Selasa, 13 Mei 2014

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Siti Rosmizah terbit novel setahun sekali

Posted:

Siti Rosmizah terbit novel setahun sekali

Siti Rosmizah terbit novel setahun sekali

Oleh HAFIZ AHMAD

SITI ROSMIZAH mengakui meskipun novel ini tebal tetapi ia digemari pembaca.


BAIT lagu Setelah Aku Kau Miliki nyanyian Shima terngiang-ngiang sepanjang Siti Rosmizah Semail, 42, menyiapkan naskhah terbaharunya, Cukup Derita.

Secara kebetulan, nota muzik ciptaan komposer terkenal, Shaari Amri itu mempunyai perkaitan dengan plot penceritaan watak Ellani yang menderita akibat penderaan emosi dan fizikal.

Tempoh setahun diambil oleh Siti Rozmizah untuk menyelesaikan novel setebal 1,170 muka surat itu. Jarak waktu yang lama itu bagi menghasilkan sebuah novel yang baik dan lengkap dari segala segi.

"Tidak dinafikan novel ini memang tebal, tetapi ia disukai pembaca," ujarnya yang juga seorang peguam sepenuh masa.

Ketebalan buku itu sempurna daripada susunan plot dan wataknya tidak berlingkar pada tunjang penceritaan semata-mata.

Malah, tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, setiap babak dan watak diperincikan agar pembaca memahami setiap gerak geri perjalanan kisah yang ingin diceritakan.

"Selain itu, saya hanya menerbitkan novel baharu setahun sekali. Maka, dengan ketebalan tersebut, pembaca berasa berbaloi menunggu lama," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran novel itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Proaktif

Novel terbitan syarikat penerbitan miliknya, SR Publication itu menceritakan mengenai kembar seiras, Ellani dan Ellana yang tinggal serumah bersama ibu saudara, Mak Ngah Gayah, selepas kematian ibu bapa mereka.

Ellana mendapat layanan istimewa sebaliknya Ellani sering didera sehingga emosinya terganggu.

NOVEL setebal 1,170 muka surat ini mengambil masa setahun untuk disiapkan.


Dalam pada itu, Siti Rosmizah turut mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan syarikat produksinya, SR One Sdn. Bhd. bagi mengadaptasi novel-novel terbitannya ke drama atau filem.

Ia susulan penerimaan yang memberangsangkan terhadap novel-novel di bawah syarikatnya hingga ada yang terjual melebihi 100,000 naskhah.

Sebagai permulaan, dua novel iaitu Rindu Tanpa Kata dan Setitis Kasih Darmis oleh penulis di bawah naungan syarikatnya telah diadaptasikan ke drama dan sedang menunggu tayangan di kaca televisyen tempatan.

Selain itu, salah satu novel Siti Rosmizah iaitu Takdir Itu Milik Aku bakal diterjemahkan dalam visual skrin filem dalam masa terdekat.

Mula menulis pada tahun 2008, dia kini sudah memiliki lima buah buku.

Memilih untuk menerbitkan sendiri drama dan filem, wanita berasal dari Kuala Lumpur itu memberitahu, ia lebih baik bagi menjaga keaslian dan kualiti yang sedia ada.

"Jika digalas di tangan orang lain, mungkin sedikit sebanyak bakal merubah struktur jalan cerita. Disebabkan itu, timbul keyakinan untuk melakukannya dengan usaha sendiri," optimis Siti Rosmizah.

Selain novel Cukup Derita Itu yang berharga RM38.90, turut dilancarkan tiga naskhah baharu iaitu Penghujung Cintaku oleh Admatiza, Kekasihku Popular (Phidot) dan Ketika Takdir Menyapa (Jue Idzdihar).

Sihat dan cantik dengan tiga modul

Posted:

Sihat dan cantik dengan tiga modul

Sihat dan cantik dengan tiga modul

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


HARTINI (berdiri paling kanan) berinteraksi dengan peserta tentang rutin penjagaan kulit harian yang betul semasa kelas penjagaan percuma khas buat pelanggan Tini's Spa Beauty Slimming.


TIADA siapa dapat menyangkal fitrah semula jadi wanita yang ingin sentiasa kelihatan cantik di mata mereka yang memandang pada setiap waktu. Sayangnya, kesibukan menguruskan kerjaya dan keluarga membantutkan hasrat kebanyakan wanita di negara ini.

Wanita yang jelita adalah yang cantik luar dan dalam namun, berapa ramai wanita Malaysia sedar akan kepentingan menjaga penampilan dan personaliti diri mereka?

Trio kecantikan berpengalaman daripada pelbagai latar belakang bakal menemui wanita yang tercari-cari penyelesaian kepada masalah ini untuk berkongsi kepakaran masing-masing dalam bengkel Live Laugh Love pada 14 Jun ini.

Bengkel Live Laugh Love memuatkan tiga modul utama kecantikan wanita iaitu melalui gaya pemakanan, penyembuhan dalaman dan imej penampilan.

Jurutera Badan, Hazura Hashim Bani, 43, berkata, semua peserta akan mendapat khidmat perundingan percuma tentang kaedah diet yang betul untuk menurunkan berat badan secara alami dan sihat.

"Kurus tidak semestinya anda tidak perlu makan tetapi diet pemakanan yang diamalkan mestilah betul dan golongan ibu seharusnya tahu apa yang dimasak.

"Peserta akan ditunjukkan demonstrasi masakan bagi mengurangkan berat badan dan bagaimana cara untuk memastikan usus kita bersih," ujarnya yang mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam bidang tersebut.

Kesungguhan Hazura membantu wanita lain mencapai berat ideal bermula selepas dia berjaya mengatasi masalah serupa kira-kira lapan tahun lalu. Ketika itu, dia yang berusia 35 tahun memiliki berat badan 74 kilogram (kg) dan sering berasa rendah diri apabila ada yang menganggap adiknya sebagai anaknya.

RINA (kiri), Hartini dan Hazura bakal berkongsi kepakaran masing-masing pada bengkel Live Laugh Love yang berlangsung 14 Jun ini.


Urut diri sendiri

Dalam pada itu, pengasas Tini's Spa Beauty Slimming, Hartini Halim, 35, pula bakal berkongsi tip melakukan rawatan urutan bagi diri sendiri untuk mengatasi masalah kecederaan tekanan (otot dan sistem saraf) berulang-ulang atau lebih dikenali sebagai Repetitive strain injuries (RSI).

"Memang ramai wanita yang tidak rasa RSI pada masa sekarang, tetapi bila sudah tua nanti baru mereka mengalami serangan pada anggota badan tertentu yang seakan-akan mencucuk-cucuk.

"Peserta bengkel akan dimaklumkan tentang kaedah mencegah penyakit ini, postur badan yang betul dan penyembuhan melalui aroma terapi tanpa penggunaan ubat-ubatan moden," katanya yang merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata.

Seminar itu akan diadakan selama sehari bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam, Selangor. Seramai 30 peserta pertama yang mendaftar berpeluang mendapat diskaun yuran pendaftaran sebanyak RM50 berbanding harga asal RM250.

Sementara itu, Jururunding Imej dan Warna di Rina Baha Image World, Rina Baha, 43, akan mengajar gaya penampilan masa kini termasuklah etika kelakuan dan protokol yang perlu diketahui oleh setiap wanita.

"Wanita perlu menguasai tiga aspek penampilan diri berdasarkan masa, majlis dan tempat. Tidak semua pakaian boleh digayakan pada semua acara, perlu kena gaya untuk sentiasa tampil menarik," jelasnya.

Bengkel tersebut terbuka kepada 200 wanita dan setiap peserta akan menerima set alat solek jenama antarabangsa dan baucar bernilai RM150. Ini adalah masa untuk golongan wanita memanjakan diri selepas mendedikasikan keseluruhan masa demi keluarga dan kerjaya.

Selain itu, bengkel tersebut turut diserikan dengan acara pertunjukkan fesyen dari butik Farnia Collection, Luvhlee Wardrobe dan Joee Shawls.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved