Selasa, 20 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


MAHB diminta atasi aduan masalah di KLIA2

Posted:

MAHB diminta atasi aduan masalah di KLIA2

MAHB diminta atasi aduan masalah di KLIA2

20/05/2014 10:04pm

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) diingatkan supaya mengambil tindakan segera berhubung aduan masalah seperti mendapan dan takungan air yang dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, MAHB selaku pengendali KLIA2 dalam mesyuarat bersama PAC sebelum ini mengakui terdapat beberapa 'kekurangan' pada lapangan terbang itu sebelum ia mula beroperasi 2 Mei lalu.

"Bila datang sini (PAC), mereka (MAHB) kata masalah itu boleh diselesaikan dan boleh dilakukan penambahbaikan.

"Sebab itu KLIA2 beroperasi dan sekarang baru lebih dua minggu beroperasi sudah ada isu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC Penggal Kedua 2014 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, MAHB jelas bahawa tiada risiko keselamatan pada kawasan tersebut. - Bernama

Rumah guru rosak akibat letupan bom buatan sendiri

Posted:

Rumah guru rosak akibat letupan bom buatan sendiri

Rumah guru rosak akibat letupan bom buatan sendiri

20/05/2014 9:55pm

IPOH - Seorang guru wanita tidak menyangka bunyi kuat di hadapan rumahnya di Taman Silibin Ria di sini yang disangka guruh sebenarnya adalah letupan bom buatan sendiri.

Letupan kuat pada pukul 4.20 pagi tadi mengakibatkan pintu utama rumah, siling tempat letak kereta pecah dan sebuah kereta jenis Nissan Sylphy mengalami kerosakan.

Guru berusia 32 tahun yang mengajar mata pelajaran khas itu berkata, ketika kejadian lima penghuni termasuk suami berumur 39 tahun dan seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 28 tahun sedang nyenyak tidur.

"Saya mula curiga apabila terhidu bau asap kuat dari arah ruang tamu rumah, apabila turun ke bawah saya dapati kaca pintu utama sudah pecah.

"Siling tempat letak kereta turut pecah selain tanah daripada pasu bunga bertebaran dan berselerakan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang merupakan seorang kontraktor sebelum melaporkannya kepada polis. - Bernama

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pantau kes pelajar Malaysia dianiaya

Posted:

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pantau kes pelajar Malaysia dianiaya

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pantau kes pelajar Malaysia dianiaya

20/05/2014 9:52pm

JAKARTA - Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia akan terus memantau siasatan berhubung laporan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Padjajaran (Unpad) di Bandung, Jawa Barat yang didakwa diculik, dirompak dan cuba dibunuh pada Jumaat lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, pejabat kedutaan itu akan turut bekerjasama dengan pengurusan universiti tersebut dan polis bagi memastikan pelajar wanita terbabit mendapat keadilan sewajarnya.

Kenyataan itu menyatakan bahawa sebaik menerima laporan kes itu pada Sabtu lepas, pegawai Kedutaan Besar Malaysia bergegas ke Bandung bagi mendapatkan laporan daripada pihak berkuasa dan membantu mangsa serta keluarganya yang datang dari Malaysia.

Jelas lagi kenyataan tersebut, satu pertemuan antara Duta Besar Malaysia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dengan pengurusan Unpad sedang diatur dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan jaminan berhubung keselamatan para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di universiti itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved