Selasa, 18 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Penagih optimis mengubah diri

Posted:

Penagih optimis mengubah diri

Penagih optimis mengubah diri

MEMBAWA gelaran penagih dadah bukanlah satu impian manusia yang waras fikirannya. Malah, penagih itu sendiri pasti menyesal kerana terlalu mengikut hawa nafsu hingga terjebak dalam kancah penagihan.

Lebih teruk, golongan ini dipandang hina oleh masyarakat dan tidak kurang dibuang keluarga.

Bagi Mohd. Shahbani Mat Din yang mula berjinak-jinak menghisap dadah seawal usia 17 tahun, penyesalan memang sentiasa ada dalam hatinya. Andainya waktu boleh diputar, lelaki berusia 35 tahun itu tidak akan sesekali menyentuh benda haram tersebut.

Namun, telah tertulis dalam lipatan takdirnya bahawa dia akan memegang gelaran tersebut hingga ke akhir hayat. Bagaimanapun, Mohd. Shahbani tetap optimis untuk mengubah nasib diri.

"Saya tidak mahu selama-lamanya digelar penagih dadah. Sekurang-kurangnya, biarlah saya dipanggil bekas penagih," jujur harapan yang diluahkan pemuda kelahiran Changlun, Kedah itu.

Walaupun sudah hampir 18 tahun menagih, Mohd. Shahbani bernasib baik kerana tidak dijangkiti Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia (HIV) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) yang selalu menyerang golongan berkenaan.

Kini, dia nekad berubah dengan mengikuti program Spiritual Enhancement on Drug Addiction (Sedar) anjuran Pusat Kajian Sains Penagihan Universiti Malaya (UMCAS).

Melalui program itu, Mohd. Shahbani yang pernah bertugas sebagai anggota tentera selama empat tahun sebelum diberhentikan atas masalah disiplin, menerima rawatan terapi gantian metadon bagi mengurangkan kecenderungan untuk menagih dadah jenis heroin.

Solat

Selain itu, dia turut diberi kaunseling, psikologi dan bimbingan agama termasuk diajar bersolat untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Selepas hampir lima bulan mengikuti program Sedar tersebut, Mohd. Shahbani mengakui, rutin hidupnya semakin teratur.

"Sebelum mengikuti rawatan ini, saya pernah membeli metadon di klinik luar untuk menghilangkan ketagihan dadah. Namun, disebabkan masalah kewangan, saya tidak mampu meneruskannya sehinggalah saya diberitahu oleh rakan-rakan tentang program ini.

SEBELUM memulakan rawatan, para pesakit akan diminta menunaikan solat sunat Duha sebanyak dua rakaat.


"Selepas mendaftar Oktober tahun lalu, saya mampu menjalani kehidupan seperti manusia normal lain. Buat masa ini, saya diberi dos metadon sebanyak 120 mililiter (ml) yang perlu diambil setiap hari.

"Di bawah program Sedar, saya akan dibekalkan dos metadon untuk tempoh seminggu selain mengikuti sesi kaunseling dan kelas agama," ujar Mohd. Shahbani yang mengakui kehidupnya semakin tenang.

Tambah anak kelima daripada enam beradik itu, walaupun sudah terlambat untuk menyesali nasib diri, tetapi dia berharap Allah menerima taubatnya dan mengampuni dosa-dosanya yang lalu.

Mohd. Shahbani merupakan salah seorang daripada 50 pesakit rawatan terapi metadon yang berusia antara 18 hingga 60 tahun di bawah program Sedar.

Dikendalikan oleh Pakar Psikiatri Komuniti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Rusdi Abd. Rashid, program itu turut mendapat tajaan Bank Rakyat selain tabung geran yang diperuntukkan.

Menurut Rusdi, Sedar mula dilaksanakan di Masjid Ar-Rahman, UM pada tahun 2010. Ketika itu, terdapat kira-kira 100 pesakit. Bagaimanapun, ia terpaksa dihentikan kerana kekurangan dana sebelum dihidupkan semula pada September 2013. Namun, lokasinya dipindahkan ke Surau Ad-Deeniah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Uniknya, konsep rawatan yang diguna pakai ialah gabungan perubatan integrasi melalui metadon dan penambahan elemen spiritual psiko berbanding hanya memberi terapi metadon di klinik-klinik kerajaan.

Berganding bahu

"Program ini melibatkan komuniti masjid dan surau untuk sama-sama berganding bahu bagi membantu golongan penagih. Ini merupakan projek perintis dan kami menyasarkan penglibatan satu pertiga daripada kira-kira 6,000 buah masjid di Malaysia," terang Rusdi ketika ditemui Kosmo! di Surau Ad-Deeniah, PPUM, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Melalui program ini, penagih yang dirawat berupaya menjalani rutin harian dan bergaul dengan masyarakat serta kariah masjid.

Rawatan terapi gantian metadon mula diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Kementerian Kesihatan. Metadon merupakan dadah sintetik yang berfungsi menghilangkan ketagihan heroin yang dialami penagih.

Berbanding heroin yang diambil dengan cara suntikan, metadon pula hanya perlu diminum oleh penagih. Bagi 100ml hingga 130ml dos metadon yang diambil, ia mampu bertahan sehingga 36 jam.

"Penagihan merupakan satu penyakit kronik dan ia perlu dirawat. Fenomena relapse atau pengambilan semula sukar untuk dielakkan dalam kalangan penagih.

"Jika dahulu, penagih akan mengambil heroin lima hingga enam kali sehari, tetapi menerusi rawatan terapi gantian metadon, mereka sekurang-kurangnya mengambil heroin sekali sebulan.

"Justeru, metadon berfungsi sebagai ubat untuk mencegah komplikasi bukan menyembuh. Ia mampu mengurangkan kemudaratan dan membolehkan penagih berfungsi kepada masyarakat," ujar Rusdi sambil menegaskan program Sedar bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan klinik gantian metadon di negara ini.


DOS metadon yang diberikan kepada pesakit bertahan untuk seminggu dalam program Sedar ini.


Sementara itu, kaunselor program tersebut, Ustaz Mohd. Amirul Hanif Mohd. Nawawi, 28, memberitahu, bagi sesi kaunseling terdapat tiga sesi rawatan yang akan dijalani setiap pesakit atau penagih.

Ia merangkumi sesi perkenalan dan mengenali latar belakang pesakit, mendapatkan respons selepas menjalani program Sedar dan membuat susulan.

"Biasanya, kita akan berbual santai bersama mereka untuk mengetahui sejarah pembabitan dengan dadah.

"Selepas mengikuti rawatan terapi metadon di bawah program Sedar, kita akan dapatkan maklum balas pesakit mengenai perbezaan yang dirasai di samping menerapkan elemen agama contohnya, mengajar mereka bersolat dan sebagainya.

"Akhir sekali, kita akan buat susulan dengan mereka dan selalunya pesakit sendiri akan menghubungi kita untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah yang dihadapi," terang Mohd. Amirul yang merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Sains Islam Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Peningkatan Institusi UM di talian 03-7967 6261.

MAM sokong terapi gantian metadon

Posted:

MAM sokong terapi gantian metadon

MAM sokong terapi gantian metadon


MELALUI rawatan terapi gantian metadon, jika dos yang diambil tidak berlebihan, ia mampu meningkatkan kualiti hidup penagih dadah. - Gambar hiasan


PELAKSANAAN rawatan terapi gantian metadon mula diperkenalkan di negara ini oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang relevan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2005.

Ia dilaksanakan di bawah program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction) untuk mengawal penularan dan mengurangkan impak negatif jangkitan HIV dalam kalangan penagih dadah.

Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Datuk Dr. Raj Karim berkata, pihaknya menyokong penuh pelaksanaan rawatan tersebut yang memberi manfaat buat golongan pengguna dadah.

"Kami mengalu-alukan usaha seperti ini yang keberkesanannya telah terbukti secara saintifik bukan sahaja dalam merawat masalah ketagihan, malah memulihkan kesihatan, meningkatkan kualiti hidup dan membolehkan pengguna dadah menjalani kehidupan yang produktif," ujar beliau melalui satu kiriman e-mel kepada Kosmo! ketika diminta mengulas mengenai rawatan terapi metadon baru-baru ini.

Menurut Raj, metadon ialah sejenis dadah yang diguna pakai sebagai gantian dalam rawatan ketagihan dadah jenis heroin atau opiad.

Mengawal ketagihan

Justeru, sekiranya diambil dengan dos yang bersesuaian di bawah pemantauan pakar perubatan secara konsisten, metadon tidak mendatangkan kemudaratan kepada penagih, sebaliknya dapat membantu mereka mengawal ketagihan terhadap heroin dan dadah jenis opiad yang lebih berbahaya.

"Metadon hanya mengundang kesan negatif jika dicampur dadah lain atau diambil secara berlebihan (overdose).

"Namun, jika pengguna dadah diberikan sokongan dan akses yang sempurna kepada perkhidmatan kesihatan dan pengurangan kemudaratan, kesan sampingan ini dapat dielakkan sama sekali," ujar beliau.

Dalam pada itu, apabila diajukan soalan mengenai pandangan segelintir pihak yang mengatakan rawatan terapi gantian metadon tidak elok untuk penagih, Raj mempunyai pandangan tersendiri mewakili MAM.

"MAM menilai perkara ini daripada sudut kemanusiaan dan berdasarkan bukti saintifik. Ketagihan merupakan krisis kesihatan yang boleh dan sewajarnya dirawat dengan kaedah perubatan yang menghormati hak-hak asasi manusia.


PROGRAM Pertukaran Jarum Suntikan dan Terapi Gantian Metadon yang dilaksanakan sejak tahun 2006 membawa kesan positif kepada golongan penagih.


"Menurut satu kajian terbaharu yang menyelidik mengenai keberkesanan pelaksanaan program terapi gantian metadon di pusat-pusat Cure & Care 1Malaysia AADK, lebih 72 peratus daripada 28,663 pengguna dadah yang menerima rawatan metadon tidak lagi ditahan dalam penjara.

"Malah, mereka berjaya mendapatkan tempat tinggal yang kekal dan memulihkan hubungan kekeluargaan yang sebelum ini terjejas," jelasnya.

Selain itu, satu kajian yang lain pula menganggarkan bahawa lebih 12,653 jangkitan HIV telah berjaya dielakkan menerusi program Pengurangan Kemudaratan (Program Pertukaran Jarum Suntikan dan Terapi Gantian Metadon) ini sejak tahun 2006.

Kesan positif

"Jelas sekali, dalam tempoh yang singkat sejak permulaan pelaksanaan program, metadon telah banyak mendatangkan kesan yang positif dalam kehidupan pengguna dadah, bukan sahaja daripada sudut kesihatan malah kebajikan mereka juga turut terbela.

"Lantaran itu, kami menyarankan agar program terapi gantian metadon ini diteruskan dan diluaskan lagi sejajar dengan matlamat Pelan Strategik HIV dan AIDS Kebangsaan 2011-2015 untuk mengurangkan kadar jangkitan baharu HIV kepada 11 bagi setiap 100,000 penduduk menjelang tahun 2015," ungkap Raj yang turut memuji usaha yang dilakukan Pusat Kajian Sains Penagihan Universiti Malaya melalui program Spiritual Enhancement on Drug Addiction Rehabilation (Sedar).

Tambah beliau, statistik survelan HIV terbaharu yang diterima MAM daripada sumber Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan adalah sehingga akhir tahun 2012.

Bagi tempoh tersebut, sebanyak 66,046 atau 47 peratus daripada 98,279 kes HIV disebabkan perkongsian jarum dan alat suntikan.

Tidak ketinggalan, menurut satu kajian berbeza yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan juga pada tahun 2012, hampir 19 peratus daripada pengguna dadah di Malaysia telah dijangkiti HIV. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Pameran lukisan usahawan selebriti

Posted:

Pameran lukisan usahawan selebriti

Pameran lukisan usahawan selebriti


PAMERAN Resipi Seorang Pelukis daripada sentuhan Chow bakal dipamerkan pada 8 Mac ini.


TERKENAL sebagai seorang pemilik restoran selebriti pada sekitar tahun 60-an, dia mempunyai misi untuk mengubah persepsi orang Barat terhadap makanan China.

Michael Chow, 74, bukan sahaja usahawan restoran yang berjaya malah, dia seorang pelukis. Namun, kesibukan menguruskan perniagaan membuatkannya sudah berpuluh tahun tidak memegang berus lukisan.

Restoran Chow menjadi pusat tumpuan ramai ketika sambutan Pesta London, zaman kegemilangan disko di New York dan dunia seni golongan elit di Hollywood.

Kini, dia kembali mempersembahkan satu pameran lukisan bagi menggambarkan hubungannya dengan China, dan hubungan dengan bapanya yang kali terakhir dilihat pada usia 13 tahun.

"Sesuatu yang telah saya lupakan dan hilang daripada ingatan nampaknya telah kembali semula. Saya tidak sedar bahawa saya mampu melukis dengan begitu baik.

"Ia terasa seperti berada di tanah air bagi menuntut kembali warisan China dan menaikkan nama bapa saya, Zhou," jelasnya ketika ditemui di galeri Pearl Lam, Hong Kong.

Chow menikmati segala kemewahan kerana dilahirkan dalam keluarga kaya pada zaman prakomunis di Shanghai.

Keinginan mengikuti jejak langkah bapanya dalam dunia teater tidak kesampaian apabila dia terpaksa berangkat ke England pada tahun 1952 iaitu pada usianya 13 tahun. Dia meninggalkan kemewahan untuk ke sekolah berasrama penuh sewaktu tanah air tercinta dilanda peperangan.

Terbunuh

Pasukan 'Pengawal Merah' bertindak menzalimi golongan belia dan ada mangsa yang dipenjarakan dan dibunuh. Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, seorang pengkaji sejarah Barat menganggarkan hampir satu juta orang terbunuh pada tahun 1967.

Chow berkata, dia tidak pernah melihat bapanya selepas itu. Dia bertemu ibunya, Qiu Lilin buat kali terakhir ketika ibunya melawat dia di sekolah.

Menurut laman web kerajaan daerah Jing'an, Shanghai, mendiang bapa Chow telah dilabel sebagai penyerang balas tegar yang akhirnya dijatuhi hukuman mati bersama isterinya, Qiu Lilin. Mereka dibunuh tanpa pembelaan.

Ketika di England, Chow mengambil jurusan seni bina di Central Saint Martins, London sebelum menjadi seorang artis.


CHOW bakal mengembangkan perniagaan restorannya di Las Vegas, Amerika Syarikat tidak lama lagi.


Dia mengorbankan cita-cita seninya, bagi memberikan tumpuan kepada makanan dan seni reka sebelum meneruskan minat mengumpul karya seni.

Restoran pertama milik Chow dibuka pada tahun 1968 di London. Formula reka bentuk yang mantap, masakan asli Beijing, pelayan restoran Itali dan harga murah merupakan percaturannya pada ketika itu.

Menurut Chow, masyarakat Barat mengelaskan darjat makanan China sebagai makanan terendah antara yang paling rendah.

"Ia amat sukar menangkis pandangan stereotaip tersebut dan saya terpanggil untuk menunjukkan kepada dunia Barat tentang kehebatan China. Satu-satunya cara adalah melalui makanan, saya bersyukur kerana makanan China sedap," luahnya.

Chow berjaya meluaskan cawangan restorannya di New York, Beverley Hills dan Malibu, Amerika Syarikat (AS). Dalam perkembangan terkini, dia akan membuka sebuah restoran baharu di Las Vegas.

Pada awal pembukaannya, Chow berusaha menarik orang kaya, terkenal dan berpengaruh seperti The Beatles, Andy Warhol dan Jean-Michel Basquiat untuk meraih royalti di Hollywood.

"Kami telah bertahan selama 46 tahun. Ia satu perkara mustahil bagi sebuah restoran global untuk bertahan selama itu, melainkan dengan adanya keazaman, keinginan dan visi," ujar Chow.

Pelakon

Bakat Chow tidak terhenti dalam dunia perniagaan dan seni sahaja, dia pernah bergelar pelakon sambilan. Chow pernah muncul dalam filem James Bond bertajuk You Only Live Twice dan The Rush Hour pada tahun 1967.

Chow memiliki tiga orang anak hasil perkongsian hidup melaui empat perkahwinannya terdahulu. Dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Grace Coddington iaitu bekas model dan kini merupakan pengarah di America Vouge. Bekas isterinya itu turut pernah membintangi filem dokumentari berjudul The September Issue pada tahun 2009.

Selepas perkahwinan mereka gagal, Chow berkahwin pula dengan wanita yang menjadi isterinya sekarang sejak tahun 1992. Wanita tersebut merupakan pereka fesyen Korea, Eva Chun. Eva menjadi penyebab utama yang mendorong Chow untuk kembali melukis buat kali pertama sejak meninggalkan dunia tersebut.

"Makanan adalah sejenis kraf yang perlu kelihatan sama setiap masa.

"Tetapi, seni pula sesuatu yang berbeza. Anda akan sentiasa mencuba untuk melakukan pembaharuan dan kelainan," katanya.

Melalui pertunjukkan terbesarnya iaitu Resepi Seorang Pelukis yang berlangsung sehingga 8 Mac ini, Chow menggabungkan bahan-bahan termasuk daun emas dan perak, sampah isi rumah, cat akrilik, logam serta telur pecah. Pengkritik seni menyifatkan pameran tersebut sebagai satu gabungan unik dan kreatif.

"Saya mahu pulang dan ini merupakan pameran yang melengkapkan perjalanan hidup saya. Ia telah disimpan selama 50 tahun. Sekarang saya bebas." katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Kurangkan beban bawa buku

Posted:

Kurangkan beban bawa buku

Kurangkan beban bawa buku

Oleh HAFIZ AHMAD

APABILA bercakap tentang buku teks ketika di alam persekolahan, pasti setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri. Sama ada sengaja meninggalkannya di rumah atau terpaksa berhempas-pulas mengangkat beg yang berat.

Bayangkan, hampir kesemua mata pelajaran mempunyai buku teks dengan purata dua jenis setiap satu subjek. Disebabkan itu, ramai yang mengambil pendekatan berbeza bagi mengurangkan mengendong 'beban' itu.

"Pada kebiasaannya, saya akan berkongsi bersama rakan yang duduk bersebelahan. Contohnya, jika saya membawa buku teks Sejarah, dia akan membawa buku Matematik," ujar Nur Dania Arifah Mohd. Rashidi, 17.

Dia menambah, langkah 'bijak' itu terpaksa diambil memandangkan dalam sehari, sebanyak enam ke tujuh buah buku yang akan dibawa mengikut jadual sekolah harian.

"Ia belum lagi ditambah buku-buku latihan yang akan digunakan untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun in," tambah gadis yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Cheras, Kuala Lumpur itu.

Namun, situasi itu bakal berubah melalui pengenalan buku teks digital yang dilancarkan di bawah Kementerian Pendidikan baru-baru ini.

Inovasi baharu

Inovasi baharu dunia pendidikan itu memberi satu anjakan positif kepada guru dan pelajar yang dilihat membantu sistem pengajaran dengan lebih efektif.

Buku teks digital tersebut merupakan versi elektronik buku bercetak yang boleh diakses secara dalam talian. Ia mengandungi teks dan grafik serta mempunyai ciri flip seperti buku teks bercetak.

Menurut Pengarah Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan, Abdul Ghani Mohamad Niza, ia adalah lanjutan daripada penggunaan Platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) 1BestariNet yang diperkenalkan pada tahun 2012.


PARA pelajar membawa beg sekolah berat bakal menjadi sejarah apabila pengenalan buku teks digital diperkenalkan di sekolah-sekolah.


"Sehubungan itu, kementerian berusaha supaya buku-buku teks dapat dimuat naik ke VLE. Melalui usaha itu, pelajar boleh mengakses buku teks secara maya selain terus menggunakan buku teks bercetak," ujarnya ketika ditemui Infiniti di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Dia menambah, pada peringkat awal, bahan buku teks bercetak didigitalkan dalam format Electronik Publishing 2 (ePub2) dan seterusnya dimuat naik ke platform VLE.

"Dengan adanya buku teks digital ini, pelajar dan guru yang telah dibekalkan dengan kata laluan akan dapat mengakses buku teks melalui internet pada bila-bila masa," jelas Abdul Ghani.

Sebanyak 300 judul buku teks bercetak telah didigitalkan mengikut tindakan gelombang pertama di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Mudah

Menyambut baik pembaharuan itu, guru subjek Teknologi Maklumat (IT) dan Matematik, Norhaniza Abd. Jamil, 35, berpendapat, pengenalan buku teks digital memudahkan proses pengajaran guru kerana ia lebih interaktif dan menarik.

"Buku teks biasa yang statik kadangkala membuatkan pelajar mudah hilang tumpuan. Pendigitalan tersebut sedikit sebanyak memudahkan pemahaman pelajar malah lebih cepat dan pantas," ujarnya yang mengajar di SMK Cheras.

Dia menambah, menggunakan buku teks digital menerusi laman VLE memudahkan pelajar ketika membuat latihan ulang kaji kerana jawapan boleh diperoleh dengan cepat.

"Selain itu, animasi-animasi yang terdapat dalam pendigitalan itu juga membolehkan pelajar memahami subjek-subjek tertentu dengan lebih baik," jelas Norhaniza yang berasal dari Kulim, Kedah.


PENGENALAN buku teks digital memudahkan proses pengajaran kerana ia lebih interaktif dan menarik.


Lebih menarik

Berkongsi pendapat yang sama, Norliza Borhan, 42, berkata pendigitalan buku teks adalah satu pembaharuan berinovatif.

"Rugi jika kita tidak bergerak selari dengan kepesatan teknologi maklumat yang semakin meluas pada hari ini. Mereka sendiri sudah biasa menggunakan komputer, maka proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih menarik," ujarnya yang turut mengajar subjek IT dan Matematik.

Berdasarkan Laporan Ciri-Ciri Pendidikan dan Sosial Penduduk 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar celik komputer bagi penduduk warganegara Malaysia berumur lima hingga 69 tahun di semua negeri telah mencapai lebih daripada 45 peratus.

Kepekaan dalam bidang ICT itu memyebabkan generasi muda lebih peka dengan kemunculan teknologi-teknologi baharu. Pendedahan pada usia yang muda membolehkan pelajar menggunakan komputer tanpa sebarang masalah.

"Saya sendiri tahu menggunakan komputer pada usia tujuh tahun. Melalui pengenalan buku teks digital itu, cara pembelajaran saya turut berubah ke arah yang lebih baik," ujar pelajar tingkatan lima, Tsen Wen Liang, 18.

Tambah pelajar dari Cheras, Kuala Lumpur itu, walaupun baru diperkenalkan, cara penggunaannya tidak terlalu rumit kerana ia disediakan dalam Platform VLE yang telah digunakan sejak dua tahun lepas.

Beberapa negara telah beralih kepada penggunaan buku teks digital untuk digunakan dalam sektor pendidikan umum. Antaranya, Korea Selatan, Poland dan Singapura.

Korea Selatan telah merencana transformasi sistem pendidikan ke arah pendigitalan sejak lima tahun lepas. Penggunaan buku teks digital baharu itu akan dirintis oleh 150 sekolah rendah dan 300 sekolah menengah.


PELAJAR boleh mengakses pembelajaran mereka menggunakan peranti mudah alih.


Masalah

Namun, pakar bidang pendidikan di negara yang mempunyai sambungan internet antara terlaju di dunia itu, menyatakan pendigitalan buku sekolah membawa kepada beberapa masalah.

Mereka berpendapat, ia akan menyebabkan kebergantungan melampau generasi muda terhadap gajet dan teknologi baharu.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan mendapati, satu daripada 12 pelajar berumur lima hingga sembilan tahun terdedah kepada ketagihan internet.

Mengulas situasi itu, pengetua SMK Cheras, Juahir Mondakir berkata, pihak kementerian sudah semestinya telah mengambil kira perkara tersebut sebelum pelaksanaan ke seluruh sekolah awam.

"Contohnya, sambungan internet yang terhad untuk ke laman-laman web bersesuaian. Disebabkan itu, pelajar tidak boleh melayari internet untuk memasuki laman sosial dan berkaitan," ujarnya.

Cuaca sejuk bertukar panas 'sekelip mata'

Posted:

Cuaca sejuk bertukar panas 'sekelip mata'

Cuaca sejuk bertukar panas 'sekelip mata'

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


MUSIM kemarau dijangkakan berlaku di beberapa kawasan di negara ini.


PELUH mula membasahi baju pekerja wanita itu yang tekun menyusun peralatan dan bahan-bahan untuk menghasilkan cendol. Cuaca panas dengan suhu yang mencecah 36 darjah Celsius tidak menghalangnya untuk meneruskan rutin harian melayan pelanggan yang ingin menikmati cendol di kaki lima Jalan Pandan Mewah, Kuala Lumpur.

Dalam kalangan pelanggan gerai tersebut ada yang mencari lokasi redup di bawah pokok sambil merasai keenakan cendol tatkala terik mentari memancar.

Suasana itu mungkin biasa dilihat di tempat-tempat lain memandangkan cuaca panas luar biasa sedang melanda beberapa negeri di Malaysia.

Rasanya, baru sahaja negara digemparkan dengan fenomena cuaca sejuk melampau yang berlaku di utara tanah air. Namun, beberapa hari lalu sekali lagi negara kita dikejutkan dengan berita peralihan cuaca kepada cuaca panas.

Ia mendatangkan suasana tidak selesa dalam kalangan masyarakat di negara ini. Lebih buruk lagi apabila beberapa kawasan sudah dikenal pasti akan dilanda kemarau sekiranya paras air di beberapa empangan tidak kembali ke paras normal.

Sabtu lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan arahan agar pegawainya memantau perkembangan aktiviti pertanian di setiap negeri bagi mengesan sebarang masalah yang timbul ekoran keadaan cuaca panas dan kemarau.

Terdapat laporan yang menyatakan petani di Kelantan terutamanya pesawah menghadapi masalah kekurangan air di petak sawah.

Di Melaka, bekalan air di beberapa kawasan termasuk Ayer Molek, Bandar Hilir, Ujong Pasir, Telok Mas, Duyung dan Lorong Pandan terganggu berikutan penggunaan melebihi had bekalan loji Syarikat Air Melaka Berhad pada masa ini. Kejadian tersebut dipercayai berlaku ekoran musim kemarau dan taburan hujan yang rendah menjadi punca simpanan air berkurangan.


ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran hutan dan belukar sepanjang musim panas ini.


Rezeki tambahan

Berlainan pula ceritanya di Pendang, Kedah apabila musim panas membawa rezeki tambahan kepada pembekal ais ekoran permintaan terhadapnya meningkat dua kali ganda. Kira-kira 1,000 beg ais sehari terjual di salah sebuah syarikat pembekal ais batu dan ais kiub di daerah berkenaan berbanding sekitar 500 hingga 600 beg sebelum ini.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang telah bersiap sedia untuk menjalankan operasi memadam kebakaran terutama melibatkan kebakaran lalang dan belukar.

Keadaan cuaca kering membolehkan kebakaran berlaku dengan mudah dan merebak pada kadar segera.

Januari lalu, jabatan tersebut menerima antara 30 hingga 40 panggilan kecemasan melibatkan kebakaran setiap hari dan kira-kira 80 peratus adalah kebakaran lalang dan belukar selain hutan-hutan kecil.

Cuti dibekukan

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis menyatakan lebih 40 hektar kawasan hutan dan belukar di Negeri Sembilan terbakar Sabtu lalu.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan cuti semua anggota di negeri tersebut dibekukan dan mereka diarahkan untuk bertugas membantu pemadaman api hutan di kawasan terlibat.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi, ketika ini, negara sedang berada pada fasa pertengahan Monsun Timur Laut dan kebanyakan tempat mengalami keadaan cuaca kering. Keadaan cuaca kering ini adalah disebabkan atmosfera yang stabil sekali gus menyebabkan pembentukan awan yang sedikit.

Secara amnya, cuaca kering di kebanyakan tempat di seluruh negara dijangka menjadi sedikit lembap menjelang April 2014.

Virus sebagai agen antitumor

Posted:

Virus sebagai agen antitumor

Virus sebagai agen antitumor

Oleh MUHAMAD NAJKHAN MAZLAN


SWEE KONG melakukan penyelidikan ke atas penggunaan virus sebagai agen antitumor.


KEJAYAAN Universiti Putra Malaysia (UPM) diangkat sebagai universiti penyelidikan bertitik-tolak daripada transformasi penyelidikan yang berterusan dalam membentuk kecemerlangan akademik.

UPM menyasarkan fokus penyelidikan terhadap bidang sains, pertanian, perubatan, kejuruteraan, pendidikan dan kemanusiaan.

Baru-baru ini, UPM melakar sejarah dalam bidang perubatan melalui penggunaan virus sebagai agen antitumor atau agen pencegah sel kanser.

Penyelidik UPM, Dr. Yeap Swee Kong, 31, yang melakukan penyelidikan itu telah dianugerahkan geran penyelidikan bernilai RM30,000 oleh Majlis Kanser Nasional (Makna).

Swee Kong berkata, penyelidikannya adalah mengenai virus penyakit Newcastle (NDV) iaitu virus yang selalu menyerang haiwan ternakan. NDV dikenal pasti sebagai agen antikanser kerana sifatnya yang selektif terhadap sel kanser dan bukan pada sel hidup sihat yang normal.

"Mekanisme NDV sebagai agen antikanser masih lagi berada pada peringkat kajian dan kami di UPM sedang melihat sejauh mana keberkesanan NDV ini untuk mengekang sel kanser terutama kanser payudara," katanya pada majlis Anugerah Penyelidikan Kanser

VIRUS penyakit Newcastle sering menyerang haiwan ternakan.


Makna 2013 yang disampaikan oleh Presiden Makna, Datuk Mohd. Farid Ariffin di Akademi Sains Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Swee Kong bertugas sebagai Felo Penyelidik di Laboratori Vaksin dan Imunoterapeutik, Institut Biosains menjelaskan, kajian makmal terhadap penggunaan NDV itu dilakukan secara in-vitro. Ia merupakan teknik penjujukan canggih yang digunakan dalam penyelidikan berkaitan sel hidup.

Buat masa ini, kajian beliau lebih tertumpu pada kanser payudara kerana ia merupakan penyakit barah yang paling banyak menyerang manusia selain kanser paru-paru.

"Saya berharap kajian ini dapat memberikan harapan kepada semua penghidap kanser bahawa masih ada sinar untuk pulih daripada penyakit kronik yang dideritai mereka," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Lawatan rasmi duta besar erat hubungan Malaysia-China

Posted:

Lawatan rasmi duta besar erat hubungan Malaysia-China

Lawatan rasmi duta besar erat hubungan Malaysia-China

MUSA (tujuh dari kanan) bersama Huang Huikang (enam dari kiri) mengadakan upacara simbolik semasa merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-40 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Dewan Hakka Sabah, Likas, Sabah baru-baru ini.


LAWATAN. Duta Besar China ke Malaysia, Dr. H.E Huang Huikang mengadakan lawatan rasmi ke Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun ke-40 Hubungan Diplomatik Malaysia-China yang diadakan di Dewan Hakka Sabah, Likas, Sabah baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Huikang yakin hubungan dua hala itu akan terus diperkukuh lagi pada masa depan selain berharap agar keamanan dan keharmonian di Malaysia berpanjangan.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Sabah.

Sambutan anjuran Persatuan Ma-Zhong Sabah itu turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dari kedua-dua negara.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan dua timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Bekas pelajar KSAH bertemu semula setelah lama berpisah

Posted:

Bekas pelajar KSAH bertemu semula setelah lama berpisah

Bekas pelajar KSAH bertemu semula setelah lama berpisah


BEKAS pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid mengabdikan gambar kenang-kenangan pada majlis pertemuan semula yang diadakan di Padang Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.


ERAT HUBUNGAN. Seramai 150 bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) mengadakan perjumpaan semula dengan menganjurkan perlawanan bola sepak di kolej itu di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Kesemua yang hadir terdiri daripada bekas pelajar yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1984, 1986 dan 1988.

Seorang bekas pelajar, Norazman Abdul Wahab, 45, berkata, program tersebut dirancang sejak empat bulan lalu menerusi perbincangan dalam laman sosial.

"Facebook dan Whatsapp menjadi medium perbincangan kami bagi menjadikan perjumpaan ini sehingga ia menjadi kenyataan," katanya.

Bomba Selangor mahu erat hubungan dengan media

Posted:

Bomba Selangor mahu erat hubungan dengan media

Bomba Selangor mahu erat hubungan dengan media


MOHD. SANI (lima dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Zabry ketika membuat kunjungan ke Pejabat Utusan Malaysia Biro Selangor di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Turut kelihatan ialah Norhayati (kanan).


KUNJUNGAN. Pejabat Utusan Malaysia Biro Selangor di Seksyen 9, Shah Alam yang menempatkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! dikunjungi Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul baru-baru ini.

Dalam kunjungan selama 30 minit itu, kedatangan Mohd. Sani disambut oleh Ketua Biro Utusan Malaysia, Zabry Mohamad Madzlan dan Penolong Ketua Biro Kosmo! Selangor, Norhayati Yahaya.

Selain membincangkan kerjasama yang dapat dieratkan antara kedua-dua belah pihak, kunjungan itu memberi peluang kepada kedua-dua organisasi untuk saling mengenali.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Erra Fazira menjanda kali kedua

Posted:

Erra Fazira menjanda kali kedua

Erra Fazira menjanda kali kedua

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

ENGKU EMRAN (kiri) dan bekas isteri, Erra Fazira keluar secara berasingan dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM – Selepas setahun setengah tidak tinggal sebumbung, pelakon dan pengacara Erra Fazira akhirnya dicerai dengan talak satu oleh suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas tujuh tahun mereka berumah tangga.

Lafaz cerai yang dibuat Engku Emran, 39, di hadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain itu menamatkan spekulasi berhubung status rumah tangga mereka yang kerap menjadi bualan ramai.

Engku Emran, yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV sebak ketika melafazkan cerai manakala Erra pula hanya menunjukkan reaksi tenang.

Jika ini perceraian pertama Engku Emran, berlainan pula bagi Erra kerana ia perceraian kedua selepas perkahwinannya sebelum ini dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abd. Halim terputus pada 10 Julai 2006.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kes permohonan cerai Nurul Izzah disebut 11 Mac

Posted:

Kes permohonan cerai Nurul Izzah disebut 11 Mac

Kes permohonan cerai Nurul Izzah disebut 11 Mac

RAJA AHMAD SHAHRIR


KUALA LUMPUR - Kes permohonan perceraian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim ditetapkan untuk sebutan pada 11 Mac depan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie Ab. Malek Awang menetapkan tarikh itu di kamarnya selepas berjumpa kedua-dua belah pihak.

Peguam syarie, Normawaddah Ramlie yang mewakili Nurul Izzah memberitahu media di luar mahkamah bahawa Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir masih berusaha untuk menyelesaikan kes permohonan cerai tersebut.

Nurul Izzah, 34, yang juga anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak hadir di mahkamah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gadis mati dibelasah kekasih

Posted:

Gadis mati dibelasah kekasih

Gadis mati dibelasah kekasih

PETALING JAYA - Seorang pegawai khidmat pelanggan sebuah bank di ibu negara dekat sini menemui ajal dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibelasah kekasih hatinya yang panas baran dalam kejadian di sebuah Pangsapuri Lagoon Perdana di sini malam kelmarin.

Sebelum kejadian pada pukul 8 malam, mangsa, Pakizah Raja Khan, 27, dikatakan pergi ke rumah teman lelakinya, penganggur berusia 30 tahun dengan niat membincangkan masalah percintaan mereka.

Rumah lelaki itu terletak di Blok 4 dan semasa kejadian, dia berseorangan.

Bagaimanapun, sebaik Pakizah tiba di rumah tersebut, pasangan itu dikatakan bergaduh sehingga menyebabkan kekasihnya hilang sabar. Dia lalu membelasah Pakizah dipercayai menggunakan pelbagai objek tumpul sehingga mangsa tidak bermaya dan menemui ajal.

Amukan lelaki itu meninggalkan kesan-kesan lebam di kedua-dua belah tangan dan lutut mangsa selain terdapat kesan berlubang pada dahi dan bibir. Terdapat juga kesan torehan di belakang kedua-dua belah paha Pakizah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Kualiti kelas pertama Mango Mojito

Posted:

Kualiti kelas pertama Mango Mojito

Kualiti kelas pertama Mango Mojito

Oleh ALIF ABU BAKAR


VARIASI sepatu Mango Mojito sesuai untuk pelbagai gaya harian setiap lelaki.


STAIL kasut dari Jepun menjadi ilham kepada empat lelaki Thailand. Minat mereka terhadap kasut dengan campuran ciri klasik dan moden mendorong kepada penciptaan satu jenama. Lahirnya Mango Mojito bukan sekadar suka-suka, namun untuk mempertaruhkan karya sepatu Adam yang tinggi kualiti.

Sekitar tahun 2009, Silratth Sukwatthanasiri, 27, bersama tiga sahabatnya mewujudkan Mango Mojito. Dua tahun anak-anak Bangkok, Thailand itu berhempas-pulas membangunkan jenama kasut mereka. Kini, ia telah menembusi pasaran antarabangsa termasuk Malaysia dan Australia.

Pada awal pengenalan Mango Mojito, Thailand memang ketandusan kasut kasual klasik buat golongan lelaki. Apatah lagi kasut material kulit asli yang boleh ditempah khas. Namun kini, terdapat banyak pengusaha kasut di negara itu yang menggunakan konsep serupa.

Begitupun Mango Mojito tidak terjejas. 13 rekaan klasik daripada rangkaian kasut jenis boat, sarung (loafer), oxford, but chukka dan beberapa lagi keluaran eksklusif terus menjadi keutamaan pengikut setia mereka.

Penerapan teknik kemasan istimewa juga satu kelebihan buat jenama dari negara Gajah Putih itu. Kira-kira enam teknik rumit diaplikasikan bagi menghasilkan satu kasut Mango Mojito.

Dianggarkan setiap teknik untuk satu kasut memakan masa selama 40 minit. Jika dicampur keseluruhan proses termasuk fasa pengeringan warna, sepasang kasut hanya boleh disiapkan secara sempurna dalam tempoh dua minggu.

SEPATU ini membantu pembentukan gaya kasual klasik dengan sempurna.


Teknik Itali

"Dalam sehari kami boleh hasilkan 10 hingga 20 pasang kasut sahaja. Teknik yang kami gunakan sama seperti pembuat kasut di Itali. Ia amat teknikal dan terperinci terutamanya ketika proses pewarnaan.

"Untuk mendapatkan warna kasut kulit seperti yang kami tawarkan, setiap kasut perlu melalui lima hingga enam fasa. Jadi prosesnya memang memakan masa dan menelan kos yang agak tinggi," jelas Silratth bahawa Mango Mojito antara pengusaha kasut yang terawal menerapkan teknik Itali tersebut di Thailand.

Pada dasarnya, harga setiap pasang sepatu Mango Mojito memang agak mahal berbanding kasut yang sedia ada dalam pasaran. RM499 adalah penawaran paling murah jenama itu untuk sepatu dengan rekaan paling asas.

Bagi rekaan eksklusif termasuk tempahan khas (custom made), pelanggan perlu membelanjakan RM599 ke atas. Secara realistik, harga itu hampir setara dengan label-label kasut popular seperti Timberland dan Dr Martens.

Bagaimanapun, Mango Mojito positif bahawa kualiti produk mereka juga setaraf dengan harga yang dilaburkan pengguna. Perbandingan dengan dua jenama antarabangsa itu pula dirasakan tidak wajar memandangkan mereka mengeluarkan produk yang amat berbeza.

Silratth yang juga Pengurus Jenama bagi Charcoal Company Limited ketika ditemui Stailo di Kuala Lumpur baru-baru ini menjelaskan, masyarakat masih menanam skeptikal lapuk terhadap tingkat penjenamaan sesuatu produk.


SETIAP tapak kasut jenama Thailand ini dijahit kemas untuk ketahanan berpanjangan.


Pembangunan jenama

Barangan berjenama popular sering menjadi pilihan berbanding produk kurang ternama, waima kualitinya hanya sederhana. Seperti Mango Mojito, kualiti kekal sebagai teras pembangunan jenama. Mereka mahu membina kepercayaan pelanggan daripada ketahanan dan individualiti produk yang ditawarkan.

Kesungguhan jenama itu menyediakan sepatu lelaki berkualiti dapat dilihat pada kasut sarungnya. Kebanyakan jenama mengambil mudah kemasan pada tapak kasut jenis itu. Justeru, tapak kasut mudah tercabut walaupun baru beberapa kali dipakai kerana ia hanya digam.

Setiap bahagian kasut Mango Mojito dijahit. Jadi pengguna tidak perlu gusar terhadap kerapuhan kualiti jenama tersebut. Dalam erti kata lain, membeli sepasang sepatu Mango Mojito adalah pelaburan yang bijak.

Lebih istimewa, pelanggan diberi kuasa untuk terlibat secara langsung dengan proses rekaan kasut. Kebebasan memilih rekaan bagi membentuk kasut bersifat peribadi menjadikan Mango Mojito sebagai jenama eksklusif yang sangat progresif.

Untuk setiap kasut, pelanggan diberi pilihan warna bagi membentuk stail individu. Gabungan tiga warna berpadanan yang tidak terlalu 'meriah' pula mengekalkan ciri klasik pada setiap pasang kasut mereka.

Kasut sarung Mango Mojito merupakan item paling popular. Rekaan ringkas, mudah dipadankan dan selesa menjadikan ia pilihan kebanyakan orang.

Variasi sepatunya juga tidak terhad terhadap sesuatu gaya. But chukka paras buku lali misalnya, sesuai disatukan bersama sut formal atau kasual. Setiap jenis kasut jenama itu boleh disesuaikan mengikut gaya harian yang pelbagai.

Kasut sarung Mango Mojito dipecahkan kepada enam jenis iaitu simple, mojito, tassel, formal, penny dan formal penny. Kasut jenis oxford pula terbahagi dua dengan pilihan captoe dan oxford biasa.

Kesukaran mencari saiz yang sesuai juga bukan masalah. Memandangkan majoriti kasut sering menggunakan saiz kaki lelaki Eropah, kaum Adam yang berkaki kecil dilanda masalah bagi mencari kasut dengan saiz yang sepadan. Jenama Thailand itu mengutamakan saiz orang Asia.

Sementara itu, sambutan menggalakkan daripada pelanggan di luar Thailand telah mendorong Mango Mojito untuk melancarkan

Lapan herba penawar cantik

Posted:

Lapan herba penawar cantik

Lapan herba penawar cantik


EKSTRAK haruman lavender yang dijadikan minyak urut selamat untuk disapu terus pada kulit.


MENGAPA perlu membazir duit membeli produk kecantikan pada harga mahal sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri.

Hanya ubah suai laman rumah atau balkoni mini anda menjadi sebuah taman dengan tumbuh-tumbuhan yang berguna dalam rawatan kecantikan.

Pelbagai herba dan bunga yang boleh digunakan sebagai penawar masalah kulit, cela, parut termasuk masalah melibatkan rambut.

Di bawah ini, tersenarai jenis tumbuhan yang bukan sekadar cantik pada luaran, namun ia efektif bagi menyokong serta menyembuh kekurangan penampilan.

1. Kamomil: Tumbuhan ini mengandungi bahan antiradang yang sesuai untuk masalah kulit sensitif, kemerahan, kerengsaan, selaran matahari dan penyakit kulit yang melarat termasuk wajah kemerah-merahan (rosacea). Ia juga boleh merawat kulit bengkak atau mata sembap.

Caranya ialah dengan mengambil bunga kamomil dan jadikan ia secawan teh. Rendam kain bersih atau putik kapas dengan air teh yang telah sejuk dan letakkan di atas kedua-dua belah mata. Bunga ini juga elok dijadikan toner dan dicampur ke dalam air mandian.

2. Clary sage: Bunga berwarna violet keputihan dengan campuran merah jambu ini boleh menjadi astringen muka yang hebat untuk kulit berminyak. Ekstrak sage bersama bahan pengecut kulit seperti witch hazel efektif dalam mengawal pengeluaran minyak berlebihan oleh kulit.

Ia juga sesuai untuk merawat akne, seborea dan kelemumur serta boleh dijadikan deodoran dan pembilas rambut.


DAUN pudina yang disapu pada wajah boleh mencegah pertumbuhan jerawat.


3. Komfrei: Pokok ini mempunyai bahan antiradang. Ia juga astringen dan bertindak sebagai emolien bagi merawat kulit rosak. Boleh digunakan dalam menangani masalah akne selain membantu pertumbuhan sel.

4. Pudina: Selain sifat semula jadinya yang sejuk dan menyegarkan, daun pudina juga amat berguna kepada kulit. Ia sering digunakan dalam toner, syampu, losen dan topeng muka. Amalan menyapu daun pudina pada wajah dapat mencegah jerawat dan merawat masalah ruam pada kulit.

5. Lavender: Sangat terkenal sebagai haruman yang menenangkan. Aroma relaks lavender menjadikan ia antara minyak urut popular di kebanyakan spa. Kandungan antibakteria dalam ekstrak tumbuhan ini selamat disapu terus pada kulit.

Ia digunakan bagi mengatasi kulit kepala gatal, keradangan dan penyakit kulit seperti akne, psoriasis dan ekzema.

6. Serai: Merupakan sejenis tumbuhan antimikrob, antibakteria dan rintang kulat. Ia digunakan sebagai astringen bagi mengecilkan pori-pori, mengawal dan membersihkan minyak berlebihan pada kulit.

Serai mampu mencegah pembentukan akne. Untuk tujuan melicin dan merawat kedut kulit pula, ekstrak serai sering ditemui dalam kebanyakan toner.


SERAI adalah sejenis astringen bagi mengecilkan pori-pori pada kulit.


7. Lemon verbena: Mempunyai aroma menyenangkan dan mampu merangsang rasa positif dalam badan apabila dicampur ke dalam air mandian suam. Ia turut digunakan sebagai pengurang kesembapan di sekeliling mata. Boleh juga dijadikan minyak urut bagi membersih dan melembutkan kulit.

8. Rosemary: Sejenis herba yang sering digunakan sebagai pewangi. Mempunyai ciri antiradang, pembunuh kuman dan astringen. Kebolehannya memperbaiki kulit menggeleber dijadikan kekuatan untuk digunakan sebagai bahan utama dalam produk antipenuaan.

Ia mengurangkan minyak berlebihan pada kulit dan digunakan bagi merawat akne, dermatitis dan ekzema. Rosemary juga efektif merawat kesembapan dan merangsang peredaran darah serta memperbaiki tekstur kulit.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pahlawan Merah tepati ramalan

Posted:

Pahlawan Merah tepati ramalan

Pahlawan Merah tepati ramalan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan NORLIDA AKMAR IDROS
sukan@kosmo.com.my

PERTAHANAN Kelantan, Obina Nwaneri (kanan) dan penyerang PKNS, Patrick Ronaldinho Wleh bersaing pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.


KELANTAN menepati ramalan awal apabila mengesahkan slot ke separuh akhir Piala FA selepas menyingkirkan Selangor PKNS.

Bagaimanapun, Kelantan dipaksa bekerja lebih keras sebelum dapat menyambar tiket separuh akhir.

Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi, Kelantan dan PKNS terikat dengan keputusan seri 3-3.

Biarpun sekadar mencatatkan keputusan seri, The Red Warriors tetap berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dengan kemenangan agregat 6-5 selepas menang 3-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu minggu lalu.

Pada aksi malam tadi, PKNS berjaya mengejutkan Kelantan menerusi jaringan penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh seawal minit kedua.

Begitupun, kelebihan skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu tidak bertahan lama apabila Ahmad Fakri Saarani menyamakan kedudukan buat Kelantan pada minit ke-19.

Skuad The Red Warriors kembali mengasak benteng pertahanan PKNS dan hasilnya, Shakir Ali meledak gol kedua pada minit ke-26.

Pemain kelahiran Kedah itu berjaya memanfaatkan hantaran kapten, Mohd. Badhri Mohd. Radzi untuk mudah menewaskan penjaga gol PKNS, Mohd. Remezey Che Ros.

Kerancakan permainan semakin dirasai apabila penyerang gantian PKNS, Karlo Primorac menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti ketika aksi babak pertama berbaki tiga minit.

Pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab memberikan sepakan penalti itu selepas tonggak pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri menjatuhkan Ronaldinho di kawasan kotak penalti.

PKNS kembali menghidupkan peluang mara ke separuh akhir apabila memperoleh gol menerusi jaringan Hamka Hamzah pada minit ke-71.

Namun, Kelantan membalas dengan gol penyamaan hasil jaringan penyerang import, Mohamed Ghaddar berselang seminit kemudian.

PKNS cuba mencari gol tambahan dalam tempoh 15 minit terakhir perlawanan, namun keputusan 3-3 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Johor Darul Takzim (Johor DT) mengecewakan tuan rumah, Kedah apabila menang 2-0.

Kemenangan itu membolehkan Johor DT mara ke separuh akhir dengan agregat 5-1 selepas Harimau Selatan menang 3-1 pada aksi suku akhir pertama di Larkin minggu lalu.

Dalam aksi malam tadi, dua gol Johor DT masing-masing dijaringkan oleh dua penggempur Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali.

Masih ada masa rebut tempat

Posted:

Masih ada masa rebut tempat

Masih ada masa rebut tempat

KURANG sebulan lagi sebelum skuad hoki senior negara menghadapi ujian sulung tahun ini - Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Ipoh, Perak bulan depan.

Sebagai langkah persediaan, seramai 16 pemain telah berlepas ke Australia semalam bagi menjalani latihan intensif dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan.

Namun, ketua jurulatih negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, seramai 11 pemain yang telah mengesahkan tempat untuk beraksi pada PSAS kali ini dikecualikan daripada berlatih di Australia.

11 pemain terbabit ialah Roslan Jamaluddin, S. Kumar, Faizal Saari, Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri, Shazril Irwan Nazli, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Mohd. Fitri Saari, Muhamad Ramadan Rosli, Muhammad Rashid Baharom, Muhammad Firhan Ashaari dan Faiz Helmi Jali.

Empat lagi pemain yang dihimpit masalah kecederaan - Ismail Abu, Kavin Kartik Govindasamy, Nabil Fiqri Mohd. Noor dan Muhammad Razie Abdul Rahim juga tidak dibawa ke Australia.

"Faizal dan Kumar tidak akan menyertai kami ke Australia kerana mereka akan pulang dari India dalam masa terdekat.

"Jadi, pemain-pemain yang dibawa ke Australia perlu membuktikan keupayaan mereka untuk terpilih beraksi pada PSAS nanti.

"Sebahagian daripada pemain yang tidak terpilih pula akan direhatkan untuk memberi tumpuan bagi menghadapi Cabaran Juara-Juara 1 di Kuantan April depan.

"Saya ingin tekankan jika ada pemain yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan di Australia, saya tidak teragak-agak untuk menggugurkan mereka," katanya ketika ditemui Kosmo! di Bukit Jalil, semalam.

Tambah Dhaarma Raj, skuad negara akan menghadapi enam perlawanan persahabatan termasuk empat kali menentang skuad Pilihan Australia dan dua kali bertemu pasukan Institut Sukan Australia.

"Ada enam perlawanan persahabatan nanti dan jika tiada halangan, mungkin akan tambah satu lagi perlawanan menentang pasukan Universiti Western Australia.

"Apabila pulang ke Malaysia nanti (2 Mac depan), kami akan bertemu China sekali dan Kanada dua kali sebelum bertanding pada PSAS (13 hingga 23 Mac depan)," katanya.

Dalam pada itu, lima pemain remaja telah dipanggil untuk menjalani latihan bersama 11 pemain yang dikecualikan ke Australia.

Lima pemain itu ialah Joel Samuel Van Huizen, Muhammad Haziq Samsul, Shafiq Sumantri, Nor Azrul Abd. Rahman dan Muhammad Firdaus Omar.

FAS kemuka aduan kepada FAM

Posted:

FAS kemuka aduan kepada FAM

FAS kemuka aduan kepada FAM

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


SUKRI melayangkan kad merah kepada Junior (dua dari kiri) pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching Sabtu lalu.


PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) telah mengemukakan aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung pengadil, Sukri Abdul Rahman yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur lucah kepada kapten Sarawak, Joseph Kalang Tie.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi telah menghantar surat kepada FAM kelmarin untuk diambil perhatian sewajarnya.

Mohamad Abu Bakar yang juga pengurus pasukan Sarawak menegaskan, kini terpulang kepada FAM untuk mengambil tindakan lanjut berhubung insiden tersebut.

"Bagi kami (FAS), perkara itu memang diambil serius. Para pengadil sepatutnya menjaga imej mereka dan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku.

"Kami berharap FAM akan mengambil tindakan lanjut berhubung aduan rasmi kami itu agar memberi pengajaran kepada semua pihak pada masa hadapan," katanya kepada pemberita di Kuching semalam.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan Kalang telah mengadu kepada ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts bahawa Sukri telah mengeluarkan perkataan berbaur lucah kepadanya sejurus tamat aksi Liga Super menentang Perak di Stadium Negeri, Kuching Sabtu lalu.

Sukri didakwa mengeluarkan perkataan tersebut selepas Kalang meminta penjelasan kepadanya berhubung beberapa tindakan yang diambil oleh pengadil terbabit ketika mengendalikan perlawanan.

Sementara itu, akhbar semalam melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati hanya terdapat salah faham berhubung insiden tersebut.

Astaman berkata, Kalang berkemungkinan tersalah dengar seolah-olah perkataan itu berbaur lucah.

"Saya difahamkan Sukri menyebut 'You selalu kacau' tetapi pemain berkenaan (Kalang) mungkin salah dengar. Apa pun, kalau ada kesalahan etika, kami akan ambil tindakan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Barangan berjenama dipos dengan kapal

Posted:

Barangan berjenama dipos dengan kapal

Barangan berjenama dipos dengan kapal

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

ANTARA barangan yang ditempah oleh pelanggan dan sedia untuk dipos.


STRATEGI pemasaran dalam perniagaan sudah beralih kepada satu tahap baharu iaitu menerusi promosi di laman sosial. Terkini, laman sosial instagram menjadi antara medium paling berkesan untuk meraih perhatian pelanggan.

Fenomena tersebut dilihat sebagai satu perkembangan baik dalam dunia perniagaan kerana bakal pelanggan berpeluang mencuci mata di alam maya sebelum membuat keputusan. Persaingan antara peniaga turut disifatkan sengit kerana saling bertanding untuk menawarkan keistimewaan barangan masing-masing pada harga yang berpatutan.

Jika kena gaya, si peniaga mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda kerana kos sewa tapak sudah dapat dijimatkan. Perniagaan boleh dijalankan dengan hanya memiliki barangan dan akaun laman sosial.

Kru Kosmo! tertarik dengan akaun instagram yang menjual barangan berjenama dari England dan menawarkan perkhidmatan penghantaran ke Malaysia pada harga cukup berpatutan. Akaun yang bernama uk_station itu dimiliki oleh rakyat Malaysia yang masih meneruskan pengajian di negara berkenaan. Perkembangan mengenai perniagaan mereka juga boleh diakses di laman Facebook, UK Station.

Pemiliknya, Muhammad Hatta Ghazali, 25, dan isterinya, Siti Nor Zulaikha Kamarulzaman, 24, mendapat idea untuk menjalankan perniagaan barangan berjenama merentasi benua kerana ingin melihat rakyat Malaysia memiliki barangan tersebut pada harga yang jauh lebih murah berbanding pasaran tempatan.

Kumpul wang

"Jika kami mampu memiliki barangan berjenama antarabangsa di sini, kami juga mahu melihat keluarga, rakan-rakan dan orang ramai mendapat peluang yang sama.

"Kami sedar bahawa rakyat kita berada dalam kelompok pendapatan sederhana. Jadi, kami memperkenalkan konsep bayaran sebanyak tiga kali sehingga barangan yang diingini selamat tiba kepada pelanggan," ujar Muhammad Hatta melalui kiriman e-mel kepada Kosmo!.

BARANGAN yang selamat tiba di tanah air perlu dibuka dan diasingkan sebelum dipos kepada pelanggan.


Harga barangan tertakluk pada jenis dan harga pasaran yang dijual di England. Setakat ini, julat harga barangan bermula dari RM150 hingga RM3000 seunit.

Bagi memastikan harga barangan berjenama yang diidam pelanggan ditawarkan pada kadar mampu milik, mereka menggunakan khidmat pengeposan ke Malaysia dengan kapal yang mengambil masa selama dua bulan untuk tiba di Malaysia. Sementara pelanggan menunggu barangan tiba, mereka boleh mengumpul wang untuk membuat bayaran kedua dan ketiga sehingga mereka menerima barangan yang ditempah.

Antara barangan yang ditawarkan di uk_station ialah set barangan dapur berjenama Tefal, Andrew James, Kenwood, Morphy Richards dan Richardson Sheffiled.

Tidak terkecuali, pakaian, jam tangan, beg dan pewangi turut dijual. Jenama yang sering mendapat permintaan daripada pelanggan ialah Tod's, Clarks, Kurt Geiger, Michael Kors, Adidas, Nike, Fred Perry, Ralph Lauren, Hard Rock London, Ben Sherman, Ted Baker, Superdry dan Dr. Martens.

Muhammad Hatta yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah merupakan pelajar sarjana muda Sains Komputer di Universiti Brunel London, England, manakala Siti Nor Zulaikha sedang menuntut dalam bidang sarjana muda Komputer Forensik di Universiti South Wales, England.

Mereka berdua memulakan perniagaan tersebut sekitar bulan September 2013 yang hanya diketahui oleh keluarga terdekat. Biarpun menjalankan perniagaan secara sambilan, kedua-dua pemilik uk_station tersebut bijak membahagikan masa dengan pelajaran agar matlamat utama iaitu menuntut ilmu di bumi Eropah tidak terjejas.

"Sepanjang menguruskan perniagaan ini, kami berdua tidak pernah rasa terbeban. Bagaimanapun, kadangkala kami terpaksa membalas pertanyaan pelanggan agak lewat ekoran kesibukan mengikuti pengajian dan perbezaan masa antara England dan Malaysia iaitu sebanyak lapan jam," jelasnya.

Buku soal jawab pemakaian tudung

Posted:

Buku soal jawab pemakaian tudung

Buku soal jawab pemakaian tudung

MOHD. SOLLEH menunjukkan buku terbaharunya yang berada di pasaran pada hujung bulan lalu.


"BETULKAH menutup aurat itu wajib? Tudung merupakan simbol penindasan wanita! Tunggulah sehingga tua nanti."

Persoalan di atas merupakan sebahagian daripada alasan yang diberikan oleh golongan wanita dalam buku kelima karya Mohd. Solleh Ab. Razak, 29, yang berjudul Auratku Maruahku.

Menurut anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, buku yang telah berada di pasaran pada hujung bulan lalu tersebut ditulis selepas mendapati ramai wanita sering memberi alasan untuk tidak memakai tudung dan menutup aurat.

"Kaum wanita sering memberi alasan sehingga menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan berkaitan kewajipan wanita Muslimah berpakaian mengikut syariat Islam.

"Kaedah dan keperluan menutup aurat dengan sempurna semakin dikaburi oleh fesyen dan gaya hidup masyarakat Islam moden," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Ujarnya, buku hasil kerjasama beliau dan isterinya, Siti Nur Fatimah Hassan itu cuba merungkai semua keraguan dan kemusykilan kaum wanita dengan persembahan kandungan dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan pembaca memahami kepentingan syariat itu.

Nasihat

Tambah bapa kepada lima cahaya mata itu, setiap persoalan dijawab berserta huraian, rujukan al-Quran dan hadis serta ilustrasi bagi menarik minat para pembaca terutamanya golongan remaja.

"Buku ini menjawab 30 alasan yang sering diberikan oleh wanita untuk tidak menutup aurat berkonsepkan nasihat daripada seorang kakak kepada adik secara santai," katanya sambil memberitahu genre permasalahan masyarakat sering menjadi pilihan dalam penulisannya.

BUKU Auratku Maruahku menjawab 30 alasan yang sering diberikan oleh wanita untuk tidak menutup aurat.


Beliau yang berkelulusan dalam bidang sarjana di Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya memaklumkan, buku setebal 151 muka surat itu sesuai dijadikan bahan bacaan usrah, rujukan di perpustakaan dan hadiah.

Mengulas berkenaan pembabitannya dalam bidang penulisan, beliau berkata, minatnya untuk menulis timbul ketika sedang belajar memahirkan diri menaip menggunakan papan kekunci komputer ketika menuntut di universiti. Ketika itu, beliau menaip semula buku-buku karya Ustaz Pahrol Mohd. Joui dan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Manfaat

Beliau yang juga merupakan imam di Masjid al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur berkata, satu ketika timbul perasaan untuknya menghasilkan sesuatu yang mampu memberi manfaat kepada orang lain seperti karya-karya penulis kegemarannya itu.

"Hasilnya, pada tahun 2011, saya berjaya menyiapkan sebuah buku bertajuk Wasiat Ulama. Buku tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila berjaya dijual hampir 20,000 naskhah.

"Selepas kejayaan buku pertama itu, saya semakin bersemangat untuk menulis dan berjaya menyiapkan tiga lagi buah buku antaranya, Anakku Seorang Hafiz, Melahirkan Anak Pencinta al-Quran dan Sehingga al-Quran Terpahat di Hati.

Selain kerjaya sebagai imam masjid, beliau juga merupakan guru di Sekolah Menengah Islam IQKL, TTDI, Kuala Lumpur.

Katanya, walaupun sibuk dengan aktiviti seharian, namun disebabkan minat mendalam terhadap bidang penulisan, beliau akan meluangkan sedikit masa untuk mencari bahan-bahan penulisan dan menulis.

"Apabila dapat idea untuk menulis, saya terus tulis di nota-nota kecil dan kemudiannya dikembangkan dengan mencari bahan-bahan di perpustakaan dan menulis sekiranya ada kelapangan," kata beliau.

Kini, beliau sedang menyiapkan buku kesinambungan daripada Auratku Maruahku yang bakal dikeluarkan dalam tahun ini.

Buku berjudul Divi Solehah itu memberi fokus mengenai cara pemakaian tudung, menutup aurat dan penampilan diri yang betul seperti disyariatkan oleh Islam.

Maritim aset kekuatan Esscom

Posted:

Maritim aset kekuatan Esscom

Maritim aset kekuatan Esscom

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB


AKTIVITI pembanterasan kemasukan PATI ke negara ini turut menjadi tumpuan Maritim Malaysia.


TIDAK dinafikan laut boleh menjadi kawan kepada manusia apabila dijadikan sebagai laluan untuk urusan perdagangan mahupun perhubungan dua hala melibatkan negara.

Namun, laut juga boleh menjadi platform permusuhan misalnya, laluan utama anasir jahat untuk sampai ke darat sebelum mencetuskan pencerobohan.

Selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari tahun lalu, pelbagai cadangan disuarakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang meliputi kawasan sepanjang 1,400 kilometer di pesisir pantai Sabah dianggap sebagai langkah paling tepat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang bertanggungjawab mengawal perairan negara.

Kesiapsiagaan

Ketua Pegawai Staff Operasi Maritim Malaysia di Esscom, Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi berkata, kesiapsiagaan pasukan tersebut terus kukuh melalui pembangunan lima buah posnya sebelum 1 Jun tahun ini.

Katanya, ia melibatkan pos di Kinabungan (Pitas), Beluran, Felda Sahabat, Kunak dan Inderasabah (Tawau).

"Sebelum ini, kita mempunyai lima pos utama iaitu di Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

"Tambahan lima pos ini akan memudah dan meningkatkan pemantauan keselamatan khususnya di setiap 60 batu nautika di sekitar Zon Selamat Pantai Timur Sabah di bawah Esscom.

"Ini termasuklah pemantauan dalam aspek pencemaran maritim oleh golongan tidak bertanggungjawab, pengedaran dadah, lanun laut serta pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya ketika ditemui di Pejabat Pentadbiran Esscom di Lahad Datu baru-baru ini.

Melalui pos kawalan itu, secara langsung menunjukkan bahawa kerajaan begitu serius dalam menonjolkan kekuatan dan mempamerkan keyakinan kepada penduduk di sekitar Pantai Timur Sabah selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu.


DUA anggota Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan di perairan Sabah.


Ujar Karunanithi, tumpuan penugasan maritim turut dikhususkan dengan melibatkan lima kawasan penumpuan dari Kudat ke Tawau.

"Sehubungan itu, kita telah mengatur gerak masing-masing tujuh buah kapal dan bot dalam mengawal perairan sepanjang Zon Selamat Sabah Timur (Esszone), 24 jam setiap hari.

"Pada masa sama, kita juga sentiasa menjalankan operasi bersepadu dan terkoordinasi bersama agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Polis Marin dalam menentukan keselamatan perairan negara terpelihara," katanya.

Sebagai rekod, Karunanithi berkata, pihaknya telah melakukan 3,042 pemeriksaan dengan 82 tangkapan meliputi PATI, penyeludupan dan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu sepanjang Mac hingga Disember 2013.

Sesuai dengan tugasnya sebagai 'penjaga' maritim Esscom, elemen Pasukan Tindakan Khas (PTK) Maritim Malaysia atau dikenali Starteam turut diserapkan bagi memastikan kemantapan pengawalan dan penguatkuasaan.

Keupayaan PTK juga sememangnya telah dikenali setanding dengan pasukan khas lain dalam negara dengan menerima latihan sama seperti unit Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Pasukan Khas Udara (Paskau).


KARUNANITHI (empat dari kiri) bersama anggota tentera di Pos Sahabat ketika menjalankan tugas bersama di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).


Tindakan pantas

Ia diakui oleh Laskar Kanan Maritim, Mohd. Farizal Che Harun yang memberitahu tugas mereka adalah berada di barisan hadapan dalam sesuatu operasi yang memerlukan tindakan pantas, cepat dan berkesan dalam memerangi keganasan, pencerobohan dan menyelamat.

"Sebagai anggota dalam PTK, kecekapan para anggota dari segi kemahiran dan fizikal harus berada di tahap optimum dengan pemilihan anggotanya dilakukan mengikut standard diguna pakai dalam pasukan elit lain.

"Kehadiran kami, secara langsung menunjukkan kesiapsiagaan seluruh pasukan keselamatan bagi memastikan kedaulatan negara terjaga," katanya yang diserapkan sejak tahun 2004.

Dalam memastikan sesuatu operasi lebih berkesan, ramai melupakan bahawa tugas selaku ketua bot pemintas turut memainkan peranan penting serta tidak keberatan dikatakan bertindak peninjau utama.

"Berada di laut lebih berbahaya berbanding daratan dengan risiko keselamatan anggota sangat tinggi melihat kepada aspek bantuan dan kawasan persembunyian agak terhad.

"Sekiranya diberikan penugasan, ketua bot mempunyai masa dua hingga tiga jam bagi mencari kawasan sesuai bagi tujuan pemantauan secara menyeluruh bergantung kepada operasi diberikan," kata Ketua Bot Pemintas Kilat Maritim Malaysia di Lahad Datu, Bintara Muda Maritim, Ahmad Zaharudin Baharudin.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved