Jumaat, 23 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Warga Myanmar ditemui mati di Kampung Banda Hilir

Posted:

Warga Myanmar ditemui mati di Kampung Banda Hilir

Warga Myanmar ditemui mati di Kampung Banda Hilir

23/05/2014 9:05pm

MELAKA - Seorang pelayan lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai ditikam rakan senegaranya di sebuah rumah di Kampung Banda Hilir di sini hari ini.

Mangsa, Nay Myo Win, 25, ditemui tiga rakannya dalam keadaan bersandar di tepi sofa dengan kesan tikaman, dipercayai pisau, di bahagian dada pada kira-kira pukul 5.55 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka, Superintendan P. R Gunarajan berkata sebelum itu, mangsa yang bekerja di sebuah pusat hiburan kira-kira 200 meter dari rumah berkenaan dilaporkan bergaduh dengan seorang lagi rakan senegaranya berusia 30 tahun di luar premis pada pukul 5.20 pagi.

Tambahnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, mangsa didapati dipukul rakannya yang juga pelayan di pusat hiburan sama dengan sebiji botol di bahagian belakang kepala sebelum terjatuh.

"Kemudian berlaku pergelutan antara mereka sebelum dileraikan beberapa rakan sekerja lain yang berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Laluan masuk Mont Kiara dibuka tengah malam ini

Posted:

Laluan masuk Mont Kiara dibuka tengah malam ini

Laluan masuk Mont Kiara dibuka tengah malam ini

23/05/2014 8:49pm



PELAN laluan masuk ke Mont Kiara yang akan dibuka kepada trafik tengah malam ini. - KOSMO!


KUALA LUMPUR - Laluan masuk ke Mont Kiara akan dibuka kepada trafik bermula tengah malam ini.

Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (Sprint) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengguna laluan itu dinasihatkan menggunakan lorong kanan sebaik melepasi gimnasium, True Fitness Centre di Desa Sri Hartamas dan mematuhi papan tanda untuk ke Mont Kiara.

Laluan-laluan lain di lokasi sama dilaporkan tidak berubah. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi SPRINT di talian 03-74947333. - KOSMO!

Lelaki didakwa bersubahat galak keganasan di Syria

Posted:

Lelaki didakwa bersubahat galak keganasan di Syria

Lelaki didakwa bersubahat galak keganasan di Syria

23/05/2014 6:55pm



ANGGOTA polis membawa keluar tertuduh, Mohd. Khairil Mi (tengah) yang didakwa menggalakkan keganasan untuk memajukan suatu ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria, November lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini. - KOSMO!/KHAIRUL NAJIB


PORT DICKSON - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat menggalakkan keganasan di Syria pada November tahun lepas.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Khairil Mi, 27, didakwa menggalakkan keganasan untuk memajukan suatu ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah inap desa di Jalan 1/12, Taman Intan Perdana di sini antara pukul 10 malam 1 Nov 2013 dan tiga petang 3 Nov 2013 mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkod oleh Majistret M. Mageshwary yang menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Mohd. Khairil diwakili peguam Mohd. Radzlan Jalaludin dan Wan Hidayati Nadirah Wan Ahmad Nasir. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved