Isnin, 2 Jun 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis tahan lima suspek kes tembak ahli perniagaan

Posted:

Polis tahan lima suspek kes tembak ahli perniagaan

Polis tahan lima suspek kes tembak ahli perniagaan

02/06/2014 10:51pm

KUANTAN - Kes tembak melibatkan seorang ahli perniagaan di Jalan Zabidin berhampiran Stesen Bas Mentakab di Temerloh pada malam Jumaat lepas dianggap selesai dengan tertangkapnya lima suspek termasuk dua wanita pagi semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, kesemua suspek berumur 22 hingga 48 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Kuala Lumpur dan Temerloh.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama kira-kira jam 6 pagi semalam di sebuah rumah di Taman Melawati, polis menahan sepasang kekasih warga tempatan yang berumur 22 tahun (perempuan) dan 35 tahun (lelaki).

"Hasil soal siasat yang dilakukan, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Wangsa Maju pada jam 9.45 pagi dan berjaya memberkas sepasang lagi kekasih warga Indonesia berusia 38 tahun (perempuan) dan 36 tahun (lelaki)," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, polis menemui sepucuk pistol jenis revolver .38, lima kelongsong peluru, 45 butir peluru serta pakaian yang dipakai semasa menembak mangsa terbabit. - Bernama

Tujuh ditahan kes lelaki tunjuk kemaluan dibelasah hingga mati

Posted:

Tujuh ditahan kes lelaki tunjuk kemaluan dibelasah hingga mati

Tujuh ditahan kes lelaki tunjuk kemaluan dibelasah hingga mati

02/06/2014 9:14pm

SERDANG - Polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20 dan 30 tahun kerana dipercayai membelasah sehingga mati seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di Seksyen 17, Shah Alam semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada wanita berusia 20-an tersebut yang kemudian menjerit meminta tolong.

"Polis masih menyiasat kes ini, namun setakat ini tiada motif lain dikenal pasti selain faktor orang awam naik berang terhadap mangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini hari ini.

"Mangsa dipukul setelah kedua-dua tangannya diikat dan ketika polis sampai di lokasi kejadian, dia sudah tidak sedarkan diri," kata Abdul Samah.

Beliau tidak menolak kemungkinan masih ada lagi individu yang terlibat dalam kes itu.

Hasil siasatan, polis mendapati tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan kesemua lelaki yang ditahan itu dipercayai penduduk di kawasan itu.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Klang untuk dibedah siasat, katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Sukma: Gandingan remaja Perlis kejutkan pemain berpengalaman

Posted:

Sukma: Gandingan remaja Perlis kejutkan pemain berpengalaman

Sukma: Gandingan remaja Perlis kejutkan pemain berpengalaman

02/06/2014 9:12pm

KANGAR - Gandingan pemain muda tuan rumah berjaya mengejutkan pemain berpengalaman dalam perlawanan akhir tenis bergu campuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 yang berlangsung di Gelanggang Tenis Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra hari ini.

Yus Syazlin Nabila Yusri dan Koay Hao Sheng, kedua-duanya berusia 16 tahun, menewaskan gandingan pemain berpengalaman Sarawak, Aslina Chua dan Ariez Elyaas Deen Heshaam dengan set terus, 6-1 dan 6-4.

"Ini adalah penampilan pertama saya dalam Sukma dan saya amat gembira bila dapat meraih pingat emas untuk Perlis.

"Kami berdua memang menyasarkan untuk menang perlawanan ini walaupun kami tahu akan berdepan dengan saingan sengit pemain-pemain seperti Ariez dan Aslina," kata Koay.

Beliau mengakui agak gugup pada permulaan permainan, bagaimanapun dapat mengawalnya dan memberi fokus terhadap permainan.

Sementara itu, Yus Syazlin Nabila berpeluang untuk menyumbang pingat emas kedua apabila berjaya menempah tempat ke perlawanan akhir bergu wanita, bergandingan dengan Sharifah Syafeenaz Syed Azmir bertemu pasangan Selangor, S. Theviya dan Alyssa Boey, esok.

Sebanyak empat pingat emas ditawarkan esok melalui acara bergu lelaki dan wanita serta perseorangan lelaki dan wanita. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved