Ahad, 26 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pusat komuniti warga Petaling Jaya

Posted:

Pusat komuniti warga Petaling Jaya

Pusat komuniti warga Petaling Jaya

SEBELUM adanya Jaya Supermarket, terhampar tanah lapang yang menjadi taman permainan mega kepada kanak-kanak sekitar kejiranan Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor. Budak lelaki berkejaran menggelecek bola, sebahagian yang lain pula keriangan bermain rounders.

Tanpa rela, kawasan pencetus kegembiraan anak-anak di situ dipagar kepingan zink, menghalang rekreasi petang berjalan secara rutin. Papan tanda pembangunan dinaikkan, meranapkan harapan kanak-kanak untuk sekali lagi berlari bebas di kawasan tersebut.

Juita Abdul Jalil, antara susuk genit dalam kumpulan pelajar sekolah rendah yang hampir setiap hari membaling batu ke arah pekerja pembinaan di kawasan lapang tersebut. Marah, kecewa dan benci menjalar dalam diri mereka. Kehilangan padang tempat bermain adalah isu besar dalam hidup kanak-kanak dan individu yang meniti remaja.

Begitupun, takungan emosi negatif Juita, 49, surut jua akhirnya. Perlahan-lahan, rasa marah berubah menjadi teruja. Pembinaan di kawasan lapang itu secara berperingkat menangkap minat penduduk sekitar. Makin lama, bangunan itu kian tinggi.

"Jaya Supermarket ialah bangunan tinggi pertama di Seksyen 14 pada era 1970-an, jadi semua orang kagum. Ketika ia dibangunkan, kami kurang jelas tentang kegunaannya, namun selepas ia siap sepenuhnya dan dibuka pada tahun 1974, siapa sangka ia bakal mengubah persepsi masyarakat setempat," imbas Juita yang berpindah dari Pulau Pinang ke Petaling Jaya ketika berumur empat tahun.

Rasa kehilangan terhadap taman permainan yang kini menjadi tapak berdiri Jaya Supermarket lenyap begitu sahaja. Juita dan teman seusianya menemui 'taman' baharu yang memberikan pengalaman berbeza. Pusat beli-belah Jaya Supermarket menjadi rumah kedua Juita. Selepas waktu sekolah, lokasi itulah yang ditujui Juita setiap hari tanpa gagal.

Hampir semua pekedai di Jaya Supermarket mengenali Juita. Pemilik kedai perkakas yang dipanggil Kak Normah antara individu terakrab dengan Juita, malah dia sering makan tengah hari bersama wanita tersebut.


KIOS pertama Nelson's Corn di Jaya Supermarket dibuka pada tahun 1985.


Kedai alat menjahit dan gedung buku juga sering dikunjungi Juita. Tidak ketinggalan, pasar raya Cold Storage di tingkat bawah bangunan itu, pernah menyaksikan nilai ringan tulang pengarah urusan syarikat pengurusan acara itu membantu seorang jurujual menggantungkan tanda harga barangan.

Kunjungan Juita ke Jaya Supermarket tidak mengundang kemarahan ibu bapanya.

Malah, ibunya sendiri pergi ke pusat beli-belah itu setiap harian. Cerita Juita: "Orang di situ pun kenal ibu saya, sebab dia sering beli roti untuk diberi kepada kawanan burung merpati di depan Jaya Supermarket dan kucing jalanan di lorong belakang."

Ubah suai

Kegembiraan Juita dan remaja lain tidak berpanjangan. Jaya Supermarket ditutup buat kali pertama bagi memberi laluan kepada proses menaik taraf. Darah muda mereka memberontak, menolak pembaharuan dan kemungkinan kehilangan pekedai-pekedai kegemaran masing-masing.

Ketakutan itu nyata terjadi. Apabila ia dibuka semula, ruangan air pancut mini di tengah pusat beli-belah itu digantikan dengan perkhidmatan tukang kasut.

Sejak di bangku sekolah rendah menginjak ke peringkat menengah, rutin Juita di Jaya Supermarket sebelum naik ke tingkat atas adalah duduk di air pancut yang diletak bersebelahan tangga berpusing itu bagi melihat titisan air menghempas batu-batu kecil.

"Bayangkan daripada sempurna bentuk batu tersebut sampai ia melekuk. Betapa kuatnya memori saya terhadap Jaya Supermarket. Bila air pancut itu dialihkan saya amat kecewa dan kemarahan itu dilampiaskan kepada tukang-tukang kasut di situ.

"Tetapi siapa sangka, tidak lama kemudian, saya mengangkat mereka sebagai tukang kasut terbaik di Petaling Jaya," lancar Juita menyusun bicara tanpa lekang menguntum senyum.

Melalui fasa pembaharuan besar-besaran sebanyak dua kali, Jaya Supermarket kekal memenangi hati penduduk Petaling Jaya sebagai pusat beli-belah bersifat komuniti. Peralihan masa daripada 1970-an, 80-an dan 90-an memaksa Jaya Supermarket tampil relevan ekoran kewujudan pusat beli-belah lebih moden dalam radius berhampiran.

Vera Soo, 31, penduduk tetap Seksyen 14 menyifatkan Petaling Jaya sebagai penempatan bervariasi kaum yang unik. Latar belakang bandar raya tersebut yang pernah menjadi estet mempelbagaikan penduduknya. Melayu, Cina dan India hidup dalam kerukunan.


KELUASAN Jaya Shopping Centre yang lebih kecil berbanding pusat beli-belah utama lain secara tidak langsung menjadikan ia gedung bersifat komuniti yang urban.


"Tidak keterlaluan jika Jaya Supermarket dijadikan perlambangan penyatuan warga Petaling Jaya," tulus kenyataan Vera yang bekerja sebagai seorang perunding laman web.

Tatkala orang sibuk mengagungkan pusat beli-belah moden yang lain, penduduk Seksyen 14 setia memilih Jaya Supermarket. Bak kata Vera: "Di mana anda boleh melihat orang pergi ke pusat beli-belah memakai pakaian santai di rumah? Pemandangan ini hanya ada di Jaya Supermarket."

Agak lucu apabila Vera memberitahu, troli-troli Jaya Supermarket dijadikan troli persendirian segelintir penduduk yang berjalan kaki ke pusat beli-belah itu menggunakan jalan pintas. Belum lagi membayangkan ketika bekalan elektrik terputus di kawasan sekitar, berduyun-duyun orang datang ke Jaya Supermarket yang ketika itu satu-satunya bangunan yang memiliki generator sendiri.

Malapetaka

Tanggal 7 Februari 2008 menjadi hari terakhir operasi Jaya Supermarket sebelum ditutup bagi membolehkan pusat beli-belah itu menjalani transformasi mega seiring peredaran zaman dan cita rasa penduduk setempat. Reputasi unggul ikon komuniti itu bagaimanapun tercalar apabila ia meragut tujuh nyawa pekerja binaan selepas runtuh pada 28 Mei 2009.

Bangunan dengan empat tingkat kedai dan lima tingkat pejabat itu ranap tanpa memberi amaran. Warga Seksyen 14 gempar dan hal itu disampaikan kepada Juita menerusi ibunya.

"Selepas berkahwin, saya pindah ke Kota Damansara, Selangor. Bila mendengar perkhabaran itu saya terus ke tempat kejadian. Saya menangis melihat keadaan Jaya Supermarket ketika itu. Segala memori bagaikan tenggelam dalam runtuhan bangunan tersebut," berkaca mata Juita mengimbau detik itu.

Pemergian ibunya ke rahmatullah pada tahun lalu mendorong Juita kembali ke Seksyen 14. Dia berpindah semula ke kejiranan penuh nostalgia itu dan mahu anak-anaknya melalui kitaran yang sama bersama pusat beli-belah komuniti baharu, Jaya Shopping Centre (JSC).

JSC mungkin baharu pada struktur dan ambiennya. Bagaimanapun, semangat lamanya itu masih wujud dalam diri setiap warga Petaling Jaya. Seperti Juita, Vera juga meyakini kemampuan JSC dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat.

"Kami (penduduk Petaling Jaya) sudah melupakan peristiwa hitam membabitkan Jaya Supermarket. Dengan adanya JSC, ia membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar dan menambah pilihan restoran kepada kakitangan pejabat berhampiran," ujar Vera.

Peruncit asal

Bakal membuka pintu kepada umum menjelang Mac tahun ini, JSC menyaksikan kepulangan 30 peratus penyewa lama, ketika era kemasyhuran Jaya Supermarket sekitar tahun 1980-an.

Perniagaan francais tempatan dengan produk berasaskan jagung, Nelson's Corn antara peruncit asal yang bakal mewarnai atmosfera baharu Seksyen 14 menerusi JSC. Pengasas jenama itu, Datuk Nelson Kwok Teng Toong menyenangi hasrat tersebut, tambahan pula Jaya Supermarket ialah lokasi pertama yang menerima Nelson's Corn ketika dibuka secara rasmi pada tahun 1985.

Menyifatkan Jaya Supermarket sebagai mercu tanda Petaling Jaya, Nelson melihat JSC sebagai tempat permulaan penuh bersejarah dalam kariernya. Pelanggan lamanya juga berpeluang merasai semula keenakan jagung dalam cawan milik perusahaannya.

"Dulu kedai jagung saya terletak di bawah tangga, berhampiran pintu utama Jaya Supermarket. Bila orang masuk, bau harum jagung yang dimasak terus memanggil-manggil pelanggan.

"Kini menerusi JSC, saya tawarkan konsep kedai baharu. Nelson's Corn akan dilengkapi kerusi bagi memberi keselesaan kepada pengunjung," kongsi Nelson ketika ditemui Kosmo!.

Terminal ikonik kebanggaan India

Posted:

Terminal ikonik kebanggaan India

Terminal ikonik kebanggaan India


INDIA diramal menjadi pasaran penerbangan ketiga terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dan China.


MUMBAI akhirnya memperkenalkan terminal lapangan terbang baharunya, lengkap dengan reka bentuk berasaskan burung merak dan hiasan penuh berseni baru-baru ini. Pengubahsuaian bernilai 2 bilion rupee (RM147 juta) bertujuan untuk memulihkan reputasi India yang sebelum ini terkenal dengan rekaan kurang bermutu.

Perdana Menteri, Manmohan Singh yang telah merasmikan pintu masuk ke ibu kota kewangan itu yang digambarkan oleh ketua projek tersebut sebagai 'ibu kepada segala cabaran' kerana kekangan tanah di kawasan tersebut yang didiami oleh penduduk miskin.

Bersedia mengendalikan penerbangan antarabangsa dan domestik, terminal dilengkapi 140 kaunter imigresen, 94 balai pemeriksaan keselamatan, tempat letak kereta terbesar di India dan jalan bertingkat dengan enam lorong.

Terminal itu juga merupakan program seni awam terbesar di India dan bakal menjadi muzium paling dilawati di dunia dengan pameran sepanjang tiga kilometer merangkumi 7,000 kerja seni, mural Bollywood dan plaster dinding daripada tahi lembu.

Manmohan berkata, terminal tersebut dijangka menjadi penanda aras baharu global untuk lapangan terbang.

"Ia menunjukkan keupayaan kita sebagai sebuah negara dalam membina infrastruktur bertaraf dunia," kata Perdana Menteri yang juga Ketua Parti Kongres dalam usaha menyerlahkan kejayaannya menjelang pilihan raya pada Mei nanti.


TERMINAL ini dijangka menjadi penanda aras baharu global untuk lapangan terbang.


Penduduk miskin

Satu perubahan besar ialah dari segi kesesakan terminal dan keadaan terminal yang teruk. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan dan projek mega itu turut berdepan beberapa masalah.

Ia sepatutnya siap pada tahun 2012, namun kos baik pulih lapangan terbang yang meningkat dari RM5.28 bilion kepada RM6.74 bilion menjadi halangan.

Selain itu, pemaju berdepan kesukaran memindahkan puluhan ribu penduduk miskin yang tinggal di kawasan lapangan terbang itu. Pemaju hanya mempunyai tanah seluas 570 hektar untuk digunakan bagi kerja-kerja menaik taraf terminal. Ekoran itu, pemaju terpaksa membina terminal tersebut dalam bentuk X yang merentangi empat bangunan.

Kebanyakan penduduk di kawasan lapangan terbang itu tinggal di rumah beratapkan zink, keadaanya sangat berbeza dengan terminal serba baharu itu. Mereka enggan berpindah kerana syarat-syarat penempatan semula yang tidak jelas, kata Jockin Arputham, Presiden Persekutuan Penduduk Setinggan Kebangsaan.

Pertikaian penempatan semula patung politik pahlawan raja pada abad ke-17 juga mengundang kelewatan selama 17 bulan. Malah, cabaran paling besar ialah pembinaan terminal tersebut terpaksa dilakukan di atas tapak lapangan terbang sedia ada ketika operasi penerbangan berjalan seperti biasa.


HIASAN lampu candelier ini diilhamkan daripada bunga teratai.


Identiti India

"Apabila kami mendapat projek ini, ia seperti mustahil untuk dilakukan," kata G.V. Sanjay Reddy, Pengarah Urusan Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai Pvt. Ltd yang juga Naib Pengerusi Tenaga dan Infrastruktur GVK, syarikat India yang mengetuai operasi dan pengubahsuaian lapangan terbang itu.

"Projek infrastruktur di India adalah rumit," katanya.

Reka bentuk terminal itu memberi tumpuan kepada identiti India daripada hiasan beratus-ratus lampu candelier berbentuk bunga teratai hingga siling yang mempunyai 272 lubang yang membolehkan cahaya matahari masuk di bahagian pendaftaran masuk.

Ia turut dilengkapi kanta istimewa yang bergerak mengikut cahaya matahari bagi menghasilkan pantulan di atas lantai seperti bulu burung merak iaitu burung kebangsaan India.

"Lapangan terbang ini tidak menjadikan pelancong asing sebagai golongan sasaran, sebaliknya disasarkan kepada rakyat India. Rakyat India telah melupai asal usul mereka," kata Reddy.

Walaupun terminal itu berkapasiti 40 juta penumpang setahun, namun terdapat kebimbangan mengenai masa depan industri penerbangan Mumbai ekoran kekurangan ruang di bandar yang padat dengan penduduk miskin itu.

Ketua Perunding penerbangan Asia Selatan firma CAPA, Kapil Kaul menyifatkan terminal itu sebagai terminal ikonik kepada landskap penerbangan, namun pertumbuhan lapangan terbang itu akan terbantut apabila mencapai maksimum jumlah penerbangan dalam beberapa tahun akan datang.

India diramal menjadi pasaran penerbangan ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China pada tahun 2020 dengan pengendalian 337 juta penumpang domestik dan 84 juta antarabangsa, menurut kerajaan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


1,256 murid SK Desa Jasmin terima bantuan sekolah

Posted:

1,256 murid SK Desa Jasmin terima bantuan sekolah

1,256 murid SK Desa Jasmin terima bantuan sekolah


AZIZAH (kiri) berbual dengan bapa seorang pelajar, Amran Othman pada penyerahan Skim Bantuan Awal Persekolahan RM100 di SK Desa Jasmin, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.


BANTUAN. Seramai 1,256 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Jasmin, Nilai, Negeri Sembilan menerima bantuan khas persekolahan kali kedua sebanyak RM100 setiap seorang baru-baru ini.

Guru Besar sekolah itu, Azizah Abdul Latiff berkata, sebanyak RM125,600 diperuntukkan untuk diagihkan kepada semua murid di sekolah berkenaan.

Katanya, semua ibu bapa menyambut baik sumbangan bantuan tersebut kerana ia dapat meringankan bebanan yang ditanggung mereka terutamanya ketika sesi awal persekolahan.

Pada pembentangan Bajet 2014 lalu, kerajaan mengumumkan untuk meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.

UniMAP rai lebih 50 petugas media di Perlis

Posted:

UniMAP rai lebih 50 petugas media di Perlis

UniMAP rai lebih 50 petugas media di Perlis


KAMARUDIN (belakang tengah) bergambar bersama penerima anugerah pada majlis mesra media UniMAP di Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Lebih 50 petugas media di Perlis diraikan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada majlis mesra media di Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis baru-baru ini.

Pelbagai persembahan menarik diadakan oleh kakitangan dan artis UniMAP bagi meraikan warga media Perlis atas sumbangan besar membantu melonjakkan imej universiti berkenaan.

Dalam majlis itu, Naib Canselornya, Prof. Datuk Kamarudin Hussein turut menyampaikan anugerah pelbagai kategori kepada pihak media.

Kamarudin berkata, peranan besar media dalam mempromosikan program UniMAP menyaksikan universiti itu bukan sahaja terkenal di dalam negara, malah peringkat antarabangsa.

Bomba Kepala Batas terima sumbangan skrin projektor

Posted:

Bomba Kepala Batas terima sumbangan skrin projektor

Bomba Kepala Batas terima sumbangan skrin projektor


AHMAD (empat dari kanan) menyampaikan skrin projektor kepada Aziz di Wisma UMNO Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


SUMBANGAN. UMNO Bahagian Kepala Batas memberi sumbangan peralatan skrin projektor kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Majlis penyerahan peralatan itu disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Ahmad Darus kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Penguasa Abd. Aziz Yusuf di Wisma UMNO Kepala Batas.

Ahmad memberitahu, peralatan tersebut dapat memudahkan pasukan berkenaan membuat tayangan dalam program anjuran mereka.

"Pasukan ini telah lama melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan mereka memerlukan peralatan lengkap untuk menjayakan program di Kepala Batas," kata Ahmad.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Guru kena tukar ke sekolah lain

Posted:

Guru kena tukar ke sekolah lain

Guru kena tukar ke sekolah lain

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my

DUA orang murid yang dihukum secara keterlaluan oleh guru Bahasa Inggeris mereka di Sungkai, Perak Khamis lalu.


KUALA LUMPUR – Guru Bahasa Inggeris Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai, Perak yang didakwa memperlakukan dua orang muridnya bagaikan lembu dengan memaksa mereka memakan rumput kerana gagal menyiapkan kerja sekolah telah dikenakan tindakan tegas bertukar ke sekolah lain.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, guru tersebut juga turut diberikan surat amaran kerana bertindak secara keterlaluan mendenda murid yang tidak menyempurnakan kerja sekolah.

Surat amaran tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Perak, Muhamat Roli Hassan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

8 samseng dicekup ketika berhibur

Posted:

8 samseng dicekup ketika berhibur

8 samseng dicekup ketika berhibur

Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my


PASUKAN polis Ops Cantas Khas yang memeriksa sebuah pusat hiburan di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Lapan lelaki yang dipercayai terlibat dalam jenayah merebut kawasan tempat letak kenderaan dan mengawal pusat-pusat hiburan di negeri ini diberkas dalam Ops Cantas Khas di sebuah pusat hiburan di sini semalam.

Serbuan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman dibantu polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang itu dilakukan selepas polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan kongsi gelap berada di pusat hiburan itu.

Pegawai Turus D7 negeri, Deputi Superintendan Zailanni Amit berkata, kesemua ahli kongsi gelap berusia 20-an hingga 40-an yang ditangkap itu dipercayai terlibat dalam kegiatan merebut kawasan tempat letak kenderaan dan mengawal pusat hiburan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Salur maklumat tepat untuk belia

Posted:

Salur maklumat tepat untuk belia

Salur maklumat tepat untuk belia


NAJIB, Rosmah, Muhyiddin dan Mohamed Khaled melaungkan slogan '1Malaysia' bersama golongan belia pada majlis perasmian perhimpunan Gen-Y Fest 14 di Nusajaya semalam.


NUSAJAYA – Kerajaan akan terus berusaha menyediakan pendidikan terbaik dan maklumat tepat kepada golongan belia di negara ini bagi membantu mereka membuat keputusan berhubung pelbagai perkara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, era di mana kerajaan sentiasa bijaksana dan mengetahui tentang segala-galanya telah berakhir.

"Pendekatan kerajaan perlu diubah, kerajaan perlu menyediakan maklumat tepat dan pendidikan terbaik kepada Generasi-Y (generasi belia) supaya mereka boleh membuat keputusan dengan berpengetahuan.

"Inilah pendekatan yang betul. Mereka (Generasi-Y) perlu diberikan maklumat dan pengetahuan supaya mereka boleh membuat keputusan yang betul," katanya ketika merasmikan perhimpunan Gen-Y Fest 14 di Kompleks Sukan Educity di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Gadis kasar jadi buruan

Posted:

Gadis kasar jadi buruan

Gadis kasar jadi buruan

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my

NOVEL Acam mengisahkan kisah seorang gadis yang berperwatakan kasar tetapi mampu mencuri perhatian beberapa jejaka.


SEBAGAI seorang insan yang tidak pandai meluahkan perasaan terutama isi hati dan pendapat peribadi, wanita lewat 30-an itu meluahkannya melalui penulisan. Menerusi tulisan juga ia berdakwah dalam menyampaikan sedikit ilmu untuk santapan pembaca.

Yusnida Tajudin, 39, atau nama sebenarnya, Yusnidawati Mohd. Yusof pernah bekerja sebagai pembantu peribadi dalam dunia korporat selama enam tahun sebelum bergelar penulis novel. Ketika itu juga, dia melakukan kerja sampingan sebagai tutor di kolej swasta.

Setelah berkahwin, Yusnida meninggalkan dunia pejabat. Bagaimanapun, wanita dari Kampung New Zealand, Maran, Pahang itu masih mengajar melalui kelas tuisyen persendirian di rumah.

"Biarlah ilmu ini menjadi saham untuk saya di akhirat. Mengajar lebih mudah bagi saya mengendalikan anak-anak dan meneruskan hobi dalam bidang penulisan.

"Dahulu, minat menulis terhenti akibat kekangan masa, namun saya kembali aktif setelah melihat minat dan bakat anak-anak dalam dunia penulisan. Sejak itu, saya nekad untuk menjadi idola kepada anak-anak sebagai penggerak mereka dalam bidang ini," katanya yang menyifatkan menulis memberikan satu kepuasan.

Dia yang mula menulis sejak berusia 12 tahun cenderung kepada puisi dan cerpen. Karyanya banyak disiarkan di majalah sekolah dan pendidikan serta akhbar tempatan. Ketika itu, dia menggunakan nama pena, Zahida M. Y.

Setakat ini, Yusnida telah menghasilkan dua novel iaitu Biar Cinta Bertaburan yang diterbitkan pada Ogos 2012 dan ACAM, singkatan kepada Andai Cintamu Aku Miliki pada November 2013. Dia turut memiliki beberapa e-novel yang masih dalam proses pembikinan dan dipaparkan di blognya, http://ayeshatajudin.blogspot.com.

ACAM merupakan singkatan kepada Andai Cintamu Aku Miliki.


Karyanya sering menggunakan genre bukan fiksi seperti yang disampaikan melalui novel ACAM. Novel tersebut adalah kisah santai yang bertemakan percintaan dan pengorbanan.

Peribadi Muslimah

"Novel ini lebih kepada kisah dunia remaja dalam mengharungi erti percintaan, mengejar ilmu dan persahabatan. Di sebalik semua itu, terselit nilai-nilai peribadi seorang wanita Muslimah, sahabat dan anak yang bertanggungjawab.

"ACAM membawa pembaca menghayati dunia remaja penuh onak dan liku, memahami getaran hati mereka dan cuba menyelami kisah suka dan duka," ujarnya ketika ditemui pada Ekspo Buku 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Novel setebal 511 muka surat itu disiapkan dalam tempoh setahun dan dijual pada harga RM24 (Semenanjung Malaysia) dan RM27 (Sabah dan Sarawak). Ia dilihat sebagai kisah yang sesuai untuk bacaan remaja malah mampu mengembalikan nostalgia pembaca yang telah lama meninggalkan dunia remaja.

Yusnida cuba membawa pembaca menghayati karakter bernama Acam iaitu seorang gadis yang kasar dan bermulut lepas, sukar didekati namun mempunyai hati yang lembut. Rencah hidup Acam bermula apabila dia menyambung pelajaran di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, lokasi dia bertemu dengan seorang pemuda bernama Dzil.


YUSNIDA (kiri) beramah mesra dengan peminat di Ekspo Buku 1Malaysia yang berlangsung di PWTC baru-baru ini.


Sakat-menyakat antara Dzil dan Acam bertukar menjadi azam si jejaka untuk mendekati dan memiliki gadis kasar itu. Persahabatan mereka diibaratkan seperti kucing dengan anjing, begitulah warna hidup mereka di pusat pengajian.

Pada masa sama, Acam turut mencuri perhatian lelaki bernama Qaid ketika menjalani latihan amali di kampungnya, Batu Pahat, Johor. Qaid cuba menyampaikan hasrat hati terhadap Acam dalam bentuk gurauan. Namun, Acam lebih selesa dengan status sahabat membuatkan Qaid akur dan menghormati keputusan gadis tersebut.

Tatkala Acam menerima berita kehilangan Qaid yang maut akibat kemalangan jalan raya. Allah merungkai kemelut hati gadis tersebut dengan cara paling halus agar hubungan erat terjalin antara Acam dan keluarga Qaid tetap utuh.

Ketahui kesudahan pergolakan hidup Acam yang mencari hikmah dan cinta dalam kehidupan melalui novel terbitan Love Novel Enterprise yang boleh didapati di kedai-kedai buku utama.

Berbakti kepada tanah

Posted:

Berbakti kepada tanah

Berbakti kepada tanah


WAKIL daripada iM4U bekerjasama dengan Best Western Premier Dua Sentral Kuala Lumpur menanam sayur-sayuran di hotel itu.


BEST Western Premier Dua Sentral, Kuala Lumpur dan pertubuhan sukarelawan remaja, iM4U telah bekerjasama melaksanakan acara penanaman sayur-sayuran tempatan dan herba di kebun Best Western Premier Dua Sentral. Ia merupakan inisiatif untuk mewujudkan kesedaran kepentingan pengurangan karbon dalam kehidupan seharian.

iM4U merupakan sebuah badan bukan berkeuntungan yang membantu memupuk dan menanamkan semangat sukarelawan dalam kalangan belia di Malaysia. Melalui acara-acara yang mereka sertai, ia bertujuan untuk memupuk generasi sosial yang sanggup menghulurkan bantuan untuk aktiviti sukarelawan.

Selain itu, usaha tersebut juga merupakan satu latihan kepada pekerja-pekerja hotel tersebut untuk menanam sayur-sayuran tempatan di kediaman masing-masing.

Seluruh tenaga kerja hotel tersebut terlibat dalam acara itu. Dengan bantuan remaja iM4U, pekerja-pekerja diajar untuk menanam sayur-sayuran menggunakan teknik dan kaedah penjagaan yang betul.


STAF hotel Best Western Premier Dua Sentral berganding bahu menanam tanaman hidroponik di kawasan kebun hotel.


Antara sayur-sayuran yang ditanam sepanjang sesi selama dua hari itu ialah terung, cili, tomato, kacang panjang, timun dan pelbagai jenis herba.

Menurut Chef Eksekutif hotel berkenaan, Jaffery Othman, idea untuk mencipta dan membina kawasan kebun di hotel itu bermula sejak dua bulan lalu.

"Proses penghasilan kebun ini merupakan satu langkah yang menuntut pemikiran inovatif dalam kalangan tenaga pekerja hotel, iM4U banyak membantu kami sepanjang acara ini," katanya.

Tambahnya, dia bersama rakan-rakan dalam kumpulannya akan memantau perkembangan dan pertumbuhan sayur-sayuran dan herba sebanyak tiga kali sehari. Sayur-sayuran yang sudah matang akan dihidangkan dalam pelbagai jenis masakan di kantin staf.

Sementara itu, Pengarah Urusan Jenama Kumpulan hotel tersebut, Efny Johan memberitahu, acara itu yang julung-julung kali diadakan itu diharapkan dapat memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan semua peserta yang terlibat.

"Kami berharap, kerjasama ini akan berpanjangan sekali gus memberi manfaat kepada pihak hotel. Pihak kami amat gembira kerana iM4U sedia untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka. Inisiatif ini akan dilaksanakan di hotel Best Western yang lain di Malaysia," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Slovakia tiada tandingan

Posted:

Slovakia tiada tandingan

Slovakia tiada tandingan

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

BARISAN pemain dan pegawai skuad B-16 Slovakia meraikan kejayaan muncul juara Piala Antarabangsa Frenz B-16 2014 di Stadium Frenz Janda Baik, Bentong malam tadi.


SKUAD Bawah 16 (B-16) tahun Slovakia membuktikan kehebatan mereka apabila menjuarai Piala Antarabangsa Frenz B-16 2014.

Tampil beraksi selaku penyandang juara, skuad B-16 Slovakia merakamkan kemenangan 2-0 ke atas skuad B-16 Iran pada aksi final di Stadium Frenz Janda Baik, Bentong, Pahang malam tadi.

Bagaimanapun, kedua-dua gol itu terhasil pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam tempoh 90 minit perlawanan.

Kapten skuad B-16 Slovakia, Martin Macho menjaringkan gol pertama pasukannya pada minit ke-104.

Filip Modorosi menambah gol kedua skuad B-16 Slovakia berselang seminit kemudian, sekali gus memadam sisa-sisa perjuangan skuad B-16 Iran.

Bagaimanapun, pujian juga harus diberikan kepada skuad B-16 Iran yang dibimbing Mostafa Ghanbar apabila menampilkan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan.

Skuad B-16 Iran terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain apabila Nima Daghestani Hamid menerima kad merah pada minit ke-65.

Biarpun beraksi dengan sepuluh pemain, skuad B-16 Iran masih mampu memberi tekanan kepada lawan mereka.

Skuad B-16 Slovakia juga boleh dianggap bernasib baik apabila jaringan penyerang skuad B-16 Iran, Reza Shekarighezelhayeh Rahim dibatalkan kerana ofsaid.

Terdahulu, skuad B-16 Slovakia melangkah ke pentas final selepas mengatasi Sporting Lisbon 8-7 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir.

Skuad B-16 Iran pula memadam cabaran Internacional FC dengan kemenangan 3-1 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.

Selaku juara, skuad B-16 Slovakia membawa pulang hadiah wang tunai AS$50,000(RM 160,000) manakala skuad B-16 Iran meraih AS$25,000(RM80,000).

Selaku pemenang tempat ketiga pula, Internacional meraih AS$15,000 (RM48,000) manakala Sporting pulang dengan AS$10,000(RM 32,000).

Pada Piala Antarabangsa Frenz kali ini, saingan Kumpulan A berlangsung di Janda Baik sementara aksi Kumpulan B di Yogjakarta, Indonesia.

FAM masih buat siasatan

Posted:

FAM masih buat siasatan

FAM masih buat siasatan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

Sathianathan


NASIB pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan serta ketua jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria dijangka diketahui selewat-lewatnya esok.

Kedua-dua jurulatih itu sebelum ini dilaporkan mempertikai mutu pengadilan pada aksi Liga Malaysia (Liga M) yang membuka tirainya pada 18 Januari lalu.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak menegaskan, kedua-dua jurulatih itu masih belum terbukti bersalah.

Menurut beliau, buat masa ini kenyataan kedua-dua jurulatih itu masih disiasat.

"Kes itu masih dalam perhatian Jabatan Undang-Undang FAM.

"Mereka (Sathianathan dan Ismail) masih belum terbukti bersalah dan keputusan kes itu dijangka diketahui 28 Januari ini (esok)," kata Taufek kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu, Sathianathan mempertikaikan mutu pengadilan ketika The Gladiators tewas 1-2 kepada Sime Darby pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selasa lalu.

Ismail pula berang dengan keputusan pengadil memberikan sepakan penalti kepada Kelantan yang menyaksikan Sime Darby tewas 1-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 18 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Taufek membayangkan kedua-dua jurulatih tidak terlepas hukuman jika sebarang kenyataan yang mereka keluarkan itu berbentuk kritikan yang negatif biarpun Artikel 88 telah dipinda.

"Seperti yang saya katakan tadi, kenyataan mereka masih disemak sama ada ia berbentuk kenyataan ataupun kritikan.

"Kalau ada kes, kita akan buat tindakan susulan... jadi tunggu 28 Januari (esok)," katanya.

Untuk rekod, Sathianathan dan Ismail kini disiasat di bawah Kod Tatatertib FAM di bawah Perkara 18.

Jika sabit kesalahan, mereka bakal berdepan hukuman minimum digantung empat perlawanan atau maksimum dua tahun penggantungan.

Dalam pada itu, Ismail bersedia disiasat FAM ekoran kenyataannya sebelum ini.

"Terpulang kepada FAM. Mereka lebih arif dalam hal ini dan sebenarnya, saya tidak mengkritik (FAM). Itu saja saya boleh katakan," ujarnya.

Masih ada sebab pulang gembira

Posted:

Masih ada sebab pulang gembira

Masih ada sebab pulang gembira


IMBAS KEMBALI... Pemain MBPJ, Raiq Razin (kanan) bersaing dengan pemain Anderson, Muhammad Nur Azlan Azman pada aksi Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2014 di Stadium Hoki Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.


"TUMBANG di tangan 'abang' tidak bermakna kami akan kalah juga dengan 'adik'." Demikian respons pengurus pasukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Zanal Abidin Ismail sejurus kemenangan 4-1 ke atas Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Juniors) pada aksi Liga Hoki Remaja Kebangsaan (MJHL) 2014 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru kelmarin.

Kejayaan tersebut sekali gus berjaya mengubat kekecewaan (MBPJ) setelah kalah besar 0-6 kepada juara bertahan, SSTMI-Thunderbolt sehari sebelum perlawanan menentang SSTMI Juniors itu.

Zanal mengakui, MBPJ bukanlah tandingan SSTMI-Thunderbolt, namun tetap gembira dengan aksi anak-anak buahnya mengalahkan SSTMI Juniors, seterusnya menyaksikan mereka kembali ke landasan kemenangan dalam kempen kali ini.

"Seperti yang saya maklumkan, pemain kami kurang berpengalaman jika mahu dibandingkan dengan mereka (SSTMI-Thunderbolt)... menentang (SSTMI) Juniors barulah sama padan.

"Para pemain begitu bersemangat sejak kalah (Jumaat lalu) dan perlawanan menentang SSTMI Juniors ini merupakan misi wajib menang.

"Alhamdulillah akhirnya kami berjaya. Perjalanan kami ke selatan ini sekurang-kurangnya berjaya membawa pulang tiga mata penuh daripada dua perlawanan di sini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada aksi tersebut, SSTMI Juniors terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi jaringan padang daripada Noor Hafiz Iman Chairul Anwar pada minit ke-14.

Tersentak dengan jaringan tersebut, MBPJ bangkit menggasak kubu lawan dan berjaya memperoleh dua gol jaringan padang pada minit ke-26 dan 47 melalui Nazirul Mubin Zebidi dan Abdul Halim Jalil.

MBPJ turut dianugerahkan tiga pukulan penalti pada perlawanan itu, namun hanya dua yang berjaya disempurnakan oleh Mohamad Helmi Jaafar dan Faiq Razin Zariq Idris pada minit ke-61 dan 65.

MBPJ kini berada di tangga kedua liga dengan sembilan mata daripada empat perlawanan di belakang pendahulu liga, SSTMI-Thunderbolt yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Hafiz ungguli AJL ke-28

Posted:

Hafiz ungguli AJL ke-28

Hafiz ungguli AJL ke-28

26/01/2014 11:26pm

KUALA LUMPUR - Seperti yang dijangka, lagu Bahagiamu Deritaku ciptaan Ly dan Baiduri yang didendangkan oleh Hafiz Suip telah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini sebentar.

Dengan kemenangan tersebut, Hafiz yang berjaya menewaskan 11 lagi pencabar membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM35,000. -KOSMO!

JKM Perak beri kaunseling kepada murid didenda makan rumput

Posted:

JKM Perak beri kaunseling kepada murid didenda makan rumput

JKM Perak beri kaunseling kepada murid didenda makan rumput

26/01/2014 10:55pm

IPOH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Perak hari ini memberi kaunseling kepada dua murid Tahun Empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di Sungkai di sini yang didenda memakan rumput kerana gagal menyiapkan tugasan kerja rumah Khamis lepas.

Pengarahnya, Datuk Chong Phaik Kee berkata, dalam lawatan ke rumah kedua-dua murid berkenaan pada pagi tadi, pegawai JKM telah memberi kata-kata perangsang supaya dapat bantu mengembalikan semula semangat mereka pergi ke sekolah esok.

"Walaupun kita mendapati mereka berada dalam keadaan sedikit trauma namun mereka akan kembali ke sekolah esok," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kedua-duanya menjamah makanan dan bermain seperti biasa.

Bagaimanapun, mereka mengalami sedikit kerisauan mengenai keadaan di sekolah esok.

Selain itu katanya, kedua-dua murid tersebut turut menyuarakan kebimbangan dan malu sekiranya mereka menerima ejekan daripada rakan sekolah. - Bernama

Pelajar sekolah menengah dikhuatiri lemas di Sepanggar

Posted:

Pelajar sekolah menengah dikhuatiri lemas di Sepanggar

Pelajar sekolah menengah dikhuatiri lemas di Sepanggar

26/01/2014 10:49pm

KOTA KINABALU - Seorang pelajar sekolah menengah dikhuatiri lemas semasa memancing dan mandi di sebuah tasik di Sepanggar dekat sini hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, mangsa Mohd. Alnold Amin, 17, dilapor hilang pukul 4.10 petang.

Ketika insiden mangsa dan tiga rakannya memancing serta mandi di sebuah tasik berhadapan Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu di Sepanggar.

Operasi mencari dan menyelamat terpaksa ditangguh pada 6 petang berikutan keadaan gelap dan bersambung pukul 7 pagi esok.

- Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bayi terselamat di sebalik runtuhan

Posted:

Bayi terselamat di sebalik runtuhan

Bayi terselamat di sebalik runtuhan

SEORANG bayi berjaya dikeluarkan selepas penyelamat menggali tanah di celah runtuhan bangunan itu.


DAMSYIK - Sekumpulan lelaki menggali runtuhan sebuah bangunan untuk menyelamatkan seorang bayi di Aleppo, Syria, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Rakaman bayi itu diselamatkan dapat ditonton menerusi laman YouTube.

Bayi lelaki itu tertimbus selepas bangunan berkenaan runtuh akibat serangan udara tentera Presiden Bashar Al-Assad.

Selepas beberapa minit menggali dengan menggunakan tangan, bayi lelaki itu berjaya dikeluarkan oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Bayi itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tentera Bashar bertempur dengan sebahagian besar penduduk tempatan yang menentang pemerintahannya sejak Mac 2011.

Penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang dianggap tidak membawa pembaharuan demokrasi di Syria.

Lebih 100,000 orang dilaporkan terbunuh dalam peperangan saudara itu. - Agensi

Presiden Perancis akan berpisah dengan teman hidup

Posted:

Presiden Perancis akan berpisah dengan teman hidup

Presiden Perancis akan berpisah dengan teman hidup


GAMBAR fail menunjukkan Hollande dengan Valerie-Trierweiler di Paris pada 1 Oktober 2013.


PARIS - Presiden Perancis, Francois Hollande bakal mengumumkan beliau akan berpisah dengan teman hidupnya, Valerie-Trierweiler.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak media menyiarkan laporan Hollande menjalin hubungan sulit dengan seorang aktres, Julie Gayet.

Hollande sebelum ini hidup dengan Valerie-Trierweiler, 48, sejak tahun 2006 tanpa melangsungkan perkahwinan.

Dua minggu lalu, majalah Closer mengeluarkan laporan yang menyatakan, Hollande menjalin hubungan sulit dengan Gayet.

Ia menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Presiden Perancis itu memakai topi keledar selepas menunggang sebuah skuter untuk menemui aktres tersebut.

Liputan berita itu telah menyebabkan dasar-dasar Hollande yang properniagaan tidak mendapat perhatian orang ramai.

Menurut tinjauan pendapat, Hollande, 59, merupakan Presiden Perancis paling tidak popular dalam sejarah moden negara ini. - Reuters

Dilarang masuk pub selepas sapu najis pada lengan wanita

Posted:

Dilarang masuk pub selepas sapu najis pada lengan wanita

Dilarang masuk pub selepas sapu najis pada lengan wanita


GAMBAR menunjukkan Pub Oaks di Ramsbottom, England.


RAMSBOTTOM, Lancashire - Seorang pemandu lori, Mark Follos (gambar) dilarang memasuki Pub Oaks di sini selama setahun selepas dia menyapukan najisnya pada anggota badan dua orang wanita, lapor akhbar metro.co.uk semalam.

Keputusan itu dibuat selepas dia didapati bersalah di sebuah mahkamah kerana menyapukan najisnya pada anggota badan dua orang wanita di kelab tersebut.

Salah seorang mangsa itu menyatakan, dia menyedari terdapat najis manusia pada lengannya.

"Saya melihat dan menyentuh najis itu," kata wanita tersebut.

Follos membuat pengakuan kepada polis bahawa dia tidak membasuh tangan selepas membuang air besar di dalam tandas.

Follos yang berusia 51 tahun kemudian menyentuh lengan seorang mangsa wanita.

Ekoran perbuatannya itu, dia diarahkan melakukan kerja selama 100 jam tanpa dibayar.- Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Detik indah Tyas, Syazwan

Posted:

Detik indah Tyas, Syazwan

Detik indah Tyas, Syazwan

BUKAN nama besar, bukan juga pemenang anugerah, namun, dua anak muda dengan nama Syazwan Zulkifly dan Tyas Mirasih itu bagaikan sudah mendapat anugerah berprestij. Mereka diberi kepercayaan untuk berjuang bersama aktor pemenang anugerah seperti Eman Manan, Wan Hanafi Su dan Nasir Bilal Khan dalam filem Laga.

Sejak menemui penonton pada 23 Januari lalu, filem yang menjadikan judi laga ayam sebagai inti penceritaan itu mendapat banyak kritikan memberansangkan. Itu semua sudah memadai untuk dinilai oleh Syazwan dan Tyas sebagai satu anugerah. Moga-moga, ada impak yang bakal diraih sehingga mendebungakan lagi inspirasi untuk penghasilan kerja lakon lebih baik.

"Sejurus mendapat tawaran dan menerima skrip filem itu dahulu, saya membuat rujukan untuk tahu siapa pelakon dan pengarah yang terbabit. Pencarian saya berhasil kerana rata-rata yang terlibat semuanya nama-nama besar. Ini satu peluang terbaik untuk saya. Untung juga sebab diberi tunjuk ajar pelakon dan pengarah yang hebat ketika di lokasi. Mereka semuanya mesra. Harap-harap lakonan saya juga diterima baik," ujar Tyas mesra saat diganding semula dalam fotografi bersama kekasih layar peraknya, Syazwan.

Bersatu sebagai pasangan bercinta, semasa awal penglibatan Tyas dan Syazwan sepanjang penggambaran di Kuala Kangsar, Perak keakraban mereka pernah disalah anggap. Khabar angin kisah cinta lokasi mereka segera tersebar. Kisah cinta itu pantas memperkenalkan identiti Mirasih Tyas Endah atau Tyas Mirasih yang berasal dari Jakarta, Indonesia kepada peminat hiburan tempatan.

"Saya tidak anggap kisah sensasi yang diperbesar-besarkan itu akan terus kekal dalam minda peminat. Saya mahu dikenali sebagai pelakon dan mengharapkan lakonan dalam Laga akan berbekas dalam minda khalayak di sini.

"Tambah pula, Syazwan itu karakternya gila-gila, jadi kami mudah serasi dan jadi kawan baik. Orang cuma salah anggap tentang hubungan kami," ujar Tyas barangkali penat dibayangi kisah lama.

TYAS MIRASIH anggap penglibatan dalam filem Laga akan melebarkan sayap kariernya di Malaysia pada masa depan.


Pelakon berumur 26 tahun itu juga pernah menjalin hubungan bersama model dan pelakon Malaysia, Keith Foo yang sebelum ini memulakan karier di Jakarta. Perhubungan mereka tidak bertahan lama lalu masing-masing membawa hati ikut cara sendiri.

Bertamu lagi ke Kuala Lumpur dalam rangka promosi filem yang sudah ditayangkan beberapa hari lalu, bintang yang pernah menempa sensasi ekoran keberaniannya tampil seksi dalam beberapa judul termasuklah Air Terjun Pengantin dan Hantu Budeg juga sudah bersedia untuk dikritik.

"Saya masih belum dikenali di sini, jadi segala respons penonton di Malaysia terhadap lakonan saya sungguh bernilai. Jika dikritik tidak bagus, saya juga akan terima. Tetapi, berlakon bersama pengarah dan pelakon yang sudah cukup dikenali atas hasil kerja mereka itu memberi banyak ilmu. Banyak detik indah dan pengalaman berguna yang dapat saya kutip untuk melebarkan lagi karier lakonan saya nanti," ujarnya yang kini mahu mengelak daripada melakonkan watak-watak seksi.

Ujar Tyas, dia sudah cukup dewasa untuk memberi corak kepada karier seni yang dimulai dari pentas peragaan sejak berumur 12 tahun lagi.

"Di Indonesia, saya tertumpu untuk berlakon telemovie sehinggakan ada juga digelar Ratu Telemovie. Puncanya saya kurang senang berlakon dalam sinetron dan tidak banyak terima tawaran untuk filem. Tempoh penggambaran sinetron terlalu panjang, ia memenatkan. Untuk filem pula, saya sebenarnya tidak terlalu cerewet, asalkan ia menyeronokkan dan memberi ruang untuk berkembang, saya terima. Dalam masa yang sama, semakin lama rasanya dalam bidang ini, wajar untuk saya memilih," kata Tyas yang meminati sutradara Lukman Sardi untuk mendepani hari-hari bergelar anak seni.

SYAZWAN ZULKIFLY mula dikenali sebagai budak nakal dalam drama dan filem Juvana, kini teralih untuk berlakon drama korporat.


Obses laga ayam

Empat tahun dalam industri, lakonan di kaca televisyen sudah cukup untuk menjadi laluan buat Syazwan masuk ke layar yang lebih besar. Usai kisah remaja nakal Juvana The Movie, Syazwan bakal muncul dengan sebuah filem yang sarat imej lelaki dalam Laga.

"Masa sebelum penggambaran, saya ingat Laga akan bergerak macam filem seni. Saya punya tanda aras ialah Bunohan, tapi bila sudah selesai, saya dapat agak Laga sebenarnya serampang dua mata, ia sebuah filem komersial yang ada seni. Saya yakin, pertaruhan produksi filem yang diterajui sutradara Ismail Yaacob itu tidak 'kosong'," ujar Syazwan, 26.

Namun kemampuan Laga yang baru kenal perjudian sebenar di pawagam tempatan itu mampu melonjakkan Syazwan untuk masuk ke liga aktor handalan.

"Jauh lagi perjalanan saya untuk sampai ke tahap handal. Filem sebegini juga 'makanan' buat aktor-aktor macam Eman dan Nasil Bilal Khan, saya ini masih cetek ilmu lakonan tapi saya memang rasa bertuah dan besar hati sebab dapat terlibat dengan naskhah seperti Laga.

"Kalau pun saya tidak terlibat langsung dalam filem itu, rasanya saya tetap akan akan berbangga ada pihak yang berani menerbitkan filem Melayu yang sedemikian untuk tontonan rakyat Malaysia," ujar Syazwan yang seronok mengenali heroinnya Tyas menerusi filem berkenaan.

Melihat Tyas dan Syazwan yang mesra, tidak mustahil mereka sebenarnya sudah menyulam cinta ketika di lokasi.

Berbalik kepada Laga, debaran yang berdetak dalam dada Syazwan belum pulih. Biarpun sudah tiga hari filem keduanya itu berada di pawagam, soal penerimaan penonton tidak mudah untuk diramal.

GARA-GARA berlakon sebagai pasangan kekasih, Syazwan dan Tyas pernah disensasikan dengan gosip cinta lokasi.


"Melihat respons di laman sosial dan sebagainya, sambutan terhadap Laga boleh dikatakan bagus, tetapi masih terlalu awal untuk membuat sebarang jangkaan. Siapa pelakon yang tidak mahu filem lakonannya box office di pawagam?" ujar Syazwan yang melakonkan watak Sabri, pemuda yang terlalu meminati judi laga ayam dalam filem tersebut.

Sering diperlihatkan sebagai remaja nakal, sarat imej jalanan serta mampu mempersembahkan aksi pertarungan, menerusi Laga, hal itu tidak banyak membezakan Syazwan dengan karakter-karakter yang pernah didukungnya.

"Imej pemuda kampung rasanya sebati dengan saya. Saya sangat selesa dengan karakter sebegitu. Dalam Laga apatah lagi, filem itu sendiri berlatarkan suasana kampung manakala Sabri pula pemuda yang tidak berpelajaran.

"Itu dalam filem, tetapi untuk kerja-kerja lakonan yang terbaharu, saya harus akur dengan permintaan penerbit. Ada yang mahu saya tukar imej, perbanyakkan karakter korporat sebab watak sebegitu itu sedang hit buat masa ini," beritahu Syazwan yang bakal muncul menerusi drama Suamiku Mr. Perfect 10, Melrose, Takdir Cinta , Peplum Cinta Hatiku dan Aku Bukan Mistress tidak lama lagi.

Selain Laga Syazwan juga sedang menanti sebuah lagi filem lakonannya, Sunti yang bergenre seram.

Tumpang populariti adik-beradik

Posted:

Tumpang populariti adik-beradik

Tumpang populariti adik-beradik

SELEBRITI yang berkongsi minat dan populariti bukan sesuatu yang luar biasa, bahkan sudah menjadi trend dalam industri hiburan di mana jua.


KEMUNCULAN selebriti adik-beradik dalam industri seni bukan sesuatu yang luar biasa, bahkan sudah menjadi trend.

Trend selebriti adik-beradik di Hollywood begitu popular dengan kehadiran seperti aktor James Franco dan Dave Franco, Miley Cyrus dan Brandi Cyrus, Adam Levine dan Michael Levine begitu juga Justin dan Sebastian Theroux.

Di Bollywood, kehadiran selebriti yang mempunyai pertalian adik-beradik dengan nama-nama popular juga tidak kurang hebatnya. Lihatlah bagaimana populariti yang pernah dikecap oleh Karisma Kapoor yang kemudiannya diteruskan pula oleh Karina Kapoor. Namun ada selebriti adik-beradik yang tidak mendapat perhatian peminat.

Suasana selebriti adik-beradik di Malaysia juga tidak kurang meriahnya. Dalam bidang nyanyian, industri muzik mampu berbangga dengan pencapaian Anuar Zain dan Ziana Zain yang masih bertahan sehingga kini. Dunia lakonan turut menyaksikan kehadiran pelakon adik-beradik seperti Umie Aida dan Erma Fatima, Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah, Anne Ngasri serta Darling dan Bell Ngasri.

Kini, nama-nama seperti Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose serta adik-beradik anak kepada pelukis negara, Ismail Maembong iaitu Emma dan Chacha Maembong dilihat semakin mengorak langkah. Lahir dengan kecantikan semula jadi, namun dari satu sudut berbeza, pencapaian yang diraih mereka kelihatan belum setara.

Kehadiran mereka mampu memeriahkan suasana industri, sama popular dan sama laris tetapi tersalah langkah, mereka juga boleh berkongsi impak negatif.

Sensasi Bintang berkesempatan berbual santai dengan Uqasha Senrose dan Chacha Maembong berhubung corak kemasukan mereka ke bidang seni. Bukan menidakkan bakat yang dimiliki tetapi pada yang sama mereka menumpang tempias populariti adik-beradik yang terlebih dahulu mencipta nama.

SENSASI BINTANG: Apa pendirian kalian jika pengkritik mendakwa anda hanya menumpang tuah?

CHACHA MAEMBONG (C): Saya secara peribadi berbangga apabila melihat pencapaian Emma yang terlebih dulu mencapai populariti berbanding saya. Biarlah orang tidak mengenali saya tetapi pada hakikatnya saya sebenarnya adik kepada Emma Maembong. Saya percaya jika suatu hari nanti sama ada saya atau Emma yang diangkat sebagai artis yang lebih popular, tiada perasaan cemburu terlintas dalam hati ini. Saya menganggap Emma sebagai idola, malah dia lah yang banyak memberikan tunjuk ajar.

UQASHA SENROSE (U): Saya kagum melihat pencapaian adik saya, Nelydia yang kini semakin popular. Sudah tentu Nelydia akan lebih menyerlah berbanding saya memandangkan dia sudah lama dalam industri lakonan, saya baru sahaja memulakan kerjaya lakonan pada tahun lepas. Banyak teknik lakonan yang saya tidak tahu dan minta tunjuk ajar daripadanya. Saya tidak mementingkan soal populariti kerana lakonan harus diutamakan.

UQASHA SENROSE dan Chacha Maembong tidak pernah berasa cemburu melihat kejayaan keluarga mereka.


Adakah anda berasa kehadiran mereka sebagai satu ancaman?

C: Sebenarnya orang tak sedar bahawa saya yang terlebih dulu memulakan kerjaya lakonan namun saya tidak pernah berasa cemburu apabila Emma lebih popular berbanding saya kerana pada waktu itu saya belum serius untuk bergelar pelakon. Emma dilihat lebih serius untuk menjadikan kerjaya lakonan sebagai satu profesion.

U: Saya tidak pernah berasakan hal ini sebagai satu persaingan kerana Nelydia memulakan kerjaya lakonan dulu. Tambahan pula, sebelum bergelar pelakon saya bekerja sebagai seorang pramugari. Selepas itu, saya mendapat tawaran untuk berlakon drama dan berterusan sehingga hari ini. Saya masih bergantung harap kepada Nelydia untuk membantu saya dalam selok-belok lakonan dan saya benar-benar bersyukur kerana dia banyak membantu saya di set penggambaran. Tanpa bantuan daripadanya saya tidak akan berada dalam industri seni ini.

Bagaimana kalian mengekalkan hubungan baik apabila masing-masing sibuk dengan kerjaya lakonan?

C: Kami berdua jarang bertemu di rumah kerana masing-masing sibuk di set penggambaran. Kadangkala apabila saya mempunyai masa lapang, Emma pula sibuk dengan penggambaran begitulah seterusnya. Kami mengambil keputusan untuk berjumpa hampir setiap hari di set penggambaran. Emma akan datang temankan saya dan memberikan komen mengenai teknik lakonan kerana dia seorang pelakon yang hebat. Lebih-lebih lagi, watak menangis. Jika, kami berdua mempunyai masa lapang, kami menonton filem bersama-sama. Hobi itu menjadi pengubat rindu kami adik-beradik.

U: Kebiasaannya kami berdua akan berjumpa di rumah kerana kami tinggal bersama. Banyak masa kami habiskan bersama di rumah. Jika ditanya bagaimana kami mengekal hubungan pula, kami akan sentiasa berfikiran positif dan menyelesaikan masalah bersama kerana pada akhirnya kami berdua tetap adik-beradik yang tidak dapat dipisahkan.

Boleh kongsikan pandangan tentang kehadiran selebriti adik-beradik yang memeriahkan industri hiburan tempatan.

C: Saya amat berbangga kerana tergolong dalam keluarga Maembong. Apabila kami adik-beradik menjadi selebriti, secara tidak langsung kami dapat bekerja dalam satu kerjaya yang sama. Ibaratnya susah senang bersama. Keluarga kami sentiasa memberikan sokongan dan sentiasa mengingatkan saya di mana saya bermula dahulu sehingga menjadikan saya sebagai seorang pelakon kini.

U: Sudah tentu saya gembira kerana ini merupakan peluang keemasan, tidak ramai yang dapat peluang ini. Saya bersyukur kerana ini merupakan rezeki yang Tuhan berikan kepada keluarga Senrose. Malah, kehadiran selebriti adik-beradik tidak langsung mendatangkan satu bebanan atau masalah untuk kami sama-sama membina karier.

Bagaimana jika diberikan tawaran untuk digandingkan bersama dalam drama?

C: Sudah tentu saya akan menerima tawaran tersebut. Terbaharu, saya dan Emma bakal digandingkan buat kali pertama dalam sebuah drama terbitan Zeel Production yang berjudul Yes Boss. Tidak sabar rasanya untuk bekerja dengan kakak sendiri. Pasti banyak petua yang akan diturunkan kepada saya supaya setiap watak yang dibawa boleh memberikan kelainan.

U: Saya dan Nelydia pernah terlibat dalam sebuah drama bersiri bertajuk Setia Hujung Nyawa. Namun saya belum berkesempatan untuk berganding dalam sebuah adegan yang sama memandangkan babak kami berbeza ketika itu. Jika diberi peluang, saya tidak akan melepaskan peluang itu kerana ia akan menjadi satu momen yang paling menyeronokkan. Kami berdua mempunyai persamaan yang sama. Lagi pun Nelydia pun boleh membantu cara lakonan saya.

Awie, Erra dan Ziana ungkit cinta lama

Posted:

Awie, Erra dan Ziana ungkit cinta lama

Awie, Erra dan Ziana ungkit cinta lama

SEMASA sama-sama tersohor dalam Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana dan Merah, Erra, Awie dan Ziana masih bujang tetapi dalam konsert yang akan merakamkan semua nostalgia filem-filem berkenaan, ketiga-tiga figura itu masing-masing sudah berkeluarga dan beranak-pinak.


SUDAH namanya pelakon, apa yang berkocak dalam hati berdasarlah ia di hati kerana persembahan luaran lebih penting untuk kepuasan khalayak. Tiada sesiapa yang dapat menterjemah secara tepat tentang segala rasa yang terbenam di hujung sanubari antara Erra Fazira dan Awie.

Umum tahu, dua insan popular itu pernah mendaki gunung yang sama, mengecap zaman gemilang berdua, mengutip kisah suka-duka percintaan sehinggalah memasuki fasa pertunangan, namun tragedi mengisi epilog asmara mereka pada penghujung 1998.

Itu momen yang kemas tersimpan di benak umum. Sehingga ke hari ini, kisah lama itu tidak pernah lapuk untuk menjadi bahan usikan dan gurauan, jika Awie dan Erra dilihat bertembung di mana-mana acara atau program hiburan.

Tidak sekadar kisah cinta lama yang sangat berbekas dalam ingatan ramai, peminat dunia hiburan tempatan juga tidak pernah lupa terhadap fenomena percintaan paling dramatik dalam sejarah filem Melayu lakonan Erra dan Awie. Sembilu melakar sejarah kutipan tertinggi filem Melayu dengan RM4.2 juta dan Sembilu 2 (RM6.1 juta) cukup besar impaknya pesona bintang Awie dan Erra. Filem-filem lain, Tragedi Oktober dan Maria Mariana juga tidak kurang hebatnya.

Awie sendiri cukup sedar tentang zaman kemasyhurannya itu. Era 1990-an menjadi titik penting yang membawa namanya untuk terus mekar di hati peminat sehingga ke hari ini.

"Selepas kembali menonton filem Sembilu sekitar dua tahun lalu, saya terfikir alangkah bagusnya jika kegemilangan Sembilu bersama Erra dan Ziana itu bersatu dalam sebuah persembahan. Ziana juga heroin saya dalam filem Merah. Saya mahu kenangan mahal itu dikembalikan semula dan dikongsi dengan peminat ketika ini.

"Bagi saya, era 1990-an merupakan satu tempoh penting dalam karier seni lakonan dan nyanyian yang membawa kepada siapa Awie ketika ini. Ketika itu industri hiburan di Malaysia melonjak dengan fenomena baik. Bermula daripada situlah datangnya idea untuk saya menerbitkan konsert bersama-sama dengan Erra dan Ziana," jelas Awie yang menerbitkan sendiri Konsert Teaterikal Suara Kita melibatkan dirinya sendiri, Erra dan Ziana Ziana untuk dipersembahkan di Istana Budaya pada 3 Mac nanti.

Kenangan mahal itu bagaimanapun mampu membangkitkan skeptikal lama.

"Sebelum idea ini hendak dilestarikan, isteri saya, Rozana Misbun menjadi orang pertama yang saya ajak berbincang. Saya jelaskan semuanya dan minta keizinannya untuk meneruskan hasrat ini. Saya tahu konsert ini melibatkan banyak perasaan dan saya juga perlu menjaga hati keluarga.

"Bila isteri sudah beri lampu hijau, keluarga semua sudah okey, barulah saya tanyakan sendiri kepada Ziana kemudian kepada Erra. Soal dapat kembali bercinta atau tidak, dalam karier seni ini kena ada keterbukaan. Dahulu kami berlakon ketika sama-sama muda, sekarang kami akrab kembali lagi ketika sudah sama-sama matang, mana tahu persembahan nanti akan lebih baik dan lebih real," jelas Awie mengenai konsert yang menggunakan khidmat Edrie Hashim sebagai pengarah muzik itu.

Satu lagi perkara yang turut merunsingkan Awie adalah bagaimana hendak mendapat penajaan korporat bagi membantu melancarkan pembikinan konsert yang disasarkan akan mencecah kos sebanyak RM1.4 juta itu.

"Saya mahu mengangkat martabat muzik dan penyanyi yang terlibat dalam konsert ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Saya harap sangat agar ada pihak sanggup bersama-sama kami, harap juga Datuk Yusof Haslam akan beli tiket untuk satu panggung sebagai tanda sokongan," kata Awie sedikit berseloroh.

Erra tempeleng Awie

Seperti Awie yang memikirkan perasaan isteri dan keluarga, Erra juga tidak terkecuali. Kegusaran utama Erra ialah memikirkan reaksi masyarakat umum tidak terkecuali izin daripada suaminya, Engku Emran Zainal Abdin.

KERINDUAN Ziana terhadap kenangan 20 tahun lalu bakal terubat tidak lama lagi.


"Kita tidak terlepas daripada memikirkan perasaan orang. Saya rasa perkara ini tidak akan menjadi satu masalah sebab kami (saya dan Awie) boleh bersifat profesional memandangkan kami pelakon," jelas Erra yang tidak pernah meletakkan sebarang syarat sepanjang penglibatannya dalam konsert berkenaan.

Kata Erra: "Saya percaya kepada Awie dan pihak produksi lain, begitu juga dengan Erma Fatima yang akan menulis skrip dan mengarah segmen teater. Saya yakin tidak akan ada adegan-adegan keterlaluan memandangkan ruang lingkup industri dan budaya kita sendiri pun ada batasan."

Tidak pernah membayangkan untuk kembali bergandingan dengan Awie, Erra juga mengakui selama ini mereka banyak mengambil pendekatan untuk mengelak antara satu sama lain. Setelah sekian lama, pertembungan Erra dan Awie berlaku apabila Erra bersetuju menjadi tetamu sekali gus satu kejutan buat Awie menerusi program Tunggu Sekejap yang dihoskan oleh Awie sendiri.

Ditanya juga tentang adegan paling dramatik yang pernah dilakonkan bersama Awie, Erra tersenyum sambil menggigit bibir.

"Semestinya babak saya menampar Awie. Saya percaya semua pengikut filem Sembilu akan ingat perjalanan cerita dan tahu impak babak tersebut. Sama ada babak itu akan dimasukkan dalam segmen teaterikal nanti, kami ada berbincang tetapi semua itu terpulang kepada kreativiti Erma. Lagi pun, penceritaan dalam segmen teaterikal nanti merupakan satu kisah baharu yang momen-momennya diambil daripada lima filem iaitu Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Tragedi Oktober dan Merah," terang Erra sambil menuntut satu janji terhadap Awie.

Tambahnya: "Projek ini semacam situasi menang-menang, hari ini saya terlibat dengan projek Awie, akan datang, dia pula kena bekerjasama untuk projek bawah kendalian saya pula."

Ziana peluk Awie

Gelaran orang paling 'sempoi' sepanjang sidang media perjanjian dan pelancaran Konsert Teaterikal Suara Kita ini menjadi milik Ziana Zain. Biarpun tidak seperti Erra dan Awie yang pernah ada sengketa satu ketika dahulu, Ziana tetap mendapat restu suaminya, Armin Zahari sebelum bersetuju untuk memberi sepenuh komitmen terhadap konsert berkenaan. Memandangkan konsert turut menyelitkan elemen teaterikal, sudah pasti rejim latihan yang bakal diikuti bermula bulan Februari nanti agak intensif.

"Semasa berlakon sama-sama dahulu, kami semua masih solo. Saya solo, Erra dan Awie pula dengan dunia mereka, tetapi sekarang, masing-masing dah jadi mak-mak, sudah beranak-pinak. Izin suami memang wajib, kami dah pakat untuk hantar anak-anak rumah emak, saya kena berlatih nanti," bicara Ziana bersulam canda.

Kembali semula mengintai nostalgia dalam filem-filem yang pernah mempopularkan namanya di layar perak itu, perkara paling manis buat ibu beranak empat ini adalah suasana berkampung semula bersama kawan-kawan. Bezanya kali ini, dahulu mereka berkampung di segenap lokasi penggambaran, tetapi kali ini berkampung pula di Istana Budaya untuk sebulan latihan sebelum persembahan konsert selama tujuh malam.

"Rindu nak berkampung, itu yang manisnya konsert ini. Apabila tengok filem-filem yang diulang tayang di televisyen, teringat zaman muda-muda dahulu. Tapi, anak-anak pula akan sibuk tanya itu dan ini, kenalah menjawab," ungkap Ziana yang hebat beraksi sebagai penggoda dan gadis bermasalah dalam Sembilu dan Maria Mariana.

Sewaktu berlakon di sisi Awie dahulu, minda Ziana masih tersimpan sebuah kenangan.

"Saya bukan seorang pelakon, menyanyi bolehlah. Saya ingat lagi bila disuruh peluk Awie dalam satu babak. Saya boleh peluk tapi tak mahu bersentuhan, saya punyalah tak tahu nak buat apa, susahnya. Tapi rasanya adegan itu tak akan dimasukkan untuk konsert ini nanti," cerita Ziana.

Bercakap pula tentang seleksi lagu-lagu yang bakal dinyanyikan, Ziana menyerahkan kuasa memilih kepada pihak produksi.

"Saya ada banyak lagu, nak nyanyi semua memang tak dapat, tapi rasanya lagu Anggapanmu, Korban Cinta dan Kepastian kena jadi lagu wajib," tutup Ziana, 46.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved