Isnin, 19 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


MAS tawar promosi sehingga 50 peratus ke destinasi popular

Posted:

MAS tawar promosi sehingga 50 peratus ke destinasi popular

MAS tawar promosi sehingga 50 peratus ke destinasi popular

19/05/2014 9:30pm

KUALA LUMPUR - Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan diskaun tiket sehingga 50 peratus ke destinasi popular melalui promosi Pameran Pelancongan Malaysia Airlines 2014.

Promosi tersebut yang bermula 15 Mei hingga 24 Mei ini menawarkan tambang murah kepada pelanggan di Malaysia sehingga akhir tahun ini.

Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan daripada promosi itu dan menempah tiket penerbangan mereka.

"Tempoh penerbangan berlanjutan sehingga akhir tahun dan ia adalah peluang besar untuk merancang percutian pada hujung tahun," katanya.

Menurutnya, antara destinasi popular adalah London sehingga menyebabkan jualan tiket menjadi sangat menggalakkan.

"Orang ramai kini boleh terbang ke London daripada hanya RM2,699 pergi dan balik serta Frankfurt daripada RM2,799 pergi balik manakala destinasi di selatan daripada RM1,999 ke Sydney pergi balik dan daripada RM1,099 ke Perth pergi dan balik," ujarnya.

Destinasi lain seperti Chennai, Delhi atau Kochi masing-masing daripada

RM1,099, RM1,399 dan RM799 untuk tiket kelas ekonomi pergi dan balik.

Sementara itu, tiket pergi dan balik kelas bisnes ke destinasi Eropah daripada RM11,999, RM6,249 ke Sydney dan RM3,099 ke Chennai.

Antara destinasi lain yang ditawarkan diskaun adalah Dubai, Hong Kong, Taipei, Osaka, Darwin dan Krabi.

Promosi itu boleh ditempah melalui laman sesawang syarikat penerbangan

itu di www.malaysiaairlines.com, pusat panggilan 24 jam 1 300 88 3000,

pejabat jualan tiket dan semua agen pelancongan yang mengambil bahagian di Malaysia.

Seorang tentera maut, 12 cedera dalam keganasan di Selatan Thailand

Posted:

Seorang tentera maut, 12 cedera dalam keganasan di Selatan Thailand

Seorang tentera maut, 12 cedera dalam keganasan di Selatan Thailand

19/05/2014 8:31pm

NARATHIWAT - Seorang tentera maut dan 12 orang cedera dalam tiga kejadian letupan bom dan dua kejadian tembak menembak hari ini di Narathiwat serta Pattani, selatan Thailand.

Di Narathiwat, Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Polis Major General Pattanawut Angkanavin memberitahu pemberita tiga letupan bom berlaku di wilayah itu yang mencederakan sembilan orang pegawai keselamatan.

Letupan pertama berlaku pada pukul 8.40 pagi waktu tempatan di Kampung Panaem, Daerah Srisakorn sehari selepas tamat perlumbaan Srisakorn Of Road International Challenge III.

Ketua Polis Daerah Srisakorn, Polis Kolenal Pawong Sanukul pula berkata, bom buatan sendiri seberat 25 kilogram yang diletak di tepi jalan yang diletupkan dengan menggunakan alat walkie talkie mencederakan seorang anggota tentera.

Bom kedua pula diletupkan pada pukul 9.30 pagi di Kampung Banggul Satol yang menyebabkan tiga anggota rela yang mengawal keselamatan jalan raya cedera ringan. - Bernama

Pegawai penguat kuasa miliki RM1.5j hasil seludup diesel

Posted:

Pegawai penguat kuasa miliki RM1.5j hasil seludup diesel

Pegawai penguat kuasa miliki RM1.5j hasil seludup diesel

19/05/2014 8:22pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan terdapat kes membabitkan pegawai penguat kuasa yang mempunyai simpanan RM1.5 juta hasil aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, pihaknya telah pun mendapat perintah untuk menyita akaun tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Terdapat juga kes pegawai penguat kuasa dikesan membeli lori, semata-mata untuk menjalankan aktiviti seludup diesel," katanya pada sidang akhbar mengenai kes penyeludupan diesel, di sini hari ini.

Jelas Mohd. Shukri, walaupun ia bukan tanggungjawab SPRM untuk menangani kes penyeludupan diesel namun suruhanjaya itu melihat kes tersebut daripada sudut rasuah.

Katanya, sejak tahun 2010 sehingga kini, sebanyak 90 kes penyeludupan diesel telah disiasat dan telah menyebabkan kerajaan kerugian hampir RM50 juta. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved