Ahad, 9 Mac 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Wartawan menang kategori rencana terbaik

Posted:

Wartawan <i>Kosmo!</i> menang kategori rencana terbaik

Wartawan Kosmo! menang kategori rencana terbaik


MOHAMED KHALED bergambar bersama pemenang-pemenang Anugerah Media Johor 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, Johor baru-baru ini.


MENANG. Wartawan Kumpulan Utusan mengungguli tiga daripada empat kategori yang dipertandingkan bagi media cetak Bahasa Melayu pada majlis Anugerah Media Johor 2013 yang diadakan buat kali ketiga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Wartawan sambilan Kosmo!, Mohamed Saari muncul pemenang kategori Rencana Terbaik, sementara wartawan Utusan Malaysia, Maznah Mohd. Arsad memenangi kategori Berita Ekonomi Terbaik.

Seorang lagi wartawan Utusan Malaysia, Nurul Huda Hassan memenangi kategori Berita Sukan Terbaik.

Kemenangan tersebut membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, jam tangan, trofi dan sijil.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut merasmikan majlis makan malam dan anugerah menghargai pengamal media Johor.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, Datuk Chamil Wariya.

45 ahli Kelab Pusat Sumber lawat Ekspo Buku

Posted:

45 ahli Kelab Pusat Sumber lawat Ekspo Buku

45 ahli Kelab Pusat Sumber lawat Ekspo Buku


Ahli-ahli Kelab Pusat Sumber SK Putrajaya Presint 16 (1) bergambar bersama guru mereka sempena lawatan ke Ekspo Buku Islam di Presint 16, Putrajaya baru-baru ini.


MANFAAT. Seramai 45 pelajar yang menganggotai Kelab Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16 (1) mengadakan lawatan ke Ekspo Buku Islam di Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya baru-baru ini.

Lawatan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum sekolah tersebut yang turut disertai tiga orang guru diketuai Guru Pusat Sumber, Azizah Mohd. Mohyin.

Menurut Azizah, lawatan itu antara lain bertujuan untuk menanam sikap membaca dalam kalangan pelajar dan mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis bahan-bahan bacaan khususnya yang berkaitan agama Islam.

"Diharapkan para pelajar dapat manfaatkan lawatan ini dengan menanam sikap rajin membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan," katanya baru-baru ini.

1,500 pelatih PLKN sertai khidmat komuniti

Posted:

1,500 pelatih PLKN sertai khidmat komuniti

1,500 pelatih PLKN sertai khidmat komuniti


KETUA Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (kanan) beramah mesra bersama pelatih PLKN pada program Khidmat Komuniti Briged Sukarelawan Khidmat Negara peringkat Negeri Sembilan di Port Dickson baru-baru ini.


KHIDMAT KOMUNITI. Seramai 1,500 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turun padang menyertai program Khidmat Komuniti Briged Sukarelawan Khidmat Negara peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program yang berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga 2 petang itu melibatkan tiga kem PLKN iaitu Kem PDS Resort Port Dickson, Kem Sri Perkasa, Mantin dan Kem Ulu Pari, Rembau.

Aktiviti khidmat sosial itu diadakan bertujuan membina semangat patriotisme, kesukarelawan dan perpaduan dalam kalangan pelatih.

Selain gotong-royong membasmi denggi, pameran kerjaya dan program derma darah turut dijalankan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pesawat tak sempat hantar isyarat jika dibom

Posted:

Pesawat tak sempat hantar isyarat jika dibom

Pesawat tak sempat hantar isyarat jika dibom

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

PESAWAT yang meletup akibat dibom tidak akan sempat memberi apa-apa isyarat kepada pengawal trafik udara di mana-mana lapangan terbang. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan.

Amat mustahil juruterbang atau kru penerbangan boleh menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja.

Sistem komunikasi canggih pesawat membolehkan juruterbang menghantar isyarat kecemasan termasuk melalui gelombang frekuensi tertentu namun jika pesawat tersebut meletup akibat bom, juruterbang atau pembantu juruterbang tidak sempat menghantar apa-apa isyarat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Staf Jabatan Imigresen KLIA disiasat

Posted:

Staf Jabatan Imigresen KLIA disiasat

Staf Jabatan Imigresen KLIA disiasat

PUTRAJAYA – Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pesawat hilang berpatah balik

Posted:

Pesawat hilang berpatah balik

Pesawat hilang berpatah balik


AHLI keluarga dan orang ramai berada di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam untuk menunggu perkembangan mengenai kehilangan pesawat MH370.


SEPANG – Pihak tentera semalam mengesahkan terdapat kemungkinan pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China telah berpatah balik.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud ketika mengesahkan perkara itu berkata, tindakan juruterbang berpatah balik itu dikesan selepas pihak berkuasa meneliti semula rakaman yang diambil dari radar tentera.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Lukisan wajah bernilai RM75,000

Posted:

Lukisan wajah bernilai RM75,000

Lukisan wajah bernilai RM75,000

OLEH MOHD. SHAZWAN YUSOP
shazwan.yusop@kosmo.com

TORRES (kanan) hanya menggunakan jari untuk menghasilkan seni wajah Siti Nurhaliza yang dijual pada harga RM75,000.


PAMERAN Seni Ikonik Datuk Siti Nurhaliza di Galeri Artelier, Publika, Kuala Lumpur yang dilancarkan baru-baru ini memberi makna yang tersendiri kepada penyanyi nombor satu negara itu.

Apa tidaknya, seramai 17 pelukis tempatan dan luar negara terbabit mempamerkan karya wajah figura terkenal itu dengan menggunakan pelbagai teknik dan medium yang berbeza.

Menurut rakan niaga Galeri Artelier, Ahmad Khairo Othman, projek tersebut telah bermula sejak sebulan yang lalu apabila pihaknya telah mengenal pasti pelukis-pelukis berbakat yang mempunyai pendekatan seni yang berlainan.

"Antara pelukis yang terbabit termasuk Andrian Torres , Sabihis Md. Pandi, Syafiq Nordin dan E.M Nightwatcher," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pameran tersebut yang turut dihadiri oleh Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bagi Sabihis Md. Pandi, 26, dia mendapat ilham untuk menghasilkan karyanya selepas mendengar muzik rock.

Lukisan yang bertajuk The Siti itu, digambarkan seperti kulit album Siti Nurhaliza versi rock dengan wajah penyanyi tersebut diletakkan di bahagian tengah lukisan sambil dikelilingi bentuk bulatan dan segi tiga.

"Lukisan ini cuba menggambarkan kulit album Siti Nurhaliza sekiranya beliau menghasilkan sebuah album rock pada masa hadapan.

"Saya cuba membuat sebuah lukisan yang di luar pemikiran kerana kita tahu penyanyi tersebut belum pernah menghasilkan album berkonsep rock sebelum ini," katanya mengenai lukisan yang menggunakan teknik cetakan kayu atas kanvas itu.

Menurut pemenang anugerah Media, Entertainment & Arts Alliance 2013 berkenaan, ini merupakan kali pertama dia menghasilkan sebuah lukisan berdasarkan wajah Siti Nurhaliza.


PENGUNJUNG boleh melihat karya-karya seni yang memfokuskan Siti Nurhaliza dari 17 pelukis di Galeri Artelier sehingga 26 Mac ini.


Katanya, lukisan berukuran 119 sentimeter (cm) x 132 cm itu berjaya disiapkan dalam tempoh dua minggu sahaja.

Dana kebajikan

Sementara itu, menurut pelukis, Nazmi Ismail, 27, dia mempersembahkan dua buah lukisan potret penyanyi yang popular dengan lagu Bukan Cinta Biasa itu pada pameran tersebut.

Lukisan yang bertajuk Malaysian Diva dan The Great Singer itu memaparkan wajah Siti Nurhaliza yang bertudung dalam gaya yang berbeza.

"Saya mendapat idea untuk menghasilkan lukisan ini selepas menonton beberapa klip video lagu beliau di internet.

"Setelah mendapat gambaran imej, baru saya menterjemahkannya ke dalam bentuk lukisan," katanya sambil memaklumkan kedua-dua karya beliau itu menggunakan medium cat semburan atas kanvas.

Lukisan-lukisan yang dipamerkan di galeri tersebut turut dijual kepada pembeli yang berminat selama sebulan bermula dari 26 Februari lalu.

Lukisan termahal yang dipamerkan bernilai RM75,000. Ia merupakan karya Torres yang berasal dari Sepanyol.

Keistimewaan lukisan tersebut terletak pada cara penghasilannya yang hanya menggunakan jari.

Dalam pada itu, 30 peratus daripada hasil jualan kesemua lukisan terlibat akan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa yang dinaungi Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa.

Galeri Artelier, dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad dari pukul 10 pagi hingga 8 malam. Masuk adalah percuma.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.artelier.my atau hubungi talian 03-6206 4703.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Skuad takraw kempunan lagi

Posted:

Skuad takraw kempunan lagi

Skuad takraw kempunan lagi

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

SKUAD takraw lelaki negara hanya berpuas hati muncul naib juara pada Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Istaf musim kedua semalam.


SKUAD sepak takraw Malaysia sekali lagi dikecewakan Thailand apabila tewas pada aksi final peringkat akhir Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) musim kedua di Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Walaupun memberi saingan sengit pada set pertama, namun skuad bimbingan ketua jurulatih, Jamaluddin Hassan itu terpaksa akur dengan dominasi Thailand dengan keputusan 12-15, 10-15, 7-15.

Malaysia yang membariskan pemain muda, Shahir Rosdi selaku tekong, Muqlis Borhan (apit kiri) dan Hanafiah Dolah (apit kanan) ternyata masih belum cukup matang untuk menggugat trio negara Gajah Putih tersebut.

Jamaluddin berkata, serangan yang tidak bervariasi telah menyebabkan Thailand yang dibimbing Komkrit Khamchan itu mudah menguasai perlawanan dalam tempoh 61 minit.

"Kurang kreativiti kerana pada awal perlawanan hantaran tinggi daripada Muqlis mudah dibaca Suphachai Maneenat (apit kanan).

"Kalau dilihat pada aksi tadi, rejaman dari sisi gelanggang dan hantaran pendek sahaja yang membantu kami meraih mata.

"Dari segi servis pula, tiga mata pertama yang tidak menjadi telah menyebabkan Shahir hilang keya- kinan, sebab itu saya tukar kepada Izurin Refin pada set kedua," ujar Jamaluddin lagi.

Pelbagai pertukaran dilakukan dan aksi yang tidak menjadi yang ditampil Izurin turut mengubah rancangan regu negara yang kembali membawa masuk Shahir pada set ketiga.

Bagaimanapun Jamaluddin mengakui, beliau tetap berpuas hati dengan pencapaian anak-anak buahnya yang berjaya tampil konsisten untuk mara ke final bagi kesemua aksi Siri Super.

"Saya puas hati kerana walaupun kami menggunakan pemain- pemain baharu tetapi mereka mara ke final bermula di India, Thailand, Sabah dan di sini.

"Jika dilihat bagi semua siri tersebut, saya rasa aksi di Sabah ada- lah yang terbaik kerana kami dapat mencuri dua set (2-3) daripada Thailand," ujar Jamaluddin.

Amaran keras Sathianathan

Posted:

Amaran keras Sathianathan

Amaran keras Sathianathan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


Sathianathan


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) tidak menolak kemungkinan untuk mencari pemain-pemain import lebih berkualiti bagi jendela perpindahan pemain yang akan dibuka bermula 23 Mac ini.

Jurulatih ATM, B. Sathianathan mengakui, beliau kini terdesak untuk memperkuatkan skuad kendalianya sejurus kekalahan besar 1-4 kepada Pahang pada aksi Liga Super kelmarin.

Jelas Sathianathan, beliau mengakui cukup kecewa dengan persembahan pemain-pemain import – Bruno Martelotto, Juan Arostegui dan Marlon Alex James – yang dilihat gagal memberikan sumbangan kepada The Gladiators.

Tanpa berselindung, bekas pengendali Kelantan itu memberikan amaran keras kepada trio import tersebut supaya bekerja lebih keras untuk mempamerkan prestasi sebenar.

Jika tidak, Sathianathan mengakui beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi ATM bagi mencari pemain-pemain import yang lebih berkualiti pada jendela perpindahan pemain bulan ini.

"Saya cukup kecewa dengan persembahan mereka (pemain import). Saya mahu berikan tugasan tamba- han kepada mereka dan menuntut mereka mengembalikan rentak sebe- nar permainan.

"Jika mereka masih gagal berbuat demikian, saya terpaksa mencari pemain-pemain lain. Saya tahu keputu- san ini turut bergantung kepada pihak pengurusan tetapi demi kebaikan pasukan, saya akan berbuat demikian jika perlu.

"Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan untuk meminta kebenaran daripada mereka. Jika mereka masih bergelut dengan prestasi sebenar, kami terpaksa mencari jalan lain (membeli pemain-pemain import baharu)," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Dalam aksi kelmarin, benteng pertahanan The Gladiators mudah diratah oleh jentera serangan skuad Tok Gajah apabila pasukan bimbingan Zainal Abidin Hasan mudah memperoleh dua gol dalam tempoh 20 minit pertama perlawanan.

Bermula dengan jaringan Matias Conti (ke-14), Dickson Nwakaeme menambah derita buat ATM dengan meledak gol kedua (ke-18) sebelum Mohd. Faizol Hussien menjadikan kedudukan lebih selesa buat Pahang pada minit ke-35.

Nwakaeme sekali lagi meledak gol kedua peribadi (ke-52) dan ATM sekadar berjaya memperoleh satu gol sagu hati hasil daripada Juan Manuel Arostegui pada minit ke-68.

Mengulas lanjut kekalahan tersebut, Sathianathan turut mengakui benteng pertahanan The Gladiators tidak begitu berdisiplin dan menggesa anak-anak buahnya mengekalkan fokus.

Jelasnya lagi, beliau tidak rela menyaksikan kesilapan mudah itu berulang menjelang pertemuan menentang Selangor, Sabtu ini.

"Kami harus banyak perbaiki corak permainan kami terutama di bahagian pertahanan.

"Sebenarnya, malam tadi (kelmarin) semangat perjuangan Pahang dan ATM menjadi pemisah untuk perlawanan ini. Apa yang pasti, pemain-pemain Pahang begitu bersemangat untuk mendapatkan keputu- san positif," katanya.

Thunderbolt terlalu handal

Posted:

Thunderbolt terlalu handal

Thunderbolt terlalu handal

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


BARISAN pemain dan pegawai pasukan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail merakamkan kejayaan mereka bersama trofi dan replika cek bernilai RM25,000 selepas muncul juara Piala Milo di Bukit Jalil semalam.


TERLALU sukar ditandingi. Itulah gambaran tepat terhadap kehebatan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolt) selepas menewaskan musuh tradisi, Universiti Kuala Lumpur (UniKL Young Guns) 2-0 pada aksi final Piala MILO di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Kemenangan itu menyaksikan SSTMI-Thunderbolt dinobatkan selaku juara keseluruhan Piala MILO, sekali gus mengekalkan kejuaraan tersebut buat kali keempat berturut-turut sejak 2011.

Pada aksi final semalam, dua pakar flick SSTMI- Thunderbolt, Muhamad Aminudin Mohd. Zain dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan berjaya meledak gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit kesembilan dan 57 perlawanan.

Jurulatih SSTMI-Thunderbolt, Wan Mohd. Roslan Wan Abd Rahman menganggap kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan serupa, namun dibezakan dengan kehandalan dari segi pukulan sudut penalti sepertimana berjaya dimanfaatkan anak- anak buahnya pada aksi tersebut.

"Semua pemain memberikan komitmen yang sangat tinggi pada perlawanan hari ini (semalam). Bagi saya, perlawanan final Piala MILO ini adalah perlawanan terbaik sepanjang saingan musim ini.

"Seperti saya katakan sebelum ini, kami mempunyai kelebihan menerusi pukulan sudut penalti berbanding pihak lawan (UniKL Young Guns) yang gagal menyempurnakan peluang mereka.

"Jadi, kami ambil kesempatan daripada peluang itu kerana kamu boleh lihat, perla- wanan ini seimbang tetapi kami berjaya memperoleh dua gol menerusi pukulan sudut penalti.

"Bagaimanapun, para pemain ada sedi- kit tekanan sehinggakan lupa tanggungjawab dan tugasan di atas padang. Namun, kami berjaya bangkit dan saya berpuas hati dengan kejuaraan keempat berturut- turut ini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Sebagai rekod, SSTMI-Thunderbolt membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000 selepas merangkul Piala MILO (RM25,000) dan juara Divisyen Satu Liga Hoki Remaja Kebangsaan (RM15,000) musim ini.

Penjaga gol SSTMI-Thunderbolt, Syari- fudin Mohd. Zainpula muncul sebagai pemain terbaik perlawanan itu dan kapten, Amin memahat nama selaku penjaring terbanyak apabila berjaya meledakkan 18 gol sepanjang kejohanan ini berlangsung selama tiga bulan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Maritim Malaysia hantar empat kapal laut ke Kedah mengambil kira pesawat berpatah balik

Posted:

Maritim Malaysia hantar empat kapal laut ke Kedah mengambil kira pesawat berpatah balik

Maritim Malaysia hantar empat kapal laut ke Kedah mengambil kira pesawat berpatah balik

09/03/2014 9:59pm

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menghantar empat kapal lautnya ke Pulau Perak kira-kira 60 batu nautika dari Langkawi, Kedah bagi usaha mengesan pesawat MH370 yang dikatakan telah berpatah balik ke arah Selat Melaka.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd. Amdan Kurish dalam sidang akhbar malam tadi memberitahu kapal-kapal tersebut telah pun diarah ke situ dan kini sudah berada di situ.

"Apa jua kemungkinan mengenai kejadian, kita akan ambil kira dan periksa.

"Oleh kerana itu, kita juga telah arahkan empat buah kapal laut kita ke Pulau Perak, 60 batu nautika dari Langkawi untuk melakukan usaha pencarian di situ," katanya di sini malam tadi.

Sementara itu, berhubung penemuan tompokan minyak kekuningan pagi tadi, Mohd. Amdan berkata ia telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya dan keputusannya dijangka diketahui tengah hari esok. - KOSMO!

Masih tiada petunjuk kehilangan pesawat MH370

Posted:

Masih tiada petunjuk kehilangan pesawat MH370

Masih tiada petunjuk kehilangan pesawat MH370

09/03/2014 9:56pm

SEPANG - Kehilangan pesawat MAS MH370 masih kekal misteri apabila pihak berkuasa belum lagi menemui sebarang petunjuk di mana ia berada biarpun kejadian tersebut telah lebih 48 jam berlaku.

Beberapa persoalan mengenai kejadian tersebut juga masih tidak dapat dijelaskan ekoran siasatan mengenai kehilangan pesawat yang membawa sebanyak 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu masih berjalan.

Pihak berkuasa memberitahu, mereka tidak menerima sebarang maklumat berhubung dakwaan terdapat perbualan radio dibuat oleh juruterbang mengatakan pesawat menghadapi masalah sebelum kehilangannya.

Berhubung persoalan mengenai beg milik lima penumpang yang tidak menaiki pesawat, pihak berkuasa memberitahu, ia telah diturunkan sebelum pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mendapati pemiliknya tidak berada di dalam pesawat selepas mendaftar masuk.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, perkara tersebut tidak menjadi isu kerana fokus pihak berkuasa sekarang ialah untuk mencari pesawat yang hilang itu. - KOSMO!

Amerika Syarikat hantar dua kapal, pesawat bantu operasi mencari dan menyelamat

Posted:

Amerika Syarikat hantar dua kapal, pesawat bantu operasi mencari dan menyelamat

Amerika Syarikat hantar dua kapal, pesawat bantu operasi mencari dan menyelamat

09/03/2014 9:46pm

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat menghantar dua kapal tentera lautnya untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal Sabtu.

Kedutaan Amerika dalam satu kenyataan hari ini berkata, susulan permintaan daripada kerajaan Malaysia, tentera laut Amerika menghantar USS Pinckney (DDG 91) dan USNS John Ericsson untuk membantu operasi SAR.

"Kami telah menghantar DDG 91, kapal pemusnah peluru pandu kelas Arleigh Burkecke ke lokasi dan tiba tengah hari ini.

"DDG 91 membawa dua buah helikopter MH-60R yang boleh digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat," menurut kenyataan itu.

Tambah kedutaan, USNS John Ericsson, kapal pembekal minyak yang dikendalikan Markas Tentera Laut, telah belayar dari Singapura pagi tadi untuk membantu operasi SAR.

Sebagai tambahan, pesawat P-3C Orion tentera laut Amerika yang dilengkapi kemudahan peralatan mencari jarak jauh, radar dan komunikasi telah berlepas dari Pangkalan Udara Kadena di Okinawa, Jepun pagi tadi dan telah memulakan pencarian, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, satu pasukan dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat kini dalam perjalanan ke rantau itu untuk menawarkan bantuan.

"Kerajaan Amerika akan terus memantau dengan rapi perkembangan dan sedang membantu Kerajaan Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat.

"Kami merakamkan simpati dan berdoa bagi keselamatan orang tersayang yang berada dalam pesawat MAS berkenaan," kata kenyataan itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Vietnam, Malaysia gembleng usaha menyelamat MH370

Posted:

Vietnam, Malaysia gembleng usaha menyelamat MH370

Vietnam, Malaysia gembleng usaha menyelamat MH370

SEORANG jurucakap syarikat penerbangan Malaysia Airlines (kanan) bercakap kepada wartawan pada satu sidang media di sebuah hotel di Beijing semalam.


HANOI - Malaysia dan Vietnam melancarkan operasi mencari sebuah pesawat milik Penerbangan Malaysia yang terputus hubungan dengan menara kawalan, ketika kebimbangan meningkat berhubung nasib 239 penumpang dan krunya.

Pihak berkuasa Vietnam berkata, hubungan dengan pesawat MH370 terputus dekat ruang udara negara itu tetapi pesawat tersebut masih belum dapat dikesan lebih 19 jam selepas ia hilang.

Menurut Penerbangan Malaysia, ketika kejadian, penerbangan tersebut tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan atau terdapat petanda ia sedang mengalami masalah.

"Pesawat berkenaan terputus hubungan dekat ruang udara wilayah Ca Mau ketika ia bersedia untuk menghubungi menara kawalan Bandar Raya Ho Chi Minh," kata satu kenyataan yang disiarkan di laman web pemerintah Vietnam.

Wilayah berkenaan adalah yang paling selatan di Vietnam.

"Pihak berkuasa telah melancarkan usaha menyelamat untuk mencari pesawat hilang itu di samping bekerjasama dengan para pegawai dari Malaysia dan China," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Filipina memberitahu, pihaknya menghantar tiga kapal peronda tentera laut dan sebuah pesawat peninjau bagi membantu gerakan mencari dan menyelamat.

Penerbangan MH370 melibatkan laluan menyeberangi Laut China Selatan dan melintasi rantau Indo-china sebelum memasuki ruang udara selatan China.

"Berita kehilangan pesawat ini membuatkan kita semua amat bimbang," kata Menteri Luar China, Wang Ji di ibu negara berkenaan, Beijing.

"Kami semua sedang melakukan apa yang terdaya untuk mendapatkan lebih banyak maklumat," tambahnya. - AFP

Operasi mencari temui tompokan minyak

Posted:

Operasi mencari temui tompokan minyak

Operasi mencari temui tompokan minyak

HANOI — Pihak berkuasa Vietnam semalam menyatakan beberapa kapal terbang penyelamat yang mencari pesawat hilang milik Penerbangan Malaysia menemui dua tumpahan minyak di laut dan menghantar beberapa buah bot ke lokasi tersebut.

"Dua kapal terbang kami melihat dua tompokan minyak sepanjang antara 15 hingga 20 kilometer dalam keadaan selari pada selang jarak kira-kira 500 meter," kata Timbalan Ketua Staf Tentera Darat Vietnam, Vo Van Tuan.

Penemuan dua tumpahan minyak itu merupakan petanda pertama bahawa pesawat Boeing 777 tersebut mungkin terhempas ke dalam laut di antara selatan Vietnam dan utara Malaysia.

"Kami tidak pasti punca tumpahan-tumpahan minyak tersebut, justeru kami menghantar dua kapal Vietnam ke kawasan tersebut," kata Tuan.

Kehilangan pesawat itu diselubungi misteri sejak ia hilang daripada radar tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing dengan membawa 227 penumpang serta 12 kru.

Setakat ini, satu usaha menyelamat antarabangsa melibatkan Malaysia, Vietnam, Filipina dan China dilancarkan bagi mencari pesawat tersebut.– AFP

Boeing 777 pesawat paling selamat

Posted:

Boeing 777 pesawat paling selamat

Boeing 777 pesawat paling selamat


BEBERAPA staf MAS memeriksa sebuah Boeing 777-200 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas ia melakukan penerbangan tanpa henti dari Seattle ke Kuala Lumpur pada 2 April 1997.


LONDON - Pakar-pakar penerbangan melahirkan perasaan terkejut mengenai kehilangan pesawat penumpang Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia, lapor akhbar The Guardian semalam.

Ia ekoran pesawat berkenaan memiliki rekod keselamatan yang hampir sempurna.

Perunding keselamatan aviasi yang juga anggota Jawatankuasa Penasihat Keselamatan Penerbangan Awam India, Mohan Ranganathan berkata, "amat, amat" jarang untuk sesebuah pesawat hilang hubungan komunikasi sepenuhnya tanpa sebarang tanda masalah.

"Boeing 777 adalah sebuah pesawat yang amat selamat, saya terkejut," katanya.

Menurut Mohan, pesawat itu terbang setinggi 10,700 meter dengan data dalam penerbangan menunjukkan ia kehilangan altitud dengan cepat dan berubah haluan.

Seorang lagi pakar penerbangan, Neil Hansford yang merupakan pengerusi firma perundingan Strategic Aviation Solutions berkata: "Boeing 777 memiliki rekod keselamatan antara yang terbaik dalam sejarah."

"Lebih 1,000 pesawat itu telah dibina manakala cuma 60 insiden telah direkodkan dengan kebanyakannya adalah kemalangan kecil," kata Hansford.

Menurutnya, kebarangkalian sebuah pesawat mengalami kegagalan kesemua enjin dalam satu masa adalah amat kecil.

"Jika sebuah enjin pesawat itu rosak semasa di udara, ia tidak akan terhempas," tambah Hansford.

Jelasnya, beliau turut menerima maklumat terdapat pihak yang mendakwa jet komersial itu telah disabotaj atau dibom tetapi menyifatkan spekulasi tersebut sebagai terlalu awal.

"Bagaimana sesiapa boleh tahu tentang perkara ini dengan sebegitu cepat?" ujarnya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Hilang memori 20 tahun

Posted:

Hilang memori 20 tahun

Hilang memori 20 tahun

SEPARUH daripada memori wanita ini terpadam selepas mengalami kecederaan kepala.


KAY DELANEY menatap gambar ketiga-tiga anaknya satu persatu. Riak wajahnya kosong seolah-olah dia tidak mengenali mereka.

"Ya, saya tidak cam wajah mereka. Saya rasa mereka masih kecil lagi tetapi rupa-rupanya sudah dewasa," ujarnya.

Itulah sebahagian daripada realiti yang terpaksa dilalui Delaney apabila dia kehilangan separuh daripada memori akibat kemalangan dua tahun lalu.

Perkara terakhir yang masih jelas dalam ingatan wanita berumur 57 tahun itu ialah saat dia menidurkan anak-anaknya yang ketika itu baru berusia enam dan dua tahun.

Kini anak-anaknya, Kenny, 29, dan Sandy, 25, sudah meningkat dewasa serta telah menamatkan pengajian di universiti di Britain.

Perkara selebihnya yang terjadi selepas peristiwa itu tidak meninggalkan secebis ingatan pun kepada wanita malang tersebut.

Kemalangan yang berlaku secara tidak sengaja di tempat kerja Delaney pada Julai 2011 itu telah memadamkan kenangan wanita berkenaan selama lebih 20 tahun.

Dia yang berkhidmat sebagai pengurus di Rumah Asuhan Dove Court di Wisbech, Cambridgeshire, England sebelum ini mengalami kecederaan teruk pada kepala selepas terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai.

Akibatnya, memori wanita itu terus terpadam sehinggakan dia gagal menyedari perkara yang berlaku di sekelilingnya dalam tempoh dua dekad sebelum kemalangan itu.

Dia tidak berupaya mengingati banyak perkara termasuk hari perkahwinannya bersama Robert, 62, serta memori membesarkan anak-anaknya.

Lebih malang, ibu kepada tiga zuriat itu juga tidak mengingati kelahiran anak bongsunya, James yang kini berusia 21 tahun.

"Saya rasa sedikit janggal apabila anak-anak memeluk saya kerana saya berasa seperti dipeluk orang tidak dikenali. Hubungan kami tidak sama selepas kemalangan itu.

Renggang

"Kami jadi renggang, tidak seperti hubungan anak dengan ibu sebaliknya macam kawan-kawan sahaja. Saya akui perkara itu membuatkan hidup saya tidak bahagia seperti dahulu," katanya seperti dipetik portal berita The Sun.


DELANEY masih merasakan dirinya berusia 34 tahun di samping anak-anak yang masih kecil.


Selain itu, Delaney turut beranggapan dia masih berumur 34 tahun dan sering terkejut setiap kali melihat wajahnya di cermin kerana menyangka sedang memandang orang lain.

Baginya, dia masih hidup dalam era awal 1990-an.

"Saya tidak mengenali telefon bimbit atau komputer. Saya juga tidak ingat peristiwa-peristiwa penting dalam tempoh lima tahun lalu seperti pemilihan Barrack Obama sebagai presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat pada tahun 2008 serta pemergian bintang pop, Michael Jackson pada 2009," jelasnya.

Bagaimanapun, penyakit yang dialami membolehkannya bertutur dalam bahasa Perancis dengan fasih sedangkan dia tidak pernah mempelajari bahasa tersebut.

Menurut Robert, ketika isterinya mula-mula menghidap penyakit tersebut, dia akan mengejutkan Robert daripada tidur dengan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Perancis.

Hal itu menyebabkan mereka sekeluarga menjadi bingung lalu membawa Delaney bertemu doktor. Bagaimanapun, Robert dimaklumkan bahawa Delaney tidak mengalami masalah serius kecuali sedikit gegaran di kepala yang sepatutnya tidak memberi kesan kepada ingatannya.

Namun, lama-kelamaan dia didapati gagal mengingat banyak perkara baik untuk jangka masa pendek mahupun dalam tempoh masa panjang.

Dia turut berhadapan dengan masalah lain iaitu tidak dapat melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan mencuci pakaian.

Semua kerja itu terpaksa dibuat oleh Robert yang berhenti kerja demi menguruskan hal rumah tangga selain menjaga Delaney.

"Dia tidak mampu menyediakan secawan teh untuk dirinya kerana sentiasa terlupa untuk menekan suis," ujar Robert.

Sementara itu, pakar otak dari Headway Cambridge, Prof. Jeanette Tasker berkata, Delaney berkemungkinan mengalami kecederaan otak yang membawa kepada penyakit amnesia retrogred.

Menurutnya, pesakit biasanya berasa gelisah, tidak berupaya mengingati sesuatu perkara sama ada yang berlaku sebelum atau sesudah kemalangan serta menghadapi masalah daya tumpu yang sangat lemah.

"Pesakit lebih cenderung untuk kehilangan memori baharu berbanding memori lama. Dalam situasi Delaney, dia gagal mengingati sebarang peristiwa yang baru berlaku sebaliknya lebih cenderung mengingati kisah lampau," jelasnya.

Makan sushi untuk panjang umur

Posted:

Makan sushi untuk panjang umur

Makan sushi untuk panjang umur


IKAN salmon dan kod dalam hidangan sushi mengandungi kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi. - Gambar hiasan


SUSHI bukan sahaja dikatakan baik untuk kesihatan malah makanan Jepun itu dipercayai dapat membantu memanjangkan usia.

Para penyelidik dari Univerisiti Pittsburgh, AS percaya ini berlaku kerana rakyat Jepun mengambil lebih banyak ikan dalam diet harian mereka. Ketua saintis, Dr. Akira Sekikawa berkata, asid lemak omega-3 yang ditemui dalam ikan kod, tuna dan salmon membantu mengurangkan keradangan dan melambatkan pembentukan lemak dalam saluran arteri.

Kajian tersebut dijalankan ke atas 300 lelaki di Jepun, serta Hawaii dan Philadelphia di AS selama lima tahun.

Kajian mendapati, responden lelaki Amerika terdedah kepada penyakit jantung tiga kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki Jepun. Bacaan tahap asid lemak omega-3 dalam darah responden lelaki Jepun pula adalah 100 peratus lebih tinggi berbanding lelaki Amerika.

"Ini kerana kebanyakan responden Jepun makan kira-kira 100 gram (g) ikan sehari termasuk sushi. Responden dari Amerika pula hanya mengambil 13g hidangan ikan sehari. "Perkara ini meningkatkan kecenderungan masyarakat Barat untuk menghidap penyakit kardiovaskular yang menjadi penyumbang tertinggi kematian di Amerika," katanya.

Telur kurangkan risiko demensia

Posted:

Telur kurangkan risiko demensia

Telur kurangkan risiko demensia


TELUR kaya dengan antioksidan yang berupaya meningkatkan fungsi kognitif. - Gambar hiasan


PARA penyelidik kini sedang melakukan kajian sama ada amalan memakan telur boleh mencegah kehilangan daya memori serta mengurangkan risiko demensia.

Penyakit demensia disebabkan oleh gangguan keupayaan kognitif yang mengakibatkan kemerosotan daya berfikir serta penjagaan kendiri.

Kajian yang dijalankan penyelidik dari Universiti Tufts, Amerika Syarikat (AS) itu dilakukan selama enam bulan membabitkan dua kumpulan responden.

Kumpulan pertama dikehendaki memakan dua biji telur sehari dan hasil penelitian tersebut akan dibandingkan dengan kumpulan yang tidak memakan telur.

Kedua-dua kumpulan tersebut akan diuji dari beberapa aspek termasuk daya ingatan, penaakulan, kefasihan lisan dan tempoh memberi tumpuan.

Sedikit penurunan dalam salah satu aspek dipercayai akan menjadi faktor utama dalam pembentukan demensia pada masa akan datang.

Menerusi kajian tersebut, para penyelidik menjangkakan ada peningkatan yang ketara dalam fungsi otak kumpulan responden yang diberikan telur.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hanez Suraya sanggup bersemuka

Posted:

Hanez Suraya sanggup bersemuka

Hanez Suraya sanggup bersemuka

BUKAN lagi seperti menjolok sarang tebuan namun, situasi yang sedang dihadapi wanita bernama Hanez Suraya kini tidak ubah umpama memelihara diri dalam sarang lebah. Di kiri, kanan, atas dan bawah serta di sekelilingnya ada musuh-musuh yang sedang menunggu peluang untuk menghukumnya tanpa belas.

Dia dibenci bagaikan kupu-kupu malam yang tidak punya maruah. Dia dihumban dengan kata-kata nista dan keji yang dimuntahkan bersama bisa amarah dari hati dendam. Segala yang hitam, busuk dan jalang, semuanya dilontarkan kepada wanita berusia 29 tahun itu. Lihatlah betapa 'berdosanya' seorang wanita jika terjebak ke lembah cinta bersama suami orang.

Sejak dua minggu lalu, kontroversi status kekasih Hanez Suraya yang dikenali sebagai Mr. R atau Romie Razin Adilha, 34, bertiup kencang. Sehinggalah Ahad lalu, kemunculan seorang wanita bernama Nurliyana Abd. Manan mengejutkan ramai. Mengakui dia masih lagi isteri yang sah kepada lelaki yang kini mendampingi Hanez, Liyana turut menuduh Hanez sebagai perosak rumah tangganya yang dibina sejak lapan tahun lalu.

Di laman Instagram milik pelakon Autumn Di Hatiku itu, setiap hari beribu-ribu komen masuk pada setiap gambar yang dikongsikan bersama peminat. Ada yang tanpa segan meluahkan kata-kata kesat dan memanggilnya dengan nama-nama yang hina. Bahkan, ada juga yang berdebat mempersoalkan betul atau tidak perlakuan Hanez yang serius mahu menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki berstatus suami orang.

Tanpa mengenali Hanez secara intim, pelakon yang terkenal sebagai jurucakap produk kecantikan Aura White itu didekati penulis. Mengajaknya bercerita tentang pahit dan episod hitam yang sedang dijalani, Hanez mengakui dia hampir terduduk namun tidak pula membiarkan dirinya jatuh dan terus terjelepuk.

"Ini impak paling teruk yang pernah saya lalui sepanjang 10 tahun dalam industri. Rasa macam kena baling dengan batu pun ada, tetapi tidak membuatkan saya mengurung diri, cuma rasa malas nak keluar dari rumah. Saya sudah tahu semua situasi ini sejak mula kenal Romie, sebab itu saya tidaklah tertekan atau terkejut sangat.

DIKECAM dan dihina dengan bermacam gelaran yang menjatuhkan, Hanez Suraya masih mempunyai keyakinan bahawa ada kebenaran berpihak kepadanya.


"Sebab itulah saya buat sidang media pada hari Rabu lalu. Kalaulah saya seorang sahaja yang menjelaskan segala-galanya, siapa yang mahu percaya. Sekarang, setidak-tidaknya pihak lelaki, Romie bersama peguamnya sudah tampil memberikan keterangan. Saya lega kerana tidak sendirian berdepan situasi yang sulit ini, dia ada di sini saya," ujar Hanez cuba untuk menenangkan perasaannya.

Hubungan direstui keluarga

Kalau benar sekalipun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, wanita mana yang mampu bertepuk riang saat gelaran perosak, pemusnah dan perampas suami orang ditembak tepat ke mukanya. Inikan pula kata Hanez, 90 peratus daripada pendedahan yang dilakukan oleh Liyana (isteri kekasihnya) itu tidak benar.

"Walaupun saya belum berkahwin, tetapi sebagai wanita saya cuba memahami apa yang dirasai oleh pihak wanita berkenaan.

"Sejak dari awal perkenalan, Romie jenis yang berterus-terang tentang masalah yang sedang dihadapi bersama isteri. Tetapi, dia kenal saya bukanlah untuk menceritakan kesedihannya sahaja. Cuma dalam proses berkawan, dia tidak pernah berahsia dengan saya, tetapi saya tidak pernah masuk campur hal mereka. Tidak pernah juga saya menyuruh Romie menceraikan isterinya. Saya cuma minta bertenang dan fikirkan soal anak-anak.

"Terus-terang saya katakan, saya terpikat dengan keterbukaan dan kejujuran yang ditunjukkan Romie selama ini ini. Dia benar-benar serius mahu mencari seorang isteri. Dia bertemu keluarga saya dan saya dibawa bertemu keluarganya. Daripada situlah saya terfikir, mungkin jodoh saya telah sampai.

"Saya terima dia seadanya. Lainlah kalaulah saya mengenali Romie ketika dia sedang bahagia bersama isteri, kalau begitu, saya dengan relanya mengundur diri," jelas Hanez yang mengakui kali pertama mengenali Romie pada tanggal 20 Disember lalu.

Si lelaki dituduh curang dan dayus kerana mempertahankan kekasih bukannya isteri sendiri, manakala Hanez pula berdepan pelbagai gelaran yang tidak seronok didengar. Pendek kata, perhubungan Hanez dan Romie seolah-olahnya berdepan jalan buntu. Sementara menunggu keputusan perceraian Romie di mahkamah, Hanez terpaksa menunggu kepastian impian membina mahligai bahagia bersama lelaki yang baru dikenali sekitar tiga bulan lalu menjadi realiti.

SEPULUH tahun dalam industri, gelaran perampas suami dan perosak rumah tangga orang merupakan impak paling buruk yang pernah dilalui oleh Hanez Suraya.


"Soal jodoh di tangan Tuhan, apa yang paling penting bagi saya ialah restu daripada keluarga. Soal berapa lama berkawan itu bukan penghalang jodoh.

Jangan biadab

"Sebenarnya saya sedih dengan keadaan ini. Sedih dengan sikap orang luar yang sewenang-wenangnya menghukum saya dengan macam-macam penghinaan. Kalau setakat saya seorang sahaja tidak mengapa, ini sampai melibatkan ibu bapa saya. Saya tahu orang sedang marah tapi janganlah biadab," ujar Hanez.

Persepsi umum, kebaikan dibalas dengan kebaikan manakala kejahatan juga akan dibalas dengan kejahatan. Tanpa tahu hujung pangkal perbuatan Hanez yang menjalin hubungan cinta dengan suami orang, mudah menimbulkan tanggapan negatif. Soal karma juga ditanyakan kepada Hanez.

"Kalau kita ikhlas dengan orang itu, dan orang itu ikhlas dengan kita, saya tidak perlu takut kepada balasan. Selama ini, saya juga pernah mengenali beberapa orang lelaki, walaupun tiada jodoh, saya tidak pernah mengaibkan sesiapa," kata Hanez tenang.

Jika diminta untuk bersemuka dengan Liyana, Hanez turut berani berbuat demikian. Bukan terlalu yakin bahawa kebenaran memihak kepadanya, namun, pengakuan Romie bersama peguamnya tempoh hari sedikit sebanyak memperbetulkan keadaan.

Suami, karier dan usahawan sarang burung

Posted:

Suami, karier dan usahawan sarang burung

Suami, karier dan usahawan sarang burung

SEIRING dengan kematangan usia dan kehidupannya yang sudah bergelar isteri, Fouziah mengakui dia harus ada banyak pertimbangan sebelum memilih untuk menerima sebarang tawaran lakonan.


SESUDAH bergelar isteri, jarang benar wajah Fouziah Gous muncul pada majlis-majlis hiburan. Turun ke lokasi fotografi juga bukan lagi menjadi agenda yang tersemat dalam diari kariernya. Fokus Fouziah kini teralih terhadap cinta. Itu yang terluah sebaik sahaja wanita yang berumur 32 tahun itu memulakan bicara usai wajahnya dirakamkan lensa jurukamera.

"Boleh dikatakan, ini merupakan fotografi pertama yang saya lakukan selepas kira-kira bulan bergelar isteri. Entahlah, perasaan hendak masuk studio dan bergambar belum panas agaknya. Mungkin juga sebab selama lima bulan ini saya sibuk dengan jadual penggambaran. Dalam masa yang sama rutin hidup saya semakin bercabang-cabang," usulnya lembut seraya tersenyum.

Garis senyumannya menyimpan rasa bahagia. Lelaki bernama Zhafran Yusof yang dinikahinya September tahun lalu itu bukan sekadar seorang suami. Lelaki itulah jua kawan, teman dan paling romantis untuk didengar, Fouziah mengumpamakan perhubungan mereka kini tidak ubah seperti merpati dua sejoli.

"Mungkin disebabkan perkenalan dan tempoh pertunangan kami yang agak singkat. Sepanjang tempoh itu juga kami jarang keluar berdua-duaan, jadi apabila sudah bergelar suami isteri, kami macam dapat lesen untuk bercinta. Rasa macam di alam percintaan," ujar Fouziah yang mengakui fokusnya juga sudah berubah.


FOUZIAH bergelar isteri kepada Zhafran Yusof (kiri) pada September 2013.


Beralih fasa daripada wanita solo menjadi isteri orang juga memberi pengertian baharu buat Fouziah. Soal karier tetap diutamakan namun kewajipan tidak boleh diambil mudah.

"Kalau dahulu, setiap hari ada penggambaran. Dahulu juga, saya kejar banyak benda, nak beli kereta, rumah dan kumpul duit banyak-banyak. Sekarang, kami masih sama-sama kena kerja juga dan rezeki yang dapat akan dikongsi bersama-sama. Untungnya sebab kami sebaya, cuma nak terkejar-kejar macam dahulu, balik rumah sampai pukul 3 pagi, tidaklah.

"Sekarang, kalau dapat cuti dua atau tiga hari selepas berhari-hari di lokasi, saya akan duduk rumah. Cuba-cubalah memasak dan ambil hati suami pula," katanya yang belum didatangi tanda-tanda bakal beroleh cahaya mata dalam masa terdekat.

Konsert Teaterikal Suara Kita konsert setiakawan

Posted:

Konsert Teaterikal Suara Kita konsert setiakawan

Konsert Teaterikal Suara Kita konsert setiakawan


AKSI Erra berlawan dengan Awie daripada filem Maria Mariana ini salah sebuah babak yang membuatkan peminat tersenyum.


PETANG ini pastinya menjadi sebuah penutup yang penuh dramatik buat produksi Konsert Teaterikal Suara Kita. Seribu satu kisah telah terakam penuh momen. Ia bersulam nostalgia yang dibangkitkan dan meninggalkan sebuah lagi kenangan yang baharu. Itu semua kemanisan dan kepahitan yang tidak tergambar oleh rasa dan kata.

Perasaan yang sebegitu berlaku dalam mana-mana produksi besar, mana-mana filem dan mana-mana acara jika impaknya cukup mencengkam rasa. Konsert Teaterikal Suara Kita juga sama.

Penyatuan semula Awie, Erra dan Ziana bukan sekadar mengimbau sejarah, bahkan menyimpulkan dan menyemaikan lagi darah setiakawan tiga anak seni itu menterjemah sebuah karya besar untuk tatapan peminat mereka.

Persis daripada sahabat untuk sahabat, dikongsikan pula dengan semua peminat yang selama ini 'bersahabat' tanpa sengketa bersama lagu-lagu dan karya mereka, Konsert Teaterikal Suara Kita berjaya memaut pengertian setiakawan untuk diselami semua.

Tanpa Erra, siapalah Awie untuk mempersembahkan nostalgia Sembilu. Tanpa Ziana siapalah Erra dan Awie dalam Maria Mariana. Begitulah pautan itu likat dalam kenangan Tragedi Oktober dan Merah. Semua kisah itu dapat disaksikan semula selepas 20 tahun dan semua rakaman itu berlaku kerana setiakawan mereka.

Sehingga ke pementasan terakhir, Awie sendiri menyifatkan kejayaan yang diraih sepanjang penganjuran konsert ini bukti penyelesaian kepada kemelut hubungan dingin antaranya dengan Erra Fazira selama ini. Umum tahu kisah Awie dan Erra, namun persengketaan mereka telah lama berkubur bersama waktu yang telah mereka kambus dengan kehidupan hari ini.


ADEGAN Maria (Erra) menampar adiknya Mariana dalam filem Maria Mariana (Ziana) sambil diperhatikan oleh Ziela Jalil (watak ibu) ini juga menjadi babak penting dalam segmen teaterikal dalam konsert ini.


Konsert itu secara tidak langsung mengeratkan semula hubungan persahabatan mereka bertiga untuk kembali terjalin seperti dahulu.

"Konsert ini menutup semua cerita dan kemelut antara saya dan Erra, di sini kami buktikan yang kami boleh jadi kawan baik dan melupakan masalah yang lalu," ulas Awie mengenai keseluruhan konsert berkenaan.

Nyanyian ratu cantik

Menyaksikan sebuah konsert dengan nyanyian menampilkan Ziana, Erra dan Awie sebagai pengisi segmen pertama bukanlah sesuatu yang luar biasa. Konsert dengan repertoir sebegitu biasa ditonton di mana-mana. Kostum serta set yang digunakan juga biasa-biasa. Penonton menantikan kejutan yang bakal membuatkan mereka terkesima, hanyut dan larut bersama emosi yang dilagukan.

Dalam segmen konsert, kemunculan Erra Fazira yang selama ini lebih dilihat sebagai aktres filem, drama dan teater dikira berjaya menyembuhkan sebuah kerinduan ramai untuk menyaksikan nyanyian Erra Fazira. Kerisauan Erra terhadap kualiti dan keyakinan berada di pentas nyanyian bagaikan terhapus. Erra menari tanpa canggung dan larut dalam emosi lagu-lagunya berjudul Yang Terindah Hanyalah Sementara, Pasrah, Jendela Hati dan Pertemuan. Dia langsung tidak membawa cela dalam nyanyian walaupun sudah lama tidak menyanyi dalam konsert sebegitu rupa.

Kemunculan Awie pula bagai sudah dijangka, lagu-lagu seperti Bara, Nur Nilam Sari, Layang-Layang Terputus Tali, dan Bujang Senang didendangkan Awie sebagai sebuah dedikasi buat tiga buah kumpulan muzik yang beraja di jiwanya selama ini iaitu Search, Alleycat dan Wings sendiri.

Pembukaan konsert yang turut menampilkan Ziana dengan Fatalistik, Setiaku Di Sini dan Putus Terpaksa membuatkan penonton tertunggu-tunggu apa yang bakal terjadi dalam segmen teaterikal pula.

Tiada adegan sumbang Awie, Erra

Kisah perceraian Erra didedahkan sepanjang tempoh latihan konsert, begitu juga dengan kecaman-kecaman umum mengenai adegan romantik antara Erra dan Awie sedikit sebanyak menduga anggapan ramai mengenai keserasian Awie dan Erra dalam konsert ini.

Dihangatkan juga dengan angin cemburu daripada pihak isteri Awie iaitu Rozana yang dibangkit sesetengah pihak, Konsert Teaterikal Suara Kita bagaimanapun bersih daripada perilaku sumbang dan menjengkelkan umum.

DIKECAM dengan pelbagai tohmahan, babak romantis antara Awie dan Erra masih dapat dirasai walaupun tanpa adegan berpelukan.


Di pihak Awie atau Erra, tiada adegan keterlaluan daripada lakonan semula mereka biarpun ketika melakonkan adegan romantis dan juraian air mata.

Tahniah Awie, Erra dan Ziana! Kalaupun ada penonton berasa letih melihat kalian melakonkan kisah zaman muda pada 40-an, air mata bangga Datuk Yusof Haslam, orang yang paling bertanggungjawab atas kewujudan lima filem yang dibangkit semula itu, sudah cukup untuk menyimbah bahagia ke dada kalian.

Parti penutup hargai peminat

Berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan pada malam penutup seribu rasa itu, malam ini tiga tunjang yang menghidupkan dejavu Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Merah dan Tragedi Oktober di Istana Budaya itu akan melangsaikan janji mereka.

Awie, Erra dan Ziana Zain akan melupakan kepenatan beraksi selama lebih dua jam pada pementasan terakhir petang pukul 3 petang. Mereka akan meraikan peminat dalam sebuah acara pasca parti yang diadakan khas sebagai menghargai peminat setia mereka pada pukul 9 malam nanti bertempat di Hotel Best Western, di Brickfields.

Dengan bayaran tambahan sebanyak RM150, peminat yang sudah menjadi pembeli tiket konsert akan dapat beramah mesra dengan artis pujaan mereka. Kemasukan menyertai parti istimewa ini hanya terhad untuk 500 peminat terawal.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved