Sabtu, 15 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Teori kehilangan MH370

Posted:

Teori kehilangan MH370

Teori kehilangan MH370

Oleh NOOR SYAHIDATOOL
AQMA MOHD. NOOR
dan KHAIRIYAH HANAFI

KEHILANGAN pesawat MH370 pada 8 Mac lalu telah mencetuskan misteri yang dikatakan belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan moden.

Pesawat Malaysia Airlines laluan Kuala Lumpur-Beijing yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar selepas kira-kira dua jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.

Pesawat tersebut dijangka mendarat di destinasi yang dituju pada pukul 6.30 pagi.

Bagaimanapun, pada pukul 1.07 pagi, pesawat tersebut yang sedang menghampiri ruang udara Vietnam terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang, Selangor.

Tiga jam selepas pesawat MH370 gagal dijejaki, pasukan mencari dan menyelamat mula dikerahkan ke sempadan Malaysia-Vietnam di Laut China Selatan, iaitu lokasi terakhir pesawat dilaporkan hilang.

Setelah lapan hari usaha mencari pesawat malang itu menemui kegagalan, semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi harapan yang pesawat itu kemungkinan dapat ditemui tidak lama lagi.

Najib mengesahkan Sistem Laporan dan Penerimaan Komunikasi Pesawat (ACARS) pesawat itu tidak berfungsi sebelum ia tiba di pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Walaupun laporan media menyebut pesawat dirampas, pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan tentang apa yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan penerbangan asalnya.

"Komunikasi terakhir pesawat dengan satelit berlaku di antara dua kawasan iaitu dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand atau dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi," katanya.

Spekulasi

Sejak lebih seminggu lalu, pelbagai spekulasi ditimbulkan oleh pakar-pakar industri penerbangan bagi menjawab kemungkinan yang terjadi ke atas MH370.

Teori kehadiran pengganas di dalam pesawat sememangnya tidak dapat dielak. Pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan sementara cuaca dalam keadaan baik.


MISI mencari dan menyelamat MH370 melibatkan 14 buah negara termasuk Amerika Syarikat dan China.


Kehadiran dua penumpang dari Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan rakannya, Delavar Seyed Mohammadreza, 30, yang menaiki pesawat menggunakan pasport curi turut menimbulkan kemungkinan pesawat dirampas oleh pengganas.

Menurut Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, John Brennan, teori serangan pengganas tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja.

Penganalisis Perunding Aeroangkasa dan Pertahanan, Frost & Sullivan Asia Pasifik, Ravikumar Madavaram pula berkata, data daripada sistem komunikasi penerbangan penting untuk mendapatkan maklumat tentang sebarang perkara yang terjadi ketika penerbangan.

Ujarnya, jika keseluruhan sistem komunikasi terhenti serentak, ia menjurus kepada kemungkinan pesawat meletup di udara.

"Namun, jika sistem ditutup secara berperingkat-peringkat, pesawat itu mungkin telah dirampas atau disabotaj oleh juruterbang itu sendiri.

"Jika benar pesawat itu terbang di luar laluan yang telah ditetapkan, ia juga menimbulkan persoalan mengenai teori rampasan pesawat dan menukar hala tuju pesawat atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Laporan tidak rasmi mengatakan bahawa dua sistem komunikasi utama pesawat dimatikan selang 14 minit dan ini menutup teori letupan di udara.

Pakar penerbangan Australia, Neil Hansford pula berpendapat, ada kemungkinan MH370 telah diserang misil atau berlanggar dengan pesawat tentera.

"Ia mungkin berlanggar dengan pesawat pejuang, misil atau kejadian seumpamanya. Letupan bom adalah salah satu kemungkinan yang menimpa MH370," katanya.

Sesetengah pihak pula mengambil kira yang pesawat itu telah terbang selama empat jam ke laluan yang bertentangan selepas pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan.

Ia dikatakan mengukuhkan teori bahawa kokpit pesawat telah dirampas dan dikawal oleh pihak pengganas.


AHLI keluarga mangsa warga China tidak dapat menahan kesedihan sebaik diberitahu mengenai kehilangan MH370.


Namun, Gerry Soejatman, pakar penerbangan yang berpengkalan di Jakarta, Indonesia menafikan teori tersebut.

"Sistem radar di sekitar tempat terakhir MH370 dikesan adalah luas dan melibatkan pelbagai negara seperti Malaysia, India, Thailand dan Indonesia.

"Kecanggihan sistem pertahanan negara-negara tersebut mampu mengesan sebarang kehadiran pesawat asing atau tidak dikenali jika ia memasuki sempadan negara mereka.

"Jika ini terjadi, sudah tentu ramai tentera yang akan kehilangan kerja mereka," ujarnya sambil berseloroh mengenai dakwaan MH370 terbang di Lautan Hindi tanpa dikesan oleh mana-mana radar di negara tersebut.

Misteri kehilangan pesawat MH370 juga boleh berlaku akibat masalah teknikal yang menyebabkan pesawat kehilangan altitud dengan pantas pada kelajuan tinggi.

Menurut Peguam Penerbangan dan Pengarah Siasatan, Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat, Mary Schiavo, pesawat mungkin terpesong.

"Ia bukan disebabkan kegagalan enjin untuk berfungsi tetapi berlaku akibat kehilangan aliran udara ke atas sayap dan mengurangkan kelajuan pesawat untuk terus berada di udara.

"Pesawat akan kehilangan altitud dengan kadar yang sangat pantas," jelasnya.

Teori ini juga dibandingkan dengan apa yang berlaku terhadap Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada Jun 2009 apabila sensor kelajuan gagal untuk memberikan bacaan yang tepat sekali gus juruterbang kehilangan kawalan terhadap pesawat.

Ada juga yang berpendapat tidak mustahil berlaku kejadian yang jarang terjadi seperti kes membunuh diri dalam kalangan juruterbang.

Ini berlaku ke atas pesawat SilkAir Boeing 737 penerbangan dari Jakarta ke Singapura yang menjunam ke dasar sungai di Indonesia mengakibatkan seramai 104 penumpang dan anak kapal maut.

Penyiasat Amerika Syarikat kemudian mengesahkan juruterbang SilkAir itu membunuh diri.


SEBANYAK 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam operasi mencari MH370.


Meletup di ruang udara

Kira-kira 33 tahun sebelum insiden MH370, Malaysia pernah digemparkan dengan nahas pesawat di Tanjung Kupang, Gelang Patah Johor.

Dalam kejadian pada petang 4 Disember 1977, pesawat yang turut dinaiki Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Ali Ahmad bersama 99 penumpang dan anak kapal meletup di ruang udara.

Sewaktu kejadian, pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Bagaimanapun, akibat serangan pengganas yang didakwa didalangi Tentera Merah Jepun, pesawat itu dilarang mendarat di Subang sebaliknya diarah menghala ke Singapura.

Malangnya, pesawat tersebut terhempas. Kesemua mereka ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di kawasan paya bakau di Kampung Ladang, Tanjung Kupang.

Tragedi pesawat terhempas di negara ini berulang pada September 1995 melibatkan pesawat Malaysia Airlines jenis Fokker 50.

Peristiwa yang meragut 34 nyawa manakala sembilan orang cedera itu berlaku ketika pesawat tersebut cuba mendarat di Lapangan Terbang Tawau, Sabah.

Kejadian berpunca apabila pesawat dikatakan terlajak dari landasan sebelum merempuh 20 buah rumah setinggan di perkampungan Seri Menanti dan kemudiannya terhempas.

Lapan tahun kemudian, iaitu pada Oktober 2013, pesawat Twin Otter pula dilaporkan terhempas ketika cuba mendarat di Sabah.

Kejadian dipercayai berpunca daripada cuaca buruk. Dua orang terkorban dalam tragedi itu.

Hukuman emosi pelajar ponteng

Posted:

Hukuman emosi pelajar ponteng

Hukuman emosi pelajar ponteng

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR


MEROKOK antara aktiviti yang dikaitkan dengan kes ponteng sekolah. - Gambar hiasan


ISNIN lalu, akhbar melaporkan rancangan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan untuk mengarak pelajar yang ponteng sekolah menggunakan van jenazah di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.

Tindakan tersebut diambil bagi mengurangkan gejala ponteng sekolah di negeri itu. Sebelum ini, van jenazah pernah digunakan untuk mengangkut orang Islam yang ditangkap tidak berpuasa pada bulan Ramadan di negeri-negeri tertentu.

Menurut Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, langkah itu juga bagi mengurangkan pelajar-pelajar terbabit terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral terutama penagihan dadah.

"Kami memberi amaran keras kepada pelajar yang ponteng, mereka akan diarak mengelilingi bandar ini dengan van tersebut kerana kami mahu mereka mengambil pengajaran daripada perbuatan yang dilakukan itu.

"Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mahu mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Ops Ponteng dijalankan. Dalam operasi itu, seramai 17 pelajar yang ponteng sekolah ditangkap di beberapa lokasi di Kota Bharu.

"Sebahagian besar pelajar terlibat adalah dari sekolah-sekolah di daerah ini tetapi ada juga pelajar dari daerah lain yang ponteng di sini.

"Ada dalam kalangan mereka yang ditahan positif dadah dan terbabit dengan gejala merokok.

"Kesemua pelajar itu diberikan kaunseling dan ibu bapa turut dimaklumkan oleh pihak sekolah. Mereka terkejut dengan perlakuan anak-anak mereka itu," ujarnya.

Sementara itu, seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Bidi, 17, memberi alasan, dia dan rakan-rakannya ponteng sekolah disebabkan makanan yang disediakan di kantin tidak sedap.

"Kami sering ponteng sekolah kerana makanan di kantin tidak sedap, tetapi selepas ini kami berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini lagi," ujarnya.


PENGGUNAAN van jenazah dicadangkan bagi memberi pengajaran kepada pelajar yang ponteng sekolah. - Gambar hiasan


Bebas salah laku

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, tindakan mengarak pelajar yang ponteng sekolah dengan menaiki van jenazah disifatkan agak melampau dan boleh mengaibkan keluarga serta pelajar itu sendiri.

Menurutnya, tindakan itu hanya boleh dipertimbangkan sebagai langkah akhir bagi menyedarkan pelajar terbabit selepas semua cara 'lembut' gagal memberi kesan.

"Tindakan drastik tanpa mengira adab susila budaya ketimuran seperti ini hanya akan membawa aib kepada keluarga pelajar.

"Sepatutnya cara terbaik dimulakan dengan komunikasi dengan ibu bapa pelajar, kaunseling serta pendekatan agama," katanya.

Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr. Zainal Madon memberitahu, secara umumnya, setiap hukuman yang dikenakan kepada pelajar bertujuan untuk membendung tingkah laku negatif dan membolehkan pelajar tersebut berubah ke arah yang lebih positif.

"Penggunaan van jenazah adalah hukuman dalam bentuk emosi iaitu bertujuan memberi keinsafan tetapi sejauh mana bentuk hukuman sebegini dapat memberi pengajaran dan membendung kegiatan ponteng, perlu diperhalusi," jelasnya.

Tambahnya, sebarang hukuman yang dikenakan merupakan satu bentuk pengajaran dan bukan bertujuan memalukan serta menjatuhkan maruah pelajar terbabit.

"Kita perlu melihat punca kejadian ponteng itu sendiri secara menyeluruh bagi merangka strategi pencegahan yang lebih komprehensif dan berkesan.

"Membina perkembangan sahsiah dan kendiri secara berterusan dan terancang merupakan kunci membina pelajar yang sejahtera dan bebas salah laku," beritahu beliau.

Atlet kudung berenang seperti ikan

Posted:

Atlet kudung berenang seperti ikan

Atlet kudung berenang seperti ikan

HONGYAN menjalani modul latihan intensif selama empat jam setiap hari.


KOLAM renang awam di wilayah Kunming, China dibanjiri dengan pengunjung seawal pukul 8 pagi.

Kelibat tubuh genit milik Qian Hongyan yang sedang meranduk air mencuri tumpuan.

Manakan tidak, gadis bertubuh kecil itu tangkas membelah kedalaman air meskipun dia tidak mempunyai kedua-dua belah kaki.

Dilahirkan normal, Hongyan kehilangan kakinya pada usia empat tahun selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Mengimbau kembali peristiwa hitam itu, gadis berumur 19 tahun itu memberitahu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah melalui lebuh raya Zhuangzia, Beijing apabila teksi yang dinaiki secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori pengangkut sampah.

"Doktor terpaksa memotong kedua-dua belah kaki sehingga ke bahagian pelvik untuk menyelamatkan nyawa saya," katanya menerusi portal berita China Daily.

Melecet

Selepas tiga bulan menerima rawatan, gadis yang berasal dari wilayah Luliang, Yunnan itu dibenarkan keluar dari hospital.

Kemiskinan hidup menghalangnya daripada memiliki kaki palsu. Namun, dia membulatkan semangat dan tekad untuk terus mengharungi hidup meskipun sukar bergerak.

Menggunakan kudrat yang ada, Hongyan akan mengesot untuk bergerak di kawasan rumahnya.


BOLA dan pemegang khas kayu memudahkan pergerakan Hongyan.


Pergerakan yang terbatas sering membuatkan i sekeliling badannya yang kudung melecet.

Ujar Hongyan, ibunya akan membasuh luka tersebut dengan air suam sebelum meletakkan ubat daripada campuran herba di bahagian yang melecet tadi.

"Saya akan terlantar selama beberapa hari sementara menunggu luka tersebut sembuh sebelum boleh bergerak semula," ujarnya.

Melihat Hongyan terbaring dan tidak mampu bergerak, ayahnya membuat sebuah pelapik punggung daripada sebiji bola keranjang bagi membolehkan anaknya itu 'berjalan' tanpa melecet lagi.

Ayahnya juga menyediakan pemegang khas yang diperbuat daripada kayu bagi melindungi kedua-dua tapak tangan daripada cedera.

Alah bisa tegal biasa, Hongyan mula membiasakan diri menggunakan kedua-dua alat itu untuk bergerak.

Selepas lima tahun berlalu, Hongyan menerima sumbangan kaki protestik berteknologi tinggi daripada Pusat Penyelidikan Rehabilitasi China.

Bagaimanapun, dia lebih selesa menggunakan bola itu untuk bergerak sehingga dia memperoleh gelaran 'Budak Bola Keranjang' dalam kalangan rakan-rakan sebaya.

"Saya tidak ambil hati dengan gelaran itu," katanya yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Bagaimanapun berikutan kemiskinan yang dihadapi, Hongyan terpaksa berhenti sekolah ketika berusia 11 tahun.

Tidak berputus asa, dia seterusnya menyertai sebuah kelab renang untuk orang kurang upaya dan mendapat bimbingan daripada jurulatih Zhang Honghu.

"Ketika mula-mula belajar berenang, saya sukar untuk mengapungkan badan namun lama-kelamaan, saya dapat membiasakan diri dan akhirnya mampu berenang dengan baik," jelasnya.

Ikan

Di sebalik kecacatan Hongyan, dia mempunyai bakat semula jadi dalam sukan itu sehingga kecekapannya berenang disamakan seperti ikan. Hongyan memberitahu, dia menjalani modul latihan intensif selama empat jam setiap hari di Kelab Renang Yunzhinan, Kunming.

"Saya perlu berenang sejauh 2,000 meter (m) sehari bagi menguatkan otot-otot tangan dan badan. Saya turut melakukan senaman bangkit tubi serta latihan menggunakan dumbel," ujarnya yang menggemari disiplin 400m gaya bebas dan 100m kuak lentang.


KECEKAPAN gadis ini berenang disamakan dengan seekor ikan.


Kebolehannya itu melayakkan Hongyan mewakili China ke Sukan Paralimpik 2012 yang berlangsung di London, Britain.

Walaupun tidak memenangi sebarang pingat pada kejohanan bertaraf antarabangsa tersebut, Hongyan berbangga dengan pencapaiannya setakat ini.

Hongyan pernah memenangi tiga pingat emas dalam kejohanan sukan paralimpik bawah 18 tahun wilayah Yunnan yang diadakan pada tahun 2009.

Dia turut menggondol satu pingat emas dan lima pingat perak dalam Kejohanan Renang Orang Kurang Upaya Kebangsaan yang berlangsung di Shaoxing, Zhejiang pada tahun 2010.

"Saya akan terus berusaha bagi memajukan diri dalam sukan ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


MH370 kini mungkin di Kazakhstan

Posted:

MH370 kini mungkin di Kazakhstan

MH370 kini mungkin di Kazakhstan

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

NAJIB (tengah) mengadakan sidang akhbar khas mengenai perkembangan terbaru MH370 di Hotel Sama-Sama, Sepang semalam.


SEPANG - Siasatan pihak berkuasa berhubung kehilangan pesawat MH370 pada hari kelapan semalam memasuki fasa baharu apabila kapal terbang milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu disahkan telah berpatah balik menuju sama ada ke Kazakhstan atau Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komunikasi terakhir yang diperoleh daripada pesawat itu ialah pada pukul 8.11 pagi 8 Mac lalu selepas data enjin dikesan hilang daripada radar pada pukul 1.07 pagi.

Katanya, berdasarkan kiraan itu, kapal terbang tersebut mampu terbang hingga ke dua tempat bergantung kepada arah yang diambil sama ada Kazakhstan atau Lautan Hindi.

"Siasatan lanjut juga mendapati Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dipadamkan sebelum pesawat tersebut tiba di pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Transponder pula dimatikan sebaik pesawat melintasi menara kawalan trafik yang terletak antara sempadan Vietnam dan Malaysia.

"Bermula dari saat itu, radar primari militari telah mengesan satu plot yang dipercayai MH370 telah berpatah balik.

"Ia kemudian menghala ke arah barat laut Semenanjung Malaysia dan ia selari dengan tindakan seseorang di dalam pesawat itu," katanya pada sidang akhbar di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis siasat rumah juruterbang pesawat MH370

Posted:

Polis siasat rumah juruterbang pesawat MH370

Polis siasat rumah juruterbang pesawat MH370


KEDIAMAN Semi-D milik Zaharie di Laman Seni, Shah Alam, Selangor dikawal rapi oleh pengawal keselamatan semalam.


SHAH ALAM - Kediaman Semi-D milik juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah di Laman Seni, Seksyen 13 di sini diserbu polis tidak lama selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan siasatan kehilangan pesawat itu menjurus ke arah kru dan penumpangnya.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati tiga anggota polis dari Bukit Aman yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna tiba di pekarangan pos pengawal taman perumahan tersebut pada pukul 2.40 petang.

Pengawal keselamatan membenarkan mereka memasuki kawasan tersebut 10 minit kemudian manakala pengamal media tidak dibenarkan masuk.

Anggota polis terbabit berada di dalam rumah Zaharie dipercayai untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai misteri kehilangan pesawat berkenaan.

Mereka berada di rumah juruterbang tersebut hampir dua jam sebelum dilihat keluar. Bagaimanapun tidak diketahui apakah barangan yang dibawa keluar dari banglo berkembar berkenaan.

Zaharie kini menjadi tumpuan selepas Najib pada sidang akhbarnya semalam memaklumkan pergerakan pesawat itu selepas ia hilang daripada radar utama tentera menunjukkan ia telah dilakukan dengan sengaja oleh seseorang di dalam pesawat itu.

Data satelit beri petunjuk baharu

Posted:

Data satelit beri petunjuk baharu

Data satelit beri petunjuk baharu

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Sama-Sama di sini semalam bagi memaklumkan perkembangan terbaharu siasatan misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Berikut adalah teks penuh kenyataan akhbar Najib:

Tujuh hari lepas, pesawat Penerbangan Malaysia MH370 disahkan hilang. Kerajaan sedar ini merupakan detik-detik yang sukar buat semua keluarga penumpang yang menaiki pesawat itu. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan yang mereka tempuhi. Sesungguhnya, harapan dan doa kami sentiasa bersama mereka.

Saya telah mengikuti operasi pencarian yang dijalankan sepanjang masa. Pada peringkat awal operasi, saya telah mengarahkan kawasan pencarian diperluaskan; saya mengarahkan pihak berkuasa Malaysia untuk berkongsi semua maklumat secara telus dengan semua pasukan penyiasat; dan saya meminta rakan-rakan dari negara serantau menyertai operasi mencari. Sehingga saat ini, sebanyak 14 negara, 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam operasi mencari. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin luar di atas kerjasama yang diberikan dalam saat-saat yang amat getir ini.

Sejak hari pertama, pihak berkuasa Malaysia telah bekerjasama dengan semua pihak termasuk negara-negara jiran, pihak berkuasa penerbangan dan beberapa pasukan penyelamat dari pelbagai negara. Kebanyakan mereka berada di sini sejak Ahad lepas.

Kami telah berkongsi maklumat terkini dengan pihak berkuasa yang mempunyai kepakaran untuk menganalisis data. Kami telah bekerja tanpa henti untuk membantu siasatan dan kami telah meletakkan kepentingan keselamatan negara di tempat kedua dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Ramai yang faham bahawa situasi ini belum pernah terjadi sebelum ini.

Kami telah menjalankan operasi mencari merangkumi darat, di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi.

Pada setiap peringkat kami bertindak mengikut maklumat yang telah disahkan dan mengikut setiap petunjuk. Kadangkala ia tidak membawa apa-apa hasil.

Memang wujud pelbagai spekulasi. Kami memahami keperluan pihak keluarga dan semua yang memerhati di seluruh dunia untuk memperoleh maklumat terkini. Namun, kami mempunyai tanggungjawab ke atas siasatan dan keluarga untuk memberikan maklumat sahih. Keutamaan kami adalah untuk mencari MH370.

Pada fasa pertama operasi mencari, kami telah mencari berhampiran lokasi terakhir MH370 hilang iaitu di Laut China Selatan. Pada masa yang sama tumpuan kami turut terarah kepada radar utama milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang mengenal pasti pesawat yang belum dikenal pasti identitinya membuat pusingan. Radar utama menunjukkan pesawat itu menuju ke arah utara Selat Melaka.

Berdasarkan data itu yang turut disahkan dengan pihak berkuasa antarabangsa yang berkaitan, kami telah memperluas kawasan pencarian termasuk di Selat Melaka dan juga Laut Andaman.

Awal pagi ini, saya telah diberi taklimat oleh pasukan penyiasat termasuk FAA (Pentadbiran Penerbangan Persekutuan), NTSB (Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan) dan AAIB (Cabang Siasatan Kemalangan Udara), pihak berkuasa Malaysia dan Pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) mengenai maklumat terbaharu yang memberi petunjuk seterusnya apa yang berlaku ke atas MH370.

Berdasarkan maklumat terbaharu satelit, kami percaya Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan sebelum pesawat itu sampai ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Sejurus kemudian, ketika berada berhampiran sempadan udara antara Malaysia dan Vietnam, transponder pesawat telah turut dimatikan.

Selepas itu, radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia menunjukkan sebuah pesawat yang dipercayai MH370 melakukan pusingan. Ia kemudian terbang ke arah barat menyeberangi Semenanjung Malaysia sebelum berpusing ke arah barat laut.

Sepanjang tempoh itu, sehinggalah ia hilang daripada liputan radar utama tentera dan pergerakan itu menunjukkan ia telah dilakukan dengan sengaja oleh seseorang di dalam pesawat itu.

Hari ini, berdasarkan maklumat awal satelit yang diperoleh daripada penyedia perkhidmatan data satelit, kami boleh mengesahkan pesawat yang dikesan pada radar utama ialah MH370.

Selepas banyak kajian forensik dibuat dan perbincangan mendalam diadakan, FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia, yang mengkaji data itu secara berasingan memberikan pendapat yang sama.

Berdasarkan data baharu itu, komunikasi terakhir disahkan berlaku antara pesawat itu dengan satelit ialah pada pukul 8.11 pagi waktu Malaysia, Sabtu 8 Mac.

Pasukan penyiasat sedang melakukan kiraan selanjutnya untuk mengetahui hingga sampai ke mana pesawat itu mungkin telah terbang selepas kali terakhir ia mempunyai hubungan. Ini akan membantu kami memperhalusi lagi usaha mencari.

Disebabkan jenis data satelit yang ada, kami tidak dapat mengesahkan lokasi tepat pesawat itu berada pada kali terakhir ia mempunyai hubungan dengan satelit.

Bagaimanapun, berdasarkan data baharu itu, pihak DCA dan pakar antarabangsa memutuskan kali terakhir pesawat berkomunikasi dengan satelit berlaku di salah satu antara laluan dua koridor: Koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Pasukan penyiasat sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu.

Dengan perkembangan terbaharu ini, pihak berkuasa Malaysia telah menumpukan kembali penyiasatan terhadap kru dan penumpang di dalam pesawat. Di sebalik laporan media yang menyatakan pesawat itu telah dirampas, saya ingin menegaskan kita masih menjalankan siasatan terhadap semua kemungkinan yang menyebabkan pesawat MH370 melencong daripada laluan asalnya.

Maklumat baharu satelit itu telah memberikan impak yang signifikan ke atas skop operasi mencari. Kita telah menamatkan operasi di Laut China Selatan dan mengumpul semula semua aset untuk memberi tumpuan ke kawasan pencarian baharu. Kami sedang bekerjasama dengan negara berkaitan bagi membantu menyalurkan maklumat berguna untuk operasi mencari termasuk data radar.

Memandangkan dua koridor baharu itu melibatkan banyak negara, duta-duta negara terlibat telah dijemput ke sesi taklimat mengenai maklumat baharu oleh Kementerian Luar dan pakar-pakar teknikal.

Saya turut mengarahkan Menteri Luar untuk memberi taklimat penuh kepada negara yang mempunyai penumpang terlibat dalam penerbangan tersebut. Pada pagi ini, Penerbangan Malaysia telah memaklumkan kepada keluarga penumpang dan kru mengenai perkembangan terbaharu itu.

Secara jelas, pencarian MH370 telah memasuki satu fasa baharu. Sejak lebih tujuh hari yang lalu, kami telah mengikuti semua petunjuk dan semua kemungkinan. Buat keluarga dan rakan-rakan penumpang MH370, kami berharap maklumat terkini membawa kita satu langkah ke hadapan untuk menemui pesawat itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Program kualiti tarik pelajar

Posted:

Program kualiti tarik pelajar

Program kualiti tarik pelajar

Kolej Sri menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti luar negara seperti di Eropah dan Asia Tenggara bagi menawarkan program berkualiti.

KOLEJ Sri proaktif dalam meningkatkan kualiti pembelajaran serta modul peningkatan kerjaya bagi menarik minat pelajar asing.


Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan tinggi dalam menjamin masa depan menyebabkan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Namun dalam keghairahan itu, masyarakat perlulah mengenalpasti IPTS yang betul-betul menawarkan program pengajian berkualiti serta memenuhi pasaran kerja ketika ini.

Salah satu IPTS yang memenuhi kriteria-kriteria tersebut ialah Kolej Sri yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Kolej yang dibuka pada tahun 2004 itu, baru-baru ini telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi meningkatkan kualiti para pelajarnya.

Antara langkah yang diambil ialah mendapatkan lesen daripada pihak Jabatan Pengajian Tinggi untuk merekrut pelajar antarabangsa serta menjalin kerjasama dengan universiti-universiti di luar negara.

Menurut Dekan Akademik dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Kolej Sri, Manivanan Saman, pihak kolej sedang giat menyusun program pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta modul peningkatan kerjaya bagi menarik minat pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran di kolej tersebut.

"Pihak kami sedia membantu pelajar-pelajar asing berkenaan hal-hal akademik, kemasukan, orientasi dan keperluan kaunseling sekiranya mereka ingin melanjutkan pelajaran di sini," katanya.

Selain itu, Kolej Sri turut menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti luar negara seperti di Eropah dan negara-negara Asia Tenggara.

Ia bagi membolehkan Kolej Sri dan universiti-universiti tersebut menjalankan program pertukaran pelajar serta kakitangan kolej.

Menurut Manivanan, pertukaran tersebut bertujuan membantu pelajar dan kakitangan kolej mempelajari cara untuk bekerja dalam budaya yang berbeza.

"Kami mahu mereka belajar di luar negara, menghadiri sesi-sesi ceramah yang diberikan oleh penceramah terkenal dan belajar mengenai kaedah pembelajaran di sana," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pelbagai peluang pekerjaan ditawarkan di pasaran kerja ketika ini.

Namun masih ramai graduan yang menganggur kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh majikan.

"Kini, majikan bukan sahaja mencari pekerja yang berkelayakkan dan mahir malah mereka juga mencari individu-individu yang mempunyai perspektif global," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program yang ditawarkan di Kolej Sri, sila hubungi 03-6279 5588 atau layari laman web http://www.sricollege.edu.my/.

Pil kunyit bantu sembuh penyakit

Posted:

Pil kunyit bantu sembuh penyakit

Pil kunyit bantu sembuh penyakit


SEBIJI pil dari ekstrak kunyit umpama mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit.


PENGELUAR produk kesihatan berasaskan Islam, Anugerah International Sdn. Bhd. melancarkan produk terbaharunya Pil Kunyit Anugerah di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pil tersebut dihasilkan daripada campuran kunyit atau nama saintifiknya curcuma longa bersama teh hijau hasil daripada kajian saintifik.

Di dalam perubatan tradisional Melayu, kunyit adalah herba utama yang digunakan dalam proses merawat kerana mempunyai kesan penyembuhan yang paling mujarab.

Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford, Profesor Gerard Bodeker, kunyit merupakan bahan aktif utama yang mampu menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan dari serangan penyakit.

"Kunyit merupakan bahan penyembuh terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden.

"Sebiji pil dari ekstrak kunyit ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di dapur," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pil tersebut baru-baru ini.

Tambah beliau, kunyit juga mempunyai keupayaan antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas yang merupakan punca berlakunya kanser.

Mengulas mengenai produk teh hijau pula, beliau memaklumkan bahawa tumbuhan tersebut mengandungi bahan aktif yang bernama catechins yang boleh mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan.

"Satu kajian yang dilaksanakan di Switzerland membuktikan mereka yang mengamalkan pengambilan teh hijau setiap hari berjaya meningkatkan tahap memori dan menghalang pembentukan plak yang menjadi punca kepada penyakit Alzheimer," katanya.

Selain daripada menyembuh dan menghalang penyakit, pil berharga RM58 itu juga ditenagakan dengan bacaan juzuk al-Quran dan doa-doa syifa untuk memulihkan kesihatan.

Menurut bekas peserta Imam Muda, Ustaz Azhar Ghazali, pil tersebut bukan sahaja hebat daripada segi kajian saintifik malah turut dibacakan al-Quran dan doa oleh tahfiz yang bertauliah.

"Gabungan ini bukan sahaja baik untuk mengatasi masalah penyakit-penyakit berbahaya malah orang sihat juga digalakkan mengambilnya," katanya sambil memaklumkan pil tersebut juga baik untuk mencegah sebarang penyakit.

Untuk maklumat lanjut mengenai khasiat kunyit dan teh hijau yang terdapat dalam Pil Kunyit Anugerah, orang ramai boleh melayari laman web www.anugerahquran.com atau hubungi 03-20727777.- MOHD. SHAZWAN YUSOP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Batal jika bacaan IPU 'tidak sihat'

Posted:

Batal jika bacaan IPU 'tidak sihat'

Batal jika bacaan IPU 'tidak sihat'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KEADAAN jerebu jelas kelihatan sebelum sepak mula aksi Liga Premier antara PDRM dan PBAPP di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya petang semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan untuk membatalkan aksi Liga Malaysia terutama di Lembah Klang jika mendapati bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap tidak sihat.

Buat masa ini, FAM mengambil langkah berjaga-jaga dan masih memantau keadaan jerebu yang kini teruk melanda Selangor serta Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Mohd. Shazli Shaik Mohd. memberitahu, keputusan untuk membatal atau meneruskan perlawanan bergantung kepada bacaan IPU semasa.

"Kami sedang memantau situasi jerebu yang melanda terutama di Lembah Klang dan mungkin perlawanan akan dibatalkan jika jerebu semakin membimbangkan.

"Kementerian Kesihatan telah meletakkan garis panduan yang mana IPU 150 ke bawah, masih selamat untuk diteruskan perlawanan.

"Semua pihak maklum bahawa bacaan IPU di Kuala Lumpur dan Selangor tidak begitu konsisten dan ia agak menyukarkan FAM untuk membuat keputusan.

"Namun, jika bacaan IPU 200 ke atas, perlawanan sudah pasti akan ditangguhkan kerana keadaan jerebu yang teruk akan memudaratkan pemain, pegawai pasukan dan pengadil," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi JKPT FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berharap peminat bola sepak tidak cepat panik dengan situasi tersebut.

Menurut Afandi, pihaknya telah berbincang dengan Sekretariat FAM dan mereka telah bersetuju untuk menangguhkan perlawanan jika bacaan IPU mencapai tahap tidak sihat.

"Perkara ini hanya merujuk kepada aksi di Lembah Klang. Kita sedang melihat perkembangan cuaca dari semasa ke semasa.

"Jerebu teruk telah melanda di beberapa venue pertandingan. Kita tidak boleh mengambil risiko untuk mengadakan perlawanan jika bacaan IPU berada pada tahap tidak sihat.

"Saya berharap peminat-peminat memahami situasi sebenar dan tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.

Aidil Zafuan selamat nikahi Zarema

Posted:

Aidil Zafuan selamat nikahi Zarema

Aidil Zafuan selamat nikahi Zarema


ADIL ZAFUAN dan Zarema bergambar dengan sebahagian teman mereka selepas majlis pernikahan di Klang, Selangor semalam.


DENGAN sekali lafaz, kapten skuad Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak sah bergelar suami kepada Zarema Zainal.

Majlis pernikahan itu berlangsung di rumah kediaman pengantin perempuan di Pandamaran, Klang, Selangor pagi semalam.

Zarema, 28, menerima wang hantaran berbentuk cek bernilai RM17,000 dan mas kahwin sebanyak RM7,000.

Aidil Zafuan, 27, turut menyerahkan sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalasnya dengan 11 dulang.

Majlis resepsi akan diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur hari ini dan majlis pihak lelaki akan berlangsung 30 Mac ini.

Sebelum ini, Aidil Zafuan mendirikan rumah tangga bersama aktres, Rita Rudaini pada 28 Februari 2008 di Thailand dan dikurniakan dua orang anak - Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Sarawak tiada penggempur robek Lions XII

Posted:

Sarawak tiada penggempur robek Lions XII

Sarawak tiada penggempur robek Lions XII

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

KETUA jurulatih Sarawak, Robert Alberts resah memikirkan penyerang yang mampu menggalas tugas utama merobek benteng Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Negeri Sarawak di Kuching malam ini.

Ia berikutan krisis kecederaan yang masih menghantui dua penyerang utama skuad Bujang Senang - Milorad Janjus dan Muamer Salibasic.

Menurut Alberts, beliau kini hanya memiliki Akmal Rizal Rakhli manakala penyerang import yang baharu, Ryan Griffiths hanya boleh beraksi selepas jendela perpindahan pemain dibuka 22 Mac ini.

Bagaimanapun, Alberts, Akmal masih belum bersedia untuk bermain selama 90 minit kerana bekas penyerang kebangsaan itu baru pulih daripada kecederaan.

"Miki (Janjus) dijangka masih tidak dapat diturunkan kerana belum cergas dan Salibasic juga perlu berehat panjang kerana kecederaan lutut.

"Saya tiada alternatif melainkan membuat perubahan posisi dengan meletakkan pemain tengah, Joseph Kalang Tie selaku penyerang," katanya kepada Kosmo! di Kuching semalam.

Alberts berkata, beliau juga boleh meletakkan dua pemain sayap - Mohd. Rashid Aya atau Ashri Chuchu di posisi penyerang.

Mengulas pertemuan dengan Lions XII, Alberts menegaskan, beliau tidak mahu ketiadaan penyerang dijadikan alasan untuk mereka menyerah kalah dalam pertemuan itu nanti.

"Untuk berhadapan lawan seperti Lions XII, kami perlu tenang dan fokus sepanjang 90 minit permainan. Sedikit kelekaan kami pasti dihukum.

"Saya juga tidak mahu melihat rekod lalu. Ketika kali terakhir bertemu mereka dalam kempen Piala Malaysia tahun lalu, kami tewas 1-2 di gelanggang sendiri," katanya.

Selepas mengharungi enam perlawanan Liga Super, Sarawak menghuni tangga kelima dengan sembilan mata, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Kelantan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


China minta Malaysia beri maklumat pencarian MH370

Posted:

China minta Malaysia beri maklumat pencarian MH370

China minta Malaysia beri maklumat pencarian MH370

AFP
SEORANG wanita yang merupakan saudara mangsa penumpang MH370 menangis semasa dia menunggu berita terbaharu tentang pencarian pesawat milik Penerbangan Malaysia itu di Beijing semalam.


BEIJING - Kerajaan China semalam mendesak Malaysia mengeluarkan sebarang maklumat yang diperoleh pihak berkuasa negara itu berhubung kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bagi membantu mengecilkan kawasan carian.

Rayuan Kementerian Luar China tersebut menggambarkan para pegawai China semakin kecewa berhubung kekeliruan maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Operasi carian kini diperluaskan sehingga ke Selat Melaka di barat Malaysia selepas radar milik Tentera Udara Malaysia mengesan pesawat tersebut kemungkinan berpatah balik.

"China merayu kepada kerajaan Malaysia mengeluarkan semua maklumat yang mereka ada berhubung misi mencari ini," kata jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei.

"Maklumat itu bukan sahaja membantu China dalam usaha mencari tetapi membantu semua pihak yang terlibat mencari dengan lebih efektif dan lebih tepat," tambahnya.

Sebanyak lapan buah kapal milik China kini menyertai usaha mencari yang disertai beberapa buah lagi negara.

Sehingga kini operasi mencari pasukan dari China itu telah meliputi kawasan lautan seluas 52,000 kilometer persegi dan bakal meluaskan kawasan carian. - AP

Kapal tentera Amerika Syarikat diarah ke Lautan Hindi

Posted:

Kapal tentera Amerika Syarikat diarah ke Lautan Hindi

Kapal tentera Amerika Syarikat diarah ke Lautan Hindi


REUTERS
GAMBAR fail menunjukkan kapal pemusnah USS Kidd di Lautan Pasifik.


WASHINGTON - Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) kelmarin diarahkan ke Lautan Hindi bagi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) selepas terdapat laporan pesawat berkenaan menghantar isyarat pada sebuah satelit selepas terputus hubungan dengan radar.

Fokus usaha pencarian pesawat itu beralih dari Laut China Selatan selepas White House berkata, terdapat maklumat terbaru yang menunjukkan pesawat itu mungkin terhempas di Lautan Hindi.

Kapal pemusnah tersebut yang turut dilengkapi dengan sistem peluru berpandu sebelum ini menyertai usaha mencari di Teluk Siam.

Sebuah lagi pesawat pemantau AS, P-8 Poseidon juga dihantar bagi menyertai sebuah lagi pesawat AS, P-3 Orion membantu usaha mencari berkenaan.

Seorang pegawai tentera laut AS berkata, langkah itu diambil selepas terdapat laporan sistem komunikasi pesawat jenis Boeing 777 berkenaan terus menghantar isyarat kepada sebuah satelit beberapa jam selepas ia terputus hubungan dengan radar.

Menurut akhbar Wall Street Journal dan ABC News, isyarat itu datang daripada sistem pengurusan kesihatan pesawat' yang menyediakan aliran data berhubung operasi penerbangan itu. - AFP

Enam buah kapal tentera India ke Laut Andaman

Posted:

Enam buah kapal tentera India ke Laut Andaman

Enam buah kapal tentera India ke Laut Andaman


DUA anggota tentera wanita Tentera Udara Diraja Malaysia berbincang di dalam pesawat CN235 semasa misi mencari pesawat MH370 di Selat Melaka semalam.


NEW DELHI - Tentera Laut India semalam memberitahu, pihaknya telah menggandakan jumlah kapal dan pesawat yang dihantar ke Laut Andaman bagi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Jurucakap Tentera Laut India, sebanyak enam kapal dan lima pesawat kini berada di kawasan itu bagi mencari sebarang tanda pesawat itu di Laut Andaman yang mengelilingi Kepulauan Andaman serta Kepulauan Nicobar di tenggara negara itu.

"Kami mahu meliputi kawasan ini dan ia sepatutnya dilakukan secara serius," katanya.

India sebelum ini telah pun menghantar tiga kapal dan tiga pesawat bagi membantu mencari pesawat MH370 yang hilang sejak seminggu yang lalu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Keluarga puas hati perkhidmatan Malaysia Airlines

Posted:

Keluarga puas hati perkhidmatan Malaysia Airlines

Keluarga puas hati perkhidmatan Malaysia Airlines

15/03/2014 9:47pm

BEIJING - Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan syarikat penerbangan itu untuk mereka.

"Mungkin ada sanak-saudara yang tidak puas hati, tapi kami berpuas hati

dengan apa yang disediakan MAS," kata Wen Wan Cheng dari wilayah Shandong, timur China kepada media di Hotel Lido di sini hari ini.

Bapa kepada seorang daripada penumpang penerbangan itu berkata, beliau dan isterinya ingin terus berada di sini untuk menunggu berita tentang anak lelaki mereka.

Sementara itu, Pengarah Komersial MAS, Dr. Hugh Dunleavy memberitahu, anggota keluarga penumpang terbabit bahawa syarikat penerbangan itu akan memaklumkan kepada mereka tentang khidmat sokongan lain yang bakal disediakan.

Sejak pesawat itu hilang pada 8 Mac, MAS menanggung semua perbelanjaan keluarga terbabit. - Bernama

Polis dilihat masuk ke rumah kapten pesawat MH370

Posted:

Polis dilihat masuk ke rumah kapten pesawat MH370

Polis dilihat masuk ke rumah kapten pesawat MH370

15/03/2014 9:14pm

SHAH ALAM - Polis dilihat tiba di rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pada 2.42 petang tadi selepas sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.

Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu

pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.

Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.

Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya pengawal keselamatan.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas.

-Bernama

Enam maut, tiga kritikal, disyaki mengambil dadah di sebuah konsert

Posted:

Enam maut, tiga kritikal, disyaki mengambil dadah di sebuah konsert

Enam maut, tiga kritikal, disyaki mengambil dadah di sebuah konsert

15/03/2014 8:14pm

KUALA LUMPUR - Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal.

Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena

Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd. Wazir, 27,.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Berpuasa selama 30 jam

Posted:

Berpuasa selama 30 jam

Berpuasa selama 30 jam

PADA 19 Julai akan datang, Vanness akan membuat kemunculan istimewa menerusi sambutan kemuncak kempen 30-Hour Famine 2014.


KADANGKALA, nilai populariti yang bercambah hasil titik peluh memperjuangkan karier dalam dunia seni, ada gunanya.

Tidak hanya diperlukan sekadar untuk meraih publisiti atau promosi, populariti juga penting bagi membantu memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya dalam menangani isu-isu serius yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Jadi, tidak hairanlah jika penyanyi dan pelakon terkenal yang berasal dari Taiwan, Vanness Wu, 36, bersetuju untuk menggunakan platform sebagai seorang selebriti bagi menggalas tanggungjawab sebagai jurucakap dan duta untuk kempen 30-Hour Famine 2014 yang dianjurkan oleh World Vision Malaysia bagi menangani masalah kebuluran dalam kalangan kanak-kanak.

Ketika berkesempatan bersua muka dengannya pada majlis pelancaran kempen tersebut yang berlangsung di Hotel Empire, Subang, Selangor baru-baru ini, Vanness mengakui begitu teruja serta bersyukur kerana diberi ruang dan peluang untuk ikut serta dalam penganjuran kempen tersebut.

"Dalam menjalani kehidupan, kita langsung tidak sedar bahawa kita mampu untuk menerima banyak mesej yang berguna setiap hari. Tidak kira apa pun, mesej-mesej yang dikutip itu sedikit sebanyak mempengaruhi cara kita meneruskan perjalanan hidup.

"Saya bukanlah manusia sempurna atau insan yang mampu untuk mengubah nasib orang lain. Tetapi, pada pendapat saya, apabila berpeluang untuk melakukan sesuatu yang betul, saya harus tekad melakukannya," kata Vanness yang juga merupakan bekas ahli kumpulan pop terkenal, F4.

Menurutnya lagi, sebagai seorang bintang yang dikenali di seluruh pelosok dunia, dia begitu beruntung kerana mampu menggunakan kehadirannya dalam industri seni sebagai penyalur maklumat berguna bagi membangkitkan kesedaran kepada masyarakat.

"Jika dilihat pada posisi saya sekarang ini, saya merupakan seorang penghibur yang dikenali. Apa yang saya katakan pasti mendapat perhatian daripada orang ramai, terutamanya para peminat saya.

"Justeru, saya amat bersyukur kerana diberi peluang seumpama ini untuk membantu mereka yang memerlukan di seluruh dunia," katanya yang sungguh teruja ketika diberitahu bakal menjadi duta bagi kempen 30-Hour Famine 2014.

Menerusi kempen yang telah diperkenalkan sejak tahun 1997 ini, para peserta yang mengambil bahagian diminta untuk berpuasa selama 30 jam bagi meraih sejumlah kutipan dana yang bakal ditentukan pada setiap penganjurannya.

Dana tersebut diraih daripada yuran penyertaan yang dibayar oleh setiap peserta.

Ketika ditanya mengenai pemilihannya sebagai duta kempen tersebut, Vanness berkata, pihak World Vision Malaysia yang bertanggungjawab membuat pilihan dan seterusnya membawanya datang ke Malaysia.

"Ketika berada di Taiwan, saya sering menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh yayasan World Vision di sana. Jadi, apabila saya diberitahu tentang pemilihan saya sebagai duta pada tahun ini, saya berasa cukup berbesar hati.

"Bagi saya, kempen seperti ini merupakan satu aktiviti yang sungguh menyeronokkan serta mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang terlibat. Lagipun, sudah lama saya tidak melawat Malaysia, jadi peluang ini saya gunakan sebaik mungkin," katanya lagi.

Ubah cara hidup

Melanjutkan perbualan pada petang itu, Vaness yang baru sahaja pulang dari Sabah bagi melawat projek komuniti World Vision di daerah Tulid, Keningau memberitahu, dia begitu teruja dengan penerimaan penduduk-penduduk tempatan terhadap kehadirannya di sana.

"Saya sungguh gembira sewaktu berada di Sabah. Apabila berpeluang melihat kerenah kanak-kanak di sana, saya sering terfikir mengenai diri saya sendiri.

"Mereka masih boleh menikmati erti kebebasan dan kegembiraan sedangkan saya sering sibuk menguruskan pekerjaan.

"Selain itu, saya turut berbangga kerana mereka tidak melupakan pelajaran walaupun hidup dalam serba kekurangan. Berjalan kaki ke sekolah tanpa menghiraukan keadaan cuaca membuatkan saya begitu menghormati mereka.

"Justeru, dengan adanya dana yang bakal dikumpulkan kelak, saya berharap agar ia dapat digunakan untuk membantu mereka bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna serta pelajaran yang mencukupi," ujar Vanness yang sedikit kecewa kerana tidak berpeluang untuk melawat beberapa kampung di sekitar daerah Tilud atas sebab kekangan masa.

Persembahan kemuncak

Kempen berpuasa yang bakal berlangsung selama 30 jam ini bermula pada 19 Julai depan. Bagi menyambut hari kemuncak kempen, ia akan diakhiri dengan sambutan besar-besaran yang bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada keesokan harinya, iaitu pada 20 Julai. Vanness selaku duta bakal hadir sekali lagi ke Malaysia bagi meraikan para peserta yang terlibat dalam kempen ini.

"Saya akan kembali ke Kuala Lumpur pada acara kemuncak yang akan diadakan pada bulan Julai nanti. Pasti sambutan yang akan diadakan meriah kerana saya akan terlibat dalam membuat persembahan bersama-sama artis yang lain.

"Dalam pada itu, saya turut akan berpuasa bersama-sama dan mengira detik berakhirnya kempen yang berlangsung selama 30 jam itu pada hari yang sama," katanya yang begitu teruja untuk kembali semula ke Malaysia.

Sasar kutipan RM2.2 juta

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif World Vision, Liew Tong Ngan, pemilihan Vanness sebagai duta bagi kempen ini bersesuaian dengan sasaran asal kempen tersebut bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya menangani masalah kebuluran.

"Bagi saya, pemilihan Vanness boleh membantu menyedarkan orang ramai betapa pentingnya makanan dan nutrisi kepada kanak-kanak. Sebagai seorang selebriti yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai, saya yakin Vanness mampu untuk melaksanakan tugasnya dengan baik.

"Selain itu, dengan bantuan pihak media juga, saya yakin masalah kebuluran serta kemiskinan yang melanda Malaysia dan seluruh dunia dapat diatasi," katanya.

Selain memberi kesedaran kepada orang ramai, World Vision ini turut menyasarkan jumlah kutipan dana sebanyak RM2.2 juta usai berlangsungnya kempen tersebut.

"Tahun ini, saya berharap agar World Vision dapat mengutip jumlah dana sebanyak RM2.2 juta atau lebih. Melalui dana yang dikumpulkan ini, kita dapat membantu beberapa badan kebajikan di Malaysia dan di seluruh dunia," katanya lagi.

Buat julung-julung kalinya, kempen berpuasa untuk kanak-kanak telah diperkenalkan pada tahun ini bagi memberikan peluang kepada mereka yang berumur 12 tahun dan ke bawah untuk sama-sama merasai kehangatan kempen ini.

"Bintang kanak-kanak, Crystal Lee telah terpilih sebagai duta dan jurucakap bagi kempen 8-Hour Kidz Famine yang hanya berlangsung selama lapan jam sahaja," ujar Liew.

Mereka yang berminat boleh melawat laman web www.famine.worldvision.com.my untuk keterangan lanjut.

Hisyam, Rosmawati sedia hadapi gosip

Posted:

Hisyam, Rosmawati sedia hadapi gosip

Hisyam, Rosmawati sedia hadapi gosip

Oleh IZWAN MOHD. ISA


HISYAM lebih senang karier seni diuruskan isterinya, Rosmawati.


BAGAIKAN sudah menjadi lumrah dan adat dalam industri hiburan tanah air, seseorang artis itu pasti akan dihambat kisah-kisah negatif sebaik sahaja namanya mula dikenali ramai.

Bahkan, tempias aura negatif tersebut bukan sahaja dialami oleh artis terbabit. Sementelah, ia juga turut dirasai kaum keluarga serta individu yang paling rapat dengannya.

Situasi ini tepat sekali menggambarkan tohmahan yang diterima oleh pendatang baharu dari Singapura, Hisyam Hamid dan isterinya, Rosmawati Hanafi.

Sejak menguruskan karier suaminya, Rosmawati, 33, didakwa mula menunjukkan sikap berlagak dan bertindak mengawal segala keputusan Hisyam sewaktu berada di Kuala Lumpur.

Ketika berpeluang menemui pasangan ini pada majlis pelancaran program Terima Kasih Sayang di Restoran Talent Lounge, Damansara Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini, Hisyam, 29, ternyata terkejut dengan dakwaan terhadap isterinya itu.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Ariana Rose itu juga turut meluah rasa terkilan kerana menuduh isterinya dengan dakwaan yang tidak benar. Ikuti temu bual selanjutnya antara Kosmo! dan Hisyam.

Kosmo!: Isteri Hisham didakwa mula menujukkan sikap berlagak dan mengamalkan sikap lebih sudu daripada kuah. Benarkah dakwaan tersebut?

HISYAM: Ketika mula-mula mendapat tahu tentang cerita ini, saya dan isteri betul-betul terperanjat. Saya terkejut kerana selama dia menguruskan karier saya di sini, dia tidak pernah mengalami sebarang masalah ketika berurusan dengan mana-mana syarikat produksi tempatan.

Pada pandangaan Hisyam , adakah dakwaan itu mula timbul setelah nama anda dikenali di Malaysia?

Isteri saya mula menguruskan karier saya sejak saya aktif berlakon di Singapura lagi. Jadi, dakwaan sedemikian tidak benar sama sekali. Mungkin orang itu tidak mengenali saya dan isteri, jadi dia terus membuat andaian sendiri tanpa berbincang dengan kami terlebih dulu.

Kehadiran Hisyam di Malaysia begitu disenangi oleh banyak pihak dan kerjaya anda dilihat berkembang dengan baik di sini. Ada perancangan untuk berpindah ke Kuala Lumpur?

Ya, saya dan isteri merancang untuk membawa anak-anak berpindah ke sini pada Januari 2015 bagi memudahkan saya fokus terhadap bidang lakonan. Sebelum itu, kami harus pastikan bahawa urusan rumah dan sekolah untuk anak-anak selesai.

Jadi, Hisyam berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur?

Buat masa ini, saya tinggal di Shah Alam bersama ayah saya sementara anak-anak masih di Singapura. Jika ada kelapangan, saya akan menjenguk mereka di sana.

Apakah perkembangan terbaharu Hisyam?

Saya akan memulakan proses penggambaran drama Di Luar Garisan di Singapura tidak lama lagi. Saya juga akan berkerjasama dengan Neelofa untuk sebuah filem arahan Osman Ali berjudul Sinaran. Selain itu, saya akan muncul bersama isteri saya menerusi program realiti TV, Terima Kasih Sayang di TV3 pada 28 Mac depan.

Azad, Shafnida tak kisah adegan mesra

Posted:

Azad, Shafnida tak kisah adegan mesra

Azad, Shafnida tak kisah adegan mesra

Oleh IZWAN MOHD. ISA


PERKAHWINAN Azad dan Eira dikurniakan anak yang dinamakan Amarra Sofea Rose, kini berusia setahun.


DALAM bidang lakonan, kita sering melihat pelakon-pelakon yang sedang memadu kekasih beraksi di hadapan kamera bersama-sama. Adakalanya, mereka yang telah berkahwin juga turut memegang watak sebagai pasangan suami isteri di dalam drama atau filem.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan pelakon hitam manis yang cukup sinonim dengan watak komedi, Azad Jadzmin. Bagi aktor yang bakatnya mula dicungkil menerusi rancangan realiti Audition ini, peluang berlakon dengan adik iparnya sendiri memberikan pengalaman baharu buat dirinya sepanjang dia bergelar pelakon.

Azad, 30, berkata, dia agak terkejut ketika mula-mula mendapat tahu bakal bergandingan dengan Shafnida Shyuhaimi, adik kepada isterinya, Eira Syazira, 30, menerusi filem Fobia Malam Pengantin.

"Sewaktu mula-mula menghadiri uji bakat untuk filem tersebut, saya hairan mengapa Shaf (panggilan bagi Shafnida) turut hadir di pejabat produksi Nusantara Seni Karya.

"Ketika itu saya langsung tidak diberitahu mengenai pelakon yang bakal membawakan watak isteri saya dalam Fobia Malam Pertama.

"Jadi, sewaktu mendapat tahu bahawa Shaf bakal memegang watak heroin, perasaan canggung mula timbul. Tetapi, hubungan saya dan dia sememangnya rapat dan kami tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang penggambaran berlangsung," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton Fobia Malam Pengantin di TGV 1Utama, Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Azad, walaupun filem ini banyak menampilkan adegan dan dialog romantik, isterinya tidak memberikan sebarang halangan mahupun syarat untuknya terus berlakon bersama Shafnida.

Isteri memahami

"Isteri saya juga merupakan seorang pelakon dan dia mengerti tuntutan karier yang memerlukan saya dan Shaf untuk beraksi secara profesional," kata Azad yang kelihatan semakin kurus kerana sibuk menjaga anaknya, Amarra Sofea Rose, setahun.

Sementara itu, Azad turut bertindak sebagai pemberi nasihat terhadap adik iparnya untuk terus memperbaiki diri dalam dunia lakonan.

"Ini merupakan kali pertama Shaf berlakon dan dia perlu mencari cara untuk lari daripada bayangan kakaknya.

"Isteri saya bermula sebagai pelakon drama, dan Shaf pula bermula sebagai pelakon filem. Jadi, ini merupakan batu loncatan baginya untuk tampil berbeza daripada kakaknya sendiri," kata Azad yang memegang watak Asraf dalam filem arahan Murali Abdullah itu.

Kakak beri dorongan

Dalam pada itu, menurut Shafnida, kesempatan dan peluang yang diterima olehnya harus digunakan sebaik mungkin bagi terus membina nama dalam bidang lakonan.

"Saya memang minat untuk berlakon tetapi dalam masa yang sama, saya juga merupakan seorang yang sangat pemalu. Justeru, kakak saya banyak memberikan dorongan dan sokongan ketika mula-mula mahu memulakan sesi penggambaran.

"Dia turut berpesan kepada saya supaya tidak mudah terleka dan sentiasa fokus dalam setiap apa yang saya lakukan," kata gadis berusia 24 tahun ini sambil tersenyum.

Pelajar semester akhir jurusan Komunikasi Media di Kolej Segi ini memberitahu, dia turut bersedia untuk menerima sebarang kritikan sebaik sahaja filem ini menemui penonton pada 13 Mac ini.

Tidak tolak drama

"Saya sudah puas menerima kritikan sewaktu saya masih belum bergelar pelakon. Jadi, saya sudah bersedia dan mengambil sebarang kritikan sebagai pengajaran untuk saya berfikir dengan lebih matang pada masa akan datang," katanya lagi.

Shafnida turut tidak menolak jika dia diberi peluang untuk berlakon dalam produksi drama pada masa akan datang. Katanya: "Sebagai seorang pelakon saya tidak boleh memilih. Setiap produksi itu mempunyai kelebihan masing-masing.

"Jika saya diberi peluang untuk berlakon drama, saya akan menerimanya. Dari situ, saya akan lebih mengerti tahap pencapaian saya dalam bidang lakonan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved