Selasa, 25 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Aktif sumbang dana bina masjid

Posted:

Aktif sumbang dana bina masjid

Aktif sumbang dana bina masjid


SEMUA bantuan yang diberikan oleh Ah Peng adalah bersifat ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.


KEHADIRAN seorang lelaki berjubah putih yang membawa tabung yang tertera tulisan Sumbangan Pembinaan Masjid Baharu tanpa disangka-sangka menyerlahkan keperibadian sebenar seorang pemilik kedai runcit yang dikenali sebagai Ah Peng. Pada masa itu, Ah Peng sedang menguruskan kedai runcit miliknya di Taman Kenari, Kulim, Kedah.

Perkenalan singkat itu memberi ruang kepada lelaki itu meluahkan kesukarannya untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai bagi membina sebuah masjid berhampiran taman perumahan tersebut.

Sikap pemurah Ah Peng atau nama sebenarnya Tan Khim Pheng, 46, mendorongnya untuk menderma permulaan sebanyak RM1,000 kepada lelaki tersebut.

Sebelum lelaki itu beredar, Ah Peng berjanji untuk membantunya mendapatkan dana tambahan.

Berpegang kepada janji tersebut, Ah Peng kembali menjalankan rutinnya seperti biasa sebagai pemilik Pasar Mini Wang Seng sambil memikirkan pelbagai kaedah untuk membantu lelaki tersebut.

Selepas berfikir beberapa hari, akhirnya Ah Peng diberi ilham. Ah Peng kembali menemui lelaki itu dan mengemukakan beberapa cadangan untuk mendapatkan dana.

Antaranya ialah mengambil 20 sen bagi setiap kampit beras seberat 10 kilogram yang dijual di kedainya dan menganjurkan karnival yang diberi nama karnival sayur.


AH PENG mengambil 20 sen bagi setiap penjualan beras 10 kilogram di kedainya untuk kerja-kerja kebajikan.


Karnival sayur

"Hasil daripada karnival sayur dan kutipan 20 sen bagi setiap penjualan beras 10kilogram selama tiga tahun, saya berjaya mengutip sebanyak RM15,000.

"Saya dapati sepanjang tempoh tersebut, pelanggan di kedai saya memberi kerjasama yang sangat baik tanpa mengira kaum dan agama," ujar figura yang dianugerahkan tokoh Maal Hijrah Bukan Islam Peringkat Daerah Kulim oleh Jabatan Agama Islam Kulim, Kedah pada tahun 2011 itu.

Mengulas mengenai konsep karnival sayur yang dicadangkan Ah Peng, dia memaklumkan bahawa karvinal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil seberapa banyak sayur yang diingini.

Namun pada masa yang sama mereka harus menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.

"Saya tidak kisah berapa banyak mereka ingin sumbangkan, walaupun RM1, ia tetap bernilai dan perlu dihargai," katanya sambil tersenyum mengingati peristiwa yang sudah berlalu lapan tahun lalu itu.

Menurut Ah Peng, pada malam selepas karnival tersebut, dia tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi berada di sebuah taman yang dihiasi bunga berwarna-warni dan di tengah-tengahnya mengalir sebatang sungai yang sangat bersih.

Sedang asyik melihat air sungai tersebut mengalir, Ah Peng didatangi oleh seorang lelaki berjubah putih dan menyampaikan ucapan terima kasih terhadap usahanya membantu mengumpul dana untuk pembinaan masjid yang bakal diberi nama Masjid Abu Bakar Al-Sidiq itu yang terletak di Taman Kenari, Kulim, Kedah.

"Mimpi itu membuatkan saya tidak dapat lelapkan mata selama beberapa hari kerana memikirkan makna di sebaliknya. Saya ada bertanyakan tentang makna mimpi tersebut kepada rakan-rakan yang beragama Islam, mereka hanya beritahu mimpi itu merupakan salah satu anugerah tuhan yang diberi kepada insan-insan terpilih," katanya.

Menurut anak jati kelahiran Kulim, Kedah itu, peristiwa tersebut menjadikannya lebih bersemangat untuk menghulurkan sumbangan kepada masjid, surau dan golongan kurang bernasib baik beragama Islam.

Ujarnya, walaupun dia merupakan penganut agama Buddha, namun itu bukanlah alasan untuk tidak membantu mereka yang berlainan agama denganya.


AH PENG turut menganjurkan karnival sayur untuk mengumpul dana pembinaan masjid.


Alunan zikir

"Saya tahu ramai orang yang salah anggap mengenai bantuan saya. Semua derma yang diberikan adalah ikhlas dan tidak ada sebarang niat untuk mendapat gelaran atau sebagainya," katanya sambil memerhatikan masjid baharu yang disiapkan sejak dua tahun lalu itu.

Selain menghulurkan derma, dia turut mempraktikkan serba sedikit gaya hidup sebagai seorang muslim seperti menutup aurat, mendengar alunan zikir dan memilih makanan halal.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, hobinya pada waktu lapang ialah mendengar alunan-alunan zikir sambil melakukan tugas sehariannya di kedai.

"Saya akan mendengar zikir bermula seawal pukul 5 pagi, jika tidak fikiran saya tidak tenteram dan semua kerja yang dilakukan pasti tidak menjadi," katanya yang meminati alunan zikir daripada Kumpulan Nasyid Hijjaz itu.

Menurut pemilik tiga buah pasar mini di sekitar daerah Kulim iaitu di Taman Kenari, Jalan Baju dan Paya Besar itu, pendapatan yang diperolehnya tidak menentu dan bergantung kepada hasil jualan setiap hari.

"Berniaga ini seperti roda, ada ketika kita di atas dan ada ketika kita di bawah. Walaupun begitu, saya tidak akan sama sekali berhenti daripada berniaga kerana ia merupakan warisan daripada keluarga saya," katanya.

Ujar Ah Peng, pada satu ketika kedainya pernah dirompak oleh pekerjanya sendiri, yang menyebabkannya mengalami kerugian sebanyak RM100.00. Walaupun rugi, namun dia tetap memberi sumbangan mengikut kemampuan semasa.

KEPUASAN jelas terpancar di wajah Ah Peng selepas masjid Abu Bakar Al-Sidiq, di Taman Kenari, Kulim, Kedah berjaya disiapkan pada tahun 2012.


Tambahnya, dia tetap menghulurkan sumbangan kerana percaya bahawa semua rezeki yang diperoleh bukanlah haknya, tetapi sebahagiaannya adalah milik orang lain yang lebih memerlukan.

Sementara itu, mengulas mengenai perancangannya, dia bercita-cita untuk membuka kelas belajar membaca al-Quran secara percuma kepada kanak-kanak sekitar taman perumahan tersebut.

"Saya dapati ramai kanak-kanak di kawasan ini tidak menghadiri kelas mengaji, bila saya tanya, mereka beritahu sebab kena bayar, oleh itu saya bercadang membuka kelas mengaji tanpa mengenakan sebarang bayaran," katanya.

Menurut Ah Peng, dia sangat terharu terpilih untuk menerima anugerah tokoh maal hijrah meskipun berlainan kaum dan agama.

"Selepas menerima pengiktirafan ini, saya dapat bekerjasama dengan lebih erat dengan masyarakat Islam lebih-lebih lagi dalam membantu mereka yang memerlukan.

"Anugerah ini juga menyebabkan saya lebih dihormati dan dikenali oleh masyarakat sekitar," ujarnya yang mempunyai ramai kenalan dalam kalangan kaum Melayu.

Ah Peng juga bercadang mahu membina sebuah bangunan dua tingkat dengan menjadikan masjid di tingkat atas, manakala tingkat bawahnya dijadikan kedai.

Bagaimanapun, katanya cadangan tersebut mungkin tidak akan menjadi kenyataan jika orang ramai hanya berpeluk tubuh dan tidak mahu sama-sama berganding bahu menyumbang sesuatu terhadap perkembangan agama Islam.

"Sukar untuk saya melakukan ini bersendirian tanpa bantuan orang-orang yang lebih arif tentang agama Islam," katanya.

Menyelami kehidupan Ah Peng, dia merupakan seorang pelajar yang bermasalah ketika di zaman persekolahannya. Selepas tamat pengajian sehingga tingkatan lima dengan keputusan yang mengecewakan dalam Sijil Pelajaran Malaysia, dia mengambil keputusan untuk membantu ibu bapanya berniaga pasar borong di pekan Kulim.

Selepas mahir dalam selok-belok perniagaan, dia telah diberi kepercayaan untuk mengambil alih perniagaan tersebut daripada ibu bapanya. Ternyata kepercayaan itu tidak disia-siakan selepas Ah Peng berjaya mengembang perniagaan tersebut.

Kini, dia boleh berbangga apabila mempunyai kira-kira 20 orang pekerja yang terdiri daripada ahli keluarganya sendiri.

Usaha pemuliharaan kota lama Jakarta

Posted:

Usaha pemuliharaan kota lama Jakarta

Usaha pemuliharaan kota lama Jakarta


BANGUNAN bersejarah ini bakal berubah wajah dalam tempoh lima tahun.


KEGEMERLAPAN struktur megah semakin pudar dijilat cuaca panas sementara bangunan-bangunan era kolonial yang kosong itu menunjukkan tanda-tanda ibu kota lama Indonesia yang dahulunya dikenali sebagai Permata Asia kini telah berdekad terbiar.

Pokok-pokok sawit tumbuh melalui runtuhan tingkap yang pernah menjadi pusat jana kuasa bagi para pembesar penjajah Belanda di Indonesia. Terdapat juga bangunan yang masih kukuh ditinggalkan kosong, terpampang jelas daki kotoran yang kelabu akibat hembusan gerombolan asap lalu lintas.

Biarpun usang, Gabenor terkenal Jakarta, Joko Widodo dengan penuh bersemangat dan nekad untuk mengubah salah satu daripada bandar metropolis yang tidak terurus di dunia itu. Beliau mempunyai perancangan baharu untuk membaik pulih pekan lama tersebut bagi menarik lebih ramai pelancong.

Penulis Indonesia terkenal dan merupakan ahli kumpulan yang terlibat dalam memulihkan pekan lama, Goenawan Mohamad berkata, perkara tersebut perlu dilakukan atau ia akan menjadi semakin teruk.

"Masanya telah tiba," katanya.

Bangunan kolonial di Jakarta mengalami kerosakan teruk.


Simbol kegemilangan

Bagaimanapun, terdapat banyak keraguan tentang perkara itu akan berlaku. Perancangan lalu telah gagal dan dikhuatiri pemaju mungkin mengubah kawasan itu menjadi 'Disneyland' yang penuh dengan pusat beli-belah dan bukannya kawasan warisan yang dipelihara dengan baik.

Pada zaman moden di utara Jakarta, kota lama itu pernah menjadi pusat dagangan global dengan peniaga akan tiba untuk membeli dan menjual barangan dari seluruh kepulauan Indonesia, terutamanya rempah dari Eropah.

Dengan deretan bangunan bercat putih dan jalan yang berbatu, kawasan itu telah membangunkan nama bandar Jakarta. Kemudian ia dikenali sebagai Batavia atau Permata Asia oleh pelayar Eropah yang berlabuh di sana selepas pelayaran yang panjang.

Sebahagian kecil kawasan sudah dipelihara. Dataran Fatahillah, nadi kepada pekan lama dan kawasan yang paling kerap dilawati berada dalam keadaan baik dan penuh dengan peniaga yang menjual perhiasan kepada sebahagian kecil pelancong yang melintas.


BANGUNAN lama kini menjadi tempat tidur orang gelandangan di Jakarta.


Di dataran tersebut, terdapat bekas dewan bandar dan muzium pertunjukkan boneka Indonesia. Tetapi di luar kawasan kecil itu, kebanyakan bangunan mengalami kerosakan yang serius.

Widodo yang telah dilantik pada tahun lalu menjadi harapan agar simbol kegemilangan Jakarta dikembalikan semula.

Mereka percaya bahawa perancangan kali ini mempunyai peluang yang lebih baik disebabkan memandangkan organisasi yang melibatkan kerjasama pelbagai golongan masyarakat untuk mengawasi pembangunan semula telah dibentuk.

Organisasi itu terdiri daripada firma swasta, bekas menteri kerajaan dan kumpulan warisan. Usaha tersebut telah mendapat sokongan padu daripada pihak berkuasa Jakarta, yang telah menjanjikan bajet sebanyak 150 bilion rupiah (RM43.4 juta) untuk projek pembangunan semula.

Mereka juga berhasrat untuk mengubah suai sebanyak 85 bangunan bersejarah dalam tempoh lebih lima tahun, program rancangan berkenaan dikatakan mampu mewujudkan 11,400 peluang pekerjaan.


Peniaga tempatan mengangkut kandar menjual makanan di kawasan bangunan kolonial.


Kebimbangan

Bagaimanapun, segelintir daripada mereka menyuarakan kebimbangan terhadap keghairahan pembangunan mungkin memusnahkan keindahan pekan lama dan mengubah kawasan itu kepada kawasan yang dipenuhi dengan bangunan moden yang hodoh.

"Kota tua adalah sebuah bandar, bukannya Disneyland," kata Ella Ubaidi, pemilik bangunan era kolonial di bandar tersebut.

Kebimbangannya berpunca daripada profil pemegang amanah lembaga konsortium yang merupakan sebahagian daripada mereka adalah daripada syarikat hartanah terbesar di Indonesia.

Pada masa sama, terdapat juga orang awam yang kurang berminat terhadap pembaharuan tersebut. Sesetengah mereka menganggap pekan lama sebagai simbol penindasan si pemerintah.

Selain itu, warga Jakarta juga dilihat tidak berminat dalam mengekalkannya kerana ia merupakan sisa peninggalan Belanda pada lewat tahun 1940-an.

Walau tiada sokongan diperoleh, penyokong rancangan tersebut tetap optimis. Mereka percaya bahawa lebih ramai pelancong akan ke Jakarta pada masa akan datang setelah pekan lama kembali kepada zaman kegemilangannya seperti sedia kala. – AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Karya tempatan di persada dunia

Posted:

Karya tempatan di persada dunia

Karya tempatan di persada dunia

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK


PARA ahli panel berkongsi ilmu bersama para peserta seminar.


KEJAYAAN pereka animasi tempatan menggondol anugerah Oscar 2012 dalam kategori Kesan Visual Terbaik menerusi The Life of Pi terbitan Tau Films membuktikan tenaga kerja kreatif di negara ini mampu menghasilkan kualiti bertaraf dunia.

Ia juga sekali gus membuktikan negara ini mempunyai tenaga kerja mahir yang mampu memberi impak terbaik terhadap industri animasi antarabangsa secara lebih kreatif dan inovatif.

Presiden dan Pengasas Tau Films, John Hughes berkata, Malaysia mampu terus menghasilkan animasi dengan kualiti terbaik secara lebih aktif sekiranya tenaga mahir diberi latihan profesional secukupnya.

"Saya melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tenaga mahir dalam penghasilan animasi, mereka sudah sedia terlatih dan bakat itu wajar terus digilap.

"Selain itu, saya juga percaya kemampuan mereka (tenaga terlatih tempatan) untuk terus bersinar di peringkat antarabangsa melalui penghasilan animasi inovatif dan kreatif.

"Sejak itu, syarikat-syarikat penerbitan dari seluruh dunia kini tertumpu untuk bekerjasama dengan tenaga mahir di Malaysia," kata Hughes.


PESERTA didedahkan kepada persembahan pentas kreatif wayang kulit moden.


Bekerjasama

Mengulas lanjut, Hughes menambah, pihaknya akan terus bekerjasama dengan tenaga mahir di negara ini untuk menghasilkan lebih banyak filem animasi bertaraf antarabangsa.

"Pada 2013, Life of Pi juga mendapat tiga pencalonan Golden Globe Awards ke-85 dan memenangi kategori Skor Asal Terbaik. Bagi Anugerah Academy pula, ia memenangi empat kategori termasuk Pengarah Terbaik.

"Kejayaan itu diperoleh daripada hasil kerja inovasi tenaga mahir di sini. Ia juga membuka mata lebih banyak pihak di peringkat antarabangsa untuk bekerjasama dengan tenaga-tenaga mahir animasi yang ada di negara ini.

"Tenaga mahir di sini hanya memerlukan beberapa latihan minimum daripada profesional dalam tempoh kira-kira sembilan bulan. Kita yakin mereka mampu memberikan hasil menakjubkan selepas digilap," ujar Hughes.

Hughes berkata demikian pada sidang akhbar Seminar Kreatif 2014 yang dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery di Pusat Seni Damansara, Damansara Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC) Berhad, Datuk Badlisham Ghazali.

BAWAH: Animasi Bola Kampung juga semakin meningkat popular.


Pendedahan

Seramai 18 pakar animasi antarabangsa dan tempatan terlibat dalam seminar tersebut bagi memberi pendedahan serta panduan terhadap para peserta yang terdiri daripada penggiat animasi di negara ini.

Dalam seminar dua hari berakhir pada 16 Mac itu, para peserta didedahkan mengenai kaedah penghasilan filem animasi mengikut standard kualiti Hollywood tanpa mengira genre, reka cipta serta pengembangan watak, penulisan skrip dan masa depan karya animasi di Malaysia.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Global Business Development (GBD) yang berpangkalan di Tokyo, Yoshi Okamoto pula berkata, para penggiat animasi di Malaysia dilihat memerlukan pendedahan lebih jelas mengenai perubahan-perubahan dalam industri penerbitan animasi.

Ujar Okamoto, karya animasi yang dihasilkan rakyat Malaysia mampu mengorak langkah lebih jauh sekiranya mereka memahami perubahan-perubahan tersebut.

"Pasaran (karya animasi) sentiasa berubah-ubah dan ia memerlukan pendekatan yang berbeza setiap kali perubahan itu berlaku.

"Animasi yang dihasilkan wajar fleksibel terhadap sebarang perubahan dalam situasi permintaan dan ia memerlukan kreativiti serta daya inovasi yang mampu memenuhi kehendak pasaran.

"Paling baik ialah mereka mendapatkan pasaran peminat (bagi penerbitan animasi) di sesebuah wilayah atau negara yang kecil terlebih dahulu sebelum pergi ke wilayah antarabangsa yang lebih besar," kata Okamoto.


SIRI animasi tempatan, Upin dan Ipin antara paling berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk di Indonesia.


Bergiat aktif

GBD bergiat aktif di Jepun dan rantau Asia Tenggara dalam penggunaan teknologi media bagi merangsang pertumbuhan potensi pasaran bagi sesebuah industri termasuk menggunakan teknologi animasi.

Okamoto menambah, apabila semua keperluan bagi penghasilan sesebuah karya itu diambil kira secara menyeluruh dan kritis, tidak mustahil untuk para pereka animasi di negara ini mampu berdiri sama tinggi dengan pembikin filem atau siri animasi di Hollywood.

Kenyataan Okamoto itu disokong pengasas Anima Point Malaysia, Jani Kuronen yang berpendapat bahawa para penggiat seni animasi di negara ini mempunyai peluang cerah untuk terlibat secara aktif di peringkat global.

Anima Vitae merupakan antara studio animasi terbaik di Eropah dan sedang membangunkan teknologi animasi yang mantap di negara ini.

"Mereka (pereka animasi tempatan) wajar menentukan destinasi pasaran yang mahu dan mampu ditembusi. Bagi menembusi destinasi pasaran, ia memerlukan inovasi yang berupaya memenuhi kehendak serta minat orang ramai.

"Malah, sebagaimana yang diberitahu Hughes pula, kebanyakan studio penerbitan animasi antarabangsa sedang melihat ke arah kemampuan pereka animasi Malaysia.

"Optimis dengan kemampuan tenaga mahir animasi di Malaysia, Anima Vitae yang berpangkalan di Finland membuka studio animasi di sini dan kita akan sama-sama mengorak langkah lebih jauh," kata Kuronen.

Serentak dengan itu, Hughes, Yoshi dan Kuronen turut optimis kemampuan tenaga mahir Malaysia untuk menghasilkan animasi yang lebih baik di peringkat antarabangsa termasuk mereka cipta permainan video berkualiti tinggi.

Bahan terbuang jadi pelantar minyak

Posted:

Bahan terbuang jadi pelantar minyak

Bahan terbuang jadi pelantar minyak

Oleh HAFIZ AHMAD


KEKUKUHAN model pelantar minyak menjadi kunci utama yang perlu dititikberatkan oleh pelajar dalam rekaan mereka.


MENGGUNAKAN bahan buangan seperti botol air, penyedut minuman dan pencungkil gigi, pelajar dari 45 buah sekolah menengah seluruh negara telah mereka cipta sebuah pelantar minyak yang kukuh dan tahan lasak.

Pemilihan bahan buangan tersebut adalah disebabkan struktur yang utuh dan mudah dilenturkan mengikut bentuk yang diinginkan.

Program yang dianjurkan oleh Direct Consulting & Services Sdn. Bhd. dengan kerjasama pelajar-pelajar dari Universiti Petronas Malaysia itu diadakan selama dua hari di Masjid Putra, Putrajaya baru-baru ini.

Dalam tempoh masa tersebut, pelajar akan diberikan beberapa cabaran seperti sesi soal jawab, mereka bentuk pelantar minyak dan membentangkan produk mereka berdasarkan pemahaman mengenai sains fizik dan pembinaan.


PERBINCANGAN yang terperinci antara peserta dapat menghasilkan model pelantar yang mengikut prosedur pertandingan.


Kukuh

Bagi membuktikan pelantar minyak yang dibina adalah kukuh, ia akan diletakkan dengan beban pada akhir sesi pembentangan.

"Proses tersebut dilakukan untuk menilai sejauh mana pelantar minyak dapat menampung beban. Jika tidak kukuh, mereka dianggap tidak berjaya," ujar Ketua Projek, Azizi Shafian Aziz ketika ditemui Infiniti baru-baru ini.

Dia menambah, peserta juga akan dinilai berdasarkan produk yang mempunyai kos yang berpatutan dan struktur seni bina yang menarik.

"Peserta akan diberikan beberapa bahan asas dan sejumlah wang untuk kegunaan membeli barang-barang tambahan. Seni bina pelantar juga adalah berdasarkan idea asal mereka dengan merujuk kepada model sebenar," jelas Azizi.


PEMENANG bergambar bersama Pengarah Projek, Azizi (berdiri kiri) Penasihat Projek, Muhammad Shafiq Shahrul Amar (berdiri tengah) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara, Ahmad Adnan (berdiri kanan).


Salah seorang peserta dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak, Nur Shazlin Sheikh Daud berkata, kumpulannya seramai lima orang membuat persediaan selama seminggu sebelum pertandingan berlangsung.

"Perbincangan kami lebih kepada soal-soal pembinaan pelantar minyak yang mudah dan kukuh untuk disiapkan dalam tempoh masa yang dihadkan," ujarnya yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Idea kumpulan

Tempoh masa selama tiga jam diberikan oleh setiap kumpulan dalam membina pelantar minyak dan menyediakan bahan untuk proses pembentangan.

"Bagi menjimatkan masa, kami memecahkan kepada dua kumpulan kecil iaitu tiga orang akan membina pelantar secara langsung dan dua lagi membuat persediaan untuk pembentangan.

"Namun begitu, secara keseluruhannya proses pembinaan dilakukan secara berkumpulan dengan memberikan idea-idea sepanjang proses tersebut," jelas gadis berumur 17 tahun itu.

Menurut Azizi, pertandingan itu diadakan sebagai pendedahan pelajar kepada bidang sains, khususnya dalam bidang minyak dan gas.

PENGANJURAN pertandingan adalah untuk memberi pendedahan para pelajar kepada industri gas dan minyak.


"Malah dalam masa sama, mereka juga dapat meningkatkan keyakinan dalam berkomunikasi di hadapan orang awam.

"Selain itu, memandang sesi pembentangan menggunakan bahasa Inggeris, ia akan membantu mereka bertutur dengan lancar dalam bahasa global tersebut," ujar Azizi.

Dalam pertandingan itu, MRSM Taiping, Perak mendominasi kejuaraan dengan menduduki tempat pertama dan kedua. Tempat ketiga dimenangi oleh MRSM Kuantan, Pahang.

Pelantar minyak yang dibina oleh Nabiel Mohd. Hamzah, Muhammad Arif Asyraf Samsudin, Adha Aiman Mustaqim Mustafa, Muhammad Hasif Kamil Mohd. Zainal dan Syed Muhammad Yamin Syed Yusainee itu, berjaya menampung berat sebanyak 27 kilogram.

Bahan api daripada sisa kumbahan

Posted:

Bahan api daripada sisa kumbahan

Bahan api daripada sisa kumbahan

Pengkaji dari UiTM berjaya menghasilkan minyak bio daripada sisa kumbahan yang berpotensi digunakan sebagai bahan api alternatif.


RUSNAH (kiri) bersama kumpulan penyelidiknya berjaya menghasilkan minyak bio mesra alam daripada sisa kumbahan di UiTM, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


KAJIAN menunjukkan bahawa Malaysia menghasilkan sebanyak tiga juta meter padu sisa kumbahan setiap tahun dan jumlah itu akan meningkat kepada tujuh juta meter padu menjelang tahun 2020. Kos pengurusan bagi merawat sisa kumbahan menelan belanja melebihi RM1 juta.

Menyedari masalah tersebut, sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil inisiatif meneroka potensi yang mampu dihasilkan daripada sisa kumbahan.

Pensyarah dari Fakulti Sains Gunaan, Prof. Madya Dr. Rusnah Samsuddin bersama kumpulan penyelidikannya telah mengkaji sampel sisa kumbahan terawat dari loji rawatan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Hasilnya, mereka mendapati kewujudan minyak bio yang berpotensi digunakan sebagai bahan api alternatif.

Mereka menggunakan suhu tinggi dalam persekitaran tanpa atau dengan oksigen yang minima untuk menyahkan sisa tidak diperlukan dan menukar sisa tersebut kepada produk yang bermanfaat seperti gas, cecair dan serbuk pepejal.

"Kaedah ini juga tidak menghasilkan bahan atau sisa yang mencemarkan malah mampu menjimatkan tenaga," ujarnya.

Dia menambah, setelah melalui proses ini, sebatian-sebatian kimia utama seperti alkana, alkena, alkuna, aromatik, alkohol, asid karboksilik dan sebatian-sebatian nitrogen telah dikenal pasti terkandung di dalam minyak bio tersebut.

Bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti minyak bio yang dihasilkan, Rusnah telah menggabungkan sisa kumbahan dengan beberapa sisa pertanian seperti sekam dan batang padi, hampas tebu dan hampas kacang soya.

Tambahan pula minyak bio yang terhasil mempunyai nilai sulfur yang lebih rendah daripada bahan api konvensional. Minyak bio yang terhasil itu mesra alam dan mampu menjadi bahan alternatif yang sesuai untuk menggantikan bahan api daripada petroleum seperti diesel.

Minyak bio sangat ekonomi untuk digunakan kerana kos penghasilan yang rendah dan sumber penghasilan mudah diperoleh. Bahan mentah yang digunakan adalah daripada sumber bahan yang boleh diperbaharui.

Permintaan tinggi bahan api menyebabkan harga bahan api konvensional semakin meningkat. Penggunaan minyak bio ini dilihat mampu mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara.

Rusnah masih mencari rakan industri yang berminat untuk mengkomersialkan minyak bio ini kerana bahan tersebut mampu menjadi bahan api yang setanding dengan bahan api sedia ada.

Inovasi itu telah meraih pingat gangsa di Pertandingan Rekacipta BioMalaysia 2011 anjuran Biotechnology Corporation yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Berlumba cari kotak hitam

Posted:

Berlumba cari kotak hitam

Berlumba cari kotak hitam


KRU HMAS Success menggunakan lampu limpah untuk mengesan serpihan dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 di Lautan Hindi malam semalam.


CANBERRA, Australia - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini kesuntukan masa untuk mencari kunci utama bagi menyelesaikan misteri tragedi pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi iaitu kotak hitam pesawat tersebut.

Dengan masa yang semakin suntuk, pasukan SAR kini bertungkus-lumus mencari kotak hitam pesawat sebelum kuasa baterinya menjadi semakin berkurangan selepas tempoh 30 hari.

Mengikut undang-undang yang ditetapkan, kotak hitam sesebuah pesawat perlu mempunyai keupayaan untuk menghantar isyarat selama 30 hari selepas ia diaktifkan.

Tetapi pakar berpendapat, mereka boleh terus menerima isyarat dari kotak hitam itu untuk tempoh 15 hari atau lebih, bergantung kepada kekuatan bateri pada masa kemalangan itu.

"Kami perlu mengharapkan tuah. Ia seperti satu perlumbaan untuk sampai ke lokasi dalam masa ditetapkan bagi mengesan isyarat daripada kotak hitam selagi ia masih berfungsi," kata John Goglia, seorang bekas anggota Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS).

Untuk mengesan isyarat tersebut, SAR akan menggunakan alat pendengaran berteknologi tinggi yang dipinjamkan oleh Tentera Laut AS iaitu Towed Pinger Locator.

Ia merupakan sebuah silinder mikrofon sepanjang 30 inci yang ditarik perlahan-lahan dalam paten grid di belakang kapal komersial.


TOWED Pinger Locator merupakan salah sebuah alat yang digunakan untuk mengesan kotak hitam MH370.


Ia dipasang bersama kabel sepanjang kira-kira 6,500 meter dan dikawal melalui alat pembawa berbentuk tiga segi dan berwarna kuning.

Ia kelihatan seperti ikan pari dan dilengkapi peralatan pengesanan akustik yang juga akan berfungsi mengesan isyarat ping.

Situasi ini sama seperti operasi mengesan bangkai pesawat Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada tahun 2009 yang membabitkan kos lebih daripada AS$40 juta (kira-kira RM120 juta).

Misi mencari pesawat tersebut memakan masa hampir dua tahun sebelum pesawat dan kotak hitam pesawat itu ditemui.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan Towed Pinger Locator yang dibawa dari Amerika Syarikat dijangka tiba hari ini di Perth, Australia.

Beliau berkata, alat itu akan dipasang pada kapal milik tentera laut Australia, Ocean Shield yang akan berlabuh di Perth pada 28 Mac ini.

"Kapal Ocean Shield itu pula akan menuju ke kawasan pencarian dan dijangka tiba pada 5 April depan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat nahas MH370

Posted:

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat nahas MH370

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat nahas MH370

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menimbang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar).

"Cadangan tersebut akan saya bawa ke pihak yang membuat keputusan. Itu jaminan saya kepada Dewan ini... (tetapi) kalau masih tidak berpuas hati, inilah cara kita melihat ke hadapan.

"Tapi apa yang boleh saya sahkan hari ini (semalam) bahawa audit atau jawatankuasa di peringkat Kementerian (Pengangkutan) diwujudkan, begitu juga di peringkat Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Semua ini berjalan serentak dengan operasi mencari dan pemulihan," kata beliau ketika menggulung usul khas dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat tersebut di Dewan Rakyat semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Keluarga diberi visa ke Australia

Posted:

Keluarga diberi visa ke Australia

Keluarga diberi visa ke Australia


AHMAD JAUHARI (kiri) bersama Md. Nor pada sidang akhbar mengenai tragedi menimpa pesawat MH370 di KLIA, Sepang, Selangor semalam.


SEPANG - Ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hanya akan diberi visa ke Australia selepas terdapat bukti kukuh mengatakan pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi ditemui pasukan penyiasat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, perjalanan ke Australia hanya akan melibatkan ahli keluarga yang membuat permintaan untuk ke negara itu.

"Australia hanya akan memberi atau mengeluarkan visa kepada ahli keluarga apabila bukti-bukti sahih penerbangan pesawat tersebut yang berakhir di selatan Lautan Hindi berjaya ditemui.

"Seperti kalian, kami juga tidak tahu mengapa dan bagaimana tragedi yang buruk ini berlaku. Tragedi yang disifatkan sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan negara membuatkan seluruh warga MAS melalui detik sukar sepanjang 18 hari lalu.

"Saya hadir di sini bukan hanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif malah sebagai bapa, abang dan anak. Hati saya hiba memikirkan kesengsaraan tidak terkata yang menimpa ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Tidak ada perkataan yang dapat menggambarkannya. Setiap warga MAS mendoakan 239 jiwa termasuk 12 anak kapal yang juga rakan kami dalam tragedi yang menimpa pesawat MH370," katanya dalam nada sebak pada sidang akhbar di anjung tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Tiada siapa paksa saya'

Posted:

'Tiada siapa paksa saya'

'Tiada siapa paksa saya'

ANNUAR (kiri) bersama tiga pemain baharu Kelantan, Wan Zack (dua dari kanan), Brendan Gan (dua dari kiri) dan Mohd. Fitri Omar (kanan).


"TIADA sesiapa yang memaksa saya untuk kembali beraksi dalam liga tempatan. ia adalah atas kerelaan saya sendiri."

Demikian tegas bekas pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal pada majlis memperkenalkan pemain baharu Kelantan di ibu negara semalam.

Wan Zack antara pemain baharu yang didaftarkan oleh Kelantan bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Menurut Wan Zack, keputusannya menyertaai Kelantan adalah atas kerelaannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Pemain berusia 23 tahun itu yang masih lagi mempunyai baki kontrak selama setahun bersama sebuah kelab Jepun, Ryukyu FC telah mengambil keputusan untuk menyertai pasukan The Red Warriors.

Meskipun pelbagai spekulasi timbul berhubung tindakannya menyertai pasukan tersebut, dia menjelaskan bahawa fokus utamanya hanyalah untuk berkhidmat di negeri kelahiran ibubapanya.

"Di sini saya boleh sentiasa dekat dengan ahli keluarga dan secara tidak langsung memberi motivasi kepada saya untuk beraksi dengan lebih baik.

"Saya juga boleh mempraktikkan segala kemahiran yang diperoleh ketika bersama Ryukyu FC untuk membantu Kelantan," ujarnya.

Dia turut menegaskan bahawa keputusannya untuk menyertai Kelantan adalah tepat kerana ia dapat membantu mengembangkan kariernya.

Dia juga tidak menolak dakwaan bahawa terdapat beberapa kelab tempatan telah menghubunginya sebelum ini untuk mendapatkan khidmatnya.

Wan Zack adalah antara tiga tonggak baharu pasukan Kelantan yang diperkenalkan oleh penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Anuar Musa pada satu sidang akhbar khas di ibu negara semalam.

Dua lagi pemain yang bakal menyarung jersi The Red Warriors ialah Brendan Gan, 25, yang pernah beraksi dalam kesemua 48 perlawanan Liga A di Australia dan bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Fitri Omar, 28.

Mengulas lanjut mengenai pemain-pemain tersebut, Tan Sri Annuar Musa menyifatkannya sebagai satu usaha jangka panjang untuk memperkasakan skuad Kelantan berikutan perpindahan ramai pemainnya pada awal musim lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kos yang ditanggung bagi membawa ketiga-tiga pemain tersebut beraksi bersama pasukan The Red Warriors.

Annuar tepis dakwaan perpindahan Wan Zack

Posted:

Annuar tepis dakwaan perpindahan Wan Zack

Annuar tepis dakwaan perpindahan Wan Zack

RAMAI beranggapan keputusan Wan Zack Haikal berhijrah ke pasukan Kelantan adalah keputusan yang salah.

Pemain tersebut seharusnya mengembangkan kariernya dengan kelab Jepun setelah berpeluang untuk beraksi bersama kelab luar negara.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tampil dengan penjelasan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak wajar.

"Ini adalah antara masalah rakyat kita. Mereka berpendapat apa yang berkaitan dengan luar negara adalah lebih baik berbanding tempatan.

"Sebenarnya tidak wujud sebarang masalah sama ada bermain baik di dalam mahupun luar negara, yang penting adalah prestasi yang dipamerkan," katanya pada sidang media khas memperkenalkan pemain-pemain baharu Kelantan di ibu negara semalam.

Sementara itu, ekoran perpindahan Wan Zack Haikal dari kelab Ryukyu FC, Kelantan turut berjaya menjalin hubungan dengan kelab tersebut yang akan membuka peluang kepada pemain-pemain tempatan lain untuk beraksi bersama kelab dari Jepun tersebut.

Musim ini, Kelantan agak goyah apabila kehilangan beberapa tonggak utama yang berhijrah ke pasukan lain pada awal musim ini.

Menurut Annuar, penghijrahan tersebut memberi impak yang besar kepada pasukan tersebut dan ia agak mustahil dapat diatasi dalam tempoh jangka masa pendek.

"Kami akan melakukan apa sahaja yang termampu demi kepentingan bola sepak Kelantan khususnya dan negara amnya," tegas beliau lagi.

Rekod bersih PDRM hampir tercalar

Posted:

Rekod bersih PDRM hampir tercalar

Rekod bersih PDRM hampir tercalar

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


pemain PDRM, Munir Amran (depan) diasak dua pemain pasukan Negeri Sembilan ketika aksi Liga Premier di Stadium Majlis bandaraya di Kelana Jaya semalam.


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat keputusan seri 2-2 dengan Negeri Sembilan pada aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.

Jurulatih PDRM, Dollah Salleh mengakui kealpaan barisan pertahanannya pada awal permainan telah mengundang padah apabila membenarkan pasukan lawan meloloskan diri untuk menjaringkan dua gol.

Penyerang import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owona menggunakan kesempatan itu dengan menanduk masuk gol pertama pasukannya selepas menerima hantaran silang daripada S. Sivanesan seawal minit kedua.

Skuad Sang Saka Biru berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi sepakan penalti Chad Charles Souza selepas Ali Ashfaq dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-46.

Kelekaan barisan pertahanan PDRM sekali lagi mengundang padah apabila giliran Sivanesan meledak gol kedua Negeri Sembilan dengan merembat kencang hantaran lambung Owona pada minit ke-72.

Rafael Souza Silva berjaya menyelamatkan maruah PDRM daripada mengalami kekalahan pertama musim ini dengan jaringan penyamaan lapan minit sebelum tamat perlawanan menerusi satu sepakan percuma menarik.

"Semua serba tidak menjadi hari ini (semalam). Para pemain nampak mengambil mudah perlawanan ini dari awal permainan lagi. Mereka agak leka terutama barisan pertahanan.

"Selepas melakukan kesilapan besar, barulah mereka bangkit semula.

"Saya selalu tekankan kepada para pemain, pasukan lawan tidak akan memberi laluan mudah kepada PDRM dan pastinya mereka akan tampil memberi tentangan sengit.

"Apabila hilang fokus, inilah jadinya. Saya akur dengan keputusan seri ini tetapi saya tidak risau kerana kami tetap akan bangkit pada perlawanan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan semalam.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, V. Sundramoorthy pula mengakui kecewa dengan kegagalan mendapatkan tiga mata penuh selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut sebelum ini iaitu tewas 0-2 kepada Johor Darul Takzim II dan 1-3 kepada Pulau Pinang.

"Ia satu perlawanan sukar dan PDRM jelas sebuah pasukan yang kuat tetapi kami melepaskan dua gol daripada kesilapan sendiri.

"Saya terdesak mendapatkan tiga mata tetapi keputusan seri ini sedikit sebanyak menjadi titik permulaan kami untuk bangkit," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Sut eksklusif turun-temurun

Posted:

Sut eksklusif turun-temurun

Sut eksklusif turun-temurun

Oleh NIZHA PERIASWAMY

LELAKI muda ini giat mempromosi sut pakaian lengkap tuksedo yang dilihat sebagai imej paling sempurna kaum Adam.


SEBAIK dibuka pintu masuk bangunan itu, seorang wanita yang berpakaian kemas segera tersenyum dan mempelawa penulis masuk. Pada masa sama, cuaca yang panas membahang di luar digantikan dengan suasana dalam bangunan yang cukup nyaman. Pandangan mata juga segera tertawan dengan hiasan dalaman yang menarik. Susun atur pakaian dan aksesori disinari cahaya lampu kuning minimal membuatkannya kelihatan eksklusif.

Begitulah suasana bangunan tersebut yang merupakan butik Wardrobe terletak di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe, Lim Fang Heng, 30-an, melangkah tenang tetapi penuh yakin. Dia kelihatan tampan dalam persalinan sut tuksedo lengkap bertali leher warna kelabu cair dengan kemeja putih dan seluar biru tua, akui ia sebagai pakaian yang paling disukai terutama sekali pada kebanyakan masa dia sedang berurusan atas sebab kerja.

Berasal dari generasi kedua keluarga tukang jahit yang pernah menjalankan perniagaan menjahit pakaian sut lelaki secara eksklusif di bawah nama Spark Manshop, Fang Heng dan pasukannya memberi nafas baharu kepada perniagaan yang sama di bawah bumbung Wardrobe.


SUT lengkap tuksedo dalam pelbagai warna dan material boleh ditempah pelanggan.


Legasi keluarga

Menceritakan latar belakang Wardrobe secara mendalam, Fang Heng membuka bicara tentang bapanya dan dua rakan bapanya yang pertama kali membuka perniagaan di bawah nama Spark Manshop pada tahun 1978 di Sungei Wang, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

"Kami berkembang baik sehingga membuka kira-kira 30 butik Spark Manshop. Tetapi pada tahun 1996 dan 1997 di ketika kegawatan ekonomi dan keperluan lain, bapa saya dan rakannya terpaksa menjual perniagaan itu termasuk nama Spark Manshop. Bayangkan betapa banyak kerja keras dan cinta terhadap perniagaan itu sehingga ia bukan sahaja kekal tetapi berkembang dengan baik sekali," kata Fang Heng bangga.

Selepas episod itu, iaitu selepas terpaksa meninggalkan perniagaan asal, bapa Fang Heng dan rakan-rakanya, J. J. Lim, A. F. Chai dan K. C. Phuan tidak mahu keghairahan mereka dalam industri tukang jahit terus padam.

Justeru, pada tahun 2001, mereka bangkit dengan nama baharu, Wardrobe. "Sejak itu, bermula babak kedua perniagaan kami dalam industri menjahit sut eksklusif lelaki dan pakaian serta aksesori kaum Adam," ujar Fang Heng.


WARDROBE mempunyai reka dalam yang kemas dan teratur.


Walau bagaimanapun, Fang Heng yang berkelulusan dalam pengajian Pengurusan dan Pemasaran dari Amerika Syarikat dan Australia tidak pernah memasang hajat untuk mengambil alih perniagaan itu, apatah lagi dalam usianya yang sangat muda.

"Saya bermula sebagai pelatih pengurusan dengan menjaga bahagian seperti perkhidmatan pelanggan, inventori dan akaun. Tetapi sejak tahun 2010, saya mengambil alih tampuk kepimpinan secara serius," katanya.

"Kenapa saya?" Fang Heng mengulangi persoalan, mengapa dia yang dipilih untuk menerajui Wardrobe selepas generasi asal bapanya bersama dua rakan yang melahirkan Spark Manshop dan kemudian Wardrobe.

"Saya anak paling tua dan mempunyai kelayakan pendidikan. Saya juga sudah bekerja dengan mereka. Mungkin itu sebabnya," katanya sambil senyum.

Wardrobe baharu oleh Fan Heng dan pasukannya kepada khalayak, khususnya pelanggan berkelas tinggi bukanlah Wardrobe yang sama diperkenalkan oleh bapanya itu. Malah lelaki ini mengakui telah melakukan pelbagai perubahan drastik terutama sekali dari segi rekaan dalaman, konsep niaga dan paling penting, penjenamaan semula yang dilakukan secara agak agresif.


MATERIAL fabrik pelbagai warna boleh dipilih mengikut kesesuaian si pemakai.


Nafas baharu

Wardrobe menghuni alamat baharu sejak tiga tahun lalu di Bangsar dan ia merupakan langkah pertama dan terbesar Fang Heng dalam memberi nafas baharu kepada nama Wardrobe.

"Kami memperkenalkan logo baharu dan perkhidmatan yang benar-benar profesional dan terbaik. Tawaran produk iaitu pakaian siap dan aksesori ditambah dengan semuanya mengambil kira koleksi baharu untuk pasaran khusus. Kami mengubah segalanya daripada strategi pemasaran hingga komunikasi. Semuanya berasaskan keperluan semasa dan relevan dengan pengguna masa sekarang," katanya.

Bercakap lanjut tentang perubahan yang diberitahunya, Fang Heng berkata, dia mula memberi penekanan kepada butik itu sendiri, konsep reka dalam. Dia memilih untuk menampilkan satu rekaan dalaman yang terang dan menepati jangkauan. Dari aspek pertukangan jahit, Feng Heng memperkenalkan teknologi mesin jahit dan bantuan jahit yang canggih.

"Biarpun saya memperkenalkan banyak perkara baharu, asas perniagaan kami, iaitu keutamaan kepada helaian yang dijahit tetap dikekalkan. Itu signatur kami sejak zaman-berzaman. Maksudnya, kami tetap mahu tampil sebagai perniagaan fesyen menjahit yang paling sempurna untuk lelaki moden dan profesional," tambahnya.

Hasil kerja selama tiga tahun dan penjenamaan Wardrobe sebagai label Malaysia yang ulung dalam industri jahit sut eksklusif lelaki, kini tumpuan Fang Heng hanyalah untuk mengembangkan perniagaan dan menikmati perjalanannya memimpin Wardrobe bersama adik-beradiknya serta anak rakan seniaga bapanya yang lain.

"Selain butik ini, kami mempunyai dua lagi di Pavillion dan Hotel Sheraton. Kilang pembuatan pula ditempatkan di lokasi lain dengan menekankan kerja-kerja pertukangan menjahit dan urusan jual beli fabrik," katanya lagi.

Fang Heng juga menyatakan, dirinya boleh melakukan kerja asas jahit seperti mereka, memotong kain dan melukis. Itu pun katanya dipelajari daripada pakar-pakar tukang jahit di Wardrobe sewaktu dia masih muda.

Baju Melayu melangkau waktu

Posted:

Baju Melayu melangkau waktu

Baju Melayu melangkau waktu

Oleh ALIF ABU BAKAR

BAJU Melayu Gumbe direka tanpa pesak dan kekek.


TIDAK khusus untuk musim perayaan ataupun masa beribadat, baju Melayu rekaan moden memiliki fungsi yang meluas. Apatah lagi apabila corak, material dan potongannya diperbaharui selari pergerakan trend semasa.

Gumbe antara label tempatan yang membariskan baju Melayu unik untuk kaum Adam. Tarikan Gumbe terletak pada kesederhanaan motif dan kesepaduan warna yang diterapkan.

Dengan motif hampir mencecah 50 variasi, baju Melayu cetusan Abie Abdullah itu kini mendapat sambutan menggalakkan meskipun baru muncul dalam pasaran pada Februari lalu.

Konsep suai padan baju Melayu bercetak sama ada jalur, kotak atau polka dot bersama seluar polos berona sepadan oleh Gumbe nyata memikat. Seluarnya terdiri daripada warna asas seperti merah, hijau, hitam, coklat, biru navy, kuning air dan putih.

FUNGSI baju Melayu Gumbe tidak dihadkan untuk musim perayaan sahaja.


Keselesaan si pemakai juga diutamakan. Justeru, penggunaan fabrik kapas campuran mengelakkan si pemakai cepat berasa panas dan berpeluh, masalah normal yang dialami ramai setiap kali memakai baju Melayu.

Gumbe yang bermaksud baju Melayu cekak musang dalam dialek Kelantan dipecahkan kepada dua jenis leher iaitu cekak musang dan teluk belanga. Potongannya juga berbeza daripada baju Melayu klasik. Ia direka mengikut potongan moden dan slim fit tanpa pesak dan kekek.

"Baju Melayu Gumbe dijual dalam talian. Gumbe bukan berkonsep baju Melayu tempah, jadi buat masa ini pelanggan hanya boleh memilih tiga saiz yang ditetapkan iaitu S, M dan L.

"Ia juga disasarkan untuk pasaran yang luas, tidak tertumpu kepada lelaki Melayu muda sahaja. Sesiapa yang inginkan kelainan berbaju Melayu dan bosan dengan pakaian tradisional yang sedia ada, Gumbe adalah alternatif terbaik.

PENGGUNAAN corak dan potongannya masih sesuai untuk dipakai ketika bersolat.


"Meskipun ia didatangkan dengan seluar, untuk penciptaan gaya lebih santai atau ranggi, pengguna boleh padankan baju ini bersama jean atau kain pelikat. Kreativiti suai padan terletak pada cita rasa individu," jelas Abie ketika ditemui Stailo baru-baru ini.

Baju Melayu Gumbe kini boleh diperoleh pada harga RM190 sepasang. Fokus turut diberikan kepada pemborong di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Singapura dengan pembelian minimum 20 pasang.

Sementara itu, penyanyi tanah air, Diddy Hirdy yang kini muncul dengan single baharu berjudul Bidadari Hati turut dilantik sebagai duta bagi baju Melayu Gumbe.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Solat ghaib tidak perlu setakat ini

Posted:

Solat ghaib tidak perlu setakat ini

Solat ghaib tidak perlu setakat ini

25/03/2014 9:29pm

PUTRAJAYA - Muzakarah Jawankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan solat ghaib ke atas penumpang MH370 beragama Islam tidak diperlukan buat masa sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, ia berikutan pihak berkuasa yang menjalankan kerja mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang mayat, sebahagian mayat atau cebisan mayat berhubung kejadian tersebut. - KOSMO!

Usaha mencari MH370 tertumpu di koridor selatan

Posted:

Usaha mencari MH370 tertumpu di koridor selatan

Usaha mencari MH370 tertumpu di koridor selatan

25/03/2014 8:55pm

KUALA LUMPUR - Usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kini tertumpu di koridor selatan Lautan Hindi meliputi kawasan seluas 469,407 batu nautika persegi.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berikutan penemuan analisis data terkini, operasi mencari di koridor utara telah dihentikan.

"Kami sedang bekerja untuk memperincikan lagi kawasan carian, menggunakan empat kaedah yang saya nyatakan sebelum ini: mengumpulkan maklumat daripada pemantauan satelit, analisis data daripada pemantauan radar, meningkatkan aset-aset permukaan dan udara, dan meningkatkan bilangan pakar teknikal dan bidang berkaitan," katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang akhbar mengenai perkembangan operasi mencari MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Mengenai penghantaran aset, dua pesawat Korea berlepas dari lapangan terbang Subang ke Perth pagi ini dan enam kapal China serta kapal tentera laut Australia , HMAS Success kini berada di kawasan pencarian. - Bernama

Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan mengenai pencarian pesawat MH370

Posted:

Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan mengenai pencarian pesawat MH370

Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan mengenai pencarian pesawat MH370

25/03/2014 8:24pm

KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahahan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media mengenai pencarian pesawat MH370 Pener (MAS) yang hilang, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini:

"Ketika usaha mencari MH370 diteruskan, kami tetap memberi fokus untuk mengecilkan kawasan pencarian.

"Hasil kerjasama kukuh daripada rakan-rakan antarabangsa, cabaran tidak lagi bersifat diplomatik. Ia sekarang tertumpu pada teknikal dan logistik.

Oleh kerana skala siasatan sekarang lebih kompleks, pemberitahuan maklumat teknikal dan logistik akan dikendalikan secara berbeza.

Seperti yang anda lihat hari ini, ini bermakna Malaysia Airlines menjalankan usaha untuk berkomunikasi dengan keluarga penumpang.

"Ketika kawasan pencarian dikecilkan, cabaran baru timbul termasuk menguruskan sumber di kawasan mencari dan menyelamat yang terpencil.

"Kami meneruskan kerjasama dengan negara-negara sahabat dan rakan ketika kami berusaha mendapatkan lebih banyak sumber bagi menyokong operasi di kawasan terbabit," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Keluarga mangsa MH370 meraung

Posted:

Keluarga mangsa MH370 meraung

Keluarga mangsa MH370 meraung

REUTERS
WANITA ini menjerit ke arah jurukamera selepas berita MH370 disahkan terhempas.


BEIJING - Ahli-ahli keluarga penumpang sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) di China meraung dan meratap kesedihan selepas dimaklumkan kapal terbang yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di Lautan Hindi, lapor Sky News semalam.

Seorang ahli keluarga penumpang dilihat menangis selepas mengetahui berita itu diumumkan di televisyen dan dia juga terpaksa dipapah keluar oleh orang ramai.

Seorang lagi waris penumpang yang sedang menangis terjatuh di eskalator selepas mendengar berita tersebut di Hotel Lido di sini di mana semua ahli keluarga penumpang berkumpul.

Seorang saksi berkata, dia melihat beberapa waris penumpang menangis dan ada antara mereka menenangkan ahli keluarga masing-masing serta ada seorang wanita yang meraung selepas mendengar berita itu.


REUTERS
SEORANG anggota keluarga penumpang pesawat MH370 menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya.


Pihak MAS menyatakan, ia kini membuat rumusan tanpa sebarang keraguan munasabah bahawa pesawat MH370 telah hilang dan tiada mangsa yang terselamat.

Pengumuman itu yang dihantar kepada anggota keluarga penumpang dan kru MH370 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) telah dilihat oleh wartawan Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Penerbangan MH370 milik MAS yang membawa 239 orang hilang selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Seorang wanita pengsan dan melutut sambil menangis dengan berkata: "Anak saya! Anak saya".

Anggota-anggota pasukan perubatan tiba di hotel tersebut dengan beberapa pengusung.

Seorang lelaki tua turut dibawa keluar dari bilik persidangan setelah pengumuman menerusi televisyen tersebut manakala muka lelaki itu ditutup dengan jaket.

Beberapa minit kemudian seorang wanita pertengahan usia dibawa keluar dengan dengan satu lagi pengusung, mukanya pucat dan mata wanita itu merenung ke arah lain.


REUTERS
GAMBAR menunjukkan seorang saudara penumpang MH370 yang tidak bermaya
di atas katil beroda ditolak seorang anggota perubatan.


Ramai di antara mereka enggan bercakap dengan wartawan yang berkumpul di hotel berkenaan.

Sebahagian ahli keluarga memarahi petugas media yang merakam situasi di situ.

Beberapa pengawal keselamatan menghalang seorang lelaki yang menendang seorang jurukamera televisyen dan menjerit: "Jangan rakam, aku pukul sampai mati!"

Dalam satu kenyataan yang dikirim MAS kepada keluarga menyatakan: "Kami terpaksa membuat andaian pesawat itu telah hilang."

Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini percaya pesawat itu sengaja dilencongkan oleh seseorang yang menaiki kapal terbang itu.

Bagaimanapun, ketiadaan bukti kukuh telah mencetuskan banyak spekulasi dan teori konspirasi serta menyebabkan keluarga mangsa merana.

Beberapa teori utama termasuklah rampasan, sabotaj oleh juruterbang atau krisis di udara yang menyebabkan kru penerbangan tidak sedarkan diri dan menyebabkan pesawat itu terbang menggunakan alat automatik sehingga kehabisan minyak. - Agensi

Singapura perketat kawalan di lapangan terbang

Posted:

Singapura perketat kawalan di lapangan terbang

Singapura perketat kawalan di lapangan terbang

AFP
SEORANG saudara penumpang menunjukkan penumbuk sambil menangis di Hotel Lido.


SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura telah meningkatkan pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sebagai langkah berjaga-jaga selepas sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) hilang pada 8 Mac lalu, kata polis semalam.

Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini mendedahkan bahawa dua penumpang menaiki penerbangan itu dengan menggunakan pasport curi sekali gus menimbulkan kebimbangan tragedi itu mungkin mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.

Pihak berkuasa Malaysia juga percaya pesawat itu sengaja dilencongkan oleh seseorang di dalam kapal terbang berkenaan dan siasatan juga ditumpukan kepada kemungkinan rampasan.

"Changi adalah salah satu laluan antarabangsa di mana lebih 7,000 pesawat mendarat dan berlepas yang membawa lebih 147,000 penumpang pada setiap minggu," kata pihak polis Singapura dalam satu kenyataan.

"Ekoran kejadian yang menimpa pesawat MH370, Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pihak Berkuasa Pemeriksaan Imigresen (ICA) telah meningkatkan tahap amaran keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sebagai langkah berjaga-jaga," tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pihak polis dan ICA kini memantau situasi ancaman secara dekat.

- AFP

Kru rakam gambar dua objek terapung

Posted:

Kru rakam gambar dua objek terapung

Kru rakam gambar dua objek terapung


REUTERS
GAMBAR yang diperoleh semalam menunjukkan anggota tentera melihat menerusi binokular bagi mencari pesawat MH370 dari atas kapal HMAS Success di Lautan Hindi.


SYDNEY - Kru sebuah pesawat peninjau Australia berjaya merakamkan gambar dua objek di Lautan Hindi semalam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan penerbangan MH370 dalam misi mencari pesawat itu yang memasuki hari kelima.

"Kru pesawat Orion melaporkan melihat dua objek dengan yang pertama berbentuk bulat dan berwarna hijau manakala objek kedua berwarna oren dan berbentuk segi empat," kata Lembaga Keselamatan Maritim Australia dalam satu kenyataan.

Kedua-dua objek tersebut dilihat berada di kawasan sekitar 2,500 kilometer ke barat daya Perth yang menjadi lokasi berpotensi pesawat berkenaan jatuh selepas kehabisan bahan api berdasarkan pengiraan komputer.

"Saya memberi nasihat bahawa kami tidak pasti bahawa objek itu berasal daripada MH370, ia mungkin benda lain yang terapung," kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

"Namun, kami berharap agar dapat mengambil dua objek itu dengan segera dan ia akan dapat membantu untuk menemui sekali gus menyelesaikan kehilangan MH370," tambahnya.

Sebuah kapal milik Tentera Diraja Australia, HMAS Success dijangka sampai pada hari ini ke satu lokasi yang dikatakan beberapa objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu.


REUTERS
BEBERAPA jurukamera dan wartawan menunggu perkembangan terkini misi pencarian pesawat MH370 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia di Perth semalam.


Pesawat berkenaan yang dalam penerbangan ke Beijing dengan membawa 239 orang, hilang dari radar 8 Mac lalu selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam perkembangan berkaitan, Perancis membekalkan set imej satelit baharu untuk membantu pencarian MH370 manakala semua imej tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa Australia.

Namun, objek yang dikesan satelit Perancis itu terletak di luar kawasan pencarian di Lautan Hindi.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Australia semalam menyuarakan kelegaan selepas ribut tropika Gillian didapati tidak akan melanda kawasan pencarian pesawat MH370.

Sehingga kini, terdapat 10 buah pesawat meninjau di kawasan laut seluas 59,000 kilometer persegi itu yang terletak di antara Australia dan Antartika untuk mencari petunjuk bagi mengesan pesawat hilang itu.

Terdahulu, sebuah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) gagal mengesan beberapa objek lain yang ditemui oleh sebuah pesawat China.

Agensi berita Xinhua memetik seorang wartawan yang berada dalam pesawat jenis Ilyushin-76 melaporkan pada hari yang sama bahawa dua objek besar yang terapung bersama sejumlah objek lebih kecil dilihat bertaburan dalam lingkungan beberapa kilometer.

"Objek-objek tersebut berwarna putih dan berbentuk segi empat," lapor agensi berita Xinhua.

Pada sidang akhbar khas yang diadakan pada pukul 10 malam semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal terkorban.

Pesawat tersebut disahkan hilang dan terhempas di lokasi tersebut yang terletak sekitar 2,500 kilometer ke barat daya Perth berdasarkan maklumat dan analisis data terbaharu satelit Inmarsat milik United Kingdom. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved