Jumaat, 24 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Berkongsi pengalaman melalui buku

Posted:

Berkongsi pengalaman melalui buku

Berkongsi pengalaman melalui buku

MENGENALI figura jutawan internet dari Kota Singa, Fabian Lim, banyak perkara menarik yang dapat dicungkil daripada perjalanan hidup yang dilalui lelaki tersebut.

Perwatakannya yang mesra dan pandai berjenaka membuatkan sesiapa sahaja yang baru bersua dengannya berasa selesa untuk berbicara dengan lebih lanjut.

Malah, sewaktu ditanya tentang usianya, Lim pantas menjawab dengan senyuman lebar: "Saya baru berusia 21 tahun."

Apabila melihat penulis mengerutkan dahi seolah-olah tidak percaya, barulah beliau mengatakan usia sebenarnya yang telah mencecah 42 tahun.

"Saya suka menganggap diri sentiasa muda kerana ia membuatkan saya bersemangat menjalani kehidupan," ujar penulis buku Click - Work Anytime, Live Anywhere yang mencatat jualan terlaris di Singapura ini.

Menurut Lim, buku tersebut dihasilkan untuk berkongsi dengan pembaca mengenai pengalaman yang dimiliki dalam dunia perniagaan dan persekitarannya.

Ubah strategi perniagaan

Ia juga bertujuan untuk membuka minda masyarakat agar memanfaatkan penggunaan internet bagi menjana pendapatan mereka.

"Selama hampir sedekad menceburkan diri dalam dunia perniagaan, saya dapati banyak kesilapan dilakukan oleh para peniaga yang baru berjinak-jinak dengan bidang ini. Sebagai contoh, mereka mempunyai masa untuk melayari internet, namun tidak menggunakannya bagi tujuan promosi atau pemasaran.

"Disebabkan itu saya membuat keputusan untuk menulis buku ini walaupun hakikatnya saya bukanlah seorang yang berkelayakan dalam bidang penulisan," terangnya ketika ditemui Kosmo! di pusat beli-belah Publika di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.


BUKU Clicks - Work Anytime, Live Anywhere mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sejak diterbitkan pada Julai 2013.


Lim menjelaskan proses penyuntingan buku tersebut memakan masa yang agak lama kerana kekurangan ilmu dalam arena penulisan.

Meskipun mengambil masa selama setahun setengah untuk menyiapkan karya pertamanya itu, beliau boleh berbangga kerana buku tersebut mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

Sejak diterbitkan pada Julai 2013, buku itu sudah terjual melebihi 3,000 salinan di Singapura dan masih diulang cetak.

Katanya, buku berkenaan menerangkan secara terperinci bagaimana mengubah perniagaan yang dimiliki kepada satu gaya hidup tersendiri.

"Ia membolehkan seseorang itu tidak terikat dengan kerjaya, sebaliknya bebas bekerja sendiri mengikut apa yang dirasakan sesuai," ujar beliau.

Usahawan bersiri

Menyusuri kehidupan Lim, beliau boleh dianggap sebagai seorang usahawan bersiri.

Penglibatan awalnya dalam dunia perniagaan telah bermula pada usia 16 tahun melalui syarikat hiburan mudah alih, Pastels Remix. Kemuncak perniagaan ini apabila beliau memenangi hadiah utama dalam satu pertandingan deejay di Singapura pada usia 18 tahun.

Sewaktu menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Singapura, beliau bermain piano secara profesional untuk menampung yuran pengajiannya dalam bidang pengurusan perniagaan di ruang istirehat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi selama setahun.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Royal Melbourne Institute of Technology University, Australia.


LIM ditemu bual penyampai radio BFM 89.9, Freda Liu menerusi program Enterprise: Raise Your Game pada tahun lalu.


Sebaik tamat pengajian, Lim menyertai syarikat Texas Instruments Singapore Pte. Ltd. di Singapura sebagai perunding selama setahun sebelum berhijrah ke Deloitte Consulting Pte. Ltd. (Deloitte), sebuah syarikat konsultan pengurusan terbesar dunia.

Sepanjang enam tahun di Deloitte, karier lelaki berjiwa kental itu meningkat dengan pantas dengan memegang peranan sebagai perunding biasa sehingga ke jawatan pengurus.

Di sana, beliau menjadi penasihat kepada pelanggan serantau dan global dalam pelbagai bidang termasuk tenaga, pelancongan, pembuatan dan sektor awam. Tanggungjawabnya juga mencakupi khidmat nasihat mengenai bidang perancangan strategik dan pembangunan; proses perniagaan kejuruteraan semula dan analisis model kewangan.

Meskipun cemerlang dalam kerjaya, beliau bertekad meletakkan jawatan yang bergaji lumayan pada tahun 2001 semata-mata untuk mengejar kepuasan diri dalam hidupnya.

"Selepas berhenti kerja, saya menceburi perniagaan dalam bidang perkhidmatan jurugambar video perkahwinan bermula tahun 2002. Ketika menjalankan perniagaan ini, saya juga telah mula menerokai bidang pemasaran internet.

"Apabila melihat hasil pendapatan yang diperoleh sangat tinggi melalui perniagaan dalam talian, saya terus bersara sebagai jurugambar video perkahwinan pada tahun 2007, iaitu selepas lima tahun beroperasi," katanya.

Kunci kejayaan

Menurut Lim, sungguhpun hanya belajar sendiri tanpa sebarang mentor dalam bidang perniagaan, dirinya rasa amat teruja kerana dapat mempraktikkan konsep try and error untuk meningkatkan kemahiran yang dimiliki.


LAMAN sosial Facebook turut menjadi medium Lim berkongsi pengalaman hidup dan rutin harian bersama peminatnya.


Tegasnya, kunci utama kejayaan adalah rajin membaca untuk meluaskan pengetahuan.

Justeru, bermula tahun 2003, Lim melibatkan diri secara sepenuh masa dalam pemasaran internet.

Pada tahun 2008, beliau mengasaskan ClickMedia Pte. Ltd. yang bermatlamat membantu sesebuah organisasi meraih kejayaan bagi perniagaan dalam talian. Setahun kemudian, beliau menubuhkan ClickEvent.com.sg Pte. Ltd., sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengadakan kursus dan seminar untuk melatih usahawan dalam talian.

Hingga kini, Lim telah melatih lebih 5,000 individu di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Vietnam.

"Selepas mengajar begitu ramai peserta, saya sedar bahawa cara pemikiran adalah perkara paling penting untuk berjaya, bukan kaedah. Ini kerana, walaupun kita menyediakan formula yang betul untuk diikuti, tetapi amat sukar untuk mengubah mereka yang mempunyai pemikiran negatif.

"Hakikatnya, untuk berubah, ia perlu bermula dari dalam diri. Jika kita yakin dengan kemampuan diri, semua cabaran boleh diatasi," ungkap Lim yang berhasrat menulis buku berbentuk motivasi pada masa depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Warga kampus IPG Datuk Razali Ismail sertai kayuhan basikal

Posted:

Warga kampus IPG Datuk Razali Ismail sertai kayuhan basikal

Warga kampus IPG Datuk Razali Ismail sertai kayuhan basikal

GHULAM SARVER (tengah) bergambar bersama guru pelatih dan pensyarah IPG Kampus Datuk Razali Ismail pada pelancaran program Kayuhan Tranformasi Pendidikan di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.


KAYUHAN. Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu melancarkan program Kayuhan Transformasi Pendidikan IPG Zon Timur 2014 baru-baru ini.

Seramai 25 guru pelatih bersama enam pensyarah memulakan kayuhan dari IPG Kampus Datuk Razali Ismail, Batu Rakit menuju IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan dalam perjalanan sejauh 170 kilometer.

Pengarahnya, Ghulam Sarver Mobarak Ali berkata, penganjuran program kayuhan basikal edisi ketiga itu dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar IPG Kampus Datuk Razali Ismail.

"Kebiasaannya, guru-guru yang memulakan perkhidmatan akan ditempatkan di kawasan pendalaman. Jadi, program sebegini dapat memberi pendedahan awal kepada mereka tentang kehidupan luar," katanya.

Pelajar sekolah Tamil cemerlang UPSR dirai

Posted:

Pelajar sekolah Tamil cemerlang UPSR dirai

Pelajar sekolah Tamil cemerlang UPSR dirai


SARAVANAN (tengah) beramah mesra dengan pelajar sekolah jenis kebangsaan Tamil yang cemerlang UPSR di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan kelmarin.


CEMERLANG. Seramai 136 murid sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil sekitar Parlimen Seremban, Negeri Sembilan yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diraikan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban kelmarin.

Majlis tersebut bagi menghargai kejayaan mereka memperoleh keputusan 7A pada UPSR tahun lalu di samping menyuntik semangat dan motivasi agar murid-murid daripada 30 buah sekolah itu terus cemerlang pada masa hadapan.

Anugerah cemerlang berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan.

Setiap pelajar turut menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM200.

Peka bantu sambung bekalan air empat keluarga miskin

Posted:

Peka bantu sambung bekalan air empat keluarga miskin

Peka bantu sambung bekalan air empat keluarga miskin


PENGURUS Kanan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Wilayah Klang, Khairul Anuwar Ismail (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kepada Mazlan Mohammad yang menerima bantuan penyambungan semula bekalan air di Klang, Selangor baru-baru ini.


PRIHATIN. Empat buah keluarga gembira apabila bekalan air yang dipotong di rumah mereka disambung semula menerusi program Tabung Budi, Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) di Klang, Selangor baru-baru ini.

Penerima bantuan itu ialah Mazlan Mohammad, 46, Jusrina Mahat, 36, Siti Norhaiza Zakaria, 27, dan Nor Ommi Baharom, 44.

Pengurus Tabung Budi, Hashimah Che Mat Din berkata, penerima berkenaan terdiri daripada golongan miskin, tiada pendapatan tetap, ibu tunggal dan orang kelainan upaya.

Menurut beliau, Peka telah menyelesaikan bil air pengguna terlibat yang tertunggak dalam tempoh kira-kira enam bulan selain menanggung bayaran caj penyambungan menerusi program yang dilaksanakan pihaknya.

"Sehingga kini, sebanyak 556 buah keluarga telah menerima manfaat menerusi program berkenaan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Corolla Altis baharu lebih mengancam

Posted:

Corolla Altis baharu lebih mengancam

Corolla Altis baharu lebih mengancam

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

TOYOTA Corolla mula diperkenalkan pada tahun 1966 di Jepun dalam kategori subkompak melalui model E10. Pada tahun 1974 generasi kedua model itu mula mendapat kepercayaan selepas diiktiraf sebagai model terlaris dunia.

Sebanyak 40 juta model ini telah dijual di lebih 150 buah negara sejak diperkenalkan. Di Malaysia, jenama Toyota diperkenalkan oleh UMW Toyota pada tahun 1968.

Sejak diperkenalkan, model Corolla mendapat sambutan yang menggalakkan malah model E20 masih digunakan sehingga kini.

Beberapa tahun kebelakangan, model E70 iaitu generasi keempat yang diperkenalkan pada tahun 1979 kembali popular dalam kalangan pelumba drift.

Model Corolla DX atau GL itu dicari untuk dijadikan sebagai kereta drift kerana model ini menggunakan pacuan roda belakang sebagai penggerak.

Baru-baru ini UMW Toyota telah melancarkan generasi ke-11 Corolla Altis di One World Hotel dengan menawarkan tiga varian kepada pembeli.

Tiga varian itu ialah 2.0V sebagai varian tertinggi, 2.0G (sederhana) dan 1.8 E (standard). Antara ciri-ciri yang diutamakan oleh Toyota seperti kuasa, kebolehpercayaan, kualiti, keselamatan dan nilai yang sangat baik.


RUANG dalaman mengaplikasi tona warna gelap sebagai satu langkah menyerlahkan ciri-ciri sporty jentera sedan Corolla Altis.


Toyota Corolla Altis terbaharu ini merupakan model yang direka semula dengan standard kecemerlangan automatif dalam kelas kereta itu.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki, Toyota Corolla Altis mula diperkenalkan di pasaran negara ini sejak tahun 2001 dan sehingga hujung tahun lalu pihaknya berjaya menjual sebanyak 63,798 unit model berkenaan.

"Jumlah jualan itu juga boleh menjadi bukti tahap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama Toyota. Pelancaran model ini menunjukkan evolusi terbaharu yang telah diberikan penambahbaikan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Sebelum dilancarkan, model ini telah menerima 1,000 unit tempahan sejak dipromosikan pada tahun lalu. Kami juga menyasarkan jualan Toyota Corolla Altis sebanyak 9,000 unit untuk tahun ini.

Pandu Uji

Pihak UMW Toyota telah mempelawa wakil-wakil media untuk memandu uji varian tertinggi Corolla Altis 2.0V lima hari sebelum dilancarkan.

Pandu uji yang dilakukan dari Shah Alam ke Mantin dan pulang semula ke Shah Alam memberi peluang kepada penulis untuk merasai pengalaman memandu model global yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia Corolla.

Penulis berkongsi kereta dengan dua wakil media permotoran lain. Sebagai pemandu pertama, penulis memulakan perjalanan lebih kurang 60 kilometer itu. Model ini menggunakan sistem penghidup tanpa kunci. Tempat duduk pemandu juga boleh dilaras menggunakan elektrik.

Ketika perjalanan di lebuh raya, enjin 2.0 liter dengan Dual VVT-i itu rasa begitu lancar tanpa rasa kehilangan kuasa walaupun ketika melakukan pecutan dalam keadaan mengejut.


KETIGA-tiga varian baharu Corolla Altis menggunakan sistem transmisi automatik tujuh kelajuan dengan CVT.


Kotak gear CVT dengan tujuh kelajuan juga memberikan satu kesinambungan yang baik kepada enjinnya kerana transmisi ini tidak memberikan kesan sengguk yang menjengkelkan.

Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) memberikan Toyota Corolla Altis kelebihan melalui laluan berselekoh dengan yakin. Antara ciri-ciri keselamatan lain yang ada pada kereta ini seperti TC, ABS, EBD dan BA.

Selain itu, Corolla Altis ini juga menggunakan Auto Electro Chromic Mirror untuk mengurangkan silau ketika memandu pada waktu malam.

Varian 2.0V ini menggunakan rim bersaiz 17 dengan tayar 215/45 jenama Michelin Pilot Sports 3. Toyota Corolla Altis ini ditawarkan dengan lima pilihan warna - kelabu, perak, putih, hitam dan coklat.

Alza baharu lebih menawan

Posted:

Alza baharu lebih menawan

Alza baharu lebih menawan

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


BAHAGIAN hadapan Perodua Alza turut diberi pembaharuan minimum khususnya pada bahagian bampar, gril krom dan sport rim.


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) tidak pernah mengecewakan para pelanggannya malah peneraju automatif tempatan itu sentiasa mengujakan pasaran dengan sesuatu yang baru.

Bertempat di pusat membeli belah One Utama, Petaling Jaya baru-baru ini, Perodua melancarkan model dipertingkat Alza dengan menyaksikan penjimatan sehingga 7.4 peratus berbanding model terdahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh menjelaskan, pihaknya berjaya mengurangkan harga model terbaru Alza itu melalui pengurangan kos secara berterusan sejak 2012.

"Pengurangan kos secara efektif pada rangkaian bekalan bermula daripada vendor, pembuatan, perkhidmatan, pusat jualan dan pengilangan.


RUANG dalaman nampak lebih segar berbanding model sebelum ini.


"Penurunan harga ini membuktikan kami komited bagi membantu para pelanggan untuk memiliki kenderaan pada harga mampu milik khususnya MPV," katanya.

Di sebalik penjimatan tersebut, para pengkritik automatif mendakwa Alza kali ini lebih baik terutama terhadap ciri-ciri luaran yang lebih sporty.

Model Alza dipertingkat lebih segar dengan rekaan baharu bampar hadapan dan belakang, rim sports rekaan baharu serta gril krom. Alza kali ini tidak perlu disolek sementelah ia telah sarat dengan pelbagai aksesori terkini.

Selain itu, Alza baharu itu turut direka dengan pelbagai ciri yang ditambah baik daripada segi keselamatan, sistem audio visual, hiasan dalaman menarik.

Perodua Alza baharu ini terdapat dalam tiga varian iaitu standard berharga RM52,400, edisi khas (RM56,400) dan versi advance (RM64,000).

Edisi khas dan versi advance didatangkan sekali dengan kit aksesori. Versi advance pula dilengkapi aksesori eksklusif seperti kamera undur dan paparan LCD.


SKRIN paparan tengah untuk penumpang di belakang turut dimuatkan sebagai ciri-ciri standard versi advance.


Perodua Alza yang ditawarkan dengan lima warna - perak, ungu, hitam, putih dan merah sudah menerima tempahan sejak 20 Disember lalu.

Jelas Aminar Rashid, tempahan model Alza baharu ini sudah mencecah 5,000 unit.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2009 sebanyak 167,000 unit Alza telah berjaya dijual.

Ahli TVT Central lawat Johor Bahru

Posted:

Ahli TVT Central lawat Johor Bahru

Ahli TVT Central lawat Johor Bahru

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


WAKIL TVT Central dan Southern bergambar kenangan di tempat letak kereta Puteri Harbour, Nusajaya.


KELAB Pemilik Toyota Vios Tuners Malaysia (TVT) dari kawasan Tengah baru-baru ini telah mengadakan satu lawatan ke Johor Bahru.

Lawatan selama dua hari satu malam itu diuruskan oleh wakil kelab kawasan selatan. Ketibaan konvoi 20 buah Toyota Vios dari tengah disambut oleh marsyal selatan selepas Plaza Tol Kempas.

Menurut Ketua TVT Southern, Wan Nazriey Shah Wan Mohtar, pihaknya menetapkan beberapa aktiviti sepanjang dua hari ahli-ahli dari tengah ke Johor Bahru.

Katanya, dia dan beberapa kru dari selatan telah membuat persiapan itu sebaik sahaja dimaklumkan berkenaan lawatan berkenaan.

"Antara aktiviti yang dijalankan seperti melawat Legoland, Hellokitty, Johor Factory Outlet, makan buah di dusun di Ulu Choh dan TT bersama ahli-ahli TVT Southern.

"Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan kerana aktiviti seperti ini dapat merapatkan hubungan bersama ahli-ahli kami yang mencecah 1,600 orang," katanya.

Tambahnya, dalam lawatan itu juga dia dapat berkenalan lebih rapat dengan ahli-ahli dari kawasan tengah yang mempunyai minat yang sama.

Wakil TVT Central, Mohamad Adham Adenan berkata, sebagai wakil dari kawasan tengah dia melihat program seperti ini dapat memberi lebih ruang untuk berinteraksi sesama ahli di kawasan yang berbeza.


PERGERAKAN secara konvoi banyak mengajar setiap ahli berkenaan disiplin-disiplin di jalan raya di samping untuk melihat konvoi dalam keadan teratur.


"Sebelum ini kami hanya kenal melalui laman sosial sahaja untuk bertanyakan masalah berkaitan kereta. Tetapi bila dapat berjumpa kami terus jadi kawan rapat.

"Program seperti ini kami akan teruskan lagi dan mungkin akan melawat ahli-ahli dikawasan di negeri lain pula selepas ini," ujarnya kepada Garaj.

Seorang wakil ahli dari Johor Bahru, Mohd. Noor Firdaus Md. Noh berkata, dia rasa teruja untuk menyambut kehadiran rakan-rakan dari kawasan lain.

"Dalam kelab selain daripada berkongsi minat yang sama kita juga dapat menambah kenalan dan dapat memberi idea dan ilham yang berbeza untuk kereta masing-masing.

"Walaupun bukan disertai oleh semua ahli dalam kelab, lawatan seperti ini tetap memberi makna kepada kami kerana dapat untuk berkenalan antara satu sama lain," jelasnya.

TVT merupakan sebuah kelab yang menghimpunkan pemilik-pemilik Toyota Vios dari generasi pertama hingga generasi ketiga di seluruh negara.

Empat kawasan dalam TVT terbahagi kepada Eastern (Pahang, Terenganu, Kelantan), Southern (Johor, Melaka), Northern (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak) dan Central (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kuala Krai sesejuk kota London pada musim bunga

Posted:

Kuala Krai sesejuk kota London pada musim bunga

Kuala Krai sesejuk kota London pada musim bunga

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

TAK TAHAN SEJUK... Abdul Razak Yunos (kanan) dan anggota keluarganya menikmati minuman petang di Kampung Keroh, Kuala Krai, Kelantan dengan memakai baju sejuk.


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia kini menikmati keadaan cuaca nyaman seperti musim bunga di kota London, United Kingdom apabila suhu di beberapa bandar utama di negara ini turun mendadak berpunca daripada aktiviti matahari yang berkurangan.

Keadaan yang berlaku sejak beberapa hari lalu itu menyaksikan suhu di bandar raya Kuala Lumpur turun kepada 25 darjah Celsius berbanding 33 darjah Celsius minggu lalu.

Di Kelantan pula, Jajahan Kuala Krai mencatatkan bacaan suhu paling rendah iaitu 17 darjah Celsius berbanding sekitar 29 darjah Celsius bagi suhu maksimum.

Ketika diminta mengulas fenomena perubahan cuaca yang jarang berlaku itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Chong Hon Yew berkata, ia berpunca daripada aktiviti matahari yang mempunyai kitaran dalam tempoh 11 tahun dan dikenali sebagai 'Edaran Matahari'.

Menurutnya, kali terakhir matahari dikesan melalui proses yang aktif ialah pada tahun 2001.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kurangkan peranan orang tengah

Posted:

Kurangkan peranan orang tengah

Kurangkan peranan orang tengah

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dana tambahan sebanyak RM20 juta untuk pembelian stok penimbal bertujuan menstabilkan harga barang melalui Program Jimat Belanja Dapur.

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, kerajaan akan memberikan sebanyak RM8 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) manakala bakinya diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

Beliau berkata, kedua-dua agensi itu akan membeli stok ikan dan sayur daripada nelayan dan petani untuk dijual terus di 517 pasar tani di seluruh negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

BR1M diagih pertengahan Februari

Posted:

BR1M diagih pertengahan Februari

BR1M diagih pertengahan Februari

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, bantuan tersebut diharap dapat membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini sekali gus meringankan bebanan kos sara hidup mereka.

Menurutnya, kenaikan harga barang berlaku berikutan rantaian bekalan yang wujud apabila pihak pemborong menaikkan harga tidak berpatutan ke atas peruncit dan kesan musim tengkujuh yang melanda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Iran matikan langkah samba di Janda Baik

Posted:

Iran matikan langkah samba di Janda Baik

Iran matikan langkah samba di Janda Baik

DUA pemain Iran menghimpit penyerang Internacional FC, Tharlis Santos pada aksi separuh akhir kedua Piala Antarabangsa Frenz B-16 di Stadium Frenz janda Baik semalam.


SKUAD bawah 16 tahun Iran mematikan langkah samba di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Semalam, skuad remaja Iran itu mengecewakan wakil Brazil, Internacional FC 3-1 pada aksi separuh akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Antarabangsa Frenz Bawah 16 Tahun (B-16) yang berlangsung di Stadium Frenz Janda Baik.

Rentak yang dipamerkan skuad Iran pada perlawanan tersebut cukup mempersonakan tanpa memberi ruang kepada lawan mereka untuk meloloskan diri.

Asakan mereka sejak daripada awal permainan cukup garang dan penjaga gol Internacional terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi.

Begitupun, kekebalan pertahanan Internacional FC tewas juga menerusi percubaan Reza Shekari pada minit ke-21 untuk membolehkan Iran mendahului 1-0.

Namun kegembiraan Iran hanya seketika apabila Internacional FC pantas memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan Tharlis Sartori pada minit ke-42.

Selepas waktu rehat, rentak kedua-dua pasukan dilihat lebih seimbang namun, Iran lebih banyak mencipta peluang namun usaha mereka untuk menambah jaringan dinafikan kecekapan penjaga gol pasukan lawan.

Kedudukan seri 1-1 itu kekal sehingga tamat masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan.

Pada aksi tambahan itu, Iran dilihat lebih kemas dengan mencipta banyak peluang ke arah gawang lawan.

Hasilnya, mereka berjaya memperoleh gol kedua menerusi jaringan Nima Dagestani pada minit ke-105 sebelum Nima Moktari melengkapkan kemenangan 3-1 menerusi jaringannya pada minit ke-118.

dengan kemenangan tersebut, Iran melangkah bergaya ke final untuk membuat perhitungan dengan juara bertahan, Slovakia malam esok.

Kejohanan kali ini telah disertai 11 pasukan termasuk tuan rumah Frenz United Malaysia.

Nasib tidak menyebelahi pasukan tuan rumah apabila gagal mara ke separuh akhir selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga.

ATM kena bedil di Selayang

Posted:

ATM kena bedil di Selayang

ATM kena bedil di Selayang

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

RONALDINHO (kiri) menjaringkan gol kemenangan PKNS pada aksi menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.


JURULATIH skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan berpuas hati dengan mutu pengadilan yang dipamerkan Mohd. Zamzaidi Katimin biarpun menyaksikan skuad kendaliannya tewas tipis 0-1 kepada Selangor PKNS pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Sebelum ini, Sathianathan lantang mengkritik mutu pengadilan yang teruk ketika menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Sime Darby di venue yang sama pada aksi pusingan pertama Piala FA, Selasa lalu.

Namun, Sathianathan tampil dengan nada berbeza apabila beliau mengakui Zamzaidi telah melaksanakan satu tugasan yang cukup baik biarpun kecewa dengan kekalahan yang dialami pasukan bimbingannya.

"Pengadil hari ini (semalam) memang ada 'kelas'. Dia sememangnya seorang pengadil yang bagus dan saya tidak mahu membuat sebarang aduan terhadap mutu pengadilan pada perlawanan ini.

"Kami telah tewas dua kali berturut-turut termasuk pada aksi pusingan pertama Piala FA dan ternyata, mental dan moral kami masih belum pulih sejak kekalahan itu.

"Perlawanan ini dilihat cukup seimbang dan ATM dilihat tidak bernasib baik. Kita gagal memanfaatkan peluang dan inilah kesilapan kita.

"Apa yang pasti, kami perlu pulihkan motivasi kami dalam usaha mencari rentak kemenangan untuk aksi akan datang," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Pada aksi itu, penyerang PKNS, Patrick Ronaldinho muncul sebagai wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-72.

Dalam masa yang sama, jurulatih PKNS, Wan Jamak Wan Hassan mengakui beliau berpuas hati dengan kejayaan membawa tiga mata pertama di pentas Liga Super.

"Kami berjaya bangkit sejak kekalahan 1-2 kepada Terengganu pada aksi pertama Liga Super (18 Januari lalu).

"Biarpun sekadar menang tipis tetapi saya tetap berpuas hati dengan kemenangan pertama di liga," katanya.

Kelantan sudah tahu kelemahan Sarawak

Posted:

Kelantan sudah tahu kelemahan Sarawak

Kelantan sudah tahu kelemahan Sarawak

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


FORKEY DOE (tengah) bakal mengetuai jentera serangan Kelantan pada aksi menentang Sarawak malam ini.


PENGENDALI The Red Warriors (TRW), Steve Darby melancarkan perang psikologi dengan mendakwa dia sudah mengetahui rahsia kekuatan skuad Bujang Senang menjelang pertemuan Liga Super antara kedua-dua pasukan di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching malam ini.

Darby berkata, berdasarkan persembahan pasukan berkenaan dalam saingan Piala FA Selasa lalu, dia sudah mengetahui kekuatan dan kelebihan yang ada pada skuad bimbingan Robert Alberts itu.

Menurutnya, ia memudahkan sedikit tugasnya untuk menyediakan ramuan terbaik buat TRW untuk menghadapi pertemuan tersebut.

"Saya akui Sarawak bukanlah calang-calang pasukan dan mereka mempunyai pemain import yang berkualiti.

"Begitu juga dengan pemain tempatan yang mempunyai kelebihan tersendiri.

"Berkemungkinan besar saya akan menukar gaya permainan termasuklah mengubah beberapa posisi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu semalam.

Darby memberitahu, tonggak import, Mohammed Ghaddar dan Francis Forkey Doe bakal mengetuai jentera serangan TRW pada pertemuan itu nanti.

Katanya, kehadiran dua tonggak tersebut akan memperkemaskan lagi jentera serangan Kelantan pada perlawanan itu kelak.

"Kedua-dua pemain ini mempunyai kualiti tersendiri, saya harap mereka dapat menghasilkan banyak jaringan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Darby berkata, seorang lagi tonggak importnya, Mohammad Shawky masih lagi dibelenggu kecederaan.

Katanya, pemain tersebut dijangka dapat diturunkan pada pertemuan dengan Selangor PKNS Selasa nanti.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Koleksi tudung serendah RM10

Posted:

Koleksi tudung serendah RM10

Koleksi tudung serendah RM10

PROMOSI 'Big Sale' menawarkan potongan harga setinggi 50 peratus ke atas koleksi tudung Aalia yang terpilih.


SAMBUTAN perayaan di Malaysia sudah sinonim dengan musim beli-belah dalam kalangan rakyat di negara ini. Maka, tidak hairanlah orang ramai berbelanja besar biarpun tidak menyambut perayaan tersebut.

Ini kerana kebanyakan peniaga menawarkan diskaun menarik terhadap barangan jualan mereka. Biarpun sambutan Tahun Baru Cina diraikan oleh masyarakat Cina, namun jenama tudung terkenal, Aalia tidak terkecuali daripada mengadakan jualan potongan harga yang dikenali sebagai Big Sale bagi pelanggan setianya yang beragama Islam.

Pengurus Pemasaran Aalia, Gulati's Eksklusif Sdn. Bhd. (Gulati's), Nor Shahiza Abdullah berkata, jualan tersebut akan berlangsung selama 11 hari bermula semalam hingga 3 Februari ini.

"Ramai bakal pengantin memilih cuti Tahun Baru Cina sebagai tarikh perkahwinan mereka. Maka, ini adalah masa terbaik untuk mereka berbelanja di butik Aalia bagi mendapatkan rekaan menarik pada harga menjimatkan.

"Sebahagian besar koleksi tudung Aalia ditawarkan pada potongan harga sebanyak 50 peratus. Promosi ini melibatkan kesemua 18 cawangan Aalia di seluruh negara," ujarnya ketika ditemui di ibu pejabat Gulati's di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur baru-baru ini.

CORAK paisley kembali menjadi pilihan wanita yang gemar dengan penampilan segar dan ayu.


Rekaan segar

Tambah Nor Shahiza, terdapat koleksi tudung yang dijual serendah RM10 sepanjang tempoh promosi.

"Antara rekaan tudung yang mendapat sambutan menggalakkan ialah Myalesa, Lisa, Qaleesya Umaira, Dya Anggun dan Qayrah Eksklusif," jelasnya.

Menurut beliau, Aalia amat menitikberatkan kualiti fabrik yang digunakan, di samping menampilkan rekaan segar yang seiring dengan fesyen semasa dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Katanya, fabrik yang digunakan merupakan jenis sifon sutera yang diimport dari Itali, Korea dan China.

"Rekaan premium juga boleh digayakan di majlis-majlis kasual atau ketika di pejabat.

"Pelanggan turut berpeluang membeli secara pukal iaitu sekurang-kurangnya 20 pasang tudung bagi mendapatkan penjimatan lebih menguntungkan," katanya. - NADIA SHAIFUL BAHARI

Hukuman anak biar berpadan

Posted:

Hukuman anak biar berpadan

Hukuman anak biar berpadan

KAEDAH merotan sebenarnya bukanlah satu cara terbaik dalam menghukum kesalahan anak-anak.- Gambar hiasan


TIDAK semua perkara yang kita lakukan sesuai dalam apa jua keadaan. Ia bergantung kepada budaya dan norma masyarakat di sesebuah negara.

Itu yang mungkin dapat kita gambarkan dengan apa yang dihadapi oleh pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa Sweden kerana telah memukul anak mereka yang tidak bersolat.

Walaupun amalan untuk menghukum anak tidak bersolat mungkin suatu yang lazim dalam konteks masyarakat Islam secara am, bagaimanapun ia tidak semestinya direstui dalam semua masyarakat. Ini kerana setiap masyarakat mempunyai nilai yang tersendiri dalam melihat atau menangani sesuatu perkara.

Kita juga tidak sewajarnya menyalahkan ibu bapa tadi yang menggunakan pendekatan tersebut dalam mendidik anak-anak mereka kerana ia adalah kaedah yang diajar oleh Islam kepada penganutnya.

Solat adalah perkara wajib yang menjadi tiang agama. Merotan atau menghukum anak-anak yang tidak menjalani ibadah sembahyang perlu dilihat dalam konteks positif.

Walaupun kelihatannya seperti menyakitkan, tetapi sangat jarang ibu bapa mengambil pendekatan agresif terhadap anak-anak mereka. Ia hanya sekadar memukul kerana sayang dan bukannya kerana benci.

Bagaimanapun, masyarakat Barat melihat bentuk hukuman anak-anak dalam perspektif yang berbeza. Kebanyakan negara-negara itu telah mengharamkan hukuman yang dilihatnya menyakitkan.

Namun, ia tidak bermakna bahawa hukuman merotan anak-anak ini dianggap sebagai sesuatu yang paling teruk.

Satu tinjauan yang dilakukan terhadap 1,600 pembaca sebuah akhbar di Perth, Australia pada tahun 2012 mendapati, 80 peratus daripada responden menyokong agar hukuman rotan dikembalikan di sekolah.

Begitu juga yang ditunjukkan dalam satu kaji selidik pada tahun 2011 oleh Times Education Supplement, akhbar sisipan mingguan yang popular di United Kingdom. Daripada sejumlah 2,000 keluarga yang dikaji, 49 peratus daripadanya berpandangan bahawa hukuman yang berat seperti merotan atau memukul patut diperkenalkan semula di sekolah.

Malah, majoriti daripada pembaca mencadangkan agar kanak-kanak sekolah yang melakukan kesalahan ini dihukum dengan cara yang agak tradisional seperti menghalau mereka keluar kelas (89 peratus), dihukum selepas waktu persekolahan (86 peratus) dan menggantung persekolahan (84 peratus).


MENDIDIK anak-anak menunaikan solat perlu dilakukan sejak mereka kecil bagi membentuk keperibadian yang baik.


Mengatasi masalah displin

Merotan juga bukan sesuatu yang teruk dalam mendidik anak-anak. Dalam satu siri eksperimen kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Idaho State University di Amerika Syarikat sekitar tahun 1980-an, ia cuba membandingkan di antara kanak-kanak bermasalah disiplin yang dihukum dengan cara dirotan dan satu lagi kumpulan yang tidak dikenakan tindakan sama.

Kajian juga cuba melihat sama ada anak-anak ini akan patuh dengan 30 siri arahan ibu mereka.

Hasil eksperimen menunjukkan kanak-kanak yang dirotan lebih patuh dengan arahan berbanding dengan mereka yang tidak.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu berhati-hati dengan kaedah merotan anak-anak. Ia mungkin tidak relevan dalam semua bentuk tingkah laku mereka. Anak-anak yang mempunyai perangai yang agak agresif misalnya, tidak boleh mudah diubah sekiranya dirotan.

Daripada 27 kajian yang telah dilakukan, ia menunjukkan bahawa anak-anak yang dirotan ini akan cenderung untuk menjadi lebih agresif berbanding sebelumnya. Ini kerana apabila dihukum dengan cara yang kasar, mereka akan berasa malu, marah dan sedih sekali gus menyebabkan mereka cenderung menjadi lebih agresif.

Memahami psikologi

Persoalan yang timbul, apakah bentuk hukuman yang terbaik bagi mendidik anak-anak? Walaupun semua ibu bapa mempunyai niat yang murni bagi mendisiplinkan anak-anak mereka, pada masa yang sama keperluan memahami psikologi anak-anak ini perlu juga diperhatikan.

Sekiranya setiap kali anak melakukan kesalahan, hukuman yang menyakitkan tidak mengubah perilaku mereka, ada baiknya hukuman yang sama tidak diulangi.

Lantaran itu, dalam psikologi, selain hukuman yang dianggap sebagai bentuk 'peneguhan negatif', ibu bapa juga sewajarnya lebih memfokuskan kepada 'peneguhan positif'.

Contohnya, jika anak-anak ini menyempurnakan solat sebanyak lima kali sehari atau menyiapkan kerja sekolah seperti yang ditetapkan, mereka wajar diberikan penghargaan berupa ganjaran atau pujian.

Ia boleh diberikan dengan cara memberikan mereka 'markah terkumpul' yang boleh ditukarkan dengan hadiah tertentu.

Daripada hanya memberikan mereka hukuman yang menyakitkan bagi setiap kesalahan, adalah lebih baik memberikan mereka ganjaran sekiranya melakukan sesuatu yang kita harapkan.

Semua ini pada akhirnya bertujuan untuk membentuk nilai mulia dalam diri mereka. Kita, sebagai ibu bapa atau guru sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak kita.

Kempen makan secara sihat MBG

Posted:

Kempen makan secara sihat MBG

Kempen makan secara sihat MBG


CHEF YEE (tengah) bersama Pengurus Pemasaran MBG, Thomas Lee (kanan) dan Eksekutif Pemasaran MBG, Jess Tee ketika melancarkan kempen MBG Golden Ho7se Bonanza baru-baru ini.


MERAIKAN Tahun Baru 2014 pasti menyeronokkan dengan menikmati pelbagai sajian enak. Namun, di sebalik keterujaan ini, jangan lupa untuk menjaga diet anda kerana makan secara berlebihan boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan diri.

Malah, baru-baru ini Malaysia dilaporkan menduduki senarai teratas masalah obesiti dan diabetes di Asia Tenggara dan tempat ke-6 di rantau Asia Pasifik. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, terdapat kira-kira tiga juta rakyat negara ini yang obes dan bilangannya semakin meningkat.

Justeru, kata-kata hikmat 'mencegah lebih baik daripada mengubati' dan 'biarkan makanan menjadi penawar' memberi inspirasi kepada Money Back Guarantee Fruits Sdn. Bhd. (MBG) untuk melancarkan kempen MBG Golden Ho7se Bonanza.

Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee berkata, ini merupakan masa sempurna untuk memikirkan tentang makanan sihat dan menjadikan buah-buahan dan sayuran sebagai asas dalam setiap resipi.

"Buah-buahan adalah makanan serba guna dan amat sihat. Ia boleh disesuaikan dengan apa jua jenis sajian termasuk dalam resipi tradisional Tahun Baru Cina.

"Makanan dan kudapan suatu perayaan seperti kuih bakul, serunding daging, kuih badam dan nasi pulut memang sukar untuk ditolak apabila kita menghadiri rumah terbuka, tetapi semua makanan ini mengandungi banyak lemak dan memberi kesan buruk kepada kesihatan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Oleh itu, tambah beliau, kita perlu bijak memilih dan makan dengan sederhana. Lebih baik lagi, menggantikan makanan tertentu dengan buah-buahan untuk menjadikannya hidangan musim perayaan yang lebih sihat.

Menurut Adnan, kempen MBG Golden Ho7se Bonanza ini telah berlangsung sejak 6 Januari lalu dan akan berakhir pada 9 Februari ini.


BUAH-BUAHAN segar boleh digunakan untuk menghasilkan resipi yang lebih sihat dan berkhasiat.


Diet buah-buahan

Program ini merupakan kempen makan secara sihat untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil buah-buahan sebagai sebahagian daripada diet mereka.

"Tema kempen ini mengandungi huruf 'r' terbalik untuk menunjukkan jumlah nombor 2014 dan menggambarkan kedudukan kuda dalam kitaran kalendar Cina. MBG juga berharap angka 7 yang melambangkan tuah dalam adat resam Cina akan membawa kemakmuran, kesihatan dan segala kebaikan kepada rakyat Malaysia.

"Sempena musim perayaan ini juga, pastikan anda makan sekurang-kurangnya lima hidangan sayuran dan buah-buahan setiap hari. Buah-buahan ini sebaiknya diambil sebelum makan untuk memastikan kita tidak makan secara berlebihan. Namun jika diambil selepas makan, ia akan membantu proses penghadaman," nasihat beliau.

Tambahnya, gunakan kreativiti anda untuk menggunakan buah-buahan ini sebagai bahan masakan atau sekurang-kurangnya sebagai pencuci mulut.

Menurut Chef Christopher Yee dari Restoran Perancis Top Shelf, rakyat Malaysia boleh menerapkan penggunaan buah-buahan segar dalam sajian kegemaran sempena Tahun Baru Cina.

"Kita hanya memerlukan sedikit kreativiti dan sedikit keupayaan untuk bermain dengan rasa, tekstur dan warna buah-buahan untuk menambah kelazatan dan persembahan sajian," katanya yang telah menyediakan beberapa resipi istimewa bersama MBG.

Pada masa yang sama, MBG turut menganjurkan promosi buah-buahan di semua cawangannya. Pelanggan hanya perlu menjawab satu soalan mudah tentang resipi Chef Yee untuk merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti peranti terkini dan bakul buah-buahan MBG.

Orang ramai juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan MBG untuk membawa pulang resipi Chef Yee pada penanda buku sebagai kenangan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Kecekalan seorang CEO wanita

Posted:

Kecekalan seorang CEO wanita

Kecekalan seorang CEO wanita

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

"JANGAN buat pada orang apa yang kita tidak mahu orang buat pada kita." Itu falsafah hidup yang menjadi pegangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim dalam menjalani kehidupan harian.

Menurut Hafsah, setiap apa yang dilakukan, sama ada dalam konteks kerjaya atau rutin seharian, harus mempunyai matlamat dan fokus yang jelas.

"Allah memberi masa 24 jam sehari kepada manusia. Tiada yang mendapat lebih atau kurang. Jadi, ia bergantung kepada sejauh mana kita menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya untuk keluarga mahupun kerjaya," ungkap anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu dalam satu temu bual eksklusif bersama Kosmo! baru-baru ini.

Mengetuai SME Corp yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) sejak 21 Ogos 2009, Hafsah berjaya membuktikan bahawa wanita juga mempunyai kemahiran memimpin yang tinggi.

Persepsi masyarakat

Namun, wanita berusia 56 tahun ini mengakui ketika zaman sekolah beliau langsung tidak terfikir untuk berada pada tahap seperti yang dikecapi hari ini.

"Jujurnya, sewaktu remaja saya memang tidak memikirkan apa-apa mengenai kerjaya yang akan dipilih. Tambahan pula, dahulu persepsi masyarakat diukur terhadap kejayaan anak-anak yang bergelar doktor, arkitek dan sebagainya.


HAFSAH sentiasa menasihatkan kakitangan SME Corp agar melakukan tugas dengan hati yang ikhlas untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.


"Saya masih ingat apabila habis belajar dan beraya di kampung, orang akan bertanya kerja di mana. Bila saya jawab kerja kerajaan, mereka terus menganggapnya ia satu kerjaya yang hebat. Itulah persepsi kejayaan bagi orang tua dulu-dulu," imbau Hafsah mengenai masa lampaunya.

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer dari Universiti Sains Malaysia (USM), Hafsah bertuah kerana sebaik tamat peperiksaan semester akhir, beliau terus diminta melapor diri di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai pegawai sementara pada tahun 1982.

Selepas sesi temu duga, beliau kemudian ditempatkan di Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Maka, di situlah bermulanya kariernya dalam sektor perkhidmatan awam.

"Bagi saya, ilmu yang diperoleh di universiti boleh menjadikan kita pegawai yang efektif atau sebaliknya. Alhamdulillah, saya dapat mempraktikkan ilmu tersebut untuk membantu membangunkan industri kelapa sawit sebagai satu perusahaan utama negara.

"Walaupun saya dari latar belakang saintifik dan tidak pernah belajar mengenai bidang ekonomi, tetapi saya mengaitkan diri dalam konteks memberi input yang bernas. Ketika itu, isu yang paling hangat ialah bagaimana untuk menjana diesel daripada kelapa sawit," katanya.

Beliau menambah, jadi, saya ditugaskan untuk membuat pelan perintis yang bernilai RM10 juta dan beberapa tugas lain.


HAFSAH (kanan) bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua dari kanan) dalam satu majlis rasmi pada tahun lalu.


"Ia merupakan satu pengalaman bermakna untuk saya selaku pegawai baharu dan masih muda ketika itu. Ini kerana saya berpeluang berinteraksi terus dengan menteri bagi menerangkan tentang projek tersebut," ujar Hafsah yang berbesar hati kerana diberi peluang dalam merangka dasar negara pada ketika itu.

Pembangunan PKS

Ternyata putaran masa yang berlalu begitu pantas memberi pelbagai warna dalam kehidupan Hafsah. Tanpa sedar, sudah 30 tahun ibu kepada tiga cahaya mata itu memberi khidmat yang jitu pada kerajaan.

Selepas berkhidmat dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi selama enam tahun, Hafsah ditukarkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (enam tahun) dan kemudian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari tahun 1995 sehingga 1996.

Akhirnya, beliau dipinjamkan ke Smidec pada tahun 1996 sebelum ia bertukar nama kepada SME Corp. pada Ogos 2009.

Hingga kini, sudah hampir 18 tahun Hafsah menabur bakti di SME Corp yang bertanggungjawab membangunkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan agar menjadi lebih kompetitif dalam menangani krisis ekonomi.

Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi beliau dalam menyumbang terhadap pembangunan industri, Hafsah memberitahu, dalam aspek profesional, ia tidak menjadi satu masalah buatnya.

"Ini kerana, gender bukan satu halangan untuk seseorang itu menunjukkan kemampuannya. Malah, saya bersyukur kerana kerajaan tidak memandang rendah pada kemampuan wanita, sebaliknya melihat pada kualiti kerja yang dipamerkan.


KREDIBILITI Hafsah sebagai pemimpin agensi besar seperti SME Corp membuktikan wanita juga mampu memberi sumbangan besar terhadap pembangunan negara.


"Cuma, sebagai seorang pegawai muda dan baru berumahtangga serta mempunyai anak-anak yang masih kecil, ia antara cabaran besar buat saya. Tetapi, jika kita tahu menggunakan masa dengan baik, saya percaya seorang wanita mampu memberikan fokus di pejabat dan kepada keluarga apabila di rumah," tuturnya.

Dalam usaha untuk memastikan agensi yang dipimpinnya sentiasa dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat, beliau sentiasa memberi motivasi kepada pegawai bawahannya agar memainkan peranan untuk menunaikan amanah yang terpikul di bahu.

"Objektif penubuhan kami adalah untuk membantu para usahawan meraih kejayaan sekali gus mendorong kepada peningkatan ekonomi negara.

"Justeru, setiap kakitangan perlu ikhlas dalam memberikan khidmat bakti mereka agar matlamat yang ditetapkan dapat dicapai. Jika sifat ikhlas sentiasa tertanam dalam diri, barulah kita akan memperoleh kepuasan dalam kerjaya dan pada organisasi," tegas wanita yang gemar membaca ini lagi.

Ekspo Gajet Rahsia Doraemon

Posted:

Ekspo Gajet Rahsia Doraemon

Ekspo Gajet Rahsia Doraemon

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
diyanatul.atiqah@kosmo.com.my


ASAL USUL Doraemon turut didedahkan dalam Ekspo 100 Gajet Rahsia Doraemon yang merupakan pameran sulung seumpamanya di Asia Tenggara.


SIAPA yang tidak mengenali watak seekor kucing robot berwarna biru yang berkawan dengan seorang budak lelaki bernama Nobita dalam komik manga hasil nukilan Fujiko Fujio, Doraemon.

Pengembaraan antara Doraemon, yang datang dari masa hadapan melalui sebuah mesin cahaya masa, bersama Nobita dan rakan-rakannya, ternyata menambat hati pembaca tanpa mengira batasan usia.

Sempena meraikan 100 tahun sebelum kelahiran Doraemon pada abad ke-22, Animation International (M) Sdn. Bhd. yang merupakan pemegang lesen utama Doraemon di Malaysia, mengadakan ekspo berkenaan karakter kegemaran ramai itu di Dewan Ekspo Viva Home, Kuala Lumpur.

Pengarahnya, Steve Chow berkata, pameran 100 Gajet Rahsia Doraemon yang turut memaparkan patung-patung karakter itu telah bermula sejak 14 Disember 2013 dan berlangsung sehingga 23 Mac depan.

"Ekspo ini diadakan selama empat bulan bagi memberi peluang secukupnya kepada peminat Doraemon melihat 100 jenis reaksi dan gajet mempesona kucing robot kesayangan mereka.

"Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang mendalami dunia Doraemon melalui kewujudan semula babak dan lokasi menarik yang sering dipaparkan dalam siri komik dan animasi televisyen seperti taman permainan dan kediaman Nobita," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Chow menambah, pihaknya juga mengadakan pelbagai permainan karnival dan konsert menarik bagi kegembiraan seisi keluarga.

Tarik negara jiran

Menurut beliau, ekspo tersebut juga diadakan bagi memeriahkan lagi acara promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).

"Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang mengadakan pameran Doreamon dan kami berharap ekspo ini berjaya menarik peminat karakter tersebut dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina.

"Ini sekaligus memeriahkan lagi TMM 2014," ujarnya sambil memaklumkan ekspo juga mendapat sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Sekretariat TMM 2014.


PENGUNJUNG berpeluang merasai suasana kejiranan Doraemon seperti yang digambarkan dalam komik dan siri animasi televisyen popular itu.


Dalam pada itu, beliau turut berharap ekspo tersebut dapat mewujudkan suasana gembira sesama pengunjung yang mempunyai minat terhadap komik yang sama.

Menurut Ma Ka Man, 26, dia dan lima rakannya yang lain datang dari Pahang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan 100 karakter kegemaran mereka itu.

"Sebaik sahaja saya dan rakan-rakan melangkah masuk ke dalam ruang ekspo ini, apa yang paling mengujakan kami adalah dapat merakamkan kenangan manis bersama dengan 100 patung Doremon dan mengimbau kembali setiap babak dalam episod ditonton.

"Saya juga ada mengumpul cakera video digital (DVD) filem Doraemon sejak di bangku sekolah lagi. Sehingga kini saya mempunyai kira-kira 50 buah koleksi cerita pengembaraan Doraemon dan rakan-rakannya," katanya.

Bagi si cilik, Darren Goh Qi Huan, 10, dia sangat teruja apabila dibawa oleh keluarganya ke ekspo berkenaan.

Darren memberitahu, dia meminati watak Doraemon sejak berusia 7 tahun dan mengumpul berbelas-belas buku komik serta koleksi lain yang berkaitan karakter popular itu seperti DVD.

Selain mempamerkan 100 koleksi patung Doraemon bersaiz manusia, antara 100 buah gajet ikonik karakter itu yang disediakan kepada pengunjung adalah lampu suluh ajaib, pintu suka hati dan buluh terbang.

Cenderamata eksklusif

Terdahulu, ekspo tersebut telah diadakan di Hong Kong, Beijing dan Taiwan.

Mengulas lebih lanjut mengenai ekspo berkenaan, Chow memberitahu pusat pameran itu turut menyediakan kedai cenderamata untuk para pengunjung.

Antara cenderamata yang dijual termasuk patung, rantai kunci, bantal, pakaian kanak-kanak, lampu, kasut dan pelbagai barang hiasan berkaitan Doraemon yang ditawarkan pada harga serendah RM2.90 sehingga RM499.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket ekspo di laman web MYTicket Malaysia atau www.my.ticket.my pada harga RM25 untuk dewasa dan RM15 kanak-kanak.

Tiket juga boleh diperoleh di 100 buah stesen minyak BHP di seluruh negara atau kaunter khas di Viva Home. Bagi kanak-kanak berumur tiga tahun ke bawah serta warga emas, kemasukan adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.100Doraemon.com.

Mencari rumah kekal abadi

Posted:

Mencari rumah kekal abadi

Mencari rumah kekal abadi

UMAT Islam perlu berusaha untuk meraih kejayaan di akhirat dengan melakukan amal kebaikan ketika di dunia.


PINTU boleh dibuka dan dikatup. Bila membuka pintu kerana mahu meninggalkan rumah, mata menoleh ke belakang berniat mahu memastikan ia terkunci. Malah, beberapa kali kita mencuba semula sama ada ia masih boleh dibuka. Aneh, meskipun baru sekejap tadi kita tahu bahawa anak kunci rumah baru dicabut.

Pintu mahu dikatup, rumah mahu dikunci. Barangkali ada sesuatu di dalam rumah menyebabkan kita mahu ia selamat. Ada ketika kita masih terfikir, 'berkuncikah rumah?'

Perasaan was-was muncul dan boleh menimbulkan kebimbangan yang tidak sepatutnya. Bila pulang, kita mencari-cari anak kunci daripada gugusan yang ada. Ada masanya sekali pilih tetapi acap kali berulangkali. Dan selama bertahun-tahun ia begitu.

Ramai yang tidak mahu belajar bagaimana mahu membuka pintu dengan sekali memilih anak kunci. Ia kelihatan tidak terlalu mustahak kerana akhirnya pintu akan terbuka.

Selain itu, ada masanya kita melihat pencarian anak kunci ini sebagai satu rutin yang mahu dilalui tanpa sebab. Barangkali kerana rutinnya semenjak kita memegang anak kunci tersebut.

Pintu dan rumah itu milik kita. Ada perjanjian dan hak milik. Sekurang-kurangnya ketika hayat di dunia. Namun sampai masa, apabila roh dan jasad bersatu kembali setelah berpisah dan mencari-cari rumah baru tetapi terhalang. Ia bukan rumah biasa yang dikenali.

Hanya ada rumah kekal abadi namun kuncinya tiada di tangan. Tuan Rumah menyebut melalui surah al-A'raaf, ayat 40 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan."

Rumah kekal abadi sudah tersedia. Kuncinya perlu dicari. Ia ada dalam diri. Namun manusia tidak mahu belajar seumpama mencari satu anak kunci daripada segugus yang banyak.

Sikap manusia

Hakikatnya, pintu rumah yang kekal abadi sudah tersedia dan ia dinyatakan oleh Allah SWT melalui surah Shaad, ayat 49-50 yang bermaksud:

"Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka."

Rumah terdapat dalam pelbagai bentuk. Pintu yang terpasang pada ruangnya sepadan dengan rumah yang dibina. Ada pintu cermin, kayu jati, aluminium dan pelbagai lagi. Ia mengikut kemampuan tuan punya rumah.

Namun fungsi pintu tetap seragam iaitu untuk keluar masuk.

Jika rumah itu ibarat diri, maka melalui pintu itulah diri mampu melihat dari dalam dan luar. Namun, melihat sahaja tidak mencukupi. Ia perlu dikatup kemas bila mahu meninggalkan rumah dan mudah dibuka apabila pulang semula.

Tidak. Kita tidak mahu menunggu unta memasuki lubang jarum untuk dibenarkan kembali ke rumah yang kekal abadi. Ia sindiran daripada Allah SWT yang sangat menyesakkan dada bagi mereka yang mahu berfikir. Malah sifat angkuh dan sombong manusia di dunia bakal menjadikan mereka begitu.

PINTU berfungsi sebagai laluan keluar dan masuk penghuni di dunia ini.


Pencarian

Hakikatnya, pencarian kunci kepada rumah kekal abadi tidaklah terlalu sukar. Kaedahnya telah dinyatakan secara jelas. Misalnya, jika kita teragak untuk mendiami rumah di syurga Firdaus, Allah SWT telah memberi garis panduannya melalui surah al-Mu'minun, ayat 1 hingga 11 yang bermaksud:

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersih hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu) dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

"Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Mereka akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya."

Bayangan keadaan rumah di sini sungguh mempesonakan. Misalnya, ia telah dinyatakan terdapat sungai-sungai yang mengalir di bawahnya.

Sesungguhnya setiap kali kita diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan, maka kita akan berkata, 'inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan kami diberikan rezeki yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya)'.

Malah pasangan kita di rumah yang kekal abadi yang sentiasa bersih suci serta tidak sekali-kali mempunyai perasaan cemburu, khianat dan dengki. Ia kehidupan kekal selama-lamanya.

Begitulah. Kunci rumah di sana hanyalah bayangan semata. Ia tidak perlu dipegang daripada segugus kunci yang banyak.

Kita tidak perlu menoleh ke belakang setiap kali meninggalkan rumah tersebut. Saya fikir ia sentiasa terbuka dan terdedah dengan tiada siapa yang mempedulikannya. Masing-masing sudah mempunyai rumah sendiri yang terbaik.

Jumpa lagi minggu hadapan. Moga damai di hati.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved