Rabu, 28 Mei 2014

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Resipi tradisi masyarakat Malaysia

Posted:

Resipi tradisi masyarakat Malaysia

Resipi tradisi masyarakat Malaysia

Oleh HAFIZ AHMAD


HELLEN (tiga dari kiri) bersama empat yang terlibat dalam penerbitan buku masakan ini iaitu (dari kiri) Mohd Shokri, Khairil Anwar, Chui Hong dan Ananthan.


KEUNIKAN Malaysia sebagai sebuah negara dengan masyarakat yang berbilang kaum turut terserlah pada kepelbagaian makanan beraneka juadahnya. Jika kaum Melayu terkenal dengan masakan rendang manakala masyarakat Cina berbangga dengan hidangan dim sum. Tidak dilupa juga kari masala oleh penduduk India.

Ia menjadi antara keistimewaan negara hingga diibaratkan syurga makanan oleh pelancong-pelancong luar yang tertarik dengan setiap hidangan gabungan kontemporari dan tradisi.

Menyedari pentingnya menjaga keaslian makanan warisan nenek moyang ini, telah memberi idea kepada Hellen Fong untuk menghasilkan sebuah buku masakan yang mengumpulkan seleksi makanan tradisional masyarakat Malaysia.

"Buku ini mengandungi menu-menu lama pelbagai kaum yang telah diberi sentuhan rasa baharu mengikut peredaran masa dan sosiobudaya moden," ujar pemilik studio masakan, At 19 Culinary itu ketika majlis pelancaran buku Lost Recipes Of Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia diusahakan bersama empat orang cef lain iaitu Mohd. Shokri Abdul Ghani, Goo Chui Hoong, Khairil Anwar Ahmad dan Ezekiel Ananthan dengan kerjasama MPH Group Publishing.

Memilih lauk-pauk masakan kampung, Mohd. Shokri memberitahu, lima menu yang terdapat dalam buku tersebut adalah mengikut resipi asal ibunya.

Antara menu masakan Mohd. Shokri ialah gulai tempoyak ikan patin, ikan pari asam pedas Melaka dan mi bandung.

BUKU masakan ini mengabadikan resepi tradisional masyarakat majmuk Malaysia.


Bagi mengekalkan keaslian setiap juadah tersebut, dia memberi penekanan kepada sukatan berbanding cara lama yang hanya mengikut naluri tukang masak.

"Jika dahulu bahan-bahan seperti garam, gula atau santan diletakkan ikut selera dan kesesuaian makanan sahaja. Tetapi, kita perlu ada standard sukatan yang tepat bagi mendapatkan rasa yang autentik," ujar Mohd. Shokri yang pernah menjadi cef peribadi kepada keluarga Raja Hussein dari Jordan.

Dia menambah, sukatan yang betul itu juga bagi memudahkan generasi baharu yang mahu mencuba makanan-makanan lama.

Buku setebal 194 muka surat itu turut memberikan informasi mengenai susur galur sejarah masakan yang menyusuri perjalanan dan perubahan makanan setiap masyarakat di Malaysia.

Setiap menu diterangkan secara terperinci selain diselitkan gambar-gambar bagi memberi pemahaman jelas kepada pembaca.

Terdapat juga tip-tip cara memasak sebagai panduan kepada mereka yang berminat dalam juadah tradisi tempatan.

Selain itu, dua cef muda dari At 19 Culinary iaitu Sandy Shiek dan Suraiya Razib berkongsi menu makanan minum petang seperti rempeyek kacang tanah, pengat nangka dan kek beras.

Ditulis dalam bahasa Inggeris, buku tersebut dijual dengan harga RM39.90 dan boleh didapati di gedung buku utama seluruh negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved