Selasa, 3 Jun 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Abbas ketuai kerajaan baharu Palestin

Posted:

Abbas ketuai kerajaan baharu Palestin

Abbas ketuai kerajaan baharu Palestin

HANIYEH (tengah) mengangkat kedua-dua tangannya di pejabatnya di Bandar Gaza semalam. - REUTERS


RAMALLAH, Tebing Barat - Presiden Mahmoud Abbas mengangkat sumpah semalam sebagai ketua kerajaan penyatuan Palestin semalam sekali gus menamatkan perpecahan dengan pentadbiran Hamas di Genting Gaza.

Beliau mengangkat sumpah dalam satu upacara ringkas di ibu pejabatnya di sini.

Sebelum mengangkat sumpah itu, berlaku tawar-menawar berhubung 17 anggota Kabinet baharu Palestin yang dipilih dalam kalangan ahli teknokrat.

Walaupun anggota Kabinet baharu itu tidak memiliki hubungan dengan Hamas, sama ada mereka akan diterima oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah adalah samar.

Namun, Abbas optimis kerajaan baharu itu dapat menamatkan perpecahan politik dan wilayah yang berlaku apabila kumpulan Hamas menguasai Genting Gaza pada 2007.

Perkembangan tersebut menyebabkan Abbas hanya dapat memerintah wilayah Tebing Barat yang ditawan Israel.

Selama tujuh tahun, Abbas dan Hamas mentadbir dua kerajaan berasingan dalam wilayah masing-masing.

"Lembaran hitam dalam sejarah kita ditutup untuk selamanya dan tidak akan kembali semula," kata Abbas sebelum mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Palestin.

Abbas turut memberi bayangan bahawa beliau tidak lama lagi akan melawat Gaza untuk kali pertama sejak tahun 2007.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh menyatakan, Palestin kini membuka era baharu berteraskan penyatuan dan perkongsian dalam membuat keputusan dan bekerja.

Beliau akan berundur ekoran penyatuan itu.

Kabinet yang baru dibentuk tersebut berdepan dengan pelbagai kesukaran.

Antara krisis yang perlu diselesaikan segera termasuk isu penyatuan pasukan keselamatan di Tebing Barat dan Gaza yang dahulunya berseteru.

Abbas juga tidak memberi jaminan bahawa AS dan Eropah akan terus menyalurkan bantuan tahunan bernilai jutaan dolar yang diperlukan untuk membiayai kerajaan baharu tersebut.

Ia berikutan Barat sebelum ini menganggap Hamas sebagai sebuah kumpulan pengganas manakala sokongan kumpulan itu kepada kerajaan baharu Palestin mungkin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara penderma.

Dalam pada itu, kos untuk membiayai kerajaan baharu itu akan menjadi lebih mahal kerana Abbas terpaksa menggabungkan kakitangan daripada dua pentadbiran berasingan.

Hamas menggaji lebih 40,000 pekerja sejak tahun 2007 manakala Abbas pula memiliki seramai 150,000 kakitangan awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Israel mengumumkan ia akan memboikot kerajaan baharu itu kerana ia disokong oleh Hamas.

Kumpulan itu sebelum ini membunuh beratus-ratus warga Israel dalam sejumlah serangan bertahun-tahun lalu.

Regim Zionis mengumumkan langkah untuk menghukum pembentukan kerajaan penyatuan Palestin tersebut tetapi tidak mendedahkan secara terperinci tindakan yang akan dilakukannya. - AGENSI

Asus lancar gajet hibrid lima dalam satu

Posted:

Asus lancar gajet hibrid lima dalam satu

Asus lancar gajet hibrid lima dalam satu


SEORANG model memegang gajet hibrid Transformer Book V pada pameran Computex di Taipei, Taiwan semalam. - REUTERS


TAIPEI - Firma utama Taiwan, Asus memperkenalkan gajet hibrid dipercayai yang pertama di dunia menggabungkan sebuah komputer riba, tablet dan telefon bimbit semalam

Pelancaran itu dibuat sehari sebelum pameran teknologi terbesar di Asia, Computex membuka tirainya di ibu kota Taiwan di sini.

Ketua Asus, Jonney Shih memperkenalkan gajet tersebut, Transformer Book V di hadapan ratusan peneraju industri, pakar dan petugas media dari seluruh dunia.

"Dalam setiap mod, kami menawarkan pengalaman tanpa kompromi, tanpa mengira sama ada gajet ini digunakan untuk tujuan komunikasi, pengeluaran atau hiburan," kata Shih.

Transformer Book V memiliki lima mod merangkumi sebuah komputer riba dan tablet boleh cabut yang menggunakan kedua-dua perisian Android dan Windows serta berfungsi sebagai telefon pintar Android.

Telefon berukuran 12.7 senti- meter itu berada di dalam tablet tersebut dan menjanjikan kepantasan melebihi empat kali ganda daripada sistem komuni- kasi 3G.

Terdapat satu butang pada gajet itu untuk menukar sistem operasi daripada Android kepada Windows bagi kegunaan komputer riba.

Asus yang dahulunya dikenali sebagai pengilang papan litar kini merupakan pengeluar komputer riba terbesar di dunia.

Namun, harga gajet hibrid itu tidak didedahkan kepada media. - AFP

Biri-biri bergaya dengan jersi skuad bola sepak Piala Dunia

Posted:

Biri-biri bergaya dengan jersi skuad bola sepak Piala Dunia

Biri-biri bergaya dengan jersi skuad bola sepak Piala Dunia


BEBERAPA ekor biri-biri memakai jersi skuad bola sepak Brazil di Nobsa, Colombia kelmarin.- REUTERS


NOBSA, Colombia – Sejumlah biri-biri dipakaikan jersi beberapa pasukan yang akan menyertai Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia di Brazil di sini kelmarin.

Biri-biri dipakaikan jersi skuad Jerman, Brazil, Colombia dan Sepanyol.

Haiwan-haiwan tersebut dipakaikan jersi dan seluar pasukan-pasukan tersebut.

Biri-biri itu memakai pakaian itu sempena satu pameran yang diadakan sebelum Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia bermula di Brazil pada 12 Jun hingga 13 Julai depan. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved