Selasa, 28 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Cerpen popularkan nama Ruhayah

Posted:

Cerpen popularkan nama Ruhayah

Cerpen popularkan nama Ruhayah

ALUNAN instrumental muzik balada sayup kedengaran di ruang tamu kediamannya. Sesekali iringan bunyi ketukan jari pada papan kekunci komputer memecah kesunyian rumah teres dua tingkat itu.

Alunan tersebut menjadi peneman setia wanita kelahiran Singapura yang berusia 65 tahun itu untuk menyiapkan tugasnya. Beliau kelihatan tekun memandang paparan skrin sambil menyusun perkataan demi perkataan untuk diolah menjadi naskah novel.

Kadangkala beliau tersenyum seolah-olah geli hati dengan apa yang ditulisnya. Ruhayah Mahmod merupakan novelis veteran yang masih aktif sehingga kini, pembaca setianya mengenali beliau dengan nama pena, Puteri Andalas.

Biarpun pada usia emas, Puteri Andalas tidak akan sekali-kali berhenti menulis kerana baginya penulisan menjadi medan luahan rasa dan perantaraan dakwah antara beliau dengan pembaca.

"Pada awalnya saya selalu mewakili sekolah dalam pertandingan pidato dan pernah berkongsi pentas dengan Datuk Dr. Hasan Ali dan Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah di sekolah-sekolah sekitar Klang.

"Selepas tamat persekolahan, minat saya beralih kepada bidang penulisan pula tetapi pada ketika itu saya tidak dapat menghasilkan karya secara serius kerana terikat dengan komitmen sebagai kakitangan bank di Klang dari tahun 1969 hingga 1995," ujar anak sulung daripada 11 beradik itu.

Ayam tambatan

Pesona dan kemesraan yang ada pada Puteri Andalas pasti membuatkan sesiapa sahaja senang dengan sikap keibuan yang dipamerkan. Namun, siapa sangka wanita peramah itu sebenarnya seorang yang gugup berdiri di pentas suatu ketika dahulu.


KAMALLUDIN menjadi penyokong utama perjalanan seni penulisan Puteri Andalas.


Perasaan gugup tersebut berubah setelah bakat beliau digilap oleh gurunya di Sekolah Telok Gadong, Klang sehingga menjadi bualan warga sekolah pada ketika itu. Gelaran ayam tambatan sekolah meninggalkan kenangan paling sukar dilupakan kerana beliau berpeluang mengembangkan bakatnya bagi mengharumkan nama sekolah.

Bakat seninya terserlah sewaktu beliau mengambil bahagian di dalam pementasan Sekolah Convent Klang. Beliau terpilih mewakili sekolah setiap tahun dalam pertandingan syarahan dan debat peringkat sekolah rendah serta menengah sewaktu negara mengadakan Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan.

Antara lain, bidang penulisan membuka ruang kepadanya untuk bergaul dengan ahli sastera dan bahasa di negara ini melalui pertemuan di beberapa majlis yang dianjurkan penggiat seni penulisan.

Suaminya, Kamalludin Husin, 68, berkongsi cerita mengenai peribadi Puteri Andalas. Menurut Kamalludin, isterinya gemar mengutamakan kerja dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya. Kadangkala, kesibukan tersebut membuatkan Kamalludin terpaksa mencuri masa Puteri Andalas untuk merehatkan diri dengan keluar melancong.

Kamalludin akan memastikan mereka sekeluarga meluangkan masa dengan bercuti bersama bagi merapatkan hubungan kekeluargaan. Pada masa sama, Puteri Andalas kerap menjadikan lokasi percutian tersebut sebagai latar tempat dalam beberapa karyanya.

Mencipta nama

"Saya berkenalan dengannya secara kebetulan. Ketika itu, arwah bapa saya yang baru pencen membina rumah di sebelah rumah dia (Puteri Andalas) dan kemudian kami berkenalan.

"Ketika mula-mula berumah tangga dahulu, isteri saya tidak menunjukkan bakatnya dalam penulisan. Saya cuma tahu dia pernah menjadi johan pidato semasa bersekolah," ujar Kamalludin yang pernah berkhidmat sebagai guru.


KERJAYA sebagai penulis membolehkan Puteri Andalas bertemu dengan sasterawan tersohor, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin.


Puteri Andalas mula mencipta nama melalui karya-karya cerpennya yang mula ditulis sekitar tahun 1997. Pada masa itu umurnya menginjak 46 tahun setahun selepas persaraannya dari bank swasta. Beliau mengambil skim persaraan awal yang ditawarkan pihak syarikat. Karya Rebah merupakan percubaan pertama beliau dan terus diterima oleh akhbar Utusan Malaysia. Penerimaan akhbar tersebut membakar semangat Puteri Andalas untuk terus berkarya kerana tidak menyangka bakatnya mendapat perhatian syarikat penerbitan utama di negara ini.

Rebah menceritakan tentang dilema percintaan songsang yang dialami di tempat kerja. Beliau cuba menyampaikan mesej agar pembacanya tidak mudah terperangkap dengan godaan cinta songsang yang boleh meruntuhkan nilai moral dalam masyarakat.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu pernah berputus asa untuk menulis novel kerana terikat dengan pelbagai komitmen. Namun, sokongan moral daripada suami dan anak-anak membuatkan wanita tersebut meneruskan wadah perjuangan menyampaikan dakwah dengan caranya tersendiri.

Pada peringkat awal, setiap karya cerpen yang dihasilkan mendapat maklum balas yang baik daripada pembaca. Namun, selepas Puteri Andalas mula bergiat aktif dengan mengorak langkah dalam bidang penulisan novel dan selepas gambarnya dipaparkan, sejak itu kebanyakan pembaca berasa terkejut.

"Mereka tidak percaya kerana Puteri Andalas bukanlah penulis muda seperti yang disangka," kata Puteri Andalas bahawa popularitinya semakin memuncak selepas hadir menjayakan beberapa program televisyen mengenai resipi kebahagiaan rumah tangga.

Sebagai suri rumah, Puteri Andalas mempunyai kelebihan untuk menyiapkan karyanya. Kebiasaannya, beliau menulis selepas solat Subuh, usai makan tengah hari dan sebelum tidur. "Pada saya ilham datang pada bila-bila masa," katanya yang mengagumi penulis Sharifah Abu Salem.

Menurut Puteri Andalas, Sharifah merupakan orang pertama yang bertanggungjawab membawanya berjumpa penerbit buku untuk menunjukkan bakatnya. Selain itu, beliau juga cukup mengagumi isteri kepada Pro-Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid iaitu Toh Puan Sri Sagiyah Salikin selaku bekas pendidik dan pendorong utamanya dalam bidang penulisan.


KENANGAN memberikan ucapan ketika menghadiri majlis kenalan di Palembang, Indonesia.


Novel pertama

Novel pertamanya bertajuk Jalinan Kasih mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dan dihasilkan pada tahun 2001. Ia diangkat menjadi novel bersiri selama dua tahun berturut-turut dalam majalah Sri Dewi Keluarga terbitan Karangkraf.

Setakat ini, sebanyak 10 buah karya Puteri Andalas yang terdiri daripada novel dan kompilasi antalogi cerpen bersama penulis lain diterbitkan. Dalam perkembangan terkini, Puteri Andalas telah menghasilkan novel terbaharunya yang berlatar belakangkan lokasi Blue Mountains di New South Wales, Australia. Beliau turut menyiapkan kompilasi cerpen yang sudah terkumpul lebih sedekad.

"Kompilasi cerpen sudah diserahkan kepada penerbit dan masih menunggu keputusan sama ada ia diterima atau tidak oleh dua penerbit besar tanah air.

"Saya juga dalam proses melakukan percubaan sulung dalam penulisan biografi tokoh kenamaan. Saya berharap kemunculan biografi ini berjalan lancar kerana saya perlu melakukan penyelidikan menyeluruh bagi menyiapkannya," ujarnya yang mahu merahsiakan sementara gerangan tokoh yang dimaksudkan.

Puteri Andalas mengakui bahawa hobi membaca pelbagai genre bahan bacaan sangat membantu beliau dalam menyusun plot penceritaan novelnya. Selain itu, karyanya juga berpandukan kepada tiga elemen asas iaitu pengetahuan am, pergaulan rapat dengan rakan dan keluarga serta melalui filem-filem yang ditontonnya.

Selain membaca, Puteri Andalas gemar melancong ke kawasan beriklim sejuk seperti Cameron Highlands. Beliau selesa berkunjung ke kawasan tersebut kerana pada kebiasaannya lebih bersih, tidak berdebu dan mendamaikan.

Inisiatif pengurangan banduan di Sweden

Posted:

Inisiatif pengurangan banduan di Sweden

Inisiatif pengurangan banduan di Sweden


PELABURAN besar oleh kerajaan Sweden bagi program-program pemulihan dan pencegahan dilihat antara faktor yang menyebabkan pengurangan pemenjaraan banduan di negara tersebut.


SEORANG hakim warganegara Sweden, Carin Westerlund menyatakan bahawa beliau jarang sekali teragak-agak untuk tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas penjenayah.

"Saya boleh memilih sama ada untuk meletakkan mereka di bawah tempoh percubaan atau mengarah melakukan khidmat masyarakat daripada mengurung mereka di dalam penjara," katanya yang bertugas di daerah Uppsala.

Walaupun demikian, beliau menegaskan tidak semua penjenayah menerima hukuman yang sedemikian.

"Jika kita berbicara tentang kes-kes jenayah lain seperti rompakan, narkotik dan keganasan seksual, hukuman yang dikenakan masih tidak berubah semenjak 10 tahun lalu," jelas Westerlund.

Sungguhpun barisan hakim di negara berkenaan kian mengambil langkah dengan mengarahkan pemakaian gelang elektronik dan bentuk-bentuk hukuman alternatif dalam usaha mereka mengurangkan kadar banduan di penjara, Sweden masih menutup bilangan institusi hukuman yang ada. Langkah itu diteruskan walaupun kadar jenayah semakin meningkat.

Bersama-sama negara Nordic lain, kadar pemenjaraan di Sweden merupakan antara yang terendah di dunia dengan catatan 0.5 orang bagi setiap 1,000 banduan. Jumlah itu adalah separuh berbanding di Perancis dan 10 kali ganda lebih rendah daripada Amerika Syarikat.

Menurut Perkhidmatan Penjara dan Percubaan Sweden, populasi banduan di negara berkenaan telah turun hampir 1,000 orang kepada 4,300 orang banduan sejak sedekad lalu.

"Kami masih lagi mencari jawapan mengenai persoalan ini namun ia masih terlalu awal untuk memberikan jawapan yang tepat," ujar ketua perkhidmatan itu, Nils Oeberg.


PEMAKAIAN gelang elektronik pada banduan merupakan antara langkah pilihan institusi perundangan Sweden.


Bentuk hukuman

Jabatan Kriminologi, Universiti Stockholm menerusi satu kajian yang dilaksanakan baru-baru ini mendedahkan hukuman tanpa tahanan telah memainkan peranan penting dalam penurunan jumlah banduan.

Mengikut Kementerian Keadilan Sweden, pada tahun 2011, Mahkamah Agung Sweden telah mengeluarkan kriteria baharu bagi tuduhan mengedar dadah dan ini seterusnya meringankan lagi hukuman jenayah-jenayah yang lebih ringan.

Mahkamah Sweden juga lebih cenderung untuk memberikan parol selepas dua pertiga daripada hukuman penjara telah dijalankan.

Selain itu, satu lagi faktor yang mengurangkan bilangan banduan di penjara mungkin disebabkan oleh pelaburan besar yang dibuat dalam program-program pemulihan dan pencegahan pengulangan perbuatan jenayah oleh bekas banduan.

Seorang banduan berusia 38 tahun di Penjara Norrtaelje yang enggan mendedahkan namanya berkata, banduan di Sweden mempunyai akses terhadap pendidikan dan berpeluang memulakan kehidupan baharu selepas keluar dari penjara.

"Ini adalah kali pertama saya menjalani hukuman penjara dan berharap ini yang terakhir," katanya.

Kesan pengurangan

Menurut Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan Sweden, jumlah pengurangan banduan tidak bersangkut paut dengan kadar jenayah di negara itu yang meningkat daripada 1.2 juta kesalahan pada tahun 2002 kepada 1.4 juta (2014).

"Peningkatan itu termasuk kenaikan ketara dalam jenayah dadah, penipuan dan serangan," katanya.

Kerajaan pusat Sweden telah berusaha untuk menjatuhkan hukuman setimpal ke atas jenayah berat seperti membunuh tetapi cadangan mereka bercanggah dengan badan kehakiman yang percaya bahawa kaedah pemulihan lebih berkesan daripada hukuman penjara.


RAMAI rakyat Sweden menyokong kaedah hukuman berbentuk pemulihan berbanding meletakkan banduan di dalam penjara.


Pendekatan yang lebih ringan ini disokong ramai rakyat Sweden namun ia juga telah mendapat kritikan terutamanya daripada Persatuan Sokongan Mangsa Kebangsaan.

"Hukuman penjara tidak lagi sekerap dahulu. Bagi pendapat saya, sebarang kes bunuh harus menerima hukuman penjara seumur hidup.

"Ini kerana keluarga mangsa mengalami kesedihan yang mendalam dan mereka merasakan tempoh hukuman penjara yang singkat yang dijatuhkan ke atas banduan terlibat tidak masuk akal," kata presiden persatuan berkenaan, Sven-Erik Alhem.

Ekoran pengurangan jumlah banduan, pada tahun 2013, sebanyak empat buah penjara dan satu pusat pemulihan daripada 82 institusi hukuman di Sweden telah ditutup.

Oeberg menjelaskan, kelima-lima pusat yang ditutup itu agak usang dan pelaburan yang tinggi diperlukan untuk mengekalkan operasinya.

"Selain itu, institusi-institusi yang masih kekal secara umum tidak penuh," ujarnya.

Sementara itu, Inspektor Penjara Norrtaelje, Anders Ekstroem berkata, hukuman penjara tempoh pendek yang dilaksanakan dalam bentuk tempoh percubaan dapat mengurangkan bilangan banduan di penjara.

Beliau bagaimanapun tidak merasakan pengurangan itu akan membawa kepada peningkatan keganasan atau menyebabkan dirinya kehilangan pekerjaan.

"Ia merupakan satu peluang yang baik untuk berusaha melaksanakan inisiatif pencegahan pengulangan jenayah dan mencari jalan yang lebih efektif dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan sekeliling dalam tempoh panjang," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Salur maklumat segera dan berkesan

Posted:

Salur maklumat segera dan berkesan

Salur maklumat segera dan berkesan

INDUSTRI pengangkutan teksi merupakan antara penyokong utama sektor pelancongan negara memandangkan ia secara tidak langsung menjadi 'duta kecil' kepada para pelancong, sama ada tempatan mahupun asing, ketika mengembara di ibu kota.

Selaras dengan inovasi teknologi pada masa kini, satu sistem pengiklanan digital menggunakan teknologi sistem wayarles, SmartaxiAds, bakal diperkenalkan sebagai satu langkah transformasi industri tersebut.

Menurut pengguna perkhidmatan teksi yang juga merupakan seorang jurukamera bebas dari Kuala Lumpur, Shahrul Nazmi Mat Sahar, 27, pembaharuan itu dilihat sebagai satu langkah penting yang mampu mengangkat kualiti perkhidmatan yang disediakan.

"Saya boleh dikategorikan sebagai pengguna kerap pengangkutan awam ini kerana ia memudahkan pergerakan saya di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Selain dapat menjimatkan minyak dan tenaga sekiranya memandu sendiri, kehadiran pemandu yang peramah menjadikan perjalanan ke destinasi yang dituju tidak membosankan.

"Pengenalan SmartaxiAds ini saya pasti akan menambahkan suasana di dalam teksi agar tidak sunyi dan kekok. Ia mampu menyediakan topik perbualan antara pemandu dan penumpang," katanya ketika ditemui Infiniti di KL Sentral baru-baru ini.


DARI kiri: Muhammad Reduan, Aslah dan Arham ketika di majlis pemeteraian perjanjian persefahaman antara Gigalink Solutions dengan Destination Transport berkenaan pengenalan SmartaxiAds di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tambahnya, sistem tersebut dapat memberi manfaat kepada penumpang teksi yang datang dari pelbagai tempat untuk memperoleh maklumat-maklumat terkini.

Bagi pengusaha teksi, Shamsuddin Jamaluddin, antara manfaat terbesar pemasangan SmartaxiAds dalam kenderaan itu adalah penyediaan saluran data komunikasi dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Jika berlaku kejadian yang tidak diingini seperti rompakan, kerosakan atau kehilangan teksi, pihak berkuasa boleh mengesan kedudukan kenderaan melalui cip keselamatan yang dipasang pada peranti pengiklanan tersebut," jelas lelaki yang juga Setiausaha Persatuan Pemandu Teksi KL Sentral ini.

Sistem SmartaxiAds merupakan ilham syarikat terbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Gigalink Solutions Sdn. Bhd. (Gigalink Solutions) dalam usahanya memperbaiki mutu perkhidmatan pengiklanan pada pengangkutan awam di negara ini.

Tingkat mutu perkhidmatan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Reduan Abd. Lah Sani, sistem tersebut membolehkan penumpang dan pemandu teksi mendapat maklumat-maklumat terkini melalui kempen-kempen atau pengiklanan yang disediakan seperti kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014), di samping memberikan pendapatan tambahan kepada pengusaha teksi terlibat.

"Teknologi pintar ini dicadangkan kepada syarikat pengangkutan, Destination Transport Sdn. Bhd. (Destination Transport) sebagai pemacu perniagaan mereka di masa hadapan.


KANDUNGAN digital dipaparkan di skrin sesentuh yang terletak di bahagian belakang penyandar kepala kerusi penumpang hadapan.


"Perkhidmatan interaktif ini secara tidak langsung mampu menaikkan mutu perkhidmatan agar setanding dengan negara-negara maju yang mempunyai kemudahan ini," katanya ketika ditemui di majlis pemeteraian perjanjian persefahaman antara Gigalink Solutions dengan Destination Transport bagi penyediaan SmartaxiAds di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor yang juga Pengerusi Destination Transport, Datuk Aslah Abdullah dan Timbalan Pengarah (Inovasi), Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UTM, Prof. Dr. Arham Abdullah.

Muhammad Reduan menjelaskan, sistem pengiklanan digital yang menggunakan teknologi terkini itu telah dipasang pada 50 buah teksi Destination Transport di sekitar Lembah Klang dengan operasi dijangka bermula pada pertengahan Februari ini.

Akses maklumat

Muhammad Reduan berkata, pelbagai maklumat dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan melalui SmartaxiAds yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan dan jalur lebar tanpa wayar sebagai medium pelaksanaannya.

"Sistem ini dilengkapi dengan sebuah skrin sesentuh paparan kristal cecair (LCD) berukuran 22.9 sentimeter yang dipasang di bahagian belakang penyandar kepala kerusi penumpang bahagian hadapan teksi.

"Kandungan-kandungan digital baharu kemudian akan dimuat naik pada paparan tersebut untuk tontonan penumpang. Selain daripada hanya memerhati, sistem ini turut memberi peluang kepada penumpang di tempat duduk belakang meneroka pelbagai maklumat dan iklan yang ditawarkan," jelas beliau.


PEMASANGAN peranti SmartaxiAds dimulakan dengan 50 buah teksi Destination Transport.


Menjelaskan cara-cara sistem berkenaan berfungsi, katanya, SmartaxiAds akan memaparkan iklan-iklan yang terkandung secara automatik sebaik sahaja penumpang membuka pintu teksi.

"Sistem iklan akan dihentikan sebaik sahaja pemandu menyahaktif meter tambang di destinasi yang dituju," ujar beliau.

Dalam usaha untuk mengembangkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan, Muhammad Reduan berharap agar lebih banyak pihak termasuk agensi kerajaan, badan berkanun mahupun syarikat swasta akan memberi sokongan dan memaparkan kandungan digital menarik dan bermanfaat kepada pelanggan.

"Medium pengiklanan ini dipercayai akan memberikan satu pengalaman baharu kepada para penumpang teksi.

"Selain itu, penyediaannya tidak akan mengganggu pemanduan kerana pemandu teksi tidak terlibat secara langsung dalam mengendalikan sistem SmartaxiAds ini," jelasnya sambil memberitahu tiada caj tambahan dikenakan kepada penumpang yang mengakses sistem pengiklanan tersebut.

Ivory Coast pindah gajah ancam penduduk

Posted:

Ivory Coast pindah gajah ancam penduduk

Ivory Coast pindah gajah ancam penduduk


SEBUAH trak digunakan untuk memindahkan gajah yang berjaya ditangkap ke Taman Negara Assagny yang terletak di pesisir selatan Ivory Coast.


BAGI mengurangkan konflik antara gajah dan penduduk kampung di Daloa, Ivory Coast, pihak kerajaan meminta bantuan Tabung Kebajikan Haiwan Antarabangsa (IFAW) untuk memindahkan hidupan liar itu ke kawasan yang lebih selamat di barat Afrika.

Gajah Afrika daripada spesies Loxodonta cyclotis itu menceroboh dan merosakkan hasil tanaman penduduk selepas habitatnya semakin mengecil akibat aktiviti pembalakan dan perlombongan.

Sekumpulan sukarelawan IFAW mengepung dan menggunakan peluru damak untuk menangkap gajah-gajah liar tersebut. Ia kemudian dipindahkan menggunakan trak ke kawasan perlindungan di Taman Negara Assagny yang terletak kira-kira 100 kilometer ke barat pusat ekonomi Ivory Coast, Abidjan.

Misi berkenaan bermula pada 19 Januari lepas dan bakal berakhir pada penghujung bulan ini. Sebanyak tiga ekor gajah turut dipasang alat sistem kedudukan global (GPS) untuk mengesan pergerakan dan memantau perkembangan habitatnya selama dua tahun.

Ivory Coast merupakan kediaman kepada gajah-gajah liar yang hanya terdapat di barat dan tengah Afrika. Disebabkan itu, kelangsungan habitat dan hidup haiwan tersebut saling bergantung antara satu sama lain.


PASUKAN IFAW menggunakan alat penerima gelombang untuk mengesan gajah-gajah di Daloa.


Dua tahun lalu, pencerobohan oleh penduduk yang rakus meratakan hutan di Taman Negara Marahoué menyebabkan sebilangan gajah kehilangan tempat tinggal. Hanya tiga keluarga gajah berjaya melepasi pencerobohan itu dan tinggal di pinggir hutan berdekatan bandar Daloa.

Berasa terancam dengan tindakan agresif gajah-gajah tersebut, penduduk kampung bertindak memasang jerat dan membunuh gajah yang ditangkap.

"Gajah adalah lambang kebangsaan kepada Ivory Coast. Disebabkan itu, pihak berkuasa mengambil langkah alternatif dengan memindahkan haiwan itu.

"Malah, mereka bersungguh-sungguh mencari pembunuh haiwan tersebut," ujar Pengarah IFAW Perancis dan Afrika, CĂ©line Sissler-Bienvenu.

Beliau menambah, langkah pemindahan itu merupakan penyelesaian terakhir selepas mengambil kira faktor keselamatan gajah dan penduduk setempat.

"Langkah awal perlu diambil bagi menyelamatkan gajah-gajah yang terancam. Operasi itu sesuai dilakukan pada musim panas. Ia bakal merungkai masalah keselamatan dan kehidupan penduduk, selain gajah-gajah tersebut," ujar Sissler-Bienvenu kepada AFP.

"Survival gajah liar tersebut amat penting dalam usaha memulihara dan mengekalkan keseimbangan ekosistem hutan. Usaha ini dapat mendidik generasi akan datang," ujar Menteri Air dan Perhutanan Ivory Coast, Mathieu Babaud Darret.

Perlindungan

Operasi pemindahan dari Daloa ke Taman Negara Assagny itu turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Alam Sekitar, Kebersihan Bandar dan Pembangunan Bandar. Usaha itu dilihat dapat menyumbang kepada perlindungan spesies terancam.


SEKUMPULAN kanak-kanak melihat kandang yang menempatkan gajah yang ditangkap sambil diperhatikan oleh Sissler-Bienvenu (kanan).


Pada tahun 2009, IFAW berjaya melaksanakan operasi pemindahan besar-besaran 83 ekor gajah savana yang terperangkap dalam konflik maut gajah-manusia di Malawi.

Pemindahan sejauh 250 kilometer dari Phirilongwe ke Rizab Hidupan Liar Majete itu mengambil masa selama tiga minggu.

Ditubuhkan pada tahun 1969, IFAW berfungsi untuk menyelamat dan melindungi haiwan di seluruh dunia.

Organisasi sukarela yang telah melakukan pelbagai projek di 40 buah negara itu mempunyai objektif menyelamatkan haiwan secara individu atau berkumpulan, bergiat aktif dalam aktiviti pencegahan kekejaman haiwan dan menyokong usaha melindungi habitat dan hidupan liar.

Pencemaran di China punca perubahan iklim dunia

Posted:

Pencemaran di China punca perubahan iklim dunia

Pencemaran di China punca perubahan iklim dunia


KEPESATAN pembangunan di China membawa implikasi teruk kepada pencemaran udara di republik itu.


PENCEMARAN udara ekstrem yang berlaku di negara-negara Asia sejak kebelakangan ini memberi kesan kepada cuaca dan corak iklim dunia.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti A&M, Texas, Amerika Syarikat dan Makmal Perejangan Jet Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendapati China merupakan penyumbang besar kepada pencemaran udara di Asia.

"Perkembangan ekonomi negara berkenaan sejak 30 tahun lalu menyebabkan berlakunya kepesatan sektor pembangunan. Tahap pencemaran udara di beberapa bandar utama China seperti di Beijing ialah 100 kali lebih tinggi daripada had yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia," ujar pensyarah Sains Atmosfera Universiti A&M Texas, Prof. Renyi Zhang.

Para pengkaji menggunakan model iklim dan data terkumpul mengenai aerosol dan meteorologi sejak 30 tahun lepas.

Tambah Zhang, model tersebut jelas menunjukkan pencemaran udara banyak berlaku di Asia yang memberi kesan kepada atmosfera sehingga menjadikan ribut atau taufan bertukar lebih ganas.

"Pencemaran ini memberi impak kepada pembentukan awan, hujan, keamatan ribut dan faktor-faktor lain yang akhirnya mengubah iklim. Ia menyebabkan cuaca beberapa tempat di Amerika Utara terjejas," ujarnya.

Kajian itu turut melaporkan peningkatan pembakaran arang batu dan pelepasan asap kenderaan merupakan punca utama pencemaran di China dan negara Asia lain.

"Beberapa kajian perlu dilakukan pada masa hadapan untuk mencari punca aerosol sehingga meninggalkan kesan pada iklim dunia," jelas Zhang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


80 pengerusi, setiausaha JKKKP di Jeli terima elaun

Posted:

80 pengerusi, setiausaha JKKKP di Jeli terima elaun

80 pengerusi, setiausaha JKKKP di Jeli terima elaun

SEBAHAGIAN daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang hadir pada program penyampaian elaun pengerusi dan setiausaha JKKKP di Jeli, Kelantan baru-baru ini.


HIMPUN. Seramai 80 pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bagi Parlimen Jeli hadir pada majlis penyerahan elaun di Pejabat UMNO Bukit Nangka, Jeli baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed merangkap Ahli Parlimen Jeli.

Mustapa dalam ucapannya berkata, wang elaun bulanan itu merupakan satu kepercayaan daripada kerajaan kepada semua JKKKP yang memikul tugas besar sebagai penghubung dengan rakyat.

"Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan bekerja lebih kuat dan dapat menyelesaikan permasalahan penduduk dengan sebaik-baiknya," ujar beliau.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Datuk Mohd. Adhan Kechik dan ADUN Kuala Balah, Datuk Abd. Aziz Derashid.

Pelajar UiTM Kedah selami kehidupan penduduk desa di Kampung Langgar

Posted:

Pelajar UiTM Kedah selami kehidupan penduduk desa di Kampung Langgar

Pelajar UiTM Kedah selami kehidupan penduduk desa di Kampung Langgar


PARA pelajar UiTM Merbok, Kedah yang menyertai Program Pemantapan Ukhuwah diKampung Langgar, Lembah Bujang, Merbok, Kedah baru-baru ini.


UKHUWAH. Seramai 28 orang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah menyertai Program Pemantapan Ukhuwah di Kampung Langgar, Lembah Bujang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Program sehari yang diadakan di Surau Rahmaniah Kampung Langgar melibatkan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Perbankan Islam kampus UiTM itu serta 100 penduduk kampung.

Pengarah program, Hazir Md. Annuar berkata, aktiviti kemasyarakatan itu bagi mendedahkan para pelajar dengan suasana kehidupan desa termasuk bergotong-royong mengadakan majlis kenduri kesyukuran.

"Peluang seperti ini jarang-jarang dirasai terutama oleh pelajar yang berasal dari bandar, malah penganjuran program kemasyarakatan itu dapat merapatkan hubungan antara penduduk kampung dengan UiTM Kedah," ujarnya.

1,000 pelajar di Tasek Gelugor terima bantuan awal persekolahan

Posted:

1,000 pelajar di Tasek Gelugor terima bantuan awal persekolahan

1,000 pelajar di Tasek Gelugor terima bantuan awal persekolahan


SHABUDIN (kiri) menyampaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.


BANTUAN. Seramai 1,000 pelajar daripada 32 buah sekolah rendah dan menengah dari kawasan Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang menerima bantuan awal persekolahan baru-baru ini.

Majlis penyampaian bantuan yang bernilai RM100 seorang itu diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua.

Bantuan itu diselaraskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara.

Majlis penyampaian bantuan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Dalam ucapannya, beliau berharap ibu bapa dapat memanfaatkan bantuan tersebut yang bertujuan meringankan beban kewangan bagi menyediakan keperluan persekolahan anak- anak mereka.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Beranda rumah runtuh ketika uruskan jenazah

Posted:

Beranda rumah runtuh ketika uruskan jenazah

Beranda rumah runtuh ketika uruskan jenazah

BEBERAPA penduduk melihat struktur beranda rumah yang runtuh ketika mereka menguruskan jenazah seorang penduduk di Kampung Karamunting, Sandakan, Sabah semalam.


SANDAKAN - Niat murni sekumpulan penduduk kampung untuk menguruskan jenazah bertukar tragedi apabila tujuh daripada mereka cedera selepas lantai beranda sebuah rumah kayu runtuh dalam kejadian di Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi di sini semalam.

Kejadian pukul 11 pagi itu berlaku ketika beberapa orang penduduk sedang mengangkat jenazah seorang penduduk untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Sim-Sim.

Difahamkan, kira-kira 40 penduduk berada di atas lantai rumah tersebut yang setinggi hampir tiga meter.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Devi Rashedee Ensoi berkata, antara yang cedera dalam kejadian tersebut ialah tiga warga emas berusia lingkungan 60-an.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Fosil tumbuhan kuno ditemui

Posted:

Fosil tumbuhan kuno ditemui

Fosil tumbuhan kuno ditemui

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
berita@kosmo.com.my


YUNUS (dua kiri) bersama Shafeea (tengah) melihat fosil tumbuhan kuno yang ditemui di Ampangan Paya Pedu, Besut Terengganu semalam.


BESUT – Sebanyak tujuh fosil tumbuhan kuno luar biasa berusia 270 juta hingga 350 juta tahun yang pernah wujud pada Zaman Karbon ditemui di tapak pembinaan Empangan Paya Peda, Hulu Besut di sini baru-baru ini.

Fosil itu ditemui dalam bentuk tempelan atau teraan pada permukaan lapisan batuan terawet dan masih mengekalkan bentuk cabang daun, corak urat dan corak batang pokok.

Penemuan kepelbagaian genus fosil tumbuhan itu menjadikan Paya Peda boleh diberi penarafan luar biasa ketiga di negeri ini selepas Bukit Keluang dan Bukit Bewah.

Tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut terdiri daripada beberapa jenis pokok sahaja dan mudah dikenal pasti.

Ia dipercayai tumbuh di kawasan paya yang luas, padat dengan tumbuh-tumbuhan serta terletak dalam kawasan tropika.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, tumbuhan itu mati dan kemudian tertimbus oleh enapan sedimen lalu kekal terawet untuk ratusan juta tahun lamanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lima perompak larikan RM3.36j

Posted:

Lima perompak larikan RM3.36j

Lima perompak larikan RM3.36j

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


ANGGOTA polis memeriksa van keselamatan yang dibakar penjenayah sebelum melarikan wang tunai RM3.36 juta di Ijok, Kuala Selangor, Selangor semalam.


KUALA SELANGOR – Empat pengawal keselamatan yang melakukan tugas rutin memindahkan wang ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Ijok dekat sini semalam tidak menyangka berhadapan detik menakutkan apabila diikat sebelum wang berjumlah RM3.36 juta yang dibawa dilarikan lima perompak.

Dalam kejadian pukul 9.53 pagi itu, van kawalan keselamatan dinaiki empat pengawal keselamatan terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki itu berhenti di stesen minyak tersebut bagi memindahkan wang ke ATM yang terletak di sebuah stesen minyak berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, sebaik pintu gelongsor van tersebut dibuka, sekumpulan lima penjenayah dipercayai lelaki yang memakai topi keledar tiba-tiba menyerbu ke dalam van keselamatan berkenaan.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek kemudian bertindak menolak pemandu van berkenaan yang berada di tempat duduk pemandu ke belakang sementara seorang suspek lain merampas selaras senapang patah milik seorang pengawal keselamatan lain.

"Selepas itu, kenderaan terbabit telah dilarikan ke sebuah ladang kepala sawit di Jalan Sepakat yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari stesen minyak berkenaan.

"Seorang lagi suspek yang memandu sebuah van lain jenis Nissan Vanette berwarna perak telah mengekori van keselamatan itu dari belakang," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Teko Melon hadiah ulang tahun

Posted:

Teko Melon hadiah ulang tahun

Teko Melon hadiah ulang tahun

Oleh HAFIZ AHMAD

PELBAGAI replika dan monumen menarik yang berkaitan dengan industri perlombongan bijih timah dipamerkan di Pusat Pelawat Royal Selangor.


INDUSTRI perlombongan bijih timah merupakan penyumbang besar pendapatan negara pada abad ke-18 dan membekalkan 55 peratus kepada pasaran dunia bermula pada tahun 1820 hingga penghujung abad ke-19.

Bingkisan sejarah itu serba sedikit diterangkan di Pusat Pelawat Royal Selangor yang terkenal sebagai syarikat pembuatan produk-produk berteraskan logam dan piuter.

Bermula daripada cetusan idea penubuhan pada tahun 1885 sehingga menjadi jenama ulung dunia, momen-momen indah perusahaan diasaskan oleh Yong Koon tersebut diperjelaskan satu persatu di bangunan seluas 3,716 meter persegi itu.

Tidak hanya melawat galeri, kunjungan tanpa bayaran itu turut dibawa ke kilang pembuatan yang terletak di bahagian bawah bangunan. Pelawat dapat melihat proses penghasilan produk-produk Royal Selangor.

Pengarah Eksekutif Pemasaran Royal Selangor, Chen Tien Yue berkata, populariti pusat pelawat itu telah berkembang semenjak 10 tahun lalu dengan mencapai purata sebanyak 30,000 pengunjung sebulan pada tahun 2013.

"Ia menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara sejak ditubuhkan pada tahun 2004. Malah, Pusat Pelawat Royal Selangor turut menerima beberapa anugerah berkaitan pelancongan," ujarnya ketika melancarkan koleksi edisi terhad replika Teko Melon bersempena sambutan ulang tahun ke-10 Pusat Pelawat Royal Selangor di Setapak Jaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dikemaskan dengan tiga warna iaitu hitam pusam, biru logam dan merah jambu, ia terhad kepada 200 unit setiap warna yang mewakili ciri-ciri bandar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.

Rona hitam pusam mewakili Kuala Lumpur menandakan kemodenan sebuah bandar yang pernah menjadi pusat utama industri perlombongan bijih timah di Malaysia.


TIEN YUE bersama tiga replika Teko Melon edisi terhad sempena ulang tahun ke-10 Pusat Pelawat Royal Selangor.


Kekayaan warisan dan budaya Peranakan di Pulau Pinang diserlahkan menerusi Teko Melon berwarna biru logam manakala keharmonian dan kepelbagaian cara hidup di Singapura digambarkan melalui teko berwarna merah jambu. Ia juga mewakili ciri-ciri yang terdapat pada bunga kebangsaan republik itu iaitu Vanda Miss Joaquim.

Setiap satu Teko Melon boleh didapati pada harga RM1,200 di semua kedai jualan Royal Selangor, pengedar berdaftar dan menerusi pembelian dalam talian, www.royalselangor.com.

Dalam pada itu, beberapa pakej diberikan kepada pengunjung sempena ulang tahun Pusat Pelawat Royal Selangor seperti diskaun 25 peratus untuk tempahan kumpulan bagi empat orang yang ingin mengikuti bengkel-bengkel yang disediakan.

Salah satu bengkel yang boleh diikuti ialah School of Hard Knocks dengan sesi pembelajaran selama setengah jam. Peserta akan diajar menghasilkan mangkuk piuter menggunakan alat-alat pertukangan tradisional.

Di bengkel The Foundry, seorang pengajar akan membimbing pelajar dalam mengenali proses-proses pembentukan, penggilapan dan penghiasan aksesori loket menggunakan acuan yang disediakan.

Sajian halal makan besar

Posted:

Sajian halal makan besar

Sajian halal makan besar


IKAN bawal stim bersama sos soya merupakan antara menu istimewa Hotel Grand BlueWave Shah Alam.


KEPADA masyarakat Muslim yang gemar mencuba makanan tradisi Cina atau ingin merasai pengalaman menyertai acara makan besar pada malam Tahun Baharu Cina yang halal, apa kata anda singgah ke Hotel Grand BlueWave, Shah Alam, Selangor.

Promosi istimewa sempena Tahun Baru Cina itu memperkenalkan set menu Golden Prosperity dan All You Can Eat (AYCE) sehingga 28 Februari ini.

Set menu Golden Prosperity menyediakan tiga menu yang berbeza pada harga serendah RM688 hingga RM1,488 untuk lima hingga 10 orang. Selain perbezaan menu, jenis masakan dan pemilihan bahan juga berbeza antara set menu.

Menu AYCE direka bagi memenuhi kumpulan kecil dengan minimum dua orang dan memiliki 46 jenis menu seperti dim sum goreng dan kukus, mi goreng, nasi goreng, wantan, masakan Cina berasaskan daging, hidupan laut, ayam, itik dan sayur-sayuran dan pilihan sup selain pencuci mulut.

Menurut Chef Restoran Tung Yuen, Christopher Leong, semua hidangan yang tersenarai dalam menu pada kedua-dua set tersebut merupakan makanan autentik Cina yang mendapat pensijilan halal.

Salah satu menu yang paling menarik dan harus dicuba ialah Sami Buddha Terjun Di Sebalik Dinding iaitu sejenis sup yang direbus sebanyak dua kali dengan pelbagai makanan laut kering bersama sup stok.

"Resipi ini mempunyai bau yang sangat wangi dan membuka selera, malah rebusan sebanyak dua kali memerlukan masa yang panjang sekurang-kurangnya empat jam.

"Semakin lama ia diperam menjadikan rasanya bertambah sedap," kata Leong.

Sementara itu, Chef Adrian Wan, 37, berkata pemilihan masakan dan bahan yang dimasak pada Tahun Baru Cina direka kelihatan mewah kerana ia merupakan perayaan setahun sekali.

"Ikan, abalone dan ayam dipilih kerana bercitarasa mewah tetapi yang lebih penting di BlueWave ialah kami mahu memperkenalkan hidangan Cina yang halal kepada orang ramai," ungkapnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rekod bersih Kelantan lebur

Posted:

Rekod bersih Kelantan lebur

Rekod bersih Kelantan lebur

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

KAPTEN Kelantan, badhri Radzi (depan) cuba dihalang pemain PKNS pada aksi yang berkesudahan PKNS menang 2-1 di Kota Bharu malam tadi.


REKOD tanpa kalah Kelantan musim ini lebur ditangan Selangor PKNS selepas tumpas mengejut 1-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, The Red Warriors bermula hambar pada 20 minit pertama apabila setiap gerakan yang dilancarkan mudah dibaca pemain pasukan lawan.

Usaha tuan rumah untuk memburu jaringan awal akhirnya berhasil menerusi tandukan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-30 yang melepasi jangkauan penjaga gol pelawat Mohd. Ramezey Che Ros.

Seminit kemudian, tonggak import Kelantan Mohammed Ghaddar mempersiakan peluang untuk menambah jaringan selepas rembatannya melepasi palang gol biarpun ketika itu Ramezey sudah terkeluar daripada posisinya.

Tersentak dengan jaringan awal tuan rumah, pelawat kembali bangkit dengan meledakkan gol penyamaan menerusi kapten pasukan, Mohd. Fauzan Dzulkifli untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-39.

Dua minit berselang, pelawat mengukuhkan cengkaman menerusi gol kedua mereka hasil jaringan Mohd. Aminuddin Mohd. Noor untuk menutup aksi babak pertama berpihak kepada PKNS.

Sebaik sahaja babak kedua bersambung, pelawat dilihat semakin garang menerusi rembatan kencang perancang tengah mereka Mohd. Nazmi Faiz Mansor yang berjaya ditepis keluar oleh Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-46.

Kelantan kembali memperkemaskan corak permainan dan berjaya memperoleh dua peluang terbaik untuk mendapatkan jaringan pada minit ke-52 dan 56, namun rembatan deras Francis Forkey Doe gagal menepati sasaran.

Minit ke-58, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria terlepas peluang meledak jaringan penyamaan apabila sepakannya melewati palang walaupun pintu gol sudahpun ternganga.

Tuan rumah terus kempunan untuk mendapatkan jaringan apabila peluang demi peluang yang dimiliki gagal diterjemahkan dengan baik oleh jentera serangan The Red Warriors diketuai oleh Forkey Doe.

Kedudukan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kes masih belum selesai

Posted:

Kes masih belum selesai

Kes masih belum selesai

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

DRAMA membabitkan sebahagian pemain skuad bola sepak Kuala Lumpur yang didakwa terlibat dengan isu rasuah dilihat masih belum ternoktah.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufek Abdul Razak berkata, keputusan sama ada pemain-pemain terbabit didapati bersalah ataupun tidak hanya akan diketahui pada 3 Februari depan.

Ini kerana menurut beliau, masih banyak perkara yang perlu diteliti pihaknya termasuk kenyataan beberapa pegawai Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) selain perlu mempertimbangkan rayuan mana-mana 17 pemain yang telah tampil membantu keterangan setakat ini.

"Masih belum ada keputusan, jadi kena tunggu 3 Februari.

"Buat masa ini, kesemua proses keterangan pemain berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"Pada mulanya, pihak kami menjangkakan segala-galanya selesai hari ini (semalam).

"Namun, kami perlu menyemak fakta kes setiap pemain terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman termasuk mungkin ada dalam kalangan pemain mengemukakan rayuan.

"Jadi, saya tidak boleh mengulas lanjut termasuk sama ada mereka (pemain) terbukti bersalah ataupun tidak," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Seramai empat lagi pemain Kuala Lumpur tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan semalam iaitu Muhammad Syafiq Johari, Mohd. Munir Amran, Muhammad Taufiq Mohd. Shukor dan Ahmad Jihad Ismail.

Antara pemain yang telah dipanggil bagi membantu siasatan sebelum ini termasuklah Muhamad Rafeef Raya, Mohd. Badrul Hisyam Azmi, Mohamad Ar'Rauf Roslee, Hishamuddin Othman, Muhammad Hanis Mohtar, Ahmad Dashila Tajudin, Azizon Abdul Kadir, Benedict Martin, Muhammad Syazwan Mohamed Rani, J. Mughilan Kartik, Muhammad Azwan Jatin, S. Sivaraj dan Mohamad Amirul Asraf Mohd. Noor.

Ketika ditanya mengapa Azizon dilihat turut hadir sekali lagi di Wisma FAM semalam, jelas Taufek, ia merupakan prosedur biasa kerana pada mulanya pihaknya menjangkakan segala-galanya selesai semalam.

"Persoalan sama ada bookie sudah dikenal pasti juga saya belum boleh dedahkan, jadi tunggu 3 Februari," kata beliau.

Untuk rekod, lima pemain Kuala Lumpur yang sebelum ini didapati bersalah terbabit dengan gejala rasuah dan mengatur perlawanan adalah Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie, Jeremy Danker dan Hafizi Rosle. Mereka didenda sebanyak RM20,000 dan digantung seumur hidup.

Ketua jurulatih dari Slovakia, Stanislav Lieskovsky, penolong pengurus Rosli Omar dan pegawai pasukan, Saari Jani pula antara tiga pegawai yang disabitkan kesalahan dan turut menerima hukuman serupa pada 20 Disember tahun lalu.

Zhuliang ada perancangan tersendiri untuk Wendy

Posted:

Zhuliang ada perancangan tersendiri untuk Wendy

Zhuliang ada perancangan tersendiri untuk Wendy

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

KETUA jurulatih skuad terjun negara, Yang Zhuliang menegaskan dia mempunyai perancangan tersendiri ke atas Wendy Ng Yan Yee meskipun penerjun itu tidak tersenarai sebagai taruhan utama dalam acara seirama.

"Disebabkan itu, saya ada perancangan tersendiri buat Wendy. Meskipun dia bukan gandingan utama dalam acara 3 meter papan anjal seirama, saya tahu kekuatan serta kelebihan yang dia miliki," jelas Zhuliang.

Dengan prestasi agak konsisten, penerjun berusia 20 tahun itu digandingkan dengan Cheong Jun Hong pada musim lalu dan ternyata langkah tersebut tidak mengecewakan.

Kombinasi Wendy dan Jun Hoong pada aksi Siri Terjun Dunia pada 2013 berjaya membawa pulang tiga butir pingat gangsa daripada enam sirkit iaitu di Moscow, Edinburgh (England) dan Guadalajara (Mexico).

Mereka turut menambah koleksi pingat gangsa pada Grand Prix Amerika Syarikat yang berlangsung di Fort Lauderdale.

Bagaimanapun, kemampuan Wendy itu seolah tidak mencukupi bagi Zhuliang di mana jurulatih dari China itu tetap meletakkan Pandelela dan Jun Hoong sebagai gandingan utama dalam Kejohanan Dunia di Barcelona.

Malah, nama Wendy juga seolah tercicir sekali lagi pada Piala Dunia di Shanghai tahun ini.

Ketika disoal situasi tersebut, Zhuliang menjelaskan bahawa dia berhajat mahu menggandingkan Wendy dengan pendatang baharu, Nur Dhabitah Sabri pada saingan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dan Sukan Asia di Korea Selatan nanti.

"Saya akan teruskan gandingan Wendy-Jun Hoong dalam semua sirkit Siri Dunia manakala gandingan Pandelela-Jun Hoong akan kekal sebagai teraju utama.

"Kita bercakap berdasarkan pretasi dan pengalaman. Hingga kini, Pandelela-Jun Hoong adalah gandingan terbaik yang kita ada untuk dipertaruhkan dalam kejohanan utama.

"Tetapi, itu tidak bermakna peranan Wendy diketepikan. Saya mahu dia bersedia menghadapi dua acara sukan terbesar pada tahun ini.

"Saya akan cuba gandingkan (Wendy) dengan Dhabitah. Hingga kini, semuanya berjalan dengan baik. Lebih menarik, mereka mempunyai bentuk tubuh yang hampir sama dan ia adalah kelebihan dalam acara terjun seirama," jelas Zhuliang yang kini berada di Guangzhou bersama 16 penerjun lain serta dua pembantu jurulatih untuk menjalani latihan selama sebulan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Thailand buntu tarikh pilihan raya

Posted:

Thailand buntu tarikh pilihan raya

Thailand buntu tarikh pilihan raya

ISTERI dan anak perempuan pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan yang mati dibunuh, Suthin Tharatin meratapi kematiannya di sebuah tokong di Bangkok semalam.


BANGKOK - Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand semalam mencadangkan agar pilihan raya umum yang dijadual pada minggu hadapan ditangguhkan untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan lagi.

Saranan itu ekoran lebih banyak pertumpahan darah diramal menyusul selepas beberapa serangan yang berlaku sejak beberapa minggu lalu.

Suruhanjaya tersebut dijadualkan menemui Perdana Menteri Sementara Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini bagi membincangkan tarikh pilihan raya yang baharu selepas Mahkamah Perlembagaan membenarkan ia ditangguhkan.

"Sebagai pegawai pilihan raya, sudah menjadi tugas kami untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar dan kami juga mahu memastikan negara ini aman sebelum proses berkenaan dilaksanakan.

"Kami tidak mahu tragedi berdarah tercetus semasa pilihan raya ini,'' kata seorang pegawai Suruhan- jaya Pilihan Raya, Somchai Srisut- thiyakorn.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Jarupong Ruangsuwan berkata, kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan tersebut dan akan meneruskan proses berkenaan mengikut jadual.

"Kami mesti meneruskan pilihan raya umum yang dijadualkan pada 2 Februari depan.

"Sebarang penangguhan adalah sia-sia dan akan memberi lebih banyak masa kepada penunjuk perasaan untuk menyerang kerajaan,'' kata beliau yang juga ketua parti pemerintah, Parti Puea Thai.

Dalam pada itu, proses pengundian awal yang berlangsung kelmarin terjejas apabila penunjuk perasaan menawan beberapa pusat pengundian manakala seorang pemimpin pembangkang maut, Suthin Tharatin selepas ditembak penyerang tidak dikenali.

Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan mendesak supaya Yingluck meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pembentukan sebuah kerajaan baharu dengan anggota-anggota Kabinet yang dilantik bagi melaksanakan beberapa pembaharuan termasuk membasmi rasuah.

Yingluck membubarkan Parlimen lebih awal bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 2 Februari depan untuk meredakan konflik politik dalaman Thailand.

Namun, tindakan itu dibantah penunjuk perasaan antikerajaan dan pembangkang yang bimbang beliau akan kembali berkuasa.

Para penunjuk perasaan itu menuduh Yingluck menjadi boneka abangnya, bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang kini hidup dalam buangan di luar negara.

Pihak tentera menggulingkan Thaksin pada tahun 2006 selepas terdapat dakwaan pemerintahannya dicemari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Reuters

Diktator Korea Utara bunuh keluarga bapa saudara

Posted:

Diktator Korea Utara bunuh keluarga bapa saudara

Diktator Korea Utara bunuh keluarga bapa saudara


JONG-UN


PYONGYANG - Saudara-mara terdekat bapa saudara pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un telah dibunuh atas arahannya.

Media Korea Selatan melaporkan bahawa anak-anak Jang Song-thaek, adik-beradik dan beberapa cucu telah dihukum mati.

Song-thaek, 67, dibunuh pada bulan lalu selepas beliau didakwa berkomplot untuk menjatuhkan rejim komunis pimpinan Jong-un.

Beberapa sumber memberitahu agensi berita Yonhap bahawa setakat ini masih tidak jelas bila pembunuhan beramai-ramai itu berlaku.

Namun, kesemua mereka dihapuskan selepas kematian Song-thaek pada 12 Disember lalu.

"Beberapa saudara-mara Song-thaek ditembak mati menggunakan pistol di hadapan orang lain ketikameronta semasa diseret keluar dari kediaman mereka," kata sumber kepada Yonhap.

Antara yang dibunuh termasuk saudara perempuan Song-thaek, Jang Kye-sun dan suaminya yang juga Duta ke Cuba beserta anak saudara Song-Thaek, Jang Yong-chol bersama dua anak lelakinya.

Yong-chol pernah menjadi Duta ke Malaysia.

Korea Utara sebelum ini mengejutkan dunia berhubung pengumuman pembunuhan Song-thaek yang dilihat sebagai penaung Jong-Un.

Kematiannya merupakan perubahan politik terbesar yang berlaku di Korea Utara sejak Jong-un, 30, mengambil alih tampok pemerintahan daripada bapanya, mendiang Kim Jong-il. - Agensi

Lelaki bersahabat dengan harimau

Posted:

Lelaki bersahabat dengan harimau

Lelaki bersahabat dengan harimau


ABDULLAH SHOLEH mula menjaga Mulan ketika ia berusia tiga bulan.


MALANG, Indonesia - Seorang pelajar Islam, Abdullah Sholeh, 33, mula berkawan dengan seekor harimau Benggala, Mulan sejak ia berusia tiga bulan di kampung Dilem, timur Jawa di sini," lapor akhbar MailOnline semalam.

Penjaga Mulan, Noer Muhammad Sholeh, 51, meminta Abdullah untuk menjaga harimau itu ketika ia berumur tiga bulan.

Sejak dari itu, Abdullah sentiasa tidur, bermain, dan bergurau dengan harimau tersebut.

Pasangan itu tidak boleh dipisahkan sehinggakan Abdullah sering tidak tidur di katilnya semata-mata mahu tidur di sebelah kandang harimau peliharaannya.

Mulan kini seberat 178 kilogram dengan panjang tiga meter termasuk ekor serta setinggi satu meter.

Bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, penduduk kampung terpaksa memasang palang-palang besi untuk memisahkan pasangan tersebut apabila mereka berada bersama di dalam kandang.

Mulan makan sebanyak enam kilogram daging ayam atau kambing sebanyak dua kali sehari. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Malaysia dan Brunei erat kerjasama dua hala dalam bidang koperasi

Posted:

Malaysia dan Brunei erat kerjasama dua hala dalam bidang koperasi

Malaysia dan Brunei erat kerjasama dua hala dalam bidang koperasi

28/01/2014 10:49pm

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Brunei telah mengenal pasti beberapa bidang dalam sektor koperasi yang boleh dilaksanakan sebagai langkah untuk mengeratkan lagi kerjasama dua hala.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Brunei di Putrajaya semalam.

"Mesyuarat bersetuju memulakan kerjasama sektor koperasi dalam bidang-bidang seperti perdagangan pengedaran, makanan halal, koperasi sekolah, pelancongan di Borneo, industri francais, dan kemudahan potongan kredit.

"Kedua-dua negara telah menegaskan komitmen untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dua hala, termasuk juga penglibatan secara terus koperasi kedua-dua negara dalam aktiviti perdagangan," menurutnya.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara yang dimeterai 8 Disember tahun lepas di Bandar Seri Begawan.

Delegasi Malaysia diketuai Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Saripuddin Kasim manakala Brunei diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber Manusia Utama, Normah Suria Hayati Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. - Bernama

Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Khamis

Posted:

Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Khamis

Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Khamis

28/01/2014 10:16pm

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, keadaan sama

turut melanda daerah Mukah, Bintulu dan Miri di Sarawak, pedalaman Pantai Barat dan Kudat di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada masa sama, keadaan angin kencang dan laut bergelora turut melanda

daerah Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan.

Menurut kenyataan itu, keadaan angin di daerah itu berkelajuan antara 40

hingga 50 km sejam dan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter.

Ia berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi di laut serta sukan

laut. - Bernama

LPT beri diskaun 20 sempena Tahun Baru Cina

Posted:

LPT beri diskaun 20 sempena Tahun Baru Cina

LPT beri diskaun 20 sempena Tahun Baru Cina

28/01/2014 8:59pm

KUALA LUMPUR - Pengguna Touch 'n Go dan SmartTag di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Pengarah Pemegang Konsesi LPT, ANIH Berhad, Ir Wan Razali Wan Muda berkata, pemberian diskaun itu akan berkuat kuasa dari 12 tengah malam Jumaat ini (31 Januari ini) hingga 11.59 malam pada keesokannya (1 Febuari ini).

"Diskaun tol itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengguna LPT

bersempena musim perayaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu.

Sementara itu, Pengurus Besar (Operasi) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Ong Chee Keong berkata, diskaun tol sebanyak 10 peratus akan diberi kepada pengguna semua kelas kenderaan sama ada secara bayaran tunai mahupun elektronik (ETC) di Lebuhraya DUKE. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved