Khamis, 2 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Menara gading diheret huru-hara politik Mesir

Posted:

Menara gading diheret huru-hara politik Mesir

Menara gading diheret huru-hara politik Mesir

DALAM keadaan yang penuh tawakal bersama beberapa buah buku dalam genggaman, Siti Fatimah Mohd. Salleh, 23, meneruskan langkahnya sambil menyerahkan segala takdir kepada Allah supaya selamat tiba ke dewan kuliah.

Masih segar diingatan penuntut jurusan pengajian Islam dan bahasa Arab Universiti Al-Azhar itu ialah melihat pekarangan universiti diselubungi kepulan asap tebal dan tembakan gas pemedih mata yang menjadikan suasana di sekitar tegang.

Siti Fatimah yang terpaksa menghadiri peperiksaan pada hari berkenaan mengambil langkah tepat apabila tidak melalui jalan biasa ke kelas, sebaliknya memilih laluan yang lebih sunyi dan terpencil.

"Pada waktu itu Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya. Takut dan risau menyelubungi diri. Sepanjang perjalanan ke kuliah mulut saya tanpa henti beristighfar memohon kepada Allah supaya diri ini dilindungi.

"Alhamdulillah berkat perlindungan-Nya, saya selamat sampai ke lokasi dan bersyukur kerana membuat keputusan tepat apabila tidak melalui kawasan berdekatan fakulti perdagangan itu," ceritanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Beliau berkongsi pengalaman ekoran kejadian 28 Disember lalu apabila universiti tertua di dunia itu menjadi lokasi pertempuran antara penyokong kumpulan Ikhwanul Muslimin dan pihak polis di Kaherah, Mesir.

Kejadian duka itu mengheret Universiti Al-Azhar yang terkenal sebagai sebuah menara gading yang berjaya melahirkan cendekiawan-cendekiawan Islam ke dalam kancah ketidakstabilan politik negara itu.


PENGHANTARAN pasukan keselamatan di kampus dilihat sebagai satu usaha kerajaan untuk mengunci mulut pembangkang.


Dilabel pengganas

Rusuhan oleh kumpulan pro-Ikhwanul Muslimin yang selama ini menuntut semula kuasa Presiden Mohamed Morsi yang telah digulingkan kuasa tentera pada 3 Julai tahun lalu semakin memuncak apabila kerajaan Mesir melabelkannya sebagai pengganas baru-baru ini.

Morsi, presiden Mesir kelima yang menjawat jawatan tertinggi itu pada 30 Jun 2012 sebelum pengambil alihan kuasa tersebut, merupakan pemimpin pertama negara berkenaan yang dipilih secara demokrasi. Beliau juga antara pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang terperangkap dalam pertempuran itu, Muhammad Mukhzin Amran, 22, pelajar tahun dua di Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Al-Azhar menceritakan detik hitam yang terpaksa dihadapinya pada Sabtu lalu.

Katanya, ketika kejadian, dia bersama lima rakan lain sedang dalam perjalanan pulang selepas menyemak jadual peperiksaan mereka di universiti berkenaan.

"Ketika mahu keluar dari pekarangan universiti, kami terkepung dengan pihak polis dan tentera tidak membenarkan kami keluar. Sehubungan itu, kami memutuskan untuk mengambil perlindungan sementara sehingga keadaan kembali reda," jelasnya.

Kematian

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir, Khaled al-Khatib memberitahu Reuters, empat orang cedera selepas pelajar membakar salah sebuah bangunan universiti tersebut.

Peristiwa itu diburukkan lagi dengan laporan kematian salah seorang pelajar Universiti Al-Azhar.

Menurut aktivis Pergerakan Pelajar Menentang Rampasan Kuasa yang merupakan penyokong Ikhwanul Muslimin, Shaimaa Mounir, penuntut tersebut, Khaled El-Haddad, terkorban akibat kecederaan namun tidak dapat dipastikan sama ada ia disebabkan dipukul atau terkena tembakan rambang.


WALAUPUN dalam keadaan bergolak, kuliah dan peperiksaan di Universiti Al-Azhar masih berjalan seperti biasa.


Sementara itu, akhbar Al-Ahram melaporkan, pertempuran tersebut berlaku selepas pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan pelajar pro-Ikhwanul Muslimin yang cuba menghalang rakan-rakan mereka memasuki bangunan universiti untuk mengambil peperiksaan.

Penunjuk perasaan turut bertindak membaling batu ke arah polis dan membakar tayar kereta sebagai tanda protes.

Keadaan bertambah buruk apabila satu liputan saluran televisyen tempatan menunjukkan kepulan asap keluar dari bangunan fakulti perdagangan dan fakulti pertanian universiti berkenaan.

Sejak kebelakangan ini, Universiti Al-Azhar sering menjadi tumpuan demonstrasi bantahan terhadap apa yang disifatkan kumpulan Ikhwanul Muslimin sebagai rampasan kuasa tentera selepas penggulingan Morsi tahun lalu.

Kumpulan persaudaraan itu menghentam tindakan pihak berkuasa itu dengan menggelarnya sebagai "tindakan keras terhadap protes pelajar" dengan mengatakan dalam satu kenyataan, penghantaran pasukan keselamatan di kampus berkenaan sebagai satu usaha kerajaan untuk mengunci mulut pembangkang.

Sumber keselamatan bagaimanapun mengesahkan kenyataan kumpulan itu bahawa sembilan penuntut Universiti Al-Azhar telah terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sejak bermulanya tahun akademi pada September 2013.

Tahanan

Pada Jumaat minggu lalu, sekurang-kurangnya lima orang telah terkorban dalam pertempuran di seluruh Mesir.

Dalam insiden berbeza, pihak pendakwaan telah mengarahkan lanjutan tahanan tujuh orang pelajar Universiti Al-Azhar yang telah ditangkap dalam pertelagahan Khamis lalu.

Para pelajar terlibat merupakan kumpulan pertama yang dituduh tergolong dalam kumpulan pengganas sejak penyenaraian formal Ikhwanul Muslimin pada 25 Disember lalu.

Selain itu, ribuan penyokong persaudaraan itu telah ditahan dengan lebih 250 orang daripada mereka di bawah klasifikasi berkenaan pada Jumaat lalu.

Langkah tersebut telah menambahkan lagi hukuman terhadap mereka yang membantah pemerintahan kerajaan selepas pengusiran Morsi.


RUSUHAN kumpulan penyokong Ikhwanul Muslimin kian memuncak apabila dilabel sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Mesir.


Kerajaan yang disokong tentera itu kelihatan bertekad dalam mengawal kumpulan penentang sebelum pelaksanaan referendum perlembagaan baharu yang dijadualkan bulan hadapan. Langkah tersebut dipercayai akan membuka jalan kepada pilihan raya parlimen dan presiden baharu di Mesir.

Di bawah undang-undang anti-pengganas yang diperkenalkan sejak pemimpin sebelum, Hosni Mubarak, mereka yang disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan seumur hidup. Pihak berkuasa juga telah memaklumkan bahawa pemimpin-pemimpin gerakan tersebut juga boleh berhadapan dengan hukuman mati.

Organisasi bebas, Human Rights Watch berkata Sabtu lalu, klasifikasi kerajaan terhadap Ikhwanul Muslimin dilihat sebagai langkah politik dan bertujuan mengakhiri kesemua aktiviti pergerakan tersebut.

Penasihat kepada pemimpin kerajaan sementara Adli Mansour, Mustafa Hijazi menerusi dalam satu komen akhbar Asharq al-Awsat yang diterbitkan Sabtu lalu berkata, keputusan itu bukan bersifat politik, sebaliknya menggunakan undang-undang sedia ada.

Beliau turut menyatakan kepercayaannya bahawa Mesir tidak akan kembali kepada keadaan darurat sungguhpun keganasan berterusan.

Pihak berkuasa telah menarik pengisytiharan darurat pada bulan November lalu, tiga bulan selepas pihak tentera menguat kuasa langkah tersebut ekoran pergolakan berdarah selepas penggulingan Morsi.

Dianggarkan kadar kematian sejak kejatuhan pemimpin negara itu melebihi 1,500 orang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sambutan tahun baru di Kompleks Bukit Jambul meriah

Posted:

Sambutan tahun baru di Kompleks Bukit Jambul meriah

Sambutan tahun baru di Kompleks Bukit Jambul meriah

LEBIH 2,000 pengunjung memenuhi pekarangan Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang untuk menyambut ambang tahun baru 2014 baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 2,000 pengunjung menyambut kedatangan tahun 2014 di pusat beli-belah Kompleks Bukit Jambul di Sungai Nibong, Pulau Pinang baru-baru ini sambil menyaksikan pertunjukan bunga api selama lima minit sebagai kemuncak acara.

Pengurusnya, Siti Rohani Ibrahim berkata, penganjuran kali pertama diadakan itu sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung termasuk pelanggan pusat beli-belah berkenaan.

Menurutnya, pertunjukan bunga api merupakan identiti acara sambutan tahun baru 2014 selain persembahan hiburan oleh artis tempatan seperti penyanyi dangdut, Ani Mayuni dan bekas pelajar Akademi Fantasia, Adam.

Econsave beri sumbangan kepada pesakit kanser

Posted:

Econsave beri sumbangan kepada pesakit kanser

Econsave beri sumbangan kepada pesakit kanser


ZAMZURI (dua dari kiri) bersama kakitangannya menyampaikan bantuan barang makanan kepada Che Ashah di Taman Desa Aman Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


PRIHATIN. Penderitaan hidup pesakit kanser payudara, Che Ashah Hussein, 54, dari Taman Desa Aman Sungai Lalang sejak tiga tahun lalu mendapat perhatian Econsave Cash @ Carry Sdn. Bhd. (Econsave) Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Syarikat itu melalui program Dana Prihatin Econsave menghulurkan pelbagai barang makanan bernilai RM1,000 kepadanya.

Ketika ini, sudah hampir sebulan Che Ashah tidak mempunyai selera makan setelah sebelah tangannya mulai mengecil.

Pengurus Operasi Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor dan Pengurus Econsave Bandar Puteri Jaya, Ahmad Izuddin Othman melawat Che Ashah dan menyampaikan bantuan.

UEM Sunrise sumbang pakaian sekolah untuk anak Orang Asli

Posted:

UEM Sunrise sumbang pakaian sekolah untuk anak Orang Asli

UEM Sunrise sumbang pakaian sekolah untuk anak Orang Asli


SEBAHAGIAN daripada 53 pelajar Orang Asli yang menerima bantuan pakaian seragam dan peralatan persekolahan daripada UEM Sunrise di Kampung Sungai Geroyang, Tapah, Perak baru-baru ini.


SUMBANG. Firma pemaju hartanah, UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) menyumbang pakaian seragam dan peralatan persekolahan kepada 53 pelajar Orang Asli di Kampung Sungai Geroyang dan Kampung Sungai Merbau, Tapah, Perak baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat UEM Sunrise, Nik Surina Suria berkata, program Kembali ke Sekolah tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil, Datuk Shamsudin Abu Hassan.

Beliau berkata, sumbangan berkenaan bertujuan meringankan beban keluarga Orang Asli terbabit dalam menyediakan pakaian seragam dan peralatan persekolahan anak-anak mereka.

"Ia merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat kami untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat setempat," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kantin sekolah naikkan harga

Posted:

Kantin sekolah naikkan harga

Kantin sekolah naikkan harga

Oleh IKHWAN HAZWAN HAMIDUN
ikhwan.hamidun@kosmo.com.my

BEBERAPA buah kantin sekolah mula menaikkan harga jualan mereka pada 2014. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Hari pertama persekolahan di seluruh negara semalam memberi kejutan kepada ramai ibu bapa dan pelajar yang mendapati harga makanan di beberapa buah kantin sekolah semkain mahal berbanding tahun lalu.

Kosmo! menerima aduan daripada ibu bapa yang menyatakan terdapat pengusaha kantin menaikkan harga makanan antara 50 sen hingga RM1 satu hidangan untuk pelbagai jenis makanan yang dijual.

Seorang pengadu yang hanya mahu dikenali dengan nama Nora berkata, dia terkejut apabila anaknya yang bersekolah menengah di Cheras di sini mengadu terpaksa membayar harga lebih mahal untuk sepinggan nasi ayam pada waktu rehat sekolah pagi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bapa, kekasih didakwa bunuh anak lelaki usia tiga tahun

Posted:

Bapa, kekasih didakwa bunuh anak lelaki usia tiga tahun

Bapa, kekasih didakwa bunuh anak lelaki usia tiga tahun

JOHOR BAHRU - Seorang bapa dan kekasihnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada Disember tahun lalu.

Semasa pertuduhan dibacakan, Mohd. Imran Mohd. Ramly, 31, bapa kepada mangsa dan pasangannya, Norhidayah Mamid, 27, hanya mengangguk kepala sebagai tanda mereka faham.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh sepanjang prosiding berlangsung di hadapan Majistret Salina Omar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Keldai dadah jelita terperangkap

Posted:

Keldai dadah jelita terperangkap

Keldai dadah jelita terperangkap

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

SEPANG – Cubaan dua wanita jelita warga China untuk menyeludup lebih sembilan kilogram syabu bernilai RM1.9 juta gagal apabila mereka diberkas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini pada Isnin dan Selasa lalu.

Tembelang keldai dadah berusia 19 dan 29 tahun terbongkar ketika mereka melalui mesin pengimbas kastam.

Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, wanita berusia 19 tahun itu diberkas pada pukul 2.50 pagi sebaik mendarat dari Shenzhen, China di LCCT.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Muhasabah diri sempena tahun baru

Posted:

Muhasabah diri sempena tahun baru

Muhasabah diri sempena tahun baru

SETIAP ujian perlu diterima dengan reda dan tidak berputus asa dengan musibah yang menimpa. - Gambar hiasan


TIRAI tahun 2013 telah ditutup. Kini, kita sedang berdepan dengan lembaran baharu tahun 2014. Sepanjang tahun lalu, kita tentu telah memperoleh banyak kejayaan.

Selain itu, seperti kata pepatah, tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, kita juga mungkin melakukan kesilapan atau perlu melalui beberapa kesulitan. Ia adalah hakikat sebagai manusia.

Tidak ada salahnya melakukan kesilapan, sekiranya ia boleh menjadikan kita manusia lebih baik pada masa hadapan. Paling utama, kita tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan.

Mungkin kita telah melalui liku hidup yang sangat mencabar sepanjang tahun 2013. Kita berprasangka buruk terhadap diri sendiri. Kita mungkin telah menilai diri sebagai manusia yang hina dan tidak berguna.

Hakikat yang tidak kita sedari, ia akhirnya sekadar penafsiran minda kita sahaja. Kita telah membandingkan diri kita dengan manusia lain yang lebih baik, tetapi kita terlupa melihat manusia lain yang ditimpa nasib lebih malang.

Umumnya, rakyat Malaysia dikatakan sebagai antara kelompok yang dianggap bahagia. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh World Happiness Report 2013, kita menduduki tangga ke-56 berbanding 156 negara lain.

Walaupun laporan ini mungkin bersifat subjektif, bagaimanapun sekurang-kurangnya nasib kita lebih baik daripada beberapa negara lain. Kedudukan kita juga lebih baik daripada beberapa negara yang dianggap baik ekonominya seperti Hong Kong (64), Turki (77), Bahrain (79) dan China (93).

Negara seperti Afghanistan, Syria, Senegal dan Togo misalnya, berada dalam kelompok yang paling teruk berdasarkan laporan ini.

Tetapi, negara-negara di Eropah khususnya Denmark, Norway dan Switzerland berada dalam kategori paling atas dalam indeks yang dikeluarkan ini.

Musibah

Ini bermakna, seteruk mana sekalipun kita ditimpa musibah, pasti ada ribuan manusia lain yang sedang diuji dengan beban yang lebih berat lagi. Tatkala kita ditimpa sakit misalnya, kita akan berasa sangat putus asa dan kecewa.

Bagaimanapun, apabila kita ke hospital dan melihat pesakit lain yang terlantar di katil, kita mula menyedari bahawa kita adalah manusia bertuah.

Dalam pekerjaan, sesekali terdetik memikirkan betapa kita gagal naik pangkat atau mendapat tawaran yang lebih baik. Ia mungkin benar.

Bagaimanapun, kita mungkin antara manusia yang paling berjaya sekiranya kita mengetahui bahawa masih banyak manusia lain yang bukan sahaja tidak mampu untuk bercakap soal pangkat dan gaji, malah masih berjuang untuk mendapatkan pekerjaan.


SEIMBANGKAN pencapaian akademik anak-anak dengan sahsiah dan akhlak mulia agar mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak.


Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan, pada tahun 2013 sahaja, secara puratanya terdapat 400,000 orang yang menganggur setiap bulan.

Ini bermakna, meskipun kita sedang menanggung ujian yang berat, masih ramai manusia di luar sana yang mungkin sedang diuji dengan tekanan yang lebih teruk.

Begitu jugalah dengan ujian lain. Seperti yang kita tahu, beberapa negeri di Pantai Timur Semenanjung baru sahaja dilanda banjir teruk. Ia memusnahkan harta benda, bahkan ada juga kematian. Ia beban yang berat.

Bagaimanapun, apabila melihat beberapa negara lain seperti kejadian taufan yang menimpa Filipina misalnya, kita tahu ujian tersebut adalah sesuatu yang sangat 'subjektif'.

Begitu jugalah jika sekiranya kita merasakan kita ini manusia yang paling hebat dan berjaya. Pasti, ada manusia lain yang lebih baik daripada kita. Jadi manusia yang bersederhana dan bersyukur mungkin resipi terbaik memberikan kekuatan psikologi kepada kita semua.

Mengharapkan

Tahun baru ini juga, sekolah mula dibuka semula. Kita semua pasti mengharapkan anak-anak berjaya dalam pelajaran mereka. Kalau boleh, kita mengharapkan mereka semua mendapat A dalam setiap mata pelajaran. Ia sesuatu yang diharapkan oleh ibu bapa.

Namun, tatkala kita menumpukan banyak perhatian terhadap A dalam mata pelajaran, hendaknya janganlah pula kita terlupa untuk memastikan anak kita mendapat A dalam akhlak dan sahsiah diri. Ia mungkin lebih utama daripada mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Sekiranya ada anak-anak yang tidak mampu memenuhi impian kita, janganlah pula hendaknya kita secara keterlaluan memarahi mereka. Ingatlah, seperti mereka, kita juga selalunya tidak berjaya dalam semua perkara.

Adakalanya kita gagal dalam pekerjaan, dan pada waktu yang lain kita gagal dalam kehidupan. Berjaya dan gagal adalah rencah kehidupan manusia.

Sebagai manusia, pada akhirnya kita semua hanyalah sekadar mencuba untuk menjadi manusia yang terbaik. Adakalanya kita gagal, adakalanya kita berjaya.

Sekiranya kita gagal, kita tidak kecewa dan terus berusaha lagi. Sekiranya berjaya, kita tidak bongkak dan lupa diri. Kita hanyalah hamba Tuhan yang setiap hari diuji dengan nikmat dan musibah.

Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca. Marilah kita sama-sama berazam menjadi insan yang terbaik.

Mengingati kematian satu terapi

Posted:

Mengingati kematian satu terapi

Mengingati kematian satu terapi


MENZIARAHI sanak saudara atau rakan yang meninggal dunia mampu membuatkan kita menginsafi diri. - Gambar hiasan


KITA terpaksa menerima tahun 2014. Suka atau tidak ia pasti datang. Maka, lebih molek untuk menerima kedatangan Tahun Baru 2014 dengan nada yang sentiasa positif.

Saya gembira menyambut tahun baru kerana umur akan bertambah setahun lagi. Ia mengingatkan saya betapa saat-saat kematian semakin hampir. Logiknya, kedatangan tahun baru menyebabkan kita perlu berfikir dengan pinjaman masa yang semakin singkat.

Bayangkan, jika ditakdir saya meninggal seusia dengan Baginda SAW maka sisa umur berbaki hanya sekitar 13 tahun. Namun, jika diambil purata kematian rakyat Malaysia, sekitar 74 tahun, maka masa yang dipinjamkan-Nya sekitar 24 tahun.

Namun, ajal maut ketentuan Allah SWT. Dia telah nyatakan secara jelas melalui ayat 4, surah Nuh yang bermaksud:

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertakwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)."

Kehidupan singkat

Secara hakikat, kehidupan di dunia secara keseluruhannya merupakan masa yang sangat singkat. Jika kita mengenang masa yang telah berlalu, ia seolah-olah baru semalam ditinggalkan.

Tahun demi tahun hadir tanpa henti. Alih-alih usia saya sudah mencapai angka 50. Saya masih dapat mengingati secara jelas zaman persekolahan rendah dan ketika menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Ia masih segar dalam ingatan. Tetapi, kini kesemua anak-anak telah akil baligh.


AMALAN solat berjemaah perlu menjadi keutamaan umat Islam agar lebih mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.


Begitulah datangnya masa tanpa mahu mempedulikan kita. Ia sentiasa bergerak ke hadapan. Allah SWT berfirman melalui surah al-Mu'minun, ayat 114 yang bermaksud:

"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)."

Allah SWT masih memberi pinjaman masa untuk hamba-Nya agar kembali berada di landasan yang boleh membawa mereka bertemu-Nya di syurga Firdaus. Itulah impian dan harapan kami sekeluarga.

Sungguh, Dia Maha Pengasih. Namun, kami juga berada di dalam ketakutan yang amat sangat. Mampukah masa berbaki ini dipergunakan sebaik mungkin yang melayakkan kami sekeluarga dipandu ke syurga Firdaus.

Masya-Allah, Subhanallah, Allahu Akbar, kami memohon kepada-Nya agar janganlah baki masa kehidupan dunia yang sedikit ini dihanyuti dengan rasa terpesona dengan keseronokan yang tidak hakiki.

Allah SWT menyifatkan mereka yang tidak sedar dengan masa singkat dunia sebagai tamak dan gila sehingga tidak mampu melihat lebuh raya kebenaran. Ia jelas dinyatakan melalui surah Yaasin, ayat 9 yang bermaksud:

"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)."

Masa berbaki

Masa berbaki anugerah Allah SWT. Jika masa keseluruhan kehidupan di dunia dilihat masa yang singkat, bagaimana pula pandangan manusia terhadap masa berbaki? Bagaimana dengan mereka yang bercita-cita mahu mula solat berjemaah di masjid ketika tiba waktu pencen?

Atau mereka memilih mahu menunaikan fardu haji ketika masa tua dan beruban? Bagaimana pula dengan orang tua yang memilih untuk berhibur dan bergembira di kelab-kelab persendirian atau menghabiskan masa di lapangan golf berbanding solat berjemaah di masjid.

Masa berbaki, secara perbandingan merupakan ketika usia melepasi tahap fizikal terbaik. Ramai yang ditimpa bencana badan. Ada yang sudah telo dan tidak dapat berkata lantaran diserang angin ahmar.


KEMATIAN berlaku tanpa mengira usia bahkan ia tidak terlewat atau tercepat walau sesaat. - Gambar hiasan


Serangan penyakit jantung datang secara tiba-tiba. Kaki pula terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes yang kronik. Ada juga yang menderita dengan pelbagai penyakit lain seperti kanser payudara, usus, pundi kencing, otak dan tulang.

Kesemuanya terkumpul ketika waktu berbaki yang singkat. Ia menyebabkan manusia terlantar di pembaringan dan berdukacita dengan masa yang telah berlalu dan berkeluh-kesah dengan masa kini serta detik-detik kematian yang bakal tiba.

Hakikatnya, ajal maut dalam masa usia berbaki juga tetap tidak dapat ditelah dengan tepat walaupun ia benar-benar sangat hampir.

Nikmat

Jika kita sihat sejahtera, bermakna Allah SWT telah memberi sekurang-kurangnya dua nikmat yang berbeza iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa.

Lalu nikmat masa, walaupun tinggalnya sedikit sahaja, namun masih terdapat manusia yang tidak mahu berfikir dan menggunakannya dengan bermanfaat. Bayangan kematian tiada di minda. Ia masih jauh dan ada yang berfikir seolah-olah ia tidak akan muncul.

Justeru, marilah kita raikan sambutan tahun baru dengan mengingatkan saat-saat kematian yang semakin hampir. Insya-Allah, ia bakal menjadikan kita lebih bertenaga dan bersemangat. Kita akan melakukan apa sahaja semata-mata kerana Allah.

Moga Allah memberi keampunan-Nya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


United tertekan

Posted:

United tertekan

United tertekan

MOYES menasihatkan para pemainnya untuk bangkit dalam usaha mengejar kedudukan lebih baik dalam saingan liga.


SELEPAS mengharungi 20 perlawanan dalam saingan Liga Perdana England musim ini, peluang Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan dilihat semakin sukar.

Setakat ini, United telah mengalami tiga kekalahan di gelanggang keramat mereka itu iaitu tewas 0-1 kepada bekas pasukan Moyes, Everton pada 14 Disember lalu, kalah dengan jaringan yang sama kepada Newcastle United pada 17 Disember dan terbaharu, kecundang 1-2 kepada Tottenham Hotspur malam kelmarin.

Kekalahan tersebut dilihat menyukarkan impian mereka untuk mengejar pendahulu liga ketika ini, Arsenal yang sudah mengumpul 45 mata.

Dengan baki 18 perlawanan lagi untuk diharungi, ramai berpendapat bahawa ia sesuatu yang mustahil buat United untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik memandangkan prestasi mereka sejak di bawah bimbingan Moyes tidak begitu konsisten.

Ketika ini, United menghuni tangga ketujuh liga dengan 34 mata hasil daripada 10 kemenangan dan empat seri.

Lima kelompok teratas liga kini dikuasai Arsenal, Manchester City (44 mata), Chelsea (43), Liverpool (39) dan Everton dengan 38 mata.

"Ia kekalahan yang sukar diterima. United tidak seharusnya kehilangan tiga mata berharga pada perlawanan tersebut. Kami bermain dengan baik tetapi nasib lebih memihak Tottenham," jelas Moyes.

Pada aksi menentang Spurs kelmarin, United dikecewakan dengan dua jaringan pasukan pelawat menerusi Emmanuel Adebayor pada minit ke-34 dan Christian Erikson (66) sementara gol sagu hati United dijaringkan oleh Danny Welbeck pada minit ke-67. – Agensi

Sasar empat kelompok teratas

Posted:

Sasar empat kelompok teratas

Sasar empat kelompok teratas

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

SHAHRIL antara pemain bintang yang membarisi skuad JDT II musim ini.


SKUAD bola sepak Johor Darul Takzim II (JDT II) kini sudah hampir bersedia sepenuhnya untuk menggalas misi menduduki empat kelompok teratas dalam saingan Liga Premier musim depan.

Dengan mempertaruhkan empat pemain import dan beberapa pemain senior, jurulatih JDT II, Azmi Mohamed yakin sasaran tersebut adalah realistik meskipun sedar ia mungkin tidak memuaskan hati ramai peminat bola sepak Harimau Selatan.

Musim 2014 ini bakal menyaksikan JDT II, pasukan kedua di belakang Johor Darul Takzim I (JDT 1), memiliki dua pemain import dari Sepanyol, Juan Manuel Carrasco (pertahanan tengah) dan Braulio Nobrega (penyerang), perancang Argentina, Nicolas Delmonte serta kapten Singapura, Shahril Ishak.

"Ketika ini kami telah memasuki fasa akhir latihan dan hampir 70 peratus bersedia untuk memulakan perjuangan," jelas Azmi kepada Kosmo! semalam.

"Dengan memiliki empat pemain import, saya rasa kami berkemampuan memberi cabaran dalam saingan Liga Premier musim depan, tetapi untuk menjuarainya kami masih belum pasti lagi.

"Ini kerana, saya berpendapat pasukan ini masih memerlukan sedikit masa lagi untuk menghasilkan satu gabungan mantap di antara pemain import, pemain senior dan juga pemain muda.

"Bukan saya tidak yakin dengan kemampuan kami, tetapi saya tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kepada peminat, cukuplah saya beritahu yang kami mungkin berpeluang melakukan kejutan sekiranya memenangi saingan bertaraf kedua dalam Liga Malaysia ini," ujarnya lagi.

Setakat ini JDT II telah mengharungi enam perlawanan persahabatan dengan dua keputusan terakhir tumpas 1-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menang 4-1 ke atas Harimau Muda B.

Mereka kini akan berdepan tiga lagi aksi persahabatan dengan DRB HICOM pada 8 Januari ini, Geylang United (11 Januari) dan Melaka United (15 Januari).

"Setakat ini saya lihat tiada banyak masalah besar dalam pasukan kami, cuma saya masih belum mampu menurunkan skuad terkuat kerana kecederaan yang dialami oleh Zaquan (Adha Abdul Radzak) dan Braulio.

"Pada aksi persahabatan lalu, bahagian pertahanan kami banyak melakukan kesilapan mudah sehingga membenarkan pasukan lawan menjaringkan gol dan ini mungkin satu kelemahan yang saya perlu atasi dengan segera.

"Aksi pemain muda juga agak menggusarkan saya kerana mereka masih lagi kurang pengalaman dan perlu beraksi banyak perlawanan untuk mengutip pengalaman.

"Bagaimanapun saya yakin dengan kehadiran empat pemain import serta pemain senior seperti Zaquan, mereka mungkin mampu memberi bimbingan kepada pemain muda ini sedikit masa lagi," jelas Azmi.

Shakir sudah serasi corak Kelantan

Posted:

Shakir sudah serasi corak Kelantan

Shakir sudah serasi corak Kelantan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


SHAKIR (dua dari kiri) ketika menerima tajaan daripada Sixty Nine Sports di Kota Bharu semalam.


PENGGEMPUR baharu The Red Warriors, Ahmad Shakir Ali mengakui semakin serasi dengan rakan sepasukan sejak menjalani latihan intensif bersama pasukan Kelantan dalam persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula pada 17 Januari ini.

Menurut penyerang berusia 24 tahun itu, dia yakin dapat membentuk gandingan mantap bersama tonggak import di bahagian serangan pasukan Kelantan musim ini.

"Selepas sebulan menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan, keserasian antara kami bertambah baik. Malah mereka sudah faham dengan corak permainan saya.

"Begitu juga dengan saya yang sudah memahami corak permainan rakan-rakan sepasukan lain dan ia makin memudahkan kami untuk membentuk gandingan mantap bagi mengharungi saingan liga musim ini," katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.

Terdahulu, Ahmad Shakir bersama tonggak pertahanan Kelantan, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim menerima tajaan barangan sukan berjumlah lebih RM1,000 daripada Sixty Nine Sport.

Bukan itu sahaja, kedua-dua tonggak tersebut turut dilantik sebagai model dan duta kedai sukan berkenaan.

Ahmad Shakir memberitahu, kecederaan yang dialaminya sepanjang musim lalu sudah pulih sepenuhnya dan dia kini sudah bersiap sedia untuk menggalas tugas di bahagian serangan Kelantan sekiranya menjadi pilihan ketua jurulatih The Red Warriors, Steve Darby.

Katanya, dia juga sudah bersedia untuk bersaing bersama rakan sepasukan yang lain bagi merebut tempat untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.

"Saya akui ia bukanlah tugas mudah dan ia merupakan satu motivasi untuk bekerja lebih keras selepas ini. Ini merupakan peluang terbaik untuk mengembalikan semula sentuhan selepas hampir setahun tidak beraksi," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shakir berkata, dia sudah membuat persediaan rapi baik dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi saingan musim ini.

"Musim ini cukup mencabar apabila Kelantan akan beraksi dalam jadual yang padat melibatkan saingan liga dan Piala AFC."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dubai cipta rekod baharu

Posted:

Dubai cipta rekod baharu

Dubai cipta rekod baharu

PERTUNJUKAN bunga api kelihatan di kepulauan buatan manusia, The Palm Jumeirah, Dubai semalam.


DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu - Dubai mencipta rekod baharu apabila lebih 500,000 bunga api digunakan bagi menyambut ketibaan tahun baru, kata pihak Guinness World Records semalam.

"Selama sepuluh bulan dirancang, lebih 500,000 bunga api digunakan pada persembahan yang berlanjutan selama enam minit," lapor laman web Guinness World Records.

Persembahan bunga api itu dibuat di sepanjang 94 kilometer pantai Dunai termasuk di kepulauan buatan manusia dan di bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

Rekod lama dipegang Kuwait apabila 77,282 bunga api digunakan pada pertunjukan yang diadakan dalam tahun 2011.

Sebuah syarikat Amerika Syarikat, Fireworks by Gucci merangka persembahan bunga api itu dengan menggunakan 100 buah komputer dan 200 juruteknik.

Kos untuk pertunjukan bunga api itu ialah AS$6 juta (RM19.66 juta). - Agensi

Dua maut sambutan tahun baru di Filipina

Posted:

Dua maut sambutan tahun baru di Filipina

Dua maut sambutan tahun baru di Filipina


SEORANG lelaki yang cedera akibat terkena percikan bunga api dirawat di Pusat Perubatan Memorial Jose Reyes, Manila, Filipina semalam.


MANILA - Dua orang terbunuh dan hampir 600 orang cedera akibat terkena percikan bunga api dan peluru sesat semasa meraikan kedatangan tahun baru di Filipina, kata beberapa pegawai semalam.

Kira-kira 50 buah hospital melaporkan, terdapat 599 orang cedera dari 21 Disember hingga semalam yang merupakan peningkatan 43 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun sebelum ini.

Di wilayah Cagayan, utara Filipina, satu pertunjukan bunga api yang mengandungi mercun meletup menyebabkan seorang lelaki berusia 19 tahun terbunuh.

Seorang bayi lelaki turut terbunuh terkena peluru sesat yang melalui bunbung rumah keluarganya di wilayah Ilocos Sur.

Beberapa doktor di wilayah Ilocos Norte menyatakan, seorang lagi budak lelaki bertarung nyawa setelah terkena peluru sesat di kepalanya.

Kebanyakan penduduk Filipina percaya bunyi bising akan dapat mengusir roh jahat dan membawa tuah.

Ramai penduduk negara ini membakar mercun dan bunga api walaupun mereka menyedari bahaya yang akan menimpa. - AP

Ahmet hasilkan baju diperbuat daripada emas

Posted:

Ahmet hasilkan baju diperbuat daripada emas

Ahmet hasilkan baju diperbuat daripada emas

AHMET bergambar dengan baju ciptaannya yang diperbuat daripada emas.


IZMIR, Turki - Seorang tukang emas di sini telah mencipta sepasang gaun yang diperbuat daripada emas bagi menarik perhatian pembeli sempena tahun baru.

Tukang emas itu, Ahmet Atakan mencantumkan 78,000 kepingan emas kecil seperti manik bagi menyempurnakan rekaan itu.

Pakaian seberat tiga kilogram ini mampu memukau setiap mata yang memandangnya.

Ia berharga hampir £85,000 (RM461,332). - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Amaran angin kencang dan laut bergelora

Posted:

Amaran angin kencang dan laut bergelora

Amaran angin kencang dan laut bergelora

02/01/2014 10:44pm

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur kategori ketiga dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan angin dengan kelajuan 60km sejam dan ombak melebihi 5.5 meter itu boleh menyebabkan kenaikan paras air laut, serta berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pelantar minyak.

Kenyataan itu juga menyebut keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori kedua melanda perairan Sabah meliputi kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat serta Labuan dan Sarawak.

Keadaan angin kencang yang bertiup antara 50 dan 60 km/jam serta ombak setinggi 4.5 meter itu dijangka berterusan sehingga Jumaat ini, jelas kenyataan itu.

Keadaan ribut petir pula akan berterusan sehingga lewat malam ini dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, feri dan aktiviti menangkap ikan. - Bernama

Kalimah Allah: NGO Islam akan hantar nota bantahan jika paderi enggan mohon maaf

Posted:

Kalimah Allah: NGO Islam akan hantar nota bantahan jika paderi enggan mohon maaf

Kalimah Allah: NGO Islam akan hantar nota bantahan jika paderi enggan mohon maaf

02/01/2014 9:44pm

KLANG - Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang akan menghantar notis bantahan kepada gereja di sini berikutan kenyataan pengarang majalah mingguan Katolik "The Herald", Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah Allah.

Pengerusi Bersama sekretariat itu, Norman Toha berkata langkah itu akan diambil sekiranya Andrew tidak menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada umat Islam dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Ahad ini sebagaimana dituntut oleh beberapa NGO yang membuat laporan polis terhadap paderi itu minggu ini.

Nota bantahan itu akan dihantar kepada Ketua Paderi Church of Our Lady of Lourdes di sini, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada 27 Disember lepas, Andrew menerusi protal berita, themalaysianinsider.com berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Malaysia meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menghantar notis peringatan mengenai larangan pengunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Manakala pada November lepas, Sultan Selangor telah menitahkan semua rakyat di negeri ini perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti termaktub dalam Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. - Bernama

Kanak-kanak tiga tahun mati lemas terjatuh ke dalam kolam tadahan air

Posted:

Kanak-kanak tiga tahun mati lemas terjatuh ke dalam kolam tadahan air

Kanak-kanak tiga tahun mati lemas terjatuh ke dalam kolam tadahan air

02/01/2014 9:08pm

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air sedalam kira-kira tiga meter di Kampung Balai Panjang, Malim, di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika Khairul Nazril Haziq Khairul Nazremy dikatakan sedang bermain bersama-sama abangnya Khairul Nazri Hakimi, 5, di sekitar kolam tersebut yang terletak bersebelahan rumah datuk mereka.

Pegawai Bomba Kanan 2, Mokhtar Othman dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Kubu, berkata mereka menerima panggilan pada 2.44 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Bomba memulakan operasi menyelamat pada pukul 3 petang dan menemui mayat mangsa kira-kira 10 minit selepas itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, abangnya turut terjatuh dan lemas namun berjaya diselamatkan oleh bapa saudaranya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Lengkap sudah hidup saya - Nurul

Posted:

Lengkap sudah hidup saya - Nurul

Lengkap sudah hidup saya - Nurul

"NAMA dia Zachary Depp," luncur sepotong ayat daripada pemilik nama Nurul Depp atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab ketika pertemuan bersama Kosmo! hari Jumaat lalu.

Sambil mendukung bayi lelaki yang selama ini diperkenalkan kepada umum dengan sapaan Baby Z, wajah ceria Nurul menampakkan dia kini jelas diulit bahagia.

Penulis bertanya, kenapa perlu dirahsiakan nama bayi sulung hasil perkahwinan keduanya bersama jejaka kelahiran Perancis, Eric Depp, jawab Nurul, dia terasa hati.

"Saya terasa hati dengan sesetengah pihak yang selalu nak tahu semua perkara termasuk soal peribadi yang adakalanya terlalu personal bagi saya.

"Tapi apabila sudah berkongsi, lain pula jadinya, tetap ada perkara yang orang tak puas hati. Jadi, lebih baik saya rahsiakan dulu sampai waktu yang betul-betul sesuai seperti sekarang.

"Pernah saya terfikir untuk tutup semua kisah peribadi saya dan berkongsi pasal kerjaya sahaja tapi tidak adil untuk sesetengah peminat yang optimis dan mengikuti perkembangan saya selama ini.

"Saya tahu saya hak masyarakat dan sebab itu saya dahulukan dengan pengenalan serba sedikit sebelum berkongsi sepenuhnya mengenai anak saya. Sekarang saya sudah bersedia," jelasnya yang hadir bertemankan suaminya, Eric dan anak sulungnya, Ayu Nazirah.

KELUARGA BAHAGIA... Nurul mahukan seorang lagi anak bagi melengkapkan lagi bilangan anggota keluarganya.


Zachary

Nurul, 36, telah mendirikan rumah tangga bersama Eric, 48, pada 6 Jun 2012 selepas kemusnahan rumah tangganya bersama komposer terkenal, Ajai selepas dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 15, hasil perkahwinan pertama.

Sambil menggetus dedaun kata dan memangku Baby Z yang sudah memasuki usia tiga bulan, Nurul mengakui bayi lelakinya tidak banyak meragam sepanjang tempoh berpantang hingga sekarang.

"Kebetulan saya dibesarkan dalam keluarga yang ramai adik-beradik, semua perkara jadi mudah dan Alhamdulillah kelahiran kedua tidak sesukar yang pertama 15 tahun lalu.

"Perasaan gembira itu tidak dapat tergambar oleh kata-kata dan tak sangka saya boleh mempunyai anak lagi, rasa masa sangat cepat berlalu dan syukur saya dapat apa yang dihajati.

"Zachary tidak banyak ragam, memang awal-awal dulu setiap malam akan terjaga tiga kali untuk menyusu tapi sekarang sudah tidak sekerap sebelum ini. Bangun pagi-pagi pun dia akan tersenyum, hati ibu mana tak berseri-seri?" kongsinya.

Memilih nama Zachary, ujar Nurul, selepas menolak 19 buah nama lain yang disenaraikan olehnya dan Eric sepanjang tempoh kehamilan.

"Malah, ada cerita menarik di sebalik nama Zachary sebenarnya. Dulu saya ada menyukai seorang jejaka ketika zaman persekolahan bernama Zakri dan saya akui setiap kali berjumpa dengan lelaki bernama Zakri mesti individu itu rupawan.

"Lagipun, Zachary adalah singkatan daripada nama Zakaria yang bermaksud amanah dan taat. Kalau ada orang mahu mempertikaikan ejaan nama anak saya, tiada masalah dan saya tidak kisah," tegas Nurul.

Tambahnya, Zachary dilahirkan secara normal pada pukul 10.28 pagi 3 Oktober 2013 seberat tiga kilogram, dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan iaitu 15 Oktober.

Ditanya tentang azam tahun 2014, kata Nurul, dia mahu mempunyai seorang lagi cahaya mata melengkapkan angka tiga selain merancang untuk mengadakan konsert mininya sendiri.

ERIC teruja menempuh perjalanan hidup bersama Nurul.


Syukur

Hanya air mata kegembiraan mengiringi kelahiran cahaya mata sulung Eric yang setia menemani Nurul sepanjang proses kelahiran.

"Takut pada mulanya kerana ini pengalaman pertama saya tetapi pada masa sama, saya rasa teruja. Apa yang mampu saya buat ketika itu hanya berdoa dan memberikan dorongan mental kepada Nurul.

"Paling penting anak saya sihat, sempurna dan Nurul juga selamat bersalin tanpa sebarang komplikasi," kata Eric bersungguh-sungguh.

Eric tidak meletakkan sebarang sasaran atau menentukan hala tuju kehidupan anaknya kelak, baik artis atau perunding pemasaran sepertinya, itu tidak menjadi hal.

"Dia boleh menjadi sesiapa saja yang dia mahu dan saya tiada hak untuk menentukan masa depannya tapi saya mahu dia dibesarkan dengan pembelajaran yang mencukupi, mungkin dia juga ada minat tersendiri," ujarnya yang kini membesarkan sendiri Zachary di rumah tanpa bantuan pengasuh.

Cinta antara benua Azura, Cristiano

Posted:

Cinta antara benua Azura, Cristiano

Cinta antara benua Azura, Cristiano

Oleh IZWAN MOHD. ISA

PASANGAN ini enggan terburu-buru menimang cahaya mata.


PERKENALAN singkatnya dengan jurulatih seni mempertahankan diri Brazil yang dikenali sebagai Capoeira sewaktu mengacarakan sebuah program kesihatan televisyen kira-kira lima tahun yang lalu pantas mengukir bibit-bibit cinta.

Tempoh hubungan mereka berlangsung agak lama, namun, cinta Azura Zainal, 32, dan Cristiano Genuino Da Silva, 38, akhirnya bersatu dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 28 Disember lalu di Restoran Subak, Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Azura yang juga merupakan penyampai di stesen radio Red FM diijabkabulkan oleh bapanya sendiri, Zainal Mohd. Kharib sambil disaksikan oleh kaum keluarga dan sahabat handai pengantin perempuan.

Dengan dua kali lafaz, Cristiano atau nama Islamnya, Ibrahim dan Azura selamat bergelar pasangan suami dan isteri.

Lebih istimewa, Cristiano melafazkan akad pada malam itu dalam bahasa Melayu.

Walaupun kedengaran sedikit pelat, anak jati negara Brazil ini tidak sedikit pun gugup, malah keyakinan dan kesediaan untuk bergelar suami jelas terpancar pada raut wajahnya.

Azura yang kelihatan cukup manis pada majlis pernikahannya itu tersenyum simpul usai upacara pernikahan tersebut.

Dia menerima wang hantaran sebanyak RM3,000 serta dihadiahkan pengantin lelaki tujuh dulang hantaran termasuklah sebuah telefon pintar, kasut dan sepasang persalinan.

Cristiano seperti bapa

Azura yang mula dikenali sebagai pengacara melalui rancangan kanak-kanak Studio Disney memberitahu, Cristiano yang dipanggilnya dengan nama ringkas, Cris itu begitu istimewa di matanya.

Ketika dalam proses mengenali hati masing-masing, jejaka itu begitu mengambil berat tentang dirinya dan tidak kekok walaupun berbeza bangsa dan agama.

"Saya dan Cris mula mengenali antara satu sama lain ketika sedang menjalani pengambaran program Get In Shape. Selepas berjumpa buat kali yang kedua, dia terus mengajak saya keluar makan.


PASANGAN pengantin bergambar kenangan bersama keluarga besar mempelai perempuan.


"Dari situ, bermulalah bibit-bibit cinta antara kami berdua. Dia merupakan seorang yang baik hati dan menerima diri saya seadanya. Walaupun dia sibuk menguruskan studio Capoeira miliknya, dia tidak pernah mengabaikan saya," ujarnya.

Tambah Azura, ketika dia sedang sakit dan terlantar di hospital, Cristiano banyak meluangkan masa untuk menjaganya. Sikap suaminya itu saling tidak tumpah seperti bapanya.

"Saya sangat kagum dengan sifatnya yang begitu mengambil berat tentang diri saya. Sewaktu dimasukkan ke hospital kerana jangkitan demam denggi, Cris selalu datang menjenguk saya. Caranya itu sama seperti cara abah saya menjaga saya ketika sedang sakit.

"Disebabkan itu saya percaya dia merupakan lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya," ulasnya yang tidak mahu terburu-buru menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.

Tiada bulan madu

Wanita bertubuh genit ini ternyata sibuk dengan tugas hariannya sebagai pengacara dan juga penyampai radio. Justeru, dia dan suami belum merancang untuk pergi berbulan madu.

Sambil ketawa, dia berkata: "Cuti tahunan saya telah habis kerana menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia baru-baru ini. Bayangkan, sehari sebelum majlis pernikahan, saya masih lagi ke udara dan berada di pejabat sehingga lewat malam.

"Saya bernasib baik kerana abah dan adik-beradik yang lain begitu banyak membantu dalam merancang majlis ini. Mereka sangat faham tuntutan kerjaya saya yang tidak tentu masa ini," ujarnya yang kembali bertugas sehari selepas majlis pernikahannya itu.

Ketika ditanya mengenai perancangan seterusnya, Azura berkata, dia akan mengadakan majlis resepsi pada pertengahan tahun ini kerana tidak ramai yang dapat menghadiri majlis pernikahannya.

"Saya mempunyai keluarga yang agak besar. Ramai antara mereka yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan saya.

"Salah seorang abang saya yang berada di Amerika Syarikat turut tidak berkesempatan untuk pulang atas sebab-sebab tertentu. Jadi, majlis yang akan diadakan itu nanti dapat memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dengan saya dan suami," ujarnya.

Soo Wincci dihujani pelbagai krisis

Posted:

Soo Wincci dihujani pelbagai krisis

Soo Wincci dihujani pelbagai krisis

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

KARIER seni Soo Wincci kini dikendalikan oleh pengurusan baharu.


ADA hikmah di sebalik pengiktirafan 100 wanita tercantik dunia (The 100 Most Beautiful Faces 2013) oleh Independent Critics kepada bekas ratu cantik dan penyanyi keturunan Cina, Soo Wincci minggu lalu.

Sebelum mendapat pengiktirafan oleh organisasi yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat itu, Soo Wincci, 28, secara mengejut dimaklumkan bahawa bisnes kasut secara usaha sama dengan jenama XES, terpaksa dihentikan dalam tempoh kurang sebulan.

Pada masa sama, berlaku krisis antara pihak pengurusannya sehingga memaksa pengunduran sebelah pihak.

Rentetan itu, kontrak duta bersama beberapa produk kecantikannya telah ditarik balik.

Hampir mengalah dan berundur daripada karier seni, peserta MasterChef All Stars 2013 itu mengakui tertekan dengan beban yang dipikulnya seorang diri dan dugaan yang datang serentak.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Soo Wincci pada majlis sambutan Tahun Baru Ambang 2014 Putrajaya di Dataran Putrajaya baru-baru ini.

Kosmo!: Menduduki tangga ke- 91 sebagai 100 wanita tercantik dunia 2013 sudah pasti mengujakan anda. Pernahkah menjangka akan pengiktirafan ini?

SOO WINCCI: Sama sekali tidak. Mungkin mereka nampak apa yang saya sedang lalukan sekarang. Selain sibuk dengan menyanyi, saya juga berlakon, menyertai rancangan MasterChef dan sedang menyambung pelajaran dalam Ijazah Kedoktoran (PhD) pada satu masa.

Sebenarnya, ini cabaran lebih besar kepada saya kerana pada masa sama saya membawa nama Malaysia, ia sangat membanggakan.

Apakah yang dapat disimpulkan daripada pengiktirafan itu memandangkan anda juga mengalahkan nama-nama besar Hollywood seperti Rosie Huntington-Whiteley dan Amanda Seyfried?

Ada hikmah sebenarnya dan tidak pernah terlintas dalam fikiran. Sehari sebelum mendapat berita itu saya hampir menyerah kalah dan berputus asa. Pengurusan Melayu saya tarik diri dan musnah sama sekali, saya sendiri perlu bergerak sendiri untuk mempromosikan diri.

Kemudiannya, bisnes kasut saya, Soo Wincci by XES terpaksa dihentikan kerana didakwa menggunakan nama hampir sama dengan salah sebuah syarikat kasut terkenal antarabangsa.

Kontrak duta bersama beberapa produk kecantikan juga telah ditarik balik. Semua berita buruk itu datang serentak dan saya hanya mampu menangis sepanjang masa.

Apabila terjadi perkara yang membabitkan pengurusan Melayu sehingga menjejaskan emosi dan kerjaya anda, adakah selepas ini anda sudah serik?

Saya tidak serik dan akan menggantikan pengurusan Melayu saya dengan pengurusan baharu. Orang akan datang dan pergi dan masa akan membuktikan segalanya.

Syukur, sekarang saya ada pengurusan lain yang mengatur jadual saya di Malaysia dan Taiwan.

Bagaimanakah pula dengan masa depan bisnes kasut Soo Wincci by XES anda? Adakah mungkin akan dijenamakan semula?

Kami perlu menghabiskan semua koleksi stok yang sedia ada sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan buat masa sekarang saya menghentikan seketika bisnes kasut sehingga betul-betul bersedia. Memang sedih tapi saya pasrah.

Bagaimana anda bangkit semula daripada kegagalan itu?

Saya tanamkan dalam minda, saya perlu hadapi itu semua sendirian, tidak boleh mengalah dan harus berjuang.

Saya menyimpan impian untuk menembusi pasaran Hollywood dan saya perlu berusaha, setiap ujian pasti akan ada kemanisan akhir nanti.

Ini suatu petanda supaya saya tidak berputus asa. Apa yang orang luar nampak, cantik di depan tidak semestinya di belakang pun sama.

Anda kelihatan seperti cuba mengejar semua perkara dalam hidup, bagaimana aturan hidup yang direncanakan sepanjang tahun 2014?

Saya sedang merakamkan album antarabangsa kedua saya di Taiwan dan sekarang berulang-alik ke Malaysia.

Ada dua buah lagu (Happiness dan Not Brave) berjaya memasuki carta negara Taiwan dan saya perlu sentiasa berada di sana untuk mempromosikan produk saya.

Disebabkan jadual padat, saya cuba membahagikan masa sebaik mungkin untuk menamatkan PhD saya sebelum mencapai usia 30 tahun.

Selain itu saya akan berkolaborasi dengan seorang penyanyi dari China serta menyasarkan untuk bekerjasama dengan Shila Amzah di sana.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved