Khamis, 22 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


TNB didenda RM100,000 kerana hina mahkamah

Posted:

TNB didenda RM100,000 kerana hina mahkamah

TNB didenda RM100,000 kerana hina mahkamah

22/05/2014 10:11pm

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman denda RM100,000 ke atas Tenaga National Bhd. (TNB) kerana menghina mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman, M.Gunalan turut memberi amaran keras kepada juruukur yang diupah TNB, Ahmad Rustami Ramley yang juga didapati bersalah bagi kesalahan sama.

Gunalan membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Thomas Philip yang mewakili Pengarah Syarikat Lenang Development Zaharey Jusoh, peguam Steven Thiru, Gurmel Singh dan Gregory Das bagi pihak TNB manakala Ahmad Rustami diwakili peguam Gopal Sreenevasan dan Leong Phaik Leng.

Beliau turut mengarahkan TNB membayar denda itu dalam tempoh 14 hari.

Pada 10 April lepas, Gunalan memutuskan TNB serta Ahmad Rustami bersalah

kerana menyembunyikan bahan bukti semasa perbicaraan kes saman berhubung isu tanah setinggan yang di fail Bukit Lenang Development dan menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan sebelum menjatuhkan hukuman. - Bernama

Tentera Thailand umum rampas kuasa

Posted:

Tentera Thailand umum rampas kuasa

Tentera Thailand umum rampas kuasa

22/05/2014 10:15pm

BANGKOK - Tentera Thailand melakukan rampasan kuasa hari ini setelah pihak yang bertelagah gagal mencapai kata sepakat tentang cara untuk menamatkan pergolakan politik yang berlarutan di negara itu selama lebih setengah tahun.

Panglima tentera Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha mengumumkan perkara itu melalui televisyen tengah hari ini.

Menurut laporan media tempatan, Jen Prayuth mengemukakan cadangan tentang cara untuk menyelesaikan konflik politik di negara ini termasuk pengunduran kerajaan sementara tetapi ditolak.

Pemimpin tunjuk perasaan daripada kumpulan yang menyokong dan menentang kerajaan juga ditangkap.

Pihak bertelagah yang bermesyuarat di Kelab Tentera Darat sejak dua hari lepas gagal mencapai persetujuan berhubung penyelesaian terhadap konflik politik yang melanda Thailand. - Bernama

Seorang maut, lima cedera dirempuh bas ekspres di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Posted:

Seorang maut, lima cedera dirempuh bas ekspres di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Seorang maut, lima cedera dirempuh bas ekspres di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

22/05/2014 9:31pm

GUA MUSANG - Seorang maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres, van dan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 72, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, pekerja syarikat penyelenggaraan jalan, Mohd. Zakarman Bedol, 41, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Mangsa sedang mengawal lalu lintas semasa kejadian itu berlaku pukul 12.15 tengah hari.

Lima lagi yang cedera adalah masing-masing dua daripada syarikat penyelengaraan itu dan tiga pekerja Institut Kerja Raya Malaysia, katanya kepada pemberita di sini.

Saiful Bahri berkata, pemandu bas ekspres terbabit yang berusia 54 tahun bersama 10 penumpang tidak mengalami kecederaan dan mereka kemudian meneruskan perjalanan dengan bas lain.

Tambahnya, kejadian itu berlaku ketika lima buah bas ekspres sedang melalui jalan berkenaan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur manakala mangsa yang maut bersama lima yang cedera sedang menjalankan kerja mengorek jalan untuk ujian tahap kualiti jalan yang baru diturap tar. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved