Jumaat, 7 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Hujung minggusesak dengan pengunjung

Posted:

Hujung minggusesak dengan pengunjung

Hujung minggusesak dengan pengunjung


PELBAGAI jenis ikan salai, ikan masin dan pekasam memenuhi ruang niaga di Lachau.


PEKAN kecil yang terletak kira-kira 141 kilometer dari bandar raya Kuching, Sarawak itu cukup lengang dan tidak bermaya. Bahkan, hanya terdapat beberapa buah gerai kecil menjadi tempat persinggahan orang ramai untuk minum atau makan di pekan itu.

Dalam tempoh 15 tahun dahulu, begitulah keadaan pekan tersebut. Namun berkat usaha pihak berkuasa dan penduduknya yang inovatif melakukan promosi seperti menerusi laman sosial Facebook, Twitter, blog dan mulut ke mulut terutamanya dalam kalangan anak tempatan yang bekerja di Semenanjung membantu menjadikan Pekan Lachau semakin dikenali di seluruh negara.

Hari ini, pekan yang sering menjadi buah mulut para pengunjung itu menjadi lokasi tumpuan dan popular dalam kalangan pengembara di Lebuh Raya Pan Borneo.

Lebih membanggakan, pekan itu kini menjadi destinasi tumpuan pelancong tempatan dan asing.

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan lawatan kerja di Rumah Panjang Radin, Lachau Ulu pada Februari 2010 telah meningkatkan populariti daerah tersebut.

Najib yang sering menceritakan pengalaman beliau bertemu dengan masyarakat Iban di kawasan itu secara tidak langsung memberi kesan positif dan promosi terhadap perkembangan Pekan Lachau.

Siapa sangka pekan kecil yang sebelum ini 'mati' menjelang pukul 4 petang dan hanya kelihatan anjing berkeliaran, kini sesak dengan pelbagai kenderaan yang keluar masuk.

Penuh tradisi

Bahkan, aktiviti para pelancong yang tawar-menawar dengan para peniaga khususnya pada hujung minggu menghidupkan lagi suasana pekan itu.

Pekan Lachau boleh disifatkan sebagai pekan yang penuh dengan tradisi memandangkan ia bukan sekadar pusat pengumpulan hasil tangkapan sungai dan hutan, bahkan turut menonjolkan kebudayaan, cara hidup, kraftangan, adat resam pelbagai kaum yang hidup harmoni di daerah tersebut.

Menurut seorang peniaga, Lemok Spencer, 52, suatu ketika dahulu, Pekan Lachau yang terletak dalam bahagian Sri Aman itu dikenali sebagai Keranggas Gayau.

Keranggas Gayau bermaksud air sungai dan ketika itu Pekan Lachau hanya boleh diakses melalui sungai.

Menurut wanita yang berasal dari Kampung Empili Selanjan itu, hari ini Pekan Lachau boleh diakses melalui jalan darat dan kedudukannya di tepi jalan utama memudahkan orang ramai mengunjunginya.

"Memandangkan pekan ini menjadi tumpuan ramai, maka penduduk setempat mengambil kesempatan berniaga bagi menambah pendapatan masing-masing.

"Lagipun Lachau kaya dengan hasil hutan seperti ulam-ulaman dan sayur-sayuran hutan selain hasil sungai.

"Justeru, orang ramai yang singgah di pekan ini boleh membeli ikan semah, ikan jeluat, ikan bantak, ikan tapah, ikan baong, ikan lajong, ikan kaloi, ikan jan, ikan buntal dan ikan lumek," katanya yang berniaga di pekan itu sejak lima tahun lalu.

Antara produk yang banyak dijual di pekan tersebut ialah ikan salai, ikan masin dan pekasam selain hasil pertanian.

Jelas Lemok, ikan-ikan yang telah disalai atau dijadikan pekasam kebanyakannya diambil dari Batang Ai di Lubuk Antu selain ditangkap di Sungai Pantu yang kaya dengan sumber ikan sungai.

"Ikan salai atau pekasam yang paling mendapat sambutan di Pekan Lachau ini ialah ikan lajong dan harganya mencecah RM60 sekilogram," ujarnya.

Jual sendiri

Lemok memberitahu, dahulu penduduk tempatan menjual ikan masin atau pekasam yang dihasilkan sendiri kepada orang tengah, tetapi menyedari potensi produk tersebut, mereka mula menjualnya sendiri di pekan itu.

Kebanjiran pelawat yang singgah di Pekan Lachau yang terletak di tengah-tengah perjalanan Kuching ke Sri Aman mahupun Batang Ai, salah satu destinasi tumpuan pelancong asing memberi kelebihan kepada para peniaga di sini menjual produk masing-masing.

"Memandangkan pekan ini terletak hampir dengan jalan utama, jadi lebih mudah untuk pelancong singgah berehat, makan dan minum sebelum meneruskan perjalanan lebih 80 kilometer menuju ke Batang Ai.

"Kehadiran pelancong asing dan tempatan telah memberi peluang kepada kami penduduk setempat memperoleh pendapatan tambahan," katanya.

Seorang peniaga, May Biong, 29, berkata, Pekan Lachau memiliki keunikan yang tidak ada di tempat lain seperti hasil sungai, pertanian dan bukitnya.


PENDUDUK tempatan turut menjual pelbagai kerepek buatan sendiri.


Beras mamut

Antara produk pertanian yang mendapat permintaan ramai ialah beras mamut atau beras wangi yang berwarna hitam yang mempunyai khasiat kepada kesihatan.

"Kebanyakan beras ini ditanam sendiri oleh penduduk setempat dan ia digemari pelancong tempatan serta mereka yang datang dari Semenanjung," katanya.

May memberitahu, jumlah pengunjung ke Pekan Lachau pada hujung minggu lebih ramai dan jumlahnya meningkat sekali ganda pada musim cuti sekolah khususnya pada bulan Jun dan Disember.

Pada musim-musim tersebut, suasana di Pekan Lachau begitu sesak dan meriah dengan anggaran lebih 100 peniaga menjalankan perniagaan mereka.

Pada hari biasa, operasi pekan ini akan tutup pada pukul 6 petang, namun pada musim cuti sekolah mahupun musim perayaan, Pekan Lachau beroperasi hingga pukul 8 malam.

"Masa yang paling meriah ialah pada Hari Gawai kerana ramai penduduk Sarawak yang bertugas atau tinggal di Semenanjung pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Mereka lazimnya akan singgah di Pekan Lachau dan mengambil peluang untuk membeli ikan salai, ikan masin mahupun pekasam dalam kuantiti yang banyak untuk dibawa pulang ke Semenanjung," ujarnya.

Bahkan, jika kena pada musimnya, pelawat yang singgah di Pekan Lachau juga boleh membeli ikan sungai yang segar dan besar seperti ikan tapah, ikan lajong, ikan kerapu sungai, ikan baong, ikan bantak, ikan buing, ikan kaloi dan udang pada harga yang lebih murah.

Sementara itu, seorang peniaga busana tradisional kaum Iban, Magdalein Nanang, 45, pula memberitahu, dia mengambil kesempatan menjual pakaian tradisi masyarakat Iban di pekan berkenaan.

Katanya, dia menjual kain sulaman dan kraf tangan tenun berupa baju burung untuk lelaki yang dikenali sebagai panggok dan selendang atau dikenali sebagai selampai yang digunakan oleh wanita Iban.

Selain itu, dia juga menjual pelbagai aksesori pakaian tradisional masyarakat Iban seperti sirat, sugu tinggi iaitu sanggul di kepala, kain pua kumbu asli di samping pakaian tradisional kaum Bidayuh dan Orang Ulu.

Kayu belian

"Kebanyakan pelancong gemar membeli kain pua kumbu yang dibuat secara tradisional walaupun harganya agak mahal iaitu antara RM140 hingga RM300 sepasang bergantung pada saiz.

"Walaupun pelancong tidak kerap membeli kain pua kumbu, namun apabila membeli kuantitinya adalah banyak.

"Secara tidak langsung, perniagaan ini membantu ekonomi keluarga saya," ujarnya.

Magdalein memberitahu, para pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai kraftangan berasaskan kayu berkualiti tinggi seperti ukiran kayu belian. Produk tersebut antara produk yang paling digemari pelancong asing.

Jelas Magdalein, pekan tersebut mula didatangi oleh pelancong asing pada bulan Mac hingga akhir tahun, manakala pelancong tempatan pula akan singgah pada hujung minggu atau cuti umum.

Pekan Lachau juga terkenal dengan parang yang halus buatannya dan sarungnya diperbuat daripada kayu berkualiti dengan corak-corak menarik.

Parang-parang tersebut, katanya, sering menjadi buah tangan kebanyakan pelancong di Pekan Lanchau.

Prahok busuk tetapi sedap

Posted:

Prahok busuk tetapi sedap

Prahok busuk tetapi sedap


SEORANG penduduk memijak longgokan ikan di dalam bakul rotan bagi menghancurkan isi ikan.


KEMBOJA sememangnya terkenal dengan binaan Angkor Wat yang terletak di Siem Reap. Negara yang mempunyai populasi kira-kira 15 juta penduduk itu juga dikenali dengan rumah ibadat dan budaya tariannya.

Bukan itu sahaja, Kemboja turut popular dengan sajian tradisi terkenal yang dinamakan prahok. Prahok atau 'keju' Kemboja itu sebenarnya bukan diperbuat daripada susu sebaliknya dihasilkan daripada ikan yang diperap.


IKAN-IKAN dibersihkan terlebih dulu sebelum diproses menjadi prahok.


Menu menyelerakan tersebut digunakan sebagai bahan perasa dalam masakan bagi menambah selera. Bahan utama yang diperlukan ialah ikan yang dihancurkan terlebih dulu sebelum diperap menjadi pes yang mempunyai rasa yang agak masin.

Biarpun bau 'keju' Kemboja tersebut dikatakan busuk seperti sarung kaki yang sudah lama tidak dicuci, ia tetap menjadi kegemaran rata-rata masyarakat di negara tersebut.

Pada asalnya, prahok merupakan satu kaedah menyimpan ikan untuk dijadikan bekalan makanan ketika nelayan tidak dapat turun ke laut selama berbulan-bulan disebabkan musim hujan.


KANAN: Rupa prahok di atas daun pisang sebelum dimasukkan ke dalam makanan. - Gambar hiasan


Kini, ia menjadi perasa tambahan kerana mudah disimpan. Namun demikian, pes ini perlu digunakan dalam tempoh singkat kerana ia tidak tahan lama. 'Keju' Kemboja itu sering dijadikan makanan agihan kepada mangsa banjir atau kemarau oleh badan-badan amal.

Ia boleh dimasak atau digoreng tetapi biasanya tidak dimakan mentah kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan. Menariknya, menu asli tersebut dikatakan tidak jauh bezanya dengan sajian Pissalat dari Perancis.

Lazimnya, Prahok dihidangkan dalam sajian seperti kari, barbeku dan sup.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Erti sebenar keseronokan tunggangan

Posted:

Erti sebenar keseronokan tunggangan

Erti sebenar keseronokan tunggangan

Oleh SHAWKATH AZDE


VARIAN KTM 390 Duke menawarkan hamburan kuasa yang cukup memuaskan di kawasan bandar dan laluan jalan pedalaman.


KEJAYAAN mendominasi perlumbaan motosikal Rally Dakar selama 13 tahun berturut-turut berjaya memahat jenama KTM (KTM Sportmotorcycle AG) sebagai salah sebuah syarikat pengeluar motosikal dirt bike terkemuka dunia.

Maka, tidak hairanlah rangkaian model yang ditawarkan syarikat jenama Austria itu lebih tertumpu kepada produk dalam segmen motocross, enduro dan freeride.

Penerokaan KTM dalam penghasilan motosikal untuk kegunaan atas jalan memasuki fasa baharu menerusi kerjasama dengan syarikat pereka industri Austria iaitu KISKA Design.

Antara model yang menerima sentuhan KISKA Design ialah siri Duke yang mula menemui pasaran global pada tahun 1994. Siri Duke tergolong dalam kategori motosikal streetfighter.

KTM meneruskan momentum mengukuhkan rangkaian siri Duke pada tahun 1995 apabila mengambil alih dua entiti asing iaitu Husaberg AB dan White Power Suspension (WP).

Pemilikan dua syarikat itu membolehkan KTM mengaplikasi kepakaran White Power Suspension untuk penghasilan sistem suspensi pada model Duke. Slogan asal Husaberg iaitu Ready to Race pula diambil alih oleh KTM.

Eksplorasi segmen motosikal atas jalan KTM memasuki episod baharu setelah Bajaj Auto Ltd. (Bajaj) di India memiliki pegangan sebanyak 47 peratus saham syarikat Austria itu.

Hasilnya, Bajaj mendapat hak pengedaran produk KTM ke India dan beberapa negara Asia Tenggara. Langkah pertama dilakukan ialah pengenalan model KTM 200 Duke pada 2012 sebelum disusuli dengan KTM 390 Duke.

Di Malaysia, kedua-dua model itu diselitkan dalam program pemasangan tempatan (CKD) menerusi fasiliti pengeluaran di Jitra, Kedah.

Untuk memperoleh pemahaman lebih mendalam mengenai karakter dua model berkenaan, penulis bersama tiga rakan media lain mengambil inisiatif meminjam dua unit KTM 200 Duke dan 390 Duke untuk satu sesi tunggang uji berkumpulan.

Lokasi tunggangan melibatkan laluan lebuh raya, jalan negeri, kawasan bandar dan jalan pedalaman di antara Kuala Lumpur; Air Keroh, Melaka; Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Bentong, Pahang.

KTM 200 Duke

Secara fizikalnya, 200 Duke dan 390 Duke kelihatan sama dengan pandangan mata kasar. Perbezaan antara kedua-dua model melibatkan jenis rangkaian kuasa, beberapa komponen dan solekan kosmetik.

Sebagai model asas, 200 Duke dilengkapi enjin silinder tunggal yang menawarkan tafsiran baharu keseronokan tunggangan dalam bandar mahupun untuk aktiviti kembara.

Sejurus sahaja meter motosikal itu dihidupkan, konsol butang kawalan pada kedua-dua belah hendal akan memaparkan latar belakang pencahayaan putih.

Slogan Ready to Race pula akan dipaparkan pada instrumen meter sebelum menayangkan pelbagai maklumat semasa siri Duke. Informasi dipamerkan cukup terperinci bagi sebuah jentera bawah kategori 200cc.

Struktur binaan 200 Duke menitikberatkan soal ergonomik tunggangan. Apabila menaiki 200 Duke, didapati bar hendal yang panjang mendatar itu menawarkan pengemudian yang lebih baik.


SIRI Duke memberi definisi sebenar makna keseronokan tunggangan sebuah motosikal motard.


Enjin dihidupkan dengan menekan butang pemula menghasilkan nota bunyi yang sedikit agresif. Deruman ekzos lebih garang apabila pusingan enjin berada pada paras 7,500 hingga 9,000rpm

Apabila mendesak enjin 200 Duke secara berlebihan, getaran enjin cukup kuat sehinggakan hampir berjaya mengalihkan tapak kaki kanan penulis terkeluar daripada pemijak kaki.

Kuasa ditawarkan sesuai untuk kegunaan dalam bandar selari dengan kelasnya dan kelajuan maksimum yang sempat dikecapi ialah 135 kilometer sejam (km/j).

Aspek kestabilan tunggangan banyak dibantu hasil padanan sistem fork dan penyerap hentak tunggal jenama WP. Cuma tayar standard yang didatangkan bersama model berkenaan kurang memuaskan ketika melayan selekoh.

KTM 390 Duke

Seperti adiknya, 390 Duke menawarkan karakter keseronokan tunggangan tetapi hamburan kuasa yang lebih agresif.

Untuk melayan keluar masuk selekoh dengan lebih agresif, anda tidak perlu gusar kerana tayar Metzeler Sportec M5 membolehkan jentera menyendengkan pada sudut yang lebih rendah. Kadar cengkaman tayar itu cukup baik.

Keselesaan tunggangan tidak jauh berbeza dengan 200 Duke. Kadar getaran enjinnya lebih baik kerana tidak mengalihkan tapak kaki penulis daripada posisi asal.

Cuma apabila menempuh kesesakan trafik di bandar, penulis mendapati 390 Duke ada sedikit kekurangan kuasa pada pusingan enjin rendah. Anda perlu tangkas bermain klac dan gear untuk meningkatkan kadar RPM.

KTM 390 Duke membekalkan ledakan kuasa yang impresif sehinggakan pecutan dari titik pegun ke 100km/j hanya mengambil masa selama enam saat. Kadar kelajuan tertinggi yang dikecapi ialah 160km/j pada laluan lurus.

Satu tangki penuh petrol membolehkan penulis mencapai jarak tunggangan kira-kira 220 kilometer (km) pada kadar kelajuan bawah 150km/j di laluan lebuh raya dan jalan negeri.

Untuk mengawal memperlahankan jentera, tugas itu disandarkan kepada dua set brek cakera dengan bantuan sistem brek antikunci (ABS).

Penulis mendapati brek cakera belakang ada sela masa untuk berfungsi sepenuhnya. Jika mahu tunggangan radikal, padamkan sahaja sistem ABS dengan menekan butang pada instrumen meter.

Secara amnya, kedua-dua model boleh dikategorikan sebagai mesra pengguna biarpun anda seorang penunggang amatur. Bagi individu yang beranggapan harga tawarannya mahal, cuba bandingkan harganya dengan kualiti binaan Duke. Ia sebenarnya berbaloi.

Perjalanan KTM Malaysia CKD tidak terhenti di situ sahaja. Dengar khabar, model sport baharu RC200 dan RC390 akan diperkenalkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

DS4 cari parkir automatik

Posted:

DS4 cari parkir automatik

DS4 cari parkir automatik

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

SETIAP rekaanpada bahagian DS4 ini menampilkan identitinya tersendiri.


TIDAK perlu bercerita panjang tentang Citroen sementelah jenama Perancis itu sudah terkenal dengan pelbagai inovasi sejak ditubuhkan hampir 100 tahun lalu.

Di negara ini, pengedar rasmi Citroen, Naza Euro Motors (NEM) ada strategi tersendiri dalam memasarkan model DS4 dan DS5.

Baru-baru ini, NEM memberi peluang kepada penulis untuk menguji sendiri model DS4 yang merupakan model global terkini Citroen. DS4 disifatkan memiliki genetik kecemerlangan Citroen terdahulu.


TEMPAT duduk hadapan DS4 ini mempunyai fungsi mengurut.


Sebaik diberi kunci di pejabat Naza di Kampung Baru, Kuala Lumpur penulis memandu kereta berwarna merah itu. Masuk sahaja dalam DS4 penulis mendapati bunyi amaran lampu isyarat dan pintu tidak ditutup seperti suasana di dalam hutan.

Penulis difahamkan setiap bunyi ton dalam kereta ini boleh ditetapkan mengikut tema yang dimahukan pemandu. Ton yang digunakan oleh penulis ialah 'jungle'.

Pandu uji kali ini dilakukan untuk pemanduan ke Ayer Keroh, Melaka pada waktu malam. Suasana kabin DS4 ini menjadi tarikan kerana ada beberapa lampu suram untuk memberi pencahayaan secukupnya namun tidak mengganggu pemanduan.

Cermin hadapan DS4 sebenarnya agak luas kerana 'penghadang panas' boleh ditolak ke atas untuk memberikan pandangan yang lebih luas.

Apa yang menariknya panel meter kereta ini juga boleh ditukar mengikut beberapa warna yang ditawarkan. Jika anda sukakan meter berwarna putih dengan kombinasi biru pun boleh.

Enjin 1.6 liter dengan bantuan pengecas turbo juga tidak mengecewakan ditambah pula dengan kotak gear enam kelajuan automatik.


STERENG DS4 padat dengan butang-butang yang memudahkan pemandu untuk mencapai.


Sebaik melepasi Plaza Tol Sungai Besi, penulis menekan pedal lebih sedikit, hasilnya catatan masa pecutan 0-100 km/j kurang dari 10 saat.

Pemanduan dengan kelajuan 110km/j di lebuh raya PLUS juga rasa selesa memandangkan DS4 menggunakan sistem stereng kuasa hidraulik elektronik. Kereta ini juga menggunakan rim bersaiz 18 ini dengan tayar 225/45 jenama Michelin Pilot Sport 3.

Pemanduan selama dua jam setengah pasti membuatkan badan terasa lenguh sedikit. Satu lagi fungsi yang menarik pada DS4 ialah fungsi mengurut yang terbina pada kerusi pemandu dan penumpang hadapan.

Stereng kereta ini juga padat dengan pelbagai butang yang mempunyai fungsi tersendiri. Salah satunya ialah untuk mencari ruang parkir.

Jika ingin mencari parkir hanya tekan sahaja butang P dan memandu secara perlahan. Jika ada parkir yang bersesuaian skrin akan menunjukkan OK.

Toyota Corona TT132

Posted:

Toyota Corona TT132

Toyota Corona TT132

Oleh FARID AWALUDIN


WAJAH luaran Corona menerima modifikasi minimum khususnya pada bahagian bampar hadapan dan belakang.


NAMA Toyota Corona mungkin sedikit asing dalam dunia jentera berprestasi tinggi. Pun begitu, Corona ialah sebuah kereta keluarga yang setaraf dengan Toyota Camry pada masa sekarang.

Corona memiliki persamaan dengan beberapa kereta berprestasi tinggi keluaran Toyota yang lain. Sebagai contoh, enjin asal 3T yang didatangkan bersama Corona turut digunakan pada model Toyota Celica. Begitu juga dengan kotak gear dan gandar belakang. Malah sistem suspensi Corona boleh ditukar ganti dengan model Toyota Levin AE86.

Kolum modifikasi minggu ini mengetengahkan model Toyota Corona TT131 milik Azaruddin Paiman dari Johor Bahru, Johor. Kereta berusia lebih dua dekad itu diwarisi daripada bapanya. Transformasi pertama ialah menukar enjin asal 3T kepada enjin 13T.

Secara asasnya, enjin 3T dan 13T hanya pada nombor namun spesifikasinya tidak jauh berbeza. Perbezaan antara kedua-duanya ialah reka bentuk kepala silinder sahaja. Enjin 13T direka untuk membolehkan aliran udara masuk ke dalam enjin bagi penghasilan pembakaran yang lebih mesra alam.

Enjin itu menerima beberapa pengubahsuaian yang melibatkan aci engkol dan roda tenaga enjin. Kedua-dua komponen itu dihantar ke bengkel kejuruteraan untuk diringankan dan diseimbangkan agar menjayakan respons enjin yang lebih bagus.


UNIT enjin 13T menerima beberapa pembaharuan bagi mengekstrak kuasa tambahan.


Untuk meningkatkan aliran campuran udara dan bahan api ke dalam kebuk pembakaran agar lebih efisien, kepala silinder itu ditanggalkan untuk kerja-kerja port and polish di sebuah bengkel kenalan Azaruddin di Johor Bahru.

Sentuhan seterusnya ialah menggantikan karburator tunggal standard kepada karburator perlumbaan berkembar Mikuni PHH40 untuk mengekstrak kuasa maksimum daripada unit enjin 13T. Sistem penyalaan enjin diperkuatkan hasil padanan sistem MSD dan gegelung pencucuhan jenama Accel.

Asap pembakaran dalam silinder disalurkan keluar menerusi bantuan pengekstrak kustom dan ekzos paip keluli tahan karat berukuran dua inci tanpa penggunaan komponen tabung tengah.

Sorok wayar

Apa yang menarik pada ruangan enjin Corona ini ialah kepintaran Azaruddin menyembunyikan hampir kesemua sistem pendawaian yang lazimnya sarat di bawah hud enjin. Tidak cukup dengan itu, komponen-komponen keluli tahan karat digilapkan bagi meningkatkan kekemasan ruangan enjin.

Kotak gear lima kelajuan manual Corona asal diberi nafas baharu hasil adunan klac perlumbaan jenama Exedy berukuran 8.5 inci. Gandar belakang juga dikunci dengan mengimpal unit karbeda asal untuk mendapatkan kesan seperti LSD dan memudahkan aksi drift.

Sistem mekanikal lain termasuk sistem stereng asal turut ditingkatkan bagi mengimbangi peningkatan kuasa enjin. Sistem kotak stereng asal digantikan dengan rak dan pinan berserta sistem stereng kuasa.


RUANG kabin tetap dikekalkan keasliannya.


Suspensi hadapannya menerima sistem suspensi Nissan Silvia S14 yang merangkumi set knuckle dan lower arm dengan absorber Cusco boleh laras bagi Nissan Silvia S13. Bahagian belakang diimbangi hasil padanan absorber boleh laras keras-lembut TRD untuk model AE86.

Keempat-empat absorber itu dilaraskan pada tahap paling rendah bagi memuatkan set rim SSR Mesh bersaiz 15X8.5jj (dengan tayar Falken 195/50/R15) pada bahagian depan dan 15X9.5jj (dengan tayar Bridgestone 195/55/R15) pada bahagian belakang.

Ruang kabin Corona masih dipelihara keasliannya. Azaruddin hanya menukar tempat duduk kepada kerusi perlumbaan Bride dan tali keledar perlumbaan jenama Sparco. Stereng digunakan pula datangnya dari jenama Nardi (siri Classico).

Segala bahagian badan jentera yang karat dirawat semula untuk mengukuhkan tubuh asal Corona. Azaruddin mengambil inisiatif memadankan beberapa aksesori JDM Corona TT132 seperti bampar krom pada bahagian depan dan belakang, cermin sisi fender dan fender flare dari Datsun Fairlady 240Z. Akhir sekali seluruh badan Corona ini diberi salutan warna putih mutiara sebagai sentuhan terakhir proses modifikasi jentera jenama Jepun itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


APMM selamatkan kru cedera

Posted:

APMM selamatkan kru cedera

APMM selamatkan kru cedera

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


ANGGOTA Maritim Malaysia menyelamatkan Terence Michael yang patah tangan ketika melakukan kerja di atas menara kapal MV Finesse dekat Kota Tinggi baru-baru ini.


JOHOR BAHRU – Seorang kru kapal MV Finesse yang patah tangan akibat dilibas tali kapal berjaya diselamatkan oleh Unit Udara Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini.

Terence Michael, 29, yang berasal dari Belanda, patah tangan dan cedera di muka setelah dilibas tali sebuah kapal kargo yang putus ketika dia melakukan kerja di bahagian belakang menara kapal itu.

Kejadian berlaku ketika kapal berkenaan berada di kedudukan 2.5 batu nautika barat daya Tanjung Stapa, Kota Tinggi dekat sini.

Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan, Kepten Ibrahim Mohamed berkata, Maritime Rescue Sub Coordination (MRSC) Johor Bahru telah menerima panggilan daripada nakhoda kapal tersebut, Kapten Jalle yang memaklumkan kejadian itu.

Kata beliau, kru malang itu tidak dapat diturunkan ke geladak utama kerana reka bentuk kapal berkenaan amat tidak selamat untuk tujuan tersebut kecuali menggunakan helikopter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tangan putus dilibas parang sendiri ketika tuntut hutang

Posted:

Tangan putus dilibas parang sendiri ketika tuntut hutang

Tangan putus dilibas parang sendiri ketika tuntut hutang

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

KOTA SAMARAHAN – Dua lelaki ditimpa nasib malang ketika mahu menuntut hutang di sebuah rumah di Sadong Jaya di sini apabila salah seorang daripada mereka putus pergelangan tangan kiri selepas terkena libasan parang sendiri.

Mangsa yang dikenali sebagai Zainal, 27, bersama seorang lagi rakannya telah pergi ke rumah terbabit di Kampung Pelanduk Laut di sini sekitar pukul 6.30 petang.

Menurut sumber, mangsa dan rakannya itu yang dalam keadaan mabuk mahu mengamuk di rumah berkenaan dengan sebilah parang.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dipujuk oleh tuan rumah yang dikenali sebagai Mayling, 48, bagi menyerahkan parang tersebut kepadanya.

"Dua lelaki itu berjaya dihalang dan parang yang digunakan juga telah dirampas.

"Tetapi, semasa mereka dibawa keluar dari rumah, tuan rumah tersebut bertindak melibas parang yang dirampas ke arah mangsa menyebabkan pergelangan tangan kirinya putus ketika dia cuba mengelak," kata sumber berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Cubaan bunuh pemimpin Myanmar

Posted:

Cubaan bunuh pemimpin Myanmar

Cubaan bunuh pemimpin Myanmar

Oleh Manirah Othman
manirah.othman@kosmo.com.my


PLAZA Low Yat, Jalan Bintang, Kuala Lumpur merupakan lokasi terakhir yang ditinggalkan Aye Maung sebelum dia dan rakannya cuba dibunuh ketika berada di dalam kereta, Rabu lalu.


KUALA LUMPUR - Pemimpin politik Myanmar yang juga merupakan Pengerusi Rakhine Nationalities Development Party (RNDP), Dr. Aye Maung (gambar kecil) terselamat dalam cubaan membunuhnya di Jalan Pavilion, Off Jalan Alor, Bukit Bintang di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, kereta jenis BMW 7 Series dinaiki Aye Maung bersama-sama Pengerusi Parti Arakan Liga Demokrasi, Aye Thor Aung dan seorang lagi rakan mereka telah ditembak oleh dua lelaki warga Myanmar yang menaiki sebuah motosikal.

Kereta berkenaan ketika itu dipandu Presiden Komuniti Myanmar Malaysia, Saw Aung, 56.

Difahamkan, Aye Maung berada di Malaysia sejak 30 Januari lalu atas urusan perjumpaan dengan rakyat Myanmar di negara ini dan kembali semula ke negara itu kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa memberitahu, ketika tiba di tempat kejadian selepas meninggalkan Plaza Low Yat, mangsa terdengar bunyi dua das tembakan dilepaskan ke tepi cermin dan pintu belakang sebelah kiri kenderaan dinaikinya.

"Mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut ternampak dua lelaki menaiki sebuah motosikal berwarna putih dan bercakap dalam bahasa Myanmar bermaksud tembak lagi," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tok Gajah pijak harimau Selatan

Posted:

Tok Gajah pijak harimau Selatan

Tok Gajah pijak harimau Selatan

Oleh LUQMAN HAKIM AB RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my

POLIS terpaksa mententeramkan penyokong Johor DT yang tidak berpuas hati selepas pasukan mereka tewas 2-3 kepada Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.


PAHANG tampil dalam kelas tersendiri apabila menghampakan Johor Darul Takzim (Johor DT) 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur Kuantan malam tadi.

Jaringan oleh penyerang Pahang, Matias Conti, Mohd. Fauzi Roslan dan Mohd. Hafiz Kamal membolehkan skuad kendalian Ronald Smith itu memperoleh tiga mata berharga pada perlawanan yang hampir berkesudahan seri.

Pasukan pelawat dilihat lebih bertenaga pada awal permainan untuk mencari gol awal, tetapi usaha mereka mudah dipatahkan pertahanan Tok Gajah yang diketuai Mohd. Nizam Miswan.

Pahang yang mengamalkan corak permainan pantas pada perlawanan tersebut, turut memiliki peluang untuk membolosi gawang lawan namun percubaan Damion Stewart menerusi tandukan pada minit ke-10 terus ke dakapan penjaga gol lawan, Norazlan Razali.

Dua minit selepas itu, Conti sekali lagi menjadi tumpuan. Selepas berlaku keadaan kucar-kacir di luar kotak penalti, Conti berjaya mencuri bola sebelum melakukan gerakan solo dengan menggelecek beberapa pertahanan Johor DT dan mudah menewaskan Norazlan bagi membolehkan Pahang mendahului 1-0.

Pada penghujung permainan separuh masa pertama, kealpaan barisan pertahanan Pahang dihukum oleh penyerang Johor DT, Pablo Aimar yang berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui tendangan deras daripada luar kotak penalti pada minit ke-45.

Dua minit perlawanan separuh masa kedua bermula, Fauzi berjaya mencatat nama sebagi penjaring apabila meledak gol kedua Pahang sebelum penyerang gantian Johor DT, Mohd. Safee Sali menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-72.

Ketika perlawanan dilihat akan berakhir dengan keputusan seri, Mohd. Hafiz berjaya menghadiahkan tiga mata berharga kepada Pahang apabila menjaring gol kemenangan selepas menanduk bola hasil sepakan percuma oleh Azidan Sarudin pada minit-minit terakhir perlawanan.

Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan. Ekoran kekalahan Johor DT, para penyokongnya tidak puas hati dan hampir melakukan kekecohan di luar stadium, namun keadaan dapat ditenteramkan oleh pihak polis.

Dalam satu lagi aksi Liga Super semalam, Sarawak menewaskan Selangor PKNS 2-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Gol Sarawak dijaringkan oleh Milorad Janjus pada minit kesembilan dan Gabor Gyepes pada minit ke-16.

NUJM kesal tindakan polis panggil wartawan Kosmo!

Posted:

NUJM kesal tindakan polis panggil wartawan Kosmo!

NUJM kesal tindakan polis panggil wartawan Kosmo!

TINDAKAN polis memanggil petugas media termasuk wartawan Kosmo! bagi memberi keterangan berhubung kontroversi antara skuad Johor Darul Takzim (Johor DT) dengan T-Team menimbulkan perasaan tidak puas hati Kesatuan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM).

Presidennya, Chin Sung Chew berkata, tindakan itu adalah tidak wajar kerana wartawan hanya menjalankan tugas melaporkan insiden tersebut bukan melakukan jenayah.

Katanya, NUJM bukan enggan bekerjasama dengan polis, sebaliknya ia perlu dilakukan mengikut prosedur termasuk memaklumkan hal tersebut kepada ibu pejabat organisasi media berkaitan.

"Wartawan tidak patut dipangggil polis. Mereka hanya menjalankan tugas dan membuat laporan apa yang berlaku bukan terbabit kes jenayah," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Penolong Ketua Biro Kosmo! Biro Johor, Mohd. Hafiz Abbas dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru.

Siasatan dibuat oleh pegawai polis dari Bukit Aman bagi membantu siasatan insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor DT dengan T-Team pada Sabtu lepas.

Menurut Sung Chew, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pernah berjanji dengan pihaknya bahawa mereka tidak akan bertindak sewenang-wenangnya ke atas petugas media.

"NUJM diberi jaminan bahawa polis tidak akan panggil (beri keterangan) wartawan sewenang-wenangnya," katanya.

Tambahnya, polis boleh menggunakan bahagian perhubungan awam mereka untuk berhubung dengan organisasi media mengenai sebarang perkara termasuk bagi membantu sebarang siasatan kes.

Katanya, petugas media juga tidak seharusnya dipanggil ke balai polis yang seolah-olah menggambarkan mereka terlibat kes jenayah.

"Langkah wajar ialah polis boleh datang ke pejabat media untuk mengambil keterangan," katanya.

Sung Chew memberitahu, petugas media juga tidak seharusnya melanggar etika kewartawanan dengan mendedahkan sumber mereka berhubung sesuatu berita atau laporan biarpun diminta berbuat demikian oleh polis.

"Perkara ini disahkan oleh mahkamah mengenai satu kes melibatkan petugas media sebuah akhbar apabila hakim memutuskan wartawan tidak harus dedah sumber mereka,'' katanya.

Keputusan double standard - MB

Posted:

Keputusan double standard - MB

Keputusan double standard - MB

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


AHMAD SAID


MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan keputusan yang dibuat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin yang memberikan kemenangan percuma 3-0 kepada Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam perlawanan pusingan kedua kempen Piala FA 2014 yang tertunda di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada Sabtu lalu.

"Saya amat kecewa dengan keputusan FAM (beri kemenangan kepada Johor DT). FAM kena profesional, jangan double standard. Kalau beginilah caranya, saya percaya bola sepak Malaysia tidak akan ke mana," tegasnya.

Pada aksi di Larkin itu, Johor DT yang beraksi menentang T-Team mendahului 2-1 pada separuh masa pertama sebelum pasukan berstatus kelab dari Terengganu itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas berlaku kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan di stadium tersebut.

Ahmad berkata, beliau akan memanggil kesemua pemain T-Team serta pihak pengurusan pasukan untuk melakukan sumpah al-Quran di depan beliau sendiri dalam waktu terdekat ini.

Beliau menambah, sumpah itu dijangka dibuat sama ada Isnin atau Selasa depan dalam usaha mencari kebenaran berhubung insiden tersebut.

"Saya mahu para pemain dan pengurusan pasukan memberi keterangan yang betul tentang kekecohan tersebut."

Ahmad turut menyarankan agar pengurusan serta para pemain Johor DT turut melakukan perkara yang sama (bersumpah al-Quran) bagi memastikan siapa sebenarnya di pihak yang benar.

"Saya akan panggil seluruh pasukan T-Team dalam masa terdekat ini, kita akan dapatkan penjelasan sebenar dan saya akan minta para pemain dan pengurusan yang saksikan insiden itu agar bersumpah al-Quran di depan saya termasuklah Muhammad Irfan Abdul Ghani.

"Adakah dia (Irfan) melihat sendiri apa yang berlaku, saya difahamkan dia pemain simpanan dan sudah tentu kalau ikut proses biasa, bila waktu rehat separuh masa pertama, dia tak masuk dalam terowong kerana perlu buat warm up di padang.

"Sebagai orang Islam, saya ingin lihat perkara ini benar, saya juga minta JDT (pemain dan pengurusan) bersumpah al-Quran kerana kita orang Islam," katanya ketika ditemui ketika melawat Kampung Pelandan, Hulu Terengganu semalam.

Dalam pada itu, Ahmad tetap mempersoalkan kewibawaan FAM sambil menyifatkan badan induk itu membuat satu keputusan yang tidak profesional ekoran keputusan T-Team yang enggan meneruskan perlawanan setelah mengambil kira faktor keselamatan para pemain.

"Saya difahamkan ia (keputusan FAM) berasaskan laporan dan komisioner perlawanan, mungkin mereka tak terlibat insiden dalam terowong dan mereka tak tahu apa cerita sebenarnya. Sepatutnya perlu diteliti dengan mendalam oleh FAM.

"Takkanlah Terengganu bodoh sangat, suka-suka nak tarik diri tanpa alasan tertentu, saya dimaklumkan mereka diiring keluar oleh polis dengan bas hingga ke Mersing. Jadi, sudah tentulah melibatkan soal keselamatan, sepatutnya ini diambil kira oleh FAM.

"Ini tentu soal keselamatan bukan tarik diri. Polis mengirngi sehingga ke Mersing ini patut diambil kira FAM. Dan ini tidak adil kepada Terengganu. Takkan Terengganu bodoh sangat nak suka-suka tarik diri.

"Kenapa polis Johor iringi sampai Mersing, ini persoalannya? Kita manusia ada akal, fikirlah secara rasional," ujarnya.

Beliau turut membandingkan tindakan yang diambil badan induk bola sepak negara itu itu dengan perlawanan membabitkan Johor DT dengan Pahang tahun lalu yang akhirnya memutuskan agar diadakan perlawanan ulangan.

"Dahulu juga pernah berlaku apabila penonton terlalu ramai ketika menyaksikan perlawanan antara Johor DT dengan Pahang, kemudiannya diadakan perlawanan ulangan, kenapa boleh pula.

"Tetapi saya memikirkan masa depan bola sepak Terengganu dan peminat sukan saya minta mereka teruskan pertandingan. Kalau kira tidak pentingkan bola sepak atau kepentingan peminat sukan, lebih baik tarik diri.

"Tak payah bertandinglah di Malaysia kerana saya lihat pengurusan bola sepak di Malaysia ini tidak ke mana," tegasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Iraq didakwa seksa, cabul tahanan wanita

Posted:

Iraq didakwa seksa, cabul tahanan wanita

Iraq didakwa seksa, cabul tahanan wanita

Tentera Iraq berkawal di Ramadi selepas berlaku pertempuran dengan kumpulan militan di bandar berkenaan. Ramai wanita Iraq turut ditahan selepas saudara lelaki mereka disyaki menjadi anggota militan.- REUTERS


BAGHDAD - Badan pemantau hak asasi manusia Human Right Watch (HRW) semalam mendedahkan, pihak berkuasa Iraq menahan beribu-ribu wanita secara salah dengan ramai antara mereka menjadi mangsa penderaan dan gangguan seksual.

Laporan setebal 150 muka surat itu mendedahkan pengakuan berpuluh-puluh wanita yang menjadi mangsa penderaan tersebut termasuk satu kes seorang pegawai penjara yang mengugut mahu merogol anak perempuan seorang tahanan.

Namun, tujuh bulan selepas wanita itu mengemukakan aduan kepada HRW, mangsa telah dijatuhi hukuman mati.

Dakwaan penderaan bukan sesuatu yang baharu tetapi penemuan oleh HRW yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat itu menimbulkan kebimbangan berhubung kemampuan Iraq menangani beribu-ribu tahanan dalam kempen menghapuskan militan.

Kumpulan Hak Asasi Antara- bangsa itu melahirkan kebimbangan tentang kelemahan sistem undang-undang Iraq yang didakwa dicemari rasuah serta bertentangan dengan piawaian antarabangsa.

Menurut HRW, wanita ditahan selama berbulan-bulan hingga beberapa tahun lamanya tanpa dihadapkan ke mahkamah.

Terdapat kes wanita ditahan kerana dikaitkan dengan akti- viti pengganas yang dilakukan oleh ahli keluarga mereka.

Beberapa tahanan yang ditemui memberitahu, mereka ditendang, ditampar, dirogol oleh pasukan keselamatan negara itu.

"Pasukan keselamatan Iraq bersikap seolah-seolah mendera tahanan wanita boleh menjadi- kan negara itu lebih aman," kata Timbalan Pengarah Timur Tengah dan Afrika Utara HRW, Joe Stork. - AP

Boeing 787 milik Air India mendarat cemas di KLIA

Posted:

Boeing 787 milik Air India mendarat cemas di KLIA

Boeing 787 milik Air India mendarat cemas di KLIA

NEW DELHI - Juruterbang pesawat Boeing 787 Dreamliner milik Syarikat Penerbangan Air India terpaksa membuat pendaratan cemas di Kuala Lumpur dan secara manual selepas pesawat berkenaan mengalami masalah pada sistem komputer, kata seorang pegawai syarikat tersebut semalam.

Pesawat itu yang membawa lebih 200 penumpang dalam penerbangan dari Melbourne, Australia menuju ke New Delhi, India kelmarin tetapi terpaksa mengubah haluan dan membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat mengalami masalah komputer.

Jurucakap Syarikat Penerbangan Air India, Praveen Bhatnagar berkata, kapten pesawat berkenaan hilang keyakinan pada sistem perisian komputer di dalam pesawat tersebut.

"Alternatif yang boleh dipilih adalah mendaratkan pesawat secara manual,'' katanya.

Ujarnya, masalah itu tidak serius dan menafikan laporan akhbar tempatan yang mendakwa, tiga sistem navigasi yang membolehkan pesawat berkenaan terbang dalam jarak jauh menggunakan sistem pemanduan automatik, gagal berfungsi.

Katanya, kejadian itu menyebabkan semua penumpang dan anak kapal terkandas semalaman di Kuala Lumpur selepas pesawat berkenaan mendarat dengan selamat.

Menurutnya, beberapa jurutera Boeing dari Hong Kong yang dihantar ke KLIA telah berjaya membetulkan sistem berkenaan dan pesawat berkenaan djadualkan mendarat di New Delhi pada pukul 8 malam waktu tempatan semalam.

Pesawat Boeing 787 Dreamliner mengalami beberapa masalah sejak mula digunakan dua tahun yang lalu termasuk perkhidmatan pesawat berkenaan di selu- ruh dunia terpaksa digantung pada tahun lalu akibat masalah bateri. - AFP

Ular sawa panjang 5.5m ditemui di Everglades

Posted:

Ular sawa panjang 5.5m ditemui di Everglades

Ular sawa panjang 5.5m ditemui di Everglades

SEORANG jurutera menunjukkan ular sawa Burma sepanjang 5.5 meter yang ditemui ketika dia sedang memeriksa sebuah tambak di Everglades, Florida, Amerika Syarikat baru-baru ini.


MIAMI - Seorang jurutera menjumpai seekor ular sawa Burma sepanjang lebih 5.5 meter (m) yang hampir memecah rekod ular terbesar di negeri Florida.

Dia menjumpai reptilia tersebut semasa sedang memeriksa sebuah tambak di kawasan paya Everglades dekat sini pada Selasa lalu.

Menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida , ular tersebut memiliki panjang kurang 0.4m daripada ular terbesar yang pernah direkodkan di negeri itu.

Ular terbesar di Florida sepanjang 5.9m dan ditemui oleh seorang pengumpul ular di sini pada tahun lalu," kata jurucakap suruhanjaya berkenaan, Katie Johnson.

Spesies sawa Burma yang boleh membesar sehingga melebihi panjang 6m dan berasal dari rantau Asia Tenggara merupakan haiwan pemangsa yang mengganggu ekosistem Everglades.

Ular sawa itu membiak dengan cepat ekoran iklim panas lembap di kawasan paya tersebut.

Beberapa pegawai berkata, populasi ular sawa Burma di Everglades sudah melebihi 150,000 ekor, sekali gus mengancam spesies tempatan. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pahang benam Johor DT 3-2

Posted:

Pahang benam Johor DT 3-2

Pahang benam Johor DT 3-2

07/02/2014 11:03pm



PENYERANG import Pahang, Matias Ruben Conti (hadapan) dipeluk rakan sepasukannya, Azidan Saruddin selepas berjaya menjaringkan gol untuk pasukan Pahang ketika bertemu JDT pada pertandingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini hari ini. - KOSMO!/MAHATHIR ALI


KUANTAN - Gegak gempita sokongan daripada penyokong setia berjaya menaikkan semangat skuad Tok Gajah untuk membenamkan keangkuhan Johor Darul Takzim (Johor DT) dengan kemenangan 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur Kuantan sebentar tadi.

Jaringan oleh rangkaian penyerang Pahang, Matias Conti, Mohd. Fauzi Roslan dan Mohd. Hafiz Kamal membolehkan skuad kendalian Ronald Smith memperoleh tiga mata berharga di laman sendiri. - KOSMO!

Tiga kapal Tentera Laut Diraja Thailand tiba di Pulau Pinang

Posted:

Tiga kapal Tentera Laut Diraja Thailand tiba di Pulau Pinang

Tiga kapal Tentera Laut Diraja Thailand tiba di Pulau Pinang

07/02/2014 10:34pm

GEORGE TOWN - Tiga kapal Tentera Laut Diraja Thailand tiba di pelabuhan Swettenham Pier, di sini hari ini untuk lawatan persahabatan dan latihan ketenteraan sehingga 12 Februari ini.

Komander Unit Latihan Tentera Laut Diraja Thailand, Vasinsan Chantavarin berkata, sebanyak 690 anak kapal terlibat dalam program yang bertujuan menguji kekuatan aset ketenteraan laut kerajaan Thailand itu.

Tambahnya, kapal HTMS Kraburi, HTMS Saiburi dan Narathiwat itu akan dibuka untuk lawatan kepada orang ramai pada Isnin mulai pukul 9 pagi hingga pukul 3 petang.

Pengunjung berpeluang menyaksikan lebih dekat kelengkapan tentera laut Thailand di samping mengetahui operasi serta kegunaan asas kapal berkenaan secara percuma, katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, kapal terbesar ialah HTMS Kraburi sepanjang 103 meter dan seberat 1,900 tan dengan kapasiti 280 anak kapal pada satu masa.

Menurutnya, selepas Pulau Pinang, anak kapal berkenaan akan singgah ke Perairan India, Myanmar, Indonesia dan Singapura untuk program sama bermula Khamis sebelum pulang ke Thailand.

Sementara itu, Pegawai Memerintah KD Sri Pinang, Komander Abau Endin Boon berharap lawatan itu dapat mengeratkan hubungan antara dua negara di samping membuka ruang kepada kedua pihak bertukar ilmu pelayaran dan ketenteraan laut dalam. - Bernama

Kadar kemalangan jalan raya dalam Ops Selamat 4 menurun - Salleh

Posted:

Kadar kemalangan jalan raya dalam Ops Selamat 4 menurun - Salleh

Kadar kemalangan jalan raya dalam Ops Selamat 4 menurun - Salleh

07/02/2014 10:22pm

TAWAU - Kadar kemalangan jalan raya menurun sebanyak 10.2 peratus atau 15,637 kes berbanding 13,910 dalam tempoh 14 hari Ops Selamat 4 bersempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata sehingga semalam, kes kemalangan jalan raya di seluruh negara menurun sebanyak 1,727 kes.

"Kita sasarkan penurunan sebanyak lima peratus sepanjang kempen itu di seluruh negara yang berakhir lewat malam ini, tapi kita telah mencapai 10.2 peratus penurunan hingga malam tadi," katanya kepada pemberita selepas meninjau Ops Selamat 4 di sini hari ini.

Katanya, kemalangan maut juga menyaksikan penurunan sebanyak 11 peratus iaitu 162 kes berbanding 144 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

"Kes pecah rumah juga menurun sebanyak 5 peratus iaitu 932 kes berbanding 890 kes," katanya.

Tambahnya, penurunan itu adalah berikutan kerjasama yang diberi oleh masyarakat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Aura kombinasi jenama eksklusif

Posted:

Aura kombinasi jenama eksklusif

Aura kombinasi jenama eksklusif

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

MULA mengenali jenama telekung Mia Mikhail sejak dua tahun lalu, Amirah Zulkifli, 27, mengakui dia masih setia dengan produk yang ditawarkan oleh syarikat milik anak tempatan itu.

Ini kerana telekung yang dihasilkan menggunakan kain berkualiti tinggi, sekali gus memberi keselesaan apabila memakainya ketika menunaikan solat.

Eksekutif perundangan kanan di sebuah firma swasta di Kuala Lumpur itu memberitahu, pada mulanya dia hanya membeli telekung tersebut untuk kegunaan sendiri.

Namun, apabila menerima respons yang baik daripada keluarga, dia turut membelinya untuk mereka.

"Boleh dikatakan saya memang peminat setia telekung jenama Mia Mikhail selepas kali pertama mengetahui produk itu melalui laman web mereka.

"Selain menawarkan variasi warna telekung yang menarik, kualiti fabrik juga menepati cita rasa saya," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Malah, menurut Amirah, sewaktu melangsungkan perkahwinannya pada Disember tahun lalu, dia tidak ketinggalan memilih telekung Mia Mikhail untuk dijadikan hantaran.

Kolaborasi yang terjalin antara Mia Mikhail dan peruncit kurma premium dari Dubai, Bateel Asia Sdn. Bhd. (Bateel) baru-baru ini turut membuatkan Amirah teruja.

"Kerjasama ini agak mengejutkan kerana saya bukan sahaja pelanggan setia Mia Mikhail tetapi amat dekat dengan jenama Bateel yang telah lama dikenali.


PRODUK kurma dan coklat premium Bateel yang pelbagai dan enak dilihat mampu memberi kepuasan kepada pelanggan.


"Sebenarnya, ibu bapa saya yang memperkenalkan kurma premium itu kerana mereka selalu membelinya sejak tiga tahun lalu. Jadi, kerjasama ini dilihat seperti satu kebetulan," ujarnya tersenyum.

Tidak lokek untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk mendapatkan produk terbaik, Amirah berkata, secara peribadi, saya rasakan ia satu langkah yang baik untuk kedua-dua pihak menarik lebih ramai pelanggan pada masa akan datang.

Gembira

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mia Mikhail, Nik Farhana Nik Mokhtar, 32, melahirkan rasa gembira apabila berpeluang berkolaborasi bersama Bateel.

"Saya harap kerjasama ini dapat meningkatkan lagi pasaran telekung Mia Mikhail yang sebelum ini diusahakan secara dalam talian.

"Alhamdulillah, sambutan pelanggan semakin menggalakkan sejak memulakan perniagaan ini pada tahun 2011. Walaupun pada awalnya, penerimaan masyarakat terhadap telekung berwarna agak perlahan, tetapi kini ia menjadi trend terutamanya dalam kalangan golongan muda," terang nya.

Tambah beliau, telekung-telekung yang dihasilkan menggunakan fabrik likra berkualiti tinggi yang tahan lama di samping kain kapas premium.


MERAIKAN raja sehari dengan hantaran istimewa Mia Mikhail dan Bateel pasti memberi pengalaman manis buat pengantin.


"Pada masa ini, Mia Mikhail berjaya menghasilkan 5,000 pasang telekung setiap bulan bagi memenuhi permintaan pasaran," kata Nik Farhana yang mengasaskan jenama Mia Mikhail bersama dua adiknya, Nik Nurhidayah, 31, dan Nik Noor Jehan, 30.

Koleksi telekung Mia Mikhail pada awalnya hanya mempunyai tujuh warna tetapi kini terdapat lebih daripada 40 warna mengikut rekaan. Harga telekung bermula daripada RM160 hingga RM500 bagi koleksi telekung istimewa buat pengantin.

Untuk koleksi telekung pengantin ini, ia dihiasi dengan batu kristal Swarovski yang tinggi nilainya selain penggunaan kain les bagi menyerlah seri telekung tersebut.

Dalam pada itu, Pengurus Jenama Kanan Bateel, Aisyah Ahmad, 31, memberitahu, gabungan bersama Mia Mikhail merupakan salah satu cara untuk mempromosikan produk Bateel di Malaysia.

"Selaku pengimport kurma dan coklat premium dari Dubai yang mempunyai pelanggan tersendiri, saya yakin kerjasama ini mampu menyuntik elemen eksklusif tambahan.

KOLEKSI hamper eksklusif yang disediakan Bateel dan Mia Mikhail.


Hamper istimewa

"Kami percaya gabungan hamper yang terdiri daripada kurma dan coklat Bateel bersama keindahan rekaan telekung Mia Mikhail pasti menjadi pilihan hantaran buat bakal pengantin," ungkap Aisyah sewaktu pelancaran hamper eksklusif Bateel dan Mia Mikhail di Pusat Beli-Belah Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara keunikan produk Bateel ialah kurma organik yang diimport dari Dubai yang mempunyai tekstur yang lebih halus dan enak dimakan.

Rasanya juga tidak terlalu manis dan sesuai untuk diambil setiap hari sebagai salah satu makanan sunah Rasulullah SAW.

Koleksi hamper istimewa telekung Mia Mikhail dan produk Bateel boleh dimiliki pada harga RM300 hingga RM1,000 mulai bulan ini.

Sesuai dengan tradisi dan budaya Melayu, hamper ini disasarkan untuk menjadi penghias dan pelengkap set hantaran untuk pengantin perempuan di hari pernikahan mereka.

Magnum berkongsi rahsia kemewahan

Posted:

Magnum berkongsi rahsia kemewahan

Magnum berkongsi rahsia kemewahan

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

SEBAGAI langkah memastikan peserta benar-benar faham tentang cara penyediaan hidangan, Arbefeuille menyediakan adunan secara manual.


BERMULA dengan mengagihkan apron kepada setiap peserta, rakan-rakan media kemudian diiringi masuk ke dapur masakan restoran Nathalie's Gourmet Studio di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur untuk mengalami sendiri pengalaman membuat aiskrim mewah, Magnum Gold Parfait.

Kira-kira 30 ahli media yang menyertai program memasak Drench Your Palette in Gold itu dibahagikan kepada empat kumpulan.

Di atas meja setiap kumpulan, tersusun rapi peralatan memasak seperti pengadun doh, sudip dan kepingan plastik lutsinar. Di sebelahnya, tersedia ramuan-ramuan yang diperlukan untuk membuat hidangan menyelerakan itu seperti coklat cair Belgium, susu coklat segar, gula, kuning telur, krim putar dan serbuk emas boleh dimakan.

Chef kulinari yang meraih Anugerah Chef Cemerlang TimeOut KL Food 2011, Nathalie Arbefeuille, memulakan aktiviti dapur dengan menunjukkan cara membuat kepingan rangup coklat yang dihiasi serbuk emas untuk diletakkan di bahagian luar aiskrim.

"Anda perlu mengelap plastik lutsinar ini di atas meja besi menggunakan tisu supaya aliran elektrik statik berlaku, sekali gus menyebabkan ia melekat di permukaan meja.

"Ini adalah teknik yang sangat penting supaya kepingan plastik ini tidak bergerak ketika anda menyapu lapisan serbuk emas dan coklat pada permukaannya," jelas Arbefeuille sambil meletakkan coklat cair di atas kepingan plastik berkenaan.


SELAIN mengajar di hadapan, Arbefeuille (tengah) turut turun ke padang melihat prestasi anak muridnya.


Beliau turut memberi peluang kepada peserta mencorakkan kepingan coklat mengikut kreativiti masing-masing.

Selepas menyediakan lapan gelungan kepingan coklat Belgium yang sedia untuk dibekukan, kelas kulinari diteruskan dengan penyediaan krim mewah Magnum.

Bagaimanapun, menurut chef kelahiran Perancis itu, bahagian yang paling mencabar adalah memastikan suhu dan kelikatan krim seimbang untuk menerbitkan rasa mewah aiskrim Magnum.

"Kita perlu menggunakan pengukur suhu semasa mengacau krim ini di atas dapur untuk mengelakkan ia terlebih masak.

"Ini adalah proses yang agak rumit, tetapi hasilnya nanti sangat memuaskan," katanya.

Kelihatan setiap peserta memberikan tumpuan. Namun, ada juga rakan media yang mengambil kesempatan bergerak seiringan dengan chef berkenaan supaya tidak tersalah langkah.

Edisi terhad

Melihat keseronokan rakan media menghasilkan aiskrim masing-masing, Ketua Kategori Aiskrim Wall's , Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. (Unilever), Shawn Tan berkata, kelas memasak tersebut diadakan sempena pengenalan aiskrim Magnum edisi terhad, Magnum Gold.

"Selama 25 tahun Magnum telah terkenal dengan identiti rasa aiskrim mewah daripada coklat Belgium yang memberikan nikmat menerusi setiap suapan.

"Bagi menghargai pelanggan setia jenama ini, pada tahun ini kami mencipta rasa baharu menerusi varian Magnum Gold yang akan dilancarkan pada masa terdekat," katanya pada program berkenaan.

HIDANGAN aiskrim Gold Parfait (atas) dan kek Gold Lava diperbuat daripada ramuan berkualiti tinggi.


Tan menambah, aiskrim edisi terhad itu akan berada di pasaran selama setahun.

Mengulas mengenai program masakan yang dianjurkan, beliau berkata, ia bertujuan berkongsi rahsia aiskrim terkenal itu dengan menggunakan ramuan-ramuan yang berkualiti tinggi.

"Arbefeuille dapat berkongsi cara menghasilkan pencuci mulut premium yang menerapkan elemen keemasan pada Magnum Gold, selain mengetengahkan keistimewaan coklat Belgium yang kurang manis berbanding coklat biasa.

"Rakan-rakan media juga boleh berkongsi resipi ini dengan penggemar aiskrim lain, selain lebih memahami kerumitan serta keseronokan menghasilkan aiskrim mewah Magnum," katanya tersenyum.

Antara varian aiskrim Magnum di pasaran pada masa ini adalah Classic, Almond, Chocolate Truffle., Choco Cappuccino, Chocolate Brownie dan Strawberry.

Pada November tahun lalu, Unilever turut melancarkan rangkaian Magnum Mini. Ia dijual pada harga RM12.90 untuk satu kotak yang mempunyai enam batang aiskrim Magnum bersaiz kecil.

Sahabat dunia akhirat

Posted:

Sahabat dunia akhirat

Sahabat dunia akhirat


PERHUBUNGAN bersama rakan ketika di sekolah rendah jarang berpanjangan apabila meningkat dewasa. - Gambar hiasan


KEHIDUPAN dunia merupakan dewan kuliah utama yang perlu diamati. Misalnya, saya sendiri berusia lebih 50 tahun hijrah ketika catatan ini ditulis.

Lalu saya cuba mengenang tempoh awal kehidupan sebelum bersekolah, namun tiada seorang pun rakan sepermainan yang nama dan wajahnya masih hinggap di minda.

Saya terkenang bagaimana kami bermain kejar-kejar, tembak-menembak memakai senapang kayu, gelang getah sebagai pemicu dan berpeluru senduduk.

Kedua, ketika di sekolah rendah. Tempoh lima hingga enam tahun bersama rakan-rakan yang begitu akrab sepatutnya membawa banyak nama di minda.

Hakikatnya, sekurang-kurangnya buat diri saya sendiri, tiada seorang pun antara mereka masih bersama sebagai rakan keluarga.

Sungguh, sesekali bertemu kami masih cuba melakonkan watak di kala usia perkenalan. Kami tidak dapat berbohong. Masa sebenarnya telah mengubah banyak perkara. Ia tidak mungkin jadi begitu.

Kemudian kehidupan berasrama di sekolah menengah dan universiti membawa pertemuan kepada ramai rakan yang berbeza watak dan gaya. Persahabatan kelihatan lebih matang dan bermakna.

Namun kerjaya, perubahan status bujang kepada berkeluarga dan peningkatan usia juga mencantas begitu banyak hubungan persahabatan. Sekali-sekala kenangan ini menerpa hati dan perasaan. Namun ia tidak mungkin lagi serupa.

Masya-Allah...Subhanallah...Allahuakbar. Pusingan lampau kehidupan sentiasa berlaku. Persahabatan datang dan pergi. Alam kerjaya dan ketika usia meningkat di hujung senja menyebabkan kehilangan dan penerimaan rakan-rakan baharu dan lama silih berganti.

Namun, ada sesuatu yang pasti betapa mereka yang paling karib sepenuh hati dan perasaan, hanyalah mereka yang paling hampir. Kaum keluarga, anak-anak dan isteri. Akhirnya saya mula mengaku yang kami tinggal berdua suami isteri setelah melalui rutin kehidupan panjang tetapi singkat dan suntuk di dunia.

Hubungan akrab

Agaknya saya terfikir, hubungan suami isteri yang kelihatan akrab ini terkandung dalam suasana yang diceritakan oleh Allah SWT melalui surah Taaha, ayat 123 yang bermaksud:

"Turunlah kamu berdua dari syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara."


KEHIDUPAN di universiti pasti membawa banyak pertemuan dengan rakan yang berbeza watak dan gaya namun lebih matang.


Saya fikir begitu. Ia tidak selalunya benar untuk kesemua manusia. Malah perjalanan kehidupan berbeza-beza. Terdapat manusia yang dikelilingi oleh ramai rakan walaupun mereka sedang menghadapi saat-saat kematian. Terdapat juga mereka ditinggal berseorangan sehinggakan suami atau isteri tiada di samping walaupun antara kedua-duanya masih bernafas.

Namun, ada satu pengajaran yang perlu diingat. Semakin hampir tempoh berakhirnya kehidupan di dunia maka kebiasaannya, semakin berkuranglah manusia lain di sisi.

Jika ada sekali pun, nilai dan keindahannya tidak mungkin sama ketika usia muda, berkuasa, berpangkat atau berharta. Akhirnya, mereka yang hampir hanyalah mereka yang kasih dan cintakan kita semata-mata kerana Allah.

Allahuakbar. Tetapi, ramai yang tidak tahu atau tidak mahu ambil pusing dengan 'dua' sahabat luar biasa yang tidak pernah mahu meninggalkan diri kita di kala senang atau susah, muda atau tua, berseorangan atau berjemaah, tidur atau jaga serta sentiasa adil dan saksama.

Dua malaikat

Allah SWT telah nyatakan hal ini melalui surah Qaf, ayat 17-18 yang bermaksud:

"Semasa dua malaikat mengawal dan menjaganya, menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."

Inilah perhubungan luar biasa yang tidak disedari oleh ramai orang yang meneruskan kehidupan sebelum remaja sehingga usia berada pada tahap di hujung senja. Jika mereka sedar, insya-Allah pelbagai perilaku kehidupan harian manusia akan berubah dan berbeza.

Malah, jika manusia mengetahui kedua-dua sahabat ini masih bersama ketika dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak, maka mereka juga akan berhati-hati ketika di khalayak ramai atau semasa berseorangan.

Allah SWT telah menyatakan melalui surah Qaf, ayat 21 yang bermaksud:

"Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: satu menjadi) pembawa dan (satu lagi menjadi) saksi...

Dua. Benar, dua malaikat kiri dan kanan bakal menjadi saksi yang tidak boleh berkompromi dengan apa yang telah dilakukan di dunia. Tidak satu pun tertinggal. Kesemua tercatat dengan jelas dan terang. Mereka tidak meninggalkan kita sebagaimana kaum keluarga, rakan-rakan dan manusia lain yang telah kita lalui sepanjang kehidupan singkat ini.

Tidakkah kita mahu berfikir? Kami mohon keampunan-Mu ya Allah. Jumpa lagi minggu hadapan. Moga damai di hati.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved