Jumaat, 9 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Malaysia berpeluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei ini

Posted:

Malaysia berpeluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei ini

Malaysia berpeluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei ini

09/05/2014 10:06pm

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.

"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kataAngkasa dalam kenyataan hari ini.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870. - Bernama

Sekolah Berprestasi Tinggi perlu ditingkatkan 80 peratus

Posted:

Sekolah Berprestasi Tinggi perlu ditingkatkan 80 peratus

Sekolah Berprestasi Tinggi perlu ditingkatkan 80 peratus

09/05/2014 8:33pm

KUALA LUMPUR - Sekolah Berprestasi Tinggi di negara ini perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya 80 peratus bagi memastikan ibu bapa dapat menghantar anak mereka ke mana-mana sekolah milik kerajaan yang berkualiti.

Pensyarah di Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Sufean Hussin berkata, ketika ini hanya terdapat 13 peratus sekolah berprestasi tinggi, di seluruh negara.

Bagaimanapun, beliau percaya sekolah berprestasi tinggi dapat ditingkatkan dalam tempoh lima tahun sekiranya guru, ibu bapa dan komuniti komited menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Maka ini adalah cabaran kita untuk memastikan kita dapat meningkatkan peratusan sekolah ini melalui teknik pengajaran dan pembelajaran guru yang berkesan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Cabaran Menyeluruh Dalam Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Untuk Masa Depan Malaysia' di Seminar Transformasi Pendidikan Nasional 2014 di Universiti Malaya di sini, hari ini. - Bernama

Ahmad Said masih MB Terengganu

Posted:

Ahmad Said masih MB Terengganu

Ahmad Said masih MB Terengganu

09/05/2014 8:15pm

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu seperti mana dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, 25 April lepas, menurut Badan Perhubungan UMNO Terengganu hari ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Abdul Rahman Bakar mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa tiada pertukaran mana-mana Menteri Besar di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Selain itu, beliau mendakwa tiada perjanjian antara Ahmad dan Perdana Menteri bagi memegang jawatan itu untuk tempoh setahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas.

"Perdana Menteri kata, beliau tidak akan tukar mana-mana Menteri Besar di semua negeri, beliau buat kenyataan itu selepas mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua minggu lepas," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.

Menurutnya, laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Ahmad akan digantikan sebagai Menteri Besar adalah andaian penulisnya semata-mata. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved