Rabu, 7 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bot asing wajib ikut laluan digazetkan di Esszone

Posted:

Bot asing wajib ikut laluan digazetkan di Esszone

Bot asing wajib ikut laluan digazetkan di Esszone

07/05/2014 9:54pm

LAHAD DATU - Semua bot-bot asing yang ingin memasuki perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) hanya dibenarkan melalui laluan yang digazetkan oleh pihak berkuasa.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran beberapa insiden penculikan yang berlaku di kawasan itu sejak kebelakangan ini.

"Kerajaan juga bersetuju melaksanakan tindakan kedua iaitu mendaftarkan semua bot-bot yang dimiliki penduduk tempatan di kawasan terlibat bagi tujuan mengenalpasti bot-bot berkenaan adalah milik penduduk tempatan," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi penculikan seorang pengurus ternakan ikan di Pulau Baik dekat sini sebentar tadi.

Beliau berkata, pihak kerajaan memandang serius aspek keselamatan di perairan timur Sabah dengan setiap penguatkuasaan dan arahan yang dibuat adalah untuk memperkukuhkan lagi elemen keselamatan di kawasan tersebut. - KOSMO!

JPJ gantung lesen 17 pemandu bas ekspres gagal ujian dadah

Posted:

JPJ gantung lesen 17 pemandu bas ekspres gagal ujian dadah

JPJ gantung lesen 17 pemandu bas ekspres gagal ujian dadah

07/05/2014 9:37pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung lesen 17 pemandu bas ekspres yang gagal ujian saringan dadah dalam operasi yang dijalankan jabatan itu bagi tempoh 22 April hingga 5 Mei lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, mereka antara lebih 2,000 pemandu bas ekspres yang diperiksa di 22 terminal bas ekspres di seluruh negara.

Dalam tempoh sama JPJ mengeluarkan 39 saman terhadap pemandu bas ekspres yang didapati melakukan kesalahan ketika memandu, katanya, kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Komunikasi Berintegriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, di sini hari ini.

Katanya, kesalahan itu dikesan oleh pegawai JPJ yang menyamar sebagai penumpang.

"Antara kesalahan yang dikesan ialah melanggar peraturan lalu lintas, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta merokok," katanya.

Selain itu, Ismail berkata, JPJ juga menjalankan operasi memeriksa kenderaan yang masuk dari Thailand di sempadan negara sejak 24 April lalu.

"Dalam 13 operasi yang dijalankan sehingga hari ini, sebanyak 139 saman dikeluarkan iaitu 96 kesalahan berkaitan permit peredaran antarabangsa (ICP) dan bakinya lain-lain kesalahan," katanya. - Bernama

Lelaki bersenjatakan parang rompak bank di Bandar Perda

Posted:

Lelaki bersenjatakan parang rompak bank di Bandar Perda

Lelaki bersenjatakan parang rompak bank di Bandar Perda

07/05/2014 9:25pm

BUKIR MERTAJAM - Dua lelaki, seorang daripadanya bersejatakan sebilah parang, melarikan wang tunai RM16,250 dalam rompakan di sebuah bank di Bandar Perda di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, suspek yang memakai topi besbol dan menutup mulutnya dengan sehelai kain itu memasuki bank berkenaan pada kira-kira 4 petang manakala rakannya menunggu di dalam kereta di luar bank.

"Lelaki berusia lingkungan 40-an itu menghampiri pengawal keselamatan bank sambil mengacukan parang serta mengarahkan wanita itu diam dan mengikut arahannya jika tidak mahu dicederakan. Dalam masa sama, dia membawa wanita itu ke arah kaunter bank.

"Suspek yang membawa sebuah beg kemudian mengarahkan pekerja di kaunter berkenaan memasukkan wang ke dalam beg dibawanya sebelum melarikan diri dengan kereta yang menunggu di luar," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Difahamkan kereta yang dinaiki dua lelaki terbabit ialah Proton Saga putih. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved