah.

Kyaw Ko Ko meranapkan impian Kelantan untuk mara ke pusingan kedua apabila menjaringan gol ketiga pada minit ke-80 dan keputusan 3-2 itu kekal hingga tamat perlawanan.

Dollah masih belum puas hati

Posted:

Dollah masih belum puas hati

Dollah masih belum puas hati

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


CHARLES SOUZA (kiri) cuba melepasi kawalan pemain UiTM ketika menang 2-0 pada aksi Liga Premier di Stadium UiTM Shah Alam kelmarin.


HANCUR.' Itulah gambaran paling tepat yang diberikan ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dollah Salleh terhadap persembahan skuad bimbingannya ketika menewaskan UiTM 2-0 pada aksi Liga Premier di Stadium UiTM Shah Alam kelmarin.

Meskipun menang hasil jaringan Charles Souza Chad dan Mohamadou Sumareh, Dollah masih belum berpuas hati dengan keseluruhan prestasi skuad Sang Saka Biru itu.

Pengendali berusia 50 tahun itu menganggap faktor cuaca panas terik menyebabkan anak-anak buahnya kepenatan, sekali gus menampilkan persembahan longlai pada perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, Dollah tetap gembira dengan tiga mata berharga diperoleh itu bagi meneruskan penguasaan sebagai pendahulu Liga Premier dengan kelebihan tiga mata ke atas pasukan di tangga kedua, Pulau Pinang yang mengumpul 26 mata.

"Semua pemain nampak letih, mungkin kerana kami beraksi dalam cuaca yang panas dan segala-galanyanya serba tidak menjadi hari ini (kelmarin), baik dari bahagian pertahanan hingga ke barisan penyerang.

"Siapa yang tidak tengok perlawanan memang mereka rasa gembira sebab menang 2-0 tetapi kalau mereka datang ke stadium, saya rasa mereka pasti 'sakit mata' lihat permainan kami.

"UiTM juga hampir-hampir menewaskan kami. Apabila hilang tumpuan dan tidak buat kerja dengan baik, perkara sebegini boleh terjadi. Apapun, saya gembira dengan tiga mata ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Mengulas lanjut, Dollah mengakui sudah tiba masanya skuad Sang Saka Biru bangkit dan mempelajari kesilapan ini sekiranya mahu layak ke pentas Liga Super musim depan.

"Kalau kami kekalkan rentak macam ini, 'masak' kami nanti. Saya rasa hendak pertahankan kedudukan dalam kelompok empat teratas juga susah.

"Kami perlu bangkit selepas ini. Kami tidak boleh teruskan sikap ambil mudah sebegini dan pertingkatkan usaha jika mahu mencapat melangkah lebih jauh," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Enam rumah kedai di Kuala Pilah terbakar

Posted:

Enam rumah kedai di Kuala Pilah terbakar

Enam rumah kedai di Kuala Pilah terbakar

08/04/2014 9:17pm

KUALA PILAH - Enam buah rumah kedai berhampiran Pejabat Pos di Pekan Tanjung Ipoh dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 6.40 petang tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.55 petang dan tiba di lokasi pada pukul 7 malam.

"Tiga jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah, Bahau dan Senawang serta satu tangki air dari BBP Seremban 2 bersama 20 anggota dikejarkan ke lokasi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambahnya, ketika pasukan bomba tiba, api sedang marak.

Bagaimanapun, katanya pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah kedai berhampiran.

Katanya, punca serta kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

PGM tahan dua lelaki, rampas 9,000 liter diesel bersubsidi

Posted:

PGM tahan dua lelaki, rampas 9,000 liter diesel bersubsidi

PGM tahan dua lelaki, rampas 9,000 liter diesel bersubsidi

08/04/2014 9:04pm

KUANTAN - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3, Kuantan menahan dua lelaki dan merampas 9,000 liter diesel bersubsidi dalam sebuah lori di Taman Seri Murni, Sungai Isap di sini awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasinya, Asisten Superintendan Khairuddin Jamal berkata, bertindak atas maklumat, pemandu dan kelindan lori berumur 49 dan 18 tahun itu berjaya dijejaki di sebuah stesen minyak di Jalan Pantai Berserah di sini.

"Mereka ketika itu sedang mengisi minyak diesel ke dalam muatan tong sebuah lori seberat enam tan di stesen minyak itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kedua-dua suspek dikesan mengumpul diesel di lima buah stesen minyak sepanjang Jalan Kuantan-Gambang sebelum mereka menyedari kegiatan mereka sedang diintip dan bertindak cuba melarikan dengan memecut lori, katanya.

Bagaimanapun, lori itu berjaya dipintas dan ditahan di Taman Seri Murni dan hasil pemeriksaan, PGM menemui 10 tong mengandungi anggaran 9,000 liter diesel bernilai RM18,000, katanya.

"Kita turut merampas lori yang digunakan suspek dengan jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan RM88,000," katanya. - Bernama

Sindiket curi kenderaan, lerai komponen untuk pasaran antarabangsa tumpas

Posted:

Sindiket curi kenderaan, lerai komponen untuk pasaran antarabangsa tumpas

Sindiket curi kenderaan, lerai komponen untuk pasaran antarabangsa tumpas

08/04/2014 8:34pm

KUALA LUMPUR - Polis membongkar sindiket antarabangsa menyeludup komponen kenderaan untuk pasaran secara haram ke Afrika dan Timur Tengah melalui jalan laut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan/Operasi/Rekod (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd. Manaf Abd. Razak berkata, modus operandi sindiket itu mencuri kenderaan dan kemudiannya melerai sebelum menyeludup komponen kenderaan berkenaan.

"Sindiket yang beroperasi di sebuah gudang sejak Novamber tahun lepas, ditumpaskan selepas gudang itu diserbu di Kampung Baru Sungai Buluh, Jumaat lepas dan menahan tiga lelaki yang bertindak sebagai joki dan tukang lerai kenderaan," katanya.

Tambahnya, dengan tangkapan itu polis percaya berjaya menyelesaikan 17 kes curi kenderaan pacuan empat roda antaranya di utara Semenanjung, Lembah Klang dan Kuala Lumpur dengan anggaran kerugian kira-kira RM2 juta.

"Ketika serbuan ketiga-tiga suspek iaitu seorang lelaki tempatan dan dua warga Myanmar berusia 30-an cuba melarikan diri bagaimanapun seorang daripada mereka yang memanjat bumbung gudang telah terjatuh dan patah pinggang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


JACC akan sahkan isyarat

Posted:

JACC akan sahkan isyarat

JACC akan sahkan isyarat

SEBUAH helikopter AS-70B-2 Seahawk dari kapal HMAS Toowoomba menghantar bekalan dengan mendarat di atas kapal HMAS Success milik Tentera Laut Diraja Australia di selatan Lautan Hindi semalam.- REUTERS


PERTH - Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, pihaknya memerlukan masa beberapa hari untuk mengesahkan isyarat kotak hitam yang dikesan oleh sebuah kapal milik Australia adalah dari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang pada 8 Mac lalu.

Kapal milik Australia itu, HMAS Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan Towed Pinger Locator mengesan dua isyarat berasingan pada lewat Sabtu lalu dan awal pagi kelmarin di satu lokasi terpencil di Lautan Hindi.

Houston berkata, isyarat pertama dikesan selama dua jam 20 minit sebelum isyarat tersebut hilang.

Katanya, kapal tersebut kemudiannya berpatah balik dan mengesan dua isyarat berbeza yang berlangsung selama 13 minit.

"Dua isyarat ini konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh dua kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan satu lagi rakaman suara kokpit.

"Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan bahawa isyarat itu datang dari kotak hitam pesawat berkenaan dan kita memerlukan beberapa hari untuk mengesahkannya," katanya pada satu sidang akhbar semalam.

Ujarnya, masa untuk mengesan kotak hitam itu semakin suntuk kerana baterinya telah melebihi jangka hayatnya iaitu 30 hari.

Sebelum ini, sebuah kapal China, Haixun 01 mengesan dua isyarat serupa pada Jumaat lalu dan sekali lagi dikesan pada tengah hari Sabtu lalu.

Isyarat itu dikesan di satu lagi lokasi kira-kira 300 batu nautika dari kapal HMAS Ocean Shield.

Kata Houston. kedua-dua kapal berkenaan akan menjalankan siasatan secara berasingan bagi mengesahkan isyarat berkenaan.

Dalam pada itu, jurucakap Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Kapten Mark Matthews berkata, isyarat yang dikesan oleh kapal HMAS Ocean Shield berada pada frekuensi 33.3 kilohertz (kHz).

Kotak hitam pada sebuah pesawat biasanya mengeluarkan isyarat pada frekuensi 37.5 kHz.

Bagaimanapun, para pengawai telah menghubungi pembuat kotak hitam berkenaan dan diberitahu bahawa isyarat boleh menyusut apabila menghampiri jangka hayat bateri.

"Kapal HMAS Ocean Shield kini cuba mengesan semula isyarat itu dan jika dapat dikesan, kru-kru akan menurunkan kapal selam kawalan jauh untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

"Kapal selam yang dikenali sebagai Bluefin-21 akan membuat satu peta sonar di kawasan isyarat dikesan dan jika mengesan sebarang serpihan, satu unit kamera akan merakam gambar," katanya.

Menurutnya, misi itu akan sukar kerana kapal selam berkenaan boleh beroperasi pada kedalaman maksimum 4,500 meter.

"Lokasi isyarat itu dikesan di satu kawasan berkedalaman kira-kira 4,500 meter dan ia bermakna Bluefin-21 boleh beroperasi," jelasnya.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China. - Agensi

814 juta pengundi tentukan kerajaan baharu India

Posted:

814 juta pengundi tentukan kerajaan baharu India

814 juta pengundi tentukan kerajaan baharu India


SEORANG wanita yang duduk di atas basikal menunjukkan sebatang jarinya yang mempunyai dakwat selepas dia mengundi di sebuah pusat pengundian di Koliabor, Assam semalam.- AFP


GAUHATI - Pilihan raya umum di India bermula semalam dengan ramai pengundi di wilayah terpencil di timur laut negara ini sanggup merendah sawah padi dan menyeberangi jambatan buluh untuk pergi ke pusat pembuangan undi.

Pilihan raya tersebut dianggap yang terbesar di dunia apabila seramai 814 juta pengundi akan menentukan pemimpin mereka dalam proses pengundian yang mengambil masa selama lima minggu itu.

Proses pengundian selama beberapa peringkat itu akan memilih seramai 543 wakil rakyat untuk menduduki kerusi di Dewan Rendah Parlimen.

Parti pembangkang utama, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang dipimpin Narendra Modi dilihat sebagai ancaman utama kepada parti pemerintah, parti Kongres dan sekutunya.

Keputusan undian di semua 935,000 pusat pembuangan undi akan diketahui pada 16 Mei depan.

Kajian sebelum ini memberi gambaran parti Kongres kemungkinan kalah teruk ekoran skandal rasuah dan kelembapan ekonomi sejak beberapa tahun lalu.

Parti BJP yang berikrar untuk membuat pembaharuan ekonomi dijangka memperolehi keputusan yang baik tetapi tidak mampu memperoleh undi majoriti iaitu 272 kerusi.

Modi yang merupakan Ketua Menteri Gujarat sebelum ini menerima pujian kerana berjaya mengukuhkan perkembangan ekonomi di negeri tersebut. - AP

Josselin berjalan atas tali seberangi sungai

Posted:

Josselin berjalan atas tali seberangi sungai

Josselin berjalan atas tali seberangi sungai


JOSSELIN berjalan di atas tali untuk menyeberangi Sungai Seine di Paris kelmarin. - AFP


PARIS - Seorang yang suka membuat aksi berbahaya dari Perancis, Denis Josselin berjalan di atas tali sepanjang 150 meter menyeberangi Sungai Seine di sini kelmarin.

Josselin mengambil masa selama 30 minit untuk melakukan aksi bahaya berkenaan pada ketinggian 25 meter.

"Sepuluh tahun lalu, saya adalah pejalan di atas tali yang terakhir mendapat kebenaran untuk melintasi sungai tersebut (membuat aksi berbahaya itu).

"Aksi itu sangat jarang dilakukan dan saya menikmati sendiri aksi saya itu," katanya selepas selesai membuat persembahan tersebut.

Aksi Josselin mengimbangi badan ketika berjalan di atas tali menyeberangi Sungai Seine itu ditonton oleh beratus-ratus orang.

Josselin turut baring di atas tali itu.

"Dia sangat menakjubkan dan berani. Saya berharap dia tidak jatuh," kata seorang penonton, Julien Dhaye.

Josselin terkenal selepas membuat berpuluh-puluh aksi berjalan di atas tali di seluruh dunia dan dia merancang untuk membuat beberapa lagi persembahan.

"Saya mempunyai beberapa projek dan salah satunya ialah aksi berjalan di atas tali pada ketinggian lebih 70 meter tetapi saya tidak boleh memberitahu anda sekarang tentang projek tersebut," katanya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bercuti di New York selepas kahwin

Posted:

Bercuti di New York selepas kahwin

Bercuti di New York selepas kahwin

MELIHAT senyuman yang terukir di wajah pasangan ini, ia menggambarkan segala-galanya.

Kemesraan Misha Omar, 32, dan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, 32, pada sidang akhbar pengumuman tarikh perkahwinan mereka di restoran Holly Smoke Shah Alam, Selangor, Sabtu lepas jelas membuktikan bahawa pasangan ini tidak sabar lagi untuk melangkah setapak ke hadapan bergelar pasangan suami isteri.

Pemilik nama sebenar Samiha @ Aisah Omar itu mengakui, pelbagai rintangan yang dihadapi ketika ingin mendirikan rumah tangga.

Misha bagaimanapun reda dengan setiap apa yang berlaku kepada dirinya. Baginya, hidup perlu diteruskan dan memori baharu perlu dicipta demi menggapai masa hadapan yang diimpikan.

Pemergian bapa tersayang pada Disember tahun lalu merupakan antara dugaan paling besar yang dihadapi oleh Misha.

Di sebalik senyuman, tersembunyi rasa sedih disebabkan bapanya tidak sempat untuk melihat persandingan mereka.

Hal tersebut sekali gus menyebabkan Misha terpaksa menangguhkan perkahwinannya. Pada majlis sidang akhbar yang serba ringkas itu, Misha turut berkongsi segala rintangan yang dihadapinya untuk membina sebuah mahligai rumah tangga.

"Sebelum ini pelbagai rintangan kami hadapi. Ada sahaja masalah yang mendatang, antaranya termasuk kesihatan saya, jadual kerja yang padat dan bakal suami saya yang begitu sukar untuk mendapat cuti tahunan.

"Namun, setelah penangguhan yang agak lama, kami bertekad untuk melangsungkan perkahwinan pada 2 Mei depan.

"Walaupun tempoh persiapan perkahwinan kami singkat iaitu hanya tiga bulan tapi kali ini Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar," ujarya.

Tambah Misha, tarikh tersebut dipilih memandangkan ibunya ingin dia dan bakal suami untuk melangsungkan pernikahan pada bulan Rejab mengikut kalendar Islam.

"Tarikh tersebut dipilih atas permintaan ibu. Setelah berbincang dengan ibu yang baharu sahaja tamat edah, dia bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan secepat mungkin kerana dia akan menunaikan umrah pada bulan Julai nanti," ujarnya.

PASANGAN merpati dua sejoli ini sudah bulat kata dan hati untuk hidup bersama sebagai suami isteri.


Majlis perkahwinan

Bercerita mengenai majlis perkahwinannya yang akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan, ujar Misha, ia bakal berlangsung secara sederhana dengan kehadiran kira-kira 500 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga, saudara-mara terdekat dan teman rapat sahaja.

"Kami mengadakan majlis akad nikah dan resepsi di Hotel Renaissance, Kota Bharu disebabkan permintaan ibu. Dia tidak mahu jauh dengan arwah ayah. Jadi, kami terpaksa bersetuju dengan permintaannya.

"Segala majlis akan diadakan dalam masa sehari sahaja. Kami bercadang untuk mengadakan majlis akad nikah pada sebelah pagi (pukul 9) dan majlis resepsi pada malam hari (pukul 8).

"Majlis resepsi juga diadakan di sana sahaja disebabkan kami masih berkabung dengan pemergian ayah," katanya yang pernah popular menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta.

Gelang emas

Bercerita mengenai konsep yang akan diadakan pada majlis akad nikah dan resepsinya, Misha berkata, keseluruhan konsep majlis tersebut akan disediakan oleh pereka fesyen terkenal, Syaiful Baharim.

Namun, Misha tidak menetapkan sebarang konsep untuk majlis perkahwinannya itu.

Pada majlis resepsi dan acara memotong kek perkahwinan pula, Michael Ong merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta busana tersebut.

"Saya memilih Syaiful Baharim dan Michael Ong disebabkan saya telah biasa bekerjasama dengan mereka. Ia juga merupakan salah suatu penghargaan kepada mereka.

"Solekan pula dipertanggung- jawabkan kepada Chott dan Cicie yang menggunakan produk Shiseido. Kami juga akan menggunakan khidmat fotografi perkahwinan wearethejoezakaria," tuturnya.

Misha berkata, kad perkahwinan telah diedarkan bermula 4 April lalu dan beberapa rakan baiknya yang terdiri daripada penyanyi juga telah mengesahkan kedatangan mereka pada malam penuh bermakna tersebut.

"Ada beberapa artis yang menjadi kawan baik saya sebelum ini telah mengesahkan kedatangan mereka. Antaranya termasuk Adibah Noor, Salamiah Hassan, Fara Fauzana, Dina Nazir dan Jaclyn Victor.

"Menariknya, pada malam tersebut juga Jaclyn Victor, Fara Fauzana dan Dina Nazir akan bertindak sebagai pergiring dan pemegang dulang pada majlis akad nikah yang akan diadakan nanti," ujarnya.

Bagi pihak Firos pula, sebuah majlis resepsi akan diadakan pada 15 Mei di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor. Ia dilakukan untuk ahli keluarga terdekat bakal suaminya sahaja.

Mengulas mengenai wang hantaran mas kahwin, Misha berkata, seperti sebelum ini dia tidak mahu menerima wang hantaran, namun pihak lelaki telah berbesar hati untuk menghadiahkannya sepasang gelang emas.

"Gelang emas tersebut merupakan hadiah daripada pihak pengantin lelaki dan mengenai dulang hantaran pula, hanya lima hantaran sahaja daripada pihak saya dan dibalas lima juga daripada pihak pengantin lelaki," ujarnya.

SELEPAS dua kali tertangguh, laluan untuk Misha dan Firos untuk menuju ke bahtera perkahwinan kini sudah tersedia.


Pascaperkahwinan

Bercakap mengenai pasca perkahwinan Misha berkata, dia dan suami sudah mempunyai perancangan rapi. Namun, mereka masih belum pasti apabila ditebak soalan mengenai percutian selepas perkahwinan.

"Selepas berkahwin, saya akan berpindah ke rumah baharu yang terletak di Cheras.

"Namun, saya perlu menunggu anak angkat saya, Mohd. Adam Emir, 7, untuk menamatkan pengajiannya. Insya-Allah, kalau tidak ada aral-melintang, kami akan berpindah pada penghujung tahun ini," katanya.

Misha menyimpulkan senyumannya apabila ditanya mengenai percutian pascaperkahwinan mereka.

Namun bagi Firos, dia mempunyai perancangan tersendiri untuk bakal isterinya itu.

"Sebelum ini, Misha pernah menyatakan hasratnya ingin bercuti ke negara Eropah. Bagi memenuhi keinginannya, insya-Allah saya akan membawa- nya ke New York, Amerika Syarikat pada musim luruh.

"Saya juga bercadang untuk membawa dia (Misha) ke sebuah restoran makanan laut di Kanada dan makan hidangan ketam istimewa di sana," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai persediaannya untuk menjadi suami kepada penyanyi kesaya- ngan Malaysia itu, juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) itu memberitahu, dia bersedia sepenuhnya untuk menerima apa sahaja dugaan yang akan melanda.

"Sepanjang bergelar tunang Misha, saya telah pun belajar memahami situasi dan persekitaran kerjayanya. Saya rasa ia tidak akan menjadi masalah kepada saya.

"Di samping itu, jika dilihat sekarang ini, Misha juga sudah pandai menjaga dirinya sendiri," ujarnya berseloroh.

Tidak gelojoh terima tawaran

Posted:

Tidak gelojoh terima tawaran

Tidak gelojoh terima tawaran

Nama besar yang dimilikinya tidak menghalang Adibah daripada berkolaborasi dengan penyanyi baharu.


SEJAK menceburkan diri dalam bidang nyanyian, pelakon dan pengacara Adibah Noor, 44, gemar menghasilkan album dengan menggunakan hasil titik peluhnya sendiri.

Tanpa diikat oleh mana-mana syarikat rakaman, pemilik nama, Adibah Noor Mohamed Omar ini lebih selesa untuk memilih secara peribadi komposer yang terlibat bagi menggubah lagu-lagu yang terkandung di dalam album-albumnya.

Ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman konsert An Evening of Glamour with Francesca Peters and Adibah Noor di Hugo's On 6, Hotel Best Western Premier Dua Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu masih menggunakan resipi yang sama untuk penghasilan album ketiganya.

Uniknya, album terbaharunya itu merupakan sebuah album duet dan bakal menampilkan beberapa penyanyi tempatan dari pelbagai generasi yang menjadi kegemarannya.

Dalam temu bual selanjutnya bersama Kosmo!, Adibah turut bercerita mengenai perasaan rindunya untuk menyanyi bersama band secara langsung (live band) serta pengurusan masa yang agak ketat sejak bergelar penyampai radio di Suria FM.

Kosmo!: Kenapakah anda merancang untuk menerbitkan sebuah album yang menampilkan lagu-lagu duet?

ADIBAH: Pada pendapat saya, album duet seperti ini tidak pernah lagi dihasilkan di Malaysia. Selalunya, album-album bertema seperti ini kerap dihasilkan oleh penyanyi antarabangsa.

Jadi, tidak salah rasanya menampilkan beberapa orang penyanyi kegemaran saya dalam album ketiga saya itu nanti.

Siapa antara artis yang terlibat dalam album itu nanti?

Setakat ini saya sudah menghasilkan tiga buah single bersama Dina Nadzir, Sam Innuendo dan Nizam. Dalam pada itu, saya merancang untuk menjemput Atilia dan Francesca Peters untuk merakam lagu bersama.

Kenapakah anda memilih artis baharu seperti Nizam untuk ditampilkan dalam album itu nanti?

Tidak salah rasanya saya membuka peluang kepada penyanyi-penyanyi ini untuk maju dalam bidang nyanyian. Mereka sudah lama menyanyi, cuma tidak berpeluang untuk dikenali. Selain Nizam, saya juga cuba untuk berkerjasama dengan penyanyi yang lahir daripada rancangan Akademi Fantasia iaitu Amir Jahari.

ADIBAH kini dalam proses menyiapkan album terbaharunya.


Boleh ceritakan sedikit mengenai penglibatan anda untuk konsert bersama restoran Hugo's On 6?

Saya dipanggil untuk menjayakan sebuah persembahan secara santai oleh pihak hotel. Saya menerima pelawaan ini kerana tertarik dengan konsep live band yang akan mengiringi persembahan saya itu nanti.

Mengapakah anda lebih menggemari persembahan yang diiringi oleh live band berbanding minus one?

Sejujurnya, menyanyi di atas pentas secara berseorangan sangat membosankan (sambil ketawa). Selain berkomunikasi dengan penonton yang hadir, saya juga suka berinteraksi dengan live band. Berjayanya sesuatu persembahan itu turut bergantung pada keserasian penyanyi dan live band tersebut.

Bagaimana pula dengan pemilihan lagu-lagu dalam konsert itu nanti?

Selain membawa lagu-lagu yang menjadi kegemaran peminat, saya turut akan membawakan seleksi lagu-lagu yang ingin saya nyanyikan secara langsung.

Bagaimana peminat mahu mendapatkan tiket bagi persembahan itu nanti?

Saya bakal membuat persembahan di Hugo's On 6 pada 7 Jun depan. Peminat-peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM280++ dengan menghubungi talian 03-2272 8888 atau e-mel kepada fb2sentral@bestwestern.com.my. Paling istimewa, harga ini termasuk enam set menu untuk makan malam di restoran yang sama.

Sebagai seorang penyanyi yang juga bergelar penyampai radio, bagaimanakah anda membahagikan masa untuk menguruskan jadual kerjaya anda?

Saya akui, setelah bergelar penyampai radio, jadual saya sedikit padat. Namun, ini merupakan pilihan saya. Jadi, saya perlu bijak membahagikan masa antara dua bidang ini dan tidak terlalu gelojoh menerima tawaran untuk menyanyi mahupun mengacara.

Adakah anda selesa dengan kerjaya anda sebagai seorang penyampai radio?

Alhamdulillah, setelah setahun bergelar penyampai radio, kerjaya itu semakin dekat di hati saya. Selain dapat berinteraksi secara langsung bersama pendengar, saya turut menggunakan platform tersebut sebagai medium untuk menyebarkan info yang berguna kepada khalayak. - IZWAN MOHD. ISA

Buku panduan hos Azura Zainal

Posted:

Buku panduan hos Azura Zainal

Buku panduan hos Azura Zainal

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI

AZURA ternyata bangga dengan kemunculan buku pertama karya tulisannya ini.


WALAUPUN telah mempelopori bidang pengacaraan sejak 15 tahun lalu, perasaan gemuruh ketika berada di konti radio dan semasa mengacarakan program televisyen masih dirasakan sehingga kini.

Perasaan tersebut diluahkan oleh pengacara TV dan radio, Azura Zainal, 31, ketika ditanya mengenai perasaannya ketika menjalankan tugasnya sebagai pengacara.

Mula melebarkan sayapnya daripada pengacara program TV kepada deejay radio, ujar Azura, dia kini lebih selesa dengan persekitaran pekerjaan tersebut.

"Sejak dahulu kehidupan saya berkisar mengenai bidang pengacaraan, jadi saya rasa ia merupakan sebahagian darah daging saya.

"Walaupun telah berkecimpung dalam bidang ini sejak 15 tahun lalu tapi saya tidak pernah merasakan ia sebagai beban. Malah, setiap hari ketika hendak pergi ke tempat kerja, semangat sangat berkobar-kobar untuk bekerja," ujarnya ketika ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di sebalik kesibukannya bekerja, Azura bagaimanapun tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Berkahwin dengan jejaka kelahiran Brazil, Ibrahim Cristiano Genuino Da Silva, Azura mengakui, setelah memasuki alam kehidupan rumah tangga, dia memerlukan komitmen yang tinggi.

Sejak perkenalannya dengan Ibrahim sejak lima tahun lalu, kata Azura, suaminya itu sememangnya seorang yang memahami dan penyayang.

"Saya bahagia di sampingnya. Setakat perkenalan kami sejak 2009, dia tidak pernah berubah, malah kasih sayang dan komitmen yang diberikan membuatkan saya lebih bahagia bersamanya," jelas Azura.

Soal anak

Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan rumah tangga mereka dilengkapi dengan anak-anak.

Bercerita mengenai perkara itu, Azura berkata, buat masa sekarang, dia tidak bercadang untuk mempunyai anak dalam masa terdekat memandangkan dia dan suami kini sibuk dengan karier masing-masing.

"Dia kini sibuk dengan kelas latihan pertahankan dirinya dan pada masa yang sama, saya juga sibuk dengan karier saya sebagai pengacara.

"Kami bercadang untuk memperoleh cahaya mata dalam tempoh dua tahun akan datang," ujar pengacara program Xplorasi itu.

Tambahnya, dalam jangka masa dua tahun tersebut, di samping memberi sepenuh komitmen kepada kerjaya masing-masing, Azura berkata, dia dan Ibrahim masih lagi dalam proses mengenal budaya masing-masing.

"Tidak adil jika saya meminta dia sahaja memahami budaya saya. Saya juga perlu belajar cara hidup dan budayanya supaya ia seimbang," ujarnya yang kini sedang mempelajari bahasa ibunda suaminya iaitu, Brazillian-Portugese.

Buku

Bercerita mengenai perkembangan terbaharunya, Azura kini memasuki dimensi baharu dalam kehidupannya apabila mula menceburkan diri dalam bidang penulisan.

Pengalaman lebih sedekad dalam bidang pengacaraan telah diterjemahkan dalam sebuah buku yang berjudul The Guide Book To Radio Host terbitan MPH Bookstores.

Menurut Azura, dia tergerak hati untuk menulis buku tersebut memandangkan buku panduan seperti ini masih kurang berada di pasaran Malaysia dan kebanyakan buku panduan adalah dari luar negara.

"Jika dilihat buku seperti ini masih kurang berada di pasaran Malaysia dan jika seseorang itu ingin mempelajari bidang pengacaraan melalui buku, mereka terpaksa merujuk karya luar negara.

"Buku karya luar negara tidak sesuai untuk dijadikan rujukan di Malaysia memandangkan persekitaran dan cabarannya tidak sama seperti di Malaysia," ujar Azura.

Tambahnya, perasaan tanggungjawabnya untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaannya merupakan faktor lain yang mendorongnya menulis buku tersebut.

"Saya telah berkongsi segalanya termasuk pengalaman saya sehingga kepada aspek etika dan personaliti yang diperlukan untuk menjadi seorang pengacara yang berkaliber dan disegani.

"Melalui penulisan ini saya rasa ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan muda ataupun orang ramai yang berminat atau mahu berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan," ujar Azura yang menjadikan Oprah Winfrey dan Paula Malai Ali sebagai idolanya.

Tambah Azura, kandungan buku tersebut turut menekankan tentang aspek dalaman jiwa seseorang untuk bergelar pengacara dan ia bukan semata-mata berdasarkan teori.

Dalam perkembangan yang sama, Azura menambah, pada masa akan datang dia juga teringin untuk menerbitkan sebuah buku travelog bergambar mengenai pengalamannya sepanjang bergelar pengacara Xplorasi di TV1.

"Sepanjang menjadi pengacara untuk Xplorasi, saya telah berpeluang untuk menjelajah ke seluruh pelosok Malaysia.

"Pengalaman tersebut digunakan dengan sebaiknya, malah saya sempat merakam detik-detik pengembaraan tersebut dan saya rasakan ia menarik untuk dikongsikan dengan orang ramai," ujarnya.

Bengkel pengacaraan

Dalam pada itu, penerbitan buku tersebut juga membuka ruang baharu kepada Azura untuk mengadakan bengkel pengacaraan dalam usaha mendidik golongan yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan.

"Saya dan kakak saya, Zarina Zainal bercadang untuk mengadakan bengkel pengacaraan pada masa akan datang dan kebetulan buku ini boleh dijadikan sebagai medium pengajaran kepada pelajar.

"Kami juga amat berbesar hati jika mana-mana sekolah, kolej ataupun universiti ingin menjadikan buku ini sebagai salah satu silibus dalam sukatan pelajaran mereka," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved