Ahad, 16 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Habibah ubah trend songket tradisional

Posted:

Habibah ubah trend songket tradisional

Habibah ubah trend songket tradisional

KEHADIRAN Habibah Zikri ke Terengganu pada tahun 1982 telah mengubah salah satu warisan konvensional negeri tersebut. Selepas mengutip pengalaman selama sedekad sebagai pereka bahagian tekstil bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Habibah yakin untuk memilih haluannya sendiri.

Kampung Rhu Renggeh, Marang menjadi permulaan kepada kerjaya solo Habibah. Kecintaannya terhadap songket Terengganu mendorong ibu kepada tiga anak itu untuk membangunkan sebuah bengkel menenun songket. Habibah mahu membawa pembaharuan dalam industri songket negara.

Menukar songket tradisional kepada konsep lebih moden mungkin kedengaran gila pada ketika itu. Sebagai orang luar, Habibah dibentak kerana cuba merosakkan tradisi zaman-berzaman milik Terengganu.

Songket Terengganu tradisional lebih banyak memaparkan motif pucuk rebung. Habibah pula memperkenalkan songket dengan corak baharu berteraskan flora dan geometri.

Gabungan motif klasik dan moden dalam setiap helaian songket Habibah dikaji terperinci berdasarkan kesesuaian warna, jalinan dan nilai eksklusif.

"Memang pada awal penubuhan, saya lalui pelbagai dugaan. Namun itu semua cerita lama. Pahit untuk dikenang," begitu pendirian Habibah, 66, individu di sebalik Bibah Songket yang menerima bantuan daripada Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran.

Tahun-tahun pertama Bibah Songket, kediaman peribadi usahawan dari Sungai Petani, Kedah itu dijadikan bengkel menenun. Hasrat mahu mengubah trend konvensional songket Terengganu dimulakan Habibah dengan memberi penekanan kepada perubahan motif.

Bakat melukis miliknya banyak mengilhamkan karya songket di luar imaginasi. Corak bunga menjadi eksperimen awal Habibah. Tumpuan terhadap songket berciri eksklusif meletakkan Bibah Songket dalam kelas yang tersendiri.

Tidak seperti kebanyakan songket tradisional, Habibah mengutamakan kehalusan perincian dan berani mengambil risiko dengan mencipta songket bermotif rumit.

Inovasi berterusan bagi mengenal pasti trend semasa yang mengambil kira cita rasa masyarakat terhadap warna dan corak membolehkan Bibah Songket sering tampil bersama rekaan moden.

KERUMITAN corak dan kehalusan kerja Bibah Songket menjadikan ia item eksklusif yang tinggi nilai seni.


Idea Habibah

Sedekad Habibah mempertahankan songket Terengganu rekaannya. Dalam tempoh itu juga, keterbukaan masyarakat terhadap pembaharuan yang dibawanya menginjak positif secara berperingkat.

Kini, kita dapat melihat secara meluas, sama ada mahal atau murah, songket Terengganu dengan cantuman motif flora dan tradisional dijual kebanyakan peniaga. Siapa sangka, idealisme Habibah yang diperlekeh segelintir pihak sebelum ini diguna pakai majoriti pengusaha songket tempatan.

Gabungan ciri tradisional dan moden dalam karya Bibah Songket menjadikan ia lebih praktikal dan segar. Peralihan cita rasa masyarakat terhadap songket berciri sebegitu juga secara tidak langsung mengubah konsep konvensional songket Terengganu.

Bibah Songket mula diberi perhatian dan dipandang serius oleh pencinta songket Terengganu. Pelanggan Bibah Songket juga bukan calang-calang. Malah, songket pertama keluaran Bibah Songket dibeli oleh bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Memandangkan Bibah Songket satu-satunya pengusaha songket tempatan yang mampu menghasilkan songket tradisional dengan campuran warna dan rekaan moden, karyanya menjadi buruan individu berpengaruh.

"Kalau tengok warna, teknik dan perincian, orang boleh tahu yang ia merupakan keluaran Bibah Songket.

"Kos penghasilan songket eksklusif ini memang tinggi. Namun saya tidak berkira sangat sebab niat asal saya adalah untuk memajukan warisan negara ini," ujar Habibah yang juga menghasilkan songket untuk dijadikan hiasan dalaman rumah, cenderamata korporat, hotel dan lawatan orang kenamaan.

Bagi mengekalkan standard eksklusif Bibah Songket, setiap bulan, pihaknya pasti akan tampil dengan rekaan baharu. Pemilihan motif dan warna banyak diputuskan menerusi penggunaan paling terkini rumah-rumah fesyen antarabangsa.

Biarpun moden dari segi rekaan, Bibah Songket masih mengekalkan proses penghasilan asli. Lapan peringkat asas pembuatan songket dilakukan secara tertib dan terperinci agar hasilnya nanti menepati lakaran awal.


PROSES penghasilan songket Bibah masih menggunakan cara tradisional.


Benang emas

Lapan proses itu merangkumi mewarna dan menerai benang, menganing, menggulung, menyapuk, menggarat, menyongket, menekat dan menenun.

Anak kedua Habibah, Sabrena Shamsul Baharin, 34, yang juga memegang posisi dalam bahagian pemasaran strategik bagi Bibah Songket menjelaskan, prosedur lengkap untuk menghasilkan songket asas memakan masa hampir dua bulan.

"Setiap songket mempunyai jangka masa yang berbeza-beza, bergantung kepada tahap kesukaran rekaan," ujar Sabrena.

Penggunaan alat menenun yang dipanggil kek atau kei dalam kalangan masyarakat Kelantan juga memastikan pemeliharaan mutu songket Terengganu ciptaan Bibah Songket. Begitupun, jika songket itu menggunakan kain broked, ia perlu dihasilkan dengan mesin.

Benang-benang yang diwarna juga disesuaikan mengikut reka corak dan permintaan pelanggan. Selain benang metalik, bagi menambah nilai eksklusif, songket akan dihasilkan menggunakan benang emas atau sutera yang diimport dari China.

Penetapan harganya pula satu perkara yang subjektif. Ramai tertanya-tanya mengapakah songket Terengganu asli boleh dijual mencecah ribuan ringgit? Menurut Sabrena, setiap songket mempunyai harga berbeza, bergantung kepada kepayahan penghasilan dan tempoh yang diambil bagi menyiapkannya.

Difahamkan, songket yang halus buatannya boleh memakan masa hampir lima bulan untuk disiapkan. Justeru, harganya juga mahal, setimpal dengan kos keseluruhan yang mengambil kira kerumitan motif, material, kos pekerja dan masa. Anggaran harga bagi songket eksklusif biasanya antara RM5,000 hingga RM10,000 sehelai.

Tambah Sabrena, Bibah Songket pernah cuba mengeluarkan songket berkos rendah. Bagaimanapun ia kurang mendapat sambutan memandangkan terlalu banyak songket 'mampu milik' dijual di pasaran.

Justeru, Bibah Songket lebih selesa memfokuskan perusahaan mereka terhadap songket eksklusif. Biarpun harganya agak mahal, ia masih menerima tempahan memberangsangkan khususnya daripada individu yang tahu nilai sebenar sehelai songket.

Selepas berjaya membina tapak dengan menjadikan rumahnya sebagai bengkel, Habibah kemudiannya mewujudkan ruangan khusus di luar rumahnya menjadi bengkel kedua Bibah Songket.

HABIBAH (kanan) dan Sabrena melakukan proses lakaran rekaan songket baharu setiap bulan.


Curah kepakaran

Perusahaannya berkembang dan dengan sokongan Kraftangan Malaysia, Habibah berhasil membangunkan sebuah bengkel menenun. Ia dilengkapi peralatan menenun dan kini mempunyai kira-kira 20 pekerja.

Seorang pekerja Bibah Songket, Nurul Syahirah Abdullah, 19, berkongsi pengalaman dua tahun menjadi penenun songket. Wanita dari Marang itu mula berkhidmat di bengkel Habibah selepas tamat sekolah menengah.

Minat terhadap warisan negerinya itu membuatkan dia gembira mencurahkan kepakaran yang ada. Tanpa sebarang pengetahuan asas terhadap penghasilan songket, Nurul Syahirah memberitahu, dia mengambil masa setahun untuk menguasai keseluruhan proses.

Sambil tangannya cekap menyusun lidi melalui celahan benang loseng, mulutnya lancar bercerita tentang bidang tugas seorang penenun songket.

"Kain songket yang kami hasilkan adalah sepanjang dua meter setengah. Dalam sehari boleh siapkan 0.08 hingga 0.1 meter. Kalau silap ikut corak yang ditetapkan, terpaksalah buka semula dan betulkan," tutur Nurul Syahirah yang menambah bahawa proses menyongket hanya dilakukan seorang manakala menenun memerlukan tiga orang.

Puak Kajang mahu pertahankan tradisi

Posted:

Puak Kajang mahu pertahankan tradisi

Puak Kajang mahu pertahankan tradisi

WANITA puak Kajang ini mengangkat barang dengan meletakkannya di atas kepala.


SEJAK berabad-abad lamanya, dalam kawasan hutan terpencil di kepulauan Indonesia, wujud satu puak yang dikenali sebagai Kajang yang terpisah daripada kehidupan moden.

Kehidupan mereka lebih asas jika dibandingkan dengan puak Amish di Amerika Syarikat iaitu tinggal di rumah-rumah kayu, memakai kain sarung hitam dan perhiasan di kepala.

Malah, ia jauh berbeza dengan kebanyakan penduduk di kawasan pedalaman di negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu. Kebanyakan kawasan kini mempunyai bilangan golongan menengah yang meningkat, pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya dan penggunaan telefon pintar.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini wujud kebimbangan apabila kawasan kediaman puak Kajang di hutan Tana Toa di tengah-tengah kepulauan Sulawesi itu semakin terancam.

Pihak berkaitan bimbang apabila kawasan hutan yang dianggap keramat oleh sesetengah puak di negara itu mengalami kemusnahan alam sekitar yang teruk selain kemasukan teknologi secara meluas sehingga mempengaruhi kehidupan mereka.

Kini, kerajaan tempatan di daerah Bulukumba berharap boleh mengguna pakai keputusan Mahkamah Perlembagaan Indonesia sebagai batu loncatan untuk memberikan puak Kajang hak mengurus hutan tersebut yang sebelum ini dimiliki oleh pihak kerajaan.

Hak autonomi

Kumpulan hak asasi Aliansi Masyarakat Adat Nusantara (AMAN) menyatakan, daerah tersebut merupakan kawasan pertama di Indonesia menggunakan keputusan mahkamah untuk menyerahkan hak autonomi yang merupakan satu peristiwa penting kepada 70 juta penduduk negara itu.

Usaha membantu puak Kajang dilakukan oleh orang luar, justeru tidak hairanlah puak tersebut berasa sangsi dengan tindakan itu.

Menurut ammatoa atau ketua puak tersebut, Puto Palasa, dia tidak membantah selagi langkah yang diambil itu tidak mengubah kehidupan tradisional mereka selain menganggap tindakan tersebut memang tepat dalam mempertahankan hutan yang mereka sayangi.


GOLONGAN wanita Kajang mempunyai kemahiran dalam menenun kain.


"Pemeliharaan hutan akan membuatkan bumi bertahan lebih lama," kata Puto yang tidak pernah menjejakkan kaki di luar kawasan tersebut selain tidak mempunyai pendidikan formal.

"Daun memanggil hujan, akar adalah rumah bagi mata air dan hutan merupakan paru-paru dunia," katanya dalam bahasa asalnya yang dipanggil 'Konjo'.

Kemodenan

Tanda-tanda kemodenan sudah memasuki tanah puak Kajang yang jumlahnya sekitar 5,000 orang dengan majoritinya masih mengamalkan kehidupan tradisi mereka, ujar seorang pegawai kerajaan tempatan.

Lawatan baru-baru ini di Tana Toa mendapati, beberapa orang pemuda Kajang memegang telefon bimbit manakala yang lain memakai selipar.

Bagaimanapun, terdapat beberapa tradisi yang masih dilakukan, antaranya puluhan lelaki mengangkat batang pokok besar untuk membina sebuah rumah tradisional manakala buah keras digunakan sebagai bahan bakar untuk dijadikan lampu pada waktu malam.

Sementara itu, Kajang juga mempunyai sistem kerajaannya yang tersendiri. Ia terdiri daripada 37 menteri, termasuk seorang menteri pertanian yang berkuasa memutuskan lokasi sesuai untuk aktiviti pertanian selepas melakukan kajian terhadap sistem bintang.

Mereka juga melaksanakan hukuman termasuk denda dan sebat terhadap individu yang melanggar peraturan seperti menghapuskan pokok yang tumbang secara semula jadi atau menangkap udang di sungai, aktiviti-aktiviti tersebut dipercayai akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam ekosistem.

Tidak banyak yang diketahui mengenai asal-usul puak tersebut atau telah wujud berapa lama tetapi mereka mendakwa Kajang merupakan orang pertama di bumi. Oleh itu, mereka bertanggungjawab untuk melindungi tanah tinggalan nenek moyang mereka. Dalam kalangan mereka ada yang menganut kepercayaan lama dan Islam.

Tanah mereka meliputi sekitar 760 hektar, manakala kawasan hutan yang dianggap suci oleh suku itu meliputi 330 hektar, menurut kumpulan penyelidikan dari Pusat Perhutanan Dunia. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


40 keluarga terima bantuan kewangan sebanyak RM500

Posted:

40 keluarga terima bantuan kewangan sebanyak RM500

40 keluarga terima bantuan kewangan sebanyak RM500

JAINAB menyampaikan bantuan kewangan kepada salah seorang penerima di Dewan Serbaguna Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini.


AGIH. Seramai 40 keluarga menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap keluarga daripada Pusat Zakat Sabah melalui tabung Zakat Asnaf Fisabillillah di Dewan Serbaguna Likas, Sabah baru-baru ini.

Mereka merupakan mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata Likas yang memusnahkan 18 buah rumah, 30 Januari lalu.

Sumbangan disampaikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Menurut Jainab, sumbangan tersebut bagi membantu mereka meneruskan kehidupan seharian.

Petronita sumbang mesin bantu pesakit buah pinggang

Posted:

Petronita sumbang mesin bantu pesakit buah pinggang

Petronita sumbang mesin bantu pesakit buah pinggang


SHARIFAH SALWA (tengah) beramah mesra dengan pesakit buah pinggang ketika hadir ke program Sentuhan Kasih Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUMBANGAN. Persatuan Isteri-Isteri dan Kakitangan Wanita Petronas (Petronita) menyumbang empat buah mesin dialisis automatik dan dua buah mesin hemodialisis kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) baru-baru ini.

Peralatan itu disampaikan oleh Presiden Petronita, Datin Sharifah Salwa Syed Kamaruddin kepada Timbalan Presiden NKF, Goh Seng Chuan pada majlis Sentuhan Kasih Tahun Baru Cina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, 35 pesakit buah pinggang menerima angpau masing-masing.

Sharifah Salwa berkata, program yang dilaksanakan sejak tahun 2005 itu merupakan aktiviti tahunan bagi meraikan golongan anak yatim, miskin serta warga emas.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Norani Mohd. Hashim dan Pengurus Besar Kanan, Bahagian Komunikasi Strategik Petronas, Norliza Kamaruddin.

Pelajar SMK Pusa, SK Kalok terima bantuan khas awal persekolahan RM100

Posted:

Pelajar SMK Pusa, SK Kalok terima bantuan khas awal persekolahan RM100

Pelajar SMK Pusa, SK Kalok terima bantuan khas awal persekolahan RM100


ROHANI (tengah) bergambar kenangan bersama pelajar selepas menyampaikan bantuan khas awal persekolahan RM100 kepada pelajar SMK Pusa dan SK Kalok, Beladin, Betong, Sarawak baru-baru ini.


BANTUAN. Seramai 1,036 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kalok di Beladin, Betong, Sarawak menerima wang bantuan khas awal persekolahan baru-baru ini.

Majlis penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Rohani yang merupakan Ahli Parlimen Batang Lupar berkata, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban para ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.

"Setiap murid atau pelajar menerima bantuan sebanyak RM100," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Rompak untuk bayar hutang

Posted:

Rompak untuk bayar hutang

Rompak untuk bayar hutang

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

INILAH van keselamatan yang membawa wang RM520,000 yang dilaporkan hilang ketika singgah di Taman Selat di Butterworth pada 31 Januari lalu.


BUTTERWORTH – Suspek utama yang merancang melarikan tiga karung beg berisi wang tunai bernilai lebih setengah juta ringgit pada 31 Januari lalu dipercayai melakukan jenayah itu untuk membayar hutang ah long dan hutang rumah.

Perkara itu terbongkar hasil siasatan ke atas lapan suspek termasuk pasangan suami isteri yang diberkas dalam beberapa siri tangkapan sejak 4 Februari lalu di Sungai Petani, Kedah. Pasangan suami isteri itu merupakan dalang rompakan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, dengan tangkapan tersebut, polis percaya sudah berjaya menyelesaikan kes rompakan wang berjumlah RM520,000 dalam sebuah van keselamatan di Taman Selat di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kereta Karam Singh hilang di Klang ditemui di Johor

Posted:

Kereta Karam Singh hilang di Klang ditemui di Johor

Kereta Karam Singh hilang di Klang ditemui di Johor

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

KLANG – Kereta Volkswagen Passat dan sebahagian barang yang disamun dari rumah wartawan penyiaran TV3, Datuk Karam Singh Walia di Taman Sri Andalas di sini pada Khamis lalu ditemui di sebuah rumah di Kampung Kempas Baru di Johor semalam.

Antara barang dipercayai milik keluarga selebriti yang popular dengan laporan alam sekitar itu ialah beberapa buah beg tangan wanita, pasport dan barangan elektronik seperti televisyen dan telefon bimbit. Kereta dan semua barangan tersebut ditemui tiga hari selepas rumah teres dua tingkat milik Karam Singh dipecah masuk.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Datuk lapan cucu mengaku menagih sejak 20 tahun

Posted:

Datuk lapan cucu mengaku menagih sejak 20 tahun

Datuk lapan cucu mengaku menagih sejak 20 tahun

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
berita@kosmo.com.my

ALOR SETAR - Hajat seorang warga emas yang juga datuk kepada lapan cucu mendapat bekalan dadah untuk melepaskan gian di bawah jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah di sini tidak kesampaian apabila lelaki itu dicekup polis semalam.

Lelaki berumur 62 tahun itu merupakan antara 42 penagih yang ditahan dalam operasi bersepadu selama enam jam bermula kira-kira pukul 6.30 pagi yang dilakukan pasukan polis bagi membanteras kegiatan itu.

Warga emas yang dikenali dengan panggilan Pak Long itu memberitahu, dia mula menjadi penagih dadah sejak berusia 20 tahun dan sering mendapatkan dadah jenis heroin daripada beberapa pengedar dadah di kawasan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rezeki penjual air berganda

Posted:

Rezeki penjual air berganda

Rezeki penjual air berganda

MINUMAN cendol pasti tidak mengecewakan ketika cuaca panas terik.


SEJAK cuaca panas terik melanda beberapa minggu lalu, aktiviti luar penduduk di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri seperti Perlis, Pulau Pinang dan Kedah agak sedikit terganggu.

Perubahan cuaca kering dan ekstrem yang mencecah suhu sekitar 36 darjah Celcius pada siang hari menyebabkan ramai yang mungkin berfikir berkali-kali sebelum melakukan sebarang aktiviti di luar rumah.

Seorang pekerja swasta, Mohd. Azhari Abdullah, 21, memberitahu, perubahan cuaca panas dan kering yang berlaku sepanjang minggu ini menyebabkan dirinya agak kurang selesa.

"Suhu sekarang membuatkan saya berasa rimas, kerap berpeluh dan kadangkala terasa mahu pitam.

"Walaupun berada di dalam rumah atau bilik pendingin hawa, suhu badan kekal panas, malah tekak masih terasa kering meskipun waktu malam," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Bagi seorang guru di sekolah swasta, Siti Ramla Chik, 39, berkata, fenomena cuaca panas dan kering ini tidak boleh dipandang ringan. Sehubungan itu, bagi memastikan kesihatannya tidak terjejas dia akan mengurangkan aktiviti di luar rumah.

Masih terkawal

"Cuaca panas sememangnya membuatkan kita rasa tidak selesa malah menjadikan tekak terasa kering dan perit. Selain itu, ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan penyakit seperti demam, batuk dan lain-lain lagi akibat kekurangan air," katanya ketika ditemui.


ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk menikmati cendol tatkala cuaca panas di gerai rojak cendol di hadapan Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Kuala Lumpur.


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan panas dan kering yang dialami di kebanyakan tempat di negara ini khususnya di Semenanjung Malaysia dijangka berterusan sehingga penghujung Februari ini.

Keadaan tersebut berlaku berikutan kadar hujan yang sedikit melibatkan beberapa kawasan terutama di bahagian utara Semenanjung sejak bulan lalu.

Namun begitu, orang ramai tidak perlu terlalu bimbang kerana fenomena ini masih lagi berada pada tahap yang terkawal dan pihak berkuasa belum ada perancangan untuk melakukan pembenihan awan.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional, Muhammad Helmi Abdullah, 50, berkata, walaupun cuaca dijangka panas sehingga penghujung Februari ini, namun ia masih berada pada tahap normal.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari dan minum air secukupnya. Selain itu, elakkan melakukan pembakaran terbuka dan jimatkan penggunaan air di samping memakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang," katanya.

Ketika ramai yang berasa agak kurang selesa dengan keadaan cuaca panas dan kering, lain pula ceritanya kepada rata-rata peniaga minuman.

Kepada seorang peniaga cendol dan rojak di Pandan Indah, Kuala Lumpur, Abdul Malik Mydin Batcha, 37, cuaca panas ini merupakan suatu rahmat kepadanya kerana perniagaan minumannya mencatatkan keuntungan yang berganda.

Bahkan, dia mendapat permintaan di luar jangkaan.

Lelaki yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu memperoleh jualan sehingga 40 peratus sejak negara dilanda fenomena cuaca panas berbanding sebelum ini.

"Orang ramai terutamanya di kawasan bandar ini gemar bersiar-siar pada waktu petang.

"Namun, cuaca panas ketika ini menyebabkan ramai yang singgah ke gerai saya untuk membeli cendol bagi menghilangkan dahaga," katanya yang berniaga tujuh tahun di gerai miliknya yang terletak di hadapan

MINUMAN air mata kucing Jalan Petaling menjadi pilihan orang ramai untuk membasahkan tekak ketika cuaca panas.


Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Abdul Malik mengenakan harga berpatutan kepada para pelanggan yang mengidam minum cendol ketika ini.

Harga cendol biasa dijual RM1.70 semangkuk dan cendol pulut pula RM2.30 manakala mereka yang berhasrat membawa pulang minuman itu hanya dikenakan bayaran RM2.

Menyegarkan

Selain cendol, Abdul Malik turut menjual rojak biasa pada harga RM3.50 dan rojak sotong RM5 sepinggan.

Menurut seorang lagi peniaga minuman mata kucing terkenal di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, Chan Pooi Chee, 40, cuaca panas dan kering ini banyak membantu meningkatkan jualan minumannya.

"Jualan air mata kucing meningkat antara lima hingga ke 10 peratus ketika cuaca panas sekarang. Rata-rata pengunjung di sini mencari minuman ini kerana ia amat menyegarkan.

"Setiap gelas air mata kucing dijual pada harga RM1.80 sahaja," katanya yang turut memberitahu pelancong asing juga menggemari minuman tersebut di saat negara dilanda cuaca panas.

Seorang pelajar kolej swasta, Risa Priya Mohanan, 20, memberitahu, dia tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba air mata kucing di Jalan Petaling.

"Rasa air berwarna coklat pekat yang dicampur dengan buah longan kering, buah lo han dan gula batu merupakan pilihan yang terbaik di saat tekak berasa dahaga dan perit," ujarnya.

Riwayat kesatria Hindu atas lukisan kanvas

Posted:

Riwayat kesatria Hindu atas lukisan kanvas

Riwayat kesatria Hindu atas lukisan kanvas


ISMADI menterjemahkan kisah Arjuna dengan unik menerusi karya lukisan atas kanvas dan arca.


APABILA disebut Arjuna dalam riwayat kitab Mahabharata, pastinya terbayang sebuah pentas teater menggambarkan kesatria terkemuka berparas menawan dan berhati lembut sedang memegang kemas busur panah.

Namun, gambaran itu berbeza sekali jika berkunjung ke Muzium Seni Asia di Universiti Malaya, Kuala Lumpur apabila kisah anak raja itu diterjemahkan dalam bentuk karya seni arca dan lukisan.

Menariknya, ia digarap dengan penuh warna-warni menerusi 15 lukisan akrilik atas kanvas, 10 lukisan lakaran, dua arca logam dan kayu.

Warna-warna yang digunakan pula seolah-olah melambangkan perjalanan hidup Arjuna dalam cerita epik lama itu yang menempuh pelbagai kisah suka duka.

Apa tidaknya, Arjuna yang tampan disifatkan sebagai angkuh dan sombong, berilmu tinggi dan cekap memanah, namun sifat buruknya ialah ragu-ragu dalam membuat tindakan atau keputusan.

Pengajaran

Adunan cerita Arjuna yang menarik itu dipersembahkan secara unik dan eksklusif oleh artis seni tersohor tanah air, Mohamad Ismadi Sallehudin, 43, menerusi Pameran Solo Arjuna di Muzium Seni Asia sejak 18 Januari lalu.

Mungkin ada yang pelik, mengapa Ismadi yang merupakan keturunan Melayu dan beragama Islam cuba mengangkat kisah riwayat legenda Hindu di dalam karya tersebut?

Bagaimanapun, bekas Dekan Fakulti Seni Halus di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu mempunyai sebab serta falsafah tersendiri hingga sanggup mengadaptasikan kisah Arjuna di dalam hasil karya itu.

"Kisah ini saya jadikan sebagai ukuran, sempadan, saranan dan pengajaran kepada kita.


ANTARA karya Ismadi yang dipamerkan pada Pameran Solo Arjuna di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


"Ini kerana, ada masanya kita perlu sentiasa beringat bahawa setinggi mana kedudukan, pangkat atau kuasa kita, jangan sesekali memandang rendah kepada mana-mana pihak atau menyalahgunakan kuasa itu," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menerusi karya tersebut, Ismadi mahu mengajak khalayak mengamati sesuatu yang tersirat dalam legenda kehidupan Arjuna dan mahu masyarakat mengambil pengajaran serta teladan daripada kisah berkenaan.

Sementara itu, pelukis yang berasal dari Kampung Peruas, Ulu Dong di Raub, Pahang itu mengambil masa selama lima bulan untuk menghasilkan Arjuna menerusi gaya sapuan di atas kanvas manakala genre arca daripada logam serta kayu pula disiapkan dalam tempoh sebulan.

Idea

"Sebenarnya idea menghasilkan Arjuna ini tercetus pada tahun 2004 dan saya mengakui karya solo ketiga ini menuntut saya membuat pemerhatian seni pada satu garisan yang fokus kepada riwayat Arjuna.

"Alhamdulillah, pameran solo ini mendapat sambutan memberangsangkan bukan sahaja rakyat tempatan bahkan daripada luar negara hinggakan ada artis warga Australia menawarkan supaya saya membuat pameran di Melbourne pada Julai nanti," ujar beliau.

Dalam pada itu, Ismadi menceritakan, dia banyak menyertai pameran bukan sahaja di dalam negara bahkan di luar negara sama ada secara berkumpulan atau solo.

Malah, pemegang Ijazah Sarjana Seni dari Universiti De Montfort, United Kingdom tersebut turut bergaul bersama pelukis-pelukis handalan luar negara termasuk anak buah pelukis legenda dunia, Pablo Ruiz Picasso bagi mempelajari seni dengan lebih mendalam.

"Saya banyak mengembara di Eropah dan boleh dikatakan 80 peratus negara-negara di benua itu telah dijelajahi. Saya juga sanggup tinggal bersama pelukis-pelukis warga asing bagi memudahkan saya belajar daripada mereka.

"Menerusi usaha itu, saya dapat menimba pengalaman, mendapat idea-idea baharu, menyelami emosi dan kemahiran pelukis-pelukis ini," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Kami bukanlah sarang bookie'

Posted:

'Kami bukanlah sarang bookie'

'Kami bukanlah sarang bookie'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KIM SWEE (kanan) akan membimbing skuad Harimau Muda A beraksi dalam saingan NPL Queensland mulai bulan depan.


BELUM lagi Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Australia bermula, skuad Harimau Muda A mula 'diserang' dengan satu tuduhan liar.

Semalam, media Australia, Brisbane Times melaporkan, kehadiran skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara itu akan membuka ruang lebih besar buat sindiket bookie untuk mengatur perlawanan di NPL Queensland.

Laporan itu turut mengimbas kembali beberapa insiden yang berlaku termasuk ketika penjaga gol kelab Geylang United, Yazid Yasin pernah disogok untuk menjual perlawanan ketika menentang Harimau Muda A dalam saingan Liga Singapura 2012.

Biarpun menegaskan Harimau Muda A bebas dari sebarang kes skandal atur perlawanan, pihak media Australia itu percaya, kedatangan skuad muda negara bakal memberikan impak negatif kepada NPL Queensland.

Ditanya mengenai perkara tersebut, jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee ternyata berang dengan laporan yang dikeluarkan itu yang dianggap karut.

"Saya boleh menerima sebarang pendapat tetapi untuk mengatakan kita membawa bookie, itu adalah satu kenyataan biadap dan tidak masuk akal.

"Saya tidak perlu komen banyak mengenai perkara ini kerana saya percaya semua liga dalam dunia ini memiliki masalah yang sama (skandal mengatur perlawanan).

"Kita beraksi di NPL Queensland dengan kebenaran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"NPL Queensland turut memberikan jaminan mereka memiliki skuad pemantau bagi mengawal gejala tidak bermoral ini.

"Jadi, saya menganggap cerita karut ini sebagai satu cabaran lebih getir buat anak-anak buah saya ketika bertandang ke Queensland nanti," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Kim Swee, beliau tidak mahu menjejaskan nama baik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila skuad kendaliannya beraksi dalam NPL Queensland mulai 8 Mac depan.

"Tujuan sebenar FAM menghantar skuad Harimau Muda A beraksi dalam NPL Queensland adalah mahu memberikan pendedahan kepada pemain-pemain muda.

"Sudah tentu saya kesal dengan beberapa laporan yang tidak masuk akal ini tetapi kami harus mengamalkan cara lebih profesional.

"Saya tidak mahu Harimau Muda A dituduh sebagai sarang bookie sebaik kedatangan kami ke Queensland," tegasnya.

Sarawak bidas pengadil

Posted:

Sarawak bidas pengadil

Sarawak bidas pengadil

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

SUKRI (kanan) mententeramkan pertikaman lidah antara pemain Perak dan Sarawak pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin.


SARAWAK terpaksa membayar harga tinggi ketika melakar kemenangan 1-0 ke atas Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin.

Ini kerana beberapa tonggak Sarawak mengalami kecederaan selain skuad Bujang Senang itu bakal kehilangan khidmat pemain tengah, Junior Eldstal dalam dua perlawanan akan datang kerana menerima kad merah.

Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts ternyata berang dengan beberapa keputusan pengadil, Sukri Abdul Rahman yang pada pandangannya gagal mengawal perlawanan dengan baik.

"Jika pengadil menggelar seseorang pemain dengan perkataan tidak elok semasa perlawanan berlangsung, itu sangat tidak baik.

"Pengadil mengeluarkan kata-kata kesat kepada Joseph (Kalang Tie) semasa perlawanan berlangsung dan dia (Joseph) telah mengadu kepada saya.

"Saya mengambil serius perkara ini. Anda sebagai pengadil sepatutnya mengadili perlawanan dengan baik bagi mengawal permainan, apa lagi anda sebagai pengadil profesional.

"Saya akan panjangkan perkara ini kepada pihak pengurusan Sarawak dan biarlah mereka yang mengambil tindakan untuk dipanjangkan kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia)," kata Alberts ketika ditemui pemberita selepas tamat aksi di Kuching kelmarin.

Dalam perlawanan tersebut, Sukri telah mengeluarkan 10 kad kuning termasuk satu kad merah kepada Eldstal dan perlawanan juga terpaksa dihentikan beberapa kali kerana aksi tegang daripada pemain kedua-dua pasukan.

"Kalau dilihat, para pemain Perak juga beberapa kali memprotes keputusan pengadil, kenapa mereka tidak dilayangkan kad kuning?," soalnya.

Dalam pada itu, Alberts melahirkan pujian kepada barisan benteng pertahanan Sarawak yang berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam lima perlawanan berturut-turut termasuk dalam dua pada kempen Piala FA setakat ini.

"Bukan senang mengekalkan rekod tanpa bolos dalam lima perlawanan berturut-turut dan bagi saya, disiplin serta semangat kerjasama yang tinggi adalah kunci kepada pencapaian baik itu.

"Apa yang penting, kami meraih tiga mata berharga malam ini (malam kelmarin) dan peningkatan prestasi pasukan keseluruhan setakat ini sangat membanggakan," katanya lagi.

Malam esok, Sarawak akan menanti kehadiran Felda United bagi aksi suku akhir kedua Piala FA selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lalu.

KL Felda United tepati ramalan

Posted:

KL Felda United tepati ramalan

KL Felda United tepati ramalan


MILIK KAMI... Skuad KL Felda United meraikan kejayaan muncul juara Piala Futsal FELDA-FAM 2014 di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.


PASUKAN pilihan, KL Felda United menepati ramalan apabila menjuarai Piala Liga Futsal Felda-FAM 2014.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Felda United menewaskan Selangor MPSJ 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 2-2 selepas tamat masa tambahan.

Ahmad Fawzul Hadzir muncul wira Felda United apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti terakhir bagi menewaskan penjaga gol MPSJ, Firdaus Razali.

Kejayaan itu jelas mengundang rasa teruja buat jurulatih Felda United, Zul Azmi Zulkifli yang menganggap ia hadiah paling berharga untuk para pemain dan pihak pengurusan atas usaha keras mereka selama ini.

"Saya tidak menyangka pemenang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

"Percaturan dalam tempoh dua minit terakhir (babak kedua) apabila kami cuba memperlahankan permainan telah mengundang padah.

"Ini kerana MPSJ berjaya menyamakan kedudukan untuk mengheret permainan ke masa tambahan dan seterusnya ke penentuan sepakan penalti," jelas Zul Azmi semalam.

Felda United berjaya memperoleh gol pembukaan menerusi Mohd. Azwann Ismail pada minit ke-12 sebelum Nurnaiim Abu Nangin menambah gol kedua berselang tiga minit kemudian.

Walaupun ketinggalan dua gol, semangat juang para pemain MPSJ masih tinggi dan hasilnya, pada minit ke-17 Noor Badruzzaman Noor Azlan menjaringkan gol pertama pasukannya.

Ketika kemenangan hampir memihak kepada Felda United, MPSJ berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Muhammad Shamsul Akmar Bin Zambri pada minit-minit terakhir perlawanan.

Dalam aksi masa tambahan, kedua-dua pasukan menunjukkan corak permainan yang seimbang, namun tiada gol dihasilkan walaupun banyak melancarkan serangan ke gawang masing-masing..

"Saya yakin pemain saya dapat bangkit dan dapat mengekalkan momentum pada penentuan sepakan penalti.

"Akhirnya para pemain saya dapat menyempurnakan penalti dan kami memperoleh kemenangan," ujar Zul Azmi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bencana Kelud dianggap bawa rahmat

Posted:

Bencana Kelud dianggap bawa rahmat

Bencana Kelud dianggap bawa rahmat

SEORANG lelaki menarik tali yang diikat pada kepala seekor lembu ternakannya untuk dipindahkan ke tempat lain di Malang semalam.- AFP


SIDOMULYO, Indonesia - Debu dan serpihan batu yang dihamburkan Gunung Kelud di Jawa Timur yang mula meletus pada pukul 10.56 malam waktu tempatan pada Khamis lalu dianggap oleh sebahagian penduduk sebagai rahmat kepada diri mereka.

Letusan kuat itu telah menyebabkan 200,000 orang yang tinggal berdekatan gunung berapi tersebut berpindah kelmarin manakala empat penduduk lagi terkorban dan tujuh buah lapangan terbang terpaksa ditutup.

Namun, seorang petani, Imam Choiri yang berusia 55 tahun berkata, debu dari gunung setinggi 1,731 meter itu boleh dijadikan baja untuk pokok sayur-sayurannya.

Kawasan penanaman sayur-sayurannya itu terletak hanya beberapa kilometer dari gunung tersebut.

Choiri berkata, penduduk tempatan percaya, debu tersebut boleh menyebabkan makhluk perosak tidak mendekati tanaman.

"Ia merupakan bencana yang membawa rahmat," katanya.

Debu itu telah berterbangan sejauh 600 kilometer dari gunung berapi tersebut.

Menurut agensi berita dpa semalam, mangsa keempat gunung itu ialah seorang wanita berusia 97 tahun yang mati ekoran masalah kesukaran bernafas.

Dua orang lagi terkorban selepas bumbung rumah mereka runtuh akibat dihempap debu gunung tersebut manakala seorang lagi mati kerana masalah kesukaran bernafas.

Semalam, beberapa saintis menyatakan, aktiviti di Gunung Kelud semakin berkurangan selepas ia mula meletus pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memberi amaran bahawa air dari kawah gunung itu mungkin melimpah jika hujan turun sekali gus boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh.

Penduduk dilarang untuk kembali ke rumah mereka yang terletak kira-kira 10 kilometer dari gunung itu.

Namun, sebilangan penduduk sanggup keluar dari pusat perlindungan untuk memeriksa kehidupan haiwan ternakan selain membersihkan rumah mereka di kawasan berdekatan Gunung Kelud.

"Lembu-lembu kami perlu diberi minuman. Jika tidak diberi minuman, haiwan itu akan sakit dan mati," kata seorang lelaki berusia 45 tahun, Marjito yang menunggang sebuah motosikal dengan isterinya, Dinayah.

Selepas gunung itu didapati tidak lagi mengeluarkan letusan kuat, berjuta-juta penduduk membersihkan rumah mereka yang dipenuhi dengan debu Kelud.

Anggota-anggota polis dan askar menggunakan meriam air untuk membersihkan jalan-jalan raya yang dipenuhi debu setebal sehingga 10 sentimeter.

Para penyokong beberapa buah parti politik turut mengedarkan makanan kepada mangsa-mangsa gunung tersebut yang terpaksa mendapatkan perlindungan di beberapa buah pusat perlindungan selepas gunung berkenaan meletus.

Kali terakhir Kelud meletus adalah pada tahun 1990 apabila lahar dan asap gunung itu telah menyebabkan 30 orang mati.

Pada tahun 1919, letusan kuat yang boleh didengari ratusan kilometer dari gunung tersebut telah menyebabkan 5,160 orang terkorban.

Setakat ini, terdapat 130 buah gunung berapi di Indonesia.

Debu gunung itu boleh dijadikan simen.

Sebilangan penjual debu gunung tersebut menjualnya pada harga hampir dua kali ganda.

"Debu Kelud merupakan mata pencarian paling utama kepada saya dan keluarga saya," kata seorang penjual pasir dari kampung Ngancar, Harjito Huda yang berusia 30 tahun.

Dalam pada itu, empat daripada tujuh buah lapangan terbang di Jawa Timur telah dibuka semula selepas ditutup kerana letusan tersebut.

Lapangan Terbang Juanda di Surabaya turut dibuka semula pada pukul 6 petang semalam.

Bandar raya Surabaya terletak 90 kilometer ke utara gunung tersebut.

Tujuh buah lapangan terbang yang ditutup sebelum ini terletak di Surabaya, Bandung, Yogyakarta, Solo, Malang, Semarang dan di bandar Cilacap.

Lapangan terbang itu ditutup ekoran jarak penglihatan yang terhad disebabkan debu Kelud. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kementerian sedia bantu baik pulih rumah mangsa banjir - Shafie Apdal

Posted:

Kementerian sedia bantu baik pulih rumah mangsa banjir - Shafie Apdal

Kementerian sedia bantu baik pulih rumah mangsa banjir - Shafie Apdal

16/02/2014 10:15pm

KOTA BELUD - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersedia membantu membaik pulih rumah mangsa banjir selepas mendapat taksiran kerugian yang ditanggung mereka.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pihaknya akan menyediakan keperluan untuk rakyat di seluruh kawasan yang dilanda banjir selaras dengan peruntukan disediakan kerajaan.

"Kita akan siasat dan kita ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyediakan bekalan makanan dan stok data mangsa banjir," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, pihaknya akan membantu mangsa banjir selepas musim itu berakhir bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

"Ini kerana berdasarkan pengalaman lepas semasa menghadapi banjir di Kedah, kita telah membaik pulih rumah dan gelombang kedua datang. Kita akan bantu selepas menerima maklumat yang lengkap di semua kawasan yang terlibat," katanya. - Bernama

Empat sekawan pecah masuk bengkel ditahan polis

Posted:

Empat sekawan pecah masuk bengkel ditahan polis

Empat sekawan pecah masuk bengkel ditahan polis

16/02/2014 10:01pm

TANGKAK - Sekumpulan empat sekawan yang memecah masuk bengkel kereta dan melarikan pelbagai peralatan termasuk 50 botol minyak pelincir bernilai RM46,000, ditahan dalam Ops Cantas di Jalan Payamas di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintenden Mohamad Salleh Abd. Razak berkata, mereka diberkas di hadapan sebuah kedai di jalan itu pada kira-kira pukul 6 petang.

Hasil siasatan, katanya polis menemui semula beberapa barang curi iaitu empat botol minyak hitam, tiga buah bateri berjenama, tiga pembuka skru angin, satu set penebuk lubang dan satu set alat pengimbas digital untuk mengesan kerosakan kenderaan.

"Kita percaya barangan lain yang dilarikan dari bengkel tersebut yang dipecah masuk pada 7 Februari lalu sudah dijual," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Polis masih menyiasat bagi mengesan pihak yang membeli barangan berkenaan, katanya. - Bernama

Polis rampas 44 mesin judi, karaoke bernilai RM25,000

Posted:

Polis rampas 44 mesin judi, karaoke bernilai RM25,000

Polis rampas 44 mesin judi, karaoke bernilai RM25,000

16/02/2014 8:10pm

BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang merampas sebanyak 44 unit mesin perjudian dan karaoke bernilai RM25,000 dalam operasi bersepadu di sekitar negeri itu, awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, operasi bersepadu selama lima jam bermula pukul 10 malam itu melibatkan pemeriksaan di 50 buah premis judi dan hiburan.

"Hasil pemeriksaan mendapati lapan premis melakukan pelbagai kesalahan antaranya menjalankan aktiviti perjudian, pusat hiburan tanpa lesen dan tiada lesen perniagaan.

"Kita merampas mesin perjudian, set karaoke dan komputer bernilai RM25,000 di lapan premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, operasi itu disertai 67 pegawai dan anggota dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Pulau Pinang, Bahagian Penguat Kuasa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Transisi Stacy

Posted:

Transisi Stacy

Transisi Stacy

ENAM tahun bergelar penyanyi membuatkan Stacy masak dengan sepak terajang industri hiburan.

Satu Malaysia sedar, karier awal pemilik nama sebenar Stracie Angie Anam atau komersialnya Stacy bermula dengan penyertaannya sebagai salah seorang peserta program realiti Akademi Fantasia (AF).

Percaturan Stacy mencuba nasib dalam AF musim kelapan tidak sia-sia. Dia yang hanya berumur 18 tahun ketika itu dinobatkan sebagai juara musim tersebut hasil vokal mantap namun, dia tetap diingati sebagai pendatang baharu yang ligat menari.

Sejak itu, kehidupan Stacy berubah. Besar perubahan yang dilalui oleh gadis yang berasal dari Penampang, Kota Kinabalu, Sabah ini.

Kata Stacy, kemenangannya itu turut merubah landskap hidup keluarganya yang sebelum ini hidup dalam serba serbi terhad.

Fokusnya kental. Dia tidak mahu menjadi anak seni yang mempersia-siakan peluang yang datang. Dengan yakin, terang Stacy, dia tidak mahu kembali meniti kehidupannya yang sukar dahulu.

Bukan tidak sedar diri atau lupa daratan, namun kata Stacy, kehidupan lalu memberi seribu erti bahawa dengan dedikasi yang kuat, hidup seseorang itu boleh berubah.

"Saya mahu menjadikan kehidupan dahulu sebagai satu pengajaran dan tidak mahu sesekali pulang dalam kehidupan lampau.

"Jujurnya, saya bekerja keras dan fokus terhadap karier kerana ingin memberi dan melihat keluarga saya hidup selesa," ujarnya jujur.

Melanjutkan bicara tentang kehidupannya kini, Stacy yang cukup lincah ketika beraksi di atas pentas masih sama.

Kemampuan menyanyi sambil menari membuatkan bakat penyanyi genit itu tidak dapat disangkal. Apatah lagi setiap persembahannya berakhir dengan lantunan aura yang mengujakan penonton.

Baru-baru ini, keadaan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur menjadi gegak-gempita tatkala menyaksikan persembahannya. Berbekalkan single terbaharu berjudul Gilalah, Stacy diberi pujian tanpa henti setelah berjaya memukau penonton melalui persembahan bertenaganya dalam acara Anugerah Meletop Era.

Namun, di sebalik kelincahan dan kehebatan bintang berusia 24 tahun itu, tersemat sifat keibuan dalam hatinya.

Anak angkat

Meskipun belum membina bahtera rumah tangga namun wanita yang popular menerusi lagu Kasanova itu tekad untuk membesarkan anak angkat yang diambil dari Sabah itu sebagai penawar hati di kala kepenatan selepas bekerja.

Pada 14 Februari yang lalu, umur Bella De Luna Velentine genap dua tahun. Cahaya mata yang dibesarkan oleh Stacy itu kini sudah pandai mewarna dan meniru gaya mummy (Stacy) menyanyi dan menari. Sifat keibuan dan kelembutan yang dimiliki memudahkan dirinya untuk membesarkan Bella yang cukup senang dijaga dan tidak banyak meragam.

"Kalau boleh saya tidak mahu Bella digelar anak angkat. Walaupun dia bukanlah anak kandung saya tetapi sejak dia lahir sehingga sekarang, saya yang membesarkan dan menjaganya. Bella sudah saya anggap seperti anak sendiri.

STACY bakal melancarkan album ketiganya akhir bulan ini.


"Sepanjang membesarkan Bella, tidak pernah terlintas satu beban dalam kehidupan saya. Bella hadir dalam hidup sebagai penyeri dan dia sangat senang untuk dijaga kerana mendengar kata. Tidak banyak meragam sewaktu tidur malam, membuatkan saya gembira membesarkannya," tutur Stacy seperti sedang merindui anaknya yang berada di rumah ketika ditemu ramah di Kota Damansara baru-baru ini.

Ditanya mengenai rutin penjagaan Bella tatkala dia sibuk dengan jadual kerja, terang Stacy, dia tidak pernah menghadapi masalah untuk menjaga anaknya itu kerana keluarga sentiasa membantu. Tambahan pula, anak kelima daripada enam beradik itu baru sahaja meminta pertolongan daripada sepupunya dari Sabah untuk membantu menjaga Bella sepanjang ketiadaannya.

Menurut Stacy, apabila dia keluar bekerja, ibunya akan mengambil alih menjaga Bella. Tetapi sejak kebelakangan ini ibunya sering pulang ke kampung dan memaksa Stacy untuk meminta pertolongan daripada sepupunya yang menetap di Sabah untuk tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.

"Saya lebih percaya saudara-mara untuk menjaga Bella. Takut sebenarnya apabila mahu menghantar anak ke rumah pengasuh kerana banyak kes yang berlaku sekarang benar-benar mengajar saya untuk lebih berhati-hati.

"Setiap kali teringatkan Bella, saya akan membuat panggilan video untuk memastikan tahap keselamatannya sentiasa terjaga. Apabila keluar bekerja pada waktu pagi, lewat malam baru pulang ke rumah dan Bella sudahpun tidur," ujar Stacy.

Klon Miley Cyrus

Stacy yang duduk di sebelah saya melontar senyum berbaur klise pada soalan yang dilontarkan. Tentulah, umum juga pasti kenal benar dengan soalan tentang Stacy yang 'meniru' imej Miley Cyrus, berambut separuh botak .

Stacy menyifatkan fesyen itu perkara yang subjektif. Terpulang kepada pandangan dan pendapat yang diberikan kerana fesyen terkini itu ibaratnya seperti 'meniru' apabila sering didedahkan dengan perubahan arus fesyen sepanjang masa.

Jelasnya: "Jika mahu menyamakan antara saya dan Miley. Kami mengetengahkan dua genre muzik yang berbeza. Namun, ramai yang mengatakan wajah kami hampir serupa tetapi itu hanyalah satu kebetulan.

"Tidak dinafikan secara peribadi saya meminati muzik yang dibawakan Miley, namun tidak bermakna saya perlu meniru fesyen yang digayakannya. Malah, saya tidak pernah terasa hati apabila ada pihak yang menyamakan saya dan Miley."

Mengulas lanjut, Stacy yang bakal melancarkan album baharu berkata penerimaan orang ramai terhadap dirinya masih berterusan, tidak pernah kariernya tergugat buat waktu ini. Malah, dia lebih suka apabila ramai yang mengatakan dia seperti Miley Cyrus Malaysia sekali gus ramai akan mengenali dirinya.

Sementara itu, memasuki tahun baru, Stacy bakal tampil dengan album baharu yang dijangka memasuki pasaran pada akhir bulan ini. Persiapan untuk melancarkan album telah pun siap sepenuhnya merangkumi kulit album sehingga ke klip video single terkini.

Setelah enam tahun bernaung di bawah pengurusan Astro, Stacy semakin yakin untuk berdikari dan mampu untuk memilih genre pilihan yang diminatinya.

Stacy berkata: "Saya bakal tampil dengan album ketiga yang menampilkan sebanyak 10 buah lagu baharu yang pastinya mempunyai kelainan. Album kali ini lebih kepada sisi matang dan warna yang baharu dalam lagu tersebut."

STACY kini beransur pulih daripada penyakit virus Influenza A (H1N1).


Dalam pada itu, Stacy berkata dalam album tersebut turut dimuatkan kolaborasi bersama kumpulan SMA*SH dari Indonesia menerusi single berjudul Hello dan beberapa artis tempatan yang lain.

Dibelenggu cinta

Tidak banyak kontroversi mahupun kisah sensasi yang mendahului kariernya, Stacy masih terus dibelenggu dengan kisah cinta bersama penyanyi, Akim Ahmad.

Entah kali yang keberapa memberi penjelasan tentang persoalan serupa, kata Stacy: "Mana ada, saya dan Akim hanya kawan biasa. Saya menganggap dia sebagai teman rapat dan tidak lebih daripada itu.

"Terlalu awal untuk berbicara soal jodoh. Saya mahu mengejar cita-cita terlebih dahulu begitu juga dengan Akim. Kami bertekad untuk berjuang dalam industri seni sehingga berjaya."

Demi memacu kecintaan di litar nyanyian, Stacy sanggup melupakan soal percintaan. Baginya biarlah soal cinta itu diletakkan nombor dua atau tiga kerana dia ingin mempunyai kewangan yang stabil sebelum menamatkan zaman bujangnya.

"Saya tidak mahu mengharap kepada lelaki untuk kesenangan pada hari akan datang. Kalau boleh saya tidak mahu terlalu bergantung dengan duit suami kerana sebagai manusia kita tidak tahu apakah yang akan berlaku pada masa yang akan datang," kata Stacy.

Penyanyi yang turut popular menerusi lagu Bosan itu memberitahu dia mempunyai sasaran dalam hidupnya. Selagi pencapaian yang diidamkan belum tercapai selagi itulah dia tidak mahu bercinta.

"Saya ingin menjadi seperti Datuk Siti Nurhaliza. Saya mahu dilihat setanding dengannya. Saya juga tidak mahu dibelenggu dengan kisah cinta sahaja kerana itu tidak akan menolong saya untuk berada di zon yang selesa kelak," kata Stacy.

Berbicara fasal Akim menyebabkan Stacy turut ditebak soal kepercayaannya. "Saya masih berpegang dengan agama Kristian. Saya kagum terhadap agama dan masyarakat Islam di negara ini. Kalau boleh saya tidak mahu isu agama ini terus berlanjutan kerana ia merupakan isu sensitif takut ia akan menjadi lebih besar.

"Andai saya ditakdirkan untuk berkahwin dengan lelaki Islam biarlah saya menyebut syahadah dari kerelaan hati sendiri bukannya kerana cinta atau sebab-sebab lain. Soal agama tidak boleh dibuat main-main," katanya menutup bicara.

Satu penantian berbaloi - Almy Nadia

Posted:

Satu penantian berbaloi - Almy Nadia

Satu penantian berbaloi - Almy Nadia

ALMY gembira keluarga Fizz dapat menerima kehadiran dia dan anaknya.


PLOT cerita kisah percintaan pasangan pelakon Almy Nadia dan Fizz Fairuz penuh dengan drama sehingga boleh dijadikan cerita bersiri.

Dalam tempoh lapan tahun, mereka sudah melalui pelbagai liku dalam mengenali hati budi masing-masing sehingga ada yang mendakwa itu merupakan kursus praperkahwinan paling lama membabitkan artis.

Biarpun pelbagai badai pernah melanda Almy saat dia menyulam cinta dengan kekasih hatinya itu, namun jodoh mereka ternyata masih kuat.

Bagi pemilik nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, dia menganggap pengumuman tarikh perkahwinan yang dibuat Fizz, 35, merupakan hadiah terbesar yang diterimanya sempena sambutan Hari Kekasih.

"Syukur, Alhamdulillah. Berasa lega sebab apa yang ditunggu dan tertanya-tanya selama ini sudah terjawab.

"Mungkin hatinya sudah terbuka untuk dia akhiri zaman bujang bersama saya," ujar pelakon filem Dunia Baru The Movie itu.

Pasangan tersebut memilih untuk bernikah pada 30 Mei nanti dengan majlis resepsi diadakan sehari selepas majlis akad nikah di sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang.

Menurut Almy, mereka bercadang untuk mengumumkan majlis perkahwinan itu dalam satu majlis Anugerah Bintang Popular pada April nanti.

Namun, Fizz telah membuat kejutan lebih awal apabila memaklumkannya kepada media pada Khamis lalu.

"Saya terkejut juga dia beritahu awal. Tapi selepas itu dia telefon saya maklumkan yang dia dah beritahu wartawan. Dia kata kalau wartawan tanya, jawab sahaja.

"Apa yang penting pengumuman yang dibuat itu keluar daripada mulut Fizz sendiri," ujar Almy.

Bagi Almy, biarpun pada mulanya dia pernah meletakkan sasaran pada umur 23 tahun untuk mendirikan rumah tangga, namun jodoh ketentuan suatu yang di luar jangkauannya.

"Dulu pernah letakkan matlamat untuk kahwin pada umur 23 tahun, tapi orang kata jodoh tak sampai lagi.

"Sudah tertulis mungkin saya kahwin pada usia 28 tahun. Kita hanya merancang sahaja tetapi tuhan yang menentukan," katanya


ALMY dan Fizz akhirnya mengumumkan akan berkahwin pada penghujung Mei ini selepas lapan tahun bercinta.


Dia mengakui tempoh lapan tahun perkenalan bersama Fizz merupakan satu jangka masa yang agak lama.

Namun, sepanjang itu jugalah, Almy menganggap ia sebagai satu fasa untuk mengenali hati budi antara satu sama lain biarpun hubungan mereka pernah dirobek suatu ketika dulu.

"Mungkin ia satu penantian, tetapi berbaloi bagi saya. Hubungan kami bermula daripada sekadar berkawan hinggalah ke jinjang pelamin," luahnya.

Sama ada cepat atau lambat, apa yang diharapkan Almy hanyalah sebuah kehidupan berkeluarga yang bahagia bersama Fizz.

Tambah Almy lagi, dalam setiap perhubungan, apa yang perlu dititikberatkan ialah perasaan sabar.

"Kalau kita sentiasa bersabar, besar ganjarannya dan kita juga perlu ikhlas dalam sesebuah perhubungan," katanya.

Apa yang pasti, kehadiran lelaki berumur 35 tahun itu akan melengkapkan lagi hidup Almy Nadia bersama anak angkatnya yang dibela sejak kecil iaitu Nur Afrina Darwisya, lima tahun.

"Fizz dan anak saya (Afrina) memang sudah mengenali antara satu sama lain.

"Jadi, saya rasa tiada apa halangan, lagipun dia (Afrina) masih kecil lagi, mungkin dia belum faham (mengenai ikatan perhubungan)," luah Almy.

Menurut Almy, keluarga Fizz juga tiada masalah untuk menerima kehadiran Afrina.

"Keluarga dia juga semua sudah maklum yang Almy ada seorang anak.

"Insya-Allah mereka dapat menerima kehadiran kami," ujarnya yang mengikat tali pertunangan bersama Fizz pada 22 Oktober lalu.

Kisah percintaan Almy bersama lelaki kelahiran Raub, Pahang itu pernah dirundung pelbagai masalah.

Kemuncaknya apabila Fizz membuat keputusan untuk bertunang pada Februari tahun lalu dengan seorang wanita yang baru dikenalinya.

Namun, Fizz kemudian memutuskan ikatan pertunangan tersebut selepas mengetahui wanita itu berstatus isteri orang sebelum kembali semula bersama Almy.

"Saya harapkan peminat-peminat di luar sana mendoakan yang terbaik buat kami berdua.

"Semoga ikatan yang ingin dibina ini nanti akan kekal hingga ke akhir hayat," pinta Almy yang bakal menerima wang hantaran sebanyak RM20,000.

Gandingan serasi Fimie, Seri Nabilla

Posted:

Gandingan serasi Fimie, Seri Nabilla

Gandingan serasi Fimie, Seri Nabilla

MELIHAT kelibat dua insan ini beraksi di hadapan kamera mengacarakan program kanak-kanak, Lantai Cilik 2, pasti ramai menyangka mereka dalam kelompok umur yang sama.

Namun, tekaan itu sebenarnya jauh meleset. Biarpun berbeza usia lebih 10 tahun, gandingan Fimie Don dan Seri Nabilla dilihat cukup serasi ketika mengendalikan program kanak-kanak yang disiarkan di saluran TV2 itu.

Apa yang pasti, perbezaan umur yang ketara tidak sedikitpun membuatkan diri mereka kekok untuk bekerjasama dalam mengendalikan program tersebut

Ia terbukti apabila kini, program realiti kanak-kanak yang sudah masuk musim kedua itu masih menggunakan khidmat mereka berdua.

Jika dilihat dari segi umur, Seri Nabilla yang berusia 29 tahun ini boleh dianggap sebagai seorang kakak kepada Fimie yang baru berumur 16 tahun.

Namun faktor usia itu sedikitpun tidak menghalang dua pengacara itu mengemudi program yang turut disiarkan secara langsung selama sejam pada setiap Sabtu pada pukul 1 tengah hari itu.

Bagi Fimie sendiri, biarpun lebih dikenali sebagai seorang pelakon drama dan filem, mengacara bukanlah suatu yang baharu baginya.

Ini kerana sejak berumur sembilan tahun lagi, pelakon filem Juvana ini sudah mula berkecimpung untuk menjadi pengacara.

Antara program yang dikendalikannya ialah program Nasi Lemak Kopi O, Berita Adik, Adik di 9 dan program Cutipedia.

Sementara itu, bagi Seri Nabilla atau nama sebenarnya Farah Nabilla Noor Anuar ini, wajahnya banyak menghiasi program-program rancangan yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Di sebalik kisah kerjaya mereka berdua, Fimie dan Seri Nabilla ini ada kisah sisi hidup mereka yang boleh dikongsi bersama.

Kagumi Bront Palarae

MENYENTUH hal lakonan, Fimie mengakui selain bakat yang ada pada dirinya, dia juga banyak belajar daripada pelakon-pelakon yang berpengalaman.

Bagi Fimie sendiri, dia meminati pelakon filem Belukar, Bront Palarae.

"Saya melihat dia seorang pelakon yang serba boleh.

"Apa sahaja watak yang diberi baik komedi, ataupun sedih, dia mampu bawakan dengan baik," ujar Fimie.

Main Ukulele

BAKATNYA lebih menyerlah pada bidang lakonan, namun, Fimie juga minat dalam bidang muzik.

Pelakon filem Magika itu memberitahu dirinya suka bermain alat muzik ukulele.

"Saya suka main ukulele jika ada kelapangan masa.

"Saya akan belajar sendiri menerusi video yang ditonton di laman YouTube. Selain itu saya juga akan cari kod-kod lagu untuk saya cuba mainkan," katanya yang memiliki kebolehan untuk bermain alat muzik seruling.

Menyentuh mengenai bidang nyanyian, Fimie memberitahu dia lebih cenderung untuk menjadi seorang penyanyi rap.

"Saya ada kumpulan yang digelar BragsFam," ujarnya.

Atas sebab itulah, jika dilihat dari segi penampilan Fimie lebih gemar berpakaian gaya ala hip hop.

"Pakaian saya kalau tengok suka yang seluar londeh, baju pun besar-besar yang turut meminati penampilan seorang hip hop," ujarnya yang menafikan dirinya meniru gaya seperti penyanyi antarabangsa, Justin Bieber.

Belajar lepas waktu sekolah

TATKALA rakan seusianya pergi ke sekolah, Fimie terkadang terpaksa akur apabila tertinggal sedikit pelajaran berbanding rakan sekelasnya yang lain.

Semuanya gara-gara komitmen yang perlu digalas atas nama anak seni.

Namun, menurut Fimie, dia perlu bijak menguruskan masanya bagi memastikan kerjaya dan pendidikan bergerak seiring.

Maka, sebab itulah, menjadi kebiasaannya akan tetap berada di sekolah sehingga petang, biarpun rakan yang lain masih sudah pulang ke rumah.

Bukannya didenda, sebaliknya, Fimie sebenarnya memiliki guru yang akan mengajarnya secara peribadi.

"Selepas sesi persekolahan, saya akan belajar semula semua pelajaran yang saya tertinggal sewaktu tak hadir.

"Saya ada guru peribadi yang akan mengajar saya," ujarnya yang mengambil aliran seni di SMK Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Minat suara Saloma & Sharifah Aini

BAGI Seri Nabilla pula, biarpun bergelar pengacara, graduan Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) itu sebenarnya lebih meminati bidang nyanyian.

Seri sebenarnya sudah memiliki single bertajuk Takkan Menangis yang dihasilkan pada 2010.

"Saya keluarkan duit sendiri untuk keluarkan single tersebut.

"Tapi sayangnya rezeki saya mungkin belum ada lagi pada bidang nyanyian pada waktu itu," katanya.

Kongsi Seri, dia juga meminati nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma dan biduanita Sharifah Aini.

"Bagi saya suara mereka cukup unik dan cukup merdu," katanya yang meminati lagu-lagu berentak balada.

Tak minum air bergas

MENJADI seorang pengacara, Seri akui suara merupakan aset bagi dirinya.

Katanya, jika suaranya bermasalah, maka sukar untuk dia mengendalikan sesuatu program.

Maka, atas faktor itulah, Seri memberitahu dia mengelak mengambil minuman bergas.

"Saya sendiri tidak suka minum air bergas," ujarnya yang turut memiliki Diploma Perakaunan dari Kolej Profesional Mara, Melaka.

Tambah Seri, kelangsungan suara yang baik perlu ada pada dirinya kerana itulah yang menjadi punca rezekinya.

Dalam pada itu, kongsi Seri dia amat meminati gaya penyampaian personaliti Nor Farahin Jamsari.

"Saya sukakan gaya lenggok badan, intonasi dan lontaran suara dia," katanya.

Kaki pancing

MELIHAT kepada perwatakan wanita ini, tiada siapa menyangka Seri sukakan aktiviti memancing yang kebiasaannya diminati oleh golongan lelaki.

"Dalam kereta memang sudah tersedia peralatan memancing. Bukan apa, senang, kalau tiba-tiba terasa nak singgah untuk memancing, senang semua dah dibawa," ujar wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini.

Menurut Seri minatnya itu sebenarnya turut dikongsi bersama suaminya yang juga seorang kaki pancing.

"Dialah yang selalu teman Seri kalau nak memancing. Biasanya kami memancing di laut. Memancing di laut lebih mencabar," katanya yang baru mendirikan rumah tangga Ogos tahun lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved