Ahad, 1 Jun 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Minyak masak, tepung gandum habis

Posted:

Minyak masak, tepung gandum habis

Minyak masak, tepung gandum habis

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my

YUSOFF meneliti minyak masak paket di kedai runcit milik Ummi Shuhaida ketika membuat tinjauan di Pasar Besar Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Masalah bekalan minyak masak dan tepung gandum mula membelenggu pengguna di Kedah apabila peniaga dan orang ramai mengadu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan barangan keperluan tersebut sejak 20 Mei lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna terutamanya dalam kalangan peniaga yang mengeluh sukar mendapatkan bekalan minyak masak paket dan tepung gandum.

Beliau mendakwa, masalah itu turut menyebabkan harga jualan minyak masak meningkat sehingga RM3.20 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini, manakala tepung gandum kepada RM1.80 sekilogram berbanding RM1.35 khususnya di kawasan luar bandar.

"Berdasarkan pemantauan skuad pengguna Cake, kekurangan kedua-dua barangan itu berlaku di banyak daerah di Kedah seperti Alor Setar, Kubang Pasu, Sik, Baling, Kuala Muda, Padang Terap serta Langkawi.

"Masalah bekalan tidak cukup ini sering berlaku setiap kali menjelang bulan Ramadan dan senario ini berulang setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di beberapa buah kedai runcit di Pasar Besar Alor Setar di sini semalam.

Sehubungan itu, Yusoff memberitahu, pihak bertanggungjawab perlu segera menyiasat punca masalah tersebut supaya ia tidak berterusan.

Beliau mendakwa, masalah ketirisan mungkin berlaku dalam kalangan pemborong kerana mereka sepatutnya mempunyai bekalan mencukupi untuk diagihkan kepada peruncit.

"Saya pun hairan kenapa bekalan minyak masak dan tepung bersubsidi tiba-tiba berkurangan di negeri ini. Saya diberitahu bekalan kepada pemborong dan pembekal adalah mencukupi, namun mengapa ia tidak sampai ke tangan peniaga dan pengguna.

"Saya bimbang berlaku ketirisan dalam isu ini dan berharap pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dapat melakukan sesuatu agar kedua-dua bekalan bahan keperluan itu kembali pulih seperti biasa," ujarnya.

Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit di sini, Azizah Said, 53, berkata, dia sudah kehabisan bekalan minyak masak paket dan tepung gandum sejak dua minggu lalu.

"Sejak akhir-akhir ini, pemborong tidak lagi menghantarnya kerana mendakwa ketiadaan bekalan. Apabila ditanya kepada pemborong-pemborong lain di sekitar daerah ini jawapan sama juga diberikan," katanya.

Seorang lagi peniaga, Ummi Shuhaida Shafie, 22, pula berkata, dia terpaksa membeli minyak masak paket daripada beberapa peniaga sehingga ke Jitra yang terletak kira-kira 20 kilometer dari kedainya di Pasar Besar Alor Setar.

Petrol, diesel dijual dengan sistem baharu 1 September

Posted:

Petrol, diesel dijual dengan sistem baharu 1 September

Petrol, diesel dijual dengan sistem baharu 1 September


HASAN (kanan) diiringi Alias (kiri) merasmikan Ekspo Pengguna Malaysia di Pusat Pameran Matrade, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan sistem baharu penjualan petrol dan diesel bersubsidi secara berasingan antara kenderaan komersial dan persendirian mulai 1 September ini.

Sistem jualan yang dalam peringkat akhir perbincangan itu akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertujuan untuk mengelakkan berlaku ketirisan bahan bakar itu ketika dijual di stesen minyak seluruh negara.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, dengan langkah yang akan dilaksanakan itu, kerajaan akan dapat menjimatkan jumlah subsidi sebanyak RM9.8 bilion apabila ia dijual kepada kenderaan yang layak sahaja.

"Sistem baharu itu dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi untuk mencari mekanisme berkesan dan efektif bagi memastikan subsidi minyak diberikan kepada pihak yang layak," katanya.

Beliau sebelum itu hadir mengiringi Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek melancarkan Ekspo Pengguna Malaysia 2014 yang bermula 31 Mei hingga 8 Jun ini di Pusat Pameran Matrade di sini.

Tambah Alias, pelaksanaan sistem baharu yang melibatkan penjualan minyak subsidi itu kepada kenderaan komersial mungkin dilaksanakan pada 1 September ini, manakala pada 1 Oktober atau 1 November untuk kenderaan persendirian.

Dua beranak nekad rempuh api

Posted:

Dua beranak nekad rempuh api

Dua beranak nekad rempuh api

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


MAYAT mangsa ditemui rentung di halaman rumah berhampiran pintu utama selepas gagal menyelamatkan diri dalam satu kebakaran di Kampung Kebunahu, Kuala Penyu, Sabah semalam.


KUALA PENYU – Dua beranak dipercayai bertindak nekad merempuh api yang marak dalam usaha menyelamatkan diri apabila rumah mereka di Kampung Kebunahu di sini terbakar awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 1.20 pagi itu, hasrat ibu tunggal, Aliaha Jalal, 49, dan anak perempuannya, Mariani Husaini, 22, itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila kedua-duanya ditemui mati rentung di halaman rumah berhampiran pintu utama.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui dengan jarak kira-kira satu meter antara satu sama lain.

Difahamkan, Aliaha yang baru bercerai dengan suaminya pada Mac lalu merupakan pengawal keselamatan di sebuah sekolah dan menetap bersama anak keduanya di rumah sewa itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu, Hafizan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.26 pagi dan seramai 10 anggota serta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian lima minit selepas itu, pihaknya mendapati keseluruhan rumah tersebut telah hangus dijilat api dan kebakaran itu berjaya dipadam sepenuhnya pukul 2.44 pagi.

"Pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan kemudian menemui mayat kedua-dua mangsa berdekatan antara satu sama lain di halaman rumah."Kami tidak menolak kemungkinan mereka yang terperangkap dalam kebakaran cuba keluar bagi meminta bantuan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

1 ulasan:

dagenulery on 4 Mac 2022 pada 6:05 PTG berkata...

The Best Roulette Sites for 2021 - DrmCD
Top Casino Sites for Roulette 남양주 출장마사지 in 2021 - Roulette · ROULETTE · BONUS: 대구광역 출장마사지 $300 FREE NO 포항 출장샵 DEPOSIT · BONUS: $50 FREE NO DEPOSIT · ROULETTE · CASINO BONUS: 안산 출장마사지 $200 FREE 수원 출장마사지 NO DEPOSIT

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved