Isnin, 2 Jun 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Coklat Cadbury sah tiada DNA babi

Posted:

Coklat Cadbury sah tiada DNA babi

Coklat Cadbury sah tiada DNA babi

Oleh NURUL ANUAR KARI
berita@kosmo.com.my

JAMIL KHIR (tengah) bersama Othman (kiri) dan Mohd. Roslan pada sidang akhbar mengenai hasil ujian Jabatan Kimia terhadap coklat Cadbury di Bangi semalam.


BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan kesemua sampel coklat yang diambil dari kilang coklat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., minggu lalu bebas daripada sebarang asid deoksiribonukleik (DNA) babi (porcine).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebanyak 11 sampel yang diuji Jabatan Kimia itu meliputi bahan mentah dan produk akhir termasuk dua jenis coklat susu Cadbury yang dikatakan dicemari DNA babi sebelum ini.

"Sampel coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang kita uji datang dari kelompok sama dengan yang diuji oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini.

"Perbezaan keputusan ujian ini mungkin disebabkan makmal mereka tiada akreditasi untuk memeriksa DNA babi ataupun berlaku pencemaran ketika pengangkutan dan penyimpanan produk tersebut dalam pasaran," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ketua balai polis terima balasan

Posted:

Ketua balai polis terima balasan

Ketua balai polis terima balasan

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


SEORANG anggota polis membawa Mahmad selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan merogol oleh Mahkamah Sesyen, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Tindakan keji seorang bekas ketua balai polis yang tergamak merogol seorang gadis berusia 14 tahun di pejabatnya lima tahun lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh yang berpangkat Sarjan Mejar, Mahmad Bidin, 57, setelah mendapati dia bersalah atas pertuduhan berkenaan.

"Setelah meneliti keterangan-keterangan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah sementara pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

"Oleh sebab itu, tertuduh disabitkan dengan kesalahan," kata Mohd. Yusoff dalam penghakimannya sebelum menjatuhkan hukuman berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Budak 7 tahun nekad terjun kenderaan dilarikan penjenayah

Posted:

Budak 7 tahun nekad terjun kenderaan dilarikan penjenayah

Budak 7 tahun nekad terjun kenderaan dilarikan penjenayah

AMPANG – Seorang kanak-kanak perempuan nekad terjun dari sebuah pacuan empat roda millik ayahnya yang dilarikan penjenayah dalam kejadian samun di Jalan AU3/1, Taman Keramat di sini semalam

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan trauma dengan luka di beberapa bahagian badan kira-kira 700 meter dari tempat pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton milik bapanya dilarikan seorang lelaki.

Difahamkan, sebelum kejadian, bapa kanak-kanak tersebut, Mohd. Shafrol Rizal Nusi, 40, dikatakan meninggalkan mangsa di dalam pacuan empat roda itu bersendirian dengan enjinnya masih hidup.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved