Jumaat, 28 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Permainan harus bersifat ringkas

Posted:

Permainan harus bersifat ringkas

Permainan harus bersifat ringkas

WANITA itu kelihatan tekun melayari laman web terutama berkaitan keibubapaan. Matlamatnya hanya satu iaitu mencari maklumat berkaitan alat-alat permainan yang sesuai untuk anak-anaknya.

Sebagai ibu kepada dua orang anak, Emy Syafinaz Abdul Majid, 33, perlu memastikan alat-alat permainan yang dibeli tidak memberi kesan negatif kepada mereka. Pada masa sama, alat permainan berkenaan dapat membantu perkembangan otak dan fizikal anaknya, Eleesya Nur Jasmin Mohd. Juan Affendi, 3, dan Juan Erfan Mikhail, 2.

Antara ciri-ciri permainan yang akan dibeli perlulah sesuai dengan usia agar keselamatan anak-anaknya juga turut terpelihara.

"Saya membeli peralatan seperti blok-blok berwarna, kereta mainan bersaiz besar, kad pengimbas dan permainan yang berkaitan dengan abjad. Alat permainan seperti blok dapat membantu Erfan mengenali bentuk, mengatur atau memadankan blok berkenaan," kata Emy.

Dia yang tinggal di Shah Alam, Selangor itu juga turut menghasilkan alat permainan sendiri menggunakan barangan di rumah seperti memperkenalkan warna-warna kepada anak-anaknya.

Jelas Emy, dia tidak membenarkan anaknya bermain anak patung berwatak kartun atau fantasi kerana ia boleh memberi kesan tidak baik khususnya mengikut karakter watak itu dalam dunia realiti.

"Selagi alat permainan itu sesuai untuk pembelajaran, saya tidak kisah berbelanja lebih," kata Emy yang lazimnya membelanjakan kurang daripada RM100 setiap kali berbelanja untuk alat permainan.

Pengasas Institut Better Parenting yang juga ahli psikologi kanak-kanak, Vicki Panaccione memberitahu, ibu bapa perlu memastikan alat permainan yang hendak dibeli bukan sahaja untuk kanak-kanak berseronok tetapi mengikut usia, bersifat stimulasi dan selamat.

Ringkas

Katanya, ia penting untuk pembangunan mental, sosial, emosi dan fizikal. Ibu bapa juga dinasihati tidak terlalu spesifik kerana ia boleh mengehadkan atau mengelak kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka.

Pannaccione menasihatkan, alat permainan seharusnya bersifat ringkas seperti blok kerana ia membolehkan mereka bereksperimen, berimaginasi, kreatif dan spontan.

EMY mengakui tidak kisah membeli alat permainan kepada anak-anaknya selagi ia bermanfaat dan sihat.


Dalam pada itu, seorang blogger yang sering berkongsi maklumat keibubapaan dan kanak-kanak, Adlil Rajiah Mohd. Nasir, 26, dari Pulau Pinang ketika dihubungi berkata, kanak-kanak tidak sepatutnya dipaksa bermain sendiri alat permainan tertentu tanpa dibantu ibu bapa mereka.

Menceritakan pengalaman dan pembabitan dalam blognya, http://saatakukaupilih.blogspot.com/ sejak empat tahun lalu, Adlil memberitahu, elemen keibubapaan dan kanak-kanak diselit selepas dia sendiri bergelar ibu.

Sumber penulisan tentang alat permainan dan tip menghibur anak diperoleh melalui pembacaan dan pengalaman sendiri.

"Apabila melihat perubahan pada anak saya, ia akan dikongsi di blog untuk tatapan umum. Saya mendapat banyak maklum balas daripada ibu bapa lain yang turut berkongsi pengalaman dan tip mereka," kata ibu kepada anak kecil yang baru berusia dua tahun,

Perkongsian Adlil di blognya menarik perhatian ramai kerana beliau turut menyelitkan perbincangan dan nasihat doktor pakar kanak-kanak.

"Artikel saya di blog tentang tip daripada pakar mental kanak-kanak mencecah sehingga 35,000 perkongsian di Facebook," katanya.

Praktikal

Perkongsian mengenai cara-cara alat permainan dipelbagaikan kegunaannya turut menjadi tarikan pembaca blognya. Dalam penulisan itu, Adlil berkongsi kaedah mencipta alat permainan sendiri.

"Ia lebih murah dan praktikal kerana menggunakan bahan-bahan yang sudah sedia ada di rumah. Namun, ia menguji daya kreativiti ibu dalam menarik perhatian anak untuk bermain alatan yang dicipta sendiri," katanya.

Apabila terpaksa membeli alat permainan, Adlil akan sentiasa memastikan harga yang dibayar berpatutan. "Ia diikuti kebaikan permainan tersebut. Jika sekadar permainan super hero dan saya akan elakkan. Saya mementingkan permainan yang merangsang mental, kemahiran, deria dan fizikal anak," katanya.


YOKE CHAN memastikan kanak-kanak kelas nurseri didedah dengan permainan yang berkesan untuk pembangunan mentalkanak-kanak.


Bercakap mengenai faktor usia dan keselamatan sesuatu alat permainan, Adlil mengakui kebenarannya tetapi pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak adalah lebih penting.

Setakat ini, pendedahan alat permainan kepada anaknya, Ashraf Haikal Hafify Zulhaimy dilakukan dengan merujuk saranan pakar. Menurut Adlil, seorang pakar pediatrik yang dikenalinya pernah berkata, alat permainan penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf khususnya bayi yang berumur 0 sehingga lima tahun. Jadi apabila membuat sesuatu aktiviti atau bermain, Adlil akan pastikan faktor seperti fokus, pergerakan, penyelesaian masalah dan kebolehan mengingat menjadi ukuran utama alat permainan.

Adlil menyenaraikan aktiviti seperti mengenal dan mengasingkan barang mengikut warna, saiz, bentuk, aktiviti melibatkan pergerakan tangan dan kaki secara terperinci seperti tarik, tolak, picit, genggam, cubit, tekan, pijak dan sebagainya.

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga fasa.

Fasa paling awal ialah satu setengah hingga tiga tahun. Pada usia ini mereka mula mengenali sisi sebenar dunia menerusi lima deria mereka, bau, sentuhan, rasa, dengar dan lihat. Beliau menyarankan supaya anak-anak ini diperkenalkan dengan permainan yang merangsang deria, berwarna-warni, bertekstur, bersaiz besar agar selamat dan sentiasa dipantau ibu bapa. Pada ketika ini, Mariani mengakui kanak-kanak perlu didedah dengan permainan yang melatih fungsi perkembangan mental dan fizikal.

Antaranya ialah alat permainan yang berbunyi apabila ditekan, berjalan apabila diputar dan sebagainya. Agen perangsang ini menjadikan kanak-kanak itu boleh berfikir sekali gus meningkatkan skil motor mereka.

"Fasa kedua ialah usia empat hingga enam tahun. Pada masa ini, mereka akan masuk alam fantasi. Ini dinamakan peringkat praoperasi iaitu mereka boleh mewakili sesuatu secara simbolik.

"Sebagai contoh, permainan blok seperti Lego, bongkah kayu, replika bilik dapur dan sebagainya. Pada waktu ini juga kanak-kanak dilihat meniru apa sahaja yang dilakukan oleh orang dewasa. Sebagai melatih mereka dan menunjukkan dunia dewasa, permainan seperti ini juga sama penting didedahkan," kata Mariani.

Kepada kanak-kanak yang lebih matang iaitu sekitar usia tujuh tahun pula, mereka lebih cenderung kepada alat permainan dengan karakter kartun seperti Ultraman, Superman, Spiderman dan sebagainya.


KANAK-KANAK perlu didekati secara individual untuk mengesan dan mengenal pasti kaedah terbaik yang boleh digunakan untuk perkembangan minda mereka.


Animistik

"Ini dipanggil role play kerana dilihat sebagai wakil sebenar dan boleh diamalkan. Apa-apa pun oleh kerana ia watak tidak benar, pastikan anak tidak terikut dengan fantasi ini kerena mereka akan memberi impak kepada pemikiran animistik mereka," kata beliau.

Pada peringkat usia yang lebih matang, misalnya sembilan tahun dan ke atas (11 tahun), mereka mencapai usia praremaja. Mereka boleh didedahkan dengan permainan yang mencabar pemikiran. Jelas Mariani, permainan seperti Monopoli yang membawa kepada keperluan menyelesaikan masalah antara contoh terbaik.

"Malah permainan tradisional seperti teng-teng, congkak, layang-layang dan lain-lain juga pendekatan yang baik. Ia permainan yang berperaturan dan ia akan mendedahkan kanak-kanak bahawa disiplin itu penting dalam melibatkan diri dengan sesuatu permainan," tambah beliau.

Seorang pengetua sebuah tadika di Shah Alam, Yong Yoke Chan, 54, pula memberitahu, pihaknya mendedahkan kanak-kanak di bawah usia empat tahun dengan alat permainan berbanding akademik. Tadika yang dikenali sebagai Tadika Anak Minda itu, mendidik kanak-kanak dari usia dua tahun setengah hingga enam tahun. "Hanya pada usia lima tahun dan enam tahun, kami mengutamakan akademik dan aktiviti suka secara mingguan," kata beliau.

Bagi kanak-kanak kecil pula, mereka akan dilatih bermain dan menggunakan alat permainan pembelajaran dalam kelas dengan bimbingan guru secara harian. "Setiap kanak-kanak adalah berbeza-berbeza dan kami perlu mendekati mereka secara berasingan. Namun, apabila mereka didedahkan dengan permainan, mereka mempunyai minat yang lebih mendalam," ujar Yoke Chan.

Taman permainan berkonsep belantara

Posted:

Taman permainan berkonsep belantara

Taman permainan berkonsep belantara

Oleh NIZHA PERIASWAMY


KEBERSIHAN dan keselamatan dalam taman ini sentiasa dipelihara.


IBU bapa pada zaman ini dilihat bersikap sangat 'mengawal' anak-anak mereka. Hasilnya, anak-anak ini kurang dilihat bermain di padang-padang permainan di kawasan perumahan. Jika adapun, mereka akan diiringi ibu bapa yang sentiasa melihat setiap pergerakan anak-anak.

Tentu sekali, tidak salah mengiring anak-anak, malah ia satu tindakan yang amat dialu-alukan. Bahkan, kehadiran ibu bapa bersama anak-anak dilihat penting tatkala keadaan masa sekarang yang kurang selamat bagi kanak-kanak untuk bermain berseorangan mahupun dalam kalangan rakan-rakan.

Apabila melihat sudut kebebasan kanak-kanak ini, mungkin ia sangat terhad berikutan sikap mengawal ibu bapa yang melarang anak-anak mencuba aksi yang mungkin dikhuatiri berbahaya atau tidak selamat.

Lebih buruk apabila kes-kes seperti demam denggi akibat pembiakan nyamuk aedes di tempat terbuka termasuk padang, masalah jerebu yang melampau, suhu panas yang tinggi sejak akhir-akhir ini ataupun musim hujan, semuanya menjadi halangan untuk kanak-kanak keluar rumah.

Maka, apakah alternatif lain yang membenarkan kanak-kanak bebas bermain seperti di padang permainan tetapi dalam keadaan selamat, bersih dan bebas pencemaran?

Lahirnya, taman permainan dalam bangunan, kebanyakan di pusat-pusat beli-belah dilihat satu tawaran bijak. Malah kedudukan taman permainan dalam bangunan yang lebih selamat dan bersih menjadi pilihan ibu bapa.

Lazimnya, taman-taman permainan dalam bangunan dikenakan caj antara RM15 hinggalah RM60 seorang namun, jelas elemen kemudahan, aktiviti dan keselesaan menjadi keutamaan dan bukan lagi caj yang dikenakan.

Seorang pengendali taman permainan dalam bangunan, Shaaila Angamuthu, 30-an, memberitahu, adalah penting kanak-kanak didedahkan dengan persekitaran permainan untuk perkembangan keseluruhan.

Apabila mereka terlalu dilindungi dalam rumah, kanak-kanak ini dilihat kehilangan banyak perkara, terutamanya kemahiran berinteraksi, bersosial , komunikasi dan cara mendekati kanak-kanak lain.


KANAK-KANAK juga banyak didedah dengan aktiviti pembelajaran.


Shaaila yang mempunyai pengalaman lebih 17 tahun dalam industri penjagaan kanak-kanak berkata, alat permainan yang dipilih dalam taman permainan dalam bangunan termasuk di I-Kids Club di I-Setan, KLCC adalah dengan mengambil kira keperluan sasaran pengunjung iaitu kanak-kanak itu sendiri.

"Kami di sini mahu kanak-kanak selamat, dipimpin dengan baik dalam suasana yang bersih dan sihat termasuk pemilihan alat permainan. Lagipun, perniagaan membabitkan emosi kanak-kanak amat kompleks dan kita tidak boleh mengambil ringan perkara tersebut," kata bekas akauntan itu.

Shaaila berkata, di I-Kids Club, pihaknya amat menitikberatkan alat permainan paling asas mengikut konsep.

"Kini kami sedang menggunakan konsep hutan, maka semua peralatan ini akan lebih berunsur haiwan-haiwan di hutan. Antaranya ialah jongkang-jongket plastik yang berbentuk haiwan, tetangga motif haiwan dan kawasan permainan yang didekorasi menggunakan elemen hutan," katanya.

Bukan itu sahaja, I-Kids Club juga menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif bersama kanak-kanak menggunakan alat mainan, misalnya, memperkenalkan sejenis hidupan laut menggunakan patung haiwan, gambar dalam buku, imej pada poster, peralatan bantuan yang lain seperti lukisan dan aktiviti mewarna hidupan laut.

Semua sesi di I-Kids Club juga diterhadkan sehingga 90 minit. "Pada 90 minit yang pertama, tahap pemikiran dan penghafalan kanak-kanak sangat efektif. Mereka boleh menceritakan kembali apa yang berlaku dengan tepat. Tetapi apabila ia melampaui tempoh itu, mereka hilang tumpuan dan letih justeru boleh menyebabkan mereka terlupa kandungan aktiviti yang dilakukan," ujar Shaaila lagi.

Di pusat beli-belah yang sama, turut ditemui, Eksekutif Jualan Alat Permainan, Farah Syarina, 28, dari I-Setan memberitahu, pihaknya dilatih secara profesional untuk memilih alat permainan yang dijual dipusat beli-belah itu.

"Kami melakukan kajian di pasaran, dalam kalangan ibu bapa dan kanak-kanak sebelum memilih alat permainan untuk dijual. Trend memilih peralatan mainan pembelajaran menjadi pilihan utama dalam kalangan ibu bapa. Namun, bagi kanak-kanak di bawah tiga tahun, ia lebih berbentuk stimulasi deria dan alat permainan yang boleh mendidik mereka untuk berdikari atau bermain sendiri," katanya.

Wanita itu turut menunjukkan beberapa alat permainan yang diasingkan mengikut usia kanak-kanak di pusat beli-belah itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Penduduk Tanah Liat terima bantuan kewangan

Posted:

Penduduk Tanah Liat terima bantuan kewangan

Penduduk Tanah Liat terima bantuan kewangan

ZAIDI (dua dari kiri) menghulurkan sumbangan kepada sebahagian penerima bantuan daripada UMNO Permatang Pauh di Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.


BANTUAN. Bagi meneruskan agenda transformasi yang dirancang, UMNO Bahagian Permatang Pauh, Pulau Pinang menyampaikan bantuan kewangan kepada 24 penerima golongan kurang berkemampuan di Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, bantuan yang diberikan kepada penerima termasuklah untuk pengurusan jenazah, kelahiran, perkahwinan, pendidikan dan penyakit kronik.

"Bantuan ini adalah usaha kami bagi meringankan beban penduduk yang kurang berkemampuan di kawasan Tanah Liat," katanya.

Ujar Mohd. Zaidi, bantuan keseluruhan bernilai kira-kira RM6,000 itu diberikan menerusi program kebajikan UMNO Bahagian dengan setiap penerima merupakan penduduk Tanah Liat di sekitar kawasan Parlimen Permatang Pauh.

SMK Asajaya 2 kini dikenali SMK Hajah Laila Taib

Posted:

SMK Asajaya 2 kini dikenali SMK Hajah Laila Taib

SMK Asajaya 2 kini dikenali SMK Hajah Laila Taib


MUHYIDDIN bersama para pelajar selepas merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib di Kota Samarahan, Sarawak baru-baru ini.


RASMI. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya 2 bernilai RM70 juta di Kota Samarahan, Sarawak yang siap sepenuhnya pembinaan pada Mac 2010.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut bersetuju meluluskan pertukaran nama SMK Asajaya 2 kepada SMK Hajah Laila Taib.

"Pertukaran nama itu bagi memperingati sumbangan besar Allahyarham Laila yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan di Sarawak," kata beliau.

SMK Hajah Laila Taib yang kini mempunyai 1,101 orang murid, 77 orang tenaga pengajar serta 10 staf sokongan telah menempa nama apabila menjadi antara sekolah terbaik di Sarawak berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah tahun lalu.

Pelajar Perda-Tech jadi anak angkat di dua buah kampung

Posted:

Pelajar Perda-Tech jadi anak angkat di dua buah kampung

Pelajar Perda-Tech jadi anak angkat di dua buah kampung


SHABUDIN (kanan) berbual dengan penduduk Kampung Setol dan Pokok Simpor serta pelajar semasa majlis penutup program Baktisiswa Perda-Tech di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.


DIRAI. Seramai 40 pelajar Institut Kemahiran Perda-Tech, Nibong Tebal diraikan pada majlis penyerahan anak angkat sempena program Baktisiswa Perda-Tech yang berlangsung di dua buah kampung di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Shabudin Yahaya berkata, pelajar berkenaan ditempatkan bersama keluarga angkat masing-masing di Kampung Setol dan Pokok Simpor di Sungai Dua selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Mac lalu bagi melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

"Program ini menjadi medan untuk pelajar menyelami kehidupan penduduk kampung dan mempraktikkan kemahiran bidang masing-masing menerusi program ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Generasi keempat pencabar pesaing

Posted:

Generasi keempat pencabar pesaing

Generasi keempat pencabar pesaing

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

SEGMEN B tersenarai sebagai salah satu daripada kelas pasaran kenderaan roda empat yang cukup kompetatif dan dilihat sebagai lubuk emas dalam industri automotif tempatan.

Kelas kereta itu menjadi medan taruhan model-model asas oleh semua pengeluar kenderaan berpenumpang di Malaysia namun perlu diakui, Jepun sebenarnya berada selangkah di hadapan pemain lain.

Lihat sahaja kelibat model sedan seperti Toyota Vios, Nissan Almera dan Honda City di atas jalan raya. Produk-produk negara matahari terbit itu ada di merata-rata. Produk jenama Korea Selatan pula masih dalam proses merangkak-rangkak meraih tempat dalam kalangan pembeli tempatan.

Populariti sesuatu jenama banyak berkait rapat dengan soal harga, kepercayaan, aspek keselamatan dan khidmat selepas jualan termasuk kebolehdapatan alat ganti.

Untuk berdepan dengan saingan sengit itu, Honda Malaysia memperbaharui rangkaian kenderaan segmen B dengan pengenalan generasi keempat Honda City.

Kali ini, Honda Malaysia mengetengahkan empat varian sekali gus berbanding dengan hanya dua produk sebelum ini.

Sejarah Honda City di Malaysia bermula sekitar tahun 2001 dan menjadi buah mulut golongan orang muda sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Berdasarkan statistik Honda Malaysia, terdapat lebih daripada 145,000 unit City berada di atas jalan di seluruh negara.

Sejak membuka tempahan bagi model City bulan lalu, Honda Malaysia berjaya merekodkan tempahan lebih daripada 1,800 unit.


PAPAN pemuka baharu kelihatan lebih moden dan menepati cita rasa golongan muda.


Menurut Pengarah Urusan Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, City baharu menawarkan satu pakej komprehensif yang dapat memenuhi keperluan para konsumer. Katanya, kereta sedan itu menggabungkan penampilan premium, pemanduan yang mengujakan, keselesaan serta ruang kabin luas selain sarat dengan pelbagai teknologi keselamatan terbaik dalam kategori segmen B.

"City ialah model pertama yang diperkenalkan Honda Malaysia dengan empat pilihan varian iaitu S, S+, E dan V. Tambahan varian ini dibuat kerana respons yang kami terima daripada pelanggan dan kehendak pasaran adalah amat memberangsangkan.

"Tindakan melancarkan empat varian sekali gus ini juga bertujuan meluaskan pilihan kepada orang ramai," katanya kepada pengamal media sejurus sahaja selesai majlis pelancaran Honda City baharu di ibu kota baru-baru ini.

Honda City generasi keempat tampil menawan hasil solekan pada keseluruhan tubuhnya. Rekaan bahagian hadapan kini tampak mantap dan mengimbangi paras rupa bahagian belakang yang nyata lebih lebar. Bampar hadapan dan hud merupakan dua komponen utama yang menyerlahkan imej kemodenan manakala bahagian belakang kelihatan lebih menarik hasil padanan set lampu belakang yang lebih lebar.

Honda City generasi baharu menggunakan enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC yang diberi penambahbaikan bagi meningkatkan keupayaan menjana kuasa output dan tork maksimum sebagai usaha menyempurnakan prestasi pemanduan berbanding model sebelumnya.

Kelancaran penyampaian kuasa enjin kepada roda dibantu dengan sistem transmisi CVT yang dibangunkan berdasarkan falsafah Earth Dream Technology. Model sebelum ini mengguna pakai sistem kotak gear automatik lima kelajuan. Honda Malaysia mendakwa transmisi baharu itu menawarkan kombinasi prestasi dan menjimatkan penggunaan bahan api pada masa sama.


HONDA CITY varian V didatangkan bersama enam beg udara manakala varian lain hanya dibekalkan dengan dua unit beg udara.


Tidak cukup dengan itu, jurutera dan pereka Honda memasang butang mod ECON sebagai kemudahan bagi pemilik untuk mengoptimumkan penjimatan bahan api sewaktu pemanduan. Apa yang menarikanya, teknologi itu didatangkan sebagai ciri standard bagi semua varian generasi baharu itu.

Selain teknologi jimat minyak, terdapat pelbagai ciri menarik seperti sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, kawal jelajah, sistem hiburan dengan lapan pembesar suara, bolong pendingin hawa untuk keselesaan penumpang barisan belakang, kawalan telefon bebas tangan dan kawalan suhu pendingin hawa automatik.

Berhubung ciri keselamatan, Honda Malaysia memandangnya sebagai perkara serius dan memasang teknologi seperti beg udara, bantuan kestabilan kenderaan, Hill Start Assist dan Emergency Stop Signal.

Pembeli diberi lima pilihan warna menarik iaitu putih, hitam, biru, perak dan kelabu. Sebagai kelegaan buat para pemilik, City didatangkan dengan jaminan selama lima tahun jaminan tanpa had perbatuan.

Kereta urban Perancis mampu milik

Posted:

Kereta urban Perancis mampu milik

Kereta urban Perancis mampu milik

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


BAHAGIAN hadapan Peugeot 208 nampak segar dengan gril dan lampu LED.


PEUGEOT 208 mula diperkenalkan di peringkat global sewaktu pameran Geneva Motor Show 2012. Selang setahun kemudiannya, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia iaitu Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) akhirnya melancarkan model itu ke pasaran domestik.

Ketibaan Peugeot 208 menambah seri kepada landskap segmen B dan pelanggan ada pilihan lebih luas mendapatkan sebuah kereta hatchback mampu milik.

Pihak Nasim baru-baru ini memberi peluang kepada penulis untuk memandu uji Peugeot 208 versi lima pintu selama beberapa hari. Bagi penulis, sebaik sahaja memasuki kabin kereta ini mata sudah terpaku pada stereng bersaiz kecil tetapi tampil sporty.

Tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan jenis separa bucket yang menggunakan fabrik juga melahirkan perasaan seperti berada dalam sebuah kereta sport.

Cumanya, penulis agak janggal kerana sistem audio Peugeot 208 tidak mempunyai pemain cakera padat. Namun, jika anda mahu mendengar lagu selain corong radio, sila muatkan semua lagu kegemaran dalam alat penstoran seperti pendrive dan sambungkan sahaja pada slot USB.

Selain itu, suasana kabin pada waktu malam juga memberikan suasana tersendiri kerana lampu malap membuatkan pemanduan rasa tenang.

Keselesaan tambahan

Cuaca semasa yang panas juga tidak terlalu terasa kerana Peugeot 208 mempunyai pendingin hawa di sebelah kiri kaki pemandu. Bolong itu menyalurkan udara sejuk dan memberi keselesaan tambahan bagi pemandu.

Ruang butnya agak kecil dan dilihat sepadan dengan saiz badan tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh memasukkan dua set golf ke dalam perut kereta. Caranya mudah sahaja, rebahkan barisan kerusi di belakang.


PAPAN pemuka mesra pemandu kerana setiap butang mudah dicapai.


Sewaktu memandu kereta ini ke Port Dickson, Negeri Sembilan, penulis mendapati prestasi enjin di lebuh raya agak lancar kerana mampu menyalurkan kuasa secukupnya untuk memotong kenderaan lain atas jalan.

Memandu pulang ke ibu kota, penulis memilih laluan pedalaman dan berselekoh untuk mendapat pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan.

Sarat ciri keselamatan

Secara umumnya, sistem pengendalian kereta hatchback ini sedikit menyeronokkan dan mudah dikendalikan biarpun sterengnya agak ringan.

Sistem transmisi Auto Adaptive Gearbox dengan Tiptronic dan fungsi mode Sport juga antara yang membuatkan pemanduan lebih seronok.

Walaupun padat dengan elemen baharu yang sesuai dengan edaran semasa, ciri-ciri keselamatan tidak pula dilupakan. Ia memang sarat dengan ciri seperti enam beg udara dan Program Kestabilan Elektronik (ESP), ABS, EBD, EBA, DSC, VHSS dan ASR.

Triton diberi solekan minimum

Posted:

Triton diberi solekan minimum

Triton diberi solekan minimum


DARI kiri, KetuaPegawai Eksekutif Mitsubishi Malaysia, Tetsuya Oda dan Ketua Pegawai Operasi Mitsubishi Malaysia, Tan Siow Chuan bersama model naik taraf Triton di ibu negara baru-baru ini.


MITSUBISHI Motors Malaysia Sdn. Bhd. (Mitsubishi Malaysia) memperkenalkan trak pikap Triton VGT GS yang didakwa kelihatan lebih sporty.

Model baharu itu didatangkan dengan beberapa komponen baharu termasuk bampar, gril, set lampu projektor dan rim berukuran 17 inci.

Bahagian kabin pula dilengkapi sebuah skrin sesentuh 6.1 inci pada papan pemuka, fungsi tetingkap kuasa bumbung matahari dan tetingkap kuasa gelongsor bahagian belakang, filem tinta keselamatan dan kerusi dengan salutan material kulit.

Triton VGT GS dilengkapi enjin diesel 2.5 liter yang menghasilkan kuasa maksimum 178PS dan tork tertinggi 350Nm. Transmisi digunakan ialah lima kelajuan automatik berserta mod pemanduan sport.

Model Triton VGT GS didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu merah, putih dan hitam. Harga atas jalan tanpa insurans bagi trak pikap itu ialah RM107,809.60 seunit.

Selain itu, Mitsubishi Malaysia turut memperkenalkan tiga model Triton naik taraf iaitu 2.5 AT, 2.5 MT dan 2.5 MT STD ke pasaran Malaysia.

Pembaharuan untuk siri Triton sekadar menggantikan bampar dan gril baharu. Harga atas jalan bagi siri naik taraf itu bermula serendah RM82,185.70 hingga RM95,247.80 sebuah.

Jaminan diberikan ialah selama tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 kilometer (mana-mana tiba dulu).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pencarian MH370 beralih ke lokasi baharu

Posted:

Pencarian MH370 beralih ke lokasi baharu

Pencarian MH370 beralih ke lokasi baharu

SEPASUKAN pegawai Maritim Malaysia melihat peta lokasi pencarian terbaharu pesawat MH370 di dalam Kapal KM Langkawi ketika berlabuh di Pelabuhan Kuantan, Pahang semalam.


MELBOURNE - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, terdapat satu petunjuk baharu yang boleh dipercayai dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak tiga minggu lepas.

Laporan media Australia menyebut, Abbott telah diberi taklimat mengenai analisis data terbaharu radar yang membuatkan pihak berkuasa memindahkan kawasan carian 1,100 kilometer (km) ke timur laut berikutan makluman daripada pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.

Kawasan pencarian sebelum ini ditumpukan di kawasan sejauh 2,500km dari barat laut Perth, Australia dan dengan peralihan tersebut, operasi mencari dan menyelamat (SAR) lebih dekat dengan daratan di Perth.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia tidak akan serah kalah

Posted:

Malaysia tidak akan serah kalah

Malaysia tidak akan serah kalah

BEIJING - Kerajaan Malaysia tidak akan menyerah kalah dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-21 semalam walaupun kotak hitam pesawat hanya mengeluarkan isyarat selama 30 hari.

Pengarah Perkhidmatan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam, Ahmad Nizar Zolfakar berkata, kerajaan memberi komitmen untuk meneruskan operasi SAR sehingga kotak hitam pesawat dijumpai.

Menurutnya, kerajaan akan mencontohi langkah yang diambil Perancis dalam operasi SAR bagi mengesan bangkai pesawat Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada tahun 2009.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengganti Abdul Taib di Balingian terjawab hari ini

Posted:

Pengganti Abdul Taib di Balingian terjawab hari ini

Pengganti Abdul Taib di Balingian terjawab hari ini

MUKAH - Siapakah yang bakal mengisi 'kasut besar' dikosongkan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Balingian terjawab hari ini.

Selepas 12 hari tempoh berkempen berlangsung, seramai 13,233 pengundi berdaftar di sini dijangka keluar menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sultan Ahmad Shah tetap jadi pilihan

Posted:

Sultan Ahmad Shah tetap jadi pilihan

Sultan Ahmad Shah tetap jadi pilihan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SULTAN Ahmad Shah tetap dicalonkan oleh ahli gabungan FAM untuk mempertahankan jawatan presiden badan induk bola sepak negara itu pada kongres edisi ke-50, Mei nanti.


MESKIPUN berdepan kritikan daripada peminat bola sepak tempatan, tetapi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah tetap menjadi pilihan untuk menerajui badan induk bola sepak negara itu.

Beberapa ahli gabungan FAM masih memiliki kepercayaan penuh dengan kepimpinan Sultan Ahmad Shah apabila mencalonkan baginda untuk mempertahankan jawatan tersebut pada Kongres FAM pada 25 Mei nanti.

Sebelum ini, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim muncul sebagai calon popular untuk bertanding jawatan tersebut.

Begitupun, ahli-ahli gabungan FAM nampaknya tetap menagih khidmat Sultan Ahmad Shah bagi menerajui FAM untuk penggal 2014-2018.

Sumber dalaman FAM menjelaskan, tiga calon tersebut telah dicalonkan oleh beberapa ahli gabungan untuk bertanding kerusi tertinggi badan induk bola sepak negara itu.

"Benar, tiga calon iaitu Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah dan Tunku Ismail telah dicalonkan untuk jawatan Presiden FAM pada Kongres ke-50 FAM itu nanti.

"Seperti yang kita tahu, Tengku Abdullah dan Tunku Ismail dikatakan telah dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden tetapi ada juga ahli-ahli gabungan FAM turut mencalonkan Sultan Ahmad Shah bagi mengisi kerusi utama FAM itu.

"Ternyata, ahli-ahli gabungan FAM masih menagih khidmat Sultan Ahmad Shah dan itulah yang saya dapat tahu selepas tarikh pencalonan ditutup pada 25 Mac lalu," kata sumber tersebut kepada Kosmo! semalam.

Selain jawatan Presiden FAM, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah bakal bersaing dengan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal bagi merebut dua slot untuk jawatan Timbalan Presiden FAM.

Andai kata Tengku Abdullah dilantik sebagai Presiden baharu FAM, sumber tersebut tidak menolak kemungkinan kedua-dua calon tersebut bakal mengisi dua jawatan Timbalan Presiden.

Namun, jika Tengku Abdullah masih berjaya mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden FAM, Afandi dan Subahan bakal muncul sebagai salah seorang calon popular untuk mengisi satu lagi jawatan Timbalan Presiden.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundram dikatakan menjadi calon popular untuk bersaing salah satu daripada empat kerusi Naib Presiden FAM.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM bakal mempertandingkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden (dua), Naib Presiden (empat) dan 10 ahli exco yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita pada kongres itu nanti.

Raikkonen akui sukar di Sepang

Posted:

Raikkonen akui sukar di Sepang

Raikkonen akui sukar di Sepang


RAIKKONEN tetap mengharapkan keputusan yang baik pada saingan Grand Prix Malaysia di Litar Sepang hujung minggu ini.


PEMANDU Ferrari, Kimi Raikkonen mengakui bahawa perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia sentiasa sukar baginya.

Kali terakhir pemandu Finland itu menjulang trofi kemenangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) adalah pada tahun 2008.

Musim ini dijangka lebih sukar bagi juara dunia 2007 itu terutama selepas perubahan besar dilakukan pada jentera yang menggantikan enjin turbo V6 1.6 liter menggantikan enjin V8.

Malah Raikkonen yang kembali menyertai Ferrari selepas dua tahun bersama Lotus juga dilihat sedang menyesuaikan diri dengan pasukan tersebut.

Ditanya sama ada aksi hambar pada perlumbaan pembukaan 2014 di GP Australia 16 Mac lalu disebabkan oleh masalah pada sistem brek, Raikkonen menafikan dakwaan tersebut.

"Saya pun tidak tahu dari mana perkara ini timbul kerana ia bukan isu dan kami tidak mempunyai masalah dengan sistem tersebut.

"Ia hanya melibatkan pelarasan jentera kerana saya mahu ia mengikut cita rasa sendiri, saya percaya jika ia berjaya diatasi, ia akan memudahkan saya terus berada di hadapan sehingga ke garisan penamat.

"Begitupun saya masih memerlukan masa lagi, selalunya ia tidak akan berhasil pada awal musim ini, bagi pasukan pula ia bukan pencapaian yang baik," ujar Raikkonen yang meraih tempat ketujuh di Litar Albert Park, Melbourne minggu lalu.

Bagaimanapun, Raikkonen tetap mengharapkan keputusan yang lebih baik pada perlumbaan di Sepang, sekali gus mengulangi kejayaan pada 2003 dan 2008.

"Walaupun kami berdepan dengan kesukaran tetapi semua masalah ini tidak serius, sekurang-kurangnya pasukan tahu apa yang perlu dilakukan.

"Pasukan memiliki kakitangan yang bagus dan mereka sedang bekerja keras untuk memastikan pasukan ini terus meningkat," tambah Raikkonen.

'Jangan pandang belakang'

Posted:

'Jangan pandang belakang'

'Jangan pandang belakang'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


IRFAN


"JIKA memasang impian untuk kembali ke Liga Super musim depan, kami tidak lagi boleh memandang ke belakang."

Demikian nasihat pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim terhadap anak-anak buah beliau ketika melayan kunjungan Perlis dalam aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya petang ini.

Menurut Irfan, The Settlers sewajarnya mengekalkan momentum kemenangan sebaik mengatasi UiTM 4-2 Isnin lalu selepas terlebih dahulu merakam tiga keputusan seri berturut-turut sebelum ini.

Ini kerana menurut beliau, tekanan pastinya dirasai sekiranya anak-anak buahnya hanya mahu memburu kedudukan dua terbaik Liga Premier pada penghujung musim.

"Misi memburu tiga mata sudah tentu sukar dalam setiap perlawanan, tetapi kami akan tetap bekerja keras untuk mengekalkan momentum kemenangan.

"Jadi, saya harap pemain Felda United supaya jangan leka dan terus bekerja keras untuk mengekalkan momentum sehingga penghujung musim," kata Irfan.

Untuk rekod, kemarau kemenangan Felda United akhirnya ternoktah sebaik mengatasi UiTM minggu lalu selepas merakam tiga keputusan seri semasa berdepan Polis Diraja Malaysia (3-3), Johor Darul Takzim II (2-2) Pulau Pinang (1-1) sebelum ini.

Buat masa ini, The Settlers yang menghuni tangga keempat Liga Premier dengan 13 mata kini ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Pulau Pinang namun masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

Mengulas lanjut, Irfan juga enggan menekan butang panik biarpun beberapa pemain utamanya seperti Hasni Zaidi Jamian, Mohd. Aizul Ridzuan Razali dan Shahrulnizam Mustapa terpaksa diketepikan gara-gara mengalami kecederaan jangka panjang.

"Saya tidak terlalu bimbang kerana masih memiliki beberapa pemain lain yang berkualiti sebagai pengganti.

"Jika diikutkan, sudah tiga empat perlawanan saya terpaksa mengenepikan beberapa pemain utama gara-gara kecederaan sebelum ini.

"Cuma itulah, masih ada pemain yang gagal membuktikan kemampuan masing-masing dalam perlawanan sebenar biarpun tampak bagus semasa menjalani latihan.

"Jadi, saya harap mereka mampu memberikan yang terbaik ketika berdepan Perlis nanti.

"Namun pada masa sama, prestasi semasa Perlis tidak boleh dipandang mudah kerana mereka juga menang (2-1 ke atas PBAPP FC) dalam aksi terakhir mereka sebelum ini," jelas beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dunia bergelap sejam esok sempena Earth Hour

Posted:

Dunia bergelap sejam esok sempena Earth Hour

Dunia bergelap sejam esok sempena Earth Hour

ORANG ramai bersantai di tempat terbuka sempena acara promosi Earth Hour di Lima, Peru pada 26 Februari lalu.


SINGAPURA - Lampu di sekitar 7,000 bandar raya di seluruh dunia akan ditutup sempena acara Earth Hour hujung minggu ini bagi mengumpul ratusan ribu dolar untuk projek-projek pemuliharaan alam sekitar, kata pihak penganjur semalam.

Pihak penganjur, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan firma pembayaran elektronik, PayPal memberi kebebasan kepada penderma memilih dan menyumbang untuk projek tertentu di seluruh dunia seperti di Rusia, India, Kanada dan Indonesia.

Mereka yang berminat boleh menyalurkan sumbangan wang menerusi laman web pengumpulan dana, Crowdonomic.

"Kami bermula dengan 20 projek tahun ini tetapi visi kami adalah untuk berkembang selepas berlangsungnya acara ini pada Sabtu ini," kata ketua eksekutif Earth Hour, Andy Ridley.

Menurutnya, Earth Hour merancang untuk mengumpul sumbangan keseluruhan melebihi AS$650,000 (RM2.1 juta).

"Antara projek yang akan mendapat pembiayaan kami termasuk pusat pemuliharaan penyu di Itali dan perkhidmatan renjer hutan di Indonesia," katanya.

Menerusi Earth Hour, berjuta-juta orang di seluruh dunia akan menutup lampu pejabat dan kediaman mereka selama sejam bermula pukul 8.30 malam esok.

Tindakan tersebut untuk meraikan komitmen mereka berhubung usaha memulihara planet Bumi. - Agensi

Serpihan MH370 belum diperoleh

Posted:

Serpihan MH370 belum diperoleh

Serpihan MH370 belum diperoleh


SEORANG anggota tentera udara Australia, Ron Day melihat keluar tingkap pesawat peninjau AP-3C Orion ketika menyertai operasi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi.


PERTH - Lebih 100 objek yang berpotensi serpihan pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dikesan oleh beberapa satelit di selatan Lautan Hindi tetapi sehingga kini masih belum ada sebuah objek yang dapat diambil oleh pasukan pencari dan penyelamat.

Perkembangan tersebut membuatkan waris 239 penumpang dan kru pesawat hilang itu terpaksa menunggu sehari lagi dalam keadaan sedih.

"Sehingga satu objek serpihan diambil dan dianalisis bagi mengenal pasti sama ada ia berasal dari MH370, sukar untuk kami mempercayai pesawat itu terhempas," kata seorang lelaki, Steve Wang di Beijing.

Ibunya yang berusia 57 tahun berada dalam penerbangan tersebut.

"Setakat ini, apa yang dikemukakan hanya petunjuk, tanpa objek serpihan, ia tidak berguna," tambahnya.

Keluhan waris penumpang warga China itu diluahkan selepas sebuah satelit Thailand menemui sekitar 300 objek sepanjang antara dua meter (m) hingga 16m kira-kira 2,700 kilometer ke barat daya Perth.

"Imej yang dirakam oleh satelit Thaichote itu mengambil masa dua hari untuk diproses dan diberikan kepada pihak berkuasa Malaysia kelmarin," kata pengarah teknologi angkasa lepas Thailand, Anond Snidvongs.

Semua objek yang ditemui itu berada sekitar 200 kilometer ke barat daya kawasan sebuah satelit Perancis mengesan sebanyak 122 objek pada Ahad lalu.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada kedua-dua satelit tersebut mengesan objek yang sama.

Pengumuman mengenai penemuan tersebut dibuat selepas Pihak Berkuasa Maritim Australia (AMSA) menyatakan, pihaknya terpaksa memanggil pulang semua 11 pesawat yang dijadual menyertai operasi mencari MH370 semalam.

Keputusan tersebut dibuat berikutan hujan lebat, angin kencang dan awan rendah yang melanda semalam.

Namun, terdapat lima buah kapal yang meneruskan operasi untuk mengesan pesawat tersebut.

Sebelum operasi mencari ditanguhkan, sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat dan dua kapal terbang Jepun tiba di lokasi pencarian sekitar 2,500km ke barat daya Perth.

"Mereka mencari selama dua jam tetapi gagal menemui sebarang objek," kata jurucakap AMSA, Sam Cardwell.

Ketika ini sebuah kapal milik tentera laut Australia, HMAS Success berada di kawasan carian bersama empat lagi kapal tentera China iaitu, Xue Long, Kuulunshan, Haikon dan Qiandaohu.

Sehingga kini enam buah negara iaitu Australia, New Zealand, AS, Jepun, China dan Korea Selatan menyertai misi mencari tersebut. - Agensi

Buaya terkam, baham kamera

Posted:

Buaya terkam, baham kamera

Buaya terkam, baham kamera


IMEJ-IMEJ terakhir yang dirakam kamera GoPro milik Madden sebelum gajet itu digigit seekor buaya.


HOMESTEAD, Florida - Hasrat seorang aktivis pencinta alam ingin merakam aksi seekor buaya gergasi gagal apabila sebuah kamera jenis GoPro yang baru dibelinya rosak teruk akibat dibaham reptilia itu, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Chris Madden meletakkan kamera tersebut di dalam sebuah kerangka sebelum menuju ke sebuah tasik di Homestead, dalam negeri Florida yang menempatkan buaya sepanjang 4.1 meter itu baru-baru ini.

Penduduk setempat menggelarkan buaya itu 'Big Boy' kerana saiznya yang besar.

"Saya cuba mendapatkan beberapa gambar di dalam air, namun sebaik sahaja kamera ini menyentuh permukaan air, buaya tersebut terus menerkam dengan ganas," katanya.

Kamera tersebut dimasuki air selepas beberapa gali digigit oleh buaya tersebut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Larangan masuk Sarawak selaras peruntukan Perjanjian Malaysia 1963

Posted:

Larangan masuk Sarawak selaras peruntukan Perjanjian Malaysia 1963

Larangan masuk Sarawak selaras peruntukan Perjanjian Malaysia 1963

28/03/2014 9:45pm

PADAWAN - Kerajaan Sarawak tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang ketika menghalang tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada memasuki negeri itu.

Sebaliknya kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tindakan itu selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri menerusi Perjanjian Malaysia 1963.

"Semua pihak sudah sedia maklum mengenai Perjanjian Malaysia 1963.

"Kerajaan negeri diberi hak mengurus hal ehwal imigresen sendiri dan seterusnya boleh menghalang mana-mana pihak yang dianggap boleh memecah belah perpaduan dan seterusnya membawa ketidakstabilan dari masuk ke negeri ini," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Jabatan Penjara Malaysia (Zon Sarawak), di sini hari ini juga berkata, hal itu termaktub dalam Perkara 6 perjanjian berkenaan.

Pada 25 Mac lalu tiga pemimpin PKR iaitu Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua dihalang masuk ke Sarawak.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi meminta semua pihak menghormati Perjanjian Malaysia dan tidak membangkitkan lagi perkara itu.

"Kita semua perlu menghormati perjanjian tersebut, tidak menjadikan larangan terhadap pemimpin PKR itu satu kontroversi, tidak mempolitikkan soal undang-undang dan yang pasti hak-hak yang telah diperuntukan kepada Sarawak dihormati " katanya. - Bernama

Pelan catuan air peringkat pertama dan ketiga diteruskan

Posted:

Pelan catuan air peringkat pertama dan ketiga diteruskan

Pelan catuan air peringkat pertama dan ketiga diteruskan

28/03/2014 8:42pm

KUALA LUMPUR - Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga masih diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, catuan air itu kerana fenomena cuaca panas dan ketiadaan hujan sejak beberapa hari lepas menyebabkan aliran air sungai kembali ke paras yang rendah di Sungai Selangor.

"Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama masih aktif kerana Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup berikutan paras kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Alfred berkata, bagi pengguna di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang memperoleh bekalan air menerusi kedua-dua LRA berkenaan akan menghadapi catuan bekalan air seperti yang dijadualkan dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama.

Bagi Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga yang melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang/Shah Alam, ia masih diaktifkan juga.

"Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. masih meneruskan pengawalan dan pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates.

"Kedua-dua pelan catuan bekalan air tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya. - Bernama

KPDNKK rampas petrol, diesel subsidi bernilai RM5.5 juta

Posted:

KPDNKK rampas petrol, diesel subsidi bernilai RM5.5 juta

KPDNKK rampas petrol, diesel subsidi bernilai RM5.5 juta

28/03/2014 7:26pm

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas petrol dan diesel subsidi bernilai RM5.5 juta sejak November lepas.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata rampasan itu hasil beberapa operasi bagi membanteras penyelewengan bahan berkenaan iaitu Operasi Diesel dan Petrol 1 North (OD1N), OD2N dan Operasi Diesel 1 Selatan (OD1S).

"Selain rampasan, turut dilakukan ialah pembekuan harta dan aset bernilai kira-kira RM36 juta. Ini adalah kejayaan cemerlang yang dicapai sehingga Mac ini," katanya dalam majlis perhimpunan bulanan KPDNKK hari ini.

Beliau berkata, KPDNKK merampas 645,570 liter diesel serta petrol bernilai RM1.62 juta menerusi OD1S di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1967 serta Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membabitkan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Hasan juga berkata, jumlah penguatkuasa KPDNKK mungkin perlu ditambah pada masa akan datang memandangkan ketika ini hanya terdapat kira-kira 1,800 orang di seluruh negara. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Berkorban demi misi bantuan kemanusiaan

Posted:

Berkorban demi misi bantuan kemanusiaan

Berkorban demi misi bantuan kemanusiaan

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

BERGELAR seorang pakar estetik, Dr. Chen Tai Ho mengakui amat mementingkan penampilan diri apabila berada di khalayak.

Malah, jika melihat gaya dan perwatakannya yang sentiasa ceria, pasti ramai tidak percaya bahawa anak kelahiran Setiawan, Perak ini sudah pun mencecah usia 36 tahun.

Apa yang pasti, penglibatannya dalam dunia kecantikan menyebabkan Tai Ho mahu kelihatan menarik terutama dalam kalangan pelanggan di Klinik Mediviron UOA yang terletak di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

"Sekurang-kurangnya apabila pelanggan melihat saya, pasti mereka yakin dengan perkhidmatan rawatan kecantikan yang ditawarkan di klinik saya ini," ujar Tai Ho yang turut mementingkan tahap kesihatan diri dengan melakukan pemeriksaan darah setiap bulan.

Namun, apa yang istimewa mengenai beliau ialah di sebalik kejayaan yang dicapai sebagai Pengasas dan Pemilik Klinik Mediviron UOA, siapa sangka Tai Ho mempunyai hati yang murni apabila sering menyertai misi bantuan kemanusiaan sama ada di dalam mahupun luar negara.

Mengulas mengenai kerja amal yang dilakukan, Tai Ho memberitahu. ia bermula ketika menjadi ahli Kelab Rotary sewaktu melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1998.

"Melalui kelab ini, banyak aktiviti kebajikan diadakan seperti membantu golongan penagih dadah, pengemis dan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

"Antaranya, memberi makanan, rawatan dan pemeriksaan kesihatan kepada mereka secara percuma. Sebagai pelajar perubatan, saya turut membantu mencuci luka golongan penagih berkenaan. Ia satu pengalaman yang sangat mengujakan," terang Tai Ho yang kemudian terus berminat dalam melakukan kerja-kerja amal.

Sebaik menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan pada tahun 2001, Tai Ho telah bekerja sebagai pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan.


TAI HO merawat seorang wanita yang merupakan penduduk di daerah Ormoc, Filipina sewaktu menyertai misi bantuan kemanusiaan Taufan Haiyan, November lalu.


Sukarelawan

Dua tahun kemudian, apabila berlaku tragedi gempa bumi di Bam, Iran yang mengorbankan kira-kira 27,000 orang dan mencederakan lebih 30,000 yang lain, Tai Ho telah membuat permohonan kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) untuk tampil sebagai sukarelawan.

Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk ke sana lantaran kekurangan dana daripada pihak Mercy Malaysia ketika itu, Tai Ho tidak peduli. Paling utama, beliau mahu membantu setakat yang termampu.

"Saya bersyukur pihak majikan memberi cuti tanpa rekod apabila memaklumkan mengenai perkara tersebut. Saya ke sana bersama seorang rakan, Khairol untuk merawat mangsa gempa.

"Selama tiga minggu di wilayah Bam dengan suhu 4 darjah Celcius, pelbagai pengalaman kami tempuhi bersama. Kami tidur di khemah hanya beralaskan tikar nipis. Bekalan elektrik diperoleh melalui generator manakala talian telefon dan internet tiada langsung.

"Air bersih pula sangat terhad. Ia hanya digunakan untuk mencuci muka, memberus gigi, minum dan memasak. Bayangkan saya tidak mandi selama tempoh tersebut," cerita Tai Ho yang membantu memberi rawatan untuk mangsa yang menghidap batuk, selesema, darah tinggi, kutu dan tekanan di sana.

Berkongsi pengalaman lain, tambah beliau, sepanjang tiga minggu di Bam, makanan yang disediakan untuk sukarelawan ialah kambing. Daripada sarapan, makan tengah hari, makan malam dan lewat malam, semuanya berasaskan daging kambing.

"Justeru, hingga ke hari ini saya tidak lagi makan daging kambing. Saya sudah puas menikmati menu tersebut di Iran," tuturnya berjenaka.

Selain di Bam, Tai Ho juga pernah mengikuti misi bantuan kemanusiaan di Sri Lanka, India akibat banjir besar dan terbaru di Filipina yang dilanda Taufan Haiyan pada November 2013.


TAI HO (tiga dari kiri) bergambar bersama para doktor yang menjadi sukarelawan untuk misi bantuan kemanusiaan ke Filipina yang dilanda Taufan Haiyan tahun lalu.


Amat sedih

Tai Ho yang masih bujang berkata, ketika berada di daerah Ormoc, sebuah pulau di wilayah Layte, Filipina, beliau amat sedih melihat keadaan di negara itu.

"Penduduk di sana sangat miskin. Semua perkhidmatan termasuk untuk mendapatkan rawatan di klinik perlu dibayar. Ada satu kes apabila seorang bayi demam akibat jangkitan paru-paru dan memerlukan dia ditahan di hospital, namun tidak diterima kerana ibu bapanya kekurangan wang bernilai 70 sen sahaja.

"Klinik kesihatan di sana juga kecil dan doktor hanya datang sebulan sekali. Kebanyakan kanak-kanak menghidap penyakit cacing lantaran kekurangan nutrisi.

"Memang sedih melihat situasi tersebut, tetapi itulah realiti kehidupan rakyat di sana. Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur di atas nikmat kehidupan yang ada di negara tercinta ini," ungkap anak sulung dari tiga beradik itu.

Itulah antara pengalaman doktor kecantikan ini di luar negara. Untuk lokasi bantuan dalam negara pula, ia meliputi kawasan di Kelantan, Kedah yang dilanda banjir, Pulau Pinang sewaktu tsunami 2006 dan sekitar Kuala Lumpur.

Tidak ketinggalan, Tai Ho turut menjadi doktor sukarela di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di Chow Kit di samping memberi suntikan vaksinasi kepada pelarian Rohingya.

"Semua ini saya lakukan untuk kepuasan diri. Jika sebagai pakar estetik, saya gembira apabila melihat pelanggan menjadi semakin cantik dan berseri selepas menjalani rawatan, tetapi sebagai sukarelawan, saya puas melihat wajah insan-insan yang dibantu," kata Tai Ho menutup bicara pertemuan kami di klinik beliau di Jalan Pinang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Riak emosi mata MH370

Posted:

Riak emosi mata MH370

Riak emosi mata MH370

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
diyanatul.atiqah@kosmo.com.my


SALAH seorang ibu penumpang MH370 meraung setelah mendengar pengumumkan pengakhiran MH370.


"KEMBALIKAN anak saya! Kembalikan anak saya!". Itulah jeritan seorang wanita China yang melutut sambil menangis dan akhirnya pengsan kerana tidak dapat menahan sebak di dada.

Beberapa yang lain kelihatan sugul di hujung penjuru kerana tidak dapat 'menelan' berita yang didengar, selebihnya mata-mata lesu kembali ditakungi air dan segelintir menekup tangan cuba menyorokkan kesedihan.

Itulah reaksi sebahagian ahli keluarga penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 selepas dimaklumkan tentang pengakhiran pesawat itu di lautan bergelora Lautan Hindi, di barat Perth, Australia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu.

Sesungguhnya, harapan dan penantian setia mereka menunggu kepulangan suami, isteri, anak-anak dan insan-insan disayangi sejak 8 Mac berakhir dengan tamparan yang tidak akan dilupakan.

Siapa sangka, kata-kata, pelukan dan ciuman selamat tinggal diberikan kepada insan dicintai ketika di lapangan terbang menjadi pertemuan kali terakhir.

Paling meruntun jiwa rakyat Malaysia apabila salah seorang penumpang, Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, sempat memuat naik gambar bersama ibu kesayangan dengan kata-kata, 'semoga kita berjumpa lagi, insya-Allah' beberapa minit sebelum penerbangan.


SEORANG ahli keluarga mangsa yang menangis terpaksa dibantu selepas dia terjatuh di eskalator di Hotel Lido, Beijing.


Bagaimanapun, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Ayahnya, Ibrahim Abd. Razak, 76, berkata, dia kini reda dan perlu menjadi kuat demi ahli keluarga yang lain.

"Sebagai ketua keluarga kena kuat dalam hal ini, kalau saya sedih, isteri saya lagi sedih. Jadi saya perlu lebih tabah supaya dapat menenangkan ahli keluarga yang lain," katanya ketika ditemui pemberita di Hotel Everly, Putrajaya.

Mohamad Sofuan merupakan anak lelaki tunggal daripada dua beradik, bekerja sebagai pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pada saat satu dunia mengalunkan lagu-lagu sayu, pihak kerajaan tetap meneruskan usaha mencari serpihan yang didakwa milik pesawat MH370 untuk tindakan pencarian kotak hitam.

Usaha mencari MH370 telah menjadi usaha multinasional melibatkan 25 negara dengan dipimpin oleh Malaysia. Antara negara-negara yang terlibat termasuklah Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Australia.

Diteruskan

Mengetuai operasi pencarian, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertegas, kerajaan Malaysia tidak akan berhenti mencari bagi mengetahui punca tragedi tersebut.


BACAAN Yasin dialunkan oleh ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 di sebuah hotel di Putrajaya.


"Saya optimis pencarian serpihan akan diteruskan walaupun berdepan cabaran seperti gangguan cuaca selain masalah teknikal, diplomatik dan logistik.

"Selepas disahkan, barulah kita akan cari kotak hitam pula bagi merungkai setiap persoalan yang bermain di fikiran dunia," katanya.

Kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berusaha mengesan perakam tersebut menggunakan alat pengesan Towed Pinger Locator yang dipinjamkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.

Operasi mengesan bangkai pesawat menggunakan kaedah yang sama untuk mengesan Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada tahun 2009 yang membabitkan kos lebih daripada AS$40 juta (kira-kira RM120 juta).

Berhadapan krisis terbesar pernah dialami, syarikat penerbangan itu turut bertanggungjawab dan memberi bantuan terbaik kepada ahli keluarga mangsa.

Sebelum ini, MAS memberikan bantuan AS$5,000 (RM16,000) kepada setiap ahli keluarga kesemua penumpang dan anak kapal MH370. Terbaharu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya turut menawarkan perjalanan ke Australia kepada ahli keluarga yang membuat permintaan untuk ke negara itu.

Dalam pada itu, kerajaan turut menimbang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Pesawat MH370 mula mendapat perhatian dunia apabila hilang dari radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan gagal mendarat di Beijing pada 8 Mac, 6.30 pagi. Pesawat tersebut membawa 227 penumpang dan 12 kru.

Peluang saksi bola sepak di Brazil

Posted:

Peluang saksi bola sepak di Brazil

Peluang saksi bola sepak di Brazil


EUNICE (tengah) ketika pelancaran peraduan Road 2 Brazil di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.


SELAKU penaja penjagaan kesihatan rasmi FIFA, Johnson & Johnson menawarkan dua tempat duduk di stadium di Sao Paulo, Brazil secara percuma kepada seorang pemenang bertuah.

Peraduan itu bagi menyemarakkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk melihat aksi pemain bola sepak yang diminati mereka dalam kejohanan Piala Dunia FIFA Brazil 2014.

Peraduan Road 2 Brazil itu boleh direbut dengan mengisi borang penyertaan menerusi setiap pembelian ubat kumur Listerine bersama mana-mana produk Johnson & Johnson dalam satu resit tunggal minimum bernilai RM30.

Borang penyertaan perlu dihantar melalui pos atau dalam talian aplikasi di laman apps.facebook.com/jnjcaringforyourteam bersama imbasan bil pembelian.

Pengarah Komersial Johnson & Johnson Sdn. Bhd., Eunice Tan berkata, acara tersebut telah dilancarkan pada awal Mac lalu dan akan berakhir pada 30 April depan.

"Peraduan ini dibuka selama dua bulan bagi memberi masa yang secukupnya kepada peminat bola sepak Piala FIFA merebut sebanyak mana peluang yang mereka mampu untuk meraih hadiah lumayan.

"Ini juga merupakan antara bentuk ganjaran sebagai menghargai kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh orang ramai kepada kami," jelasnya ketika ditemui di Pasar Raya Besar Mydin di Subang Jaya, Selangor.

Selain diterbangkan ke Brazil, pemenang hadiah utama turut ditaja penginapan empat hari dan tiga malam untuk dua orang, lawatan ke perkampungan pemain dan jemputan ke majlis makan malam serta hadiah eksklusif daripada Johnson & Johnson.

Dalam pada itu, Peraduan Road 2 Brazil itu turut menyediakan 111 jersi bola sepak jenama Adidas sebagai hadiah sagu hati kepada pemenang yang bertuah.

Terdahulu, pertandingan tersebut dimeriahkan lagi dengan aktiviti Pameran Bergerak Johnson & Johnson Piala Dunia FIFA Brazil yang merentasi 45 tempat tumpuan orang ramai di seluruh negara bermula 1 Mac lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved