Ahad, 1 Jun 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Kelantan tak boleh cari tiga gol'

Posted:

'Kelantan tak boleh cari tiga gol'

'Kelantan tak boleh cari tiga gol'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

NDUMBA MAAECHE (kiri) memainkan peranan penting ketika membantu Felda United menyekat kemaraan Kelantan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Shah Alam malam kelmarin.


JURULATIH Felda United, Irfan Bakti Abu Salim akhirnya membuka mulut mengapa beliau tidak membenarkan skuad kendaliannya berlatih mengambil sepakan penalti dalam pertemuan separuh akhir kedua Piala FA menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Ini kerana Irfan optimis bahawa The Red Warriors tidak mampu untuk merobek gawang The Settlers lebih daripada tiga gol pada perlawanan tersebut.

Pada perlawanan tersebut, Felda telah berjaya mengikat juara bertahan itu dengan keputusan seri 2-2 dan merakamkan keputusan 5-5 secara agregat.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan anak-anak buah bimbingan George Boateng tersingkir daripada saingan Piala FA apabila Felda United mara ke pentas final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Sebelum aksi itu, Irfan mengakui ada beberapa saranan yang menyuruh pasukannya berlatih mengambil sepakan penalti menjelang aksi menentang Kelantan.

"Memang ada (saranan berlatih mengambil sepakan penalti) tetapi saya cukup yakin bahawa perlawanan tersebut tidak akan berlarutan sehingga ke sepakan penalti.

"Saya yakin bahawa Kelantan tidak akan mampu meledak tiga gol di Shah Alam (kelmarin) dan prestasi anak-anak buah saya juga semakin konsisten.

"Keyakinan itu hadir apabila kami berjaya mengikat mereka di (Stadium Sultan Muhammad IV) Kota Bharu dan dalam aksi itu, saya sendiri memberitahu pemain-pemain saya supaya menyelesaikan tugas mereka dalam tempoh 90 minit.

"Hasilnya, mereka berjaya layak ke final dan saya fikir kelebihan tiga gol di tempat lawan itu memberikan Felda satu kejayaan cukup bermakna," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain kejayaan Felda United yang layak buat pertama kali melangkah ke pentas final Piala FA, Irfan juga memiliki misi peribadi tersendiri ketika menentang Pahang di final nanti.

Irfan telah bersedia untuk memburu kejayaan peribadi dalam final keempat Piala FA selain berusaha membantu The Settlers muncul sebagai pasukan berstatus kelab pertama menjulang trofi tersebut dalam sejarah sejak 1990.

Sebagai rekod, Irfan pernah menjulang Piala sebanyak dua kali ketika bersama Terengganu (2011) dan Pulau Pinang (2002).

"Ini adalah final keempat Piala FA dalam karier saya. Sudah tentu saya ada misi peribadi.

"Pemain-pemain juga berazam untuk membantu Felda United melakarkan sejarah baharu dalam aksi final Piala FA.

"Jadi, kami akan memberikan fokus penuh kepada pertemuan menentang Pahang nanti," katanya.

Saya akur Kelantan gagal ke final - Boateng

Posted:

Saya akur Kelantan gagal ke final - Boateng

Saya akur Kelantan gagal ke final - Boateng

BOATENG terpkasa akur dengan kekalahan skuad kendaliannya kepada Felda Untied pada aksi separuh akhir Piala FA 2014 malam kelmarin.


JURULATIH Kelantan, George Boateng tidak mahu menyalahkan barisan pemainnya atas kegagalan mempertahankan kejuaraan Piala FA musim ini.

Boateng menegaskan, beliau tetap memuji persembahan anak-anak buahnya meskipun disingkirkan oleh Felda United dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Dalam aksi itu, Felda United berjaya melangkah ke pentas final Piala FA dengan merakamkan keputusan 5-5 secara agregat dan layak berdasarkan jaringan di tempat lawan.

Mengulas lanjut, Boateng kini mahu Kelantan bangkit daripada kekecewaan tersebut dengan memberikan perhatian serius pada aksi Liga Super dan Piala Malaysia.

"Sukar untuk menerima hakikat kami tidak layak ke final pada tahun ini.

"Saya tidak boleh salahkan pemain-pemain saya kerana mereka semua telah melakukan setiap arahan dengan baik.

"Inilah bola sepak. Kami kena menerima kekalahan ini. Kini, saya mahu anak-anak buah saya memberikan perhatian serius untuk merebut kelompok empat teratas Liga Super dan saingan Piala Malaysia akan datang," katanya.

Ketika ditanya mengenai mengapa tidak menurunkan Prince Tagoe, Boateng menegaskan, tahap kecergasan penyerang baharu The Red Warriors itu masih belum berada di tahap yang memuaskan.

"Sebagai jurulatih, saya kena bersikap adil dengan pemain saya.

"Saya memilih skuad saya berdasarkan tahap kecergasan. Tagoe tidak menjalani latihan selama seminggu sejak Selasa lalu.

"Jika dibandingkan dengan Shakir Ali, dia telah menjalani latihan setiap hari selama tiga minggu. Saya lebih berminat dengan Shakir jika dibandingkan dengan Tagoe.

"Tagoe perlu meningkatkan tahap kecergasan jika mahu bersama dengan pasukan ini," katanya.

Hoki: Malaysia sasar seri dengan Belgium

Posted:

Hoki: Malaysia sasar seri dengan Belgium

Hoki: Malaysia sasar seri dengan Belgium


DHAARMA yakin skuad kendaliannya mampu catat keputusan seri pada aksi menentang Belgium hari ini.


MALAYSIA yakin untuk mencapai sekurang-kurangnya keputusan seri dengan Belgium pada aksi kedua Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di Stadium Green Fields, The Hague, Belanda hari ini.

Ketua jurulatih negara, Muhammad Dhaarmaraj Abdullah berkata keyakinan itu berdasarkan prestasi Belgium, selaku ranking kelima dunia, hanya menang tipis 3-2 ke atas India pada perlawanan peringkat kumpulan kelmarin.

"Belgium banyak cipta peluang jaringan terutamanya menerusi pukulan sudut penalti namun hanya menang tipis dan saya lihat kekuatan mereka lebih kurang sama dengan New Zealand.

"Walaupun begitu, saya jangka kita akan menghadapi saingan sengit daripada Belgium walaupun mereka tidak sekuat (tiga pasukan terbaik dunia) iaitu Australia, Jerman dan Belanda," katanya semalam.

Dhaarmaraj berkata beliau tidak bimbang dengan ketiadaan pertahanan negara kelahiran Jerman, Kevin Lim yang digugurkan daripada kejohanan ini akibat kecederaan hamstring memandangkan penggantinya, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin mampu memikul tugas menjaga benteng pertahanan negara dengan baik.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan Mohammad Izad Hakimi di posisi lain termasuk di bahagian tengah bagi membuka laluan kepada jentera serangan skuad negara untuk menjaringkan gol semasa berdepan dengan Belgium.

"Keadaan permukaan padang yang baharu (di Stadium Green Fields), saya yakin kita mampu mencipta sesuatu kejutan ke atas Belgium sekiranya para pemain memberikan persembahan terbaik mereka," katanya.

Dalam pada itu, Dhaarmaraj yakin kehadiran Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi pembakar semangat kepada pemain negara bagi melakar kejutan pada kejohanan kali ini.

"Saya lihat kebanyakan negara bertanding tidak melihat Malaysia sebagai satu pasukan yang mampu memberikan ancaman kepada mereka. Kita tahu misi pada kali ini bukan mudah tetapi kita akan cuba sedaya upaya.

"Kita juga mempunyai ramai pemain dari skuad remaja Piala Dunia 2013 berbanding pasukan lain namun dengan kehadiran Tengku Abdullah ia akan menjadi pembakar semangat kepada para pemain beraksi dengan cemerlang," katanya.

Malaysia bakal berdepan tugas sukar menentang pasukan ranking keempat dunia, England pada aksi ketiga kumpulan A di Stadium Kyocera, Khamis ini (5 Jun). - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved