Selasa, 21 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bermain kaedah terbaik rangsang minda

Posted:

Bermain kaedah terbaik rangsang minda

Bermain kaedah terbaik rangsang minda

TEPAT pukul 7.30 pagi, Fazila Ali, 22, bersama tiga guru terapi di Taska Anak Istimewa Sindrom Down (Anisd), menerima kunjungan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke taska tersebut.

Fazila memulakan sesi pengajaran dengan aktiviti audio visual sebagai langkah awal untuk menarik minat lapan orang anak-anak sindrom Down melakukan aktiviti seterusnya sepanjang hari. Melalui aktiviti itu, dia memasang lagu kanak-kanak dan kartun Upin dan Ipin yang berjaya mencuri tumpuan mereka.

Usai tamat aktiviti itu pada pukul 9 pagi, Fazila memulakan aktiviti oral motor. Kesemua lapan orang anak-anak istimewa itu wajib melakukan aktiviti itu kerana ia merupakan langkah terbaik untuk tubuh badan mereka.

"Oral motor merupakan teknik urutan untuk bayi sindrom Down yang baru lahir hingga tiga tahun. Urutan ini dilakukan pada mulut, kaki dan tangan bayi. Menerusi urutan ini, ia memberi rangsangan otot pada ketiga-tiga bahagian tersebut," ujar Fazila yang juga merupakan penyelia Taska Anisd.

Kepada yang tidak didedahkan dengan teknik urutan itu pasti menganggap ia merupakan pendekatan yang kasar kepada bayi. Sekiranya bayi itu sudah biasa dengan urutan itu, mereka akan sentiasa tersenyum sebagai tanda selesa.

Selain itu, urutan bercorak dengan melakukan pergerakan tengkuk dan kaki juga mampu memberi kekuatan pada bahagian tersebut.


KAEDAH terapi yang betul akan membantu kecergasan mental dan fizikal anak-anak sindrom Down.


Taska Anisd merupakan satu-satunya pusat penjagaan bayi dan kanak-kanak sindrom Down di Malaysia di bawah kendalian Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) yang mendapat geran dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Beroperasi sejak 1 Julai lalu, seramai lapan orang bayi dan kanak-kanak sindrom Down yang berusia kurang setahun hingga tujuh tahun mendapat khidmat di taska tersebut.

Taska merupakan sebuah pusat awal untuk menempatkan anak-anak istimewa sebelum mereka memasuki alam persekolahan kelak. Di taska Anisd, pihak pengurusan menerapkan dua konsep utama iaitu terapi cara kerja dan fisioterapi. Ia merupakan antara elemen yang penting untuk tumbesaran anak-anak istimewa.

Menurut Fazila, aktiviti bermain pelbagai permainan merupakan kaedah terbaik untuk mengajar mengenai pengetahuan asas kepada mereka.

"Anak-anak istimewa mempunyai kesukaran untuk fokus dalam melakukan sesuatu perkara. Kami menggunakan permainan manik dan benang. Melalui permainan itu, mereka cuba memasukkan manik ke dalam benang. Ia juga merupakan kaedah dalam mendidik mereka agar lebih memberi perhatian dan tumpuan dalam melakukan sesuatu perkara.

"Kadangkala, anak-anak istimewa ini sukar mengikut arahan ibu bapa atau guru di sini. Melalui permainan yang disediakan di taska ini, ia merupakan cara terbaik untuk merangsang minda mereka dengan keadaan persekitaran," ujar graduan Diploma Terapi Cara kerja, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam, Selangor itu.

Tingkat kesedaran

Objektif utama penubuhan taska tersebut ialah untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman ibu bapa dan penjaga terhadap anak-anak sindrom Down.

Selain itu, pihak pengurusan taska juga menitikberatkan kemahiran asas kehidupan iaitu menulis, membaca dan mengira melalui aktiviti harian.

KELENGKAPAN dan latihan fisioterapi merupakan komponen penting dalam membantu anak-anak istimewa untuk berjalan.


Seorang ibu yang menghantar anaknya di Taska Anisd, Zuraini Ismail, 44, memberitahu, perkembangan fizikal anak bongsunya, Muhammad Danish Akmal Aisham, 3, semakin baik sejak dihantar ke taska tersebut empat bulan lalu.

Menurutnya, pengisian jadual yang padat setiap hari memberi peluang kepada Muhammad Danish untuk melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

"Di rumah, Muhammad Danish tidak didedahkan dengan aktiviti yang sesuai dengannya. Sekiranya tiada aktiviti, anak saya hanya duduk termenung. Saya dapat melihat Muhammad Danish lebih aktif dan berkebolehan untuk menyebut perkataan yang mudah. Bagi saya, terapi pertuturan di taska ini banyak membantunya untuk bercakap.

"Muhammad Danish juga berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan anak-anak istimewa yang lain. Pihak taska juga banyak memberi saranan dan panduan yang ternyata membantu ibu bapa agar lebih memahami kehidupan anak sindrom Down," ujar penjawat awam di sebuah kementerian di Putrajaya itu.

Menceritakan pengalaman menjaga anak kesayangannya itu, Zuraini pernah bercuti separuh gaji selama enam bulan untuk menjaga anaknya itu.

Menurutnya, Muhammad Danish ketika itu berusia setahun enam bulan. Sifat fizikal anak-anak sindrom Down sememangnya mengalami kelewatan tumbesaran. Ketika itu, anaknya masih belum berkeupayaan berjalan.

"Sepanjang enam bulan bercuti, saya menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menjaga Muhammad Danish. Ketika itu, saya turut mendaftar sebagai ahli dalam PSDM. Keahlian saya dalam PSDM memberi peluang untuk saya mengumpul maklumat mengenai kaedah penjagaan anak sindrom Down. Dengan izin Allah SWT, Muhammad Danish berupaya untuk berjalan ketika berusia dua tahun," ujarnya.

Tambah ibu kepada empat orang cahaya mata itu, dia amat yakin bahawa kemampuan guru terapi dan jadual aktiviti di Taska Anisd itu mampu membantu perkembangan minda dan fizikal anak-anak istimewa ketika tidak berada di bawah pengawasan ibu bapa.

Guru terapi juga membantu kemahiran motor kasar dan halus fizikal serta minda anak-anak sindrom Down. Otot anak sindrom Down lebih lemah dan lembik jika dibandingkan dengan individu normal.


SETIAP ruang di taska memudahkan anak-anak istimewa untuk melakukan aktiviti harian mereka dengan dibantu oleh guru terapi.


Kemahiran motor

Sehubungan itu, kemahiran motor kasar dan halus merupakan cara terbaik untuk menguatkan otot-otot mereka. Kemahiran otot kasar terbahagi kepada aktiviti yang menguatkan otot serta berkemampuan melakukan pergerakan merangkak, berjalan, melompat berlari dan menendang tanpa bantuan.

Kemahiran motor halus pula bertujuan untuk menguatkan otot-otot jari yang membantu agar anak-anak sindrom Down dapat memegang, menulis dan mengepit sesuatu barangan dengan sendiri.

Sementara itu, seorang ibu kepada anak sindrom Down yang kini berumur 18 tahun, Teng Irene, 59, berkongsi pendapat, taska Anisd merupakan tempat yang sesuai bagi ibu bapa bekerjaya untuk meninggalkan anak mereka sewaktu bekerja.

Menurutnya, kaedah terapi cara kerja dan fisioterapi merupakan langkah terbaik untuk membantu perkembangan fizikal dan minda anak-anak sindrom Down.

"Jika dibandingkan dengan masa dahulu, pusat penjagaan anak-anak sindrom tidak menekankan dua aspek ini. Fisioterapi merupakan cara terbaik untuk merangsang peraran darah anak-anak istimewa ini. Melalui cara itu, mereka mudah untuk mengadaptasi setiap perkara yang diajar dalam terapi cara kerja.

"Semasa saya menjaga anak saya, Lim Zir Ren sewaktu dia masih bayi, pihak hospital mahupun doktor tidak memberi maklumat lengkap mengenai terapi cara kerja dan fisioterapi. Sebagai ibu bapa, kita perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk membantu tumbesaran anak istimewa. Ibu bapa juga tidak seharusnya hanya bergantung kepada pihak taska semata-mata," ujarnya yang kini menetap di Kepong, Kuala Lumpur.

Anak istimewa penghibur keluarga

Posted:

Anak istimewa penghibur keluarga

Anak istimewa penghibur keluarga


ANAK-ANAK sindrom Down seharusnya memerlukan perhatian dan penjagaan rapi daripada ibu bapa. - Gambar Hiasan.


KELAHIRAN Sheila Shahira Mohamed Hamidi, 13 tahun lalu ternyata membuka lembaran baharu dalam kehidupan Mohamed Hamidi Mohamed, 50, dan Sazila Salim, 49. Hasil perkahwinan selama lebih 20 tahun, mereka dikurniakan seramai lima orang anak.

Namun, Sheila Shahira, 13, ternyata berbeza dengan seorang abang dan tiga kakaknya. Tidak diminta untuk dilahirkan sebagai sindrom Down atau anak istimewa, Sheila Shahira dianggap sebagai penghibur dalam keluarganya tidak kira suka atau duka.

Pulang dari sekolah, Sheila Shahira atau lebih mesra disapa dengan panggilan Dikya gemar menonton televisyen. Dia mudah mengikut apa yang ditayangkan di kaca televisyen terutamanya bait-bait lirik lagu dalam siri kartun atau artis tempatan mahupun antarabangsa.

"Penjagaan Sheila Shahira tidak sama seperti menjaga abang dan kakaknya sewaktu mereka kecil. Saya dan suami perlu memberi lebih tumpuan terhadapnya. Kulit yang membaluti tubuh selembut hatinya. Dia mudah tersentuh sekiranya saya menegur sesuatu kesalahan yang dilakukan. Tetapi dia juga cepat melupakan sesuatu perkara negatif," tutur Sazila ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Presint 15H, Putrajaya baru-baru ini.

Proses pembelajaran

Cerita Sazila, ketika Sheila Shahira dilahirkan sehingga berusia empat tahun, dia dan suami menghantar anaknya itu ke Hospital Selayang, Selangor untuk menjalani latihan terapi cara kerja dan fisioterapi.

Banyak perkara yang dapat dipelajari daripada proses pembelajaran itu dan mereka juga dapat melihat perkembangan fizikal Sheila Shahira juga sejajar dengan usianya.

"Ketika dia berusia 10 bulan, pihak hospital memberitahu, pemikirannya masih berada di tahap bayi empat bulan. Melalui rujukan doktor dan pembacaan di internet serta buku mengenai sindrom Down, kami mendapati ia merupakan fasa normal bagi anak-anak istimewa.

"Keluarga memainkan peranan utama dalam perkembangan mental dan fizikal Sheila Shahira. Suami saya menetapkan peraturan yang ketat untuk anak-anak. Tetapi, setiap peraturan dan larangan diselangi dengan sebab yang munasabah terutama untuk Sheila Shahira. Dia mudah mendengar arahan asalkan keluarga tahu mengambil hatinya," ujar penjawat awam di salah sebuah organisasi kerajaan itu.

SELAIN pembelajaran akademik, Sheila Shahira juga sering menyertai acara-acara sukaneka yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk anak-anak istimewa.


Tambah Sazila, ada dalam kalangan rakan-rakannya yang menyorokkan anak-anak sindrom Down kerana malu untuk berdepan dengan masyarakat.

"Bagi saya, ibu bapa tidak seharusnya malu dengan kelahiran anak-anak istimewa ini. Ibu bapa perlu menjaga amanah Allah SWT tidak kira sama ada normal atau istimewa. Hanya keluarga terpilih sahaja yang diberi kurniaan anak istimewa ini," tuturnya.

Penyusuan susu ibu

Berkongsi panduan penjagaan bayi sindrom Down sewaktu kecil, Pakar Perunding Otorinolaringologi (kajian tentang penyakit telinga, hidung dan kerongkong), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Asma Abdullah memberitahu, penyusuan susu ibu merupakan antara langkah intervensi awal untuk anak-anak sindrom Down selepas dilahirkan.

"Melalui teknik penyusuan susu ibu, ia membantu oral motor bayi sindrom Down berfungsi dengan baik. Bayi tidak akan mengalami masalah air liur meleleh sekiranya teknik penyusuan ibu diberikan kepada anak-anak sindrom Down. Bayi akan mengawal otot mulut dan pipi sewaktu proses tersebut sekali gus memperoleh khasiat penuh susu ibu.

"Ibu juga perlu melakukan stimulasi tulang belakang iaitu urutan pada bahagian tulang belakang anak-anak sindrom. Urutan itu berupaya menguatkan otot leher dan tulang belakang bayi," jelasnya ketika ditemui Kosmo!.

Tambahnya, anak-anak sindrom Down juga mempunyai masalah lambat untuk bertutur yang mempunyai kaitan dengan pendengaran mereka.

"Kebanyakan anak-anak sindrom Down mempunyai masalah kehilangan pendengaran konduktif iaitu cecair di dalam telinga tengah. Cecair itu boleh dikeluarkan dengan pembedahan. Tetapi ia ternyata lebih sukar kerana fitrah anak-anak istimewa ini mempunyai lubang telinga yang kecil. Sebaiknya, mereka perlu memakai alat bantuan pendengaran.

"Kebiasaannya, apabila anak-anak ini sudah dapat mendengar, mereka akan mudah untuk bertutur. Sekiranya perkembangan pertuturan dan pendengaran tidak selari, sila rujuk pakar-pakar di hospital dengan segera," ujarnya. - MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Kes culik resahkan ibu bapa di China

Posted:

Kes culik resahkan ibu bapa di China

Kes culik resahkan ibu bapa di China


PERNAH kehilangan anak kandungnya, Jinxiu kini membantu keluarga yang mengalami masalah sama.


SELAMA 17 tahun, dia mencari anak lelakinya yang diculik, sehingga sanggup mengorbankan perkahwinan dan keluarga. Ironinya, selepas kedua-duanya bertemu semula, anak yang sudah dewasa memilih untuk tinggal berasingan.

Kini, Ye Jinxiu hidup terbiar dan kembali bersendirian. Dia berkeliaran di jalan-jalan sekitar Fuzhou yang terletak di timur laut China sambil menghamparkan kanvas yang dipenuhi kepingan gambar kanak-kanak.

Wanita berusia 59 tahun itu melakukan usaha murni dengan membantu ibu bapa yang kehilangan anak mereka.

Setiap tahun, dicatatkan berpuluh ribu kanak-kanak di China hilang yang hampir kesemuanya adalah lelaki. Kebanyakan mereka dijual secara domestik memandangkan negara itu mempunyai polisi seorang anak dalam satu keluarga.

Selain itu, kepercayaan tradisional yang mengutamakan anak lelaki dan sikap tidak peduli pihak berkuasa menjadi faktor peningkatan jumlah tersebut.

"Kehilangan anak lebih teruk daripada jantung yang ditarik keluar. Jika seseorang mengeluarkan organ itu, ia hanya sakit dalam beberapa saat dan akhirnya mati.

"Tetapi apabila kehilangan anak dan tidak menjumpainya kembali, perasaan sakit itu berlanjutan sehingga ke hari-hari seterusnya," ujar Jinxiu.

Pihak berkuasa negara Tembok Besar itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai jumlah tepat kanak-kanak yang hilang tetapi memberitahu, mereka telah menyelamatkan 24,000 orang sehingga Oktober 2013.

"Sejumlah besar kanak-kanak yang diculik adalah daripada keluarga miskin dan dijual kepada masyarakat kaya seperti di wilayah Fujian," ujar wartawan dari Beijing, Deng Fei. Dia menambah, ribuan kanak-kanak yang hilang dijual pada harga puluhan ribu yuan.

Mangsa-mangsa culik kebiasaannya tinggal bersama ahli keluarga lain memandangkan ibu bapa mereka berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

"Pihak polis menolak untuk membuka kes siasatan kerana peluang tipis untuk dijumpai semula. Kegagalan menyelesaikan kes itu akan merosakkan rekod pencapaian mereka. Terdapat juga sebahagian daripada mereka yang telah dirasuah oleh pembeli," ujar Deng Fei.

Antara faktor lain pemerdagangan kanak-kanak adalah dilakukan oleh individu yang dipercayai oleh ahli keluarga mangsa.


PENINGKATAN kes penculikan di China didalangi oleh satu sindiket pemerdagangan kanak-kanak.


Mahkamah

Menurut laporan media tempatan pada bulan Disember lalu, seorang doktor dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual tujuh orang bayi. Tertuduh melakukan kesalahan itu selepas meyakinkan ibu bapa mangsa untuk merawat anak mereka yang menghidap penyakit serius.

Dua bulan sebelum itu, sepasang ibu bapa di Shanghai menjual anak perempuan mereka untuk membeli telefon pintar, iPhone. Mereka memberi alasan kehidupan yang lebih baik bakal diterima oleh bayi tersebut jika bersama keluarga kaya.

Berbeza dengan kes dialami Yang Jing, 35, seorang ibu dari Sichuan, yang cuba mencari anaknya selepas dijual kepada keluarga kaya di Jiangsu oleh sang suami.

"Saya diberitahu, kes tersebut tidak dikategorikan sebagai penculikan kerana bayi 'diberikan' oleh suami saya," ujarnya.

Mengimbas detik sedih dalam hidup Jinxiu, dia menjelajah sehingga ke 10 wilayah untuk mencari anak lelakinya yang ketika itu berumur enam tahun pada tahun 1993.

Sepanjang pencarian itu, dia mengutip sampah, mencuci pinggan di restoran dan meminjam wang daripada ahli keluarganya untuk meneruskan hidup.

Dia hampir menemui ajal walaupun pernah dipujuk suaminya untuk berhenti mencari. Namun, dia enggan berhenti mencari menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Wanita itu mendakwa telah menjumpai rumah sindiket penculikan itu pada tahun 1995 tetapi pihak berkuasa hanya bertindak selepas bertahun-tahun didesak desakan.

Hanya pada tahun 2000, tiga orang lelaki dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan sedekad selepas itu, barulah pihak polis menemui semula anak lelaki Ye iaitu Lu Jianning.

Malam sebelum pertemuan antara kedua anak-beranak itu, Jinxiu mengakui tidak dapat tidur nyenyak. Namun, anaknya langsung tidak memeluk ibunya itu yang mencari lebih sedekad.

Jianning tinggal selama setahun bersama ibunya tetapi menghilangkan diri dan langsung tidak menghubungi Jinxiu.

"Saya tidak menyesal mencari dia. Terpulang kepada Jianning untuk menentukan perjalanan hidupnya," kongsi Jinxiu. Seperti hari-hari sebelumnya, dia terus memberikan helaian kertas mengandungi wajah-wajah kanak-kanak hilang.

Beberapa orang yang lalu-lalang berhenti untuk mengambil gambar dan maklumat tersebut. Antaranya, seorang lelaki dikenali sebagai Zhen.

Ekonomi

Dia menyalahkan pihak pemerintah kerana gagal membantu ekonomi penduduk kampung.

"Jika mereka tidak berpindah ke bandar, ramai ibu bapa mampu menjaga keluarga dan dapat mengurangkan masalah penculikan," tegasnya.

Kegigihan Jinxiu membawa kesan negatif kepada kesihatannya. Dia sering mengalami batuk berdarah dan penglihatannya semakin kabur. Malah, hutang keliling pinggang membuatkan dia takut untuk kembali ke kampungnya.

"Memikirkan kembali wajah-wajah comel kanak-kanak ini membuatkan hati saya hancur. Saya sudah menemui anak saya tetapi ramai lagi tidak mempunyai peluang yang sama. Ia menguatkan saya untuk tidak berhenti memberikan bantuan," luah Jinxiu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Pengangkutan awam masa depan

Posted:

Pengangkutan awam masa depan

Pengangkutan awam masa depan

Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK
sofiatul.wanchik@kosmo.com.my

SELAMA ini, lelaki berusia 68 tahun itu tidak pernah menaiki bas untuk bergerak ke mana-mana destinasi tempatan, sebaliknya lebih suka memandu sendiri sama ada menggunakan motosikal atau kereta.

"Jika ingin pergi ke luar Melaka, barulah saya menaiki bas," ujar Wong Kiang Yong, yang ditemani isterinya, Ho Han Jah.

Namun, bas elektrik pertama negara yang telah dilancarkan di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 6 Januari lalu oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menarik perhatian pasangan tersebut.

"Saya memang tidak biasa naik bas tetapi selepas membaca satu laporan akhbar mengenai ujian bas elektrik ini di terminal bas Melaka Sentral, saya dan isteri terpanggil untuk mencuba.

"Ternyata bas ini bergerak secara senyap dengan pemanduan yang lancar," jelas Kiang Yong.

Pasangan itu merupakan antara penumpang awal yang mencuba sistem pengangkutan bas elektrik pertama bernilai RM1.35 juta tersebut. Ia mula diuji untuk kegunaan orang ramai pada 8 Januari lalu.

Bas yang mempunyai kapasiti 50 penumpang iaitu 30 duduk dan 20 berdiri itu beroperasi bermula pagi hingga petang. Waktu perjalanan dilanjutkan sehingga ke malam pada hujung minggu atau mengikut keperluan.

Hasil projek usaha sama antara Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panorama Melaka) dengan syarikat AMDAC (M) Sdn. Bhd. (AMDAC) ini selari dengan usaha kerajaan negeri dalam merealisasikan dasar hijau di Melaka.

Ia dikenali sebagai Bas Elektrik Melaka telah direka dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Automotif BYD Berhad (BYD) dari Shenzhen, China.

Selain di Melaka, kenderaan sama telah memasuki pasaran Amerika Syarikat, Belanda, China, Hong Kong dan beberapa negara maju lain sejak tahun 2010.


PAKAR Teknikal Bas Elektrik, Zaharuddin Mokhtar menyentuhkan Kad Pengecas (Charging Card) untuk tujuan imbasan sebelum mengecas bateri perkhidmatan Bas Elektrik.


Ujian percubaan

Menurut Pemangku Pengurus Besar Panorama Melaka, Mohd. Saleh Jusman, bas tersebut akan melalui ujian percubaan operasi dan pengumpulan data kesesuaian selama tiga bulan.

"Sekiranya tidak ada apa-apa halangan dan masalah, kemungkinan bas yang telah diluluskan boleh mula beroperasi di Melaka pada bulan September ini," ujarnya ketika ditemui di Melaka Sentral baru-baru ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata, bas elektrik itu dijana oleh bateri ferum fosfat yang tidak mudah meletup apabila terdedah dengan kepanasan melampau.

"Bas ini juga dilengkapkan dengan sistem kawalan BMS untuk pemantauan voltan dan suhu bagi setiap bateri bagi tujuan keselamatan," katanya.

Buat peringkat percubaan setakat ini, hanya terdapat satu stesen pengecas bas elektrik terdapat di Melaka Sental. Masa yang diambil oleh bas yang mengandungi tiga bateri ini ialah lima jam bagi pengecasan penuh.

"Keupayaan bateri boleh menjana kuasa untuk bergerak lebih kurang 300 kilometer," ujarnya yang menyatakan jaminan ketahanan kadar efisien bateri ialah selama 16 tahun.

Menurut Saleh lagi, bas sistem diesel menggunakan minyak diesel yang bernilai RM170 sehari manakala bas elektrik melibatkan kos RM44.32 sehari iaitu 25 peratus daripada kos diesel.

Memandangkan bas tersebut menggunakan cas elektrik sepenuhnya, ia mampu memelihara alam sekitar daripada sebarang pencemaran.


JIN YONG menunjukkan cara alat keselamatan bas yang disediakan dalam Bas Elektrik untuk memecahkan tingkap cermin jika berlaku kecemasan.


"Faedah menggunakan bas elektrik ialah tiada pencemaran bunyi dan tidak ada penghasilan karbon yang menjurus kepada pencemaran udara," tambahnya yang menggesa penduduk Melaka mencuba bas yang tidak dikenakan tambang sepanjang tempoh percubaan itu.

Hal ini diperakui oleh Pengarah AMDAC, Lai Jin Yong, yang menyifatkan bahawa kos operasi bas itu lebih rendah daripada bas diesel kerana tidak memerlukan penyelenggaraan berkala yang melibatkan kos tinggi.

"Ini ditambah dengan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam bas ini seperti sistem televisyen litar tertutup di bahagian belakang bas dan cermin tingkap mudah pecah untuk kecemasan serta 11 laluan pintu kecemasan.

"Kami juga mengutamakan tempat duduk untuk orang kelainan upaya (OKU) dan mereka yang lebih memerlukan seperti wanita hamil dan warga emas. Tempat duduk mereka berwarna merah berbanding ungu untuk orang biasa," jelas Jin Yong yang turut memaklumkan bahawa terdapat 1,200 buah bas elektrik yang digunakan di seluruh dunia pada masa ini.

Keselesaan

Mengutamakan keselesaan para pengguna, bas yang tertera ayat 'Melaka Go Green' ini dilihat lebih senyap, bersih dan nyaman jauh berbanding bas diesel.

Sistem penyamanan udara pada bas ini berkuasa secara maksimum kerana digerakkan dengan sistem putaran motor dan tidak menggunakan piston. Ini membuatkan bas ini terasa dingin terutamanya pada waktu siang.

Bagi memberi keselesaan dan kesenangan golongan OKU dan warga emas, sistem suspensi hidraulik yang terdapat pada bas ini menyenangkan laluan masuk dan keluar golongan tersebut.


RUANG duduk khas untuk penumpang Orang Kurang Upaya turut disediakan.


Bas yang dianggap sebagai pengangkutan awam masa hadapan akan berjalan secara percuma selama tiga bulan. Ia melalui kawasan bersejarah dan tarikan pelancong di Bandar Hilir seperti Bangunan Stadhuys, Dataran Pahlawan, Bukit Senjuang, Mahkota Parade dan Kota Laksamana.

Lebih menggembirakan hati penduduk Melaka, Saleh menjelaskan bahawa bas yang menggunakan sistem elektrik sepenuhnya ini akan mengenakan tambang yang sama dengan bas diesel.

Menjelaskan tentang bas berukuran 12 meter panjang dan 2.5 meter lebar tersebut, beliau menjangkakan penggunaan bas ini akan lebih meluas untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang kerana memberikan kesan positif kepada negara.

Saleh menambah, pihaknya juga telah mengkaji beberapa laluan di sekitar bandar raya Melaka dan dijangka sebanyak lapan hingga 10 unit bas berkenaan akan digunakan sebagai peringkat permulaan apabila ia mula beroperasi kelak.

Fenomena ikan terdampar di pesisir

Posted:

Fenomena ikan terdampar di pesisir

Fenomena ikan terdampar di pesisir


SEEKOR anak ikan paus sirip sepanjang 12 meter yang masih hidup dijumpai terdampar di kawasan Pantai Kampung Kuala Tatau, Bintulu, Sarawak baru-baru ini.


SEJAK kebelakangan ini, fenomena hidupan laut terdampar di sekitar kawasan pantai peranginan sering terpampang di dada-dada. Bagi segelintir pihak, kejadian itu dilihat sebagai satu 'bahasa' alam yang mengatakan akan berlaku suatu bencana tidak lama lagi.

Pada Disember tahun lalu, negara telah dikejutkan dengan rakaman video yang tersebar luas di laman YouTube. Rakaman selama dua minit 15 saat itu memaparkan ribuan ikan tamban melompat-lompat naik ke darat seperti ketakutan.

Kejadian pelik di pesisir pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah pada 24 Disember lalu, kira-kira pukul 8 pagi itu telah mengubah warna landskap pantai kepada putih. Ia juga mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk kampung yang mendakwa bencana tsunami mungkin berlaku.

Keadaan dilihat bertambah buruk dengan perairan Sabah yang sememangnya terdedah dengan kemungkinan berlakunya bencana alam seperti tsunami. Namun begitu, pelbagai langkah awal telah diambil bagi mengelakkan kejadian itu berlaku, termasuk pemasangan tiga boya amaran tsunami di luar garis pinggir laut Malaysia.

Boya yang berperanan untuk memantau dan mengesan ancaman tsunami itu dipasang di Pulau Rondo, Pulau Layang-Layang dan Pulau Sipadan, Sabah merupakan antara komponen utama Sistem Amaran Awal Tsunami


IKAN paus ini mati terdampar di pantai selatan Bantul, Yogyakarta, Indonesia pada tahun 2012.


Kebangsaan (SAATNM). Sistem amaran yang dipasang kerajaan sebagai sistem amaran awal berikutan tragedi tsunami pada 26 Disember 2004 di Lautan Hindi yang melibatkan negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Maldives, Somalia, India dan Sri Lanka itu bertujuan memberi maklumat kepada pihak berkuasa meteorologi tentang gempa bumi yang berlaku di wilayah berhampiran Malaysia.

Menafikan

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Sabah menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya fenomena pelik di pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu itu sebagai petanda tsunami bakal berlaku.

Fenomena itu mencetuskan pesta ikan dalam kalangan penduduk setempat yang mengambil kesempatan mengaut rezeki tambahan untuk dibawa pulang.

Difahamkan ikan tamban amat popular dalam kalangan penduduk sekitar dan nelayan. Terdapat juga sebahagian besar ikan tersebut dijual di sekitar daerah tersebut pada harga antara RM3 hingga RM15 sekilogram.

Selang empat hari selepas kejadian tersebut, dalam satu laporan akhbar tempatan, berlaku penemuan bangkai hidupan laut bersaiz gergasi di kawasan peranginan Pasir Panjang yang terletak di Kampung Santubong, Sarawak.

Bangkai hidupan laut yang masih tidak diketahui spesiesnya itu mempunyai panjang lebih empat meter ditemui oleh pekerja resort di sana, Mohd. Hamzah Man pada pukul 7 pagi.

Difahamkan, bangkai hidupan laut itu yang hampir mereput itu telah dipukul ombak kuat ke tepi pantai.

Dalam pada itu, baru-baru ini juga digemparkan dengan penemuan seekor anak ikan paus yang masih hidup yang mempunyai panjang kira-kira 12 meter terdampar di Pantai Kampung Kuala Tatau, Bintulu, Sarawak.

Kehadiran ikan paus yang dipercayai jenis paus sirip itu disedari oleh penduduk yang tinggal berdekatan pantai berkenaan. Apa yang menyedihkan, ketika mamalia ini ditemui orang awam, beberapa bahagian kulitnya didapati menggelembung akibat terdedah dengan sinaran matahari dan terdapat kesan luka di badannya.


PENDUDUK tempatan berkumpul berdekatan dengan ikan paus yang ditemui di Kuala Penyu, Sabah dalam usaha membebaskannya semula ke pantai.


Petanda

Pengarah Institut Akuakultur Tropika, Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Emeritus Dr. Mohd. Azmi Ambak menolak dakwaan fenomena ikan terdampar di pantai yang berlaku baru-baru ini sebagai satu petanda berlakunya bencana alam.

"Kejadian pelik ini berlaku akibat pemakanan tanpa had organisma dalam air, plankton, yang merupakan sumber penting makanan bagi hidupan akuatik termasuk ikan tamban.

"Pengambilan tanpa had itu memberikan kesan toksin dalam organ hidupan laut tersebut semasa proses penapisan makanan. Ini secara tidak langsung telah mengganggu deria ikan tersebut dan menyebabkan mereka naik ke darat," jelasnya ketika dihubungi Infiniti baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azmi berkata, air pasang besar atau alunan ombak memberi kesan terhadap haiwan tersebut.

"Ia juga menyebabkan mamalia laut ini hilang panduan arah di laut dan terdampar di pantai. Apabila keadaan ini berlaku, haiwan tersebut sukar untuk kembali ke laut dan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan," ujarnya.

Berus gigi elektrik pertama di dunia

Posted:

Berus gigi elektrik pertama di dunia

Berus gigi elektrik pertama di dunia


BERUS gigi elektrik Kolibree berupaya mengesan jumlah karang gigi yang sedang dikeluarkan ketika memberus.


PAMERAN Pengguna Elektronik Antarabangsa (CES) yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat membuka tirainya baru-baru ini. Lambakan teknologi, peralatan elektronik dan komunikasi telah diperkenalkan kepada umum sepanjang pameran tersebut berlangsung.

Antaranya, berus gigi elektrik Kolibree yang pertama di dunia dihubungkan ke telefon pintar melalui sambungan bluetooth.

Pengasasnya, Loic Cessot mengumumkan, alat elektrik pintar berpangkalan di Perancis itu memberikan penjagaan gigi secara betul.

Berus gigi Kolibree dilengkapi sensor yang berupaya mengesan jumlah karang gigi ketika memberus. Selain itu, ia merekod setiap kali anda memberus dan secara tidak langsung pengguna boleh mengekalkan tahap pembersihan secara konsisten.

Tambah Cessot, peranti itu menyampaikan maklumat secara wayarles melalui aplikasi Android atau iOS di telefon pintar. Ia sangat berguna untuk ibu bapa yang mahu memantau aktiviti pembersihan gigi anak-anak.

"Apabila anda menggunakan berus gigi biasa anda sebenarnya tidak tahu apa yang dibersihkan," ujarnya. Aplikasi canggih itu membolehkan anda memberus secara menyeluruh termasuk di kawasan sukar dibersihkan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


72 kanak-kanak gembira terima peralatan sekolah

Posted:

72 kanak-kanak gembira terima peralatan sekolah

72 kanak-kanak gembira terima peralatan sekolah

SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak dari Pusat Jagaan Kesayangan Muntahanah, Taman Huda Murni dan Pusat Jagaan Kesayangan Rohaniah, Kota Bharu yang menerima sumbangan peralatan persekolahan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


GEMBIRA. Seramai 72 kanak-kanak yatim dan miskin dari Pusat Jagaan Kesayangan Muntahanah, Taman Huda Murni dan Pusat Jagaan Kesayangan Rohaniah, Kota Bharu menerima peralatan persekolahan sumbangan Hotel Renaissance di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Pengarah Kewangan Hotel Renaissance, Mujee Brahiman berkata, sumbangan tersebut merupakan projek tanggungjawab sosial korporat mereka iaitu 'Semangat Untuk Berkhidmat'.

"Projek itu antara lain meminta jasa baik pelanggan hotel menyumbangkan apa juga sumbangan kepada golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

"Hasilnya, kami dapat mengagihkan beberapa peralatan sekolah seperti beg sekolah, pakaian seragam, kasut dan alat tulis," katanya.

Mujee berkata, sumbangan itu diharapkan dapat memberi semangat kepada mereka belajar dengan lebih tekun lagi.

120 penyelam tanam terumbu karang

Posted:

120 penyelam tanam terumbu karang

120 penyelam tanam terumbu karang


MASIDI (empat dari kanan) dan Mohd. Shukor (enam dari kanan) bersama para penyelam LHDN dan TTS di Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.


TANGGUNGJAWAB. Seramai 120 penyelam menyertai aktiviti menurunkan peranti ke dasar laut bagi menanam 3,400 terumbu karang di perairan Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada Projek Tanggungjawab Sosial Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bersama Taman-Taman Sabah (TTS).

Program itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar, Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Datuk Dr. Zainal Adlin Mahamood dan Pengarah Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Paul Basintal.

Menurut Mohd. Shukor, penyelam yang terlibat dalam aktiviti itu melibatkan seramai 90 orang penyelam daripada LHDN dan 30 penyelam yang mewakili TTS.

25 ahli seni silat cekak sertai Konvoi Jubli Perak

Posted:

25 ahli seni silat cekak sertai Konvoi Jubli Perak

25 ahli seni silat cekak sertai Konvoi Jubli Perak


MAIDEEN (duduk lima dari kanan) bergambar bersama sebahagian daripada ahli PSSCM dan PSSCMUIAM yang hadir pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Jubli Perak di Gombak, Selangor baru-baru ini.


ULANG TAHUN. Seramai 350 orang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sekitar Lembah Klang hadir memeriahkan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Jubli Perak anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PSSCMUIAM) di Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menurut pengarah program, Ihsanuddin Shuaidi, konvoi yang membabitkan 25 orang ahli PSSCMUIAM itu merupakan program yang pertama dianjurkan sempena sambutan 25 tahun persatuan itu.

"Saya berharap majlis itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli selain dapat memupuk kesedaran dan jati diri dalam kalangan ahli persatuan berkenaan.

"Ia juga merupakan platform untuk ahli kekalkan semangat setia kawan dan menjunjung adat budaya Melayu dalam kalangan belia di samping membina kemahiran insaniah ahli-ahli PSSCM," ujarnya.

Turut hadir Presiden dan Guru Utama PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Diusir dalam tempoh tujuh hari

Posted:

Diusir dalam tempoh tujuh hari

Diusir dalam tempoh tujuh hari

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan dalam Operasi Bersepadu 6P Fasa 2 di Johor Bahru semalam.


KUALA LUMPUR - Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang selama ini berasa selesa dengan menjadikan Malaysia sebagai lubuk rezeki dikejutkan dengan Operasi Bersepadu 6P Fasa 2 yang menggempur mereka di seluruh pelosok negara secara serentak bermula awal pagi semalam.

Terkejut dengan serbuan tersebut, pelbagai gelagat ditunjukkan PATI ketika berdepan dengan pihak berkuasa termasuk ada antara mereka berpura-pura pengsan, bersembunyi di tempat gelap, panjat siling rumah, lari ke dalam hutan atau memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah untuk mengelak ditangkap.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ahli Geng 08 dibunuh di jirat Cina

Posted:

Ahli Geng 08 dibunuh di jirat Cina

Ahli Geng 08 dibunuh di jirat Cina

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my


ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang ditemui mati di Tanah Perkuburan Cina Kerayong, Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08 ditemui mati dengan kesan kelaran di leher manakala kedua-dua belah tangan pula diikat di sebuah pondok di Tanah Perkuburan Cina Kerayong di Sungai Besi dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mayat mangsa yang berumur sekitar 20-an itu ditemui pada pukul 11 pagi oleh penjaga kubur yang melakukan rondaan harian di kawasan tersebut.

Menurut beliau, ketika ditemui, mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu berada dalam keadaan terlentang berlumuran darah dengan kedua-dua belah tangannya diikat menggunakan pita pelekat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Budak 2 tahun dibunuh dalam rumah kosong

Posted:

Budak 2 tahun dibunuh dalam rumah kosong

Budak 2 tahun dibunuh dalam rumah kosong

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


INILAH rumah kosong di tempat mayat budak berusia dua tahun ditemui di Taman Permint Fasa Dua, Seberang Paka, Dungun, Terengganu semalam.


DUNGUN - Mayat seorang kanak-kanak perempuan dipercayai mati dibunuh ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka di sini semalam.

Mangsa yang dianggarkan berusia dua tahun ditemui di dalam bilik air oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pengawal keselamatan terbabit yang curiga melihat pintu utama rumah berkenaan terbuka membuat pemeriksaan sebelum terhidu bau busuk.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pahang tepati ramalan

Posted:

Pahang tepati ramalan

Pahang tepati ramalan

Oleh FIRDAUS HASSAN dan AMMAR JAZLAN MAD LELA
sukan@kosmo.com.my

PENYERANG Perak, Khairul Asyraf terjatuh selepas diasak pemain tengah Pahang, Mohd. Hafiz Kamal pada aksi Piala FA di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.


JUARA Piala Malaysia, Pahang menepati ramalan apabila layak ke pusingan kedua Piala FA selepas menundukkan Perak 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi pusingan pertama di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terpaksa bermain sehingga masa tambahan selepas terikat dengan kedudukan 2-2.

Penjaga gol, Mohd. Khairul Azhan muncul wira Tok Gajah selepas berjaya menepis tiga sepakan penalti Perak.

Pahang terlebih dulu mengejutkan Perak seawal minit kesembilan apabila memperoleh gol pembukaan hasil jaringan Mohd. Azammuddin Akil.

Kelebihan pasukan pelawat itu hanya bertahan selama tiga minit apabila kapten Perak, Hardi Jaafar berjaya menyamakan kedudukan melalui rembatan deras dari luar kotak penalti.

Ketua jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim terpaksa mengeluarkan tonggak pertahanan, Martin Kafando pada minit ke-30 akibat kecederaan.

Namun, situasi itu langsung tidak merencatkan percaturannya apabila kapten skuad Bawah 23 tahun Myanmar, Kyaw Zayar Win berjaya menggembirakan 10,000 penyokong Perak apabila meledak gol kedua pada minit ke-45.

Gol penyamaan yang dicari-cari pasukan pelawat akhirnya menjelma apabila Damian Stewart menandukkan kemas bola hasil sepakan penjuru Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-57.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah boleh tersenyum bangga apabila berjaya membenam Kuala Lumpur 4-0.

Mendapat sokongan kira-kira 5,000 penyokong sendiri, Kedah bagaimanapun gagal memperoleh gol pada babak pertama.

Pada babak kedua, Kedah mula menmperkemas bahagian serangan melalui gerakan yang lebih tersusun.

Hasilnya pada minit ke-58, Kedah mendahului melalui tandukan kencang, Kharul Helmi Johari.

Pada minit ke-65, Kedah berjaya menambah gol kedua menerusi Mohd. Khyril Muhymeen Zambri.

Kuala Lumpur terus tertekan apabila pemain import Kedah, Adam Griffths berjaya meletakkan pasukannya selesa di hadapan tujuh minit kemudian.

Griffiths menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-77.

T-Team nyaris diaib UiTM FC

Posted:

T-Team nyaris diaib UiTM FC

T-Team nyaris diaib UiTM FC

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

JURULATIH T-Team, Mohd. Azraai Khor Abdullah (gambar) belum mampu tersenyum bangga biarpun anak-anak buahnya melakar kemenangan 3-2 ke atas UiTM FC pada pusingan pertama Piala FA di Stadium UiTM, Shah Alam semalam.

Azraai menegaskan, skuad kendaliannya tidak memberikan fokus 100 peratus di tengah padang selain sering alpa dengan setiap gerakan UiTM FC yang hampir memalukan skuad The Titans itu.

"Kalau mereka (UiTM) boleh menyamakan kedudukan, masalah besar buat kami.

"Pada aksi separuh masa pertama, kami berjaya mendahului tiga gol tetapi kealpaan para pemain, menjadi punca mengapa gawang kami dibolosi dua gol pada babak kedua.

"Jelas ia menunjukkan satu petanda yang kurang baik. Kami bolos dengan gol mudah dan kami tidak boleh mengulangi kesilapan itu pada perlawanan akan datang," kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! semalam.

T-Team selesa mendahului hasil dua jaringan Elvado Rodrigues Goncalves Cardoso pada minit ketiga dan 22 serta Fabio Flor De Azevedo (34).

Begitupun, rentak T- Team seakan-akan tidak menjadi apabila gawang mereka dibolosi dua gol menerusi Charles Obiikechukwu pada minit ke-50 dan Adam Othman (67).

Namun, Azraai akhirnya boleh menarik nafas lega apabila keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, jurulatih UiTM FC, Azuan Zain berkata, skuad kendaliannya terlalu menghormati pasukan lawan yang dianggap menjadi punca kekalahan tersebut.

"Pada separuh masa pertama, kami terlalu menghormati T-Team sehingga dibolosi dua gol awal. Kami cuba bangkit pada separuh masa kedua tetapi gagal untuk memintas kedudukan mereka.

"Kini kami mahu menumpukan tumpuan kepada Liga Premier selepas terkandas awal dari saingan Piala FA," katanya.

The Titans bakal berdepan Johor Darul Takzim dalam pusingan kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 4 Februari depan.

Sporting Lisbon merendah diri

Posted:

Sporting Lisbon merendah diri

Sporting Lisbon merendah diri

Daripada NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SPORTING Lisbon akan membuat perhitungan dengan skuad B-16 Slovakia pada aksi separuh akhir Piala Antarabangsa Frenz B-16 2014 di Stadium Frenz Janda Baik, Pahang esok.


YOGJAKARTA, Indonesia - Naib juara Kumpulan B, Sporting Lisbon tetap merendah diri menjelang pertemuan berdepan skuad Bawah 16 (B-16) Slovakia pada aksi separuh akhir Piala Antarabangsa Frenz B-16 2014 di Stadium Frenz Janda Baik, Pahang esok.

Pengendali Sporting, Pedro Goncalves berkata, skuad B-16 Slovakia pastinya menjadi pasukan pilihan berdasarkan reputasi selaku juara bertahan selain muncul juara Kumpulan A.

Menurut Goncalves, beraksi di Malaysia juga bakal memberikan kelebihan buat pasukan lawan dalam usaha memburu tiket ke pentas final.

"Pemain-pemain saya agak kepenatan ekoran jadual peringkat kumpulan yang padat selain perlu melalui penerbangan ke Malaysia.

"Ia berbeza dengan skuad B-16 Slovakia yang memiliki tempoh rehat yang mencukupi kerana mereka beraksi di Malaysia pada peringkat kumpulan sebelum ini.

"Meskipun mereka dianggap pasukan pilihan, saya tetap berharap anak-anak buah saya memberikan yang terbaik," kata Pedro.

Pedro memberitahu, beliau belum mengetahui kekuatan sebenar skuad B-16 Slovakia.

Namun, jelas beliau, aksi sengit ekoran perbezaan mata yang tidak ketara dalam Kumpulan A sudah menceritakan segala-galanya.

"Satu lagi pasukan tuan rumah (Frenz United Malaysia) juga tidak dapat mara ke separuh akhir biarpun mengutip 10 mata.

"Jadi, saya percaya ia satu pertemuan yang cukup sengit," katanya.

Pada kejohanan kali ini, skuad kendalian Pedro menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan sekali tewas.

Selepas mengatasi Eintracht Frankfurt 3-1 dalam aksi pembuka tirai kumpulan, Sporting kemudiannya tewas 0-3 kepada skuad B-16 Iran sebelum kembali bangkit menewaskan Frenz United Indonesia (3-1) dan Chonburi FC (4-3).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pameran Seni Landskap 2014

Posted:

Pameran Seni Landskap 2014

Pameran Seni Landskap 2014

KARYA seni ini antara yang akan dipamerkan sepanjang Pameran Seni Landskap 2014 di Galeri Artelier, Kuala Lumpur.


SENI landskap yang menarik bukan sahaja dapat menjadikan sesebuah kawasan itu tampak mempesona, malah memberi ketenangan dan ilham kepada yang melihatnya.

Selain itu, hiasan landskap kini menjadi satu ikutan dalam kalangan pemilik-pemilik rumah sama ada di bandar mahupun luar bandar. Ia menjadi koleksi seni yang menarik bagi menyerlahkan lagi tempat kediaman mereka dengan lukisan tersebut.

Jika anda masih lagi mencari ilham seni bina landskap untuk menghias tempat kediaman baharu atau ingin mengubah suai landskap yang sudah lama tidak diganti, Pameran Seni Landskap 2014 adalah jawapan bagi merungkai segala persoalan anda selama ini.

Pameran yang mengangkat konsep landskap Malaysia ini bakal berlangsung selama sebulan bermula 29 Januari ini menghimpunkan hampir 30 hasil karya daripada empat pelukis tempatan terkemuka dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza.

Antaranya, Fauzin Mustafa, Zainal Abidin Musa, Johan Marjunid dan Alan Ng. Mereka bakal menonjolkan pelbagai idea baharu dan segar melalui karya lukisan daripada gubahan alam.

Menurut Fauzin, karya seni dihasilkannya untuk pameran itu adalah bersifat minimal dan mengandungi unsur nostalgia yang tersendiri.

"Selain itu, karya seni yang dihasilkan dijadikan antara tarikan pelancongan selain memartabatkan industri seni di peringkat lebih tinggi," katanya ketika ditemui di Galeri Artelier, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pada pameran tersebut beliau akan mempamerkan siri-siri hasil karyanya yang mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya sewaktu bermain di padang permainan.


FAUZIN mengajak pengunjung mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya sewaktu bermain di padang permainan melalui lukisan yang dihasilkannya.


"Terdapat objek seperti batu-batu kecil, daun, selipar dan bola yang saya zahirkan pada lukisan tersebut. Di sebalik setiap lukisan yang dihasilkan mengandungi maksud dan ceritanya yang tersendiri.

"Saya berkarya bukan hanya untuk menjual lukisan sahaja malah saya ingin berkongsi senario kehidupan sebagai seorang anak seni kepada umum," katanya.

Panorama

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, beliau mengambil masa selama seminggu bagi menyiapkan kesemua karya tersebut.

"Antara lukisan ini ada yang diilhamkan daripada panorama menarik musim tengkujuh dan persisiran pantai di sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

"Selain itu, setiap lukisan mempunyai seni keindahan tersendiri dan turut mengambarkan diri saya sebagai pelukis," katanya.

Pengarah Galeri Artelier, Ahmad Khairo Othman berkata, pameran yang berlangsung selama sebulan itu memberi peluang terutamanya kepada penggemar seni landskap untuk menghayati dan menjiwai karya-karya tersebut.

"Ilham dan keindahan hasil sentuhan pelukis tersohor pada pameran ini sudah tentu memberikan kepuasan kepada peminat-peminat seni.

"Tambahan pula, ia bakal mempersembahkan pelbagai karya luar biasa yang mengajak pengunjung melihat daripada luar kotak pemikiran mengenai hubungan yang terjalin sesama manusia dan alam semula jadi," katanya.

Di samping itu, kreativiti para pelukis dizahirkan secara visual melalui pelbagai bahan antaranya, teknik pengolahan dan elemen-elemen seni cat yang memperlihatkan dimensi kreativiti pelukis terlibat.

Ahmad Khairo turut memaklumkan lukisan-lukisan yang dipamerkan sepanjang tempoh pameran tersebut turut dijual kepada orang ramai. Harga setiap lukisan ditawarkan pada harga RM1,500 sehingga RM115,000 mengikut saiz lukisan.

Festival motosikal berkuasa tinggi

Posted:

Festival motosikal berkuasa tinggi

Festival motosikal berkuasa tinggi

MOTO Guzzi buatan Itali ini antara model motosikal berkuasa tinggi yang menjadi tumpuan pengunjung.


2 Wheels Festival berjaya mengumpulkan hampir 90 peratus usahawan motosikal berkuasa tinggi dalam kalangan bumiputera di bawah satu bumbung di SpaceU8, Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini.

Malah, ia juga menjadi satu-satunya festival tunggal berkaitan pameran motosikal berkuasa tinggi yang diadakan dalam sebuah premis bangunan bertujuan memberi keselesaan kepada setiap pengunjung dan peserta.

Acara yang bakal menjadi acara tahunan anjuran bersama WSF Travel, Sangria's Bikers dan Bikers Club itu menyediakan 78 gerai pameran terdiri daripada motosikal berkuasa tinggi, kelas memandu, insurans, alat ganti motosikal berkuasa tinggi termasuk agensi pelancongan.

Walaupun mengenakan caj kemasukan sebanyak RM2, ia berbaloi untuk dilawati terutama dalam kalangan peminat motosikal berkuasa tinggi khususnya golongan amatur dalam dunia permotoran itu.

Penganjur yang juga penyelaras festival, Wan Shairi Wan Ahmad berkata, festival selama tiga hari itu mencatatkan kedatangan pengunjung yang memberangsangkan sejak hari pertama ia dibuka kepada orang awam.

"Sasaran awal ialah 3,000 pengunjung namun, jumlahnya hampir 5,000 orang.

"Acara ini dijalankan secara kerjasama kerana kami mahu mengumpulkan seberapa ramai usahawan motosikal berkuasa tinggi khususnya dalam kalangan bumiputera.

"Kami percaya festival ini menjadi satu-satunya acara dalam negara yang mengumpulkan semua jenama motosikal berkuasa tinggi termasuk Harley Davidson dan Moto Guzzi dalam sebuah bangunan," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


SELAIN pameran motosikal berkuasa tinggi, alat ganti motosikal turut dipamerkan.


Kagum

Peserta yang juga Naib Presiden Jualan dan Operasi Moto Guzzi, Ahmad Azhar Khairuddin berkata, dia berasa kagum dengan penganjuran tersebut yang berjaya mengumpulkan pelbagai jenama motosikal berkuasa tinggi di bawah satu bumbung.

"Sebelum ini, saya pernah beberapa kali terlibat dalam pameran motosikal berkuasa tinggi tetapi lazimnya diberi ruang minimum kerana berkongsi pentas bersama kereta-kereta mewah.

"Jika adapun kebanyakan pameran motosikal berkuasa tinggi diadakan di luar bangunan," jelasnya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Mohd. Adib Mohd. Abdul Nasir, 27, mula melibatkan diri dalam dunia motosikal berkuasa tinggi kira-kira tiga tahun lalu, rasa teruja apabila menerima maklumat daripada rakan di laman sosial Facebook mengenai pameran itu.

"Sejak meminati motosikal berkuasa tinggi, saya selalu mengunjungi pelbagai pameran motosikal seumpama ini di seluruh Malaysia tetapi semuanya diadakan di luar bangunan.

"Apabila diberitahu rakan pameran ia diadakan dalam bangunan, saya terus datang tanpa berfikir dua kali," tuturnya yang bertugas sebagai jurutera di Damansara selain memiliki motosikal jenis Kawasaki ER6F.

Jelasnya, festival tersebut turut menyediakan pelbagai informasi yang berguna untuk pengunjung dan peminat motosikal berkuasa tinggi seperti isu keselamatan termasuk keperluan memiliki insurans dan alat keselamatan ketika menunggang motosikal.

Dalam pada itu, tidak mahu dikaitkan dengan mencari keuntungan semata-mata, keseluruhan caj kemasukan sebanyak RM2 yang dikumpul daripada setiap pengunjung akan disumbangkan oleh penganjur kepada Yayasan Kanser Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bangkok di ambang darurat

Posted:

Bangkok di ambang darurat

Bangkok di ambang darurat

Reuters
PENUNJUK perasaan antikerajaan berhimpun di pekarangan Bank Simpanan Kerajaan di Bangkok semalam.


BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand membuat pertimbangan 'amat serius' untuk melaksanakan perintah darurat selepas kota raya ini dicemari keganasan pada hujung minggu lalu, kata ketua keselamatan semalam.

Sejak lebih dua bulan lalu, ibu kota Thailand ini menjadi lokasi perhimpunan tunjuk perasaan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Walaupun bilangan penunjuk perasaan itu semakin berkurang, mereka berjaya menutup sebahagian bangunan kerajaan dan memaksa Yingluck memindahkan pejabatnya.

"Kami sedia melaksanakan perintah darurat. Setiap pihak terlibat termasuk polis dan tentera menimbang secara serius pilihan ini tetapi kami masih belum mencapai persetujuan," kata ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan, Paradorn Pattantabutr selepas menemui Yingluck.

"Penunjuk perasaan pernah berkata, mereka akan menutup pejabat- pejabat kerajaan. Setakat ini, penutupan tersebut cuma simbolik. Mereka pergi ke pejabat-pejabat kerajaan dan kemudian beredar. Namun, jika mereka mengubah taktik dengan menutup bank atau menutup pejabat kerajaan secara kekal, peluang kekacauan berlaku meningkat dan kami akan menguatkuasakan undang-undang darurat," jelas Paradorn.

Dekri darurat itu memberi kuasa kepada pasukan keselamatan untuk melaksanakan perintah berkurung, menahan suspek tanpa pendakwaan, menapis kandungan media dan melarang perhimpunan melebihi lima orang serta menutup beberapa kawasan kepada orang awam.

Dalam pada itu, seorang lelaki terbunuh manakala berpuluh-puluh orang cedera apabila beberapa butir bom tangan dilontar ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di sini pada Jumaat lalu dan kelmarin.

"Pada pendapat saya, siri serangan itu dirancang sebagai provokasi untuk mengundang campur tangan tentera," kata pengarah penyelidikan Institut Hal Ehwal Asia Tenggara di Chiang Mai, Paul Chambers.

Sekiranya perintah darurat dikuatkuasakan, kata Chambers, Suruhanjaya Pilihan Raya berhak menolak untuk mengadakan pilihan raya pada 2 Februari depan seperti yang diumumkan Yingluck tetapi diboikot oleh pembangkang.

Demonstrasi di sini yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri berusia 64 tahun, Suthep Thaugsuban berpunca daripada langkah Yingluck cuba memberikan pengampunan kepada abangnya, bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada tahun lalu.

Penunjuk perasaan tersebut menuduh Thaksin mengamalkan rasuah dan mahu menghapuskan pengaruh keluarganya.

Keganasan kali ini merupakan episod terbaharu dalam konflik lapan tahun antara penduduk kelas sederhana di sini dengan masyarakat miskin yang menyokong Thaksin dan adik perempuannya. - Reuters

45,000 penduduk Jakarta berpindah akibat banjir

Posted:

45,000 penduduk Jakarta berpindah akibat banjir

45,000 penduduk Jakarta berpindah akibat banjir


AFP
KANAK-KANAK bermain di sebuah kejiranan yang dilanda banjir di Jakarta semalam.


JAKARTA - Jumlah penduduk yang berpindah akibat banjir di ibu kota Indonesia di sini meningkat kepada hampir 45,000 orang semalam.

Namun, cuaca cerah memberi harapan banjir di kota raya yang dihuni oleh 10 juta penduduk ini akan surut.

Hujan lebat sejak beberapa minggu yang lalu menyebabkan air banjir memasuki tingkat dua sebahagian kediaman di sini.

Sehingga kini, pihak berkuasa membuka hampir 200 masjid, khemah, sekolah dan bangunan majlis perbandaran di seluruh bandar raya ini untuk dijadikan pusat perlindungan sementara.

Semalam, sejumlah penduduk di beberapa kejiranan dipindahkan ke tempat selamat menggunakan bot getah manakala jalan raya yang tidak ditenggelami air sesak teruk apabila warga kota mencari jalan alternatif menuju ke pusat bandar.

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam beberapa kemalangan berkaitan banjir sehingga kini.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, banjir kali ini mengakibatkan kerugian sekitar AS$80 juta (RM263 juta). - Agensi

Gempa bumi kuat gegar New Zealand

Posted:

Gempa bumi kuat gegar New Zealand

Gempa bumi kuat gegar New Zealand

WELLINGTON - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala ritcher menggegarkan New Zealand semalam menyebabkan beberapa bangunan rosak dan perkhidmatan kereta api terpaksa dihentikan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) memberitahu bahawa gempa yang melanda pukul 3.52 petang waktu tempatan itu berpusat di Pulau Utara Island, kira-kira 115 kilometer dari sini.

Pusat gempa dikesan pada kedalaman 27 kilometer di bawah tanah. Gempa bumi tersebut dirasai di seluruh Pulau Utara dan Pulau Selatan dengan disusuli beberapa gegaran susulan.

Seorang penduduk bandar Eketahuna, Brian Smith berkata, dia dan jiran-jiran yang lain ketakutan apabila kediaman mereka bergegar tetapi tiada sebarang kerosakan berlaku.

"Isteri saya yang berada di taman ketika kejadian tidak boleh berdiri dan terpaksa duduk kerana gegaran yang sangat kuat," katanya.

Pihak polis berkata, tingkap beberapa bangunan dan rumah di pekan kecil itu pecah tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Semua perkhidmatan kereta api di Wellington juga terpaksa dihentikan buat sementara akibat gempa berkenaan.

New Zealand pernah dilanda gempa kuat berukuran 6.3 pada skala Ritcher pada 2011 menyebabkan seramai 185 maut di bandar Christchurch. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved