Isnin, 3 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Rasa berbeza mengikut spesies

Posted:

Rasa berbeza mengikut spesies

Rasa berbeza mengikut spesies

DARIPADA sebuah kawasan hutan belantara, Dr. Ibrahim Shuib, 66, mendapat ilham untuk membangunkan tanah yang dibelinya pada tahun 2001.

Kesibukannya sebagai doktor perubatan di klinik miliknya sendiri iaitu Poliklinik Ibu Kota di Seri Gombak, Selangor tidak menghalang beliau untuk berbakti kepada tanah miliknya itu.

Beliau melakukan kerja-kerja menebang pokok-pokok dan membersihkan kawasan hutan seluas lapan hektar di Kampung Sungai Jang, Kerling, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor itu secara berperingkat-peringkat.

Idea asal beliau ialah untuk membangunkan projek tanah vetenari Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasan tersebut bagi menjadikannya sebagai destinasi agropelancongan di Kuala Kubu Bharu.

Hasil usaha Ibrahim selama 13 tahun ternyata telah membuahkan hasil. Kini, beliau giat mempromosikan pelancongan berasaskan pertanian dan ternakan haiwan di ladang Great Farm miliknya itu.

Persekitaran yang dikelilingi 200 jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan ternakan seperti ayam, itik dan kambing merupakan tarikan utama pengunjung ke Great Farm yang menjanjikan suasana seperti di kampung halaman sendiri.

Pengunjung juga berpeluang menikmati buah-buahan tempatan yang dipetik secara terus dari pokok-pokok di ladang itu.

Tidak hanya tertumpu kepada sektor agropelancongan, Great Farm turut menternak lebah kelulut yang menghasilkan madu dan dijual secara komersial.

"Lebah kelulut merupakan antara tarikan utama pengunjung ke Great Farm. Kira-kira 150 sarang kelulut yang terdiri daripada 22 spesies serangga itu diternak di sekeliling ladang ini. Pengunjung dapat melihat proses mengambil madu dan kitaran kehidupan kelulut secara mendalam," ujar Ibrahim ketika ditemui Kosmo! di ladangnya.

MOHAMED menggunakan vakum yang dilengkapi dengan sistem saluran untuk menyedut madu dari kantung madu kelulut.


Spesies serangga

Kelulut merupakan sejenis serangga dan berbeza dengan lebah madu. Namun, ia boleh menghasilkan madu seperti lebah madu. Ia boleh ditemui di hutan hujan tropika. Antara spesies atau koloni kelulut yang diternak oleh Ibrahim ialah Tetrigona, Homotrigona, Odontotrigona, Lophotrigona dan Tetragonilla. Kebanyakan spesies kelulut tergolong dalam keluarga Melipononi di bawah pecahan Trigona.

Habitat asal kelulut ialah di permukaan batang pokok-pokok di kawasan hutan. Penternak perlu memotong pokok yang menjadi habitat asal untuk dibawa pulang. Kemudian, kotak lebah dibuat di bahagian atas potongan pokok itu untuk memudahkan proses pengambilan madu.

Menurut Ibrahim, kelulut yang diternak di Great Farm diambil dari pelbagai jenis pokok di kawasan hutan negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Perlis.

"Rasa setiap madu kelulut berbeza mengikut spesies. Kebanyakan madu kelulut rasanya manis malah ada juga mempunyai rasa masam. Dianggarkan sebanyak 18.5 peratus air terkandung dalam madu kelulut yang menyebabkan teksturnya lebih cair berbanding madu lebah.

"Setiap botol madu kelulut keluaran Great Farm dijual dengan isipadu 350 milimeter. Setiap koloni kelulut juga menghasilkan madu dalam jangka masa berbeza. Bagi spesies Geniotrigona yang bersaiz besar, hanya dua kali proses pengambilan untuk mendapatkan sebotol madu. Bagi spesies Laedriceps, ia mengambil masa selama enam bulan untuk mendapatkan sebotol madu kerana saiznya kecil," ujar lelakia yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu.


IBRAHIM menunjukkan kotak menternak kelulut di atas batang pokok yang diambil dari hutan.


Di sekitar Great Farm, Ibrahim yang dibantu oleh tiga orang pekerjanya telah menanam lebih 200 jenis tanaman buah-buahan seperti kuini, belimbing besi, kedondong, mangga dan jambu. Tanaman itu membantu pemakanan kelulut yang mengambil nektar atau cecair yang diproses secara semula jadi untuk menghasilkan madu.

Kepelbagaian sumber pemakanan kelulut untuk menghasilkan madu juga membezakan spesies serangga itu dengan lebah madu. Bagi lebah madu, serangga itu hanya mengambil nektar daripada satu sumber iaitu bunga.

Daun dan resin atau getah pokok yang ditanam di sekitar ladang merupakan sumber makanan kelulut. Sumber makanan yang baik juga membantu menyumbang kepada penghasilan madu yang berkualiti dan berkhasiat.

Metabolisme

"Kelulut menjadikan resin di pokok jenis dipterocarp seperti meranti, keruin dan merawan di kawasan hutan sebagai sumber pemakanan untuk dibawa pulang ke sarang. Resin pokok-pokok hutan itu mengandungi antioksida yang tinggi. Ia merupakan agen pembersih bahagian dalaman badan yang membantu merangsang sel ketahanan tubuh manusia," jelasnya yang berpengalaman selama empat dekad dalam bidang perubatan.

Antara kelebihan lain pengambilan madu kelulut kepada setiap individu ialah ia membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan, agen kecantikan dan merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman. Madu kelulut juga digunakan dalam rawatan perubatan tradisional.

Seorang pengguna madu kelulut dalam kaedah rawatan, Sub Inspektor Mohd. Rodzi Ismail, 50, berkongsi pengalaman, luka di ibu jari kakinya berjaya disembuhkan dalam jangka masa yang singkat setelah menggunakan madu itu sebagai penawar.

SPESIES Laericeps merupakan kelulut yang paling lambat menghasilkan madu kerana saiznya yang kecil.


Luka kering

Menurutnya yang bertugas di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Kubu Bharu, ibu jari kaki kanannya dihempap bongkah besi sewaktu beliau sedang bertugas.

"Akibat insiden itu, saya menerima tujuh jahitan pada ibu jari kaki. Saya juga diberi pelepasan bertugas selama dua minggu. Selain itu, saya juga menghidap penyakit diabetes dan kebiasaannya setiap luka di badan saya mengambil masa yang lama untuk sembuh.

"Perkenalan saya dengan Ibrahim telah membuka jalan penyelesaian terbaik untuk merawat luka itu. Beliau menyarankan saya minum dan meletakkan tiga titis madu di bahagian yang luka sebelum membalutnya. Pada keesokan hari, luka di jari kaki saya sudah kering dan mengambil masa yang singkat untuk sembuh," jelasnya.

Mengakui ibu jari kakinya berdenyut sepanjang malam selepas madu disapu, dia berasa gembira apabila luka itu kering pada kadar segera. Selain itu, dia juga dapat menyambung tugasannya selepas tempoh cuti sakit.

Selain madu, propolis atau struktur binaan sarang kelulut dan kantung yang menyimpan madu yang diperbuat daripada resin pokok juga boleh digunakan dalam perubatan. Pengunjung di Great Farm berpeluang menikmati propolis yang boleh dimakan secara terus apabila proses pengambilan madu dijalankan.

Menurut Penyelia Great Farm yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanaman dan kelulut, Mohamed Mat Salleh, 64, kebanyakan pengunjung di ladang tersebut tertarik untuk melihat proses pengambilan madu kelulut dari sarang.

Jelas Mohamed yang merupakan individu yang menjalankan proses tersebut setiap hari, madu kelulut mudah diambil kerana spesies lebah itu tidak menyengat.

Ibrahim telah melakukan beberapa inovasi untuk memudahkan proses mengambil madu dari sarang. Dalam usaha untuk memudahkan proses itu, beliau telah menggunakan vakum atau pembersih hampa gas dengan saluran penyedut.

"Kantung yang menyimpan madu di dalam sarang bersaiz kecil dan ia juga mudah pecah apabila disentuh. Vakum yang telah diubah suai itu membantu mempercepatkan proses pengambilan madu. Saluran penyedut juga mudah menembusi setiap kantung madu," jelasnya yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Khasiat perubatan propolis

Posted:

Khasiat perubatan propolis

Khasiat perubatan propolis

PROPOLIS dan kantung madu yang baru diambil daripada sarang boleh dimakan dengan segera.


SELAIN madu kelulut, propolis iaitu sejenis campuran resin yang dihimpunkan serangga berkenaan daripada sumber-sumber botani sebagai penutup ruangan terbuka kecil dalam sarang merupakan antara produk yang boleh dihasilkan melalui penternakan serangga itu.

Menurut pemilik Great Farm, Dr. Ibrahim Shuib, bagi tujuan komersial dan perubatan, dianggarkan sebanyak 3,000 produk boleh dihasilkan daripada propolis.

"Mengikut sarang spesies kelulut terlibat, propolis terbahagi kepada dua jenis iaitu propolis lembut dan keras serta rapuh.

"Antara manfaat bahan tersebut ialah ia dapat membantu melancarkan peredaran darah sebelum masuk ke dalam tisu badan manusia," jelasnya.

Tambah beliau, propolis berbau herba itu juga boleh dimakan sebaik sahaja ia dikeluarkan dari sarangnya. Ini kerana sifat semula jadi serangga itu yang menitik beratkan aspek kebersihan dalam sarang dan juga tempat tinggal ratu.

"Selain itu, propolis juga bersifat antibakteria, antivirus dan antikulat," ujarnya yang mengisar dan menapis bahan berkenaan sehingga saiz 75 mikron untuk dijadikan kapsul.

Produk sampingan lain penternakan kelulut ialah roti lebah, yang kaya dengan kandungan asid folik dan vitamin D kompleks. Ia dikatakan baik untuk kulit dan sistem badan manusia. Seperti propolis, roti lebah juga boleh dimakan sejurus dikeluarkan daripada sarang.

Menurut Ibrahim, asid folik dalam roti lebah juga membantu fungsi otak.


BUDI (kanan) diajar cara-cara menguruskan sarang kelulut sebelum bergelar usahawan.


Latihan keusahawanan

Selain memberi fokus pada penternakan kelulut, Ibrahim turut menawarkan pembelajaran berbentuk teori dan praktikal mengenai penternakan serangga itu.

Menurutnya, pengajian meliponikultur itu mengambil masa selama dua tahun.

"Sepanjang tempoh itu, peserta akan dilatih mengenai asas-asas perniagaan madu kelulut. Tidak hanya tertumpu kepada aspek perniagaan, mereka juga diajar mengenai kaedah menternak kelulut dan pengkomersialan produk," jelasnya.

Melalui pengajian itu, yuran sebanyak RM120,000 telah ditetapkan oleh pihak Great Farm untuk pelajar yang terlibat. Yuran tersebut termasuk kos penginapan, makanan dan pembelajaran sepanjang kursus itu.

Demi meringankan beban individu terlibat, pihak Great Farm juga membantu pelajar mencari penaja untuk membiayai yuran pengajian tersebut. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) merupakan antara koperasi yang menanggung perbelanjaan pelajar meliponikultur di ladang berkenaan.


PROPOLIS dan kantung madu yang baru diambil daripada sarang boleh dimakan dengan segera.


Menurut pelajar meliponikultur Great Farm, Budi Ariff Nawawi, 27, sungguhpun baru mengikuti kursus itu selama tiga bulan, namun pelbagai perkara yang telah dipelajarinya setakat ini.

Jelasnya, teori taksonomi iaitu pembelajaran mengenai kehidupan kelulut seperti spesies dan kitaran hidup serangga itu merupakan asas dalam meliponikultur.

"Setiap hari, rutin pembelajaran saya lebih tertumpu kepada kaedah-kaedah penternakan kelulut secara terperinci. Usaha untuk menternak serangga ini memakan masa yang panjang. Justeru, pengetahuan mengenainya perlu ada sebagai persediaan untuk menjadi usahawan kelak.

"Saya melihat kelulut mempunyai nilai komersial yang tinggi. Bukan sekadar madu, malah propolis dan roti lebah merupakan produk yang boleh dijual melalui penternakan ini," ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Apabila tamat pengajian, Budi Ariff, yang merupakan pelajar yang bernaung di bawah Koperasi Meliponini Kuala Lumpur Berhad, akan memiliki sijil pengajian meliponikultur.

Sehubungan itu, katanya, dia merancang untuk mencari tanah yang sesuai bagi penternakan serangga itu di Baling, Kedah.

"Saya menyasarkan 1,000 sarang kelulut sebagai permulaan usaha penternakan itu," ujarnya. - MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Pelarian Syria perlu perlindungan

Posted:

Pelarian Syria perlu perlindungan

Pelarian Syria perlu perlindungan

Oleh ISMAIL AMSYAR MOHD SAID


LEBIH tiga juta rakyat Syria lari meninggalkan tanah air mereka.


KRISIS politik berdarah terus menekan kehidupan rakyat Syria yang menyebabkan semakin ramai rakyat negara ini terpaksa melarikan diri dan menjadi pelarian di negara-negara jiran.

Ironinya, Syria pada satu ketika merupakan negara kedua terbesar dunia yang menjadi tuan rumah kepada pelarian iaitu pelarian Palestin.

Namun kini, negara itu pantas bertukar menjadi negara pengeluar orang pelarian.

Situasi ini menyebabkan ketidakstabilan politik kepada negara yang terpaksa menanggung pelarian Syria.

Selepas hampir tiga tahun perang saudara melanda Syria dan mengorbankan lebih 100,000 nyawa, masih belum ada tanda-tanda krisis itu akan berakhir.

Penderitaan

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, dalam ucapan pembukaan pada Persidangan Ikrar Kemanusiaan Antarabangsa Kedua untuk Syria yang diadakan di Kuwait baru-baru ini berkata, konflik yang berpanjangan di Syria telah bertukar menjadi krisis serantau.

"Lebanon, Jordan, Turki, Iraq dan Mesir kini menjadi rumah kepada lebih tiga juta rakyat Syria yang lari meninggalkan tanah air mereka," katanya.

Menurut beliau, lebih 80 peratus rakyat Palestin yang berada di Syria memerlukan bantuan kemanusiaan. Apa yang membimbangkan beliau ialah kemungkinan berlakunya kebuluran.

Krisis orang pelarian itu katanya, telah mencetuskan penderitaan yang teruk dan ia ada kaitan dengan ketidakstabilan serta konflik di rantau ini.

Keadaan itu boleh dilihat menerusi insiden letupan bom kereta dan keganasan pandangan politik yang berbeza-beza di Iraq dan Lebanon.

"Ketidakstabilan itu menjejaskan pembangunan ekonomi negara sekitar. Sehubungan itu, kita perlu membantu negara yang menjadi tuan rumah kepada pelarian ini," katanya sambil menambah tiada negara dan tiada sesiapa perlu mengalami penderitaan atau bencana kerana rakyat Syria memerlukan pertolongan.

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres dalam ucapannya pada persidangan yang dihadiri perwakilan dari 62 negara dan lebih 29 pertubuhan serantau ini memuji ajaran Islam dalam melindungi orang pelarian.

Menurut beliau, kemurahan hati dan kesediaan negara-negara Islam yang berjiran dengan Syria memberi perlindungan kepada pelarian negara tersebut terkandung dalam ajaran serta tradisi Islam.

"Sebenarnya, ayat paling indah yang pernah saya baca mengenai perlindungan pelarian bukan dari Konvensyen Orang Pelarian 1951 tetapi dari surah At-Taubah, ayat 6. Ayat itu bermaksud, "Jika seseorang daripada kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia mendengar firman Allah, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman."


SEBAHAGIAN daripada delegasi yang menghadiri Persidangan Ikrar Kemanusiaan Antarabangsa Kedua untuk Syria di Istana Bayan, Kuwait.


"Ini adalah contoh luar biasa toleransi dan komitmen agama untuk perlindungan pelarian dalam Islam," kata Guterres yang juga mantan perdana menteri Portugal.

Beliau berkata, kemurahan hati jiran-jiran Syria perlu diganjari dengan sokongan besar-besaran antarabangsa dalam semangat tolong menolong yang amat penting bagi memastikan perlindungan bagi mereka yang melarikan diri daripada konflik berdarah itu.

Bantuan kewangan

"Negara-negara di rantau ini bukan semata-mata memerlukan bantuan kewangan yang kukuh, mereka juga memerlukan pihak lain membantu untuk menanggung beban mengambil dan memberi perlindungan kepada pelarian," katanya sambil menyeru semua negara supaya cuba membuka sempadan mereka untuk pelarian.

Pesuruhjaya Tinggi UNHCR itu dalam menjelaskan kepentingan membantu pelarian berkata, negara-negara yang menjadi tuan rumah kepada pelarian supaya terus menerima rakyat Syria.

Negara-negara itu katanya, bukan sahaja memberi perlindungan tetapi pada masa yang sama menanggung kos yang amat tinggi.

"Tekanan ini dirasakan dalam semua peringkat kehidupan kerana defisit belanjawan semakin meningkat. Ini menjejaskan pertumbuhan ekonomi, pekerjaan, gaji dan harga barangan di seluruh rantau ini.

"Keadaan ini menyebabkan rakyat tempatan terpaksa bergelut dengan keperitan hidup," katanya.

Menurut Guterres, kesan kehadiran lebih 860,000 pelarian berdaftar di Lebanon sama seperti yang berlaku di beberapa buah negara lain. Misalnya, Amerika Syarikat lebih 66 juta pelarian tiba secara mendadak, 17 juta di Jerman dan lebih 280 juta di China.

"Akibat kebanjiran pelarian, jumlah penduduk Lebanon kini mencapai paras yang dijangka hanya berlaku pada tahun 2050.

"Menjelang akhir tahun ini, Bank Dunia menganggarkan pengangguran di Lebanon akan meningkat dua kali ganda dan 170,000 rakyat Lebanon berdepan dengan risiko kemiskinan," jelas beliau.

Satu kajian bersama Bank Dunia dan PBB menganggarkan, konflik itu telah mengurangkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Lebanon hampir tiga peratus setahun, mengakibatkan kerugian sehingga AS$7.5 bilion (kira-kira RM25.1 billion).

Sementara itu, Jordan, negara yang miskin sumber menurut Guterres, kerajaan negara itu membayar beratus-ratus juta dolar tambahan subsidi bagi memastikan orang pelarian mendapat bekalan air, roti, gas dan elektrik pada harga yang sama dibayar rakyat Jordan.


KANAK-KANAK Syria ini bermain di kem pelarian Reyhanli iaitu kawasan sempadan Syria.


Dianggarkan kerajaan Jordan membelanjakan kira-kira AS$1.7 bilion (kira-kira RM5.7 billion) setakat ini untuk menanggung pelarian tersebut.

Beliau menambah, Turki membelanjakan AS$2.5 bilion (kira-kira RM8.4 bilion) untuk membantu pelarian Syria. Namun, sejak krisis itu meletus, kebanyakan negara menggunakan belanjawannya sendiri.

Sementara itu, di utara Iraq, jumlah penduduk Dohuk meningkat sebanyak 10 peratus kerana kebanjiran pelarian.

Menurut laporan awal Pelan 5 Tindak Balas Serantau UNHCR (RRP5) untuk tempoh Januari hingga Disember 2013, jumlah pelarian Syria yang berdaftar di Mesir mengatasi jangkaan awal 100,000.

Tiada khemah

Sehingga November 2013, jumlah pelarian Syria di Mesir berjumlah 130,000 orang.

Dengan ketiadaan khemah pelarian, pelarian Syria pada masa kini tinggal di tiga buah kawasan bandar di Mesir termasuk Greater Kaherah, Iskandariah dan Damietta juga kawasan pekan di seluruh negara, tambah laporan itu.

Menurut Guterres, berdasarkan jumlah ketibaan tahun lalu, UNHCR menjangkakan jumlah orang pelarian di rantau sekeliling Syria akan meningkat sehingga 4.1 juta menjelang akhir tahun 2014.

"Keperluan dan rakyat tempatan yang memberi perlindungan kepada mereka di negara-negara jiran adalah besar.

"Ketika konflik berterusan dan negara-negara jiran semakin menanggung beban yang berat, saya berharap lebih banyak negara tampil menyediakan perlindungan tambahan kepada pelarian Syria," tambahnya.

Persidangan Ikrar Kemanusiaan Antarabangsa Kedua untuk Syria diadakan di Kuwait pada 15 Januari lalu bertujuan mengumpul AS$6.5 bilion (RM21.7 bilion) untuk kira-kira 11.6 juta rakyat Syria yang terpaksa meninggalkan rumah mereka. Mereka berdepan dengan kesengsaraan hidup baik di tanah air mahupun di negara jiran.

Persidangan sehari itu yang dirasmikan Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah dan dipengerusikan oleh Ban Ki-moon bagaimanapun hanya dapat mengumpul AS$2.4 bilion (RM8.03 bilion). – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Staf JPM kayuh basikal waktu malam di Putrajaya

Posted:

Staf JPM kayuh basikal waktu malam di Putrajaya

Staf JPM kayuh basikal waktu malam di Putrajaya


KAKITANGAN Jabatan Perdana Menteri menyertai program Kayuhan Basikal Malam Putrajaya 2014 di hadapan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya baru-baru ini.


BERBASIKAL. Program Kayuhan Basikal Malam Putrajaya anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan dijadikan program bulanan bagi mempromosikan pusat pentadbiran kerajaan itu sebagai tempat tarikan pelancong Tahun Melawat Malaysia 2014.

Penyelaras program, Wary Zulkifli berkata, acara julung-julung kali itu diadakan bertujuan memupuk budaya sihat dan cergas dalam kalangan warga kerja JPM.

"Program berbasikal sejauh sekitar tujuh kilometer ini merupakan aktiviti hujung minggu bagi mengeratkan hubungan antara kakitangan Pejabat Perdana Menteri serta menjaga alam sekitar dengan aktiviti tanpa pencemaran

"Diharap program kayuhan malam ini menjadi contoh kepada agensi kerajaan lain dalam memupuk budaya sihat kepada warga kerja," katanya.

Peserta memulakan kayuhan di depan bangunan JPM ke sekitar Putrajaya sebelum berakhir di restoran Tasik Cruise.

Murid Orang Asli terima bantuan persekolahan

Posted:

Murid Orang Asli terima bantuan persekolahan

Murid Orang Asli terima bantuan persekolahan


MANSOR (belakang empat dari kiri) bergambar kenangan bersama ibu dan pelajar Orang Asli dari Kampung Ulu Legong pada majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014 peringkat Sekolah Kebangsaan Siong, Baling, Kedah baru-baru ini.


SUMBANG. Seramai 487 murid termasuk 32 anak-anak Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Siong menerima Bantuan Khas Awal Persekolah 1Malaysia 2014 di Baling, Kedah baru-baru ini.

Majlis penyampaian bantuan bernilai RM100 seorang itu dilakukan oleh Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mansor Lat.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Baling/Sik, Fakhrurazi Abdul Majid dan Guru Besar sekolah berkenaan, Mahali Mahat.

Mansor berkata, semua murid termasuk masyarakat Orang Asli boleh berjaya dan cemerlang dalam akademik jika mendapat pendidikan yang terbaik.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pengurus restoran dijel 12 tahun

Posted:

Pengurus restoran dijel 12 tahun

Pengurus restoran dijel 12 tahun

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my

RIDUAN dibawa diiringi anggota polis dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah semalam.


KOTA KINABALU – Seorang bekas pengurus restoran dihukum penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun enam bulan pada 18 Februari tahun lalu.

Hakim Ummu Khatom Abd. Samad membuat keputusan itu selepas menilai segala hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan terhadap tertuduh, Riduan Masmud, 41.

Ummu Khatom juga memerintahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas tamat menjalani hukumannya itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Maut ketika gali terowong

Posted:

Maut ketika gali terowong

Maut ketika gali terowong

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


INILAH keadaan terowong sedalam 15 meter yang digali lima lelaki untuk mencari harta karun.


LAWAS – Hasrat lima lelaki mencari harta karun tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut dipercayai sesak nafas akibat terhidu asap daripada enjin pam air di dalam sebuah terowong yang mereka gali di atas sebuah bukit di Kampung Lintang Baru kira-kira 30 kilometer dari Bandar Lawas dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, mereka yang maut ialah adik-beradik, Gelawat Singa, 59, dan Raut Singa, 51, berasal dari Kampung Lintang Trusan dekat sini.

Mangsa yang selamat ialah Feanndy Chian Ejon, 17, Anuar Abdullah, 18, dan Was Gali, 40.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bertegas lindungi pengguna

Posted:

Bertegas lindungi pengguna

Bertegas lindungi pengguna


MUHYIDDIN (berdiri di kiri) dan Hasan (tengah) bertanyakan sesuatu kepada pengunjung Medan Selera Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.


BANGI – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kementerian dan agensi kerajaan lebih proaktif dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sedia ada bagi melindungi kepentingan pengguna.

Dalam usaha itu, beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memainkan peranan penting memastikan undang-undang yang melindungi pengguna dikuatkuasakan sepenuhnya.

Katanya, beliau kurang berpuas hati dengan sikap sebilangan besar peniaga yang masih ingkar arahan dan peraturan supaya melabel dan meletakkan tanda harga barang, yang menurutnya membebankan pengguna dalam memilih barang keperluan dengan harga berpatutan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Kilauan sinar Sunshine

Posted:

Kilauan sinar Sunshine

Kilauan sinar Sunshine

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

MENYARUNGKAN sepasang baju kebaya berlengan pendek yang dihiasi renda hijau menawan bersama korset dan kain batik yang mengikut potongan badan, Sunshine Aileen Devi Eric berdiri megah selepas dimahkotakan sebagai Ratu Kebaya Malaysia 2013.

Ternyata pakaian tradisional itu menyerlahkan lagi nilai keayuan dan imej diri wanita berdarah kacukan Punjabi, India di sebelah bapa serta Inggeris dan Cina Mongolia di sebelah ibu itu.

Kepetahan dan keyakinannya menjawab soalan yang diutarakan pada pertandingan itu bukan sahaja menawan hati barisan juri tetapi juga para hadirin yang bersorak kuat setiap kali namanya disebut oleh pengacara pertandingan.

Wanita berusia 25 tahun ini juga sangat lantang memberikan pendapat peribadi dan menampilkan satu imej yang matang serta meyakinkan.

Namun, pentas peragaan ratu cantik bukanlah sesuatu yang diimpikan, malah kehadirannya pada pertandingan itu hanya sekadar mencuba.

"Penyertaan pada pertandingan ini adalah untuk mencuba nasib susulan e-mel mengenai uji bakat yang telah dihantar oleh pihak penganjur kepada saya," katanya ketika ditemui Kosmo! pada pertandingan Ratu Kebaya Malaysia 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dilahirkan di Ipoh, Perak dan dibesarkan di Kuala Lumpur, wanita yang mesra dengan panggilan Sunshine ini mengakui, darah kacukannya memberi nilai tambah tetapi bukan tiket untuk menembusi dunia peragaan.


PEMAKAIAN baju kebaya menyerlahkan nilai keayuan dan imej diri si pemakai seperti Sunshine.


Dunia pengiklanan

"Kini saya seorang model sepenuh masa, dengan tumpuan utama dalam bidang pengiklanan. Walaupun demikian, permulaan kerjaya ini tidak mudah dan penuh dengan cabaran," kata anak sulung daripada tiga adik-beradik ini.

Menurut Sunshine, dunia peragaan merupakan suatu impian yang dimiliki sejak kecil.

"Sebaik tamat sekolah pada tahun 2006, saya bekerja sebagai pelakon tambahan dalam iklan. Namun, di peringkat awal penglibatan, kebanyakan pengiklan ini tidak memberikan bayaran.

"Saya tidak berputus asa kerana berpendapat penglibatan dalam dunia itu akan memberikan pendedahan berguna dan membuka ruang kepada saya mempelajari dunia peragaan," katanya.

Walaupun ada sesetengah pihak berasa sangsi terhadap kemampuan dan bakat yang dimiliki, namun Sunshine mula mendapat perhatian terutamanya dalam iklan-iklan televisyen tempatan dan antarabangsa.

"Saya juga berpeluang berlakon dalam drama, telefilem dan filem-filem keluaran tempatan," katanya sambil memaklumkan, sokongan tanpa henti yang diberikan ibu dan adik-adiknya terus menyuntik semangat untuk dia meneruskan penglibatan dalam dunia tersebut sungguhpun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Minum air lidah buaya

Ibu Sunshine, Marjorie Pickering John Civil dimaklumkan suka mengumpul semua gambar, berita, rakaman televisyen dan sebarang hasil kerja berkaitan anaknya itu.

Selain itu, adik-adik lelakinya pula membantu dalam latihan kecergasan dengan menjadi pelatih gim peribadinya.

"Hanya selepas latihan intensif daripada adik lelaki saya, Shaun Avery dan Sherwynn Victor, saya sendiri dapat melihat perubahan fizikal yang turut menyumbang kepada kesihatan dan tentunya bentuk badan yang lebih ramping," katanya tersenyum.

SUNSHINE diapit pemenang tempat kedua pertandingan Ratu Kebaya Malaysia 2013, Lee (kiri) dan pemenang tempat ketiga, Massuhaella.


Berkongsi rejim penjagaan diri dan kecantikannya, Sunshine berkata, dia sangat peka terhadap keadaan kulitnya.

Oleh itu, dia akan menjalani rawatan muka di pusat-pusat kecantikan sebanyak dua kali sebulan untuk memperoleh kulit yang licin.

Dia juga mengamalkan tabiat meminum air lidah buaya sebanyak 500 mililiter setiap pagi selepas bangun tidur untuk menyahtoksikkan sistem dalaman badan.

Wanita yang telus berkongsi rahsia kecantikan ini juga mengakui, darah kacukan yang dimiliki turut menambah penampilan dirinya, khususnya pada kecantikan rambut.

Memiliki rambut perang dengan tekstur rambut yang lembut dan halus, dia hanya perlu menggunakan tonik untuk mengekalkan kesegaran kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang sihat.

Mengikut kata-kata pelakon legenda Hollywood, Audrey Hepburn, Sunshine percaya kecantikan seorang wanita bukan hanya pada wajah tetapi pada jiwanya.

"Tentu sekali, semua rutin ini diikuti pemakanan seimbang dan latihan senaman. Kesemua perkara ini membantu saya kekal sihat dan berasa hebat," ujar beliau.

Apa-apa pun, seperti kata pepatah, 'kecantikan tertakluk pada mata mereka yang memandang'.

Sunshine juga percaya kecantikan sebenar bagi dirinya ialah sikap positif seperti bersopan-santun dan suka menolong tanpa mengira latar belakang individu itu.

Ditanya tentang kelebihan dan kelemahan dirinya, Sunshine mengakui ia merupakan dua elemen bertentangan tetapi penting untuk mematangkan dan membetulkan diri.

"Saya seorang yang berterus terang dalam menyatakan pendapat. Saya tidak dapat menjustifikasi sama ada ia kelebihan saya atau sebaliknya.

Saya bercakap apa yang saya fikir, jadi orang yang menerimanya akan menentukan sama ada ia baik atau tidak," katanya mengakhiri temu ramah.

Pentas kreativiti pelajar fesyen

Posted:

Pentas kreativiti pelajar fesyen

Pentas kreativiti pelajar fesyen

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my


PENERIMA gelaran BDA Favorite, Wan Muhammad Aizat turut terpilih sebagai pemenang hadiah sagu hati dan menjadi antara lima pelajar yang akan muncul dalam majalah InTrend.


SIMBOL keagamaan yang dipinjam daripada kepercayaan Hindu dan Buddha yang mewakili alam semesta, Mandala, telah diangkat sebagai tema penghasilan empat rekaan mengagumkan Akmal Afiq Farhan Samsudin, 23.

Tambah manis apabila hasil kerjanya diumumkan sebagai yang terbaik pada pertunjukan fesyen pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Fesyen), Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam pada pertengahan Januari lalu.

Konsep psikologi Akmal Afiq yang mengimbangi nilai seni dan fungsional berjaya mengetepikan 104 helaian daripada 26 pelajar yang lain.

Kekuatan rekaan pelajar dari Rawang, Selangor itu terletak pada kekemasan teknik dan cantuman cetakan yang melambangkan kesenian budaya Hindu. Penggunaan rona hitam dan putih pula menyerlahkan keringkasan ciptaan Akmal Afiq.

PILIHAN rona asas hitam dan putih menyerlahkan cetakan pada pakaian.


"Saya mengikut trend musim bunga dan panas rumah-rumah fesyen antarabangsa. Lazimnya, dua warna asas ini tidak pernah tercicir untuk diketengahkan. Ia juga membuatkan cetakan pada pakaian lebih mendapat tumpuan.

"Penggunaan pelbagai material kapas termasuk daripada jenis berat dan ringan menjadikan ia lebih fungsional. Fabrik likra dan sedikit bulu biri-biri juga ditambah bagi memberi volume kepada pakaian," jelas anak muda ini ketika ditemui Stailo usai pertunjukan fesyen tersebut.

Anna Piaggi

Penerima Anugerah Perak yang juga penyandang tempat kedua pada pertunjukan fesyen tersebut, Nur Safira Syukri, 25, meraih tepukan paling gemuruh daripada seisi dewan menerusi empat rekaan eksentrik.

Meminjam inspirasi daripada ikon dan penulis fesyen majalah Vogue Italia, Anna Piaggi, Nur Safira bijak menterjemahkan identiti Piaggi ke dalam helaian aneh, namun praktikal daripada logik pemakaian.

INSPIRASI Mandala pilihan Akmal Afiq berjaya menobatkannya sebagai penerima Anugerah Emas.


Tempoh tiga bulan bagi melengkapkan kesemua proses penghasilan empat rekaan itu ternyata mendatangkan hasil istimewa kepada Nur Safira.

Pada pandangan peribadinya, penetapan tata gaya dan perincian menjadi kunci kejayaan hasil kerjanya.

Sementara itu, Siti Fatimah Hashim, 45, mencipta kejutan dengan meraih tempat ketiga. Ibu kepada empat anak itu membawa tema androgini dalam koleksi yang dinamakan Chaotic Reborn.

Menampilkan rekaan dengan sentuhan lembut berteraskan feminin dalam jiwa maskulin, Siti Fatimah yang pernah bekerja dalam bidang perakaunan menyifatkan persaingan antara pelajar muda berbakat memang sangat mencabar.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang mempersembahkan kebolehan dalam bidang seni reka fesyen dan berhasrat untuk membentuk jenama sendiri kelak," begitu perancangan jangka panjang wanita ini.

Seramai empat pelajar lagi iaitu Mohamad Shazni Fitri Harun, Nor Afizah Jalil, Nurul Husna Saharim dan Wan Muhammad Aizat Wan Ab. Ghani telah dipilih sebagai penerima hadiah sagu hati.

Wan Muhammad Aizat juga berjaya menerima gelaran BDA Favorite daripada Persatuan Pereka Bumiputra (BDA) dan menjadi antara lima pelajar yang bakal muncul dalam majalah InTrend.

Kaca mata tanpa skru

Posted:

Kaca mata tanpa skru

Kaca mata tanpa skru


PENYAMBUNG tepi bingkai tanpa skru IC Berlin membolehkan ia ditanggalkan dengan selamat.


PERSEPSI masyarakat terhadap keagungan kaca mata berjenama dapat dilihat dengan ketara. Ramai yang menanam hasrat memiliki sekurang-kurangnya sepasang kaca mata dengan logo popular terpamer jelas pada tepi bingkai aksesori tersebut.

Ironinya, kaca mata daripada label glamor lebih menjual nama berbanding fungsi sebenar. Pada dasarnya, pengguna mungkin beranggapan bahawa kaca mata mewah yang terkenal di seluruh dunia pasti memiliki jaminan kualiti tidak tertara daripada keseluruhan aspek.

Tanpa disedari, kita terima prinsip tersebut dan menolak tujuan utama pembelian aksesori mata itu. Apabila ia patah, calar atau hilang bentuk dalam tempoh singkat, baru timbul penyesalan. Niat asal memiliki kaca mata mewah adalah untuk bergaya dan menunjuk- nunjuk, lari daripada fungsi sebenar.

Mari kita berkenalan dengan satu jenama kaca mata dari Berlin, Jerman. Namanya mungkin kurang dikenali masyarakat, malah ciri fizikalnya tanpa sebarang logo juga barangkali diperlekeh ramai orang.

Begitupun, IC Berlin hampir sempurna pada setiap ciri yang diperlukan pada sepasang kaca mata. Tidak keterlaluan jika ia dikatakan lebih fungsional berbanding kaca mata berjenama yang hanya popular pada nama.

Kekuatan setiap kaca mata IC Berlin terletak pada bahagian penyambung tepi bingkai yang tidak mempunyai skru. Ia menggunakan sistem klip boleh tanggal bagi memudahkan penyimpanan dan menjamin keselamatan, ter- utamanya apabila dibawa untuk perjalanan jauh.

"Kami tidak menjual nama, malah lebih menumpukan kepada fungsi dan kualiti. Setakat ini, pelanggan kami sangat berpuas hati dengan setiap pembelian kaca mata dan bingkai IC Berlin," ujar Pengarah Eksekutif Eyewear Creations (M) Sdn. Bhd. (Eyewear Creations), Derrick S.N. Hoo ketika ditemui Stailo di Kuala Lumpur baru-baru ini.

IC Berlin mengutamakan kualiti dan nilai fungsional berbanding nama.


Silmo

Sejak mula diperkenalkan di Malaysia lapan tahun lalu, IC Berlin telah menawarkan pelbagai bingkai kaca mata eksklusif khusus untuk pencinta aksesori penyempurna gaya itu.

Pada penghujung tahun lalu, ia tampil memperkenalkan koleksi baharu bernama Silmo. Metal sun, Acetate sun women dan Metal rx merupakan tiga varian di bawah Silmo.

Setiap kaca mata Silmo ditetapkan mengikut tema pelangi yang berwarna-warni, bertenaga dan berkilau. Istimewanya kali ini, bingkai kaca mata tidak divarnis tetapi disalut dalam warna-warna baharu yang cantik apabila dibias cahaya.

Buat julung-julung kalinya, IC Berlin menggunakan teknik salutan Deposisi Wap Fizikal (PVD) pada bingkai besi tahan karatnya.

Melalui prosedur tersebut, warna tidak diaplikasi secara langsung kepada besi tetapi terlebih dulu dilapisi kristal ekstra nipis bagi membolehkan biasan cahaya berlaku.

Lapisan yang 10 kali lebih nipis daripada rambut manusia itu tidak akan kusam atau tercalar. Lapan model baharu Silmo itu didatangkan dalam empat warna elektrik menarik iaitu violet, biru lembut, biru firus dan magenta.

Bagi koleksi kaca mata pelindung matahari Metal sun, orang ramai boleh memilih antara claude yang berkanta bulat atau guenther n. dengan ciri aviator.

Wanita pula mempunyai seleksi ekstra menerusi Acetate sun women yang terdiri daripada helene, livi, luja, margo, mimi dan roja.

Bagi mereka yang mahu mencari bingkai sahaja, pilihan di bawah Metal rx seperti clarence, hugo, julius, marie, nufenen medium dan rast pasti menepati keinginan anda.

Tambahan pula, setiap bingkai IC Berlin fleksibel dari segi regangan, secara tidak langsung mengelakkan ia patah atau hilang bentuk.

Kaca mata dan bingkai IC Berlin kini boleh didapati di 70 rangkaian pengedar sah di seluruh Malaysia. - ALIF ABU BAKAR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Trafik semakin sesak dari arah utara dan selatan ke ibu negara

Posted:

Trafik semakin sesak dari arah utara dan selatan ke ibu negara

Trafik semakin sesak dari arah utara dan selatan ke ibu negara

03/02/2014 11:15pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke ibu negara dilaporkan semakin sesak malam ini berikutan pertambahan bilangan kenderaan selepas cuti sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad ketika dihubungi berkata, keadaan itu dijangka berterusan sehingga tengah malam ini.

Menurutnya, sehingga pukul 10 malam ini, trafik dari arah utara ke Kuala Lumpur, dilaporkan bertambah sesak dari Juru menuju ke Bukit Tambun Selatan, Taiping Utara ke Changkat Jering, Ipoh Selatan ke Simpang Pulai, Gopeng menuju ke Bidor, Bidor ke Slim River serta Bukit Beruntung ke Rawang Selatan.

"Kesesakan disebabkan orang ramai mula pulang ke ibu kota malam ini untuk bekerja semula esok," katanya.

Di bahagian selatan pula, trafik dilaporkan sesak dari Simpang Renggam menuju ke Kulai, di simpang masuk dan keluar Plaza Tol Kempas, dari Ayer Hitam ke Machap, dari Senawang ke Seremban dan Seremban ke Nilai. - Bernama

Polis terima empat laporan daripada T-Team

Posted:

Polis terima empat laporan daripada T-Team

Polis terima empat laporan daripada T-Team

03/02/2014 10:33pm

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menerima empat laporan daripada pasukan bola sepak T-Team berhubung insiden kekecohan perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, pihak pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu antara pukul 9 malam dan 12.30 tengah malam tadi.

"Kami akan menyiasat dan akan memanggil serta merakamkan percakapan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor serta Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa.

T-Team, yang ketinggalan 2-1 pada separuh masa, mendakwa mereka tidak dapat meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan. - Bernama

Murid perempuan 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Tatau

Posted:

Murid perempuan 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Tatau

Murid perempuan 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Tatau

03/02/2014 9:29pm

BINTULU - Seorang murid perempuan berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus deras ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Tatau hari ini.

Ketua Polis Tatau, Deputi Superintendan Harun Jaafar berkata, Wendy Kusmani, dari Kampung Dagang sedang mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Tatau yang terletak di belakang rumahnya pukul 5 petang.

"Sewaktu sedang mandi paras air Sungai Tatau naik dan ini menyebabkan Wendy dihanyutkan oleh arus deras," katanya ketika dihubungi Bernama.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan ekoran keadaan cuaca gelap dan akan disambung esok," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Angka korban Sinabung meningkat

Posted:

Angka korban Sinabung meningkat

Angka korban Sinabung meningkat

SEBUAH motosikal diselubungi debu Gunung Sinabung di Kampung Suka Meriah, Karo semalam.


GUNUNG SINABUNG - Bilangan kematian akibat Gunung Sinabung di Sumatera yang aktif sejak empat bulan lalu kini meningkat kepada 16 orang semalam.

Bilangan itu meningkat setelah anggota-anggota penyelamat menemui lebih banyak mayat yang mati akibat terkena debu panas.

Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, anggota-anggota penyelamat menemui 14 mayat dan tiga orang yang cedera akibat melecur.

Antara mangsa yang terbunuh ialah seorang wartawan televisyen tempatan dan empat orang pelajar serta seorang guru mereka yang melawat gunung tersebut kelmarin.

Mereka melawat gunung itu dengan tujuan untuk menyaksikan letusan tersebut dari jarak dekat.

Seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar kolej berumur 24 tahun mati di unit rawatan rapi sebuah hospital selepas badannya melecur.

Gunung itu meletus kelmarin sehari selepas pihak berkuasa membenarkan ribuan penduduk kampung kembali ke rumah masing-masing.

Kebenaran itu diberikan selepas aktiviti di gunung tersebut semakin berkurangan dan tidak mengancam nyawa manusia.

Usaha-usaha menyelamat disambung semula semalam.

Dalam operasi menyelamat itu, beberapa anggota penyelamat menemui satu mayat di lokasi yang terletak tiga kilometer dari puncak gunung tersebut.

Gunung yang setinggi 2,600 meter itu meletus sejak November tahun lalu. - Agensi

Yingluck silap masuk kertas undi

Posted:

Yingluck silap masuk kertas undi

Yingluck silap masuk kertas undi


YINGLUCK bergambar sebelum dia memasukkan kertas undi ke dalam kotak di sebuah pusat pengundian di Bangkok semalam.


BANGKOK - Pilihan raya umum berjalan lancar di kebanyakan wilayah di Thailand semalam walaupun terdapat sekumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menyekat kertas undi daripada sampai ke pusat-pusat mengundi, lapor agensi Bernama.

Namun, terdapat beberapa kejadian yang berlaku apabila para pegawai pengundian dilaporkan tidak muncul kerana mereka bimbangkan keselamatan diri mereka.

Pengundian itu diadakan di 89.2 peratus daripada 93,532 pusat mengundi di seluruh negara, dan tidak ada kejadian keganasan dilaporkan, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Supachai Phucharoen pada sidang akhbar selepas pusat pengundian ditutup.

Beliau berkata, proses pengundian dibatalkan di sembilan wilayah yang mempunyai 37 kawasan pilihan raya, dan di beberapa pusat pengundian di sembilan wilayah yang lain.

Thailand mempunyai sejumlah 77 buah wilayah dan 48.77 juta pengundi.

Masalah pengundian dikatakan tertumpu di Bangkok dan di bahagian selatan.

Thailand mempunyai 375 anggota parlimen yang dipilih berasaskan kawasan.

Dalam pada itu, jumlah mereka yang mengundi di seberang laut dilaporkan rendah dengan hanya 38,350 orang mengundi atau 27 peratus daripada sejumlah 143,807 pengundi berdaftar di 67 buah negara menjalankan hak mereka.

Dalam pada itu, Supachai mengesahkan keputusan pilihan raya tidak dapat diumumkan semalam.

Keadaan itu berlaku kerana pengundian awal yang sebelum ini diadakan pada 26 Januari lalu terpaksa dijadualkan semula pada 23 Februari depan.

Dalam perkembangan lain, media perdana dan media sosial sibuk menyiarkan berita mengenai Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra memasukkan kertas undinya di kotak undi yang salah.

Ditanya pemberita, Yingluck berkata, beliau diarahkan oleh seorang pegawai pilihan raya memasukkan kertas undinya di kotak berkenaan.

Kumpulan pembangkang dengan pantas menghebahkan kesilapan itu.

Di Selatan Thailand, pilihan raya yang berlangsung di tiga wilayah selatan iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat agak sunyi apabila tidak ramai keluar mengundi berikutan gangguan penunjuk perasaan antikerajaan.

Di Pattani, satu pusat pengundian ditutup apabila sekumpulan antikerajaan menutup pintu masuk pusat tersebut yang terletak di sebuah sekolah di Mukim Tarea, Daerah Khokpo.

Di Yala, 570 pusat pengundian dibuka, manakala tujuh buah yang lain ditutup selepas penunjuk perasaan menutup pintu masuk ke pekarangan pusat mengundi.

Kekasaran hampir tercetus antara penyokong kerajaan yang mahu mengundi dan penentang kerajaan yang menghalang di Bandar Muang, Yala.

Di Narathiwat, empat pusat membuang undi ditutup selepas pekarangan pusat itu dikepung oleh penunjuk perasaan.

Ketua pegawai keselamatan Kapten Panya Sibmon berkata, selagi penunjuk perasan tidak melakukan keganasan dan memusnahkan peti undi dan harta awam, pihak keselamatan menggunakan cara aman menangani mereka, iaitu dengan berunding.

Bagaimanapun, pada jam 4.35 petang waktu tempatan, berlaku letupan bom di pusat membuang undi di daerah Rusak.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Penunjuk perasaan antikerajaan yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban sebelum ini berikrar untuk menghalang pilihan raya umum yang disertai parti Pheu Thai pimpinan Yingluck.

Kumpulan tersebut tidak mahu parti pimpinan Yingluck itu memenangi pilihan raya kerana mereka menganggap beliau menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra.

Thaksin kini hidup dalam buangan selepas digulingkan tentera semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2006.

Beliau digulingkan selepas kerajaannya dituduh terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Yingluck menjadi Perdana Menteri pada 5 Ogos 2011 selepas partinya memenangi pi lihan raya parlimen. - Agensi

Pasar ketam di atas jeti tepi laut

Posted:

Pasar ketam di atas jeti tepi laut

Pasar ketam di atas jeti tepi laut

BEBERAPA orang membeli ketam hidup di sbeuah pasar ketam di atas jeti di wilayah Keb semalam.


PHNOM PENH - Sejumlah orang mengunjungi sebuah pasar ketam di atas jeti di tepi pantai wilayah Keb, Kemboja semalam.

Wilayah itu yang terletak di barat daya Phnom Penh memang terkenal dalam kalangan penduduk sebagai lokasi menjual ketam hidup dan hidupan laut lain.

Para pembeli itu akan berhenti di jeti tersebut untuk membeli ketam dan hidupan laut semasa mereka dalam perjalanan ke kawasan di tepi pantai. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Alahan unik Scha

Posted:

Alahan unik Scha

Alahan unik Scha

DUA minggu lalu menerusi akaun Instagram Awal Ashaari dan Scha Alyahya, pasangan itu mengumumkan berita gembira menantikan cahaya mata sulung mereka. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan pasangan itu menemui jalan buntu. Baik Awal mahupun Scha masing-masing mengambil keputusan untuk tidak berkongsi lanjut berita gembira itu dengan mana-mana akhbar.

Kosmo! baru-baru ini memburu pasangan itu untuk mendapatkan cerita lanjut hal tersebut selepas tamat acara Anugerah Juara Lagu ke-28 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Secara eksklusif, Scha memberitahu bukan sengaja melarikan diri daripada media tapi dia alah terhadap bunyi deringan telefon kesan daripada alahan kehamilan pertamanya.

"Saya tidak boleh dengar bunyi telefon, atas alasan itu juga saya lebih banyak letakkan telefon saya dalam mode senyap. Awal yang duduk bersama saya pun akan 'senyapkan' telefonnya. Sebab itu saya jarang pegang telefon, jawab panggilan mahupun balas mesej," jelas Scha.

Alahan

Selain itu, Scha turut mengalami alahan teruk terhadap makanan dan solekan hingga tidak mampu bersiap atau keluar rumah sepanjang trimester awal kandungannya.

"Saya tidak boleh bersolek sangat dan tidak boleh bersiap, sampaikan saya tidak larat untuk melakukan apapun. Mahu keringkan rambut pun tak boleh. Lebih teruk, saya tidak boleh tengok orang berambut perang, akhirnya saya akan rasa pening dan loya.


SCHA dan Awal teruja menanti kelahiran buah cinta sulung mereka.


"Sehari dua alahan loya terkena pada Awal juga tapi kembali pada saya sampai muntah teruk. Masa itu saya tidak boleh bekerja atau buat apa-apa pun, mujurlah Muzik-Muzik banyak bercuti. Jadi, saya ambil kesempatan itu untuk berehat. Memang sangat mencabar dan menguji saya sebagai seorang yang baru pertama kali hamil," tambahnya.

Malah kata Scha akibat terlalu kerap muntah, badannya mengalami kekurangan air dan perlu mendapatkan perhatian doktor namun simptom itu semakin berkurangan apabila usia kandungan memasuki empat bulan.

"Penat masih ada tapi sudah berkurangan. Rasa loya pun sudah tiada, cuma sekarang saya cepat penat. Saya tidak mengidam makanan pelik-pelik, namun kadang-kadang tekak rasa mahu makan macam-macam. Ada masa mahu makan nasi tomato, dendeng, rendang, minum air jagung dan macam-macam lagi," kata Scha tertawa.

Kerja berat

Atas faktor itu juga Scha kini lebih banyak berehat dan tidak menumpukan perhatian pada lakonan. Bercampur rasa khuatir, prihatin dan berjaga-jaga terhadap usia kandungan yang masih baharu, pelakon itu hanya terbabit dengan promosi produk yang melantiknya sebagai duta.

"Memandangkan usia kandungan saya masih baru dan ini pengalaman pertama saya hamil, saya menjadi takut. Saya perlu jaga betul-betul dan pertimbangkan banyak aspek untuk menerima tawaran berlakon atau mengacara. Namun, komitmen lama saya masih teruskan contohnya Muzik Muzik yang hanya perlukan saya sekali setiap minggu.

"Ada beberapa produk yang tidak boleh ada imej ibu hamil terpaksa saya tolak sebab tidak bersesuaian. Kebanyakan produk yang melantik saya sebagai duta tidak memerlukan kemunculan saya dalam tempoh yang lama," jelas Scha lagi.

Mengimbas kembali detik awal sedar dirinya hamil, dalam nada teruja kata Scha, dia mengetahui khabar gembira itu pada tanggal usia perkahwinannya setahun setengah.


GAMBAR imbasan ultrabunyi anak yang dikandung Scha yang dimuatnaik ke dalam Instagram miliknya baru-baru ini.


"Saya hamil tepat pada setahun setengah kahwin, bagi saya secara peribadinya tidak rasa jarak masa selepas berkahwin hingga hamil adalah terlalu lama.

"Kami tidak menunggu, merancang atau mengharap. Ini semua rezeki. Ramai antara kenalan kami yang sudah lama berkahwin masih tidak punyai anak. Alhamdulillah, ini berkat doa keluarga dan peminat," katanya.

Jantina anak

Bayi lelaki atau perempuan? Jawab Scha dia tidak meletakkan sebagai jangkaan atau harapan, cukup sekadar anaknya cukup sifat dan sihat.

"Saya tidak boleh mengagak, ada yang cakap saya hamil anak lelaki sebab tidak suka bersiap, ada yang cakap anak perempuan sebab perut saya kecil. Untuk anak sulung, saya tidak kisah jantinanya. Awal pun tak cakap apa-apa tapi mungkin dia mengharapkan anak lelaki kerana dia suka menghias atau stailkan seperti dia juga," kongsi Scha.

Ujar Scha, dia mendapat tahu dirinya hamil setelah lambat datang bulan dan memeriksa menggunakan alat penguji kehamilan sendirian.

Dalam situasi percaya dan tidak, Scha memaklumkan Awal dan pasangan itu membeli lima buah alat penguji kehamilan berbeza jenama.

"Tertulis pada alat itu saya hamil tapi saya tidak menangis sebaliknya menggeletar. Biar betul! Apabila detik itu betul-betul terkena pada kita rasa macam tidak percaya. Alhamdulillah, selepas membuat pemeriksaan dengan doktor dan mengesahkan saya hamil, detik itu saya tidak boleh lupakan sampai bila-bila," simpulnya.

Jangan cuba tunjuk pandai - Idham

Posted:

Jangan cuba tunjuk pandai - Idham

Jangan cuba tunjuk pandai - Idham

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

AHMAD IDHAM tidak takut dikritik kerana berasa dia perlu bersuara pada perkara yang dirasakan olehnya perlu ditegur.


SEIRING dengan peredaran teknologi yang berkembang pada hari ini, laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dijadikan sebagai platform untuk melemparkan sebarang pandangan, idea dan kritikan.

Minggu lalu pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri menerusi laman Twitternya telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kurator akaun Twitter @twt_filem, Ashraff Mokhtar yang dilihat seperti mempertikaikan kehadirannya ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka untuk memberi penerangan tentang pasaran filem Malaysia.

Idham yang dihubungi Kosmo! berkata, kurator terbabit yang merupakan seorang pelajar Diploma Komunikasi dan Pengajian Media tidak seharusnya bertindak sedemikian memandangkan dia tidak berpengalaman dalam industri filem tempatan.

Mengakui sudah lama mengikuti perkembangan akaun Twitter @twt_filem, dia juga meminta agar pihak yang menjadi pengendali kepada akaun tersebut supaya melantik individu yang lebih berkelayakan menjadi kurator.

Kosmo!: Baru-baru ini anda ada membuat kenyataan tentang perasaan tidak puas hati terhadap kurator akaun Twitter @twt_filem. Boleh anda jelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut?

IDHAM: Apa yang saya tahu akaun Twitter @twt_filem diwujudkan sebagai platform untuk membahaskan sesuatu perkara membabitkan industri perfileman tanah air dan saya menyokongnya kerana ia memberi suatu petanda yang agak positif.

Saya menganggapnya sebagai satu bentuk komuniti yang turut disertai oleh beberapa penggiat filem. Bagaimanapun, kini saya melihat ia dijadikan platform untuk menghentam orang lain.

Apakah yang membuatkan anda tidak puas hati dengan kurator berkenaan?

Saya tidak berpuas hati kerana kurator yang dilantik itu telah memperlekehkan saya kerana memberi penerangan tentang pasaran filem berbanding menghasilkan filem untuk menang anugerah. Dia tidak boleh tunjuk pandai kerana belum pernah merasai keadaan dan nasib seorang pembikin filem.

Jadi, sebagai orang lama dalam industri ini saya berasa terpanggil untuk bersuara 'mengajar' individu yang bersikap mahu tunjuk pandai. Lagipun dia tidak layak bercakap pasal industri filem kerana masih belum tamat belajar dan tiada sebarang pengalaman.

Apakah pandangan anda terhadap pelantikan kurator bagi akaun Twitter berkenaan?

Pertama sekali, kurator yang dilantik tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak, memberikan pandangan yang boleh memesongkan pemikiran pembaca serta menghormati pihak-pihak yang sudah bertungkus-lumus memajukan industri filem.

Selain itu, pengendali akaun Twitter berkenaan juga tidak seharusnya melantik budak mentah untuk menjadi kurator kerana masih ramai lagi individu yang lebih berpengalaman luas boleh dilantik.

Sekiranya ditawarkan untuk menjadi kurator, adakah anda akan menerimanya?

Saya akui masih belum layak lagi kerana tidak belajar tentang filem dahulu, berbanding dengan individu seperti Raja Mukhriz kerana dia turut terbabit dalam perkara-perkara dari sudut teknikal.

Selain perbalahan dengan kurator akaun Twitter @twt_filem, anda juga dikritik kerana meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pekerja di sebuah restoran terkenal dengan mengatakan mereka seperti tidak tahu buat kerja. Ada yang beranggapan tindakan anda itu seperti angkuh. Apakah komen anda berhubung tindakan tersebut?

Saya bertindak sedemikian kerana berasa tidak puas hati dengan cara pekerja yang tidak cekap. Selain saya, terdapat beberapa orang pelanggan lain yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan.

Tidak dinafikan perkara sebegini akan memberi impak kerana saya dikenali ramai, tetapi tujuan saya apabila langkah sebegini dilakukan ia memberi pengajaran kepada mereka supaya memperbaiki mutu pekerjaan. Lagipun saya tidak komen tentang makanan yang dijual, sebaliknya kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Lisa terkesan komen peminat

Posted:

Lisa terkesan komen peminat

Lisa terkesan komen peminat

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my

LISA tenang menjawab isu tentang kehamilan.


SEBAGAI pasangan selebriti popular tempatan, baik Yusry atau Lisa Surihani, sudah pasti kisah peribadi selain kerjaya menjadi tumpuan khalayak semasa.

Mana tidaknya, majlis perkahwinan pasangan tersebut pada 23 Februari 2012 menjadi salah satu majlis yang diingati ramai sekali gus perkembangan rumah tangga mereka turut menjadi perhatian.

Pada tahun yang sama juga pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya turut melangsungkan perkahwinan, malah baru-baru ini pasangan itu turut mengumumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Sudah pasti sebagai pasangan yang berkahwin pada tahun yang sama, tumpuan turut diberikan kepada Lisa dan Yusry. Tidak dinafikan ramai yang menantikan berita gembira seperti mana pasangan Awal dan Scha.

"Saya tumpang gembira untuk Awal dan Scha mengenai berita tersebut, sudah tentu ramai yang bertanyakan hal yang sama kepada saya atau Yusry.

"Apa yang boleh saya katakan semuanya terserah pada rezeki Allah, saya tidak berhak menentukan bila waktunya untuk saya hamil.

"Kami tidak putus berdoa agar dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri," ujarnya yang ditemui di Hotel Traders, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Privasi

Bagaimanapun kata Lisa, 28, dia terkesan dengan segelintir komen daripada pengikutnya di laman sosial Instagram dan Twitter yang mempertikaikan keadaan tubuh badannya hingga mengundang situasi mengaibkan.

"Kalau soalan biasa contohnya bila saya akan hamil mungkin saya boleh jawab, tapi apabila ada yang bertanyakan adakah keadaan badan saya bermasalah rasanya itu sudah melampau.

"Tidak perlu saya memberitahu perkara yang saya sifatkan privasi kepada orang ramai, hormatilah saya juga," ujar Lisa lagi.

Lisa yang kini sibuk dengan penggambaran filem Cicakman 3 bersama pelakon Zizan Razak bakal keluar menerusi naskhah Dendam Orang Mati yang akan ditayangkan tidak lama lagi.


LISA tidak kekok berlakon di bawah arahan suaminya, Yusry.


Berlakon di bawah arahan suaminya sendiri, Yusry, tidak timbul sebarang rasa kekok memandangkan masing-masing boleh bersikap profesional ketika di dalam set penggambaran.

"Memang pada mulanya sedikit kekok apabila berlakon di bawah arahan suami sendiri tapi karakter yang saya lihat pada Yusry adalah dia berbeza apabila bekerja.

"Saya ternanti-nanti juga dia memanggil saya dengan panggilan 'sayang' tapi sepanjang penggambaran dia panggil saya Linda (nama watak dalam Cicakman 3).

"Yusry seorang yang serius dan fokus apabila bekerja tapi selepas habis bekerja kami kembali menjadi pasangan suami isteri seperti biasa," kongsi Lisa.

Sambung belajar

Bagaimanapun Lisa menafikan dia merupakan pelakon eksklusif syarikat KRU Studios selepas berkahwin dengan Yusry.

"Mungkin secara kebetulan filem Ular dan Cicakman 3 menggandingkan saya bersama Yusry bekerja di bawah satu bumbung tapi itu secara kebetulan.

"Selepas filem Cicakman 3, saya akan terbabit dengan sebuah filem arahan Osman Ali pula. Tidak perlu timbul isu sama ada saya pelakon kegemaran mana-mana syarikat sebab saya terbuka untuk menerima sebarang tawaran daripada sesiapa saja," jelasnya yang turut berduet dengan Yusry dalam single Kekasih Abadi.

Ditanya adakah Lisa suatu hari nanti akan mengikut jejak langkah suaminya mengarahkan filem atau drama, jawab Lisa masih banyak yang perlu dipelajarinya.

"Untuk menjadi seorang pengarah filem perlu ada keghairahan yang mana tiada dalam diri saya. Saya perlu belajar lebih mendalam lagi mengenai bisnes perfileman kalau mahu duduk di kerusi pengarah.

"Memang ada perancangan untuk menyambung pelajaran tapi masa tidak mengizinkan. Kalau sekadar ambil kursus singkat sebulan dua rasanya belum mencukupi malah silibus yang diajar pun sekadar yang asas saja," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved