Khamis, 9 Januari 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Hotel Grand Puteri sumbang kelengkapan sekolah

Posted:

Hotel Grand Puteri sumbang kelengkapan sekolah

Hotel Grand Puteri sumbang kelengkapan sekolah

KAKITANGAN Hotel Grand Puteri bergambar bersama anak yatim dan miskin dari Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi selepas menyumbangkan barangan keperluan sekolah di Kuala Terengganu baru-baru ini.


PRIHATIN. Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada 24 orang anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Kesemua mereka dibawa ke pasar raya Mydin Wholesale, Kuala Terengganu untuk memilih sendiri barangan keperluan persekolahan.

Selain itu, Hotel Grand Puteri yang bernaung di bawah Kumpulan Hotel Puteri International turut meraikan anak-anak berkenaan dalam majlis makan tengah hari.

Turut hadir Pengurus Kumpulan Hotel Puteri International, Razmi Rahmat dan Pengurus Hotel Grand Puteri, Wan Mohd. Ariffin Wan Mustafa.

Program memerangi jenayah dapat sambutan masyarakat

Posted:

Program memerangi jenayah dapat sambutan masyarakat

Program memerangi jenayah dapat sambutan masyarakat


AZMAN (dua dari kiri) melancarkan program Memerangi Jenayah Bersama Masyarakat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 300 penduduk tempatan berbilang kaum menghadiri program Memerangi Jenayah Bersama Masyarakat yang diadakan di pekarangan pasar raya besar, AEON Big, Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Program anjuran Polis Diraja Malaysia kawasan Bukit Minyak itu dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd. Lah.

Menurut Azman, polis begitu komited untuk memerangi jenayah, justeru masyarakat harus memberi kerjasama dalam menjayakan usaha untuk menurunkan indeks jenayah di kawasan itu.

"Program itu juga bertujuan mendekatkan masyarakat setempat dengan pihak polis," kata Azman.

Pada majlis itu, Azman turut menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz berupa hamper.

Sembilan pelajar UMS tekad catat MBOR

Posted:

Sembilan pelajar UMS tekad catat MBOR

Sembilan pelajar UMS tekad catat MBOR


MOHD. HARUN (berdiri enam dari kiri) bergambar bersama pelajar UMS yang bakal mencatat rekod dalam MBOR bagi acara larian tanpa henti di atas treadmill selama 264 jam di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.


SEMANGAT. Seramai sembilan pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal melakukan larian tanpa henti di atas treadmill selama 264 jam dalam usaha mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR ).

Rekod dalam acara itu sebelum ini dipegang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan yang melakukan 120 jam tanpa henti pada tahun 2012.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, larian yang dilakukan selama 11 hari bermula 20 Januari ini adalah sempena sambutan ulang tahun ke-20 universiti itu.

"Larian itu merupakan percubaan pertama UMS untuk mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan," katanya selepas majlis penyerahan tajaan acara itu di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Operasi khas buru pendatang

Posted:

Operasi khas buru pendatang

Operasi khas buru pendatang

PENDATANG asing tanpa izin yang ditahan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen Johor di Kulaijaya, Johor baru-baru ini.


PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi besar-besaran memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 21 Januari ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi melibatkan Jabatan Imigresen, polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu akan bermula selepas Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) berakhir pada 20 Januari.

"Pendatang asing yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal dan kos ditanggung oleh pekerja, majikan atau kedutaan," katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran i-Kad Pekerja Asing di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

2.3 juta pekerja asing wajib miliki i-Kad

Posted:

2.3 juta pekerja asing wajib miliki i-Kad

2.3 juta pekerja asing wajib miliki i-Kad


AHMAD ZAHID (kiri) dan Izham (tengah) menunjukkan replika i-Kad Pekerja Asing di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kira-kira 2.3 juta pekerja asing yang telah berdaftar untuk Program 6P wajib memiliki i-Kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu sebagai usaha untuk membanteras pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Katanya, i-Kad dikeluarkan mengikut sektor dan kod warna dilengkapi ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi seperti biometrik cap jari, nexcode dan contactless chip akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Empat unit kedai alami retakan secara tiba-tiba

Posted:

Empat unit kedai alami retakan secara tiba-tiba

Empat unit kedai alami retakan secara tiba-tiba


BANGUNAN di Kukup Laut, Pontian yang dikosongkan oleh orang ramai selepas berlaku retakan secara tiba-tiba pada bangunan tersebut semalam.


PONTIAN - Empat unit kedai di Kukup Laut di sini semalam mengalami keretakan secara tiba-tiba menyebabkan orang ramai yang berada di premis berkenaan lari menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Zulbahry Sulong berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan menyebabkan dinding, siling serta tiang di bangunan konkrit berusia kira-kira lapan tahun itu rosak.

"Empat unit kedai itu merupakan sebahagian daripada 16 unit kedai setinggi tiga tingkat yang terletak berhampiran Terminal Perhentian Bas dan Teksi Kukup.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kerja amal Azmina untuk gelandangan

Posted:

Kerja amal Azmina untuk gelandangan

Kerja amal Azmina untuk gelandangan

AZMINA merapikan jambang seorang gelandangan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatannya tanpa sebarang rasa jijik.


MEMEGANG gelaran gelandangan di kota raya Kuala Lumpur, Indera Abha meneruskan kehidupan dengan menjual barangan kitar semula. Oleh itu, penampilan dirinya langsung ditolak tepi dan tidak diambil kira.

Namun, kerja amal seorang rakyat tempatan yang menawarkan potongan rambut secara percuma, di samping diberi makan sedikit sebanyak menceriakan Indera.

"Saya suka apabila rambut saya dipotong. Saya rasa hebat. Tambahan pula, ia percuma," ujar lelaki berusia 49 tahun itu sambil tersenyum menampakkan giginya yang rongak. Helaian rambutnya yang nipis berselerak di atas tanah selepas digunting.

Berbekal gunting di tangan, Azmina Burhan yang memiliki sebuah salun di Kuala Lumpur, secara sukarela bekerjasama dengan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) melalui projek Pertiwi Soup Kitchen untuk menyediakan keperluan yang sering diabaikan oleh golongan gelandangan.

"Bagi saya, penampilan seseorang itu sangat penting. Anda tentu mahu kelihatan menarik setiap hari apabila bangun tidur, tidak kira sama ada anda kaya atau miskin," ujar gadis periang berusia 26 tahun itu.

Azmina menyertai program amal tersebut tidak lama selepas ia ditubuhkan pada tahun 2010 dengan membantu memberi makanan dan air beberapa kali seminggu kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Namun, selepas dua tahun, dia mendapati ratusan gelandangan yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut, dia mula mengambil langkah seterusnya.

Bulan berikutnya, Azmina membawa bersama set gunting, apron dan peralatan kecil untuk menjalankan tugasnya. Setiap kali menawarkan khidmat menggunting rambut, jumlahnya meningkat sehingga 30 orang dan kini semakin bertambah.

"Selepas selesai menggunting rambut, anda akan kelihatan lebih baik dan mempunyai keyakinan diri," ujarnya sambil menambah, penampilan yang kemas membantu individu mendapatkan kerja.

Bagi Azmina, tugas yang dijalankan itu memerlukannya mengendalikan benda-benda kotor dan rambut yang kusut. Paling teruk, dia pernah menggunting rambut seorang lelaki yang tidur di jalanan dan tidak pernah membasuh rambutnya selama sebulan menjadikan tangannya hitam berdebu.


AZMINA ingin menghapuskan pemikiran stereotaip yang beranggapan golongan gelandangan berbau busuk dengan rambut yang dipenuhi kutu.


Tolak persepsi

Namun, wanita ini tidak pernah menolak sesiapa yang datang untuk mendapatkan khidmatnya. Malah, Azmina menegaskan, imej gelandangan dengan badan berbau atau rambut dipenuhi kutu adalah salah dan ia merupakan stereotaip yang ingin dihapuskan melalui kerja amalnya itu.

Hakikatnya, 'pelanggan' Azmina boleh menjadi seorang yang trendy terutamanya dalam kalangan anak muda.

Menurutnya, permintaan golongan tersebut termasuk gaya potongan rambut seperti bintang bola sepak England, David Beckham serta ikon pop Korea dan Jepun.

Taraf hidup di Malaysia telah berubah dengan mantap hasil perkembangan ekonomi yang kukuh sejak berdekad lalu.

Tetapi negara kuasa ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara ini tidak terkecuali berdepan masalah kemelaratan hidup dan jurang pendapatan yang semakin melebar.

Menurut Pertiwi, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dianggarkan mempunyai kira-kira 1,800 individu gelandangan.

Permintaan agensi berita AFP untuk mendapatkan angka rasmi golongan tersebut tidak mendapat maklum balas daripada pihak berwajib.

Pertiwi juga memberi makan sehingga 700 orang gelandangan empat kali seminggu melalui penghantaran van di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur. Sukarelawan perubatan turut menyediakan pemeriksaan dan ubat-ubatan kepada mereka yang memerlukan.

"Saya tidak menyangka ia akan menjadi begini besar," kata Pengasas Pertiwi, Munirah Abdul Hamid yang menegaskan jumlah golongan yang memerlukan itu semakin meningkat.

Kini, Azmina mencari pendandan rambut sebagai sukarelawan untuk memenuhi permintaan golongan gelandangan seperti Paul Chin yang tinggal di jalanan selepas kehilangan pekerjaan di sebuah pusat cucian kereta beberapa bulan lalu.

"Ia amat menjengkelkan," tutur Chin malu-malu dengan keadaan rambutnya yang beruban sambil Azmina mula melakukan tugasannya.

Namun apabila wanita itu menyudahkan tugas beliau, Chin berkata: "Saya rasa lebih baik." - AFP

Sajian urban Korea

Posted:

Sajian urban Korea

Sajian urban Korea

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


NIKMATI keenakan sajian urban Korea di Dubu-Dubu.


TAMPIL dengan suasana restoran yang segar dan kontemporari, Restoran Dubu-Dubu di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur menawarkan seleksi kuisin urban Korea untuk dinikmati para pelanggan.

Lebih istimewa, sempena meraikan ulang tahun kedua restoran itu di Malaysia, satu peraduan khas turut dianjurkan. Hadiah utama yang ditawarkan ialah pakej pelancongan ke Korea untuk dua orang yang bernilai lebih RM7,000.

Selain itu, hadiah berupa televisyen diod pemancar cahaya (LED) dan tablet Samsung turut diberi kepada pemenang kedua dan ketiga peraduan yang berlangsung selama sebulan bermula 1 hingga 31 Januari ini.

Pengarah Eksekutif CRDubu Malaysia Sdn. Bhd., Wong Kah Yong berkata, peraduan itu dianjurkan sebagai tanda penghargaan untuk pelanggan yang sentiasa memberi sokongan terhadap Dubu-Dubu.

"Tanpa sokongan mereka, tidak mungkin kami mencapai kejayaan seperti hari ini. Justeru, dengan adanya peraduan ini, ia akan meningkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap kami," ujar Kah Wong ketika ditemui cawangan Dubu-Dubu Mid Valley baru-baru ini.

Antara menu signatur di restoran tersebut ialah Soondubu Jigae. Ia merupakan hidangan campuran daging atau makanan laut dengan tauhu lembut yang dimasak berkuah. Disajikan panas, hidangan itu membangkitkan selera pelanggan.

Sajian itu boleh dinikmati bersama tiga hidangan sampingan atau banchan dalam bahasa Korea seperti kimchi, sayur dan makaroni. Set hidangan ini hanya berharga RM12.90.

Selain itu, menu terbaharu Dubu-Dubu menampilkan Dak Galbi iaitu campuran ayam, brokoli dan kobis yang digoreng bersama topokki (kek nasi). Untuk set hidangan, ia ditawarkan pada harga RM14.90 manakala ala carte (RM12.90).

Mi pedas Ramyeon, kepak ayam bersalut madu dan sos mustard antara menu yang wajib dicuba terutamanya bagi anda yang pertama kali ke restoran ini.

Menurut Kah Yong, sejak ditubuhkan dua tahun lalu, Restoran Dubu-Dubu telah mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu di pusat beli-belah 1Utama dan Sunway Pyramid, Petaling Jaya; Berjaya Times Square Kuala Lumpur dan Centro Mall, Klang.

"Kami menyasarkan untuk meluaskan lagi perniagaan Dubu-Dubu ke seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang," jelasnya.

Kegilaan terhadap kerja

Posted:

Kegilaan terhadap kerja

Kegilaan terhadap kerja


GOLONGAN yang mempunyai ketagihan kerja positif biasanya akan menyiapkan tugas di pejabat tanpa membawanya pulang ke rumah.


KUAT bekerja merupakan istilah yang selalu disebut orang dan selalu dikaitkan dengan rahsia kejayaan seseorang. Bagaimanapun, kita jangan terperangkap dengan istilah ini kerana sikap tersebut tidak selalunya memberi kesan positif.

Istilah karoshi iaitu kematian yang disebabkan terlebih bekerja dan karo-jisato membunuh diri disebabkan tidak mampu menanggung beban kerja seperti yang berlaku di Jepun mungkin sesuatu yang asing dalam budaya kita.

Namun, harus diingat, kita mungkin sudah termasuk dalam kelompok mereka yang bekerja lebih daripada apa yang sepatutnya.

Walaupun jumlah masa bekerja yang ideal ialah 40 jam seminggu, tetapi di kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia, sebahagian besar pekerja menghabiskan lebih 60 jam seminggu.

Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, jalan raya sentiasa sesak dengan orang ramai yang pulang bekerja dan lampu-lampu di sesetengah pejabat masih menyala seperti biasa. Semua ini seolah-olahnya memberikan kita isyarat betapa ramai orang sudah menjadi hamba kepada pekerjaan.

Ahli psikologi cuba menerangkan kegilaan bekerja ini dengan istilah workaholic atau ketagihan kerja. Seseorang itu dikatakan workaholic apabila menyumbangkan tenaganya lebih daripada apa yang diharapkan oleh organisasi atau keperluan ekonominya.

Mereka yang ketagihan bekerja ini juga adakalanya sanggup menghabiskan masa di tempat kerja. Selain itu, seseorang itu dikatakan sebagai workaholic apabila berlebihan memikirkan mengenai pekerjaannya, sekali pun ketika di luar waktu bekerja atau bercuti.


SETIAP pekerja bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan majikan sebaik mungkin. - Gambar hiasan


Tertipu

Sekiranya perasaan kerja masih terbawa-bawa ketika di luar waktu bekerja dan anda sanggup untuk melebihkan pekerjaan, sekali pun tatkala berhadapan dengan perkara yang lebih penting, ia berkemungkinan menunjukkan anda telah tertipu dengan istilah 'kuat bekerja'.

Sebab itulah, ahli psikologi cuba menerangkan perbezaan antara amalan kuat bekerja yang positif dengan ketagihan bekerja negatif.

Mereka yang mempunyai ketagihan kerja yang positif dikatakan begitu teruja dan asyik dengan pekerjaan mereka. Mereka akan cuba menyiapkan tugas mereka sebaik mungkin ketika waktu kerja, tetapi akan melupakannya apabila pulang ke rumah. Ia diistilahkan sebagai job engagement atau ketekunan bekerja. Golongan ini dikatakan sebagai lebih produktif dan berjaya.

Sebaliknya, mereka yang ketagihan kerja pula sanggup melakukan apa sahaja untuk menyiapkan kerja sekali pun di luar waktu bekerja. Ini kerana bagi mereka pejabat sudah menjadi rumah kedua mereka. Mereka tidak kisah jika perlu pulang lambat atau datang kerja pada hari cuti.

Sekiranya mereka perlu membawa pulang kerja ke rumah, ia tidak dianggap sebagai sesuatu yang janggal. Lebih teruk, sekiranya mereka tidak mempunyai tugas untuk disiapkan, mereka akan mencipta kesibukan bagi mendapatkan kepuasan.

Gangguan kesihatan

Semua ini adalah simptom ketagihan bekerja dan kita perlu berhati-hati dengannya. Kajian-kajian yang dilakukan setakat ini menunjukkan bahawa mereka yang mengalami sindrom workaholic ini mengalami pelbagai gangguan kesihatan seperti hipertensi, diabetes, masalah tidur dan berpotensi untuk diserang penyakit jantung.

Sebagai manusia, kita perlu menginsafi bahawa kehidupan kita ini bukan sekadar untuk mendapatkan kejayaan dalam dunia kerjaya. Kita juga perlu membahagikan masa yang ada untuk keluarga dan masyarakat.

Sebagai pekerja yang berjaya kita sepatutnya mampu menguruskan kesibukan bekerja dengan cara yang sewajarnya.


WAKTU bercuti bersama keluarga seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya tanpa memikirkan urusan kerja. - Gambar hiasan


Antara yang boleh dilakukan ialah sekiranya kita tidak mampu melakukan sesuatu tugas disebabkan beban kerja yang keterlaluan, ada baiknya berbincang terlebih dahulu dengan majikan. Harus diingat, sebagai manusia kita mempunyai batas tertentu. Kita tidak mampu melakukan semua perkara pada satu-satu masa yang sama.

Masalah lain yang sering berlaku ialah ada pekerja yang membiasakan dirinya untuk melengah-lengahkan pekerjaan. Ini menjadikan sesuatu pekerjaan yang sepatutnya boleh disiapkan lebih awal, telah dicampurkan dengan tugasan yang baharu.

Ia secara tidak langsung telah menjadikan pekerjaan yang sepatutnya sedikit, telah menjadi berganda. Walaupun individu sebegini seperti seorang yang sangat sibuk dan rajin, hakikatnya mereka mungkin tidak seperti yang digambarkan. Mereka mungkin individu yang gagal menguruskan pekerjaannya dengan baik.

Dalam dunia serba mencabar dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kita mungkin tidak boleh mengelak daripada tidak bekerja. Tetapi, kita boleh mengelak daripada menjadi manusia yang ketagih bekerja.

Ingatlah, ketika kita sakit atau tidak mampu melakukan kerja, kita akhirnya dianggap sebagai manusia yang tidak lagi mempunyai harga. Sehubungan itu, tidak salah bekerja kuat tetapi biarlah berpada-pada. Jangan membiarkan diri tertipu dengan permainan istilah kuat bekerja.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rasuah lagi...

Posted:

Rasuah lagi...

Rasuah lagi...

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

TAUFEK mendedahkan empat lagi pegawai tertinggi KLFA akan disoal siasat berhubung skandal mengatur keputusan perlawanan.


LAGI-lagi rasuah bola sepak. Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah mengeluarkan 10 surat pertuduhan kepada pemain-pemain Kuala Lumpur yang didakwa terlibat dengan skandal mengatur perlawanan dalam saingan Liga Premier musim lalu.

Ia didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak yang turut menjelaskan bahawa surat pertuduhan membabitkan empat lagi pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) termasuk Timbalan Presiden, George Frederick dan Setiausaha Agung, Nokman Mustaffa juga bakal dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sepuluh pemain yang dimaksudkan ialah Muhamad Rafeef Raya, Muhammad Syafiq Johari, Mohd. Badrul Hisyam Azmi, Mohamad Ar'Rauf Roslee, Hishamuddin Othman, Muhammad Hanis Mohtar, Mohd. Munir Amran, Muhammad Taufiq Mohd. Shukor, Ahmad Jihad Ismail dan Ahmad Dashila Tajudin.

Tambah Taufek, 10 pemain terbabit diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab surat pertuduhan tersebut sebelum kes mereka dibawa ke mesyuarat Tatatertib FAM dijadualkan pada 20 Januari ini.

"Surat pertuduhan kepada 10 pemain Kuala Lumpur ini telah dikeluarkan hari ini (semalam). Ini bermakna mereka memiliki masa sehingga pukul 12 tengah hari pada 16 Januari depan untuk menjawab surat pertuduhan tersebut.

"Surat pertuduhan kepada pegawai-pegawai KLFA pula akan menyusul selepas ini. Kami mahu menyelesaikan kes para pemain terlebih dahulu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM telah mengenakan hukuman gantung seumur hidup dan denda RM20,000 kepada tiga pegawai KLFA dan lima pemain Kuala Lumpur.

Tiga pegawai tersebut ialah ketua jurulatih, Stanislav Lieskovsky serta dua pegawai pasukan, Rosli Omar dan Shaari Jani.

Manakala lima pemain yang terlibat ialah Jeremy Danker, Khairul Anuar Shafie, Hafizi Roslee, Fadhlullah Yunsifar dan Phoo Kai Lun.

Kelmarin, FAM menangguhkan mesyuarat Tatatertib FAM bagi mendengar pembelaan daripada tujuh pemain Kuala Lumpur iaitu Azizon Abdul Kadir, Benedict Martin, Muhammad Syazwan Mohamed Rani, J. Mughilan Kartik, Muhammad Azwan Jatin, S. Sivaraj dan Mohamad Amirul Asraf Mohd. Noor.

Penangguhan tersebut adalah untuk membolehkan FAM menyiasat seluruh skuad Kuala Lumpur sebelum menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah terlibat dengan skandal mengatur perlawanan.

Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berjanji untuk menyelesaikan polemik yang melanda KLFA dengan cara yang lebih profesional.

"Kami berharap dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin kerana sebelum ini, sudah tiga mesyuarat Tatatertib FAM telah ditangguhkan bagi menjatuhkan hukuman terhadap mereka," katanya.

'Hukuman FAM sahaja tak cukup'

Posted:

'Hukuman FAM sahaja tak cukup'

'Hukuman FAM sahaja tak cukup'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa membongkar kes rasuah yang didakwa membabitkan segelintir pegawai dan pemain skuad Kuala Lumpur (KLFA) sehingga boleh diheret ke muka pengadilan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bukti-bukti lengkap berhubung isu tersebut wajar dibongkar dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini kerana menurut beliau, ia perlu dibawa ke SPRM dan PDRM supaya memberikan mesej yang jelas berhubung kesalahan rasuah yang dianggap cukup serius.

"Hukuman FAM sahaja tidak cukup kerana mana-mana pemain yang didapati bersalah hanya digantung seumur hidup serta denda.

"Jadi, saya harap FAM dapat mengemukakan bukti sahih supaya ia dapat disiasat SPRM dan PDRM.

"Apabila pesalah dihadapkan dengan tindakan undang-undang, ia akan memberikan mesej yang jelas terhadap mana-mana yang terlibat termasuk bookie," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Paralimpik negara ke temasya Sukan Para Asean 2014 di Hotel Palm Garden Resort, Putrajaya semalam.

Pada Selasa lalu, FAM menangguhkan kes perbicaraan terhadap tujuh pemain Kuala Lumpur yang didakwa terlibat dengan skandal rasuah dan mengatur perlawanan pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim lalu.

Tujuh pemain yang dimaksudkan itu ialah Azizon Abdul Kadir, Benedict Martin, Muhammad Syazwan Mohamed Rani, J. Mughilan Kartik, Muhammad Azwan Jatin, S. Sivaraj dan Mohamad Amirul Asraf Mohd. Noor.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak memberitahu, tindakan itu dibuat selepas pihaknya telah dimaklumkan masih ada baki pemain dan pegawai Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang terlibat dengan gejala tersebut.

Sebelum ini, jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky serta dua pegawai pasukan, Rosli Omar dan pegawai, Shaari Jani digantung seumur hidup daripada sebarang kegiatan bola sepak dan denda RM20,000 kerana didapati terlibat mengatur keputusan perlawanan.

Turut menerima nasib sama seperti tiga individu tersebut ialah lima pemain Kuala Lumpur iaitu Jeremy Danker, Khairul Anuar Shafie, Hafizi Roslee, Fadhlullah Yunsifar dan Phoo Kai Lun.

Mengulas lanjut, Khairy bagaimanapun memuji kesungguhan FAM membanteras gejala rasuah itu.

"Saya gembira dengan komitmen yang ditunjukkan Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi menangani isu ini.

"Namun seperti yang saya katakan tadi, saya harap ia dapat dibawa ke SPRM dan PDRM untuk tindakan lanjut dan bukan semata-mata di peringkat FAM," jelas Khairy.

Jurulatih baharu Harimau Malaya

Posted:

Jurulatih baharu Harimau Malaya

Jurulatih baharu Harimau Malaya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengumumkan jurulatih baharu skuad bola sepak Harimau Malaya selewat-lewat pada bulan depan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang memberitahu, pihaknya hampir mengenalpasti individu yang bakal dilantik memegang jawatan tersebut selepas menyemak latar belakang lima calon yang disenarai pendek untuk mengisi jawatan tersebut.

Begitupun, Hamidin enggan mendedahkan siapakah lima individu dalam senarai tersebut sebaliknya beliau berjanji hanya akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

"Apa yang boleh saya katakan, kami sudah semakin hampir untuk menandatangani kontrak perjanjian dengan jurulatih baharu itu. Sama ada dia jurulatih import atau tempatan, kita tunggu dan lihat.

"Jika tiada aral melintang, kami akan mengumumkan calon tersebut dalam tempoh terdekat atau selewat-lewatnya pada Februari depan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, bekas jurulatih Jepun, Phillipe Troussier yang dilaporkan berada dalam radar FAM, muncul sebagai calon pilihan untuk membimbing skuad bola sepak kebangsaan.

Difahamkan, pihak FAM telah mengadakan dua pertemuan dengan bekas pengendali FC Ryukyu itu di China pada Julai tahun lalu sebelum mengadakan rundingan susulan di London, baru-baru ini.

Selain Troussier yang dikatakan bakal menikmati pendapatan lumayan sebanyak AS$1.52 juta (RM5 juta) setahun daripada FAM jika bersetuju melatih Harimau Malaya, bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak; Robert Alberts; bekas jurulatih Liverpool, Alex Miller; bekas pemain Chelsea, Marcel Desailly dan pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee turut dikaitkan dengan jawatan tersebut.

Dalam masa yang sama, Hamidin sempat memperjelaskan tugasan Kim Swee yang telah menandatangani kontrak dua tahun bersama FAM.

Buat masa ini, Kim Swee dilantik sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya bagi menggantikan bekas jurulatih, Datuk K. Rajagobal yang tamat kontrak pada 31 Disember lalu.

"Kim Swee turut membantu jurulatih baharu Harimau Malaya nanti dan dalam masa yang sama, beliau akan terus kekal bersama Harimau Muda A tetapi akan memantau perkembangan Harimau Muda B dan Harimau Muda C.

"Saya percaya penglibatan Kim Swee dengan jurulatih baharu ini akan memberi peluang kepadanya untuk memantapkan pengetahuan dalam bidang bola sepak," katanya.

Sementara itu, Hamidin turut memberitahu, pihaknya bakal berkunjung ke Australia untuk memeterai perjanjian terhadap penglibatan Harimau Muda A beraksi di Liga Australia, National Premier League (NPL), minggu depan.

Harimau Muda A akan beraksi di NPL bermula Mac sehingga Ogos depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Gunung Sinabung muntah lahar di Sumatera Utara

Posted:

Gunung Sinabung muntah lahar di Sumatera Utara

Gunung Sinabung muntah lahar di Sumatera Utara

GUNUNG Sinabung menghamburkan debu dan lahar dekat Karo, Sumatera Utara semalam.


JAKARTA - Gunung Sinabung terus memuntahkan gas panas, lahar dan batu ke udara semalam menyebabkan beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan, kata seorang pegawai.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata, aktiviti terbaharu gunung berapi berkenaan yang bermula pada September lalu menyebabkan lebih 22,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

"Gunung itu dijangka terus meletus," kata seorang jurucakap agensi berkenaan, Sutopo Nugroho.

Tambahnya, gunung berapi berkenaan telah memuntahkan gas dan batu-batuan panas lebih daripada 20 kali sejak kelmarin.

Seorang anggota sukarelawan, Riska Siregar berkata, kebanyakan penduduk yang terpaksa berlindung di bangunan kerajaan dan khemah di wilayah Karo, utara Sumatera berada dalam keadaan serba kekurangan.

Katanya, seramai tujuh penduduk meninggal dunia ekoran pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan.

"Sebilangan besar lagi penduduk memerlukan rawatan kesihatan.

"Ramai di antara mereka tertekan kerana terpaksa berpindah dari kediaman mereka selama berminggu-minggu dan kesusahan yang mereka alami juga kurang diberi perhatian,'' katanya.

Bagaimanapun, bekalan makanan untuk penduduk tersebut masih mencukupi untuk beberapa minggu yang akan datang.

Gunung Sinabung setinggi 2,460 meter tidak aktif sejak 400 tahun lalu sebelum ia meletus pada Ogos 2010.

Terdapat 130 gunung berapi yang aktif di kepulauan Indonesia. - dpa

Bekas ratu Venezuela mati ditembak

Posted:

Bekas ratu Venezuela mati ditembak

Bekas ratu Venezuela mati ditembak

CARACAS - Bekas Ratu Cantik Venezuela, Monica Spear (gambar kecil) dan bekas suaminya, Thomas Henry Berry mati ditembak di depan mata seorang anak perempuan mereka sendiri oleh beberapa lelaki bersenjata yang cuba merompak pasangan berkenaan di sebuah lebuh raya di sini kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 malam waktu tempatan di wilayah El Cambur kira-kira 322 kilometer dari barat Caracas itu, anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia lima tahun turut cedera akibat ditembak di kaki.

Spear, 29, dan Berry, 39, yang bercuti di Puerto Cabello dalam perjalanan pulang ke Valencia dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Corolla sebelum tayar kenderaan itu pancit akibat melanggar satu objek tajam yang sengaja diletakkan di atas jalan raya.

Pengarah siasatan polis Venezuela, Jose Gregorio Sierralta berkata, tidak lama selepas kenderaan itu berhenti, sebuah trak tunda yang dinaiki oleh dua lelaki tiba-tiba muncul untuk menghulurkan bantuan kepada pasangan berkenaan.

"Ketika kenderaan itu diangkut trak penunda, muncul lima lelaki bersenjata yang menyerang pasangan tersebut menyebabkan aktres dan bekas suaminya mengunci diri mereka di dalam kereta.

"Kumpulan penjenayah itu kemudiannya melepaskan enam das tembakan ke arah mangsa menyebabkan Spear terkena beberapa tembakan di badan manakala Berry cedera di dada sebelum melarikan diri tanpa mengambil sebarang barangan berharga,'' katanya.

Menurutnya, polis telah menahan lima lelaki termasuk dua suspek yang berusia di bawah 18 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Spear yang memenangi pertandingan Ratu Cantik Venezuela pada tahun 2004 dan tempat kelima pertandingan Ratu Cantik Universe pada tahun 2005 sebelum dia berlakon beberapa buah siri drama di negara itu.

Dia kemudinnya berkahwin dengan Berry, seorang ahli perniagaan dari Britain pada tahun 2009 sebelum bercerai empat tahun selepas itu.

Namun, mereka masih berkawan baik dan sering bercuti bersama semata-mata untuk anak mereka.

Pembunuhan, penculikan dan rompakan bersenjata merupakan perkara biasa di negara yang kaya dengan hasil minyak ini.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menganggap pembunuhan pasangan itu adalah sangat kejam. - Agensi

20,647 sushi disusun untuk hasilkan nombor sepuluh

Posted:

20,647 sushi disusun untuk hasilkan nombor sepuluh

20,647 sushi disusun untuk hasilkan nombor sepuluh


BEBERAPA pekerja melakukan kerja-kerja di tepi susunan sushi yang membentuk nombor sepuluh di sebuah pusat beli-belah di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Sebanyak 20,647 sushi pelbagai warna disusun bagi menghasilkan nombor sepuluh berjaya dibuat di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Sushi itu disusun oleh beberapa pekerja kedai menjual makanan Jepun itu dengan melibatkan ruang seluas 37.16 meter persegi.

Ia dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan kedai menjual sushi di pusat beli-belah tersebut.

Susunan itu turut mencipta rekod Guinness World Records bagi kategori bentuk sushi paling besar yang pernah dibuat.

Sushi merupakan makanan Jepun berupa nasi yang diletakkan lauk, terutamanya ikan mentah di bahagian atas atau di dalamnya.

Makanan Jepun itu kemudian dibungkus untuk diedarkan kepada orang ramai secara percuma. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Harga RON95 tidak naik - Ahmad

Posted:

Harga RON95 tidak naik - Ahmad

Harga RON95 tidak naik - Ahmad

09/01/2014 11:18pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad menerusi akaun Twitternya malam ini berkata, :"Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".

Terdapat penyebaran berita di internet termasuk di laman sosial yang memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen berkuat kuasa malam ini.

Harga petrol RON95 dipasaran ketika ini ialah RM2.10 seliter.

Ahmad berkata, berbanding dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi. - Bernama

Buku tentang kolesterol bagi rakyat Malaysia dilancarkan

Posted:

Buku tentang kolesterol bagi rakyat Malaysia dilancarkan

Buku tentang kolesterol bagi rakyat Malaysia dilancarkan

09/01/2014 11:02pm

KUALA LUMPUR - Sebuah buku tentang kolesterol dan penyakit jantung bagi rakyat Malaysia berjudul 'My Cholesterol Journey In Malaysia' dilancarkan hari ini untuk mendokumenkan tahap kolestrol normal dan tidak normal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Buku nukilan Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr. Khoo Kah Lin itu mengandungi penyelidikan dan jurnal beliau sejak lebih 40 tahun lepas yang turut mendokumenkan tentang tabiat makanan, gaya hidup, perbezaan gen dalam kalangan orang Asia dan risiko penyakit jantung koronari selain lipid gen tidak normal di Malaysia.

"Segala-galanya yang saya capai bersama-sama rakan sekerja (dalam menghasilkan buku itu) dilakukan tanpa bantuan kewangan atau geran pengajian, sebaliknya berlandaskan semangat yang berkobar-kobar.

"Insan hadir dalam hidup saya semasa saya amat memerlukan mereka dan apabila saya imbas kembali hakikat ini, saya seringkali teringatkan Dorothy dalam Wizard of Oz yang berdiri di atas jalan bata kuning dalam pencarian Wizard untuk pulang ke rumah," kata Dr Khoo ketika berucap pada majlis pelancaran buku itu.

Buku berkenaan dilancarkan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tun Dr. Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Buku mengandungi 91 halaman itu dijual pada harga RM35 senaskhah dan semua hasil jualan akan disalurkan kepada Yayasan Jantung Malaysia. - Bernama

Yayasan Restu sasar cetak dan wakaf sejuta al-Quran dalam pelbagai bahasa

Posted:

Yayasan Restu sasar cetak dan wakaf sejuta al-Quran dalam pelbagai bahasa

Yayasan Restu sasar cetak dan wakaf sejuta al-Quran dalam pelbagai bahasa

09/01/2014 10:34pm

SHAH ALAM - Yayasan Restu menyasarkan untuk mencetak dan mewakafkan sejuta naskah al-Quran dalam pelbagai bahasa terjemahan untuk diedar ke seluruh negara dan dunia luar menerusi Program Wakaf Sejuta al-Quran.

Pengerusinya, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata, inisiatif itu diambil sebagai usaha menyelaraskan percetakan al-Quran wakaf yang sebelum ini dibuat bagi mengisi keperluan.

"Sebelum ini hampir 50,000 naskah al-Quran telah kita agihkan ke Kemboja dan China tapi kita lihat ada keperluan menghantar lebih banyak lagi kitab ini ke negara lain juga.

"Untuk itu, Program Wakaf Sejuta al-Quran ini diharap dapat merealisasikan hasrat menjadikan kitab agung itu sebagai sebahagian daripada kehidupan kerana ia akan disertakan dengan terjemahan dalam pelbagai bahasa," katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai program itu di sini hari ini.

Antara bahasa terjemahan al-Quran yang dicadang untuk dicetak menerusi program wakaf itu adalah Khmer (Kemboja), Tagalog (Filipina), Thai, Perancis, Kadazan, Iban, Tamil dan Inggeris. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Status bukan halangan

Posted:

Status bukan halangan

Status bukan halangan

MEMILIKI kecantikan dan berbakat besar sebagai seorang pelakon, Amyra Rosly boleh dikatakan cukup bertuah kerana sudah mula berjaya menempatkan diri sebaris dengan pendatang baharu yang sedang meningkat naik.

Sejak membintangi drama bersiri Jodoh yang ditayangkan di saluran Astro Ria pada tahun lalu, ia telah membuka mata ramai pihak dan rezekinya kini dalam dunia lakonan semakin luas.

Bagaimanapun, sewaktu namanya memanjat tangga populariti dalam bidang yang diceburinya, pelakon yang baru menjangkau usia 22 tahun itu mengambil keputusan untuk bertunang.

Menariknya, lelaki yang menjadi pilihan hatinya itu adalah seorang pelakon yang juga kini sedang meningkat naik, Dazrin Kamaruddin yang mula dikenali menerusi drama bersiri Adam Dan Hawa.

Dalam satu sesi fotografi yang diaturkan bersama pelakon tersebut baru-baru ini, Amyra ditanya tentang keputusannya itu memandangkan dia baru sahaja mula dikenali ramai.

"Sebelum membuat keputusan, saya mengambil masa memikirkannya tetapi apabila memikirkan ia kebaikan untuk masa hadapan, akhirnya saya nekad dengan keputusan untuk bertunang," jelas anak sulung daripada empat orang adik-beradik itu.

Ketika ditanya tentang penerimaan peminat memandangkan dia baru sahaja mencipta nama, pemilik nama sebenar, Nur Amira Izzati Rosli itu menyatakan, peminat sekarang tidak lagi memandang status, sebaliknya lebih menilai kepada bakat seseorang pelakon.

Ujarnya, status sebagai tunangan orang juga langsung tidak menjadi halangan untuk dia terus mengembangkan kerjaya lakonannya, malah rezekinya sekarang ini semakin bertambah sejak mengikat tali pertunangan.

"Hubungan saya dan Dazrin mula rapat sejak sama-sama membintangi drama bersiri Jodoh. Padahal, sebenarnya kami sudah saling mengenali sejak tiga tahun lalu ketika sama-sama berlakon dalam filem Apokalips.

"Selepas menjalinkan hubungan serius selama enam bulan, akhirnya kami mengambil keputusan untuk bertunang.

AMYRA ROSLI mengakui gementar pertama kali bergandingan dengan Remy Ishak menerusi drama bersiri, Ku Cinta Kau Seorang.


"Saya memilihnya kerana dia ada ciri-ciri yang saya suka dan seorang lelaki yang bertanggungjawab," jelas Amyra yang masih belum menetapkan tarikh perkahwinannya.

Apabila diminta komennya terhadap pandangan sinis segelintir pihak yang mendakwa dia menumpang populariti Dazrin memandangkan tunangnya itu terlebih dahulu mencipta nama, Amyra merasakan dakwaan sedemikian tidak menjadi beban buat dirinya.

"Kalau saya dikatakan menumpang populariti Dazrin, seharusnya ia bukan menjadi satu masalah yang besar.

"Namun begitu, saya percaya segala yang dikecapi sekarang ini adalah hasil usaha keras yang saya lakukan sejak setahun lalu tanpa menumpang populariti sesiapa," ujarnya.

Memandangkan kedua-duanya terbabit dalam bidang yang sama, Amyra menyatakan yang dia atau Dazrin tidak keberatan untuk berlakon bersama dan merasakan berlakon dengan tunang sendiri lebih mudah.

Profesional

Apabila mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya lakonan secara serius, Amyra memberitahu, dia sangat beruntung kerana keluarga banyak menyokong dan menjadi tulang belakang terhadap pencapaian yang diraihnya sekarang.

Menurut Amyra, setakat ini perjalanan kariernya sebagai seorang pelakon tidak menimbulkan sebarang masalah yang besar kerana segalanya diuruskan sendiri oleh ibunya, Noor Zaridah Ahmad.

"Sebelum ini, ibu sudah mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat rakaman tetapi kini ibu bertindak sebagai pengurus saya sepenuh masa.

"Ibu merupakan individu yang paling banyak membantu saya dari semua sudut berdasarkan pengalaman yang beliau miliki.

"Jadi, tidak ada masalah buatnya untuk menguruskan kerjaya seni saya," jelas pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

Biarpun mempunyai ikatan hubungan antara ibu dan anak, pelakon tersebut menyatakan, dari segi kerja masing- masing bertindak secara profesional dan dia bersedia menerima sebarang teguran yang diberikan oleh ibunya.

"Apabila diuruskan oleh ibu sendiri saya tidaklah rasa terikat sangat dan menjadi lebih selesa. Lagipun kalau ada sebarang perkara yang berbangkit, kami selalu berbincang bersama," luahnya.

AMYRA bergelar tunangan Dazrin selepas menjalinkan hubungan serius selama enam bulan.


Gementar

Menceritakan tentang aktiviti lakonan terbaharunya, Amyra berkata, ketika ini dua drama bersiri lakonannya sedang ditayangkan di TV3 iaitu Ku Cinta Kau Seorang sejak 19 November lalu serta Kalimah Jiwa yang baru sahaja ditayangkan pada 1 Januari.

Menariknya, dalam drama bersiri Ku Cinta Kau Seorang yang ditayangkan setiap hari Selasa pada pukul 9 malam itu, dia diganding- kan dengan pelakon hebat iaitu Remy Ishak, Ruminah Sidek, Faradhiya dan Zack X-Factor.

"Ketika mula mendapat tawaran membintangi drama bersiri itu, saya berasa agak terkejut kerana diberi watak utama sebagai Batrisya.

Tambahan pula, saya digandingkan dengan Remy Ishak sehingga membuatkan saya berasa gementar.

"Namun begitu, perasaan tersebut hilang sepanjang menjalani penggambaran dan rasa seronok pula dengan peluang yang diberikan.

Biarpun saya dilabel sebagai pelakon baharu tetapi pelakon yang lebih senior banyak membantu dan kami bekerja sebagai satu pasukan," ujarnya.

Jelas Amyra, penampilannya dalam drama bersiri itu turut mendapat maklum balas yang positif daripada penonton dan ia telah memberikannya satu kekuatan untuk tampil dengan lebih baik.

Selain itu, dalam Kalimah Jiwa yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 4 petang, Amyra berlakon di samping pelakon muda lain seperti Nazim Othman, Nabila Dally, Amar Bahrin dan Raja Ilya.

Memandangkan namanya yang kini semakin kukuh apabila ramai pihak sudah melihat kemampuannya dalam bidang lakonan, namun ia bukanlah bermakna dia kini sudah mula bertindak selektif dalam memilih sesebuah tawaran.

"Saya tidak kisah kalau diminta membawakan apa sahaja watak, asalkan saya tidak disuruh berpakaian yang mendedahkan atau membabitkan sentuhan yang melampau dengan lelaki.

"Misalnya, kalau diberikan watak seorang pelacur tidak bermakna saya perlu berpakaian terlalu seksi. Semuanya boleh dilakukan menerusi perbincangan antara pelakon dan pengarah serta ada batas yang tertentu," jelasnya.

Empat finalis PU sedia berentap

Posted:

Empat finalis PU sedia berentap

Empat finalis PU sedia berentap

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


FINALIS Pencetus Ummah (dari kiri), Rahmat, Hafiz, Shahul dan Yeop yang bakal bersaing sesama sendiri bagi merebut gelaran juara.


BERSAING selama tujuh minggu melalui program realiti TV Islamik, Pencetus Ummah (PU), empat peserta yang berjaya ke peringkat akhir kini sudah bersedia mendepani dua tugasan peringkat akhir program yang bakal disiarkan pada hari ini, pukul 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (saluran 135).

Dua cabaran yang bakal diharungi empat finalis Pencetus Ummah iaitu dikenali PU Rahmat, PU Yeop, PU Shahul dan PU Hafiz adalah merujuk kepada dua tajuk yang diberikan juri iaitu Cinta Rasul dan juga empat tajuk tugasan yang diperoleh peserta melalui cabutan undian.

Bersyukur kerana terpilih untuk bertanding ke peringkat akhir daripada 12 peserta, menurut PU Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Mohd. Haneefa, dia mendapat tajuk Pendakwah Untung Dunia dan Akhirat serta tajuk Cinta Rasul yang diberikan kepada keempat-empat peserta akhir.

"Untuk tajuk Cinta Rasul, saya akan bercerita mengenai pengalaman duduk di Madinah selama empat tahun. Saya akan tonjolkan sesuatu yang luar biasa seperti jasad Nabi Muhammad yang terdapat di sana," ungkap peserta berusia 32 tahun berasal dari Klang, Selangor itu.

Bertugas sebagai pensyarah Qiraati dan merupakan Naib Presiden Akademik di Kolej Hafiz, Klang, Hafiz juga akan bercerita mengenai Bukit Uhud yang menjadi saksi kepada peperangan paling dahsyat dalam sejarah agama Islam.

Shahul gementar

Sementara itu, bagi Shahul atau nama sebenarnya Shahrul Hameed M.P.H. Seeni Md., biarpun dia mempunyai lebih banyak pengalaman dakwah daripada tiga lagi peserta, namun dia mengakui tidak mudah untuk mengalahkan ketiga-tiga peserta lain kerana semua mempunyai kelebihan masing-masing.

"Dalam pertandingan, lain cabarannya. Mungkin dari segi isi saya tidak ada masalah sebab ada kitab sebagai rujukan tetapi dari segi penyampaian kita tidak tahu apa kehendak masyarakat dan juga juri," ujarnya jujur.

Sedikit lega kerana pada peringkat akhir Shahul mulai nampak apa yang dikehendaki oleh juri. Bagaimanapun, peserta berusia 38 tahun itu sedikit gementar dengan tajuk yang diperoleh menerusi undian iaitu Ibu Bapa Hebat, Anak Keparat dan juga masa singkat yang diberi.

Namun begitu, melalui tajuk kedua iaitu Cinta Rasul, Shahul yang juga merupakan jurusan Sarjana Hadith (Al-Quran dan Sunnah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu akan mengangkat kisah keunggulan dan kehebatan Nabi Muhammad dari sudut yang belum pernah diketahui masyarakat.

"Sebenarnya isi untuk Cinta Rasul itu saya sudah ada lama tetapi untuk tugasan lagi satu iaitu Ibu Bapa Hebat, Anak Keparat itu sedikit sukar. Sebabnya, saya sudah dapat tajuk yang lebih kurang sama seperti ini sebelum ini.

"Saya juga risau dari segi masa yang diberi. Biasa mengajar atau beri ceramah selama tiga jam. Untuk tugasan ini saya cuma diberi masa selama tiga minit," luahnya yang mempunyai pengalaman mengajar agama selama 15 tahun.

Mengulas lebih lanjut mengenai tugasan akhir yang bakal dilunaskan, peserta yang terkenal dengan dakwah humor iaitu Mohd. Zinudin Mohamed Zaini atau PU Yeop memberitahu dia akan memfokuskan mengenai Rasulullah menggembala kambing ketika di usia kanak-kanak untuk tugasan kedua iaitu Cinta Rasul.

"Saya lebih selesa mengangkat kisah Nabi ketika kecil. Sebabnya, sebelum ini saya sentiasa beri ceramah mengenai kisah tersebut. Saya juga akan selitkan sedikit humor ke dalam cerita tersebut," jelasnya yang memberitahu akan tampil cerita yang lebih menghiburkan di akhir Pencetus Ummah nanti.

Yeop yang mempunyai pengalaman selama hampir lima tahun sebagai tenaga pengajar kursus praperkahwinan di Jabatan Agama Islam Perak menegaskan, tugasan yang diperoleh menerusi undian pula adalah bertajuk Kenapa Doa Aku Tidak Makbul.

Pengisian eksklusif Rahmat

Peserta akhir yang berjaya melangkah kaki ke peringkat akhir Pencetus Ummah yang juga merupakan peserta paling popular dalam kalangan penonton iaitu PU Rahmat pula mendedahkan dia akan cuba tampilkan pengisian dakwah secara eksklusif melalui tajuk yang diperoleh iaitu Mencari Cinta Kekasih Sehingga Lupa Cinta Maha Pengasih.

"Saya sedar cabaran dari segi ilmu dan kematangan saya sangat berbeza daripada peserta-peserta lain. Disebabkan itu, saya akan cuba tampilkan pengisian lebih eksklusif seperti yang ditampilkan oleh penceramah dari Eropah," ulas peserta berusia 20 tahun itu.

Sedar ilmu agama sedikit kurang berbanding tiga peserta lain, pelajar jurusan Sains Persekitaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menyusun strategi untuk menarik perhatian pengundi melalui laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, peserta berasal dari Segambut, Kuala Lumpur itu juga tidak membelakangkan para juri yang memberi markah 70 peratus daripada 100 peratus itu.

Pencetus Ummah menggunakan sistem pemarkahan iaitu sebanyak 70 peratus undian juri manakala 30 peratus pula melalui undian penonton.

Program realiti Islamik terbaharu di Astro Oasis yang membawa para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dalam menyampaikan dakwah itu mula ditayangkan pada 21 November lalu.

Seramai 12 orang peserta telah dipilih dan empat orang yang berjaya melangkah kaki ke peringkat akhir. Peserta yang tidak berjaya ialah PU Thowi, PU Fakhrul, PU Razi, PU Fidz, PU Hissam, PU Izzat, PU Sufian dan PU Salman.

Juara Pencetus Ummah bakal memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM50,000 dan sebuah kereta. Naib juara pula akan menerima wang tunai RM30,000 manakala tempat ketiga dan keempat bakal membawa pulang wang sagu hati RM10,000 setiap seorang.

Sangkaan yang meleset

Posted:

Sangkaan yang meleset

Sangkaan yang meleset

PADA usia yang sudah mencecah 46 tahun, Rosyam masih mampu melakonkan watak aksi dengan baik.


BERDASARKAN jumlah lambakan filem-filem bercorak aksi, terutamanya membabitkan gengsterisme yang menjadi pilihan ramai penerbit, filem Balistik yang mula ditayangkan di pawagam hari ini ternyata memberikan kelainan kepada peminat filem bercorak sedemikian.

Membariskan beberapa pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Adi Putra dan Rita Rudaini sebagai tunjang utama, filem terbitan RK Screen Sdn. Bhd. yang diarahkan Silver Yee dengan kos sebanyak RM2.5 juta itu tidak menghampakan.

Mungkin ramai yang menyangka Balistik adalah sebuah filem tentang perseteruan antara kongsi gelap serta membabitkan banyak aksi pergaduhan tetapi sangkaan untuk nyata meleset apabila menontonnya.

Sesuai dengan judulnya, Balistik yang bermaksud kelajuan peluru, filem ini sebenarnya lebih sarat dengan adegan tembak-menembak berbanding babak pergaduhan yang sudah kerap ditampilkan dalam kebanyakan filem aksi lain.

Tidak hairan apabila produksi berkenaan memperuntukkan kos sebanyak RM45,000 untuk senjata api serta 1,000 butir peluru bagi menjayakan kira-kira 30 peratus adegan tembak-menembak yang dipaparkan dalam filem ini.

Balistik yang merupakan filem sulung terbitan RK Screen dengan kerjasama Asia Tropical Films Sdn. Bhd. (ATF) mengisahkan tentang Saga lakonan Rosyam sebagai pembunuhan upahan yang terpaksa berpisah dengan isterinya, Salina (Rita) lantaran pekerjaannya itu.

Bagaimanapun, Saga mengambil keputusan membawa anak mereka iaitu Rykarl (Rykarl Iskandar) dan dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu. Enam tahun kemudian, Salina kembali muncul dalam kehidupan Saga dan Rykarl apabila ketiga-tiganya terserempak dalam satu insiden.

Konflik bertambah menarik apabila Salina yang ditinggalkan oleh suaminya berkahwin pula dengan Nizam, seorang anggota polis yang juga rakan baik Saga ketika mereka dibesarkan bersama-sama di rumah anak yatim sewaktu kecil.


ADI dan Rita berlakon sebagai pasangan suami isteri.


Ternyata, situasi tersebut mewujudkan sengketa antara Saga dan Nizam yang bukan sahaja disebabkan kerana seorang wanita, malah Nizam turut terikat dengan komitmen dan tanggungjawabnya untuk memantau kegiatan yang dilakukan oleh rakan baiknya itu.

Diakui filem bercorak sebegini memang sudah kerap dihasilkan dan tidak adil rasanya kalau hendak dibandingkan dengan filem aksi Hollywood tetapi kekuatan filem ini terletak pada jalan ceritanya yang digarap dengan kemas oleh Silver agar mudah difahami penonton.

Tidak dinafikan unsur gengsterisme masih diterapkan, cuma penonton tidak seharusnya melihat Balistik sebagai sebuah filem aksi semata-mata memandangkan ia lebih menitikberatkan elemen drama dalam penceritaannya.

Itulah kelainan yang cuba ditampilkan Silver bagi menunjukkan perbezaan dengan kebanyakan filem aksi tempatan yang lebih kerap menumpukan kepada babak aksi sebagai tunjang kekuatan jalan cerita. Dalam filem Balistik, penonton dibuai dengan permainan emosi yang membabitkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan.

Apa yang lebih penting, penonton perlu fokus terhadap setiap babak kerana di pengakhiran cerita, semua rahsia yang tersimpan rapi bakal terjawab, termasuk identiti sebenar Saga dan pengarah cukup bijak memainkan elemen kejutan dalam filem ini.

Kalau dinilai dari segi daya lakonan pula, Rosyam berhasil memberikan lakonan yang sangat baik dan berjaya lari daripada karakter yang ditampilkan dalam filem aksi lakonannya sebelum ini seperti Castello dan KL Gangster 2.

Siapa sangka, dalam usianya yang sudah mencecah 46 tahun, Rosyam masih mampu membawakan watak yang memerlukan kekuatan fizikal.

Begitu juga dengan pemilihan Adi Putra yang membawakan watak seorang pegawai polis telah dilakonkan cukup memberi impak tersendiri, biarpun dia lebih dikenali membawakan watak antagonis seperti dalam filem Haq atau KL Gangster.

Selain itu, mempertaruhkan beberapa pelakon Cina tempatan seperti Jack Lim dan Gan Mei Yan merupakan satu pendekatan tersendiri yang cuba dilakukan dan dapat menarik penonton bukan Melayu. - RONI HIDAYAT RIDWAN

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved