Isnin, 2 Jun 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Yayasan Bakti Nusa bantu klinik bergerak

Posted:

Yayasan Bakti Nusa bantu klinik bergerak

Yayasan Bakti Nusa bantu klinik bergerak


TEE KIAT (dua dari kiri) dengan rombongannya bergambar bersama Satem (empat dari kanan) dan Mohamad Morshidi (tiga dari kanan) selepas kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak baru-baru ini.


KUNJUNGAN HORMAT. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menerima kunjungan hormat Pengasas merangkap Penasihat Eksekutif Yayasan Bakti Nusa Malaysia, Datuk Seri Ong Tee Kiat bersama rombongan di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching baru-baru ini.

Tee Kiat yang juga bekas Presiden MCA berkata, selain bertemu untuk mengucapkan tahniah kepada Adenan yang diangkat sebagai Ketua Menteri baharu pada Mac lalu, beliau juga ingin mendapat restunya bagi Yayasan Bakti Nusa membuka sebuah klinik bergerak di Sarawak.

"Klinik bergerak tersebut sudah mula beroperasi di Sarawak dan ia diaplikasikan menerusi kaedah perubatan tradisional Cina.

"Ia diuruskan oleh anak negeri Sarawak dan kami hanya membantu serta memantau," katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan ahli rombongan dari Yayasan Bakti Nusa Malaysia iaitu Lim Chew Meng, Hong Chee Meng dan Kho Swee Aik.

123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah diraikan

Posted:

123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah diraikan

123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah diraikan


SERAMAI 123 guru SMK Tengku Ampuan Rahimah, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor diraikan dalam sambutan Hari Guru di sekolah itu baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Seramai 123 guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor diraikan dalam sambutan Hari Guru baru-baru ini.

Ketua Pengawas SMK Tengku Ampuan Rahimah, Benjemin Soe Zxepin berkata, sambutan Hari Guru peringkat sekolah tersebut tahun ini dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar tanpa pembabitan guru.

"Acara sambutan Hari Guru sekolah ini dimulakan dengan sarapan, perarakan guru-guru bersama iringan bunga manggar dan beberapa acara lain seperti sukaneka serta penyampaian anugerah khas guru.

"Kesemua 1,959 pelajar sekolah ini masing-masing menyumbang RM2 untuk menjayakan program ini bagi menghargai jasa serta pengorbanan guru selama ini," katanya.

Pegawai UniSZA berkampung di Pulau Redang sertai kem

Posted:

Pegawai UniSZA berkampung di Pulau Redang sertai kem

Pegawai UniSZA berkampung di Pulau Redang sertai kem


PARA pegawai kehormat majlis badan-badan beruniform UniSZA, Terengganu bergambar kenangan semasa Kem Waja Diri di Redang Mutiara Beach Resort, Pulau Redang, Terengganu baru-baru ini.


JALINAN ERAT. Seramai 25 pegawai kehormat majlis badan-badan beruniform Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu menyertai Kem Waja Diri siri pertama yang diadakan di Redang Mutiara Beach Resort, Pulau Redang, Terengganu baru-baru ini.

Kem yang diadakan selama tiga hari bermula 24 April lalu itu telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), UniSZA.

Tujuan kem tersebut adalah untuk merapatkan lagi hubungan anggota badan beruniform dengan ahli-ahli yang baru dilantik.

Selain itu, sepanjang program berkenaan berlangsung, para peserta dapat mempraktikkan segala tunjuk ajar serta latihan yang diberikan semasa mereka berada di universiti.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk sesi suai kenal, jejak kawasan, selam skuba, mempelajari cara memasak sebagai seorang pengembara, latihan kawad kaki, senaman pagi dan cara memasang khemah.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved